url
stringlengths
39
43
headline
stringlengths
0
101
content
sequence
https://www.malaysiakini.com/news/596481
PH gesa SPRM siasat kenapa projek paip dihidupkan semula
[ "Pakatan Harapan (PH) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat alasan Putrajaya menghidupkan semula projek Saluran Paip Gas Trans Sabah (TSGP) dan Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) pada masa sama menghentikan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Singapura-Kuala Lumpur.", "\"SPRM wajib menyiasat sepenuhnya mengapa projek TSGP dan MPP yang telah gagal ini dimulakan semula pada 10 Februari 2021 oleh Perikatan Nasional di bawah pimpinan mantan perdana menteri Muhyiddin Yassin,\" kata majlis presiden PH dalam satu kenyataan hari ini.", "Kenyataan itu ditandatangani oleh pemimpin parti gabungan Anwar Ibrahim (PKR), Mohamad Sabu (Amanah), Lim Guan Eng (DAP), dan Wilfred Madius Tangau (Upko).", "Projek saluran paip TSGP dan MPP telah dimansuhkan pada 2018 ketika PH memerintah.", "Pembinaan TSGP dan MPP telah dipersetujui oleh pentadbiran BN sebelumnya, yang memberikan projek tersebut kepada Biro Paip Petroleum China pada bulan November 2016.", "Projek itu dilaksanakan oleh Suria Strategic Energy Resources (SSER) - anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang ditubuhkan pada tahun 2016 dengan tujuan tunggal untuk mengawasi pelaksanaan TSGP dan MPP.", "TSGP sejauh 662km itu akan menjangkau dari Terminal Gas Kimanis ke Sandakan dan Tawau. Sementara itu, MPP sepanjang 600km akan menghubungkan pelbagai projek petrokimia di Melaka dan Port Dickson, Negeri Sembilan ke Jitra, Kedah.", "Sebanyak RM8.3bilion - 88 peratus daripada kos pembinaan - telah dibayar untuk kedua-dua projek tersebut, walaupun hanya 13 peratus kerja yang disiapkan.", "SSER sebelum ini didenda kerana gagal mematuhi syarat Bank Negara berhubung projek saluran paip itu pada 2019.", "Baru-baru ini didedahkan bahawa Muhyiddin secara menghidupkan semula kedua-dua projek itu pada Februari secara senyap-senyap.", "Sementara itu, PH turut menggesa SPRM menggiatkan usaha menyiasat Kertas Pandora.", "Kertas Pandora telah membocorkan dokumen milik firma perkhidmatan kewangan yang memudahkan golongan kaya dalam menubuhkan dan mengurus entiti luar pesisir.", "Dokumen tersebut dikeluarkan oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).", "Memiliki entiti luar pesisir tidak menyalahi undang-undang tetapi ia berpotensi disalahgunakan untuk menyembunyikan kekayaan di luar negara atau digunakan untuk pengelakan cukai.", "Antara individu berprofil tinggi yang dinamakan dalam Kertas Pandora ialah Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Selayang dari PKR William Leong.", "Mereka semua telah menafikan melakukan kesalahan dan mempertahankan bahawa entiti tersebut digunakan untuk tujuan yang sah." ]
https://www.malaysiakini.com/news/237875
Naqsabandiyah Indonesia raya semalam
[ "\nMeskipun umat Islam di seluruh Indonesia dijangka menyambut Aidilfitri secara serentak pada Khamis ini, namun sekumpulan pengikut tarekat Naqsabandiyah di Padang, Sumatera Barat sudah pun meraikannya semalam, dua hari lebih awal.\n", "\nPengikut tarekat itu mula melaungkan takbir raya malam semalam sebagai tanda menyambut 1 Syawal 1434 Hijrah di surau Baitul Makmur, daerah kecil Pauh, Kota Padang.\n", "\nPagi tadi para pengikutnya yang dianggar lebih 5,000 orang di sekitar Padang serta Daerah Solok dan Solok Selatan menunaikan Solat sunat Aidilfitri, media tempatan melaporkan semalam.\n", "\nSetiausaha surau Baitul Makmur, Edizon berkata kumpulan itu menetapkan Aidilfitri jatuh pada 6 Ogos kerana mereka mula berpuasa sejak 7 Julai.\n", "\nMereka menggunakan kaedah perkiraan yang dinamakan hisab munjid, yang dikatakan berasal dari Mekah dan ia dilakukan dengan cara mengira 360 hari dari 1 Ramadan pada tahun lalu dan setiap tahunnya para pengikut tarekat itu selalunya berpuasa 30 hari.\n", "\nDi Kota Padang, terdapat lebih 70 masjid dan surau tempat ibadat para pengikut tarekat Naqsabandiyah yang meliputi daerah kecil Pauh, Lubuk Kilangan dan Lubuk Begalung.\n", "\nPusat aktiviti kumpulan itu ialah di surau Baitul Makmur, di daerah kecil Pauh, Kota Padang.\n", "\n\n- Bernama\n\n", "\n- Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/648509
P Pinang arah semua tapak perkhemahan ditutup sementara
[ "Pulau Pinang mengarahkan semua operasi tapak perkhemahan di negeri itu ditutup sementara bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini susulan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali di Selangor.", "Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata tindakan itu diambil susulan arahan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming agar semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan lokasi berisiko tinggi di seluruh negara ditutup selama tujuh hari berkuat kuasa serta-merta.", "\"Kami minta semua pemilik tapak perkhemahan di Pulau Pinang sama ada yang berdaftar atau tidak dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar menutup sementara atas faktor keselamatan dan arahan daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).", "\"Memang banyak di seluruh negara pelanggaran undang-undang kerana memulakan operasi tanpa kelulusan dalam apa jenis kegiatan termasuk tapak perkhemahan juga namun kategori ini (tapak perkhemahan) tidak dikesan banyak berlaku di Pulau Pinang, ada satu dua sahaja jadi mereka juga perlu patuh untuk menutup operasi,'' katanya kepada pemberita malam tadi.", "Chow ditemui selepas menghadiri majlis Penang 2nd Bridge PDRM 2022 Solidariti Fun Ride di Dataran Queensbay, pelepasan acara itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Ahmad Fuzi Abdul Razak dan turut hadir Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain.", "Lebih 3,000 peserta menyertai kayuhan sejauh 73 kilometer (KM) membabitkan laluan di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di kedua-dua hala dan jalan sekitarnya.", "Kayuhan berkonsepkan 'fun ride' antara anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat ini bertujuan merapatkan lagi ukhwah selari dengan tema ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’.", "Sementara itu, mengulas lanjut, Chow berkata terdapat tapak perkhemahan dikenal pasti berisiko tinggi kerana terletak di kawasan cerun bukit iaitu Suling Hill, di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Taman Bandaraya, di Timur Laut telah diarahkan ditutup oleh PBT semalam.", "Katanya selain itu, kerajaan negeri juga mempunyai garis panduan melibatkan pembangunan lereng bukit kerana Pulau Pinang pernah ditimpa bencana tanah runtuh melibatkan kehilangan nyawa.", "''Sebarang pembangunan lereng bukit, sama ada membina kediaman atau apa juga pembangunan termasuk tapak perkhemahan tertakluk kepada garis panduan dan syarat-syarat ditetapkan,'' katanya.", "Ketika diminta mengulas mengenai kawasan pelancongan di kawasan bukit seperti di Bukit Bendera, Chow yang juga pengerusi Perbadanan Bukit Bendera (PBBPP) berkata pemantauan di kawasan tersebut sentiasa dijalankan oleh pihak PBBPP.", "\"Kawasan Bukit Bendera memang ada berlaku tanah runtuh, boleh dikatakan berlaku beberapa kejadian setiap tahun dan pemantauan di jalankan oleh PBBPP, jika berlaku tanah runtuh ia akan dibaiki oleh mereka (PBBPP) kita juga ada satu tapak perkhemahan di banglo yang dimiliki kerajaan negeri di Bukit Bendera, ia juga diarahkan tutup sementara,'' katanya.", "Sebelum ini, Nga mengarahkan semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan lokasi berisiko tinggi di seluruh negara ditutup selama tujuh hari, berkuat kuasa serta-merta susulan ramalan hujan lebat berterusan selama lima hari berikutan Monsun Timur Laut.", "-Bernama", "-Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/669077
Noh Omar tak tanding PRN, beri peluang muka baru
[ "Bekas pengerusi BN Selangor Noh Omar berkata dia tidak akan diturunkan pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang dan sebaliknya akan memainkan peranan sokongan.", "Noh berkata dia merancang untuk menjelajah ke seluruh Selangor bagi membantu pembangkang.", "\"Saya tidak bertanding dalam PRN nanti, rasa cukuplah setakat ini dan mahu beri peluang kepada muka baru kerana di Selangor sendiri ramai tokoh muda berwibawa boleh diketengahkan.", "\"Namun saya akan turun padang berkempen kerana mahu meneruskan perjuangan saya untuk menewaskan PH di Selangor selepas BN kalah dalam Pilihan Raya Umum 2008 (PRU2008) lalu,\" katanya seperti dipetik Sinar Harian.", "Sinar Harian.", "Bercakap di luar majlis pelancaran kempen Perikatan Nasional di Bangi malam tadi, Noh yakin PN berpeluang menang di Selangor kerana kemungkinan faktor pertembungan berbagai penjuru pada PRN akan datang.", "\"Sebab itulah semasa menjadi Pengerusi Perhubungan Umno dulu, saya beritahu pucuk pimpinan supaya memastikan tidak berlaku pertembungan tiga penjuru di Selangor iaitu antara BN, PH dan PAS kerana ia akan merugikan parti,\" katanya.", "Pada awal 2022, Noh melobi kepimpinan Umno membenarkan pakatan BN-PAS hanya untuk Selangor.", "Itu tidak menjadi kenyataan kerana kepimpinan Umno tidak gemar dengan sikap PAS yang memihak kepada Bersatu.", "Noh antara pemimpin Umno yang dipecat parti itu sejak Disember tahun lalu, selain Khairy Jamaluddin dan Annuar Musa. Pun begitu, hanya Noh dan Annuar yang secara rasmi mengisytiharkan mereka menyokong PN." ]
https://www.malaysiakini.com/news/664591
MP PKR ucap tahniah Dr M kini 'ketua umum' PN
[ "Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung secara sinis mengucapkan tahniah kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berhubung 'kepimpinannya' dalam Perikatan Nasional (PN).", "\"Tahniah kepada Mahathir kerana beliau telahpun menjadi 'ketua umum' kepada PN.", "\"Presiden PAS Abdul Hadi Awang menandatangani Proklamasi Orang Melayu bersama Mahathir. ", "\"Kini, Faizal (Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu) sebagai pimpinan kanan Bersatu pula mendukung kenyataan beliau. ", "“Jelas bahawa pengaruh PAS dan Bersatu dilihat makin merosot sehingga perlu bergantung kepada kekuatan Mahathir,\" katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "Pemimpin PKR itu mengulas tindakan beberapa pemimpin PAS menandatangani \"Proklamasi Orang Melayu\" yang digerakkan Mahathir.", "Mahathir dan Anwar kini kembali bertelagah berhubung dakwaan isu aset walaupun saman dikemukakan masih belum selesai di mahkamah.", "bertelagah", "Mahathir meminta Anwar mengisytiharkan hartanya ketika berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dari 1993 hingga 1998, dengan mendakwa Anwar adalah antara \"pemimpin terdahulu\" yang dituduh kronisme.", "Gesaan itu dilontarkan selepas Anwar mengulangi gesaannya kepada Mahathir supaya mendedahkan berapa kekayaan kroni ahli keluarga dan keluarganya, yang kini menjadi subjek saman fitnah RM150 juta oleh bekas pengerusi Bersatu itu.", "Terdahulu hari ini, Ahmad Faizal memberitahu Star bahawa GTA tidak mungkin dapat bertahan dlsecara bersedirian.", "Star", "Katanya, Mahathir mungkin berpengaruh tetapi gabungan itu tidak seperti PN.", "“Dengan jumlah parti Melayu sekarang, adalah lumrah pengundi Melayu menuntut satu kuasa yang menyatukan semua parti Melayu.", "“GTA adalah seperti cawan kecil. Anda tidak boleh menuangkan segala-galanya daripada cawan besar ke cawan kecil,” katanya, sebelum meminta GTA menyokong PN tanpa syarat.", "“Bersatu komited untuk menegakkan hak orang Melayu dan Islam, serta untuk semua kaum dan agama di Malaysia. Memandangkan GTA seolah-olah memperjuangkan cita-cita yang sama, kami mengalu-alukan GTA untuk memberi sokongan kepada kami untuk menyingkirkan mereka yang telah mempermainkan pengundi Melayu pada pilihan raya umum lalu,” katanya." ]
https://www.malaysiakini.com/news/396568
Tiang licin Fastaqim dan langkah siasah PAS
[ "ULASAN | PAS tentu mengharapkan cuaca di sekitar Kuala Terengganu pada hujung minggu ini boleh bersahabat dengan mereka.", "ULASAN | ", "Bukannya apa, dijangkakan akan ada 200,000 orang memenuhi Pantai Tok Jembal di Kuala Nerus yang terletak lebih sedikit daripada suku marhalah dari pusat bandar Kuala Terengganu.", "Ada banyak acara menarik - setidak-tidaknya untuk penyokong PAS - yang diatur penganjur Fastaqim 2.0 mulai esok hingga lusa.", "Ia bukan saja menyediakan acara panjat tiang licin, tetapi jauh lebih penting daripada itu. Lihat saja padatnya program yang akan dihidang kepada pengunjung nanti. Ia penuh dengan aura kebangkitan PAS yang dinanti-nantikan.", "Butir-butir kata yang akan dituturkan barisan pimpinan PAS pasti dinanti-nantikan; akan didengari, diteliti dan dibuat kesimpulan. Sehaluan atau tidak, ia akan ditentukan kemudian oleh siapa yang 'membacanya'.", "Namun, seteguh lambaian deretan pohon ru yang mengakari pesisir pantai negeri Darul Iman itu, barangkali ia cukup menggambarkan kekuatan jentera akar umbi PAS sebagai parti politik yang sukar dinafikan.", "Ada yang menyindir dengan mengatakan acara itu sebagai \"tempat yoya-yoya\" (berhibur), namun pasti mereka sebenarnya sedar Fastaqim 2.0 itu adalah paluan 'gendang perang' PAS menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang kian mendekat.", "yoya-yoya", "Bagi penganalisis politik tempatan, Dr Mazlan Ali, himpunan tersebut adalah kemuncak kesungguhan PAS untuk membuktikan mereka kekal utuh walaupun mengalami perpecahan pada 2015 yang menyaksikan kemunculan Parti Amanah Negara (AMANAH).", "Proses tawar-menawar", "Proses tawar-menawar", "Proses tawar-menawar", "\"Saya menjangka PAS akan menonjolkan Fastaqim 2.0 dengan kejayaan menghimpunkan 200, 000 penyokong sebagai asas persediaan parti itu untuk menempuh PRU ke-14 dengan blok kuasa ketiga yang mampu mencabar BN serta Pakatan Harapan (HARAPAN).", "\"Di perhimpunan itu, kemungkinan beberapa pemimpin dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) akan diumumkan menyertai Gagasan Sejahtera yang secara simboliknya menunjukkan pengaruh kerjasama yang diterajui PAS itu mampu menggugat BN dan HARAPAN,\" katanya ketika dihubungi Malaysiakini, semalam.", "Malaysiakini", "Beliau yang juga penyarah kanan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, prestasi Fastaqim 2.0 mungkin boleh dijadikan sandaran pemimpin PAS melakukan proses tawar-menawar dalam usaha PAS mendapat tempat di kedudukan yang sewajarnya.", "Mengulas lanjut, Mazlan berkata, PAS kini tiada pilihan selain meneruskan agenda Gagasan Sejahtera demi kelangsungan politik mereka.", "", "\"PAS menghadapi jalan buntu dengan HARAPAN disebabkan faktor DAP dan AMANAH. PAS juga bimbang, kerjasama politik bersama BN sangat berisiko kerana mereka berdepan perpecahan sekali lagi.", "\"Justeru, Fastaqim 2.0 adalah wajah tradisional PAS, dan pemilihan Terengganu sebagai lokasi perhimpunan pula menggambarkan keinginan PAS kekal dengan kiblat kepimpinan ulama,\" ujar Mazlan.", "Tambah beliau, acara pada 29 dan 30 September itu juga menjadi isyarat bahawa PAS menolak sebarang idea-idea komprehensif digariskan Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Datuk Iskandar Abdul Samad yang nampak cenderung dengan HARAPAN.", "\"Dan pada masa yang sama ia membuang persepsi kerjasama dengan BN akan menjadi realiti.", "\"Fastaqim 2.0 adalah penegasan dan pengukuhan PAS kefahaman PAS kekal sebagai sebuah parti politik yang berpaksikan gerakan tajdid dan harakah Islamiah dan mesej ini perlu difahami semua pihak termasuk BN atau HARAPAN, \" katanya.", "Sementara itu Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat, apa yang ingin ditegaskan oleh kepimpinan PAS dalam Fastaqim 2.0 ialah, parti itu masih relevan lagi untuk mengharung PRU ke-14.", "\"Pimpinan PAS juga mahu tegaskan bahawa mereka merupakan blok berkecuali dan ia menepis dakwaan serta persepsi selama ini bahawa PAS kini memesrai Umno,\" katanya.", "Tambah pensyarah Universiti Malaya itu, kemasukan nama-nama besar dijangka diumumkan pimpinan PAS selepas Tan Sri Muhammad Muhammad Taib - yang pernah bersama PAS kembali - kepada Umno.", "kemasukan nama-nama besar", "PAS selepas Tan Sri Muhammad", "\"Ia akan menjadi pelonjak momentum kepada imej PAS bahawa mereka masih diminati dan diterima rakyat,\" kata Awang Azman.", "", "N FAIZAL GHAZALI ialah wartawan Malaysia kini yang berpangkalan di Kota Bharu, Kelantan. Dia boleh dihubungi melalui e-mel [email protected]", "N FAIZAL GHAZALI ialah wartawan Malaysia kini yang berpangkalan di Kota Bharu, Kelantan. Dia boleh dihubungi melalui e-mel [email protected]", "N FAIZAL GHAZALI", "[email protected]", "Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.", "Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini." ]
https://www.malaysiakini.com/news/391416
PAS setuju idea pertukaran agama kanak-kanak secara sepihak
[ "PAS bersetuju dengan idea penukaran agama kanak-kanak secara sepihak oleh ibu atau bapa seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.", "Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata Mahkamah Persekutuan mempunyai hak untuk melakukan tafsiran dan terjemahan mengenai istilah ibu bapa dan ibu atau bapa.", "\"Ya (bersetuju dengan penukaran agama kanak-kanak secara sepihak oleh ibu atau bapa). Berdasarkan undang-undang, kami terikat dengan Perlembagaan dan tafsiran serta peruntukannya.", "\"Jika ada lakuna (kelompongan) dalam Perlembagaan Persekutuan, kita boleh terus rujuk kepada keputusan mahkamah.", "lakuna ", "\"Hanya mahkamah boleh mentafsir undang-undang dan kita harus terima. Jika tidak bersetuju, bawa semula perkara itu kepada mahkamah agar ia diubah,\" katanya kepada pemberita dalam sidang media di parlimen hari ini.", "Seksyen 88A dalam Akta Perkahwinan dan Perceraian 1976 (Akta 164) yang digugurkan sebelum ini memperuntukkan amalan penukaran agama anak-anak dengan cara mendapat persetujuan ibu bapa.", "Bagaimanapun Takiyuddin berkata perkara itu bertentangan dengan istilah ibu bapa dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang mana Mahkamah Persekutuan mentafsirkannya sebagai ibu atau bapa.", "Sebelum itu, sidang media yang turut dihadir oleh Anggota Parlimen PAS Nik Abduh, MP Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kecoh apabila Takiyuddin diasak pemberita bagi mendapatkan pendirian PAS sama ada bersetuju atau tidak untuk meminda Perkara 12(4) supaya istilah ibu bapa merujuk kepada ibu dan bapa bagi menyelesaikan isu pertukaran agama anak.", "\"Kita akan tiba ke tajuk itu bila tiba masanya. Ketika ini, kita fokus kepada RUU yang akan dibahaskan pada malam ini,\" tegas Takiyuddin.", "Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu sebelum itu menegaskan pendirian PAS yang mahu Kerajaan Persekutuan menangguhkan pembentangan pindaan Akta 164 yang disifatkannya sebagai tidak mengikut Perlembagaan.", "\"Akta ini kami dapati ia tidak teratur dan bercanggah dengan beberapa Akta Persekutuan. Salah satunya adalah Akta 303,\" katanya.", "Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) khususnya Seksyen 46(2) menyatakan jika ada salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuat kuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh mahkamah.", "Kata Takiyuddin, Seksyen 51 dalam pindaan Akta 164 pula menyatakan pembubaran perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam diselesaikan di mahkamah sivil.", "\"Kedua-duanya bercanggah antara satu sama lain. Kalau nak buat juga, perlu ada pindaan berbangkit. Perlu pinda kedua-dua akta itu sekali,\" tegasnya." ]
https://www.malaysiakini.com/hiburan/664102
Sharnaaz Ahmad kemuka representasi gugur tuduhan cedera ‘jaga’
[ "Pelakon Sharnaaz Ahmad telah mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium, tahun lepas.", "Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nadia Eleena Jamaluddin Akbal memaklumkan kepada Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim bahawa representasi tersebut telah difailkan oleh pihak pembelaan pada Selasa lepas (2 Mei).", "Sementara itu, peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, berkata pihaknya memohon maaf kepada mahkamah kerana baru sahaja memfailkan representasi itu pada 2 Mei berikutan terdapat beberapa dokumen perlu diselesaikan.", "“Pihak kami memohon maaf kepada mahkamah dan tidak mahu mahkamah menganggap pihak pembelaan melambatkan pemfailan representasi itu.", "“Kami mohon satu tarikh ditetapkan awal Julai ini untuk mengetahui keputusan representasi berikutan pihak pendakwaan memerlukan masa untuk meneliti representasi tersebut,” katanya ketika sebutan kes itu hari ini.", "Majistret Atiqah Mohamed kemudian menetapkan 10 Julai ini untuk mengetahui keputusan representasi tersebut.", "Pelakon drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam Awang, 27, di kawasan lif, pintu masuk sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas di Kuala Lumpur pada 8.30 malam, 16 Jun 2022.", "Sharnaaz dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.", "Ketika ditemui media, selepas prosiding, Abu Bakar berkata representasi itu telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 2 Mei lalu.", "Sementara itu, Sharnaaz berkata pihaknya akan cuba menyelesaikan kes sebaik mungkin dan sekiranya tiada penyelesaian, beliau bersedia untuk perbicaraan.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/255915
Rafizi tepis exco: Salinan MOU benar
[ "\nPengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menolak penafian kerajaan negeri berhubung keaslian salinan memorandum persefahaman (MOU) Selangor-pusat berhubung penstrukturan semula air, yang beredar di Internet.\n", "\n\nMenolak kenyataan exconya Elizabeth Wong pagi tadi, Rafizi berkata, keaslian itu disahkan oleh pihak yang pernah melihat dokumen yang ditandatangani itu.\n", "", "\n“Sumber yang pernah melihat dokumen yang ditandatangani mengesahkan ia sama dengan draf (yang beredar) ini,\" kata Rafizi.\n", "\nBeliau juga mencabar kerajaan Selangor mendedahkan dokumen memorandum persefahaman (MOU) berkenaan sekiranya apa yang didedahkan itu tidak benar.\n", "\n\"Kalau dokumen (ini) bukan dokumen sebenar, tunjukkan dokumen sebenar,\" kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.\n", "\nElizabeth pagi tadi berkata, “salinan” MOU yang sedang beredar di atas talian sebenarnya\n\n\nberbeza\n\n\ndaripada rundingan sebenar, tanpa memberi sebarang perincian.\n", "\n\nberbeza\n\n", "\nberbeza\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/605752
Bantah tangguh umrah, agensi serah memo ke PMO, istana
[ "", "Sekumpulan pengendali umrah dan haji hadir menyerahkan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri dan Istana Negara hari ini, menggesa agar kerajaan menilai semula keputusan menangguhkan sementara kebenaran ibadah umrah, berkuat kuasa 8 Jan.", "Menyifatkan pengumuman pada 1 Jan lalu sebagai mengejutkan, kumpulan yang menggelar diri sebagai Gabungan Pengendali Haji dan Umrah Malaysia itu mengemukakan cadangan penyelesaian terhadap masalah yang mungkin menjadi kebimbangan kerajaan ekoran penularan varian Omicron Covid-19 dalam kalangan jemaah umrah.", "Menurut salah seorang jurucakap gabungan, Muhammad Mursyid Abu Hassan, 34, pengusaha umrah sudah menunggu selama 18 bulan sebelum perjalanan umrah dibuka pada 13 Okt lalu, namun baru sahaja beberapa bulan umrah dibenarkan, ia kini ditangguh lagi.", "“Kami tak bersetuju dengan penutupan umrah, jadi kami memberikan memorandum cadangan kepada PMO untuk (membolehkan umrah) dibuka. Tutup ini adalah jalan yang terakhir sebenarnya.", "“Banyak lagi cara lain yang kita rasa perlu dibuat. Penutupan ini akan membawa implikasi yang sangat-sangat besar kepada industri, rakyat, dan kerajaan sendiri,” katanya dalam sidang media selepas gabungan itu menyerahkan memorandum itu kepada seorang pegawai khas kepada perdana menteri.", "", "", "", "", "", "Memorandum itu ditandatangani oleh kira-kira 200 agensi pelancongan pengendali umrah dan haji yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan.", "Kira-kira 40 wakil mereka hadir menyerahkan memorandum itu kepada PMO dan Istana Negara dengan menaiki bas.", "Memorandum itu menggariskan enam cadangan untuk dipertimbangkan kerajaan, bagi membolehkan umrah dilaksanakan dengan meminimumkan risiko jangkitan Covid-19 dalam kalangan jemaah umrah.", "Antaranya, cadangan agar tempoh masa berada di Mekah dan Madinah dipendekkan ke 10 malam sahaja.", "Pemerkasaan MySejahtera juga dicadangkan supaya maklumat jemaah boleh didapatkan daripada aplikasi itu tanpa jemaah perlu bersesak-sesak mengisi borang yang sebelum ini menyebabkan kesesakan di lapangan terbang, seperti borang ketibaan dan borang perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).", "Mereka turut mencadangkan tugasan pemakaian gelang kuarantin - yang mengambil masa yang lama kerana kekurangan kakitangan KKM bertugas - boleh diserahkan kepada pengendali umrah sendiri.", "“Kami bersedia menyediakan sumber manusia sekiranya dibenarkan bagi mempercepat proses dan jemaah tidak perlu berkumpul dalam tempoh yang lebih lama.", "Mereka turut sanggup menawarkan perkhidmatan kenderaan untuk membawa jemaah ke lokasi kuarantin.", "Selain itu, KKM dicadangkan untuk membuka makmal khas untuk ujian Covid-19 khusus buat jemaah yang baru tiba.", "Menurut gabungan, penangguhan umrah akan meningkatkan kos membabitkan tiket penerbangan, hotel, kenderaan manakala caj pembayaran visa umrah yang telah dibayar akan hangus, selain menyulitkan rancangan masa jemaah serta mengganggu emosi mereka.", "\"Sebelum ini peluang tertutup hampir dua tahun dan apabila peluang telah dibuka, tertutup kemball secara mengejut sedangkan semua persiapan telah dilakukan (jemaah umrah),\" menurut memorandum berkenaan. ", "Syarikat juga terpaksa menanggung kerugian besar, kerana jumlah jemaah mula semakin meningkat selepas kerajaan membenarkan semula umrah pada Okt lalu, sedangkan kos yang telah dibayar tidak akan dipulangkan semula oleh kerajaan Arab Saudi akibat penangguhan itu.", "“Pembukaan semula industri umrah telah menyebabkan kos operasi syarikat meningkat apabila kemasukan tenaga pekerja ditambah dan penutupan secara mengejut ini memberi kesan besar kepada aliran tunai.", "“[...] Kos luar jangka juga akan meningkat sekiranya tiada tarikh tetap bila penangguhan inia kan ditamatkan,\" kata mereka lagi dalam memorandum. ", "Lebih-lebih lagi, menurut mereka, kini Arab Saudi telah mengambil pendekatan mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengawal penularan wabak berkenaan.", "Mengulas lanjut, kata Mursyid, untuk bulan ini sahaja, kira-kira 10,000 jemaah akan terkandas sekiranya mereka tidak dapat berlepas selepas 8 Jan.", "Itu, katanya, tidak termasuk kira-kira 200,000 jemaah yang terkandas sejak Mac 2020 selepas PKP dikuatkuasakan, manakala industri pula terpaksa menanggung kerugian ratusan juta akibat penangguhan yang dikenakan.", "“Kita nak usaha untuk beri makluman, cadangan kepada kerajaan, banyak lagi cara boleh dibuat untuk mengawal wabak ini insya-Allah.", "“Yang kita takut, tutup sebulan, kemudian lagi sebulan tutup lagi, akhirnya sampai ke setahun, dua tahun … susahlah. Sebab varian tidak akan berhenti,” kata pengasas dan ketua pegawai eksekutif Mursyid Alharamain Travel & Tours itu." ]
https://www.malaysiakini.com/hiburan/386960
'Debaran' di dada Nikita
[ "Lagi lima hari - itu janji Nikita Mirzani yang berteka-teki mengenai apa yang bakal terpapar di dadanya tidak lama lagi.", "Dia yang lebih terkenal sebagai selebriti yang gemarkan kontroversi dan berpakaian seksi semalam memuat naik video pendek di akaun Instagramnya.", "Dilihat membuka sebahagian baju di pakainya, fokus kamera pada bawah leher Nikita kemudian kabur.", "\"Ini, ini juga udah....\" katanya tanpa menamatkan ayat berkenaan.", "Mengiringi klip video kira-kira 10 saat itu ialah keterangan bertulis: \"Something new. Stay tuned untuk tau apa yang ada disini ;) 5 hari lagi.\"", "Something new. Stay tuned", "Sehingga awal petang ini video berkenaan disaksikan lebih 201,000 kali.", "Bagaimanapun tidak seperti selalu, Nikita kali ini tidak membenarkan peminatnya meninggalkan sebarang komen pada status berkenaan.", "Menurut laporan media, suatu ketika dulu pada bahagian dada Nikita pernah ada tatu dicacah dengan perkataan Nikita.", "Kewujudan tulisan itu sebaliknya mengubah perhatian orang ramai - terutama lelaki - daripada wajahnya kepada dadanya.", "Justeru Nikita, 31, memutuskan untuk menghapuskan tatu berkenaan.", " ", "\n\n\n \n\n#NIKITAMIRZNI #nikitamirzanimawardi\nA post shared by Nikita Mirzani (@nikitamirzanimawardi_17) on Jun 26, 2017 at 12:33am PDT\n\n", "\n\n \n\n#NIKITAMIRZNI #nikitamirzanimawardi\nA post shared by Nikita Mirzani (@nikitamirzanimawardi_17) on Jun 26, 2017 at 12:33am PDT\n", "\n \n", " ", "#NIKITAMIRZNI #nikitamirzanimawardi", "#NIKITAMIRZNI #nikitamirzanimawardi", "A post shared by Nikita Mirzani (@nikitamirzanimawardi_17) on Jun 26, 2017 at 12:33am PDT", "Jun 26, 2017 at 12:33am PDT", "", " " ]
https://www.malaysiakini.com/news/647422
Isu dana RM600 bilion: Zafrul sahkan belum dipanggil SPRM
[ "Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan belum dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung salah guna dana RM600 bilion. ", "Menerusi catatan di akaun Twitternya, Tengku Zafrul berkata beliau akan memberi kerjasama penuh jika dihubungi oleh pihak SPRM.", "“Tiada apa yang nak disorokkan. Setakat ini, SPRM belum menghubungi saya. Sekiranya dihubungi, saya akan beri kerjasama penuh,” katanya.", "Beberapa media tempatan melaporkan bahawa SPRM akan memanggil bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Tengku Zafrul untuk memberi keterangan mengenai salah guna dana RM600 bilion itu.", "Kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik Covid-19 itu pernah dibangkitkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari pada 15 Nov lepas.", "Pada 6 Dis lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi Bernama mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu.", "Pada hari sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Muhyiddin supaya tidak mencabar kerajaan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan di bawah pentadbiran Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebelum ini. ", "Sehari sebelum itu, Muhyiddin pada sidang media selepas menyampaikan ceramah Grand Finale PN sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai mahu Anwar menyiasat isu berkaitan dana itu dengan betul dan mendapatkan data sebenar sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/283084
IHEU: Najib tak faham kebebasan berfikir
[ "\nSatu badan hak asasi antarabangsa, International Humanist and Ethical Union (IHEU) menyelar kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan humanisme, sekularisme dan liberalisme sebagai ancaman berbahaya kepada Islam.\n", "\nIHEU dalam laporan tahunannya, Freedom of Thought 2014 menyebut, kenyataan Najib itu juga satu sisi yang menyedihkan ke atas pemahaman PM dalam isu hak asasi.\n", "\nLaporan itu meneliti isu hak, status perundangan dan diskriminasi ke atas penyokong humanisme, ateis dan golongan tidak beragama.\n", "\nPerdana menteri dilaporkan menyatakan perkara itu semasa satu majlis Tilawah al-Quran pada Mei lalu.\n", "\nMenurut laporan, Najib berkata fahaman seperti itu merupakan “ancaman atau serangan baharu kepada umat Islam” yang kini seolah-olah menjadi cabang agama baru.\n", "\nPemahaman seperti itu hanya “mengagungkan kehendak dan nafsu manusia semata-mata” dan juga menolak sistem nilai yang merangkumi norma agama dan adab susila.\n", "\n“Mereka mengaburi dengan istilah kononnya atas dasar perjuangan hak asasi manusia. Pemikiran sesat ini adalah ancaman yang berbahaya kepada akidah dan syariat Islam sendiri,” kata Najib.\n", "\nMengulas perkara itu, presiden IHEU, Sonja Eggerickx, berkata kenyataan berkenaan menunjukkan Najib gagal menanggap ruang lintup dan juga keperluan untuk kebebasan berfikir dan beragama.\n", "\n \n", "\nTambahnya, tindakan Najib yang menggelarkan golongan tersebut sebagai “murtad” juga menafikan hak yang termaktub sejak sekian lama.\n", "\n“Ia bukan soal tafsiran; beliau menafikan hak asasi ini walhal negaranya merupakan penandatangan.\n", "\n“Kebebasan ini (berfikir dan berekspresi) bukan satu agenda asing, ia adalah piawai minimum bagi membolehkan rakyat menjalani hidup yang terisi dan satu-satunya cara untuk mencapai negara maju yang Najib ingin capai,” kata Eggerickx.\n", "\n\n[Baca berita penuh]\n\n", "\n[Baca berita penuh]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/180231
