url
stringlengths
36
199
headline
stringlengths
3
105
content
sequence
tags
sequence
https://selangorkini.my/2018/01/azmin-wira-di-hati-masyarakat-india/
Azmin wira di hati masyarakat India
[ "BATU CAVES, 31 JAN: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali disifatkan sebagai wira bagi masyarakat India Selangor ekoran peranan besarnya membantu golongan itu dalam pelbagai aspek khususnya pembangunan ekonomi dan pendidikan.", "Pengerusi Majlis Sambutan Perayaan Thaipusam, Vasantha Kumar berkata, Kerajaan Negeri merupakan satu-satunya kerajaan yang membina kemudahan asrama untuk pelajar anak pekerja ladang.", "“Tiada dalam sejarah pemerintahan Umno-Barisan Nasional (BN) sama ada sebelum wujudnya Pakatan atau sekarang di mana-mana negeri atau peringkat Putrajaya membina asrama untuk anak pekerja ladang.", "“Kami mengucapkan syabas dan terima kasih,” katanya pada Majlis Sambutan Perayaan Thaipusam di perkarangan Kuil Sri Subramaniyar, di sini, malam tadi.", "Jelasnya, sekolah Tamil berasrama yang pertama di Malaysia itu menelan belanja kira-kira RM5 juta dibina di atas tanah seluas 10 ekar di Coalfield.", "“Dato’ Seri juga menaikkan peruntukan untuk usahawan masyarakat India daripada RM1 juta tahun lalu kepada RM3 juta pada tahun ini selepas melihat kejayaan program itu melahirkan 470 usahawan India.", "“Kerajaan Negeri juga menambah peruntukan untuk hadiah pelajar pekerja ladang yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan peringkat nasional daripada RM1 juta kepada RM1.3 juta,” katanya lagi." ]
[ "Dato' Seri Mohamed Azmin Ali", "DatoÔÇÖ Menteri Besar", "Pengerusi Majlis Sambutan Perayaan Thaipusam", "Vasantha Kumar" ]
https://selangorkini.my/2018/01/kejohanan-bola-jaring-mdks-tawar-hadiah-lebih-rm3000/
Kejohanan Bola Jaring: MDKS tawar hadiah lebih RM3,000
[ "SHAH ALAM, 31 JAN: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mempelawa golongan wanita menyertai Kejohanan Bola Jaring Piala Yang Dipertua (YDP) MDKS 2018.", "Hadiah lumayan menanti para peserta antaranya Johan bakal membawa pulang wang tunai RM2,018 diikuti Naib Johan (RM1,018) sementara tempat ketiga dan keempat masing-masing membawa pulang(RM518)." ]
[ "Kejohanan Bola Jaring Piala Yang Dipertua (YDP) MDKS 2018", "Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/stadium-shah-alam-penyokong-mahu-kerajaan-negeri-dan-fas-berbincang/
Stadium Shah Alam: Penyokong mahu Kerajaan Negeri dan FAS berbincang
[ "SHAH ALAM, 31 JAN: Badan Bertindak Penyokong Selangor mahu Kerajaan Negeri dan Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor (FAS) berbincang bagi menyelesaikan kemelut penggunaan Stadium Shah Alam supaya boleh digunakan Selangor sebagai gelanggang tuan rumah.", "Jurucakapnya, Mohd Firdaus Abdul Mutalib berkata, pihaknya bersedia dijemput menjadi orang tengah untuk kedua-dua pihak berbincang supaya tiada rahsia antara Kerajaan Negeri dan FAS sekiranya enggan mengatur mesyuarat dalam masa terdekat.", "“Pengurusan FAS serta Kerajaan Negeri berbincang secara rasmi dan menyelesaikan isu berkaitan pengurusan pasukan bola sepak Selangor terutamanya berkaitan penggunaan Stadium Shah Alam demi kepentingan semua penyokong.", "“Kami bukan mahu mencari musuh atau salah sesiapa sebaliknya ia lebih kepada tindakan akhir yang diambil atas dasar sayang dan cintakan pasukan bola sepak Selangor,” katanya.", "Katanya, mereka akan menyerahkan satu memorandum kepada Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali esok jam 10 pagi di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).", "“Kami akan menyerahkan satu memorandum supaya Kerajaan Negeri membenarkan Stadium Shah Alam dijadikan gelanggang rasmi pasukan Selangor selewat-lewatnya dalam saingan pusingan kedua Liga Super 2018.", "“Kami menuntut FAS dan Kerajaan Negeri memberi jawapan balas terhadap segala tuntutan dan desakan kami dalam tempoh 48 jam selepas memorandum diserahkan,” katanya." ]
