url
stringlengths
33
217
headline
stringlengths
5
198
content
sequence
https://ering.com.my/2019/01/ces-2019-asus-perkenal-studiobook-s-nipis-tetapi-mempersonakan/
CES 2019: ASUS Perkenal StudioBook S, Nipis Tetapi Mempersonakan
[ "Satu lagi produk daripada ASUS yang baru sahaja diumumkan, ASUS StudioBook S (W700) yang sangat nipis. Disertakan dengan pemproses Intel Xeon dan grafik NVIDIA Quadro P3200, yang mampu menangani pelbagai gerak kerja kompleks sekaligus mampu menyeimbangkan tugasan harian dan disertakan dengan Windows 10 Pro.", "StudioBook S disertakan dengan bezel yang nipis dengan rekaan paparan NanoEdge dan sesuai dengan 17 inci, nisbah paparan 16:10 dalam badan 15 inci. Saiz bezel di kedua-dua sisi adalah 5.3 mm. Panelnya meliputi 97% DCI-P3 color space. Ia jauh lebih luas daripada gamut warna sRGB yang digunakan oleh PC biasa.", "Mereka, 3D rendering, simulasi atau pengiraan kompleks memerlukan prestasi yang terbaik. StudioBook S turut boleh dikhususkan dengan Intel Xeon or pemproses Intel Core™ i7  dan grafik NVIDIA Quadro P3200. Quadro GPU disediakan untuk aplikasi profesional dan berkuasa tinggi bagi memastikan bunyi kipas berada pada tahap minimum. Xeon E-2176M disertakan dengan 6 teras dan 12 threads dengan frekuensi max turbo 4.4GHz.", "Ia juga turut disokong oleh RAM sehingga 64GB dan didatangkan dengan pilihan memori ECC untuk kestabilan. ECC bertujuan untuk mengesan dan membetulkan error dalam memori yang mana boleh merosakkan data atau menyebabkan komputer crash ketika sedang membuat tugasan. StudioBook S menggandakan prestasi dengan PCIe SSD drives.", "StudioBook S dilengkapi dengan prestasi hardware terbaharu, dan memastikannya sentiasa sejuk bagi mengoptimumkan prestasi. Disertakan dengan 5 heat pipes yang menjejaki arahnya ke motherboard yang membawa suhu panas dari CPU, GPU dan VRM ke arah vents di bahagian tepi dan belakang komputer. Solusi thermal ini sangat berkuasa.", "StudioBook S bersaiz 382 x 286 x 18.4 mm dan disertakan dengan Turquoise Grey aluminum. StudioBook S direka dengan 45 darjah untuk menambah tekstur pada lid dan palm rest. Dengan berat hanya 2.39kg memudahkan untuk disimpan dan dibawa ke mana sahaja. Ia turut mendapat kelulusan ketenteraan dari aspek daya tahannya MIL-STD-810G. Diuji dalam getaran, persekitaran ekstrem seperti suhu, kelembapan dan altitud.", "Bagi papan kekuncinya pula, ia direka dengan 1.4mm jarak untuk keselesaan ketika menaip. Backlight menjadikan kerja pada waktu malam mudah untuk dilakukan. Shortcut key pula membantu menyelaras interaksi yang kebiasaannya memerlukan beberapa kali klik. Terdapat juga butang untuk menghidup atau menutup HD webcam yang mana memudahkan ketika persidangan video.", "Ia turut dilengkapi dengan NumberPad yang mana boleh digunakan dengan menekan simbol di bahagian atas sebelah kanan touchpad.", "Dari aspek sambungan pula, StudioBook S dilengkapi dengan HDMI 2.0 port dan 1 USB Type-C (USB-C) dengan Thunderbolt 3. Ia turut disertakan dengan 3 USB 3.1 Gen 2 Type A ports. StudioBook S mempamerkan kepantasan pemindahan fail yang besar dan mempunyai sambungan rangkaian yang lebih stabil.", "Untuk sebarang maklumat mengenai StudioBook S, sila layari laman sesawang ASUS ." ]
https://ering.com.my/2019/01/apple-dilapor-akan-perkenal-3-model-telefon-pintar-tahun-ini/
Apple Dilapor Akan Perkenal 3 Model Telefon Pintar Tahun Ini?
[ "Pelan strategik Apple dengan memperkenalkan 3 model telefon pintar pada tahun lepas tampak seperti akan diteruskan pada tahun ini.", "Menurut Laporan daripada Wall Street Journal, Apple dikatakan akan mengeluarkan 3 model telefon pintar yang mana salah satunya akan menggunakan skrin LCD seperti yang telah diguna pakai pada iPhone XR.", "Dilaporkan, Apple akan menyertakan ciri kamera terbaharu di dalam model terbaharu, ini termasuklah 3 kamera belakang pada versi paling premium manakala 2 lagi model menggunakan dwi kamera belakang.", "Namun ini semua terlalu awal kerana ia masih pada peringkat awal dan mungkin terdapat perubahan pada masa akan datang. Apple juga masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Jadi sama-sama kita tunggu." ]
https://ering.com.my/2019/01/pra-tempahan-huawei-nova-4-dapatkan-hadiah-percuma-bernilai-sehingga-rm400/
Pra-Tempahan HUAWEI nova 4 & Dapatkan Hadiah Percuma Bernilai Sehingga RM400!
[ "HUAWEI nova 4 telah dirasmikan baru-baru dengan tanda harga RM1,899, ia hadir bersama teknologi hebat di samping reka bentuk baru yang lebih segar. Walaupun jualan pertamanya bermula pada 14 Februari 2019 nanti, namun tawaran pra-tempahan akan dibuka bermula 8 hingga 13 Februari ini dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM400.", "Yang berminat memiliki satu, boleh pergi ke mana-mana kedai HUAWEI dengan membayar deposit sebanyak RM200, dan selebihnya iaitu RM1,699 perlu dibayar apabila anda mengambil peranti ini pada 14 Februari nanti.", "Sekiranya anda lebih suka membeli melalui atas talian, boleh juga membuat pra-tempahan melalui HUAWEI Official Online Store dengan membuat bayaran penuh RM1,899. Baucar tambahan bernilai RM50 akan diberikan dan anda boleh menggunakannya di kedai atas talian.", "Lebih menarik lagi, setiap pembelian nova 4 akan mendapat Bluetooth Headset secara percuma. Bagi pra-tempahan juga akan menerima Premium Gift Pack yang jumlahnya bernilai sehingga RM400." ]
https://ering.com.my/2019/01/reviu-eksklusif-asus-zenbook-13-kecil-bukan-sebarang-kecil/
Reviu Eksklusif: ASUS ZenBook 13, Kecil Bukan Sebarang Kecil
[ "ASUS membuka lembaran tahun baru dengan langkah kanan apabila memperkenalkan model terbaharu komputer riba yang bersaiz kompak, iaitu ASUS ZenBook 13. Komputer ini pastinya mampu membuka lebih ruang buat ASUS dalam mendominasi pasaran komputer riba bersaiz 13 inci ini di pasaran.", "Sungguhpun komputer ini bersaiz kecil iaitu lebih kurang sebesar kertas bersaiz A4, namun spesifikasinya bukanlah ‘biase-biase’. Bak kata pepatah, kecil-kecil cili padi. Peranti ini pastinya dapat memenuhi keperluan anda dalam penggunaan komputer riba. Nak tahu bagaimana? Jom kita baca!!!", "Dalam pakej pembelian ini, ia disertakan dengan komputer riba ASUS ZenBook 13, Adapter pengecasan, Manual, sarung komputer riba dan kain pengelap.", "Sungguhpun komputer riba ini kecil, tetapi ASUS tidak melupakan kepentingan rekaan yang menarik dan efektif. Komputer riba yang bersaiz 13 inci, bukan penghalang dalam memberikan rekaan yang menarik.", "Disertakan dengan 4 bahagian frameless dengan rekaan NanoEdge pastinya memberikan suatu kelainan buat komputer riba ini. Turut disertakan dengan Spun Metal Finish di bahagian belakang dan rose gold trim bar memuatkan komputer ini tampak lebih eksklusif.", "Apa yang menariknya, komputer ini juga direka dengan rekaan ergolift yang pastinya memberi kesan efektif terhadap prestasi komputer ini. Apabila komputer riba ini dibuka, ia akan sedikit terangkat bagi memastikan aliran pengudaraan komputer riba ini dapat dilaksanakan dengan baik.", "Justeru ia turut dilengkapi dengan papan kekunci bersaiz penuh dengan 1.44mm key travel. Seperti biasa, rekaan number pad komputer riba ini juga turut kelihatan segar dan efisen.", "ASUS Zenbook 13 ini mempunyai 13.3′ FHD 1920 x 1080 16:9 IPSWide View pastinya akan memberikan kejelasan yang nyata. Dengan kadar refresh rate yang tinggi iaitu 60HZ pastinya memberikan pengalaman yang baik kepada anda.", "Dengan bezel yang sangat nipis dan kicil pastinya membuatkan paparan kelihatan lebih baik.", "Jika anda was-was dengan sistem bunyi bagi peranti ini, jangan bimbang kerana pastinya ia berada pada tahap yang terbaik. Walaupun bersaiz kecil tapi sistem bunyinya sangat kuat dan enak untuk didengar.", "Hal ini kerana ASUS berkoloborasi dengan Harman Kardon yang pastinya tidak pernah