Tender iklan: Menteri sindir exco jahil
[ "\nMenteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata tiada perkara seperti tender terbuka untuk tempahan terus bagi pengiklanan.\n", "\n\nSambil mengutuk kenyataan ahli exco kerajaan negeri Selangor Teresa Kok mengenai tender terbuka yang boleh meminimumkan kos pengiklanan untuk kementerian, Ng (\n\nkanan\n\n) berkata Kok perlu mengkaji terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.\n", "", "\nkanan\n", "\n\"Teresa Kok tidak faham mengenai istilah tempahan terus. Beliau patut buat kajian mengenai perkara itu.\n", "\n\"Dalam tempahan terus, pengiklan telah membuat ketetapan. Mereka tidak berunding mengenai harga. Jadi, nasihat saya kepada Teresa Kok jangan suka bercakap kalau tidak tahu apa yang hendak dikatakannya,\" katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman web destinasi Malaysia Accor, di Putrajaya, hari ini.\n", "\nSebelum ini, Kok yang juga ahli parlimen DAP bagi kawasan Seputeh, mendakwa bahawa Kementerian Pelancongan telah menyalah urus proses kerajaan dan dana awam dengan memilih untuk terlibat dalam tempahan terus daripada menggunakan proses tender terbuka.\n", "\n\nBeliau merujuk kepada laporan Ketua Audit Negara bagi 2010 baru-baru ini bahawa 72 peratus kontrak pengiklanan yang dibuat oleh kementerian adalah melalui rundingan terus dengan pelbagai penyedia perkhidmatan daripada melalui proses tender terbuka.\n", "", "\nMengulas perkara itu, Ng berkata memang menjadi kebiasaan bagi Kok (\n\natas, kiri\n\n) untuk cuba mencari isu sedangkan perkara itu tidak berlaku.\n", "\natas, kiri\n", "\n\"Tetapi, kali ini menunjukkan dia kurang pengetahuan dan jahil (berhubung isu itu),\" katanya.\n", "\n\n- Bernama\n\n", "\n- Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/510689
SD sokong Dr M hanya khabar angin - Saifuddin
[ "Mengulas mengenai dakwaan wujudnya akuan berkanun (SD) yang ditandatangani sekumpulan ahli parlimen bagi menyokong Dr Mahathir Mohamad terus kekal berkhidmat sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum akan datang, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata ia hanyalah khabar angin. ", "Malah, Saifuddin menganggap dakwaan yang dimuatkan dalam laporan Sarawak Report itu cuma rencah dalam arena politik. ", "Sarawak Report", "\"Saya baru baca laporan (Sarawak Report) itu semalam, dan tidak ada dalam pengetahuan kami. ", "Sarawak Report", "\"Akuan berkanun itu hanya khabar angin, setakat yang saya tahu,\" katanya kepada pemberita selesai selesai sesi dialog bersama industri mengenai impak Covid-19, di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), di Putrajaya, hari ini. ", "Saifuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan Sarawak Report yang mendakwa beberapa ahli parlimen termasuk PKR yang memihak kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali didakwa telah menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong pentadbiran Dr Mahathir sehingga habis penggal. ", "Sarawak Report ", "Laporan Sarawak Report yang memetik sumber itu berkata ahli parlimen daripada Umno, PAS, Bersatu turut digesa untuk menandatangani akaun bersumpah itu dalam tempoh 48 jam terakhir.", " Sarawak Report", "Bagaimanapun, mengulas sama ada beliau turut didekati mana-mana pihak untuk menandatangani SD tersebut, Saifuddin yang juga menteri KPDNHEP berkata setakat ini tidak ada.", "\"Tidak ada pengesahan (mengenai akuan berkanun) dan itu masih kekal sebagai berita yang dilaporkan. Tidak ada sesiapa yang tampil. ", "\"Tidak ada orang yang mendekati saya. Setakat yang saya semak tidak ada,\" katanya lagi. ", "Bagaimanpun, Saifuddin berkata pihak Majlis Presiden PH akan mengadakan mesyuarat seperti biasa, Jumaat minggu depan. ", "Namun beliau tidak mengulas sama ada perkara Itu akan dibangkitkan pada mesyuarat terbabit.", "Semalam, Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata beliau tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai apa-apa akaun bersumpah yang didakwa bagi menyokong Dr Mahathir. ", "\"Saya tidak dimaklumkan secara rasmi,\" kata Anwar ringkas." ]
https://www.malaysiakini.com/news/413256
Pasport M'sia ke-6 paling berkuasa di dunia
[ "Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) berada di kedudukan ke-enam berkuasa di dunia berdasarkan Laporan Passport Index 2018 yang dibangunkan oleh Arton Capital.", "Passport Index merupakan rujukan mengenai semua pasport yang diberikan ranking berdasarkan jumlah negara yang boleh dikunjungi dan dilawati bagi rakyat sesebuah negara tanpa visa atau memerlukannya setibanya berada di negara berkenaan berdasarkan peraturan visa yang berkuat kuasa.", "Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata pengiktirafan itu adalah sesuatu yang dijangka memandangkan Pasport Malaysia memenuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan boleh digunakan di 157 negara tanpa visa.", "\"Melihat sejarah, Pasport Malaysia merupakan pasport pertama di dunia yang dilengkapi dengan ciri keselamatan biometrik menggunakan cip,”katanya.", "Beliau berkata ciri Pasport Malaysia terus ditambah baik dengan ciri keselamatan tambahan bagi menepati piawaian Dokumen 9303 ICAO pada 2013 dan lokasi cip dimasukkan ke dalam halaman muka surat biodata pada tahun 2016.", "Terkini, Pasport Malaysia versi baharu ditambah baik dengan mempunyai 50 ciri keselamatan tambahan dan reka bentuk yang lebih unik dengan memaparkan mercu tanda negara Malaysia serta flora dan fauna tempatan dengan menerapkan falsafah lima prinsip rukun negara, katanya.", "\"Ciri-ciri keselamatan tambahan ini meningkatkan kebolehpercayaan rakyat dan pihak berkuasa luar bagi mengukuhkan penggunaanya di luar negara,” katanya.", "Mustafar berkata permohonan pembaharuan Pasport Malaysia boleh dibuat secara dalam talian dan perkhidmatan pasport juga bertaraf dunia iaitu pasport disiapkan dalam tempoh satu jam selepas bayaran, mendahului negara-negara maju di dunia.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/530838
Lelaki guna sabit cuba samun bank, tahan tebusan ditembak mati
[ "Seorang lelaki mati ditembak pengawal keselamatan ketika cuba menyamun sebuah bank serta menahan seorang pelanggan sebagai tebusan di Felda Ayer Tawar 5, Kota Tinggi hari ini.", "Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Md Yusof Ahmad berkata dalam kejadian 2.04 petang itu, suspek yang berumur 19 tahun bersenjatakan sabit telah masuk ke kawasan perkhidmatan bank serta mengacukan sabit ke leher seorang wanita, pelanggan bank itu.", "“Melalui rakaman CCTV (kamera litar tertutup) dan percakapan saksi, kita dapati suspek datang berseorangan dan terus tarik seorang perempuan yang berada di hadapan bank.", "“Suspek kemudian campak beg beritahu nak duit sambil meletakkan sabit di leher mangsa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.", "Ketika itu, katanya pengawal keselamatan yang berada dalam bank mengambil peluang melepaskan tembakan ke arah suspek dari jarak dekat iaitu kira-kira lima meter.", "Katanya tembakan mengenai bahagian rusuk kanan suspek dan suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.", "Md Yusof berkata kakitangan dan pelanggan termasuk tebusan wanita itu terselamat dalam kejadian tebusan yang berlaku kira-kira setengah jam itu.", "Katanya mayat suspek dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat dan menurutnya siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/558656
Rekod baru - 3,309 kes baru, 190 di ICU
[ "", "Jumlah kes harian terbaru mencatatkan angkat tertinggi sekali lagi dengan 3,309 kes.", "Angka pesakit di unit rawatan rapi (ICU) juga memecahkan rekod dengan 190 kes.", "", "Angka itu dicatatkan sehari sebelum kerajaan memperketatkan pergerakan awam mulai esok dan selepas pengumuman darurat pagi tadi.", "", "Status terkini:", "Jumlah sembuh baru: 1,469 kesJumlah kumulatif sembuh: 110,584 kes (78.1%)", "", "Jumlah kes baru: 3,309 kesJumlah kes kumulatif: 141,533 kesJumlah kes aktif: 30,390 kesKes tempatan: 3,303 kesKes import: 6 kes", "", "", "", "", "Jumlah kematian baru: 4 kes (4 WN)Jumlah kumulatif kematian: 559 kes (0.39%)", "", "Jumlah kes di ICU: 190 kesPesakit intubated: 83 kes", "", "intubated", "", "", "", "", "", "\n", "\n\n", "", "", " ", "", "\n", "\n\n", "", "", " ", "" ]
https://www.malaysiakini.com/news/344495
AMANAH tak ada isu, terpaksa politikkan 'ketentuan Ilahi'
[ "Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak mempunyai isu yang mahu dibangkitkan pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar 18 Jun ini sehingga terpaksa memutar-belitkan kenyataan.", "Shamsul mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin bahawa Allah mahu rakyat Kuala Kangsar ‘mengajar’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.", "“Itu lagi dakwaan dia yang tidak tepat, memang apa yang berlaku ketentuan Allah swt tetapi dakwaan nak bagi pengajaran kepada presiden (Umno) tidak tepat.", "“Dakwaan itu sengaja diada-adakan kerana hakikat sekarang ini AMANAH tidak ada isu yang nak dibawa, kalau dia hendak hentam peribadi calon dia tidak ada isu sebab itu dia pusing isu yang tidak ada kena mengena dengan pilihan raya ini,” kata Shamsul kepada Malaysiakini.", "Malaysiakini", "Justeru, Shamsul yang juga ahli parlimen Lenggong berkata pengundi di Kuala Kangsar perlu memilih calon dan parti yang mempunyai kredibiliti serta kekuatan dalam membawa pembangunan di kawasan parlimen itu.", "", "Menurutnya, AMANAH langsung tidak mempunyai kekuatan itu.", "“AMANAH langsung tidak ada kekuatan, tidak ada kerajaan negeri dan tempat malah kalau bagi (parlimen) kepada calon AMANAH sekali pun ia tidak akan membawa sebarang perubahan serta tidak boleh mengubah apa pun dalam kerajaan,” katanya.", "Pilihan raya kecil parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun ini diadakan berikutan nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, bulan lalu yang mengakibatkan penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad bersama lima yang lain terbunuh.", "Mengulas lanjut, Shamsul yang juga adalah pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkata beliau yakin calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid mampu mengekalkan kerusi parlimen allahyarham suaminya itu.", "“Saya lihat bahawa calon (PRK Kuala Kangsar) AMANAH walaupun anak tempatan dan PAS apatah lagi Bebas walaupun mereka turun padang mereka bukan calon yang dikenali di sini.", "“Mereka tidak ada track record mentadbir, jadi saya yakin Mastura (menang) tetapi keyakinan ini harus disertakan dengan kerja kuat,” katanya.", "Pada pilihanraya parlimen 8 Jun ini, Mastura akan berdepan dengan calon AMANAH, Dr Ahmad Termizi, calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.", "Pilihan raya kecil juga akan diadakan serentak pada 18 Jun ini di Sungai Besar kerana nahas yang sama meragut nyawa Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Noriah Kasnon yang adalah ahli parlimen kerusi tersebut." ]
https://www.malaysiakini.com/news/642811
Enam penjuru tiada masalah, mahu bertanding secara sihat - Ku Nan
[ "Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan jumlah calon yang ramai bertanding bagi merebut kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).", "Bercakap kepada pemberita di Medan Selera Presint 16 di Putrajaya, penyandang Parlimen Putrajaya selama empat penggal itu berkata ini kerana dia mahu bertanding secara sihat. ", "“Saya juga telah bertanding empat kali dengan nama-nama besar antaranya Timbalan Presiden PKR dan Naib Presiden PAS saya tiada masalah,” katanya.", "Buat julung kali sejak kerusi itu dipertanding pada 2004, Parlimen Putrajaya menyaksikan pertembungan enam penjuru antara BN, Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Pejuang dan dua calon Bebas.", "Mereka ialah Tengku Adnan (BN-UMNO), Naib Presiden Bersatu Dr Radzi Jidin (PN-Bersatu), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (PH-PKR), Timbalan Presiden Berjasa Mohd Rosli Ramli (GTA-Pejuang) serta dua calon Bebas iaitu Lim Fice Bee dan Samsudin Mohamad Fauzi.", "Tengku Adnan turut melahirkan keyakinan bahawa pengundi muda di Putrajaya akan memberi sokongan kepada beliau untuk mengekalkan kerusi itu buat BN pada pilihan raya kali ini.", "“Saya sayang anak muda di Putrajaya dan ada yang saya kenal dari kecil lagi sehingga mereka besar … mereka akan beri sokongan kepada saya kerana mereka tahu apa yang telah saya lakukan,” katanya.", "Mengulas naratif ‘satu undi untuk siapa’ yang dimainkan pembangkang, dia berkata tiada isu berbangkit berhubung perkara itu kerana semua pihak tahu calon Perdana Menteri untuk BN ialah Ismail Sabri Yaakob. ", "“Bagi saya, tiada isu sama ada satu undi untuk Ismail Sabri atau Ahmad Zahid Hamidi tapi yang penting, satu undi (di Putrajaya) untuk sayalah,” katanya.", "Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli meminta supaya pengundi di Sungai Buloh tidak mengundi Khairy Jamaluddin kerana undi itu didakwa akan membolehkan Ahmad Zahid iaitu Presiden UMNO, yang juga calon BN di Bagan Datuk, menjadi Perdana Menteri.", "Radzi pula berkata gerak kerja PN dalam usaha merampas kerusi Parlimen Putrajaya daripada BN telah memasuki ‘gear lima.’", "“Saya menawarkan diri untuk warga Putrajaya supaya dapat bawa pendekatan dan strategi baharu bagi menghasilkan bandar Putrajaya sebagai sebuah bandar pentadbiran yang lebih hebat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Taekwondo Terbuka Putrajaya di sini. ", "- Bernama", "Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/656609
Jual arak tanpa lesen, ahli majlis PBT didenda RM3,000 
[ "Seorang pengusaha cafe hiburan yang juga ahli majlis sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di Melaka hari ini kerana menjual minuman keras tanpa lesen.", "Seorang pengusaha cafe hiburan yang juga ahli majlis sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di Melaka hari ini kerana menjual minuman keras tanpa lesen.", "Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman juga memerintahkan M. Thiruselvan, 40, dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda selepas lelaki itu mengaku salah atas pertuduhan terhadapnya.", "Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman juga memerintahkan M. Thiruselvan, 40, dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda selepas lelaki itu mengaku salah atas pertuduhan terhadapnya.", "Tertuduh mengaku melanggar syarat lesen perniagaan dengan menjual minuman keras tanpa lesen/kebenaran pihak berkuasa di sebuah premis di Jalan Balang, Taman Padang Balang, Batu Berendam di sini sekitar 3.15 pagi pada 15 Sept 2022.", "Tertuduh mengaku melanggar syarat lesen perniagaan dengan menjual minuman keras tanpa lesen/kebenaran pihak berkuasa di sebuah premis di Jalan Balang, Taman Padang Balang, Batu Berendam di sini sekitar 3.15 pagi pada 15 Sept 2022.", "Thiruselvan melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 11 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.", "Thiruselvan melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 11 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.", "Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri mencadangkan agar hukuman berat dikenakan memandangkan lelaki itu sebelum ini pernah dikenakan hukuman denda RM2,000 atau dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda kerana berniaga melebihi masa.", "Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri mencadangkan agar hukuman berat dikenakan memandangkan lelaki itu sebelum ini pernah dikenakan hukuman denda RM2,000 atau dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda kerana berniaga melebihi masa.", "Sementara itu, tertuduh yang diwakili peguam Datuk K. Shashi memohon agar denda ringan dikenakan memandangkan anak guamnya sudah insaf dan telah memohon lesen menjual minuman keras pada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.", "Sementara itu, tertuduh yang diwakili peguam Datuk K. Shashi memohon agar denda ringan dikenakan memandangkan anak guamnya sudah insaf dan telah memohon lesen menjual minuman keras pada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.", "K. Shashi juga menjelaskan tertuduh menjalankan perniagaan itu bersama rakan kongsinya dan tidak berada di premis tersebut sewaktu kejadian. ", "K. Shashi juga menjelaskan tertuduh menjalankan perniagaan itu bersama rakan kongsinya dan tidak berada di premis tersebut sewaktu kejadian. ", "- Bernama", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/373130
Anwar: Langkah Kajang macam penyingkiran Mukhriz
[ "Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyamakan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah dengan “Langkah Kajang” pada 2014.\n\nBeliau berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi pihak Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.", "", "", "Anwar mengakui Langkah Kajang bertujuan menjadikan beliau menteri besar Selangor, yang diusahakan PKR dengan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.", "Anwar berkata, keputusan dibuat bahawa seseorang pemimpin kanan patut menggantikan Khalid dan langkah itu termasuk menggantikan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Chin Cheh.", "Shafee: Niat awalnya untuk letakkan kami sebagai calon, tetapi ini tidak berlaku?", "Shafee: ", "Anwar: Ya, tidak berlaku.\n\nShafee: Akhirnya, calon lain diletakkan?", "Anwar: ", "", "", "Shafee: ", "Anwar: Ya, kami putuskan seorang yang kanan daripada beliau (Lee), iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang kami lihat Khalid juga turun berkempen.\n\nShafee: Kami setuju dalam Langkah Kajang, Khalid baut kenyataan tidak setuju dengan langkah itu?", "Anwar: ", "", "", "Shafee: ", "Anwar: Sudah tentu, kerana dia tidak mahu lepaskan jawatan itu.", "Anwar: ", "Shafee juga bertanya sama ada Khalid tersinggung kerana merasakan dikhianati oleh partinya.,\n\n“Ada perbezaan pandangan berkaitan pengurusan. Saya seorang pemimpin yang bertanggungjawab.", "", "", "“Ia berlaku di mana-mana, malah di Pahang dan juga Kedah, yang melibatkan (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir).\n\n\"Perubahan ini juga melibatkan kepimpinan Umno,” katanya.", "", "", "Mukhriz disingkirkan tahun lalu selepas bapa beliau Mahathir Mohamad melancarkan serangan keras dan bertubi-tubi terhadap Datuk Seri Najib Razak, terutamanya dalam isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.\n\n[Baca berita asal]", "", "", "[Baca berita asal]" ]
https://www.malaysiakini.com/news/238256
DAP: Mana Father Augustus Chen?
[ "\nPersoalan di sebalik identiti sebenar 'Father Augustus Chen', yang  mendakwa wujud penipuan dalam pemilihan parti DAP tahun lalu, masih belum terjawab dan terus diselubungi misteri.\n", "\nSemalam, Malaysiakini menghubungi Sidang Biskop Katolik Malaysia (Catholic Bishop’s Conference of Malaysia) yang mengesahkan tiada individu dengan nama itu berdaftar sebagai paderi Katolik di Malaysia.\n", "\nMajlis Gereja Malaysia (CCM) yang mewakili aliran Protestan dan Ortodoks berkata paderi Protestan tidak menggunakan gelaran 'Father' dan Perkumpulan Evangelis Kristian Kebangsaan (National Evangelical Christian Fellowship) juga mengesahkan perkara yang sama.\n", "\nWalaupun paderi Ortodoks menggunakan gelaran itu, CCM berkata sehingga kini tiada seorang pun paderi Cina Ortodoks didaftarkan di Malaysia.\n", "\nPemimpin DAP, Lim Kit Siang menyifatkan Chen sebagai \"hantu\" dan satu cebisan dari \"imaginasi BN\" dan beliau menggesa paderi itu muncul dalam masa tujuh hari bagi membuktikan kewujudannya.\n", "\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n", "\n\n[Baca berita penuh]\n\n", "\n[Baca berita penuh]\n", "\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/393367
'Siasat dan hukum dalang Yingluck larikan diri'
[ "GLOBAL| Kerajaan Thailand perlu memulakan siasatan mengenai bagaimana bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra melarikan diri dari negara itu dan menghukum mana-mana pegawai kerajaan yang bersubahat dengan tindakan beliau, kata bekas ahli-ahli Perikatan rakyat untuk Demokrasi (PAD).", "GLOBAL|", "PAD atau lebih dikenali sebagai pergerakan “Baju Kuning” mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwan jika beliau tidak dapat mengenal pasti dalang yang membantu Yingluck melarikan diri.", "\"Ini adalah kes berprofil tinggi dan masyarakat dari seluruh dunia sedang memerhatikan. Jika beliauI boleh melarikan diri, ini sama ada satu konspirasi atau kegagalan yang tidak boleh dimaafkan,\" kata bekas jurucakap PAD Parnthep Pourpongpan kepada media tempatan hari ini.", "Banyak pihak di Thailand meragui bagaimana Yingluck dapat melarikan diri tanpa dikesan kerana pasukan keselamatan menjalankan pengawasan dan pemantauan yang berterusan dan mengesyaki bekas Perdana Menteri yang disingkirkan itu pada Mei 2014, mendapat bantuan daripada para pegawai kanan kerajaan.", "Yingluck, adik kepada bekas Perdana Menteri Thaksin yang tinggal dalam buangan, sepatutnya hadir di mahkamah pada Jumaat untuk mendengar keputusan mahkamah yang boleh membawanya meringkuk dalam penjara sehingga sepuluh tahun, jika sabit kesalahan.", "Perdana Menteri wanita pertama Thailand yang memegang tampuk kuasa pada Ogos 2011, gagal hadir di mahkamah, mencetuskan spekulasi mengenai keberadaannya dan sama ada beliau mengikut jejak langkah abangnya melarikan diri untuk mengelak tindakan mahkamah.", "Thaksin lari meninggalkan Thailand pada 2008, sekarang tinggal dalam buangan.", "-Bernama", "-Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/429332
Terengganu peruntuk bonus RM1.8 juta kepada guru
[ "Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM1,824,500 sebagai bonus kepada 1,705 guru yang berkhidmat di Yayasan Islam Terengganu, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Pendidikan Terengganu serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.", "Bonus itu juga dibayar kepada 1,944 guru kelas al-Quran kampung, kelas al-Quran dewasa, kelas berzanji, kelas agama belia dan kelas agama dewasa di negeri berkenaan.", "Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pemberian bonus itu membuktikan kerajaan yang dipilih rakyat untuk memerintah Terengganu pada PRU14 lepas, mampu melaksanakan janji seperti terkandung dalam manifesto.", "“Kita juga pada masa sama akan meneruskan program pembangunan dilaksanakan kerajaan terdahulu dan akan memperbaiki atau menambah baik dari semasa ke semasa supaya kebaikan dilaksanakan akan dapat dinikmati seluruh rakyat.", "\"Tidak timbul apabila kerajaan baharu mengambil alih kepimpinan negeri itu, maka mana-mana yang baik itu kita batalkan,\" katanya selepas majlis penyampaian bonus berkenaan di Kuala Nerus hari ini.", "Ketika ditanya mengenai hasrat kerajaan terdahulu untuk menubuhkan sebuah Universiti Al-Quran, Ahmad Samsuri berkata kerajaan akan menilai, mengkaji dan mengukur kemampuan mereka sebelum melaksanakannya.", "“Kita baru sebulan mengambil alih pemerintahan, jadi banyak aspek sedang kita pertimbangkan. Tempoh kita panjang lagi dan kita bercakap mengenai pentadbiran negeri bukan untuk tempoh lima tahun, tetapi lebih daripada itu,\" katanya.", "Mengenai kedudukan royalti minyak, beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi komitmen untuk memberi royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak yang meliputi Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.", "Beliau berkata kadar dan mekanisme berhubung royaliti tersebut akan dibincangkan kemudian kerana yang paling penting ialah keputusan secara dasar terlebih dahulu.", "\"Sudah tentu perincian dan mekanisme itu akan dibincangkan termasuklah kadar dan sebagainya. Tetapi ia bermula dengan lima peratus,\" katanya. -Bernama", "-Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/147923
Sekolah dinasihat cepat bina tadika di tapak kuil
[ "\nYang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Datuk Adnan Md Ikhsan mempertahankan tindakan kakitangan agensi penguatkuasaan itu merobohkan stor yang dibina atas sempadan tapak Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Castlefield, Puchong pada Isnin lalu.\n", "\n\nMenurutnya, selepas menerima aduan dan selesai siasatan, didapati struktur tanpa izin tersebut adalah milik kuil dan pembinaan telah memasuki sebahagian kawasan sekolah.\n", "", "\n\"Untuk makluman, pihak sekolah telah bersetuju untuk membenarkan pembinaan kuil tersebut secara sementara dan jawatankuasa kuil juga bersetuju mengembalikan tanah yang digunakan itu sekiranya pihak sekolah memerlukannya untuk sebarang pembinaan,\" katanya.\n", "\nAdnan berkata, pihak sekolah telah menerima peruntukan daripada jabatan pelajaran negeri Selangor sebanyak RM500,000 untuk pembinaan sebuah tadika di lokasi itu.\n", "\nIsu perobohan sebahagian kuil tersebut menarik perhatian pelbagai pihak apabila gara-gara terlalu bimbang, seorang lelaki bertindak nekad dengan 'membakar' dirinya sendiri Isnin lalu.\n", "\n\nMenurut Adnan, pihak sekolah juga dinasihati untuk mempercepatkan pembinaan bangunan tadika bagi mengelakkan peruntukan itu ditarik semula.\n", "", "\n\"Susulan daripada itu, MPSJ telah mengambil tindakan perobohan pada 8 November setelah notis pemberitahuan bangunan di bawah Seksyen 72 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 tempoh selama tujuh hari yang dikeluarkan pada 26 Oktober tamat,\" ujarnya.\n", "\nAdnan berkata bagaimanapun tiga binaan tanpa izin seperti stor penyimpanan barangan, tandas dan tangki air telah ditangguhkan perobohan bagi membincangkan lokasi penempatan semula sementara.\n", "\n\nMenurutnya, hasil perbincangan antara pihak sekolah dan kuil bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, mesyuarat telah bersetuju membenarkan kontraktor sekolah menyediakan bangunan stor dan tandas sementara bagi tempoh tidak melebihi setahun di atas sebahagian tapak rezab yang disedaikan.\n", "", "\n\"Pemilik kuil di minta supaya memindahkan semua barangan ke dalam stor baru sebaik sahaja bangunan tersebut siap dibina oleh kontraktor sekolah tersebut,\" katanya.\n", "\n\n\n[Baca berita asal di\n\nKomunitikini\n\n]\n\n\n", "\n\n[Baca berita asal di\n\nKomunitikini\n\n]\n\n", "\n[Baca berita asal di\n\nKomunitikini\n\n]\n", "\nKomunitikini\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/573065
Mesej palsu tular: PKP di seluruh Selangor
[ "Sekretariat Akhbar Datuk Menteri Besar Selangor mengesahkan bahawa kenyataan yang tular mendakwa kononnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Selangor akan dilaksanakan sama ada 4 Mei atau 5 Mei 2021 adalah palsu.", "Mesej yang tular di media sosial itu adalah berkaitan keputusan dan cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor, bertarikh 1 Mei.", "Mesej tersebut berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Selangor, cadangan berkaitan sekolah dan justifikasi atas keputusan tersebut.", "“Kami mengesahkan bahawa mesej tersebut adalah palsu,” kata Sekretariat Akhbar Datuk Menteri Besar Selangor ketika dihubungi di Shah Alam hari ini.", "Selangor telah mencatatkan kes tertinggi Covid-19 beberapa hari berturut-turut sejak Selasa (27 April) daripada 2,733 kes baru yang dilaporkan, Selangor catat kes tertinggi dengan 750 kes, Rabu (28 April), daripada 3,142 kes baru, Selangor mencatat kes tertinggi (1,019 kes) dan Khamis (29 April) daripada 3,332 kes baru, Selangor adalah tertinggi dengan 1,083 kes.", "Pada Jumaat (30 April) juga daripada 3,788 kes baru, Selangor mencatatkan yang tertinggi dengan 1,265 kes dan Sabtu (1 Mei) daripada 2,881 kes baru, Selangor mencatatkan yang tertinggi dengan 759 kes.", "Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara bagi Negeri Selangor pada 30 Mei 2021 bagi meneliti semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/255851
MBI: Kos ambil alih air tak akan melambung
[ "\nKerajaan Negeri Selangor yakin kos RM 9.65 bilion untuk mengambil alih syarikat konsesi air negeri itu tidak akan melambung.\n", "\n\nKetua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Hussin (\n\nkiri\n\n) berkata klausa itu telah dimasukkan dalam memorandum persefahaman (MOU) ditandatangani antara Selangor dan kerajaan persekutuan minggu lalu.\n", "", "\nkiri\n", "\n\"Kebimbangan mengenai kemungkinan keputusan majlis timbang-tara antarabangsa bakal menaikkan kos tidak berasas dan tidak tepat kerana kerajaan negeri telah membuat pertimbangan semua kemungkinan dan risiko berkaitan apabila bersetuju menandatangani MOU itu.\n", "\n\"Kerajaan negeri sentiasa yakin penilaian ekuiti - dengan pulangan 12 peratus setahun - mampu dipertahankan pemeriksaan antarabangsa. Sebelum ini, keyakinan ini tidak dipersoalkan,\" kata Faekah dalam satu kenyataan hari ini.\n", "\nFaekah memberi respon pertanyaan Ahli Parlimen Kelana Jaya dari PKR Wong Chen semalam bahawa penglibatan majlis timbang-tara antarabangsa boleh menyebabkan syarikat konsesi meminta lebih dari nilai yang ditawarkan sehingga RM 14 bilion.\n", "\nBeliau yang juga bekas setiausaha politik Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan perkara dalam MOU tersebut telah pun dibincangkan dan didedahkan kepada awam dalam majlis diskusi dan kenyataan media sebelum ini.\n", "\n\n[Baca berita penuh]\n\n", "\n[Baca berita penuh]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/593703
MP: Pemain industri perlu bersuara jika ada SOP 'tak munasabah'
[ "Pemain industri digesa untuk bersuara terhadap prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang dilihat sebagai tidak munasabah dan menghalang proses pemulihan ekonomi.", "Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming berkata, dia akan membantu membawa masalah itu kepada empat menteri kanan yang bertanggungjawab terhadap peraturan tersebut.", "Menurut Ong, antara peraturan yang bermasalah adalah pembelian makanan dan minuman di pawagam hanya boleh dibuat secara dalam talian, ketika pelanggan menempah tiket wayang.", "\"Ini tidak masuk akal kerana makan di premis dibenarkan. Sukar untuk melihat yang berbaris dengan penjarakan fizikal selama beberapa minit untuk membeli air mineral dan bertih jagung adalah lebih bahaya berbanding makan di restoran secara berkumpulan tanpa memakai pelitup muka untuk tempoh masa yang lebih lama,\" katanya dalam kenyataan.", "Katanya, peraturan itu akan memberi kesan kepada industri pawagam memandangkan penjualang makanan dan minuman merangkumi 40 peratus pendapatan mereka.", "", "Ong Kian Ming", "Ong Kian Ming", "", "Ong Kian Ming", "", "Ong juga membangkitkan larangan untuk penonton di pawagam untuk duduk di kerusi pasangan kecuali mereka adalah ahli keluarga, di saat peraturan itu tidak dikenakan ketika makan di restoran.", "Dia juga tidak setuju dengan larangan individu berusia 17 tahun ke bawah untuk menonton wayang, walaupun program vaksinasi untuk golongan itu telah pun bermula.", "\"Ini hanya beberapa SOP yang tidak munasabah dan memberi kesan kepada satu industri...Saya pasti ada lagi SOP yang tidak munasabah dan memberi kesan negatif terhadap industri lain.", "\"Saya menggesa wakil dan persatuan dalam industri-industri ini untuk terus menghubungi saya berkenaan SOP yang tidak munasabah agar perkara ini boleh dibangkitkan secara terbuka,\" katanya lagi.", "Pada masa ini, pawagam di negeri di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan untuk beroperasi dengan 50 peratus kapasiti.", "Kapasiti di pawagam di negeri di bawah Fasa 3 pula adalah 80 peratus, manakala tiada had untuk negeri di bawah Fasa 4.", "Bagaimanapun, SOP untuk pembelian makanan dan minuman adalah sama untuk semua fasa, iaitu ia perlu dibeli secara dalam talian." ]
https://www.malaysiakini.com/news/210926
'Kenapa turun harga petrol tak masuk bajet Pakatan?'