[ "Badan Bertindak Penyokong Selangor", "Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor (FAS)", "Stadium Shah Alam" ]
https://selangorkini.my/2018/01/elak-didenda-majikan-perlu-bayar-caruman-sip/
Elak didenda, majikan perlu bayar caruman SIP
[ "SHAH ALAM, 31 JAN: Setiap majikan disaran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) supaya menjelaskan bayaran caruman buat pertama kali untuk Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bagi mengelakkan daripada didenda.", "“Semua pekerja berumur 18 hingga 60 tahun perlu dicarumkan setiap bulan pada kadar caruman 0.2 peratus daripada majikan dan juga 0.2 peratus daripada gaji pekerja.", "“Hanya pekerja yang sudah berumur 57 tahun dan tidak pernah mencarum dengan Perkeso sebelumnya dikecualikan daripada sistem perlindungan ini,” katanya memetik laporan Bernama.", "Sementara itu, pelaksanaan SIP sebagai satu jaringan keselamatan sosial bertujuan membantu golongan pekerja kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan serta mencari pekerjaan baharu.", "Untuk membuat pembayaran caruman, Perkeso memaklumkan majikan perlu memuat turun Lampiran 1 iaitu Borang Jadual Caruman Bagi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dari laman web Perkeso di www.perkeso.gov.my/sip dan mengisinya dengan lengkap.", "Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar semula kepada Perkeso melalui emel ke [email protected] dengan menggunakan Tajuk [CARUMAN SIP; NAMA & KOD MAJIKAN – BULAN / TAHUN CARUMAN].", "“Selepas borang itu dikirim melalui emel, majikan perlu menyediakan bayaran caruman secukupnya menggunakan sama ada cek, kiriman wang atau wang pos bertarikh dalam tempoh sah laku dan dibayar atas nama Pertubuhan Keselamatan Sosial atau Perkeso,” katanya.", "Bayaran caruman boleh dibuat di kaunter pejabat Perkeso dengan membawa maklumat caruman bersama cetakan bukti penghantaran emel dan Borang Jadual Caruman Bagi SIP yang dilengkapkan secara fizikal atau ‘softcopy’." ]
[ "Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)", "Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/mpaj-pembinaan-sjkc-choon-hwa-tidak-penuhi-piawaian/
MPAJ: Pembinaan SJKC Choon Hwa tidak penuhi piawaian
[ "AMPANG, 31 JAN: Tidak mematuhi piawaian dan dokumen tidak lengkap antara punca permohonan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Choon Hwa di Batu 18, Hulu Langat masih tidak diluluskan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).", "Yang Dipertuanya, Abd Hamid Hussain berkata, tidak ada unsur menafikan pembinaan sekolah tersebut dan kelulusan segera akan diberikan selepas semua garis panduan dipatuhi.", "“Terdapat 17 perkara yang gagal dipatuhi perunding dilantik antaranya permohonan tidak menyatakan cadangan pembangunan akan datang bagi baki blot bersebelahan iaitu enam ekar selebihnya.", "“Ini kerana tanah tersebut ada sembilan ekar, namun hanya tiga ekar sahaja yang dinyatakan untuk membina sekolah maka selebihnya tidak dimaklumkan,” katanya dalam sidang media selepas mesyurat penuh MPAJ, baru-baru ini.", "Selain itu, Hamid berkata, konsultant juga tidak mengikut garis panduan Kerajaan Negeri dimana untuk membina sebuah sekolah harus seluas lima ekar, namun tiga ekar yang dimohon untuk membina sekolah." ]
