url
stringlengths
39
43
headline
stringlengths
0
101
content
sequence
https://www.malaysiakini.com/news/212087
Najib lancar 'Gagasan NAJ1B'
[ "\nPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan \"Gagasan NAJ1B\", iaitu lanjutan kepada pendekatan Gagasan Aman Jaya yang selama ini dipraktikkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak.\n", "\nGagasan NAJ1B yang merupakan akronim kepada Gagasan Negeri Aman Jaya 1Malaysia Bersatu, cetusan idea Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dilancarkan sempena program Jamuan Janji Ditepati, di Lumut.\n", "\nMajlis itu merupakan antara beberapa acara yang dihadiri Perdana Menteri sempena lawatan beliau ke Teluk Intan, Seri Manjung dan Lumut.\n", "\nZambry berkata Gagasan NAJ1B akan memperkukuh lagi slogan \"Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir\" dalam memastikan semua rakyat mendapat nikmat daripada limpahan kemakmuran negeri di bawah pentadbiran kerajaan BN.\n", "\nBeliau berkata gagasan itu juga merupakan terjemahan kepada pendekatan 3P iaitu Pandang, Perasaan dan Penyelesaian yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.\n", "\n\"Melalui pendekatan-pendekatan ini, pada akhirnya, rakyat yang hidup aman dan berjaya akan menyumbang kepada pencapaian matlamat negara Malaysia yang bersatu padu melalui konsep 1Malaysia,\" katanya.\n", "\n\n- Bernama\n\n", "\n- Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/112099
Pemimpin veteran Umno digesa berundur...
[ "\nPemimpin veteran di peringkat bahagian digesa supaya memberi peluang kepada pemimpin muda, memegang jawatan utama seperti setiausaha perhubungan, ketua penerangan atau ahli jawatankuasa bahagian.\n", "\nGesaan itu dibuat oleh Pemuda Umno bahagian Padang Terap supaya tiada lagi berlaku tindakan sesetangah pemimpin veteran monopoli jawatan utama di bahagian .sehingga mengakibatkan anak-anak muda beralih kepada Pakatan Rakyat.\n", "\n\"Ruang dan peluang kurang diberikan kepada anak-anak muda untuk memimpin Umno di peringkat bahagian,\" kat kata Ketua Pemuda Padang Terap, Badrul Hisham Hashim.\n", "\n\"Masih terdapat pemimpin veteran dalam Umno yang monopoli di bahagian menyebabkan anak-anak muda beralih arah kepada Pakatan Rakyat,\" katanya ketika dihubungi Malaysiakini.\n", "\nWalaupun penggal pemilihan Umno telah berlalu, umumnya semua bahagian di Kedah hanya diwakili oleh kira-kira 20 peratus pemimpin muda.\n", "\nSehubungan itu, beliau mencadangkan agar jumlahnya ditambah menjadi 40 peratus, termasuk dari kalangan pemimpin Wanita dan Puteri Umno.\n", "\nBadrul juga mencadangkan agar pemimpin muda yang berkelayakan, diberi peluang mengetuai biro-biro yang diwujudkan di peringkat bahagian.\n", "\n\nVeteran monopoli jawatan\n\n", "\nVeteran monopoli jawatan\n", "\nDitanya mengenai peluang langsung untuk pemimpin muda memegang jawatan di peringkat bahagian, beliau mengakui peluang dan ruang ada tetapi \"terlalu sedikit\".\n", "\n\"Saya minta pucuk pimpinan Pemuda dan pimpinan tertinggi melihat perkara ini dengan lebih serius agar pemimpin muda terbabit sama dalam penggubalan dasar parti, dan menjadi penghubung dengan anak muda akar umbi di peringkat bahagian,\" katanya.\n", "\nMenurut Badrul, di bahagiannya, hanya 30 peratus atau enam orang pemimpin muda yang mengganggotai kepimpinan di peringkat bahagian.\n", "\nDitanya mengapa pemimpin veteran enggan memberi peluang kepada pemimpin muda, Badrul Hisham berkata, ia mungkin disebabkan mereka \"sayang kepada jawatan yang dipegang dan tidak yakin dengan Pemuda\" untuk memimpin bahagian.\n", "\nKatanya, pekembangan politik semasa, umumnya anak muda mahukan perubahan yang mahukan pemimpin bahagian dipilih dari kalangan Pemuda.\n", "\n\"Trend anak muda sekarang mahukan perubahan, mereka nakkan orang muda memimpin bahagian. Ada pemimpin yang empat, lima penggal atau 20, 30 tahun masih nak lagi pimpin bahagian.\n", "\n\"Politik sekarang nakkan perubahan, jadi kita kena bertindak dan menangani masalah mengikut peredaran masa,\" katanya.\n", "\n\n‘Kena ikut keadaan'\n\n", "\n‘Kena ikut keadaan'\n", "\nBadrul berpendapat, 50 hingga 60 peratus kemenangan Umno dalam pilihanraya akan datang akan ditentukan oleh faktor calon yang lebih muda dan selebihnya bergantung kepada kekuatan jentera parti.\n", "\n\"Dulu orang tak kisah, letak calon bendera dacing, orang sokong. Sekarang tak boleh. Kena ambil kira latar belakang calon juga. Kena berubah mengikut keadaan,\" katanya.\n", "\nDitanya mengenai halatuju yang dibawanya untuk mengukuhkan Pemuda Padang Terap bagi membantu merampas semula Kedah daripada Pakatan, Badrul berkata, pemuda Umno harus menghayati prinsip perjuangan parti untuk membela bangsa, agama dan negara.\n", "\n\"Kita kena yakin bahawa Umno menjadi wadah untuk berjuang dan meneruskan kesinambungan dalam apa jua keadaan sekalipun.\n", "\n\"Kita mesti ubah pendekatan kita, dan saya nak pemimpin semua peringkat agar turun ke bawah dan tidak duduk di atas sahaja. Nanti rakyat rasa kecewa.\n", "\n\"Pemimpin Umno bahagian dan cawangan kena ada pendekatan untuk turun ke bawah menyelami perasaan dan kehendak anak muda serta menerangkan perjuangan dan kefahaman tentang Umno,\" katanya.\n", "\nSehubungan itu, beliau berharap pucuk pimpinan peringkat bahagian, negeri dan pusat akur bahawa pengundi muda kini amat penting dan oleh itu mereka harus diberi perhatian dan keutamaan.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/sukan/375301
Perlawanan Malaysia, Korea Utara ditangguh
[ "Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini membuat keputusan menangguhkan perlawanan pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara.", "Bagaimanapun, AFC tidak memberikan tarikh baru perlawanan tersebut dan ia mengumumkannya dalam masa terdekat.", "\"Jawatankuasa Pertandingan AFC mengambil keputusan menangguhkan perlawanan selepas ketegangan diplomatik antara kerajaan Korea Utara dan Malaysia.", "\"Satu tarikh baru untuk perlawanan itu akan diumumkan dalam masa terdekat,\" kata kenyataan tersebut.", "Skuad Harimau Malaysia asalnya dijadual menentang Korea Utara pada aksi sulung Kumpulan B, pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2019 di Stadium Kim Il-sung di Pyongyang, 28 Mac ini.", "Namun, berikutan hubungan diplomatik yang tegang sejak kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Februari lepas, kerajaan melarang skuad Harimau Malaysia bermain di negara itu atas faktor keselamatan.", "Pada Selasa lalu, kerajaan Malaysia bertindak balas melarang warga Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara ini, selepas republik itu menghalang 11 rakyat Malaysia keluar dari negara berkenaan.", "Sementara itu, FAM menyambut baik keputusan AFC yang dilihat sebagai langkah paling tepat demi keselamatan pemain dan pegawai pasukan jika perlawanan itu tetap diteruskan pada 28 Mac ini.", "Setiausaha agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata pendirian itu diambil memandangkan situasi semasa yang menyaksikan ketegangan hubungan diplomatik Malaysia dan Korea Utara masih belum reda.", "Katanya, berhubung tarikh baharu dan venue perlawanan tersebut, FAM menyerahkan sepenuhnya kepada AFC untuk membuat penentuan dan sedia bekerjasama jika diminta berbuat demikian.", "\"Bagaimanapun, perlawanan persahabatan antarabangsa 'A' yang diatur skuad kebangsaan bertemu Filipina di Stadium Peringatan Rizal, Manila pada 22 Mac ini tetap akan diteruskan.", "\"Ia menawarkan mata ranking dan dilihat peluang terbaik buat skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu memperbaiki kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA yang ketika ini di tangga ke-161 dunia,\" jelasnya" ]
https://www.malaysiakini.com/news/538177
Konflik perdagangan AS-China tak beri impak besar ke atas Malaysia
