url
stringlengths
42
231
headline
stringlengths
9
119
content
list
https://malaysiagazette.com/2018/04/01/keputusan-perlawanan-la-liga-5/
Keputusan perlawanan La Liga
[ "MADRID – Berikut adalah keputusan penuh perlawanan La Liga Sepanyol yang berlangsung, malam dan awal pagi tadi.", "Girona 1 – 1 Levante", "Athletic Bilbao 1 – 1 Celta Vigo", "Las Palmas 0 – 3 Real Madrid", "Sevilla 2 – 2 Barcelona", "MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/06/03/ceramah-perdana-pn-jelajah-selangor-baharu-ph-jangan-bacul/
Ceramah perdana PN Jelajah Selangor Baharu, PH jangan bacul
[ "SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) Selangor perlu bersikap profesional dalam berhadapan dengan pesaing politik dengan hujah dilawan hujah.", "Ketua Dewan Pemuda Perikatan Nasional (PN) Negeri, Mohamed Sukri Omar berkata, mereka tidak boleh menggunakan kuasa bagi menghalang, menyekat atau membatalkan apa sahaja program dari pihak pesaing iaitu program ceramah PN.", "“Sikap tidak profesional hanya memberikan imej buruk kepada negeri Selangor yang dikenali sebagai negeri mempunyai banyak institusi pendidikan dan intelektual yang ramai.", "“Inilah sebabnya rakyat perlu memilih PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang kerana terlalu banyak isu PH Selangor selama ini.", "“PRU15 November tahun lalu antara bukti rakyat sudah sedar dan bangkit. Ini fakta yang tidak boleh dinafikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.", "Mohamed Sukri mengulas terdapat usaha daripada kerajaan negeri untuk menghalang ceramah perdana PN iaitu Jelajah Selangor Baharu di Padang Astaka, Tanjong Karang malam esok.", "Kata beliau, ceramah itu merupakan siri jelajah PN ke negeri yang bakal berlangsung PRN sebagai perkara biasa bagi sesebuah parti atau gabungan parti dalam menyampaikan informasi semasa kepada rakyat.", "Ujarnya, menghalang ceramah itu jelas menunjukkan PH Selangor takut dengan gelombang rakyat berikutan PRU15 baru-baru ini.", "Malah, kata beliau, tindakan menghalang menunjukkan sikap kerajaan Selangor yang ditadbir oleh PH sekarang mengamalkan politik lapuk dan tidak bertamadun.", "“Gelombang PN menyapu bersih di Kedah, Terengganu dan Kelantan baru-baru ini jelas menunjukkan pengundi Melayu Islam khususnya memang tidak lagi mahukan PH sejak PRU 14.", "“Ditambah lagi, Perlis juga kini ditadbir oleh PN menjadikan empat Menteri Besar dari Pas-PN.", "“Jika PH Selangor lagaknya seperti anak jantan, tunjukkan kejantanan dengan bersikap adil kepada pesaing politik dalam konteks demokrasi yang dijamin oleh Perlembagaan,” katanya.", "Mohamed Sukri yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor menjelaskan, PH negeri itu boleh pusing satu negeri menerusi nama kerajaan bagi meraih undi rakyat, kenapa PN tidak boleh memiliki kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman dalam penganjuran ceramah mega.", "Katanya, Pemuda PN Selangor mendesak pihak bertanggungjawab dalam kerajaan PH Selangor untuk berhenti berbohong dalam apa jua alasan untuk tidak meluluskan penggunaan Padang Astaka, Tanjong Karang.", "“Kita sudah masak perangai bacul sebegini. Menghalang program dengan pelbagai alasan yang direka-reka,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/10/02/malaysia-naik-taraf-navigasi-selat-melaka-singapura/
Malaysia naik taraf navigasi Selat Melaka, Singapura
[ "KUALA LUMPUR – Malaysia merancang untuk meneroka teknologi baharu untuk meningkatkan tahap keselamatan untuk navigasi di perairan Selat Melaka dan Singapura.", "Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd. Aziz Kaprawi melalui Facebook miliknya hari ini.", "Beliau yang hadir di sebuah forum di Kota Kinabalu, Sabah, memberitahu bahawa beliau sebagai wakil negara, menerima dana bernilai USD 6 juta bagi penyelenggaraan, pembaikian dan pembaharuan 51 bantuan kritikal kepada navigasi di Selat Melaka dan Singapura.", "“Pagi ini saya merasmikan pembukaan Forum Kerjasama ke-10 di bawah Mekanisma Kerjasama Antara Negara Littoral dan Pengguna Selat Mengenai Keselamatan Navigasi dan Perlindungan Alam Sekitar di Selat Melaka & Singapura yang bertempat di Kota Kinabalu, Sabah", "“Forum ini diadakan selama lima hari bermula hari ini sehingga hari Jumaat yang dihadiri oleh lebih 160 delegasi dari 45 negara di seluruh dunia. Ini merupakan tahun ke-10 Mekanisma Kerjasama ini diadakan serta mendapat kerjasama yang sangat baik dalam kalangan pengguna Selat Melaka.", "“Dana yang bernilai USD 6 juta akan diserahkan kepada Malaysia akan digunakan bagi penyelenggaraan, pembaikian dan pembaharuan 51 bantuan kritikal kepada navigasi di Selat Melaka dan Singapura,” ujarnya.", "Tambah Abd. Aziz, dana tersebut akan digunakan bagi tujuan penyelenggaraan, pembaikian dan pembaharuan 51 bantuan kritikal kepada navigasi di Selat Melaka dan Singapura bagi tempoh tiga tahun yang akan bermula pada tahun hadapan.", "“Salah satu elemen yang penting melalui Mekanisma Kerjasama ini adalah Aids to Navigation Fund yang mana Malaysia akan menjadi pengerusi kepada dana ini bagi tempoh tiga tahun bermula tahun 2018,” katanya. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/04/16/bursa-malaysia-dijangka-alami-aliran-tinggi/
Bursa Malaysia dijangka alami aliran tinggi
[ "KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dijangka mengalami aliran tinggi minggu depan, didorong keyakinan berkaitan berakhirnya kitaran kenaikan kadar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) berikutan tanda-tanda penurunan inflasi.", "Ini susulan data Indeks Harga Pengguna (IHP) dan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS yang lebih rendah.", "Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata di peringkat tempatan, jangkaan pasaran terhadap keuntungan korporat juga positif dan menyumbang kepada kemungkinan aliran meningkat minggu depan.", "“Kami menjangkakan suasana pasaran kekal positif, susulan keredaan kebimbangan terhadap inflasi dan kadar faedah di samping pelabur bergantung kepada jangkaan keuntungan korporat yang kukuh untuk meningkatkan sentimen pelabur,” katanya kepada Bernama.", "Justeru, beliau menjangkakan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bergerak dalam julat 1,430 hingga 1,445.", "Sementara itu, Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata jangkaan mengenai dasar monetari yang lebih longgar oleh Fed dalam beberapa bulan akan datang akan menggalakkan pengambilan risiko di peringkat global.", "“Ini bermakna pelabur akan membeli saham di kebanyakan bidang kuasa seperti Asia, Eropah dan AS,” katanya.", "IHP AS turun kepada lima peratus tahun ke tahun pada Mac 2023 daripada enam peratus pada Februari 2023 — berbanding jangkaan pasaran pada 5.2 peratus dan angka terendah yang dicatatkan sejak Mei 2021.", "Sementara itu, data IHPR AS merosot kepada 2.7 peratus tahun ke tahun pada Mac 2023 daripada 4.9 peratus pada Februari 2023 — bacaan terendah sejak Januari 2021.", "Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, Bursa Malaysia mencatatkan prestasi bercampur-campur dengan pasaran yang tidak menentu.", "Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI meningkat 8.09 mata untuk berakhir pada 1,435.13 daripada 1,427.04 minggu lepas.", "Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 90.47 mata kepada 10,568.91; Indeks FBMT 100 menambah 85.73 mata kepada 10,246.77 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 120.18 mata kepada 10,942.84.", "Indeks FBM 70 melonjak 231.29 mata kepada 13,870.04 dan Indeks FBM ACE naik 41.50 mata kepada 5,368.18.", "Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 32.93 mata kepada 15,734.20; Indeks Tenaga naik 14.28 mata kepada 877.79; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.90 mata kepada 175.65 dan Indeks Perladangan meningkat 119.46 mata kepada 6,851.13.", "Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 14.79 bilion unit bernilai RM8.88 bilion daripada 13.18 bilion unit bernilai RM7.71 bilion minggu lepas.", "Jumlah dagangan Pasaran Utama menokok kepada 10.47 bilion saham bernilai RM7.60 bilion daripada 9.47 bilion saham bernilai RM6.67 bilion minggu lepas.", "Jumlah dagangan waran pula sebanyak 1.41 bilion unit bernilai RM224.74 juta berbanding 960.12 juta unit bernilai RM155.86 juta.", "Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 3.32 bilion saham bernilai RM1.04 bilion daripada 2.73 bilion saham bernilai RM874.88 juta. – BERNAMA", " " ]
https://malaysiagazette.com/2018/11/18/larangan-pakai-selipar-agenda-utama-mot-ke/
Larangan pakai selipar agenda utama MOT ke?
[ "KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri Pengangkutan (MOT), Anthony Loke membuat tuduhan seorang kenamaan ‘menceroboh’ dan memakai selipar menggunakan laluan VIP terus mendapat perhatian pelbagai pihak.", "Rata-rata mereka melahirkan rasa kurang senang berikutan tindakan Anthony yang dianggap tidak menggunakan ‘protokol’ menghubungi Yang DiPertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran terlebih dahulu sebelum tampil membuat kenyataan berbaur tuduhan yang disifatkan serius.", "Menurut Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, Punithan Paramsiven, isu pemakaian selipar sebenarnya adalah hal remeh yang boleh diselesaikan dengan lebih baik, antaranya bercakap dengan semua pihak terlebih dahulu.", "Kata Punithan, Anthony juga menuduh Vigneswaran sudah melakukan kesalahan menceroboh keselamatan walaupun dalam rakaman CCTV tidak menunjukkan seperti yang didakwa.", "“Vigneswaran sudah jelaskan, beliau hanya lakukan sesuatu yang sudah menjadi amalan selama ini, jika kerajan berubah ianya perlu di jelaskan. Malah pemakaian selipar juga perlu di jelaskan terlebih dahulu.", "“Tolonglah jangan sengaja cari kesalahan untuk kepentingan peribadi anda semata-mata. Banyak lagi isu yang belum dapat diselesaikan oleh Anthony sehingga kini terutamnya hal berkaitan dengan teksi yang asyik membuat demonstrasi mahukan perhatian.", "“Jangan cuba beri gambaran isu selipar adalah kepentingan dan keutamaan anda. Itu bukan agenda MOT saya pasti, saya juga nasihatkan anda untuk bercakap dengan Vigneswaran terlebih dahulu. Adil itu bukan salatu prinsip di pegang oleh kamu?", "“Insiden seperti ini seolah-olah membuktikan politik dendam terutamanya terhadap pemimpin pembangkang jauh lebih penting daripada agenda utama rakyat dan pembangunan negara,” katanya.", "Punithan mengulas sidang media Anthony yang mendapati Vigneswaran telah melanggar peraturan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 November lepas.", "Vigneswaran didakwa menceroboh ruang keselamatan dengan melalui kawasan laluan VIP tanpa menjalani prosedur pemeriksaan badan dalam kejadian pada kira-kira 10.20 malam.", "Anthony juga mendakwa ketika mahu melalui laluan VIP itu, hanya pegawai keselamatan wanita yang sedang bertugas berada di situ dan Vigneswaran enggan menunggu pegawai keselamatan lelaki datang untuk melakukan pemeriksaan badan.", "", "Sementara itu, Ketua Wanita MIC Kepong, Sujita Soorian berkata, tidak ada salahnya atau pelik apabila seseorang memakai selipar apabila mengalami luka pada bahagian kaki.", "“Protokol lain sebenarnya beliau telah patuhi. Mengapa perlu cari kesalahan sehingga selipar itu dijadikan sebagai isu. Beliau hanya gunakan laluan VIP sahaja bukan bilik VIP, malah pemakaian kod pakaian juga telah dipatuhi olehnya.", "“Beliau bukan memakai tidak senonoh sehingga memalukan golongan kenamaan yang lain di situ sehingga mahu dijadikan isu seperti ini. Tolong celik sebelum buat tuduhan melulu seperti ini.", "“Banyak lagi perkara penting yang boleh dijadikan isu, malah sikap bertegas oleh pemimpin seharusnya perlu dicontohi tetapi dalam hal ini, rasanya Anthony sudah menyalahkan isu ini untuk tujuan publisiti,” ujarnya.", "Dalam pada itu, Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan turut meminta Anthony untuk memberi fokus kepada isu-isu yang lebih penting di Kementerian beliau.", "“Anthony, tolong fokus isu berkaitan rasuah di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terlebih dahulu, anda mempunyai skandal jauh lebih besar daripada isu selipar ini,” katanya dalam Twitter. –MalaysiaGazette", "Anthony Loke, cukup-cukuplah tunjuk kehebatan – MIC", "", "Anthony jangan buat tuduhan melulu sampai kena saman – Vigneswaran", "" ]
https://malaysiagazette.com/2023/03/31/kemaskini-jam-digital-azan-elak-spekulasi-tarikh-hari-raya-jakim/
Kemaskini jam digital azan, elak spekulasi tarikh hari raya – JAKIM
[ "KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua masjid dan surau sentiasa mengemaskini jam digital azan masing-masing agar selari dengan ketetapan tarikh hijri yang dikeluarkan jabatan itu atau pihak berkuasa agama yang disahkan Panel Pakar Falak.", "Ini bagi mengelak timbul spekulasi dalam kalangan orang ramai terutama mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini.", "Menurut kenyataan JAKIM, pihaknya telah mengambil maklum mengenai penularan satu tangkap layar yang memaparkan “Pemberitahuan Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023” yang dipercayai disiarkan menerusi sebuah paparan iklan di sebuah masjid.", "“Paparan itu telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan warga maya mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Untuk makluman, cerapan Hilal Syawal bagi tahun ini adalah pada petang hari Khamis 20 April 2023 bersamaan 29 Ramadan 1444H.", "“Kita mohon semua pihak menghormati ketetapan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja mengenai perkara ini dan tidak membuat sebarang andaian mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini,” kata kenyataan itu hari ini.", "JAKIM memaklumkan, pengisytiharan tarikh 1 Syawal setiap tahun bagi negara Malaysia adalah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.", "Pengisytiharan itu dibuat melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan di 29 lokasi cerapan rasmi selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/12/19/taburan-hujan-semalam-menyamai-purata-taburan-sebulan-hanya-terjadi-100-tahun-sekali/
Taburan hujan semalam menyamai purata taburan sebulan, hanya terjadi 100 tahun sekali
[ "KUALA LUMPUR – Hujan lebat yang berterusan dalam tempoh 24 jam sejak lewat malam Jumaat menyamai jumlah taburan purata hujan di Lembah Klang untuk tempoh sebulan dan ia umpama fenomena yang berlaku setiap 100 tahun sekali.", "Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata fenomena berkenaan terjadi susulan faktor luruan monsun dan sistem cuaca tekanan rendah yang mencapai tahap lengkukan tropika terbentuk di Laut China Selatan yang dikesan pada 12 Dis lepas oleh Jabatan Meteorologi.", "Pada 16 Dis, katanya sistem itu telah memasuki Pahang dan bergerak merentasi kawasan barat Semenanjung Malaysia dan menyebabkan peningkatan kelembapan sehingga mengakibatkan hujan lebat berterusan di hampir semua negeri di Semenanjung.", "Katanya, purata taburan hujan sebulan di Lembah Klang ialah 200 milimeter (mm), namun semalam sahaja purata taburan hujan tinggi direkodkan di stesen Sentul iaitu sebanyak 363 mm, Gombak 247 mm, Jinjang 258 mm dan Sungai Bonus Jalan Tun Razak 273 mm.", "“Taburan hujan setahun di Kuala Lumpur ialah 2,400 mm dan ini bermakna taburan hujan semalam melebihi jumlah taburan hujan untuk sebulan, ini adalah sesuatu di luar jangkaan dan hanya berlaku dalam 100 tahun sekali,” katanya.", "“Berdasarkan analisis model cuaca terkini taburan hujan akan berkurangan hari ini dan bagaimanapun masih terdapat kawasan yang alami cuaca lembab sepanjang hari. Berdasarkan analisis tersebut tiada amaran hujan lebat berterusan di Lembah Klang pada petang ini,” katanya.", "Banjir melanda Lembah Klang sejak semalam susulan hujan lebat berterusan menyebabkan ribuan penduduk dipindahkan manakala ramai pengguna jalan raya terkandas akibat laluan terjejas kerana dinaiki air.", "Banjir turut dilaporkan berlaku di Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Perak.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2021/01/12/tnb-sambung-bekalan-elektrik-mangsa-banjir-selepas-keadaan-selamat/
TNB sambung bekalan elektrik mangsa banjir selepas keadaan selamat
[]
https://malaysiagazette.com/2018/03/10/umw-holdings-tawar-rm1b-untuk-kuasai-perodua/
UMW Holdings tawar RM1b untuk kuasai Perodua
[ "KUALA LUMPUR – UMW Holdings Bhd. (UMW Holdings) berhasrat untuk menjadi pemilik saham terbesar syarikat pembuat kereta, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd.(Perodua) dengan mengambil alih kepentingan MBM Resources Bhd dan PNB Equity Resources Sdn. Bhd.", "Setakat ini, UMW Holdings memiliki sebanyak 38 peratus kepentingan dalam Perodua dan sekiranya cadangan itu berjaya dimeterai, syarikat tersebut bakal menguasai 70.6 peratus saham syarikat kereta nasional kedua itu.", "Dalam kenyataannya di Bursa Malaysia, UMW berkata, di bawah cadangan pertama, syarikat itu akan mengambil alih 50.07 peratus pegangan MBM Resources daripada Med-Bumikar Mara Sdn. Bhd. pada harga RM501 juta atau RM2.56 sesaham.", "Tawaran ini menilai MBM Resources yang memiliki 22.58 peratus kepentingan ekuiti dalam Perodua pada harga RM1 bilion.", "Ia juga sekaligus mencetuskan tawaran mandatori kepada baki saham di dalam MBM Resources.", "Saham-saham MBM Resources yang terlibat di dalam pengedaran dan penjualan jenama-jenama antarabangsa dan tempatan utama di Malaysia seperti Perodua, Daihatsu, Mitsubishi, Volkswagen dan Volvo selain mengeluarkan alat ganti automotif ditutup pada harga RM2.20 pada Jumaat.", "“UMW Holdings tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian MBM Resources,” katanya.", "Selepas pengambilan alih MBM Resources, UMW Holdings berkata, ia akan menawarkan untuk membeli 10 peratus kepentingan PNB Equity Resources Sdn. Bhd. di dalam Perodua pada harga RM417.5 juta yang akan dibayar secara tunai dan terbitan saham baharu.", "Konglomerat itu akan membayar RM117.5 juta secara tunai manakala bakinya akan dibuat melalui terbitan saham baharu berjumlah 49.26 unit pada harga RM6.09 sesaham bagi setiap saham yang dimiliki oleh anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB) itu.", "Urusniaga ini meletakkan nilai Perodua pada harga RM4.175 bilion.", "“Cadangan pengambilan alih ini adalah konsisten dengan strategi syarikat untuk meningkatkan perniagaan teras dalam bidang automatif, peralatan dan pengeluaran serta kejuruteraan.", "“Ia akan membolehkan UMW Holdings untuk menambah baik prospek di dalam segmen automotif dengan meluaskan kekuatan Perodua di dalam segmen kereta nasional di samping kehadiran kereta-kereta bukan nasional yang turut dimiliki syarikat seperti Toyota,” tambahnya lagi.", "Maybank Investment Bhd. dilantik sebagai penasihat UMW Holdings di dalam urusniaga ini.", "Tawaran sah sehingga 28 Mac ini.-MalaysiaGazette", " ", " " ]
https://malaysiagazette.com/2023/02/22/pendakwaan-terhadap-saya-bermotif-politik-dendam-syed-saddiq/
Pendakwaan terhadap saya bermotif politik dendam – Syed Saddiq
[ "KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pendakwaan terhadap beliau adalah bermotifkan politik dendam.", "Syed Saddiq, 30, berkata keterangan yang memihak kepada beliau disembunyikan oleh pendakwaan dan rakan-rakannya turut diugut supaya memberi kenyataan yang diinginkan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).", "“Hal berkaitan ugutan itu terhenti apabila seorang daripada rakan saya, Siti Nurul Hidayah, membuat kenyataan media menyatakan beliau diugut dan dikasari pegawai SPRM semasa proses soal siasat serta rakan lain yang terlibat dalam siasatan itu turut memfailkan laporan polis,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi pada prosiding membela diri bagi empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.", "Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu berkata beliau menulis surat kepada Tan Sri Abu Kassim, yang merupakan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional ketika itu, bertarikh 5 Jun 2020 mengenai ugutan dan kekasaran terhadap rakan-rakannya.", "“Saya juga ada membuat aduan secara bersemuka dengan pihak polis. Saya dimaklumkan bahawa pihak berkuasa akan meneliti dan menyiasat perkara ini tetapi tiada sebarang perkembangan selepas pertemuan tersebut,” katanya.", "Peguam Haijan Omar, yang mewakili Syed Saddiq, turut merujuk anak guamnya itu dengan transkrip rakaman audio yang didakwa mengandungi perbualan antara beliau dengan seorang pegawai kanan SPRM dikenali sebagai Ihsan.", "Dalam transkrip itu, Ihsan dikatakan cuba memujuk Syed Saddiq supaya menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana bekas Perdana Menteri tersebut yang membawa beliau memasuki Bersatu masih mengambil berat terhadapnya.", "Rakaman itu turut menyaksikan Ihsan memaklumkan Syed Saddiq bahawa SPRM menjadi ‘alat’ apabila berlaku pertukaran kerajaan.", "Ditanya Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, sama ada Syed Saddiq boleh memastikan suara dalam audio itu adalah Ihsan, tertuduh berkata beliau boleh berbuat demikian.", "Syed Saddiq juga berkata kutipan dana berjumlah RM120,000 yang dimasukkan ke akaun Maybank bekas Menteri Belia dan Sukan itu adalah milik beliau dan bukan untuk Armada atau Bersatu.", "Beliau berkata dana yang diperoleh daripada Majlis Makan Amal Muo di Muar dan Fund-raising Battle for Johor di Ampang, Selangor pada 7 April dan 8 April 2018 adalah bagi menampung perbelanjaan kempen sebagai calon Ahli Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan beliau tidak menerima sebarang bantuan kewangan daripada Armada atau Bersatu untuk penganjuran kedua-dua majlis.", "Menurut Syed Saddiq, sepanjang tempoh berkempen bagi PRU14, beliau membelanjakan RM171,675 dengan RM120,000 daripada jumlah itu diambil kira sebagai wang diperoleh daripada majlis meraih dana tersebut.", "“Oleh itu, wang RM120,000 dalam akaun Maybank saya menjadi duit peribadi saya sendiri kerana wang daripada program majlis meraih dana tersebut telah saya gantikan dengan dana simpanan saya yang telah dibelanjakan untuk kempen peribadi saya semasa PRU14,” katanya.", "Anak kelahiran Johor Bahru itu didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim, yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.", "Presiden MUDA itu juga didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.", "Dia juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.", "Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung esok.- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2022/11/21/fenomena-air-pasang-besar-di-klang-esok/
Fenomena air pasang besar di Klang esok
[ "SHAH ALAM – Klang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga esok berikutan fenomena air pasang dijangka berlaku di daerah itu.", "Fenomena itu dijangka berlaku enam hari sehingga 27 November ini, yang mana menurut Pejabat Daerah dan Tanah Klang (PDTK) berisiko menyebabkan banjir dan runtuhan ban.", "Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang (JPBD) mengingatkan semua penduduk sentiasa peka dengan keadaan semasa alam sekeliling.", "Penduduk juga diingatkan agar sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa sekiranya keadaan memerlukan mereka berpindah atau sebaliknya.", "Air pasang besar menyaksikan paras air laut tertinggi bermula jam 4.33 petang esok ialah 5.1 meter, diikuti 5.2 meter pada jam 5.15 petang 23 November dan 5.5 meter pada jam 5.55 petang 24 November.", "Manakala paras air laut tertinggi pada 25 November ialah 5.3 meter pada jam 6.35 petang, diikuti 5.2 meter pada jam 7.13 malam 26 November dan 5 meter pada jam 7.52 malam 27 November.", "Serentak itu juga Bilik Gerakan Bencana daerah Klang akan dibuka dalam tempoh tersebut dan orang ramai boleh menghubungi di talian disediakan.", "Talian perhubungan bencana daerah Klang ialah PDT Klang 03-3371 6700, PDT Klang (Whatsapp 24 jam) 010-869 1067, MPK 03-3375 8845, Pantas MPK 03-3370 1095, Pantas MBSA 03-5510 5811, PDRM Klang Selatan 03-3372 2222, PDRM Klang Utara 03-3291 3344 dan PDRM Shah Alam 03-5520 2022.", "Orang ramai juga boleh menghubungi Jabatan Bomda dan Penyelamat di talian 03-3168 4444, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR 24 jam) 03-3371 7989, APM 03-3371 0816, JKM 03-3341 3703, JPS 03-3371 2464, JKR 03-3371 4040 dan PDK Klang 03-3323 9554. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/05/20/istana-selangor-belum-dimaklum-penamatan-tahaluf-siyasi-pkr-pas-azmin/
Istana Selangor belum dimaklum penamatan tahaluf siyasi PKR-Pas – Azmin
[ "Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata setakat ini, tiada perbincangan dibuat mengenai kedudukan tiga exco PAS dalam pentadbiran negeri itu dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.", "Difahamkan, Mohamed Azmin mengiringi Sultan Sharafuddin menziarahi Makam Diraja Shah Alam dan Makam Diraja Klang, pagi tadi.", "Ketika ditanya sama ada beliau akan merujuk kepada pihak istana mengenai isu berkenaan, Mohamed Azmin menjawab: “Saya berjumpa Tuanku (Sultan Sharafuddin) setiap minggu, setiap Selasa,” tanpa mengulas lanjut kepada pemberita selepas merasmikan Selangor Agrofest 2017 di Stadium Sungai Besar, di sini, hari Sabtu.", "Turut hadir pada majlis perasmian berkenaan adalah Exco PAS, Zaidy Abdul Talib yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi.", "Pada 11 Mei lepas, Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara menamatkan hubungan kerjasama politik dengan PKR serta merta apabila parti itu dilihat tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka.", "Keputusan penamatan itu menimbulkan spekulasi mengenai kedudukan tiga exco PAS dalam kerajaan Selangor yang dipimpin Mohamed Azmin, dengan komposisi tiga exco daripada PKR, tiga DAP dan tiga PAS.", "Bagaimanapun, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada Rabu memutuskan tiga exco PAS kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 tanpa perlu meletak jawatan.", "Mengikut Perkara 53 Fasal 7 Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 menyatakan seorang Exco selain Menteri Besar hendaklah memegang jawatan selama yang diperkenan oleh Sultan Selangor.", "Selain Zaidy, dua lagi exco PAS dalam kerajaan Selangor adalah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar serta Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menyandang portfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi.", "— BERNAMA", "" ]
https://malaysiagazette.com/2019/02/03/keputusan-perlawanan-bundesliga-jerman-2/
Keputusan perlawanan Bundesliga Jerman