[ "\nTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Chua Tee Yong mempersoalkan kegagalan Pakatan Rakyat memasukkan janji pilihan raya untuk menurunkan harga petrol dan menghapuskan tol dalam belanjawan alternatif mereka.\n", "\n\n\n\n\n\nChua (\n\nkiri\n\n) menyindir, \"belanjawan terbaik dan belanjawan yang dirangka untuk rakyat itu\" tetap gagal memasukkan janji-janji mereka sebelum ini.\n", "\n\n\n\n", "\n\n", "", "\nkiri\n", "\n\"Bagaimanapun, pengumuman penting itu tidak dimasukkan dalam belanjawan 2013 mereka. Kalau begitu, bagaimana harga petrol akan turun? Bagaimana pengiraannya?\n", "\n\"Bukan itu sahaja, mereka juga berjanji untuk menghapuskan tol jika Pakatan berkuasa. Tetapi perkara ini juga tidak disebut dalam belanjawan mereka,\" kata Chua dalam kenyataannya semalam.\n", "\nBelanjawan alternatif Pakatan yang dikeluarkan awal bulan lalu bagaimanapun memasukkan rancangan menamatkan konsesi lebih raya terpilih membabitkan kos sebanyak RM6 bilion.\n", "\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n", "\n\n[Baca berita penuh]\n\n", "\n[Baca berita penuh]\n", "\n\n\n", "\n", "\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/352241
'Orang luar sedih dengan tindak-tanduk Dr M'
[ "Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dedahkan bahawa perwakilan Asia Barat, Afrika dan Amerika Latin melahirkan rasa sedih setelah mengetahui bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini melakukan perkara yang boleh merosakkan negara.", "Menurut beliau, para perwakilan berkenaan sangat menghormati Mahathir dan mereka berharap sekiranya bekas perdana menteri itu tidak bersetuju dengan kepimpinan sekarang, ia boleh dizahirkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.", "“Apa yang mereka utarakan itu cuma kesedihan kenapa Dr Mahathir sanggup melakukan perkara yang boleh memberikan kesan buruk kepada negara ini.", "“Kalau tidak bersetuju, biarlah rakyat Malaysia yang menentukan dalam pilihan raya umum. Itulah kesedihan mereka sebab Dr Mahathir sangat dihormati,” katanya seperti dilapor Mingguan Malaysia.", "Mingguan Malaysia", "Anifah berkata demikian mengulas mengenai tindak tanduk Mahathir yang boleh menjejaskan reputasi negara dan Wisma Putra mengadakan pertemuan dengan perwakilan asing bagi menjelaskan perkara itu.", "Katanya, Mahathir mengambil masa yang panjang untuk membina Malaysia ini menjadi negara moden dan bapa pemodenan itu seharusnya diberikan penghargaan atas usahanya.", "Namun kini, Mahathir dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan kepentingan diri melebihi kepentingan negara.", "“Untuk membina reputasi Malaysia, selama 22 tahun Dr Mahathir menjadi perdana menteri. Beliau mengambil tempoh yang panjang untuk membina reputasi negara dan kita perlu beri penghargaan Malaysia negara moden kepada Dr Mahathir.", "“Sekarang seolah-olah kerana kebencian, sebab beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara, biarlah negara hancur. Sekarang ia menjadi peribadi dan kepentingan negara jadi nombor dua,” beliau dilaporkan sebagai berkata.", "Anifah berkata, beliau sangat menghormati Mahathir bagaimanapun perbuatan yang dilakukannya itu janganlah sampai mengancam kedudukan ekonomi negara ini." ]
https://www.malaysiakini.com/sukan/308969
EPL: Bournemouth pertikai gol tunggal The Reds
[ "\nKalah kepada Livepool 1-0 awal pagi tadi, Pengurus Bournemouth Eddie Howe tidak berdiam diri apabila menyifatkan jaringan tersebut sepatutnya dibatalkan kerana pemain dalam dalam situasi ofsaid.\n", "\nMengikut peraturan baru Liga Perdana Inggeris (EPL), kata Howe, kedudukan penyerang The Reds, Philippe Coutinho perlu diambil kira kerana \"mengganggu\" permainan walaupun dia tidak menyentuh bola tersebut.\n", "\nHowe dilaporkan akan menuntut penjelasan daripada persatuan pengadil berhubung satu-satunya gol yang memberi kemenangan kepada Liverpool di Anfield itu.\n", "\nPada perlawanan kedua kelab tersebut, Christian Benteke menjaringkan gol tungal - sekali gus gol pertama peribadinya - sejak berpindah dari Aston Villa ke kelab kendalian Brendan Rodgers itu.\n", "\nGol tersebut dibenarkan pengadil perlawanan Craig Pawson dan pembantunya Harry Lennard.\n", "\nHowe berkata, beliau akan mendapatkan pencerahan daripada pegawai profesional perlawanan mengenai kedudukan yang dianggap sebagai \"kawasan kelabu\" itu.\n", "\n\n\nBelum tonton lagi\n\n\n", "\n\nBelum tonton lagi\n\n", "\nBelum tonton lagi\n", "\n\"Jika mengikut peraturan baru EPL, gol itu jelas ofsaid.\n", "\n\"Kami mendapat penjelasan pengadil mengenai peraturan baru dalam EPL sebelum musim bermula, tetapi hari ini saya terkejut apabila jaringan itu disahkan.\n", "\n\"Penjaga gol kami jelas terkesan dengan gangguan pemain Liverpool. Jika itu tidak ofsaid, ini adalah satu contoh jelas. Saya tidak fikir ia sesuatu yang sukar untuk difahami,\" kata Howe.\n", "\nSementara itu, Rodgers mengambil sikap \"lepas tangan\" dan enggan mengulas lanjut mengenai jaringan kontroversi itu.\n", "\nSebaliknya, beliau hanya menjelaskan belum menonton tayangan semula aksi tersebut.\n", "\nBerdasarkan peratusan baru EPL musim ini, sesorang yang berada dalam posisi ofsaid tidak boleh melakukan gerakan aktif walaupun tidak menyentuh bola.\n", "\nDalam situasi gol Liverpool ke atas Bournemouth, Benteke tidak berada pada posisi salah tetapi kedudukan dan gerakan Coutinho boleh menjadi pertikaian.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/353044
'Hadkan siasatan polis terhadap 1MDB sama seperti campur tangan'
[ "Kabinet meletakkan had kepada siasatan pihak polis atau arahan untuk menumpukan satu aspek dalam siasatan 1MDB sama seperti gangguan dan halangan kepada usaha menegakkan keadilan.", "Anggota Parlimen DAP dari Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, pertama, bagaimana kabinet boleh memberi arahan khusus kepada Polis Diraja Malaysia mengenai jenayah apa untuk disiasat dan jenayah apa tak perlu siasat.", "\"Bukankah ini sama seperti kes yang secara terang-terangan menghalang keadilan,\" katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata, yang pasti, rakyat Malaysia akan terkejut kerana polis menghadkan siasatan mereka hanya kepada 'cadangan' Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) atas arahan Kabinet, sesuatu yang seolah-olah mendustakan kebebasab polis dalam menjalankan tugas mereka.", "\"Kedua, bagaimana Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar boleh mengehadkan siasatan polis semata-mata kepada lima cadangan PAC,\" jelas Pua yang juga salah seorang daripada ahli jawatankuasa berkenaan.", "Pua mengulas kenyataan Khalid semalam bahawa polis telah menyiapkan fasa pertama penyiasatan kes 1MDB yang terhad kepada lima cadangan PAC sebagaimana yang diarahkan oleh Kabinet.", "Khalid menegaskan pihaknya kini hanya akan memberi fokus kepada lima syor yang ditetapkan PAC berhubung skandal 1MDB itu.", "“Saya dah beritahu lima syor dari PAC itu adalah menjadi fokus kami jadi saya tidak mahu polis diheret di luar daripada apa yang diarahkan kepada kami kerana kalau tidak (fokus) siasatan ini akan merebanlah,” kata Khalid.", "Pua menambah, pendedahan KPN itu menjadi masalah kerana sebagai anggota PAC, terutamanya dari BN yang sering menegaskan dalam mesyuarat bahawa jawatankuasa itu bukan badan siasatan jenayah dan siasatan itu perlu diserahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan termasuk polis.", "Oleh itu, cadangan PAC tidak memberi tumpuan kepada kemungkinan wujudnya unsur-unsur jenayah.", "\"Sekarang, pihak polis nampaknya telah diarahkan untuk menghadkan siasatan kepada 'cadangan' PAC yang tidak berdasarkan siasatan 'penjenayah' sejak dari mula,\" keluh Pua.", "Pua berkata siasatan PAC dan cadangan yang terhasil bukan sahaja tidak berdasarkan elemen-elemen jenayah tetapi juga dihalang kekurangan pendedahan dan kerjasama 1MDB yang menjadikannya tidak boleh dipercayai sepenuhnya sama ada benar-benar mendedahkan sejauh mana kemungkinan berlakunya salah laku.", "[Baca berita penuh]", "[Baca berita penuh]" ]
https://www.malaysiakini.com/news/153570
K'jaan tidak akan hapuskan sistem SJK
[ "\nKerajaan tidak akan menghapuskan sistem sekolah jenis kebangsaan (SJK) di negara ini untuk menjamin pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif serta mampu menguasai lebih banyak bahasa selain Bahasa Kebangsaan.\n", "\n    \n", "\nPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia merupakan satu-satunya negara di rantau Asia Tenggara yang masih mempertahankan sistem SJK dengan pendekatan yang cukup adil membabitkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).\n", "\n    \n", "\n\"Di Malaysia sekolah jenis kebangsaan masih lagi diiktiraf dan terus dibantu oleh pihak kerajaan dan jika kita lihat negara jiran tetangga kita yang lain tidak lagi ada sekolah jenis kebangsaan walaupun ia pernah wujud suatu ketika dahulu di sebuah negara di selatan kita,\" katanya ketika merasmikan bangunan baru SJK Chung Hua Sungai Tapang Hilir yang bernilai RM9.3 juta di Kuching hari ini.\n", "\n    \n", "\nBeliau turut berkata dalam memastikan polisi yang adil terhadap SJK, kerajaan telah memperuntukkan RM145 juta dalam pakej ransangan ekonomi negara untuk pembangunan sekolah-sekolah SJKC di seluruh negara baru-baru ini.\n", "\n    \n", "\nNajib berkata pendidikan dalam sistem SJK juga kini semakin diterima bukan sahaja di kalangan masyarakat kaum Cina ataupun kaum India sahaja malah juga kaum bumiputera apabila terbukti ia dapat memberi lebih banyak kelebihan khasnya dari segi penguasaan bahasa.\n", "\nMenurutnya sejak Akta Pendidikan 1997 digubal, kini seramai 55,975 pelajar daripada 612,000 keseluruhan pelajar di SJKC merupakan pelajar bumiputera.\n", "\n\"Uniknya SJKC ialah pelajar berpeluang untuk menguasai tiga bahasa utama iaitu Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin,\" katanya.\n", "\n    \n", "\nSementara itu beliau berkata dalam mencapai tahap sebuah negara maju, negara turut menuntut kepada kemahiran rakyat dalam menguasai lebih banyak bahasa khasnya bahasa Mandarin dan kini menjadi salah satu bahasa penting selepas kebangkitan China dalam kuasa ekonomi dunia.\n", "\n    \n", "\nKatanya selain bahasa Mandarin, kelebihan SJKC ialah dalam mata pelajaran matematik yang mampu memberi nilai tambah kepada seseorang pelajar.\n", "\n\"Untuk membawa Malaysia ke sebuah negara yang maju, kita bukan sahaja perlu menekankan pendidikan kepada anak-anak, malah kita juga perlu membuka minda anak-anak agar menjadi lebih kreatif dan inovatif,\" katanya.   \n", "\n    \n", "\n\n- Bernama\n\n", "\n- Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/559486
Kartel daging: SPRM tahan pengarah syarikat, 27 saksi dipanggil
[ "", "Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil 27 saksi berhubung isu kartel daging sejuk beku membabitkan pekerja syarikat, ejen pengimport dan pegawai kerajaan.", "SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 yang menjurus kepada kesalahan menerima rasuah, mengemukakan tuntutan palsu dan berkaitan pemalsuan dokumen. ", "“Buat masa ini, SPRM masih aktif menjalankan siasatan dengan menganalisis maklumat, pengumpulan bukti-bukti serta akan membuat beberapa lagi tangkapan bagi melengkapkan siasatan,” menurut kenyataan itu.", "Menurut SPRM, lapan suspek telah direman bagi membantu siasatan kes sejak 4 Jan lepas.", "Kenyataan itu juga menyebut SPRM Johor semalam telah menahan seorang pengarah syarikat berusia 36 tahun di Johor Bahru dan suspek direman selama enam hari bermula hari ini selepas permohonan bagi tujuan tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru.", "SPRM Johor sebelum ini dilapor telah membuka kertas siasatan berhubung isu penyeludupan daging import atau kartel daging import di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.", "Pada 8 Jan lepas, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis sedang mengumpul keterangan saksi berhubung isu itu untuk dirujuk kepada pihak Peguam Negara bagi tindakan susulan.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/663322
Skim Pensijilan Kayu Malaysia digesa beri perhatian hak pekerja
[ "Kumpulan hak pekerja antarabangsa membidas Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) kerana didakwa mengabaikan hak pekerja, termasuk persekitaran kerja dan isu keselamatan pekerjaan.", "Ini selepas Malaysiakini melaporkan beberapa kelemahan dalam skim itu serta kelemahan dalam undang-undang domestik.", "Malaysiakini", "Apolinar Tolentino, Wakil Wilayah Asia Pasifik bagi Bangunan dan Pekerja Kayu Antarabangsa (BWI), memberitahu Malaysiakini bahawa juruaudit produk kayu tempatan dan antarabangsa tidak memberi perhatian kepada hak pekerja.", "Malaysiakini", "Menurutnya, MTCS membiarkan syarikat kayu yang disahkan meneruskan amalan buruh paksa dan gangguan terhadap kesatuan sekerja mereka.", "Dia menyatakan bahawa jika sebuah syarikat menahan pasport pekerja asing, memaksa pekerja bekerja lebih masa atau membayar kurang daripada gaji minimum, juruaudit harus merekodkannya dalam laporan mereka dan mengeluarkan amaran ketidakpatuhan.", "“Auditor boleh sama ada mengeluarkan pensijilan sementara atau tidak mengeluarkan pensijilan langsung.", "“Mereka sepatutnya kembali dalam tempoh enam bulan atau setahun untuk memeriksa sama ada ketidakpatuhan ini telah ditangani.", "\"Tetapi, secara jujurnya, proses audit ketekunan wajar yang teliti dan pemerhatian ini jarang dilakukan,\" kata Tolentino.", "Dia menambah bahawa pasport dan dokumen perjalanan pekerja asing lazimnya ditahan oleh majikan dalam industri perkayuan.", "Ini walaupun terdapat kekangan pergerakan pekerja yang dianggap sebagai salah satu kriteria buruh paksa dan dengan itu melanggar Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).", "Menurut Tolentino, piawaian rantaian penjagaan standard Program Pengesahan Persijilan Hutan (PEFC) menyatakan bahawa organisasi yang diperakui hendaklah menangani isu sosial, kesihatan, keselamatan dan buruh berdasarkan Deklarasi ILO mengenai Prinsip dan Hak Asasi di Tempat Kerja ( 1998).", "PEFC ialah NGO bukan berasaskan keuntungan yang menggalakkan pengurusan hutan lestari melalui pensijilan pihak ketiga yang bebas.", "“Memandangkan Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) diperakui oleh PEFC, MTCS juga harus menerima pakai apa yang PEFC perlukan, termasuk kriteria berkaitan buruh.", "“Prinsip persetujuan bebas, awal dan termaklum disokong oleh konvensyen ILO.", "“Juruaudit juga harus memastikan syarikat memenuhi keperluan sosial, termasuk menghormati hak pekerja, kesatuan sekerja dan hak tanah Orang Asli,” tegasnya.", "Salah seorang wakil BWI Malaysia, Fatimah Mohamad, mewakili BWI dalam Lembaga PEFC.", "Tolentino berkata syarikat yang diperakui sekurang-kurangnya harus berkecuali dan membenarkan pekerja mereka menubuhkan kesatuan sekerja apabila syarikat itu memutuskan untuk berbuat demikian, berdasarkan piawaian PEFC.", "“Namun, sesetengah syarikat sebenarnya mengganggu dan mengugut pekerja warga asing untuk menghantar mereka pulang jika mereka menyertai kesatuan sekerja.", "\"Sesetengah syarikat mengganggu prosedur kesatuan, seperti menjadualkan program syarikat semasa hari pengundian kesatuan atau tidak membenarkan pekerja mengambil cuti untuk mengundi,\" dakwa Tolentino.", "[Baca laporan penuh]", "Baca laporan penuh", "Baca laporan penuh" ]
https://www.malaysiakini.com/news/134992
PPP 'kecil' diseru hentikan pertelagahan terbuka
[ "\nDatuk Seri Najib Razak mahu semua pemimpin parti komponen menghentikan pertelagahan secara terbuka dan sebaliknya menumpukan tenaga untuk berdepan dengan pembangkang bagi mendapatkan keyakinan rakyat.\n", "\n\nPerdana Menteri memberi amaran bahawa perkara seumpama itu hanya akan melemahkan parti gabungan itu sambil menambah bahawa adalah penting bagi Barisan Nasional (BN) untuk bersatu dan kelihatan bersatu pada kaca mata rakyat.\n", "", "\nBeliau juga menggesa PPP supaya menghentikan pertikaian dalaman parti itu.\n", "\n\"PPP adalah parti kecil, jika dibandingkan dengan parti-parti lain di BN. Jadikan diri anda berguna. Biarkan orang dapat melihat PPP boleh berjuang untuk Barisan Nasional.\n", "\n\"Anda hendak nasihat saya? Saya akan berikan nasihat dan tidak akan minta bayaran. Jadikan parti terkenal dengan rakyat. Lagipun baju yang pakai memang bersilau,” kata Najib sempena AGM ke-57 parti itu.\n", "\nKatanya PPP tidak boleh menjadi parti kepada semua rakyat Malaysia kerana parti itu terlalu kecil tetapi ia boleh menjadikannya sangat berguna kepada rakyat dengan mencari bidangnya yang tersendiri.\n", "\n\"Tidak kira apa jenis kucing selagi ia dapat menangkap tikus. Apa yang penting adalah BN kukuh dan diterima rakyat, katanya.\n", "\n\n'Kayveas ditempelak\n\n'\n", "\n'Kayveas ditempelak\n", "\nDalam nada yang hampir marah, Najib merenung ke wajah Kayveas ketika berucap dan berkata selama ini beliau banyak bertolak ansur.\n", "\n\"Apa yang mampu, saya akan penuhi. Anda mahu jawatan timbalan menteri, saya bagi,” katanya merujuk perlantikan naib presiden PPP Maglin D'Cruz sebagai timbalan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan.\n", "\nTindak\n\nan berkenaan semasa rombakan kabinet baru-baru ini dilihat sebagai langkah mententeramkan penyokong Kayveas kerana kerusi timbalan menteri PPP masih disandang oleh T Murugiah yang ‘dipecat’ daripada parti itu.\n", "", "\nDalam ucapannya Najib yang juga Pengerusi BN berkata parti pembangkang banyak berbohong dan bercakap separuh benar sambil menambah bahawa beliau bekerja siang dan malam bagi mengukuhkan BN dengan rancangan-rancangan yang akan diumumkan secara berperingkat.\n", "\n\"Kita mesti fokus berhubung apa yang akan menjadikan BN kukuh.. para pemimpin BN tidak sepatutnya bertelagah antara satu sama lain secara terbuka, di depan khalayak atau kepada rakyat...mari kita bertelagah dengan pembangkang. Kenapa bertelagah sesama para pemimpin BN...beritahu saya kenapa kita perlu bertelagah sesama sendiri?\n", "\n\n'PPP mesti tolong saya'\n\n", "\n'PPP mesti tolong saya'\n", "\n\"Musuh kita ada di luar...musuh kita mahukan kerusi kita dalam kerajaan..(mereka) mahu pergi ke Putrajaya. Kita mesti pastikan BN kekal berkuasa. Kenapa perlu kita dedahkan masalah kita sendiri. Beritahu saya kenapa kita perlu mencari masalah.\n", "\n\"Tidak perlu\n\nkerana pada akhirnya apa yang penting ialah BN berkhidmat kepada rakyat dan rakyat yakin kepada BN,\" katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.\n", "", "\nNajib berkata BN perlu membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang dan oleh itu setiap parti komponennya perlu memainkan peranan masing-masing dengan menjadikan BN lebih kukuh agar kerajaan BN dapat meneruskan rancangan mentransformasikan negara menjadikannya sebuah negara yang lebih makmur.\n", "\nBeliau berkata pembangkang mempunyai banyak masalah tetapi mereka sangat pandai menutupnya.\n", "\n\n\nDalam nasihatnya kepada kepimpinan PPP, Najib berkata sebagai pengerusi BN, beliau sentiasa bersedia mendengar permasalahan mereka.\n", "\n", "\n\"Jika anda ada masalah dalam BN beritahu saya. Sebagai pengerusi BN, beritahu saya jika anda tidak suka seseorang itu, jika anda tidak suka, hanya bisik kepada saya tapi secara terbuka anda lawan pembangkang... Anda lawan PKR, DAP, PAS (tapi) jangan bergaduh sesama kita,\" jelas Najib.\n", "\n\"Macam mana saya nak tolong PPP jika kita (BN) tidak berkuasa, tapi PPP mesti tolong saya...anda boleh tolong saya dengan memberi tumpuan tenaga dalam BN tetapi fokus di luar BN (lawan pembangkang),\" katanya.\n", "\nKira-kira 3,000 perwakilan parti menghadiri mesyuarat sehari itu.\n", "\nSebelum itu, ketibaan Najib disambut Kayveas, D'Cruz dan para pemimpin parti itu.  \n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/65055
MCA putuskan calon Machap esok
[ "\nMesyuarat Majlis Presiden MCA esok akan memutuskan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN Machap, kata Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/521015
Khairuddin menteri berfikir di luar kotak, kata PAS Melaka
[ "Seorang pemimpin PAS Melaka hari ini tampil menganggap Dr Khairuddin Aman Razali sebagai menteri yang berwawasan jauh dan berfikir di luar kotak semasa bertegas mahu memajukan industri buluh negara.", "Keta Penerangan PAS Melaka, Bakri Jamaluddin, berkata kehebatan Khairuddin itu terlihat apabila beliau berani menjadikan industri buluh sebagai game changer di bawah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). ", "game changer", "Katanya, MTIB sudah merangka pelan tindakan untuk memajukan industri berasaskan buluh pada 2016 lagi, iaitu dua tahun sebelum Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan.", "\"Oleh sebab itu berani saya katakan ini bukan brain child atau idea daripada Teressa Kok (bekas menteri industri utama PH) dan bukan juga Khairuddin.", "brain child", "\"Tetapi yang hebatnya Khairuddin berani menjadikan program memajukan industri berasaskan buluh sebagai game changer di bawah MTIB dan bukannya bawah MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysian),\" katanya dalam satu kenyataan disiarkan harakahdaily hari ini.", "game changer", "harakahdaily ", "Sejak semalam Khairuddin - yang juga Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi - menjadi bahan sendaan selepas pihaknya mengumumkan cadangan memajukan industi buluh negara.", "Hal itu terjadi kerana Khairuddin - pada 2019 - pernah mengecam Kok berhubung cadangan kerajaan PH ketika itu. Turut mempertikaikan cadangan Kok ialah Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, serta salah seorang ulama parti berkenaan, Ahmad Dusuki Abd Rani.", "Bentuk portfolio baru", "Bentuk portfolio baru", "Bentuk portfolio baru", "Menurut Kok, kenyataannya mengenai penanaman buluh bermaksud agar pekebun mempelbagaikan sumber pendapatan mereka yang sebelum ini bergantung hanya kepada kelapa sawit.", "Katanya penanaman berkenaan hanya disarankan sebagai sumber alternatif, bukannya menggantikan kelapa sawit.", "\"Kenyataan saya juga hanya merujuk kepada beberapa kawasan yang bersesuaian di negeri Pahang yang kebetulannya mempunyai banyak buluh,\" katanya pada 3 Mac 2019. ", "hanya merujuk kepada beberapa kawasan", "Bakri berkata ramai orang tidak tahu bahawa buluh mempunyai potensi yang tinggi dalam sektor pembuatan perabot dan binaan.", "Katanya, Kok memilih untuk \"menukar sawit kepada buluh\" sehingga cadangan itu menjadi jenaka pelbagai pihak.", "", "", "", "", "", "\"Tahukah kita bahawa buluh dan pokok getah juga sebahagian daripada tanaman yang diakui dan diiktiraf sebagai tanaman hutan dalam undang-undang Malaysia? ", "\"Maka tidak salah dan sepatutnya kita berbangga mempunyai seorang menteri yang berfikiran jauh atau berfikir di luar kotak apabila beliau (Khairuddin) secara tegas mahu memajukan industri buluh (dan) dalam masa yang sama mencari pasaran baru minyak sawit ke Timur Tengah. ", "\"Bukannya menyuruh rakyat Malaysia meminum satu sudu minyak sawit setiap hari,\" katanya lagi.", "Bakri juga mencadangkan agar MTIB membentuk potfolio baru bagi menjamin kelancaran pengurusan dan pemasaran buluh. ", "\"Secara langsung ia dapat mewujudkan peluang pekerjaan di tingkat ladang, penyelidikan dan pembangunan (R&D), industri hiliran dan di peringkat pengurusan tinggi,\" katanya." ]
https://www.malaysiakini.com/news/532559
Adakah kempen BMF dibawa PAS sudah hilang bisa?