[ "PARLIMEN l Konflik perdagangan antara Amerika Syarikat (AS)-China yang bermula sejak awal 2018 tidak memberikan impak yang besar terhadap prestasi perdagangan Malaysia dengan kedua-dua negara tersebut. ", "PARLIMEN l ", "Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata jumlah perdagangan Malaysia dengan AS untuk tempoh Januari hingga Jun 2020 ialah sebanyak RM80.41 bilion, meningkat sebanyak 3.1 peratus berbanding tempoh yang sama 2019 manakala nilai eksport Malaysia ke AS meningkat pada kadar 2.4 peratus kepada RM46.15 bilion dan import pula bernilai RM34.26 bilion, meningkat 4.1 peratus.", "Hampir 80 peratus daripada eksport Malaysia ke AS disumbang oleh produk elektrik dan elektronik, produk keluaran getah, peralatan optikal dan saintifik, produk keluaran kayu serta produk perkilangan yang lain, manakala produk yang menyumbang kepada 76 peratus daripada jumlah import dari AS adalah produk elektrik dan elektronik, produk kimia dan bahan kimia, mesin dan peralatan, peralatan optikal dan saintifik serta produk perkilangan logam.", "Sementara itu, jumlah perdagangan Malaysia dengan China bagi tempoh Januari hingga Jun 2020 turut mencatat peningkatan sebanyak 0.3 peratus kepada RM149.16 bilion berbanding tempoh sama pada 2019.", "Eksport Malaysia ke China pada tempoh yang sama bernilai RM69.43 bilion meningkat pada kadar 8.3 peratus disokong oleh eksport utama iaitu elektrik dan elektronik, kimia dan produk kimia, produk petroleum, pembuatan logam serta barangan perkilangan yang lain, manakala import menurun 5.8 peratus kepada RM79.73 bilion, di mana import utama merangkumi produk elektrik dan elektronik, mesin, peralatan dan bahagian, kimia dan produk kimia, produk petroleum serta pembuatan logam.", "“Namun begitu, prestasi perdagangan Malaysia menunjukkan sedikit kemorosotan bagi tempoh Januari hingga Jun 2020 berikutan penularan pandemik Covid-19 yang bermula pada awal tahun dengan jumlah perdagangan berkurangan sebanyak tujuh peratus kepada RM833.36 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2019. ", "\"Eksport menyusut 6.8 peratus kepada RM448.99 bilion dan import berkurang 7.2 peratus kepada RM384.38 bilion. Lebihan dagangan pula bernilai RM64.61 bilion iaitu menurun 4.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2019,\" kata kementerian itu dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.", "Ia bagi menjawab soalan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) yang ingin tahu mengenai kesan perang perdagangan antara AS dan China selain pandemik Covid-19 terhadap import dan eksport Malaysia bagi 2020.", "Bagaimanapun, MITI menjelaskan terdapat peluang perniagaan bagi sektor tertentu, contohnya sektor keluaran getah iaitu eksport sarung tangan getah yang melonjak sebanyak 40.3 peratus bagi tempoh tersebut disokong permintaan tinggi dalam pasaran global berikutan pandemik tersebut. ", "\"Peningkatan eksport turut dilihat bagi produk peralatan perubatan seperti kit pemeriksaan, pembasmi kuman dan barangan persediaan pembasuh kulit,\" katanya.", "Menyedari perang perdagangan AS-China dan penularan Covid-19 yang masih berterusan, MITI menerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah mengambil langkah-langkah proaktif bagi menangani impak perdagangan ke atas Malaysia.", "Antaranya, dengan memberi fokus kepada penggunaan teknologi digital dalam usaha membantu syarikat mengurangkan kos promosi eksport bagi memastikan syarikat pengeksport Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa meskipun dalam situasi mencabar ini.", "Memanfaatkan penggunaan platform digital untuk mengatur pemadanan perniagaan (eBizMatch) antara pembeli berpotensi dengan syarikat pembekal Malaysia, kementerian itu berkata, dari 1 Januari hingga 31 Julai 2020, sebanyak 576 padanan perniagaan telah diadakan iaitu 395 pembeli asing telah dipadankan dengan 538 syarikat Malaysia yang menghasilkan potensi jualan sejumlah RM461.35 juta.", "Selain itu, menerusi satu tinjauan yang dilakukan, MATRADE telah memperluaskan skop Geran Pembangunan Pemasaran (MDG) meliputi aktiviti promosi perdagangan secara maya sejajar dengan Pakej PENJANA yang diumumkan.", "MDG turut menampung 30 peratus kos logistik termasuk pengangkutan dan pergudangan bagi penghantaran produk ke luar negara, seiring dengan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kewangan yang dialami syarikat pengeksport Malaysia dalam menghadapi Covid-19. ", "\"Bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Julai 2020, sebanyak 1,427 permohonan daripada 962 syarikat telah diproses dengan geran sebanyak RM14.56 juta telah disalurkan,\" kata kementerian itu.", "Menurut MITI, MATRADE juga akan mengadakan beberapa sesi Virtual Trade Clinic (VTC) iaitu satu platform khidmat nasihat perdagangan bagi membantu syarikat mematuhi keperluan dan mengatasi cabaran eksport dalam usaha memulihkan operasi dan perancangan eksport syarikat Malaysia. ", "Sebagai permulaan, MATRADE dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melalui Electrical and Electronics Productivity Nexus (EEPN) dan Machinery and Equipment Productivity Nexus (MEPN) menganjurkan VTC bagi syarikat elektrikal dan elektronik.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/153534
Hutang rumah penduduk Bakun akan dibatalkan
[ "\nKerajaan Pusat bersetuju secara prinsip untuk membatalkan baki pembayaran hutang perumahan bernilai kira-kira RM41 juta yang terpaksa ditanggung kira-kira 1,500 keluarga yang dipindahkan berikutan pelaksanaan projek hidro elektrik Bakun di Belaga.\n", "\nPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata penduduk terlibat yang kini tinggal di Skim Penempatan Semula Sungai Asap di Belaga mempunyai asas kukuh untuk mendapat bantuan sedemikian.\n", "\n\nBerucap dalam satu majlis Pemimpin Bersama Rakyat di rumah panjang Uma Belor di skim penempatan itu, beliau berkata penduduk terlibat telah mengorbankan tanah pusaka mereka demi untuk membolehkan pembinaan empangan Bakun itu diteruskan setelah tergendala di antara 1997 dan 1998.\n", "", "\nKatanya mereka juga belum lagi dapat mengecapi nikmat dari pelaksanaan projek Bakun ini dan kebanyakannya tidak mempunyai pendapatan yang tetap.\n", "\n\"Kita bersimpati dengan mereka dan akan mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk pelaksanaan bantuan ini,” katanya.\n", "\n\nPada majlis itu, Najib turut mengumumkan kelulusan peruntukan RM22 juta bagi menghubungkan kawasan penempatan itu dengan grid bekalan elektrik utama negeri ini.\n", "", "\nBeliau turut menyampaikan cek bernilai RM1.14 juta kepada Dewan Perdagangan dan Industri Dayak sebagai memulakan dana untuk melatih 3,300 belia Dayak dalam bidang kemahiran industri.\n", "\nNajib tururt menyampaikan bantuan dari 1Malaysia Development Bhd bernilai RM900,000 untuk pembinaan rumah persinggahan atau “Rumah Arau” bagi sembilan buah sekolah di daerah Belaga selain bantuan kewangan untuk persekolahan 150 orang pelajar miskin di kawasan itu.\n", "\n\nSebelum itu, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata keseluruhan kos sewa beli rumah yang terpaksa ditanggung penduduk terbabit adalah kira-kira RM82 juta dan kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyerap separuh daripada kos itu.\n", "", "\nSaranan Taib untuk memperluaskan lagi zon pertanian di kawasan penempatan semula itu turut disokong Najib sebagai satu lagi usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduknya.\n", "\n\n\n", "\n", "\n- Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/522460
PH Melaka sepakat namakan Adly calon ketua pembangkang
[ "Pakatan Harapan (PH) Melaka sebulat suara menamakan bekas ketua menteri, Adly Zahari, sebagai calon tunggal pembangkang di dewan undangan negeri (DUN).", "Setiausaha PH Melaka Khoo Poay Tiong berkata semua 11 wakil rakyat gabungan terbabit - membabitkan Adun Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Kelebang, Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana, Duyong, Bandar Hilir, dan Bemban - kekal teguh bersama,", "\"PH Melaka komited untuk berkhidmat kepada rakyat dan negeri, terutamanya dalam situasi wabak Covid-19 ini.", "\"Justeru kami sebulat suara bersetuju menamakan Adly sebagai ketua pembangkang,\" katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Adly merupakan Adun Bukit Katil yang mewakili Amanah dan pengerusi PH Melaka. Sebelum ini beliau dilantik menjadi ketua menteri sehinggalah beberapa Adun DAP dan PKR membelot untuk menjadi penyokong Umno serta Bersatu.", "DUN Melaka dijadual bersidang sehari pada 11 Mei ini.", "Khoo berkata ia merupakan sidangan DUN yang pertama selepas krisis politik dan pertukaran kerajaan berlaku baru-baru ini.", "Ahli parlimen Kota Melaka itu menjelaskan keputusan menamakan Adly dibuat selepas PH negeri berkenaan mengadakan mesyuarat secara dalam talian semalam." ]
https://www.malaysiakini.com/news/523316
Helikopter tentera Kanada hilang di pantai Greece