[ "BERLIN – Berikut merupakan keputusan perlawanan Bundesliga Jerman hari ini:-", "Hoffenheim 1 – 1 Fortuna Duesseldorf", "Bayer Leverkusen 3 – 1 Bayern Munich", "Eintracht Frankfurt 1 – 1 Borussia Dortmund", "Hertha Berlin 0 – 1 Wolfsburg", "Nuremberg 1 – 1 Werder Bremen", "Schalke 0 – 2 Borussia Moenchengladbach" ]
https://malaysiagazette.com/2019/09/07/kokurikulum-pembelajaran-tabika-kemas-perlu-sentiasa-ditambah-baik/
Kokurikulum, pembelajaran tabika Kemas perlu sentiasa ditambah baik
[ "GEORGE TOWN – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) perlu sentiasa membuat penambahbaikan dalam aspek kokurikulum dan kaedah pembelajaran Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) mengikut peredaran masa.", "Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R. Sivarasa berkata, penambahbaikan itu juga perlu mengikut keperluan kanak-kanak.", "“Kita mahu kokurikulum yang kita ajar di Tabika Kemas ini sentiasa ditambah baik dan perlu yang terkini. Ia perlu ditambah baik dari semasa ke semasa dan perlu mengikut keperluan anak-anak. Cara pendidikan pada masa kini tidak sama dan ia berbeza dengan zaman 20 atau 30 tahun dahulu,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini malam tadi.", "Sivarasa berkata, Kemas kini sedang melaksanakan program perintis di beberapa tabika dengan memasukkan elemen pembelajaran tambahan seperti Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik.", "Beliau berharap Tabika Kemas dapat bersaing dan setanding dengan tabika-tabika swasta yang terdapat di negara ini.", "Selain itu, beliau berkata, kakitangan Kemas juga perlu melaksanakan tugas dengan profesional dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.", "“Perlu ada tahap profesionalisme dalam kalangan kakitangan Kemas di mana saya berharap kakitangan di sini dapat membuat tugasan dan menggalas tanggungjawab secara profesional, menjadikan institusi ini satu institusi yang hebat dan tidak memihak kepada mana-mana politik,” katanya.", "Hari Potensi Kemas merupakan aktiviti kokurikulum Tabika Kemas yang dilaksanakan secara tahunan sejak tahun 2006.", "Ia melibatkan pertandingan acara bakat atau sukan yang dilaksanakan secara giliran setiap tahun bermula dari peringkat Parlimen, daerah, negeri hingga ke peringkat kebangsaan. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2019/05/13/pertahan-juara-epl-usaha-paling-sukar-dalam-karier-guardiola/
Pertahan juara EPL: Usaha paling sukar dalam karier – Guardiola
[ "MANCHESTER – Pep Guardiola menyifatkan mempertahankan gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) tahun ini adalah usaha paling sukar dalam kariernya.", "Pengurus Manchester City itu berkata, etinggalan 0-1 sebelum bangkit menewaskan Brighton 4-1 di Stadium Amex perlu dihargai.", "City menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Sergio Aguero sebelum pemain pertahanan, Aymeric Laporte membolehkan pasukannya mendahului pada separuh masa pertama.", "Dua lagi gol hadir pada  separuh masa kedua menerusi Riyad Mahrez dan Ilkay Gundogan yang mengesahkan gelaran keenam kelab itu dengan perbezaan satu mata di hadapan pesaing rapat Liverpool.", "“Untuk bergelar juara kami terpaksa merekodkan 14 kemenangan berturut-turut dalam liga.", "“Setakat ini, inilah gelaran paling mencabar yang saya pernah julang dalam karier,” katanya.", "Liverpool berkunjung ke Etihad pada Januari lalu dengan kelebihan tujuh mata tetapi tewas 1-2 kepada pasukan tuan rumah yang merupakan kekalahan yang dicatatkannya pada  musim ini.", "Setelah City tewas 1-2 di tangan Newcastle pada hujung Januari lalu, pasukan itu mencatatkan 14 kemenangan berturut-turut yang membolehkan menjuarai EPL semalam.", "City muncul kelab kedua EPL mempertahankan gelaran dua musim berturut-turu. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/06/08/wajib-selfie-dahulu-sebelum-guna-grab/
Wajib selfie dahulu sebelum guna Grab
[ "KUALA LUMPUR- Syarikat e-hailing, Grab mewajibkan setiap penumpangnya menghantar selfie bagi menggunakan perkhidmatannya.", "Dalam satu pengumuman menerusi aplikasi perkhidmatan itu, Grab berkata, setiap penumpang perlu menghantar swafoto masing-masing sebelum 12 Julai ini sebagai langkah keselamatan bagi pemandu dan penumpang.", "“Sebagai sebahagian daripada peraturan e-hailing yang telah ditetapkan kerajaan, para pengguna e-hailing diwajibkan untuk menghantar swafoto masing-masing untuk  pengesahan identiti.", "“Ini bagi memastikan keselamatan penumpang dan pemandu pada setiap masa.", "“Kami akan memudahkan urusan ini untuk anda semua (untuk mengambil swafato) menerusi aplikasi ini.", "“Seperti biasa, kami komited untuk memastikan maklumat peribadi anda selamat.", "“Swafoto anda tidak akan dikongsi dengan para pemandu kami,” katanya.", "Untuk rekod, pengesahan swafoto merupakan sebahagian daripada teknologi mengenal pasti wajah yang digunakan pihak polis di dalam menyiasat satu kes pembunuhan pemandu Grab bulan lepas.", "Pada April lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan penggunaan ciri-ciri swafoto sebagai salah satu teknologi mengenal pasti wajah yang akan digunakan oleh Grab.- MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2018/07/03/cuepacs-sedia-tarik-balik-cadangan-potong-gaji/
CUEPACS sedia tarik balik cadangan potong gaji
[ "KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersedia tarik balik cadangan potongan gaji penjawat awam untuk didermakan dalam Tabung Harapan jika usul itu tidak dipersetujui.", "Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, CUEPACS sudah menjelaskan cadangan itu bukan paksaan, sebaliknya ia adalah secara sukarela.", "Katanya, CUEPACS tidak ada masalah untuk berbuat demikian jika cadangan itu mempunyai impak negatif kepada penjawat-penjawat awam.", "Katanya, cadangan potongan gaji penjawat awam itu bukan satu keputusan muktamad kerana ia baru di peringkat usul untuk dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.", "Azih berkata, cadangan itu dibuat atas dasar tanggungjawab sosial penjawat awam untuk membantu negara yang dikatakan menanggung beban hutang tinggi.", "“Kita pun baru cadang, belum putuskan apa-apa lagi.", "“Tetapi kalau cadangan ini tidak diterima baik oleh penjawat awam, kita akan bincang semula kerana ia bukan satu paksaan, ia adalah sukarela,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi di sini.", "Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan orang ramai melalui media sosial berhubung cadangan CUEPACS itu.", "Semalam, pada sidang akhbarnya, Azih berkata, cadangan tersebut dipersetujui oleh kongres dan potongan itu boleh dilakukan menerusi majikan masing-masing, sekurang-kurangnya RM10.", "Ekoran cadangan itu, CUEPACS juga dikritik oleh netizen susulan bertindak tidak adil terhadap pemerintahan Barisan Nasional dulu kerana meminta pelbagai insentif dan imbuhan, yang didakwa turut menyumbang kepada kenaikan perbelanjaan kerajaan selama ini.", "Menjawab soalan itu, Azih berkata, CUEPACS adalah badan penjawat awam yang menyokong kerajaan yang memerintah.", "“Selama ini memang CUEPACS sering dikatakan satu badan yang suka meminta bermacam-macam kepada kerajaan. Jadi saya rasa tidak salah kalau kali ini kita menyumbang sedikit kepada kerajaan,” jelas beliau.", "Menurutnya, CUEPACS pernah melakukan potongan gaji sebanyak RM10 ketika Malaysia dilanda krisis kewangan Asia pada tahun 1998.", "Ketika itu penjawat awam berjumlah kira-kira sejuta – juga dibuat secara sukarela. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/01/21/chef-wan-minta-maaf-pada-najib/
Chef Wan minta maaf pada Najib
[ "KUALA LUMPUR – Selepas membuat kenyataan kontroversi mahu menampar Datuk Seri Najib Razak, pagi ini Chef Wan memohon maaf secara terbuka kepada bekas Perdana Menteri itu.", "Chef Wan mengakui beliau silap membuat kenyataan sedemikian kerana amat marah.", "“To DS Najib pagi ini saya memohon maaf secara terbuka kerana bahasa yangg kasar saya telah guna kan di waktu saya merasa amat marah!", "“Tetapi jika kita buat kesalahan yang besar kita mesti telan maruah diri kita untuk mengaku kesilapan diri kita as i have done this morning. Yes saya mengaku saya silap bila di rasuk syaitan dan naik marah!,” katanya menerusi Instagram.", "Tambah Chef selebriti itu, beliau tidak mahu menjadi manusia yang tidak berterima kasih dengan tidak menghargai sumbangan Najib kepada negara ini.", "Bagaimanapun, memang adil bagi Najib sebagai seorang ahli politik dan mesti menghadapi semua kritikan secara terbuka dan rasa terhormat.", "Meskipun begitu, Chef Wan tetap mempertahankan kenyataan yang dikeluarkan semalam kerana tidak bermakna apa yang dihujahnya semalam tidak betul.", "“Saya berdiri di atas nama Allah untuk bercakap kebenaran,” katanya lagi.", "Sehubungan itu, beliau meminta para penyokong Najib tidak menjadi batu api berhubung kenyataan yang dikeluarkan semalam.", "Ujar Chef Wan lagi, beliau tidak kisah apa pun yang akan diperkatakan oleh orang tentang dirinya, sebaliknya yang ditakuti jika tidak boleh berkata tentang kebenaran dan tidak membetulkan kesilapan orang lain.", "“Saya telah buat silap dengan apa yang saya perkatakan semalam dan sekarang saya memohon maaf kepada DS (Najib). dan itu sahaja!", "“Saya akan terus memperjuangkan apa yang betul,” katanya.", "Semalam, semasa hadir untuk berkempen dan mengadakan demonstrasi masakan di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai, Chef Wan telah melahirkan rasa kecewa dengan Barisan Nasional (BN) termasuk Najib.", "Chef Wan kesal kerana BN memberikan imbuhan sebanyak RM5,000 sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 kepada peneroka yang dianggapnya rasuah.", "Beliau juga tidak berpuas hati pelantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda dan mendakwa BN telah ‘merompak’ Felda sehingga agensi itu bankrap", "Tidak puas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan itu, beliau memberitahu mahu menampar Mohd Isa dan Najib.", "Najib ketika mengulas dakwaan Chef Wan berkata, pemberian imbuhan kepada peneroka Felda bukan rasuah kerana ia turut diberikan kepada bukan penyokong BN.", "Sebaliknya, pemberian imbuhan itu bagi membantu peneroka Felda yang berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/02/22/lrk-berpusat-langat-kurangkan-kos-operasi-pencemaran-sungai-nik-nazmi/
LRK Berpusat Langat kurangkan kos operasi, pencemaran sungai – Nik Nazmi
[ "KAJANG – Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Berpusat Langat dijangkakan dapat mengurangkan kos operasi dan penyelenggaraan operator pembetungan apabila loji rawatan kumbahan yang kecil dan kurang efisien akan dinyahtauliah dan dirobohkan.", "Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, LRK itu juga akan mengurangkan potensi pencemaran sungai selain menjamin kelestarian sumber air.", "Beliau berkata, ini kerana projek itu melibatkan penyahtauliahan 152 buah loji kumbahan kecil di kawasan tadahan pembetungan Langat", "“Aliran kumbahan dari loji-loji yang ditutup ini disambungkan ke sistem rangkaian paip pembetungan baharu yang dibina sepanjang 108 kilometer melalui 12 unit stesen pam.", "“Pelaburan besar kerajaan adalah bagi memastikan perancangan penyediaan infrastruktur pembetungan yang moden dan efisien secara berperingkat di seluruh negara.", "“Ia bagi mengutamakan keperluan rakyat untuk akses kepada keperluan asas bagi menjalani kehidupan yang lebih produktif dan berlandaskan keadilan sosial.", "“Ia sejajar dengan salah satu Teras Strategik Utama Malaysia Madani iaitu menjamin kesejahteraan insan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan LRK Berpusat Langat dan Taman Eko Langat hari ini.", "LRK Langat yang terletak di Kampung Sungai Balak, Kajang turut dilengkapi dengan fasiliti sukan dan rekreasi yang dikenali sebagai Taman Eko Langat dan dibina di atas loji kumbahan tersebut.", "Dengan mengadaptasi konsep return to community, infrastruktur yang diinspirasikan di atas pengalaman dan kejayaan Jepun itu turut memaksimakan inisiatif teknologi hijau seperti penualan air hujan, penggunaan semula efluen, penggunaan biogas dan tenaga solar.", "Ia turut dilengkapi dengan kemudahan riadah, sukan dan pusat komuniti untuk dinikmati bersama oleh komuniti setempat termasuk 16 gelanggang badminton, masing-masing dua gelanggang sepak takraw, gelanggang bola keranjang, gelanggang futsal, kawasan permainan kanak kanak dan dewan komuniti.", "Mengulas lanjut, Nik Nazmi memberitahu, LRK Berpusat dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dengan kos berjumlah RM1.595 billion dan mampu merawat aliran kumbahan sebanyak 207,000 meter bersepadu sehari atau 920,000 penduduk setara (PE).", "Kata beliau, ia merangkumi kawasan tadahan seluas 77.6 km meliputi kawasan Cheras Batu 11, Cheras Jaya, Desa Baiduri serta Kajang 1 & 3.", "“LRK ini bertujuan meningkatkan liputan perkhidmatan pembetungan yang berkualiti serta membantu memulihara kualiti air Sungai Langat melalui pelepasan efluen terawat yang mematuhi Akta Kualiti Sekeliling 1974, Peraturan Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kumbahan) 2009 sebelum dilepaskan ke Sungai Langat.", "“Projek ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), dengan MMC Pembetungan Langat Sdn Bhd (MMC PLSB) sebagai kontraktor reka dan bina utama serta Gabungan AJP-MFA sebagai Perunding Pengurusan Projek yang dipertanggungjawabkan bagi menyempurnakan projek infrastruktur nasional ini,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/20/dun-perak-lakar-sejarah-luluskan-usul-persendirian-berkaitan-wasiat/
DUN Perak lakar sejarah luluskan usul persendirian berkaitan wasiat
[ "IPOH – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini melakar sejarah apabila meluluskan usul persendirian berkaitan Enakmen Wasiat Orang-Orang Islam Negeri Perak bagi memelihara kebajikan anak-anak yatim di negeri ini.", "Usul persendirian itu dibentangkan Aminuddin Zulkipli (Amanah-Behrang) dan turut dibahas oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada hari terakhir persidangan DUN tersebut.", "“Matlamatnya untuk menyediakan mekanisme bagi menjaga kebajikan anak yatim. Ia boleh menjadi perundangan untuk jabatan lain menguruskan anak yatim yang ada di Perak.", "“Kita kena ada perundangan yang jaga kebajikan anak yatim, ada bidang kuasa dalam konteks Perak dan bergantung kepada fatwa. Negeri lain sudah ada dan mula, jadi kita perlu tambah,” kata Aminuddin ketika menggulung usul tersebut selepas sesi perbahasan.", "Terdahulu ketika sesi perbahasan, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir (BN-Pangkor) berkata jawatankuasa khas perlu melihat kelompongan yang ada untuk diperbaiki dalam undang-undang sedia ada antaranya memasukkan hibah dalam enakmen baharu nanti.", "Sementara itu, Dr. Abdul Aziz Bari (DAP-Tebing Tinggi) berkata sebuah jawatankuasa perlu ditubuhkan bagi memperincikan usul dicadangkan Aminuddin, yang antara lain akan meneliti masalah pertikaian kes berhubung pusaka dan sebagainya supaya dapat diselesaikan secara hitam putih (dokumen).", "Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dalam sidang media berkata pembentangan usul persendirian yang diluluskan itu membolehkan dewan memberi mandat kepada Jawatankuasa Pilihan Khas mengkaji enakmen negeri untuk mewujudkan enakmen khas berkaitan wasiat.", "“Ia merupakan sejarah bagi DUN Perak kerana kali pertama usul persendirian dibawa masuk dan dibahaskan lalu diluluskan,” katanya.", "Sementara itu, Speaker DUN Perak Datuk Mohammad Zahir berkata jawatankuasa berkenaan perlu bagi mengkaji enakmen lama dan sedia ada supaya kekal relevan dan sesuai dengan keadaan semasa, sekali gus menjaga kepentingan mereka yang terlibat serta wasiat membabitkan anak yatim.", "Persidangan DUN Perak ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2023/02/20/pelabur-asing-beli-rm195-3j-ekuiti-tempatan-minggu-lalu/
Pelabur asing beli RM195.3j ekuiti tempatan minggu lalu
[ "KUALA LUMPUR – Dana asing kembali ke pasaran domestik selepas membeli sebanyak RM195.3 juta ekuiti minggu lepas.", "Sebelum itu, pelabur asing telah melupuskan selama lima minggu berturut-turut dengan aliran keluar bersih berjumlah RM860.9 juta.", "Sepanjang minggu lalu, pelabur asing menjadi pembeli di Bursa Malaysia kecuali hari Jumaat yang meyaksikan aliran keluar sebanyak RM25.9 juta.", "MIDF Research berkata, setakat ini, pelabur asing telah menjual sejumlah RM593.3 juta.", "Jumlah aliran masuk bersih tertinggi adalah pada hari Rabu sebanyak RM103.2 juta manakala Khamis adalah yang kedua tertinggi RM74.4 juta dari segi belian bersih.", "Sektor yang menyaksikan aliran masuk asing bersih minggu lepas ialah penjagaan kesihatan RM56.5 juta, pembinaan RM41.6 juta dan perkhidmatan kewangan RM40.2 juta.", "Sementara itu, sektor yang menyaksikan aliran keluar bersih asing ialah perladangan (RM18.8 juta), utiliti (RM12.4 juta) dan hartanah (RM6.4 juta).", "Firma penyelidikan itu berkata, pelabur institusi pula telah menjual RM140.2 juta ekuiti Malaysia selepas pembelian bersih lima minggu berturut-turut.", "Hanya hari Selasa mencatat aliran masuk bersih RM16.2 juta, manakala baki minggu mencatatkan aliran keluar.", "Aliran keluar paling ketara pada hari Rabu sejumlah RM53.2 juta.", "Setakat ini, institusi tempatan telah membeli bersih RM819.8 juta.", "Manakala pelabur runcit merupakan penjual bersih minggu lepas dengan jumlah RM55.1 juta, perubahan mendadak daripada RM263.8 juta yang dibeli pada minggu berakhir 10 Februari 2023.", "Hanya hari Isnin dan Jumaat menyaksikan aliran masuk bersih masing-masing RM7.0 juta dan RM40.1 juta.", "Setakat ini, peruncit tempatan adalah penjual bersih sebanyak RM226.6 juta.", "Dari segi penyertaan, terdapat penurunan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) dalam kalangan tempatan peruncit (-14.9%), institusi tempatan (-16.0%) dan pelabur asing (-12.3%). – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/13/program-beras-wangi-3fr-bukti-keberkesanan-tanaman-padi-wangi-tempatan/
Program Beras Wangi 3FR bukti keberkesanan tanaman padi wangi tempatan
[ "KUALA LUMPUR – FGV Holdings Berhad (FGV), syarikat perniagaan agri dan makanan negara bersedia merancakkan pasaran beras wangi tempatan menerusi anak syarikatnya FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF).", "Ini dibuktikan menerusi kejayaan pelaksanaan program Beras Wangi Fortified Field™ (3FR) FGVIF yang berupaya mengoptimumkan penanaman padi wangi tempatan melalui amalan dan teknologi pertanian pintar serta berkesan.", "Penggunaan teknologi dron T20 di sawah mampu mempercepatkan proses membaja serta kawalan makhluk perosak dan penyakit oleh petani", "Mohd Nazrul Izam Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata, kumpulan menyasar 3.5 peratus penguasaan beras wangi tempatan pada akhir 2025 di bawah jenama unggul FGV, SAJI.", "”FGV komited untuk meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) industri beras di Malaysia dan ianya dapat dilakukan menerusi program 3FR FGV yang menyokong program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB), yang dimulakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). SMART SBB dijangka dapat membantu negara mencapai 75 peratus tahap SSL beras seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12),” katanya.", "Matlamat FGV supaya beras wangi SAJI FGV menjadi pilihan rakyat Malaysia dan dunia pada masa akan datang.", "Dengan kemampuan dalaman, sumber daya dan pelbagai aplikasi teknologi FGV, beras wangi tempatan yang dihasilkan berkualiti tinggi dan setanding dengan beras import dari Thailand.", "Melangkah ke hadapan, FGV merancang untuk mengembangkan lagi kawasan penanaman padi wangi kepada 10,000 hektar dalam tempoh lima tahun akan datang,” sambung Mohd Nazrul.", "Program 3FR ini menggabungkan kepakaran FGV dalam peningkatan prestasi sawah menerusi Pertanian 4.0 dan ketepatan perladangan yang menjimatkan dan lestari.", "Ini termasuk menerapkan penggunaan teknologi dalam perladangan seperti mekanisasi, dron, Internet Kebendaan (IoT), sensor sawah, kawalan makhluk perosak dan penyakit, serta mesin penanaman padi automatik.", "Menurut FGV, semua produk sampingan yang terhasil dari perladangan sawah padi dan kilang beras wangi seperti dedak dan sekam padi tidak dibazirkan, dan digunakan sebagai komponen dalam makanan ternakan FGV di bawah jenama Alma.", "Penggunaan Kubota SPV8 bagi penanaman padi secara automatik antara teknologi mekanisasi yang digunakan FGVIF dalam program SMART SBB di IADA Barat Laut, Selangor dan IADA di Seberang Perak, Perak", "“Program 3FR ini dengan pantasnya menjadi sistem tanaman pilihan para petani. Bagi membantu meningkatkan hasil padi, FGV menyediakan bantuan sokongan dan bimbingan berterusan kepada mereka di samping menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi memeriksa dan memantau tanaman secara berjadual.”", "”Kami juga aktif dalam mempromosikan penanaman benih padi wangi MRQ76 yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam kalangan petani kontrak FGV.", "”Memandangkan ekonomi negara kini dalam fasa pemulihan, inilah masanya untuk kita ‘membeli barangan tempatan’. Apabila pengguna membeli beras wangi kami, mereka secara lansung membantu kehidupan para petani tempatan. Selain itu, petani yang menanam padi wangi ini turut berpeluang meningkatkan pendapatan mereka. Setiap tuaian tanaman padi wangi menawarkan pulangan sehingga RM1,540 setiap tan metrik (MT), berbanding RM1,200 setiap MT bagi jualan beras biasa,” jelas Mohd Nazrul.", "Usaha pemasaran yang sedang dijalankan termasuk mengukuhkan kesedaran pengguna menerusi pelantar e-dagang iaitu Gogopasar, selain bekerjasama dengan pemain industri makanan yang berkaitan. Bagi meningkatkan lagi capaian pengguna terhadap bekalan beras wangi tempatan, FGV telah menggiatkan lagi pengambilan agen jualan di seluruh negara di samping meningkatkan kapasiti pasukan pemasarannya.", "Ketika ini, program 3FR FGV sedang dilaksanakan di sawah jelapang berkeluasan 500 hektar di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut di Selangor, dan 100 hektar di IADA Seberang Perak, Perak bersama 260 orang petani kontrak tempatan yang dilantik. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/07/28/sultan-sharafuddin-dukacita-beberapa-pegawai-di-selangor-terlibat-rasuah/
Sultan Sharafuddin dukacita beberapa pegawai di Selangor terlibat rasuah
[ "SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita apabila terdapat beberapa pegawai kerajaan di Selangor terlibat dengan kegiatan rasuah yang boleh meruntuhkan imej pentadbiran dan nama baik seluruh pegawai kerajaan negeri ini.", "Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan berkata baginda menegaskan bahawa mana-mana pegawai kerajaan di Selangor yang didapati bersalah terlibat dalam aktiviti rasuah atau pecah amanah hendaklah dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.", "“Mana-mana pegawai kerajaan dan ahli politik yang telah dikurniakan darjah dan bintang kebesaran serta pingat negeri Selangor dan didapati telah melakukan kesalahan rasuah, maka kurniaan tersebut akan ditarik balik,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Mohamad Munir berkata Sultan Sharafuddin turut menzahirkan penghargaan baginda kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah melaksanakan tanggungjawab menyiasat dan memastikan aktiviti rasuah di Selangor dapat dibanteras.", "“Baginda menyeru SPRM supaya terus menjalankan penyiasatan yang telus dan teliti serta mendapatkan bukti-bukti yang kukuh bagi memastikan mereka yang melakukan rasuah tersebut tidak terlepas daripada menerima hukuman yang sewajarnya.", "“Sultan Selangor mengingatkan bahawa rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah satu gejala yang boleh merosakkan masyarakat serta menjatuhkan negara,” menurut kenyataan tersebut.", "— BERNAMA", " " ]
https://malaysiagazette.com/2019/01/05/lkim-jamin-harga-ikan-tidak-naik/
LKIM jamin harga ikan tidak naik
[ "KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan harga makanan laut terutama ikan tidak akan mengalami peningkatan walaupun keadaan cuaca tidak menentu pada masa kini.", "Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata pihak LKIM telah membuat persediaan awal bagi memastikan bekalan ikan mencukupi.", "“Kami jamin harga ikan tidak akan naik sebab kami membuat persediaan awal bagi memastikan stok mencukupi. LKIM menerusi pelbagai pihak di bawah agensi ini ada menyimpan dan menambah stok ikan dan kami juga ada bekalan ikan sejuk segar dengan harga murah, jadi usaha yang kami buat itu akan dapat menstabilkan harga ikan.", "“Kami tidak ada satu punca kuasa untuk menetapkan harga ikan di pasaran jadi kami perlu bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memastikan tidak ada kenaikan harga mendadak, tapi di peringkat LKIM apa yang kami mampu lakukan ialah memastikan bekalan ikan mencukupi dan harga ikan stabil terutama pada musim tengkujuh,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.", "Beliau berkata kerajaan juga mengambil langkah untuk mengehadkan pengeskportan ke luar negara bagi memastikan bekalan dalam negara mencukupi.", "“Sepanjang Januari dan Februari ini, kerajaan telah hadkan pengeksportan beberapa jenis ikan ke luar negara seperti ikan kembong dan bawal. Usaha ini untuk memastikan ikan dalam negara mencukupi, ada juga peniaga yang eksport ke luar tapi kami telah arahkan untuk hadkan eksport ikan berkenaan,” katanya.", "Bagaimanapun, Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) Abdul Hamid Bahari berkata beliau menjangkakan harga makanan laut terutamanya ikan akan mengalami kenaikan harga.", "“Ya, kami jangkakan harga ikan akan naik terutamanya bekalan ikan segar susulan keadaan cuaca buruk kebelakangan ini, angin kencang, ribut dan sebagainya yang menyukarkan nelayan untuk ke laut, tetapi harga ikan akan turun apabila cuaca kembali seperti biasa.", "Namun harga barang makanan lain tidak akan terjejas, katanya.", "Sementara itu, suri rumah Sakinah Taib, 35, berkata belum ada kenaikan harga ikan seperti yang didakwa namun beliau sedia maklum keadaan cuaca buruk bakal memberi kesan terhadap kenaikan harga ikan dalam masa terdekat.", "“Setakat ini, harga ikan masih lagi sama… biasa beli ikan kembong dengan harga RM18-RM20 sekilo, ikan selayang pun masih lagi RM10 untuk sekilogram, tetapi agak sukar untuk mendapatkan ikan yang segar dan kualiti baik,” kata pengusaha kedai makan yang biasa membeli bekalan ikan di sekitar Kuala Terengganu.", "Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini mengeluarkan penamatan amaran ribut tropika Pabuk setelah kedudukan ribut tropika itu semakin menjauhi perairan Malaysia dan tidak lagi memberi ancaman kepada negara.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2020/10/22/kerja-dari-rumah-majikan-tidak-boleh-paksa-guna-cuti-tahun/
