url
stringlengths 39
43
| headline
stringlengths 0
101
| content
sequence |
---|---|---|
https://www.malaysiakini.com/news/552490 | PKPD di Mukim Sungai Seluang, Kulim bermula Jumaat ini | [
"",
"Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di beberapa taman perumahan di Mukim Sungai Seluang, Kulim, Kedah bermula Jumaat ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.",
"Beliau berkata PKPD itu membabitkan kira-kira 6,000 penduduk di 1,412 rumah yang tinggal di Taman Bayam, Taman Bayam Indah, Taman Kangkong 1, Taman Kangkong 2, Taman Halia, Taman Cekur Manis, Taman Kobis, Taman Sawi dan Taman Seri Limau.",
"“Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan 197 ujian saringan secara bersasar dan sebanyak 50 kes positif COVID-19 direkodkan di lokaliti ini.",
"“Berdasarkan penilaian risiko dan nasihat KKM, PKPD akan dikenakan di lokaliti ini selama 14 hari bermula 27 Nov hingga 10 Dis ini,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Kuala Lumpur hari ini. ",
"Beliau berkata susulan itu, semua penduduk perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan antaranya tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD kecuali bagi kes kecemasan selain penutupan sekolah, masjid dan rumah ibadat lain.",
"[Berita penuh menyusul]",
"Berita penuh menyusul",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/323966 | 'Hakim tak boleh takut' | [
"\nHakim tidak boleh takut menerapkan kebebasan supaya dihormati walaupun berdepan dengan eksekutif \"berkuasa\" kata Tan Sri Mohd Hishamudin Mohd Yunus.\n",
"\nMenurut bekas hakim mahkamah rayuan itu seseorang hakim mesti cukup berani dan benar-benar besar bertindak dalam membuat keputusan.\n",
"\n\"Apakah yang dimahukan seseorang hakim? Adakah mereka mahu dihormati atau mereka mahu dipandang rendah oleh rakyat?\n",
"\n\"Memanglah ada eksekutif berkuasa perlu dihadapi yang berkuasa membuat lantikan, menaikkan pangkat, malah memecat hakim seperti dalam kes Tun Salleh Abbas, Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh dan Datuk George Seah,\" katanya di satu forum anjuran Majlis Peguam Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.\n",
"\nKenyataan dibuat Mohd Hishamudin itu merujuk kepada krisis perlembagaan negara pada 1988 ketika Malaysia di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.\n",
"\nBagaimanapun, kata Mohd Hishamudin, kewujudan eksekutif berkuasa bukan alasan untuk seseorang hakim tidak melaksanakan keadilan secara bebas.\n",
"\n\"Seorang pak turut tak boleh menerima pelantikan sebagai hakim,\" katanya.\n",
"\n\n[Baca berita asal]\n\n",
"\n[Baca berita asal]\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/529194 | Empat penjawat awam antara 24 ditahan dalam parti dadah | [
"",
"Empat penjawat awam antara 24 individu ditahan polis dalam serbuan ke atas parti liar di sebuah unit kondominium mewah di Jalan Ampang di Kuala, dua hari lepas. ",
"Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Rajab Ahad Ismail berkata mereka yang ditahan dalam serbuan kira-kira 11.20 malam itu, berusia dalam lingkungan 14 hingga 40 tahun. ",
"“Hasil serbuan kami menahan 19 lelaki dan dua daripadanya bawah umur serta lima wanita termasuk tiga Indonesia dan seorang yang masih di bawah umur. ",
"“Turut dirampas 11 biji pil khayal, masing-masing satu paket ganja dan ketamin dengan nilai rampasan dianggar RM420,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.",
"Beliau berkata siasatan awal mendapati seorang daripada mereka yang ditahan itu menyewa kediaman berkenaan dan dadah pula dibawa oleh mereka yang hadir ke parti itu. ",
"Tambahnya, ujian air kencing mendapati 20 daripada mereka positif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 12(2), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.",
"\"Semua rakyat Malaysia yang ditahan dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), manakala tiga wanita Indonesia ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah,“ katanya.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/665743 | Rafizi jemput individu layak mohon jadi CEO Teraju, Yayasan Peneraju | [
"Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengumumkan bahawa permohonan untuk jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) Teraju dan Yayasan Penaraju kini dibuka.",
"Dalam langkah luar kelaziman itu, Rafizi yang juga timbalan presiden PKR, menjemput mereka yang layak untuk memohon.",
"“Kementerian Ekonomi mempunyai dua agensi yang sedang dalam proses pertukaran kepimpinan, iaitu Teraju – bertanggungjawab menguruskan pembangunan agenda ekonomi Bumiputr; dan Yayasan Peneraju – bertanggungjawab menguruskan pembangunan kemahiran dan bakat profesional Bumiputra.",
"\"Kementerian Ekonomi kini menjemput calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan sebagai CEO Teraju dan Yayasan Peneraju untuk memohon mengisi kekosongan ini,\" katanya dalam kenyataan media hari ini.",
"Rafizi juga menjemput profesional dalam bidang teknologi dan digital yang mahu menawarkan diri sebagai anggota Majlis Ekonomi Digital dan Industri Keempat Negara (MED4IR) untuk memohon menjadi anggota majlis. ",
"Butiran lanjut mengenai kelayakan dan bidang kerja boleh didapati di laman Teraju, Yayasan Peneraju dan Kementerian Ekonomi."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/578937 | MP, isteri antara didaftar jadi anggota Rela tanpa rela | [
"Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dan isterinya antara nama yang berdaftar sebagai anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) tanpa pengetahuan dan kerelaan diri mereka.",
"\"Rupa-rupanya saya dah jadi ahli Rela sejak 2011 tanpa disedari.",
"\"Siap ada no ahli dan kod platun. Macam mana ini? ",
"\"Adakah pendaftaran automatik untuk semua rakyat Malaysia? Sebab isteri saya pun ahli Rela kalau menurut laman semakan ahli Rela ini,\" katanya pada kicauan di Twitter. ",
"Semakan daftar nama keanggotaan Rela menjadi perbincangan warganet yang menyatakan rasa terkejut mereka.",
"Ini selepas pautan pemeriksaan keanggotaan Rela menjadi tular di media sosial dan ramai warganet mendapati nama mereka didaftar sebagai anggota.",
"pautan pemeriksaan keanggotaan Rela",
"",
"",
"",
"",
"",
"\"Baru semak di laman web Rela. Nama saya tidak berdaftar tetapi isteri saya berdaftar. Apa yang sebenarnya terjadi,\" kata pemilik akaun Twitter, KNB. ",
"Sementara itu, M5Zoul/Buruh pula menyoal di Twitter: \"Arwah mak aku yang uzur pun ada. Persoalannya, kalaulah ada dapat elaun. Dapat kat sapa?\"",
"Warganet juga meninggalkan komen di laman Facebook Rela menuntut 'pembayaran elaun bulanan' yang sepatutnya diterima mereka sebagai anggota.",
"\"Adakah isu pendaftaran Rela ini bermaksud ada orang menggunakan kad pengenalan kamu untuk menuntut elauan atau lain-lainnya,\" soal pemilik akaun Facebook, Luqman Hakim.",
"Menjelaskan persoalan dibangkitkan pengguna Facebook, Rela mengatakan ini mungkin disebabkan oleh kempen keanggotaan besar-besaran pada tahun 2021.",
"\"Kami difahamkan bahawa pendaftaran keanggotaan Rela dilakukan secara besar-besaran pada tahun 2012. ",
"\"Mungkin pada masa itu, jabatan kami menerima senarai nama dan didaftarkan terus ke dalam sistem,\" kata Rela, petik laporan Malay Mail membalas komen pengguna Facebook.",
"Malay Mail",
"Sesiapa yang ingin menggugurkan keanggotaan Rela yang diperolehi tanpa kerelaan dan pengetahuan penama boleh melakukannya dengan menyalurkan maklumat yang diperlukan kepada Rela, kata kenyataan itu.",
"Pun begitu, selepas penemuan berkenaan, Rela juga mula menggugurkan nama yang berdaftar sebagai anggota tanpa persetujuan mereka daripada senarai keahlian.",
"Malaysiakini telah menghubungi Rela untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini.",
"Malaysiakini",
"\n",
"\nRupa-rupanya saya dah jadi ahli RELA sejak 2011 tanpa disedari.Siap ada no ahli dan kod platun. Macam mana ini? Adakah pendaftaran automatik untuk semua rakyat Malaysia? Sebab isteri saya pun ahli RELA kalau menurut laman semakan ahli RELA ini. https://t.co/ti9XrMc88o pic.twitter.com/yw1mAHUCcJ— Steven Sim 🇲🇾 #Bangsa (@scheekeong) June 14, 2021 \n",
"Rupa-rupanya saya dah jadi ahli RELA sejak 2011 tanpa disedari.Siap ada no ahli dan kod platun. Macam mana ini? Adakah pendaftaran automatik untuk semua rakyat Malaysia? Sebab isteri saya pun ahli RELA kalau menurut laman semakan ahli RELA ini. https://t.co/ti9XrMc88o pic.twitter.com/yw1mAHUCcJ— Steven Sim 🇲🇾 #Bangsa (@scheekeong) June 14, 2021 ",
"Rupa-rupanya saya dah jadi ahli RELA sejak 2011 tanpa disedari.Siap ada no ahli dan kod platun. Macam mana ini? Adakah pendaftaran automatik untuk semua rakyat Malaysia? Sebab isteri saya pun ahli RELA kalau menurut laman semakan ahli RELA ini. https://t.co/ti9XrMc88o pic.twitter.com/yw1mAHUCcJ— Steven Sim 🇲🇾 #Bangsa (@scheekeong) June 14, 2021",
"Rupa-rupanya saya dah jadi ahli RELA sejak 2011 tanpa disedari.Siap ada no ahli dan kod platun. Macam mana ini? Adakah pendaftaran automatik untuk semua rakyat Malaysia? Sebab isteri saya pun ahli RELA kalau menurut laman semakan ahli RELA ini. https://t.co/ti9XrMc88o pic.twitter.com/yw1mAHUCcJ",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"https://t.co/ti9XrMc88o",
"pic.twitter.com/yw1mAHUCcJ",
"June 14, 2021",
" ",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/sukan/525530 | Formula 4 Asia Tenggara diadakan di Litar Sepang | [
"Formula 4 Asia Tenggara (F4 SEA) bakal mengumumkan kalendar perlumbaan 2020 baharu yang dipendekkan dengan semua perlumbaan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang.",
"Pengumuman rasmi itu akan dibuat selepas mendapat persetujuan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan disiarkan di laman web formula4.asia, media sosial, dan di FIA.com.",
"Menurut F4 dalam satu kenyataan hari ini, sebanyak 16 perlumbaan dicadangkan dalam kalendar Kejohanan F4 SEA dengan menampilkan empat pusingan di Sepang untuk mengurangkan risiko, dengan kos efektif sebanyak Euro 40,000 (RM171,700).",
"“Peminat tidak ketinggalan menyaksikan aksi kerana perlumbaan akan disiarkan secara langsung di rangkaian FOX dan laman web baharu kami, begitu juga dengan media sosial yang sentiasa dikemas kini,” menurut promoter F4 SEA, Peter Thompson.",
"Sejak empat tahun lepas, bahagian Asia Tenggara kejohanan FIA F4 menumpukan kepada menghasilkan wira sukan permotoran Asia dan antarabangsa, pada masa sama melatih dan membangunkan rakyat Malaysia untuk menjadi jurutera dan juruteknik berkemahiran tinggi.",
"Pada perlumbaan finale Petronas Formula 1 (F1) Grand Prix Malaysia 2017, wira Malaysia, Nazim Azman muncul wira negara apabila menjuarai perlumbaan F4, dan kemudiannya meneruskan rentak cemerlang dengan menjuarai Kejohanan F3 British.",
"Untuk tahun 2021, F4 SEA merancang untuk meluaskan capaian dan mempromosikan kemahiran Malaysia ke wilayah baharu, kembali semula kepada format 10-12 dan menyiarkan sekurang-kurangnya 40 perlumbaan di rangkaian global.",
"",
"",
"",
"-Bernama",
"-Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/424071 | HARAPAN dan sekutu kini miliki 122 kerusi | [
"Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mengesahkan bahawa jumlah kerusi parlimen yang dimiliki gabungan pembangkang itu bersama sekitunya adalah pada 122.",
"Menurut Ketua Setiausaha Sekretariat HARAPAN, Datuk Saifuddin Abdullah, HARAPAN memiliki 113 anggota parlimen.",
"Lapan adalah dari WARISAN dan calon Bebas P Prabakaran kini adalah sekutu gabungan itu.",
"Awal hari ini, bakal Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata HARAPAN kini memiliki 135 kerusi.",
"Meskipun ia mungkin satu kesilapan, Mahathir berkata HARAPAN telah memperoleh sokongan dari WARISAN untuk menyokong pencalonannya sebagai perdana menteri.",
"Pada sidang media di Petaling Jaya, Mahathir berkata HARAPAN telah mendapat sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.",
"[Baca berita penuh]",
"[Baca berita penuh]",
"[Baca berita penuh]"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/359191 | Kecoh bila konvoi BERSIH diganggu, media diugut | [
"Konvoi BERSIH yang sepatutnya tenang bertukar hodoh berikutan kekecohan antara penyokong kumpulan reformasi pilihan raya itu, kumpulan anti-BERSIH dan pengamal media.",
"Sebagai sebahagian daripada aktiviti hari ini, konvoi tersebut berpecah kepada tiga kumpulan bagi mengedarkan risalah kepada penduduk tempatan di Kuala Selangor berhubung perhimpunan BERSIH 5.",
"Kumpulan itu yang ditempatkan di pasar raya besar Giant kemudian melihat sekumpulan penunggang motosikal - kira-kira 20 orang - mengelilingi kawasan itu sebanyak dua kali.",
"Pada mulanya ia dianggap hanya gangguan biasa tetapi keadaan mula berubah apabila exco Pemuda Umno Armand Azha Abu Hanifah tiba.",
"",
"Armand dan penyokong BERSIH dilihat berjabat tangan dan berpelukan tetapi individu di sebelahnya tiba-tiba mula memprovokasi penyokong BERSIH.",
"\"Jangan ganggu penduduk Tanjung Karang!\" lelaki yang berpakaian T-shirt putih dengan tertera perkataan 'Hari Sukan Negara' itu menjerit.",
"Keadaan menjadi lebih kecoh apabila lelaki itu menjerit supaya tidak merakam sebarang gambar.",
"Berikutan itu, juruvideo dari The Star terpaksa memadamkan rakaman video lelaki itu.",
"The Star",
"Beliau juga telah dicubit ketika kumpulan anti-BERSIH memaksanya untuk berbuat demikian.",
"Jeritan dan laungan lebih kuat kedengaran tetapi pegawai polis yang ditempatkan berdekatan segera datang untuk campur tangan.",
"",
"Salah seorang pegawai polis itu menggesa penyokong BERSIH dan kumpulan anti-BERSIH bersurai.",
"Seorang wartawan dari The Star juga dipaksa memadam gambar dan rakaman video itu. Manakala rakan sekerja beliau dikasari kerana cuba untuk campur tangan.",
"The Star",
"Seorang wartawan Malaysiakini turut dikasari kerana cuba masuk campur bagi pihak wartawan wanita.",
"Malaysiakini",
"Berikutan pergelutan itu, pegawai polis menahan dua lelaki dan mereka dibawa dalam sebuah kereta polis.",
"Sebelum itu, seorang jurugambar Malaysiakini diancam dan ditumbuk selepas dia mengambil gambar kumpulan anti-BERSIH yang berasingan.",
"",
"Malaysiakini",
"Ketika beliau pergi ke keretanya untuk meninggalkan kawasan itu, jurugambar itu ditumbuk di bahunya dan dijerit 'Cina babi' oleh seorang lelaki.",
"Tiada seorang pun daripada individu-individu anti-BERSIH hari ini berpakaian baju merah.",
"Sementara itu pemeriksaan polis terhadap salah sebuah kereta anggota kumpulan itu menemui sekotak telur ayam yang diletakkan di dalam bonet.",
"Minggu lepas, pergerakan Baju Merah yang diketuai Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos membaling telur dan menyerang seorang penyokong BERSIH sehingga mencetuskan kemarahan di media sosial.",
"",
"Jamal semalam berkata gerakan itu tidak akan masuk campur dalam konvoi BERSIH hari ini bagi membantu penduduk kampung menghadapi fenomena air pasang.",
"Kumpulan yang menyebabkan gangguan hari ini, bagaimanapun, tidak memakai baju merah.",
"Bagaimanapun mereka dipercayai ada kaitan dengan Jamal kerana sebahagian daripada mereka pernah diperhatikan berada dalam perhimpunan Baju Merah sebelum ini.",
"Konvoi BERSIH hari ini memulakan perjalanan dari ibu pejabat DAP di Sekinchan.",
"Kumpulan kira-kira 20 peserta yang menaiki kereta itu kemudian berhenti di Kampung Permatang, Kuala Selangor untuk majlis minum petang dan mendengar ucapan daripada beberapa aktivis dan pemimpin Pakatan Harapan.",
"Selain Sekinchan, konvoi hari ini juga bermula di Pulau Pinang; Kluang, Johor; Kota Bharu, Kelantan dan Ranau, Sabah.",
" ",
"",
"",
" "
] |
https://www.malaysiakini.com/news/443319 | Abaikan Rafizi 'tak matang', kata Zuraida | [
"PEMILIHAN PKR | Calon naib presiden, PKR Zuraida Kamaruddin berkata beliau memilih untuk mengabaikan serangan Rafizi Ramli terhadap pihak yang bersama dengan penyandang Timbalan Presiden parti itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.",
"PEMILIHAN PKR",
"\"Tak apalah itu cara dia. Kalau begitu cara dia berkempen, jadi itu tidak matang.",
"\"Saya lebih suka mengamalkan politik matang, jadi tak apalah, kami akan abaikan sesiapa yang tidak matang,\" beliau memberitahu pemberita di Kuala Lumpur hari ini.",
"Rafizi dalam wawancara dengan Star TV semalam berkata beliau mencabar Azmin bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR dan menyerang rakan-rakan dalam partinya itu kerana mendakwa rekod mereka mengecewakan dalam membuat keputusan strategik utama.",
"Star TV",
"Beliau memetik desakan awal Azmin untuk bekerja sama dengan PAS dan juga dakwaan kem tersebut membantah pencalonan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan pada ketika itu.",
"Kem Rafizi dan Azmin menjadi pesaing sejak Langkah Kajang pada tahun 2014.",
"Langkah terbaru untuk mengosongkan kerusi Port Dickson kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR itu telah mencetuskan pertikaian di antara dua kem ini.",
"Pihak yang bersama dalam pasukan Azmin berkata tiada perundingan mengenai keputusan untuk mengadakan pilihan raya kecil di Port Dickson.",
"Bagaimanapun, kedua-dua kem berkata mereka komited untuk membantu kempen Anwar dan memastikan kemenangannya.",
"",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/622237 | HFMD naik 20 kali ganda kepada 47,209 kes | [
"Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 2,379 kes jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) sehingga Sabtu lalu, iaitu meningkat 20 kali ganda sebanyak 47,209 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu.",
"Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi satu kenyataan media, hari ini, berkata daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah kes terbesar iaitu 13,640 kes atau 28.9 peratus.",
"Ini diikuti oleh Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 6,209 kes (13.1 peratus) manakala Perak pula merekodkan 4,099 kes (8.7 peratus).",
"Katanya, peningkatan kes HFMD turut dilaporkan di Kelantan dengan 3,726 kes (7.9 peratus) dan Sabah 3,352 kes (7.1 peratus) manakala, negeri lain mencatatkan sekitar atau kurang daripada 2,500 kes.",
"",
"",
"",
"“Peningkatan kes pada ME 20/2022 sudah dijangkakan berikutan pergerakan penduduk di negara ini semasa sambutan Aidilfitri,” katanya.",
"Dr Noor Hisham berkata, kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah iaitu sebanyak 43,736 kes atau 93 peratus dan diikuti oleh kumpulan umur 7 hingga 12 tahun iaitu 2,765 kes atau 6 peratus, manakala selebihnya 1 peratus adalah di kalangan mereka yang berumur lebih 12 tahun iaitu 696 kes.",
"\"Majoriti lokasi penularan wabak ini berlaku di taska, tadika dan pra-sekolah iaitu 711 wabak (61 peratus), diikuti oleh rumah persendirian dengan 407 wabak (35 peratus) serta pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 42 wabak (3 peratus).",
"\"Wabak dikira apabila terdapat dua atau lebih kes dalam satu lokaliti dan kes mempunyai kaitan epidemiologi serta berlaku dalam tempoh inkubasi penyakit HFMD.",
"\"Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah sudah menjalankan sesi libat urus dengan agensi yang menyelia pengurusan taska, tadika dan pra-sekolah, selain mengeluarkan surat 'alert'.",
"",
"",
"",
"\"Sesi libat urus ini sudah diadakan sejak ME 17/2022 berikutan peningkatan kes HFMD di kebanyakan negeri,\" katanya.",
"Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, sehingga Sabtu, sebanyak 5,124 premis sudah diperiksa; premis diberi tunjuk ajar serta dipantau pelaksanaan disinfeksi (3,157) dan penutupan premis secara sukarela (41) serta 138 premis ditutup mengikut peruntukkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.",
"\"Orang ramai terutama ibu bapa yang mempunyai anak kecil dinasihatkan untuk tidak membawa anak ke tempat berisiko berlaku penularan jangkitan HFMD seperti taman permainan awam.",
"\"Masyarakat juga dinasihatkan untuk melaporkan kejadian kes HFMD yang berlaku di taska, tadika dan sekolah kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan kawalan,\" katanya."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/416372 | Cambridge Analytica nafi aktiviti ‘pasang perangkap’ | [
"Syarikat penganalisis data, Cambridge Analytica menolak video intipan oleh Channel 4 di UK yang yang mendakwa firma berkenaan terbabit dalam kegiatan “pasang perangkap” yang tidak beretika semasa pilihan raya.",
"video intipan",
"Channel 4",
"Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata laporan tersebut \"diedit dan ditulis untuk memberi gambaran salah perbualan tersebut dan bagaimana syarikat itu menjalankan perniagaannya.\"",
"Syarikat itu juga menafikan terbabit dalam aktiviti “pasang perangkap”.",
"Ia berkata kenyataan yang “menjejaskan” syarikat itu oleh para eksekutifnya tentang amalan sedemikian adalah cubaan untuk “mempermainkan” tukang atur itu dan mendedahkan niat sebenarnya setelah beliau cuba melencongkan perbualan ke arah kegiatan yang menyalahi undang-undang.",
"\"Meninjau kesahihan dan risiko reputasi berkaitan dengan projek baru adalah kritikal bagi kami, dan kami secara rutin menjalankan perbualan dengan calon pelanggan untuk mengesan sebarang niat yang tidak beretika atau tidak sah.",
"",
"Kedua-dua eksekutif Cambridge Analytica pada mesyuarat itu secara aktif menggalakkan bakal pelanggan mereka untuk mendedahkan niat masing-masing. Dia beredar dengan penuh kebimbangan dan kami tidak bertemu dengannya lagi,\" katanya.",
"Ketua Pegawai Eksekutif Cambridge Analytica, Alexander Nix kemudian dipetik sebagai berkata bahawa dirinya telah salah tafsir situasi berkenaan.",
"[Baca berita penuh]",
"[Baca berita penuh]"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/77022 | BPR: Perbualan telefon di bilik tamu Lingam | [
"\nDua pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) memberitahu suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam hari ini bahawa bilik yang kelihatan dalam klip tersebut adalah bilik tamu di rumah peguam tersebut.\n",
"\nPenolong kanan penguatkuasa BPR, Bahagian Risikan, Cawangan Bantuan Teknik, Shahadan Mohd Yatim, 53, berkata, beliau telah membandingkan gambar-gambar yang diambilnya di rumah Lingam di Kelana Jaya, dengan yang ditunjukkan dalam klip video tersebut, dan membuat kesimpulan bahawa perbualan telefon itu dibuat di tempat yang sama.\n",
"\nPegawai BPR yang mempunyai 30 tahun pengalaman itu berkata, beliau telah mengambil 17 keping gambar dalam bilik tamu rumah Lingam di Kelana Jaya pada pagi 25 Disember.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/165722 | Senator MCA: MTV saluran media maksiat? | [
"\nBantahan PAS terhadap penganjuran konsert rock MTV World Stage Live di Shah Alam menerima kecaman dari MCA yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai cubaan untuk memaksa nilai agama mereka ke atas penganut lain.\n",
"\n\nTimbalan menteri belia dan sukan, Senator Gan Ping Siew berkata, PAS juga sepatutnya tidak mengeluarkan kritikan ke atas penganjuran konsert berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar.\n",
"",
"\n\"(PAS) menggunakan prejudis mereka seperti biasa ke atas perkara yang mereka sendiri tidak faham,\" katanya yang merujuk kepada bantahan yang disuarakan ahli parlimen PAS, Khalid Samad sebelum ini.\n",
"\nKhalid sebelum ini juga turut membangkit semula pesanan yang ditinggalkan oleh almarhum Sultan Selangor yang tidak mahu Shah Alam menjadi bandar maksiat.\n",
"\nMengulas kenyataan itu, Gan berkata pandangan yang diutarakan berhubung isu berkenaan perlulah rasional dan tidak bersandarkan andaian semata-mata.\n",
"\n\nTutup semua televisyen\n\n",
"\nTutup semua televisyen\n",
"\n\"Jika kita membuat andaian bahawa menganjurkan satu acara antarabangaa di Shah Alam... Anda pasti mempunyai niat tertentu untuk fikir bahawa ia adalah satu kegiatan maksiat. Oh, tolonglah.\n",
"\n\"Adakah anda maksudkan MTV merupakan stesen media maksiat? Jadi adakah kita perlu tutup semua televisyen kita?\n",
"\n\"Ia satu kerugian kecil untuk menganjurkan kegiatan maksiat di mana sahaja di dunia, berbanding (jika) I-City atau Malaysia (membayar) harga lebih mahal,\" katanya.\n",
"\n\nKatanya lagi, timbalan menteri belia dan sukan itu juga berkata, program itu turut dipromosikan menjadi sebahagian daripada aturcara kementerian.\n",
"",
"\nSekiranya program seperti itu dipertikaikan, bagaimana pula dengan acara kebudayaan, soalnya.\n",
"\nJika ada aktiviti maksiat, atau jenayah di sini, bukan saja kerajaan negeri, kerajaan persekutuan juga tidak akan menyokongnya, kata Gan lagi.\n",
"\n\"Kadang-kadang ada orang yang hendak menunjuk-nunjuk (playing to the gallery) dan kepada orang kawasan mereka.\n",
"\n\"Macamlah (program) ini tergolong dalam perkara negatif,\" katanya dalam satu sidang media di I-City, Shah Alam hari ini.\n",
"\n\n Perkara negatif\n\n",
"\n Perkara negatif\n",
"\nKatanya, penganjur program kontroversi itu telah memastikan bahawa tiada perkara negatif seperti alkohol dan rokok dipromosikan dalam konsert berkenaan.\n",
"\n\nSementara itu, ketua pegawai eksekutif I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew berkata, beliau tidak mengetahui mengenai pesanan yang didakwa telah ditinggalkan oleh almarhum Sultan Selangor.\n",
"",
"\n\"Tapi tindakan kerajaan negeri melulurkan status taman antarabangsa kepada I-City menunjukkan mereka telah mengambil kira perkara itu,\" katanya lagi dalam sidang media sama.\n",
"\nKonsert menampilkan kumpulan rock 30 Seconds From Mars itu akan turut disiarkan melalui saluran MTV Asia Tenggara pada tengah malah 8 Ogos.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/634232 | PM tinjau lokasi tragedi banjir Baling | [
"Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa meninjau lokasi banjir puing di Kampung Iboi, Mukim Kupang di Baling. ",
"Turut hadir dalam tinjauan yang berlangsung kira-kira setengah jam itu ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mohamad Sanusi Md Nor, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. ",
"Sebaik tiba pada 12.30 tengah hari, Perdana Menteri meninjau jambatan Bailey yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya dan Angkatan Tentera Malaysia sepanjang 27.43 meter selepas titi yang menghubungkan Kampung Iboi dengan Kampung Masjid Iboi runtuh dalam tragedi itu. ",
"Ismail Sabri kemudian mendengar taklimat Pegawai Daerah Baling Mohd Shahadan Abdullah mengenai insiden banjir puing yang berlaku pada 4 Julai lepas. ",
"",
"",
"",
"Beliau juga sempat beramah mesra dengan penduduk kampung daripada pelbagai lapisan umur yang nyata teruja apabila perdana menteri sanggup meluangkan masa bersembang dan berswafoto bersama mereka. ",
"Banjir puing yang berlaku selepas hujan lebat berterusan selama tiga jam pada 4 Julai itu menjejaskan Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang di Baling. ",
"Insiden itu menyebabkan 15 keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah selain turut mengorbankan tiga sekeluarga.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/375341 | Protes bantah penjualan tapak pusat komuniti Seputeh | [
"Satu protes kecil di luar pusat komuniti Seputeh menyebabkan berlaku pertengkaran kecil antara peserta bantahan itu dengan mereka di dalam pusat tersebut hari ini.",
"Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan sekumpulan kecil penduduk memegang sepanduk semasa satu sidang media hari ini di seberang jalan dari pusat tersebut.",
"Mereka membantah penjualan tanah di mana pusat komuniti itu dibina, untuk pembangunan perumahan mampu milik.",
"Bagaimanapun, satu majlis perkahwinan sedang diadakan di pusat komuniti itu dan protes di seberang jalan itu tidak disenangi sesetengah mereka di dalam bangunan itu.",
"Beberapa orang, termasuk seorang wanita dan seorang lelaki keluar untuk berhadapan dengan peserta protes itu.",
"\"Apa perasaan kamu jika seseorang datang mengadakan protes di luar rumah kamu?\" lelaki itu bertanya kepada peserta protes itu.",
"\"Adakah ini rumah kamu? Adakah ini rumah Umno?\" salah seorang peserta protes itu bertanya.",
"\"Ya, betul,\" jawab lelaki itu.",
"Sementara itu, pada masa yang sama, wanita tadi menjerit ke arah seorang lagi peserta protes itu, dengan berkata protes itu telah mengganggu majlis perkahwinan itu.",
"[Baca berita penuh]",
"[Baca berita penuh]",
" "
] |
https://www.malaysiakini.com/news/338629 | Saya letak jawatan jika Umno masuk - Adenan Satem | [
"\nKetua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini, menegaskan bahawa beliau akan meletak jawatan sekiranya Umno masuk ke Sarawak.\n",
"\n\"Kami tidak mahu Umno masuk ke Sarawak, saya sudah bercakap dengan Presiden Umno (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak), dan Umno tidak akan datang ke Sarawak,\" ujar Adenan, memetik laporan\n\nThe Borneo Post\n\n.\n",
"\nThe Borneo Post\n",
"\n“Mereka boleh datang dan membantu untuk pilihanraya, namun mereka tidak boleh menubuhkan cawangan di Sarawak kerana Barisan Nasional sudah cukup kuat di Sarawak.\n",
"\n“Selagi saya menjadi Ketua Menteri, mereka tidak akan datang ke sini. Jik mereka datang dan membuka cawangan, saya akan letak jawatan,” kata Adenan semasa perjumpaan bersama syarikat pembalakan, Kumpulan Shin Yang Group di Miri, semalam.\n",
"\nAdenan, yang merupakan Pengerusi BN Sarawak pergi ke Sabah tidak lama dahulu kerana \"BN Sabah dalam keadaan lemah\" dan menyimpulkan BN di Sarawak sebagai \"kukuh\".\n",
"\nSejurus sebelum pilihanraya negeri Sabah pada tahun 1990, Parti Bersatu Sabah (PBDS) yang kepalai oleh ketua menteri Joseph Pairin Kitingan, meninggalkan perikatan BN. Parti itu kemudiannya memenangi pilihanraya negeri ketiga.\n",
"\nSejurus selepas kemenangan keempat pada pilihanraya 1994, yang menang dengan majoriti mudah, PBS gagal membentuk kerajaan selepas ahli-ahli parlimen PBS melompat kepada BN.\n",
"\nUmno, yang memasuki Sabah pada tahun berkenaan, mengetuai kerajaan negeri baru di bawah ketua menteri Sakaran Dandai dan sejak itu, menjadi komponen negeri yang dominen.\n",
"\nSarawak dan Sabah adalah sebahagian empat rakan kongsi saksama dalam perjanjian pembentukan Malaysia tahun 1963, dua yang lain ialah Malaya dan Singapura. Selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan tahun 1976, perjanjian dengan kerajaan negeri, Sabah dan Sarawak menjadi persekutuan.\n",
"\nDianggap 'simpanan tetap' BN, sokongan untuk kerajaan semasa di Sabah dan Sarawak berjaya menghalang kejatuhan perikatan BN dalam pilihanraya umum tahun 1999, 2008 dan 2013.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/231636 | Jalan hanyut, lalu lintas sesak 20km | [
"\nKejadian tanah runtuh membabitkan Jalan Merakau, Ranau, dekat sini malam semalam, mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk melebihi jarak 20 kilometer, bermula dari pekan Ranau hari ini.\n",
"\nKetua Polis Daerah Ranau DSP Abdul Rahman Kasim berkata kejadian dipercayai berlaku antara pukul 8 dan 11 malam tadi membabitkan bahagian jalan yang dalam pembinaan.\n",
"\nPihak berkuasa sedang membina pembentung di kawasan kejadian dan hujan lebat selama lebih tiga jam yang melanda daerah ini menyebabkan berlaku aliran air yang deras dari Gunung Kinabalu dan menghanyutkan jalan itu, katanya ketika dihubungi\n\nBernama\n\n, di Kota Kinabalu.\n",
"\nBernama\n",
"\nMenurutnya kesesakan lalu lintas itu dijangka berterusan kerana musim cuti sekolah dan orang ramai pulang ke kampung untuk menyambut pesta Kaamatan.\n",
"\n-\n\nBernama\n\n",
"\nBernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/639739 | Ketua Srikandi Bersatu Temerloh, 17 AJK letak jawatan | [
"Ketua Srikandi Bersatu Temerloh, Siti Aisyah Ismail melepaskan jawatan dalam sayap parti itu berkuat kuasa serta merta selepas berasa dipinggirkan daripada parti itu.",
"Pengumuman itu dibuat Siti Aisyah dalam sidang media di Mentakab, dekat Temerloh, petang tadi.",
"Turut mengikut jejak langkah yang sama ialah seramai 17 ahli jawatankuasa (AJK) sayap parti berkenaan.",
"Siti Aisyah berkata, surat peletakan jawatan itu sudah dihantar kepada ibu pejabat Bersatu pada 30 September dan diterima Setiausaha Bersatu Temerloh, Syed Omar Syed Abdul Aziz pada 11 Oktober lalu.",
"\"Keputusan (perletakan jawatan) dibuat selepas merasakan hak untuk menjaga ahli dan sebagai Ketua Srikandi dinafikan pimpinan atasan.",
"\"Kami sudah cuba mengadakan perbincangan dengan pimpinan Bersatu Temerloh dan Pahang sejak setahun lalu, namun tidak berhasil.",
"",
"",
"",
"\"Saya membuat keputusan ini kerana tidak mendapat kerjasama dalam menjalankan amanah diberikan dan daripada duduk, tidur lebih baik letak jawatan sahaja,\" katanya.",
"Turut meletak jawatan dalam sidang media itu ialah Pengerusi Tetap Srikandi Temerloh, Naib Ketua Srikandi Temerloh, sembilan AJK Srikandi, empat ketua Srikandi cawangan dan empat AJK Bahagian.",
"Siti Aisyah mendakwa sikap kepimpinan bahagian yang tidak boleh bertolak ansur dan 'pilih bulu' juga menyebabkan Srikandi Temerloh terasa seperti diabaikan.",
"",
"",
"",
"Bersatu Temerloh kini diterajui Mohd Yusoff Abdullah yang memangku jawatan Ketua Bahagian Tengku Azlan Sultan Ahmad Shah yang mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno pada Ogos tahun lalu.",
"Siti Aisyah bagaimanapun memberitahu dia hanya meletak jawatan sebagai Ketua Srikandi dan belum membuat keputusan untuk meninggalkan parti itu.",
"Siti Aisyah dilantik sebagai penaja Srikandi pada 2016 dan menang pemilihan parti itu pada 2020.",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/169627 | Kadar jenayah di Kelantan turun 11 peratus | [
"\n",
"\nKadar jenayah di Kelantan bagi tempoh Januari hingga semalam menurun 11 peratus atau 402 kes berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi.\n",
"\n",
"\n\"Tahun lepas, sebanyak 3,658 keseluruhan kes (untuk tempoh sama) dilaporkan dan tahun ini sehingga semalam ada sebanyak 3,256 kes, menurun 402 kes,\" katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di Kota Bharu hari ini, sempena majlis pertukaran beliau.\n",
"\n",
"\nRahim akan bertukar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan dan Latihan bermula 16 Julai ini.\n",
"\n",
"\nAbdul Rahim berkata kejadian jenayah kekerasan menurun 14 kes setakat ini kepada 450 kes berbanding 464 kes bagi tempoh sama tahun lepas.\n",
"\n",
"\nBeliau berkata jenayah harta benda menurun 388 kes daripada 3,194 kes tahun lepas kepada 2,806 kes tahun ini.\n",
"\n",
"\n-\n\nBernama\n\n",
"\nBernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/464086 | SPRM buka bilik gerakan 24 jam di Semenyih | [
"PRK SEMENYIH | Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan bagi memantau pilihan raya kecil (PRK) DUN Semenyih.",
"PRK SEMENYIH",
"Dalam kenyataannya, SPRM berkata bilik gerakan itu membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK berkenaan.",
"Bilik gerakan yang beroperasi 24 jam itu akan ditempatkan Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih. ",
"Selain itu, katanya, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada [email protected] atau menghubungi di talian.",
"[email protected]",
"Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).",
"Badan pemantau pilihan raya Bersih sebelum ini merekodkan 23 kesalahan dalam PRK Cameron Highlands bulan lalu, yang tertinggi dalam semua pilihan raya kecil sejak pilihan raya umum ke-14.",
"Antara 23 kesalahan itu, 14 dilakukan oleh BN dan lima oleh Pakatan Harapan (PH).",
"BN antara lain didakwa melakukan salahguna kuasa, sementara PH direkodkan membeli undi. ",
"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon manakala hari pengundian ditetapkan pada 2 Mac."