[ "ULASAN | Kempen “Buy Muslim First” (BMF) walaupun bertujuan baik untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu dan mempromosikan produk berkonsepkan Islam, namun ianya telah dipolitikkan PAS sebelum, kini nampaknya sudah hilang bisanya hanya dalam tempoh tidak sampai setahun.", "ULASAN", "Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai PAS seharusnya sudah mampu membentangkan BMF sebagai dasar ekonomi negara, tetapi sekarang ia dilihat tidak lagi diendahkan oleh PN dan PAS. ", "Malah, dalam ucapan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun 2020, nampaknya kempen BMF sudah diketepikan dan digantikan dengan kempen “Buy Malaysia” yang serupa dengan kempen “Beli Barangan Buatan Malaysia” yang digerakkan Pakatan Harapan (PH) dalam usaha mengembangkan ekonomi negara dan meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia.", "Jika dahulu PAS menyifatkan kempen BMF ini adalah untuk mengukuhkan ekonomi Melayu-Islam di Malaysia, mengapakah tidak diteruskan agenda BMF dalam ketiga-tiga pakej rangsangan ekonomi (PRE) yang telah diumumkan di bawah PN. ", "Daripada RM275bil nilai PRE yang diumumkan bawah PN, tidak dibentangkan nilai yang telah diperuntukkan untuk kempen BMF bagi mengukuhkan daya saing perniagaan Muslim-Bumiputera. ", "", "", "", "", "", "", "", "Apakah PAS dan PN hanya memanipulasi sentimen Melayu-Islam untuk kepentingan politik (political mileage), tetapi mengabaikannya setelah menjadi kerajaan?", "(political mileage),", "Jika diteliti ketiga-tiga PRE yang diumumkan oleh PN, tidak ada sebarang peruntukan atau geran khusus untuk membantu industri halal Malaysia mengukuhkan operasi yang terjejas akibat wabak Covid-19. Bukan itu sahaja, kempen “Buy Malaysia” juga tidak mempunyai inisiatif khas untuk perniagaan Melayu-Islam. ", "Misalnya, jika PAS dan PN benar-benar prihatin dengan kempen BMF, sepatutnya dilaksanakan langkah-langkah seperti penandaan produk BMF, mengarahkan pasar raya menyediakan sebahagian peratusan “shelf space” untuk barangan BMF dan mewajibkan produk BMF dipromosi di platform e-dagang. ", " “shelf space”", "Jelas, slogan kerajaan Melayu-Islam PN hanyalah polemik politik semata-mata bagi mengaburi mata rakyat dalam usaha menghalalkan tindakan politik mereka sebelum ini termasuk menjatuhkan kerajaan PH melalui Langkah Sheraton. Cara berpolitik sebegini yang tidak berpegang kepada politik nilai tidak akan menguntungkan orang Melayu secara khusus dan negara Malaysia secara am. ", "Halal penanda aras", "Halal penanda aras", "Halal penanda aras", "Kerajaan PH sebelum ini memberikan penekanan kepada perkembangan industri produk halal yang cukup penting untuk sosio-ekonomi orang Melayu-Islam. Menerusi kempen “Buy Malaysian Product First”, fokus kepada produk halal telah diintegrasikan. ", "Mantan menteri hal ehwal Islam, Dr Mujahid Rawa, sebelum ini pernah menyatakan tentang keperluan menjadikan halal sebagai penanda aras (benchmark) sesuatu produk. ", "(benchmark)", "Semasa pentadbiran kerajaan PH, satu program strategik “be-Halal” diwujudkan bagi memacu perkembangan industri halal Malaysia di mana perniagaan halal tempatan dilatih oleh pakar dan dibangunkan untuk berdaya saing di luar negara. ", "PH turut memberi tumpuan dalam meningkatkan penyertaan Bumiputera Islam dalam pensijilan halal di Malaysia, yang ketika ini 60 peratus pemegang sijil halal adalah syarikat korporat antarabangsa (MNC) dan peniaga bukan Islam.", "Walaupun telah berlalu 100 hari berada di kerusi empuk kerajaan, namun masih tiada dasar atau pelan yang telah diperkenalkan oleh PAS dan PN untuk meningkatkan sosio-ekonomi orang Melayu. ", "Dengan keadaan pasaran buruh yang semakin membimbangkan di mana lebih 2 juta rakyat Malaysia dijangka hilang pekerjaan akibat kesan Covid-19 dan setakat suku pertama tahun ini (Q1 2020), kehilangan pekerjaan meningkat 42 peratus, apakah solusi yang mahu dicadangkan kerajaan PN dan PAS bagi menyelamatkan orang Melayu yang turut terjejas teruk?", "", "", "", "", "", "Berdasarkan data Jabatan Perangkaan, pada tahun 2016, hampir 39 peratus isi rumah Bumiputera berpendapatan RM4,000 ke bawah dan golongan ini yang tergolong dalam kelompok B40, lebih terdedah kepada kehilangan pekerjaan khususnya mereka yang berkemahiran rendah. ", "Dalam sektor perniagaan pula, impak wabak Covid-19 telah melemahkan perniagaan ramai orang Melayu. Kajian Dewan Perniagaan Melayu Malaysia menunjukkan 52 peratus responden usahawan Melayu hanya mampu bertahan dalam tempoh sebulan walaupun dengan adanya bantuan Skim Bantuan Upah yang diperkenalkan bawah PRE.", "Justeru, persoalan yang timbul di kalangan rakyat adalah di manakah cadangan PAS dan PN untuk membela kelompok ini dan juga rakyat Malaysia yang lain? Sejauh manakah inisiatif yang telah diperkenalkan bawah PRE ini benar-benar berkesan? ", "Sedangkan laporan berita mengenai pemberhentian pekerja di syarikat-syarikat tempatan, termasuk yang bersaiz besar, semakin meningkat. Ini secara tidak langsung menunjukkan inisiatif PRE kerajaan PN yang turut dianggotai oleh PAS, tidak memberikan impak positif seperti yang telah dijanjikan. ", "PAS dan PN harus tampil memberikan jawapan. Jangan terus berdiam diri berselindung di sebalik kelubung kuasa pemerintah.", "", "", "FAIZ FADZIL ialah Adun Permatang Pasir dan AJK Amanah Nasional.", "FAIZ FADZIL ", "", "Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.", "Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini." ]
https://www.malaysiakini.com/news/447254
Wajah baru dan aneh AMANAH
[ "ULASAN | Bagi pertubuhan semuda Parti Amanah Negara (AMANAH) yang meniup lilin hari lahir buat kali ketiga pada 16 Sept lalu, kejayaan yang dicapainya mungkin agak menakutkan.", "ULASAN |", "Kita barangkali tidak akan terlalu terkejut melihat seorang anak berusia tiga tahun pandai membaca, mengira atau menghafal beberapa juzuk al-Quran walaupun agak sukar juga untuk ia terjadi.", "Tapi jika pada usia sebegitu dia sudah pandai mencari kekasih misalnya, ia bukanlah satu perkara yang patut dibanggakan, sebaliknya jelas ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dalam perkembangan tumbesarannya.", "AMANAH barangkali parti paling berjaya dalam PRU ke-14 lalu jika dilihat dari konteks menduduki posisi-posisi penting dalam kerajaan berbanding kerusi yang dimenanginya.", "Parti serpihan PAS itu hanya menang 11 kerusi parlimen - paling rendah berbanding parti-parti lain dalam Pakatan Harapan - tetapi daripada jumlah itu sahaja, enam orang dilantik menjadi menteri manakala tiga timbalan menteri.", "Tidak cukup dengan itu, seorang pemimpinnya dilantik menjadi senator untuk melayakkannya menjadi timbalan menteri pula selepas itu.", "Untuk menjadikannya lebih manis dan berdiabetes, seorang demi seorang pimpinan parti itu - dengan yang terbaru di Melaka - menjadi seperti anak-anak sekolah beratur menerima hadiah peperiksaan akhir tahun daripada ketua cawangan.", "Bom jangka rahsia", "Bom jangka rahsia", "Bom jangka rahsia", "Bergilir-gilir mereka menyambut gelar Datuk dan Datuk Seri dari istana atas ‘jasa besar’ mereka mentadbir negara ini sejak lima bulan lalu.", "Ya, kejayaan 9 Mei lalu barangkali amat manis. Seperti menang perang Badar agaknya bagi sesetengah pemimpin. Sesekali dapat pula menyindir parti lama mereka menjadikan ia lebih-lebih lagi manisnya, seperti menambah gula pada Coca-Cola.", "Apa yang mungkin mereka tidak sedar - atau sengaja mahu dinafikan kerana masih dalam mood perayaan - ialah kemanisan yang berlebihan boleh membunuh secara diam-diam. Ia seperti bom jangka yang tersimpan di tempat rahsia.", "", "", "Sebagai parti muda, AMANAH sebenarnya amat rapuh dan terdedah kepada kehancuran dari dalam jika tidak diperhatikan dengan cermat. Situasinya, hampir semua pemimpin utamanya memegang jawatan besar dalam kerajaan, baik di peringkat persekutuan mahupun negeri.", "Sewaktu ramai orang menganggap itu satu kejayaan besar, mungkin ramai tak menyangka ia boleh jadi bumerang kepada parti jika melihat kepada cawangan dan bahagian yang mula terabai lantaran kesibukan wakil-wakil rakyatnya.", "Jawatan menteri, timbalan menteri atau exco hampir pasti merebut masa mereka bersama rakyat di lapangan, walhal orang-orang itulah yang mengundi dan mengusung mereka ke kerusi-kerusi kabinet.", "Agenda peribadi pun ada", "Agenda peribadi pun ada", "Agenda peribadi pun ada", "Jangan cerita kekecewaan para aktivis parti yang berhempas-pulas berkempen dari tempoh parlimen bubar (malah lama sebelum itu) sehingga menang.", "Kini, ramai yang sudah merajuk akibat berasa tidak dihargai pemimpin yang jarang turun padang kerana terlalu sibuk di Kuala Lumpur atau Putrajaya.", "Tidak mustahil ada cawangan atau bahagian yang terbubar. Untuk menjadikannya lebih teruk, ada cawangan baru AMANAH dibina, tapi yang mendirikannya adalah bekas ahli-ahli Umno yang tujuannya kita sendiri tahu kenapa.", "", "", "Mereka ‘menghimpit’ pegawai-pegawai menteri, malah sebahagiannya membawa budaya samseng, sampai ke satu tahap mengugut agar jangan dibuat cawangan baru di satu-satu kawasan itu, kerana ia bakal dibina dan diisi oleh orang-orang mereka.", "Disibukkan oleh tugas sebagai enteri dan timbalan menteri, mereka mungkin menyerahkan sepenuhnya urusan kawasan masing-masing kepada pegawai-pegawai di lapangan, yang sesetengahnya mungkin masih baru, mudah dipengaruhi lawan, atau... entahlah.", "Yang punya agenda sendiri pun mungkin ada barangkali.", "Politiking berlaku dalam lapis-lapis yang pelbagai, malah sehingga ke peringkat pemandu kenderaan rasmi menteri. Jangan cerita cawangan dan bahagian semata-mata. Pejabat parlimen tidak terkecuali.", "Ada stafnya yang seperti anak ayam kehilangan ibu.", "Program kawasan hampir tiada\nrakyat kurang diziarahi\nanggota parti lari\norang Umno berbaju oren mari.", "Program kawasan hampir tiada\nrakyat kurang diziarahi\nanggota parti lari\norang Umno berbaju oren mari.", "", "", "", "Biarkan situasi ini berlarutan beberapa bulan lagi, AMANAH akan punya wajah baru. Kopiah sudah lama tercabut dari kepala mereka. Selepas ini, ketua-ketua cawangan mungkin terdiri daripada selebriti setaraf Wak Doyok, atau yang berpenampilan cermin mata hitam dengan songkok hitam, bangle di pergelangan tangan, suara serak-serak halus ala YB Melaka, dan kalau bergambar depan pemberita, kalau boleh semua orang mahu masuk dalam kamera.", "", "HASSAN PANTALONE ialah pembaca setia Malaysiakini yang berharap pemimpin-pemimpinnya tidak menjadi tamak dan tertipu seperti Abdul Wahab dan Abdul Wahub selepas kematian bapa mereka dalam 3 Abdul.", "HASSAN PANTALONE ialah pembaca setia Malaysiakini yang berharap pemimpin-pemimpinnya tidak menjadi tamak dan tertipu seperti Abdul Wahab dan Abdul Wahub selepas kematian bapa mereka dalam ", ".", "Rencana ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.", "Rencana ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini." ]
https://www.malaysiakini.com/news/219246
Penyokong bola K'tan persoal kehadiran tentera
[ "\nKelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan mempersoalkan kehadiran tentera dilengkapi raifal tempur yang berkawal semasa perlawanan pasukan Johor menentang pasukan Kelantan di Kota Bharu kelmarin.\n", "\nAkhbar\n\nBerita Harian\n\nmemetik kenyataan timbalan presiden kelab berkenaan, Mahizi Mahmood sebagai berkata, kehadiran pasukan bersenjata itu mempengaruhi tindakan penyokong tuan rumah yang didakwa membuat kecoh selepas tamat perlawanan.\n", "\nBerita Harian\n", "\n\n\"Kehadiran anggota tentera terbabit yang kononnya untuk mengawal keselamatan pegawai dan pemain Johor DT seperti menidakkan kemampuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan polis Kelantan menjaga keselamatan di stadium berkenaan.\n", "", "\n\"Ia juga menggambarkan penyokong Kelantan adalah ganas dan tidak bertanggungjawab. Mereka berasa terhina kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) wajar mengambil tindakan tegas terhadap PBNJ (Persatuan Bola Sepak Negeri Johor),\" kata Mahizi seperti dipetik\n\nBerita Harian\n\n.\n", "\nBerita Harian\n", "\nLaporan itu seterusnya menyebut, PBNJ menempatkan sekurang-kurangnya enam anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) bersenjatakan M-16  untuk mengawal keselamatan pegawai dan pemainnya di stadium itu.\n", "\n\"Anggota tentera terbabit berkawal di pintu masuk padang berhampiran bilik persalinan dari awal hingga perlawanan tamat.\n", "\n\"Pegawai dan pemain Johor DT termasuk Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo turut dikawal beberapa pengawal keselamatan ketika mereka keluar dari bas untuk memasuki bilik persalinan di stadium terbabit,\" laporan itu dipetik.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/214628
PAS: AES guna kenderaan berlogo JPJ pasang kamera
[ "\nPAS membuat laporan polis terhadap kontraktor AES kerana didakwa menggunakan kenderaan dengan warna dan logo Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memasang kamera di pelbagai lokasi.\n", "\nAhli Parlimen Pokok Sena, Datuuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini.\n", "\n\nMereka masing-masing membuat laporan yang mendakwa bahawa dua kenderaan, satu didaftarkan kepada Ates Sdn Bhd dan satu lagi berdaftar kepada Preferred Synergy Sdn Bhd, telah dirakam gambarnya yang mengguna warna dan logo JPJ.\n", "", "\nLaporan tersebut dibuat di bawah Seksyen 170 dan Seksyen 171 Kanun Keseksaan, iaitu menyamari penjawat awam dan memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan oleh penjawat awam dengan niat untuk menipu.\n", "\n\"Kami merasakan ini satu pelanggaran kerana bagaimana boleh penguatkuasaan undang-undang dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta?\" Kata Mahfuz.\n", "\n\"Adakah ini bermakna selepas ini jika kita mahu menguatkuasakan undang-undang mengenai (contohnya) rompakan, kita boleh swastakan kepada mana-mana pihak?\n", "\n\"Ini menunjukkan pengendalian AES adalah sangat mencurigakan,\" katanya sambil menambah ia mewujudkan syak wasangka tentang apa yang dinyatakan dalam kontrak antara kerajaan dan syarikat-syarikat yang terlibat.\n", "\n\nMahfuz dan Firdaus juga menunjukkan gambar kenderaan, yang\n", "", "\ndidakwa dirakam di Gombak (atas) dan Teluk Intan (bawah) pada tarikh yang tidak diketahui bulan ini.\n", "\nDalam gambar atas, pekerja dilihat memasang kamera dan memunggah peralatan dari kenderaan merah oren. Para pekerja memakai jaket trafik dengan perkataan 'BTSB' dicetak di belakang.\n", "\nDalam gambar bawah, kenderaan merah oren dengan jalur biru dan kuning, diletakkan di tepi jalan di sebalik tanda had kelajuan 60kph.\n", "\nKedua-dua kenderaan dirakam dari arah belakang, sekaligus mendedahkan nombor platnya.\n", "\n\n\n", "\n", "\nMalaysiakini\n", "\nMahfuz yang juga pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) berkata, mereka telah memeriksa nombor berdaftar kenderaan tersebut di laman web JPJ, yang mendedahkan ia milik syarikat-syarikat tersebut.\n", "\nMenjawab soalah wartawan, Mahfuz mengesahkan bahawa mereka akan membangkitkan perkara itu di Parlimen dan menambah PAS akan menubuhkan sebuah kaunter di ibu pejabatnya di Jalan Raja Laut esok untuk membantu mereka yang mendapat saman AES.\n", "\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n", "\n\n[Baca berita penuh]\n\n", "\n[Baca berita penuh]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/640126
Hati-hati dengan dakwaan berkaitan ‘cicit nabi’ - Jakim
[ "Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) setakat ini tidak pernah membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung latar belakang individu yang didakwa sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad.", "Penjelasan itu dibuat di Facebook badan itu ketika menjawab soalan pengguna maya yang mahu tahu berkaitan dakwaan lelaki itu terlibat dalam kesalahan seperti penipuan wang dan nasab.", "“Setakat ini Jakim tidak pernah membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung latar belakang individu berkenaan. ", "“Namun, Jakim menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah berhati-hati dengan dakwaan yang tidak jelas mengenai latar belakang individu tersebut,” kata jabatan itu.", "", "", "", "Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) minggu lepas dilapor melarang ceramah atau program Maulidur Rasul yang dihadiri lelaki itu yang dirujuk di media sosial sebagai Sayyid Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani Al Maghrobi.", "Video lelaki itu secara tiba-tiba tular di pelbagai platform media sosial dan mengundang perdebatan awam berkaitan kesahihan statusnya.", "Antara yang turut mengulas isu itu ialah Azhar Idrus. ", "Penceramah popular dari Terengganu itu bagaimanapun lebih terbuka dan menasihatkan orang ramai bersangka baik.", "Membandingkannya dengan konsert yang “terang-terang fasik”, Azhar berkata kedatangan individu tersebut tidak mendatangkan mudarat kepada umat Islam, sekali pun dakwaan dia tidak benar.", "Gambar hiasan", "Gambar hiasan", "", "Gambar hiasan", "“Jika bukan dia keturunan nabi sekali pun tiada masalah kerana ia tidak memudaratkan masyarakat di negara ini kerana kedatangannya adalah untuk menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul.”", "Azhar bagaimanapun menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan dakwaan itu benar, lapor Kosmo!.", "Kosmo!", "Sementara itu, Jakim sebentar tadi berkata mereka mengambil maklum mengenai kunjungan individu itu.", "“Difahamkan beliau menghadiri beberapa program yang telah diatur di beberapa buah negeri,” kata Jakim.", "“Jakim percaya pihak berkuasa agama negeri dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengambil maklum dan perhatian mengenai program-program yang melibatkan kehadiran beliau.”" ]
https://www.malaysiakini.com/news/159768
Eskay didakwa kata 'buat sampai Anwar jatuh'
[ "\nAhli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dikatakan membuat perancangan mengumpul bahan tertentu di Siam dalam usaha membalas dendam terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa bekas pegawal peribadi allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, hari ini.\n", "\nMohamad Mahti Abdul Rahim, 63, berkata pada 8 Mac, Eskay memberitahunya bahawa beliau menyalahkan Anwar terhadap saman RM20 juta ringgit yang didengar di mahkamah berhubung komisyen projek ‘jambatan bengkok’.\n", "\n\n“Saya telefon dia (Eskay) pada 11 Mac.  Dia marah-marah (mengatakan) Datuk Seri Anwar tak guna, Datuk Seri Anwar dah curi duit kita, saya akan buat dia sampai jatuh. Saya nak balik pi (pergi)  Siam,  nak kumpulkan bukti-bukti nak jatuhkan Datuk Seri Anwar,” kata Mahti seorang bekas pegawai polis yang pernah rapat dengan Eskay.\n", "", "\nEskay adalah bekas Konsul Thailand di Malaysia dan dilaporkan mempunyai jaringan kenalan yang luas di negara jiran itu.\n", "\nPada  21 Mac lalu, Eskay menayangkan sebuah video seks lucah yang didakwa seorang ahli politik kanan mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di  Kuala Lumpur.\n", "\n\nPanggilan telefon\n\n", "\nPanggilan telefon\n", "\nSelain Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim juga mengaku bertanggungjawab di atas penayangan video lucah itu. \n", "\nMahti berkata selepas mendedahkan pada sidang akhbarnya  semalam bahawa Eskay sakit hati dengan Anwar Ibrahim yang dikatakan enggan membalas 'jasanya', beliau dihubungi Shuib.\n", "\nKatanya, panggilan telefon diterima petang semalam dan Shuib menwarkan untuk berjumpa dengannya bagi menerangkan apa yang berlaku.\n", "\nNamun, pertemuan itu tidak menjadi kenyataan.\n", "\n\"Saya percaya Shuib (anggota ketiga kumpulan Datuk T) dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri) Rahim Thamby Chik tidak terlibat dan mungkin dipengaruhi dia (Eskay).\n", "\n\n“Ni semua jadi mangsa, Datuk Shuib dan Tan Sri Rahim Thamby Chik,” katanya pada sidang media kedua di ladang ternakan kambingnya di Kundang, Selangor, hari ini.\n", "", "\n“Saya percaya Najib tak tahu menahu pasal benda ni. Tak ada konspirasi kerja dia seorang. Dia mungkin mempengaruh orang. Dia ada kepentingan. Dulu dia boleh masuk dengan (Tun Dr) Mahathir (Mohamad), sekarang mungkin nak tackle (Datuk Seri) Najib (Abdul Razak).\n", "\nPada sidang media semalam, Mahti seorang anggota polis yang kemudian menjadi pengawal peribadi kepada Megat Junid berkata Eskay sakit hati kerana Anwar enggan menjadi saksi dalam kes saman sivil yang membabitkan projek 'jambatan bengkok'.\n", "\nTambahnya hari ini, pertemuannya dengan Eskay dengan tiga rakan yang lain berlangsung di Starbucks, Midvalley Mall, Kuala Lumpur pada 19 Januari lalu di mana dia terdengar Eskay membuat ugutan.\n", "\n\n\"Saya tanya bicara nanti siapa jadi saksi? (kes saman ke atas Merong Mahawangsa dan pengarahnya, Datuk Yahya A Jalil berhubung kontrak ‘jambatan bengkok’) Si Kitol (Mahti melabel Eskay, sebagai SK yang ditakrifnya Si Kitol) kata Anwar.\n", "", "\n“Saya tanya betul ke Anwar nak mai (mari), dia kata dia mesti mai kalau tak saya akan buat sampai dia jatuh. Lapan telinga dengar,” katanya.\n", "\n\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n\n", "\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n", "\n\n[Baca berita penuh]\n\n", "\n[Baca berita penuh]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/550328
KPM: Ada sekolah di kawasan PKPB tak sempat laksana percubaan SPM
[ "", "Sebanyak 2,350 sekolah telah menghabiskan silibus tingkatan lima namun terdapat sekolah yang tidak dapat melaksanakan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana berada di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).", "Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Habibah Abdul Rahim berkata 85 peratus atau 2,004 buah sekolah telah melaksanakan peperiksaan percubaan manakala bakinya iaitu 346 sekolah seperti di Sabah dan Selangor masih belum melaksanakannya.", "“Sekolah-sekolah (ini) telah habiskan silibus tahun ini cuma tidak dapat laksanakan peperiksaan percubaan kerana berada di kawasan PKPB lebih awal,” katanya dalam taklimat media di Kementerian Pendidikan, di sini hari ini. ", "Habibah berkata sekolah-sekolah yang tidak sempat melaksanakan peperiksaan percubaan SPM diminta berbuat demikian apabila sesi persekolahan secara bersemuka bermula pada 20 Jan 2021.", "“Peperiksaan percubaan ini ialah untuk mengukur tahap sebenar pelajar dan hasil dapatan ini akan digunakan oleh guru-guru untuk membantu pelajar,” katanya.", "Habibah berkata pihaknya akan menganalisis keputusan peperiksaan percubaan SPM bagi membolehkan kementerian merangka strategi untuk membantu meningkatkan prestasi pelajar.", "“Hasil peperiksaan percubaan SPM, kita lihat apa mata pelajaran yang terkesan dan lihat apa yang boleh dilakukan untuk membantu murid,” katanya, menambah sesi dialog prestasi akan dilakukan dengan Jabatan Pelajaran negeri penghujung bulan ini ", "Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin sebelum ini mengumumkan peperiksaan SPM 2020 dipinda ke 22 Feb 2021. Jumlah calon yang berdaftar untuk menduduki SPM 2020 ialah seramai 400,445 pelajar.", "Habibah dalam pada itu berkata penjadualan peperiksaan SPM 2020 tidak akan menjejaskan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi.", "“Kemasukan ke universiti adalah bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan kita telah ambil kira tempoh peperiksaan (SPM) dengan tempoh kemasukan ke universiti,” katanya.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/171200
9 Julai: NGO serah memo hargai jasa polis
[ "\nDua badan bukan kerajaan hari ini menyerahkan memorandum bagi menghargai jasa baik polis mengawal keadaan semasa perhimpunan pada 9 Julai lalu dengan penuh dedikasi kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).\n", "\n\nIkatan Rakyat Muslim Malaysia (Irimm) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerahkan memorandum itu kepada Pesuruhjaya Suhakam, Prof Datuk Dr Mahmood Zahdi di pejabat suruhanjaya itu, di Kuala Lumpur.\n", "", "\nSetiausaha Agung Irimm, Datuk Thajudeen Mohideen, berkata pihaknya menyerahkan memorandum itu kepada Suhakam bagi menyatakan sokongan badan itu terhadap tindakan polis menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengawal ketenteraman awam.\n", "\n\"Jasa pihak polis semasa bertugas mengawal keadaan berjaya mengekang daripada terjadinya perkara yang tidak diingini,\" katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut.\n", "\n\nBeliau berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadap anggota polis bahawa mereka menggunakan kekerasan terhadap peserta perhimpunan adalah tidak releven.\n", "", "\n\"Semasa berlaku demonstrasi, anggota polis bertungkus lumus mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan tugas mereka yang memerlukan mereka bekerja siang dan malam perlu dihargai oleh rakyat,\" katanya.\n", "\n\n- Bernama\n\n", "\n- Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/89829
16 Sept: Kenyataan penuh Anwar
[ "\nHari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.\n", "\n\nKeadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.\n", "", "\nPakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.\n", "\nPakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.\n", "\nJesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.\n", "\nDengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.\n", "\nKami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan.\n", "\nJesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :\n", "\n1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan;\n", "\n2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu;\n", "\n3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa;\n", "\n4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.\n", "\nKami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman.\n", "\nKami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan.\n", "\nSelepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.\n", "\n\nANWAR IBRAHIM\n\n", "\nANWAR IBRAHIM\n", "\nKetua Pembangkang\n", "\nKetua Umum Parti Keadilan Rakyat\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/248429
Perwakilan gesa tubuh Bank Wanita
[ "\nPerwakilan Wanita Kedah Wan Mohalina Wan Mohamad mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan Bank Wanita sebagai usaha untuk melahirkan usahawan khusus dari kumpulan kaum hawa.\n", "\nMenurutnya idea penubuhan tersebut diambil daripada negara India yang menubuhkan bank seumpama itu yang dikenali \"India Women Bank\" yang ditadbir di kalangan wanita mereka.\n", "\nKatanya lagi, penubuhan bank yang dilancarkan pada 19 November lalu telah mencetuskan revolusi ekonomi India.\n", "\n\"Bank ini memahami kehendak wanita. Memudahkan memberi pinjaman untuk melahirkan (ramai) usahawan wanita (mereka).\n", "\n\"Mereka akan membuka lebih 500 cawangan di seluruh negara itu. Mengapa perkara ini berlaku di India? saya rasa di India, mereka faham pengajaran bahawa kaum wanita menjadi pemangkin kepada pencapaian ekonomi negara itu.\n", "\n\"Kalau dekat India boleh, kenapa Malaysia tidak boleh buat,\" katanya ketika berucap menyokong usul ekonomi dalam persidangan Wanita Umno petang ini.\n", "\n\n5% peruntukan dari perolehan k'jaan\n\n", "\n5% peruntukan dari perolehan k'jaan\n", "\nSelain itu, beliau juga mencadangkan supaya sekurang-kurang lima peratus daripada perolehan kerajaan diperuntukkan kepada usahawan wanita bagi melonjak ekonomi mereka pada masa akan datang.\n", "\nWan Mohalina berkata pihaknya juga mendesak kerajaan supaya memperuntukkan dana khas yang memberi pinjaman kepada wanita untuk meluaskan perniagaan di kawasan yang lebih strategik seperti di Pavilion dan KLCC.\n", "\nKatanya, Wanita Umno mahu di kalangan usahawannya meluaskan perniagaan di peringkat antarabangsa dan tidak hanya tertumpu di tapak pasar malam sahaja.\n", "\n\"Usahawan wanita akan berjaya jika diberi peluang dan sokongan,\" katanya sambil mendesak kerajaan untuk mewujudkan meja khas di Pusat Sehenti kementerian dan GLC yang berperanan memberi khidmat nasihat keepada wanita.\n", "\nKetua Wanita Umno Sungai Petani itu juga mendesak GLC supaya membuka ruang yang lebih kepada wanita untuk terlibat dalam program vendor wanita yang tidak hanya menjual nasi lemak sahaja, sebaliknya menjadi kontraktor lasak.\n", "\n\nMajlis Tindakan Ekonomi Wanita\n\n", "\nMajlis Tindakan Ekonomi Wanita\n", "\nSebelum itu, Perwakilan Perak Nolee Ashilin Mohammed Radzi mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Wanita bagi mengatasi yang melibatkan ekonomi ibu tunggal sekaligus meningkat KDNK negara lebih cepat.\n", "\nBerucap sewaktu mencadangkan usul ekonomi hari ini, majlis itu menjadi badan penyelaras kepada pembangunan usahawan wanita termasuk dan mengkaji semula peranan usahawan wanita.\n", "\n\"Usaha menyeluruh untuk menangani (masalah) pembangunan usahawan, termasuk memberi latihan, bantuan, pemantauan dan perkembangan usahawan,\" katanya.\n", "\nMenurutnya lagi, majlis tindakan tersebut juga menjadi badan konsultasi untuk menyampai maklumat dan pergerakan itu, melalui program Jalinan Rakyat dan Skuad Sayang, boleh dijadikan agen untuk menyebarkan maklumat berhubung peranan majlis itu.\n", "\n\"Majlis ini boleh menubuhkan makmal untuk memfokuskan kepada usahawan wanita bermasalah dan membuat analisa supaya mampu bersaing dengan wanita bumiputera lain,\" katanya.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/564388