Kerja dari rumah: Majikan tidak boleh paksa guna cuti tahun
[ "KUALA LUMPUR – Majikan tidak boleh memaksa atau mengarahkan pekerja menggunakan cuti tahun atau cuti tanpa gaji berikutan keputusan kerajaan mengarahkan pekerja dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk bekerja dari rumah.", "Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, perkara itu selaras dengan perintah dan kenyataan yang dikeluarkan kementeriannya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan 18 Mac lalu.", "”Bagaimanapun majikan boleh berbincang dengan pekerja dalam apa juga tindakan serta keputusan yang diambil demi kepentingan bersama,” katanya dalam kenyataan di sini.", "Sebarang keterangan lanjut boleh hubungi Jabatan Tenaga Kerja  Semenanjung Malaysia (JTKSM) melalui talian 03-88862353/03-88862409/01-88889111.", "Artikel berkaitan: Hanya 30 peratus di pejabat, bekerja dari rumah mulai esok hingga tamat PKPB – KPPA", "PKPB: Kerajaan arah bekerja dari rumah mulai Khamis ini", "Selasa lalu Menteri Kanan Kluster Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengarahkan majikan supaya membenarkan 10 peratus pekerja mereka di peringkat pengurusan bekerja dari rumah.", "Manakala Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali turut mengeluarkan kenyataan berhubung perkara yang sama semalam. – MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2022/04/13/azmin-ali-berjaya-batal-saman-pengundi-gombak-terhadapnya/
Azmin Ali berjaya batal saman pengundi Gombak terhadapnya
[ "PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk membatalkan saman yang dikemukakan 10 pengundi berdaftar kawasan Parlimen Gombak terhadapnya atas dakwaan menipu dan melanggar kewajiban fidusiari sebagai Ahli Parlimen kawasan itu.", "Panel tiga hakim iaitu Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Hashim Hamzah memutuskan tuntutan pengundi itu tidak kukuh dan tiada keperluan bagi saman itu diteruskan untuk perbicaraan penuh.", "Yaacob, yang menyampaikan keputusan sebulat suara itu, membenarkan rayuan Mohamed Azmin untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Jun tahun lepas yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman itu.", "Mahkamah bagaimanapun tidak memberikan award kos atas alasan kes itu adalah kes kepentingan awam.", "Pada 27 Nov 2020, 10 pengundi itu memfailkan saman terhadap Mohamed Azmin, yang merupakan  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari menerusi ‘Langkah Sheraton’ yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Februari 2020.", "Dalam pernyataan tuntutan mereka, pengundi tersebut antara lain memohon pengisytiharan bahawa Mohamed Azmin selaku Ahli Parlimen Gombak, telah melanggar kewajiban fidusiarinya, menipu serta memungkiri representasi yang dibuat kepada mereka dalam pilihan raya umum bagi kawasan berkenaan.", "Mereka menuntut ganti rugi teruk dan teladan, kos dan perintah lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.", "Pada 12 Mac tahun lepas, Mohamed Azmin memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu atas alasan saman tersebut tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah sebaliknya mengaibkan, bersifat remeh, menyusahkan atau membawa kepada suatu penyalahgunaan proses mahkamah.", "Beliau mendakwa saman itu melanggar hak asasinya untuk kebebasan berpersatuan seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 10 Fasal (1) (c) Perlembagaan Persekutuan.", "Dalam prosiding hari ini yang dijalankan secara maya, mahkamah mendengar hujahan peguam Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid yang mewakili Mohamed Azmin dan peguam K. Shanmuga yang mewakili pengundi.", "Muhammad Nizamuddin berhujah bahawa saman itu perlu dibatalkan kerana dakwaan pengundi pasti gagal kerana mereka tidak akan dapat membuktikan bahawa mereka telah mengundi Mohamed Azmin semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).", "Beliau berkata Mohamed Azmin tidak membuat sebarang perwakilan secara peribadi kepada pengundinya semasa PRU14 sebaliknya manifesto yang digunakan telah disediakan Pakatan Harapan pada Mac 2018 untuk tujuan berkempen semasa pilihan raya umum itu.", "Muhammad Nizamuddin juga berkata tuntutan pengundi itu mempunyai kesan menyekat hak anak guamnya untuk kebebasan berpersatuan di bawah Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan.", "Shanmuga dalam hujahan balas berkata saman itu perlu diteruskan untuk perbicaraan kerana pengundi boleh membuktikan mereka mengundi Mohamed Azmin pada PRU14 dengan memberikan keterangan secara lisan di mahkamah.", "Beliau berkata dakwaan pengundi bukan berdasarkan manifesto tetapi berdasarkan representasi yang dibuat Mohamed Azmin kepada mereka (pengundi).", "Shanmuga berkata tuntutan pengundi tidak menjejaskan hak kebebasan berpersatuan Mohamed Azmin kerana tuntutan itu bukan untuk menjatuhkan beliau daripada menjadi Ahli Parlimen.", "Turut mewakili Mohamed Azmin ialah peguam Nurul Najwa Zanuddin manakala peguam Yohendra Nadarajan, Surendra Ananth dan Kee Hui Yee turut mewakili pengundi.", "— BERNAMA", " " ]
https://malaysiagazette.com/2020/03/23/selamat-bertugas-anggota-tentera/
Selamat bertugas anggota tentera
[ "KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat bertugas kepada anggota tentera dalam membantu pasukan polis membendung penularan wabak Covid-19.", "Dalam ucapan ringkas itu, beliau berharap dengan kehadiran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dapat meningkatkan peratusan pematuhan rakyat kepada Perintah Kawalan Pergerakan.", "“Selamat bertugas Angkatan Tentera Malaysia dalam membantu pasukan PDRM membendung penularan wabak Covid-19.", "“Semoga kehadiran mereka dapat meningkatkan peratusan pematuhan rakyat kepada Perintah Kawalan Pergerakan,” kata menteri kanan itu dalam ucapan menerusi akaun Facebooknya hari ini.", "Anggota tentera mula dikerahkan membantu anggota polis bermula semalam (Ahad) berikutan kedegilan orang ramai mematuhi arahan berada dalam rumah.", "Kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 hingga 31 Mac ini.", "Dalam tempoh itu, orang ramai dilarang berada di luar rumah atau menghadiri sebarang perhimpunan, baik keagamaan mahupun persendirian. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/07/pga-rampas-rokok-haram-bernilai-lebih-rm3-juta/
PGA rampas rokok haram bernilai lebih RM3 juta
[ "TAWAU – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 23,970 karton rokok haram pelbagai jenama bernilai RM3,390,204 di Jalan Sri Aman, Batu 3 di sini semalam.", "Pegawai Pemerintah Batalion ke-14 PGA, Supt Mohd Yacob Murad berkata, rampasan itu dibuat dalam operasi pada pukul 4.30 pagi di satu premis industri iaitu lokasi rokok itu disembunyikan.", "“Kesemua rokok seperti jenama MILD, Extreme, Apache dan Tex yang tidak bercukai itu dijumpai disimpan di dalam kotak.", "“Rokok-rokok itu untuk edaran pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata, seorang lelaki berumur 38 tahun yang juga pemegang dokumen IMM13 turut ditahan, dipercayai menjadi tonto untuk mengintip pergerakan kenderaan keluar masuk ke premis terbabit.", "Mohd Yacob berkata, pihaknya turut merampas satu set walkie talkie, satu unit telefon bimbit dan van Toyota Hiace dengan jumlah keseluruhan rampasan bernilai kira-kira RM3,470,204. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2021/06/16/tiada-keperluan-darurat-cukup-laksanakan-pkp-lebih-ketat-ph/
Tiada keperluan darurat, cukup laksanakan PKP lebih ketat – PH
[ "KUALA LUMPUR – Tiga ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang mewakili parti Pakatan Harapan (PH) berpendirian tidak ada keperluan untuk darurat dilaksanakan.", "Sebaliknya, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Loke Siew Fook dalam kenyataan bersama, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat adalah kaedah terbaik.", "“Kami juga berpendirian, persidangan Parlimen harus segera diadakan sebagai mekanisma semak dan imbang sesuai dengan prinsip demokrasi berparlimen negara.", "“Setakat hari ini, jawatankuasa ini belum lagi memuktamadkan sebarang keputusan mengenai tempoh melanjutkan atau menamatkan darurat untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” kata kenyataan itu kepada media, hari ini.", "Menurut mereka, sejak menganggotai jawatankuasa itu Februari lalu, dengan fungsi khas menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai pelanjutan atau penamatan darurat, mereka telah menyampaikan beberapa pandangan.", "Pandangan itu, kata mereka, menyentuh pelbagai perkara darihal pandemik Covid-19, vaksinasi, kematian harian, kemudahan hospital, keadaan ekonomi negara dan kesan kepada kehidupan rakyat.", "“Kami juga menyampaikan pendirian bahawa pendekatan ‘Government Intervention’ dalam bentuk PKP dan darurat adalah dua perkara yang berbeza dalam menangani pandemik Covid-19,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/10/17/harap-india-tidak-had-import-dari-malaysia/
Harap India tidak had import dari Malaysia
[ "KUALA LUMPUR –  Perbadanan Pembangunan Perdagangan Malaysia (MATRADE) berharap kerajaan India tidak akan meneruskan hasratnya untuk mengehadkan import produk dari Malaysia termasuk minyak sawit, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Wan Latiff Wan Musa.", "“Ia adalah sesuatu yang kita tidak mahu ia berlaku, bukan hanya antara Malaysia dan India, tetapi antara Malaysia dan mana-mana negara lain berhubung perkara itu.", "“Apabila berlakunya perlindungan perdagangan dan perang perdagangan, seperti yang sedang berlaku sekarang, ia adalah tidak sihat bagi pertumbuhan perdagangan global kerana apabila terjadinya perang perdagangan antara dua negara, kita turut sama terjejas,” katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat mengenai Hari Eksport Nasional (NED) MATRADE 2019 hari ini.", "Dilaporkan sebelum ini bahawa India sedang menimbang mengehadkan import ke atas beberapa produk dari Malaysia termasuk minyak sawit selepas Putrajaya mengkritik tindakan New Delhi ke atas Kashmir.", "Wan Latiff berkata, buat masa ini, tiada keputusan secara rasmi dibuat oleh kerajaan India dan Malaysia terutamanya Kementerian Industri Utama sedang memantau perkembangan tersebut.", "Sementara itu, NED 2019 yang akan berlangsung di Menara MATRADE di sini pada 24 Okt bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, adalah satu usaha daripada agensi itu untuk menggerakkan komuniti pengeksport Malaysia mengembangkan lagi kedudukan global mereka dalam keadaan landskap ekonomi yang semakin mencabar.", "NED 2019 yang bertemakan ‘Kemampanan dan Keterangkuman’ dijangka menarik penyertaan lebih 1,000 peserta termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), syarikat peringkat pertengahan dan syarikat berkaitan kerajaan dari semua industri seperti makanan dan minuman, minyak dan gas, kimia, pembinaan, logistik dan elektrik dan elektronik.", "Beliau berkata program itu dibangunkan untuk merangkumi pelbagai isu utama yang relevan kepada komuniti eksport Malaysia termasuk berkaitan dengan perang perdagangan global, mentransformasikan juara tempatan kepada peneraju global, tadbir urus dan kemampanan.", "“Sasaran kami adalah jelas dan mudah, kami mahu sebanyak mungkin syarikat Malaysia mendapat akses kepada acara ini dan bukan hanya memperoleh pengetahuan tetapi juga bermotivasi untuk memulakan penerokaan mereka dalam eksport, serta menyediakan bimbingan kepada pengeksport sedia ada agar mereka boleh terus berkembang.", "“Ini penting bagi memastikan Malaysia akan mempunyai kumpulan pengeksport yang kukuh dan mencukupi bagi membantu negara kita mengekalkan prestasi perdagangan yang positif,” katanya.", "Selain itu, Wan Latiff berkata NED 2019 merupakan sebahagian daripada inisiatif Nilai Dikongsi Korporat Matrade yang dipanggil Nilai Tindakan Kemampanan bagi Pengeksport dan perbadanan yang akan menerajui usaha mengguna pakai amalan mampan dalam kalangan syarikat Malaysia berdasarkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.", "“Menerusi ini (NED), syarikat Malaysia akan mempunyai peluang untuk terlibat dengan pemain industri mereka masing-masing serta pegawai MATRADE untuk mendapatkan penjelasan mengenai pemudahan agensi, yang dibimbing oleh pegawai yang berkhidmat sebagai pesuruhjaya perdagangan di luar negara dan bagaimana mereka boleh memanfaatkan insentif eksport yang diumumkan semasa Belanjawan 2020 baru-baru ini.", "“Penceramah yang akan tampil dalam program itu termasuklah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ignatius Darell Leiking, Profesor Chinese University of Hong Kong Lim Chin Leng, dan pengasas bersama Ficus Venture Capital Sdn Bhd Rina Neoh,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/03/09/promosi-tempat-duduk-percuma-airasia-kembali-lagi/
Promosi tempat duduk percuma AirAsia kembali lagi
[ "KUALA LUMPUR – Kempen Tempat Duduk Percuma AirAsia kembali lagi dengan tawaran 5 juta tempat duduk bermula 11 Mac hingga 17 Mac ini.", "Nikmati tambang promosi termasuk semua untuk ahli bermula dari serendah RM12 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Johor Bahru, Kota Bharu dan Penang dan dari RM36 untuk penerbangan ke Can Tho, Padang, Hua Hin, Siem Reap, Banda Aceh dan banyak lagi.", "Manakala tambang serendah RM199 untuk penerbangan AirAsia X dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Gold Coast, Osaka, Seoul, Honolulu dan lain-lain.", "Untuk menikmati lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, terbang dengan tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Jaipur, Taipei, Chengdu, Fukuoka, Jeju dari hanya RM699.", "Tempahan boleh dibuat di laman web airasia.com dan aplikasi mudah Alih AirAsia dari 11 Mac 2019 (0001h GMT +8) sehingga 17 Mac 2019 (2400 GMT +8) bagi tempoh perjalanan antara 1 September 2019 dan 2 Jun 2020.", "Ahli AirAsia BIG dan pemegang Kad Kredit Hong Leong AirAsia boleh menikmati akses keutamaan 24 jam dari 10 Mac 2019 (0001 GMT +8). Log masuk sebagai Ahli BIG di laman web airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia untuk menikmati diskaun segera untuk ahli.", "Sempena tawaran itu, AirAsia juga menawarkan sejuta promosi bilik hotel di laman web AirAsiaGo.com.", "AirAsiaGo.com menawarkan diskaun tambahan sebanyak 5 peratus dengan kod promosi HOTEL5 untuk hotel yang terpilih dengan tawaran hotel yang tersedia. Tetamu juga boleh menikmati penjimatan lebih apabila menempah penerbangan bersama hotel.", "Selain itu, AirAsia promosi sama turut ditawarkan bagi menu hidangan Santan dalam pesawat AirAsia.", "Santan menawarkan pelbagai jenis hidangan Asean dan antarabangsa menyediakan diskaun untuk hidangan kombo pra-tempah untuk tempahan penerbangan baharu sahaja. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/03/bukan-rintangan-besar-untuk-lawan-bersatu-bung-moktar/
Bukan rintangan besar untuk lawan Bersatu – Bung Moktar
[ "KUALA LUMPUR – UMNO Sabah akan mempertahankan kerusi-kerusi Parlimen yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.", "Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menegaskan perkara itu berkata, ia termasuk di kawasan yang wakil-wakil rakyatnya melompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).", "“Di Sabah kita ada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetapi apabila parti membuat keputusan untuk kita bertanding maka UMNO tiada pilihan.", "“UMNO kena mempertahankan kerusi-kerusi yang ditandingi dan seterusnya akan memperkasakan parti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.", "Beliau mengulas kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bersedia melawan UMNO dalam pilihan raya akan datang sekiranya parti itu kekal dengan keputusannya untuk tidak bekerjasama.", "Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah menambah,  selaku ketua parti di peringkat negeri pihaknya sedia untuk berhadapan dengan mana-mana parti termasuk PPBM dan sebagainya.", "Tegas beliau, UMNO Sabah telah mengharungi pelbagai dugaan yang besar – pernah menang, pernah kalah dan menang semua.", "”Jadi ini bukan satu rintangan yang besar untuk kita semua bertentangan dengan mana-mana parti dalam PRU akan datang,” katanya.", "Beliau turut meminta agar semua jentera parti di semua peringkat untuk sentiasa bersedia menghadapi PRU akan datang. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/09/24/covid-19-14554-kes-positif-hari-ini-sarawak-tertinggi/
Covid-19: 14,554 kes positif hari ini, Sarawak tertinggi
[ "KUALA LUMPUR – Kes harian Covid-19 kembali meningkat pada hari ini, iaitu sebanyak 14,554 kes.", "Perkembangan terbaharu ini menjadikan jumlah terkini keseluruhan kes positif adalah 2,171,232 kes.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abudllah berkata, Sarawak hari ini merupakan negeri tertinggi yang merekodkan kes positif iaitu 2,825 kes diikuti Selangor 2,244 kes.", "Seterusnya Johor negeri ketiga tertinggi dengan 1,807 kes harian, seterusnya Sabah 1,273, Pulau Pinang (1,231 kes) manakala Perak pula 1,144 kes.", "“Kelantan mencatatkan 910 kes, Kedah (908), Terengganu (690), Pahang (598), Melaka (401), Kuala Lumpur (271), Negeri Sembilan (157), Perlis (65), Putrajaya (30) dan Labuan tiada kes positif direkodkan,” katanya.", "Untuk rekod, semalam sebanyak 13,754 kes positif Covid-19 baharu manakala 16,628 kes sembuh direkodkan.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/11/07/polis-pantau-jika-ada-pihak-palsukan-permit-rentas-negeri/
Polis pantau jika ada pihak palsukan permit rentas negeri
[ "SERDANG – Polis tidak menolak kemungkinan ada pihak yang memalsukan dokumen rentas negeri dan pihaknya akan berusaha memastikannya tidak berlaku.", "Namun kata Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah setakat ini perkara itu belum dikesan di kawasan pentadbirannya.", "Menurutnya, polis ada kewarasan dan fokus ketika meneliti surat kebenaran rentas negeri yang dipamerkan pemandu semasa pemeriksaan polis antaranya cop, tandatangan pegawai polis dalam borang itu.", "“Kita tidak menolak wujud kemungkinan itu tapi insyAllah setakat ini tiada insiden palsukan dokumen dikesan dan saya rasa masyarakat mematuhi peraturan itu walaupun ada sokongan dan juga cemuhan pengguna tentang sekatan jalan raya ini,” katanya selepas memantau Sekatan Jalan Raya di Plaza Tol Sungai Besi di arah Utara dan Selatan hari ini.", "Razali dalam masa yang sama menasihati masyarakat yang masuk berurusan di Kuala Lumpur dan juga ke Seremban supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.", "“Malah menjelang Deepavali nanti sudah pasti ramai mungkin cuba memohon permit rentas negeri atau sempadan bagaimanapun kita akan kaji mengikut prosedur standard operasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan syarat yang ditetapkan iaitu hal kecemasan dan kebajikan kritikal sahaja.", "“Kita juga lihat keadaan trafik di sekatan jalan raya semakin sibuk dari semasa ke semasa menjelang perayaan Deepavali walaupun PKPB dilanjutkan lagi sehingga 6 Disember ini dan jika keadaan mendesak kita akan menambah kekuatan mengikut keperluan masa itu nanti,” tegasnya.", "Terdahulu beliau berkata, pihaknya menerima sebanyak 17,584 permohonan permit rentas negeri dalam tempoh tiga minggu pelaksanaan PKPB sejak 14 Oktober lalu.", "Bagaimanapun daripada jumlah itu, sebanyak 16,971 permohonan diluluskan manakala 613 lagi ditolak kerana mengemukakan alasan tidak munasabah.", "Sepanjang tempoh permohonan permit itu pelbagai alasan diterima sebagai sokongan daripada pemohon termasuk ingin bertemu ahli keluarga dan sebagainya.", "“Tiada alasan munasabah yang relevan seperti kecemasan kritikal, kebajikan, ahli keluarga jatuh sakit dan sewaktu dengannya.", "“Kita menggunakan budi bicara dan berdasarkan peraturan SOP yang ditetapkan kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kita terpaksa menolak permohonan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan,” katanya", "Katanya kehadiran beliau ke SJR untuk memastikan tahap kepatuhuhan SOP PKPB oleh pengguna lebuh raya yang bersempadankan Kuala Lumpur dan Seremban.", "Menurut beliau,  tahap pematuhan maksimum penting supaya kita dapat melandaikan sepenuhnya rantaian Covid-19.", "Katanya seramai 132 orang anggota dan enam pegawai dikera dalam putaran tiga syif sehari dengan dua pegawai dan 32 anggota dalam satu syif yang turut dibantu oleh pasukan sahabat tentera 31 artileri diraja kem Tun Ibrahim Semenyih Kajang, empat anggota Rela.", "Sepanjang tiga minggu pelaksanaan SJR berkenaan sebanyak 154,000 kenderaa telah diperiksa membabitkan 184,000 pemandu dan beberapa kesalahan antaranya pengingkaran PKPB dan salah laku jenayah dikenalpasti anggota polis.", "Menurutnya sebanyak 680 kompaun dikeluarkan di bawah daerah Serdang atas pelbagai kesalahan dan di sekatan jalan di Plaza Tol Sungai Besi sahaja 53 kompaun dikeluarkan yang mana majoriti kesalahan merentasi sempadan negeri secara tidak berdokumen, empat orang dalam satu kereta serta membawa muatan lebih.", "Kesemua kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan 3, 10 dan 11 Akta 342 dan ada juga sebanyak 2338 buah kenderaan yang diarah berpatah balik atas kesalahan surat tidak lengkap dan alasan merentas negeri yang tidak memadai dan tidak memuaskan pematuhan PKPB.", "“Dalam sekatan jalan yang sama polis turut berjaya menahan dua lelaki warga tempatan dan bersama sebuah motosikal curi yang dilaporkan hilang dan telah dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/05/15/kenderaan-terjunam-dalam-gaung-pemandu-selamat/
Kenderaan terjunam dalam gaung, pemandu selamat
[ "MELAKA – Sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang kerani terjunam ke dalam gaung di ladang kelapa sawit di Jalan Cempaka 5, Taman Paya Rumput Indah hari ini.", "Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, pemandu Toyota Hilux berusia 24 tahun bagaimanapun terselamat walaupun kenderaannya terbalik.", "Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Amran @ Mohamad Zaki Omar berkata, berdasarkan laporan kes yang hanya diterima pukul 2.22 petang tadi pacuan empat roda itu dipercayai terbabas.", "“Siasatan awal mendapati kenderaan itu bergerak dari arah Jalan Paya Rumput Perdana menghala ke Tampin dan apabila tiba di jalan mati, terbabas sebelum melanggar pokok kelapa sawit.", "“Pemandunya yang beralamat di Taman Indah, Negeri Sembilan mengalami luka-luka pada muka dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.", "Tambah Amran, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.", "Sementara itu Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheng, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Norshah Salleh berkata, sepasukan empat anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian pada pukul 7.14 pagi.", "“Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati Toyota Hilux itu terbabas ke gaung kebun sawit dan mangsa berjaya keluar sendiri,” katanya.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/11/19/jdt-sudah-bayar-kedah-pulang-semula-cek-yuran-perpindahan-akhyar/
JDT sudah bayar, Kedah pulang semula cek yuran perpindahan Akhyar
[ "KUALA LUMPUR – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menyifatkan kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang kelab itu tidak membayar pampasan terhadap perpindahan Akhyar Rashid sebagai tuduhan tidak berasas.", "“JDT bersetuju untuk membayar lebih dan mengeluarkan cek kepada Kedah sebanyak RM100,000 pada 31 Disember 2018.", "“Cek ini bagaimanapun dipulangkan oleh Kedah kerana mereka mahu membuat rayuan berkenaan perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.", "“Tidak ada keputusan selanjutnya atau tuntutan yang dilakukan Kedah terhadap JDT. Niat kami adalah jelas dan kami ingin menasihati Presiden Kedah FA yang juga Menteri Besar supaya tidak membuat tuduhan tidak berasas,” katanya.", "“Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memutuskan bahawa mereka (JDT) perlu membayar kepada Kedah, tetapi mereka masih belum menjelaskan bayaran itu, bagi saya ini aneh memandangkan mereka mendakwa sebagai kelab kaya.", "“Dia ajak saya turun ke sana untuk selesaikan isu ini tetapi saya enggan, saya tidak buat apa-apa silap jadi kenapa perlu ke sana. Kami mungkin miskin, tetapi kami tetap berbangga dan jangan sesekali memandang rendah pasukan miskin,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/14/syarikat-farmasutikal-boleh-hantar-kertas-kerja-produk-cbd-tahun-depan-kj/
Syarikat farmasutikal boleh hantar kertas kerja produk CBD tahun depan – KJ
[ "KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijangka membuka ruang kepada syarikat farmasutikal untuk menghantar kertas kerja mengenai produk canabidiol (CBD) sebelum digunakan untuk merawat penyakit tertentu di negara ini, tahun depan.", "Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebagai permulaan, pihaknya akan mengeluarkan kerangka bagi pendaftaran produk CBD pada tahun ini.", "“Selepas itu pihak NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara) akan menilai kertas cadangan tersebut. Saya sasarkan pada tahun depan kita boleh mula daftar beberapa produk CBD.", "“Tetapi yang penting bukan hanya produk itu sendiri, kita kena tengok kesahihan produk itu, kita kena tengok data dari segi keselamatan dan keberkesanan produk tersebut untuk penyakit-penyakit tertentu.", "“Dari segi pendidikan dan pendedahan saintifik juga perlu diberi kepada pegawai-pegawai perubatan (sebelum digunakan) di Malaysia,” katanya kepada pemberita di Menara Worldwide Holdings, di sini, hari ini.", "Terdahulu beliau merasmikan Majlis Pelancaran Laporan Kajian Persepsi Dadah oleh The Centre.", "Dalam pada itu, Khairy berkata, untuk permulaan, produk CBD itu bukan untuk kegunaan rawatan sendiri, sebaliknya ia memerlukan nasihat atau preskripsi daripada pengamal perubatan.", "“Jauh sekali tidak ada penggunaan ganja secara rekreasi, jadi dia terhad kepada produk-produk canabidiol sahaja, itu langkah pertama kita,” jelasnya.", "Katanya, tindakan itu diambil sebagai langkah-langkah berhati-hati dan ia perlu selaras dengan amalan perubatan antarabangsa.", "“Lebih baik kita mengambil langkah-langkah yang berhati-hati melihat kepada amalan antarabangsa dan juga data saintifik,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/07/27/tarian-gelek-kerajaan-ph-cuba-jual-agama/
Tarian gelek: Kerajaan PH cuba jual agama?