] |
https://www.malaysiakini.com/hiburan/377886 | Siti Saleha teruja lepas tengok abang kahwin | [
"Pelakon Siti Saleha berkata dia tergerak hati untuk mengakhiri zaman bujang selepas melihat adik beradiknya yang lain berjaya mengharungi alam perkahwinan.",
"Katanya, perubahan ketara dapat dilihat daripada aspek kematangan dan tanggungjawab mereka, terutama abangnya, Syamsul Annuar (Sam) yang juga merupakan vokalis kumpulan Bunkface.",
"Pengalaman itu menjadikan Siti Saleha berasa lebih teruja untuk melalui gerbang perkahwinan dan seterusnya menimang cahaya mata pertama.",
"\"Saya lihat perubahan ketara pada adik beradik terutama Syamsul. Cara dia mengendalikan kehidupan dan tanggungjawabnya sekarang amat berbeza.",
"\"Sebab itu saya teruja untuk melangkah ke alam perkahwinan dan menjadi seorang ibu,\" kata Siti Saleha atau nama penuhnya Siti Saleha Mohd Baharum, 27.",
"Pelakon itu ditemui pada majlis taklimat Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang diadakan di Sri Pentas, baru-baru ini.",
"",
"Heroin drama popular 7 Hari Mencintaiku itu mengakui kehidupan selepas berkahwin akan jauh berbeza terutama dari segi kebebasan dalam memilih watak ditawarkan pihak produksi.",
"Katanya, selain mengurangkan aktiviti seni bagi memfokus kepada keluarga, adalah amat penting baginya untuk tidak melanggar batas seorang isteri.",
"“Tidak boleh bebas sangat untuk pilih watak, banyak pihak perlu dihormati terutama keluarga mentua dan bakal suami.",
"“Walaupun keputusan berada di tangan saya sama ada ingin berlakon atau tidak, suami akan dimaklumkan terlebih dulu mengenai sesuatu tawaran,” kata tunang kepada Lutfi Azhar itu.",
"Siti Saleha dan Lutfi - seorang pegawai kerajaan - mengikat tali pertunangan pada majlis tertutup di kediaman keluarganya di Klang, Selangor pada 26 November lalu.",
"Sementara itu, mengenai DFKL yang bakal berlangsung pada 9 April ini, Siti Saleha dicalonkan bagi kategori Aktres Pilihan dan Pasangan Pilihan bersama Syukri Yahaya bagi drama 7 Hari Mencintaiku.",
"Katanya, setiap pelakon memerlukan pengikitirafan bagi menandakan sejauh mana keberkesanan lakonan mereka boleh dinilai, sama ada oleh panel hakim atau menerusi undian penonton.",
"\"Dicalonkan pun sudah mencukupi kerana setiap pelakon ingin diri mereka diiktiraf. Kalau daripada panel juri, ia menandakan lakonan kita bagus, bukan hanya kerana popular.",
"\"Tapi kalau undian peminat pun bagus, sebab ia dibuat berdasarkan seseorang pelakon yang dekat di hati mereka yang sentiasa menyokong kerjaya kita,\" katanya.",
" "
] |
https://www.malaysiakini.com/news/364660 | Unicef sokong Malaysia kekang jual beli bayi | [
"Sebuah agensi PBB menyokong ikrar Malaysia untuk mengkaji semula undang-undang serta proses mengambil anak angkat selepas laporan mendakwa negara ini menjadi hab kepada aktiviti pemerdagangan bayi.",
"Dalam kenyataan hari ini wakil Tabung Kanak-kanak PBB (Unicef) ke Malaysia, Marianne Clark-Hattingh berkata ada \"pelbagai kekangan\" dihadapi ibu bapa yang ingin mengambil anak angkat dan ia menyumbang kepada permintaan tinggi untuk seseorang bayi dijual.",
"\"Proses mengambil anak angkat yang panjang, dakwaan rasuah dan salah guna kuasa sesetengah pegawai kerajaan serta kakitangan pusat kesihatan swasta hanya menyebabkan lebih ramai pasangan mencari jalan alternatif dan ia memberikan peluang besar kepada sindiket berkembang,\" katanya.",
"Kenyataan itu dibuat Marianne ekoran pendedahan program 101 East oleh stesen televisyen al-Jazeera baru-baru ini.",
"101 East",
"Dalam laporannya mereka mendakwa berlaku kegiatan penjualan bayi yang meluas di Malaysia.",
"Bagaimanapun Ketua Polis Negara kemudian menafikan Malaysia menjadi hab penjualan bayi.",
"Katanya polis tidak menafikan aktiviti penjualan bayi berlaku di negara ini, namun ia tidak semudah yang dilaporkan dalam program terbitan al-Jazeera.",
"Menurut Khalid Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan tegas dan bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi bagi memastikan aktiviti pemerdagangan dan sebarang bentuk eksploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak diberi keutamaan.",
"mengambil tindakan tegas dan bekerjasama",
"Kata Marianne Unicef juga menyokong langkah kerajaan mahu mendaftarkan kanak-kanak yang tidak berdaftar.",
"\"Tanpa sijil kelahiran kanak-kanak Malaysia berdepan risiko tinggi untuk diperdagangkan atau terperangkap dalam sindiket penjualan bayi.",
"\"Unicef tetap bersedia memberikan sokongan lanjut kepada usaha Malaysia memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan lebih selamat dan bermaklumat,\" katanya.",
"Marianne turut mencadangkan Malaysia menambah baik akses terkawal kepada pendidikan seks kepada kanak-kanak dan belia bagi meningkatkan kefahaman mereka kepada isu berkenaan.",
"\"Komunikasi antara ibu bapa dan anak dalam hal hubungan antara lelaki dan wanita serta isu seks juga penting supaya mereka boleh membuat pilihan berdasarkan maklumat mencukupi dan sedia mengadu kepada ibu bapa ketika berdepan masalah atau bahaya,\" katanya.",
"[Baca berita penuh]",
"[Baca berita penuh]"
] |
https://www.malaysiakini.com/hiburan/516635 | Balai Seni Negara batal KUL Biennale 2020 | [
"Balai Seni Negara membatalkan penganjuran Kuala Lumpur Biennale 2020 (KUL Biennale 2020) yang dijadualkan berlangsung pada September 2020.",
"Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Amerrudin Ahmad menyatakan bahawa pihaknya dengan rasa berat hati membatalkan penganjuran KUL Biennale 2020 ketika negara sedang giat mengekang penularan Covid-19.",
"\"Demi kemashalatan dan kesejahteraan kesihatan langkah ini terpaksa di ambil.",
"\"Ini adalah selaras dengan pembatalan Kempen Melawat Malaysia (VM2020) oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berikutan dengan impak penularan wabak Covid-19.",
"\"Ia memberi kesan serta menjejaskan sektor pelancongan dunia secara keseluruhannya kerana penganjuran KUL Biennale 2020 melibatkan penyertaan penggiat seni visual Malaysia dan antarabangsa,\" katanya dalam satu kenyataan.",
"Balai Seni Negara juga mengambil kesempatan sama untuk menyeru peserta KUL Biennale 2020, penggiat industri seni visual dan rakan kerjasama KUL Biennale 2020 agar memberikan fokus dalam usaha negara menangani wabak berkenaan."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/260798 | Mosti nafi beri geran kontroversi, edar senarai | [
"\nKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menafikan mengeluarkan dana RM100 juta kepada sebuah syarikat menerusi geran kajian dan penyelidikan (R&D) seperti didakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.\n",
"\nTimbalan Menterinya Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata, walaupun menerima surat 'pertimbangan' daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM), sesebuah syarikat perlu memohon dan menepati syarat MOSTI terlebih dahulu.\n",
"\n\"Surat pertimbangan ini biasa. Orang kampung pun bagi. Tapi kena ikut syarat dulu.\n",
"\n\"Sampai sekarang syarikat NSE Resources Corporation tak pernah pun memohon dana daripada kita,\" kata beliau dalam sidang media di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil hari ini.\n",
"\nAbu Bakar berkata, MOSTI langsung tidak pernah menyembunyikan sebarang penerima dana kementerian itu.\n",
"\nMalah beliau turut mengedarkan tiga jilid buku tebal yang memberi maklumat teliti mengenai kesemua 4,566 penerima dana bernilai RM 2.9 bilion bawah MOSTI dalam Rancangan Malaysia ke-9.\n",
"\nRafizi sebelum ini mendakwa berlaku penyalahgunaan geran R&D bernilai RM100 juta apabila dianugerahkan untuk sebuah projek komersial.\n",
"\nBeliau malah mengaitkan perdana menteri dalam kes itu yang didakwa mengeluarkan 'arahan' berkaitan.\n",
"\n\n'Maaf 1,000 kali di FB'\n\n",
"\n'Maaf 1,000 kali di FB'\n",
"\nAbu Bakar berkata, MOSTI menetapkan beberapa syarat utama serta menggunakan penilaian pakar bebas sebelum memanggil syarikat membuat pembentangan kepada kementerian bagi memastikan mereka layak.\n",
"\n\"Antara syarat utama kita adalah kuantum maksimum dana sebanyak RM3 juta. Tak boleh lebih kecuali agensi\n\nflagship\n\nMOSTI. Dan bukan dapat semua sekali gus.\n",
"\nflagship\n",
"\nJusteru beliau mahu Rafizi menarik balik dan memohon maaf kepada MOSTI kerana membuat dakwaan yang tidak benar kepada kementerian.\n",
"\nBagaimanapun Abu Bakar berkata tidak mempunyai rancangan untuk membuat sebarang tindakan undang-undang setakat ini.\n",
"\n\"Dia (Rafizi) boleh tulis (maaf) di Facebook dia seribu kali,\" seloroh beliau.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/223837 | Penyokong PKR berang polis cuba tahan Tian Chua | [
"\nSatu perang mulut tercetus pagi ini di antara penyokong PKR dan polis yang cuba menahan naib presiden PKR Tian Chua sebelum pendakwaan dilakukan ke atas MP berkenaan di mahkamah.\n",
"\n\nKejadian itu berlaku ketika Tian sedang minum bersama peguam dan penyokong di kantin Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, sementara menunggu arahan daripada mahkamah berhubung pendakwaan berkenaan.\n",
"",
"\nSeramai kira-kira lapan orang pegawai polis muncul pada kira-kira jam 9.45 pagi dan meminta Tian masuk ke lokap sebelum pendakwaan.\n",
"\n\nPeguam Tian, Latheefa Koya, N Surendran dan Eric Paulsen membantah permintaan itu.\n",
"",
"\nKejadian tersebut menyebabkan kumpulan penyokong PKR berang dan menengking pegawai polis berkenaan.\n",
"\nPenyokong berkenaan berkata, polis tidak bertindak dengan adil memandangkan pemimpin Umno dan PERKASA sebelum ini tidak dikenakan tindakan serupa.\n",
"\n\nSeorang pegawai berkenaan, ASP Wong Chee Mean, dari jabatan siasatan jenayah Johor Selatan, kemudiannya menjelaskan kepada kumpulan berkenaan bahawa mereka tidak berniat untuk menggari dan menahan Chua di dalam lokap, tetapi hanya untuk mengiringi MP berkenaan ke bilik polis di kompleks tersebut.\n",
"",
"\nIa tetap dibantah peguam, Latheefa, yang berkata tindakan berkenaan boleh dianggap sebagai tindakan penahanan Chua kerana mengehadkan pergerakan merupakan penahanan.\n",
"\nKatanya, Tian bekerjasama dengan polis dan tidanakan seperti itu bermaksud untuk memalukan pemimpin PKR tersebut.\n",
"\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n",
"\n\n[Baca berita penuh]\n\n",
"\n[Baca berita penuh]\n",
"\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/615260 | Sidang DUN N Sembilan tangguh, speaker dan timbalan positif Covid-19 | [
"Persidangan pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang ke-14 ditangguhkan ke suatu tarikh baru berikutan Yang Dipertua DUN Datuk Zulkefly Mohamad Omar dan Timbalan Datuk M Ravi disahkan positif Covid-19.",
"Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata beliau dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Razali Ab Malik telah menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi memaklumkan perkara itu serta mendapatkan perkenan penangguhan persidangan kali ini, pagi tadi.",
"Beliau berkata persidangan DUN negeri itu sepatutnya dijadual bermula hari ini hingga Khamis dimulakan dengan acara perasmian pembukaan persidangan oleh Tuanku Muhriz.",
"“Selain kedua mereka (Zulkefly dan Ravi), terdapat 23 petugas termasuk ketua jabatan di negeri ini dijangkiti Covid-19. Penangguhan persidangan DUN ini pertama kali berlaku di negeri ini, disebabkan pandemik.",
"“Jika ikut peraturan, Yang Dipertua DUN sementara boleh dilantik tetapi memandangkan ramai petugas dewan dijangkiti Covid-19 jadi persidangan terpaksa ditangguhkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.",
"Aminuddin berkata selain itu terdapat Rang Undang-Undang (RUU) Pemegangan Tanah Adat 2022 dan Penggubalan RUU Majlis Perbandaran Jempol 2022 akan dibentangkan pada persidangan kali ini dan memerlukan kehadiran Yang Dipertua DUN dan Timbalannya itu.",
"Dalam pada itu, kerajaan negeri juga mendapat kerjasama daripada Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan bagi menyediakan perkhidmatan jurubahasa isyarat untuk memastikan golongan orang kurang upaya itu dapat mengikuti perkembangan persidangan DUN kali ini.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/84179 | Biar kabinet tentukan bonus Petronas | [
"\nPetronas dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) harus memaklumkan laporan keuntungannya sebelum kabinet memutuskan jumlah bonus kepada pegawai-pegawainya, saran ahli majlis tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.\n",
"\n\"Janganlah terlalu dipentingkan keuntungan beratus-ratus juta (ringgit) GLC sehingga rakyat di bawah menderita.\n",
"\n\"Apa penting diumumkan keuntungan besar syarikat ini tetapi rakyat tidak merasai apa-apa?\" katanya, mengulas kenaikan mendadak harga minyak minggu lepas.\n",
"\n\"Petronas dan semua GLC negara perlu mengumumkan keuntungan kepada kabinet sebelum kabinet memutuskan jumlah bonus yang perlu di berikan kepada mereka. Masa ini semua pengurusan (keuntungan) GLC dilakukan oleh CEO masing-masing.\"\n",
"\nTambah bekas menteri besar itu, pegawai GLC menikmati bonus besar sehingga sembilan bulan tetapi keuntungan syarikat-syarikat itu tidak disumbangkan kepada kumpulan wang disatukan negara.\n",
"\n\"Pengalaman saya di Selangor, semua GLC hendaklah menyumbang kepada (kumpulan) wang disatukan negeri sebagai satu punca pendapatan, sama ada secara terus atau melalui tabung tertentu,\" katanya di blog peribadinya.\n",
"\n\"Jika GLC ingin memberikan bonus kepada kakitangan, mereka perlu membuat sumbangan kepada kerajaan negeri, di samping menyelesaikan pinjaman mengikut jadual.\"\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/532013 | Ismail: Kerajaan tegas sekat kemasukan pelarian Rohingya | [
"Kerajaan tegas dengan pendirian untuk menyekat kemasukan pelarian Rohingya ke negara ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob. ",
"Beliau berkata kerajaan juga masih kekal dengan pendirian bahawa penyelesaian terbaik adalah untuk menghantar mereka pulang dengan Kementerian Luar telah diminta untuk berbincang mencari jalan bagi merealisasikan perkara itu. ",
"\"Kita juga minta Kementerian Luar untuk berbincang dengan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana banyak negara di dunia yang bercakap tentang kemanusiaan, namun tidak menerima mereka. ",
"\"Jika benar mereka memperjuangkan isu kemanusiaan, saya cabar mereka untuk ambil Rohingya di Malaysia kerana mereka ini banyak mempersoalkan dan mengkritik kita,\" katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Ramah Mesra di Felda Chini 3 di Pekan, hari ini. ",
"Ismail Sabri juga tidak menolak kemungkinan layanan baik Malaysia sebelum ini menyebabkan negara ini menjadi pilihan pendatang Rohingya. ",
"Beliau berkata masalah pendatang Rohingya yang dianggarkan seramai 200,000 orang di negara ini akan selesai jika semua negara maju yang lantang mengkritik Malaysia mengambil ‘serba sedikit’ pelarian itu untuk dibawa ke negara masing-masing. ",
"\"Kita beri layanan yang baik daripada aspek kemanusian, malah kita antara yang terbaik di dunia. Jika ada bencana di negara lain, kita yang pantas menghulurkan sumbangan dan bantuan. ",
"Namun jangan disebabkan kita bersikap baik, seluruh dunia menolak isu Rohingnya ini kepada Malaysia untuk diselesaikan,\" katanya. ",
"Selain itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan memberi jaminan kerajaan akan terus memperketatkan sempadan negara termasuk di ‘laluan tikus’ yang menjadi laluan masuk pendatang asing tanpa izin bagi memastikan Malaysia tidak terus menjadi lokasi tumpuan warga asing. ",
"-Bernama",
"Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/sukan/386256 | Cabaran Malaysia bermula esok di Brussels | [
"Keengganan kuasa besar hoki dunia mengadakan perlawanan persahabatan tidak mematahkan semangat Malaysia bagi menghadapi tugas getir untuk layak ke Piala Dunia 2018 dalam kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Wanita Dunia (WHWL) bermula di Brussels, Belgium, esok.",
"Skuad wanita negara di bawah bimbingan Muhammad Dharmaraj Abdullah berlepas ke Amsterdam, Belanda, pada 12 Jun lepas untuk tiga perlawanan persahabatan sebelum ke Brussels pada Sabtu lepas untuk satu lagi perlawanan persahabatan dengan pasukan tuan rumah.",
"Walaupun tiba awal di Brussels, Muhammad Dharmaraj kecewa apabila pasukannya tidak dapat mengadakan perlawanan persahabatan dengan Belgium, sebaliknya hanya diberi peluang menentang skuad bawah 21 tahun negara itu.",
"\"Sejak tiba di Brussels, kami mendapati banyak perlawanan persahabatan antara pasukan-pasukan utama dunia tetapi tiada siapa hendak bermain dengan kita,” katanya menerusi aplikasi Whatsapp kepada Bernama hari ini.",
"Dalam perlawanan dengan skuad Belgium bawah 21 tahun itu, Malaysia menang 4-1.",
"Pengalaman dipandang sepi oleh pasukan utama dunia telah menguatkan semangat jurulatih itu untuk membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia juga mempunyai sebuah pasukan yang handal dan pemain bertaraf antarabangsa.",
"\"Kami akan menampilkan aksi yang berani dan tidak peduli dengan pandangan pasukan lawan yang boleh menanggap kami sebagai pasukan belasahan. Kami juga tidak akan bermain secara defensif,”katanya,",
"Dalam saingan Kumpulan B, Malaysia akan membuka kempen dengan menentang naib juara Piala Dunia 2014, Australia, esok pada jam 4 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia) diikuti Sepanyol pada Khamis, Belgium (Sabtu) dan New Zealand pada 27 Jun.",
"Mengikut ranking dunia, Australia berada di tangga keempat, New Zealand (5), Sepanyol (10), Belgium (14) dan Malaysia menduduki ranking ke-22.",
"Skuad wanita negara harus mendapatkan sekurang-kurangnya satu kemenangan di peringkat kumpulan untuk membolehkan mereka melangkah ke saingan suku akhir.",
"Kejayaan melangkah ke saingan suku akhir bermakna peluang Malaysia untuk beraksi dalam Piala Dunia tahun depan lebih terjamin.",
"-Bernama",
"-Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/482464 | Pensyarah dakwa diugut lepas berbalah dengan Kadir | [
"Seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendakwa menerima ugutan daripada pihak tertentu selepas berlaku perbalahan di laman Facebook dengan penulis blog, A Kadir Jassin. ",
"Perbalahan berkaitan isu Khazanah Nasional dan penjualan aset negara turut menarik perhatian bekas Perdana Menteri Najib Razak. ",
"Malaysiakini merangkumkan perbalahan selama tiga hari itu sebelum memasukkan beberapa perkara sebagai konteks.",
"Malaysiakini",
"Rangkuman",
"Rangkuman",
"Kejadian itu bermula apabila pensyarah sains politik UKM, Abdul Muein Abadi membuat hantaran di Facebook pada Selasa mendakwa kerajaan Pakatan Harapan telah menjual lebih RM20 bilion aset negara.",
"Beliau menyenaraikan penjualan pelaburan Khazanah di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), termasuk penjualan syarikat insurans Turki Acibadem Sigort; Axiata milik syarikat telco M1 kepada Singapura; saham Tenaga Nasional Berhad; dan saham CIMB. ",
"\n",
" iframe> ",
" iframe> ",
" iframe> ",
" iframe>",
" iframe>",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/591801 | Gimnasium boleh kembali beroperasi kecuali di negeri Fasa 1 | [
"Semua pusat gimnasium, kecuali di negeri yang masih berada dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), kini dibenarkan kembali beroperasi, namun terhad untuk penggunaan individu yang telah melengkapkan vaksinasi Covid-19.",
"Perkara itu dinyatakan dalam kemas kini prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dimuat naik di telegram rasmi mereka.",
"Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu dalam perkongsian di laman Twitter mengingatkan semua pihak supaya mengikuti SOP yang ditetapkan.",
"“Gimnasium kini dibuka untuk operasi. Sila ikuti SOP dan terutamanya garis panduan pengudaraan. Nikmati kehidupan sihat,” katanya sambil berkongsi infografik MKN yang dikemas kini semalam.",
"Mengikut SOP itu, pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi tertutup (indoor) dibenarkan dalam Fasa Dua dan Tiga PPN, dengan pematuhan 50 peratus kapasiti penggunaan atau kawasan dengan kawalan penyeliaan.",
"Kehadiran pekerja pula adalah tidak melebihi 60 peratus tenaga kerja merangkumi pengurusan dan operasi untuk Fasa Dua dan 80 peratus untuk Fasa Tiga.",
"Hanya individu yang telah lengkap vaksinasi boleh menggunakan kemudahan itu dan mereka dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi aktiviti tersebut dengan pematuhan SOP yang ketat.",
"Bagaimanapun, pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi terbuka (outdoor) dan tertutup awam adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau pihak berkuasa berkaitan.",
"Sementara itu, di bawah Fasa Empat PPN semua fasiliti sukan dan rekreasi komersial adalah dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100 peratus merangkumi penggunaan pelanggan atau pengguna dan kehadiran pekerja.",
"Waktu operasi pula adalah tertakluk kepada syarat lesen, sementara pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi awam di Fasa Empat juga tertakluk kepada PBT dan pihak berkuasa berkaitan.",
"Manakala di bawah Fasa Satu PPN, pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi tertutup, kecuali gimnasium dan pusat kecergasan, dibenarkan dengan pematuhan 50 peratus kapasiti penggunaan atau kawasan dengan kawalan penyeliaan.",
"Kehadiran pekerja pula dibenarkan tidak melebihi 60 peratus, merangkumi pengurusan dan operasi.",
"-Bernama",
"-Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/78242 | Anwar: Pembangkang akan nafi majoriti 2/3 BN | [
"\nKetua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin barisan pembangkang mampu menafikan Barisan Nasional (BN) kemenangan dua pertiga dalam pilihanraya umum kali ini.\n",
"\nUntuk itu, parti-parti pembangkang perlu memenangi sekurang-kurangnya 75 daripada 222 kerusi Parlimen.\n",
"\nDalam temubual dengan\n\nMalaysiakini\n\nhari ini, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, PKR yakin akan memenangi 25 hingga 30 kerusi Parlimen.\n",
"\nMalaysiakini\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/613417 | Kes amang seksual: Mahkamah benar bekas pengetua maahad tahfiz diikat jamin | [
"Mahkamah Tinggi di Ipoh hari ini membenarkan bekas pengetua sebuah maahad tahfiz, Azizul Yahya, dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan kes amang seksual dihadapinya sebelum ini.",
"Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed memutuskan demikian selepas mendengar permohonan peguam Mohd Hafiz Jalaludin yang mewakili Azizul selepas permohonan sebelum ini ditolak di Mahkamah Sesyen di sini.",
"Pada 28 Jan lepas, Mahkamah Sesyen tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan peguam mewakili Azizul ketika itu Muhamad Shahrul Nizam Mohd Radi, memaklumkan pihaknya akan menfailkan semakan terhadap keputusan tersebut ke Mahkamah Tinggi.",
"Abdul Wahab turut mengenakan beberapa syarat ke atas Azizul, 30, termasuk menyerahkan pasportnya kepada mahkamah atau pihak polis, dan melapor diri ke balai polis terdekat di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah sebelum setiap 3 hari bulan.",
"Beliau juga mengarahkan tertuduh supaya tidak mendekati kanak-kanak yang menjadi mangsa dalam semua pertuduhan yang dikenakan pada jarak satu kilometer.",
"-- LAGI",
" ",
"MAHKAMAH-AMANG SEKSUAL 2 (AKHIR) IPOH",
" ",
"Abdul Wahab berkata jaminan yang diberikan akan terbatal dan tertuduh akan direman semula sekiranya melanggar syarat jaminan dan menetapkan 29 April sebagai tarikh sebutan semula kes.",
"Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fajrul Shihar Abu Samah, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hafiz Jalaludin.",
"Pada 28 Jan lepas, Azizul mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani di Mahkamah Sesyen.",
"Mengikut kertas pertuduhan, Azizul menghadapi 14 pertuduhan melakukan amang seksual terhadap lima pelajar berusia antara 13 dan 15 tahun manakala satu pertuduhan menunjukkan video lucah kepada mangsa yang sama.",
"Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah maahad tahfiz di Batu Gajah antara Februari sehingga Oktober 2021 mengikut Seksyen 14(a), 14(b), 14(d) dan 15 (e) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/254960 | PERKASA tubuh badan alternatif NUCC | [
"\nNGO pendesak Melayu, PERKASA mahu menubuhkan 'Front Perpaduan Nasional' sebagai suara alternatif akar umbi bagi mencapai perpaduan nasional.\n",
"\nIa ditubuhkan sebagai alternatif kepada Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (NUCC), kata Pengerusi Biro Perhubungan Awam dan Perpaduan PERKASA, Datuk Mat Rabi Abu Samah.\n",
"\nMenurutnya, perkara itu perlu kerana mereka kurang yakin dengan ahli NUCC yang dianggap kurang efektif.\n",
"\n\"Ahli-ahli NUCC tak beri keyakinan untuk capai matlamatnya.\n",
"\n\"Sungguhpun cadangan kerajaan (tubuhkan NUCC) itu baik tapi komposisi ahlinya menunjukkan ia takkan efektif.\n",
"\n\"Ada ahlinya yang tak percaya prinsip negara? bagaimana?\" Kata Mat Rabi dalam sidang media di ibupejabat PERKASA hari ini.\n",
"\n",
"\nMenurut Mat Rabi, PERKASA akan bertemu dengan NGO Melayu Islam yang lain sebelum akhir bulan ini bagi membincangkan idea dan metodologi front tersebut.\n",
"\n",
"\nKemudian beliau akan menjemput NGO bukan Melayu lain untuk bersama dengan front yang bakal diterajui Perkasa itu.\n",
"\n",
"\n\"Kami akan turut mencadangkan satu nama yang sesuai sebagai ketua. Namun kami hanya umumkan pada masa yang sesuai,\" kata beliau.\n",
"\n",
"\nDitanya sama ada PERKASA bimbang dengan anggapan negatif dari NGO lain dan orang ramai yang menentang cadangan ini, Mat Rabi berkata, PERKASA akan terus berjuang dengan perjuangan mereka.\n",
"\n",
"\nBeliau menjangka tiga perempat NGO akan menyertai front ini.\n",
"\n",
"\n\"Setuju atau tidak, rancangan ini akan tetap berjalan. Kami sentiasa bergerak ke hadapan walaupun berdepan pelbagai halangan.\n",
"\n",
"\n\"Mungkin kerajaan sendiri akan bagi komen negatif tapi kami buat juga,\" katanya.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/246314 | PAS: Minta maaf kerana politikkan kalimah Allah | [
"\n\nVIDEO l 3:24 minit\n\n",
"\nVIDEO l 3:24 minit\n",
"\nKerajaan perlu meminta maaf kepada umat Islam dan menarik balik kenyataan memburukkan PAS apabila mereka sendiri membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible di Sabah dan Sarawak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.\n",
"\n\n\"Apa isunya sebelum ini apabila kerajaan menuduh PAS sedangkan kerajaan sendiri membenarkannya?\n",
"",
"\n\"Kerajaan BN perlu tarik balik semua kenyataan yang memburukkan PAS kerana kerajaan sendiri membenarkan kalimah Allah (digunakan dalam Bible),\" katanya pada sidang media di lobi Parlimen petang tadi.\n",
"\nMenurutnya, keizinan menggunakan kalimah itu dalam Bible untuk penganut Kristian di Sabah dan Sarawak selepas pilihan raya umum selesai tetapi mengheret kes penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan\n\nThe Herald\n\nsehingga ke mahkamah rayuan di semenanjung adalah bukti jelas kedua-dua keputusan itu dibuat berasaskan sentimen politik.\n",
"\nThe Herald\n",
"\n\"Orang Melayu kena faham dalam pilihan raya tempoh hari mereka telah ditipu oleh Umno dan macai-macai Umno,\" kata Mahfuz.\n",
"\nBercakap lanjut, Mahfuz berkata keizinan tersebut juga bertentangan dengan dakwaan kerajaan yang mereka akan mempertahankan kalimah Allah yang merupakan milik eksklusif umat Islam di Malaysia.\n",
"\n\"Di mana pula hak eksklusif orang Islam di Sabah dan Sarawak?\" tanya Mahfuz secara sinis.\n",
"\nSidang media itu adalah susulan kepada tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang mengelak untuk mengaku kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan di Sabah dan Sarawak sewaktu menggulung perbahasan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat petang tadi.\n",