[ "GLOBAL l Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengesahkan helikopter tentera negara itu hilang di luar pantai Greece, lapor agensi berita Sputnik.", "GLOBAL l ", "Pada Rabu, militaire.gr melaporkan helikopter Sikorsky CH-124 Sea King, dengan enam penumpang, hilang di 52 batu nautika di barat pulau Cephalonia di Laut Ionian. ", "militaire.gr", "Seorang anggota tentera maut dan selebihnya masih hilang.", "\"Sebuah helikopter Kanada yang terlibat dalam (Operasi) REASSURANCE dengan sekutu NATO hilang di pantai Greece. ", "“Saya telah berbincang dengan Menteri Pertahanan Harjit Sajjan, dan gerakan mencari serta menyelamat sedang dijalankan. Maklumat terkini akan dimaklumkan secepat mungkin,” kata Trudeau di Twitter pada lewat Rabu.", "Menurut Jabatan Pertahanan operasi itu adalah operasi ketenteraan Kanada yang terbesar di luar negara, melibatkan sehingga 915 anggota.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/157358
Lagi perbuatan khianat, cermin kereta dipecah
[ "\nKempen pilihan raya kecil dewang undangan negeri Merlimau terus dicemari perbuatan khianat.\n", "\nJika semalam, sebuah pentas berdekatan bilik operasi DAP yang didirikan oleh parti itu untuk satu majlis anjurannya  yang dijadualkan pada 4 Mac ini dibakar, hari ini cermin belakang kereta seorang penduduk pula dipecahkan.\n", "\n\nKereta itu diletak di hadapan  bilik operasi DAP di pekan Merlimau.\n", "", "\nADUN Ayer Keroh dari DAP Khoo Poay Tiong berkata beliau percaya kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 5 pagi ini.\n", "\nSehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk berkenaan yang bukan ahli DAP membuat laporan polis.\n", "\nDalam kejadian semalam, permaidani pentas DAP musnah tetapi bahagian lain pentas tetap utuh kerana ia diperbuat daripda keluli. Sebuah botol kosong dengan kesan petrol juga ditemui pada tempat kejadian.\n", "\n\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n\n", "\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n", "\n\n[Baca berita penuh]\n\n", "\n[Baca berita penuh]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/548727
Selangor bentang Belanjawan 2021, peruntukan RM2.32 bilion
[ "Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan Selangor 2021 dengan peruntukan berjumlah RM2.32 bilion.", "Jumlah itu hampir sama dengan peruntukan belanjawan sebelumnya, iaitu RM2.33 bilion.", "Menurut Menteri Besar Amirudin Shari, bagi tahun 2021, sebanyak RM1.22 bilion atau 53 peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan pengurusan manakala RM1.1 bilion atau 47 peratus untuk perbelanjaan pembangunan.", "\"Bagi tahun 2021, kerajaan negeri menganggarkan hasil yang boleh dikutip berjumlah RM2.20 bilion, setara seperti anggaran hasil tahun semasa.", "\"Antara penyumbang utama kepada hasil negeri tahun 2021 adalah Premium Tanah iaitu sebanyak RM1.03 bilion, bersamaan 46.98 peratus daripada anggaran hasil keseluruhan,\" katanya ketika membentangkan belanjawn itu di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam, hari ini.", "Tema belanjawan Selangor 2021 adalah Melakar Realiti Baru: Memperkasa Ekonomi Bermaruah Paksi Kecekalan Rakyat yang menurut Amirudin bakal mencipta kira-kira 15,000 peluang pekerjaan di negeri itu.", "Belanjawan di saat wabak", "Belanjawan di saat wabak", "Belanjawan di saat wabak", "Dalam pembentangannya, Amirudin berkata belanjawan kali ini memberi tumpuan kepada lima strategi iaitu digitalisasi, pembangunan modal insan, kemampanan alam sekitar, sumber dan rantaian bekalan makanan serta pemulihan ekonomi dan pembangunan industri.", "Bagi agenda digitalisasi, Amirudin berkata sebanyak RM369 juta diperuntukkan untuk program baru seperti Selangor Innovation Fund untuk membantu pengusaha start up, Smartbox Pejabat Tanah Galian (PTG) untuk memudahkan urusan tanah dan Rakan Digital selangor untuk pendidikan awam, selain penerusan program sebelum ini seperti e-dapur dan e-sukan.", "", "", "", "", "", "\"Inisiatif Data Internet Selangor turut diperkenalkan dengan peruntukan RM17.5 untuk membantu pelajar serta golongan yang memerlukan mendapat perkhidmatan internet pada harga yang lebih berpatutan,\"katanya. ", "Inisiatif khas iaitu Niaga Daru Ehsan (NaDi) pula untuk menggalakkan penduduk menceburi perniagaan dengan memberikan pinjaman bermula RM1,000.", "\"Inisiatif Selangor E-Pembekalan Peruncit Mikro turut diwujudkan bagi membantu peruncit mikro dan kecil di seluruh negeri,\" katanya.", "Selain itu, Amiruddin berkata sebanyak RM56.5 juta peruntukan disediakan untuk memperkasa sektor kesihatan awam di saat penularan wabak Covid-19 masih tidak mereda.", "\"Jumlah ini 23 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan kesihatan dalam belanjawan lalu iaitu RM46 juta,\" katanya.", "Antara peruntukan yang diumumkan ialah:", "Penambahbaikan program Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss) dengan peruntukan RM62 juta untuk 2021 untuk golongan ibu tunggal. Program itu menyediakan bantuan bulanan RM200 dengan penambahan 5,000 lagi penerima, kata Amirudin.Bagi golongan warga emas, peruntukan RM27.5 juta disediakan untuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 2.0 yang memberi khairat kematian RM500 kepada waris yang berdaftar dengan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas), selain penerusan program Jom Shopping SMUE.Bagi golongan orang kurang upaya (OKU), peruntukan RM3.25 juta disediakan untuk program seperti pembelian peralatan sokongan, ubat dan nutrisi tambahan, terapi pemulihan, kursus latihan asuhan serta seminar kesedaran sokongan.Program Food Bank Selangor diperluaskan dengan menyasarkan kanak-kanak berusia bawah enam tahun dari keluarga berpendapatan rendah bagi menangani masalah ketidakseimbangan zat, dengan peruntukan RM6 juta.Peruntukan RM1.1 juta sebagai caruman majikan dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk 4,200 guru Kelas Asas Fardhu Ain (Kafa).Bantuan Pengusaha dan Guru-Guru Tadika berjumlah RM2 juta pada tahun depan bagi menampung peningkatan kos operasi susulan SOP Covid-19.Penambahan sekurang-kurangnya 30,000 unit Rumah Selangorku dengan nilai hartanah melebihi RM750 juta yang dijadual siap menjelang 2023.Program ‘Bantuan Yuran Asas Universiti’ (Bayu) iaitu pelepasan bagi yuran asas khusus buat pelajar-pelajar Unisel dan Kuis pada tahun 2021 dengan peruntukan RM4 juta.Inisiatif Selangor Kerjaya yang memadankan graduan TVET dengan bengkel automotif serta Selangor Freelancer bagi mereka yang memilih untuk bekerja sendiri dengan waktu lebih anjal.", "Penambahbaikan program Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss) dengan peruntukan RM62 juta untuk 2021 untuk golongan ibu tunggal. Program itu menyediakan bantuan bulanan RM200 dengan penambahan 5,000 lagi penerima, kata Amirudin.", "Bagi golongan warga emas, peruntukan RM27.5 juta disediakan untuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 2.0 yang memberi khairat kematian RM500 kepada waris yang berdaftar dengan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas), selain penerusan program Jom Shopping SMUE.", "Bagi golongan orang kurang upaya (OKU), peruntukan RM3.25 juta disediakan untuk program seperti pembelian peralatan sokongan, ubat dan nutrisi tambahan, terapi pemulihan, kursus latihan asuhan serta seminar kesedaran sokongan.", "Program Food Bank Selangor diperluaskan dengan menyasarkan kanak-kanak berusia bawah enam tahun dari keluarga berpendapatan rendah bagi menangani masalah ketidakseimbangan zat, dengan peruntukan RM6 juta.", "Peruntukan RM1.1 juta sebagai caruman majikan dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk 4,200 guru Kelas Asas Fardhu Ain (Kafa).", "Bantuan Pengusaha dan Guru-Guru Tadika berjumlah RM2 juta pada tahun depan bagi menampung peningkatan kos operasi susulan SOP Covid-19.", "Penambahan sekurang-kurangnya 30,000 unit Rumah Selangorku dengan nilai hartanah melebihi RM750 juta yang dijadual siap menjelang 2023.", "Program ‘Bantuan Yuran Asas Universiti’ (Bayu) iaitu pelepasan bagi yuran asas khusus buat pelajar-pelajar Unisel dan Kuis pada tahun 2021 dengan peruntukan RM4 juta.", "Inisiatif Selangor Kerjaya yang memadankan graduan TVET dengan bengkel automotif serta Selangor Freelancer bagi mereka yang memilih untuk bekerja sendiri dengan waktu lebih anjal.", " Amiruddin berharap belanjawan Selangor 2021 dapat membantu rakyat bagi mendepani realiti baharu dalam pasaran dunia pasca Covid-19.", "\"Harapan dan semangat optimis yang diangkat melalui dokumen ini sewajarnya mampu menawarkan jalan keluar bagi menampan kesan kelembapan ekonomi dan dijangka mampu membina kecekalan rakyat dalam melalui hari-hari mendatang,\" katanya lagi." ]