Bung: Sudah lumrah pemimpin keluar parti bila hilang keyakinan
[ "Sudah menjadi lumrah pemimpin atau ahli memilih untuk keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan atau perjuangan parti, kata Timbalan Pengerusi I Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bung Moktar Radin.", "Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata perkara ini tidak terkecuali dalam tindakan Adun Sebatik Hassan A Gani Pg Amir daripada Warisan yang mengumumkan keluar parti hari ini dan menyokong kerajaan negeri pimpinan GRS.", "\"Pemimpin dan ahli parti akan keluar jika hilang keyakinan kepada pemimpin dan perjuangan parti… kita tidak tahu ke arah mana YB (Yang Berhormat) ini, kita tunggu dan lihat dulu,\" katanya ketika dihubungi Bernama melalui Whatsapp hari ini.", "Bung Moktar, yang juga pengerusi Umno Sabah, berkata parti itu mengalu-alukan Hassan A Gani sekiranya dia memilih untuk menyertainya, bagaimanapun prosedur kemasukan ke dalam parti perlu dipatuhi.", "Hassan A Gani, dalam temu bual dengan Bernama, hari ini mengumumkan keluar Warisan atas alasan parti itu masih mengutamakan politik berbanding kesejahteraan rakyat.", "Susulan tindakan Hassan A Gani menyokong GRS, gabungan itu yang dianggotai parti komponen Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah kini memiliki sokongan 48 Adun daripada keseluruhan 79 Adun negeri tersebut.", "-Bernama", "Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/68376
Golongan muda PAS akan lebih agresif bawa pembaharuan
[ "\nPemimpin golongan muda dalam PAS akan lebih agresif menjalankan kempen pembaharuan dalam parti itu selepas dipilih semula menerajui parti itu dalam muktamar minggu lalu walaupun ada pihak yang tidak setuju dengan rancangan tersebut.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/444825
Fokus kepada peralihan generasi selepas era Dr M dan Anwar - KJ
[ "Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Malaysia perlu fokus terhadap peralihan generasi dalam politik selepas era kepemimpin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan penggantinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Beliau berkata negara mempunyai ramai pemimpin muda berbakat dan kemunculan generasi baharu ahli politik akan memberi isyarat kepada perubahan politik di Malaysia.", "“Tun Mahathir adalah seorang yang hebat tetapi dia berusia 93 tahun, saya fikir beliau akan berkhidmat selagi kesihatannya mengizinkan. Anwar perlu menjadi perdana menteri selepas itu kerana jika tidak, kita tidak akan ada kesudahan.", "“Saya fikir Anwar bakal menjadi perdana menteri tetapi saya fikir kita perlu memberi tumpuan terhadap Malaysia, pasca Tun Mahathir dan pasca Anwar,” katanya pada forum 'Majlis Sepetang bersama Profesor K.S. Jomo dan Khairy Jamaluddin: Hala Tuju Malaysia’ anjuran Persatuan Oxford dan Cambridge Malaysia diibunegara malam tadi.", "Ahli Parliamen Rembau itu berkata peralihan generasi akan menjadi lebih jelas selepas Anwar menjadi perdana menteri.", "Khairy menegaskan bahawa untuk empat tahun akan datang, kedua-dua Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) harus mengetepikan politik remeh dan bekerjasama ke arah melaksanakan perubahan institusi dalam negara.", "Dalam perkembangan lain, Khairy mengulangi bahawa beliau tidak akan keluar daripada Umno sambil menambah bahawa beliau bercadang bertanding jawatan presiden pada 2021 jika parti itu masih wujud ketika itu.", "Menurutnya, berdasarkan undi popular pada pemilihan jawatan presiden Jun lalu, majoriti anggota Umno bersetuju untuk pembaharuan.", "Sementara itu Prof Jomo berkata terdapat keperluan bagi kerajaan semasa untuk menangani sistem pembiayaan politik yang merosot di negara ini.", "Beliau, yang juga ahli Majlis Penasihat Kerajaan, berkata isu tersebut harus menjadi keazaman politik utama kepada kerajaan.", "“Adalah penting untuk menyedari bahawa kita mempunyai sistem pembiayaan politik yang amat disalah gunakan sehingga kita tidak boleh keluar melainkan kita membangunkan sebuah sistem pembiayaan politik yang sah, bertanggungjawab dan telus,” katanya.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/164435
Demo di Utusan: AMK tak gentar dengan PERKASA
[ "\n", "\nKetua penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata pergerakan itu tidak gentar dengan ancaman daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang akan turut berhimpun di hadapan pejabat akhbar\n\nUtusan Malaysia\n\n.\n", "\nUtusan Malaysia\n", "\n", "\n\nKatanya, AMK juga akan meneruskan rancangan protesnya ke atas\n\nUtusan Malaysia\n\npada Jumaat ini, namun mungkin dalam bentuk pertemuan dengan ketua pengarang akhbar berkenaan dan menyerahkan memorandum bantahan.\n", "", "\nUtusan Malaysia\n", "\n", "\n\"Di sini kami ingin menegaskan AMK tidak gentar dengan cabaran PERKASA dan kami memohon supaya NGO-NGO berkenaan terutama Ibrahim Ali tolong jangan cari publisi murahan,\" katanya.\n", "\nRozan Azen berkata, langkah itu diambil memandangkan satu lagi protes yang lebih besar – ke atas Lynas Malaysia Sdn Bhd berhubung projek pemprosesan nadir bumi – akan diadakan pada hari yang sama.\n", "\n", "\nBeliau berkata demikian ketika mengulas rancangan PERKASA untuk mengadakan perhimpunan berkenaan, dan juga dakwaan bahawa protes yang dirancang AMK merupakan tindakan \"biadap\" dan \"tidak menghormati kebebasan bersuara\" Utusan.\n", "\n", "\nDakwaan berkenaan disuarakan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dalam satu laporan\n\nUtusan Malaysia\n\nhari ini.\n", "\nUtusan Malaysia\n", "\n", "\nMengulas lanjut, Rozan Azen berkata AMK juga tidak akan tunduk dengan gesaan PERKASA supaya pergerakan itu disiasat kerana \"gemar menimbulkan kekecohan setiap kali wujud isu yang tidak memihak kepada (ketua umumnya) Datuk Seri Anwar Ibrahim.\"\n", "\n", "\nJelasnya, AMK tidak berniat untuk menimbulkan kekecohan dalam protes berkenan.\n", "\n", "\n\n\"Kami tidak kata kami akan bakar\n\nUtusan\n\n. Kami hanya datang sebagai simbol protes, desak untuk bertemu dengan ketua pengarang Utusan dan hantar memo bantahan.\n", "", "\nUtusan\n", "\n", "\n\"AMK tidak gerun (dengan gesaan PERKASA) kerana kami matang dalam politik. Kami tetap akan hadir,\" katanya lagi ketika bercakap dalam satu sidang media di Wangsa Maju hari ini.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/213189
SUV Hummer tanda kaitan Nazri-Chia, dakwa PKR
[ "\nTindakan Menteri Undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz didakwa mempunyai konflik kepentingan apabila beliau memberitahu Parlimen bahawa ahli perniagaan Michael Chia telah dibersihkan daripada tuduhan rasuah, kerana mereka berdua dilihat sebagai kawan.\n", "\n\nHubungan antara kedua-duanya didakwa adalah dalam bentuk\n", "", "\nkenderaan SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia dan mungkin telah digunakan oleh anak sulung Nazri, Nedim.\n", "\nDakwaan itu dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini, yang menunjukkan satu salinan saman trafik yang dinyatakan pemiliknya  sebagai Chia Tien Woh dan gambar-gambar yang menunjukkan bahawa kenderaan itu kerap dikesan di kondo di mana Nedim tinggal (foto bawah).\n", "\n\nKatanya, dalam satu kes rasuah berprofail tinggi dan pengubahan wang haram sebelum ini yang didakwa melibatkan seorang ketua menteri dan orang yang membersihkan nama ketua menteri Sabah dan Chia adalah menteri yang \"kita telah ditemui bukti bahawa keluarganya telah mendapat... manfaat dari Chia\".\n", "", "\n\"Jika ini bukan (rasuah), saya tidak tahu apa itu,\" kata Rafizi dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, sambil menambah bahawa sekurang-kurangnya, terdapat persoalan konflik kepentingan di mana Nazri harus mengambil tanggungjawab politik dan moral.\n", "\n\nBerikutan ini, pemberita bergegas ke pejabat Nazri untuk\n", "", "\nmendapatkan komennya di mana beliau menafikan sebarang konflik kepentingan.\n", "\nNazri menjelaskan bahawa jawapan bertulisnya kepada Parlimen mengenai perkara itu datangnya dari Pejabat Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).\n", "\nDi samping itu, secara berseloroh, beliau berkata, apa yang berlaku antara Chia dan anaknya tiada kena mengena dengannya kerana anaknya sudah dewasa.\n", "\nBeliau memberitahu pemberita bahawa soalan tentang kebenaran dakwaan Rafizi bahawa Chia telah memberi sebuah kereta kepada Nedim, perlu dirujuk kepada kedua-dua mereka.\n", "\n\"Itulah antara anak saya dan Michael Chia ... Jika dia mahu beri Hummer atau Ferrari, itulah urusan Michael Chia.\"\n", "\nBagaimanapun, Nazru mengakui mengenali Chia secara peribadi dan pernah ke Dubai bersama dengan Chia, tetapi atas perbelanjaannya sendiri.\n\n\nBaca transkrip komen Nazri\n\n\n", "\n\nBaca transkrip komen Nazri\n\n", "\nBaca transkrip komen Nazri\n", "\n\"Saya kenal Chia dan saya tidak bimbang mengenainya,\" katanya.\n", "\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n", "\n\n[Baca berita penuh]\n\n", "\n[Baca berita penuh]\n", "\n \n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/98199
RPK gagal pindah kes ke mahkamah majistret
[ "\nPerbicaraan kes fitnah terhadap penulis blog Raja Petra Kamarudin akan didengar oleh Mahkamah Sesyen dan bukannya di Mahkamah Majistret.\n", "\nIni ekoran keputusan Mahkamah Tinggi hari ini bahawa pemindahan kes tersebut dari Mahkamah Majistret bukanlah tidak sah dan bercanggah dengan Seksyen 177 Kanun Prosedur Jenayah dan ia tidak melanggar Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan berhubung soal kesaksamaan.\n", "\n\nPesuruhjaya Kehakiman Datuk Zainal Aznam Abdul Aziz juga memutuskan tiada alasan dan merit untuk kes tersebut didengar di Mahkamah Majistret.'\n", "", "\nRaja Petra didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu kerana dituduh memfitnah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor, Pemangku Kolonel Abdul Aziz Buyong dan isterinya, Kolonel Norhayati Hassan, dalam akuan berkanun yang dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil di Jalan Duta pada jam 10.25 pagi 18 Jun lalu.\n", "\nPada 15 Ogos lalu, Majistret Nazran Mohd Sham membenarkan permohonan DPP Amir Nasruddin untuk memindahkan kes Raja Petra ke Mahkamah Sesyen atas alasan kes itu membabitkan kepentingan awam.\n", "\nBagaimanapun, Manjeet membantah kerana mendakwa pemindahan kes tersebut bercanggah dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan kesaksamaan.\n", "\n\n\n\nBaca berita penuh\n\n\n\n", "\n\n\nBaca berita penuh\n\n\n", "\n\nBaca berita penuh\n\n", "\nBaca berita penuh\n", "\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/321716
AGM Umno: Zahid jemput saya, kata Mahathir
[ "\nTun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk beliau hadir pada majlis pembukaan perhimpunan agung tahunan parti itu sebagai satu jemputan.\n", "\nJusteru, pemimpin veteran Umno itu berkata beliau tidak memerlukan sebarang surat jemputan untuk ke perhimpuan yang dijadual berlangsung 8 Disember ini.\n", "\n\"Saya tak terima lagi (surat jemputan) tapi saya anggap kenyataan Zahid itu sebagai satu jemputan dan tak perlu nak hantar surat pun saya akan pergi,\" kata Mahathir kepada pemberita di Pusat Kecemerlangan Proton, Shah Alam.\n", "\n\nAhmad Zahid sebelum ini berkata Umno menjemput Mahathir menghadiri majlis pembukaan perhimpunan agung tahunannya walaupun bekas perdana menteri itu mendakwa parti cuba menutup mulutnya.\n", "", "\nZahid dalam satu wawancara bersama\n\nThe Star\n\ndilaporkan sebagai berkata beliau berharap Mahathir akan menghadiri majlis itu kerana ahli parti masih menghormati beliau sebagai bekas presiden.\n", "\nThe Star\n", "\nIsnin lalu, bekas perdana menteri itu menulis dalam blognya terdapat usaha menutup mulut dan menghalang beliau daripada bertemu ahli-ahli Umno dan orang ramai.\n", "\n\nDr Mahathir berkata, tiada tempat untuknya berucap kerana kebanyakan pemilik bimbang dihukum kerajaan.\n", "", "\nBeliau juga disoal siasat polis pada 6 November, dipercayai berhubung kritikannya terhadap Najib semasa perhimpunan BERSIH 4 pada Ogos.\n", "\nSelasa lalu, MT memutuskan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan merasmikan perhimpunan ketiga-tiga sayap parti, satu langkah yang mendorong timbalan presiden Umno itu mengisytiharkan beliau tidak akan berdiam diri.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/267970
GERAMM kecam pihak sebar berita palsu isu MB
[ "\nNGO Gerakan Media Marah (GERAMM) mengecam tindakan sesetengah pihak terlibat dengan politik dalaman PKR Selangor yang menyalahgunakan nama media dan memalsukan sebaran berita bagi kepentingan politik mereka.\n", "\nPerikatan longgar wartawan itu menegaskan bahawa media tidak seharusnya dijadikan alat politik oleh parti sama ada dari Pakatan Rakyat atau BN sebaliknya menegaskan media harus kekal bebas.\n", "\nDalam kenyataan mereka hari ini, GERAMM turut mengingatkan ahli politik supaya tidak menjerat media dalam kemelut politik dalaman yang mereka hadapi ketika ini.\n", "\n\"Tidak dapat dinafikan bahawa media bertanggungjawab untuk melaporkan perkembangan politik tanah tetapi menyalahgunakan nama media bagi mengapi-apikan kemelut dalaman parti adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab serta boleh dilihat sebagai satu kesalahan jenayah,\" kata kenyataan itu.\n", "\nKumpulan itu merujuk satu pesanan 'Whatapps' yang memetik sumber dari kalangan media memaklumkan mengenai pertemuan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Sultan Selangor bagi menyerahkan surat perletakan jawatan beliau pagi ini yang kemudiannya perkara itu dinafikan oleh pegawai dari pejabat Khalid.\n", "\nKumpulan itu percaya desas desus itu mungkin disebarkan sebagai tekanan pada Khalid yang sedang bersaing merebut jawatan timbalan presiden PKR bersama penyandang Azmin Ali dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.\n", "\n\"Bagaimanapun tindakan tidak bertanggungjawab ini telah membebankan pihak media yang terpaksa mencari pengesahan khabar angin tidak berasas,\" kata GERAMM.\n", "\nSelain itu, GERAMM juga mengecam tindakan pihak yang menyebarkan pesanan yang mendakwa Exco Iskandar Samad akan mengangkat sumpah depan Sultan Selangor menggantikan jawatan Khalid sebagai menteri besar jam 2 petang ini.\n", "\n\"GERAMM dengan ini menegaskan bahawa telah jelas terdapat cubaan untuk menyalahguna nama media untuk kepentingan peribadi ahli politik tertentu yang sebelum ini mengeluh bahawa kenyataan mereka telah \"diputar-belit\" oleh media dan perbuatan ini harus dikecam,\" kata GERAMM.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/235363
Mesir keluar waran tangkap pemimpin Ikhwan
[ "\nPejabat Pendakwaan Mesir mengeluarkan perintah menahan pemimpin Ikhwanul Muslimin Mohamed Badie atas dakwaan menimbulkan keganasan di luar ibu pejabat Pengawal Republik yang menyaksikan 51 terbunuh, MENA melaporkan.\n", "\n\nAl\n\n\nJ\n\n\nareera\n\n, memetik agensi berita tempatan itu menyebut, lain-lain pemimpin kanan Ikhawan juga dikeluarkan perintah yang sama pada Rabu, termasuk timbalan Badie, Mahmoud Ezzat dan pemimpin parti Essam El-Erian dan Mohamed el-Beltagy.\n", "\nAl\n", "\nJ\n", "\nareera\n", "\nSehari sebelum itu, ketua pendakwa umum Mesir memulakan siasatan terhadap 659 suspek yang tidak dinyatakan siapa kerana terlibat dengan keganasan pada Isnin.\n", "\nRawya Rageh daripada\n\nAl Jazeera\n\nmelaporkan dari Kaherah, sembilan lagi termasuk dalam waran tangkap itu.\n", "\nAl Jazeera\n", "\nIkhwan menyeru ke arah \"kebangkitan\" untuk mengembalikan semula pentadbiran Morsi selepas insiden tembakan pada Isnin.\n", "\nRibuan pengikut Ikhwan terus menyalakan lilin berdekatan masjid di Utara Kaherah bagi menuntut Mohamed Morsi dikembalikan ke tampuk kekuasaan selepas rampasan kuasa minggu lalu.\n", "\nRageh berkata, pemimpin yang menerima waran tangkap itu kini menyertai acara nyalaan lilin di Masjid Rabaa Adaweya di Utara Kaherah yang menyebabkan polis tidak dapat mendekati mereka kerana jumlah penunjuk perasaan yang ramai.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/sukan/514006
Pelantikan Reezal Merican dapat kukuhkan pembangunan sukan negara
[ "Pelantikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru, diharap dapat mengukuhkan struktur pembangunan sukan di negara ini.", "Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Ahmad Shapawi Ismail yang menyambut baik pelantikan Ahli Parlimen Kepala Batas itu turut berharap pendekatan yang digunakan badan sukan di negara ini dapat diselaraskan supaya selari dengan agenda Kementerian Belia dan Sukan.", "“Dalam sukan kita tidak boleh bergerak seorang kerana kita mempunyai ramai pemegang taruh yang akan membantu pembentukan seseorang atlet itu.", "“Pembentukan dan kemajuan seseorang itu bergantung kepada pemegang taruh, jadi saya harap pendekatan yang kita gunakan ketika ini dapat dipertingkatkan,” katanya.", "Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Mohamad Norza Zakaria pula berharap kepimpinan Reezal Merican dapat mengekalkan beberapa program sukan sedia ada seperti Program Podium dan Hari Sukan Negara yang jelas membawa kebaikan kepada rakyat.", "“Kita yakin pengalaman luas yang dimiliki Datuk Seri Reezal Merican selaku bekas Timbalan Menteri Luar sebelum ini, dapat membantu meningkatkan mutu sukan negara ke arah lebih baik.", "“Kita akan mengadakan perjumpaan dengan beliau dalam tempoh terdekat bagi memberi perincian berhubung penangguhan beberapa acara sukan tempatan dan antarabangsa susulan penularan COVID-19, selain peranan yang dimainkan oleh MOM,” jelas Mohamad Norza.", "Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli turut menyambut baik pelantikan itu sambil memaklumkan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Reezal Merican dalam tempoh terdekat bagi memberi taklimat berhubung fungsi dan peranan ISN, terutamanya dalam perubatan sukan negara.", "“Kami pasti kepimpinan baharu beliau di KBS amat kritikal dalam memacu industri sukan, terutamanya perubatan sukan ke arah yang lebih baik,” jelas Ahmad Faedzal.", "-Bernama", "-Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/350865
938 taska, 747 pusat jagaan kanak-kanak tidak berdaftar
[ "Sebanyak 938 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan 747 Pusat Jagaan Kanak-Kanak di seluruh negara didapati tidak mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran bagi tempoh tahun 2014 hingga Jun tahun\nini.", "", "Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata antara faktor utama yang menyebabkan taska dan pusat jagaan itu tidak memiliki sijil pendaftaran adalah kerana sukar mematuhi arahan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kementerian khususnya dalam aspek keselamatan.", "\"Untuk membezakan taska serta pusat jagaan yang berdaftar dan tidak\nberdaftar adalah berdasarkan nombor pendaftaran yang terdapat pada premis berkenaan,\" katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran logo baharu Institut Sosial Malaysia (ISM), perasmian Taska ISM dan majlis jalinan mesra Aidilfitri ISM di Auditorium ISM, di Kuala Lumpur hari ini.", "", "Beliau berkata, kementerian tidak akan berkompromi mengenai aspek\nkeselamatan di taska dan pusat jagaan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini yang sering berulang.", "", "Selain itu, setiap taska dan pusat jagaan juga perlu mempunyai ruang yang bersesuaian dengan umur serta jumlah setiap kanak-kanak yang berada di premis berkenaan, katanya.", "Beliau berkata oleh kerana tidak mematuhi peraturan itu menyebabkan wujud Taska dan pusat jagaan yang tidak berdaftar.", "\"Bagi mengatasi masalah itu, kementerian menjalankan langkah pemutihan sebagai tanda pihak kami amat serius menangani masalah ini,\" katanya.", "Rohani berkata sehingga kini terdapat hanya 4,240 buah Taska dan 1,650 pusat jagaan berdaftar serta 750 lagi dalam proses mendaftar sijil perakuan.", "Mengenai majlis itu, beliau berkata logo baharu dan Taska ISM itu adalah\nsebahagian daripada pemerkasaan peranan ISM sebagai Pusat Kecemerlangan dalam bidang sosial dan pembangunan sosial.", "", "Katanya, sehingga Julai tahun ini sebanyak 873 orang awam telah mendapat manfaat daripada program latihan yang dijalankan oleh ISM, manakala pada tahun lalu sebanyak 3,478 orang awam telah dilatih oleh ISM berbanding hanya 2,189 pada tahun sebelumnya iaitu meningkat sebanyak 58.9 peratus.", "\"Taska ISM ini disasarkan menjadi model Taska tempat kerja awam yang boleh dicontohi oleh majikan sama ada jabatan kerajaan mahupun pihak swasta,\" katanya.", "-Bernama", "-Bernama", " ", " " ]
https://www.malaysiakini.com/hiburan/312788
AMANAH buat konsert bantu Yazid Search
[ "\nDua hari selepas dilancarkan secara rasmi, Parti Amanah Nasional (AMANAH) mengadakan konsert amal untuk membantu salah seorang pemuzik legenda negara, Yazid Ahmad.\n", "\nYazid yang dikenali sebagai pemain dram\n\nkumpulan Search\n\nkini\n\nterlantar kerana masalah\n\nbuah pinggang.\n", "\nkumpulan Search\n", "\nterlantar kerana masalah\n", "\n\nMalaysiakini\n\npernah melaporkan keadaan beliau yang tidak mengizinkan serta sering sesak nafas.\n", "\nMalaysiakini\n", "\nPengarah konsert amal itu, Abbas Salimmi berkata, beberapa artis sudah mengesahkan penyertaan mereka untuk memeriahkan majlis di Laman Budaya Shah Alam itu.\n", "\nAntara nama yang bakal muncul ialah Ito Mohd (Blues Gang), Mel (bekas vokalis Wings), Tajul (FTG), Zuar (XPDC) dan Nik Jidan.\n", "\nTurut memeriahkan majlis adalah aktivis anak muda Adam Adli.\n", "\nPengacara majlis pula adalah bekas peserta program realiti Raja Lawak, Leman.\n", "\nKata Abbas, konsert berkenaan diharap dapat mengumpul dana bagi meringankan beban ditanggung Yazid sekeluarga.\n", "\n\"Seitu ia juga bertujuan mengumpul kembali aktivis dan pengiat seni dalam AMANAH,\" katanya\n", "\nKonsert berkenaan dianjurkan oleh Pemuda AMANAH Nasional dan dijadual bermula pada jam 8.30 malam.\n", "\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/508308
Diskaun 10 peratus tol Besraya, NPE, Lekas sempena Tahun Baru Cina
[ "", "Pihak Pengurusan Divisyen Tol IJM menawarkan diskaun tol 10 peratus bagi kenderaan kelas satu di tiga lebuh raya kendaliannya sempena perayaan Tahun Baharu Cina, esok.", "Diskaun tol itu melibatkan Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) di Plaza Tol Mines dan Plaza Tol Loke Yew, Lebuhraya Baru Pantai (NPE) (Plaza Tol Pantai Dalam dan PJS 5) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) (Plaza Tol Ampangan).", "Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM Wan Salwani Wan Yusoff berkata pemberian diskaun berkenaan akan berkuat kuasa bermula pukul 12 tengah malam ini sehingga 11.59 malam esok.", "\"Pemberian diskaun ini adalah sebagai inisiatif tanggungjawab korporat sempena perayaan Tahun Baharu Cina bagi pengguna lebuh raya yang ingin mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga,\" katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "Pada masa sama, Wan Salwani turut menyarankan pengguna yang ingin menuju ke selatan menggunakan Lebuhraya LEKAS sementara ke pantai timur pula boleh menggunakan Lebuhraya Besraya melalui Plaza Tol Loke Yew untuk ke Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2).", "Untuk merancang perjalanan lebih baik, pengguna lebuh raya boleh mengikuti Twitter @BESRAYAtrafik, @NPEtrafik dan @LEKAStrafik.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/354059
'Dakwa RM4 bilion dalam akaun Najib, Muhyiddin bankrap isu'
[ "Menteri Kabinet Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin \"bankrap isu\" apabila mendakwa perdana menteri mempunyai RM1 bilion dalam akaun peribadinya sebelum RM2.6 bilion dilaporkan secara meluas.", "\"Ia kelihatan seperti Muhyiddin bankrap isu dan itulah sebabnya dia perlu terus bercakap mengenai isu lama yang sama yang tidak lagi menarik minat kebanyakan rakyat Malaysia.", "\"Hakikatnya bahawa jika pembangkang tidak memainkan isu lama yang sama maka mereka tiada apa-apa lagi untuk digunakan,\" kata Salleh dalam blognya hari ini.", "Menteri komunikasi dan multimedia itu berkata Muhyiddin perlu sedar bahawa isu dan perkara-perkara berkaitan sumbangan 1MDB bukan instrumen yang boleh menggulingkan Datuk Seri Najib Razak.", "\"Jika benar, Najib telah keluar daripada pejabat sekarang dan BN tidak akan menunjukkan prestasi yang baik pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini dan pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.", "\"Bila Muhyiddin akan menerima hakikat bahawa hal 1MDB dan derma dari Timur Tengah telah diperjelaskan lebih daripada sekali dan kini merupakan perkara yang telah ditutup?,\" soalnya.", "Muhyiddin sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada parti barunya (Parti Bersatu Pribumi Malaysia) dan bersedia untuk pilihan raya umum akan datang, kata Salleh.", "\"Seperti yang ada sekarang kita tidak tahu sama ada Muhyiddin boleh menggerakkan tenteranya untuk pilihan raya akan datang dan mencabar Umno dan BN,\" katanya.", "Muhyiddin pada Sabtu lalu berkata beliau mengetahui mengenai deposit ke akaun Najib selepas peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail berkongsi maklumat dengannya.", "Bekas timbalan perdana menteri itu berkata dalam satu ceramah di Kelantan bahawa beliau \"hampir pengsan\" selepas melihat angka-angka dalam akaun bank peribadi Najib." ]
https://www.malaysiakini.com/news/414850
Selangor Harapan seat talks: Six more to go
[ "Selangor Pakatan Harapan is still unable to resolve overlapping claims for six state seats following the third round of official negotiations yesterday.", "Coalition secretary Zuraida Kamaruddin said that the six are Sungai Burong, Sungai Panjang, Seri Serdang, Lembah Jaya, Kota Damansara and Dusun Tua.", "Zuraida declined to divulge further details..." ]
https://www.malaysiakini.com/news/326187
AMK kritik penahanan Aduka Taruna
[ "\nSeorang pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam kerajaan atas penahanan reman tiga hari Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khairul Nizam Abd Ghani, hanya untuk menyiasat satu kenyataan dalam Facebook.\n", "\n\"Kerajaan Malaysia - sama ada keliru atau sengaja - mahu menafikan hak rakyat daripada bersuara sehingga aktivis yang bersuara dilayan seperti penjenayah.\n", "\n\"Ditangkap di rumah, dipisahkan daripada keluarga, malah polis memohon perintah reman sehingga tiga hari hanya untuk menyiasat status-status yang ditulis di dinding media sosial, seolah-olah ada pasukan khusus ditugaskan membaca setiap tulisan aktivis ini di media sosial setiap saat dan waktu,\" kata Setiausaha Pengelola AMK, Ahmad Syukri Ab Razab dalam kenyataannya hari ini.\n", "\nKhairul Nizam atau dikenali di dunia maya sebagai Aduka Taruna ditahan mengikut Akta Hasutan di rumahnya di Kelantan pada Jumaat.\n", "\nIa adalah tangkapan kedua dihadapi Khairul Nizam berhubung tulisannya di Facebook.\n", "\nKali pertama dia ditahan polis pada Jun lalu.\n", "\nDalam status dimuat naiknya di Facebook Khairul Nizam didakwa mengecam penggunaan berterusan Akta Hasutan untuk menahan pengkritik kerajaan.\n", "\n\n[Baca berita penuh]\n\n", "\n[Baca berita penuh]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/sukan/339973
Sazali: Pantang tak tengok besi sehari
[ "\"Kalau tak tengok besi sehari tak boleh, kerana sukan bina badan sudah sebati dalam diri saya,\" demikian luah jaguh bina badan negara, Sazali Samad, yang berkecimpung dalam sukan itu sejak berumur 25 tahun.", "Walaupun berdepan dengan hukuman penggantungan selama empat tahun bermula 22 Sept tahun lepas selepas didapati positif ujian doping, anak jati Batu Pahat itu tidak putus asa dan terus menjalankan latihan rutin harian secara peribadi bagi menjaga stamina dan otot badan.", "Sazali, 48, terpaksa akur dengan hukuman tersebut selepas Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) mengeluarkan keputusan positif bahawa beliau mengambil makanan tambahan mengandungi bahan terlarang pada ujian doping, 1 September tahun lepas sebelum kontinjen negara berlepas ke Tashkent, Uzbekistan bagi menyertai Kejohanan Asia Ke-49, dari 29 Sept hingga 5 Okt 2015.", "\"Saya anggap semua ini adalah ujian daripada tuhan dan saya akur dengan apa yang berlaku, namun, ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus berada dalam sukan bina badan,\" katanya yang ditemui pemberita baru-baru ini.", "Juara 'Mr Universe' sebanyak 10 kali itu berkata disebabkan pergantungan tersebut, beliau kini tidak lagi menerima elaun atlet, bantuan makanan tambahan dari Majlis Sukan Negara (MSN) mahupun khidmat bantuan sains sukan dari Institut Sukan Negara (ISN).", "Sazali berkata beliau tidak bercadang untuk bersara dari arena sukan bina badan walau pun terpaksa menjalani tempoh penggantungan yang agak panjang.", "\"Selepas empat tahun nanti, umur saya pada masa itu sudah mencecah 53 tahun tetapi ia bukan halangan untuk saya terus menyumbang kepada negara kerana ramai atlet bina badan berumur lingkungan 60-an dari negara timur tengah masih mampu menjaga otot badan mereka dengan baik,\" katanya.", "Menurut Sazali, beliau ada bercadang untuk membuat rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland, namun, ia bukan dilakukan dalam masa terdekat kerana ingin memberi fokus kepada perkara lain terlebih dahulu selain tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan sedia ada.", "Terus berdisiplin", "Terus berdisiplin", "Katanya, beliau kini berkhidmat sebagai warden dengan MSN dan amat berterima kasih kepada badan induk pentadbir sukan negara itu.", "\"Bila ada masa terluang, saya masih mendisiplinkan diri mengangkat besi dalam masa empat jam sehari bagi menjaga otot badan,\" katanya.", "Sazali berkata, beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat sukan bina badan kerana masih memberi kata semangat kepadanya setiap kali bertemu.", "\"Mereka akan tanya saya bila hendak bertanding lagi dan mereka juga masih ingin bergambar dengan saya walaupun mereka tahu saya digantung selama empat tahun sebagai atlet kebangsaan. Saya rasa terharu dengan sokongan moral yang diberikan oleh semua peminat,\" katanya.", "Sebagai rekod, Sazali pernah memenangi kejuaraan Mr Universe di Melaka pada 2000; Moscow, Rusia (2004); Ostrava, Republik Czech (2006); Jeju, Korea Selatan (2007); Dubai (2009); Varanasi, India (2010); Melaka (2011); Bangkok, Thailand (2012), Budaors, Hungary (2013) serta Mumbai, India (2014)." ]