gagal dalam memberikan sisitem bunyi terbaik. Kepuasan menonton video pastinya dicapai dengan sistem bunyi yang terbaik.", "Number Pad ini pastinya menjadi antara ‘highlight’ bagi komputer riba ini. Kesempurnaan pada number pad ini akan memberikan pengalaman yang memuaskan dengan kepelbagaian fungsi yang dapat memudahkan proses penggunaannya.", "Number pad komputer riba ini direka dengan 5 lapisan. Lapisan yang pertama ialah\nblack bottom layer dengan nombor / character cut out. Lapisan kedua pula ialah gray translucent ink layer diikuti dengan translucent layer dengan silver particle.", "Bagi lapisan keempat pula ia disertakan dengan inked switch layer dan lapisan terakhir ialah glass top layer. Jadi tidak hairanlah ketepatan dan keselesaan ketika menggunakan number pad ini berada tahap yang tersendiri.", "Sepanjang menggunakan komputer riba ini, number pad ini pastinya sangat membantu dalam mempertingkatkan produktiviti. Keselesaan dan ketepatannya boleh mengurangkan kesilapan dalam proses menaip. Justeru tidak hairanlah, number pad ini merupakan langkah penyelesaian bagi masalah numeric keypad pada komputer riba.", "Lebih menarik, ia turut mempunyai kepintaran dalam penukaran kepada keypad yang biasa. Apa yang perlu dilakukan dengan hanya menekan simbol keypad pada number pad tersebut.", "Kamera pada komputer riba ini juga tidak diabaikan oleh ASUS kerana menurut kajian 76% pengguna menggunakan webcam sekurang-kurangnya sebulan sekali. Namun kualiti daripada hasil rakaman kamera ini masih ditahap memuaskan bagi kamera komputer riba.", "Komputer yang dilengkapi dengan ultra thin webcam yang baharu disertakan dengan lensa 4 elemen yang pastinya tajam dan mengurangkan noise. Kedudukan kamera pada bahagian atas pastinya memberikan sudut yang terbaik kepada pengguna ketika menggunakan kamera ini.", "Apa yang menarik, ia turut disertakan dengan log masuk wajah yang dikenali sebagai 3D IR camera yang sangat pantas memudahkan pengguna.", "Anda kini sudah boleh menggunakan wajah anda sebagai log masuk. Apa yang pasti log  masuk menggunakan wajah adalah sangat pantas.", "Sungguhpun komputer riba ini bersaiz kecil, namun ASUS tidak melupakan tentang kepentingan daya tahan bateri. Justeru ia dilengkapi dengan kapasiti bateri 50WH LI Polytier batery. Apa yang pasti komputer riba ini mampu bertahan sehingga 14 jam. Jadi anda tidak perlu bimbang jika melakukan pekerjaan di luar menggunakan komputer ini.", "Jangka masa untuk mengecas agak pantas. Bagi komputer ini ia mengambil masa selama  2 jam 20 minit sahaja untuk mengecas penuh dari 4% sehingga 100%.", "Disebabkan pengguna pada ketika ini sering menggunakan komputer riba dalam jangka masa yang panjang, maka sistem penyejukkan merupakan elemen penting dalam memastikan komputer riba berada dalam keadaan yang baik. Justeru, ASUS telah menerapkan evolusi dalam rekaan bilah kipasnya.", "Ketebalan kipas bagi komputer riba ini adalah 4mm dan disertakan dengan bilah pada kipas yang lebih banyak iaitu sebanyak 75 bilah dengan setiap bilah bersaiz 0.4mm pastinya membolehkan proses penyejukkan dilakukan dengan lebih efisen. Jadi tidak hairanlah ia dikatakan mengalami evolusi dalam aero dinamik.", "Sungguhpun ASUS ZenBook 13 ini bersaiz kecil, namun ketahanannya tidak boleh dipandang enteng. Hal ini kerana komputer riba ini menerima Military Grade Reliability.", "Beberapa ujian ketahanan telah dilakukan ke atas peranti ini antaranya ujian altitud, ujian gegaran, ujian kelembapan, ujian jatuh dan ujian suhu. Jadi anda tidak perlu bimbang.", "ASUS ZenBook 13 ini sememangnya bersaiz kecil. Namun melihat daripada hasil ujian ke atas komputer rini memperlihatkan bahawa ia berada prestasi yang baik. Dengan spesikasi yang tinggi membenarkan pengguna boleh melakukan sebarang aktiviti menggunakan peranti ini. Ujian ke atas komputer ini dilakukan menggunakan UserBenchmark dan CrystalDiskMark 6.", "Secara keseluruhannya, komputer ini berada pada prestasi yang terbaik. Dengan spesifikasi yang tinggi dengan rekaan yang mudah untuk dibawa ke mana sahaja pastinya akan memudahkan anda.", "Produktiviti anda juga pastinya dapat dipertingkatkan dengan number pad yang sangat lancar penggunaannya. Kepantasan pengecaman wajah juga berada pada tahap yang baik. Apa yang lebih penting, paparan penuh dengan bezel yang nipis memberikan kepuasan tontonan kepada pengguna." ]
https://ering.com.my/2017/09/dapatkan-hadiah-menarik-di-jelajah-asus-we-love-photo/
Dapatkan Hadiah Menarik Di Jelajah ASUS “We Love Photo”!
[ "Sesiapa yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang, bermula hari ini 6 September sehingga 10 September 2017, anda boleh mengunjugi pusat membeli-belah 1 Utama, Petaling Jaya untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh ASUS Malaysia.", "Jelajah “We Love Photo” menempatkan ruang pengalaman telefon pintar terbaru siri ASUS ZenFone 4 dan anda juga peluang untuk memenangi satu unit ZenFone 4 Max Pro sepanjang lima hari berlangsung!", "Disana anda boleh menyertai sesi soal jawab mengenai peranti terbaru ASUS ZenFone 4 dan lebih menariknya, setiap peserta yang menyertai layak untuk memenangi cabutan bertuah seperti berikut! :", "» 1x Unit ZenFone 4 Max Pro setiap hari", "» 3x Unit ASUS ZenPower 10050 setiap hari", "» Folder Kertas A4 Gong Yoo", "» Pelekat Note “We Love Photo”", "Sesi Cabutan Bertuah bermula pada pukul :", ">> 1 petang – 3 petang", ">> 4 petang – 5 petang", ">> 7 malam – 8 malam", "Dalam masa yang sama, pengunjung yang membuat pembelian mana-mana model siri ASUS ZenFone 4 akan membawa pulang hadiah eksklusif :" ]
https://ering.com.my/2017/01/jualan-nokia-6-bermula-19-januari-tetapi-di-china/
Jualan Nokia 6 Bermula 19 Januari…Tetapi Di China
[ "Sudah tidak sabar rasanya untuk melihat Nokia 6 yang baru sahaja beberapa hari lalu diperlihatkan di laman web Nokia. Peranti itu menandakan kemunculan semula jenama Nokia di dalam pasaran peranti pintar dan sebagai tanda peralihan dari sistem operasi Windows Mobile ke Android.", "Nokia 6 hanya dijual di China, lantas menyukarkan proses untuk mendapatkan peranti ini. JD COM pula sudah dilantik menjadi wakil jualan eksklusif dan sekarang ini mereka sudah pun mengambil pra-tempahan atas talian untuk Nokia 6.", "Bagi mereka yang berimpian mendapatkan Nokia 6, tidak perlu terlalu risau kerana pasti ada pihak ketiga akan cuba membawa masuk peranti eksklusif ini ke dalam pasaran tempatan, seperti senario yang boleh dilihat pada peranti Xiaomi Mi MIX yang kini boleh dibeli di sini." ]
https://ering.com.my/2019/11/apple-macbook-pro-16-rasmi-pada-harga-bermula-rm10499-hadir-dengan-8tb-ssd-magic-keyboard/
Apple MacBook Pro 16” Rasmi Pada Harga Bermula RM10,499 – Hadir Dengan 8TB SSD + Magic Keyboard
[ "Susulan siri iPhone 11 dan Apple Watch Series 5 rasmi dijual di pasaran tempatan, kini giliran Apple MacBook Pro 16” dilancarkan rasmi dengan tawaran harga bermula RM10,499.", "MacBook Pro 16” baharu ini mempunyai paparan skrin yang lebih besar iaitu 16 inci, tambahan papan kekunci baharu Magic Keyboard dan sokongan SSD sehingga 8TB. Wow! Memang power!", "Ada lagi yang power, prestasi dalamannya dibekalkan dengan cip pemproses Intel Core i7 9th Gen/Intel Core i9 9th Gen, sokongan AMD Radeon Pro 5300M/5500M dengan 4GB GDDR6 memori serta 16GB DDR4 RAM.", "Sistem penyejukan juga telah dipertingkatkan supaya mampu menjamin penggunaan yang lebih mantap dan efisien, di samping bateri sebesar 100Wh menawarkan ketahanan sehingga 11 jam. MacBook Pro 16” dijual pada harga RM10,499 bagi varian Intel Core i7, manakala RM12,199 bagi varian Intel Core i9." ]
https://ering.com.my/2020/11/siri-realme-narzo-20-kini-rasmi-dijual-pada-harga-bermula-dari-rm699/
Siri realme narzo 20 Kini Rasmi – Dijual Pada harga Bermula Dari RM699!!!!