"\nBeliau diasak berulang kali oleh Mahfuz, MP Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof dan MP Batu, Tian Chua yang menggesa Jamil mengaku secara terus terang yang kabinet membenarkan perkara itu.\n",
"\nJamil sebaliknya berulang kali sekadar menyebut ketetapan itu mempunyai kaitan dengan Penyelesaian 10 Perkara yang telah dipersetujui kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.\n",
"\n\"Untuk Sabah dan Sarawak kita tengok ada kaitan dengan 10\n\nPoints Solution\n\n.\n",
"\nPoints Solution\n",
"\n\"Yang telah diputuskan mahkamah adalah berdasarkan majalah\n\nThe Herald\n\nyang dipohon pihak gereja Katolik yang beralamat di Petaling Jaya,\" katanya.\n",
"\nThe Herald\n",
"\nBN dalam pilihan raya umum lalu menggunakan isu kalimah Allah sebagai salah satu bahan kempen mereka.\n",
"\nMereka mendakwa PAS terpaksa berkompromi dengan DAP apabila bersetuju agar nama Allah dikongsi bersama penganut-penganut agama lain.\n",
"\nTerbaru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tulisan di blognya sempena sambutan Awal Muharram berikrar akan terus mempertahankan kalimah Allah walaupun kabinet yang diketuainya membenarkan ia digunakan dalam Bible berbahasa Melayu di Sabah dan Sarawak.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/223061 | IGP: Kawasan operasi diperluas untuk buru musuh | [
"\nKetua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata pasukan keselamatan kita memperluaskan kawasan operasi bagi memburu penceroboh yang lolos dari Kampung Tanduo ke kawasan berhampiran.\n",
"\n“Pasukan keselamatan sedang mengesan pergerakan mereka dan akan mengambil tindakan untuk respon kepada situasi.\n",
"\n“Kemungkinan pembersihan dan penggeledahan ini terpaksa diperluaskan dari sasaran asal, memandangkan terdapat tanda-tanda bahawa penceroboh telah bergerak ke satu lokasi yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.\n",
"\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n",
"\n\n[Baca berita penuh]\n\n",
"\n[Baca berita penuh]\n",
"\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/460617 | M'sia rancang langkah tingkat eksport minyak sawit ke pasaran baru | [
"Malaysia sedang mengambil langkah untuk meningkatkan eksport minyak sawit, termasuk membuka pasaran baharu di Turki, Iran dan Pakistan, kata Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.",
"Beliau berkata negara berkenaan adalah penting, terutamanya Turki yang menjadi pintu masuk ke pasaran Kesatuan Eropah.",
"“Saya akan berlepas dengan penerbangan ke Pakistan lewat hari ini untuk menghadiri Persidangan Minyak Makan Pakistan dan selepas itu, melawat Iran dan Turki untuk menjalin hubungan dengan menteri perdagangan dan menteri kesihatan masing-masing,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada Seminar Unjuran dan Kajian Semula Ekonomi Minyak Sawit 2019 hari ini.",
"Sementara itu, Shamsul Iskandar berkata surat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron adalah langkah pertama dalam perjuangan Malaysia untuk mendukung kebenaran dan menghentikan kempen antiindustri minyak sawit.",
"Semalam, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata Malaysia telah menyerahkan surat kepada Duta Perancis Frédéric Laplanche pada 14 Jan, menjelaskan pendiriannya berhubung keputusan Dewan Negara Perancis pada 19 Dis, 2018, untuk mengubah status minyak sawit sebagai bahan mentah untuk biodiesel dan menghentikan insentif cukai bagi minyak sawit pada 2020.",
"“Kami tidak akan berdiam diri dan akan berjuang habis-habisan untuk bercakap perkara sebenar. Kajian oleh Bank Dunia menunjukkan penanaman kelapa sawit telah membantu usaha membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan antara masyarakat bandar dan luar bandar,” kata Shamsul Iskandar.",
"Berhubung kajian mengenai industri minyak sawit oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang diterbitkan baru-baru ini, beliau berkata Malaysia mahu badan dunia itu menarik balik dan membuat pembetulan terhadap dakwaannya yang menyamakan pemasaran minyak sawit seperti perbuatan melobi oleh pihak industri tembakau dan alkohol.",
"“Amat terganggu apabila WHO menyamakan perbuatan melobi untuk minyak sawit sama seperti yang dilakukan untuk tembakau dan alkohol. Ia tidak benar. Sebagai badan dunia, WHO sepatutnya bersikap profesional dan bertanggung jawab dengan kenyataanya. Kami akan menggunakan semua saluran supaya laporan salah di dalam bulletin badan dunia itu ditarik balik dan dibetulkan,” katanya.",
"-- Bernama",
"-- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/211734 | Bekas ahli Usno dipelawa sertai PAS | [
"\nPAS Sabah mempelawa semua bekas ahli Usno untuk menyertai parti itu untuk merealisasikan sebuah 'perjuangan berasaskan keadilan dan kesejahteraan rakyat negeri itu'.\n",
"\nKetika membuat pelawaan tersebut, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah berkata parti itu telahpun menerima banyak permohonan dari bekas ahli Usno, khususnya dari daerah Tawau.\n",
"\nDalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, pihaknya PAS Sabah telah menghantar permohonan mereka untuk menjadi ahli PAS kepada ibupejabat PAS pusat.\n",
"\n\n\"Terdapat sejumlah ahli Usno dari Sandakan dan Kota Kinabalu yang juga telah mengisi borang keahlian PAS dan telah diterima menjadi ahli,\" katanya.\n",
"",
"\nHamzah (\n\nkanan\n\n) berkata, perjuangan PAS mempunyai banyak persamaan dengan Usno di mana asas perjuangan kedua-dua parti ini adalah berdasarkan kepada keadilan sejagat.\n",
"\nkanan\n",
"\n\"Allahyarham Tun Mustapha, pengasas Usno dan Bapa Kemerdekaan Sabah mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan Allahyarham Datuk Yusof Rawa, presiden PAS kelima selepas Datuk Asri Muda,\" katanya.\n",
"\nBeliau berkata, allahyarham Tun Mustapha juga mempunyai hubungan yang baik dengan Subky Latiff, seorang wartawan dan penulis terkenal, yang juga merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor.\n",
"\nMenurutnya, Umno pernah melukakan hati allahyarham Tun Mustapha sewaktu parti itu hendak memulakan langkah mengembangkan sayapnya ke Sabah.\n",
"\nOleh itu, Hamzah mendakwa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Istana Tun Mustapha di Kudat kelmarin \"tidak lebih hanya sebagai sebuah lakonan dan helah yang agendanya cuba melunakkan hati para penyokong dan ahli Usno\".\n",
"\n\"PAS Sabah menasihatkan para penyokong serta ahli Usno agar 'tidak jatuh di lubang yang sama sebanyak dua kali'.\n",
"\n\"Insiden yang pernah menimpa Usno juga telah dialami PAS di mana PAS yang telah berkorban dengan menyertai BN atas pelawaan Umno pada tahun 1974, akhirnya ditendang keluar oleh Umno apabila merasakan Umno tercabar dengan kekuatan PAS yang semakin meningkat,\" dakwanya.\n",
"\nHamzah mendakwa, Usno juga 'pernah ditendang keluar oleh Umno' kerana parti itu membangkitkan isu penyerahan Pulau Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.\n",
"\nSehubungan itu, katanya, PAS bersedia mempertimbangkan cadangan bagi meletakkan beberapa bekas pemimpin Usno sebagai calon untuk pilihan raya umum ke-13.\n",
"\n\"PAS Sabah telahpun bermesyuarat sebelum ini dan bakal mengumumkan keputusannya pada masa yang sesuai,\" tambah Hamzah.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/sukan/383924 | Pendaki tertua M'sia dijangka tiba hari ini | [
"Pendaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng yang dimasukkan ke hospital di Nepal setelah mengalami sakit dada yang teruk pada 20 Mei lepas dalam cubaan mendaki Gunung Everest, dijangka tiba di tanah air hari ini.",
"Pegawai Perhubungan Awam Lions Mount Everest Expedition (MEE) Sherine Leong berkata Lee, 69, dijangka tiba pada 8 malam hari ini dengan pesawat Malaysia Airlines.",
"Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata Lee dijangka bertolak dari Kathmandu pada 1.05 tengah hari waktu tempatan dan beliau dilaporkan berada dalam keadaan sihat.",
"Bernama",
"Pada 20 Mei lepas, Lee sepatutnya mendaki ke Kem 3 dan seterusnya ke puncak gunung tertinggi dunia itu dari Kem 4 sebelum diterbangkan dengan helikopter ke sebuah hospital di Kathmandu.",
"Beliau dilaporkan mula mengalami sakit dada dan kesukaran bernafas ketika berada di Kem 2.",
"Dalam percubaannya untuk mendaki Gunung Everest pada Mei tahun lepas, Lee terpaksa membatalkan pendakian itu pada peringkat akhir di Kem 3 pada ketinggian 7,200 meter, berikutan cuaca buruk. Gunung Everest adalah gunung tertinggi dunia, dengan ketinggian 8,848 meter.",
"Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) adalah rakan media misi berkenaan, yang dikenali sebagai Ekspedisi Gunung Everest (MEE) Lion 2017, anjuran Lions Club Port Dickson Pantai.",
"Lee membawa dua mesej penting iaitu untuk memberi inspirasi kepada masyarakat di setiap peringkat umur supaya memanfaatkan kesihatan yang baik untuk terus aktif, dan menarik perhatian terhadap perlunya memelihara alam sekitar.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/446166 | Masyarakat Orang Asli PD idam kemudahan internet laju | [
"Liputan internet serta akses telekomunikasi lebih baik merupakan antara permintaan penduduk Kampung Orang Asli Bukit Kepong di Port Dickson yang berusia 108 tahun memandangkan ia merupakan satu keperluan pada masa kini.",
"Tok Batin kampung berkenaan Omar Goming, 61, berkata kedudukan kampungnya yang terletak di selatan Port Dickson dan di kelilingi bukit-bukau itu menyebabkan kurangnya liputan internet dan akses telekomunikasi.",
"“Ini menyukarkan urusan komunikasi dengan dunia luar khususnya ketika menghadapi kecemasan. Kita mintalah supaya dibina satu pencawang telekomunikasi di sini bagi meningkatkan lagi akses internet dan liputan dan ia merupakan masalah yang sekian lama kita hadapi meskipun telah berkali-kali membangkitkannya.",
"“Kami berharap kerajaan dapat membina pencawang (telekomunikasi) sebab kampung ini ada masalah akses internet dan komunikasi untuk kemudahan penduduk kampung,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.",
"Kampung Bukit Kepong yang berkeluasan 35.49 hektar dan merupakan kawasan eko-pelancongan yang menawarkan produk inap desa berkonsepkan chalet dan produk kraftangan untuk masyarakat luar, kini mempunyai lebih daripada 170 orang penduduk.",
"Sebagai kawasan tumpuan pelancong khususnya daripada China, Singapura, Jepun, India dan Amerika Syarikat, kampung berkenaan sepatutnya mempunyai liputan internet yang baik sekaligus dapat meningkatkan lagi imej produk pelancongan di Negeri Sembilan.",
"Kampung Bukit Kepong yang dilengkapi dengan sebuah balai raya, balai rawatan, balai adat dan perpustakaan desa, turut mempunyai 31 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibangunkan kerajaan.",
"Kebanyakkan penduduk kampung berkenaan kata Omar menjalankan aktiviti pertanian tanaman kontan dan perladangan selain sebahagian daripadanya bekerja di bidang perhotelan di Port Dickson.",
"Sementara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan dan Melaka, Haslin Abdul Razak berkata masalah internet Kampung Bukit Kepong yang pernah dinobatkan naib johan dalam Anugerah Desa Sejahtera 2014 perlu diatasi untuk mempromosikan lagi kampung berkenaan.",
"“Kampung ini yang dicalonkan sebagai kampung eko-pelancongan tak ada pencawang. Jadi kita harap kampung ini dapat bantuan untuk pembinaan pencawang supaya banyak aktiviti dapat ditingkatkan dalam mempromosikan kampung ini,” katanya.",
"Sementara itu Haslin berkata jika isu yang melanda Kampung Bukit Kepong ialah masalah telekomunikasi, di Kampung Orang Asli Sunggala pula ia melibatkan isu perparitan, baik pulih rumah dan pembinaan rumah baharu.",
"Negeri Sembilan mempunyai sebanyak 69 buah perkampungan Orang Asli dengan daerah Jempol dan Jelebu merekodkan penduduk Orang Asli terbanyak.",
"Daerah Port Dickson mempunyai dua buah perkampungan Orang Asli iaitu di Bukit Kepong dan Sunggala dengan penduduk di kedua-dua kawasan itu berjumlah 265 orang dan daripada jumlah itu, 110 adalah pengundi.",
"Parlimen Port Dickson menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas mengosongkan kerusi berkenaan bagi memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.",
"PRK itu menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru-baru ini menang jawatan Presiden PKR mewakili Pakatan Harapan, calon PAS Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon bebas termasuk bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan serta bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.",
"Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.",
"Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus).",
"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 Okt ini sebagai hari pengundian dan Selasa depan (9 Okt) sebagai hari pengundian awal.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/430614 | KM Sarawak ‘akhirnya’ terima kunjungan Zuraida | [
"Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang kini adalah menteri perumahan dan kerajaan tempatan hari ini dibenarkan masuk ke Sarawak.",
"Beliau berjumpa dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di bangunan Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya di sini kira-kira 10 pagi.",
"Kunjungan hormat hampir sejam itu turut dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian dan Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Mohammad Mantek.",
"Hadir sama Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How serta barisan pimpinan tertinggi parti tersebut.",
"Selesai mengadakan pertemuan itu, Zuraida bersama rombongan meneruskan lawatan kerja ke Majlis Perbandaran Padawan di Batu 10, Jalan Penrissen, Kota Padawan.",
"Terdahulu, Zuraida melakukan kunjungan hormat serta pertemuan tertutup dengan Dr Sim di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya kira-kira 9 pagi.",
"Pada September tahun lalu, Zuraida adalah antara beberapa wakil rakyat Pakatan Harapan yang tidak dibenarkan memasuki Sarawak berdasarkan notis larangan yang dikeluarkan sejajar dengan seksyen 65(1) (a) Akta Imigresen 1959/63.",
"tidak dibenarkan memasuki Sarawak",
"\"Pihak berkuasa negeri telah mengarahkan supaya tiada pas dikeluarkan kepada tuan untuk memasuki negeri Sarawak dan pas tersebut adalah diperlukan untuk tuan memasuki negeri ini selaras dengan kehendak Seksyen 66 akta yang sama,\" jelas surat berkenaan.",
"Zuraida kemudian diarahkan mengambil penerbangan seterusnya untuk pulang ke Kuala Lumpur.",
"Selain Zuraida, beberapa anggota parlimen HARAPAN sebelum ini juga pernah dilarang ke Sarawak. Mereka termasuk Mohamad Sabu yang kini adalah menteri pertahanan."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/652840 | Polis selamatkan tentera dalam kejadian bot ronda karam | [
"Tujuh anggota tentera daripada Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) selamat dalam kejadian bot karam berhampiran Pulau Nunuyan dekat Sandakan pagi semalam.",
"Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah, kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ketika bot ronda anggota berkenaan dipukul ombak besar di perairan pulau itu.",
"\"Pada 25 Jan (semalam), lebih kurang 10 pagi, bot ronda Viper 7 Markas ATB 2 dengan kekuatan tujuh anggota tentera bertolak dari Pulau Bakungan Kecil ke jeti Markas ATB 2 di Batu Sapi, Sandakan bagi tujuan pengisian minyak logistik dan kebajikan anggota.",
"",
"",
"",
"\"Bagaimanapun, pada kira-kira 11 pagi, ketika bot ronda itu tiba berhampiran laut Pulau Nunuyan, telah dipukul ombak besar dan menyebabkan ia (bot ronda) karam,\" katanya dalam kenyataan di Sandakan hari ini.",
"Idris berkata kesemua mangsa berjaya diselamatkan kira-kira 2.50 petang semalam oleh sebuah bot ronda Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 dengan sebuah bot PSC 66, dan dibawa ke markas operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan untuk rawatan dan proses dokumentasi.",
"- Bernama",
"- Bernama",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/506152 | 'Warisan bagi duit ambil, tak bagi minta' | [
"PRK KIMANIS | BN menyeru pengundi Kimanis supaya bukan sahaja mengambil wang sekiranya diberikan oleh pemimpin parti Warisan, malah memintanya daripada mereka.",
"PRK KIMANIS",
"Bagaimanapun Pengerusi Umno Sabah Bung Mokhtar Radin, mengingatkan pengundi pada pilihan raya kecil itu supaya jangan sesekali mengundi calon Warisan, Karim Bujang.",
"\"Saya dengar dia (Warisan) mahu bagi duit, ambil. Dia mahu bagi apa ambil, kalau dia tak bagi, minta. Ambil saja, mereka pemerintah.",
"\"Inilah masanya, ini saatnya, ini kalilah kita ubah balik. Ini waktu kita singkir kerajaan yang zalim, kalau mahu ajar Warisan kita mula di Kimanis,\" katanya ketika ceramah di Kimanis, malam tadi.",
"Bung berkata kuasa wang yang dimiliki parti Warisan tidak mampu menghalang kemaraan rakyat di Kimanis.",
"\"Dia jangan lupa kalau rakyat mahu menolak Warisan, kuasa wang ringgit Warisan tak mampu menghalang kemaraan rakyat di sini.",
"\"Saya sakit hati sebab mereka sebelum ini dari BN, dapat jawatan dari BN, selepas itu (keluar BN) kata tak ada pembangunan.",
"\"Sabah for Sabahan tak apa, ini orang rumah orang Malaya juga, lepas pilihan raya umum dia (Warisan) bergabung dengan DAP dan PKR,\" katanya.",
"Sabah for Sabahan",
"Sudah biasa, sudah reda",
"Sudah biasa, sudah reda",
"Sudah biasa, sudah reda",
"Hadir sama dalam ceramah itu, Anggota Majis Tertinggi Umno, Md Alwi Che Ahmad.",
"Terdahulu ketika ucapannya, Bung meletakkan pembesar suara di telefon bimbitnya dan memainkan ucapan penuh bersemangat Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal ketika bersama Umno.",
"Bung memetik ucapan Shafie yang mengangkat Umno sebagai wadah perjuangan bagi orang Melayu dan rakyat Malaysia khususnya ketika memperjuangkan kemerdekaan negara.",
"Sementara itu, Bung yang juga anggota Parlimen Kinabatangan turut mengulas mengenai kes mahkamah yang dihadapinya kini apakah akan memberi kesan kepada BN dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.",
"Menjawab dengan berpantun, Bung berkata beliau yakin rakyat Sabah mampu menilai dan perkara itu tidak akan memberi kesan.",
"\"Tiada kebimbangan, sebab saya sudah biasa, saya sudah reda, tekad dan tawakal bahawa Allah SWT tidak akan menyusahkan orang yang tidak berdosa, insya-Allah,\" katanya.",
"Bung juga turut memaklumkan yang bekas anggota Parlimen Kimanis, Anifah Aman, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) serta parti pembangkang lain akan membantu kempen bagi memenangkan calon BN Mohamad Alamin.",
"Begitu juga dengan PAS yang kini bersama Umno dan Muafakat Nasional akan turut serta membantu kempen BN."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/139403 | Hak Bumiputera perlu kekal, kata presiden PAS | [
"\nHak dan keistimewaan Bumiputera khususnya orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti di negara ini perlu dikekalkan, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.\n",
"\n\nMenurut beliau realiti pada masa ini ialah golongan Bumiputera majoritinya masih miskin dan mereka sememangnya berhak mendapat hak dan keistimewaan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.\n",
"",
"\n\"(Beri) kepada siapa yang berhak, majoritinya adalah Bumiputera yang miskin, yang bukan Bumiputera tidak seramai Bumiputera,\" katanya selepas melancarkan buku karyanya bertajuk\n\nTaktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin\n\n, sempena Jubli Perak Maahad Darul Al-Quran di Rusila, Marang hari ini.\n",
"\nTaktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin\n",
"\nBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua daripada DAP, agar kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.\n",
"\nAbdul Hadi berkata bahawa kaum lain yang miskin juga wajib mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.\n",
"\nKatanya tindakan Tony itu belum dibincangkan di peringkat kepimpinan parti pakatan pembangkang yang dianggotai PAS, DAP dan PKR.\n",
"\nBeliau turut menganggap kenyataan Tony lebih bersifat peribadi.\n",
"\n\n--Bernama\n\n",
"\n--Bernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/sukan/340444 | Piala FA: FMLLP bawa 1,000 kanak-kanak ke stadium | [
"Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam menafikan firma itu menyekat keghairahan bola sepak dengan tidak memperuntukan tiket kanak-kanak bagi perlawanan akhir Piala FA 2016.",
"Beliau berkata, tidak wajar tuduhan tersebut dibuat hanya kerana FMLLP memperkenalkan hanya satu kategori tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir pada 14 Mei ini.",
"“Ketika tiket kanak-kanak dijual sebelum ini kurang daripada tiga peratus terjual,\" katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.",
"Semalam Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) tampil mempersoalkan FMLLP yang tidak menjual tiket untuk kanak-kanak sempena perlawanan akhir Piala FA pada 14 Mei ini.",
"mempersoalkan ",
"Kevin berkata, FMLLP sentiasa berusaha menjalankan pelbagai program untuk menarik golongan muda meminati bola sepak tempatan.",
"“Sebagai contoh untuk perlawanan akhir ini, kami anjurkan program khas untuk 1,000 kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan enam hingga 12 tahun secara percuma. Ini adalah inisiatif bersama rakan rasmi kami dalam menjayakan program ini.",
"\"Kanak-kanak ini akan diberikan pendedahan dan merasai sendiri pengalaman di Stadium Shah Alam pada hari perlawanan akhir itu nanti.",
"“Mereka berpeluang melihat dari belakang tabir bagaimana pengurusan perlawanan akhir itu berlangsung selain boleh berjumpa pemain,\" jelasnya.",
"Kempen #SayNoToHooliganism",
"Kempen #SayNoToHooliganism",
"Beliau berkata, program seumpama itu dilihat lebih efektif memupuk minat golongan kanak-kanak berbanding jika mereka hanya duduk di kerusi penonton.",
"Tambahnya, program itu juga selari dengan kempen dijalankan FMLLP iaitu #SayNoToHooliganism untuk mendidik penonton bola sepak supaya tidak melakukan perkara negatif ketika menyaksikan perlawanan.",
"Program tersebut akan bermula dari seawal jam 3 petang mengikut segmen yang telah disediakan dengan kerjasama penaja utama, Superbest Power.",
"Kevin turut menjelaskan, harga tiket bagi perlawanan akhir itu ialah RM50 dan bagi kanak-kanak di bawah umur lima tahun adalah percuma.",
"Sebanyak 50,000 tiket diperuntukkan buat penyokong JDT dan boleh mula dibeli dari 9 Mei hingga 11 Mei di Stadium Larkin."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/655870 | Wan Saiful tak gentar, dakwa dirinya mangsa pendakwaan terpilih | [
"Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan menyatakan rasa kesal berhubung dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta yang dikaitkan dengannya, hari ini.",
"Dia yang juga adalah ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata pertuduhan yang dikenakan kepadanya itu tidak sepatutnya berlaku.",
"“Alhamdulillah, proses (pendakwaan) hari ini selesai. Saya (bersyukur) ada satu ",
"“Saya tadi telah mengaku tak bersalah dan minta bicarakan dan saya yakin proses mahkamah dapat buktikan tiada kesalahan yang dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas selesai membayar wang jaminan di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.",
"",
"",
"",
"Wan Saiful, 48 dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan rasuah yang dikatakan ada kaitan dengan projek Jana Wibawa semasa pentadbiran PN sebelum ini.",
"Turut diheret ke mahkamah hari ini adalah Adam Radlan Adam Muhammad yang juga adalah timbalan ketua bahagian Bersatu Segambut.",
"Bagaimanapun, kedua-dua pimpinan parti itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.",
"Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata bahawa dia kesal dengan tindakan kerajaan melakukan pendakwaan terpilih yang bertujuan mengalih perhatian terhadap kegagalan kerajaan perpaduan.",
"“Saya agak kesal keadaan sekarang di mana (kerajaan) sepatutnya fokus kepada kebajikan rakyat pada kos sara hidup, keperluan asas yang naik melambung, tuntutan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar yang disuarakan dibanyak peringkat.",
"",
"",
"",
"“Tetapi, apa berlaku (kerajaan) melakukan pertubuhan sebegini untuk alihkan perhatian daripada kegagalan kerajaan.",
"“Kegagalan keluarkan idea baru, idea penyelesaian pada masalah rakyat apabila gagal wujudkan kes yang sepatutnya tak berlaku,” katanya.",
"Bagaimanapun, Wan Saiful berkata dia tidak akan gentar dan bersedia untuk membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah.",
"“Kita akan buktikan melalui proses mahkamah dan saya yakin mahkamah kita adil.",
"“Saya juga akan pastikan kebebasan di mahkamah akan buktikan saya tak lakukan apa-apa kesalahan,” tegasnya."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/547428 | Air Selangor: 83 peratus kawasan terjejas pulih sepenuhnya | [
"Sejumlah 1,077 kawasan atau 83 peratus daripada 1,292 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang akibat pencemaran Isnin lepas, telah menerima bekalan air sepenuhnya setakat 6 pagi tadi.",
"Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata baki 215 kawasan, masih dalam proses pemulihan dan Air Selangor telah memaksimumkan usaha untuk memulihkan bekalan air kepada pengguna terjejas.",
"“Berikutan itu, masa pemulihan sepenuhnya yang baru untuk kesemua kawasan terjejas adalah dijangka pada 8 pagi, 22 Okt 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Menurutnya, wilayah Hulu Selangor mencatatkan peratus pemulihan tertinggi iaitu 100 peratus diikuti Kuala Selangor (99 peratus), Petaling Jaya (94 peratus), Kuala Lumpur (89 peratus), Gombak (71 peratus), Klang/Shah Alam (54 peratus) dan Kuala Langat (50 peratus).",
"Elina berkata bantuan bekalan air alternatif di pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan pengguna yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini.",
"“Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com,” katanya.",
"- Bernama",
"Bernama",
"\n",
"\n\n",
"",
"",
" ",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/244777 | Penduduk kata tak bersedia hadapi banjir lumpur | [
"Penduduk Kampung Bertam Valley, Cameron Highlands mendakwa tidak bersedia untuk menghadapi terjahan banjir lumpur yang melanda kawasan itu semalam walaupun telah mendengar siren amaran dibunyikan pada tengah malam.",
"Ketua kampung tersebut Wong Fook Chai memberitahu The Star bahawa mereka mendengar siren dibunyikan selama 15 hingga 20 minit sebelum air yang dilepaskan dari empangan di hulu sungai menerjah kampung mereka.",
"“Kami tidak bersedia. Bagaimana kami nak tahu? Biasanya air yang dilepaskan tidak akan melimpahi tebing sungai,” katanya seperti dipetik akhbar tersebut.",
"Wong juga tidak pasti sekiranya pembangunan yang terlalu pesat dijalankan di kawasan hulu sungai kerana terdapat banyak kebun sayur di kawasan itu.",
"Katanya, beliau tidak dapat membayangkan bahawa bencana seperti itu akan berlaku.",
"Sementara itu, presiden Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands R Ramakrishnan berkata Tenaga Nasional Berhad telah memberi amaran secukupnya untuk membolehkan penduduk berpindah.",
"“Mereka membunyikan siren selama setengah jam sebelum melepas air dari empangan,” katanya seperti dipetik akhbar tersebut.",
"Sementara itu, laporan akhbar New Straits Times pula memetik kenyataan ketua polis daerah DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu yang berkata, polis dimaklumkan oleh TNB mengenai amaran tersebut dan meminta penduduk di kawasan sekitar empangan tersebut supaya berpindah.",
"“Kami tidak menjangka keadaan akan menjadi begini. Kami menghadapi siatuasi serupa pada 1988 tapi tidak seteruk ini,” katanya.",
"Dilaporkan, tiga individu maut termasuk dua warga asing dan seorang rakyat Malaysia manakala seorang lagi dipercayai masih hilang dalam kejadian bajir kilat tersebut."