https://www.malaysiakini.com/news/553914
Nama calon MB baru Perak masih belum ada
[ "Belum ada calon untuk dilantik sebagai menteri besar Perak ketika ini walaupun Sultan Nazrin Shah sudah menerima mengadap pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Umno hari ini.", "Ahli Dewan Negara Perak, Mohd Annuar Zaini, berkata pagi tadi Sultan Perak mendengar semua pandangan yang diberikan pemimpin parti dan bukan menjadi tanggungjawab baginda untuk mencampuri urusan parti terbabit. ", "\"Baginda Sultan hanya boleh menasihatkan mereka agar carilah formula yang terbaik untuk menubuhkan kerajaan dan pimpinan yang baru... itu saja,\" katanya kepada media di luar pekarangan Istana Kinta di Ipoh hari ini.", "Tambah Mohd Annuar, esok pagi Sultan Nazrin akan menerima mengadap Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi pula. ", "Pagi tadi Sultan Nazrin berkenan menerima empat pemimpin parti politik di Perak susulan apa yang berlaku di DUN negeri itu semalam yang menyaksikan Ahmad Faizal Azumu hilang kepercayaan anggota dewan untuk terus menjadi menteri besar.", "Mereka ialah Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, Asmuni Awi (Amanah) dan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubakar. Ketiga-tiga parti itu merupakan rakan komponen Pakatan Harapan (PH).", "Sejurus kemudian Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad pula mengambil giliran mengadap Sultan Nazrin.", "Ditanya mengenai nama calon menteri besar yang baru Mohd Annuar berkata pihak istana dimaklumkan Umno sedang merundingkan hal itu.", "\"Kita difahamkan mereka masih dalam perundingan dan malam ini Umno akan mengadakan mesyuarat khas badan perhubungan khas negeri,\" katanya.", "Semalam Umno mengemukakan usul agar kepercayaan anggota DUN Perak ke atas Ahmad Faizal dibentangkan dalam DUN Perak. Selepas mendapat persetujuan yang dipertua DUN, ia dikemukakan untuk diundi.", "Separutnya Adun Chenderiang itu membentangkan Belanjawan 2021 Perak di DUN semalam. ", "Dengam hanya 10 undi yang memihak kepada Ahmad Faizal, bermakna timbalan presiden Bersatu tidak mendapat keyakinan majoriti sebagai menteri besar dan terpaksa berundur dari jawatannya.", "Sebanyak 48 Adun mengundi untuk menolak Ahmad Faizal." ]
https://www.malaysiakini.com/news/422021
PAS: Nik Omar hilang 2 hari sebelum jadi calon HARAPAN
[ "Akhbar web PAS melaporkan anak allahyarham bekas mursyidul am PAS Nik Omar Nik Abdul Aziz dikatakan tidak dapat dikesan keluarga sejak dua hari lalu, namun hari ini tiba-tiba muncul sebagai calon Pakatan Harapan di Chempaka.", "Memetik sumber, Harakahdaily, melaporkan keluarganya tidak dapat mengesan Nik Omar sejak beberapa hari lalu.\n\nMalaysiakini sedang cuba mendapatkan penjelasan anak kedua Datuk Nik Aziz Nik Mat itu.\n\n", "Harakahdaily, ", "", "", "Malaysiakini ", "", "", "", "Sementara itu, Harakahdaily juga melaporkan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (atas) melahirkan rasa terkejut dengan keputusan Nik Omar menjadi calon HARAPAN.\n\nNik Omar akan bertembung dengan calon PAS dan BN di kerusi tradisi arwah bapanya itu.", "Harakahdaily ", "atas", "", "", "\"Sebenar arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz pernah berpesan kepada anak-anak agar meneruskan perjuangan PAS tetapi secara peribadinya saya terkejut.", "\"Apa pun, restu bonda sangat penting, kita hidup di dunia ini bukannya sehari dua apa pun perbuatan kita restu bonda sangat penting,\" katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Kompleks Balai Islam hari ini.", "Nik Abduh ketika ditanya mengenai restu ibunya pagi tadi enggan mengulas lanjut dan hanya berkata “insya-Allah”.\n\nDipecat lepas disahkan", "", "", "Dipecat lepas disahkan", "Dipecat lepas disahkan", "Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Nik Omar hanya anggota biasa PAS dan tidak mempunyai sebarang jawatan.", "Bagaimanapun katanya, seseorang anggota yang bertanding atas tiket parti lain tidak jatuh keanggotaan secara automatik.", "“Kita akan kumpulkan bukti sama bergambar atau apa sahaja sebelum mengambil tindakan lanjut.", "“Selepas disahkan barulah boleh dipecat. Kita sebenar tidak terkejut dengan tindakan Nik Omar kerana dia hanya seorang ahli biasa. Bekas timbalan presiden PAS pun tanding atas parti lain.", "“Dalam keadaan ini kita pun tidak terkejut kerana nama dia sudah lama dikait dengan parti itu,” beliau dipetik sebagai berkata.", "", "", "Adik Nik Omar, Nik Abduh (atas) yang sebelum ini turut disebut-sebut bakal bertanding di Chempaka hari ini menjadi calon kerusi parlimen Bachok atas tiket PAS.\n\nNik Abduh diiringnya ibunya, Tuan Sabariah Tuan Ishak ketika menghantar borang pencalonan.", "atas", "", "" ]
https://www.malaysiakini.com/news/540725
Kemelut Musang King: MCA dan DAP 'berlumba' tenangkan pekebun
[ "Pergeseran antara pekebun durian di Raub, Pahang berubah menjadi isu politik selepas parti dari kedua-dua belah dilihat 'berlumba' dalam memberi bantuan.", "Namun, memandangkan isu itu dikaitkan dengan kerabat diraja, ini juga bermaksud mereka harus melangkah dengan hati-hati.", "Perkembangan ini hadir di sebalik spekulasi bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bakal melaksanakan pilihan raya umum mengejut buat meraih kekuatan berbanding majoriti tipis yang dipegang hari ini. ", "", "Pertikaian timbul ketika Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd (RPDR) yang berkaitan dengan kerabat mengadakan usaha sama dan kini menuntut kembali ribuan ekar tanah dari apa yang didakwa sebagai petani durian haram.", "Sebilangannya memang pekebun haram tetapi yang lain yang tidak berlesen adalah sebahagian daripada skim pertanian yang dilancarkan oleh Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) dari Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) pada tahun 1970-an tetapi kemudian dilupakan.", "Pekebun durian mendakwa mereka kini dipaksa masuk ke skim usaha sama antara PKPP dan Royal Pahang Durian Resources (RPDR). ", "dipaksa", "Susulan dakwaan itu, MCA Pahang semalam membentuk sebuah jawatankuasa yang bertujuan untuk \"menjaga hak\" pekebun.", "Jawatankuasa itu diumumkan oleh ketua jawatankuasa perhubungan MCA Pahang, Hoh Khai Mun dengan berhati-hati untuk tidak menyatakan secara spesifik kebun durian, sebaliknya bertujuan untuk menyelesaikan masalah pertanian secara umum untuk Pahang.", "Dia mendapat sokongan pusat dengan kehadiran Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon.", "\n", " ", " ", " ", "", " ", "", "“Kami berasa kerajaan negeri Pahang akan memperolehi penyelesaian lebih baik dalam menyelesaikan pertikaian ini jika komunikasi lebih baik terjalin antara pihak berkepentingan.", "“Melihat perkembangan isu ini, kami telah memutuskan untuk membentuk jawatankuasa bagi berunding dengan lebih berkesan dengan kerajaan negeri Pahang bagi mencari penyelesaian,” katanya menerusi kenyataan hari ini. ", "MCA Pahang difahamkan mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri dan juga merupakan sebahagian dari kerajaan Pahang, menjadikannya dilihat lebih sesuai untuk mencari jalan penyelesaian buat pekebun durian.", "Berdasarkan laman web PRDR, ia menamakan anak perempuan Yang Di-Pertuan Agong, Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai presiden. ", "Tidak mahu ketinggalan, DAP Pahang - yang disokong pemimpin pusat - juga telah menziarahi pekebun durian hari ini dan menubuhkan jawatankuasa kebangsaan diketuai timbalan pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji untuk meneliti isu ini. ", "", "\n", " ", " ", " ", "", " ", "", "“Kita akan menyiasat latar belakang isu ini dan kita akan lihat bagaimana syarikat boleh dipanggil ‘royal’,” kata ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang. ", "Lim berkata dengan menggunakan nama ‘royal’ ia akan memberi satu persepsi bahawa pekebun durian kini menentang ‘royalty’ (kerabat diraja). ", "“Ia beri satu persepsi tidak benar bahawa rakyat menantang royalty (kerabat diraja). Tidak ada tentang royalty tetapi untuk keadilan,” katanya. ", "royalty", "royalty", "Lim turut menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk datang ke kebun berkenaan dan cuba memahami masalah mereka.", "Lim juga menyorot bahawa tiada tiada menteri kabinet setakat ini yang cuba menyelesaikan perkara itu. ", "Mahkamah Tinggi Kuantan pada 28 Ogos membenarkan perintah penggantungan