[ "Berita baik apabila peranti gaming pertana realme iaitu realme narzo 20 dan narzo 20 Pro kini telah rasmi dan dijual pada harga bermula dari RM699!!!", "Bagi yang ingin memiliki peranti ini, ia akan mula dijual pada 11 November ini menerusi Lazada dan ia dijual pada harga lebih murah iaitu RM549 bagi narzo 20 dan RM899 bagi narzo 20 Pro dan ia terhad pada tarikh tersebut sahaja.", "realme narzo 20 tampil dengan skrin 6.5″ HD+ dan disertakan dengan pemproses Mediatek Helio G85 dan hadir dengan RAM sebesar 4GB dan storan sebesar 64GB. Kamera juga baik apabila ia disertakan dengan 48MP + 8MP + 2MP bagi kamera belakang dan 8MP bagi kamera hadapan. Bateri pula adalah 6000mAh.", "Dalam pada itu, bagi varian narzo 20 Pro pula ia hadir dengan skrin 6.5″ FHD+. ia turut hadir dengan kadar segar semula 90Hz. Dari kuasa dalaman pula, ia hadir dengan pemproses Mediatek Helio G95 dan disertakan dengan RAm sebsar 8GB dan storan sebesar 128GB. Kamera belakang pula adalah 48Mp + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan 16MP." ]
https://ering.com.my/2021/06/absen-menang-kes-harta-intelek-ultravision-a-s/
Absen menang Kes Harta Intelek Ultravision A.S.
[ "SHENZHEN, China, 25 Jun 2021 /PRNewswire/ — Pada 12 Jun 2021, juri persekutuan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat untuk Daerah Timur Texas memberi kemenangan penuh kepada Absen berhubung tuntutan mahkamah atas pelanggaran hak paten. Dalam kes tersebut, Ultravision mendakwa bahawa produk paparan LED Absen yang dieksport ke Amerika Syarikat telah melanggar paten tertentu. Keputusan sebulat suara juri mendapati bahawa tiada satu pun daripada sembilan barisan produk tertuduh Absen melanggar mana-mana tuntutan paten yang ditegaskan. Pihak juri juga menetapkan bahawa kesemua tuntutan paten yang ditegaskan tidak sah. Keputusan berkenaan dikeluarkan selepas empat hari mendengar testimoni dan kira-kira tiga jam perbincangan juri.", "Sebagai sebuah syarikat paparan LED terkemuka yang terlibat secara mendalam dalam pasaran antarabangsa, sejak penubuhannya 20 tahun yang lalu, Absen tekal mematuhi prinsip teras dalam inovasi teknologi dan menghormati hak harta intelek. Selepas disaman pada tahun 2018, Absen bertindak balas secara aktif. Ia menubuhkan sebuah pasukan khas yang terdiri daripada pakar dalaman serta peguam Amerika luar yang dipimpin oleh Goodwin Procter LLP. Absen turut bekerjasama dengan syarikat-syarikat paparan LED Cina yang lain termasuk Glux, Leyard, Liantronics dan Unilumin. Perkongsian tersebut bermakna, bersama-sama mengekalkan Goodwin Procter dapat melaksanakan strategi respons bersama. Dengan perancangan dan usaha keseluruhan daripada kesemua pihak, keputusan yang amat berjaya diterima di mahkamah AS dan Absen mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat.", "Ditubuhkan pada tahun 2001, Absen ialah jenama paparan LED yang terkemuka di dunia, terkenal dengan produknya yang berkualiti tinggi, kehadiran global serta keupayaan khidmat penuhnya. Paparan Absen mencakupi pelbagai jenis aplikasi termasuk Paparan Komersial, Visualisasi Data, Sewaan & Pementasan, DOOH dan Korporat. Melalui inovasi dan pembangunan yang berterusan, Absen telah menjadi pengeluar Cina No.1 dalam mengeksport paparan LED selama 12 tahun berturut-turut, lalu menjadikannya jenama pilihan untuk beberapa jenama, rakan kongsi integrasi dan syarikat sewaan yang paling terkenal di seluruh dunia.", "Pada masa akan datang, seperti biasa, Absen akan menghormati hak harta intelek, memupuk pasaran antarabangsa dengan mendalam dan bekerja keras demi menghormati pasaran antarabangsa untuk industri paparan LED." ]
https://ering.com.my/2016/09/asus-zenwatch-3-menampilkan-rekaan-lebih-elegan/
ASUS ZenWatch 3, Menampilkan Rekaan Lebih Elegan
[ "Selain tablet ASUS Zenpad 3S 10, ASUS juga mempamerkan sebuah jam tangan pintar iaitu ZenWatch 3. Rekaan ZenWatch 3 ini sesuai untuk golongan lelaki mahupun wanita. Hadir dengan paparan skrin berbentuk bulat dengan saiz 1.39 inci, ia menyokong resolusi 400×400 piksel (287 ppi). Sepertimana model sebelum ini, ZenWatch 3 telah dioperasikan oleh OS Android Wear yang boleh dipadankan dengan smartphone Android dan juga iOS.", "Dikuasakan bersama Snapdragon Wear 2100, jam tangan pintar ini telah diserikan oleh memori dalaman sebesar 4GB serta RAM 512MB. Lebih menarik lagi, bateri berkapasiti 340mAh turut menyokong pengecasan pantas, di mana anda boleh mengecas jam tangan pintar ini sehingga 60% dalam masa 15 minit sahaja. Jam tangan pintar ini tidak ketinggalan menawarkan fungsi kecergasan seperti berjalan, berlari, berbasikal dan pelbagai lagi.", "ASUS ZenWatch 3 akan dijual dengan harga € 229 (kira-kira RM 1,044)" ]
https://ering.com.my/2018/09/festival-gega-ria-2018-sambutan-hari-kebangsaan-bersama-huawei-meriah/
Festival Gega Ria 2018 Sambutan Hari Kebangsaan Bersama HUAWEI Meriah!
[ "Baru-baru ini, Huawei telah menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-61 besama lebih daripada 20,000 pengunjung yang menghadiri Festival Gegaria 2018 #KitaPunya yang berlangsung 31 Ogos hingga 1 September.", "Festival yang dianjurkan oleh Media Prima dengan kerjasama HUAWEI yang julung kali diadakan itu telah berlangsung di kawasan parkir Istana Kehakiman, Putrajaya. Ia juga dimeriahkan dengan kehadiran ramai selebriti popular tanah air seperti Bunkface, Kugiran Masdo, Misha Omar, Wany Hasrita, Stacy dan Faizal Tahir.", "Turut serta dalam keseronokan ini ialah trak jelajah HUAWEI Nova Superstar yang mana menawarkan pelbagi aktiviti menarik buat pengunjung antaranya cabaran karaoke HUAWEI, permainan Water Pong dan beberapa aktiviti lagi yang memberi peluang mereka memenangi barang-barang ekslusif daripada Huawei.", "Selain itu pengunjung yang datang juga berpeluang beramah mesra dan mendekati selebriti dan tidak ketinggalan merakam gambar sebagai kenangan menggunakan HUAWEI nova 3i.", "Roadshow trak jelajah HUAWEI Nova Superstar masih berterusan sehingga hari terakhir bulan September. Berikut adalah tarikh yang dijadualkan untuk seluruh negeri-negeri yang berlangsung pada 3 petang hingga 11 malam." ]
https://ering.com.my/2019/02/nokia-3-1-plus-mulai-terima-kemas-kini-android-9-0-pie/
Nokia 3.1 Plus Mulai Terima Kemas Kini Android 9.0 Pie
[ "Berita baik untuk pengguna Nokia 3.1 Plus! Peranti kelas pertengahan dari HMD Global ini telah menerima kemas kini Android 9.0 Pie mulai sekarang.", "The wait is over! Get ready to feast on a sweeter smartphone experience with Android 9 Pie on Nokia 3.1 Plus. Nokia smartphones get smarter with time #GetSmart #Nokiamobile pic.twitter.com/8wG544OAEk", "— Juho Sarvikas (@sarvikas) February 26, 2019", "Nokia 3.1 Plus ditawarkan pada harga RM699, ia dilengkapi skrin bersaiz 6 inci HD+ bersama rekaan tanpa takuk, dijana oleh pemproses MediaTek Helio P22 di bawah sokongan 3GB RAM dan 32GB ROM (menyokong kad mikroSD sehingga 400GB).", "Peranti ini mempunyai rekaan dwi-kamera utama 13MP + 5MP serta kamera swafoto 8MP, kapasiti bateri 3,500mAh ini didakwa mampu bertahan selama 2 hari oleh Nokia.", "Seperti yang dijanjikan oleh Nokia, kemas kini peranti mereka adalah baik dan konsisten kerana pengguna sentiasa diutamakan." ]
https://ering.com.my/2016/08/haji-umrah-aplikasi-untuk-kemudahan-jemaah/
Haji-Umrah, Aplikasi Untuk Kemudahan Jemaah
[ "Musim Haji telah tiba! Terdapat beberapa aplikasi yang menyediakan panduan untuk menunaikan haji dan umrah. Terbaru, satu aplikasi yang telah diperkenalkan daripada pembangun tempatan yang dikenali sebagai Haji-Umrah.", "Haji-Umrah menawarkan maklumat praktikal dan interaktif berdasarkan bahan rujukan yang diperoleh dari Tabung Haji. Kandungan dalam aplikasi dirujuk kepada pihak Bahagian Bimbingan Jabatan Haji bagi memastikan maklumat selari mengikut Mazhab Imam Shafie.", "Aplikasi ini membantu para jemaah mengingati semula ibadah rukun dan wajib di samping perkara sunat yang perlu dibuat ketika berada di sesuatu tempat, seperti mengerjakan tawaf dan saie. Haji-Umrah turut mengintegrasikan fungsi panduan untuk membaca doa yang sepatutnya pada lokasi yang tepat, di samping membolehkan anda turut mengetahui sejarah di beberapa lokasi ketika menunaikan umrah dan haji.", "Kehidupan rutin di Makkah dan Madinah boleh dijalankan dengan mudah kerana terdapat maklumat mengenai lokasi hospital, hotel, restoran dan pusat membeli-belah dicari dengan adanya fungsi tersebut pada aplikasi Haji-Umrah ini. Buat masa sekarang, aplikasi ini hanya boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna Android sahaja." ]
https://ering.com.my/2020/09/huawei-perkenal-terminal-optik-kampus-huawei-optixstar-s892e-dan-platform-penghantaran-optik-liquid-otn-generasi-seterusnya/