] |
https://www.malaysiakini.com/sukan/352192 | Sazali nekad aktif sebaik hukuman berakhir | [
"Jaguh bina badan negara, Sazali Samad menganggap pertandingan bina badan sudah sebati dengan dirinya dan tidak berhasrat bersara walaupun kini menjalani penggantungannya empat tahun.",
"Sazali, 48, yang merupakan juara 10 kali Mr Universe berkata walaupun beliau kini tidak boleh terlibat secara langsung dalam segala aktiviti bina badan, beliau tetap mengekalkan bentuk fizikal dan staminanya bagi persediaan akan datang apabila hukumannya berakhir.",
"\"Saya masih terus dengan latihan yang lebih konsisten dan menjaga segala pemakanan bagi mengekalkan bentuk badan seperti sebelum ini.",
"\"Sekarang saya tidak boleh terlibat dalam pertandingan, namun saya dijadikan ikon kepada anak-anak muda yang mahu turut serta dalam sukan ini.",
"\"Anak saya, Muhamad Hazim yang baru berusia 16 tahun juga turut menunjukkan minat yang sama dengan saya. Saya harap beliau akan menyambung legasi saya,\" katanya kepada pemberita pada pertandingan Malaysia Fitness Model Search anjuran Akademi Sazali Samad di Subang Jaya, hari ini.",
"Akademi bina badan yang baharu sahaja ditubuhkan itu akan dilancarkan pada Oktober ini. Akademi itu dimiliki isterinya, Hashrine Hashim dan Sazali dijadikan ikon akademi tersebut.",
"Penggantungan empat tahun yang bermula pada 22 Sept 2015 itu dikenakan ke atas Sazali selepas beliau didapati positif ujian doping yang dijalankan Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) pada 1 Sept lepas sebelum berlepas ke Tashket, Uzbekistan bagi menyertai Kejohanan Asia ke-49.",
"Mengulas mengenai Akademi Sazali Samad, beliau berkata penubuhan pusat bina badan itu adalah bagi mencari bakat baharu yang boleh diketengahkan agar sukan tersebut tidak terkubur.",
"Katanya melalui penganjuran pertandingan pertama oleh akademi itu, seramai lapan peserta bina badan akan dipilih untuk mewakili negara ke pertandingan yang akan diadakan di Singapura, bulan depan.",
"\"Mereka akan dilatih dan diberikan motivasi oleh saya sebelum beraksi di Singapura nanti... badan belum cukup siap lagi tapi masih ada lagi sebulan untuk siapkan diri mereka. Saya akan kongsikan pengalaman saya dengan mereka,\" katanya.",
"-Bernama",
"-Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/477879 | TNB nafi terima arahan naikkan tarif elektrik | [
"Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini menafikan satu mesej tular di media sosial kononnya Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu menerima arahan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik sebanyak 30 peratus.",
"TNB dalam satu kenyataan berkata, mesej berkenaan, yang kononnya ditulis oleh seorang pekerjanya adalah palsu dan tidak berasas.",
"“Selain itu, TNB tidak mempunyai warga kerja seperti yang dinamakan dalam mesej berkenaan.",
"“Justeru TNB menasihatkan orang ramai untuk mengabaikan mesej berkenaan dan tidak menyebarkannya. Untuk makluman, tarif elektrik ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga,” jelas kenyataan tersebut. ",
"",
"Sementara itu, Bernama melaporkan TNB memberi jaminan akan memulangkan semula lebihan bayaran jika terbukti lebihan caj berlaku pada bil masing-masing.",
"Bernama",
"TNB dalam satu kenyataan hari ini berkata pada masa ini pihaknya fokus untuk memastikan setiap aduan pelanggan disiasat dan tindakan yang sewajarnya diambil.\"Ini termasuk memulangkan semula lebihan bayaran jika terbukti lebihan caj berlaku. Ia akan dikreditkan semula dalam bil pelanggan,\" demikian menurut kenyataan itu.Menurut syarikat utiliti itu, pihaknya memandang serius kekhuatiran serta kegusaran pelanggan yang merasakan berlaku peningkatan ketara dalam bil masing-masing, dan komited untuk merungkaikan permasalahan mereka.\"Satu usaha menyeluruh sedang dilaksanakan TNB untuk menangani isu ini dengan terperinci, ini termasuk membantu pelanggan yang menerima bil tinggi secara bersemuka di Kedai Tenaga yang berhampiran atau dengan menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454.\"TNB menghargai rungutan, aduan dan maklum balas yang mereka ajukan dan sedang memberikan tumpuan untuk mencari jalan penyelesaian,\" jelas syarikat itu selain memohon maaf terhadap pelanggan yang terlibat.Selain itu, TNB juga meneruskan kerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam menangani isu tersebut.",
"TNB dalam satu kenyataan hari ini berkata pada masa ini pihaknya fokus untuk memastikan setiap aduan pelanggan disiasat dan tindakan yang sewajarnya diambil.\"Ini termasuk memulangkan semula lebihan bayaran jika terbukti lebihan caj berlaku. Ia akan dikreditkan semula dalam bil pelanggan,\" demikian menurut kenyataan itu.Menurut syarikat utiliti itu, pihaknya memandang serius kekhuatiran serta kegusaran pelanggan yang merasakan berlaku peningkatan ketara dalam bil masing-masing, dan komited untuk merungkaikan permasalahan mereka.\"Satu usaha menyeluruh sedang dilaksanakan TNB untuk menangani isu ini dengan terperinci, ini termasuk membantu pelanggan yang menerima bil tinggi secara bersemuka di Kedai Tenaga yang berhampiran atau dengan menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454.\"TNB menghargai rungutan, aduan dan maklum balas yang mereka ajukan dan sedang memberikan tumpuan untuk mencari jalan penyelesaian,\" jelas syarikat itu selain memohon maaf terhadap pelanggan yang terlibat.Selain itu, TNB juga meneruskan kerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam menangani isu tersebut.",
"TNB dalam satu kenyataan hari ini berkata pada masa ini pihaknya fokus untuk memastikan setiap aduan pelanggan disiasat dan tindakan yang sewajarnya diambil.\"Ini termasuk memulangkan semula lebihan bayaran jika terbukti lebihan caj berlaku. Ia akan dikreditkan semula dalam bil pelanggan,\" demikian menurut kenyataan itu.Menurut syarikat utiliti itu, pihaknya memandang serius kekhuatiran serta kegusaran pelanggan yang merasakan berlaku peningkatan ketara dalam bil masing-masing, dan komited untuk merungkaikan permasalahan mereka.\"Satu usaha menyeluruh sedang dilaksanakan TNB untuk menangani isu ini dengan terperinci, ini termasuk membantu pelanggan yang menerima bil tinggi secara bersemuka di Kedai Tenaga yang berhampiran atau dengan menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454.\"TNB menghargai rungutan, aduan dan maklum balas yang mereka ajukan dan sedang memberikan tumpuan untuk mencari jalan penyelesaian,\" jelas syarikat itu selain memohon maaf terhadap pelanggan yang terlibat.Selain itu, TNB juga meneruskan kerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam menangani isu tersebut.",
"TNB dalam satu kenyataan hari ini berkata pada masa ini pihaknya fokus untuk memastikan setiap aduan pelanggan disiasat dan tindakan yang sewajarnya diambil.",
"\"Ini termasuk memulangkan semula lebihan bayaran jika terbukti lebihan caj berlaku. Ia akan dikreditkan semula dalam bil pelanggan,\" demikian menurut kenyataan itu.",
"Menurut syarikat utiliti itu, pihaknya memandang serius kekhuatiran serta kegusaran pelanggan yang merasakan berlaku peningkatan ketara dalam bil masing-masing, dan komited untuk merungkaikan permasalahan mereka.",
"\"Satu usaha menyeluruh sedang dilaksanakan TNB untuk menangani isu ini dengan terperinci, ini termasuk membantu pelanggan yang menerima bil tinggi secara bersemuka di Kedai Tenaga yang berhampiran atau dengan menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454.",
"\"TNB menghargai rungutan, aduan dan maklum balas yang mereka ajukan dan sedang memberikan tumpuan untuk mencari jalan penyelesaian,\" jelas syarikat itu selain memohon maaf terhadap pelanggan yang terlibat.",
"Selain itu, TNB juga meneruskan kerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam menangani isu tersebut."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/553272 | Ibu terkena jangkitan, anak lahir dengan antibodi Covid-19 | [
"GLOBAL l Seorang bayi dilahirkan dengan antibodi Covid-19 di Singapura. ",
"GLOBAL l ",
"Bayi lelaki yang dinamakan Aldrin Zaccheus Chan, dilahirkan pada 7 Nov oleh ibunya, Celine Ng-Chan yang pernah terkena jangkitan Covid-19 pada Mac lalu selepas pulang daripada lawatan ke Eropah. ",
"Ketika dijangkiti, dia mengandung sepuluh minggu, dan ditahan di hospital selama lebih dua minggu.",
"“Ia sangat menarik. Doktor pediatrik beritahu antibodi Covid-19 saya dah tak ada, tapi Aldrin ada antibodi Covid-19. ",
"“Doktor syak saya pindahkan antibodi Covid-19 saya kepadanya semasa mengandungkannya,” katanya seperti dipetik akhbar Straits Times, Singapura. ",
"Straits Times",
"Bagaimanapun, menurut pengerusi obstetrik dan ginekologi di Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Kandang Kerbau (KKH), Profesor Madya Tan Hak Koon berkata tahap perlindungan dalam kalangan bayi yang dilahirkan dengan antibodi itu masih tidak diketahui. ",
"“Bagaimanapun, adalah tidak diketahui sama ada kewujudan antibodi ini dalam bayi yang baru lahir ada memberikan tahap perlindungan daripada jangkitan Covid-19, apatah lagi tempoh perlindungan,” katanya dipetik akhbar sama dalam laporan berbeza. ",
"KKH dan National University Hospital (NUH) turut terlibat dalam kamian membabitkan hospital-hospital awam di Singpura untuk menyiasat kesan Covid-19 terhadap ibu mengandung dan bayi mereka. ",
"Ng-Chan dan anaknya turut serta dalam kajian berkenaan. "
] |
https://www.malaysiakini.com/news/319199 | Kerja bersih tanah runtuh di lebuh raya Karak selesai | [
"\nKerja-kerja pembersihan di kawasan tanah runtuh Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak selesai pada pukul 3.20 pagi tadi.\n",
"\nPemegang konsesi lebuhraya itu, Anih Berhad dalam kenyataannya bagaimanapun memaklumkan laluan kedua-dua hala masih ditutup kepada semua kenderaan sehingga dimaklumkan kelak atas faktor keselamatan.\n",
"\nKenyataan itu menambah setakat ini, hanya kenderaan yang terkandas antara Selesa Hillhomes dan Plaza Tol Bentong yang dibenarkan melalui lebuh raya itu.\n",
"\nSementara itu, Ketua Polis Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Noor pagi ini mengesahkan jalan lama Gombak-Bentong juga tidak boleh dilalui kerana terdapat tanah runtuh dan pokok tumbang di beberapa lokasi.\n",
"\n\"Pengguna jalan raya yang berhajat dari Gombak ke Bentong dinasihatkan berpatah balik dan tidak melalui jalan ini.\n",
"\n\"Kerja pembersihan kini giat dijalankan dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,\" katanya.\n",
"\nKejadian tanah runtuh berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 6.30 petang semalam menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui, namun tiada kehilangan nyawa dilaporkan.\n",
"\nHanya tiga buah kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu, namun kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan.\n",
"\n\n- Bernama\n\n",
"\n- Bernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/324538 | PM ziarah bekas GM Bernama yang kematian isteri | [
"\nPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa menziarahi bekas Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (\n\nBernama\n\n) Datuk Yong Soo Heong yang kehilangan isterinya pada Rabu lepas.\n",
"\nBernama\n",
"\nNajib, yang berada kira-kira setengah jam untuk mengucapkan takziah kepada Yong, 61, yang kehilangan isterinya, Datin Amy Bok Soon Boey, turut memberi kata-kata semangat untuk beliau terus tabah meneruskan kehidupan.\n",
"\n\"Saya pun tidak sangka perdana menteri datang ke rumah kami kerana di sebalik kesibukan jadual, beliau mengambil kesempatan untuk mengunjungi saya dan memberi penghormatan kepada isteri saya.\n",
"\n\"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada perdana menteri kerana datang dalam tempoh yang memang kami sedang bersedih ini,\" katanya ketika ditemui pemberita selepas kunjungan Najib ke kediamannya di Wangsa Maju, di Kuala Lumpur.\n",
"\nAmy, 67, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya, Rabu lalu selepas menderita sakit dalam tempoh yang lama.\n",
"\nUpacara pengebumian akan diadakan pada pukul 9 pagi Ahad dan perarakan pengebumian berlepas ke Pusat Memorial Nirvana di Seksyen 21 Shah Alam untuk upacara pembakaran mayat.\n",
"\nDalam kunjungan singkat Najib itu, Yong yang bersara daripada\n\nBernama\n\npada Oktober tahun lepas, turut terharu dengan ungkapan \"\n\nYou have done a good job while at Bernama\n\n\" yang dinyatakan perdana menteri kepadanya.\n",
"\nBernama\n",
"\nYou have done a good job while at Bernama\n",
"\n\"Saya mula mengenali perdana menteri sejak 2009 iaitu ketika saya menjawat jawatan Ketua Pengarang\n\nBernama\n\napabila saya banyak terlibat untuk membuat liputan acara perdana menteri,\" katanya.\n",
"\nBernama\n",
"\nMenceritakan tentang mendiang isterinya, Yong berkata Amy adalah seorang isteri yang penyayang dan penyabar serta amat memahami kerjayanya semasa berkhidmat di\n\nBernama\n\n.\n",
"\nBernama\n",
"\nTurut hadir Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Bernama Mokhtar Hussain dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama Mikhail Raj Abdullah.\n",
"\n\n- Bernama\n\n",
"\n- Bernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/404048 | Peguam: Bukti dari Dr M tiada dalam laporan RCI forex | [
"Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian tukaran mata wang asing melibatkan Bank Negara pada tahun 1990-an tidak memasukkan dokumen-dokumen penting yang dibekalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pendengaran itu, kata peguam Hanif Khatri Abdulla.",
"Peguam kepada bekas perdana menteri itu memberitahu Malaysiakini bahawa anak guamnya telah menyediakan 495 muka surat dokumen sokongan dan penyerahan bertulis.",
"Malaysiakini ",
"\"Sesiapa sahaja yang membaca laporan itu hanya akan mengetahui hasil penemuan dan cadangan RCI, tanpa mengetahui apa bahan yang dikemukakan oleh anak guam saya.",
"\"Itu tidak adil. Ia adalah laporan setengah masak,\" katanya.",
"Sehubungan itu, Hanif berkata beliau akan menulis surat kepada Sekretariat RCI Isnin ini untuk menuntut agar 495 halaman itu dimasukkan ke dalam laporan itu sebelum diedarkan secara terbuka.",
"",
"Hanif berkata jika sekretariat itu tidak memberikan jawapan yang memuaskan pada 8 Disember ini, beliau akan memulakan proses semakan kehakiman untuk \"memperbetulkan\" laporan itu seperti diarahkan.",
"\"Kami akan meminta perintah mahkamah untuk melarang penerbitan dan peredaran laporan itu, yang menurut pendapat kami, telah direka untuk menipu parlimen dan orang awam.",
"\"Ia mengandungi cerita setengah masak yang hanya bertujuan untuk melanjutkan tujuan-tujuan tidak jujur parti pemerintah,\" katanya.",
"RCI membuat kesimpulan bahawa Bank Negara mencatatkan kerugian sebanyak RM31.5 bilion antara 1992 dan 1994 dengan melakukan spekulasi di pasaran forex.",
"kesimpulan",
"Selain menyalahkan bekas pegawai Bank Negara, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, suruhanjaya itu turut menyimpulkan Mahathir bersama bekas menteri kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Daim Zainuddin bertanggungjawab atas kerugian berkenaan serta mengelirukan kabinet.",
"menyalahkan",
"RCI yang ditubuhkan juga mencadangkan agar kesemua mereka disiasat.",
"Susulan itu polis menubuhkan sebuah pasukan khas bagi melakukan siasatan.",
"pasukan khas "
] |
https://www.malaysiakini.com/news/356332 | PAS tak tolak Ahmad Yakob dilantik mursyidul am | [
"Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkemungkinan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din, kata Setiausaha Agung parti itu Datuk Takiyuddin Hassan.",
"Beliau berkata pelantikan itu adalah berdasarkan amalan yang berlaku sebelum ini sejak Majlis Syura Ulama dan jawatan tersebut diwujudkan.",
"\"Mengikut sejarah, sejak Yusof Rawa menjadi Mursyidul Am PAS, sekiranya berlaku kematian, timbalannya akan naik sebagai Mursyidul Am.",
"\"Malah, setakat ini kita tidak mendengar nama lain untuk diangkat sebagai Mursyidul Am,\" katanya kepada pemberita di Kota Bharu, hari ini.",
"Bagaimanapun, Takiyuddin berkata tokoh yang akan dilantik memegang jawatan itu akan diputuskan melalui mesyuarat Majlis Syura Ulama dan mendapat persetujuan daripada 15 anggotanya termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.\n\n\"Setakat ini kita belum mendapat tarikh bila mesyuarat berkenaan akan diadakan dan jawatan itu kini dipangku Timbalan Mursyidul Am (Ahmad),\" katanya.",
"",
"",
"Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi Jumaat lepas (waktu Malaysia) di Stanford University Hospital di San Francisco, akibat komplikasi jantung.",
"Mengenai kenyataan anggota Parlimen Bukit Jelutong, Jeff Ooi yang disifatkan menyinggung perasaan orang Islam susulan komennya berhubung kematian Allahyarham Haron, Takiyuddin berkata PAS menyerahkan perkara tersebut kepada polis untuk menjalankan siasatan.\n\n- Bernama",
"",
"",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/458213 | Khaled: Umno terus hantui Muhyiddin, Bersatu | [
"ULASAN | Selaku Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah diberikan ruang berucap semasa perasmian Perhimpunan Agung Armada dan Srikandi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam. ",
"ULASAN",
"Tidak banyak yang beliau sentuh dan utarakan. Pertama, beliau memperuntukkan masa yang lama menjelaskan panjang lebar tentang pandangannya terhadap Umno.",
"Beliau menyentuh, antara lain, kerjasama Umno dan PAS dan kenapa orang Melayu harus menolaknya. Sangat terang lagi bersuluh bahawa Umno sangat menghantui Tan Sri Muhyiddin dan Bersatu. ",
"Sebagai Presiden Bersatu, beliau sepatutnya memberikan pedoman kepada pergerakan pemuda dan wanita tentang bagaimana bangsa Melayu dan Malaysia ini ingin mereka bawa. Lebih-lebih lagi ini merupakan forum terbaik untuk beliau berhadapan dengan penggerak muda Bersatu selepas kemenangan dalam PRU-14.",
"Sebaliknya, perihal Umno yang dibicarakan dengan serius dan panjang lebar, biarpun Umno berada pada kedudukan paling susut dalam hayatnya.",
"Maknanya, jika Umno yang berada dalam keadaan sekarang pun terus menghantui beliau, bayangkan jika Umno ini berjaya kita pulihkan sedikit masa lagi. Barangkali tidak mustahil Bersatu akan terpaksa mengadakan perhimpunan khas hanya untuk berbicara tentang Umno.",
"Kedua, Umno menolak tohmahan beliau bahawa kami menggunakan sentimen perkauman dan agama untuk meraih sokongan setelah kalah PRU 14.",
"",
"",
"",
"",
"",
"Umno senantiasa konsisten dalam pendiriannya berkaitan Islam dan bangsa Melayu.",
"Semua orang boleh menyemak perkara ini. Tiada pendirian yang berdolak dalih. Tiada pendekatan yang bertukar-tukar. Agenda Melayu, kedudukan Islam dan masa depan terbaik untuk Malaysia yang majmuk adalah 3 mantera utama Umno, dulu kini dan selamanya.",
"Ancaman liberal dalam PH",
"Ancaman liberal dalam PH",
"Ancaman liberal dalam PH",
"Akan tetapi, kini ada ancaman sistematik yang bertopengkan ‘kebebasan’ terhadap kepentingan bangsa Melayu dan Islam. Mungkin bukan daripada Bersatu sendiri, tetapi rakan-rakannya di dalam Pakatan Harapan yang sangat alah dengan sebarang agenda Bersatu dan Islam.",
"Jadi, apabila Bersatu tidak mampu berbuat apa-apa melainkan membisu dan menurut sahaja tekanan liberal dalam Pakatan Harapan, Umno sudah pasti tidak akan membutakan mata sahaja terhadap ancaman-ancaman ini. ",
"Umno percaya semua ini lambat laun akan meruntuhkan sistem kehidupan dan norma fabrik masyarakat Melayu, jika tidak dikawal dan disanggah dari awal. Inilah yang telah dan akan terus Umno lakukan. ",
"",
"",
"",
"",
"",
"Benar, mungkin ada cara yang kurang berkesan dan tidak lancar. Semua itu harus diperbaiki dan diperkemas. Namun ancaman-ancaman ini bukanlah sebuah cerita dongeng.",
"Masakan sebuah pakatan yang sentiasa berprasangka buruk antara satu sama lain, dan tidak senada dalam menterjemahkan Perlembagaan Persekutuan, boleh menjaga hak, keistimewaan dan membela nasib bangsa Melayu?",
"Celaru, keliru dan buntu",
"Celaru, keliru dan buntu",
"Celaru, keliru dan buntu",
"Umno tidak apologetik dalam pendiriannya terhadap kedudukan Islam dan bangsa Melayu. ",
"Bersatu yang sangat bercelaru, keliru dan buntu. Mereka sangat tidak konsisten dalam ideologi mereka. Sekejap mahu menjadi penyelamat Malaysia. Namun tiada pula dasar konkrit yang parti ini tawarkan. Kemudian mereka adalah juara kesamarataan. Tetapi berpusing-pusing sekitar keperluan mendesak dasar afirmatif. Selepas dikritik kerana tidak serius dengan agenda Bumiputera, kini, mereka adalah pembela agenda Melayu pula.",
"Sebenarnya Bersatu dibangunkan tanpa sebarang pasak ideologi. Saya mahu bertanya, adakah Bersatu malu untuk menyatakan bahawa Melayu masih lagi tuan pada tanah ini? ",
"Adakah mereka tidak mampu, untuk membawa naratif Melayu yang lebih progresif dan pada masa yang sama mengakui ketuanan Melayu di tanahnya sendiri? Namun yang lebih penting, siapakah Melayu dari kaca mata Bersatu?",
"",
"",
"",
"",
"",
"Jadi, mampukah Bersatu mendidik bangsa Melayu untuk menjadi tuan yang amanah di tanahnya sendiri jika hakikat ketuanan itu sendiri pun sukar untuk diakui?",
"Umno telah wujud selama 70 tahun dan semua pemimpin Bersatu sekarang ini adalah hasil acuan Umno. Sebahagian besar mereka pernah menjadi sebahagian daripada Umno dan perjuangannya. Perjuangan yang selama ini percaya dengan ketuanan Melayu dan hak-hak Melayu. ",
"Jika Umno tidak sederhana dalam pendiriannya, masakan Umno boleh memastikan kestabilan politik, ekonomi dan sosial di Malaysia selama kami diberi amanah selama 6 dekad lepas.",
"Kerjasama dengan PAS",
"Kerjasama dengan PAS",
"Kerjasama dengan PAS",
"Ketiga, Umno tidak pernah mempunyai kerjasama formal dengan PAS. Kerjasama Umno bersama PAS hanya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan Islam, bangsa Melayu dan isu yang mempunyai dampak negatif terhadap negara. ",
"Ini bukan penggabungan. Ia sekadar lambang kematangan dalam politik. Umno mempamerkan keupayaannya untuk melihat isu dengan lensa yang lebih besar berbanding hanya berpolitik dalam semua perkara.",
"Keempat, Umno adalah pentadbir yang terbukti dan berjasa. Sepanjang kewujudannya, Umno membuahkan pelbagai kebaikan kepada bangsa Melayu dan Malaysia. ",
"",
"",
"",
"",
"",
"Jutaan kelas menengah Melayu telah wujud melalui keringat Umno. Malaysia yang moden dan progresif ini, dibidani kelahirannya oleh Umno. Semua pemimpin Bersatu, pernah memimpin Umno di pelbagai peringkat. Tan Sri Muhyiddin sendiri pun, tidak akan sampai ke tahap ini jika bukan melalui Umno.",
"Umno mengakui beberapa pemimpinnya sedang melalui proses undang-undang. Menghukum Umno hanya kerana ini bukan sahaja tidak adil malah tidak matang dan tidak wajar.",
"Kelima, adalah lebih elok untuk Umno mendahulukan kerjasama strategik bersama PAS dalam hal-hal tertentu, daripada menjadi sahabat kepada DAP seperti Bersatu.",
"Ketika Tan Sri Muhyiddin memperlekeh kerjasama PAS bersama Umno, beliau sangat sedar dan akur, betapa sukarnya untuk beliau memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam di dalam kerajaan Pakatan Harapan. ",
"Agenda Melayu dan Islam",
"Agenda Melayu dan Islam",
"Agenda Melayu dan Islam",
"Bersatu bukan sahaja dilihat oleh parti-parti lain sebagai pemain kerdil yang hanya menunggu masa untuk lenyap. Malah, agenda Melayu dan Islam adalah perkara yang mereka rasakan mesti ditentang.",
"Saya akui, kerjasama Umno dan PAS, bukan sahaja tidak formal, malah yang demikian itu bukan juga satu formula politik yang terbaik. Tetapi sekurang-kurangnya, kerjasama ini dapat membawa suara keresahan orang Melayu yang sudah lama terpendam sepanjang tempoh pentadbiran Malaysia Baharu ini.",
"",
"",
"",
"",
"",
"Bukan sahaja keresahan ini semakin mendalam dan melebar. Lebih malang, Bersatu dengan liciknya berhasrat mengukuhkan kedudukan dengan cara paling tidak bermoral – iaitu meraih dan merai lompatan ahli Parlimen dan anggota Umno untuk memperkuatkannya. ",
"Tetapi, seperti yang saya tegaskan sebelum ini, ia adalah strategi yang akan membinasakan Bersatu sendiri kerana kami amat arif siapa mereka yang melompat-lompat ini.",
"Sedarlah, jalan parti ini masih jauh. Pemimpin berpengalamannya semakin dimamah usia dan sibuk bergelut dengan bekas seteru politik mereka yang kini terpaksa duduk semeja dan senyum bersama. ",
"Pemimpin mudanya pula tidak berhaluan dan saban hari menimbulkan rasa mual orang Melayu acapkali mereka bersuara. Yang paling penting, akar umbinya masih tidak merasai apa signifikannya parti itu dalam kehidupan mereka.",
"Bersatu belum membuktikan apa-apa kepada orang Melayu dan Malaysia, selain menumpang tuah Pakatan Harapan dalam menumbangkan Barisan Nasional, yang kini semakin lapuk untuk menjadi modal jajaan seluruh kampung. ",
"Sesungguhnya, parti anda akan diuji keras atas apa yang anda kata dan laung-laungkan. Semoga Tuhan memberi kekuatan.",
"",
"",
"",
"MOHAMED KHALED NORDIN ialah naib presiden Umno dan pernah menjadi menteri besar Johor.",
"MOHAMED KHALED NORDIN",
"",
"Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.",
"Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/93478 | Rafidah didesak beri laluan pada Shahrizat | [
"\nKetua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz digesa supaya memberi laluan kepada naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk menerajui pergerakan itu Mac ini.\n",
"\nGesaan tersebut dibuat oleh beberapa ketua Wanita Umno peringkat bahagian dan negeri bagi mengelak berlaku perpecahan sekiranya berlaku pertandingan bagi jawatan tersebut.\n",
"\nIni ekoran pengumuman Shahrizat hari ini yang akan menerima pencalonan untuk bertanding jawatan ketua Wanita Mac ini.\n",
"\nSelepas 191 bahagian selesai bermesyuarat, Shahrizat mendapat 73 pencalonan dan melepasi kelayakan minima untuk bertanding jawatan itu.\n",
"\nManakala Rafidah pula mendapat 117 pencalonan.\n",
"\nAhli jawatankuasa Wanita Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata, sentimen ahli Wanita di seluruh negara mahu Shahrizat menerajui pergerakan tersebut.\n",
"\n\"Saya berharap Rafidah faham dengan situasi yang berlaku iaitu mereka mahu Shahrizat sebagai ketua Wanita,\" katanya.\n",
"\nBeliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bertam, Pulau Pinang menegaskan demikian sebagai mengulas keputusan Shahrizat bertanding jawatan ketua Wanita Mac ini.\n",
"\n\n‘Rafidah tetap dikenang'\n\n",
"\n‘Rafidah tetap dikenang'\n",
"\nShahrizat membuat keputusan tersebut dalam satu kenyataan media petang tadi.\n",
"\nZabariah yang juga ketua Wanita bahagian Kepala Batas berkata, Shahrizat boleh mengembalikan semua kewibawaan Wanita Umno setelah kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu.\n",
"\nSementara itu, Bendahari Wanita Umno Melaka, Latipah Omar pula berkata, Rafidah patut memberi laluan kepada Shahrizat untuk menjadi ketua Wanita.\n",
"\n\"Usah malu untuk memberi laluan kerana masanya telah tiba untuk beliau berundur.\n",
"\n\"Jika beliau berundur sekalipun, orang tidak memandang rendah kepadanya,\" tegasnya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.\n",
"\n\"Saya mengalu-alukan keputusan Shahrizat bertanding jawatan ketua, malah sepatutnya beliau mengumumkan lebih awal lagi,\" katanya.\n",
"\nManakala Exco Wanita Umno, Raja Ropiah Raja Abdullah pula berkata Rafidah tidak perlu berkeras mahu mempertahankan jawatan ketua Wanita.\n",
"\nSebaliknya, katanya, beliau perlu memberi laluan kepada Shahrizat bagi mengelak perpecahan dalam pergerakan tersebut.\n",
"\n\n\n",
"\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/559464 | Inti pati pakej Permai RM15 bilion | [
"Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bagi mengurangkan beban dihadapi rakyat ketika negara sedang berdepan penularan pandemik Covid-19.",
"Muhyiddin berkata pakej bantuan Permai yang memperuntukkan sejumlah RM15 bilion, antara lain mempunyai 22 inisiatif bermatlamat untuk memerangi wabak Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.",
"Berikut antara intipati pengumumannya.",
"Berikut antara intipati pengumumannya.",
"Berikut antara intipati pengumumannya.",
"Kerajaan tandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin, bekalan vaksin pertama dijangka diterima penghujung Februari.Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 rkepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini.Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam putuskan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus, wajib diambil golongan ditetapkan.Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta.Hospital swasta setuju terima, rawat pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19 bagi ringankan tekanan sistem kesihatan awam, RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan itu.Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021.Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan.Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April.PTPTN: Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 Mac.Kerajaan sedia peruntukan awal RM200 juta bantu ringankan beban rakyat terjejas akibat banjir.Impak PKP semasa ke atas ekonomi masih terkawal.Kerajaan sedia peruntukan awal RM200 juta bantu ringankan beban rakyat terjejas akibat banjir.Program Subsidi Upah - Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500.Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikro credit dan kempen e-dagang.Program Subsidi Upah 3.0 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka dapat memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja.KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir.Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor.Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April.Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021.JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak.iSinar - Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini.Hospital swasta setuju terima, rawat pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19 bagi ringankan tekanan sistem kesihatan awam, RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan itu.Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini.RM50 juta disalur kepada NADMA bagi perbelanjaan operasi bencana semasa tempoh Monsun Timur Laut.Rebat elektrik semua sektor dua sen satu KWj.Pemandu teksi, bas, pemandu pelancong, e-hailing dapat bantuan RM500.Peminjam MARA boleh mohon penjadualan semula, moratorium pinjaman hingga 31 Mac.500,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di tujuh negeri kena PKP terima Geran Khas Prihatin sebanyak RM1,000. Bagi 300,000 PKS di negeri lain, mereka akan menerima RM500.",
"Kerajaan tandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin, bekalan vaksin pertama dijangka diterima penghujung Februari.",
"Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 rkepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini.",
"Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam putuskan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus, wajib diambil golongan ditetapkan.",
"Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta.",
"Hospital swasta setuju terima, rawat pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19 bagi ringankan tekanan sistem kesihatan awam, RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan itu.",
"Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021.",
"Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan.",
"Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April.",
"PTPTN: Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 Mac.",
"Kerajaan sedia peruntukan awal RM200 juta bantu ringankan beban rakyat terjejas akibat banjir.",
"Impak PKP semasa ke atas ekonomi masih terkawal.",
"Kerajaan sedia peruntukan awal RM200 juta bantu ringankan beban rakyat terjejas akibat banjir.",
"Program Subsidi Upah - Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500.",
"Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikro credit dan kempen e-dagang.",
"Program Subsidi Upah 3.0 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka dapat memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja.",
"KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir.",
"Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.",
"Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor.",
"Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April.",
"Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021.",
"JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak.",
"iSinar - Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini.",
"Hospital swasta setuju terima, rawat pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19 bagi ringankan tekanan sistem kesihatan awam, RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan itu.",
"Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini.",
"RM50 juta disalur kepada NADMA bagi perbelanjaan operasi bencana semasa tempoh Monsun Timur Laut.",
"Rebat elektrik semua sektor dua sen satu KWj.",
"Pemandu teksi, bas, pemandu pelancong, e-hailing dapat bantuan RM500.",
"Peminjam MARA boleh mohon penjadualan semula, moratorium pinjaman hingga 31 Mac.",
"500,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di tujuh negeri kena PKP terima Geran Khas Prihatin sebanyak RM1,000. Bagi 300,000 PKS di negeri lain, mereka akan menerima RM500.",
"",
"",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/374662 | Ekonomi M'sia kekal berdaya tahun tahun ini, ramal MARC | [
"Ekonomi Malysia dijangka kekal berdaya tahan pada 2017, disokong penggunaan swasta yang stabil serta terbitan bon korporat yang kukuh, kata Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC).",
"Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Razlan Mohamad berkata, ini terbukti dengan pemulihan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada suku akhir 2016 pada 4.5 peratus dan disokong turun naik penggunaan swasta yang rendah\nberbanding ekonomi serantau.",
"",
"\"Pelaburan swasta juga pulih, disokong pelaksanaan projek infrastruktur besar seperti Transit Aliran Massa 2 Lembah Klang, Transit Aliran Ringan 3 dan projek Pembangunan Bersepadu Kilang Penapisan Minyak dan Petrokimia,\" katanya\npada taklimat media sempena Persidangan Ekonomi dan Pelabur Prospek Sektoral Malaysia 2017, hari ini.",
"",
"Mohd Razlan berkata, iklim pelaburan yang stabil juga terbukti daripada jumlah penerbitan bon korporat yang berterusan kira-kira RM85 bilion setahun sejak empat tahun lepas.",
"Bagaimanapun, beliau berkata, MARC meramalkan prestasi sektor luaran Malaysia akan terus memberi tekanan ke atas pertumbuhan.",
"Ini termasuk permintaan global kurang memberangsangkan yang menyebabkan eksport dari segi dolar US mencatat pertumbuhan negatif dan pertumbuhan di bawah trend ekonomi China, iaitu rakan kongsi terbesar perdagangan Malaysia terbesar.",
"\"Kemungkinan perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat mungkin mendorong China untuk terus menurunkan nilai mata wangnya, dengan itu menjejaskan pengeksport Asia seperti Malaysia,\" kata Mohd Razlan.",
"Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi agensi penarafan itu, Nor Zahidi Alias berkata, pemulihan berterusan harga minyak mentah global adalah positif untuk ekonomi Malaysia tahun ini, dengan itu meningkatkan pendapatan kerajaan dan\nmenambah baik sentimen perniagaan keseluruhannya.",
"",
"\"Di pasaran domestik, perbelanjaan pengguna kekal tunggak ekonomi pada 2017, walaupun pertumbuhan dijangka kekal di bawah trend pertumbuhan jangka panjang.",
"\"Permintaan domestik akan kekal menjadi sumber utama pertumbuhan manakala risiko kejatuhan utama kepada ramalan kami akan berpunca daripada persekitaran luaran,\" tambahnya.",
"Menurutnya, daripada perspektif penarafan negara, parameter makro ekonomi median Malaysia akan kekal seiring dengan negara-negara A tunggal di mana termasuk pertumbuhan KDNK sebenar, KDNK per kapita dan pariti kuasa beli, terma dan jumlah rizab antarabangsa dalam dolar US.",
"Agensi penarafan tu juga telah menaik taraf pertumbuhan KDNK Malaysia daripada 4.0 peratus kepada 4.3 peratus tahun ini, terutama disebabkan kestabilan permintaan domestik serta permintaan luar yang berdaya tahan.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/509800 | Korban koronavirus di China kini lebih 500 orang | [
"",
"Jumlah kematian akibat novel koronavirus di China meningkat kepada 563 orang dan jumlah kes disahkan mencecah 28,018, lapor agensi berita Sputnik memetik jawatankuasa kesihatan negara China pada Khamis.",
"Sputnik ",
"Seramai 1,153 orang dibenarkan keluar hospital.",
"\"Setakat tengah malam 5 Feb, jawatankuasa kesihatan negara menerima maklumat dari 31 wilayah ... kira-kira 28,018 kes disahkan penyakit radang paru-paru disebabkan novel koronavirus, 3,859 berada dalam keadaan kritikal, 563 meninggal dunia, 1,153 dibenarkan keluar hospital,\" kata jawatankuasa itu.",
"Pada Rabu, jumlah keseluruhan kes di tanah besar China sebanyak 24,324 dengan 490 kematian.",
"-Bernama",
"-Bernama",
"",
"",
"",
"",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/265191 | Sultan dengar nasihat MB? Mimpilah, kata Zaid | [
"\nHari ini, jika menteri besar atau exco berkata raja-raja Melayu bertindak atas nasihat mereka, “kamu boleh beritahu mereka, mimpilah”, kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.\n",
"\nKatanya, walaupun perkataan “bertindak atas nasihat menteri besar (atau perdana menteri)” digunakan dalam perlembagaan persekutuan atau negeri, amalan sebenar yang berlaku sebaliknya.\n",
"\n\n\n“Raja sekarang memutuskan sesuatu perkara dan angan-angan untuk menteri besar percaya sebaliknya.\n",
"\n",
"\n\"Lihat saja apa yang berlaku di Terengganu, Perak, Perlis, dan Kelantan,” katanya.\n",
"\n“Selepas kes Perak, jelas bahawa kedudukan menteir besar sangat bergantung kepada kehendak yang mulia baik dalam terma lantikan dan pengguguran,” katanya.\n",
"\nPada awal kemerdekaan, Zaid berkata, lebih mudah jika Malaysia menerima dan mematuhi model Westminster secara keseluruhannya.\n",
"\n\n[Baca berita penuh]\n\n",
"\n[Baca berita penuh]\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/192803 | 130 kes murtad direkod di S'gor dalam 7 tahun | [
"\nSebanyak 130 kes murtad dilaporkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) antara tempoh 2004 hingga 2011, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu.\n",
"\n\n\n\nMenjawab soalan Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong), Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim semalam berkata, hanya 14 kes yang dibawa ke mahkamah syariah sudah diselesaikan.\n",
"\n\n",
"",
"\nKhalid yang juga exco agama negeri bagaimanapun berkata, kerajaan akan terus memantau gejala itu, termasuk pendakyahan agama lain melalui Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).\n",
"\nBeliau turut menuntut bekas exco Datuk Hasan Ali yang mendakwa mempunyai bukti video berhubung perkara itu dapat mengemukakannya.\n",
"\n\n\n",
"\n",
"\n\n[Baca berita penuh]\n\n",
"\n[Baca berita penuh]\n",
"\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/sukan/626966 | Aaron-Wooi Yik akhiri cabaran negara di Terbuka Malaysia | [
"Cabaran pasukan tuan rumah di saingan Terbuka Malaysia berakhir pada malam tadi, selepas beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di pusingan separuh akhir.",
"Hasrat beregu di kedudukan keenam dunia untuk mencipta kejutan menentang Juara Dunia 2021, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi tidak kesampaian apabila tewas 23-21, 9-21 di Arena Axiata, Kuala Lumpur, semalam.",
"Walaupun memberikan tentang sengit dan mendahului 18-14 pada set pertama, namun mereka gagal mengambil peluang itu untuk mencipta kemenangan, manakala set kedua menyaksikan beregu Jepun menguasai perlawanan dari awal lagi.",
"Kekalahan kepada beregu kedua negara itu, turut menyaksikan Aaron-Wooi Yik, yang juga pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020 masih kempunan untuk meraih gelaran Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sulung mereka.",
"Satu-satunya gelaran beregu lelaki (tidak termasuk acara berpasukan) yang pernah dimenangi oleh Aaron-Wooi Yik setakat ini adalah pingat emas Sukan SEA 2019 di Filipina, manakala mereka juga pernah terkandas di final enam Jelajah Dunia, termasuk All England 2019 dan Terbuka Thailand 2020.",
" “Kita memang sedang mendahului ketika mata penting pada set pertama, tetapi masalah yang sama sentiasa berulang. Kita kena kenal pasti kenapa ia terjadi dan menyelesaikan masalah itu,” kata Aaron kepada pemberita.",
"Mereka mara ke pusingan separuh akhir selepas menyingkirkan beregu veteran Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-13, 20-22, 21-19 semalam.",
"Terdahulu, satu lagi beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tewas 14-21, 12-21 kepada beregu ranking ketujuh dunia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia.",
"Kali terakhir wakil Malaysia merangkul gelaran beregu lelaki di kejohanan tersebut adalah pada edisi 2014, apabila Goh V Shem-Lim Khim Wah muncul juara.",
"Sebagai ganjaran mara ke separuh akhir, setiap beregu akan menerima wang hadiah kemenangan sebanyak US$9,450 (lebih kurang RM41,600).",
"-Bernama",
"-Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/87827 | Muqabalah membelah muktamar Pemuda | [
"\n\nkemaskini 10:53pm\n\nCadangan mengambil tindakan disiplin terhadap pemimpin atasan PAS yang mengulas rundingan dengan Umno mencetuskan puncak kehangatan sidang muktamar Dewan Pemuda hari ini.\n",
"\nkemaskini 10:53pm\n",
"\nPemimpin-pemimpin itu termasuklah naib presiden Datuk Husam Musa dan ketua Pemuda PAS sendiri Salahuddin Ayub, selain ketua penerangan Mahfuz Omar.\n",
"\nMengesahkan perkara itu, timbalan ketua penerangan Pemuda PAS, Abdullah Karim menjelaskan, Mahfuz dikritik kerana menyalahkan pemimpin tertinggi PAS yang tidak mendedahkan sepenuhnya butiran perbincangan dua parti Melayu itu kepada jawatankuasa pusat.\n",
"\nSedangkan pada pandangan perwakilan itu, menurut Abdullah lagi, sebagai ahli jawatankuasa pusat, Mahfuz boleh menimbulkan isu berkenaan dalam mesyuarat di peringkat pusat.\n",
"\nBeberapa sumber lain memberitahu\n\nMalaysiakini\n\n, saranan perwakilan-perwakilan Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan – yang dianggap pro-muqabalah – menerima sokongan hampir sama kuat dengan bantahan lebih 200 perwakilan yang hadir.\n",
"\nMalaysiakini\n",
"\nPerwakilan dari Melaka dikatakan mengepalai dua lagi kumpulan perwakilan yang anti-muqabalah iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan, sementara negeri-negeri lain tidak menunjukkan sikap dengan jelas terhadap isu itu.\n",
"\nMenurut sumber-sumber lagi, perdebatan isu ini paling hangat dibahaskan oleh pemimpin-pemimpin Dewan Pemuda PAS di pertemuan sehari suntuk di stadium tertutup Indera Mulia, Ipoh yang berakhir petang tadi.\n",
"\nAbdullah turut menyifatkan perbahasan ucapan dasar ketua Pemuda PAS di sebelah pagi itu panas kerana kelantangan wakil-wakil pro-muqabalah itu berhujah \"seolah-olah tiada lagi masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat\".\n",
"\nKumpulan ini, tambahnya, turut mengkritik dua lagi parti dalam Pakatan, PKR dan DAP, selain tokoh utama pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n",
"\nPerwakilan Terengganu dilaporkan mengingatkan kepimpinan serta ahli PAS supaya tidak terlalu kagum dengan Anwar dan mengambil sikap lebih berhati-hati terhadap penasihat PKR itu.\n",
"\nPersidangan itu juga panas apabila perwakilan Pulau Pinang membangkitkan isu hubungan dalaman Pakatan seperti dakwaan PAS dipinggirkan dalam pelantikan ahli majlis dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di negeri itu – kini diketuai DAP.\n",
"\nTimbalan ketua penerangan Pemuda PAS juga berkata, sikap pimpinan atasan Pulau Pinang tidak melayan permintaan PAS hendak berjumpa dan berbincang mengenai sesuatu perkara turut ditimbulkan.\n",
"\nDi negeri Selangor pula, perwakilannya menimbulkan isu seolah-olah PAS disisihkan dalam pemerintahan negeri, tambahnya.\n",
"\nDi sebelah petang, kata Abdullah, dalam ucapan penggulungannya, Salahuddin mempertegaskan kembali pendirian dewan itu bahawa PAS sedia bermuzakarah dengan sesiapa juga tetapi tidak mahu perkongsian kuasa.\n",
"\nBeliau turut menegaskan bahawa PAS akan kekal dalam Pakatan.\n",
"\nPenjelasan ketua Pemuda PAS itu berjaya meredakan ketegangan sepanjang persidangan, kata Abdullah.\n",
"\nEmpat usul telah dibangkitkan, tiga diterima – mengukuhkan hubungan dalam Pakatan, memantapkan peranan penyokong bukan Islam dalam PAS dan isu kedaulatan negara di perairan sekitar Pulau Batu Puteh yang kini jatuh ke tangan Singapura.\n",
"\nSatu usul yang dibawa oleh Terengganu ditolak iaitu cadangan menubuhkan sekretariat bersama PAS dengan badan-badan berasaskan Islam dan Melayu.\n\n\n",
"\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/495197 | Mahathir: Kaum kerabat saya tak dapat manfaat | [
"Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak cadangan bahawa beliau mempunyai kaitan dengan syarikat yang terlibat dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.",
"\"Saya tolak cadangan bahawa mereka ini ada kaitan dengan saya. Saya tanya semua keluarga saya: 'Kamu dapat apa-apa dari saya?’.” ",
"Mahathir bercakap kepada pemberita selepas pelancaran Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa (IGEM) 2019 di Kuala Lumpur, hari ini.",
"Beliau ditanya apa yang akan dilakukannya untuk memastikan kontrak untuk membangunkan tenaga boleh diperbaharui itu dilakukan dengan adil. Wartawan telah mencadangkan bahawa \"peserta terdahulu berkaitan dengan kamu (Mahathir)\".",
"",
"",
"",
"",
"",
"Mahathir menegaskan bahawa kontrak hanya akan diberikan kepada mereka yang mempunyai usul atau kertas kerja yang berdaya maju dan \"tidak semestinya (menantu saya\").",
"\"Saya akan soal (mengenai) kelayakan kamu,\" katanya.",
"Katanya, terdapat banyak peluang dalam sektor tenaga boleh diperbaharui sekarang dan berharap lebih ramai akan menyertai.",
"[Baca berita penuh]",
"[Baca berita penuh]",
"Sementara itu, Bernama melaporkan Dr Mahathir mengulangi bahawa tiada pemberian kontrak secara kronisme termasuk projek berkaitan tenaga yang boleh diperbaharui.",
"Bernama",
"Perdana Menteri menolak kritikan yang dilemparkan terhadap beliau bahawa penerima projek tersebut ini ada hubungan kekeluargaan dengan beliau.",
"“Saya ingin meminta semua saudara saya, adakah mereka mendapatkan apa-apa daripada saya?",
"",
"",
"",
"",
"",
"“Mereka kini tidak bercakap dengan saya kerana saya tidak pernah membantu mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan solusi bumbung solar pertama Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di negara ini dikenali sebagai M+ oleh Petronas di Kuala Lumpur, hari ini.",
"Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya bagaimana beliau akan memastikan hanya syarikat atau individu yang layak sahaja ditawarkan projek susulan ada dakwaan bahawa beberapa pemain industri dianugerahkan projek kerana ada hubungan kekeluargaan dengannya ketika beliau menjadi perdana menteri keempat selama 22 tahun sebelum ini.",
"Dr Mahathir berkata projek-projek perlu diberikan kepada seseorang dan apabila ia dilakukan maka sentiasa ada dakwaan kronisme.",
"“Kalau begitu, kita tidak perlu memberi kepada sesiapa pun, maka anda tidak boleh mengatakan apa-apa. Namun, jika anda tidak memberikannya kepada sesiapa, maka negara tidak dapat mencapai kemajuan.",
"",
"",
"",
"",
"",
"“Tidak semestinya menantu lelaki saya dan semua itu. Ia tidak akan diberikan kepada mereka. Saya akan meminta pengesahan anda,” katanya secara sinis.",
"Beliau menegaskan kerajaan akan menyokong syarikat yang mempunyai cadangan yang berdaya maju."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/421393 | Dr M umum cuti 10, 11 Mei jika HARAPAN menang | [
"PRU14 I Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan 10 dan 11 Mei akan diisytiharkan sebagai cuti umum sekiranya gabungan pembangkang itu memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).",
"PRU14",
"\"Saya tak suka cuti tapi saya sedar orang lain suka cuti. Tapi ini kali, ini kali sahajalah,\" kata bekas perdana menteri itu dalam taklimat kepada calon HARAPAN di Petaling Jaya malam tadi.",
"Memandangkan hari mengundi (Rabu, 9 Mei) diisytiharkan sebagai cuti umum, Mahathir berkata rakyat Malaysia akan berehat lima hari jika HARAPAN memenangi Putrajaya dengan mengambil kira cuti pada hujung minggu.",
"Cadangan agar HARAPAN mengisytiharkan 10 dan 11 Mei sebagai cuti umum sekiranya memenangi PRU14 kali pertama dicetuskan oleh Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH) Dr Dzulkefly Ahmad.",
"Beliau berkata cuti tambahan itu bagi menggalakkan dan meyakinkan rakyat untuk pulang mengundi dan seterusnya menyambut 'kemenangan rakyat'.",
"Pakatan Harapan Perak turut berjanji mengisytiharkan cuti di negeri itu pada 10 dan 11 Mei sekiranya berjaya membentuk kerajaan negeri.",
"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 9 Mei sebagai hari mengundi dan 28 April sebagai hari penamaan calon.",
"Ketetapan hari bekerja sebagai hari mengundi menerima kritikan daripada pembangkang kerana didakwa menyukarkan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.",
"Pada 11 April, lebih 100,000 menandatangani petisyen atas talian bagi memohon Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengisytiharkan 9 Mei sebagai cuti umum.",
"petisyen",
"Susulan itu Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengisytiharkan hari tersebut sebagai hari kelepasan am di seluruh negara.",
" "
] |
https://www.malaysiakini.com/news/460108 | Kekayaan negara mesti diagih secara adil pada semua kaum | [
"Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan kepentingan agar kekayaak negara diagihkan secara adil kepada semua kaum di negara ini.",
"Katanya jurang terlalu besar di antara kaya dan miskin dalam sesebuah negara biasanya akan berakhir dengan kekacauan atau rusuhan.",
"Justeru kata Mahathir kerajaan perlu memberi penekanan kepadausaha menangani masalah kemiskinan dalam kalangan semua kaum di negara ini.",
"\"Kita kena ingat dan menjadi tugas kita untuk menentukan negara mengagihkan kekayaan secara sama rata. Jika tak sepenuhnya, tapi sekurang-kurangnya hingga satu tahap yang boleh diterima semua masyarakat negara kita,\" katanya.",
"Perdana menteri berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena perhimpunan bulanan kakitangan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.",
"Menurut beliau hak sama rata tidak sepatutnya terhad kepada amalan mengundi atau memilih kerajaan semata-mata.",
"Sebaliknya kata Mahathir kesamarataan juga perlu diamalkan dalam menyediakan kehidupan rakyat yangn selesa, makmur dan tenang.",
"\"Kita tak nak lihat negara kita nampak begitu kaya tetapi kekayaan tidak diagihkan secara adil kepada semua kaum.",
"\"Inilah yang perlu kita pelajari daripada sejarah kita harap setiap orang sama ada pegawai kerajaan, ahli politik, pemimpin kerajaan faham sejarah kita supaya tak mengulangi kesalahan kita yang lama.",
"\"Sebaliknya kita pastikan negara kita ini aman dan semua kaum dapat hidup bersama-sama tanpa rusuhan dan mendapat agihan kekayaan negara secara adil dan saksama,\" katanya.",
"Kata Mahathir ada sesetengah orang sudah melupakan sejarah Malaysia yang pernah menyaksikan pelbagai kaum bersama-sama membina negara.",
"Katanya orang ramai perlu sedar sesiapa yang melupakan sejarah akhirnya akan dihukum dengan mengulangi kesalahan lampau berkali-kali.",
"Pada masa sama perdana menteri mengingatkan Malaysia sebuah negara yang bertuah kerana memperoleh kemerdekaan secara aman, tidak seperti sesetengah negara Afrika yang terpaksa berperang.",
"Di sesetengah negara kata Mahathir ada kaum tertentu menganggap diri mereka sebagai penduduk asal dan tidak berasa senang dengan kaum lain yang dianggap pendatang.",
"Akhirnya kata beliau kaum tertentu dalam negara terbabit dihalau keluar.",
"\"Ini berlaku berlaku negara lain tetapi tidak di Malaysia, bahkan kerajaan bersetuju memberi hak kerakyatan kepada kaum-kaum lain.",
"\"Usaha juga dibuat dalam kalangan parti politik bagi memastikan negara kita ditadbir dengan penyertaan semua kaum dan ia bermula pada waktu kita mencapai kemerdekaan,\" katanya.",
"[Baca berita penuh]",
"[Baca berita penuh]",
"[Baca berita penuh]"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/451261 | Isu pembesar suara: Penyokong Azmin buat laporan kepada JPP | [
"Satu laporan rasmi telah dibuat untuk perhatian Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berikutan penggunaan pembesar suara semasa proses pemilihan PKR Sarawak Cabang Kota Samarahan.",
"Seorang calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Datuk Mansor Othman berkata beliau difahamkan laporan rasmi telah dibuat berkenaan penggunaan pembesar suara oleh penyokong calon Timbalan Presiden Rafizi Ramli.",
"\"Saya difahamkan laporan telah dibuat untuk tindakan JPP PKR. Kita nampak tadi pun penggunan pembesar suara itu mengakibatkan berlaku sedikit pertelingkahan antara anggota kedua-dua kem.",
"\"Setakat pengalaman saya ke beberapa negeri sepanjang pemilihan rasanya kalau tak salah tidak ada pembesar suara digunakan. Bagaimanapun saya tekankan di sini situasi di Sarawak khususnya di Kota Samarahan ini masih terkawal, masih lebih baik berbanding beberapa kejadian tidak diingini berlaku di lokasi serta negeri lain sebelum ini,\" katanya yang juga pengerusi PKR Pulau Pinang.",
"Beliau yang berada dalam pasukan calon Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau perjalanan pemilihan PKR Sarawak Cabang Kota Samarahan di Dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Samarahan hari ini.",
"Bernama difahamkan calon Ketua Cabang Kota Samarahan Jemree Sabli telah memaklumkan penggunaan pembesar suara itu kepada Ketua Pengawas Pusat Mengundi pagi tadi.",
"Tinjauan mendapati pembesar suara tersebut digunakan dalam satu daripada tiga khemah pasukan Rafizi di depan luar pagar ILP Kota Samarahan sejak awal pagi (kira-kira 8.30 pagi).",
"Selain digunakan untuk menyiarkan lagu, pembesar suara itu juga menjadi alat komunikasi meminta anggota PKR datang untuk mengundi Rafizi.",
"Penggunaan pembesar suara itu mengundang rasa tidak puas hati dalam pasukan Mohamed Azmin menyaksikan berlaku pertikaman lidah antara penyokong kedua-dua seteru itu namun tiada perkara tidak diingini berlaku.",
"- Bernama\n ",
"- Bernama",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/597533 | Bursa Malaysia dibuka rendah selepas pembentangan Bajet 2020 | [
"Dagangan di Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini dengan kebanyakan pelabur masih lagi mencerna kandungan Bajet 2022 yang dibentangkan pada Jumaat minggu lepas.",
"Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 24.97 mata kepada 1,537.34 daripada 1,562.31 semasa ditutup pada akhir hari urus niaga minggu lepas.",
"Indeks utama dibuka 16.32 mata lebih rendah pada 1,545.87.",
"Di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung 566 berbalas 55 sementara 199 kaunter tidak berubah, 1,454 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.",
"Jumlah dagangan adalah 424.16 juta unit bernilai RM232.89 juta.",
"Dalam nota penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd berkata FBM KLCI merosot dengan ketara di tengah-tengah aktiviti jualan yang berterusan sebelum pembentangan Bajet 2022 pada hari Jumaat.",
"Walaupun belanjawan kali ini dilihat sebagai belanjawan pengembangan, ia menambah cadangan pelaksanaan cukai keuntungan iaitu Cukai Makmur selain kenaikan kadar duti setem nota kontrak bagi dagangan saham tersenarai agak mengejutkan kerana ia mungkin mengimbangi inisiatif baik lain yang diumumkan, sekurang-kurangnya dalam masa terdekat.",
"\"Ini boleh menjuruskan kepada tindak balas mendadak tekanan jualan terhadap FBM KLCI dan pasaran yang lebih luas hari ini.",
"Dari segi komoditi pula, harga minyak mentah mentah (MSM) melantun melebihi paras RM5,000, manakala harga minyak mentah juga agak tinggi.",
"Bagi fokus sektor, Malacca Securities berkata berikutan kerancakan dalam sektor penjagaan kesihatan pada hari Jumaat, peniaga dijangka memberi tumpuan semula kepada sektor penerima Bajet 2022.",
"Sektor penerima termasuk kaunter berkaitan pengguna, automotif, telekomunikasi, teknologi, pelancongan dan kenderaan elektrik, tambahnya.",
"Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM8.03, Public Bank turun 12 sen kepada RM4.05, Petronas Chemicals lemah 14 sen kepada RM8.55, IHH Healthcare lebih rendah lapan sen pada RM6.46, dan Tenaga lega tiga sen pada RM9.36.",
"Bagi saham aktif, AirAsia X turun dua sen kepada 7.5 sen, KNM Group susut satu sen kepada 19.5 sen, manakala MMAG, EA Holdings dan Tanco tidak berubah, masing-masing pada 10.5 sen, dua sen dan 26.5 sen.",
"Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 174.19 mata kepada 11,384.81, Indeks FBMT 100 turun 167.02 mata kepada 11,022.07, FBM 70 lebih rendah 182.42 mata kepada 15,119.95, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 166.29 mata kepada 12,425.30 dan FBM ACE merosot 66.85 mata kepada 7,029.32. ",
"Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.75 mata kepada 204.04, Indeks Perladangan lebih rendah 116.07 mata kepada 6,672.75 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 325.95 mata kepada 15,263.26.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/255361 | Lim: Ahli politik bukan tokong atau dewa | [
"\nPopulariti di puncak umpama bintang rock sejak menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang, Setiausaha DAP Lim Guan Eng sentiasa menjadi tumpuan penyokong apabila muncul di khalayak.\n",
"\nPenyokong dan peminat beliau akan meluru kepadanya bagi mendapat autograf dan ia membuatkan musuh politik melabelkannya sebagai 'tokong'.\n",
"\n\nBagaimanapun istilah itu tidak dicipta musuh politiknya, tetapi dicipta bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang PKR Datuk Mansor Othman, dalam mesyuarat yang mana beliau menyatakan perbezaan pendapat dengan Lim.\n",
"",
"\nIsi mesyuarat yang diadakan pada 2012 telah bocor dan sejak daripada itu, label 'tokong' melekat pada Lim yang juga ahli parlimen Bagan.\n",
"\nDalam program bual bicara bersama\n\nKiniTV\n\ndalam bahasa Mandarin baru-baru ini, Lim menyifatkan label itu sebagai serangan peribadi yang cuba mengalih daripada isu sebenar.\n",
"\nKiniTV\n",
"\nMenurut Lim, ahli politik tidak maksum dan oleh itu tidak boleh dimuliakan sebagai 'tokong', malah melarang membandingkan antara kedua-duanya.\n",
"\n\"Kami menekankan tiada pemimpin adalah dewa. Jangan jadikan mitos kepada mana-mana pemimpin kerana dewa tidak melakukan kesilapan, tetapi kita lakukan.\n",
"\n\"Malah ketika saya melakukan salah, saya memohon maaf secara terbuka,\" katanya.\n",
"\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n",
"\n\n[Baca berita penuh]\n\n",
"\n[Baca berita penuh]\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/285356 | Hanya telefon bimbit asas dicadangkan di sekolah | [
"\nPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata beliau mencadangkan hanya telefon bimbit asas untuk dibawa pelajar ke sekolah.\n",
"\nBeliau berkata ia lebih berupa telefon yang hanya mempunyai fungsi menghantar pesanan ringkas serta membuat panggilan dan bukannya telefon pintar yang mempunyai pelbagai fungsi.\n",
"\n\"Ada negara lain yang membenarkan pelajar membawa telefon ke sekolah tetapi dengan item untuk panggilan masuk dan keluar sahaja yang telefon sebegini ditawarkan syarikat telekomunikasi,\" katanya kepada\n\nBernama\n\n.\n",
"\nBernama\n",
"\nBeliau mengulas kenyataannya sebelum ini berhubung cadangan untuk membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, yang mendapat pelbagai reaksi.\n",
"\nBeberapa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, kerana bimbang ia akan mengganggu pembelajaran pelajar yang akan leka dengan telefon mereka.\n",
"\nNamun Tajul Urus berkata penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar bukan dibenarkan secara bebas tetapi perlu dikenakan syarat tertentu.\n",
"\n\"Misalnya guru dikehendaki menyimpan telefon pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Tetapi di waktu rehat, pelajar dibenarkan mengakses telefon mereka sama ada untuk membuat panggilan kepada ibu bapa atau keperluan mustahak lain,\" jelasnya.\n",
"\nBeliau berkata beliau lebih melihat kepada aspek keselamatan untuk membenarkan pelajar membawa telefon ke sekolah.\n",
"\n\"Misalnya dalam perjalanan mereka pergi atau pulang dari sekolah sama ada dengan menaiki bas atau berjalan kaki, mereka boleh menggunakan telefon untuk meminta pertolongan sekiranya keselamatan mereka terancam,\" katanya.\n",
"\n\"Hari ini pun sudah ramai pelajar yang membawa telefon ke sekolah walaupun terdapat peraturan yang tidak membenarkannya,\" tambahnya.\n",
"\n\n- Bernama\n\n",
"\n- Bernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/163299 | Sultan Muhammad V bertemu jodoh | [
"\nKelantan bakal menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin.\n",
"\nDalam satu sidang akhbar khas di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang semalam bagi mengumumkan mengenai pelancaran Yayasan Kelantan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu ini, Sultan Muhammad ditanya sama ada baginda akan berkahwin dan sambil tersenyum, menjawab: \"Insya-Allah saya berdoa, Insya-Allah Tuhan akan makbul.\"\n",
"\n",
"\n\nSultan Muhammad, 42, yang mudah membahasakan diri baginda sebagai \"saya\" atau \"kita\", berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan.\n",