sementara terhadap kerajaan negeri Pahang yang sedang berusaha untuk menuntut kembali tanah ladang sementara menunggu perbicaraan semakan kehakiman pada 28 Oktober.", "membenarkan perintah", "Sementara itu, Tengku Zulpuri berkata dia telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar negeri itu Wan Rosdy Wan Ismail untuk menggesa campur tangannya. ", "“Menteri besar secara tak langsung kata akan pertimbangkan. Jadi atau tidak, saya tidak tahu. ", "“Saya telah hantar surat rasmi kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk mengadap bagi mencari penyelesaian menang-menang supaya penduduk ini tidak dianiayai,\" katanya. ", "Zulpuri juga berkata adalah kejam untuk menggelar pekebun berkenaan sebagai peneroka haram kerana mereka telah tinggal di kawasan itu. ", "“Mereka dah duduk sini lama, sudah ada tanaman lama, tak timbul lagi penerokaan haram. Nak ikut maklumat, peneroka ini telah mendapat pinjaman Bank Pertanian 1986. ", "“Jika tanah itu haram, macam mana boleh dapat pinjaman dari bank,” katanya. ", "Tambahnya, perkara ini juga tidak wajar diperkatakan sebagai “isu orang Cina” kerana pekebun Melayu juga terkesan. ", "“Tindakan kena ambil secara menyeluruh,” katanya. ", "", "\n", " ", " ", " ", "", " ", "", "Isu tersebut menjadi antara tumpuan sorotan akhbar Cina sementara kumpulan hak asasi Melayu sayap kanan seperti Isma juga mempersoalkan mengapa MCA terlibat, dengan menyifatkan bahawa perkara itu adalah kes \"jelas\" pencerobohan haram.", "Bagaimanapun, Malaysiakini telah melakukan tinjauan kawasan dan mendapati kebanyakan pekebun Cina antara yang bersuara lantang membantah manakala pekebun Melayu juga terkesan dengan “skim penempatan” itu. ", " Malaysiakini ", "Mohamad Ali, 80, yang merupakan bekas ketua kampung antara penduduk yang terkesan. ", "Mohamad telah menyelesaikan isu Kampung Sungai Chalit sejak 1979 di bawah skim LKPP tetapi hak tanah masih tidak pernah diselesaikan. ", "", "[Baca berita asal]", "[Baca berita asal]", "" ]
https://www.malaysiakini.com/news/516226
Covid-19: Perintah "lockdown" di New Delhi
[ "", "KORONAVIRUS l New Delhi yang didiami kira-kira 20 juta penduduk, berada di bawah perintah \"lockdown\" (perintah berkurung) selama seminggu mulai Isnin sebagai langkah drastik untuk membendung rantaian jangkitan Covid-19. ", "\"Keadaan yang luar biasa memaksa tindakan luar biasa dilaksanakan. New Delhi berada di bawah perintah \"lockdown\" sehingga 31 Mac,\" kata Ketua Menteri New Delhi, Arvind Kejriwal.", "India melaporkan hampir 400 kes disahkan setakat ini, menurut temu bual media tempatan dengan doktor, meramalkan keadaan mungkin akan lebih serius.", "New Delhi mencatatkan 27 kes sehingga Ahad, dengan enam kes merupakan jangkitan antara komuniti. ", "Pihak berkuasa persekutuan dan negeri mengumumkan penggantungan perkhidmatan pengangkutan dan penutupan pasar, sekolah, panggung wayang dan tempat-tempat awam lain.", "Hanya seperempat perkhidmatan pengangkutan awam beroperasi untuk mengangkut kakitangan perkhidmatan kesihatan, makanan, bekalan air dan elektrik.", "Semua penerbangan antarabangsa dan perkhidmatan kereta api juga digantung, menyaksikan 1.3 bilion penduduk terjejas.", "Negeri seperti Andhra Pradesh, Punjab, Telangana, Bihar dan Uttarakhand, turut menguatkuasakan perintah lockdown. Sebanyak 75 daripada 700 wilayah turut dikenakan langkah sama.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/364986
Gangguan bekalan air di Hulu Langat, KL dan PJ pada 6 Dis
[ "Beberapa kawasan di daerah Hulu Langat, Petaling dan beberapa lokasi di ibu kota akan mengalami gangguan bekalan air sementara, susulan kerja-kerja menaik taraf sistem rawatan Loji Rawatan Air Sungai Langat.\n\nSyarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam satu kenyataan hari ini berkata kerja-kerja menaik taraf akan dilaksanakan pada 6 Disember ini bermula jam 8 pagi sehingga 4 pagi keesokannya (7 Disember).", "", "", "Kawasan yang terlibat adalah di Zon 1, Hulu Langat iaitu Bandar Rinching Fasa 5 & 6; Bandar Sunway Semenyih/ Desa Mewah; Bandar Tasik Kesuma; Bandar Teknologi Kajang; Bandar Rinching Seksyen 1; Bukit Angkat; Bukit Mewah Fasa 6,7 & 8; Cheras Idaman; Damai mewah; Good View Height; Indah Jaya; Industri Bukit Angkat dan Industri Sungai Chua (Let. Adnan).\n\nSelain itu, Jade Hill; Jalan Kuari Sungai Long; Jalan Langat Batu 14 - 17; Jalan Melati; Kampung Sungai Kantan; Kampung Bukit Angkat; Kawasan Perindustrian Ria; Kawasan Perniagaan Nilam; Kawasan Perindustrian Balakong; Kenangan 18; keseluruhan perkampungan Jalan Sungai Lalang dan Keseluruhan Taman Bukit Mewah 1,2,3,4,5.\n\nKampung Jambu; Kampung Pasir Baru Semenyih; Kampung Rinching Hulu; Kampung Rinching Tengah; Kampung Sungai Kantan; Kampung Ashraf; Kampung Baru Cina Batu 11; Kampung Sungai Tekali, Jalan Sungai Tekali; Klinik Kesihatan Kajang; Klinik Kesihatan Semenyih; Kompleks Penjara Kajang; Lingkaran Nur; Maktab Polis; Nirwana Semenyih; Pekan Batu 11 dan Pekan Kajang.\n\nPinggiran; Pinggiran Delima; PKNS Kampung Jambu; Premis di Jalan Cheras Batu 12-14 (Kanan); Rumah Murah PKNS Sungai Ramal; Sekolah Tinggi Kajang; Sekolah Teknik Kajang; Sungai Ramal Baru; Sungai Macau; Sungai Ramal Dalam; Taman Balakong Jaya; Taman Bangi Jaya; Taman Bukit Belimbing; Taman Bukit Mutiara dan Taman Bukit Semenyih.\n\nKawasan lain ialah Taman Desa Kenanga; Taman Dusun Jaya; Taman Cahaya; Taman Cantik; Taman Cendana; Taman Cheras Perdana; Taman Damai Jaya; Taman Desa Meringin; Taman Desa Sri Jenaris; Taman Harmoni Indah; Taman Hill Park; Taman Indah; Taman Industri Balakong Jaya; Taman Industri Selesa Jaya dan Taman Jaya 2.\n\nTurut terjejas Taman Juara Jaya; Taman Kasih; Taman Kemacahaya; Taman Lestari; Taman Maju 1; Taman Megah; Taman Murni; Taman Perkasa; Taman Puncak Utama; Taman Puteri Jaya; Taman Putra Budiman; Taman Rakan; Taman Ros; Taman Sekamat; Taman Semenyih Impian; Taman Seri Timah; Taman Shah Jaya dan Taman Sri Mewah.\n\nSelain itu Taman Sri Cheras; Taman Sri Cheras Jaya; Taman Sri Haneco; Taman Sri Nanding; Taman Sri Putri; Taman Sungai Besi Indah 1, 2, & 3; Taman Suria; Taman Tanming Jaya 1; Taman Tanming Permai; Taman Tanming Ria; Taman Titiwangsa; Taman Wawasan; Taman Zamrud; Tiara Residence; Taman Aik Ann dan Taman Anggerik Perdana.\n\nTaman Anggerik Villa; Taman Angkasa Indah; Taman Asa Jaya; Taman Bangi Jaya; Taman Berjaya Sungai Jelok; Taman Bukit Cantik Sungai Jelok; Taman Bukit Kajang; Taman Bukit Kajang Baru; Taman Bukit Permai; Taman Bukit Kenangan; Taman Bukit Mewah Fasa 5; Taman Bukit Mewah Fasa 9 & 10; Taman Bukit Ria; Taman Desa Baru; Taman Damai Mewah; Taman Desa Mewah; Taman Desa Mutiasa; Taman Desa Ros Kajang; Taman Harmoni, Kajang; Taman Hieow Piow; Taman Indah Sungai Jelok dan Taman Intan Sungai Jelok.\n\nTaman Jasmin; Taman Jelok Impian; Taman Jelok Indah; Taman Jelok Ria; Taman Kajang Mulia; Taman Kajang Baru Sungai Jelok; Taman Kajang Perdana; Taman Restu; Taman Sakap; Taman Seri Damai; Taman Sri Jelok; Taman Kajang Prima; Taman Kajang Raya Jalan Bukit; Taman Kajang Ria; Taman Koperasi Cuepacs dan Taman Kurnia Keringin.\n\nTaman Maju 1, Sungai Jelok; Taman Maju 2; Taman Manikavasagam; Taman Megah, Sungai Jelok; Taman Minang; Taman Permai Semenyih; Taman Permata; Taman Persiaran Bukit Mewah; Taman Ramal Indah; Taman Ria Sungai Jelok; Taman Rinching Indah; Taman Saga Emas; Taman Selamat; Taman Semenyih dan Taman Semenyih Mewah Fasa 3,4,5.\n\nTaman Sentosa Sungai Jelok; Taman Seri Ramal; Taman Sungai Jelok; Taman Sri Antan; Taman Tanming Impian; Taman Villa Height; Venice Hill; Wisma Tanjung Balai; Agrotek Sungai Semungkis; TTDI GROVE; Eco Hill dan Pelangi Semenyih.\n\nSementara itu bagi zon 2 Hulu Langat pula, kawasan terjejas ialah Bandar Mahkota Cheras; Bandar Tun Hussein Onn; Kooperasi Maju Jaya; Taman Cheras Mas; Cheras Vista; Country Heights; Desa Budiman; Kajang Utama; Mutiara Jaya; Prima Saujana; Puncak Perdana; Saujana Impian; Setia Impian; Bandar Sungai Long dan Bandar Sungai Long 2.\n\nSutera Residence; Taman Sri Kenari; Taman Kota Cheras; Taman Lagenda Mas 1, 2; Taman Rasa Sayang; Taman Sri Aman; Taman Tun Perak; Taman Sri Minang; Taman Sutera; Taman Kantan Permai; Twin Palm dan Cheras Prima.\n\nBagi zon 1 Kuala Lumpur pula, kawasan terlibat adalah Bandar Damai Perdana A; Bandar Damai Perdana B; Bandar Damai Perdana Fasa 2 (Gayana); Bandar Damai Perdana Fasa 3; Taman Orkid Desa; Alam Damai; Taman Bukit Anggerik; Taman Minang Ria; Taman Bukit Angsana; Taman Suria Jaya; Taman Len Seng; Damai Merawan dan Taman Desa Cheras.