Huawei Perkenal Terminal Optik Kampus Huawei OptiXstar S892E dan Platform Penghantaran Optik Liquid OTN Generasi Seterusnya
[ "SHANGHAI, 27 September 2020 /PRNewswire/ — Di acara HUAWEI CONNECT 2020 yang diadakan di Shanghai, Huawei memperkenalkan produk baharu sebagai penaiktarafan utama penyelesaian Intelligent OptiX Network berorientasi perusahaannya. Produk baharu ini termasuk Huawei OptiXstar S892E, yang merupakan terminal optik pintar yang direka untuk angkut balik Wi-Fi 6 berkelajuan tinggi dalam kampus perusahaan dan siri Huawei OptiXtrans E6600 yang merupakan platform pengangkut optik pertama dalam industri dengan teknologi Liquid OTN terbina dalam. Produk inovatif ini akan meningkatkan sambungan semua-optik untuk transformasi digital perusahaan.", "Richard Jin, Presiden Barisan Produk Penghantaran & Akses Huawei, berkata, “Gentian menggunakan kurang tenaga, mempunyai lebar jalur ultra-tinggi selain selamat dan andal. Dalam senario seperti saling sambungan industri dan kampus perusahaan, gentian optik merupakan medium penghantaran pilihan untuk sambungan pintar dan ini diiktiraf secara meluas dalam industri. Huawei komited untuk membawa teknologi komunikasi optik yang utama dalam industri kepada pelbagai industri, membantu perusahaan membina rangkaian infrastruktur semua-optik dan memudahkan transformasi digital perusahaan.”", "Penyelesaian Huawei Intelligent OptiX Network memberi tumpuan pada tiga senario: pusat data semua-optik (Huawei DC OptiX), pengangkut semua-optik (Huawei Single OptiX) dan kampus semua-optik (Huawei Campus OptiX). Sejak pelancarannya, penyelesaian ini telah digunakan secara meluas dalam banyak industri, termasuk kerajaan, kuasa elektrik, pengangkutan, kewangan dan pembuatan serta telah menyediakan perkhidmatan kepada lebih daripada 3800 pelanggan perusahaan dalam lebih 150 negara. Tahun ini, Huawei menaik taraf secara komprehensif penyelesaiannya untuk tiga senario. Bagi pusat data semua-optik, AI mengurangkan tuntutan teknikal ke atas kakitangan O&M, membolehkan jurutera IT mengurus peranti CT. Bagi pengangkut semua-optik, Huawei melancarkan Liquid OTN, yang mencapai penghantaran seragam bagi semua perkhidmatan, mengurangkan kependaman sebanyak 30%. Manakala bagi kampus semua-optik, Huawei melancarkan teknologi 40G PON yang mempunyai kadar tertinggi dalam industri untuk angkut balik Wi-Fi 6 berkelajuan tinggi bagi menyediakan akses gigabit.", "Di acara ini, Huawei melancarkan dua produk baharu untuk senario kampus semua-optik dan pengangkut semua-optik global:", "Produk pertama ialah Huawei OptiXstar S892E, yang merupakan terminal optik pintar yang direka untuk angkut balik Wi-Fi 6 kampus.", "Wi-Fi 6 menjadi lebih tersebar dalam pasaran WLAN perusahaan, namun begitu kadar antara muka udara tingginya 10 Gbit/s + memberi tekanan pada lebar jalur penghantaran, keandalan dan kecekapan penggunaan rangkaian pengangkut. Huawei OptiXstar S892E merupakan terminal optik pertama dalam industri yang menyokong 40G PON. Ia menyokong pertukaran perlindungan pantas dan konfigurasi automatik serta dapat mengendalikan cabaran ini dengan berkesan. Ia direka untuk angkut balik Wi-Fi 6 berkapasiti tinggi dalam senario kampus termasuk perusahaan, sekolah, lapangan terbang dan stadium serta memberi manfaat-manfaat berikut:", "Kapasiti tinggi: Huawei OptiXstar S892E memanfaatkan algoritma pengagregatan ultra-mikro bagi memberikan lebar jalur paut naik dan paut turun empat kali ganda lebih tinggi berbanding pendahulunya, lalu memberikan akses Internet bayaran-kesesakan di kampus.", "Ketersediaan tinggi: Huawei OptiXstar S892E mempunyai dua port optik 10GE untuk menyokong satu sama lain. Berdasarkan mekanisme Jenis C aktif-aktif pintar, perkhidmatan penting boleh dikenal pasti sekiranya berlaku kegagalan pautan dan pautan boleh ditukarkan dalam 50 ms, bagi memastikan perkhidmatan sentiasa-tersedia.", "Konfigurasi pintar: Perkhidmatan boleh disampaikan secara automatik menggunakan mekanisme konfigurasi automatik berasaskan AI, maka ciri pasang-dan-main pada peranti boleh mengkonfigurasi 100 terminal optik berkenaan dalam masa satu minit, lalu menghasilkan kecekapan penggunaan yang jauh lebih baik.", "Produk kedua ialah siri Huawei OptiXtrans E6600, yang digunakan untuk membina rangkaian penghantaran pantas yang bertindak sebagai infrastruktur untuk industri-industri vertikal. ", "Industri tenaga, pengangkutan, kerajaan, pendidikan, kewangan dan pengilangan kesemuanya kritikal untuk sebuah bandar pintar. Selain daripada adanya O&M dipermudah, rangkaian komunikasi juga harus memenuhi keperluan keselamatan maklumat. Produk siri Huawei OptiXtrans E6600 merupakan platform pengangkut optik pertama dalam industri dengan teknologi Liquid OTN terbina dalam dan menampilkan ciri keandalan tinggi, ketumpatan tinggi dan O&M pintar, melindungi perkhidmatan pengeluaran serta membolehkan semua perkhidmatan dilaksanakan pada satu rangkaian.", "Keselamatan tinggi: Liquid OTN melindungi pengeluaran perusahaan dan memenuhi keperluan keselamatan dengan berkesan. Tambahan pula. kependaman peranti terjamin adalah kurang daripada 10 ms, yang cukup pantas untuk sistem kawalan misi-kritikal.", "Ketumpatan tinggi: Produk ini bersamaan dengan empat jenis peranti legasi dan mengurangkan jejak fizikal sebanyak 60%, lalu dapat memudahkan pengurusan rangkaian.", "O&M Pintar: Perangkaian tentuan perisian (SDN) disokong dan iMaster NCE boleh digunakan untuk menyediakan pengurusan, kawalan dan analisis seragam. Penemuan sumber rangkaian visual dan penyediaan perkhidmatan yang pantas dapat meningkatkan kecekapan O&M keseluruhan sebanyak 30% dan fungsi ramalan kesihatan rangkaian mempunyai ketepatan 90%.", "Eksekutif-eksekutif daripada industri kuasa elektrik dan automotif juga berkongsi aplikasi rangkaian semua-optik mereka di acara berkenaan. Sejak pelancarannya, Huawei Intelligent OptiX Network telah menyediakan perkhidmatan kepada 3800 pelanggan dalam lebih 150 negara bagi memacu transformasi digital mereka.", "HUAWEI CONNECT 2020 ialah acara utama tahunan yang dianjurkan oleh Huawei untuk industri ICT global dan diadakan di Shangai mulai 23 hingga 26 September 2020. HUAWEI CONNECT ialah platform terbuka yang diwujudkan untuk membantu pelanggan dan rakan kongsi kami menavigasi perubahan ini, berkongsi pengalaman dan menjalin kerjasama bagi mencipta nilai baharu. Di acara tahun ini, kami akan meneroka trend dan peluang dalam pendigitan industri; mempamerkan teknologi, produk dan penyelesaian ICT termaju; memberikan anda pandangan pakar mengenai hasil inovasi bersama; dan berkongsi amalan terbaik dalam transformasi digital. Matlamat utama kami adalah untuk membina ekosistem industri terbuka dan baik yang akan memberi manfaat kepada semua pemegang kepentingan dan mencipta nilai baharu untuk semua industri. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:", "Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services" ]
https://ering.com.my/2019/11/sambutan-ulang-tahun-ke-30-asus-perkenalkan-zenbook-edition-30-dengan-kemasan-kulit-harga-bermula-rm5199/
Sambutan Ulang Tahun Ke-30 – ASUS Perkenalkan ZenBook Edition 30 Dengan Kemasan Kulit Harga Bermula RM5,199
[ "Tidak cukup dengan kemunculan barisan ASUS ZenBook 13″/14″/15″, nampaknya ASUS menambah lagi keriangan ramai dengan kemunculan ASUS ZenBook Edition 30!", "Ia merupakan keluaran istimewa daripasa ASUS sempena sambutan Ulang Tahun ke-30, menampilkan rekaan penuh elegan yang mana dihiasi dengan kemasan kulit yang menawan. Di samping itu, ia juga dibekalkan segunung teknologi masa kini di luar jangkauan akal." ]
https://ering.com.my/2016/10/smartphone-sharp-dilancarkan-minggu-hadapan/
Smartphone Sharp Dilancarkan Minggu Hadapan
[ "Sharp melalui rakan perniagaan mereka, Commtiva Technology telah menjemput eRing ke pelancaran smartphone terbaru Sharp yang akan berlangsung pada 1 November nanti.", "Jemputan tersebut tidak menyatakan apakah model yang bakal dilancarkan, namun hasil “penggalian” menemui bahawa kemungkinan besar dua model akan dibawa masuk iaitu Sharp Z2 dan Sharp M1.", "Kami menemui informasi ini pada laman YouTube Sharp Mobile MY dan berdasarkan tarikh dan barisan model, kami mempercayai bahawa model ini akan dibawa masuk pada minggu hadapan.", "Sharp Z2 adalah smartphone yang berprestasi tinggi dengan pemproses deca-core, 4GB RAM dan 32GB ROM, pengesan cap jari  serta kamera 16 megapiksel.", "Manakala Sharp M1 pula lebih fokus kepada fungsi kamera, terutamanya kamera hadapan, ia mempunyai kamera hadapan dan belakang 13 megapiksel yang sememangnya sesuai bagi kaki selfie." ]
https://ering.com.my/2021/01/iphone-13-bakal-guna-pemproses-bionic-a15/
iPhone 13 Bakal Guna Pemproses Bionic A15??