[ "KLANG – Tindakan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak melarang tarian gelek oleh penari berpakaian seksi bagi mengutip dana untuk Tabung Harapan disifatkan sebagai ‘menjual agama’.", "Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam, keadaan itu tidak wajar dibuat untuk meraih sumbangan orang ramai walaupun atas tujuan amal.", "“Dalam Islam, ini suara wanita itu pun merupakan aurat, kalau pakai baju ketat itu pun tak boleh, apatah lagi pakai pakaian tarian gelek seperti mana berlaku dalam majlis mengumpulkan dana untuk Tabung PH.", "“Perkara ini sangat bahaya, ini yang dipanggil menjual agama,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette selepas perjumpaan dengan komuniti India di Kuil Devi Seri Karumariamman, Jambatan Connaught malam tadi.", "Beliau mengulas kenyataan calon PKR, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni semalam yang menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa tarian gelek yang tular di media sosial sejak Rabu lalu tidak haram jika niatnya baik.", "Jelas Mohd. Zawawi, individu yang menyebarkan poster itu sengaja berbuat demikian semata-mata mahu meraih sokongan dan berharap masyarakat akan mempercayainya.", "Video tersebut yang dimuat naik oleh pelbagai pengendali laman Facebook itu setakat ini ditonton lebih 70,000 kali dan mendapat lebih 2,800 tanda suka.", "Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga mengingatkan calon PKR itu agar tidak bersengkongkol dengan DAP khususnya perkara yang melibatkan hal ehwal Islam.", "“Rakyat boleh menilai seseorang itu, walaupun ada latar belakang agama, tetapi dia duduk dalam kelompok yang berkiblatkan kepada DAP,” katanya lagi. – MalaysiaGazette", "Tarian gelek LGBT kutip derma, apa komen Zawawi?", "Tarian gelek: Lokman ketandusan idea?" ]
https://malaysiagazette.com/2019/09/22/bn-akan-tanding-kerusi-parlimen-tanjung-piai-ahmad-zahid/
BN akan tanding kerusi Parlimen Tanjung Piai – Ahmad Zahid
[ "SERI KEMBANGAN – Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang akan diadakan nanti.", "Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bagi merampas kembali kerusi berkenaan yang diperoleh oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), tahun lalu.", "“Sebelum Datuk Dr Md Farid Md Rafik mengambil kerusi itu dengan majoriti 565 undi, kerusi itu adalah milik BN yang diwakili oleh MCA.", "“Pasti kita rebut semula kerusi itu untuk diwakil oleh BN,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung IPF ke-27 di Dewan Aathikumanan, Wisma IPF, hari ini", "Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, BN yakin ahli Pas akan mengundi BN pada PRK itu memandangkan UMNO kini bekerjasama secara ta’awun dengan Pas.", "“Kita akan adakan perbincangan dengan rakan dalam Muafakat Nasional sebab undi Pas dalam PRU14 melihatkan bahawa mereka telah berikan kira-kira 2,900 undi dan saya amat positif jika undi ini dapat diberikan kepada BN maka kemenangan akan memihak kepada mana-mana calon yang akan mewakili BN,” katanya lagi.", "PRK Parlimen Tanjung Piai bakal diadakan kelak selepas penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik meninggal dunia di Hospital Pontian, Johor, awal pagi kelmarin akibat serangan penyakit jantung.", "Dr Md Farid juga memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.", "Allahyarham yang juga Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai, memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA), dengan majoriti 524 undi. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/08/20/pemimpin-umno-dilahirkan-ikut-peredaran-zaman-kata-mt/
Pemimpin UMNO dilahirkan ikut peredaran zaman, kata MT
[ "KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin UMNO lahir mengikut peredaran zaman yang sesuai dengan pentadbirannya, demikian menurut Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.", "Menurutnya, kesemua Presiden UMNO yang diangkat untuk memimpin parti adalah sesuai dengan agenda dan peralihan kuasa masing-masing ketika mendapat kuasa mentadbir negara.", "Sebagai contoh, Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri pertama Malaysia telah memainkan peranan yang paling penting apabila mendapat kemerdekaan daripada British, 60 tahun lalu.", "“Sebab itu parti UMNO parti keramat yang lahirkan setiap pemimpin mengikut kesesuaian zaman. Sebab itu Tunku Abdul Rahman sesuai di zaman dia.", "“Kemudian diganti dengan Tun Abdul Razak dan dipindah ke Tun Hussein Onn. Bila tidak dapat disesuaikan dengan keadaan ketika itu, kita dapat peralihan kuasa kepada Tun Mahathir,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Lembah Pantai hari ini.", "Lebih 500 ahli dan perwakilan termasuk Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hadir dalam mesyuarat berkenan.", "Menurut Menteri Kewangan II itu, sekiranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dipilih sebagai Presiden Kedua UMNO ketika itu, belum tentu Malaysia akan mendapat kemerdekaan pada tahun 1957.", "“Pemimpin UMNO dilahirkan ikut zaman. Kalau Tun Mahathir dilahirkan pada waktu belum dapat kemerdekaan, saya jamin British tidak akan beri,” katanya.", "Jelasnya lagi, UMNO tetap akan utuh kerana sifar setia kepada presiden yang dilantik biar sesiapa pun yang dipertanggungjawabkan untuk memikul tugas tersebut.", "“UMNO utuh kerana kita menyokong kepimpinan Mahathir sebagai presiden ketika itu.", "“Proses peralihan pemimpin dibuat secara semula jadi. Kalau kita ubah sifat semulajadi ini, kita akan berdepan masalah besar nanti.", "“22 tahun Mahathir memerintah negara kita, kita sokong (Mahathir) sebagai Presiden UMNO. Pemimpin mana yang tidak buat silap?,” soal Johari.", "Justeru katanya, ahli-ahli UMNO perlu terus teguh di belakang Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘nakhoda’ UMNO yang mengemudi parti itu kini.", "“Banyak parti yang merubah pemimpin bukan secara semulajadi menghadapi masalah sebab UMNO ibarat sebuah kapal. Ada seorang nakhoda kapal yang tengah mengemudi kita dalam lautan.", "“Kita menyampah tengok pemimpin ini dan tidak suka kepada dia, dan kita bertindak cucuk kapal supaya bocor dengan harapan boleh tukar pemimpin.", "“Tetapi kita tidak sedar, kapal yang kita bocorkan ini, dengan kita semua akan karam,” katanya lagi. – MalaysiaGazette." ]
https://malaysiagazette.com/2022/06/26/projek-5g-annuar-adakan-taklimat-dengan-pemuda-umno-jumaat-ini/
Projek 5G: Annuar adakan taklimat dengan Pemuda UMNO Jumaat ini
[ "KUALA LUMPUR – Satu taklimat berhubung Pelaksanaan Projek 5G Kebangsaan dengan Pemuda UMNO Malaysia akan diatur pada Jumaat ini di Auditorium Perdana, Angkasapuri.", "Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia dibuat bagi menjelaskan dengan lebih mendalam mengenai pelaksanaan perkhidmatan itu setelah banyak maklumat yang tidak tepat dan tidak terkini diterima oleh Pemuda UMNO Malaysia.", "Katanya, beliau telah meneliti memorandum yang diserahkan oleh Pemuda UMNO Malaysia kepada timbalannya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berhubung perkara berkenaan dan disebabkan itu taklimat berkenaan perlu diadakan.", "“Berdasarkan penelitian yang dibuat terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam memorandum tersebut, didapati terdapat banyak maklumat yang tidak tepat dan tidak terkini yang sampai kepada pihak Pemuda UMNO Malaysia.", "“Saya mengucapkan terima kasih kepada Pemuda UMNO Malaysia kerana menyampaikan pandangan mereka dan saya berpandangan, selaku pemimpin muda, mereka berhak untuk mendapat maklumat yang lebih mendalam, tepat dan terkini mengenai pelaksanaan 5G ini secara terus ‘from the horse’s mouth’ atau daripada pihak yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan 5G ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.", "Annuar berkata, beliau telah memanjangkan memorandum tersebut kepada pihak Kementerian Kewangan memandangkan kebanyakan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya berada di bawah kementerian itu.", "Ujarnya, kementeriannya juga turut menawarkan untuk mengatur majlis bagi memberikan penjelasan lanjut seperti yang pernah dilakukan sebelum ini terhadap untuk ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pemegang taruh yang lain.", "Tambah beliau, inisiatif untuk mengadakan taklimat tersebut akan diatur oleh Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Digital Nasional Berhad (DNB).", "Katanya lagi, memandangkan taklimat itu amat penting bagi membolehkan golongan muda dan pemimpin parti mendapat penjelasan dan maklumat terkini, beliau turut akan mengundang beberapa pemimpin sayap Puteri dan\nPergerakan Wanita UMNO.", "“Semoga melalui majlis ini, semua persoalan yang dibangkitkan dapat dijelaskan secara terperinci oleh agensi yang terbabit,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/16/tubuh-jawatankuasa-siasatan-tangani-isu-penyelewengan-pemborosan-pas/
Tubuh jawatankuasa siasatan tangani isu penyelewengan, pemborosan – Pas
[ "KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Siasatan perlu ditubuhkan bagi menangani isu penyelewengan, pembaziran dan pemborosan termasuk kecuaian serta kegagalan tanpa sebab munasabah, kata Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad.", "Katanya, ini penting berikutan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendapati berlaku permasalahan itu dalam pentadbiran kerajaan dan mesti disegerakan penubuhannya bagi mengelak daripada memberi kesan kepada kerajaan.", "Beliau menyatakan, saranan itu bukan sahaja akan mengatasi masalah berkenaan, tetapi juga satu bentuk kemaskini tadbir urus semasa, sekali gus memastikan kemahiran, pemantauan, penyeliaan dan penguatkuasaan berterusan diperkasakan.", "Ini kata beliau, agar segala agenda kerajaan mencapai objektifnya, manakala setiap kelemahan, pembaziran dan kegagalan dapat dikurangkan semaksimumnya.", "“Selain hal aset, perakaunan akuan dan pelaksanan perancangan, teguran LKAN mengenai kepentingan keselamatan dan kedaulatan negara menuntut perhatian serius dan tindakan komprehensif dilaksanakan.", "“Antara isu berkaitan adalah kelemahan dan kegagalan ketara Sistem MyIMMs.", "“Dalam hanya tiga tahun telah berlaku 4,489 kali gangguan sistem milik Jabatan Imigresen Malaysia menyebabkan 214,398 warga asing didapati tidak mempunyai rekod keluar dari Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Kamaruzaman berkata, walaupun sistem kerap mengalami ‘downtime’ itu bersifat teknikal pengoperasian, tetapi ia bukan semata-mata menjejaskan integriti data atau rekod, paling besar adalah risiko terhadap keselamatan negara.", "Menurutnya, kegagalan integrasi Sistem MyIMMs yang berurusan dengan 29 ‘patch on’ sistem lain terlalu mencurigakan, di mana membuka ruang berleluasanya pencerobohan dan kecurangan di pihak penguat kuasa.", "“Ini telahpun dibuktikan bukan sahaja dari LKAN yang dibentangkan itu, bahkan dari beberapa pendedahan dan kenyataan oleh polis minggu lalu.", "“Oleh itu, Pas berharap isu ini diberi perhatian untuk dibentuk tindakan keutamaan oleh kerajaan agar segala kemungkinan buruk, termasuk persepsi, kebimbangan dan ketidakyakinan awam dihentikan secepatnya.", "“Kita yakin dan percaya kerajaan Perikatan Nasional (PN) memiliki iltizam politik yang kuat untuk mengatasi dan menambahbaik perkara ini,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/09/09/siasat-bagaimana-hadi-ada-rm1-4-juta-bayar-clare-rayer/
Siasat bagaimana Hadi ada RM1.4 juta bayar Clare – Rayer
[ "GEORGE TOWN – DAP Pulau Pinang menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berikutan keupayaannya membayar RM1.4 juta kepada pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.", "Laporan itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid di pejabat SPRM negeri di sini semalam diiringi Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer selaku peguam bersama Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Kebangsaan.", "Menurut Rayer, SPRM perlu menjalankan siasatan bagaimana Abdul Hadi mengumpul dana tersebut yang kemudiannya digunakan untuk penyelesaian luar mahkamah kes saman membabitkan kedua-dua pihak.", "“Aduan itu dibuat Syerleena bagi menuntut siasatan dilakukan mengikut akta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.", "“Kes itu turut boleh disiasat di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 kerana wang terlibat tidak diisytiharkan di bawah akta cukai pendapatan,” katanya dalam sidang media di Wisma DAP negeri di Jalan Rangoon di sini hari ini.", "Hadir sama Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh.", "Terdahulu, Syerleena memberitahu, selama tiga jam mereka berurusan di pejabat SPRM negeri bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari selain mengemukakan bukti berhubung dakwaan itu dalam bentuk dokumen.", "Sementara itu, ketika diminta mengulas butiran lanjut laporan yang dibuat kepada SPRM, Rayer menegaskan, pihaknya telah diberi notis SPRM agar tidak mendedahkan proses siasatan tersebut.", "“Kes masih dalam siasatan jadi tidak banyak yang boleh didedahkan tapi tujuan kami adalah untuk memberitahu kepada orang ramai bahawa ada laporan dibuat berkenaan perkara itu.", "“Saya ingin jelaskan di sini bahawa kita tidak membuat sebarang tomahan atau tuduhan tetapi menuntut perkara ini disiasat SPRM,” kata beliau.", "Media sebelum ini melaporkan, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai bukti berbentuk ‘penyata bank’ bahawa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah membayar RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.", "Kata Ahli Parlimen Port Dickson itu, bayaran itu sebagai penyelesaian luar mahkamah kes saman membabitkan kedua-dua pihak. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/03/30/maszlee-mengelak-jawab-pengiktirafan-uec-bagi-peperiksaan-clp/
Maszlee elak jawab pengiktirafan UEC bagi peperiksaan CLP
[ "KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik enggan mengulas  keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan A-Levels.", "Malah sebelum sempat para pengamal media melontarkan soalan berhubung kenyataan tersebut, Maszlee hanya mengelengkan kepala, isyarat tidak mahu memberikan komen tentang apa-apa berkaitan UEC.", "Malam tadi, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dalam satu kenyataan yang ditulis dalam bahasa Mandarin menerusi  akaun Facebook rasminya mengucapkan tahniah secara khusus kepada Peguam Negara, Tommy Thomas yang merupakan Pengerusi Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia.", "“Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia telah bersetuju UEC adalah setaraf dengan STPM dan A-Levels, dan perkara ini membolehkan pelajar persendirian Cina membuat permohonan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).", "“Terima kasih Peguam Negara,” katanya di sini.", "Semalam, Tommy dalam kenyataan memaklumkan CLP akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’ untuk bermula 1 Januari 2021.", "Jelas Tommy, perubahan itu dibuat sebagai maklum balas terhadap pelbagai cadangan daripada ramai orang dan pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada beberapa universiti di United Kingdom (UK) mengenai penerimaan UEC sebagai syarat kelayakan untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang.", "Walaupun disoal dua kali oleh wartawan, Maszlee hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu disoal atau menjawab sebarang pertanyaan tentang pengiktirafan tersebut.", "Dewan Rakyat", "Dua minggu lepas ketika persidangan Dewan Rakyat, Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam mengakui pihaknya belum membuat keputusan sama ada untuk mengiktiraf UEC sekolah persendirian Cina atau tidak.", "Kata beliau, perkara itu masih lagi dalam peringkat libat urus serta proses mendapatkan pendapat daripada pelbagai pihak.", "“Seperti mana yang kita maklum, kami (kementerian) telah menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji dasar UEC, dan hari ini akan diadakan sidang media di pejabat KPM untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa serta membentangkan sebahagian daripada aktiviti yang dilaksanakan.", "“Oleh itu, belum ada keputusan yang dibuat dan sebarang keputusan akan diputuskan di Kabinet,” ujarnya. –MalaysiaGazette", "Artikel berkaitan: ", "Pengiktirafan UEC bagi peperiksaan CLP" ]
https://malaysiagazette.com/2019/11/11/saya-bukan-broker-khalid/
Saya bukan broker – Khalid
[ "PUTRAJAYA – “Saya bukan broker. Saya (kerajaan) hendak beli (tanah Kampung Baru) untuk saya hendak bangunkan bersama dengan pemilik.", "Demikian tegas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad menjawan tuduhan beliau sebagai broker dalam isu pembelian tanah Kampung Baru di ibu kota Kuala Lumpur oleh pembangkang.", "Kata beliau, broker sebenarnya membeli tanah kemudian menjual dengan harga lebih tinggi kepada pihak tertentu, tetapi kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengumum secara terbuka untuk membelinya dengan harga RM1,000 kaki persegi.", "“Pihak pembangkang menggelarkan saya sebagai broker,” katanya pada sidang media khas berhubung perkembangan terbaharu Kampung Baru di pejabatnya di Kementerian Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.", "Menurut Khalid, beliau hairan sikap pembangkang, sepanjang sesi perbahasan Belanjawan 2020 di Parlimen tempoh hari, tidak ada seorang pun mengemukakan soalan mengenai isu Kampung Baru untuk beliau menjawabnya.", "“Apabila saya buat penggulungan perbahasan Belanjawan 2020, saya telah bertanya kepada semua pegawai saya, ada atau tidak dalam perbahasan oleh semua Ahli Parlimen sama ada kerajaan mahupun pembangkang, isu Kampung Baru diungkitkan.", "“Saya difahamkan tidak ada walau satu soalan dikemukakan oleh semua pembahas bajet. Bila saya buat penggulungan, saya kena jawab soalan yang dikemukakan.", "“Bila saya bangun untuk menjawab soalan yang dikemukakan, tiba-tiba Ketua Pembangkang (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) bangun dan kemukakan soalan Kampung Baru. Mereka kata (saya) broker la, itu la ini la, sedangkan perbahasan yang mereka lakukan tidak timbulkan isu Kampung Baru,” katanya.", "Katanya, apabila pembangkang tidak bertanya, bagaimana beliau hendak hendak jawab.", "“Bila Ketua Pembangkang kata sudah dijangka saya tidak akan jawab mengenai Kampung Baru itu, betullah saya tidak jawab, sebab dia tidak tanya.", "“Tidak ada sesiapa tanya mengenai Kampung Baru dalam perbahasan itu. Jadi, memang saya jawab mengenai isu lain.", "“Dalam soal isu Kampung Baru, dia orang tanya pada hari itu dan saya kena jawab soalan lain dahulu,” katanya.", "Serentak itulah, kata Khalid, pembangkang menggelarkannya sebagai broker, sedangkan apa yang dilakukan kerajaan PH meng’nyah’kan kemungkinan wujudnya broker.", "“Sebenarnya broker ini ialah orang yang beli tanah kemudian dia jual balik. Saya (kerajaan) bukan hendak beli tanah Kampung Baru untuk dijual balik, malah tindakan saya dan cara yang saya lakukan berhubung tanah Kampung Baru ini ‘mengyahkan’ kemungkinan wujudnya broker.", "“Macam mana boleh dituduh broker, sedangkan kita umumkan secara terbuka harga yang kita tawarkan kepada pemilik tanah Kampung Baru. Kita buat tawaran harga yang terbuka, tidak dirahsiakan, harganya berapa satu kaki persegi, kita umumkan,” katanya.", "Kalau broker, katanya, harga yang kerajaan hendak beli ini mesti dirahsiakan dan selepas itu Orang-orang tengah akan datang berjumpa pemilik untuk membuat tawaran. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/07/01/mana-ada-pecat-hanya-sedikit-pertukaran-jawatan-razali/
Mana ada pecat, hanya sedikit pertukaran jawatan – Razali
[ "KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris menafikan wujud pergolakan dalaman sehingga berlaku insiden pemecatan dalam Jawatankuasa Penaja Sayap Bersekutu parti itu. ", "Sebaliknya apa yang berlaku bersekutu hanya sedikit pertukaran jawatankuasa sedia ada kepada beberapa pimpinan baharu dilakukan oleh Ketua Sayap Bersekutu, Dr Chong Fat Full pada bulan lepas. ", "Menurut Razali, istilah pecat  tidak berlaku kerana sebarang pemecatan hanya boleh dilakukan oleh Majlis Tertinggi Pusat Bersatu sahaja. ", "“Apabila Dr Chong ambil alih daripada mantan Ketua Sayap Bersekutu, Datuk Seri Santhara Kumar, beliau akan buat sedikit perubahan, saya nampak tidak ada isu pergolakan atau pecat. Isu pecat ini, kamu perlu faham sayap tidak boleh pecat-pecat. ", "“Parti yang boleh pecat, apa yang berlaku dalam sayap ketika ini hanyalah pertukaran kepimpinan sahaja. Pertukaran ini juga berkaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), perkuatkan sayap sekaligus sayap. Itu sahaja. ", "“Pada pandangan saya sebagai ketua penerangan, ini adalah satu proses biasa. Bukan sahaja kuatkan parti tapi beri peluang kepada tokoh-tokoh kepimpinan baru juga untuk ‘berperang’ pada PRN nanti, itu yang penting,” katanya kepada MalaysiaGazette. ", "Razali mengulas laporan terdapat tiga ahli jawatankuasa yang telah dipecat dalam Jawatankuasa Penaja Sayap Bersekutu", "Sayap Bersekutu Bersatu merupakan entiti dalam parti tersebut yang yang mewakili ahli dalam kalangan bukan bumiputera.", "Difahamkan tiga pimpinan itu ialah Timbalan Ketua Sayap Bersekutu Bersatu, Dr Mahaganapathy Dass, ketua penerangannya, S. Subramaniam dan ahli jawatankuasanya, MU Raja telah dipecat dan berita mengenainya tersebar semalam.", "Beberapa pertikaikan telah dikemukakan dalam isu pemecatan tersebut termasuk mendakwa ia tidak mengikut perlembagaan parti dan tidak mendapat ‘restu’ Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. -MalaysiaGazette", "ARTIKEL BERKAITAN:", "Tiga pemimpin Sayap Bersekutu Bersatu dipecat", "", " " ]
https://malaysiagazette.com/2022/12/24/pm-akan-umum-serentak-lantikan-syarikat-berkanun-glc/
PM akan umum serentak lantikan syarikat berkanun, GLC
[ "SHAH ALAM – Penangguhan lantikan semula bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi Felcra kerana Perdana Menteri mahu melakukan penyelarasan bersama dengan semua badan-badan berkanun, syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat di bawah kementerian yang lain.", "Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamaratakan semua pelantikan.", "“Pengumuman pelantikan semua jawatan GLC itu akan disamaratakan oleh PM pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian oleh beliau sendiri (Anwar Ibrahim).", "“Sebenarnya penyelarasan akan dibuat oleh PM terhadap semua jawatan, bukan hanya sekadar satu jawatan sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Ramah Mesra TPM anjuran Persatuan Penganut Masyarakat India Kuil Sri Kaliamman di Batu Lapan Jalan Bukit Kemuning, di sini petang tadi.", "Tambah Ahmad Zahid lagi, pelantikan Ahmad Jazlan akan diumumkan sekali lagi oleh PM sendiri tidak lama lagi, serentak dengan pelantikan untuk syarikat dan GLC lain.", "Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, penangguhan itu telah dimaklumkan kepada  Ahmad Zahid susulan terdapat beberapa kekeliruan dalam proses itu.", "“Saya tidak pernah menyatakan ahli politik tidak boleh menjadi pengurusan tetapi mesti terikat dengan syarat-syarat dan mempunyai kelayakan dalam bidang berkenaan,” katanya dalam sidang media baru-baru ini.", "Katanya, arahan memberhentikan semua lantikan politik sebelum ini untuk memberi ruang kepada kerajaan menilai prestasi mereka dan mengikut garis panduan ditetapkan.", "“Saya telah menangguhkan perkara ini kerana ada isu-isu seumpamanya, satu syarikat kerajaan, syarikat induk itu mengalami masalah kewangan tetapi syarikat kecil itu memperoleh keuntungan besar,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/01/29/jerman-belum-luluskan-vaksin-astrazeneca-untuk-orang-tua/
Jerman belum luluskan vaksin AstraZeneca untuk orang tua
[ "BERLIN – Jerman mencadangkan agar vaksin koronavirus AstraZeneca hanya diberikan kepada individu yang berusia di bawah 65 tahun.", " ", "Agensi Ubat Eropah dijangka meluluskan vaksin AstraZeneca, yang dikembangkan bersama Universiti Oxford, untuk digunakan di 27 buah negara Kesatuan Eropah (EU) pada hari Jumaat.", "Ia merupakan vaksin ketiga dibenar digunakan di EU setelah vaksin BioNTech-Pfizer dan Moderna.", "Jerman dan AstraZeneca kedua-duanya menolak laporan media Jerman bahawa vaksin tersebut kurang berkesan kepada penerima berusia 65-an.", "Syarikat gergasi farmasi itu dalam satu kenyataan bertulis, dengan mengatakan “dakwaan bahawa keberkesanan vaksin AstraZeneca /Oxford adalah serendah 8 peratus bagi orang dewasa yang berusia lebih dari 65 tahun adalah tidak betul”.", "Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn menegaskan cadangan oleh jawatankuasa itu belum muktamad dan segala keputusan akan diputuskan sebaik sahaja vaksin itu sudah disahkan penggunaanya.", "Tetapi beliau memaklumkan ada perbincangan sejak musim gugur mengenai kekurangan data dalam kajian mengenai keberkesanan vaksin AstraZeneca kepada golongan warga emas. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/11/21/pm-tinggalkan-istana-negara-selepas-lebih-sejam-menghadap-agong/
PM tinggalkan Istana Negara selepas lebih sejam menghadap Agong
[ "KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Istana Negara, di sini, pukul 4.17 petang selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.", "Ismail Sabri dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara selepas pada pukul 2.50 petang tadi.", "Beliau yang menaiki kenderaan dengan tingkap terbuka kelihatan berada dalam keadaan tenang.", "Terdahulu, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di mana keputusan menunjukkan tiada parti mendapat majoriti mudah 112 kerusi pada Sabtu lalu.", "Al-Sultan Abdullah ketika bertemu petugas media bertitah, agar semua pihak bersabar dan bertenang dalam berdepan kemelut pembentukan Kerajaan Persekutuan.", "Baginda juga meredakan keadaan apabila berkata, pentadbiran negara ketika ini berjalan seperti biasa kerana kerajaan peralihan masih berfungsi.", "“Harap bersabar dan ambil masa sikit. Kita kena banyak bersabar dan bertenang .", "“Kerajaan caretaker masih ada dan berjalan seperti biasa.", "“Saya tidak akan buat kenyataan dan ikutlah kenyataan yang dikeluarkan dari Istana Negara dalam masa terdekat ini,” katanya kepada pengamal media di luar Istana Negara Pintu 2 di sini hari ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/12/07/ppmm-cadang-wujud-platform-langsung-antara-penternak-pengeluar-elak-harga-dimanipulasi/
PPMM cadang wujud platform langsung antara penternak, pengeluar elak harga dimanipulasi
[ "KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) mencadangkan kerajaan mewujudkan satu platform langsung antara penternak dan pengeluar bagi mengelakkan manipulasi harga oleh pihak ketiga.", "Pengerusi Biro Keusahawanan dan Sosioekonomi PPMM, Mohd Afiq Salim berkata, dengan cara itu, ia akan menstabilkan harga barang, sekali gus menyelesaikan isu kenaikan harga yang seolah tidak dapat dikawal ketika ini.", "“Dengan harga ditetapkan mengikut pasaran semasa, pengeluar akan menetapkan satu kos yang tetap, stabil dan bersesuaian, manakala pengguna pula dapat membelinya tanpa bimbang mengenai sebarang kenaikan harga.", "“Isu orang tengah dan pemanipulasi ini bukan baru diperkatakan, ia berlaku sejak puluhan tahun dahulu lagi,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.", "Justeru, kata Mohd Afiq, pengenalan platform tunggal ini akan membantu menyelesaikan isu itu yang menjadi topik perbincangan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.", "Selain itu, PPMM juga berpendapat pengumuman kerajaan membenarkan ayam diimport boleh menyelesaikan isu kenaikan harga untuk jangka masa pendek.", "“Bagaimanapun, untuk jangka masa panjang, mahu tidak mahu, semua pihak perlu sama-sama mengawal ekosistem ini tanpa dimonopoli satu pihak sahaja.", "“Penentuan siapa yang berhak mendapat lesen perlu diperhalusi semula dan di sinilah penyertaan Bumiputera perlu dinilai agar industri ini tidak terhad kepada pihak tertentu sahaja seperti yang berlaku ketika ini.", "“Apa yang penting juga adalah ilmu kepenggunaan itu sendiri perlu ada pada setiap individu di negara ini,” katanya.", "Beliau berkata, dengan adanya maklumat mengenai isu pengguna, pilihan terbaik dapat dibuat dan mengelakkan daripada terus tertipu oleh pihak yang sengaja memanipulasi harga untuk mengaut untung mudah. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/11/02/mof-terajui-pasukan-petugas-khas-nilai-fungsi-badan-berkanun-dan-syarikat-mkd/