\n\nTaman SPPK Bukit Cheras; Taman Bukit Segar Jaya; Taman Connaught; Taman Sri Bahagia; Taman Desa Baiduri; Taman Billion; Cheras Hartamas; Bandar Baru Segar Utama; The Peak; Taman Cheras Utama (Desa Baiduri); Taman Cheras Utama; Taman Pandan Perdana; Taman Kencana; Taman Pandan Indah; Taman Pandan Indah Komersial; Shamelin Perkasa Industri; Pandan Cahaya dan Taman Maju Jaya.\n\nTaman Cheras Indah; sebahagian Taman Lembah Maju: Jalan Maju 2/1 - 2/9; Desa Tun Razak; Taman Tayton View; Taman Cirrus Tayton; Taman Mutiara Barat; Taman Segar; Bandar Tun Razak; sebahagian Bandar Tasik Permaisuri; Taman Jaya dan Taman Bukit Hartamas.\n\nTaman Segar Perdana; Taman Wangsa Cheras; Taman Cheras Awana; Taman Cheras Zen; Taman Hijauan Residen; Taman Cheras Permata; Taman Midah; Taman Supreme; Taman Cheras; Taman Cantik; Sierra Seputeh; Taman Bukit Seputeh dan Taman Seputeh Height.\n\nDi Zon 2 pula, Kampung Cheras Baru; Taman Muda; Taman Mawar; Taman Putra; Taman Teratai; Taman Saga; Taman Melur; Taman Seraya; Taman Mega Jaya; Taman Bukit Permai; sebahagian Taman Lembah Maju: Jalan Bunga Mawar, Jalan Bunga Kemboja dan Jalan Bunga Melor.\n\nBagi Zon 1 Petaling pula, kawasan terjejas adalah seluruh perumahan polis Taman Desa Tasik, Sungai Besi; Masjid Al Muqarrobbin, Desa Tasik; Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Desa Tasik; Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tasik; Kondominium Midfield, Jalan Sungai Besi; Perumahan Tentera di Jalan Labuan, Bandar Tasik Selatan dan Kondominium Tasik Height di Jalan 30/146, Desa Tasik.\n\nMenurut kenyataan itu, bekalan air akan disambung semula secara berjadual ke kawasan yang terlibat mengikut zon dengan Zon 1 akan menerima sambungan air bermula jam 4 petang 7 Disember manakala Zon 2 pada pukul 9 pagi hari yang sama (7 Disember).\n\n\"Bantuan bekalan air hanya akan dihantar melalui lori tangki ke kawasan yang tidak mendapat bekalan di zon yang sepatutnya mendapat bekalan air,\" katanya.\n\nBagaimanapun, menurut SYABAS, bekalan air bagi kesemua kawasan terlibat dijangka pulih sepenuhnya pada 13 Disember ini, justeru pengguna dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya sehingga tarikh itu (13 Disember).\n\nPengguna boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15300 dengan menaip TANKER<jarak>Nama dan Alamat atau mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja menaiktaraf itu melalui aplikasi telefon pintar 'mySYABAS', Facebook 'Puspel Syabas' atau 'Air Selangor', atau boleh juga layari laman sesawang www.syabas.com.my.", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/171124
Peguam: Cukup mudah untuk salah guna EO
[ "\nPeguam Baljit Singh Sidhu berkata 20 hingga 30 peratus tahanan EO adalah mereka yang tidak bersalah tetapi merengkok di penjara kerana tidak mampu mendapatkan khidmat perundangan.\n", "\n\nKebanyakan mereka yang ditahan itu, kata Baljit (\n\nkanan\n\n) dicekup antara tahun 2008 hingga 2010 ketika Tan Sri Musa Hassan adalah Ketua Polis Negara.\n", "", "\nkanan\n", "\n\"Saya tidak tahu alasan bagi penahanan itu, tetapi ini berdasarkan pengamatan saya sejak beberpa tahun lalu, kata peguam yang juga penulis buku Criminal Litigation Process.\n", "\nSebelum ini pelbagai pihak mendakwa EO sering-kali disalah gunakan oleh pihak berkuasa.\n", "\nTerdapat kes di mana seseorang ditahan mengikut EO hanya kerana saingan perniagaan di mana individu tertentu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak polis.\n", "\nAda juga kes di mana seseorang dituduh sebagai seorang bookie bolasepak meskipun tidak mempunyai sejarah seumpama itu ataupun pernah ke luar negara meskipun dakwaan EO mengatakan sedemikian.\n", "\nPelajar berusia 21 tahun, Mohd Faiz Sarparim, ditahan mengikut EO kerana didakwa mencuri motosikal meskipun bukti tidak menunjukkan demikian.\n", "\n\nFaiz kemudiannya dibebaskan tetapi hanya selepas usaha berterusan tanpa mengenal putus asa oleh ibu-bapanya bagi membersihkan nama anak mereka.\n", "", "\nTerbaru, enam anggota Parti Sosialis Malaysia, termasuk ahli parlimen Sungei Siput Dr D Jeyakumar, ditahan mengikut EO sejak 2 Julai lalu.\n", "\n\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n\n", "\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n", "\n\n[Baca berita penuh]\n\n", "\n[Baca berita penuh]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/97554
MCA K'tan nafi ahli keluar parti
[ "\nMCA Kelantan menafikan laporan sebuah akhbar tempatan di negeri itu bahawa terdapat segelintir anggota termasuk beberapa pemimpinnya akan keluar parti dan menyertai DAP.\n", "\nSetiausaha Badan Perhubungan MCA Kelantan, Tan Ken Ten berkata laporan itu tidak berasas dan bertujuan memecahbelahkan perpaduan parti itu.\n", "\n\"Tidak benar mereka akan keluar MCA dan menyertai DAP, seterusnya menyaksikan bertapaknya semula DAP di Kelantan yang berkubur sejak sekian lama.\n", "\n\"Perpaduan dalam MCA sangat kuat dan kami tidak percaya terhadap laporan itu,\" katanya kepada Bernama hari ini.\n", "\nLaporan akhbar itu menyebut kira-kira 200 anggota MCA dan Gerakan akan keluar parti dan menyertai DAP dalam satu pertemuan dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dijadual diadakan Kota Bharu malam ini.\n", "\nDAP berkubur di Kelantan sejak 10 tahun lalu dan senario politik semasa mencetuskan khabar angin DAP akan kembali bertapak di negeri itu.\n", "\nTan berkata sejak PAS memerintah pada 1990 tidak ramai ahli MCA keluar parti.\n", "\n\"Tidak sampai pun 10 orang yang keluar parti dan menyokong pembangkang dan ini membuktikan kesetiaan kami kepada parti,\" katanya.\n", "\nBeliau berkata apa yang penting MCA akan mewujudkan jalinan kerjasama yang mantap dengan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap BN.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/282340
Lelaki Harapan Dunia jauh dari hati
[ "\nFilem Lelaki Harapan Dunia mula ditayang minggu lalu ketika laporan media tertumpu pada perjalanan Perhimpunan Agung Umno ke-68.\n", "\nLelaki Harapan Dunia membuka cerita dengan penuh harapan, dengan memperkenalkan watak orang kampung yang berusaha untuk memindahkan sebuah rumah milik Pak Awang lakonan Wan Hanafi Su dari satu kawasan hutan ke kawasan kampungnya.\n", "\nUsaha memindahkan rumah kayu itu dengan cara memikulnya beramai-ramai mengambil masa berhari-hari. Usaha tersebut terhalang dengan sikap penduduk kampung yang digambarkan sebagai warga yang pendek akal dan mempercayai perkara tahyul.\n", "\nDi peringkat ini, watak Pak Awang sering digambarkan sebagai tokoh yang membimbing golongan kampung tersebut ke ruang lebih munasabah.\n", "\nKisahnya kemudian beralih pada seorang pendatang Afrika bernama Solomon (Khalid Mboyelwa Hussein) yang sedang melarikan diri daripada pihak berkuasa dan bersembunyi di rumah tinggal terbabit.\n", "\nKelibatnya dikesan oleh seorang pemuda yang seterusnya menghebahkan kepada penduduk kampung bahawa dia terlihat hantu berkulit gelap di rumah tinggal tersebut.\n", "\nPenduduk kampung menyimpulkan bahawa kelibat itu merupakan “orang minyak” dan dari situ bermula babak mengecewakan. Jelas sekali, Lelaki Harapan Dunia (LHD) bukanlah sebuah filem yang baik.\n", "\n\nSadur gaya Mamat Khalid\n\n", "\nSadur gaya Mamat Khalid\n", "\nLiew dilihat cuba menyadur gaya Mamat Khalid melalui usaha melahirkan dinamisme dan interaksi di antara karakter seperti pengarah komedi itu.\n", "\nKebaikannya – Liew meniru gaya filem-filem awal Khalid yang jauh lebih baik. Namun itu sahaja berita baik yang dapat saya sampaikan – meskipun filem ini tampak sangat cantik dan rentak komedinya kurang menonjol, selain dari itu ia sangatlah leweh.\n", "\nBuat sepertiga yang pertama, momentum filem ini dibina dengan baik. Kebodohan orang kampung ini membuatkan kita tertanya-tanya akan kekecohan yang bakal berlaku apabila mereka bertembung dengan Solomon kelak.\n", "\nPenonton juga tertanya-tanya sama ada usaha untuk memindahkan rumah itu akan berjaya. Bagaimanapun, seperti kebanyakan pencerita yang lemah, Seng Tat tidak dapat mengekalkan tenaganya, dan filem ini mula dikacau dengan subplot dan subtema yang melibatkan karakter Wan dan Encik Juta Seri (Othman Hafsham).\n", "\nBukanlah setiap hari kita mendapat pelakon berusia emas sebagai protagonis dalam sesebuah filem berarus utama. Sebagai Pak Awang, Wan Hanafi membawa peranan itu dengan baik bersama ketrampilan yang gah.