[ "Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)", "Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Choon Hwa" ]
https://selangorkini.my/2018/01/lzs-salur-lebih-rm191000-bantu-520-pelajar-asnaf/
LZS salur lebih RM191,000 bantu 520 pelajar asnaf
[ "SHAH ALAM, 31 JAN: Seramai 502 asnaf fakir, miskin dan mualaf dari 30 buah kariah masjid daerah Hulu Selangor menerima bantuan cermin mata dan alat bantu pendengaran bernilai RM191,950 baru-baru ini.", "Menurut laman rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZS), daripada jumlah itu seramai 240 menerima cermin mata berjumlah RM137,300, lapan menerima alat pendengaran (RM52,150) dan seorang menerima kerusi roda yang bernilai RM2,500.", "Sementara itu, ibu kepada salah seorang pelajar yang menerima alat pendengaran Norhaniza Zakaria gembira apabila kini anaknya, Mukriez Shah Hakim Abdullah, 13, boleh mendengar.", "“Sebelum ini apabila nak bercakap dengan Mukriz, kena cakap kuat dan perlu tunjuk apa yang kita nak. Sekarang tidak perlu lagi,” katanya." ]
[ "Lembaga Zakat Selangor (LZS)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/penyambungan-paip-haram-kilang-simen-curi-air/
Penyambungan paip haram, kilang simen curi air
[ "SHAH ALAM, 31 JAN: Sebuah kilang simen diserbu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di Telok Panglima Garang selepas dikesan mencuri air dengan membuat penyambungan paip secara haram.", "Eksekutif Kanan Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna SPAN, Loh Pit Mui berkata, kilang itu dipercayai menggunakan perkhidmatan air secara percuma sejak lebih dua bulan lalu.", "Katanya, satu Notis Pemberitahuan Kesalahan dan Tindakan Penguatkuasaan telah dikeluarkan Air Selangor untuk tuntutan ganti rugi kehilangan air yang digunakan secara tidak sah tersebut.", "“Kita ingin mengingatkan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan sedemikian akan berdepan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya di bawah akta tersebut,” katanya" ]
[ "Air Selangor" ]
https://selangorkini.my/2018/01/epl-swansea-kejutkan-arsenal-liverpool-menang-mudah/
EPL: Swansea kejutkan Arsenal, Liverpool menang mudah
[ "Walaupun The Gunners mendahului pada minit ke-33 menerusi jaringan Nacho Monreal tetapi pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan seminit kemudian menerusi Sam Clucas.", "Bertandang ke tempat lawan, Emre Can membuka tirai jaringan pada minit ke-26 sebelum Roberto Firmino menjadikan kedudukan 0-2 pada penghujung babak pertama." ]
[ "EPL" ]
https://selangorkini.my/2018/01/yide-santuni-mangsa-kebakaran/
YIDE santuni mangsa kebakaran
[ "SHAH ALAM, 31 JAN: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menghulurkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas kepada dua keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran berlaku di rumah mereka, baru-baru ini.", "Sementara itu, YIDE mengingatkan masyarakat untuk menyalurkan sebarang kejadian berkaitan musibah dan bencana kepada Pegawai Kebajikan YIDE, Muhammad Zubair di talian 017-7569476 untuk tindakan lanjut." ]
[ "YIDE" ]
https://selangorkini.my/2018/01/rokok-vape-boleh-sebabkan-kerosakan-dna-punca-kanser/
Rokok vape boleh sebabkan kerosakan DNA, punca kanser