https://www.malaysiakini.com/news/234036
Shabery: 86.4% rakyat terima konsep Gagasan 1Malaysia
[ "\nPenerimaan rakyat Malaysia terhadap konsep Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencapai tahap 86.4 peratus, sidang Dewan Rakyat diberitahu.\n", "\nMenteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata statistik itu diperoleh berdasarkan kaji selidik terhadap 30,077 responden meliputi masyarakat pelbagai kaum yang dijalankan tahun lepas.\n", "\n\"Asas kepada konsep 1Malaysia ialah bagaimana untuk meningkatkan kefahaman dan toleransi dalam kalangan masyarakat, yang pada keseluruhan saya percaya konsep ini boleh diterima semua pihak.\n", "\n\"Ini kerana Gagasan 1Malaysia tidak mengandungi justifikasi bahawa mesti menyokong hanya satu parti jika menyokong konsep itu, malah ia juga membenarkan perbezaan dari segi pendapat, anutan ideologi dan cara mengamalkan budaya,\" katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat di ibu negara hari ini.\n", "\nBeliau menjawab pertanyaan Datuk Dr [email protected] Mojigoh (BN-Putatan) yang ingin tahu tahap penerimaan terkini rakyat termasuk yang bukan Melayu terhadap konsep 1Malaysia.\n", "[email protected]", "\nGagasan 1Malaysia diperkenalkan Najib pada 2 April 2009, sejurus dilantik menjadi perdana menteri, dan aspek utama gagasan itu ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.\n", "\nAhmad Shabery berkata walaupun terdapat usaha oleh pakatan pembangkang untuk memperlekeh gagasan itu, namun dengan pelbagai produk diperkenalkan berasaskan 1Malaysia, tindakan mereka tidak memberi kesan malah jenama dan produk yang diketengahkan terus mendapat sambutan rakyat.\n", "\nBeliau berkata antara produk berasaskan 1Malaysia yang mendapat sambutan hebat masyarakat ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1Malaysia.\n", "\nAhmad Shabery berkata walaupun pihak pembangkang dilihat tidak senang dengan Gagasan 1Malaysia, namun pada keseluruhannya rakyat menganggap kewujudan gagasan itu disertai pelbagai produk sebagai sesuatu yang amat baik.\n", "\n\"Gagasan 1Malaysia ialah satu jenama besar yang mesti dikaitkan dengan produk-produknya. Memang ada orang yang merasa 'geli' apabila melihat orang ramai pergi terima BR1M, tetapi bolehkah dihalang orang untuk tidak terima?\"\n", "\nBeliau berkata kementeriannya sedia membuat kajian terbaharu berhubung tahap penerimaan rakyat terhadap gagasan berkenaan, terutama selepas PRU13.\n", "\n\n-Bernama\n\n", "\n-Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/136851
MP: Rompakan rumah exco Pahang mencurigakan
[ "\nAhli parlimen Batu, Tian Chua menggesa polis menjelaskan dengan terperinci kejadian empat lelaki ditembak mati ketika merompak di kediaman exco Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat pada 5 Julai lalu.\n", "\n\n\nTVSelangor\n\nmemetik beliau berkata pihak polis tidak menceritakan bagaimana penjenayah tersebut ditembak mati dan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya apabila penemuan empat butir peluru dari rumah exco berkenaan turut dapat dikembalikan.\n", "", "\nTVSelangor\n", "\n“Pertama sekali polis belum menjelaskan keadaan bagaimana penjenayah ini ditembak mati.Siapakah mereka, adakah merupakan satu desakan dan satu keperluan, untuk membunuh keempat-empat orang.\n", "\n“Saya percaya tidak ada orang yang melarikan diri, tidak ada\n\nsurvivor\n\ndalam kejadian ini, ke empat-empatnya semua ditembak mati dan kita hendak tahu apa senjata yang mereka pakai dan kenapa perlunya membunuh semua.\n", "\nsurvivor\n", "\n\"Kita rasa pelik, kenapa perlunya perompak curi peluru dan akhirnya dapat dikembalikan. Ini satu cerita yang sangat pelik sekali,\" katanya di lobi parlimen, semalam.\n", "\n\nJumlah orang awam dirembak mati meningkat\n\n", "\nJumlah orang awam dirembak mati meningkat\n", "\nBeliau turut melahirkan rasa bimbang apabila merujuk  jawapan bertulis yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di parlimen mencatatkan jumlah orang awam yang ditembak mati oleh anggota polis meningkat daripada 9 orang kepada 88 orang pada tahun lalu.\n", "\n\n“Saya juga ingin memetik statistik rasmi yang dijawap oleh KDN dalam Dewan, pada 2005 - 9 orang ditembak mati dalam insiden polis, 2006 -16 orang ditembak mati, 2007 -13 orang, 2008 -82 orang dan 2009 -88 orang, untuk tahun ini kita belum ada statistik tahun ini,” katanya.\n", "", "\nDalam perkembangan yang sama,\n\nTVSelangor\n\njuga melaporkan bahawa ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoalkan laporan\n\nThe Star\n\npada 6 Julai lalu berhubung penemuan RM300,000 di rumah exco Pahang itu.\n", "\nTVSelangor\n", "\nThe Star\n", "\nSoalnya, bagaimana seorang exco BN mampu mengumpulkan wang sebegitu banyak, untuk apa wang itu akan digunakan dan mengapa ia tidak disimpan dalam peti simpanan bank.\n", "\nAkhbar itu, Selasa lalu melaporkan tindakan pantas polis menembak mati empat penjenayah yang memecah masuk rumah Datuk Wan Adnan Wan Mamat di Jalan Teluk Sisek, Kuantan.\n", "\n\n“Saya hendak rujuk pada satu laporan akhbar\n\nThe Star\n\npada 6 Julai 2010 di mana melaporkan tindakan pantas pihak polis berjaya menembak suspek atau pun yang diklasifikasikan sebagai perompak di dalam satu kejadian pecah rumah di Kuantan yang melibatkan salah seorang exco kerajaan negeri di dalam bidang sukan dan belia.\n", "", "\nThe Star\n", "\n“Tetapi dalam berita ini menyiarkan bahawa perompak telah melarikan RM300 ribu wang tunai daripada kediaman beliau dan perkara ini telah menimbulkan banyak persoalan bagaimana exco seorang kerajaan negeri boleh menyimpan begitu banyak tunai di dalam simpanan,” kata Azan (\n\natas\n\n).\n", "\natas\n", "\n", "\n'Begitu berani simpan wang sebegitu banyak'\n", "\nBeliau berkata adalah menjadi perkara luar jangkaan apabila seorang exco berani menyimpan wang yang begitu banyak di kediamannya memandangkan ia boleh menimbulkan pelbagai sangkaan.\n", "\n\"Hari ini begitu banyak berita berkenaan simpanan tunai yang berkaitan kerajaan beberapa isu kita dengar di Pulau Pinang dan sebagainya yang melibatkan kakitangan kerajaan ataupun orang yang diberi amanah oleh kerajaan sebagai pentadbir termasuk exco.\n", "\n\"Kita minta pihak berkuasa menyiasat adakah kebenaran laporan akhbar ini bagaimana seorang exco kerajaan negeri boleh menyimpan begitu banyak tunai di dalam kediamannya yang menjadikan kes ini kes rompakan dengan kesudahan empat orang ditembak mati oleh pihak polis yang juga menimbulkan banyak isu yang mana lima tahun kebelakangan ini banyak kes-kes tembakan yang menyebabkan berlaku kematian kepada suspek atau juga orang-orang yang di anggap penjenayah,” katanya.\n", "\n\nBagaimanapun edisi\n\nThe Star\n\n's online menukar jumlah berkenaan semalam dengan mengurangkannya daripada RM300,000 kepada RM300.\n\n", "\nBagaimanapun edisi\n\nThe Star\n\n's online menukar jumlah berkenaan semalam dengan mengurangkannya daripada RM300,000 kepada RM300.\n", "\nThe Star\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/626326
PAS saran tiga langkah atasi isu kos sara hidup
[ "Susulan peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat, PAS hari ini menyarankan tiga langkah bagi mengatasi masalah tersebut, termasuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin parti pembangkang. ", "Ketua penerangannya, Khairil Nizam Khirudin dalam satu kenyataan menggesa supaya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob segera bertindak kerana masalah itu akan bertambah parah sekiranya tiada jalan penyelesaian yang holistik.", "“Mengadakan perbincangan bersama dengan semua ketua parti politik daripada pihak kerajaan dan juga pembangkang untuk mencari solusi terbaik dalam mengatasi peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barang.", "", "", "", "“Mengkreditkan secara bersasar bantuan tunai bulanan melalui kad pengenalan atau e-dompet kepada golongan B40 dan sebahagian M40 untuk membeli barang keperluan harian dan langkah ini adalah selaras dengan prinsip Islam,” katanya.", "Khairil Nizam berkata, kerajaan perlu memungut dan mengagihkan kekayaan secara adil dan saksama. ", "“Pemberian bantuan tunai bulanan secara bersasar ini akan dapat membantu meringankan beban rakyat yang jelas amat terkesan disebabkan oleh krisis kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup.", "“Mengadakan sidang parlimen khas bagi membincangkan isu ini secara mikro untuk mendapatkan pandangan dan cadangan penyelesaian dari ahli parlimen yang lebih dekat dengan rakyat di kawasan mereka,” katanya. ", "", "", "", "Dia turut menyeru semua pemimpin politik untuk bersama menyumbangkan idea dan tenaga dalam usaha membantu kerajaan menyelesaikan krisis kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat. ", "“Jadikan kesejahteraan rakyat keutamaan dalam masa sukar ini dan lupakan perbalahan yang merugikan negara,” katanya. ", "" ]
https://www.malaysiakini.com/news/414997
Tan Sri Sanusi Junid meninggal dunia
[ "Tan Sri Sanusi Junid meninggal dunia pagi ini.", "Menurut Facebook Mukhriz Mahathir FC, difahamkan beliau meninggal dunia sebelum subuh di kediamannya di Pantai Dalam.", "Facebook", "Facebook", "Ia memetik anak Allahyarham berkata, Sanusi meninggal dunia pukul 6 pagi tadi selepas wuduk semasa menunggu waktu solat Subuh.", "Beliau meninggal dunia di usia 75 tahun.", "Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Bukit Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.", "Allahyarham sebelum ini pernah menjadi menteri pembangunan negara dan luar bandar pada 1981 dan kemudian menjadi menteri pertanian pada 1986.", "Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai menteri besar Kedah pada 1996 hingga 1999.", "Sementara itu, Bernama melaporkan, anak Allahyarham, Akhramsyah Sanusi berkata bapanya meninggal dunia sebelum sempat menunaikan solat subuh bersama isteri dan seorang lagi anaknya. ", "\"Semalam arwah bapa ada menjalani pemeriksaan kesihatan dan semuanya tiada masalah, malah arwah sempat menghadiri pelancaran manifesto Pakatan Harapan malam tadi tanpa menunjukkan sebarang masalah kesihatan.", "\"Pagi tadi selepas arwah selesai mengambil wuduk dan siap berpakaian menunggu untuk bersolat berjemaah tiba-tiba arwah tidak sedarkan diri,\" katanya ketika ditemui di kediamannya di Pantai Dalam hari ini.", "Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Saidina Umar Al-Khatab untuk dimandikan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat. ", " " ]
https://www.malaysiakini.com/news/198499
5,000 berhimpun tuntut sekolah Cina di Kuantan
[ "\nLebih 5,000 orang menghadiri perhimpunan aman di Kuantan hari ini untuk menggesa kerajaan menubuhkan sebuah sekolah tinggi Cina di bandar itu.\n", "\nHadirin berpakaian merah itu berhimpun di satu padang di bandar tersebut dengan khemah dan kain rentang yang disediakan kumpulan pendidikan Cina dan parti politik.\n", "\nPerhimpunan selama satu jam itu dianjurkan oleh Persekutuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Pahang untuk menuntut Sekolah Tinggi Bebas Chong Hwa di Kuala Lumpur dipindahkan ke bandar itu.\n", "\nBerucap di majlis itu ialah pengerusi persekutan lembaga tersebut Lim Chin Chee, presiden Persekutuan Persatuan Cina Malaysia Pheng Yin Huah dan pengerusi Dong Zong Yap Sin Tian.\n", "\nDua resolusi diluluskan di perhimpunan tersebut – menyokong sepenuhnya penubuhan sebuah sekolah tinggi bebas dan Kuantan dan menggesa kerajaan mendengar tuntutan rakyat supaya meluluskan penubuhan tersebut.\n", "\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n", "\n\n[Baca berita penuh]\n\n", "\n[Baca berita penuh]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/210280
Noh cabar ADUN Sekinchan buka balik fail exco
[ "\nMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menempelak anggota dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Sue Lim kerana mendakwanya mendapat tanah untuk projek ternakan udang di kawasan Tanjung Karang selepas menjadi ahli parlimen.\n", "\nBahkan, timbalan ketua Umno Selangor itu menyifatkan tindakan Ng membangkitkan isu tersebut sebagai \"menampakkan kebodohannya\" dan tidak mengetahui mengenai proses permohonan tanah.\n", "\nNoh menjelaskan, permohonan tanah diluluskan oleh mesyuarat exco kerajaan negeri pada 8 Mac 1995 sedangkan beliau menjadi calon ahli parlimen pada April 1995.\n", "\n\n\"Saya nampak bila ADUN DAP bercakap, nampak sangat kebodohan dia sebagai ADUN. Dia hanya tengok borang 5A (yang mengesahkan pemilikan tanah) keluar.\n", "", "\n\"Nak dapat tanah dia mesti memohon, selepas mohon, masuk ke jawatankuasa tanah, selepas jawatankuasa tanah lulus, baru masuk mesyuarat exco.\n", "\n\"Exco lulus, baru keluar borang 5A. Jadi saya nak cabar ADUN Sekinchan, sekarang dia jadi kerajaan, buka balik, tengok bila exco lulus permohonan tanah saya itu,\" katanya.\n", "\nJusteru, Noh menggesa Ng menghentikan mempolitikkan isu itu kerana ia cuma menampakkan \"kebodohan\" diri sendiri.\n", "\n\"Lebih banyak dia bercakap tentang tanah udang lebih banyak nampak kebodohannya. Saya dah kata projek udang ini dah mula 16 tahun dulu, bukan sekarang... Projek mula, saya belum jadi menteri lagi,\" katanya.\n", "\nNg pada 26 September lalu mempertikaikan mendakwa Noh\n\n\nmenipu\n\n\nberhubung pemilikan tanah seluas 12 hektar yang menjadi tapak untuk satu projek ternakan udang.\n", "\n\nmenipu\n\n", "\nmenipu\n", "\nNg mengemukakan dokumen yang didakwa membuktikan bahawa pemilikan tanah Noh ke atas tanah di Tanjung Karang itu hanya didaftarkan selepas menteri tersebut menjadi MP kawasan berkenaan pada 1995.\n", "\n\nSewa, bukan kerjasama\n\n", "\nSewa, bukan kerjasama\n", "\n", "\nMengulas mengenai dakwaan Ng bahawa beliau mempunyai kerjasama\n\n(join venture)\n\ndalam projek udang itu, Noh sekali lagi mengulangi bahawa ADUN Sekinchan itu \"tidak faham\" mengenai perkara tersebut.\n", "\n(join venture)\n", "\n\n\"Dia fahamkah apa ertinya\n\njoin venture\n\n?\n\nJoin venture\n\nertinya dalam perjanjian ada untung rugi. Kalau\n\njoin venture\n\n, berapa saya punya\n\nshare?\n\n", "", "\njoin venture\n", "\nJoin venture\n", "\njoin venture\n", "\nshare?\n", "\n\"Saya cabar dia, berapa peratus jumlah\n\nshare\n\n... Kalau\n\njoin venture\n\n, mana boleh beri pendapatan tetap. Kalau\n\njoin venture\n\n, (ia) mesti memberitahu, Datuk Noh ada 30 peratus, atau 40 peratus. Dan keuntungan mesti (diberikan) berdasarkan kepada untung rugi,\" katanya.\n", "\nshare\n", "\njoin venture\n", "\njoin venture\n", "\nKatanya, dalam borang\n\nkaveat\n\ntanah yang disebarkan memaklumkan sewaan tanah itu selama 10 tahun dan berjumlah RM25,000 setahun.\n", "\nkaveat\n", "\n\"Itulah sewa...Dia tak faham, suruh dia belajar dengan menteri besarlah. Itu pun kalau menteri besar dia faham,\" kata Noh sinis.\n", "\n\n\n", "\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/214796
AirAsia catat keuntungan berganda sebelum cukai S3
[ "\nKeuntungan sebelum cukai AirAsia Bhd bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2012, naik lebih daripada berganda kepada RM259.1 juta daripada RM108.49 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas hasil daripada pertumbuhan dalam kuantiti penumpang dan kapasiti.\n", "\n    \n", "\nPendapatan meningkat 14 peratus kepada RM1.23 bilion daripada RM1.08 bilion apabila kuantiti penumpang naik sembilan peratus kepada 4.75 juta dan kapasiti berkembang kerana bilangan pesawat yang beroperasi di Malaysia bertambah kepada 59.\n", "\n    \n", "\n\"Meskipun peningkatan kapasiti 10 peratus, permintaan dari segi faktor muatan tempat duduk kekal kukuh pada 77 peratus bagi suku tersebut,\" kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Aireen Omar dalam satu kenyataan semalam.\n", "\nBagi tempoh sembilan bulan, keuntungan sebelum cukai syarikat penerbangan tambang rendah itu meningkat tiga kali ganda kepada RM1.69 bilion daripada RM456.4 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.\n", "\n    \n", "\nPendapatan bagi tempoh itu naik kepada RM3.58 bilion daripada RM3.21 bilion sebelumnya.\n", "\n    \n", "\nAireen berkata paras tunai syarikat kekal kukuh dengan tunai dan baki bank sebanyak RM2.2 bilion dan gearan bersih dikurangkan lagi kepada 1.03 kali dalam suku semasa daripada 1.10 kali pada suku sebelumnya.\n", "\n    \n", "\nBagi perkembangan serantau, syarikat sekutu AirAsia, Thai AirAsia dan Indonesia AirAsia juga mencatatkan pertumbuhan pendapatan dua angka hasil daripada kuantiti penumpang yang tinggi.\n", "\n    \n", "\nMengenai prospek masa depan, Aireen yakin AirAsia akan terus mempamerkan prestasi kukuh dari segi operasi dan keputusan kewangan dalam suku keempat.\n", "\n\"Suku keempat kebiasaannya merupakan suku paling kukuh kami. Kami akan terus melancarkan lebih banyak laluan dan menambah kekerapan untuk menyediakan kepada permintaan tinggi,\" katanya.\n", "\n    \n", "\nBeliau berkata AirAsia akan menerima enam lagi pesawat pada akhir tahun daripada pengeluar pesawat Eropah, Airbus, yang akan diagihkan di kalangan lima entiti -- Air Asia, AirAsia Thai, AirAsia Indonesia, Philippines' AirAsia and AirAsia Japan -- untuk menyokong pertumbuhannya.\n", "\n    \n", "\nKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Dr Tony Fernandes berkata syarikat itu akan terus menumpukan kepada tiga pasaran teras -- Malaysia, Thailand dan Indonesia -- dalam tempoh terdekat ini dan percaya terdapat potensi pertumbuhan bagi Philippines' AirAsia and AirAsia Japan.\n", "\n    \n", "\nBagi menampung peningkatan permintaan, beliau berkata AirAsia dijangka menerima 266 pesawat baharu sehingga 2026, menambah kepada 112 pesawat sedia ada.\n", "\n\n- Bernama\n\n", "\n- Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/405824
AMANAH: Jangan sampai orang gelar 'kerajaan gila cukai'
[ "Jelaskan secara tuntas atau akan digelar perdana menteri cukai - itu kata Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, mengulas keputusan kerajaan menamatkan pelaksanaan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS).", "Kata Khalid rakyat hari ini sudah bosan dengan pelbagai tindakan kerajaan yang selalu membebankan rakyat dengan mengenakan cukai.", "Turut dituntut Khalid untuk membuat penjelasan ialah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.", "“Kita minta perdana menteri dan menteri pelancongan mengesahkan bahawa sistem IMAMS itu benar-benar dibatalkan, bukannya ditangguh atau dipinda tapi batal terus.", "“Kita nak satu kenyataan yang betul-betul jelas menyatakan bahawa rakyat tidak akan dibebankan lagi,\" katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.", "IMAMS diperkenalkan oleh kerajaan sebagai satu mekanisme tunggal bagi menguruskan permohonan visa dari Kedutaan Arab Saudi di Malaysia untuk jemaah umrah.", "diperkenalkan oleh kerajaan", "Ia diwajibkan ke atas 65 agensi pelancongan berstatus muassasah yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU).", "Sebuah syarikat - Imams Sdn Bhd - ditubuhkan untuk mengedalikan pelaksanaan itu yang didakwa dapat mengatasi masalah penipuan syarikat pengendali umrah seperti banyak berlaku sebelum ini.", "Asyik cari jalan nak mencukai", "Asyik cari jalan nak mencukai", "Asyik cari jalan nak mencukai", "Bagaimanapun pelaksanaan IMAMS itu dibatalkan sehari selepas ia berkuat kuasa.", "dibatalkan sehari selepas", "Beberapa kenyataan dibuat pihak kementerian menimbulkan kekeliruan. Misalnya sama ada pelaksanaan pengurusan tunggal visa itu dibatalkan terus atau akan digantikan dengan mekanisme lain, serta sebab sebenar ia dibatalkan.", "visa itu dibatalkan terus", "digantikan dengan mekanisme", "Antara bantahan orang ramai terhadap pelaksanaan IMAMS ialah kadar bayaran yang terpaksa dikeluarkan setiap seorang yang ingin mengerjakan umrah iaitu sebanyak RM90.10.", "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri - melalui Twitter - menyambut baik \"pembatalan\" IMAMS.", "", "", "Kata Khalid kerajaan perlu memikirkan cara lain untuk membiayai kos yang perlu ditanggung jemaah umrah dan bukannya mengenakan caj tambahan kepada mereka.", "\"Kita tak nak nanti orang kata kerajaan (hari) ini kerajaan yang gila cukai sebab asyik cari jalan nak cukai rakyat saja, hinggakan nak buat umrah pun nak kena cukai.", "\"Kita minta kenyataan yang jelas bahawa tidak ada lagi tangguhlah, pindalah. Bebaskan rakyat daripada tekanan seperti ini,\" katanya.", "tidak ada lagi tangguhlah, pindalah", "Mengulas lanjut, Khalid yang juga pengarah komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu Nazri menyokong sepenuhnya kenyataan Najib membatalkan IMAMS.", "\"Sebagai menteri pelancongan, (Nazri) dah tambah cukai pelancongan. Nak bermalam di hotel pun kena cukai, (sekarang) umrah pun nak kena cukai.", "“Silap-silap gaya Nazri dapat reputasi menteri cukai pula,” katanya.", "Pada masa sama Khalid meminta Nazri tidak menggunakan alasan yang didakwanya \"sengaja direka-reka\".", "“Kononnya pegawai dia tak faham mengenai bayaran yang nak dikenakan apabila sistem IMAMS itu dilaksanakan adalah alasan yang direka-reka beliau,\" katanya." ]
https://www.malaysiakini.com/news/326666
Keluar dari bilik dingin, lihat sendiri siswa lapar
[ "\n\nULASAN\n\nBaru-baru ini Sekretariat Timbalan-timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (Hepa) telah melaporkan isu mahasiswa kelaparan dibuat tanpa pengesahan pihak berwajib universiti kononnya.\n", "\nULASAN\n", "\nSedangkan menjadi lebih baik jika isu ini sekretariat tersebut sendiri turun padang mencari mahasiswa yang memerlukan sebagai menunjukkan kebertanggungjawaban HEPA terhadap kebajikan mahasiswa.\n", "\nTidak cukup sekadar universiti awam mewujudkan mekanisme lapuk menangani masalah kewangan, ditambah kini keadaan ekonomi menekan.\n", "\n\n", "", "\nWalaupun terdapat bantuan zakat, tabung kebajikan, dan pinjaman universiti tetapi pada hakikatnya bantuan ini perlu berhadapan dengan pelbagai birokrasi yang melelahkan dan sudah pastinya tidak menyelesaikan masalah yang bersifat segera ini.\n", "\nSebagai badan pentadbir universiti, TNC Hepa mempunyai autoriti untuk turun ke lapangan masyarakat mahasiswa bagi menyelidik dan mencari sendiri mahasiswa yang memerlukan makanan.\n", "\nUsah hanya selesa bertali leher dalam bilik berhawa dingin dan menyalahkan mahasiswa dengan dakwaan kononnya tiada mahasiswa kelaparan.\n", "\nHadirkan diri dan tunjukkan keseriusan dalam menjaga kebajikan mahasiswa.\n", "\nSikap ego TNC Hepa ini merupakan satu aib besar buat sistem pendidikan dalam negara ini.\n", "\nHal ini kerana sepatutnya masalah yang pastinya berulang-kali berlaku ini sudah diselesaikan dengan alternatif yang baik.\n", "\n\nMelutut tagih simpati\n\n", "\nMelutut tagih simpati\n", "\nRata-rata TNC Hepa di setiap universiti mahukan mahasiswa yang tidak berkemampuan ini tampil melutut meminta bantuan, menagih simpati daripada mereka sendiri.\n", "\nTambahan pula, kami mahasiswa cukup terkilan dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan baru-baru, Khairy Jamaluddin yang begitu semberono menafikan kewujudan mahasiswa yang kesempitan.\n", "\n\nBeliau melihat kesusahan yang dihadapi mahasiswa dalam kaca mata seorang menteri yang bergaji besar daripada duit rakyat dan bukannya pada kaca mata seorang rakyat marhaen yang memahami benak kesusahan rakyat.\n", "", "\nSaya lebih berpandangan PTPTN adalah punca mahasiswa menjadi kebuluran.\n", "\nSetiap peminjam PTPTN akan memperoleh RM3,250 bagi setiap semester pengajian.\n", "\nKemudian, nilai RM1,000 perlu dibayar bagi yuran pengajian dan RM1,000 pula bagi yuran kolej kediaman dan jumlah yang berada dalam tangan bernilai RM1250.\n", "\nKehidupan mahasiswa khususnya yang berada di kampus lembah Klang, nilai RM350 kira-kira akan digunakan untuk membeli buku rujukan, alatan pengajian, penggunaan minyak motor dan lain-lain perkara yang diperlukan.\n", "\nAkhirnya, lebih kurang nilai RM900 digunakan hanya untuk perbelanjaan makan di universiti.\n", "\nKita anggarkan satu semester pengajian di universiti bersamaan enam bulan dalam setahun.\n", "\n\nBeralih fokus\n\n", "\nBeralih fokus\n", "\nNilai RM900 itu dibahagi dengan enam bulan setahun bakal menunjukkan angka RM150 bajet makanan dalam sebulan.\n", "\nBayangkan keadaan ekonomi yang menekan ini sepinggan nasi berserta lauk dan sayur boleh jadi sehari kos makan mahasiswa bernilai RM10.\n", "\n\nNilai RM10 dalam masa sebulan tidak mencukupi bagi mahasiswa untuk meneruskan agenda keilmuan di universiti.\n", "", "\nJusteru, segelintir mahasiswa mengambil jalan untuk bekerja sendiri yang mengalih fokus sebenar pengajian di universiti.\n", "\nAda dalam kalangan mahasiswa yang ingin mengurangkan bajet akan menggantikan mi segera sebagai penjimatan dan gantian kepada makanan asasi iaitu nasi.\n", "\nLebih parah lagi, ada yang menahan untuk makan sehingga memudaratkan diri seperti kes yang berlaku sehingga pengsan dan sebagainya.\n", "\nProjek-projek amal seperti Coupon For The Needs, Suspended Meal, Food For Mahasiswa, Free Meals, dan Happy Meal Initiative wajar diberikan pujian yang telah berjalan sejak beberapa minggu semasa fasa peperiksaan berlangsung.\n", "\nBantuan amal ini digerakkan sendiri oleh sebahagian mahasiswa yang memandang serius isu seperti ini berlaku.\n", "\nMereka menggerakkan projek amal ini bertujuan membantu mahasiswa lain yang lebih memerlukan daripada menyalahkan mana-mana pihak yang langsung tidak memberikan penyelesaian kepada nasib mahasiswa.\n", "\n", "", "\nMUHAMMAD WAFIUDDIN ROSLI presiden, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) merangkap penyelaras Coupon For The Needs (CFTN).\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/399831
Ambil amah secara terus elak masalah penipuan
[ "Kebenaran kepada majikan untuk mengambil pembantu rumah secara terus tanpa melalui ejen dapat mengatasi masalah penipuan daripada berlaku terhadap mereka yang terdesak mendapatkan perkhidmatan itu.", "Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata pengambilan itu juga mengelakkan majikan daripada membayar yuran pemprosesan melampau kepada orang tengah.", "\"Mereka yang mengambil pembantu rumah kebanyakannya disebabkan isteri perlu bekerja. Niat asal mahu meringankan tugasan dan supaya anak dijaga dengan baik, tapi akhirnya menanggung kerugian apabila pembantu rumah tidak seperti yang diharapkan.", "\"Jadi, pengambilan terus dapat membantu majikan mencari sendiri dan menemuramah individu sebelum mencapai persetujuan dan perlu bertanggungjawab dengan pilihan mereka,\" katanya semasa dihubungi di Kuantan hari ini.", "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat semalam, mengumumkan majikan diberi pilihan mengambil pembantu rumah dari sembilan negara sumber tanpa melalui ejen dan boleh memohon visa pembantu rumah secara dalam talian daripada Jabatan Imigresen.\n\nShahaniza berkata keputusan memberi pilihan kepada majikan untuk menguruskan sendiri permohonan visa secara dalam talian juga adalah tepat kerana seiring dengan perubahan masa yang memungkinkan ‘semuanya berlaku di hujung jari'.", "", "", "Selain itu, mengenai cadangan kerajaan supaya cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari kepada 90 hari sama seperti yang dilaksanakan oleh perkhidmatan awam, beliau berkata langkah ini akan memberikan peluang kepada ibu untuk menyusukan bayi secara eksklusif dan merapatkan hubungan mereka.", "\"Cuti ini membolehkan wanita memastikan tubuh mereka benar-benar kuat selepas bersalin sebelum kembali bekerja dan tempoh masa yang bersesuaian untuk mereka mencari taska dan melakukan percubaan meninggalkan bayi di situ.", "\"Diharapkan pengumuman ini melegakan wanita di sektor swasta dan tiada lagi unsur-unsur iri hati dengan kakitangan kerajaan yang telah menikmati kemudahan ini,\" katanya.", "Selain itu, Shahaniza juga berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan mengecualikan wanita daripada cukai pendapatan jika kembali bekerja selepas berhenti untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun kerana menggalakkan mereka kembali ke alam pekerjaan.", "\"Ada wanita yang berhenti kerja selepas mendapat anak namun tiada pilihan untuk kembali semula bekerja jika berlaku kejadian seperti kematian suami atau mahu membantu ekonomi keluarga selepas anak sudah besar.", "\"Jadi, tempoh dua tahun itu memberikan peluang kepada wanita berkenaan untuk mengukuhkan kewangannya sebelum perlu membayar cukai,\" katanya.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/499400
Najib terkejut diarah bela diri, tapi...