\n", "\nBiarpun sebuah filem komedi, Pak Awang seorang yang tidak berjenaka namun Wan Hanafi cukup faham dengan kemerepekan hal yang berlaku di kelilingnya dalam filem ini.\n", "\nDia merupakan satu-satunya watak yang seolah-olah terus terbina di sepanjang filem ini, namun perubahan besar ke atas karakternya di pertengahan cerita hanya berlaku di antara adegan.\n", "\n\nKhuatir\n\n", "\nKhuatir\n", "\nHal ini juga terkesan pada watak lain dan ini saya yakin terjadi akibat suntingan, bukan skrip. Watak Megat (Harun Salim Bachik) yang merupakan rakan karib Pak Awang hilang begitu sahaja pada suatu ketika lalu muncul balik dengan perubahan hati yang mendadak.\n", "\nBegitu juga dengan Solomon yang hampir-hampir dilupakan untuk masa yang lama. Hanya Cina lakonan Azhan Rani yang berkembang sebagai salah seorang pemuda kampung kepada antagonis utama dengan agak menyakinkan.\n", "\nKepada yang khuatir bahawa filem ini menghina Melayu, nah, di sini kita ada antagonis bernama Cina yang gemar berpropaganda bahawa orang yang bermata sepet ini berfikiran jauh.\n", "\nLelaki Harapan Dunia merupakan sebuah satira yang nampak terlalu bersungguh-sungguh untuk menyuap kita dengan agendanya. Tidak ada masalah di sini kerana ia masih lagi sebuah komedi berarus utama, dan Mamat Khalid sebelum ini pun tidak pernah berlapik-lapik dengan sindirannya.\n", "\nRalatnya di sini, Seng Tat sangat kejam dengan satiranya. Mamat juga gemar mengkritik, namun dia masih menyayangi barisan wataknya. Wataknya mungkin bodoh, tapi bukan digambarkan dengan niat yang bobrok.\n", "\nSejak minit pertama lagi, watak penduduk kampung dalam filem LHD digambarkan sebagai tolol kerana bermain kompang untuk menghalau hantu dari rumah Pak Awang.\n", "\nWatak orang kampung itu seterusnya digambarkan sebagai golongan yang menjadi kian bodoh dan busuk hati. Ini cukup berlawanan dengan Mamat Khalid yang tidak pernah menjadikan warga kebanyakan sebagai antagonis.\n", "\n\nSatira pukul keliling\n\n", "\nSatira pukul keliling\n", "\nMamat Khalid hanya menjadikan golongan yang berpangkat dan berdarjat sebagai antagonis.\n", "\nBanyak lapis kritikan dalam LHD melibatkan sentimen antipendatang, kuasa, manipulasi dan sebagainya. Dari satu segi, ia dihimpunkan dengan baik – segala elemen ini dikemukakan dengan sama rata. Tapi kesamarataan itu jugalah yang membawa ralat kepada cerita ini.\n", "\nSeng Tat dilihat cuba menggali setiap aspek yang mengacau sesebuah masyarakat itu dari terus progresif. Seharusnya, dia hanya perlu mengambil satu aspek, seperti sikap masyarakat kita terhadap pendatang Afrika, dan mengupasnya sehabis mungkin.\n", "\nSatira jenis pukul keliling inilah sering kali menjadikan agenda pencerita kita kurang bijak. Sudah tentu, kita berada dalam negara pincang yang sering dirundung masalah, namun tidak perlulah kita mengulas setiap isu yang dibaca di dada akhbar melalui satu karya filem sahaja.\n", "\nNatijahnya, filem ini picik dari segi emosi. Tiada watak dalam filem ini yang dapat kita sama-sama berempati dan bersimpati kerana ia sebuah satira yang marah. Terlalu marah mungkin.\n", "\nPak Awang pada awalnya tampak seperti akan mewakili kita sebagai penonton dalam sandiwara ini, namun pada akhir cerita dia turut dibelenggu sama dek kegilaan orang kampung yang bengap.\n", "\nTema utama LHD sangatlah jelas – kebodohan dan kepercayaan tahyul kitalah yang membuatkan masyarakat gagal bergerak maju ke hadapan. Namun apa nilai sesebuah cerita itu jika ia hanya sarat dengan akal fikiran tetapi tidak punya hati?\n", "\n", "", "\nNAZIM MASNAWI\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/380553
Pemeriksaan penuh imigresen di lapangan terbang Labuan
[ "Bermula 2 Mei ini, mereka yang melakukan perjalanan dari dan ke pulau bebas cukai Labuan melalui Lapangan Terbang Labuan akan tertakluk kepada pemeriksaan penuh imigresen.", "Pelaksanaan peraturan itu bertujuan meningkatkan keselamatan di pintu keluar masuk lapangan terbang berkenaan.", "Pengarah Imigresen Labuan Ahmad Ali berkata pelaksanaan pemeriksaan penuh imigresen itu sejajar dengan usaha kerajaan untuk memelihara kedaulatan negara.", "Katanya, sejak 2014, lebih 300 kes di bawah Akta Imigresen, Akta Pasport dan Akta Jabatan Pendaftaran Negara berlaku di Lapangan Terbang Labuan.", "\"Walaupun pemeriksaan imigresen (100 peratus) dilaksanakan di Lapangan Terbang Labuan, aliran pengembara ke pulau ini tidak akan terjejas,\" katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.", "Menurut Ahmad, Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli telah menyuarakan tentang keperluan memantau aliran keluar masuk pengembara atau pelancong melalui lapangan terbang berkenaan di sidang Parlimen sebelum ini.", "Katanya, pada 2014, pejabat imigresen dibuka di lapangan terbang itu berikutan gesaan Rozman dan pemeriksaan rambang dilakukan terhadap pengembara.", "\"Bagaimanapun, berikutan beberapa tangkapan melibatkan mereka yang membuat perjalanan melalui Lapangan Terbang Labuan, kami memohon agar pemeriksaan penuh dilakukan terhadap pengembara domestik dan ia diluluskan serta mula dikuatkuasakan pada 10 April,\" katanya.", "Ahmad berkata pemeriksaan imigresen terhadap pengembara melalui lapangan terbang itu tidak dilakukan sejak Disember 2009, sejajar dengan Perintah (Pengecualian) Imigresen bagi sektor Sabah dan Sarawak (Aliran Bebas).", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/517479
Pakej rangsangan: PM perlu panggil sidang tergempar parlimen - Ahli akademik
[ "Sekumpulan ahli akademik, budayawan dan aktivis menggesa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan parti pembangkang mengadakan sidang tergempar parlimen bagi membahaskan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM250 bilion yang diumumkan pada Jumaat lalu.", "Kumpulan terdiri daripada hampir 50 warga prihatin itu termasuklah bekas MP Taufik Ismail, sarjana Terence Gomez, Sharifah Munirah Alatas, Wong Chin Huat dan Zaharom Nain serta bekas duta Dennis Ignatius and M Santhananaban.", "Menurut mereka, kerajaan perlu mendapatkan mandat yang sewajarnya sebelum melaksanakan sesuatu dasar.", "\"Dengan pengakuan perdana menteri sendiri, kerajaannya tidak diundi secara sah oleh rakyat.", "\"Oleh itu, kerajaan mesti mendapatkan mandat yang betul daripada semua ahli parlimen dalam cara yang tidak berpihak kepada parti politik supaya pakej rangsangan itu diluluskan.", "\"Prosedur sedemikian telah diikuti oleh kerajaan yang dipilih secara sah di seluruh dunia,\" kata kumpulan itu.", "Ia menggesa supaya sidang tergempar parlimen dipanggil pada kadar segera.", "Dewan Rakyat yang pada mulanya dijadualkan pada 9 Mac telah ditangguhkan ke 18 Mei tidak lama selepas Muhyiddin mengambil alih jawatan perdana menteri.", "\"Perincian pakej rangsangan mesti dibahaskan dan dipinda sepenuhnya demi faedah semua rakyat Malaysia, tanpa mengira darjat (class), etnik dan latar belakang sosial.", "class", "\"Kami amat prihatin mengenai ketelusan sumber dana dan kaedah penyampaian awam, serta aksesnya kepada rakyat yang paling memerlukan.", "\"Kami yakin bahawa anggota parlimen kami akan bangkit melangkaui kepentingan parti untuk merangka dan meluluskan pakej rangsangan yang betul.", "\"Inilah satu-satunya cara kerajaan sekarang boleh membuktikan dirinya bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia,\" kata kumpulan itu.", "Berikut senarai penuh inisiatif warga prihatin: Johan Saravanamuttu, Terence Gomez, Dr Lim Teck Ghee, KJ John, Tawfik Ismail, Johan Arriffin Samad, Dr Maznah Mohamad, Dr Mary Suma Cardosa, Sarajun Honda, Dr Subramaniam Pillay, Anil Netto, Dr Wong Soak Koon, Dr Ng Choon Sim, Rosli Omar, Rajah Rasiah, Zaharom Nain, Adil Johan, UKM, Tan Beng Hui, Dr Francis Loh, Dr Lee Hock Guan, Wong Chin Huat, Sharifah Munirah Alatas, Dennis Ignatius, Dr Beth Baikan, Dr Lim Mah Hui, Tan Yew Sing, David Dass, ES Shanker, Kee Thuan Chye, Amir Nordin, Dr Kenneth James, Dr Intan Osman, Mariam Mokhtar, Dr Rosa Mariam Johan, Dr Khoo Hoon Eng, Dr Goh Beng Lan, Professor Sharmani Gabriel, Ann Lee, Dr Benjamin Loh, Dr Azmil Tayeb, Steven BE Fung, Syed Ahmad Aidid, Kuok Khoon Peng, Lu Kim Phin, M Santhananaban, Dr Prema Devaraj, Beverly Joeman dan Dr Latif Kamaluddin.", "", "", "", "Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.", "laman penjejak", "" ]
https://www.malaysiakini.com/news/149158
Gelaran Datuk: Rahmat atau bencana untuk Teng?