[ "Menurut berita terkini, Apple kini sedang mempersiapkan iPhone 13, yang masih empat model, sama seperti siri iPhone 12 tahun lalu, tetapi pertama kali akan melancarkan pemproses A15, dan TSMC secara aktif bekerjasama dengan Apple untuk membuat cip yang berkaitan. ", "Dilaporkan bahawa proses 5nm + (disebut N5P) adalah “versi peningkatan prestasi” dari proses 5nm, memberikan penggunaan tenaga tambahan dan peningkatan prestasi.", "Tidak banyak perbezaan antara iPhone 13 dan siri iPhone 12. Walau bagaimanapun, ketinggian dan lebar siri iPhone 13 adalah sama dengan siri iPhone 12, tetapi ketebalannya akan meningkat sebanyak 0.26 mm.", "Modul kamera belakang iPhone 13 akan meningkat sebanyak 0.9 mm, dan Apple merancang untuk menggunakan kaca safir untuk menutup keseluruhan modul kamera. Modul kamera iPhone 13 mirip dengan iPad Pro 2020, dengan penonjolan yang lebih kecil. Ia juga menggunakan paparan OLTP LTPO yang menyokong kadar penyegaran 120Hz." ]
https://ering.com.my/2020/02/samsung-galaxy-a71-5g-dengan-exynos-980-kini-muncul-di-geekbench/
Samsung Galaxy A71 5G Dengan Exynos 980 Kini Muncul Di Geekbench
[ "Samsung Galaxy A71 5G kini muncul di penyenaraian Geekbench – bakal dikuasakan oleh pemproses Exynos 980. Cip pemproses ini merupakan pemproses Samsung dengan modem 5G secara terbina. Ia mula diperkenalkan pada vivo X30 dan vivo X30 Pro.", "Samsung Galaxy A71 5G muncul dengan kod nama SM-A7160 mungkin menggunakan Android 10 dan mempunyai 8GB RAM. Peranti ini menjaring sebanyak 3078 mata dalam ujian satu teras dan 7346 mata dalam ujian multi-core. Ramai menjangkakan Samsung Galaxy A71 5G akan dijual pada harga yang lebih tinggi." ]
https://ering.com.my/2019/09/ciri-baharu-apple-watch-pemantauan-corak-tidur-bakal-diperkenalkan/
Ciri Baharu Apple Watch – Pemantauan Corak Tidur Bakal Diperkenalkan?!
[ "Apple Special Event bakal mencetus pada 10 September (waktu tempatan 11 September, 1am) dengan pengenalan rasmi iPhone baharu.", "Menurut sumber, selain iPhone baharu akan dirasmikan, ciri-ciri baharu salah satunya pemantauan corak tidur pada Apple Watch juga akan diumumkan pada acara tersebut. Sistem pemantauan corak tidur ini boleh memantau kualiti tidur pengguna selain kadar denyutan nadi semasa tidur.", "Adakah ciri baharu ini boleh diterima oleh pengguna Apple Watch? Adakah ciri pintar yang lain turut diumumkan? Kita nantikan acara besaran ini pada hari Rabu minggu hadapan ya." ]
https://ering.com.my/2019/03/jabra-evolve-65t-kini-boleh-didapati-di-malaysia-harga-rm-1799/
Jabra Evolve 65t Kini Boleh Didapati Di Malaysia ~ Harga RM1,799
[ "Jabra telah pun meluaskan portfolionya dengan melancarkan Evolve 65t – tambahan baru untuk alat dengar profesional mereka dan merupakan earbuds tanpa wayar pertama yang disahkan oleh Unified Communications (UC).", "Earbuds ini dilengkapi dengan sokongan suara profesional dengan 4 mikrofon di samping, penawaran jangka hayat bateri sehingga 15 jam (dengan kes pengecasan). Ia turut menyokong fungsi kalis air dan debu pada tahap IP55 sekaligus membuatkannya sesuai untuk aktiviti luar.", "Jabra Evolve 65t juga dilengkapi dengan sokongan pembantu Alexa, Google Assistant dan Siri. Selain itu, pengalaman muzik boleh disesuaikan dengan bantuan aplikasi Jabra Sound + yang tersedia untuk telefon pintar dan aplikasi Jabra Direct pula tersedia untuk komputer.", "Bagi yang berminat, Jabra Evolve 65t kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM1,799 dan KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI!" ]
https://ering.com.my/2018/10/htc-vive-vive-pro-temui-peminat-realiti-maya-pada-31-oktober/
HTC VIVE & VIVE PRO Temui Peminat Realiti-Maya Pada 31 Oktober
[ "Peranti reality-maya HTC VIVE dan VIVE Pro sudah berada di pasaran suatu ketika masa, dan kini pihak HTC membuat keputusan membawa masuk kedua-dua peranti VR ini ke pasaran tempatan.", "Ini merupakan satu berita baik khusus peminat VR kerana dengan kamera yang mampu menggabungkan imej realiti dan virtual menjadi satu imej yang imersif, mampu memberi pengalaman yang cukup memberangsangkan.", "Apa yang akan dirasmikan selain peranti VR ini, kita sama-sama menunggu perasmian pada 31 Oktober nanti." ]
https://ering.com.my/2020/04/acer-perkenal-acer-triton-500-dan-nitro-5-versi-baharu-tampil-dengan-spesifikasi-yang-dipertingkat/
Acer Perkenal Acer Triton 500 dan Nitro 5 Versi Baharu – Tampil Dengan Spesifikasi Yang Dipertingkat!
[ "Jenama komputer riba terkemuka, Acer kini telah memperkenalkan model baharu Predator Triton 500 dan Acer Nitro 5.", "Komputer riba kini tampil dengan pemproses yang berkuasa kuasa 10th Gen Intel  Core  dan dipadankan dengan kad grafik yang sangat baik iaitu NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER  or 2070 SUPER GPUs dengan rekaan  Max-Q. ", "Bagi skrinnya pula, ia tampil dengan 300 Hz IPS 3 panel dengan 3 ms overdrive response time displays yang memberikan kehebatan paparan. Ia diperhebatkan lagi dengan NVIDIA G-SYNC  technology yang membawakan kualiti paparan yang terbaik.", "Ia turut didatangkan dengan Wi-Fi 6 AX1650i wireless controller, E3100G ethernet controller and Control Center 2.0 bagi memberikan sambungan rakaian yanglebih stabil. Dari aspek memori, komputer riba ini diperlengkapkan dengan 32 GB of DDR4 dan storan sehingga 2 TB NVMe, RAID 0 SSD.", "Komputer riba ini pula di datangkan dengan dengan pemproses 10 th Gen Intel  Core i7 dan dipadankan dengan GeForce RTX 2060 atau GeForce GTX 1650Ti yang terkini atau 1650 GPUs. Ia didatangkan dengan 2 M.2 PCle SSDs dan 1 TB HDD 1 bagi storan. Manakala  sehingga 32 GB of DD4R4 RAM dalam 2 user-upgradeable DIMM slots.", "Skrin juga sangat hebat apabila ia dihadirkan dengan 15.6” FHD IPS dan tampil dengan 144Hz atau 120Hz kadar segar semula beserta 3ms response times.", "Ia turut disertakan dengan Intel Wi-Fi 6 AX201 (802.11ax) dan Killer Ethernet E2600 bagi mempertingkat kestabilan rangkaian." ]
https://ering.com.my/2020/12/xiaomi-rangkul-jenama-telefon-pintar-terlaris-di-malaysia-asia-tenggara-ketika-kempen-12-12-lazada-shopee/
Xiaomi Rangkul JEnama Telefon Pintar Terlaris DI Malaysia & Asia Tenggara KEtika Kempen 12.12 Lazada & Shopee!!
[ "Xiaomi meneruskan langkah cemerlangnya apabila jenama ini diumumkan sebagai jenama peranti pintar paling laris di Malaysia dan Asia Tenggara di Lazada dan Shopee bagi kempen 12.12. Xiaomi telah mencatatkan jumlah 46000 telah pintar terjual di Malaysia dalam masa 1 hari.", "Ketika kempen 12.12 memperlihatkan Xiaomi melancarkan POCO M3 adalah peranti paling laris di Lazada dengan 25000 peranti terjual.", "Peranti ini hadir dengan skrin FHD+ dan disertakan dengan sistem 3 kamera 48MP dan bateri besar 6000mAh. Pemproses pula adalah Snapdragon 662.", "Tahniah diucapkan kepada Xiaomi. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari sesawang Xiaomi, Facebook atau Instagram. " ]
https://ering.com.my/2020/01/antutu-senarai-peranti-android-terbaik-sepanjang-bulan-disember-2019/
AnTuTu : Senarai Peranti Android Terbaik Sepanjang Bulan Disember 2019!