MoF terajui Pasukan Petugas Khas nilai fungsi badan berkanun dan syarikat MKD
[ "KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan akan menerajui Pasukan Petugas Khas untuk menilai peranan dan fungsi badan berkanun dan syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).", "Menterinya, Lim Guan Eng berkata, ini bagi mengurangkan pertindihan fungsi serta mengelakkan kerajaan bersaing secara langsung dengan pihak swasta.", "Kerajaan akan menumpukan perbelanjaan dan pelaburan ke dalam sektor-sektor strategik di mana pasaran terbuka dan pihak swasta tidak berminat atau tidak dapat memenuhi keperluan rakyat.", "Jelas Guan Eng, sektor swasta akan menyumbang kepakaran, kualiti perkhidmatan dan pelaksanaan sementara kerajaan pula akan menyumbang kapasiti, sumber dan infrastruktur sedia ada.", "“Sebagai contoh, institusi latihan TVET boleh menawarkan kursus-kursus yang dikendalikan oleh pihak swasta supaya ia memenuhi keperluan industri.", "“Kerajaan pula boleh menawarkan infrastruktur sedia ada yang jarang digunakan sebagai prasarana yang boleh dikongsi.", "“Konsep ini juga boleh diaplikasikan untuk Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara bagi mengurangkan kerajaan,”katanya semasa membentangkan Belanjawan 2019 di Parlimen hari ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/12/05/inspektor-mengamuk-cederakan-dua-anggota-direman-tiga-hari/
Inspektor mengamuk, cederakan dua anggota direman tiga hari
[ "GEORGE TOWN – Inspektor yang ditahan susulan mencederakan dua anggota polis serta mengamuk di Lebuh Queen di sini semalam, direman selama tiga hari.", "Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, ketika kejadian suspek berusia 35 tahun itu dikatakan berada dalam pengaruh alkohol sebelum bertindak agresif termasuk mencederakan anggota polis.", "“Suspek berpangkat inspektor itu direman sehingga esok bagi membantu siasatan.", "“Suspek ditahan di Klinik Pakar Psikiatrik Jalan Perak di sini, untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen  353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "MalaysiaGazette difahamkan, sebelum kejadian tersebut suspek yang ditahan kerja atas kesalahan tatatertib itu dikatakan melarikan diri dari sebuah hospital di sini ketika sedang menerima rawatan akibat kaki kanannya patah.", "Difahamkan, kejadian mengamuk serta mencederakan dua anggota yang cuba mengawal situasi itu berlaku sejurus pegawai yang bertugas di Pasukan Gerakan Am (PGA) di Perak itu melarikan diri dari hospital.", "\nARTIKEL BERKAITAN ", "Inspektor mengamuk dan cederakan anggota ditahan", "MalaysiaGazette semalam melaporkan, seorang pegawai berpangkat inspektor ditahan susulan mengamuk serta cederakan anggota polis dalam satu kejadian di Lebuh Queen di sini, awal pagi tadi.", "Difahamkan, suspek yang merupakan pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) di Perak itu membuat bising dan mengamuk di hadapan sebuah hotel serta kuil di kawasan berkenaan kira-kira jam 1.40 pagi sebelum kehadiran pihak polis. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/10/18/pemandu-treler-ditahan-bantu-siasatan-dakwa-dipukul-polis-trafik/
Pemandu treler ditahan bantu siasatan dakwa dipukul polis trafik
[ "ISKANDAR PUTERI – Seorang pemandu treler ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dia dipukul seorang anggota polis trafik di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Tanjung Kupang di sini, semalam.", "Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata, lelaki tempatan berusia 48 tahun itu ditahan di lokasi sama, kira-kira 1 tengah hari.", "Beliau berkata, pihaknya mengesan sebuah video berdurasi 50 saat yang tular menerusi aplikasi TikTok dan dipercayai dimuat naik oleh lelaki berkenaan menggunakan akaun ‘Abe Chik Kelantan’, mendakwa dia dipukul seorang anggota trafik, kira-kira 10.20 pagi.", "“Hasil semakan mendapati satu laporan telah dibuat oleh anggota polis terlibat yang menyatakan sebuah treler berada di lorong kanan dikhaskan kepada kenderaan ringan sahaja, ketika dia sedang menjalankan pemantauan lalu lintas.", "“Pemandu treler terbabit dikatakan enggan memberi kerjasama dan mengeluarkan kata-kata kesat sebelum bertindak membuka pintu lalu menumbuk muka anggota berkenaan sebanyak dua kali selain menendang motosikalnya ketika pemeriksaan dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Rahmat berkata, berlaku sedikit pergelutan antara mereka dan anggota terbabit cuba mempertahankan diri atas tindakan pemandu treler berkenaan.", "Susulan itu, beliau berkata, pihaknya membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.", "“Permohonan reman terhadap lelaki itu akan dibuat di Mahkamah Johor Bahru hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan,” katanya.  – BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2022/06/09/kdn-bangga-jabatan-penjara-lahirkan-banduan-berkemahiran/
KDN bangga Jabatan Penjara lahirkan banduan berkemahiran
[ "KAJANG – Pencapaian Jabatan Penjara Malaysia yang berjaya melahirkan banduan berkemahiran adalah sesuatu yang harus dibanggakan. ", "Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, jabatan di bawah kementeriannya itu telah membuktikannya dengan dua pengiktirafan peringkat antarabangsa iaitu pada 5th International Craft Awards 2021: Lifetime Achievement For Contribution To The Sustainable Development Of Craft Sector And Social Inclusion dan penyertaan di London Craft Weeks pada Mei lalu yang mempamerkan hasil tenunan penghuni penjara.", "“Kita nampak daripada segi peningkatan perkara dilakukan Jabatan Penjara sudah mencapai satu tahap boleh dibanggakan kerana ramai penghuni penjara sudah mula diberikan kemahiran baharu yang boleh digunakan selepas mereka (banduan) keluar dari penjara. ", "“Ini sesuatu yang baik sekali dan saya difahamkan dengan ada program seperti ini jumlah mereka yang kembali ke penjara  juga sudah menurun,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 Jabatan Penjara Malaysia, di ibu pejabat Penjara Malaysia hari ini. ", "Jelas Hamzah, sebagai contoh, ramai masyarakat luar negara yang berada di London Craft Weeks yang diadakan Mei lalu terpegun dengan hasil kraftangan produk Jabatan Penjara. ", "“Produk yang dikeluarkan itu amat berkualiti tinggi dan boleh diketengahkan di peringkat antarabangsa,” katanya lagi. ", "London Craft Week yang berlangsung 15 Mei lalu di Bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square dihadiri Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. ", "Pameran itu antara lain memperagakan tenunan dari penjara, yang menampilkan tenunan tradisional lengkap dengan penenun bertugas, fabrik arkib dari Muzium Pahang dan pilihan pakaian Tunku Azizah sendiri selain koleksi Tenun peribadi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/01/08/jepun-isytihar-darurat-di-tokyo-tiga-wilayah-berdekatan/
Jepun isytihar darurat di Tokyo, tiga wilayah berdekatan
[ "TOKYO – Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga pada Khamis mengisytiharkan darurat di Tokyo dan di wilayah Saitama, Chiba dan Kanagawa, melaksanakan langkah pencegahan lebih ketat untuk memerangi lonjakan jangkitan COVID-19, lapor Agensi Berita Xinhua.", "Darurat akan berkuat kuasa bermula Jumaat hingga 7 Februari, dengan beberapa langkah termasuk menggesa orang ramai duduk di rumah dan restoran serta bar berhenti menyajikan alkohol pada 7 malam dan ditutup pada 8 malam.", "Waktu operasi gimnasium, pusat beli-belah dan kemudahan hiburan juga akan dipendekkan.- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2017/09/11/halimah-hampir-pasti-terpilih-presiden-singapura/
Halimah hampir pasti terpilih Presiden Singapura
[ "SINGAPURA – Halimah Yacob bakal dilantik Presiden Singapura yang baharu apabila dua lagi calon tidak menepati kriteria yang diperlukan.", "Jabatan Pemilihan dalam kenyataan hari ini mengesahkan perkara itu dan kini hanya satu sahaja permohonan diterima sebagai calon presiden di negara berkenaan.", "Sekiranya benar, Halimah bakal menjadi wanita Melayu pertama memegang jawatan itu di Singapura.", "Halimah berusia 62 tahun adalah seorang peguam berkelulusan LLB, LLM dan Doctor of Law National University of Singapore.", "Singapura pernah memiliki seorang presiden bangsa Melayu, Tun Yusof Ishak yang asalnya merupakan gabenor kedua sebelum dilantik sebagai ketua negara ekoran pemisahan republik itu daripada Malaysia pada 1965.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/05/02/bawang-putih-mahal-kerana-spekulasi/
Bawang putih mahal kerana spekulasi
[ "BUTTERWORTH – Bawang putih import dari China telah mengalami kenaikan harga secara mendadak dengan mengecapi paras RM21 hingga RM22 sekilogram pada pertengahan April 2017 berbanding hanya RM7 pada dua tahun lalu.", "Keadaan itu sekali gus menandakan harga bawang putih telah melonjak mendadak sebanyak 200 peratus.", "Presiden Persekutuan Pengeksport dan Pengimport Makanan Kering, Datuk Chua Poh Kiang berkata, kenaikan harga bawang putih adalah didorong oleh spekulasi di China.", "“Keadaan seperti ini (spekulasi) selalu berulang menjelang Jun yang merupakan musim penuaian untuk bawang putih di China.", "“Golongan terbabit sedar bahawa berlaku kekurangan bekalan dan terdapat satu jarak masa sebelum mencapai musim penuaian pada Jun,” katanya kepada China Press.", "Tidak pasti sama ada harga bawang putih akan terus meningkat, Poh Kiang berkata, keadaan harga bawang putih dijangka hanya akan distabilkan selepas musim penuaian pada Jun.", "Beliau berkata, keadaan itu bagaimanapun bergantung kepada hasil tuaian di China.", "“Jika hasil tuaian kurang memuaskan, maka keadaan mungkin gagal diperbaiki,” katanya." ]
https://malaysiagazette.com/2019/10/09/permohonan-salleh-bukti-pkr-ada-daya-penarik-wan-azizah/
Permohonan Salleh bukti PKR ada daya penarik – Wan Azizah
[ "KUALA LUMPUR – Tindakan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menyertai PKR membuktikan parti itu mempunyai daya penarik kepada sesiapa sahaja.", "Bagaimanapun, menurut Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, permohonan Salleh untuk menyertai PKR masih dalam proses pertimbangan.", "“Itu menunjukkan bahawa PKR ada daya penarik dan kita akan pertimbangkan lagi permohonan dia sebab ada sensitiviti.", "“Walaupun Perdana Menteri kata tidak ada masalah dengan lompat parti namun ada juga yang merasakan bahawa mungkin kita akan melihat apa di sebalik lompat parti ini,” katanya di lobi Parlimen hari ini.", "Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata parti itu masih belum membuat keputusan berhubung permohonan Salleh untuk menyertai parti itu.", "Malah Anwar berkata Biro Politik PKR akan mengadakan perbincangan sebelum sebarang keputusan dibuat.", "“Permohonan Datuk Seri Salleh Said Keruak itu belum dipertimbangkan oleh Biro Politik, tetapi sudah ada kenyataan dari saudara Fahmi Fadzil kita terima permohonan itu daripada beliau, tetapi belum kita bincang dalam mesyuarat pimpinan,” katanya kepada pemberita pada Ahad. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/03/05/serangan-pisau-mengganas-di-britain/
Serangan pisau mengganas di Britain
[ "LONDON – Dua remaja terbunuh dalam serangan pisau di Britain pada hujung minggu lalu, menjadikan jumlah mangsa yang terkorban tahun ini sekurang-kurangnya 24 orang.", "Menteri Dalam Negeri British Sajid Javid berkata, beliau akan menemui ketua polis minggu ini untuk mencari kaedah menangani masalah itu dalam usaha menamatkan “keganasan yang tidak masuk akal”.", "“Keganasan yang serius semakin meningkat,” kata Javid di Parlimen.", "Polis berkata, peningkatan jenayah bersenjatakan pisau sukar ditangani, disebabkan beberapa faktor, termasuk persaingan antara geng dadah, pemotongan dalam perkhidmatan belia dan provokasi di media sosial.", "Kes-kes tertumpu di kawasan-kawasan miskin di London.", "Isu ini telah menembusi agenda politik selepas jumlah kematian akibat ditikam dengan pisau mencapai rekod pada tahun lalu.", "Bilangan kanak-kanak di England berusia 16 tahun dan ke bawah ditikam meningkat sebanyak 93 peratus antara 2016 dan 2018.", "Pada masa yang sama, polis telah mengalami pengurangan peruntukan dalam pengambilan kakitangan di bawah langkah-langkah penjimatan yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Theresa May, terutamanya ketika beliau menjadi menteri dalam negeri.", "Dalam kematian terbaharu, seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun, Yousef Ghaleb Makki ditikam di sebuah kampung berhampiran Manchester ketika sedang melawat seorang teman.", "Dua lelaki, juga berusia 17 tahun, ditahan kerana disyaki membunuh.", "Sebelum itu, Jodie Chesney, seorang pengakap remaja berusia 17 tahun, terbunuh dalam serangan pisau di sebuah taman di timur London. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/02/04/covid-19-muafakat-jamin-tiada-isu-sembunyi-maklumat-pelajar-mrsm/
Covid-19: MUAFAKAT jamin tiada isu sembunyi maklumat pelajar MRSM
[ "KUALA LUMPUR – Badan Permuafakatan Pendidikan Mara Malaysia (MUAFAKAT) menggesa ibu bapa pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk tidak mengeluarkan kenyataan kurang tepat mengenai situasi di pusat pengajian itu susulan jangkitan kes COVID-19 kerana boleh menimbulkan panik dan persepsi yang pelbagai.", "MUAFAKAT dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya sentiasa berhubung dengan pihak pengurusan MRSM dan tertinggi Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi memastikan keselamatan pelajar diberi keutamaan dan memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa tiada isu menyembunyi maklumat seperti yang didakwa.", "Kenyataan itu menyebut pihaknya berharap mereka dapat menggunakan saluran persatuan itu sama ada di peringkat kebangsaan mahupun maktab untuk menyalurkan maklumat atau isu yang perlu ditangani bersama.", "“Pada masa yang sama, kami berharap agar pihak Mara juga turut mengetatkan pemantauan dan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan agar tiada kejadian yang sama berlaku di MRSM lain,” menurut kenyataan itu.", "MUAFAKAT Kebangsaan adalah badan rasmi yang mewakili ibu bapa pelajar di semua Kolej Mara (KM), Kolej Professional Mara (KPM) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Selain daripada MUAFAKAT Kebangsaan, setiap MRSM juga mempunyai organisasi MUAFAKAT di peringkat maktab masing-masing.", "Sebelum ini, beberapa kejadian jangkitan COVID-19 dikesan di Kolej Mara Kuala Nerang, MRSM Tun Ghazali Shafie Kuala Lipis, MRSM Sungai Besar dan terkini di MRSM Bentong.", "“Berdasarkan kepada pemantauan kami, sememangnya MRSM dengan sokongan kuat daripada pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) amat menitikberatkan isu keselamatan dan kebajikan pelajar.", "“Kami juga bersama memantau proses pelaksanaan SOP keselamatan dari awal lagi sejak pelajar Tingkatan 5 diberikan kebenaran untuk kembali ke asrama bagi tujuan pembelajaran secara bersemuka,” menurut kenyataan itu.", "Sebelum ini, tular mesej menerusi aplikasi WhatsApp mendakwa pelajar MRSM Sungai Besar, Selangor tidak mendapat bekalan makanan yang secukupnya, pelajar bergejala tinggal di asrama yang sama dengan pelajar sihat akibat tiada tempat pengasingan serta wujud masalah membabitkan SOP keselamatan, sanitasi, pembekalan pelitup muka dan sebagainya.", "Mara dalam satu kenyataan pada 1 Feb lepas telah membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan tersebut dan pihaknya sentiasa memastikan pelajar MRSM mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengawal penularan COVID-19 dalam kalangan pelajar. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/02/11/paris-saman-airbnb/
Paris saman Airbnb
[ "PARIS – Bandar Paris saman Airbnb kerana menerbitkan 1,000 iklan sewa secara haram, yang boleh menyebabkan laman sesawang sewa Amerika Syarikat itu menanggung kos lebih daripada 12.5 juta euro (AS$ 14 juta).", "Di bawah undang-undang Perancis, pemilik rumah di Paris boleh menyewakan tempat mereka pada platform sewa jangka pendek sehingga 120 hari dalam setahun.", "Iklan mesti memasukkan nombor pendaftaran untuk membantu memastikan hartanah tidak disewa lebih lama.", "Perancis meluluskan undang-undang pada tahun 2018 yang membolehkan syarikat-syarikat seperti Airbnb didenda sebanyak 12,500 euro setiap siaran haram.", "Peruntukan baharu Paris akan digunakan untuk mencabar Airbnb di mahkamah, menurut Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo kepada akhbar Journal du Dimanche.", "“Matlamatnya adalah untuk melepaskan amaran terhadap tindakan menyewa tanpa kebenaran kerana ia boleh merosakkan beberapa kejiranan di Paris,” kata Hidalgo dalam temu bual itu.", "Beberapa bandar di seluruh dunia telah menyatakan kebimbangan bahawa platform seperti Airbnb boleh menyebabkan persaingan yang tidak adil kepada hotel dan boleh menjadikan beberapa kawasan sebagai hanya zon pelancongan.", "Jurucakap Airbnb mengatakan ia telah melaksanakan langkah-langkah untuk membantu pengguna laman sesawang Paris mematuhi peraturan Eropah, tetapi menambah bahawa peraturan di Paris adalah “tidak cekap, tidak seimbang dan bertentangan dengan peraturan Eropah.”", "Perancis adalah pasaran kedua terbesar Airbnb selepas Amerika Syarikat.", "Paris, salah sebuah bandar yang paling banyak dikunjungi pelancong di dunia, adalah pasaran tunggal terbesarnya, dengan kira-kira 65,000 rumah disenaraikan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/11/06/malaysia-di-ambang-kejayaan-tangani-covid-19-khairy/
Malaysia di ambang kejayaan tangani Covid-19 – Khairy
[ "KOTA BHARU – Malaysia di ambang kejayaan dalam menangani penularan COVID-19 meskipun belum diisytiharkan menang, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.", "Bagaimanapun beliau menyeru rakyat di negara ini agar terus mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.", "“Saya tahu rakyat sudah rasa gelisah tidak mahu pakai pelitup muka, malah penggunaan katil untuk pesakit COVID-19 ketika ini juga menurun kepada 40 peratus.", "Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Mohd Shafiq Abdullah.", "Khairy berkata hanya dua negeri lagi masih berada di Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu Kelantan dan Sarawak berbanding negeri lain yang telah beralih ke Fasa Empat." ]
https://malaysiagazette.com/2020/02/22/peralihan-kuasa-terpulang-kepada-saya-sama-ada-nak-lepas-atau-tidak-tun-mahathir/
Peralihan kuasa: Terpulang kepada saya sama ada nak lepas atau tidak – Tun Mahathir
[ "KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, peralihan kuasa antara beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap akan berlangsung selepas persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC ) tetapi terpulang kepadanya sama ada mahu melepaskan jawatan tersebut atau pun tidak.", "Menurut Perdana Menteri, tiada tarikh atau masa yang spesifik ditetapkan untuk proses peralihan kuasa itu mengambil tempat sambil menegaskan keputusan tersebut diputuskan oleh mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan sebulat suara.", "Katanya, sepanjang mesyuarat berlangsung terdapat dua pendapat mengenai peralihan kuasa itu, namun beliau berbangga kerana pada akhirnya semua diserahkan kepadanya.", "“Terpulang kepada saya kalau nak lepas atau tidak,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Yayasan Kepimpinan Negara (YKP) di sini malam ini.", "Menurut Dr Mahathir, beliau beryukur kerana kepercayaan yang telah diberikan kepadanya berhubung perkara tetsebut. – MalaysiaGazette", " ", " " ]
https://malaysiagazette.com/2022/02/09/kerajaan-beri-subsidi-60-sen-bagi-setiap-kg-ayam-kepada-penternak/
Kerajaan beri subsidi 60 sen bagi setiap kg ayam kepada penternak
[ "KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri hari ini bersetuju memberi subsidi kepada penternak ayam sebanyak RM0.60 bagi setiap kilogram (kg).", "Ia mengambil kira harga ayam hidup di peringkat ladang sebanyak RM5.90 setiap kg dan harga runcit ayam bulat standard sebanyak RM8.90 setiap kg.", "Manakala bagi telur, jemaah Menteri juga telah bersetuju memberi subsidi sebanyak RM0.05 sebiji untuk semua jenis kategori, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee dalam satu kenyataan hari ini.", "“Tujuan pemberian subsidi adalah untuk meringankan beban penternak susulan peningkatan kos terutamanya kos makanan yang meliputi 70 peratus dari kos pengeluaran selain kos logistik, kos pekerja, kos utiliti dan kos ubat-ubatan,” katanya.", "Tempoh pemberian subsidi mulai 5 Februari hingga 4 Jun 2022 iaitu sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).", "Anggaran keseluruhan implikasi kewangan kepada kerajaan bagi melaksanakan pemberian subsidi ayam dan telur di seluruh negara untuk tempoh empat bulan ini adalah sebanyak RM528.52 juta.", "MAFI juga akan mengadakan sesi libat urus berterusan dengan pihak industri untuk memastikan industri ayam dan telur terus kekal mampan dan beroperasi dalam skala penuh bagi memastikan pengeluaran ayam dan telur di ladang mencukupi bagi memenuhi keperluan tempatan.", "“MAFI berharap langkah intervensi Kerajaan melalui pemberian subsidi kepada penternak dapat menstabilkan kembali bekalan sekaligus memastikan rakyat dapat membeli ayam dan telur dengan harga yang berpatutan,” katanya.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/05/03/jangan-fitnah-teori-konspirasi-penyakit-saya-azizolhasni/
Jangan fitnah, teori konspirasi penyakit saya – Azizolhasni
[ "KUALA LUMPUR – Legenda basikal trek negara, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang tidak mahu penyakit jantung yang dialaminya dikaitkan dengan ‘perkara lain’.", "Atlet berusia 34 tahun yang juga harapan pingat emas negara pada Olimpik Paris 2024 itu turut menggesa, agar tidak ada mana-mana pihak membuat teori konspirasi dan fitnah terhadap penyakit yang dihadapinya.", "“Kondisi saya ni tak ada kaitan langsung dengan perkara-perkara luaran yang lain dan janganlah sesetengah dari kita ni cuba untuk sebarkan fitnah atau cuba membuat teori konsipirasi dan sebagainya.", "“Insya-Allah jika ada rezeki dan peluang, saya akan kongsikan kronologi tentang pengalaman yang saya hadapi ini.", "“Tapi sebelum itu, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan menyokong saya. Terima kasih semua,” katanya dalam kenyataan di media sosial.", "Media sebelum ini melaporkan pemenang pingat Sukan Olimpik dua kali itu itu semakin pulih selepas menjalani pembedahan jantung terbuka di Hospital Epworth Richmond, Melbourne selepas disahkan mengalami masalah jantung jarang ditemui.", "Penyakit berkenaan dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari aorta di posisi janggal/ganjil atau Anomalous Right Coronary Artery.", "Jelas Mohd Azizulhasni, penyakit yang dihadapinya adalah berbeza dengan dengan Hypertrophic Cardiomyopathy yang biasa dihadapi oleh ahli sukan.", "Penyakit tersebut boleh menyebabkan ketidakstabilan denyutan jantung yang dipanggil Cardiac Arrhythmia dan boleh membawa kepada kematian mengejut.", "“Kes itu berbeza dengan apa yang saya alami. Anomalous Coronary Artery merupakan sebab kedua yang menyumbangkan kepada masalah jantung dan kematian mengejut di kalangan mereka yang aktif.", "“Maksudnya bukan pada kadar kebiasaanlah. Tapi apakah sebenarnya kondisi tersebut? Boleh lukis tak? Maaf lukis tak bolehlah tapi saya cuba terangkan sebaik mungkin ye,” katanya.", "Menurut beliau, seperti otak dan otot, jantung juga memerlukan darah yang mempunyai oksigen mencukupi.", "Tanpa darah yang beroksigen boleh menyebabkan kerosakan tisu dan kegagalan jantung untuk berfungsi.", "“Seperti pembuluh darah yang menghantar darah-darah segar kepada organ dan otot korang untuk berfungsi dengan baik, jantung juga mempunyai pembuluh darah khas mereka tersendiri.", "“Pembuluh darah ke jantung ini ada dua iaitu kanan dan kiri yang kita panggil right and left coronary artery.", "“Kebarangkalian untuk mendapat kondisi ini pula adalah kurang dari satu peratus daripada seluruh populasi dunia. Jadi sangatlah jarang untuk perkara ini berlaku.", "“Bila buka lagi dalam cerita pasal Anomalous Coronary Artery ni pulak, yang biasanya berlaku dikalangan mereka yang kurang bernasib baik ini adalah pada pembuluh darah belah kiri atau Anomalous Left Coronary Artery,” katanya.", "Dalam kes yang dialaminya, Azizolhasni berkata, ia berlaku di sebelah kanan yang diklasifikasikan sebagai sangat jarang berlaku.", "“Jadi, dah la benda ni rare, kena pulak lagi sekali rare lagi. Dua tiga kali rare punya kes ni. Masya-Allah,” tambahnya.", "Beliau menjalani pembedahan pembetulan selama tiga jam pada 21 April lalu.", "Dia juga akan terus menjalani pemulihan di Melbourne dan berkemungkinan hanya kembali menjalani latihan tahun depan.", "Ini bermakna Mohd Azizulhasni akan terlepas Sukan Komanwel Birmingham dan Sukan Asia Hangzhou tahun ini tetapi berazam untuk bersaing pada Olimpik Paris.", "Mohd Azizulhasni mula merasakan simptom sakit dada selepas kemalangan di Brisbane pada 2019 ketika meraih perak di Olimpik Tokyo.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/07/10/saya-hantar-tuntutan-rakyat-bukan-surat-minta-projek-asyraf/
Saya hantar tuntutan rakyat, bukan surat minta projek – Asyraf
[ "KUALA LUMPUR – ”Sekurang-kurangnya saya hantar 10 tuntutan rakyat,” kata Ketua Pemuda UMMO yang menjawab sindiran Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.", "Datuk Asyraf Wajdi Dasuki menambah, beliau bukannya menyuruh kerajaan mencetak wang kertas atau menghantar surat sokongan minta projek.", "Semalam, Wan Ahmad Fayshal dalam hantaran di Facebook menyindir Asyraf dengan menulis status ”Lebih sudu dari kuah. Yang diberi tak menolak, Yang ditepi tersedak-sedak”.", "Sindiran tersebut disertakan dengan kenyataan Asyraf “UMNO putuskan tolak jawatan Timbalan Perdana Menteri” dan kunjungan Ketua Pemuda UMNO itu di pejabat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya dengan membawa 10 tuntutan atau permintaan dari Pemuda UMNO untuk tambah baik bantuan rakyat sepanjang pandemik Covid-19.", "Bagaimanapun kenyataan pedas yang dibuat oleh Wan Ahmad Fayshal memakan diri sendiri apabila beliau dikecam oleh warga maya.", "Pemilik akaun Qayuum Sazuki berkata: ”Adakah hanya yang sokong kerajaan boleh bawa suara rakyat? Jangan terlalu dangkal la yb, kalau pegang pada formula yb ni maka tak layaklah pemimpin parti pkr,pan dan lain tu bersuara untuk rakyat.", "”Yb sepatutnya rasa malu dengan jiwa besar yang dipamerkan oleh KPUM. Bila mana dia sanggup ketepikan diri demi rakyat.\nKalau nak ikutkan hati memang tak nak tetapi demi rakyat dia kena buat, sebab apa? Sebab kalau nak harapkan geng yb “bunga” alamatnya seperti mimpi di siang hari lah”.", "Manakala Tengku Sharimi Tuan Ismail pula membidas Ketua Armada itu dengan berkata: ”Lebih sudu dari kuah tu macam terpercik dimuka YB Senator WAF sendiri sebab YAB PM pun tak komen apa apa malah tentunya gembira dengan senario KP UMNO berbaik dengan TPM yang juga NP mereka.. Banyak lagi YB Senator kena belajar ni, sepatutnya dulu timba dulu ilmu dengan YB SS”.", "Mohamad Mustaqim pula berkata: “Relax yb,cakap tu cermin diri jugak, dulu yb pun sembang berapi2 sokong Tun M, bila dapat habuan dari abah,pusing 360 darjah terus.kami x lupa yb..ayat tu jangan memakan diri nanti”.", "Sementara itu, Noor Sharina Yahaya mempersoalkan Wan Ahmad Fayshal dengan berkata: “Abes YB buat ape? Masuk gov pon atas ticket senator. Jgn la perasan hebat. Dia lebih sudu dari kuah pon, muka tebal ke, ade la juga memberi balik pada rakyat. Yb senator tak habis² mengata orang sana sini sekelumat cacing pon tak nampak ape yg buat selain kacau peniaga goreng pisang”.", "Karim Kamal berkata: “Baru aku tahu Ketua Ar da Maya ni marah kalau pemuda umno hntr 10 tuntutan untuk Rakyat Bukan 10 Tuntutan untuk umno pun,. Benda untuk rakyat. Lain la cam awak tu blh beri surat sokongan kepada ahli parti 🤣😂” – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/04/17/kolam-ikan-haram-punca-pencemaran-bau-lra-sungai-selangor/
Kolam ikan haram punca pencemaran bau LRA Sungai Selangor