"",
"\n",
"\n\"Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insya-Allah berjaya,\" titah baginda.\n",
"\n",
"\nSultan Muhammad, yang dimasyhurkan pada 13 Sept tahun lalu, bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.\n",
"\n",
"\nBaginda, yang terkenal dengan sifat mendekati rakyat dengan berkopiah dan berjubah, adalah putera sulung Sultan Ismail Petra.\n",
"\n",
"\nBaginda dan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin, tidak dikurniakan cahaya mata.\n",
"\n",
"\n-\n\nBernama\n\n",
"\nBernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/129336 | 'Pornthip bohong' - Hina mahkamah ke atas Nazri | [
"\nPeguam, Karpal Singh hari ini memfailkan permohonan bagi mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menghina mahkamah kerana melabelkan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand sebagai ‘pembohong’.\n",
"\n\nPermohonan itu dibuat mengikut Perkara 26 Akta Mahkamah Rendah 1948 berhubung kenyataan Nazri kepada Malaysiakini pada 11 April lalu berhubung inkues Teoh Beng Hock.\n",
"",
"\nNazri dipetik sebagai berkata: “Dia pembohong. Dia menipu pada inkues”.\n",
"\nUsul supaya Nazri dikenakan tindakan kerana menghina mahkamah disokong oleh affidavit yang difailkan oleh Teoh Meng Kee, yang merupakan adik Beng Hock.\n",
"\nDalam afidavit yang diikrarkan untuk menyokong permohonan itu, Meng Kee, 34, menyatakan Nazri pada 11 April lalu memberi kenyataan dengan keterangan Pornthip dalam prosiding inkues kematian adiknya.\n",
"\nPermohonan bagi mendapatkan perintah itu akan didengar di Mahkamah Koroner selepas Selasa depan.\n",
"\n\nBercakap kepada pemberita, Karpal (\n\nduduk, bertali leher\n\n) berkata sudah tiba masanya bagi Nazri dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana beliau telah menganggu kelancaran perbicaraan inkues itu.\n",
"",
"\nduduk, bertali leher\n",
"\n\"Ini boleh dilihat sebagai percubaan oleh eksekutif bagi mengenakan tekanan terhadap perbicaraan yang sedang berlangsung,” katanya.\n",
"\nNazri melabelkan Pornthip sebagai pembohong selepas pakar patologi itu mendakwa dia menghadapi ‘tekanan politik’ daripada kerajaan Malaysia setelah terbabit dengan inkues itu.\n",
"\nPendedahan itu dibuat pada Ahad lalu menerusi berita eksklusif kepada\n\nMalaysiakini\n\n.\n",
"\nMalaysiakini\n",
"\n\nMenurut Pornthip, beliau mendapat maklumat daripada pegawai kerajaan Thailand bahawa rakan sejawatan mereka memberikan \"isyarat\" kepada kementerian luar Thailand bahawa kedatangan Pornthip tidak dialu-alukan di Malaysia.\n",
"",
"\nPornthip memberitahu beliau telah \"dinasihatkan\" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.\n",
"\nPakar patologi berusia 54 tahun itu berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.\n",
"\n\nMenurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima \"isyarat\" dari kerajaan Malaysia melalui \"saluran tidak rasmi\" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.\n",
"",
"\nPornthip dijadualkan memberi keterangannya pada 20 April ini dan dijangka akan disoal mengenai pengamatannya terhadap bedah siasat kedua yang dijalankan ke atas mayat mendiang Teoh.\n",
"\nDia menerima pelawaan kerajaan Selangor bagi membantu menentukan punca kematian Teoh berdasarkan pro bono, iaitu perkhidmatan kerajaan kepada kerajaan tanpa sebarang bayaran.\n",
"\nMenurut beliau kebimbangan mengenai keselamatannya bermula apabila pada November tahun lalu ketika terbabit dalam bedah siasat kedua, Pornthip diekori oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.\n",
"\nTindakan itu memberi tekanan kepadanya dan kebimbangannya memuncak pada Januari lalu apabila dua laporan polis dibuat ke atasnya berdasarkan tuduhan dia membocorkan keputusan bedah siasat kedua itu.\n",
"\n\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n\n",
"\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n",
"\n\n[Baca berita penuh]\n\n",
"\n[Baca berita penuh]\n",
"\n \n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/372314 | Membebaskan Anwar Ibrahim | [
"Saat saya mengarang artikel ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim genap dipenjara dua tahun di Sungai Buloh. Beliau terpenjara dek kerana kezaliman yang merekayasa Fitnah II dengan niat dan tujuan untuk menamatkan riwayat politiknya.\n\nSemenjak 10 Februari 2015, sehinggalah ke hari ini, usaha dan pelbagai kempen untuk membebaskan beliau telah dilakukan sama ada dalam mahupun luar negara; oleh keluarga, sahabat, penyokong, aktivis, NGO dan parti politik.",
"",
"",
"Tiada siapa dapat menafikan betapa perlunya ruang kepimpinan negara akan sosok tokoh bernama Anwar Ibrahim ini. Beliau bukanlah calang-calang ahli politik yang boleh diperleceh dan dilupakan begitu sahaja.\n\nKetokohan beliau, dengan dukungan dan harapan yang telah rakyat letakkan kepada beliau untuk membawa perubahan menjadi sumber kekuatan bak obor yang terus menyala bagi membakar perjuangan menuntut reformasi di Malaysia.\n\nAnwar Ibrahim terus meletakkan tanda dan mencorak haluan landskap politik negara hari ini.",
"",
"",
"",
"",
"Anwar tiada di ‘luar’",
"Anwar tiada di ‘luar’",
"Anwar tiada di ‘luar’",
"Semenjak dua tahun Anwar tidak berada di ‘luar’, di lapangan bersama rakyat, parti dan penyokong - pelbagai perkara telah kita lalui.\n\nIa bermula dengan pemergian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, putusnya hubungan DAP dan PAS hingga membawa kepada tamatnya riwayat Pakatan Rakyat, serpihan PAS mewujudkan AMANAH sehinggalah termeterai perjanjian Pakatan Harapan dan terdedah seluas-luasnya pekung rejim pemerintah dengan skandal 1MDB.\n\nBegitu juga dengan kontroversi melibatkan agensi berkaitan pemerintah (baca: MARA, Felda, PERDA, dan lain-lain).",
"",
"",
"",
"",
"Dalam suasana muram dan masih ‘luka-luka’ itu, tanpa diduga, satu kekuatan dan suntikan semangat yang baru muncul.",
"Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang sebelumnya telah disingkir dari jawatan mereka, telah tampil bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan pimpinan pembangkang lain (dari PAS dan Pakatan Harapan) untuk memeterai apa yang dipanggil Deklarasi Rakyat.\n\nSejuta tandatangan rakyat Malaysia dikumpul mendesak peletakan jawatan perdana menteri dan menuntut reformasi institusi di negara ini telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.\n\nLebih bersejarah apabila Mahathir sendiri telah hadir ke mahkamah untuk menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim.\n\nDetik bersejarah yang terakam ini ibarat menjadi pemangkin kepada penyusunan kekuatan baru untuk pakatan pembangkang, lebih-lebih lagi dengan tertubuhnya parti pecahan daripada Umno – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"Di pentas pilihan raya juga, tidak kurang rancaknya apabila kita berdepan dengan pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.\n\nKeputusannya tidaklah seperti yang kita harapkan apabila tidak banyak pencapaian membanggakan yang dapat kita rakam.\n\nBahkan telah berulang kali ditunjukkan bahawa rakyat tidak memilih kita bilamana berlaku pertembungan sesama kita yang menyumbang kepada pertandingan tiga penjuru; antara PKR dan DAP di Sarawak dan antara PAS dan Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.\n\nRakyat menghukum kita dengan tidak memberikan kemenangan kepada kita. Ini semua berlaku dalam tempoh tidak sampai dua tahun Anwar Ibrahim dipasung dalam penjara Sungai Buloh.",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"Merealisasikan #BebasAnwar",
"Merealisasikan #BebasAnwar",
"Merealisasikan #BebasAnwar",
"Usaha dan kempen untuk membebaskan Anwar tidak pernah surut. Perlawanan ke atas pemenjaraan Anwar Ibrahim ini adalah satu bentuk penentangan terhadap kezaliman dan kebobrokan sistem yang dipelopori oleh Umno dan rejim Najib Razak.",
"Namun akhirnya, kita wajib bertanya kepada diri sendiri (waima sebagai rakyat, mahupun penyokong dan aktivis parti politik), apakah cara yang paling logik, rasional dan mungkin untuk dilaksanakan bagi membebaskan Anwar?\n\nJawapannya mudah - menang Putrajaya dan bentuk kerajaan baru.",
"",
"",
"Kemenangan pakatan pembangkang ini kelak adalah yang akan membebaskan Anwar Ibrahim daripada terus dikurung di dalam penjara.\n\nKemenangan di Putrajaya nanti akan membolehkan perdana menteri yang baru untuk mempersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong, satu permohonan pengampunan diraja untuk Anwar Ibrahim.\n\nMalangnya laluan ke arah memungkinkan strategi ini adalah satu jalan yang tidak mudah, penuh dengan ‘duri’, ‘liku' dan ‘ranjau’.",
"",
"",
"",
"",
"Memenangi Putrajaya",
"Memenangi Putrajaya",
"Memenangi Putrajaya",
"Tidak sedikit di kalangan pimpinan dan penggerak parti pembangkang yang berkehendakkan sebuah pakatan pembangkang; kerjasama politik atau grand coalition yang terdiri daripada semua parti politik pembangkang untuk berhadapan dengan rejim Umno-BN.\n\nNamun begitu ada juga segelintir yang terus mengatur rencana untuk menggagalkan usaha ini, sama da mereka dari rejim pemerintah atau yang telah 'dibeli’ rejim dengan wang, propaganda dan mungkin juga janji-janji habuan.\n\nUsaha jahat ini pastinya untuk menggagalkan langkah pakatan pembangkang untuk membentuk satu kerjasama politik yang utuh dan mampu berdepan dengan rejim BN.",
"grand coalition",
"",
"",
"",
"",
"Sejarah politik pembangkang negara telah acap kali membuktikan bahwa formula terbaik untuk berdepan BN adalah dengan memberikan perlawanan satu lawan satu di setiap kerusi parlimen dan DUN.\n\nKekuatan BN juga adalah apabila mereka mampu untuk bertanding satu logo dan hanya meletakkan satu calon dengan mewakili setiap parti komponen mereka.",
"",
"",
"Kesatuan pembangkang telah dibuktikan beberapa kali berjaya mencapai kemenangan sama ada kecil mahupun besar.\n\nSemangat 46 yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah dengan kerjasama Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat membolehkan PAS memerintah semula di Kelantan.\n\nBarisan Alternatif yang dianggotai Parti Keadilan Nasional, PAS, DAP dan Parti Rakyat Malaysia menabalkan PAS sebagai kerajaan di Terengganu.\n\nKemudian kerjasama pada 2008 membolehkan pembangkang membentuk kerajaan negeri di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Perak.\n\nFormula kesatuan ini diteruskan Pakatan Rakyat dan mencapai kemuncaknya apabila undi popular yang dimenangi kita pada PRU13 mengatasi jumlah undi BN sebanyak 52 peratus.\n\nSama ada kita sedar atau tidak, kita semua, di kalangan parti pembangkang pernah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dan bergerak seiring dan sederap untuk berhadapan BN.\n\nAnwar Ibrahim memimpin kita dahulu dan berjaya menyatukan kita semua. Formula satu lawan satu adalah senjata ampuh untuk melawan Umno-BN. Rakyat juga menginginkan itu.\n\nApabila mereka ke pusat mengundi nanti, atas kertas undi, apa yang dipangkah bukanlah ‘logo parti’.\n\nRakyat tidak mengundi parti politik sama ada PKR, PAS, DAP, BERSATU atau AMANAH; yang dipilih adalah siapa yang mereka yakin mampu untuk menjadi sebuah kerajaan yang boleh mereka letakkan kepercayaan.\n\nInilah tugas kita - meyakinkan rakyat bahawa kita ini benar-benar mampu menjadi kerajaan di Putrajaya. Kita harus bertindak seperti kerajaan yang dinanti-nantikan.\n\nPKR harus terus komited menjadi orang tengah untuk menjayakan usaha ini dan menjadi peneraju di peringkat nasional dengan ketokohan kepimpinan Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali.\n\nDAP pula terus fokus mempertahankan undi dan sokongan besar terutama di kalangan pengundi Cina, bukan Melayu dan bandar serta terus komited mengambil pendekatan sederhana, terutamanya apabila berdepan soal isu Islam dan Melayu.\n\nIni agar dapat dipecah stigma di kalangan masyarakat Melayu-Islam terhadap mereka.\n\nAMANAH dan BERSATU walaupun pemain baru, namun pengalaman tokoh-tokoh mereka sangat penting dalam meraih sokongan di kalangan pengundi Melayu dan Islam (lebih-lebih lagi BERSATU yang mampu memecahkan monopoli undi Umno di kalangan masyarakat Melayu).\n\nKekuatan PAS juga tidak boleh dinafikan dan masih ada pimpinan di dalam PAS yang komited kepada agenda perubahan dan mereka juga mampu untuk terus memperkukuhkan sokongan pengundi Melayu dan Islam kepada pakatan pembangkang.",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"Rakyat mahukan pembangkang yang kuat dan satu hati. Titik bengik perbezaan di kalangan pimpinan tidak harus diperbesarkan lagi sehingga menjadikan kita terhijab daripada terus melihat kehendak dan tuntutan rakyat ini.\n\nKepercayaan rakyat adalah kunci kejayaan setiap parti politik di dalam ruang demokrasi. Jika kita gagal untuk raih kepercayaan rakyat, maka kita tidak akan ditabal sebagai pemerintah.\n\nKita akan gagal untuk melaksanakan agenda reformasi yang telah kita perjuangkan. Kita akan gagal untuk membebaskan Anwar Ibrahim.",
"",
"",
"",
"",
"Suara rakyat, suara keramat",
"Suara rakyat, suara keramat",
"Suara rakyat, suara keramat",
"Oleh itu saya menyeru kepada sekalian pimpinan pembangkang, mari kita mengambil masa sejenak untuk benar-benar memikirkan langkah kita ke depan ini.\n\nApakah wajar kita tidak mahu meletakkan soal emosi dan perasaan ke tepi lalu memberi ruang kepada kepentingan rakyat dan masa depan negara ini menjadi keutamaan?\n\nWajarkah lagi kita hanya memikirkan soal kepentingan peribadi kita dan kelompok kita sahaja? Harapan yang diletakkan rakyat ke atas kita semua, wajarkah kita khianati hanya kerana kita masih mahu mempertahankan ego kita sendiri?\nTuntutan dan perjuangan membebaskan Anwar Ibrahim ini adalah simbol kepada perlawanan kita berhadapan dengan kebobrokan dan kepincangan sistem yang diterajui rejim Umno-BN.\n\nRakyat hari ini sengsara berada di bawah pemerintahan Umno-BN. Suara kritik dibungkam, peluang ekonomi semakin menguncup dan hanya berlegar di kalangan elit pemerintah, kroni dan keluarga mereka.",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"Jurang antara yang kaya dan miskin semakin melebar.\n\nKos sara hidup yang terus meningkat dengan terlaksananya cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kegagalan Najib Razak dan BN untuk mengurus ekonomi negara dan betapa hancurnya imej negara dan keyakinan pelabur ke atas negara kita juga amatlah meresahkan.",
"",
"",
"Setiap dari kita pimpinan pembangkang wajib untuk terus menjadi suara kepada rakyat. Menjadi suara kepada anak muda yang menuntut peluang pendidikan berkualiti dan peluang kerjaya yang menjamin masa depan.\n\nMenjadi suara kepada golongan miskin dan terpinggir yang mendambakan pembelaan. Menjadi suara kepada peniaga kecil, petani dan nelayan yang terus dihimpit dengan kesempitan, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu makan.\n\nMenjadi suara kepada anak-anak kita yang bakal menjadi pewaris kepada masa depan negara ini nanti. Inilah yang seharusnya kita lakukan. Inilah yang dinamakan politik matang, politik baru untuk meraih sokongan dan dukungan dari rakyat Malaysia seluruhnya.\n\nKemenangan rakyat ke Putrajaya semakin hampir. Hanya tinggal sama ada kita mahu mengusahakan dan menumpukan segala tenaga dan fokus ke arah itu.\n\nMenjadi suara rakyat dan buktikan kita (baca : pakatan pembangkang) benar-benar mampu menjadi ganti kepada BN dan akhirnya melaksanakan reformasi yang kita perjuangkan.\n\nBilamana berjayanya kita membebaskan Anwar Ibrahim kelak, bermakna ketika itu kita telah juga mempunyai kuasa untuk membebaskan rakyat daripada belenggu dan kesengsaraan hari ini dan membina masa depan yang lebih terjamin untuk generasi akan datang.",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"Bebas Anwar, bebas rakyat, reformasi selamatkan Malaysia.",
"",
"DR AFIF BAHARDIN adalah timbalan ketua Pemuda PKR, exco kerajaan Pulau Pinang dan ADUN Seberang Jaya.",
"Kenyataan ini adalah pandangan penulis serta organisasinya dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini",
"Kenyataan ini adalah pandangan penulis serta organisasinya dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/497553 | Aliran trafik di lebuh raya utama lancar | [
"",
"Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama dilaporkan lancar dan terkawal, setakat pagi ini.",
"Jurucakap Plus Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik menuju ke utara dan selatan lancar berikutan orang ramai sudah tiba di kampung sempena sambutan perayaan Deepavali hari ini. ",
"“Aliran trafik dijangka meningkat pada sebelah petang ini dengan kemungkinan ada daripada mereka mahu pulang awal.",
"\"Jangkaan trafik diramal akan mula sesak esok (Isnin),” katanya ketika dihubungi.",
"Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilaporkan lancar setakat ini.",
"\"Trafik di kebanyakan tol seluruh negara lancar namun trafik (dari arah pusat bandar) sebelum masuk Plaza Tol Gombak mula bergerak perlahan,” katanya.",
"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.",
"www.twitter.com/llminfotrafik",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/278783 | Pembelaan pertikai bukti jeli K-Y | [
"\nBahan pelincir jeli K-Y yang didakwa digunakan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan menjadi pertikaian dalam rayuan kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan hari ini.\n",
"\nPeguam kanan yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Gopal Sri Ram berkata penggunaan pelincir tersebut tidak dinyatakan dalam laporan polis Saiful ke atas Anwar.\n",
"\nBeliau seterusnya mengemukakan bahawa jeli K-Y itu tidak termasuk dalam senarai bukti dari pihak polis, yang dirampas daripada Saiful.\n",
"\n\"Saiful mendakwa kejadian liwat dilakukan di atas permaidani. Beliau mengakui bahawa pelincir digunakan dan diletakkan di duburnya.\n",
"\n\"Saiful mengadu bahawa kejadian liwat itu dijalankan dengan rakus dan di mengalami kesakitan di bahagian dubur dan perutnya.\n",
"\n“Sekiranya pelincir digunakan pasti dia tidak mengalami kesakitan,” katanya.\n",
"\nGopal seterusnya mempersoalkan pengakuan Saiful bahawa pengadu tersebut mendakwa pelincir itu diserahkan kepada pegawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira pada 28 Jun.\n",
"\n\"Jude (kiri) menyerahkan pelincir tersebut kembali kepada Saiful dan pada hari berikutnya Saiful pergi ke balai polis dan menyerahkannya kepada polis,” tambahnya.\n",
"\nPeguam kanan itu berkata, ini membuktikan bahawa pengakuan Saiful tidak boleh dipercayai.\n",
"\nGopal mengemukakan hujah pertama daripada tiga hujah utamanya.\n",
"\n\n[Baca berita penuh]\n\n",
"\n[Baca berita penuh]\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/619425 | Lima pesuruhjaya Suhakam akhiri perkhidmatan selepas dua penggal | [
"Lima anggota Suhakam menamatkan penggal kedua mereka di suruhanjaya hak asasi manusia semalam.",
"Mereka ialah Mah Weng Kwai, Jerald Joseph, Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Lok Yim Pheng dan Godfrey Gregory Joitol.",
"Kelima-lima mereka memulakan perkhidmatan sebagai pesuruhjaya Suhakam pada 2016 semasa pentadbiran perdana menteri Najib Razak ketika itu.",
"Setiap penggal adalah selama tiga tahun. Seksyen 5(4) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta Suhakam) tidak membenarkan penggal ketiga.",
"Empat pesuruhjaya lain yang menamatkan penggal pertama mereka termasuk Othman Hashim (pengerusi), Madeline Berma, Mohd Hishamuddin Md Yunus dan Noor Aziah Mohd Awal.",
"Putrajaya masih belum mengumumkan senarai pesuruhjaya baru.",
"Anggota Suhakam dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor perdana menteri selepas berunding dengan jawatankuasa pelantikan yang dipengerusikan oleh ketua setiausaha negara.",
"Menurut Seksyen 11 Akta Suhakam, jawatankuasa itu mesti juga terdiri daripada pengerusi Suhakam dan tiga anggota masyarakat sivil yang mempunyai pengalaman praktikal dalam hal hak asasi manusia, yang dilantik oleh perdana menteri.",
"Dalam pusingan sebelum ini, terdapat tempoh masa beberapa bulan sebelum kumpulan pesuruhjaya baru dilantik.",
"[Baca berita penuh]",
"[Baca berita penuh]"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/480144 | Menteri: Hentikan label pesakit mental sebagai gila | [
"Masyarakat perlu memainkan peranan bagi mengembalikan sikap peduli ke dalam budaya dan adat kita untuk membantu mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental (MHC) tampil mendapatkan rawatan.",
"Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata masyarakat boleh memulakan usaha itu dengan hentikan daripada melabel mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental sebagai 'gila', 'senteng', 'tiga suku' dan pelbagai istilah yang mengaibkan yang mendorong mereka menjauhi daripada mendapatkan bantuan dan rawatan.",
"\"Pemencilan dan dibuang oleh keluarga dan rakan-rakan adalah perkara biasa. Keadaan ini memberi kesan buruk terhadap masyarakat kerana tiada siapa yang mahu membantu, tetapi sebaliknya semua orang mudah menilai, secara hipotesis.",
"\"Kita mesti secara komuniti menangani cabaran kesihatan dan stigma yang menghantui mereka yang mengalami masalah kesihatan mental hari demi hari,\" katanya dalam ucaptama pada Persidangan Pengalaman Kesihatan Mental 2019, di Petaling Jaya hari ini.",
"Dr Dzulkefly berkata penyelidikan menunjukkan tiga kecenderungan tertentu yang wujud terhadap mereka yang menghidap masalah itu, yang pertama adalah ketakutan dan penyisihan, yang kedua autoritarianisme dan kebaikan yang terdapat niat positif tetapi sebaliknya menyebabkan mereka yang menghidap cabaran mental dipinggirkan.",
"Untuk menangani cabaran ini, beliau berkata Kementerian Kesihatan telah menyediakan perkhidmatan kesihatan mental melalui empat institusi mental, 61 hospital, 25 Pusat Kesihatan Mental masyarakat (MENTARI), dan program penyaringan dan intervensi disediakan di 1,001 klinik kerajaan di seluruh negara.",
"Kementerian juga telah memperkenalkan dan melaksanakan program Komuniti Sinar Perkasa Negara (KOSPEN) serta latihan kesihatan mental sebagai sebahagian daripada program latihan pekerja, untuk memperkukuh lagi usaha yang dilakukan melalui program KOSPEN.",
"Dr Dzulkefly menambah untuk melenyapkan stigma ke atas mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental, pendidikan adalah pendekatan terbaik kerana ia boleh bermula di mana-mana peringkat.",
"\"Melalui pendidikan, kita dapat menyebarkan pemahaman yang lebih baik mengenai cabaran yang dihadapi oleh mereka yang menghidap masalah mental, memupuk sokongan yang diperlukan dan membendung diskriminasi dan pengabaian,\" katanya.",
"Masyarakat juga perlu mendekati mereka melalui penglibatan bagi melenyapkan stigma yang membelenggu mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental, katanya.",
"- Bernama",
"Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/408077 | Harimau Jelutong takkan terima Dr M, kata anak | [
"Anak perempuan mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo percaya, sekiranya bapanya masih hidup, beliau pasti tidak bersetuju Pakatan Harapan (HARAPAN) menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri.",
"\"Berdasarkan kenyataannya dulu, saya rasa dia (Karpal) tidak akan setuju (Mahathir dicalonkan sebagai perdana menteri),\" katanya kepada Malaysiakini.",
"Malaysiakini",
"Karpal yang pernah menjadi pengerusi kebangsaan DAP merupakan salah seorang individu yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).",
"Sebagai seorang ahli politik yang terkenal dengan ketegasan dan kata-kata yang lantang, Karpal yang turut digelar 'Harimau Jelutong' kekal menjadi pengkritik Mahathir hingga ke akhir hayatnya.",
"[Baca berita asal]",
"[Baca berita asal]"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/636281 | Hakim, CEO GLC dan GLIC perlu isytihar aset pada SPRM - PM | [
"Semua anggota badan kehakiman akan dikehendaki mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.",
"Ini adalah antara keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) dalam mesyuaratnya hari ini.",
"\"Mesyuarat turut bersetuju agar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) termasuk ahli badan kehakiman perlu mengisytiharkan harta kepada pihak SPRM.",
"\"Perincian kod etika baru ini akan dibentangkan semula oleh SPRM dalam mesyuarat JKKMAR akan datang,\" kata Ismail dalam satu kenyataan.",
"Selain itu, Ismail Sabri berkata kerajaan akan memperkukuh mekanisme pengisytiharan aset bagi anggota pentadbiran, ahli parlimen dan senator bagi meningkatkan kredibiliti dan integriti kerajaan.",
"\"Satu kod etika baharu akan turut diperkenalkan untuk Ahli Parlimen dalam Akta 347 dengan mengambil kira pengekalan prinsip pengasingan kuasa badan eksekutif dan legislatif,\" katanya.",
"Sementara itu, Ismail Sabri berkata jawatankuasa khas kabinet itu juga bersetuju untuk meminda Akta Audit 1957 bagi memperkukuh profesionalisme dan menjamin kebebasan peranan ketua audit negara.",
"Pindaan ini adalah melibatkan peruntukan akta bagi menghalang penglibatan ketua audit negara dalam aktiviti atau jawatankuasa perkhidmatan persekutuan atau perkhidmatan negeri."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/627896 | Peningkatan kes, k'jaan tidak bercadang tutup sektor ekonomi: PM | [
"Kerajaan tidak bercadang menutup kembali sektor ekonomi seperti sebelum ini, walaupun berlaku peningkatan kes positif Covid-19 sejak awal bulan ini.",
"Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah paling penting perlu diambil rakyat ketika ini adalah untuk terus mengamalkan kawalan kendiri selain mengambil dos penggalak bagi melindungi diri masing-masing.",
"\"Setakat hari ini, kehidupan seperti biasa... tiada perancangan kerajaan untuk menutup sektor ekonomi dan sebagainya.",
"\"Jadi kehidupan kita akan dilalui seperti biasa, seperti yang ada hari ini, cuma kitalah yang perlu mengambil tindakan utk melindungi diri kita,\" katanya ketika ditemui media selepas menghadiri majlis Qurban Perdana Parlimen Bera 2022 di Masjid Darul Fikri, Bera, Pahang, hari ini.",
"Sehingga semalam, sebanyak 3,264 kes baru Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,595,974.",
"Jumlah kes aktif pula sebanyak 35,882, meningkat 27.8 peratus berbanding 14 hari lalu.",
"Jumlah kes tertinggi terus dicatatkan di sekitar lembah Kelang yang menyaksikan hampir 70 peratus kes baru dengan Selangor 1,326 kes.",
"Sejak wabak itu melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 35,811 kematian akibat Covid-19 direkodkan dengan dua kematian semalam, masing-masing satu di Sarawak dan Selangor.",
"Mengulas lanjut mengenai punca peningkatan kes positif Covid-19, Ismail memberitahu perkara itu disebabkan sub varian baharu.",
"\"Dulu (sub varian) ada BA1, BA2 (sekarang) BA5 dan kita bimbang kalau ada jangkitan, sebab itulah saya nasihatkan kalau ada majlis korban seperti ini, walaupun diadakan di luar seperti kawasan terbuka tidak memerlukan (pemakaian) pelitup muka, orang ramai boleh ambil inisiatif sendiri.",
"\"Bila terlalu ramai (berkumpul), kita jangan duduk terlalu rapat dan sebagainya,\" katanya.",
"Ismail turut menasihatkan kira-kira tujuh juta lagi rakyat belum mengambil suntikan dos penggalak supaya segera mendapatkan suntikan itu.",
"\"Saya difahamkan ada kira-kira tujuh juta lagi rakyat Malaysia belum mengambil dos penggalak, jadi mana yang belum ambil 'booster' walaupun tiada paksaan, namun bagi mencegah daripada varian-varian baru ini yang mudah merebak ini, untuk ambil tindakan proaktif bagi melindungi diri kita dan keluarga,\" katanya.",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/121163 | Kes Dr Asri ditangguh kepada 3 Mei | [
"\nMahkamah Syariah Gombak Timur hari ini menangguhkan perbicaraan kes bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang didakwa mengajar agama Islam tanpa tauliah, kepada 3 Mei depan bagi menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.\n",
"\n \n",
"\n\nHakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menangguhkannya berikutan permohonan semakan semula oleh pendakwaan berhubung keputusan beliau yang menolak permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.\n",
"",
"\n \n",
"\n\"Selepas mendengar keterangan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan mengenai isu pemindahan ke Mahkamah Tinggi yang kini sedang disemak, mahkamah membenarkan penangguhan ini.\n",
"\n\"Penangguhan ini dibuat supaya dapat diselesaikan dengan segera dan baik demi kebaikan umat Islam secara keseluruhannya,\"kata beliau.\n",
"\nTerdahulu, pihak pendakwaan yang dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Abdul Shukor Abdul Hamid, berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan semakan kehakiman pada 10 Dis lalu berhubung keputusan hakim Mahkamah Rendah Syariah itu.\n",
"\n\"Pihak kami memohon kepada mahkamah agar dapat menangguhkan perbicaraan ini sementara menunggu keputusan daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam, manakala esok notis bantahan awal yang dikemukakan oleh pembelaan juga akan didengar,\" kata Abdul Syukor.\n",
"\n \n",
"\nAsri yang diwakili peguam bela, Kamar Aniah Kamaruszaman, tidak membantah perkara itu.\n",
"\n \n",
"\nPada 18 November lalu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin menolak bantahan secara lisan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi dengan berpendapat bahawa Mahkamah Rendah Syariah mempunyai kuasa yang diperuntukkan untuk memutuskan apa jua keputusan.\n",
"\nAsri, 38, tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah kediaman beralamat No. 2 Lorong 2 C, Taman Sri Ukay, Ampang Daerah Gombak, antara 8.10 malam dan 9.45 malam, pada 1 November lepas.\n",
"\n \n",
"\nBagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.\n",
"\n \n",
"\nBeliau dibebaskan dengan bon jaminan RM3,000 dengan dua penjamin.\n",
"\n- Bernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/189874 | Sembrong: Seorang dilastik, lelaki tua dibaling kayu... | [
"\n\n\n\n[VIDEO]\n\n\n\n",
"\n\n\n[VIDEO]\n\n\n",
"\n\n[VIDEO]\n\n",
"\n[VIDEO]\n",
"\nPKR menafikan ceramahnya di Jalan Mersing, Sembrong pada malam Ahad lalu di mana kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah itu diadakan tanpa permit.\n",
"\n\n“Majlis yang mendapat permit dari pihak polis itu diganggu dari awal hingga akhir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. \n",
"",
"\n“Tujuan mereka ialah untuk menimbulkan kekecohan dan huru-hara,” kata Ketua Penerangan PKR, Johor Syed Hamid Ali (\n\nkiri\n\n) dalam satu kenyataan memperincikan apa yang sebenarnya berlaku pada malam berkenaan.\n",
"\nkiri\n",
"\nMenurut beliau, pada kejadian itu, lebih 100 orang yang dipercayai kakitangan dan anak-anak muda yang diupah oleh Umno tempatan telah melakukan segala macam provokasi untuk mengganggu dan mencederakan orang ramai dan pemimpin yang hadir di situ.\n",