[ "Seperti biasa setiap bulan, anTuTu akan mengeluakan senarai 10 tangga teratas terkini untuk Smartphone dengan prestasi terbaik. Jadi, mari kita lihat senarai smartphone terbaik sepanjang bulan Disember 2019 – untuk makluman statistik ini adalah bermula dari 1 Disember – 31 Disember dan pengiraan skor adalah berdasarkan aplikasi penanda aras AnTuTu v8.", "[ S U M B E R ]" ]
https://ering.com.my/2018/06/sony-rx100-vi-rekaan-kompak-dengan-keupayaan-8x-optikal-zoom/
Sony RX100 VI – Rekaan Kompak Dengan Keupayaan 8x Optikal Zoom
[ "Sony RX100 VI adalah kamera kompak dengan ciri-ciri premium untuk menggantikan RX100 V yang diperkenalkan pada penghujung 2016. Terdapat beberapa perubahan yang ditawarkan oleh Sony, salah satunya adalah keupayaan fungsi optikal zoom sehingga 8x berbanding hanya 2.9x sahaja pada model sebelum ini.", "Selain itu, Sony juga memaklumkan kamera digital ini hadir dengan fungsi auto fokus terpantas di dunia apabila boleh membidik fokus sepantas 0.03 saat menggunakan teknologi auto fokus dual piksel. Walaupun masih menggunakan sensor 1″ 20.1 Megapiksel, tetapi sistem buffer-nya telah ditambahbaik. Hasilnya, anda boleh mengambil gambar sehingga 233 keping gambar berterusan.", "Tidak banyak kamera digital kompak yang masih mengekalkan viewfinder pada rekaannya, tetapi RX100 VI menyediakan paparan skrin berukuran 3.0 inci OLED yang boleh dipusing sehingga 180 darjah. Menyokong rakaman video 4K, Sony RX100 VI masih mengekalkan penggunaan bateri NP-BX1 yang memiliki hayat bateri yang agak terhad.", "Kepada yang berminat, kamera digital kompak ini dijual pada harga USD1,200 (kira-kira RM4,762). Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi Sony." ]
https://ering.com.my/2019/04/wajib-alert-7-sebab-korang-patut-beli-huawei-watch-gt-active-part-last-kalau-terlepas-memang-rugi/
Wajib Alert! 7 Sebab Korang Patut Beli HUAWEI Watch GT Active – Part Last Kalau Terlepas Memang Rugi!
[ "Jika korang mengidamkan jam tangan pintar dengan rekaan paling canggih dan mementingkan kecergasan tubuh badan, HUAWEI Watch GT Active adalah jawapannya! Bukan sekadar trendy, malah ia turut disertakan sejumlah fungsi yang hebat. Memang ngam sangatlah untuk korang dan gerenti takkan menyesal kalau beli. Kenapa? Let’s check it out!", "Reka bentuk yang tiada tandingan, HUAWEI Watch GT Active mempunyai daya tarikan tersendiri. Jam pintar ini tampil dengan wajah serba baharu melalui rekaan luaran lebih segar. Lebih menarik, HUAWEI Watch GT dihiasi kemasan warna eksklusif yang pastinya memukau citarasa anak muda.", "Tak kira lah lelaki atau perempuan! HUAWEI Watch GT adalah jam versatil yang sesuai digayakan dalam apa jua keadaan termasuklah aktiviti sukan dan kegunaan harian.", "Selain memiliki rupa paras yang menarik, HUAWEI Watch GT Active juga menawarkan ketahanan bateri yang awesome! Jam pintar ini mampu bertahan untuk tempoh yang panjang dengan ketahanan bateri sehingga 14 hari.", "Dengan HUAWEI Watch GT Active, korang tidak perlu lagi risau mengenai jangka hayat bateri khususnya untuk si pemakai yang gemar bersukan dan aktiviti lasak.", "Sedar atau tidak sebenarnya HUAWEI Watch GT Active sesuai dijadikan peneman setia khususnya aktiviti berkaitan kesihatan. HUAWEI Watch GT dilengkapi sensor kadar jantung menggunakan Truseen 3.0 bagi memantau kadar degupan jantung mengikut masa sebenar.", "Selain itu, ia juga disokong sejumlah sensor canggih yang padat dengan pelbagai ciri lain termasuklah mengesan pergerakan larian, berjalan, pantau waktu tidur dan banyak lagi.", "Terdapat pelbagai pilihan muka jam menarik yang disertakan pada HUAWEI Watch GT Active – variasi rekaan  terdiri daripada rekaan serba ringkas sehinggalah kemasan digital model.", "Melaluinya, pengguna boleh menetapkan style untuk muka jam mengikut citarasa sendiri. Si pemakai pastinya kagum dengan jam pintar ini!", "Bagi mengekalkan rekaan elegan, HUAWEI Watch GT Active menyertakan tali jam yang mesra pengguna dan lembut – membuatkannya sangat selesa dipakai.", "Talinya yang tidak menyerap peluh mampu mengekalkan jam pintar sentiasa bersih dan tidak mudah berbau. Hanya si pemakai sahaja yang tahu bagaimana rasa ketika memakainya! Jadi, dapatkan satu sekarang!", "HUAWEI Watch GT Active membekalkan skrin bersaiz 1.39″ AMOLED dengan resolusi warna tinggi – membawakan pengalaman luar biasa kepada si pemakai.", "Paparan jam pintar juga dapat dilihat dengan jelas meskipun ketika berada di bawah cahaya matahari. Butiran yang dipaparkan juga terpampang dengan terperinci.", "Inilah part paling best mengenai HUAWEI Watch GT Active. Eh? Kenapa? Jam pintar ini ditawarkan pada harga yang sangat mesra dan mampu milik! RM899 sahaja!", "Hey, nikmat apa lagi yang nak dibimbangkan? Fungsi terbaik, reka bentuk tiada tandingan, ditambah pula harga HEBAT?! Tunggu apa lagi? Dapatkan hari ini juga!" ]
https://ering.com.my/2018/11/huawei-bakal-perkenalkan-telefon-pintar-dengan-paparan-infinity-o-disember-2018-ini/
Huawei Bakal Perkenalkan Telefon Pintar Dengan Paparan Infinity-O Disember 2018 Ini?!
[ "Sebentar tadi, kami ada berkongsi dengan anda mengenai model pertama yang hadir dengan paparan Infinity-O adalah Samsung Galaxy A8s. Ia dikhabarkan akan diperkenalkan tidak lama lagi.", "Terbaru, tersebar satu laporan yang mengatakan Huawei mungkin menjadi pencabar terdekat Samsung apabila bakal memperkenalkan telefon pintar Infinity-O lebih awal. Jika dilihat daripada imej yang tersebar, Huawei akan memperkenalkan sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada swafoto serta paparan penuh.", "Apa yang menarik perhatian, gambar tersebut mempunyai lubang kecil pada sudut kiri atas skrin dan telefon pintar akan diperkenalkan pada Disember 2018 ini. Buat masa sekarang, tidak diketahui model apakah yang akan diperkenalkan oleh Huawei.", "Huawei will release the world's first hole-screen mobile phone before the Samsung Galaxy A8s, which will be released in December, but the A8s may also be released in December, so who will start, it will wait and see.Huawei’s offensive against Samsung has never weakened. pic.twitter.com/MqefEgK7j0", "— Ice universe (@UniverseIce) November 26, 2018" ]
https://ering.com.my/2019/04/digi-home-fibre-luaskan-sayap-ke-lembah-klang-serendah-rm99-bulan-untuk-50mbps/
Digi Home Fibre ‘Luaskan Sayap’ Ke Lembah Klang – Serendah RM99/Bulan Untuk 50Mbps
[ "Digi kini meluaskan pakej Digi Home Fibre mereka ke beberapa kawasan di Lembah Klang. Ia terbuka kepada semua termasuklah pelanggan Digi sedia ada dan pelanggan bukan Digi dengan bayaran pendahuluan RM0.", "Melaluinya, Digi menawarkan dua pilihan pakej dengan harga berpatutan iaitu serendah RM99/bulan untuk pelan 50Mbps. Manakala, RM129/bulan untuk pelan 100Mbps. Semua pelan ini tiada had penggunaan data. Maklumat lanjut, KLIK PADA PAUTAN INI." ]
https://ering.com.my/2020/10/alaska-airlines-dan-microsoft-menandatangani-perkongsian-untuk-mengurangkan-pelepasan-karbon-dengan-pesawat-yang-dikuasakan-oleh-bahan-api-penerbangan-lestari-di-laluan-utama/
Alaska Airlines dan Microsoft menandatangani perkongsian untuk mengurangkan pelepasan karbon dengan pesawat yang dikuasakan oleh bahan api penerbangan lestari di laluan utama