[ "SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memandang serius pencemaran bau di sumber air mentah Loji Rawatan Air Sungai Selangor Sungai Selangor melibatkan lebih 400,000 pengguna berdepan dengan ketiadaan bekalan air.", "Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pencemaran itu dikatakan berpunca dari kolam ikan yang sebelum ini pernah dikeluarkan arahan penutupan berikutan melanggar peraturan.", "Katanya, pihak berkuasa telah membuat serbuan di kolam ikan berkenaan dan dapat menahan seorang pekerja, manakala yang lain sempat melarikan diri.", "“Siasatan awal mendapati air dari kolam itu mengalir masuk ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor menyebabkan berlaku pencemaran baud an kerja hentitugas dikuatkuasakan serta-merta.", "“Kerja membersih sedang giat dilakukan dan kita menjangkakan bekalan akan pulih bermula jam 12 malam ini secara berperingkat-peringkat,” katanya pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, hari ini.", "Berikutan pencemaran itu, henti tugas LRA Sungai Selangir Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, LRA SSP1, LRA SSP2, LRA SSP3 dan Loji Rantau Panjang terpaksa dilakukan.", "Lebih 300 kawasan terlibat dengan masalah itu termasuk sekitar Subang,  Petaling Jaya, Sungai Buloh, Mutiara Damansara, Universiti Malaya, Taman Sunway, Bukit Jalil, Jalan Kuchai Lama, Sungai Besi, Puchong dan USJ Height.", "Beliau menjelaskan, pihaknya akan menghantar bekalan air dengan lori tangka ke kawasan yang menerima tekanan rendah, bagi memastikan penduduk mendapat sumber air untuk keperluan harian terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan.", "Katanya, gangguan air mula dikesan antara jam 11 malam hingga 4 awal pagi tadi dan dijangka ;ulih peringkat mulai jam 12 tengah malam ini.", "Amirudin menasihat pengguna agar berjimat-cermat menggunakan air dalam tempoh ini.", "Ditanya kenapa kolam ikan itu boleh beroperasi sedangkan larangan menutupnya kali pertama dikeluarkan pada 13 Februari lalu, beliau berkata, ia beroperasi secara bersembunyi.", "“Memang pada 13 Februari lalu, kerajaan negeri telah mengarahkan operasi kolam itu ditutup kerana melanggar peraturan, tetapi mereka buka diam-diam tanpa pengetahuan kita.", "“Kita tidak akan berkompromi dengan pengusaha terbabit dan tindakan tegas akan diambil kerana menyebabkan ratusan ribu pengguna air tidak mendapat bekalan bermula malam tadi,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/12/30/kartel-daging-jangan-anggap-selesai-kpdnhep-belum-cuci-tangan/
Kartel daging: Jangan anggap selesai, KPDNHEP belum ‘cuci tangan’
[ "KUALA BERANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan membuat pemantauan secara berterusan dan serbuan secara berkala terhadap syarikat atau pengedar berkaitan daging import tanpa sebarang notis pada bila-bila masa.", "Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, kementerian belum ‘cuci tangan’ berkaitan isu tersebut dan pemantauan berterusan bertujuan memastikan semua daging yang diimport masuk ke Malaysia adalah halal.", "“Kementerian juga memberi jaminan bahawa semua daging import yang ada di pasaran ketika ini adalah halal…..apa yang berlaku baru-baru ini, kita telah dapat bendung dan kenal pasti.", "“Tanggungjawab kita memastikan semua daging yang nak masuk ke Malaysia wajib halal kecuali daging babi, ia dalam kategori yang lain,” katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan pematuhan skim harga maksimum musim perayaan Krismas yang turut dihadiri Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia di sebuah pasar raya di sini hari ini.", "Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sebanyak 9,629 premis perniagaan di seluruh negara telah diperiksa oleh KPDNHEP bagi tempoh 22 Dis hingga 29 Dis untuk pemantauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas kali ini.", "“Satu kes ialah gagal mempamerkan tanda harga khas (merah jambu) manakala sembilan kes lagi kerana tiada tanda harga barangan dipamerkan. Tindakan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.", "“Ini menunjukkan skim pemantauan harga adalah efisyen kerana peniaga sudah mengikuti peraturan yang ditetapkan agar tidak mengambil kesempatan pada musim perayaan,” katanya.", "“Fasa pertama ialah dari 24 Dis hingga esok, fasa kedua pada 1 Jan hingga 19 Jan dan fasa ketiga dari 20 Feb hingga 7 Mac depan. Op ini bertujuan memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga pakaian dan kelengkapan sekolah yang mana antara barangan diperiksa ialah seperti beg, kasut, stokin dan tudung,” katanya.", "Bagi operasi fasa pertama, sebanyak 279 premis telah diperiksa setakat ini melibatkan 1,154 barangan yang daripada jumlah itu, 271 notis pengesahan maklumat barangan dikeluarkan untuk tindakan lanjut.", "Selain itu, Rosol berkata, KPDNHEP juga akan melancarkan kempen ‘Back To School’ untuk memudahkan ibu bapa membuat persediaan membeli kelengkapan persekolahan dan setakat ini permohonan dari pasar raya atau premis perniagaan masih dibuka untuk menyertai kempen tersebut. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2019/12/31/tahun-2020-teruskan-mimpi-buruk-kerajaan-ph/
Tahun 2020 teruskan ‘mimpi buruk’ kerajaan PH
[ "KUALA LUMPUR – Tahun 2020 akan terus membawa ‘mimpi buruk’ kepada rakyat Malaysia.", "Itu rumusan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "“Walaupun tahun 2020 adalah tahun Wawasan 2020 namun tidak ada harapan baru untuk rakyat. Ekonomi terus lemah, ketidaktentuan politik terus berterusan tanpa noktah, keyakinan pelabur terus menjunam. Pengumuman yang diharap boleh mengubah situasi tidak kedengaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Ahli Parlimen Bera merangkap Naib Presiden UMNO itu berkata, pelbagai imaginasi yang direka oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menabur harapan palsu sehinggakan rakyat Malaysia membayangkan tahun 2020 sebagai negara progresif dengan adanya kereta terbang, pendidikan percuma untuk semua golongan, sejuta peluang pekerjaan serta berbagai-bagai lagi imaginasi palsu yang telah direka-reka oleh kerajaan PH.", "“Rakyat Malaysia sudah banyak derita akibat dari kegagalan dan kekejaman PH. Bermula dari nelayan, penoreh getah, pesawah, pekebun sawit sehinggalah kakitangan awam kerajaan.", "“Kerajaan PH gagal membela nasib rakyat dan perancangan kerajaan PH melalui belanjawan 2020 hanyalah mengutamakan kepentingan kepada pemodal dan pelobi (kroni) yang langsung tidak menguntungkan rakyat.", "“Kerajaan PH masih gagal membela nasib nelayan hatta pendapatan warga nelayan juga semakin hari semakin berkurangan. Lebih buruk, bantuan sara hidup nelayan telah pun dikurangkan. Kita tidak nampak sedikit pun sinar untuk warga nelayan menjelang 2020 ini,” ujarnya lagi.", "Menurut Ismail Sabri, peneroka sawit pula menempuhi episod malang apabila berhadapan dengan isu boikot daripada negara-negara import seperti India hingga menyebabkan harga sawit mentah tidak malar dan tidak konsisten.", "Kenaikan harga sawit di dalam bulan ini yang digembar- gemburkan bukan merupakan kenaikan harga kerana usaha dan tindakan kerajaan PH tetapi kerana kekurangan pengeluaran buah sawit akibat musim melawas iaitu pengeluaran buah sawit berkurangan dan permintaan melebihi penawaran.", "“Menteri yang tidak faham tentang industri sawit berbangga dengan keadaan tersebut sedangkan keadaan sebenar adalah pendapatan pekebun sawit tidak berubah kerana hasil tuaian buah sawit yang berkurangan,” katanya.", "Kegagalan PH yang terbesar sekali apabila negara Malaysia menghadapi kelembapan ekonomi yang terburuk dalam sejarah dimana hibah Tabung Haji dari 6 peratus cuma tinggal 1.25 peratus, dividen LTAT dari 12.5 peratus diagihkan cuma tinggal 2 peratus.", "” Yang hairannya, Boustead Holdings yang merupakan aset terbesar LTAT telah menjual Hotel Royal Chulan di Bukit Bintang kepada syarikat Singapura. Ke mana perginya wang jualan tersebut?", "“Terbaru, dividen ASB paling rendah dalam sejarah iaitu dari 7 peratus cuma tinggal 5.5 peratus,” katanya.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/03/05/menteri-alam-sekitar-jangan-bagi-pandangan-sesuka-hati-husam/
Menteri Alam Sekitar jangan bagi pandangan sesuka hati – Husam
[ "KUALA LUMPUR – Pegawai yang terlibat dalam Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 digesa untuk menyiapkan kajian menyeluruh mengenai punca bencana banjir di Rantau Panjang dan Tumpat.", "Sehingga kajian itu selesai, Datuk Husam Musa berkata, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man tidak wajar memberikan pandangan sesuka hati.", "Beliau tidak menolak pegawai berkenaan mungkin adalah Ketua Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran sendiri.", "”Bagi pihak penduduk, saya menggesa supaya SO atau Superintendent Officer projek PLSB (Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu) berkenaan menyiapkan kajian menyeluruh mengenai punca bencana menjadi lebih teruk dari keadaan lazim, mengikut SOP projek ini. SO ialah Superintendent Officer. Mungkin Ketua Pengarah JPS Malaysia,” katanya.", "Jelas veteran politik ini, kajian itu perlu mengambil kira pandangan penduduk atau kearifan setempat yang telah mengalami isu banjir sejak sebelum dan selepas pembinaan benteng.", "Bahkan kajian oleh pihak ketiga dari badan profesional juga perlu dilakukan untuk mendapat pandangan kedua yanh telus dan bebas.", "Tegasnya, kenyataan Tuan Ibrahim yang menyalahkan hujan di lima wilayah Thailand sebagai punca utama kelainan banjir kali ini juga adalah sangat dangkal dan cubaan memperdaya penduduk kampung semata-mata", "”Ini kerana hujan lebat di lima wilayah berkenaan tidak melibatkan lembangan Sungai Golok,” ujarnya sambil menggesa bantuan segera berupa penempatan sementara dan penempatan baru sepenuhnya hendaklah disediakan.", "Husam berkata, hari ini adalah hari kelapan Kampung Tersang Rantau Panjang di tenggelami banjir di luar musim.", "Dalam bencana alam ini, sebanyak enam buah rumah penduduk telah roboh sepenuhnya dirempuh arus deras melepasi bumbung", "Buat masa ini, penduduk masih menumpang di surau berdekatan dengan sebahagian barang yang berjaya diselamatkan masih berselerakan tanpa penempatan sementara sempurna.", "Tambahnya, penduduk juga merungut kerana sehingga kini belum ada pemimpin Kerajaan Negeri atau Pusat yang tiba untuk meninjau musibah yg menimpa nasib penduduk dan menyelami punca sebenar masalah.", "Mengulas lanjut, Husam berkata, sekiranya kajian SO Projek mendapati penyumbang petaka ini lebih buruk dari banjir lazim ada kaitan dengan projek dlm pembinaan, termasuk ketiadaan pintu air atau kelemahan reka bentuk atau pelaksanaan, satu ganti rugi penuh hendaklah diberikan kepada penduduk Kg Tersang khususnya dan penduduk Rantau Panjang dan Tumpat secara menyeluruh.", "Apatah lagi, pelaksanaan projek seperti ini dilindungi oleh insurans bagi pihak kontrkator yang membolehkan kerugian penduduk kampung diberi ganjaran mengikut nilai sebenar kerugian", "Selain kerugian berbentuk kerosakan rumah, kerugian ternakan, perkakas rumah, kenderaan dan lain-lain juga perlu diberikan ganjaran", "Malah, sekiranya kajian menunjukkan kejadian banjir luar biasa seperti yang berlaku kepada penduduk Taman Sri Muda di Selangor, pekej bantuan yang sama seperti yang diberikan itu diberikan juga kepada penduduk Pasir Mas dan Tumpat", "”Dalam tinjauan saya tengah hari ini juga, terdapat penduduk yg meluahkan mereka belum menerima sagu hati bagi musim banjir akhir 2021 baru ini seperti mana penduduk yang lain,” tegasnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/06/09/bazir-mas-sahaja-wujudkan-jkkmar-psc/
Bazir masa sahaja wujudkan JKKMAR, PSC
[ "KUALA LUMPUR – Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) dan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya membazir masa dan wang sahaja apabila keputusan yang dibuat oleh mereka tidak dihormati.", "Ini kerana, dalam JKKMAR pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM mesti melalui PSC supaya lebih telus.", "Bagaimanapun, kata Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah keputusan mutlak seorang sahaja tanpa dirujuk kepada jawatankuasa, malah Jemaah Menteri pun tidak diberitahu.", "“Jadi, langkah kerajaan PH untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen dan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah adalah membazir masa dan wang sahaja kerana keputusan-keputusan mereka tidak dihormati. Malah langsung tidak dihiraukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.", "Presiden MCA itu juga mendakwa Jemaah menteri hari ini juga boleh dikatakan sebagai Pak Turut setelah para pemimpin PH yang memegang jawatan Menteri hanya membisu dan seolah-olah lupa Janji 14 Buku Harapan kerana terpaksa akur dengan keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad.", "“Apakah Majlis Presiden PH cuma berfungsi sebagai “rubber stamp”?", "“Saya masih ingat Lim Guan Eng dan Mat Sabu pernah berkata sebelum PRU14, jika PH menawan Putrajaya, Tun Mahathir tidak boleh bermaharajalela sebagai PM, semua keputusan mesti direstui oleh parti-parti komponen PH.", "“Kini, apa sudah jadi? Boleh minta pencerahan Guan Eng dan Mat Sabu?,” soal Ka Siong. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/11/15/kes-ceo-cradle-fund-bekas-anggota-polis-tegaskan-kenyataannya-bukan-cerita-rekaan/
Kes CEO Cradle Fund: Bekas anggota polis tegaskan kenyataannya bukan cerita rekaan
[ "SHAH ALAM – Seorang bekas anggota polis hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, kenyataannya sebagai saksi kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan, bukan suatu cerita rekaan.", "Saksi ke-12 pendakwaan, Nur Ronal Ardes Amir, 39, berkata semua keterangannya dalam kenyataan saksi dan juga semasa disoal balas peguam, adalah berdasarkan kepada apa yang dilihatnya semasa kejadian yang berlaku pada 14 Jun 2018 itu.", "Nur Ronal Ardes merupakan bekas anggota berpangkat koperal yang bertugas dalam Unit Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, semasa kejadian kebakaran bilik tidur di tingkat atas kediaman Nazrin di Mutiara Homes, Mutiara Damansara, dekat sini.", "“Saya tak setuju apabila peguam kata saya mereka cerita (dalam) kenyataan saksi, kerana masa kejadian, saya ada di situ. Tiada sebab saya nak reka cerita. Saya tidak kenal mangsa (Nazrin) dan saya tidak kenal tertuduh (isteri Nazrin, Samirah Muzaffar).", "“Saya pergi ke rumah itu (lokasi kejadian) untuk bantuan yang diminta oleh Unit Ronda Bermotosikal (URB) kerana dikatakan ada mangsa wanita,” katanya ketika menjawab pertanyaan Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, Datuk Salim [email protected] di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.", "Ketika disoal balas oleh peguam Samirah, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa beberapa keterangannya di mahkamah bercanggah dengan kenyataan saksi yang dibuatnya sebelum ini, bekas anggota polis itu tidak bersetuju dengannya.", "Muhammad Shafee : Dalam keterangan (saksi lain) di mahkamah (sebelum ini), kita difahamkan, Samirah hanya naik sekali saja untuk lihat suaminya (tetapi) puan beritahu yang puan ada bawa Samirah naik ke atas. Saya kata cerita puan cerita bohong. Puan tak bawa Samirah naik ke bilik atas. Nak jadi hero dalam cerita ini", "Nur Ronal Ardes : Saya tidak setuju.", "Muhammad Shafee : Puan juga ada nyatakan yang puan tidak tahu apa barang diambil oleh Samirah semasa naik ke bilik yang terbakar, sedangkan dalam kenyataan saksi, puan nyatakan dia nak ambil wang. Puan sudah tahu. Jadi mana satu betul Hanya satu boleh betul atau dua-dua tak betul", "Nur Ronal Ardes : Saya nak maksudkan adalah anak Samirah yang naik (ke bilik terbakar) dan saya tidak tahu apa yang hendak diambilnya.", "Muhammad Shafee : Dalam soalan tambahan, puan kata Samirah ambil matawang asing. Perkara ini dibawa ke mahkamah bahawa wang itu kemungkinan dicuri semasa kebakaran dipadamkan. Sebab itu puan buat cerita ini. Adakah puan dipengaruhi oleh pegawai penyiasat Untuk ‘cover’ tindakan polis atau bomba", "Nur Ronal Ardes : Saya tidak bersetuju.", "Dalam pada itu, apabila disoal oleh Salim bilakah beliau sedar keterangannya di mahkamah bercanggah dengan kenyataan saksi yang dibuatnya sebelum ini, Nur Ronal Ardes menyatakan “Selepas peguam bercakap dengan saya, pagi ini”.", "Nur Ronal Ardes turut menegaskan kepada mahkamah bahawa beliau tidak mengesyaki berlakunya sebarang unsur jenayah dalam kes kebakaran berkenaan, sehingga menonton berita di televisyen.", "Pada 12 Mac lepas, Samirah, 44, bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan dua remaja lelaki masing-masing berumur 17 serta 14 tahun didakwa bersama-sama seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas, membunuh Nazrin.", "Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Mutiara Homes, Mutiara Damansara, antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.", "Tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.", "Perbicaraan bersambung Jumaat depan.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2017/07/31/bintang-psg-cetus-spekulasi/
Bintang PSG cetus spekulasi
[ "PARIS – Bek kanan kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) mencetuskan spekulasi apabila dilaporkan akan berhijrah ke Manchester United.", "Namun Serge Aurier perlu menunggu keputusan sama ada dia boleh memasuki Britain untuk memeterai perjanjian tersebut walaupun pada dasarnya dirinya telah bersetuju.", "Sebelum ini, pemain kelahiran Ivory Coast itu dibicarakan atas kesalahan melakukan serangan ke atas seorang anggota polis.", "September lalu, Aurier didapati bersalah atas kes tersebut dan dilarang memasuki Britain.", "Keputusan perbicaraan itu akan menjadi penentu sama ada dia boleh berhijrah ke Old Trafford atau tidak.", "Aurier mencipta 19 peluang dalam tempoh lima musim di Ligue 1, rekod cemerlang bagi seorang pertahanan di liga Perancis. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/09/mahathir-disiasat-di-bawah-dua-akta-peguam/
Mahathir disiasat di bawah dua akta – Peguam
[ "PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad disiasat di bawah dua akta, kata peguam kepada Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu.", "Menurut Mior Nor Haidir Suhaimi dan Muhammad Rafique Rashid Ali, akta itu adalah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.", "“Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Utama Mukhriz telah memberi kerjasama sepenuhnya dan menyatakan akan menjawab segala pertuduhan apabila hadir di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "Katanya, empat pegawai yang terdiri daripada Unit Jenayah Terkelas Bukit Aman telah hadir di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) bagi merakamkan keterangan kedua-dua pemimpin Pejuang itu.", "“Kehadiran pegawai-pegawai polis tersebut adalah berkaitan satu siasatan mengenai perhimpunan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos 2021,” ujar mereka.", "Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen pembangkang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung isu sama.", "Antaranya ialah Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kula Segaran; Ahli Kulim-Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/06/27/bukan-pas-kelantan-tak-mahu-bina-panggung-wayang/
Bukan Pas Kelantan tak mahu bina panggung wayang
[ "PUTRAJAYA – Pas Kelantan menuding jari kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu berhubung pembinaan panggung wayang di negeri Cik Siti Wan Kembang.", "Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, kerajaan Kelantan bukan tidak mahu mewujudkan panggung wayang untuk hiburan rakyat di negeri berkenaan sebaliknya, melihat terdapat perkara-perkara yang tidak dipatuhi sekiranya ia dibenarkan.", "Katanya, Pas melihat sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan mesti boleh membawa kesan positif kepada masyarakat secara keseluruhannya.", "“Sebenarnya di Kelantan kita ada peraturan tribunal, kemudian kita ada garis panduan nak bina panggung wayang.", "“Bukan kita sekat, tapi apabila tak dipatuhi peraturan itu jadi itu mungkin jadi penyebab…sebab kita melihat dari sudut bagaimana setiap pembinaan program yang dibuat itu memberi kesan positif kepada masyarakt.", "“Jadi, saya kira mungkin itu adalah PBT (bina panggung wayang) sebab ini di bawah PBT. Mungkin Exco PBT boleh jawablah pasal isu ni,” katanya pada sidang media selepas Pelancaran Malaysia Sihat di sini, hari ini.", "Hadir sama pada majlis pelancaran itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.", "Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan mengenai ciapan oleh bekas ketua pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khalid Ismath berkenaan tindakan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang menonton filem di sebuah panggung di ibu negara, baru-baru ini.", "Tingkah laku Ahmad Fadhli itu mendapat teguran pelbagai pihak dengan ada yang menyifatkan tidak wajar beliau berbuat demikian.", "Ini kerana, Pas yang dikatakan kuat mempelopori negeri Kelantan dengan mentadbir negeri mengikut lunas Islam, hingga mengharamkan pembinaan panggung wayang, namun, sikap yang ditunjukkan Ahmad Fadhli itu menggambarkan sebaliknya.", "Khalid Ismath melalui ciapannya semalam berkata, “Di Kelantan, bila rakyat minta bina panggung wayang, Pas kata haram tetapi ulama Pas pergi tengok wanyangdi KL tak pula haram,” katanya.", "Ciapan Khalid itu mendapat reaksi pantas daripada pengukutnya dengan ramai dikalangan mereka memberikan pendapat berbeza-beza.", "Sebelum ini, Pemuda Pas menerusi hantaran di Facebook mempertahankan tindakan Ahmad Fadhli apabila menyatakan tidak haram menonton wayang sebagaimana dilakukan Ketua Pemudanya itu.", "Bagaimanapun pengendali laman sosial berkenaan yang dikenali sebagai Zack menjelaskan pendirian Pemuda Pas yang menyatakan panggung wayang tetap dikategorikan haram sekiranya tidak menepati syariat Islam.", "Ahmad Fahli baru-baru ini menonton filem Mat Kilau yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara bersama beberapa rakannya.", "Pada 18 Mei lalu, PAS melalui media sosialnya mengetengahkan filem berkaitan penentangan tokoh pejuang kemerdekaan Mat Kilau dalam melawan penjajah Inggeris.", "Filem itu membariskan pelakon terkenal seperti Adi Putra (Mat Kilau), Fattah Amin (Awang), Beto Kusyairi (Wahid), Ali Karimi (Brahim), Johan Asari (Yassin) dan Yayan Rujian (Toga) dari Indonesia. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/26/spurs-sedia-tunaikan-tuntutan-kane-gaji-400000-seminggu/
Spurs sedia tunaikan tuntutan Kane, gaji £400,000 seminggu
[ "LONDON – Tottenham Hotspur dilaporkan sudah bersedia untuk menaikkan pendapatan penyerangnya, Harry Kane, sebanyak £100,000 bagi memastikan pemain itu kekal di kelab tersebut.", "Kapten England itu dikatakan kecewa selepas permohonannya untuk menyertai juara liga, Manchester City, tidak ditunaikan oleh Spurs.", "Sebagai mengubati kekecewaan itu, Kane kini dilaporkan menuntut kelabnya supaya menawarkan gaji berjumlah £400,000 seminggu.", "Kelabnya yang terlalu gembira dengan keputusan Kane yang akan kekal bersama pasukan musim ini, tanpa berselindung sudah memberi lampu hijau kepada tuntutan kenaikan gaji dari Kane.", "Kane menerima hakikat bahawa Man City tidak bersedia membayar yuran £150 juta yang ditetapkan Pengerusi Spurs, Daniel Levy.", "Dengan kenaikan gaji nanti, Kane akan tergolong dalam kalangan pemain yang menerima gaji termahal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).", "Ketika ini bintang tengah Man City, Kevin De Bruyne menerima gaji tertinggi dalam EPL iaitu £385,000 seminggu diikuti David de Gea dari Manchester United di tempat kedua dengan pendapatan mingguan £375,000.", "Pendapatan mingguan yang diterima Kane di Spurs ketika ini adalah £300,000 dan gajinya akan dinaikkan kepada £400,00 seminggu kelak. – Dailymail.com" ]
https://malaysiagazette.com/2022/05/16/majlis-buka-puasa-parlimen-batu-tiada-kaitan-dengan-politik-ngo/
Majlis buka puasa Parlimen Batu tiada kaitan dengan politik – NGO
[ "KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat Batu Kuala Lumpur (Pembakti) kesal tindakan Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran menularkan sekeping gambar program berbuka puasa anjuran NGO itu pada 21 April lalu.", "Pengerusinya, Mohd Zulkifli Abdul Fattah berkata, apa yang dilakukan oleh pemimpin PKR itu adalah untuk tujuan politik sempit dengan cubaan menjatuhkan bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua.", "“Kami telah menerima satu tangkap layar melalui aplikasi Whatsapp yang menunjukkan satu gambar dari program berbuka puasa anjuran kami dengan ciapan berbentuk serangan terhadap Tian Chua.", "“Dalam tangkap layar ciapan Twitter bertarikh 14 Mei 2022 itu, penyiaran gambar tersebut pada waktu ini juga telah disalah anggap seolah program tersebut berlangsung baru-baru ini.", "“Pembakti ingin menjelaskan, program berbuka puasa Parlimen Batu ini dianjurkan oleh NGO kami dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Wilayah Persekutuan pada tahun 2021,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.", "Program itu, kata Mohd Zulkifli telah dihadiri Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Santhara (sekarang Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya); Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Datuk Azhar Yahya dan ramai lagi tokoh masyarakat, ketua persatuan penduduk, pemimpin NGO serta masyarakat setempat tanpa mengira penglibatan politik mereka.", "Kata beliau, Pembakti menjemput Tian Chua kerana beliau merupakan seorang tokoh masyarakat yang telah berbakti di Parlimen Batu dan seluruh Malaysia selama lebih 10 tahun.", "“Untuk pengetahuan, program ini juga dihadiri wakil Pusat Bantuan Sentul, Stephen Nile dan Ragawenthira Thangiah yang kami difahamkan turut merupakan Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Batu.", "“NGO kami tidak terlibat dalam politik, jadi kami tidak mengambil maklum akan pemilihan parti PKR atau pun parti lain.", "“Itu adalah urusan dalaman parti itu sendiri tetapi, kami sedikit gusar melihat anak muda mengamalkan budaya politik kotor. Anak muda seharusnya membawa pembaharuan dan pendekatan politik yang berbeza dan matang,” katanya.", "Menurutnya, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyalahgunakan nama NGO itu bagi kepentingan politik. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/11/13/fadzli-optimis-sokongan-pengundi-di-dong-semakin-baik/
Fadzli optimis sokongan pengundi di Dong semakin baik
[ "RAUB – Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tujuh hari lagi, calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong, Fadzli Mohamad Kamal optimis dengan ‘mood’ serta penerimaan masyarakat di sini terhadapnya.", "Bagaimanapun, beliau tidak duduk selesa dan hanya mengharap sokongan yang dipamer itu kekal sehingga hari mengundi 19 November ini.", "“Alhamdulillah, setakat ini dapat sambutan yang cukup baik daripada warga Dong, walaupun saya muka baharu,” kata Ketua Pemuda UMNO Raub itu.", "Fadzli mengakui telah membuat persediaan awal mengatur gerak kerja kempen melalui semua platform media sosialnya dan langkah itu dilihat lebih efektif terutama dalam usaha mendekati pengundi atas pagar.", "Meskipun muka baharu di Dong tetapi pengalaman berkhidmat selama 15 tahun sebagai Setiausaha Akhbar kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Kementerian Pertahanan dahulu memberinya sedikit kelebihan berbanding dua calon lain yang bertanding di situ.", "“Jaringan itu banyak membantu saya bertemu dengan orang ramai. Dan kerana saya juga bertugas dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Setiausaha Akhbar, saya banyak belajar bagaimana nak berhadapan dengan rakyat. Berdamping dengan isu-isu rakyat, keluhan rakyat.” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui MalaysiaGazette selepas menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Pasu, di sini hari ini.", "Fadzli berkata, selain kempen secara aktif di media sosial, beliau akan terus mempergiat usaha menemui seramai mungkin warga Dong terutamanya pengundi yang akan mengundi buat pertama kali.", "“Kepada para pengundi yang berada di Dong ini, saya menyeru supaya buat pilihan tepat, pilihlah kemakmuran dan kestabilan. Tapi kena ingat, soal memilih wakil rakyat ni bukan main-main,” katanya.", "Fadzli merupakan antara 27 calon muka baharu yang diumumkan BN Pahang bertanding kerusi DUN pada PRU15 kali ini.", "Beliau yang menggantikan penyandang kerusi Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin bakal ditentang Mohd Abdul Jawaad Abd Ghafar @ Razmin (PH) dan Tengku Shah Amir Tengku Perang (PN).-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/01/08/mengapa-anak-mat-sabu-sahaja-jadi-mangsa/
Mengapa anak Mat Sabu sahaja jadi mangsa?