"\n“Mereka membuat bising dan menjerit-pekik; buat rioh-rendah dengan membunyikan enjin motorsikal, air horn dan siren.\n",
"\n“Kemudian, berpuluh-puluh anak muda yang bermotosikal terus mengganggu lalu lintas; batu, telor, botol plastik dan mercun bola berterbangan ke arah penceramah dan orang ramai,” katanya. \n",
"\n\nSyed Hamid juga berkata pada malam itu, tidak kurang 4,000 orang membanjiri ruang di hadapan pejabat Cabang Semberong di Batu 4 Jalan Mersing, Kluang untuk mendengar ucapan daripada pemimpin-pemimpin parti peringkat negeri dan pusat.\n",
"",
"\nAntara mereka termasuk ketua umum PKR itu sendiri, dirinya, ahli parlimen Kapar S Manikavasagam dan ADUN Mengkibul Ng Lam Wah.\n",
"\n“Ketika rombongan Anwar sampai di tempat ceramah kira-kira jam 11.30 (malam), suasana menjadi semakin ribut. \n",
"\n“Beliau dan rombongannya diserbu dan dikepung. Pergelutan kecil berlaku sebelum Anwar berjaya diselamatkan.\n",
"\n\n“Kami diberitahu, seorang mengalami cedera ringan di dahi dipercayai akibat dilastik; seorang lelaki tua cedera dibaling kayu; bendera PKR dibakar; cermin kereta Anwar pecah dan pintunya kemek,” katanya. \n",
"",
"\nSehubungan dengan kejadian itu, katanya PKR menuntut supaya pihak polis bertanggungjawab untuk melakukan penyiasatan secara profesional.\n",
"\nSyed Hamid juga berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein selaku Ketua Bahagian Umno Semberong dan ahli parlimen kawasan itu juga perlu bertanggungjawab atas peristiwa buruk dan memalukan itu. \n",
"\nKejadian itu antara beberapa siri gangguan yang disaksikan sejak beberapa minggu kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.\n",
"\nPada 13 Februari lalu, kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap, Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.\n",
"\n\nManakala pada Jumaat lalu pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.\n",
"",
"\nMalah, Anwar terpaksa membonceng motosikal untuk menuju ke lokasi cermahnya.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/614011 | Pengecam ucapan Hari Wanita PM berfikiran sempit, kata MP PAS | [
"Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mempertahankan Ismail Sabri Yaakob selepas perdana menteri itu diselar kerana dianggap gagal menghayati maksud tema Hari Wanita Sedunia tahun ini.",
"Kata Ahmad Marzuk Shaary tanggapan pihak yang terhadap Ismail Sabri itu adalah gambaran sempitnya pemikiran mereka kepada maksud kesaksamaan.",
"\"Saksama bagi kita masyarakat Melayu Islam tidak sama dengan tafsiran feminis yang mahukan kesamarataan mutlak tanpa sebarang pengecualian.",
"\"Jika mahu difahami begitu, apa-apa kelebihan tertentu yang diberikan kepada lelaki secara automatik akan menjadi suatu bentuk penindasan dan diskriminasi terhadap pihak wanita tidak kira apa pun asas dan justifikasinya, seperti mana yang dilihat melalui perbuatan memakaikan butang baju Melayu suami,\" katanya.",
"Pada 8 Mac lalu Ismail Sabri memuat naik ucapan Hari Wanita Sedunia diiringi dengan gambar dia dipakaikan butang baju Melayu oleh isterinya.",
"\"Selamat Hari Wanita Sedunia. Pengorbanan wanita tiada noktah dan tandingannya. ",
"\"Wanita adalah harapan bangsa, berperanan besar dalam sesebuah organisasi dan menyumbang kepada kejayaan negara,\" ciap naib presiden Umno itu.",
"Selamat Hari Wanita Sedunia. Pengorbanan wanita tiada noktah dan tandingannya. Wanita adalah harapan bangsa, berperanan besar dalam sesebuah organisasi dan menyumbang kepada kejayaan negara. pic.twitter.com/mGugBVqNlr— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) March 8, 2022 ",
"Selamat Hari Wanita Sedunia. Pengorbanan wanita tiada noktah dan tandingannya. Wanita adalah harapan bangsa, berperanan besar dalam sesebuah organisasi dan menyumbang kepada kejayaan negara. pic.twitter.com/mGugBVqNlr— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) March 8, 2022 ",
"Selamat Hari Wanita Sedunia. Pengorbanan wanita tiada noktah dan tandingannya. Wanita adalah harapan bangsa, berperanan besar dalam sesebuah organisasi dan menyumbang kepada kejayaan negara. pic.twitter.com/mGugBVqNlr— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) March 8, 2022",
"Selamat Hari Wanita Sedunia. Pengorbanan wanita tiada noktah dan tandingannya. Wanita adalah harapan bangsa, berperanan besar dalam sesebuah organisasi dan menyumbang kepada kejayaan negara. pic.twitter.com/mGugBVqNlr",
"",
"",
"",
"",
"pic.twitter.com/mGugBVqNlr",
"March 8, 2022",
"",
"Pada gambar itu juga tertera slogan sambutan, iaitu Saksama Bersama.",
"Kata Ahmad Marzuk bagi PAS kesaksamaan dalam Islam bermaksud keadilan dan ia bukan sekadar memberikan apa saja yang diperolehi lelaki kepada wanita. ",
"\"Keadilan itu ialah meletakkan setiap sesuatu selayaknya dan kena pada tempatnya.",
"\"Dalam meraikan perbezaan yang wujud di antara lelaki dan wanita, hukum-hakam Islam tidak menyebut soal hak semata-mata, tetapi turut mengambil kira soal perbezaan tanggungjawab,\" katanya dalam kenyataan di media sosial hari ini.",
"Kata ahli parlimen Pengkalan Chepa itu lagi secara umum Islam memang memberikan hak yang sama kepada lelaki dan wanita, tetapi kadarnya berbeza bergantung kepada keperluan. ",
"Contohnya, tambah Ahmad Marzuk, lelaki dan wanita diberikan hak untuk bekerja dan menyara keluarga, tetapi lelaki diwajibkan menyediakan keperluan asas keluarga, manakala wanita mempunyai pilihan untuk membantu menanggung ekonomi keluarga ataupun tidak.",
"Namun katanya lagi ada juga hak-hak yang khusus diberikan kepada lelaki seperti berpoligami (yang bukan wajib), atau hak yang hanya diberikan kepada wanita seperti nafkah. ",
"\"Perbezaan hukum Islam terhadap lelaki dan perempuan adalah suatu perbuatan yang adil, justeru berlaku adil adalah keimanan. ",
"\"Sempena tema Saksama Bersama pada tahun ini, kita sangat setuju potensi wanita perlu dioptimumkan sebaiknya dengan menyediakan segenap ruang dan peluang yang adil untuk mereka memajukan diri, mengikut pilihan mereka sendiri, baik sebagai pemimpin, wanita bekerjaya mahupun surirumah sepenuh masa mengikut batas-batas sempadan yang dibenarkan syarak,\" katanya.",
"",
"",
"",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/333740 | Azalina: Derma RM2.6 bilion Najib tanpa apa-apa balasan | [
"\nKerajaan hari ini menegaskan bahawa dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan peribadi daripada keluarga Diraja Arab Saudi.\n",
"\n“Dana tersebut diberikan kepada beliau (Najib) tanpa apa-apa balasan.\n",
"\n\"Pada bulan Ogos 2013, wang sejumlah AS$ 620 juta (RM2.03 bilion) telah dikembalikan oleh perdana menteri kerana dana tersebut tidak diguna pakai,\" kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulisnya.\n",
"\nBeliau menjawap soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) yang meminta perdana menteri menyatakan siapakah penderma dan tujuan wang RM2.6 bilion itu dimasukkan ke akaun peribadi Najib.\n",
"\nDalam soalan bertulis parlimen Khamis lalu, Hee juga menyoal jumlah wang yang telah digunakan dan bagaimana baki wang itu dikembalikan.\n",
"\nPada Disember 2015, Najib berkata tiada syarat-syarat lain dilampirkan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang diberikan kepadanya itu.\n",
"\nKenyataan yang sama dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi manakala Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang salak laku dan rasuah.\n",
"\n\n[Baca berita penuh]\n\n",
"\n[Baca berita penuh]\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/580730 | Budi bicara Agong: Usah tafsir undang-undang ikut kehendak - Peguam | [
"Peguam New Sin Yew membidas Pakatan Harapan (PH) mengenai pendirian pembangkang berhubung kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang parlimen.",
"Bercakap kepada Malaysiakini, New berkata PH tidak boleh mentafsir undang-undang secara salah agar sesuai dengan kehendak mereka berhubung isu membuka semula parlimen, yang kini digantung di bawah undang-undang darurat.",
"Malaysiakini",
"\"Jangan salah tafsir prinsip undang-undang yang telah ditetapkan agar sesuai dengan keputusan yang diinginkan kerana ini akan menjadi precedent (duluan),\" katanya.",
"precedent",
"Sebalik kata New mereka yang mahu parlimen bersidang semula harus mencari cara lain yang memang sedia ada.",
"\"Pokoknya, kita tidak boleh mengheret Agong dalam huru-hara yang kita buat. Beritahu ahli parlimen anda, Adun anda, ahli politik anda, dan beritahu mereka tamatkan darurat dan lobi agar parlimen bersidang semula.",
"\"Jika mereka enggan, bercakaplah dengan semua orang yang kamu kenal untuk singkirkan mereka.",
"\"Kepada mereka yang terus mempertahankan tafsiran sesat bahawa Agong boleh memanggil parlimen tanpa nasihat perdana menteri, Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan menyediakan perkara-perkara yang baginda boleh bertindak mengikut budi bicaranya.",
"\"Memanggil parlimen bukanlah perkara yang seumpama itu,\" katanya.",
"",
"",
"",
"",
"",
"Dia juga mempertahankan kenyataan Peguam Negara, Idrus Harun, yang berpandangan Agong hanya boleh memanggil sidang parlimen atas nasihat kabinet.",
"nasihat kabinet",
"Semalam, Majlis Presiden PH menggesa Idrus dipecat susulan tindakannya berkaitan titah Agong agar sidang parlimen diadakan \"secepat mungkin\".",
"dipecat ",
"Majlis Presiden PH berkata, berdasarkan Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan, peguam negara bertanggungjawab menasihati Agong atau jemaah menteri mengenai perkara berkaitan undang-undang.",
"Bagaimanapun, katanya, peguam negara perlu melakukannya secara terus kepada Agong serta merahsiakannya, bukan menyatakannya secara terbuka",
"New berkata, gesaan PH agar Idrus dipecat kerana menderhaka kepada Agong sebagai \"tidak munababah\".",
"",
"\n",
" ",
" ",
" ",
"",
" \"Peguam Negara secara terbuka menyatakan kedudukan undang-undang yang betul bahawa Agong bertindak atas nasihat perdana menteri dalam memanggil parlimen, yang ditentang secara keliru oleh banyak orang,\" katanya.",
"",
"",
"\"PH harus berhenti mengelirukan demi mementingkan diri sendiri.",
"\"Saya juga mahu parlimen bersidang tetapi tidak mengorbankan prinsip perlembagaan yang telah ditetapkan,\" tambahnya.",
"Parlimen digantung sejak 11 Jan lalu berikutan pelaksanaan darurat yang dijangka berakhir pada 1 Ogos ini. ",
"Bagaimanapun Majlis Raja-Raja berpendapat bahawa tiada keperluan untuk melanjutkan darurat selepas tarikh tersebut.",
" tiada keperluan",
"Kerajaan pada awalnya menegaskan parlimen akan bersidang semula pada bulan Sept atau Okt.",
"Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun dan Speaker Dewan Negara, Rais Yatim mencadangkan parlimen secara hibrid diadakan akhir Ogos atau awal Sept.",
"Kedua-duanya telah dipanggil oleh Agong dan dijadualkan menghadap baginda pada Selasa ini (29 Jun).",
"menghadap baginda"
] |
https://www.malaysiakini.com/hiburan/550831 | Festival filem antarabangsa Tokyo labuhkan tirai | [
"",
"Filem ‘Hold Me Back’ arahan Akiko Ohku merangkul Anugerah Penonton pada majlis penutup Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF) ke-33 yang berlangsung Isnin lepas.",
"Sepanjang 10 hari festival tersebut, 138 buah filem yang dipilih daripada 1,356 penyertaan daripada 107 buah negara dan wilayah telah ditayangkan bermula 31 Okt.",
"Pusat Asia Yayasan Jepun (JF) dan TIFF yang telah menjalin kerjasama masuk tahun ketujuh, menjadi penganjur bersama bagi siri perbualan ‘Asia Lounge’, yang diperkenalkan tahun ini.",
"‘Asia Lounge’ ialah inisiatif baharu hasil ilham pengarah terkenal dunia Hirokazu Kore-eda, yang bekerjasama dengan anggota bagi sebuah jawatankuasa kurator untuk menganjurkan acara tersebut. ",
"Ia menampilkan perbincangan dalam talian harian antara pengarah-pengarah filem Asia terkemuka dan rakan pengarah mereka dari Jepun, yang membincangkan pelbagai topik.",
"Tetamunya termasuk Kim Bora (Korea Selatan), Huang Xi (Taiwan), Apichatpong Weerasethakul (Thailand), Mouly Surya (Indonesia), Tsai Ming-Liang (Malaysia/Taiwan) dan Rithy Panh (Kemboja).",
"Walaupun pada asalnya disusun sebagai satu ruang santai fizikal yang membolehkan pembikin filem dari seluruh dunia menikmati perbualan dan pertukaran idea yang bebas, ia terpaksa diubah kepada dalam talian pada tahun pertama ini susulan pandemik COVID-19.",
"JF dan TIFF juga mengetengahkan kepelbagaian budaya pawagam Asia dalam bahagian Tokyo Premiere 2020 dan World Focus.",
"Selain itu, sebagai sebahagian usaha Asia Tenggara JF membaik pulih filem, hasil karya pengarah filem Malaysia, Allahyarham Yasmin Ahmad, ‘Mukhsin’ (2006) telah dijadikan versi digital 4K dan dipertontonkan buat pertama kalinya.",
"Maklumat lanjut boleh didapati di https://2020.tiff-jp.net/en/",
"https://2020.tiff-jp.net/en/",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/635055 | Peguam: Tak salah Najib mohon semakan, pengampunan serentak | [
"Tidak salah untuk bekas perdana menteri Najib Abdul Razak memohon Mahkamah Persekutuan menyemak semula keputusan kehakiman berhubung kes rasuah RM42 juta SRC International Sdn Bhd, sejurus selepas mendapatkan pengampunan diraja.",
"Peguam S Selvam berkata ini kerana pengampunan diraja dan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan adalah dua perkara berasingan yang terletak di bawah bidang kuasa yang berbeza.",
"\"Saya tidak nampak sebarang konflik (dalam memohon pengampunan diraja dan semakan semula keputusan secara serentak). Najib boleh berbuat demikian dan saya fikir mereka (pasukan peguamnya) tidak salah dalam apa yang mereka lakukan.",
"\"Proses pengampunan diraja adalah perkara yang berasingan. Hukuman dan pelaksanaan sudah ada jadi agong boleh campur tangan.",
"\"Pengampunan pada dasarnya adalah memohon kepada Yang di-Pertuan Agong dan ia tidak terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan,\" jelasnya kepada Malaysiakini.",
"Malaysiakini.",
"Pihak pendakwaan, katanya, tidak boleh menggunakan pengampunan diraja sebagai alasan dalam proses penyerahan semasa permohonan kebenaran untuk semakan Mahkamah Persekutuan.",
"Pengampunan tak terhad kepada faktor undang-undang",
"Pengampunan tak terhad kepada faktor undang-undang",
"Pengampunan tak terhad kepada faktor undang-undang",
"Peguam New Sin Yew turut senada dengan Selvam, dengan mengatakan bahawa pengampunan diraja dan semakan kehakiman Mahkamah Persekutuan adalah tidak eksklusif.",
"\"Ia adalah proses yang berasingan sama sekali. Apabila anda memohon pengampunan diraja, anda tidak terhad kepada faktor undang-undang. Ia boleh menjadi atas belas kasihan, ia boleh berlaku untuk perkara yang tidak boleh diterima di mahkamah, jadi ia tidak ada peraturan ketat dalam petisyen pengampunan.",
"\"Ia tidak dikawal oleh mana-mana undang-undang, jadi pengampunan tidak boleh digunakan terhadap anda dalam proses semakan (di Mahkamah Persekutuan),\" tambahnya.",
"Dalam satu kenyataan sebelum ini, Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada Najib boleh mendapatkan semakan terhadap sabitan dan hukumannya selepas mengemukakan petisyen pengampunan diraja.",
"\"Adakah petisyen pengampunan Najib akan memberikan kesan kepada tindakannya untuk mendapatkan semakan kehakiman dari satu panel hakim baru Mahkamah Persekutuan mengenai penolakan rayuannya oleh Mahkamah Persekutuan dan/atau adakah permohonan semakan kehakiman ini akan memberikan kesan terhadap petisyen pengampunannya?",
"“Dengan dua tindakan Najib ini, persoalan undang-undang ini perlu diselesaikan oleh pihak berkuasa yang berkenaan,\" kata veteran DAP itu.",
"Tiada penangguhan hukuman",
"Tiada penangguhan hukuman",
"Tiada penangguhan hukuman",
"Sementara itu, Selvam berkata tiada cara bagi Mahkamah Persekutuan menangguh hukuman atas permohonan semakan berkenaan.",
"\"Tidak. Tidak ada penangguhan. Dia perlu mendapatkan kebenaran (mahkamah terlebih dahulu),\" katanya.",
"Pada 23 Ogos lalu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan bekas menteri kewangan itu untuk membatalkan sabitan terhadap tujuh pertuduhan jenayah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta sebagai ganti lima tahun tambahan dalam penjara.",
"Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/470887 | Setiausaha politik menteri bebas reman sehari awal | [
"Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membebaskan seorang setiausaha politik menteri, sehari lebih awal daripada tempoh empat hari reman yang sebelum ini dipohon terhadapnya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima suapan berbentuk seutas jam berjenama Omega dianggarkan bernilai RM28,000.",
"Perintah tamat reman terhadap lelaki berumur 47 tahun itu dikeluarkan Majistret Noraisyah Mohd Yusof.",
"Lelaki itu ditahan kira-kira pukul 5.00 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, Isnin lepas ketika hadir memberi keterangan, dan direman sejak Selasa dengan tempoh remannya sepatutunya berakhir esok.",
"Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata suspek dibebaskan awal dari tahanan reman, dan ia adalah proses biasa apabila siasatan selesai awal. ",
"Majistret Noraisyah turut menetapkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan SPRM RM10,000 dan seorang penjamin.",
"Menurut sumber SPRM sebelum ini, siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai menerima jam tangan mewah sebagai dorongan bagi membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek di bawah kelolaan kementerian.",
"Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/112252 | PM: K'jaan Pakatan mula dipersoal rakyat | [
"\nPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang kini dilihat mula dipersoalkan satu persatu oleh rakyat yang ternyata semakin sangsi dengan kewibawaan mereka mentadbir.\n",
"\nMenurutnya, jika sebelum ini pembangkang dilihat amat mudah mempertikaikan kerajaan BN, kini mereka perlu sedar bahawa bukanlah mudah mentadbir seperti mana mudahnya mereka berjanji sesuatu kepada rakyat setiap kali menjelang pilihan raya umum.\n",
"\n\"Sebenarnya bila mereka jadi pembangkang, amat mudah bagi mereka untuk mempertikaikan kerajaan BN, kononnya kita tidak berwibawa dan sebagainya.\n",
"\n\"Hakikatnya bila kita (mereka) mentadbir, tidak semudahnya seperti mana sewaktu mereka lakarkan sewaktu mereka jadi pembangkang. Beberapa kes yang berlaku ini (ketika ini) adalah disebabkan janji mereka buat sebelum pilihan raya dan juga kegagalan mereka untuk membuat keputusan yang tepat dalam keadaan setempat dan ambil kira masyarakat berkenaan,\" katanya.\n",
"\nBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai majlis dialog bersama penduduk Seksyen 23 berhubung cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke kawasan perumahan mereka yang berlangsung dalam suasana kecoh semalam.\n",
"\nNajib berkata apa yang berlaku itu jelas memperlihatkan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang menghadapi pelbagai masalah dan mereka gagal menangani sesuatu isu yang berlaku.\n",
"\n\"Kewibawaan kerajaan pembangkang di negeri yang mereka kuasai sudah dipersoalkan rakyat sendiri.\n",
"\n\"Bila mereka ada kuasa, mereka menghadapi begitu banyak masalah, sama ada masalah itu disebabkan mereka gagal menunaikan janji (pilihan raya umum lepas), (atau), masalah keputusan mereka tidak memenuhi jangkaan rakyat, atau masalah itu berbangkit kerana ketidaktepatan dan kecuaian membuat keputusan dalam sesuatu situasi,\" kata Najib.\n",
"\nDitanya sama ada kerajaan pusat akan campurtangan atau membantu kerajaan negeri Selangor untuk menyelesaikan isu berkenaan, Najib berkata kerajaan pusat tidak dapat membantu kerana soal tapak baru kuil terbabit adalah bidang kuasa sepenuhnya kerajaan negeri.\n",
"\nDitanya mengenai calon BN untuk pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Najib berkata perkara itu masih terlalu awal.\n",
"\nBeliau sekali lagi turut ditanya mengenai bonus kepada penjawat awam: \"(Itu kena) tanya KSN (Ketua Setiausaha Negara),\" katanya sambil ketawa.\n",
"\nTerdahulu, beliau melakukan ziarah ke beberapa buah rumah warga uzur dan tua di kampung Padang Jaya, Jaya Gading, Kampung Sri Damai, Kampung Bentan dan Kampung Pulau Serai, serta meninjau mangsa ribut di kampung Panchor, Pekan.\n",
"\nMengulas mengenai lawatan ziarahnya itu, Najib berkata kaedah berkenaan merupakan amalannya sejak sekian lama sebagai anggota parlimen Pekan.\n",
"\n\"Saya dapati cara ini sangat berkesan kerana saya dapat melihat keadaan itu sendiri, dan menemui penghuni rumah berkenaan yang memerlukan bantuan kerajaan mahupun Yayasan Taha,\" katanya.\n",
"\n- Bernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/440107 | Saifuddin: Model politik lebih matang lepas 100 hari | [
"WAWANCARA | Selepas seratus hari di tampuk pentadbiran negara, Datuk Saifuddin Abdullah yakin Pakatan Harapan (HARAPAN) akan membawa perubahan model politik yang lebih matang dalam Malaysia Baru.",
"WAWANCARA |",
"Saifuddin yang juga merupakan menteri luar negeri bercakap dengan Malaysiakini di Hangzhou, China ketika lawatan kerja bersama perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.",
"Malaysiakini ",
"Sempena 100 hari Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan persekutuan, beliau berhasrat untuk membawa demokrasi yang lebih progresif di negara ini.",
"\"Saya yakin kita boleh melunaskan janji-janji itu dan yang lebih mustahak lagi, saya yakin konfigurasi atau model politik yang lebih matang.",
"\"Demokrasi yang lebih progresif itu boleh dicapai kerana elemen-elemen itu nampak dengan jelas.",
"\"Di sini bukan soal HARAPAN menang, tetapi politik yang lebih sentral (politik kelompok tengah), yang lebih centrist (kelompok tengah) itu akan menang dan itu baik untuk rakyat Malaysia,\" kata beliau.",
" centrist",
"Anggota parlimen Indera Mahkota itu juga berkata pimpinan kini telah membuktikan bahawa mereka boleh membentuk sebuah kerajaan dalam masa yang pantas walaupun dibelenggu dengan masalah dan skandal yang ditinggalkan oleh BN.",
"\"Besarnya masalah itu di luar jangkaan. Kita telah berjaya melunaskan sebahagian daripan 10 janji 100 hari, kita telah mula melaksanakan sebahagian janji-janji yang lain, yang tempoh masanya lebih panjang,\" katanya.",
"Namun begitu, menurut beliau, perkara yang paling mustahak adalah untuk memenuhi hasrat agenda reformasi.",
"Ada beberapa perkara yang telah laksanakan ataupun paling kurang pentadbiran ini telah mula laksanakan dan proses membina landasan untuk membentuk 'Malaysia Baru' yang lebih baik, lebih inklusif dan progresif itu telah bermula.",
"\"Memanglah memenuhi 10 janji 100 hari itu mustahak, memulakan dan memenuhi janji-janji lain itu mustahak, tetapi yang lebih utama ialah bagaimana Malaysia Baru itu mula digerakkan, Malaysia yang lebih baik itu mula digerakkan.",
"\"Sebab ia melibatkan perubahan paradigma, perubahan pendekatan yang akan menghasilkan dasar-dasar dan program-program baru untuk manfaat rakyat,\" ujar Saifuddin.",
"Sukar bayangkan pertukaran kerajaan",
"Sukar bayangkan pertukaran kerajaan",
"Sukar bayangkan pertukaran kerajaan",
"Perubahan tampuk pentadbiran kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu merupakan titik bersejarah buat Malaysia.",
"Jelas Saifuddin, perubahan sebesar itu adalah satu perkara yang tidak dapat dibayangkan oleh ramai rakyat Malaysia.",
"\"Ini kali pertama berlakunya perubahan sebesar ini, yakni kerajaan baru di peringkat persekutuan.",
"\"Bagi sesetengah rakyat, ini perkara yang tidak dapat mereka imaginasikan dan kerana itu mereka masih menunggu apakah sebenarnya yang akan dilakukan,\" katanya.",
"Ada perubahan-perubahan yang telah dimulakan agak mudah difahami seperti penarikan balik senarai hitam peminjam PTPTN, pemansuhan akta GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan juga caruman Kumpulan Wang Saraan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah itu mudah difahami.",
"",
"",
"Akan tetapi, kata Saifuddin lagi, agenda reformasi yang lebih mendalam seperti pelantikan seorang anggota parlimen pembangkang sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak memberi kesan yang tidak serta-merta.",
"Tambahnya, cadangan HARAPAN untuk menubuhkan jawatankuasa pilihan khas (Select Committee) di Parlimen untuk pelbagai bidang dan hasilnya tidak akan datang dengan cepat.",
"Select Committee",
"\"Begitu juga dengan beberapa pendekatan baru, misalnya perundingan menjadi corner stone (asas) kepada pentadbiran kerajaan.",
"corner stone",
"\"Beberapa kementerian telah mengumumkan majlis perundingan masing-masing, Wisma Putra juga akan umumkan nanti majlis perundingan. Kita membawa masuk pemegang-pemegang taruh yang bukan daripada kerajaan untuk bersama-sama.",
"\"Kesan ini untuk jangka panjang. Saya tidak terperanjat kalau sebahagian daripada rakyat masih mengatakan dia tak nampak apa-apa perubahan kerana perubahan-perubahan itu mempunyai kesan jangka panjang,\" jelas Saifuddin.",
"Berikut adalah wawancara penuh bersama Saifuddin yang turut berkongsi penilaian prestasi beliau setakat ini sebagai anggota jemaah menteri dan anggota parlimen Indera Mahkota.",
"Berikut adalah wawancara penuh bersama Saifuddin yang turut berkongsi penilaian prestasi beliau setakat ini sebagai anggota jemaah menteri dan anggota parlimen Indera Mahkota.",
"Apakah penilaian tentang prestasi diri sendiri dalam 100 hari?",
"Apakah penilaian tentang prestasi diri sendiri dalam 100 hari?",
"Apakah penilaian tentang prestasi diri sendiri dalam 100 hari?",
"Pada saya, ada tiga perkara yang saya lihat. Ini saya meletakkan kad prestasi saya sendiri. Pertama, sebagai anggota parlimen Indera Mahkota, kita telah mula laksanakan sebahagian daripada janji: Saya ada lima perkara yang ingin laksanakan.",
"Pada 1 September nanti, saya ingin adakan majlis perundingan Indera Mahkota, seperti sebuah parlimen mini. Sebuah think-tank atau pusat pemikir tempatan yang dinamakan Akademi Indera Mahkota (AKIM) yang sedang dalam proses pendaftaran ini diadakan untuk memenuhi hasrat menjadikan Indera Mahkota kota ilmu dan budaya.",
"think-tank ",
"Kita akan mengumpulkan cendiakiawan tempatan dan beberapa aspek yang lain, misalnya, ada jawatankuasa yang melihat cara mewujudkan jalan pesisir pantai yang indah.",
"Sudah ada pasukan yang berusaha meningkatkan prestasi dan produktiviti usahawan tempatan dan sebagainya.",
"Sebagai menteri luar, kita dah mula meningkatkan kerjasama yang lebih erat antara agensi-agensi. Kemudian kita sudah mengorak langkah dalam beberapa pendekatan baru misalnya untuk hak asasi manusia.",
"Saya bertemu dengan Pakatan NGO Malaysia Di Dalam Proses UPR (COMANGO) dalam proses Penilaian Berkala Sejagat (UPR) dan kita bersetuju untuk mengadakan laporan tahunan, maknanya laporan tahunan prestasi hak asasi manusia itu akan diterajui oleh Wisma Putra kerana kita merupakan agensi utama untuk proses UPR.",
"Begitu juga untuk Sustainable Development Goals (SDG) atau matlamat pembangunan mapan, kita telah mulakan beberapa tugas.",
"Yang ketiga ialah saya sendiri. Saya sempat membaca dua buah buku dalam masa 100 hari. Matlamat saya adalah untuk membaca tiga buah buku tetapi tidak berkesempatan.",
"Saya harap saya dapat terus terlibat dengan perbincangan ilmiah. Sebab itu, pada saya itu adalah pembangunan peribadi.",
"Kalau tidak, saya rasa susah buat kerja sebagai ahli parlimen dan menteri sekiranya kita masih di takuk yang lama.",
"Komen terhadap kerisauan Datuk Rais Hussin tentang pemimpin-pemimpin HARAPAN sendiri yang dikatakan masih tidak memahami manifesto dan adakah rakyat sekarang memberikan minat terhadap manifesto berbanding dulu serta penyertaan rakyat dalam proses demokrasi di era Malaysia Baru ini?",
"Komen terhadap kerisauan Datuk Rais Hussin tentang pemimpin-pemimpin HARAPAN sendiri yang dikatakan masih tidak memahami manifesto dan adakah rakyat sekarang memberikan minat terhadap manifesto berbanding dulu serta penyertaan rakyat dalam proses demokrasi di era Malaysia Baru ini?",
"Komen terhadap kerisauan Datuk Rais Hussin tentang pemimpin-pemimpin HARAPAN sendiri yang dikatakan masih tidak memahami manifesto dan adakah rakyat sekarang memberikan minat terhadap manifesto berbanding dulu serta penyertaan rakyat dalam proses demokrasi di era Malaysia Baru ini?",
"Saya lihat ada tiga perkara dalam isu ini.",
"Yang pertama, manifesto itu saya fikir antara yang terbaik yang pernah kita wujudkan. Manifesto itu diwujudkan untuk menjadi kerajaan, bukan diwujudkan dengan suasana belum tentu jadi kerajaan.",
"Sebab itu, kita agak rasional dalam menggariskan 60 janji dan lima iltizam di samping 10 janji 100 hari.",
"Yang kedua ialah bagaimana kita menterjemah, saya rasa yang dimaksudkan oleh saudara Rais itu ialah untuk menterjemah manifesto itu menjadi dasar dan menjadi program yang betul-betul bermanfaat.",
"Sebab manifesto ini umumnya kenyataan utama, ia masih umum lagi, walaupun mempunyai bahagian-bahagian yang agak terperinci.",
"Yang ketiga dan yang paling mustahak bagi HARAPAN, sama ada di peringkat parti gabungan ataupun rakan-rakan saya dalam kabinet ialah soal disiplin.",
"Seminggu yang lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di majlis makan malam yang pertama kali mengumpulkan menteri, timbalan menteri, anggota parlimen dan pegawai-pegawai HARAPAN. Antara yang ditekankan ialah soal disiplin.",
"",
"",
"Disiplin dalam parti, disiplin dalam kerajaan dan disiplin dalam melunaskan kerja-kerja.",
"Kita dah jadi kerajaan, jadi kita harus berfikir sebagai kerajaan. Bukan bermakna bila jadi kerajaan, tiba-tiba semua benda akan berubah cara bekerja, sifat, (semua ini) tidak.",
"Tetapi kita jadi kerajaan, kita harus lebih hati-hati dalam ungkapan-ungkapan terutamanya apabila kita berada di khayalak kerana setiap perkataan kita, malahan perlakuan kita akan diperhatikan dengan begitu teliti.",
"Ada satu perkara yang menarik kali ini. Saya fikir ini satu perkembangan demokrasi yang mustahak. Kalau dulu, pemikiran rakyat ialah, mereka telah pergi ke peti undi dan elah mengundi. Mereka memberi peluang kepada kerajaan untuk mentadbir negara.",
"Tetapi, sekarang kesedaran politik semakin meningkat dan rakyat menyatakan mereka ingin terlibat. Inilah pendekatan demokrasi penyertaan oleh rakyat.",
"Mereka ingin terlibat dalam proses membuat keputusan. Jadi, jangan kata dengan mereka bahawa kita hanya akan datang balik lima tahun lagi baru mereka boleh beri pandangan tentang kerajaan.",
"Saya lihat semakin jelas yang sebahagian rakyat memahami bahawa dalam demokrasi, ia bukan hanya pilihan raya, tetapi juga proses penyertaan dalam membuat keputusan.",
"Kritikan dan cadangan mereka terutamanya secara dalam talian, pada saya tidak kelihatan dengan nyata sebelum ini. Pada saya, perubahan ini memberi nafas yang cukup baik.",
"Kita sebenarnya sudah mula menjadi sebuah demokrasi atau bergerak ke arah demokrasi yang lebih matang."