[ "KES SRC NAJIB | Bekas perdana menteri, Najib Razak, terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahnya membela diri terhadap kesemua tujuh pertuduhan dalam perbicaraan syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC), kata peguamnya.", "KES SRC NAJIB | ", "Muhammad Shafee Abdullah memberitahu pemberita tengah hari tadi, sebelum ini mereka yakin Najib akan dibebaskan tanpa perlu membela diri.", "“Beliau terkejut dan menjangkakan pembebasan daripada ketujuh-tujuh pertuduhan tersebut,” kata Shafee pada sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.", "Menurut peguam terbabit, pihaknya berkeyakinan sedemikian kerana mereka berjaya mematahkan hujah pertuduhan pihak pendakwaan.", "\"Jadi sudah tentu beliau terperanjat... terkejut adalah perkataan lebih tepat,” tambahnya.", "Shafee bercakap kepada media selepas hakim, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, menyampaikan keputusannya dan memutuskan pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie bagi semua tujuh tuduhan yang dikenakan kepada Najib.", "Hakim yang membaca ringkasan keputusan itu selama kira-kira sejam memerintahkan Najib membela diri atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC. ", "memerintahkan Najib membela diri", "", "", "", "", "", "Sementara itu, mengulas mengenai keputusan mahkamah, Shafee berkata walaupun sedih kerana anak guamnya diarah membela diri, beliau juga gembira kerana memberi peluang kepada Najib untuk memberitahu cerita dari pihaknya sendiri. ", "\"Apa yang boleh saya katakan ialah, setelah mendengar keputusan itu, walaupun saya sedih beliau (Najib) diperintah untuk membela diri, tetapi saya gembira atas dua sebab.", "“Satu, anda akan mendengar kisah sebenar dari tertuduh. Dia perlu memberitahu versi apa yang berlaku di SRC, sejauh mana yang dia tahu, apakah perkara yang boleh dipertikaikannya, sama ada dia mengawal SRC, seperti yang telah kita katakan bahawa ia bukan bawah kawalannya,\" katanya.", "Shafee menambah bahawa beliau percaya alasan yang diberikan oleh hakim akan menjadikan pembelaan lebih mudah \"kerana perkara-perkara yang jelas tidak dapat dibuktikan... tidak boleh dibuktikan, telah dipertimbangkan.\"" ]
https://www.malaysiakini.com/sukan/365985
Malaysia gagal ke suku akhir Piala Dunia Remaja
[ "Hasrat skuad negara untuk berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik pada Piala Dunia Remaja 2016 musnah setelah tewas\n0-3 kepada Belgium di Lucknow, India, hari ini.", "", "Pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Hoki Major Dhyan Chand, Belgium yang mengekalkan rekod tanpa kalah, meledakkan gol pertama menerusi jaringan padang seawal minit ke-10 menerusi Gregory Stockbroekx.", "Skuad negara memperoleh peluang menyamakan kedudukan melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-19, namun Muhammad Najmi Farizal Jazlan mensia-siakan peluang.", "Sebaliknya, pasukan lawan terus menguasai perlawanan sehingga Vuentin Van Lierde menambah tekanan buat skuad bimbingan Wallace Tan dengan jaringan kedua pada minit ke-33 menerusi gol padang.", "Babak kedua perlawanan menyaksikan Belgium terus menguasai perlawanan dengan hantaran kemas dan hasilnya mereka memperoleh gol ketiga melalui pukulan penalti Thomas Verheijen pada minit ke-55.", "Selepas ini, skuad negara akan beraksi bagi kedudukan kesembilan hingga 11 pada kejohanan itu.", "Dalam pada itu, Belanda muncul dua pasukan terbaik dan akan meneruskan saingan di suku akhir selepas mengalahkan Mesir 7-0 dalam satu lagi perlawanan terakhir Kumpulan B.", "Untuk rekod, Malaysia menduduki tempat keempat selepas tewas kepada Belanda 2-7 pada 2013. Skuad negara turut berada di kedudukan yang sama dalam tiga penyertaan pada 1979, 1982 dan 1985. -Bernama", " -Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/429137
Anwar: Bukan muslim ada hak bahas undang-undang syariah
[ "Bukan muslim di Malaysia mempunyai hak untuk membahaskan dan mempertimbangkan undang-undang yang dikenakan terhadap orang Islam.", "Ini kerana, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, undang-undang berkenaan juga boleh memberi kesan kepada bukan muslim.", "Dalam wawancara bersama The Star, Anwar merujuk contoh perbahasan berhubung usul meminda bidang kuasa Mahkamah Syariah.", "The Star", "Kata Anwar, meskipun sesuatu undang-undang dilihat hanya dikenakan ke atas orang Islam, orang bukan Muslim juga boleh terkesan.", "\"Mereka (penyokong rang undang-undang itu) bercakap seakan-akan kita (rakyat Malaysia) semua orang Islam dan orang lain tak perlu peduli.", "\"Mereka (bukan muslim) mempunyai hak untuk peduli,\" katanya merujuk rang undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 yang diusulkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.", "\"Sebarang perundangan, meskipun kelihatan hanya memberi kesan kepada orang Islam, tidak dapat tidak akan turut mempengaruhi orang bukan Islam, maka mereka ada hak untuk ikut serta,\" tambah Anwar.", "Jelas Anwar yang mengambil maklum kebimbangan orang bukan Islam terhadap usul berkenaan, kebimbangan itu adalah dari bagaimana ia akan memberi kesan terhadap mereka.", "\"Mereka bimbang ia akan djadikan alat menceroboh kehidupan peribadi seseorang. Kita perlu mempertimbangkan isu ini,\" katanya dipetik sebagai berkata.", "Anwar berkata, PKR menghormati hak Abdul Hadi sebagai anggota parlimen bagi membentangkan RUU itu, namun PKR menekankan bahawa anggota parlimen lain perlu diberi peluang untuk bahas, pinda atau menolak RUU berkenaan.", "\"Ini kerana apa yang dibentangkan bukan hudud, dan kedua, ia adalah terjemahannya (Abdul Hadi) sendiri,\" katanya.", "Dalam wawancara itu, Anwar menggesa orang awam meneliti pendirian PKR berhubung RUU 355 dengan lebih dekat, yang terlah dikeluarkan dalam bentuk risalah bertajuk Pemerkasaan Perundangan Syariah di Malaysia yang dimuat naik di laman web parti itu.", "\"Kami bukan liberal yang menolak untuk melaksanakan prinsip Islam.", "\"Kami mewakili nurani Islam, namun kami tidak mewakili Islam konservatif model lama yang mahu memaksa orang lain menerima tafsiran tertentu,\" katanya.", "[Baca berita penuh]", "[Baca berita penuh]" ]
https://www.malaysiakini.com/news/306104
Nazir: Kalau salah, betulkan atau samanlah
[ "\nAdik perdana menteri Datuk Seri Nazir Razak tidak terkecuali menyatakan rasa tidak senang dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri mengenakan tindakan ke atas The Edge Media Group hari ini.\n", "\nNazir yang juga Pengerusi CIMB Group - salah satu rangkaian perbankan terbesar di Malaysia - berpendapat penggantungan permit bukan langkah yang betul untuk diambil.\n", "\n\"Saya mengutuk penggantung (permit akhbar) dan bersimpati dengan kakitangan yang terjejas.\n", "\n\"Laporan 1MDB baru-baru ini kelihatan luar biasa tetapi jika ada kecacatan maka perbetulkan ia atau ambil tindakan undang-undang,\" kata beliau melalui akaun Instagram hari ini.\n", "\nNazir merujuk kepada penggantungan\n\nThe Edge Weekly\n\ndan\n\nThe Edge Financial Daily\n\nselama tiga bulan mulai 27 Julai ini.\n", "\nThe Edge Weekly\n", "\nThe Edge Financial Daily\n", "\nKata Nazir, The Edge adalah penerbitan penting di kalangan komuniti perniagaan dengan memainkan peranan menyalurkan maklumat secara jujur dan berdaya saing.\n", "\n", "\n\n\n\n \n\n\n\n\nThe Edge is a pillar of our business community- big role in keeping us informed, honest & competitive. Recent 1MDB coverage seem outstanding but if there were flaws then correct them or take legal recourse. I condemn the suspension & my thoughts go to all affected staff.\n\n\n\n\nA photo posted by Nazir Razak (@nazir.razak) on\n\n\n\nJul 24, 2015 at 4:37am PDT\n\n\n\n", "\n\n\n \n\n\n\n\nThe Edge is a pillar of our business community- big role in keeping us informed, honest & competitive. Recent 1MDB coverage seem outstanding but if there were flaws then correct them or take legal recourse. I condemn the suspension & my thoughts go to all affected staff.\n\n\n\n\nA photo posted by Nazir Razak (@nazir.razak) on\n\n\n\nJul 24, 2015 at 4:37am PDT\n\n\n", "\n\n \n\n", "\n \n", "\n\nThe Edge is a pillar of our business community- big role in keeping us informed, honest & competitive. Recent 1MDB coverage seem outstanding but if there were flaws then correct them or take legal recourse. I condemn the suspension & my thoughts go to all affected staff.\n\n", "\nThe Edge is a pillar of our business community- big role in keeping us informed, honest & competitive. Recent 1MDB coverage seem outstanding but if there were flaws then correct them or take legal recourse. I condemn the suspension & my thoughts go to all affected staff.\n", "\n", "\nA photo posted by Nazir Razak (@nazir.razak) on\n", "\n\nJul 24, 2015 at 4:37am PDT\n\n", "\nJul 24, 2015 at 4:37am PDT\n", "\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/437034
EPF chief Shahril in the running for Khazanah MD post
[ "Employees Provident Fund (EPF) chief executive officer Shahril Ridza Ridzuan is among those tipped to take over as the managing director of Khazanah Nasional.", "According to The Edge Financial Daily, Shahril, 48, is in the running for the post along with several others.", " The Edge Financial Daily", "Shahril has led EPF since 2013 and has been with the fund since 2009.", "Other names mentioned for the post are Khazanah deputy managing directors Tengku Azmil Zahruddin and Ahmad Zulkarnain Onn, Selangor Menteri Besar Inc CEO Raja Shahreen Raja Othman, Deutsche Bank (Malaysia) CEO Yusof Annuar Yaacob, Malaysian Industrial Development Finance Bhd managing director Charon Mokhzani and former Bank Pembangunan Malaysia Bhd CEO Mohd Zafer Mohd Hashim.", "On July 26, Khazanah's nine-member board of directors, including managing director Azman Mokhtar, resigned en bloc. The latter had helmed the sovereign wealth fund for 14 years.", "resigned en bloc", "resigned en bloc", "resigned en bloc", "They were swiftly replaced with Prime Minister Dr Mahathir Mohamad becoming the new chairperson and Economic Affairs Minister Azmin Ali as one its directors.", "replaced", "replaced", "replaced", "The other directors are Council of Eminent Persons member and former Petronas president Mohd Hassan Marican; former Bank Negara deputy governor Sukhdave Singh; and former Securities Commission Malaysia executive Goh Ching Yin.", "Yesterday, former youth and sports minister Khairy Jamaluddin expressed hope that one of the two deputies appointed by Azman would be considered for the managing director position. ", "expressed hope", "expressed hope", "expressed hope", "The Umno lawmaker, who praised Azman for making Khazanah a success, accused the government of attempting to discredit and embarrass the former managing director.", "Khairy said this in response to the revelation in the Dewan Rakyat that Khazanah blew RM80 million on an investment related to the online sale of lingerie.", "blew", "blew", "blew", "He also claimed that Mahathir, who has accused Khazanah of straying from its original objectives, did not give Azman an appointment since the May 9 general election to brief him.", "“For more than two months, the managing director of our nation’s sovereign wealth fund was denied the opportunity to even meet and brief the prime minister. This also resulted in the Khazanah board not being able to convene its meetings.", "“The message was simple: 'We want you out but we are not going to get our hands dirty since there are no real grounds for your dismissal'.", "“The Khazanah board understood the message. And being the responsible individuals they are, they offered their resignations en bloc,” he added." ]
https://www.malaysiakini.com/news/359373
Kanak-kanak 2 tahun parah terjatuh eskalator ketika didukung bapa
[ "Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun parah selepas terjatuh dari eskalator aras satu bangunan pusat beli-belah di Bukit Jambul di Pulau Pinang semalam.", "Menurut Utusan Online, kanak-kanak itu dikatakan sedang didukung di atas bahu oleh bapanya ketika sedang menaiki eskalator berkenaan pada kejadian 6.30 petang itu.", "Utusan Online", "Bagaimanapun, laporan yang memetik sumber polis itu berkata, kanak-kanak berkenaan difahamkan terjatuh selepas bapanya panik kerana mendapati tangan anaknya tersepit pada bahagian pemegang eskalator berkenaan.", "“Dalam keadaan panik itu, kanak-kanak tersebut dikatakan terlepas daripada dukungan bapanya dan jatuh ke tingkat bawah kompleks beli-belah berkenaan.", "“Kanak-kanak itu ketika ini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang selepas mengalami pendarahan dalam kepala serta retak tempurung kepala,” kata sumber itu.", "Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Sek. 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001." ]
https://www.malaysiakini.com/news/140926
Umno, pembangkang berlumba bersihkan surau
[ "\nSempena Ramadan yang mulia, mungkin inilah yang semua orang harapkan, pemimpin Umno dan pembangkang berlumba-lumba membersihkan surau yang menjadi mangsa perbuatan khianat semalam.\n", "\n\nNamun, peranan awal mungkin dimulakan oleh Pemuda Umno apabila pihaknya dikatakan sudah berada di tempat kejadian pagi ini.\n", "", "\n\"Saya telah mengarahkan Pemuda (Umno) Negeri Sembilan untuk bergotong-royong memperbaiki surau yang dicemar.\n", "\n\"Mereka sudah berada di surau,\" kata ketua Pemuda pergerakan itu Khairy Jamaluddin (\n\nkiri\n\n) di laman\n\nTwitter\n\nkira-kira sejam lalu.\n", "\nkiri\n", "\nTwitter\n", "\nBertindak atas arahan Khairy, ketua Pemuda Umno negeri Mohd Helmi Din memberitahu\n\nMalaysiakini\n\n, beliau bersama sepuluh anggota pergerakan itu telah bergotong royong membersihkan surau itu pagi tadi.\n", "\nMalaysiakini\n", "\n\"Kami turut memberi sumbangan duit sumbangan kepada pengerusi surau,\" jelasnya yang mahu membantu pembinaan pagarnya.\n", "\nManakala anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (\n\nbawah\n\n) - yang menentang Khairy di parlimen Rembau dalam pilihan raya umum lalu - berkata pihaknya pagi ini telah menemui jawatankuasa surau berkenaan.\n", "\nbawah\n", "\nBadrul bersama NGO yang diasaskannya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mahu menawarkan bantuan bagi membaiki semua kerosakan akibat disimbah cat dan dibaling botol arak itu.\n", "\n\n\"Pada dasarnya mereka (jawantakuasa surau) bersetuju. Sekarang kita cuma tunggu kebenaran daripada pihak polis. Polis kata OK, kita mulakan kerja,\" katanya kepada\n\nMalaysiakini.\n\n", "", "\nMalaysiakini.\n", "\n\"\n", "\nTindakan itu mungkin terlambat ekoran Pemuda Umno terlebih dahulu melawat surau tersebut.\n", "\nBagaimanapun, SAMM juga dijadual hadir memberikan sumbangan petang ini.\n", "\nAwal pagi semalam, sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban\n\n\ndisimbah\n\n\ncat merah dan dibaling botol arak.\n", "\n\ndisimbah\n\n", "\ndisimbah\n", "\nPengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail dilaporkan berkata kejadian itu disedari oleh jemaah semasa solat subuh.\n", "\nBeliau menjangkakan perbuatan khianat itu berlaku antara jam 3.30 hingga 4 pagi.\n\n\n\n\n", "\n\n\n", "\n", "\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/265832
'Umno tak mahu jadi jaguh hudud'
[ "\nKetua Pembangkang Selangor Datuk Shamsudin Lias berkata Umno tidak berhasrat untuk menjadi jaguh hudud melalui usul kontroversi yang ditarik balik minggu lalu.\n", "\nUsul yang difailkan oleh ADUN Sungai Air Tawar itu sendiri bertujuan untuk mendapatkan penjelasan memandangkan isu hudud sering ditimbulkan oleh PAS.\n", "\n\"Apa diterangkan ADUN Sungai Air Tawar bukan rang undang-undang hudud sebab hudud itu anak kepada PAS yang dibawa ke mana-mana.\n", "\n\"Bukan bermaksud Umno ini jaguh hudud sehingga timbulkan salah faham dari MCA,\" kata beliau ketika ditemui di bangunan DUN Selangor hari ini.\n", "\nUsul itu sendiri hanya bermaksud untuk bertanya sekiranya hudud akan dilaksanakan di Selangor, dan bukannya untuk membentangkan rang undang-undang persendirian, katanya.\n", "\nIa kemudiannya ditarik balik kerana soalan tersebut boleh diajukan semasa persidangan DUN, tanpa memerlukan usul khusus, jelasnya.\n", "\n\"Soal menarik balik usul itu perkara biasa. Dalam dewan ini memang ada usul ditarik balik. Sidang dulu juga sebegitu, bukan saya dari pembangkang, kerajaan juga buat,\" kata beliau ketika ditemui di lobi Dewan Negeri Selangor hari ini.\n", "\n\"Kita ADUN boleh bawak apa-apa (rang undang-undang). (Jika) saya mahu tanya soalan, saya tanya soalan mulut,\" katanya.\n", "\n\n[Berita penuh menyusul]\n\n", "\n[Berita penuh menyusul]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/119393
Jeti Pulau Sebatik masih tunggu peruntukan
[ "\nMajlis Perbandaran Tawau (MPT) sudah mengemukakan permohonan kepada kerajaan Sabah bagi mendapatkan peruntukan untuk membina sebuah jeti memunggah hasil pertanian yang akan memberi kemudahan kepada ratusan petani dan pekebun kecil dari Pulau Sebatik.\n", "\nPresiden MPT Ismail Mayakob berkata sebaik saja peruntukan itu diluluskan, majlis itu akan segera membina jeti berkenaan.\n", "\n\"Kami bukannya tidak ambil peduli masalah petani dari Pulau Sebatik berkenaan, namun pembinaan jeti itu memerlukan kos yang agak tinggi,\" katanya kepada pemberita di Tawau hari ini.\n", "\nIsmail berkata demikian sebagai mengulas keluhan ratusan petani dan pekebun kecil dari Pulau Sebatik yang kecewa kerana tidak mempunyai kemudahan asas seperti jeti untuk memunggah hasil pertanian mereka yang dibawa dari pulau itu.\n", "\nMasalah berkenaan telah berlarutan lebih setahun lalu apabila mereka diminta memunggah barangan pertanian seperti kelapa sawit, koko, pisang dan tanaman kontan lain di Log Pond, tujuh kilometer dari Batu-Batu di kawasan bandar, tempat pendaratan yang mereka gunakan sejak lebih 30 tahun lalu.\n\nBERNAMA\n\n", "\nBERNAMA\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/62981
Video bantahan kenaikan kadar tol di Puchong
[ "\nLima belas orang ditahan semalam di depan kompleks membeli-belah IOI di Puchong sewaktu menyertai perhimpunan membantah kenaikan kadar tol.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/70558
Artikel 'berunsur hasutan', laporan polis dibuat terhadap PM
[ "\nSatu laporan polis dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung satu komen yang didakwa berunsur hasutan yang disiarkan dalam lamanwebnya.\n", "\n\nLaporan tersebut dibuat oleh anggota jawatankuasa pusat DAP, Ronnie Liu di balai polis Damansara Utama.\n", "", "\nMenurut laporan tersebut, sebuah artikel bertajuk\n\n'Bersatulah Kaum Cina'\n\nyang didakwa mengandungi komen berunsur perkauman, telah disiarkan dalam lamanweb tersebut pada November 2005.\n", "\n'Bersatulah Kaum Cina'\n", "\nArtikel tersebut, di bawah nama penulis Dr Ng Seng, mendakwa, kaum Cina berkomplot untuk melemahkam politik dan ekonomi orang Melayu.\n", "\nArtikel tersebut yang ditulis dalam Bahasa Malaysia, mendakwa rusuhan kaum 1969 adalah percubaan yang gagal oleh orang Cina untuk mengambilalih negara ini.\n", "\nArtikel tersebut disiarkan dalam bahagian ucapan takziah yang disediakan berikutan kematian isteri pertama Abdullah, Datin Seri Endon Mahmood pada Oktober 2005.\n", "\nArtikel yang mula disiarkan pada 14 November tahun lalu, telah dikeluarkan dari lamanweb tersebut hari ini.\n", "\n\n\n'Dwi-standard'\n\n\n", "\n\n'Dwi-standard'\n\n", "\n'Dwi-standard'\n", "\nKetika dihubungi kemudiannya, Liu berkata, beliau membuat laporan tersebut untuk menunjukkan mewujudkan sikap \"dwi-standard\" dalam tindakan yang diambil terhadap beberapa blogger politik.\n", "\n\n\"Saya tidak mencadangkan bahawa polis mengambil terhadap Perdana Menteri. Tetapi saya menyatakan bahawa tindakan tidak sepatutnya diambil terhadap Raja Petra (webmaster\n\nMalaysia Today\n\n) dan Nathaniel Tan (blogger dan webmaster PKR),\" katanya.\n", "", "\nMalaysia Today\n", "\nDua minggu lalu, Tan ditahan kerana menyiarkan komen yang mengaitkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Johari Baharum dengan dakwaan rasuah ekoran pembebasan tiga tahanan Akta Darurat. Bagaimanapun, siasatan terhadap Johari ditutup kerana dikatakan tiada bukti.\n", "\nMinggu lalu, Raja Petra dipanggil memberi keterangan ekoran komen dalam Malaysia Today yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong dan agama Islam.\n", "\nLiu berkata, beliau telah membuat salinan artikel tersebut sebelum ia dikeluarkan.\n", "\n\"Saya dimaklumkan mengenainya semalam. Saya telah muat-turun satu salinan dan mencetaknya kira-kira jam 1 pagi tadi,\" katanya.\n\n\nBerita asal\n\n\n", "\n\nBerita asal\n\n", "\nBerita asal\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/591606
Sultan Kedah berkenan tinjau kesan bencana di Titi Hayun
[ "Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hari ini berkenan meninjau kesan bencana akibat fenomena kepala air yang berlaku pada 18 Ogos lepas di Titi Hayun di Yan.", "Keberangkatan tiba Sultan Kedah pada 9.45 pagi itu disambut Pegawai Daerah Yan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah.", "Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim dan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Pengajian Tinggi Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Chempedak Datuk Wira Ku Abd Rahman Ku Ismail.", "Sebelum meninjau keadaan di sekitar kawasan Titi Hayun itu, Sultan Sallehuddin dipersembahkan taklimat mengenai kronologi insiden berkenaan oleh Tunku Iskandar Shah, diikuti taklimat daripada Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar Haji serta Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kedah, Perlis dan Pulau Pinang Abdullah Sulaiman.", "Baginda turut berkenan menyampaikan kurniaan peribadi kepada mangsa bencana itu menerusi Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.", "Dalam kenyataan yang diedarkan kepada media, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Paduka Bakar Din memaklumkan Sultan Sallehuddin menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi itu dengan mengharapkan mereka bersabar dan tabah menghadapi dugaan tersebut.", "\"Baginda turut berdoa ke hadrat Allah S.W.T agar roh individu-individu yang terkorban dalam tragedi itu ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,\" katanya.", "Bakar berkata Sultan Kedah berharap fenomena itu dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kepada semua pihak supaya menghargai khazanah alam semula jadi dan memelihara serta menjaga alam sekitar.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/447677
Apa jasa mereka sejak jadi menteri?
[ "ULASAN l Hal yang hendak saya kupas ini mungkin sensitif dan menyinggung perasaan. Jadi saya mulakan dengan memohon ampun kepada sesiapa juga yang berasa tersinggung.", "ULASAN l", "Ada dua aliran pemikiran dalam hal yang hendak saya bahaskan ini.", "Pertama diwakili oleh seorang Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghantar pesanan WhatsApp (tolong, bukan wasap) menyatakan kejelikan melihat menteri setahun jagung (sebenarnya baru empat bulan lebih kurang) dianugerahkan bintang kehormatan (honorific title) negeri Melaka.", "Kedua, seorang penggiat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang juga menghantar pesanan WhatsApp, menuduh langkah Parti Tindakan Demokratik (DAP) menolak bintang kehormatan sebagai “protes atas ketuanan raja-raja Melayu.”", "", "", "Saya amat setuju dengan orang tua bergelar Tun itu. Gunakanlah alasan dan kayu ukur apa pun, tindakan lima menteri itu menerima bintang kehormatan negeri Melaka adalah tidak bijak.", "Ia memberi gambaran bahawa tidak ada sebarang perbezaan di antara menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan para pembesar kerajaan Barisan Nasional yang gilakan pangkat, gelaran dan kekayaan.", "Maaf cakaplah kalau saya katakan ramai dalam parti masing-masing belum jelas apakah jasa mereka sehingga melayakkan mereka menerima darjah kehormatan itu.", "Namun begitu saya tidak menafikan ada sebahagian kecil mereka yang berjasa dan terbukti kerana lama berjuang dalam pembangkang.", "Tetapi yang rakyat nilai sekarang adalah jasa dan prestasi mereka sebagai menteri kabinet HARAPAN.", "Jengkel dan loya", "Jengkel dan loya", "Jengkel dan loya", "Rakyat jelata jengkel. Perbahasan dalam media sosial jelas menunjukkan majoriti rakyat jelata tidak bersetuju malah berasa loya dengan penganugerahan dan penerimaan bintang penghormatan tersebut.", "Soalnya, apakah mereka ini diberikan bintang kerana pangkat mereka besar atau jasa mereka yang besar?", "", "", "Adakah bintang kehormatan diberikan kerana pangkat dan kedudukan atau jasa bakti kepada masyarakat, negeri dan negara?", "Kalau kerana pangkat mereka besar, siapakah yang memberikan mereka pangkat itu?", "Adakah mereka mendapat restu orang atau pihak yang memberikan mereka pangkat yang besar itu sebelum bersetuju menerima bintang kehormatan tersebut?", "Kalau kerana berjasa, apakah jasa mereka yang terserlah sejak menjadi menteri?", "Sebaliknya, di warung kopi pasar tani Pendang, Kedah, semalam saya mendengar rungutan rakyat jelata tentang menteri, menteri besar dan timbalan menteri HARAPAN yang tidak nampak kelibat sejak menang pilihan raya.", "Mereka juga bersungut mengenai banyak masalah harian yang belum diatasi.", "", "", "Seorang daripada mereka bertanya, bolehkah menteri yang lahir dan membesar di bandar raya faham susah payah hidup rakyat jelata di kampung dan desa?", "Menteri yang dimaksudkan itu berkata anugerah bintang Melaka yang diterimanya akan memberikannya semangat untuk lebih tekun berkhidmat kepada rakyat jelata.", "Apakah undi dan mandat rakyat jelata belum memadai untuk memberikan beliau semangat?", "Perlu peka", "Perlu peka", "Perlu peka", "Kalau pemimpin HARAPAN peka atau dalam lain bahasa, lebih baik daripada pemimpin BN, mereka perlulah sedar bahawa kita kini berada dalam persekitaran baru.", "Kita sedang menyusun semula keutamaan dan tingkah laku politik kita. Gerak geri kita sedang diperhatikan oleh semua pihak.", "Kita kena ingat bahawa ketika pilihan raya umum lalu, ada di kalangan anggota golongan feudal yang “berkempen” untuk mengekalkan BN dengan menghina HARAPAN, khususnya pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad.", "Saya setuju dengan pendirian DAP tidak menggalakkan pemimpinnya mengutamakan bintang kebesaran sebaliknya menumpukan perhatian kepada menunaikan amanah rakyat jelata.", "", "", "Bagi saya, ini bukan soal “protes atas ketuanan Raja-raja Melayu” atau apa-apa, tetapi isu dasar. Sepatutnya semua parti HARAPAN mengutamakan khidmat kepada rakyat jelata dan membentuk persekitaran yang lebih sama rata (egalitarian) bukan memanjangkan amalan feudalisme, kelas dan kasta.", "Lagipun bintang kehormatan semakin hari semakin tidak bermakna apabila diberikan seumpama “door gift” majlis kenduri kepada orang yang entah apa-apa latar belakangnya – termasuk ketua kongsi gelap, kaki pukul dan gedebe.", "Melaka bukanlah sebuah negeri besar. Tapi dalam majlis penganugerahan kali ini, selain lima orang menteri, 414 yang lain turun terima bintang dan gelaran.", "Saya harap, dalam Malaysia baru ini marilah kita muliakan balik institusi-institusi negara agar masing-masing berada di tempat yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.", "Ingatlah tidak seorang pun yang memijak bumi Malaysia dan menjunjung langitnya berada di atas Perlembagaan. Kita semua tertakluk kepada Perlembagaan.", "", "", "Dan selagi kerajaan HARAPAN berkuasa – atas penentuan rakyat jelata - tolonglah utamakan perkhidmatan. Belum terlambat memperbetulkan kesilapan. Jadikan cerita bintang Melaka ini sebagai teladan dan sempadan.", "", "DATUK A KADIR JASIN ialah penasihat media dan komunikasi di Jabatan Perdana Menteri. Beliau bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd dan kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu.", "DATUK A KADIR JASIN", "Walau bagaimanapun, tulisan ini dibuat atas kapasitinya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang dipegangnya. Tulisan ini juga tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.", "Malaysiakini" ]
https://www.malaysiakini.com/news/353593
Zaid: Jika tak salah, mengapa Najib 'tutup sini, pecat sana'?
[ "Bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan sama ada tindakan Datuk Seri Najib Abdul Razak sepadan dengan penegasan perdana menteri tidak bersalah dan tidak kena mengena dengan skandal 1MDB.", "\"Seseorang yang tidak bersalah tidak akan membataskan siasatan polis hanya kepada aspek tertentu, pecat timbalannya, pecat Peguam Negara dan lain-lain,\" kata Zaid dalam blognya hari ini.", "Ujar beliau, walaupun begitu, mereka yang berhati batu tetap mempertahankan perdana menteri dan menerima bulat-bulat setiap tutur katanya.", "\"Di Malaysia, kita ada orang berhati batu yang tidak mahukan siasatan polis yang bebas. Mereka lebih selesa jika ia tidak dilakukan atau hanya dilaksanakan separuh jalan.", "\"Apa yang kita ada ialah mereka yang mengiyakan segala apa yang dikatakan oleh perdana menteri sebagai benar. Apabila perdana menteri kata ia adalah sumbangan Arab Saudi, maka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjawab: 'Ya, memang benar'.", "\"Ini bukan sesuatu penyiasatan, ia adalah tutup kes. Tutup sana, tutup sini, pecat sana pecat sini,\" jelas beliau lagi.", "Tambah Zaid, mereka yang berhati batu dalam Umno dan PAS dengan mereka seolah-olah tidak memahami apa yang perdana menteri telah dilakukan.", "Beliau menggesa mereka untuk membaca penemuan siasatan Biro Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat yang memperincikan bagaimana lebih AS$3.5 bilion boleh lenyap daripada 1MDB.", "Baru-baru ini, Zaid menyeru Najib agar menyahut cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berdebat di televisyen.", "\"Mengapa Najib takut untuk berdebat Tun M (Mahathir)?\" tanya Zaid lagi.", "\"Saya fikir beliau sentiasa tenang dan yakin atas kesnya. Itulah yang beliau beritahu (bekas Timbalan Perdana Menteri) Tun Musa (Hitam) dan mereka lain yang rapat dengannya.", "\"Oleh itu, berilah kami rakyat biasa mendengar PM patahkan hujah Tun M satu demi satu,\" kata Zaid lagi.", "[Baca berita penuh]", "[Baca berita penuh]" ]
https://www.malaysiakini.com/news/92036
Replika Anwar ingin dikekalkan hingga Krismas
[ "\n\ndikemaskini\n\nImej besar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menimbulkan kontroversi, akan diruntuhkan awal bulan depan jika permohonan mereka melanjutkan tempoh penegakannya tidak diluluskan.\n", "\ndikemaskini\n", "\n\"Permit tamat 4 November ini. Kita ingat mahu minta sambung (kelulusan). Tetapi kalau tidak dapat, tidak mengapalah, saya turunkanlah,\" kata pengelola projek itu R Viriya kepada\n\nMalaysiakini\n\nhari ini.\n", "\nMalaysiakini\n", "\nTambahnya, beliau berharap dapat mengekalkan imej setinggi 12.2 meter tersebut di satu simpang dekat Wisma Keringat, Batu Caves untuk tempoh kira-kira dua bulan lagi sehingga sambutan hari natal dan tahun baru.\n", "\n\nEkoran itu, kata Viriya, beliau bercadang menemui wakil rakyat Batu Caves, Amiruddin Shari bagi mendapatkan pandangan beliau.\n", "", "\nBagaimanapun, tambahnya, permohonan baru untuk melanjutkan tempoh belum dibuat kepada pihak berkenaan Majlis Perbandaran Selayang.\n", "\n\"Mungkin dalam dua hari lagi (akan memohon),\" kata Viriya yang juga timbalan pengerusi persatuan penduduk Kampung Indian Settlement dekat situ.\n", "\nPenegakan imej itu genap sebulan lalu mula mencetuskan kontroversi apabila mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin awal bulan ini dilaporkan mendakwa imej itu \"berunsur keberhalaan\" dan \"perlu dihapuskan dengan segera.\"\n", "\nPerkara itu bagaimanapun dinafikan Amiruddin, juga naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), yang menjelaskan \"tidak pernah wujud aktiviti keberhalaan di tempat itu\".\n", "\nViriya sebelum ini berkata, penduduk setempat bersedia untuk merobohkannya jika kontroversi berlarutan berhubung penegakan replika gergasi itu.\n", "\nKatanya, imej besar berharga RM5,000 itu yang dibina sempena sambutan hari raya awal bulan ini dan Deepavali semalam.\n", "\nPemuda PAS Selangor bagaimanapun menafikan imej gergasi itu termasuk dalam kategori patung yang diharamkan dalam ajaran Islam.\n", "\nReplika ini dibina menggunakan duit sumbangan masyarakat setempat.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/100551
Norza boleh, kenapa Ali Rustam tidak?