[ "KUALA LUMPUR – Mungkin ada unsur ‘sabotaj’ dalam isu anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang ditahan selepas di­syaki positif ganja dalam pemeriksaan di sebuah pusat hiburan eksklusif terletak dalam sebuah hotel di Jalan Ampang awal pagi Sabtu lepas.", "Itu persoalan yang didakwa Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad sambil melahirkan rasa hairan bagaimana daripada kesemua 101 individu yang diperiksa hanya anak lelaki Presiden Parti Amanah Nasional (Amanah) itu dan sahabatnya sahaja dicekup kerana positif ganja.", "“Ramai yang ada pada malam itu, kenapa hanya anak menteri yang kena? Saya pun pelik sebenarnya kenapa hanya dua orang sahaja yang positif dadah berbanding yang lain tapi saya tidak mahu beri komen banyak-banyak. Saya tidak mahu cakaplah,” katanya yang juga Pengarah Strategik Amanah.", "Dalam insiden itu, anak Mohamad, Ahmad Saiful Islam merupakan seorang daripada 101 individu termasuk 55 wanita yang diperiksa dalam Op Hiburan oleh sepasukan pe­gawai dan anggota dari Ibu pe­jabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 12.30 tengah malam.", "Difahamkan, lelaki itu bersama rakannya berusia 33 tahun sedang berhibur ketika operasi dijalankan.", "Ujian saringan air kencing awal dilakukan terhadap lelaki itu kemudian mendapati dia positif dadah jenis ganja.", "Ops Pusat Hiburan Bersepadu itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bermula jam 12.30 tengah malam di sekitar Jalan Ampang.", "Seramai 101 individu diperiksa terdiri daripada 55 wanita dan 46 lelaki.", "Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob, ketika dihubungi kemudian mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.", "Beliau juga memaklumkan bahawa kedua-dua suspek tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis pada sebelah petang selepas siasatan.", "Bagaimanapun, Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu walaupun melahirkan rasa terkejut berhubungan penahanan itu telah menyerahkan kepada undang-undang untuk menjalankan tanggungjawab berhubung insiden tersebut.", "Dalam pada itu, Khalid memuji tindakan presidennya yang dianggapnya profesional dan bertanggungjawab kerana mengeluarkan kenyataan anaknya tidak terkecuali daripada perundangan.", "“Beliau (Mat Sabu) telah serahkan kepada pihak berkuasa untuk ambil apa-apa tindakan mengikut perundangan.", "“Dalam parti pula, kes ini tidak memberi apa-apa kesan kepada kepimpinan beliau dalam Amanah. Apa yang beliau lakukan juga terhadap kes ini adalah sangat tepat dan betul,” ujarnya. – MalaysiaGazette", "Anak saya juga tertakluk kepada undang-undang – Mat Sabu", "" ]
https://malaysiagazette.com/2020/09/16/lelaki-curi-motosikal-miliki-19-rekod-jenayah-ditahan/
Lelaki curi motosikal miliki 19 rekod jenayah ditahan
[ "KUALA LUMPUR – Kelakuan seorang lelaki yang ditahan polis kerana menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan membawa kepada pembongkaran sindiket curi motosikal yang aktif di ibu kota.", "Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd [email protected] berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditangkap oleh anggota cawangan rondaan bermotosikal pukul jam 11.20 pagi hari ini.", "“Saspek telah melarikan diri sebelum berjaya ditangkap anggota polis dan hasil pemeriksaaan pada badan, polis menemui satu tembaga buku lima berwarna perak yang disimpan dalam beg silangnya.", "“Pemeriksaan lanjut ke atas motosikal saspek juga mendapati kenderaan itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan semakan nombor enjin juga ia mendapati motosikal itu pernah dilaporkan hilang di Salak Selatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Tambah Zairulnizam, saspek mengakui buku lima itu adalah miliknya dan dibeli di Petaling Street.", "Selain itu katanya, saspek turut mengaku terlibat dalam kes mencuri motosikal di Danau Kota, Setapak bersama seorang lagi rakannya.", "“Ujian saringan awal urin ke atas suspek menunjukkan positif heroin dan semakan rekod jenayah mendapati suspek memiliki 19 rekod jenayah lampau melibatkan pelbagai kes jenayah dan dua rekod dikehendaki bersabit kes dadah dan jenayah khianat,” katanya.", "Saspek akan direman untuk membantu siasatan dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya (ABKLSB) 1958 dan jika disabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun.", "Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.", "“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya membeli atau memiliki sebarang jenis senjata berbahaya kerana ia boleh disabitkan dengan kesalahan yang diperuntukkan oleh undang-undang,” tegasnya.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/12/15/guan-eng-turun-ipoh-pertahan-kor-ming/
Guan Eng turun Ipoh pertahan Kor Ming
[ "IPOH – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengadakan taklimat khas di Ipoh pada Ahad selepas Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming menerima kecaman hebat berikutan isu kerjasama antara DAP dan UMNO di negeri itu.", "Walaupun taklimat itu dijalankan secara tertutup, tetapi ahli parti memberitahu Sinchew Daily, Guan Eng telah mempertahankan Kor Ming termasuk menyatakan bahawa rundingan antara Kor Ming dengan UMNO telah mendapat lampu hijau daripadanya.", "Guan Eng tidak mengulas tentang isu itu apabila ditemui media selepas taklimat, tetapi difahamkan pemimpin tertinggi DAP itu memberitahu bahawa beliau bersetuju dengan rundingan DAP Perak dengan UMNO, tetapi tidak berhujah tentang kemungkinan pembentukan kerjasama dengan UMNO.", "Guan Eng juga berharap ahli yang tidak berpuas hati dengan Kor Ming supaya melakukan teguran secara dalaman dan bukannya secara terbuka.", "Sumber berkata, sebagai pemimpin, Guan Eng perlu mempertahankan Kor Ming, lebih-lebih lagi sokongan Kor Ming diperlukan dalam pemilihan parti akan datang.", "Dalam taklimat yang dijalankan, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang mengutuk Kor Ming secara terbuka iaitu Leong Cheok Keng (Malim Nawar) dan Leow Thye Yih (Pokok Assam) tidak berhujah.", "Namun begitu, ADUN Pasir Bedamar, Terence Naidu yang tidak bersetuju dengan kerjasama DAP-UMNO telah menyuarakan pendapat.", "Hampir 30 orang yang sudah ditentukan majlis telah bersuara dengan majoriti bersetuju kerjasama bersyarat dengan UMNO selepas mengambil kira keadaan semasa.", "Daripada mereka yang bersuara, tiga atau empat orang adalah daripada kalangan penyokong Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran yang tidak senada dengan Kor Ming.", "Penyokong Kulasegaran tidak menyetujui kerjasama dengan UMNO kerana parti itu masih diterajui pemimpin yang berdepan kontroversi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/05/kekayaan-mark-zuckerberg-susut-as6-bilion/
Kekayaan Mark Zuckerberg susut AS$6 bilion
[ "NEW YORK – Kekayaan peribadi Mark Zuckerberg susut melebihi AS$6 bilion dalam beberapa jam, sekali gus menjatuhkan kedudukannya dalam senarai orang terkaya di dunia selepas Facebook mengalami gangguan.", "Saham syarikat media sosial gergasi itu menjunam 4.9%, menambah kejatuhan kira-kira 15% sejak pertengahan September lalu.", "Penurunan saham itu menjadikan nilai kekayaan Zuckerberg menyusut menjadi AS$ 121.6 bilion, meletakkan beliau pada kedudukan kelima di bawah Bill Gates dalam senarai Bloomberg Billionaires Index.", "Zuckerberg mengalami kerugian hampir AS$140 bilion dalam beberapa minggu, menurut indeks tersebut.", "Pada 13 September, Wall Street Journal mula menerbitkan berita berdasarkan cache dokumen dalaman, yang mendedahkan bahawa Facebook mengetahui tentang pelbagai masalah dengan produknya – seperti bahaya Instagram terhadap kesihatan mental gadis remaja dan salah maklumat mengenai rusuhan Capitol 6 Januari.", "Laporan tersebut telah menarik perhatian kerajaan dan pemberi maklumat kemudian mendedahkan dirinya.", "Sebagai tindak balas, Facebook telah menjelaskan masalah yang dihadapi produknya, termasuk polarisasi politik, adalah kompleks dan tidak disebabkan oleh teknologi sahaja. – Bloomberg" ]
https://malaysiagazette.com/2019/06/14/harimau-malaya-lonjak-ke-159-dunia/
Harimau Malaya lonjak ke-159 dunia
[ "KUALA LUMPUR – Harimau Malaya melonjak sembilan anak tangga untuk berada kedudukan ke-159 dunia selepas kemenangan besar agregat 12-2 ke atas Timor Leste dan menewaskan Nepal baru-baru ini.", "Kedudukan terbaharu tersebut dikemaskini oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.", "Sebelum ini, Malaysia menewaskan Nepal 2-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 2 Jun lalu.", "Pada 7 Jun lalu, skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu membelasah Timor Leste 7-1 dalam pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di venue yang sama.", "Harimau Malaya terus melakar kemenangan 5-1 dalam aksi timbal balik di venue yang sama empat hari kemudian. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/09/agong-permaisuri-zahir-ucapan-selamat-hari-raya-aidiladha-kepada-umat-islam/
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam
[ "KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.", "Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan agar ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah SWT.", "“Semoga dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredaan-Nya jua,” titah Baginda berdua dalam poster ucapan yang dimuat naik menerusi Instagram Istana Negara.", "Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha esok.- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2023/03/20/kehadiran-agong-permaisuri-beri-motivasi-kepada-pdrm/
Kehadiran Agong, Permaisuri beri motivasi kepada PDRM
[ "KUALA LUMPUR – Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mencemar duli  ke Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 di sini hari ini memberi moral dan motivasi kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).", "Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sambutan peringatan Hari Polis Ke-216 itu merupakan satu tempoh yang agak panjang kepada PDRM.", "Katanya, sambutan kali ini sudah tentunya pasukan polis membawa satu timbunan jasa yang besar dalam memastikan keselamatan negara keseluruhannya dijamin setiap masa.", "“Hari ini sambutan polis kali ini menjadi lebih manis dengan menerima tetamu Tuanku Seri Paduka dan Raja Permaisuri, perdana menteri dan isterinya (Anwar dan Wan Azizah).", "“Biasanya yang datang PM sahaja sebab itu buat hari ini kehadiran Agong memberi impak yang besar kepada moral dan motivasi pasukan polis.", "“Bagi seluruh keluarga besar pasukan polis, saat ini tentunya menjadi saat yang sangat berharga yang akan mendorong pasukan polis untuk menjadi sebuah pasukan yang kompiten dan meningkatkan komitmen profesionalisme sesuai dengan tugas hakiki kepolisan,” katanya ketika ditemui di sambutan itu di sini hari ini.", "Beliau juga merakamkan setinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang mengetuai pasukan dan menunjukkan tahap sumbangan dan perkhidmatan yang cukup luar biasa selama ini.", "“Terutamanya dalam suasana negara ketika ini yang sedang melalui fasa-fasa untuk melihat satu proses kestabilan politik yang berjaya kita capai seterusnyta fokus kepada memulihkan kembali ekonomi serta melaksanakan fokus kepada agenda rakyat..kerana keamanan itu adlah kunci segala-galanya,” tegasnya.", "Turut hadir memeriahkan istiadat itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri beliau serta Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Affendi Buang selain Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.", "Di majlis yang sama, PDRM  juga menerima kenderaan pacuan empat roda oleh Tenaga Nasional Berhad kepada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman tanpa melibatkan kos atau bajet kerajaan untuk membanteras jenayah kecurian elektrik yang memberi kerugian ratusan juta ringgit kepada negara.", "Sumbangan sedemikian akan meningkatkan kekuatan aset pasukan polis dalam membanteras jenayah kecurian utiliti secara lebih efisien selepas ini, kata Saifuddin.", "Ditanya mengenai kebajikan polis dari segi perumahan dan soal kenaikan gaji, Saifuddin menegaskan, ia menjadi satu agenda berterusan pihak kerajaan dan bukan isu bermusim sempena Hari Polis sahaja.", "“Bila kita perhatikan bajet yang dibentangkan tempoh hari, aspek kebajikan yang berupa keselesaan tempat tinggal itu, Perdana Menteri telah umumkan sebesar RM500 juta secara bersama dengan Kementerian Pertahanan untuk tujuan menaiktaraf kemudahan tempat tinggal anggota polis.", "“Itu aspek kebajikan yang turut diberi perhatian, jadi hal-hal lain seumpama semakan semula gaji dan sebagainya itu usaha berterusan yang diusahakan pasukan polis.", "“Misalnya, baru-baru ini JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) meluluskan soal elaun khas kepada Unit Tindakan Khas PDRM. Jadi usaha itu bukan usaha bermusim, kajian tentangnya ialah kajian yang berterusan,” tegasnya.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/06/24/gabungan-besar-selepas-pru15-tak-bawa-perubahan-lanskap-politik-negara/
Gabungan besar selepas PRU15 tak bawa perubahan lanskap politik negara
[ "BANGI – Tiada perubahan drastik dalam arena politik negara sekiranya gabungan besar dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seperti mana yang berlaku kepada kerajaan Perikatan Nasinonal (PN) disebabkan sokongan yang tidak kukuh.", "Menurut Pengerusi Eskekutif World Business Affairs Sdn Bhd, Prof Emeritus Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak, situasi seperti Langkah Sheraton boleh berulang dan membuatkan politik negara semakin buruk. ", "Justeru itu, idea ke arah gabungan besar ataupun khemah besar perlu diwujudkan sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15). ", "“Kalau kita bertanding dahulu dalam PRU15 kemudian baru baru hendak tentukan siapa yang nak duduk dalam kerajaan maka itu adalah resepi ketidakstabilan, kita mungkin ulang balik apa yang telah berlaku sejak 2018.", "“Itu formula yang dibuat di negara-negara lain, bila tak cukup kerusi maka cari untuk bentuk kerajaan. ", "“Gabungan besar sebelum ini mewakili semua kepentingan dibina sebelum PRU, bila bertanding kurang ‘politiking’, yang menjadi masalah sekarang adalah terlebih berpolitik kadang nak berebut kuasa dan akibat daripada itu tumpuan pada pembangunan negara, dasar, ekonomi dan tumpuan kepada isu-isu negara tidak dapat buat sehingga isu harga ayam pun tak dapat diselesaikan,” katanya.", "Beliau berkata demikian dalam program Bicara Persada ke 61 berjudul Menjunjung Titah Hari Keputeraan KDYMM Tuanku YDPA: Apa tindakan seterusnya? di Persada Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini. ", "Turut sama adalah Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali, dan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA-UKM) Prof Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin.", "Jelas Dr. Mohamed Mustafa, langkah untuk membentuk gabungan besar selepas PRU15 tidak akan dapat menyelesaikan masalah kerana ia merupakan punca kepada ketidakstabilan politik di negara ini.", "“Satu cara terbaik adalah untuk kita memastikan bahawa sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk dengan kembali ke gabungan besar yang boleh menang pilihan raya dengan selesa tapi ada jumlah kerusi yang cukup untuk memerintah negara tanpa perlu binbang esok atau lusa ada pihak yang akan lompat parti dan kerajaan itu runtuh,” jelasnya lagi. ", "Dalam pada itu, menurut Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA-UKM), Prof Ulung Datuk Dr. Shamsul Ami Baharuddin, PRU15 tidak perlu disegerakan.", "Menurut beliau, keutamaan rakyat yang semakin terhimpit dengan tekanan ekonomi, kenaikan harga barang keperluan, dan pemansuhan subsidi menjadi aspek penting kepada kerajaan.", "Beliau menyifatkan ‘perut rakyat’ menjadi aspek utama kepada kerajaan.", "“Kebajikan dan juga keadaan rakyat yang menghadapi kesukaran hidup untuk mencari pendapatan dan meneruskan hidup. ", "“Jadi kerajaan nak dahulu yang mana satu, selesaikan masalah rakyat atau adakan PRU dahulu. Pada saya kerajaan kena jaga perut rakyat dahulu. PRU sepatutnya dihabiskan sehingga penggal 2023 kerana banyak dasar kerajaan yang bermula dari zaman BN dahulu masih tidak selesai,” katanya.", "Beliau berkata, sekiranya PRU15 dibuat secara segera, yang akan rugi adalah rakyat.", "Katanya, jika berlaku lagi perubahan dalam kerajaan, maka kepentingan rakyat itu akan diabaikan.", "“Bila berubah kerajaan, disitulah ahli politik memainkan peranan samada mengangkat ataupun mementingkan diri masing-masing,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/05/27/tekong-3-awak-awak-bawa-keluar-10-pati-diberkas/
Tekong, 3 awak-awak bawa keluar 10 PATI diberkas
[ "PELABUHAN KLANG – Seorang tekong bersama tiga awak-awak dari Indonesia yang cuba menyeludup keluar 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara jiran dipatahkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)dalam satu operasi hari ini.", "Difahamkan, tekong laut yang berusia dalam lingkungan 30-an itu menerima bayaran daripada sebanyak 4 juta rupiah Indonesia atau sekitar RM1,200 daripada ejen di Tanjung Balai, Indonesia untuk setiap perjalanan pergi dan balik.", "Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kapten Siva Kumar Vengadasalam berkata, lelaki warga Indonesia tersebut menerusi soal siasat turut mengaku pernah bekerja selama empat tahun sebagai tukang masak di Shah Alam.", "Menurut suspek berkenaan, ia merupakan kali pertama dia terlibat dalam aktiviti jenayah penyeludupan PATI atas alasan mencari rezeki menyara dua orang anaknya yang kurang upaya.", "“Soal siasat lanjut terhadap tekong laut berkenaan juga mendapati, dia akan menerima lokasi daripada ejen sebelum mengikut koordinat pada peranti sistem kedudukan global (GPS) yang diberikan untuk menyeludup PATI ke Indonesia.", "“Selepas tiba di negara jiran, suspek akan dihubungi oleh ejen menggunakan nombor dari Malaysia untuk arahan selanjutnya dan dia mengaku melakukannya demi sesuap nasi walaupun tahu perbuatannya jenayah berat di sisi undang-undang,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Maritim Selangor di sini hari ini.", "Tambah Siva Kumar, radar pengawasan laut (Swasla) telah berjaya mengesan bot yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan di perairan Indonesia menuju ke perairan Sungai Buloh sekitar pukul 2.55 pagi tadi.", "Ujar beliau, Kapal Maritim Bagan Datuk yang  dalam tugas pemantauan dan rondaan di perairan itu di bawah Op Ehsan dan Op Benteng Laut telah dikerahkan untuk memintas segera bot ‘barter trade’ yang dinaiki suspek tersebut.", "“Tiba di lokasi berkenaan, sebuah bot kayu bewarna merah berjalur biru didaftarkan sebagai KM Sanjaya Group dikesan sedang bergerak menuju ke daratan.", "“Bot suspek cuba melarikan diri selepas panik melihat pihak maritim bagi megelak daripada ditahan namun pada pukul 5.17 pagi Bot Maritim Perkasa 35 berjaya menahan bot barter trade KM Sanjaya Group di kedudukan 1.6 batu nautika dari barat Jeram.", "“Pemeriksaan lanjut mendapati bot terbabit mempunyai permit sah untuk memawa barangan menggunakan sistem pertukaran barter, tetapi telah disalahgunakan oleh suspek,” ujarnya.", "Tegas beliau, setiap PATI itu dikenakan bayaran antara RM1,300 hingga RM1,700 oleh pihak ejen yang menguruskan pergerakan bot-bot berkenaan.", "Malah katanya, keseluruhannya 14 PATI berjaya diberkas memerusi operasi itu termasuk tekong dan awak-awak berusia dalam lingkungan 23 hingga 50 tahun kesemuanya merupakan warganegara Indonesia.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/11/10/najib-terus-berkempen-di-tanjung-piai-walau-program-bikers-berselawat-dibatalkan/
Najib terus berkempen di Tanjung Piai, walau program Bikers Berselawat dibatalkan
[ "KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap meneruskan kempennya di Tanjung Piai malam tadi, walaupun satu daripada beberapa program yang dijadualkan penyertaannya terpaksa dibatalkan.", "Menurut sumber MalaysiaGazette, program yang dibatalkan itu ialah Bikers Berselawat Bersama Najib Razak yang dijadualkan diadakan di Dataran Pejabat UMNO Bahagian Pontian kira-kira jam 9 malam tadi.", "Kata sumber itu, polis tidak meluluskan permit bagi program berkenaan dengan alasan lokasi itu tidak terletak dalam kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.", "Berikutan itu, program berkenaan yang sepatutnya diadakan kira-kira jam 9 malam tadi terpaksa dibatalkan dan Najib dikatakan meneruskan jadual lain untuk bersama pengundi di Tanjung Piai.", "Namun, orang ramai mempersolkan tindakan polis itu kerana pada masa sama berlangsung konsert Malam Cinta Rasul anjuran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang turut mengundang penyanyi popular di Dewan Jubli Intan Pontian.", "“Kita terima alasan polis tidak membenarkan program Biker Berselawat Bersama Najib Razak kerana kita menghormati undang-undang.", "“Tetapi macam mana pula program kempen PH yang menggunakan tajuk Malam Cinta Rasul di depan Dewan Jubli Intan Pontian boleh dibenarkan?", "“Dataran Jubli Intan itu termasuk dalam kawasan PRK Tanjung Piai ke? Takkan pihak berkuasa semudah itu dijadikan perkakas oleh parti pemerintah,” kata sumber itu. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/16/muhyiddin-ada-peluang-tekan-butang-di-dewan-rakyat-puad-zarkashi/
Muhyiddin ada peluang ‘tekan butang’ di Dewan Rakyat- Puad Zarkashi
[ "KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MPT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi membayangkan akan timbul usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sesi Dewan Rakyat, Isnin depan. ", "Katanya, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat mempunyai sebab musabab untuk menggerakkan usul tersebut atas beberapa faktor. ", "“Apakah akan ada usul undi percaya dari PN? Bersatu dan Pas masih dalam kerajaan. Mereka boleh buat macam di (kerajaan negeri) Perak. ", "“Muhyiddin ada sebab. Dia tidak puas hati kerana janji jawatan TPM untuk PPBM (Bersatu) tidak dilayan. Jawatan Zuraida juga tidak kosong. PPBM rasa terhina. ", "“PPBM ada peluang tekan butang. Mengharap jawatan TPM dan kekosongan tempat Zuraida umpama menunggu buah yang tidak gugur,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. ", "Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi Muhyiddin mendakwa memang wujud perjanjian mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan kuota anggota Kabinet.", "Menurutnya, selaku Pengerusi PN, beliau menandatangani perjanjian itu bersama-sama Ismail Sabri dan disaksikan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta Tan Sri Annuar Musa.", "Bagaimanapun, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan tersebut dan berkata tiada sebarang perjanjian dibuat berhubung pelantikan jawatan TPM antara PN dengan Perdana Menteri.", "Dalam pada itu, Puad yang juga Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata, Muhyiddin tidak akan berupaya berbuat demikian. ", "Ini kerana Bersatu bakal menghadapi risiko besar sekiranya membuat langkah perubahan politik seperti yang berlaku pada ‘Langkah Sheraton’ pada Mac 2020. ", "“Risiko besar jika PPBM lakukan Sheraton Move 2.0. kerana PPBM ketandusan ‘wow factor’, kata Puad. ", "Sebelum ini, Muhyiddin bertegas mahukan kerusi yang disandang oleh bekas ahlinya, Datuk Zuraida Kamaruddin Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi diberikan kepada Bersatu kerana ia adalah kuota parti tersebut. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/08/13/50000-peluang-pekerjaan-ditawarkan-untuk-rakyat-selangor-khairuddin/