] |
https://www.malaysiakini.com/hiburan/602363 | Amerul 'musykil' mengapa filem bajet rendah layak ke Oscars | [
"Amerul Affendi mengakui dia terkejut apabila Prebet Sapu - sebuah filem bajet rendah - boleh terpilih mewakili Malaysia pada Anugerah Academy (Oscars) ke-94 di Los Angeles, AS, pada 27 Mac tahun depan.",
"Prebet Sapu",
"Dia yang diberi tanggungjawab menjayakan peranan utama dalam filem arahan Muzzamer Rahman itu berkata, pada awalnya pihak penerbit hanya berhasrat untuk membawa karya itu ke Festival Filem Asia Jogja-Netpac (JAFF) ke-15 saja.",
"Malah filem itu dijadual dibawa ke JAFF pun hanyalah untuk tujuan promosi.",
"Pada masa sama kata Amerul dia juga amat teruja apabila Prebet Sapu akhirnya akan menjengah pawagam tempatan tidak lama lagi. ",
"Prebet Sapu",
"\"Pada awal perbincangan, produksi hanya nak bawa ke Jogjakarta, tapi kemudian 'disambut' oleh penganjur penganjur festival lain pula.",
"“Saya juga berbangga kerana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memilih Prebet Sapu untuk dinilai di Oscars ke-94, langkah yang sudah semestinya jadi sasaran agensi tu.",
"Prebet Sapu",
"“Namun, hingga ke hari ni, saya masih tertanya-tanya mengapakah filem bajet rendah seperti ini dibawa ke Oscars dan bukan karya memakan kos tinggi yang lain,” katanya.",
"Untuk rekod Prebet Sapu itu akan bertanding bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik.",
"Prebet Sapu",
"Rasa kecewa dah 'mati'",
"Rasa kecewa dah 'mati'",
"Rasa kecewa dah 'mati'",
"Ditanya perasaannya apabila filem itu kini mungkin akan mengubah persepsi segelintir pihak yang sebelum ini hanya mementingkan jumlah pengikut berbanding bakat, Amerul menjawab: “Biarlah mereka fikir sendiri, tak perlu diuar-uarkan lagi.”",
"Pelakon berusia 35 tahun itu yang sebelum ini mendakwa namanya pernah terpinggir akibat tiada rupa dan tiada pengikut ramai di media sosial berkata, kekecewaannya terhadap mentaliti seperti itu sebenarnya sudah lama “mati.”",
"“Dulu memang kecewa, sebab tak ada rupa, tak ada pengikut (di media sosial) yang ramai, nama sering ditolak untuk berlakon. ",
"“Tapi lama-kelamaan rasa kecewa tu mati apabila saya jadikan lakonan hanya sebagai hobi dan beralih bidang kepada bercucuk tanam dan penternakan,” katanya.",
"",
"",
"",
"",
"",
"Amerul berkata demikian ketika ditemui pada sesi tayangan perdana Prebet Sapu atau Hail, Driver! di sebuah kompleks beli-belah di Damansara Utama, Petaling Jaya semalam.",
"Prebet Sapu",
"Hail, Driver!",
"Dihasilkan dengan kos hanya RM500,000 namun disertai beberapa nama besar yang sanggup dibayar token, Prebet Sapu terpilih selepas memenuhi beberapa kriteria ditetapkan penganjur Oscars.",
"Prebet Sapu",
"Untuk rekod, filem dibikin dengan konsep hitam putih itu juga mewakili Malaysia ke pelbagai festival filem antarabangsa lain termasuk Udine Far East Film Festival di Itali; Toronto Reel Asian Film Festival (Kanada); Asian Film Festival Barcelona (Sepanyol) dan Innovative International Film Festival (India).",
"Tak sukar bergandingan",
"Tak sukar bergandingan",
"Tak sukar bergandingan",
"Filem itu memaparkan kisah Aman, seorang graduan yang tidak mempunyai pekerjaan dan terpaksa bergelut dengan masalah ekonomi dengan menjalani kehidupan sebagai pemandu perkhidmatan e-hailing secara haram. ",
"Aman kemudian bertemu Bella (lakonan Mei Fen Lim) yang menawarkannya tempat untuk tinggal.",
"Penggambaran Prebet Sapu yang berlatar belakangkan tempoh sewaktu pilihan raya umum itu turut dijayakan pelakon seperti Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron, Nadiya Nisaa, Chew Kin Wah, Jay Iswazir, Anas Ridzuan, Roslan Madun.",
"Prebet Sapu",
"",
"",
"",
"",
"",
"Ia dijadual menemui penonton di pawagam tanah air bermula 16 Dis ini.",
"Berkongsi pengalamannya membawakan watak Aman, Amerul, berkata, dia berdepan cabaran besar untuk merealisasikan karakter itu mengikut skrip dikehendaki pengarah.",
"“Memang susah. Sebab karya ni memerlukan pelakonnya memaparkan aksi lakonan semula jadi untuk lalui kehidupan seharian. ",
"“Mujur pelakon diwajibkan untuk melakukan rehearsal sebelum masuk set penggambaran.",
"rehearsal",
"“Tapi saya tak alami kesukaran untuk bergandingan dengan Mei Fen sebab dia salah seorang pelajar di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) yang pensyarah di situ kebanyakannya terdiri daripada tenaga pengajar Melayu,” katanya."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/371137 | Jangan pesong fakta, kata DAP pada Ulama PAS | [
"DAP membidas kembali Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Khairuddin Aman Razali yang mendakwa pemimpin popularnya Lim Kit Siang keliru antara kata sepakat dengan keputusan majoriti semasa kedua-dua parti bersekutu dalam Pakatan Rakyat.",
"Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata tiada sesiapa pun mempertikaikan bahawa hanya keputusan sebulat suara akan diterima pakai sebagai agenda Pakatan.\n\nBagaimanapun, katanya, dalam kes pemilihan nama pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sebelum ini, PAS yang melanggar kesepakatan yang dicapai.",
"",
"",
"“Daripada kenyataan Khairuddin, nampak seperti beliau bercakap benar tentang apa yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan, contohnya 'kesepakatan' atas pelantikan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor.\n\n“Atau mungkin beliau sedar, tetapi kerana untuk menyokong Hadi membabi buta, beliau bersedia memesongkan fakta?",
"",
"",
"“Satu-satunya fakta yang tidak boleh dipesongnya apabila PAS membuat pusingan U dalam pelantikan Azizah sebagai MB Selangor,” kata Kok.\n\nKok juga berhujah, perpecahan Pakatan turut disumbangkan oleh keputusan sendiri Hadi dan bukan pemahaman DAP tentang kata muafakat dan keputusan majoriti.\nKhairuddin semalam mendakwa Lim keliru antara prinsip majoriti dan kata sepakat yang dipilih Pakatan.",
"",
"",
"",
"keliru",
"Dalam kes Khalid, kata Khairuddin, PAS bukan menentang kesepakatan tetapi “hak ahli dalam prinsip konsensus”.\n\n“Tidak ada paksaan untuk mengikuti keputusan majoriti,” katanya.",
"",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/115258 | MCA, lihat Umno selesai masalah: PM | [
"\nPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu MCA menyelesaikan krisis parti itu mengikut cara yang bukan sahaja betul daripada segi undang-undang tetapi juga yang diterima daripada segi moral dan politik.\n",
"\nBeliau berkata kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan parti itu kehilangan sokongan masyarakat Cina.\n",
"\n\"Penyelesaiannya mestilah betul daripada segi prinsip undang-undang, moral dan politik, jika tidak MCA tidak akan dapat memenangi sokongan masyarakat Cina,\" katanya kepada pemberita selepas berakhirnya perhimpunan agung Umno di Kuala Lumpur hari ini.\n",
"\nNajib yang juga pengerusi BN berkata MCA perlu mendapatkan inspirasi daripada Umno mengenai bagaimana untuk menyelesaikan krisis.\n",
"\n\"Umno telah berjaya menyusun dan memperkukuhkan parti. Diharapkan parti-parti komponen yang lain juga akan menjadikan Umno sebagai contoh,\" katanya.\n",
"\nSemalam, jawatankuasa pusat MCA mengadakan mesyuarat dan mencetuskan satu lagi kejutan apabila presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat memutuskan untuk memanggil satu lagi mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk memutuskan sama ada parti itu patut mengadakan pemilihan baru.\n",
"\nOng enggan melepaskan jawatan presiden MCA, menyatakan beliau masih \"ada tugas yang belum diselesaikan\" melibatkan parti, manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai dilantik sebagai timbalan presiden.\n",
"\nNajib yang juga presiden Umno berkata beliau akan memberikan masa kepada MCA untuk menyelesaikan krisis itu tetapi tiada tarikh akhir ditetapkan.\n",
"\n\"Tiada tempoh masa tetapi saya mahu melihat masalah ini diselesaikan. Mereka berjanji akan berbuat demikian secepat mungkin,\" katanya.\n\nBERNAMA\n\n",
"\nBERNAMA\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/94880 | Naib: Rahim yakin dapat cukup pencalonan | [
"\nBekas Ketua Pemuda Umno, Tan Sri Rahim Thamby Chik yakin mampu mendapat dua lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan naib presiden Umno Mac depan.\n",
"\nBeliau sehingga ini memperolehi 18 pencalonan setelah mendapat dua pencalonan dari bahagian Pengkalan Chepa dan Tanah Merah, yang bermesyuarat minggu lalu.\n",
"\nAda tiga lagi bahagian iaitu Seremban, Tenom dan Larut yang belum mengadakan mesyuarat bahagian.\n",
"\nCalon naib presiden memerlukan sekurang-kurangnya 20 pencalonan untuk layak bertanding jawatan tersebut.\n",
"\n\nKetika dihubungi hari ini, Rahim yang juga bekas ketua menteri Melaka berkata: “Mudah-mudahan saya akan mendapat dua pencalonan lagi untuk layak bertanding jawatan naib presiden.\n",
"",
"\n“Berdasarkan perkembangan terbaru, saya optimis akan mendapat dua pencalonan lagi dan seterusnya layak bertanding jawatan naib presiden Umno.” katanya.\n",
"\nSehingga ini lapan calon sudah layak bertanding naib presiden. Mereka ialah Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Jamaluddin Jarjis, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Syed Hamid Albar.\n",
"\nSementara itu, ketua Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail ketika dihubungi berkata, bahagian itu akan mencalonkan Rahim untuk jawatan naib presiden.\n",
"\n“Hanya Tan Sri Rahim yang belum cukup pencalonan, jadi tidak salah untuk membantu beliau mendapat cukup pencalonan.\n",
"\n“Jika tidak ada halangan, bahagian Seremban akan mencalonkan Tan Sri Rahim untuk jawatan naib presiden,” katanya.\n",
"\nIshak berkata, Umno bahagian sedang mendapatkan tempat sesuai bagi mengadakan mesyuarat berkenaan.\n",
"\nMesyuarat bahagian itu diadakan semula ekoran mesyuarat 9 November lalu dibatalkan setelah berlaku pergaduhan di kalangan perwakilan.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/573583 | ULASAN | Pertimbang beri kuasa pada parlimen teliti calon IGP | [
"",
"Rakyat Malaysia berhak mendapatkan sistem pentadbiran, pengurusan dan penguatkuasaan yang lebih cekap dan profesional.",
"Suka atau tidak, kepercayaan orang ramai kepada pasukan polis boleh terjejas akibat isu berbangkit. ",
"Walaupun bekas Ketua Polis Negara (KPN) Abdul Hamid Bador telah melakukan tugas cemerlang dengan mengetengahkan beberapa isu penting untuk pengetahuan umum, perjuangan menentang jenayah rasuah dan salah laku tidak harus dipikul beliau seorang. ",
"Sebagai rakyat biasa, kita juga ada tanggungjawab untuk memberi tekanan kepada kerajaan untuk menyokong pihak yang mahu membanteras ancamam terhadap integriti pasukan polis. ",
"",
"Abdul Hamid Bador ",
"Abdul Hamid Bador ",
"",
"Abdul Hamid Bador ",
"",
"Bagi memantapkan sistem demokrasi serta mempertingkatkan kepercayaan orang ramai terhadap pasukan polis, kita boleh memberi pertimbangan untuk membawa proses pelantikan ketua polis negara ke parlimen. ",
"Pada ketika ini proses lantikan dibuat oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) atas nasihat perdana menteri dan atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis seperti termaktub bawah Fasal 4 dan 5, Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan. ",
"Perkara 140(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:“Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan sebagai jawatan khas jawatan ketua polis negara, timbalan ketua polis negara dan apa-apa jawatan lain dalam pasukan polis yang pada pendapatnya adalah serupa atau lebih tinggi tarafnya; dan pelantikan bagi menyandang mana-mana jawatan yang ditetapkan sedemikian tidaklah boleh dibuat mengikut Fasal (1) tetapi hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Suruhanjaya Pasukan Polis.”",
"",
"",
"Perkara 140(5) Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan:",
" “Sebelum bertindak mengikut Fasal (4) atas syor Suruhanjaya Pasukan Polis, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menimbangkan nasihat perdana menteri, dan boleh merujukkan syor itu balik satu kali kepada Suruhanjaya itu untuk ditimbangkan semula.”",
"Ancaman kartel",
"Ancaman kartel",
"Pertimbangan perlu diberikan bagi meminda proses pelantikan ketua polis negara dengan membawa proses pelantikannya melalui parlimen. ",
"Cadangan pembaharuan terhadap proses lantikan ini adalah satu bentuk semak dan imbang dan ia diyakini berupaya menangkis sebarang ancaman kartel dalam pasukan polis pada masa akan datang. ",
"Perubahan terhadap proses pelantikan ini juga dapat memberi semangat dan keyakinan kepada ketua polis negara yang akan dilantik untuk melakukan proses tambah baik terhadap sistem, prosedur dan peraturan sedia ada kerana dia diberi tanggungjawab dan mandat daripada wakil- wakil rakyat dalam parlimen. ",
"Walaupun jawatan ketua polis negara kini diisi oleh orang baru, namun adalah penting supaya isu berbangkit berkaitan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disiasat bagi menjaga nama baik pasukan ini serta mempertingkatkan kepercayaan rakyat. ",
"",
"Bukit Aman",
"Bukit Aman",
"",
"Bukit Aman",
"",
"Oleh itu, satu siasatan terperinci harus diadakan bagi menyiasat dakwaan bekas Abdul Hamid baru-baru ini bahawa wujud ‘kartel’ dalam pasukan polis yang bersekongkol untuk menyingkirkannya. ",
"Beliau mendedahkan cita-cita ‘kartel’ tersebut adalah untuk menguasai pasukan polis demi kepentingan peribadi. ",
"Dakwaan ini perlu dilihat sebagai dakwaan yang serius yang perlu disiasat dengan segera dan diteliti secara terbuka kerana ia melibatkan integriti dan nama baik pasukan polis. ",
"Pasukan polis merupakan pasukan penguat kuasa terpenting dalam negara. Buat sekian lama, pasukan polis memainkan peranan memastikan keamanan dan ketenteraman awam terpelihara.",
"Kewujudan sebuah pasukan yang berintegriti tinggi serta bebas daripada dakwaan dan skandal adalah penting.",
"",
"Oleh yang demikian, penting satu siasatan menyeluruh dilakukan.",
"Tubuh RCI",
"Tubuh RCI",
"Proses siasatan ini dipercayai dapat dilakukan dengan baik dan berkesan melalui penubuhan suruhanjaya siasatan diraja atau RCI. ",
"Dengan adanya RCI segala dakwaan boleh disiasat dengan teliti oleh pihak-pihak yang bebas dan tidak berkepentingan. ",
"Segala dakwaan juga boleh disiasat dengan lebih baik oleh pakar-pakar yang memiliki pengalaman bersesuaian. ",
"Apa yang paling penting, RCI dapat mempertingkatkan tahap kepercayaan orang ramai terhadap institusi dan sistem demokrasi negara kita. ",
"",
"",
"",
"",
"",
"Segala hasil atau rumusan yang diperolehi daripada RCI boleh diberikan kepada kerajaan untuk tindakan lanjut.",
"Kesimpulannya, penting satu bentuk reformasi dilakukan terhadap proses pelantikan ketua polis negara bagi mengukuhkan sistem demokrasi negara kita. ",
"Pada masa yang sama, kerajaan harus memberi pertimbangan yang serius terhadap cadangan menubuhkan RCI bagi menyiasat segala dakwaan dan isu yang telah dibangkitkan.",
"Pasukan polis adalah tiang keselamatan negara dan harapan rakyat. Jika rakyat sudah tidak lagi menaruh harapan kepada anggota keselamatan, apa lagi yang ada untuk rakyat negara ini?",
"",
"",
"DR MUZAFFAR SYAH MALLOW ialah pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) manakala SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN berkhidmat sebagai anggota parlimen Muar.",
"",
"Tulisan ini tidak semestinya mencermirkan pendirian Malaysiakini.",
"Tulisan ini tidak semestinya mencermirkan pendirian Malaysiakini."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/447314 | Jenazah bekas CEO Cradle Fund dikebumi semula esok | [
"Jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan akan dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, dekat Kuala Lumpur esok.",
"Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan pengebumian semula akan dilakukan pada pukul 11 pagi di lokasi sama.",
"Pada 8 Oktober, jenazah Allahyarham Nazrin dibawa keluar dari tanah perkuburan berkenaan untuk bedah siasat kali kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).",
"Sebelum ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 1 Oktober membenarkan permohonan polis untuk menggali semula kubur Allahyarham Nazrin bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan untuk membantu siasatan polis berhubung kes bunuh mangsa.",
"Pada 3 Ogos lepas, kematian Nazrin diklasifikasi sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.",
"Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, Petaling Jaya, pada 14 Jun lepas yang pada mulanya dilaporkan sebagai berpunca akibat letupan telefon bimbitnya.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/534057 | Menjelang sidang parlimen, 3 blok politik adakan 4 perjumpaan berasingan | [
"Ahli-ahli parlimen yang dikaitkan dengan tiga blok politik utama negara mengadakan mesyuarat berasingan hari ini sebagai persiapan persidangan Dewan Rakyat esok.",
"Persidangan esok merupakan persidangan penuh pertama sejak Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan pusat pada Mac susulan Langkah Sheraton yang menyaksikan wakil-wakil rakyat dari PH meninggalkan gabungan mereka dan beralih sokongan.",
"Walaupun mesyuarat pra-parlimen adalah sesuatu yang biasa bagi kebanyakan parti politik, perjumpaan hari ini sangat penting untuk menjangkakan situasi persidangan esok.",
"Sejumlah usul dari kerajaan dan pembangkang telah diajukan ke Dewan Rakyat untuk menentukan sama ada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mendapat sokongan majoriti atau tidak.",
"Namun usul itu dijangka tidak akan dibentangkan esok kerana ia berada di bahagian bawah senarai Aturan Mesyuarat.",
"Usul utama yang antara terawal akan dibentangkan esok adalah usul Muhyiddin untuk menggantikan Mohamad Ariff Md Yusof dan Nga Kor Ming sebagai speaker dan timbalan speaker.",
"Kedua-dua jawatan itu dilantik ketika pemerintahan PH.",
"Namun, usul untuk menentukan nasib Mohamad Ariff dan Nga juga dapat memberi gambaran nasib Muhyiddin, kerana ia dilihat sebagai kayu ukur sokongan terhadap perdana menteri itu.",
"Sekiranya Muhyiddin gagal mendapatkan sokongan yang cukup dari ahli parlimen untuk menyingkirkan Mohamad Ariff dan Nga, ia sekali gus menggambarkan beliau masih belum mempunyai sokongan yang cukup di Dewan Rakyat.",
"Sebaliknya, jika Muhyiddin berjaya mendapatkan sokongan yang cukup untuk usul itu, beliau akan berada di landasan yang lebih kukuh untuk mempertahankan jawatan perdana menteri.",
"Berdasarkan maklumat yang diperoleh Malaysiakini, sekurang-kurangnya empat mesyuarat diadakan oleh ketiga-tiga blok politik hari ini, iaitu PN, PH dan kumpulan ketiga yang terdiri daripada pemimpin Warisan serta bekas ahli Bersatu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad.",
"Malaysiakini",
"Sumber parti memberitahu Malaysiakini bahawa BN, yang merupakan sebahagian daripada gabungan PN, bertemu di Pusat Dagangan Dunia Putra pada pukul 11 pagi hari ini di mana parti komponen yang terdiri daripada Umno MCA, MIC dan PBRS bertemu selama kira-kira tiga jam.",
"Malaysiakini",
"",
"",
"",
"",
"",
"Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak, yang kini merupakan pengerusi lembaga penasihat BN. ",
"Mesyuarat BN berakhir kira-kira pukul 1 tengah hari. Setelah itu mereka menuju ke bangunan Puspanitapuri di Putrajaya untuk bergabung dengan ahli parlimen PN lain dari PAS, Bersatu, GPS, PBS, STAR dan bekas kumpulan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.",
"Mengikut jadual perjumpaan PN yang dilihat oleh Malaysiakini, perjumpaan itu bermula pada jam 3 petang dengan ucapan dari Muhyiddin dan Azmin.",
"Wartawan tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan dan diminta menunggu di luar.",
"Antara wakil rakyat yang dilihat hadir termasuk Najib (Ahli Parlimen Pekan), Menteri Pertahanan Ismail Sabri (Bera), Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein (Sembrong), Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan (Pontian) dan Ahli Parlimen PAS Jerai Sabri Azit.",
"Mesyuarat dijadualkan berlangsung selama dua jam, iaitu hingga 5 petang.",
"Mesyuarat blok pembangkang dengan Anwar",
"Mesyuarat blok pembangkang dengan Anwar",
"Di pihak pembangkang pula, Presiden PKR Anwar Ibrahim, yang juga pengerusi PH, menjemput semua blok pembangkang termasuk kumpulan Mahathir untuk mengadakan mesyuarat.",
"Mesyuarat bermula pada pukul 3 petang tadi di sebuah hotel di Subang Jaya.",
"Ahli Parlimen PH termasuk Anwar dan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Ahli Parlimen Pandan, kelihatan tiba di hotel kira-kira jam 2.45 petang.",
"Sumber pembangkang memberitahu Malaysiakini bahawa kumpulan ahli parlimen yang diketuai Mahathir yang turut diundang tidak turut serta dalam mesyuarat itu.",
"Malaysiakini",
"",
"",
"",
"",
"",
"Walaupun blok PH dan Mahathir bekerjasama dalam menentang PN yang diterajui Muhyiddin, mereka masih belum berdamai mengenai isu calon yang harus menjadi pemimpin utama keseluruhan blok pembangkang dan seterusnya menjadi calon perdana menteri jika mereka dapat mengambil alih semula kuasa di peringkat persekutuan.",
"Anwar dan Mahathir merupakan tokoh utama yang dikaitkan dalam konflik ini.",
"Seorang pegawai dari blok Mahathir memberitahu Malaysiakini bahawa Anwar, melalui Pejabat Ketua Pembangkang, telah mengundang mereka ke perjumpaan di Subang Jaya tetapi ia ditujukan kepada anak Mahathir, Mukhriz Mahathir, yang merupakan Ahli Parlimen Jerlun, dan bukannya Mahathir sendiri.",
"Malaysiakini",
"Namun, tidak ada anggota parlimen dari kumpulan Mahathir dan Warisan yang dilihat memasuki tempat pertemuan itu, yang tamat sekitar jam 4.30 petang.",
"Bagaimanapun, pemimpin DAP dan Amanah sudah bertemu dengan blok ketiga semalam untuk menyelaraskan usaha mereka. PKR tidak hadir pada pertemuan itu.",
"Malaysiakini dimaklumkan bahawa kumpulan Mahathir dan Warisan mengadakan pertemuan terpisah masing-masing hari ini di Lembah Klang.",
"Malaysiakini",
"Dalam beberapa minggu kebelakangan ini DAP dan Amanah bertindak sebagai orang tengah antara kumpulan Anwar dan kumpulan Mahathir."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/445962 | BERSIH: HARAPAN guna 'taktik seperti BN' di PRK Balakong, Seri Setia | [
"Bersih mendakwa Pakatan Harapan (HARAPAN) menggunakan \"taktik yang sangat serupa\" dengan BN di PRK Seri Setia dan Balakong sebelum ini.",
"Pengarah Eksekutif BERSIH Yap Swee Seng berkata ia berdasarkan hasil pemerhatian NGO itu di kedua-dua PRK tersebut.",
"\"Berdasarkan dapatan kami dan kesalahan (pilihan raya) yang dilakukan - menyediakan makanan dan memberikan barangan, dan juga penggunaan kereta rasmi untuk menghadiri program kempen - ini semua taktik yang sangat serupa dengan yang pernah dilakukan BN pada masa lalu.",
"\"Nampaknya taktik sama digunakan oleh HARAPAN. Jadi dari sudut pandang BERSIH, kami bimbang budaya seumpama ini telah diamalkan oleh HARAPAN,\" katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.",
"Malaysiakini ",
"Menurut laporan BERSIH berkenaan PRK Balakong, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk ke program kempen HARAPAN.",
"Pada 4 September lalu, iaitu hari mengundi awal, calon HARAPAN Wong Siew Ki dan beberapa penyokongnya dikatakan membawa logo parti ke pusat mengundi.",
"Sebuah kenderaan yang mempamerkan logo HARAPAN juga didakwa dilihat kurang 50 meter dari pusat itu.",
"MCA juga didakwa melakukan beberapa kesalahan pilihan raya ketika kempen: menganjurkan jamuan dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengundi.",
"Pemberian barangan di Seri Setia",
"Pemberian barangan di Seri Setia",
"Pemberian barangan di Seri Setia",
"Laporan BERSIH berkenaan PRK Seri Setia pula mendakwa bagaimana HARAPAN memberikan baju T serta makanan dan minuman percuma kepada pengundi.",
"Selain itu, bendera PKR dan HARAPAN juga dilihat kurang 50 meter dari pusat mengundi.",
"PAS juga didakwa melakukan kesalahan sama - dan lebih kerap berbanding HARAPAN - ketika kempen di Seri Setia.",
"Laporan itu mendakwa PAS menawarkan makanan dan minuman kepada pengundi selain memberikan hamper.",
"Calon HARAPAN Halimey Abu Bakar dan calon PAS Dr Halimah Ali kedua-duanya didakwa berkempen di Facebook pada hari mengund iaitu 8 September lalu.Jangan ulang di Port Dickson.",
"Jangan ulang di PD",
"Jangan ulang di PD",
"Jangan ulang di PD",
"Yap menggesa HARAPAN tidak lagi mengulanginya dalam kempen PRK Port Dickson yang sedang berlangsung.",
"\"Ini semua tidak harus berulang kerana ia amalan korupsi yang dikecam pada masa lalu, termasuk oleh HARAPAN.",
"\"HARAPAN tidak sepatutnya mengulangi amalan korupsi seperti ini, terutama di Port Dickson kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding. Mereka perlu menunjukkan contoh yang baik di sana,\" katanya lagi.\n ",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/403792 | Mangsa banjir Kelantan meningkat lebih 11,000 | [
"Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 11,341 orang setakat pukul 5 petang ini berbanding 8,574 orang, empat jam sebelum itu.",
"Kesemua mangsa ditempatkan di 101 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sembilan jajahan membabitkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli.",
"Aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan Pasir Mas mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 7,035 orang daripada 2,847 keluarga yang dipindahkan ke 40 PPS, diikuti Kota Bharu dengan 1,499 mangsa daripada 376 keluarga dipindahkan ke 13 PPS.",
"Sebanyak 19 PPS dibuka di Tanah Merah menempatkan 835 mangsa daripada 245 keluarga manakala 819 orang daripada 244 keluarga ditempatkan di lapan PPS di Pasir Puteh.",
"Di Bachok pula, seramai 313 orang daripada 75 keluarga ditempatkan di dua PPS manakala 385 mangsa daripada 115 keluarga ditempatkan di sembilan PPS di Machang.",
"Selain itu, di Kuala Krai, seramai 282 mangsa daripada 74 keluarga dipindahkan ke enam PPS, 40 orang daripada sembilan keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Jeli dan 133 mangsa membabitkan 39 keluarga dipindahkan ke tiga PPS di Tumpat.",
"Menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas meningkat kepada 10.66 meter pada pukul 5 petang berbanding 10.61 meter pada 12 tengah hari tadi. Paras bahaya ialah sembilan meter.",
"Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula berada di paras bahaya iaitu 3.42 meter (bahaya 2.50 meter).",
"Sementara itu, portal e-Banjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan hingga petang ini manakala hujan kadangkala lebat masih berlaku di beberapa kawasan di negeri ini.",
"-Bernama",
"Bernama"
] |