[ "\nKhabar angin bertiup kencang di kalangan pemimpin DAP bahawa anggota jawatankuasa pusat parti itu yang juga dianggap ‘budak nakal’ - Teng Chang Khim - akan dikurniakan pingat kebesaran negeri yang membawa gelaran Datuk.\n", "\n\nBagaimanapun terdapat peraturan tidak bertulis parti itu bahawa pemimpin DAP tidak sepatutnya menerima kurniaan berkenaan bagi menjamin imej marhaen mereka.\n", "", "\nDalam kes Teng adalah dipercayai kurniaan itu datangnya daripada pihak istana sendiri yang mempunyai prerogatif mencadangkan pilihan mereka.\n", "\nNamun pengurniaan itu yang dijadualkan pada 11 Disember ini sempena hari keputeraan Sultan Sharafuddin Idris Shah menyaksikan pelbagai reaksi daripada ahli-ahli DAP Selangor yang akan mengundi pada pemilihan parti itu Ahad ini bagi memilih kepimpinan baru.\n", "\n‘Seteru’ Teng yang dilabelkan sebagai Kumpulan Perpaduan mendakwa pemimpin kebangsaan dan negeri tidak dirujuk berhubung perkara itu dan penerimaan kurnian berkenaan memecahkan tradisi parti.\n", "\n\nMenurut sumber dari kumpulan itu, pada awalnya mereka berpendapat Teng melobi bagi mendapatkan anugerah itu yang besar kemungkinan akan menjejaskan kredibilitinya sebagai pemimpin akar umbi.\n", "", "\nSetiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng, yang merupakan sekutu Kumpulan Perpaduan juga mendedahkan perkara itu di laman Facebook malam semalam.\n", "\n\"Adakah awak akan sokong jika ada ahli DAP dikurniakan gelaran Datuk oleh Sultan?” soal Lim di Facebook dan tinjauan mendapati ramai yang menyokong pengurniaan itu.\n", "\n\nBagiamanpun risikan oleh Kumpulan Perpaduan mendapati nama Teng sebenarnya dicadangkan oleh pihak istana atas kedudukannya sebagai speaker dewan undangan negeri Selangor. Sebarang usaha mendesak Teng menolak kurniaan itu adalah satu penghinaan kepada istana.\n", "", "\nTambahan lagi, jika perkara itu dijadikan isu, ia akan memperkukuhkan lagi reputsai Teng kononnya perjuangan beliau mendapat pengiktirafan pihak istana.\n", "\n\"Justeru, lebih baik jangan bercakap langsung,” kata sumber itu.\n", "\n\nKumpulan Perpaduan sekarang cuba menangkis cabaran sengit oleh Teng yang mengetuai kumpulan lain yang dilabel oleh media Cina sebagai Kumpulan Reform Keadilan bagi menguasai kepimpinan negeri.\n", "", "\nKetua DAP Perak, Ngeh Koo Ham (\n\nkiri\n\n,\n\nberbaju batik\n\n) dikurniakan gelaran datuk oleh Sultan Perak Azlan Shah berdasarkan kedudukannya sebagai exco kanan kerajaan negeri.\n", "\nkiri\n", "\nberbaju batik\n", "\nKurniaan itu tidak ditolak kerana ia dicadangkan oleh istana dan bukannya oleh kerajaan negeri. Namun Ngeh dikatakan telah memaklumkan perkara berkenaan kepada pemimpin pusat dan negeri sebelum majlis berlangsung.\n", "\nDalam kes Teng, dipercayai parti itu tidak mempunyai sebarang maklumat.\n", "\n\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n\n", "\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n", "\n\n[Baca berita penuh]\n\n", "\n[Baca berita penuh]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/277980
Menteri: Ramai penerima BR1M tiada akaun bank
[ "\nKira-kira dua juta daripada tujuh juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini masih tidak memiliki akaun bank, menyukarkan bantuan itu disalurkan terus kepada mereka, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.\n", "\nAhmad berharap mereka yang masih belum membuka akaun bank supaya berbuat demikian dengan segera supaya bayaran BR1M tahun depan sebanyak RM950 dapat disalurkan kepada mereka dengan lancar.\n", "\n\"Selepas membuka akaun, mereka boleh menyerahkan maklumat terbabit kepada penghulu, ketua kampung atau pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terdekat supaya kita (Kementerian Kewangan) boleh mengemas kini data,\" katanya kepada Bernama di Kampung Parit Datuk Onn, baru-baru ini.\n", "\nKatanya mereka yang masih belum membuka akaun bank boleh berbuat demikian di cawangan atau ejen Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank atau CIMB.\n", "\nMenurut Ahmad, penerima BR1M yang memiliki akaun bank tidak lagi perlu beratur panjang untuk menerima bantuan kewangan itu yang akan disalurkan kepada akaun bank mereka menerusi tiga kali pembayaran.\n", "\nFasa pertama pembayaran BR1M akan dilakukan pada Jan tahun depan sebanyak RM300, katanya.\n", "\nAhmad berkata pemberian BR1M bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat seperti pembelian barangan keperluan dapur dan bukannnya untuk membayar hutang kenderaan dan lain-lain.\n", "\n\"Jikalau perbelanjaan dapur bulanan satu isi rumah itu secara puratanya adalah sebanyak RM300, BR1M dapat menampung selama tiga bulan perbelanjaan dapur isi rumah terbabit,\" katanya.\n", "\nBagi isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan purata perbelanjaan dapur sebanyak RM400 sebulan, BR1M itu mampu menampung dua bulan perbelanjaan dapur mereka, katanya.\n", "\n\"BR1M bertujuan untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat,\" katanya.\n", "\n-\n\nBernama\n\n", "\nBernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/125325
Amaran tsunami ditarik balik
[ "\nPerairan Sabah didapati bebas daripada kenaikan paras laut akibat tsunami, susulan gempa bumi kuat di Chile semalam.\n", "\nEkoran itu, Jabatan Meteorologi Malaysia menarik balik amaran awalnya hari ini.\n", "\nMenurut kenyataan jabatan yang dikeluarkan petang ini, tiada sebarang kenaikan paras air laut di perairan Malaysia serta perairan Sabah.\n", "\n\"Ini bermakna perairan Malaysia, khususnya perairan Sabah bebas daripada kenaikan paras laut dan laut bergelora akibat daripada tsunami susulan itu,” katanya.\n", "\nBerikutan itu, jabatan itu berkata nasihat waspada kepada penduduk di pantai timur Sabah ditamatkan.\n", "\nPagi ini jabatan itu mengeluarkan amaran waspada kepada penduduk di kawasan pantai timur Sabah, meliputi Tawau, Sandakan dan Lahad Datu, supaya menjauhi pantai kerana terdapat kemungkinan akan berlaku keadaan laut bergelora dan kenaikan paras laut bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang hari ini.\n", "\nIni berikutan gempa bumi di Chile yang mencetuskan ombak tsunami di beberapa kawasan di pantai Chile, Mexico, Tahiti, Hawaii, Tonga, Kepulauan Samoa dan New Zealand.\n", "\nPada pukul 2.34 petang semalam, satu gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter melanda pantai Chile Tengah dan sehingga kini lebih 300 orang dilaporkan terkorban di negara itu.\n", "\n\n- Bernama\n\n", "\n- Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/148217
PKFZ: Mahkamah akan dengar kes Ling dulu
[ "\nPerbicaraan ke atas bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, OC Phang akan ditunda sehingga kes yang membabitkan bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik selesai dibicarakan.\n", "\nKedua-dua pihak pendakwaan dan juga pembelaan berhujah perbicaraan kes pecah amanah (CBT) ke atas OC Phang  jika diteruskan akan menjadis prejudis terhadap kes Ling.\n", "\n\nTimbalan pendakwa raya, Dzulkifli Ahmad dan peguambela Francis Ng juga bersetuju bahawa adalah wajar bagi menunda kes Phang kerana kesalahan yang didakwa dilakukannya berlaku sebelum dakwaan salah laku Ling.\n", "", "\nDzulkifli turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa jika mengikut kronologi, kes yang dihadapi oleh Ling yang membabitkan kelulusan pembelian tanah berlaku dahulu manakala kes Phang berlaku selepas kelulusan iaitu semasa pelaksanaan pembangunan hartanah.\n", "\n\"Justeru itu, sekiranya kes perbicaraan melibatkan Phang berjalan dahulu, kemungkinan kes itu akan memprejudiskan kes Ling,\" katanya.\n", "\nSehubungan itu, hakim Mahkamah sesyen, Asmadi Hussain mengambil keputusan untuk menunda perbicaraan bagi memberi laluan kepada kes Ling berakhir, tetapi tidak mengambil kira proses rayuan. Beliau yang membenarkan permohonan penangguhan oleh pihak pembelaan akan mendengar kes itu tanpa menunggu proses rayuan Liong Sik selesai.\n", "\nPada 26 Okt lalu, pihak pembelaan mengemukakan permohonan agar prosiding perbicaraan ke atas Phang digantung sehingga kes membabitkan Ling selesai.\n", "\nPhang, yang nama penuhnya Phang Oi Choo @ Phang Ai Tu, 63, didakwa sebagai pengurus besar yang diamanahkan bagi dana dalam sebuah akaun di RHB Bank Berhad, melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang antara 1 Okt 2004 dan 5 Sept 2005.\n", "\nDia menghadapi dua lagi tuduhan serupa masing-masing membabitkan RM21,600,000 dan RM134,550,000, yang didakwa dilakukan di tempat yang sama antara 30 Sept 2005 dan 9 Mei 2006 dan antara 1 Jun 2005 dan 13 Jan 2006.\n", "\n\nPertuduhan adalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.\n", "", "\nLing, 67, pula pada 29 Julai lalu, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan alternatif menipu Jemaah Menteri dengan menyembunyikan fakta dalam pembelian tanah itu, di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya di antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002.\n", "\nMengikut pertuduhan utama, Ling dituduh memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah itu mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dan Lembaga Pelabuhan Klang.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/620615
Gempa bumi kuat landa timur Taiwan
[ "Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Lautan Pasifik pada 2.23 petang Isnin menggegarkan sebahagian besar Taiwan, menurut Agensi Berita Pusat (CNA).", "Agensi Berita Pusat (CNA).", "Gempa bumi berlaku di 89.5 kilometer di timur Kaunti Hualien Hall pada kedalaman 27.5 kilometer, lapor Pusat Seismologi Biro Cuaca.", "Gegaran paling kuat dirasai di Kaunti Yilan Kaunti, iaitu pada skala tiga daripada keseluruhan skala tujuh.", "Turut merasai gegaran pada skala tiga penduduk di Kaunti Hualien, New Taipei, Taipei dan Kaunti Taitung, manakala bahagian lain merekodkan skala satu atau dua. ", "Tiada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa setakat ini. ", "Selain itu, gegaran susulan bermagnitud 5.4 dilaporkan berlaku di kawasan yang sama kira-kira seminit kemudian.", "- Bernama", "- Bernama" ]