50,000 peluang pekerjaan ditawarkan untuk rakyat Selangor – Khairuddin
[ "SHAH ALAM – Karnival Kerjaya Mega Selangor yang akan berlangsung selama dua hari pada 29 dan 30 September ini bakal menyediakan kira-kira 50,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri itu.", "Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan negeri, Mohd Khairuddin Othman berkata, jumlah itu dijangka melibatkan hampir 500 majikan yang akan mengambil bahagian dalam karvinal itu.", "Kata beliau, sehingga hari ini sekretariat karnival siri kedua itu sudah menerima lebih 100 majikan yang berminat menyertainya yang akan diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.", "Jelasnya, kerajaan negeri mengalu-alukan rakyat Selangor khususnya dalam kalangan belia dan orang kelainan upaya (OKU) mengambil peluang itu untuk merebut jawatan yang ditawarkan.", "Selangor Mega Job Fair 2022 kali pertama berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA pada 11 dan 12 Jun lalu yang disertai lebih 100 syarikat termasuk badan kerajaan dan agensi kerajaan negeri.", "“Ia berjaya membantu 1,996 individu mendapat pekerjaan, manakala 3,601 pemohon dipanggil menghadiri temuduga kali kedua oleh majikan setakat bulan lalu.", "Individu yang berminat boleh mendaftar melalui www.selangorjobportal.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/04/smart-sawah-berskala-besar-bernas-beri-manfaat-kepada-pesawah/
SMART Sawah Berskala Besar Bernas beri manfaat kepada pesawah
[ "PROGRAM SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersama Padiberas Nasional Berhad (Bernas) di Kampung Sungai Batu Pahat, Perlis berpotensi meningkatkan hasil dan mutu padi keluaran tempatan, sekali gus memberi manfaat kepada lebih 30 pesawah yang terlibat di sini.", "Seiring dengan matlamat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi meningkatkan kadar Tahap Sara Diri (SSL) beras negara sebanyak 75 peratus dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), program SMART SBB Bernas telah digerakkan sejak bulan April 2021 yang lalu.", "Ia melibatkan kawasan penanaman padi luar jelapang seluas 49 hektar yang diusahakan dalam musim 2/2020 dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi di bawah MAFI, antaranya Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pertanian Negeri, Pertubuhan Peladang Kawasan Bintong, Perlis dan Lembaga Pertubuhan Peladang Perlis.", "Nordin Salleh, 65 tahun, yang berperanan sebagai penyelia program SMART SBB Bernas Sungai Batu Pahat berkata, inisiatif ini banyak mendatangkan manfaat kepada peserta.", "Ia bukan sahaja membantu dari aspek penyelarasan sistem pengurusan ladang secara berkelompok yang ternyata lebih efisyen, malah turut membuka ruang ke arah pembangunan infrastruktur asas seperti sistem saliran air yang sering menjadi kekangan kepada para pesawah khususnya di kawasan luar jelapang seperti di Sungai Batu Pahat\nini.", "Menurut Nordin lagi, program ini turut membantu para pesawah untuk mengusahakan sawah mereka secara berpasukan dan lebih sistematik.", "Impaknya dapat dilihat apabila penggunaan input-input pertanian seperti baja, racun dan sebagainya dapat dioptimakan dan pembaziran dielakkan.", "Ia secara keseluruhannya turut mengurangkan kos operasi pengurusan ladang berbanding ketika mereka mengusahakan sawah secara individu.", "“Para pesawah yang menyertai program ini turut didedahkan kepada amalan-amalan pertanian terancang bagi membentuk disiplin kerja yang lebih berkesan dan produktif. Bernas turut membimbing mereka menerusi penetapan Jadual Kerja Ladang yang lebih teratur yang mampu mengurangkan risiko kepada tanaman, mengelakkan pembaziran input pertanian dan menghasilkan padi yang lebih bermutu,” kata Nordin yang mempunyai pengalanan lebih 20 tahun mengusahakan sawah.", "“Saya melihat program SMART SBB Bernas  sebagai satu peluang kerjasama strategik yang menguntungkan pesawah selain menjadikan mereka sebagai rakan kongsi utama dalam pembangunan sektor padi dan beras di negara ini,” akhiri beliau.", "Salah seorang peserta program SMART SBB Bernas , Zulkefli Hussein, 53 tahun pula berkata program ini memberikan jaminan pendapatan dari penjualan hasil padi mereka. Penanaman padi sememangnya terdedah kepada pelbagai risiko luar jangka terutamanya cuaca yang tidak menentu. Bagaimanapun, Bernas menjamin untuk membeli hasil tuaian kami dalam sebarang situasi dan ini memberikan satu kelegaan kepada kami.", "“Kami hanya perlu memberikan tumpuan kepada penjagaan sawah dengan baik. Alhamdulillah walaupun ini merupakan fasa pertama projek, kami sudah dapat melihat peningkatan dari segi hasil dan kualiti padi,” kata Zulkefli.", "Seorang lagi pesawah Madzlan Nadzar, 61 tahun berkata SMART SBB Bernas juga memperkenalkan penggunaan teknologi terkini kepada peserta program.", "“Kami amat teruja dengan teknologi dron yang digunakan. Sebelum ini, kami melakukan kerja-kerja membaja dan meracun secara manual yang memerlukan penggunaan masa dan tenaga yang banyak.", "”Kini, penggunaan teknologi dron memberikan hasil semburan baja dan racun yang lebih sekata meliputi seluruh kawasan ladang dalam tempoh masa yang jauh lebih singkat dan tanpa menggunakan tenaga seperti dahulu. Kerja kami menjadi lebih mudah dan kami turut mempunyai masa terluang untuk melakukan kerja-kerja harian lain.", "“Saya berharap ramai lagi pesawah, terutamanya di kawasan Sungai Batu Pahat akan turut serta menyertai program SMART SBB ini kerana banyak manfaat akan diperolehi,” katanya lagi.", "Sebagai salah sebuah syarikat peneraju SMART SBB, Bernas akan sentiasa memberi sokongan kepada para pesawah melalui pelbagai platform perkongsian ilmu pengetahuan bagi membimbing mereka dalam selok-belok pengurusan ladang yang baik. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/09/05/sorok-bayi-dalam-beg-pinggang-wanita-as-ditahan/
Sorok bayi dalam beg pinggang, wanita AS ditahan
[ "MANILA – Seorang wanita Amerika ditahan pagi semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (Naia) selepas pihak berkuasa menemui seorang bayi lelaki di dalam begnya.", "Jurucakap Biro Imigresen (BI), Melvin Mabulac mengenal pasti wanita itu sebagai Jennifer Talbot, 43.", "Dia kemudiannya diserahkan kepada Biro Penyiasatan Nasional untuk disoal siasat.", "Mabulac memberitahu INQUIRER.net, Talbot sepatutnya meninggalkan negara itu untuk ke Amerika Syarikat ketika kakitangan Lapangan Terbang Naia di Terminal 3 menemui bayi tanpa dokumen di dalam begnya sekitar jam 6.20 pagi.", "Bayi itu disembunyikan di dalam “beg pinggang yang besar” dan “tidak diisytiharkan atau diserahkan untuk diperiksa.", "Mabulac tidak dapat mengesahkan jika Talbot adalah ibu atau penjaga bayi tersebut kerana pihak berkuasa tidak menemui sebarang dokumen perjalanan yang menunjukkan maklumat bayi tersebut.", "Malah, wanita berkenaan juga tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen untuk menunjukkan dia mempunyai kuasa untuk membawa bayi berkenaan ke luar negara.", "Malah, kewarganegaraan bayi berusia enam bulan itu tidak dapat disahkan.", "Bayi lelaki itu dalam keadaan baik dan akan dihantar ke Jabatan Pembangunan dan Kebajikan Sosial. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/05/03/kakitangan-bertugas-di-zon-merah-kuning-diminta-lakukan-saringan-psp-perkeso/
Kakitangan bertugas di zon merah, kuning diminta lakukan saringan PSP Perkeso
[ "KUALA LUMPUR – Semua majikan yang beroperasi di zon merah dan kuning Covid-19 digalakkan memastikan pekerja mereka menjalani saringan yang dilaksanakan di bawah Program Saringan Prihatin (PSP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).", "Ujian ini disediakan secara percuma oleh Perkeso.", "Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, PSP ini meningkatkan jaminan kepada pekerja bahawa mereka bekerja di persekitaran kerja yang lebih selamat dan sihat serta bebas Covid-19.", "Dengan adanya kaedah pencegahan yang dipatuhi majikan dan pekerja, negara akan dapat mencegah gelombang baru jangkitan Covid-19, yang mungkin timbul dari kluster tempat kerja seperti yang dialami di negara lain.", "Mengulas mengenai permulaan semula operasi ekonomi mulai esok, Saravanan meminta semua majikan dan pekerja mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan.", "Katanya, pembukaan ekonomi dengan kapasiti 100% akan meningkatkan pergerakan pekerja, sekali gus boleh meningkatkan risiko penularan koronavirus.", "Sehubungan itu, ujar beliau, adalah amat penting bagi semua majikan dan pekerja mematuhi SOP.", "”Dalam situasi yang belum pernah terjadi sebelumnya seperti pandemik peringkat global ini, keselamatan dan kesihatan\npekerja adalah amat penting dalam memastikan semua pekerja kekal sihat sewaktu menjalankan pekerjaan masing-masing.", "”Langkah-langkah pencegahan seperti penjarakan sosial ketika berulang-alik ke tempat kerja dan berada di tempat\nkerja, pemeriksaan suhu badan, penggunaan topeng muka, mencuci tangan dengan kerap dan menghindari tempat yang\nsesak dengan orang mesti dititikberatkan oleh majikan dan memastikan ianya dipatuhi oleh semua pekerja,” tambah Saravanan.", "Tegasnya, keselamatan dan kesihatan pekerja sentiasa menjadi keutamaan di negara ini dan kementerian ini berusaha sedaya upaya untuk memastikan kesihatan dan ekonomi negara dapat mengatasi cabaran terbesar pada abad ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/05/01/biasiswa-jpa-ditarik-balik-jika-fitnah-kerajaan/
Biasiswa JPA ditarik balik jika fitnah kerajaan
[ "KUALA LUMPUR – Penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan kehilangan penajaan jika didapati mengkritik kerajaan, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zainal Rahim Seman.", "Dalam wawancara dengan Sin Chew Daily, Zainal berkata, tindakan itu adalah wajar dikenakan kepada penuntut jika didapati mereka membuat kritikan yang menjejaskan imej negara melalui media sosial seperti Facebook dan blog.", "Beliau berkata, biasiswa diberikan kepada pelajar cemerlang untuk membantu mereka memberi tumpuan kepada pelajaran mereka, bukan untuk mengedarkan maklumat tidak tepat yang memudaratkan kerajaan.", "“Kerajaan menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar ini untuk membolehkan mereka memberi tumpuan kepada pelajaran mereka mengejar ilmu pengetahuan dan menjadi profesional pada masa hadapan.", "“Misi mereka adalah untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka. Mengapa mereka menabur fitnah tanpa sokongan statistik untuk merosakkan imej kerajaan?” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/03/10/noraini-mahu-fokus-prestasi-pengajian-tinggi/
Noraini mahu fokus prestasi pengajian tinggi
[ "PUTRAJAYA – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad mahu menumpukan perhatian terhadap usaha melonjakkan prestasi pengajian tinggi di negara ini baik di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa.", "Beliau berkata, hasratnya itu sejajar dengan amanat yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa pembentukan barisan Kabinet semalam.", "Katanya, beliau akan mendengar taklimat terperinci mengenai perkembangan tadbir urus kementerian sebelum memulakan tindakan seterusnya sebagai menteri bertanggungjawab selepas ini.", "“Sebenarnya saya baru masuk dan belum mendengar briefing Ketua Setiausaha Kementerian. Insyallah selepas itu, apa yang pentingnya adalah kita hendak fokus supaya prestasi pengajian tinggi akan semakin memuncak sama ada di peringkat dalam negeri atau antarabangsa,” katanya.", "Ditanya mengenai kewujudan semula Kementerian Pengajian Tinggi sebagai entiti berasingan dari Kementerian Pendidikan, katanya, beliau akan melaksanakan kepercayaan dan amanat yang diberikan supaya gerak kerja menjadi lebih fokus dan tersusun.", "“Insya-Allah kita akan cuba untuk mencapai apa juga yang diamanahkan perdana menteri kepada saya sebagai Menteri Pengajian Tinggi,” katanya.", "Terdahulu beliau telah disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr. Mohd.Gazali Abas pukul 5.45 petang tadi sebelum memasuki pejabatnya di tingkat 18 sekitar pukul 5.55 petang untuk diberi taklimat ringkas. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/06/dua-lra-henti-tugas-berikutan-air-mentah-keruh-akibat-banjir-di-baling/
Dua LRA henti tugas berikutan air mentah keruh akibat banjir di Baling
[ "ALOR SETAR – Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Kulim Hi-Tech dan LRA Bukit Pinang/Sungai Petani terpaksa dihenti tugas berikutan kadar kekeruhan air mentah (NTU) yang tinggi akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air di Baling, Isnin lepas.", "Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan kedua-dua LRA itu dihenti tugas sepenuhnya pada 10.50 malam dan 11.10 malam tadi.", "“Penutupan sementara itu akan menjejaskan 80,000 akaun pengguna di Kulim Hi-Tech dan 121,000 akaun pengguna di Pinang Tunggal/Sungai Petani.", "Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Isnin, banjir dan fenomena kepala air di Baling mengakibatkan tiga nyawa terkorban dan lebih 1,400 penduduk dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) selain tujuh rumah musnah dihanyutkan air serta kira-kira 70 rumah rosak akibat kejadian itu. – BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2022/08/03/saya-tak-percaya-bola-boleh-masuk-sean/
Saya tak percaya bola boleh masuk – Sean
[ "KUALA LUMPUR – Segala-galanya bagaikan malam penuh keajaiban buat penyerang Negeri Sembilan FC, Sean Eugene Selvaraj yang meledak gol kemenangan buat pasukannya bagi membenam Selangor FC, 3-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, baru-baru ini.", "Bukan sahaja gol tersebut dihasilkan pada minit-minit terakhir malah lebih istimewa jaringan tersebut antara tercantik sepanjang dalam kariernya selaku pemain bola sepak profesional.", "Malah, Sean Selvaraj yang juga bekas pemain Selangor sebelum ini seakan-akan masih tidak percaya bagaimana dia mampu melepaskan satu rembatan yang sangat menarik dari luar kotak penalti.", "“Saya pun tidak tahu apa sebenarnya berlaku dan sampai sekarang saya masih tidak percaya boleh lakukan jaringan sebegitu.", "“Malah saya rasakan ini jaringan tercantik yang pernah lakukan sepanjang bermain bola sepak dan tidak mungkin saya akan lupa walaupun dalam latihan,saya pernah lakukan beberapa kali teknik jaringan sebegitu.", "“Selangor sememangnya masih ada di hati saya walaupun terpaksa meninggalkan kelab ini namun menjaringkan gol di sini dengan suasana yang sangat meriah sebegini,memang begitu mengujakan.", "“Terima kasih juga jurulatih yang bagi peluang dan memasukkan saya sebagai penyerang gantian kerana ini memang posisi yang saya sangat selesa.", "“Harap dengan gol ini, nama saya akan kembali diingati apabila sedikit tenggelam pada awal musim selepas jaringan berdepan PJ City, ” katanya kepada MFL di sini.", "Sebelum Sean Selvaraj menjaringkan gol kemenangan, Gustavo Almeida terlebih dahulu memadamkan kelebihan dimiliki Selangor menerusi dua jaringan pada minit 66 dan 80.", "Sebelum itu di separuh masa pertama, Caion dan Yazan Abu Al-Arab masing-masing meletakkan Selangor, 2-0 di hadapan.", "Bagi Gustavo, dia akui semangat yang tidak luntur serta percaya diri sendiri menjadi tunjang kebangkitan di sebalik kemenangan dramatik Negeri Sembilan.", "“Inilah bola sepak, walaupun ketinggalan 2-0, kami masih percaya yang pasukan masih boleh bangkit dan cuba memenangi perlawanan.", "“Saya sangat gembira kerana mampu meledak dua gol yang memberikan harapan semula kepada pasukan sebelum kami menang.", "“Kemenangan ini antara paling dramatik buat Negeri Sembilan sepanjang musim ini dan kami akan terus berusaha mengekalkan kedudukan dalam tiga teratas,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/01/22/kilang-pengeluaran-vaksin-terbesar-dunia-terbakar-5-maut/
Kilang pengeluaran vaksin terbesar dunia terbakar, 5 maut
[ "PUNE – Lima orang terbunuh dalam kebakaran yang berlaku di kawasan di sebuah bangunan yang sedang dibina di Serum Institute of India, pengeluar vaksin terbesar di dunia.", "Kebakaran bermula di sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan petang Khamis.", "Rakaman video menunjukkan kepulan asap tebal dari sebuah bangunan di tapak pembinaan yang luas.", "Bagaimanapun, syarikat pengeluar vaksin itu mengesahkan pengeluarannya tidak terjejas.", "Punca kebakaran belum diketahui tetapi api berjaya dikawal.", "”Kami baru saja menerima maklumat yang menyedihkan, ada beberapa nyawa hilang dalam kejadian itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Serum Institute, Adar Poonawalla menerusi Twitter.", "Poonawalla memberitahu, kejadian itu tidak menjejaskan pengeluaran vaksin Oxford-AstraZeneca yang dikenali sebagai Covishield kerana mempunyai kemudahan lain.", "Covishield adalah salah satu daripada dua vaksin yang diluluskan oleh pemerintah India untuk digunakan dalam program inokulasi, yang bermula minggu lalu dan merupakan yang terbesar di dunia.", "Negara ini mensasarkan untuk melakukan vaksinasi ke atas 300 juta orang pada awal Ogos.", "Banyak negara berpendapatan rendah dan sederhana lain juga bergantung kepada institut serum ini untuk pengeluaran vaksin Oxford-AstraZeneca. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/04/28/malaysia-mempunyai-lembaga-pengarah-wanita-tertinggi-di-asia/
Malaysia mempunyai lembaga pengarah wanita tertinggi di Asia
[ "KUALA LUMPUR – Malaysia mempunyai peratusan tertinggi wanita sebagai ahli lembaga pengarah di Asia pada 26 peratus berbanding purata global sebanyak 19.7 peratus.", "Ia juga mencatatkan peratusan tertinggi berbanding ekonomi yang serupa seperti Singapura (17.6 peratus), Thailand (17.8 peratus) dan Hong Kong (13.9 peratus).", "Satu kajian terkini oleh Deloitte dengan kerjasama The 30% Club mendapati Malaysia mempunyai peratusan tertinggi wanita sebagai ketua pegawai kewangan di kalangan negara-negara Asia yang ditinjau (34.9 peratus), lebih dua kali ganda daripada purata global yang merekodkan 15.7 peratus.", "Sasaran itu yang ditetapkan oleh kerajaan semasa 2011, Pelan Tindakan Tadbir Urus (CG) Korporat 2011 dan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2021 (MCCG 2021) menyatakan jika sasaran ini tidak dipenuhi, lembaga berkenaan akan mengumumkan pelan khusus serta jangka masa bagi mencapai tahap tersebut.", "Lembaga itu juga akan mengkaji semula penyertaan wanita dalam peranan pengurusan kanan untuk memastikan terdapat bekalan bakat yang sentiasa mantap.", "Antara perubahan ketara di bawah tinjauan semula 2021 kepada MCCG adalah keperluan kepelbagaian jantina 30 peratus yang dilanjutkan kepada semua syarikat (firma-firma dalam Indeks 100 Teratas FTSE Bursa Malaysia atau mereka yang mempunyai permodalan pasaran berjumlah RM2 bilion dan ke atas).", "“Harus ada penglibatan aktif daripada lembaga dengan sokongan jawatankuasanya, sebagai contoh; Jawatankuasa Pencalonan untuk memacu agenda ini dalam sesebuah organisasi.", "“Adalah disyorkan agar organisasi mempunyai pelan penggantian yang komprehensif yang boleh digunakan untuk bukan sahaja mengenal pasti calon bagi posisi dalam lembaga pengarah dan pasukan pengurusan, tetapi juga untuk tujuan latihan serta pembangunan,” menurut Pengarah Eksekutif bagi Nasihat Risiko Deloitte Malaysia, Muzafar Kamal berkata.", "Edisi ketujuh laporan yang berjudul ‘Wanita di Bilik Lembaga Pengarah: Satu Perspektif Global’ itu turut mendedahkan peratusan wanita di kerusi lembaga dalam rantau Asia Tenggara adalah lebih baik dengan purata 17.1 peratus berbanding 14.3 peratus pada 2018.", "Angka tersebut mengatasi purata Asia sebanyak 11.7 peratus dan sedang menghampiri purata global pada 19.7 peratus.", "Penemuan ini mengukuhkan bahawa walaupun penyertaan wanita dalam lembaga pengarah di rantau ini telah meningkat sejak 2018, persepsi serta mungkin penerimaan wanita dalam kedudukan kepimpinan tertinggi adalah berbeza di seluruh geografi.", "“Tempoh wanita dalam lembaga pengarah di Asia Tenggara adalah terus stabil atau wujud penurunan, dengan Singapura merekodkan tempoh purata yang semakin berkurangan iaitu dari 5.0 tahun kepada 4.4 tahun.", "“Peratusan perubahan untuk tempoh turut menurun di Malaysia serta Filipina, yang mungkin disebabkan oleh individu wanita yang semakin ramai dicalonkan di negara-negara berkenaan, yang mana secara menyeluruh, penyertaan wanita dalam lembaga pengarah telah bertambah,” kata laporan itu. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/15/penurunan-kes-kategori-tiga-hingga-lima-di-enam-negeri-hasil-positif-pick-pm/
Penurunan kes kategori tiga hingga lima di enam negeri hasil positif PICK – PM
[ "KUALA LUMPUR – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah menunjukkan perkembangan awal positif dengan penurunan bilangan kes kategori tiga hingga lima di enam negeri, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "Perdana Menteri berkata, data Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan liputan dos lengkap vaksin COVID-19 bagi populasi dewasa 18 tahun dan ke atas di negeri-negeri tersebut iaitu Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah melebihi 40 peratus.", "“Semalam buat pertama kalinya, tidak ada kes jangkitan baharu COVID-19 yang dilaporkan di Labuan.", "Beliau berkata, purata pesakit yang menunggu di Jabatan Kecemasan untuk ditempatkan ke wad pesakit bagi hospital KKM di negeri-negeri Lembah Klang juga telah menurun.", "Pada 31 Julai, purata sehari pesakit yang menunggu di Jabatan Kecemasan adalah 909 orang dan jumlah itu menurun kepada 239 orang pada 13 Ogos hasil perancangan rapi kerajaan dan pelaksanaan strategi oleh KKM serta kesan vaksinasi.", "Menurut beliau, kerajaan melalui Greater Klang Valley Special Task Force (GKVSTF) dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) sememangnya sedang bertungkus-lumus untuk meredakan situasi di Lembah Klang.", "Perdana Menteri berkata beliau berharap trend penurunan itu dapat diteruskan untuk mengurangkan beban kes COVID-19 yang serius serta kemasukan pesakit ke Unit Rawatan Rapi (ICU) yang memerlukan rawatan lebih rumit dan memakan tempoh lebih panjang berbanding di wad biasa.", "“Oleh itu, segeralah mendaftar untuk dapatkan vaksinasi, termasuk bagi ibu hamil dan remaja dalam kumpulan umur yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksinasi.", "“Majikan juga perlu mainkan peranan untuk memastikan pekerja mereka termasuk pekerja asing mendapat vaksinasi,” katanya. – MalaysiaGazette" ]