[ "Bahan api penerbangan lestari yang dibekalkan oleh peneraju industri SkyNRG menandakan pendekatan baharu dalam perjalanan perniagaan", "SEATTLE dan REDMOND, Washington, 23 Oktober 2020 /PRNewswire/ — Pekerja Microsoft Corp yang terbang antara ibu pejabat global mereka di Redmond, Washington dan California menggunakan Alaska Airlines akan menikmati penerbangan lebih lestari berikutan penggunaan bahan api penerbangan lestari (SAF) yang digunakan dalam perjalanan perniagaan mereka. SAF, yang dibekalkan oleh SkyNRG, merupakan pilihan penting bagi industri penerbangan bagi mengurangkan pelepasan gas CO2 berdasarkan kitaran hayat. Perkongsian A.S. yang pertama seumpamanya ini ialah model untuk syarikat dan organisasi lain yang komited untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar akibat perjalanan perniagaan yang menggunakan laluan udara.  ", "Perjanjian tersebut terpakai untuk pelepasan gas CO2 perjalanan pekerja Microsoft antara Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma ke Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco, Lapangan Terbang Antarabangsa San Jose dan Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles — tiga laluan paling popular yang dilalui oleh pekerja Microsoft yang menaiki Alaska Airlines. Di bawah perjanjian perkongsian yang berasingan, Microsoft akan membeli kredit SAF dari SkyNRG dan SAF akan dihantar ke sistem pengisian bahan api lapangan terbang yang digunakan oleh Alaska Airlines. Syarikat akan meneroka pengembangan program ini pada masa akan datang.", "“Setelah satu dekad memajukan bahan api untuk penerbangan lestari, perkongsian ini menandakan pencapaian penting dalam usaha menjadikan SAF sebagai alternatif bahan api penerbangan yang berdaya saing secara komersial,” kata Brad Tilden, CEO Alaska Airlines. “SAF membolehkan kami terbang dengan lebih bersih dan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Namun, kami tidak dapat melakukannya sendiri — kami mesti bekerjasama dengan industri dan pemimpin perniagaan lain seperti Microsoft dan SkyNRG, antara syarikat yang berwawasan untuk mencapai matlamat kami dan mengembangkan pasaran untuk SAF. “", "“Kami teruja dapat bekerjasama dengan Alaska Airlines untuk menjadikan perjalanan udara perniagaan lebih hijau menggunakan bahan api penerbangan lestari yang dibekalkan oleh SkyNRG, mengurangkan kesan karbon dari penerbangan paling banyak dinaiki oleh pekerja Microsoft,” kata Judson Althoff, Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Komersial Microsoft Sedunia. “Kami berharap model bahan api penerbangan lestari ini akan digunakan oleh syarikat lain sebagai satu cara untuk mengurangkan kesan persekitaran daripada perjalanan perniagaan mereka.”", "Microsoft, Alaska Airlines dan SkyNRG berharap perkongsian ini menjadi contoh bagi syarikat dan organisasi lain untuk membeli SAF dan menyokong pengembangan industri SAF dengan membina isyarat permintaan yang stabil, meningkatkan bekalan dan mengurangkan kos SAF . Ketiga-tiga syarikat tersebut juga menyokong pembangunan standard perakaunan alam sekitar global untuk pembelian korporat SAF secara sukarela melalui penyertaan mereka dalam projek perintis Clean Skies for Tomorrow dalam Forum Ekonomi Dunia. Syarikat merancang untuk mengadakan forum pembekal dan korporat untuk berkongsi ilmu serta meningkatkan minat menggunakan SAF bagi mengurangkan pelepasan karbon akibat perjalanan perniagaan.", "Alaska Airlines ialah salah satu syarikat penerbangan yang menggunakan bahan api paling cekap di A.S. dengan komitmen yang kukuh terhadap kelestarian. Ia adalah antara syarikat penerbangan pertama yang menggunakan SAF dalam perjalanan penumpang, yang telah menerbangkan hampir 80 pesawat dalam 10 tahun kebelakangan. Dengan armada cekap bahan api dan penggunaan teknologi moden di geladak penerbangan, Alaska Airlines telah mengurangkan sasaran intensiti pelepasan gas rumah hijau sebanyak 16% sejak tahun 2012. Ketahui lebih lanjut tentang perkongsian tersebut di https://blog.alaskaair.com/company-news/fly-greener/alaska-microsoft-reducing-carbon-footprint/.", "Microsoft mempunyai matlamat kelestarian yang bercita-cita tinggi, termasuk komitmen untuk menjadi karbon negatif pada tahun 2030 dan mengeluarkan lebih banyak karbon dari alam sekitar sejak mereka ditubuhkan hingga menjelang tahun 2050. Pembelian dan penggunaan SAF menyumbang kepada matlamat kelestarian syarikat.", "Selama lebih daripada satu dekad, SkyNRG telah memimpin pembangunan dalam mewujudkan pasaran SAF, dengan mengambil pendekatan tanpa kompromi terhadap kelestarian. Menggantikan bahan api jet fosil dengan SAF merupakan matlamat SkyNRG, yang menjamin kelestarian sosial dan persekitaran di seluruh rantaian bekalan.", "“Kemunculan sistem pengeluaran SAF dan pasaran ialah peluang sekali dalam satu abad untuk melancarkan sumber tenaga baharu di seluruh industri, dibimbing oleh standard kelestarian yang kukuh sejak hari pertama,” kata Theye Veen, Pengarah Urusan SkyNRG. “Kami sangat gembira dapat bersama-sama syarikat terkemuka Microsoft dan Alaska Airlines dalam langkah seterusnya.”", "Sebagai sebahagian daripada perjanjian perkongsian Microsoft dengan SkyNRG, Microsoft akan menjadi anggota terbaharu Board Now, sebuah gabungan syarikat terkemuka yang bertujuan untuk menyegerakan arus perubahan ke arah perjalanan udara yang lestari. Organisasi komited untuk mengurangkan pelepasan karbon akibat penerbangan dan menyumbang secara langsung kepada pengembangan kapasiti pengeluaran SAF yang baharu.", "Latar belakang bahan api penerbangan lestari", "Sebagai alternatif kepada petroleum, SAF umumnya dihasilkan daripada sumber-sumber lestari, seperti minyak buangan dan sisa pertanian. Malahan, ia boleh dihasilkan daripada karbon yang terperangkap di udara. SAF merupakan penyelesaian penting bagi industri penerbangan untuk mengurangkan pelepasan gas CO2 dan boleh menyumbang kepada manfaat sosial serta persekitaran positif lain, seperti penciptaan pekerjaan dan biodiversiti. SAF mengurangkan pelepasan karbon di sepanjang kitaran hayatnya. SAF yang dibekalkan oleh SkyNRG dalam perjanjian ini dihasilkan di A.S. oleh World Energy menggunakan minyak buangan dan mengurangkan pelepasan karbon sekitar 75% berbanding dengan bahan api jet fosil. SkyNRG menjamin kelestarian bahan api yang dibekalkan dengan pengiktirafan daripada Roundtable on Sustainable Biomaterials (RSB), standard paling lengkap dan mantap untuk pengesahan amalan lestari, dan Lembaga Kelestarian bebas yang merangkumi wakil-wakil WWF International, European Climate Foundation, Solidaridad Network dan University of Groningen.", "Alaska Airlines dan rakan serantaunya berkhidmat kepada lebih daripada 115 destinasi di seluruh Amerika Syarikat dan Amerika Utara, menyediakan pengangkutan udara utama untuk para tetamu kami serta penghantaran kargo yang penting, seperti makanan, ubat-ubatan, surat dan e-dagang. Dengan hab di Seattle; San Francisco; Los Angeles; Portland, Oregon; dan Anchorage, Alaska, syarikat penerbangan tersebut terkenal dengan tambang yang murah, khidmat pelanggan yang meraih pelbagai anugerah dan usaha kelestarian yang berterusan. Dengan Alaska dan Rakan Kongsi Globalnya, para penumpang dapat mengumpul dan menebus mata ganjaran untuk penerbangan ke lebih 800 destinasi di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Alaska di newsroom.alaskaair.com dan blog.alaskaair.com. Alaska Airlines dan Horizon Air merupakan anak syarikat kepada Alaska Air Group (NYSE: ALK).", "SkyNRG ialah perintis dan peneraju global untuk bahan api penerbangan lestari. Membekalkan kepada lebih 30 syarikat penerbangan di seluruh benua, adalah misi SkyNRG untuk menjadikan SAF sebagai standard global baharu yang didorong oleh amalanlestari di seluruh rantaian bekalan. Maklumat lanjut boleh didapati di: www.skynrg.com dan www.boardnow.org.", "Microsoft (Nasdaq “MSFT” @microsoft) mendayakan transformasi digital untuk era awan dan sisi pintar. Misinya adalah untuk membolehkan setiap orang dan organisasi di planet ini mencapai lebih banyak kejayaan.", "Keywords: Airlines/Aviation Computer/Electronics Passenger Aviation Travel Licensing/marketing agreements" ]
https://ering.com.my/2020/09/bts-universe-story-netmarble-kini-tersedia-di-seluruh-dunia-pada-peranti-ios-dan-android/
BTS Universe Story Netmarble Kini Tersedia di Seluruh Dunia pada Peranti iOS dan Android