[ "\n\nkemaskini 8.22pm\n\nDatuk Seri Mohd Ali Rustam tidak boleh dihalang bertanding timbalan presiden Umno seperti Datuk Norza Zakaria boleh merebut jawatan walaupun didakwa rasuah, kata Tengku Razaleigh Hamzah.\n", "\nkemaskini 8.22pm\n", "\n\"Apa yang ditetapkan terhadap Norza, harus ditetapkan untuk Mohd Ali juga,\" kata ahli parlimen Gua Musang, mengulas larangan terhadap naib presiden Umno itu oleh lembaga disiplin.\n", "\nNorza, ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, dihadapkan ke mahkamah, Jumaat lalu, oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama seorang agennya berhubung politik wang dalam parti itu.\n", "\nBeliau, kini seorang anggota Majlis Tertinggi, bersaing bagi mengekalkan jawatannya dalam badan terpenting Umno itu.\n", "\nMenulis di blognya hari ini, Tengku Razaleigh berkata tindakan lembaga disiplin menyekat Mohd Ali bercanggah dengan haknya sebagai ahli untuk dilantik dan melantik.\n", "\n\"Lembaga disiplin boleh membuang beberapa keistimewaan tetapi bukan hak seperti termaktub dalam perlembagaan,\" katanya.\n", "\n\"Perlembagaan Umno tidak boleh ditafsirkan berbeza daripada Akta Pertubuhan.\"\n", "\n\nSelagi Mohd Ali tidak digantung keahliannya, kata bekas naib presiden Umno itu, \"adalah salah menyekatnya daripada bertanding seperti juga salah menghalangnya daripada membuang undi (dalam pemilihan Umno).\"\n", "", "\nBeliau mencadangkan Mohd Ali, yang juga ketua menteri Melaka, membuat rayuan kepada Pendaftar Pertubuhan bagi menghalang pemilihan parti itu, yang dijadual minggu depan, jika beliau disekat secara tidak sah daripada pertandingan tersebut.\n", "\n\"Setidak-tidaknya, rayuannya terhadap hukuman (lembaga disiplin) itu haruslah didengar sebelum pemilihan parti minggu depan,\" kata Tengku Razaleigh lagi.\n", "\nMohd Ali, calon popular untuk jawatan nombor dua Umno, didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejennya yang didapati bersalah terbabit melakukan sogokan politik.\n", "\nSewaktu ditemubual\n\nMalaysiakini\n\npetang ini\n\n(foto)\n\n, Tengku Razaleigh berkata beliau tidak faham kenapa Mohd Ali tidak digantung daripada Umno walau didapati bersalah.\n", "\nMalaysiakini\n", "\n(foto)\n", "\n\"Saya fikir lembaga disiplin terlepas pandang perkara ini,\" katanya.\n", "\n\n\nBaca berita penuh\n\n\n", "\n\nBaca berita penuh\n\n", "\nBaca berita penuh\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/334422
'Saya bukan pencuri harta rakyat'
[ "\nPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertekad untuk terus berjuang mempertahankan kepimpinannya demi pembangunan ekonomi negara dan kebajikan rakyat.\n", "\nNajib berkata beliau bukanlah seorang pencuri harta rakyat seperti yang digambarkan oleh pihak yang ingin menjatuhkannya, yang disifatkannya sebagai sengaja dilakukan untuk memburukkan imej beliau sebagai pemimpin nombor satu negara.\n", "\n\"Tuan-tuan dah kenal saya. Saya ini bukanlah (seperti) apa yang dikatakan oleh orang belah sana (yang ingin menjatuhkannya). Saya bukanlah macam itu. Saya telah jaga Pahang (dan negara) dengan sebaik-baiknya.\n", "\n\"Kalau saya nak rompak dah lama saya rompak hutan (balak) sini (Pahang). Saya tidak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tidak ambil, saya tidak ambil lombong bauksit, saya tidak ambil apa-apa.\n", "\n\"Bila saya jadi perdana menteri saya tidak ubah pendirian saya, saya tidak akan ambil harta rakyat, jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya perdana menteri untuk rakyat,\" katanya di majlis Himpunan Solidariti di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di Kuantan hari ini.\n", "\nHimpunan itu diadakan bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Najib dan dihadiri lebih 5,000 anggota dan pemimpin Umno dan BN daripada 14 Umno bahagian di negeri ini.\n", "\nTurut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.\n", "\nSelain itu, perdana menteri turut meminta rakyat di negara ini khasnya anggota parti supaya tidak memperdulikan kerjasama politik bekas pemimpin Umno dan pihak pembangkang kerana ia tidak mendatangkan manfaat berbanding langkah kerajaan selama ini yang telah banyak membuat kebajikan untuk rakyat.\n", "\n\"Kita (pemimpin kerajaan) buat kerja, kita jaga ekonomi, kita nak orang muda ada pekerjaan, memperkembangkan ekonomi, kita nak jaga orang kampung, kita nak bangunkan kawasan bandar, pinggir bandar, pesisiran pantai, gunung, semua kita kena jaga,\" katanya.\n", "\n\n\nDr M dulu kata lain, sekarang lain\n\n\n", "\n\nDr M dulu kata lain, sekarang lain\n\n", "\nDr M dulu kata lain, sekarang lain\n", "\nDalam masa yang sama Najib turut menempelak tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melancarkan deklarasi bersama-sama pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinannya.\n", "\nBeliau berkata tindakan itu jelas bertentangan prinsip yang dipegang oleh Dr Mahathir selama 22 tahun menerajui kepimpinan negara apabila cuba menjatuhkan kerajaan dan menukar perdana menteri dipilih rakyat dengan cara tidak demokrasi.\n", "\n\"22 tahun kutuk parti DAP... kata Kit Siang (veteran DAP Lim Kit Siang) rasis...kata DAP parti cauvinis, menidakkan hak orang Melayu, menekan Islam, kita dah dengar ucapan-ucapan dia.\n", "\n\"Ini bukan saya kata, ini Dr Mahathir sendiri kata selama 22 tahun ... hari ini dia duduk sebelah siapa, dia 'sign' (tandatangan) deklarasi rakyat dengan siapa?\" soalnya.\n", "\nNajib berkata Dr Mahathir, beberapa bekas pemimpin UMNO dan pembangkang tidak wajar menjatuhkan kerajaan dengan cara demonstrasi jalanan dan tunjuk perasaan seperti yang dirancang oleh pihak berkenaan sebelum ini.\n", "\n\"Dulu (Dr Mahathir) kata demonstrasi jalanan salah di sisi undang-undang. Dulu kata salah dari segi prinsip demokrasi. Tapi sekarang ini lain pula,\" katanya.\n", "\nPada 4 Mac lepas, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan dan Lim adalah antara lebih 50 individu menandatangani deklarasi menyokong penyingkiran Najib, diketuai Dr Mahathir.\n", "\n\n\nI'm not alone\n\n\n", "\n\nI'm not alone\n\n", "\nI'm not alone\n", "\nDalam pada itu, Najib mengucapkan terima kasih kepada rakyat Pahang yang hadir pada Himpunan Solidariti hari ini untuk menyatakan sokongan terhadap kepimpinannya.\n", "\nPerdana Menteri berkata beliau berasa gembira dengan keadaan itu kerana ia menggambarkan beliau tidak keseorangan dalam menghadapi pelbagai ujian dan cabaran dalam memimpin negara.\n", "\n\"Sebagai anak watan Pahang hati ini terubat hari ini. Walaupun diserang daripada mana-mana pun, tetapi kalau 'askar' saya ini seperti hari ini, saya tidak keseorangan, I'm not alone,\" katanya.\n", "\n\n-Bernama\n\n", "\n-Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/114932
Pensyarah diseru tumpukan kajian politik
[ "\nGolongan cendekiawan di institusi pengajian tinggi disaran memberi tumpuan dalam bidang penyelidikan politik.\n", "\nTimbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata matlamatnya bagi memberikan satu pemikiran baru dalam politik tanah air yang lebih sihat dan segar daripada apa yang ada pada hari ini.\n", "\nSaifuddin, yang juga pernah menghasilkan buku bertajuk \"Politik Baru\", berkata cendekiawan IPT perlu menjurus penyelidikan politik mereka kepada kepelbagaian kaum, kesaksamaan gender dan penyertaan mengikut kaum.\n", "\nBercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Anugerah Hasil Penyelidikan Fakulti Ekologi 2009 di Universiti Putra Malaysia hari ini.\n", "\nBeliau berkata kini sebahagian daripada ahli dan pemimpin politik ketandusan idea bernas bagi menguatkan parti selain asyik canggah-menyanggah walaupun idea yang dikemukan itu bernas.\n", "\n\"Sudah tiba masanya ahli politik dan pemimpin politik mengetepikan percanggahan ideologi politik mereka buat seketika dan mendengar pendapat cendekiawan bagi mewujudkan fenomena politik tanah air yang lebih baik,\" katanya.\n\nBERNAMA\n\n", "\nBERNAMA\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/441476
Prasarana dapat presiden, CEO baru
[ "Kementerian Kewangan hari ini, mengumumkan pelantikan Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) yang baharu, berkuatkuasa hari ini.", "Beliau akan mengambil alih tugas Masnizam Hisham yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 2 September 2018.", "Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan memaklumkan, Mohamed Hazlan yang berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan awam daripada Imperial College of Science and Technology, London, pada 1988, mempunyai pengalaman luas serta rekod perkhidmatan dalam bidang pengangkutan awam, minyak dan gas, pos serta lebuh raya.", "Jawatan yang pernah disandangnya termasuk Pengarah Kumpulan dalam beberapa bahagian DRB-Hicom, Ketua Pegawai Operasi RapidKL, Ketua Pegawai Operasi Unit Strategik POS Malaysia Berhad dan Pengurus Besar Bahagian Operasi Plus Expressways, katanya.", "\"Beliau akan bertanggungjawab mentakrifkan hala tuju baharu Prasarana supaya pencapaian operasi Prasarana dalam sektor pengangkutan awam dapat dipertingkatkan.", "\"Pada masa sama, Mohamed Hazlan juga mempunyai peranan yang besar untuk melaksanakan penstrukturan semula syarikat bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan bagi merekodkan tahap pembiayaan kewangan yang lebih berkesan dan mampan,\" jelas Lim.", "Pada tahun 2017, kumpulan Prasarana mencatat pendapatan sebanyak RM846 juta tetapi mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM2.467 bilion.", "Di samping itu, Lim turut merakamkan perhargaan kepada Masnizam atas perkhidmatan beliau sejak dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bermula 18 Januari 2018 hingga 2 September 2018.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/159136
Lori rempuh belakang bas, seorang maut, 6 parah
[ "\nSeorang penumpang maut, manakala enam lagi parah apabila bas persiaran yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan dua buah lori di Km 341.9 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Bidor awal hari ini.\n", "\n    \n", "\nKetua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek Ahmad berkata yang terbunuh dikenal pasti sebagai [email protected] Md Din, 74, dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang.\n", "[email protected]", "\n    \n", "\nPolis masih mengenal pasti mereka yang parah dalam kejadian pukul 4.50 pagi itu yang turut menyaksikan 35 lagi termasuk pemandu bas cedera ringan, katanya kepada pemberita di Tapah.\n", "\n    \n", "\nBeliau berkata semua yang parah dihantar ke Hospital Tapah, Teluk Intan dan Ipoh, manakala yang cedera ringan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tapah.\n", "\n    \n", "\nBas itu katanya, membawa 43 penumpang terdiri daripada anggota rombongan yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Nilai, Negeri Sembilan.\n", "\n    \n", "\n\"Ketika tiba di tempat kejadian, bas terbabit dipercayai merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan bahan mentah.\n", "\n    \n", "\n\"Pemandu kemudian memberhentikan bas itu dan menurunkan penumpang sebelum sebuah lori yang membawa muatan kertas merempuh bahagian belakang bas terbabit termasuk beberapa penumpang yang sudah turun daripada bas tersebut,\" katanya.\n", "\n    \n", "\nRoslan berkata pasukan bomba dan penyelamat yang dikejarkan ke tempat kejadian mengambil masa hampir satu jam untuk  mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit.\n", "\n    \n", "\nPunca sebenar kejadian sedang disiasat, katanya.\n", "\n\n- Bernama\n\n", "\n- Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/462781
DAP Kelantan dakwa dianaktirikan kerajaan PH
[ "Pengerusi DAP Kelantan Chua Chin Hui mendakwa pimpinan parti di negeri itu disisihkan apabila tidak diberikan sebarang jawatan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) di peringkat persekutuan.", "Chua berkata, keadaan itu berbeza dengan Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PKR Kelantan yang diberikan jawatan sama ada sebagai senator atau pengerusi badan berkanun.", "Terbaru, katanya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg).", "\"Barisan jawatankuasa DAP Kelantan rasa tersisih dan kesal apabila tiada sebarang jawatan diberikan. Kami rasa seperti dianaktirikan oleh kerajaan Pakatan Harapan. ", "\"Tidak seperti parti-parti lain dalam PH di sini, masing-masing diberi jawatan sama ada sebagai senator atau pengerusi badan berkanun,\" katanya kepada Malaysiakini di Kota Bharu, hari ini. ", "Malaysiakini", "Semalam isu pengagihan jawatan antara parti-parti gabungan PH dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa DAP Kelantan.", "Menurut Chua ketika pentadbiran BN sebelum pilihan raya umum lalu, gabungan itu turut mengagihkan jawatan kepada wakil parti komponen di peringkat negeri.", "\"Masa zaman BN sebelum ini parti seperti MCA dan Gerakan pun diberi jawatan untuk memudahkan mereka menjalankan tugas dan membantu rakyat walaupun Kelantan diperintah PAS,\" ujar Chua. ", "Justeru beliau mempersoalkan mengapa anggota DAP tidak diberikan sebarang jawatan sedangkan parti itu juga memainkan peranan dalam pentadbiran PH termasuk di Kelantan.", "\"Kami rasa agak kecewa sudah sembilan bulan PH mentadbir Malaysia tetapi keadaan ini masih berlaku,\" katanya. " ]
https://www.malaysiakini.com/news/580410
5,812 kes baru Covid-19, purata kes harian menurun
[ "Menjelang tiga hari sebelum sekatan penuh Covid-19 dijadual ditamatkan, Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,812 kes Covid-19 baru.", "Sekatan penuh ketika ini mula berkuat kuasa pada 1 Jun dan dijadual berakhir pada hari Isnin ini.", "Selama seminggu sebelum bermulanya sekatan penuh, purata tujuh hari untuk kes Covid-19 harian baru berdasarkan pada 7,680 dan 109,101 sampel ujian yang diambil.", "Purata dalam tujuh hari terakhir adalah 5,350 dan 74,708 sampel ujian.", "Apabila kedua-dua tempoh tersebut dibandingkan, jumlah kes turun 30.3 peratus manakala penurunan jumlah sampel yang diambil adalah 31.5 peratus.", "Kes aktif: 60,117Pesakit di ICU: 870Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 433", "Kes aktif: 60,117Pesakit di ICU: 870Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 433", "", "Pesakit di ICU: 870", "", "Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 433", "", "Bilangan kes baru mengikut negeri:", "Bilangan kes baru mengikut negeri:", "Selangor (2,187)Kuala Lumpur (771)Sarawak (673)Negeri Sembilan (658)Pulau Pinang (270)Melaka (223)Johor (196)Kedah (186)Sabah (156)Pahang (139)Labuan (123)Kelantan (98)Perak (72)Terengganu (46)Putrajaya (14)", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "Di Selangor (2,187) situasi sangat membimbangkan apabila satu daripada 5.1 kes baru hanya dikesan apabila pesakit Covid-19 melaporkan gejala tetapi tidak berkaitan dengan kluster atau kontak rapat sedia ada.", "Setakat semalam, R-naught negara adalah 0.98. Angka R-naught kurang dari 1.00 menunjukkan bahawa penyebaran Covid-19 semakin perlahan.", "Bagaimanapu, R-naugh mula mencatatkan kenaikan dari paras rendah 0.90 pada 12 Jun.", "Pada peringkat mikro, buat masa ini, satu-satunya negeri di mana R-naught lebih 1.00 adalah Negeri Sembilan (1.06). Selangor, Melaka, Labuan dan Sarawak hampir mencecah R-naught 1.00.", "Kematian", "Kematian", "Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 82 kematian lagi disebabkan Covid-19. Angka kematian keseluruhan kini 4,803 orang.", "Terdapat 2,007 orang yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada bulan Jun sahaja, atau 41.8 peratus daripada semua kematian Covid-19 yang dilaporkan setakat ini.", "Secara purata, 80 orang mati akibat Covid-19 setiap hari atau sekitar 3.3 kematian setiap sejam.", "Sebelas mangsa yang dilaporkan hari ini berusia 40 tahun ke bawah. Seramai 17 lagi mangsa dinyatakan mati ketika tiba di hospital.", "Selangor (31) mempunyai jumlah kes kematian baru terbanyak diikuti oleh Kuala Lumpur (18), Johor (8), Negeri Sembilan (5), Sarawak (4), Pahang (3), Kedah (3), Labuan (3), Kelantan (2), Pulau Pinang (2), Perak (1), Sabah (1) dan Melaka (1).", "Selangor (31) mempunyai jumlah kes kematian baru terbanyak diikuti oleh Kuala Lumpur (18), Johor (8), Negeri Sembilan (5), Sarawak (4), Pahang (3), Kedah (3), Labuan (3), Kelantan (2), Pulau Pinang (2), Perak (1), Sabah (1) dan Melaka (1).", "Kluster", "Kluster", "Kementerian Kesihatan kini memantau 873 kluster Covid-19 yang aktif, meningkat daripada 577 pada 25 Mei.", "Kementerian Kesihatan hari ini mengklasifikasikan 21 kluster baru di mana 18 daripadanya adalah melibatkan tempat kerja.", "Tapak Bina Lebuh 2Kategori: Tempat KerjaNegeri: SelangorDaerah: SepangJumlah yang dijangkiti: 28 daripada 685 disaring", "Tapak Bina Lebuh 2", "", "Kategori: Tempat Kerja", "", "Negeri: Selangor", "", "Daerah: Sepang", "", "Jumlah yang dijangkiti: 28 daripada 685 disaring", "Tapak Bina Jalan CityKategori: Tempat KerjaNegeri: SelangorDaerah: SepangJumlah yang dijangkiti: 49 daripada 510 disaring", "Tapak Bina Jalan City", "", "Kategori: Tempat Kerja", "", "Negeri: Selangor", "", "Daerah: Sepang", "", "Jumlah yang dijangkiti: 49 daripada 510 disaring", "Perindustrian Jalan Seruling 59Kategori: Tempat KerjaNegeri: SelangorDaerah: KlangJumlah yang dijangkiti: 70 daripada 178 disaring", "Perindustrian Jalan Seruling 59", "", "Kategori: Tempat Kerja", "", "Negeri: Selangor", "", "Daerah: Klang", "", "Jumlah yang dijangkiti: 70 daripada 178 disaring", "Industri SS Lapan DuaKategori: Tempat KerjaNegeri: SelangorDaerah: PetalingJumlah yang dijangkiti: 115 daripada 527 disaring", "Industri SS Lapan Dua", "", "Kategori: Tempat Kerja", "", "Negeri: Selangor", "", "Daerah: Petaling", "", "Jumlah yang dijangkiti: 115 daripada 527 disaring", "Industri Jalan NortonKategori: Tempat KerjaNegeri: SelangorDaerah: Kuala LangatJumlah yang dijangkiti: 7 daripada 28 disaring", "Industri Jalan Norton", "", "Kategori: Tempat Kerja", "", "Negeri: Selangor", "", "Daerah: Kuala Langat", "", "Jumlah yang dijangkiti: 7 daripada 28 disaring", "Jalan Cyberia DuaKategori: Tempat KerjaNegeri: SelangorDaerah: Sepang dan Kuala LangatJumlah yang dijangkiti: 13 daripada 29 disaring", "Jalan Cyberia Dua", "", "Kategori: Tempat Kerja", "", "Negeri: Selangor", "", "Daerah: Sepang dan Kuala Langat", "", "Jumlah yang dijangkiti: 13 daripada 29 disaring", "Perindustrian Kilometer 17 RawangKategori: Tempat KerjaNegeri: SelangorDaerah: GombakJumlah yang dijangkiti: 9 daripada 29 disaring", "Perindustrian Kilometer 17 Rawang", "", "Kategori: Tempat Kerja", "", "Negeri: Selangor", "", "Daerah: Gombak", "", "Jumlah yang dijangkiti: 9 daripada 29 disaring", "Dua Depan Air Jalan AmpangKategori: Tempat KerjaNegeri: Selangor dan Kuala LumpurDaerah: Hulu Langat, Gombak dan KepongJumlah yang dijangkiti: 39 daripada 51 disaring", "Dua Depan Air Jalan Ampang", "", "Kategori: Tempat Kerja", "", "Negeri: Selangor dan Kuala Lumpur", "", "Daerah: Hulu Langat, Gombak dan Kepong", "", "Jumlah yang dijangkiti: 39 daripada 51 disaring", "Tapak Bina Jalan UtaraKategori: Tempat KerjaNegeri: Kuala LumpurDaerah: Lembah Pantai dan CherasJumlah yang dijangkiti: 16 daripada 68 disaring", "Tapak Bina Jalan Utara", "", "Kategori: Tempat Kerja", "", "Negeri: Kuala Lumpur", "", "Daerah: Lembah Pantai dan Cheras", "", "Jumlah yang dijangkiti: 16 daripada 68 disaring", "Tapak Bina Matahari 2Kategori: Tempat KerjaNegeri: Kuala LumpurDaerah: TitiwangsaJumlah yang dijangkiti: 142 dari 220 disaring", "Tapak Bina Matahari 2", "", "Kategori: Tempat Kerja", "", "Negeri: Kuala Lumpur", "", "Daerah: Titiwangsa", "", "Jumlah yang dijangkiti: 142 dari 220 disaring", "Jalan Taman Ibu KotaKategori: Tempat KerjaNegeri: Kuala LumpurDaerah: TitiwangsaJumlah yang dijangkiti: 13 daripada 43 disaring", "Jalan Taman Ibu Kota", "", "Kategori: Tempat Kerja", "", "Negeri: Kuala Lumpur", "", "Daerah: Titiwangsa", "", "Jumlah yang dijangkiti: 13 daripada 43 disaring", "Jalan Raja Muda MusaKategori: Tempat KerjaNegeri: Kuala LumpurDaerah: TitiwangsaJumlah yang dijangkiti: 9 daripada 64 disaring", "Jalan Raja Muda Musa", "", "Kategori: Tempat Kerja", "", "Negeri: Kuala Lumpur", "", "Daerah: Titiwangsa", "", "Jumlah yang dijangkiti: 9 daripada 64 disaring", "Jalan Nirwana DuaKategori: Tempat KerjaNegeri: MelakaDaerah: Melaka TengahJumlah yang dijangkiti: 23 daripada 88 disaring", "Jalan Nirwana Dua", "", "Kategori: Tempat Kerja", "", "Negeri: Melaka", "", "Daerah: Melaka Tengah", "", "Jumlah yang dijangkiti: 23 daripada 88 disaring", "Aik WakafKategori: Tempat KerjaNegeri: KelantanDaerah: Bachok dan Kota BharuJumlah yang dijangkiti: 13 daripada 64 disaring", "Aik Wakaf", "", "Kategori: Tempat Kerja", "", "Negeri: Kelantan", "", "Daerah: Bachok dan Kota Bharu", "", "Jumlah yang dijangkiti: 13 daripada 64 disaring", "Jalan Kampung JawaKategori: Tempat KerjaNegeri: Pulau PinangDaerah: Timur Laut dan Barat DayaJumlah yang dijangkiti: 14 daripada 824 disaring", "Jalan Kampung Jawa", "", "Kategori: Tempat Kerja", "", "Negeri: Pulau Pinang", "", "Daerah: Timur Laut dan Barat Daya", "", "Jumlah yang dijangkiti: 14 daripada 824 disaring", "Kailan TringkapKategori: Tempat KerjaNegeri: Pahang dan PerakDaerah: Tanah Tinggi Cameron dan KintaJumlah yang dijangkiti: 17 daripada 32 disaring", "Kailan Tringkap", "", "Kategori: Tempat Kerja", "", "Negeri: Pahang dan Perak", "", "Daerah: Tanah Tinggi Cameron dan Kinta", "", "Jumlah yang dijangkiti: 17 daripada 32 disaring", "Dah 11 Industri Sungai PetaniKategori: Tempat KerjaNegeri: KedahDaerah: Kuala MudaJumlah yang dijangkiti: 21 daripada 149 disaring", "Dah 11 Industri Sungai Petani", "", "Kategori: Tempat Kerja", "", "Negeri: Kedah", "", "Daerah: Kuala Muda", "", "Jumlah yang dijangkiti: 21 daripada 149 disaring", "Jalan Kidurong LimaKategori: Tempat KerjaNegeri: SarawakDaerah: Bintulu dan SebauhJumlah yang dijangkiti: 20 daripada 116 disaring", "Jalan Kidurong Lima", "", "Kategori: Tempat Kerja", "", "Negeri: Sarawak", "", "Daerah: Bintulu dan Sebauh", "", "Jumlah yang dijangkiti: 20 daripada 116 disaring", "Pengkalan GelugorKategori: KomunitiNegeri: TerengganuDaerah: Kuala Nerus dan Kuala TerengganuJumlah yang dijangkiti: 31 daripada 90 disaring", "Pengkalan Gelugor", "", "Kategori: Komuniti", "", "Negeri: Terengganu", "", "Daerah: Kuala Nerus dan Kuala Terengganu", "", "Jumlah yang dijangkiti: 31 daripada 90 disaring", "Jalan Laksamana IntanKategori: KomunitiNegeri: PerakDaerah: Hilir PerakJumlah yang dijangkiti: 14 daripada 64 disaring", "Jalan Laksamana Intan", "", "Kategori: Komuniti", "", "Negeri: Perak", "", "Daerah: Hilir Perak", "", "Jumlah yang dijangkiti: 14 daripada 64 disaring", "Kilometer 23 Puncak BorneoKategori: Pusat TahananNegeri: SarawakDaerah: KuchingJumlah yang dijangkiti: 65 daripada 122 disaring", "Kilometer 23 Puncak Borneo", "", "Kategori: Pusat Tahanan", "", "Negeri: Sarawak", "", "Daerah: Kuching", "", "Jumlah yang dijangkiti: 65 daripada 122 disaring" ]
https://www.malaysiakini.com/news/513419
Audio Najib didedah untuk elak tutup salah laku : Bos SPRM
[ "", "", "", "KES SRC NAJIB | Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan klip audio perbualan telefon Najib Razak untuk menghalang mana-mana pihak daripada cuba menutup kemungkinan sebarang salah laku.", "KES SRC NAJIB", "Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, kandungan rakaman itu adalah lebih penting daripada mengetahui sama ada rakaman itu diperoleh secara tidak sah atau dipintas.", "Beliau berkata demikian ketika disapina untuk memberi keterangan sebagai saksi pembelaan berhubung kes dakwaan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas perdana menteri itu.", " ", "Oleh itu, kata Latheefa, berdasarkan \"kepentingan awam\", adalah penting bagi orang ramai untuk mendengar klip audio berkenaan.", "\n", "\"Isi kandungannya lebih penting, sama ada ia menyalahi undang-undang atau dipintas, ia (sidang media itu) perlu dilakukan.", "", "\"Jadi orang ramai tahu, jangan berulang lagi, peguam negara atau PMO boleh terbabit dalam kesalahan seperti mendedahkan maklumat rahsia, mengganggu atau mereka-reka bukti dengan tujuan untuk mengelakkan pendakwaan,\" katanya ketika disoal peguam utama Muhammad Shafee Abdullah.", "Pada 8 Jan, SPRM mengeluarkan rakaman audio perbualan, yang turut melibatkan pembocoran maklumat dari Jabatan Peguam Negara kepada Najib berhubung siasatan 1MDB pada 2016.", "Antara rakaman itu adalah perbualan telefon di antara Najib dan isterinya Rosmah Mansor, serta antara Najib dan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad, yang bersama Pejabat Peguam Negara pada ketika itu.", "Latheefa membuat kenyataan itu selepas diasak Shafee hari ini sama ada rakaman itu tidak sah dan jika badan anti-rasuah itu mempunyai kuasa untuk memintas panggilan telefon perdana menteri ketika itu.", "\n", " ", " ", " ", "", "Shafee juga mendakwa rakaman audio itu tidak diperolehi sebagai \"hasil penyiasatan\" oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan pada masa itu.", "", "Latheefa memberitahu di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, bahawa SPRM telah menentukan rakaman berlaku antara Januari hingga Julai 2016. ", "Shafee: Siapa AG ketika itu? ", "Shafee", "Saksi: (Mohamed) Apandi Ali ", "Saksi: ", "Shafee: Adakah sesiapa bercakap kepada peguam negara sama ada beliau telah memberi kuasa kepada SPRM menjalankan pemintasan kepada perdana menteri ketika itu, atau Setiausaha Sulit (Najib) Shukry (Mohd Salleh), atau (bekas pengerusi Tabung Haji) Abdul Azeez Rahim? Adakah anda pernah mendapat kuasa ini?", "Shafee: ", "Saksi: Kami tidak mendapat (kuasa). Saya tidak mendapat kemas kini atau status siasatan. ", "Saksi:", "Shafee: Anda mengatakan bahawa anda tidak boleh mendedahkan butir-butir yang berkaitan dengan isu-isu SPRM.", "Shafee: ", "Saksi: Saya tidak tahu asal-usul rakaman itu, bermakna saya tidak boleh mengesahkan sama ada ia adalah satu pemintasan, atau rakaman oleh pihak polis. ", "Saksi:", "Shafee: Mungkinkah ia dirakam secara haram? ", "Shafee:", "Saksi: Boleh jadi.", "Saksi:", "Shafee: Jika anda melayan tanggapan bahawa ini mungkin satu rakaman haram, saya (Latheefa) tidak boleh memihak kepadanya. Saya seorang Ketua Pesuruhjaya. Adakah anda mempertimbangkan ini?", "Shafee: ", "Saksi: Saya tidak melihat apa-apa yang haram mengenainya. Saya tidak pernah melihat ia sebagai perkara yang menyalahi undang-undang.", "Saksi:", "Pada 26 Jan 2016, Apandi yang merupakan peguam negara ketika itu mengumumkan beliau telah membersihkan perdana menteri dan menteri kewangan Najib daripada sebarang salah laku dalam kes-kes 1MDB dan SRC International. SRC International adalah bekas anak syarikat 1MDB.", "Pengumuman itu membawa kepada dakwaan Apandi cuba menutupi kes berkenaan, terutamanya kerana hanya enam bulan selepas pemecatan pendahulunya Abdul Gani Patail dan penyingkiran Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 2015.", "\n", " ", " ", " ", "", "Gani yang terlibat dalam pasukan petugas menyiasat 1MDB dan Muhyiddin, yang baru-baru ini mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, secara terbuka mempersoalkan cara bagaimana dana itu dikendalikan.", "", "Sementara itu, pada prosiding hari ini, selain daripada kesahihan klip audio yang bocor, Shafee juga mempersoalkan kebolehterimaannya sebagai bukti di mahkamah. ", "Oleh itu, Nazlan menetapkan Isnin untuk penghujahan mengenai kebolehterimaan rakaman audio berkenaan.", "Latheefa juga dijangka akan menyambung keterangannya pada hari berkenaan.", "Najib, 66, menghadapi tujuh pertuduhan - satu membabitkan dakwaan penyalahgunaan kuasa, tiga tuduhan pecah amanah (CBT) dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan  dana RM42 juta SRC International. " ]
https://www.malaysiakini.com/news/325421
Hubungan diplomatik Arab Saudi-Iran putus
[ "\n\nGLOBAL\n\nl Susulan penunjuk perasaan memecah masuk kedutaan Arab Saudi di Teheran kerana membantah tindakan Riyadh yang melaksanakan hukuman mati ke atas seorang ulama Syiah, negara itu semalam memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Iran.\n", "\nGLOBAL\n", "\n\nChannel News Asia\n\nmelaporkan, Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir mengumumkan perkara itu pada satu sidang akhbar di Riyadh.\n", "\nChannel News Asia\n", "\nKatanya, duta dan kakitangan diplomat Iran diberikan tempoh 48 jam untuk keluar dari negara itu.\n", "\nSementara itu,\n\nIRNA\n\nmemetik Timbalan Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdollahian berkata keputusan Arab Saudi itu tidak akan mengalih perhatian dunia terhadap 'kesilapan besar' Riyadh.\n", "\nIRNA\n", "\nKatanya, biarpun Riyadh mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik, Arab Saudi tidak dapat membuat dunia lupa tentang kesilapan besarnya melaksanakan hukuman mati ke atas seorang ulama.\n", "\nMenurut Hossein Amir, Arab Saudi melakukan \"kesilapan strategik dalam menerima pakai keputusan yang keras dan terburu-buru hingga menularnya ketidakstabilan dan meningkatnya keganasan di rantau ini.\"\n", "\nPelaksanaan hukuman mati ke atas Nimr al-Nimr mencetuskan kemarahan dan bantahan di negara majoriti Syiah itu sehingga menyebabkan serangan ke atas Kedutaan Arab Saudi di Tehran dan konsulat di Mashhad.\n", "\nSerangan itu menyebabkan hubungan kerajaan Arab Saudi dan Iran yang rapuh sejak sekian lama terus terjejas.\n", "\nKedua-dua negara sering membuat pendirian berbeza seperti peperangan di Syria, di mana Iran menyokong rejim dan konflik di Yaman memperlihatkan Arab Saudi mengetuai pakatan memerangi pemberontak Syiah.\n" ]