[ "SEOUL, Korea Selatan, 24 September 2020 /PRNewswire/ — Netmarble hari ini mengumumkan bahawa permainan mudah alih yang dinanti-nantikan BTS Universe Story, permainan sosial interaktif baharu yang berasaskan kepada bintang terbilang global BTS, kini sedia untuk muat turun di Apple App Store dan Google Play di seluruh dunia.", "BTS Universe Story ialah kerjasama kedua antara Netmarble dan bintang terbilang global tersebut, berikutan kejayaan global permainan mudah alih BTS WORLD. Aplikasi ini menampilkan watak-watak BTS Universe yang diimbas secara 3D dan membolehkan pemain meneroka cerita-cerita sedia ada berdasarkan BTS Universe, mencipta dan berkongsi kisah mereka sendiri yang memaparkan kumpulan itu, dan berinteraksi dengan pemain lain.", "Permainan sosial interaktif ini membolehkan pemain mengambil bahagian secara langsung dalam penciptaan dan pembangunan kisah dalam permainan ini, memilih pilihan di sepanjang penceritaan yang membawa kepada hasil yang berbeza. Dengan pelbagai kisah yang berdasarkan BTS Universe, BTS Universe Story menyediakan mod “Story Creation” di mana sesiapa boleh mencipta kisah mereka sendiri dengan mudah menggunakan alat produksi dalam permainan, serta mod “Story Playthrough” yang membolehkan pemain memilih pilihan dalam kisah sedia ada untuk membentuk jalan cerita.", "Permainan ini dilengkapi mod “Collection” yang membolehkan pemain mengumpul baju dan aksesori untuk menggayakan watak-watak dalam BTS Universe, bersama dengan keupayaan untuk menangkap foto AR dengan watak yang mereka suaikan sendiri.", "Untuk meraikan pelancaran BTS Universe Story, Netmarble telah mengumumkan acara daftar masuk harian selama 7 hari dengan 30 Permata sebagai ganjaran. Di samping itu, pemain boleh menerima pelbagai ganjaran dalam permainan seperti T-Shirt Logo atau Tema Penciptaan Cerita untuk mencipta satu Kisah yang menerima jumlah “Suka” tertentu daripada pemain lain. Pemain yang telah membuat pra-pendaftaran untuk permainan ini juga akan menerima Pemilih Khas Pra-pendaftaran sebagai ganjaran, yang dapat memberikan satu tiket untuk satu set busana untuk satu anggota kumpulan.", "Untuk maklumat lebih lanjut mengenai BTS Universe Story, sila kunjungi laman rasmi atau ikuti BTS Universe Story di Twitter dan YouTube. ", "Ditubuhkan di Korea pada tahun 2000, Netmarble Corporation ialah pemaju dan penerbit teratas yang mendorong sempadan pengalaman permainan mudah alih dengan permainan yang sangat inovatif termasuk Lineage 2: Revolution, The Seven Deadly Sins: Grand Cross, Blade & Soul Revolution dan MARVEL Future Fight. Sebagai syarikat induk Kabam, dan pemegang saham utama Jam City dan Big Hit Entertainment, Netmarble berusaha untuk menghiburkan penonton di seluruh dunia dengan pelbagai permainan mudah alih berdasarkan francais dan kolaborasi yang hebat dengan pemegang IP di seluruh dunia. Maklumat lebih lanjut boleh didapati di http://company.netmarble.com", "Ditubuhkan pada Februari 2005 di Korea Selatan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Produser Bang Si-Hyuk, perniagaan teras Big Hit Entertainment memfokuskan pada produksi muzik, pengurusan artis dan penerbitan. Usaha perniagaan Big Hit menggabungkan dan mengembangkan pelbagai kandungan yang dihasilkan daripada IP artis terkenal, termasuk bintang BTS global dan penambahan terbaharunya TOMORROW X TOGETHER. Dengan misinya ‘Music & Artist for Healing’, Big Hit berusaha memberikan pengaruh positif melalui kandungan sambil memberikan keselesaan dan inspirasi kepada peminat muzik di seluruh dunia.", "Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Licensing/marketing agreements New products/services" ]
https://ering.com.my/2017/11/skmm/
SKMM Beri Anugerah Kepuasan Pengguna Terbaik Kepada Celcom
[ "Celcom Axiata Berhad sebagai peneraju telekomunikasi dengan 10 juta pengguna baru-baru ini menerima ‘Anugerah Kepuasan Pengguna Terbaik’ daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.", "Anugerah kepada Celcom diberikan oleh kerana syarikat ini sangat bersungguh-sungguh memperbaiki perkhidmatannya. SKMM berpendapat Celcom sentiasa memastikan data peribadi pengguna mereka sentiasa terjamin serta dilindungi.", "Selain itu, pasukan khidmat pelanggan yang berdidikasi dan bersemangat dalam membantu para pelanggan perlu dicontohi oleh rakan telkom yang lain.", "Anugerah daripada SKMM ini disampaikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari kepada wakil Celcom iaitu Rene Werner, Ketua Perkhidmatan Pelanggan dan Pengalaman Celcom Axiata Berhad.", "Dalam masa sama, Celcom berjanji akan terus meningkatkan pengalaman pelanggan serta memastikan perlindungan digital menjadi keutamaan dan kepentingan utama syariakat." ]
https://ering.com.my/2021/06/honor-magic-3-akan-muncul-pada-bulan-ogos-dilengkapi-dengan-snapdragon-888-pro/
HONOR Magic 3 Akan Muncul Pada Bulan Ogos: Dilengkapi Dengan Snapdragon 888 Pro!
[ "Hari ini, blogger terkenal @ 数码 闲聊 站 mendedahkan berita terkini HONOR Magic 3. Dia mengatakan bahawa mesin itu akan dijadualkan untuk dilancarkan sekitar Ogos dan akan dilengkapi dengan cip pro sm8350. Ini adalah peningkatan versi sebelumnya dikhabarkan Snapdragon 888 Versi Snapdragon 888 Pro.", "Menurut data skor berjalan yang terdedah sebelumnya, Snapdragon 888 Pro secara keseluruhan konsisten dengan Snapdragon 888. Ia juga menggunakan proses 5nm, dengan seni bina tiga kluster teras besar, teras besar dan teras kecil, tetapi CPU frekuensi utama mencapai hingga 3.0GHz, dengan prestasi yang melampau Dapatkan promosi yang berkesan.", "Sebagai tambahan kepada prestasi terbaik, Zhao Ming juga mengatakan bahawa pengguna dapat melihat pemahaman dan reka bentuk HONOR mengenai teknologi komunikasi terkini pada siri Magic, serta penyelesaian kamera baru, yang mungkin mewakili teknologi kamera paling maju di industri. rancangan akan diterapkan pada Magic 3, dan reka bentuk ikonik baru.", "Dari sudut pandang ini, HONOR Magic 3 pasti menjadi produk unggulan yang dilengkapi dengan teknologi dan sumber daya terkemuka Honor. Jenama HONOR akan menggunakan telefon ini untuk mendapatkan pijakan di kem unggulan teratas, yang patut dinantikan." ]
https://ering.com.my/2017/07/lg-mengumumkan-barisan-siri-q-terbaru-q6-q6-q6%ce%b1/
LG Mengumumkan Barisan Siri Q Terbaru – Q6, Q6+ & Q6α
[ "Memandangkan pengeluar telefon pintar kini bersaing menawarkan produk mereka dengan harga yang rendah, maka, LG baru-baru ini telah memperkenalkan keluarga baru iaitu siri Q secara rasmi. Kesemua model siri Q ini adalah kelas pertengahan yang menggunakan teknologi paparan “FullVision” dan ciri-ciri premium dengan tawaran harga yang lebih kompetitif.", "Barisan siri Q ini mewakili LG Q6 yang berada di tengah di antara model LG Q6+ di atas dan LG Q6α di bawah. Model-model kesemua ini dilengkapi dengan paparan bersaiz 5.5 inci FullVision FHD+ beresolusi 2160 x 1080p (~442ppi) serta nadi kuasa dari cip Qualcomm Snapdragon 435. Manakala tenaga yang disalurkan pula, berpunca dari bateri berkapasiti 3,000mAh.", "Kamera belakang dibekalkan dengan sensor 13 Megapiksel, sementara lensa sudut lebar 100 darjah 5 Megapiksel pula dipadankan di bahagian depan. Sambungan yang disokong oleh ketiga-tiga peranti ini menyediakan fungsi Wi-Fi 802.11n, Bluetooth v4.2 dan pengecaman wajah untuk sistem keselamatan.", "Ketersedian LG Q6, Q6+ dan Q6α mula menjengah pasaran Asia pada bulan Ogos ini diikuti Eropah, Amerika Latin dan Amerika utara.", "Pihak LG masih belum menyatakan tanda harga buat masa ini. Kemungkinan mereka ingin buat kejutan kepada anda semua. Mungkin di bawah RM1,000??" ]
https://ering.com.my/2018/12/honor-tawar-promosi-tidak-masuk-akal-sempena-final-piala-aff-suzuki-2018/
Honor Tawar Promosi “Tidak Masuk Akal” Sempena Final Piala AFF Suzuki 2018!
[ "Bersempena dengan final kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Vietnam pada 15 Disember ini, Honor yang juga penaja utama perlawanan tersebut berbesar hati menawarkan promosi dan ganjaran hebat kepada orang ramai.", "Bagi menghangatkan lagi suasana, Honor telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memiliki peranti keluaran mereka dengan harga yang cukup tidak masuk akal! Tawaran adalah seperti berikut :", "*Tertakluk terma & syarat. Terhad satu unit untuk seorang pelanggan. ", "Bukan setakat itu sahaja, bahkan orang ramai juga boleh membeli satu pakej unit khas yang mana didalamnya terdapat – 2 UNIT HONOR 7X + 1 UNIT HONOR VIEW 10 hanya pada harga serendah RM2,457 (harga asal : RM3,297) sahaja!", "Tidak terhenti disitu! Orang ramai juga boleh memiliki aksesori eksklusif keluaran Honor berikut DENGAN HANYA RM 1 SAHAJA! :", "Untuk maklumat lanjut dan ketahui tawaran menarik daripada Honor Malaysia, sila klik SINI!" ]
https://ering.com.my/2016/10/homeaway/
HomeAway, Pastikan Keadaan Hotel Memuaskan!
[ "Ingin bercuti tetapi tidak tahu hotel mana yang harus dipilih bagi memastikan keadaan anda selamat dan puas hati dengan layanan yang diberikan? Apa kata anda mencuba aplikasi HomeAway (sebelum ini dikenali sebagai travelmob) yang ditawarkan secara percuma untuk pengguna Android dan iOS. HomeAway bukan sahaja membantu mencari hotel bajet, tetapi juga bilik yang selesa, pangsapuri yang luas dan juga pulau persendirian yang memiliki villa mewah.", "Apa yang menarik, aplikasi ini telah diasingkan kepada dua kategori iaitu TRAVELS serta HOSTS. Selain boleh mendapatkan harga promosi setiap hari, HomeAway turut dilengkapi dengan navigasi bagi memudahkan anda mencari hotel tersebut." ]