[ "GLOBAL 31 JAN: Kajian penyelidik Universiti New York mendapati menghisap rokok elektronik atau vape boleh menyebabkan kerosakan pada asid deoksiribonukleik (DNA)", "Biarpun tembakau mempunyai nitrosamine dan banyak bahan kimia carcinogenic akibat proses pembakaran, rokok elektronik juga mempunyai nikotin dan beberapa bahan pelarut organik.", "Kajian terdahulu juga mendapati perokok elektronik mempunyai kekurangan karsinogen paru-paru dalam cecair tubuh mereka sehingga 97 peratus berbanding mereka yang menghisap rokok tembakau.", "Sementara itu, kajian tersebut turut menegaskan perokok elektronik mempunyai risiko lebih tinggi berbanding bukan perokok untuk menghidap kanser pundi kencing dan paru-paru serta terkena serangan jantung." ]
[ "kanser", "Vape" ]
https://selangorkini.my/2018/01/pegawai-silap-beri-amaran-serangan-icbm-dipecat/
Pegawai silap beri amaran serangan ICBM dipecat
[ "GLOBAL 31 JAN: Pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan Hawaii (HEMA) meletak jawatan dan seorang pegawai yang mempunyai rekod ‘prestasi buruk’ dipecat selepas mencetuskan panik dengan memberi amaran palsu peluru berpandu menuju ke kepulauan Pasifik itu.", "Hawaii, yang berwaspada berhubung ancaman Korea Utara, dikejutkan dengan amaran itu, yang dihantar menerusi telefon bimbit kepada penduduk dan pelancong dan tidak dibetulkan sehingga hampir 40 minit, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.", "Seorang lagi kakitangan agensi negeri, yang bertanggungjawab memaklumkan kepada umum mengenai ancaman kepada keselamatan mereka, digantung, Ketua Adjutan negeri itu, Mejar Jeneral Joe Logan.", "Pentadbir HEMA, Vern Miyagi, meletak jawatan semalam sebagai mengambil tanggungjawab di atas kejadian pada 13 Januari lalu, kata Logan, dan pegawai amaran kecemasan yang tersilap memberikan amaran serangan peluru berpandu balistik dipecat Jumaat lalu.", "Dalam laporan berasingan, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) menyatakan, pegawai berkenaan mendakwa beliau percaya ancaman itu benar dan tidak mendengar ayat menyatakan ia cuma latihan." ]
[ "ICBM" ]
https://selangorkini.my/2018/01/yide-santuni-pelajar-tahfiz-mangsa-banjir/
YIDE santuni pelajar tahfiz mangsa banjir
[ "KAJANG, 31 JAN: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) tampil menghulurkan bantuan sumbangan ‘ad-hoc’ wang tunai kepada mangsa banjir kilat membabitkan Madrasah Tahfiz Al-Aziz, Sungai Sekamat, semalam.", "Md Arifin berkata, bantuan itu merupakan insiatif YIDE menyumbang tenaga dengan memberi bantuan khususnya kepada rakyat negeri ini bagi meringankan beban setiap mangsa yang terjejas akibat bencana banjir.", "“Program ini merupakan satu aktiviti kemasyarakatan atau tanggungjawab sosial korporat (CSR) YIDE kepada masyarakat setempat khususnya masyarakat di negeri Selangor,” katanya.", "Menurut Muhammad Saari, kejadian banjir itu berpunca daripada sungai yang berada di bahagian belakang madrasah naik mendadak akibat cuaca hujan tidak menentu sekaligus menyebabkan limpahan air mulai naik.", "“Madrasah ini berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan menempatkan 40 pelajar lelaki yang terdiri daripada sekolah menengah dan rendah,” katanya." ]
[ "YIDE" ]
https://selangorkini.my/2018/01/hayati-dan-tadabbur-al-quran-fahami-serta-amalkan/
Hayati dan tadabbur Al-Quran, fahami serta amalkan
[ "SHAH ALAM, 31 JAN: Program Tadabbur Al Quran anjuran Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) diteruskan buat kali ke- 30 untuk lebih memahami dan menghayati kandungannya.", "Pengerusinya, Datin Seri Shamshida Taharin berkata, adalah amat penting sebagai umat Islam untuk memahami isi kandungan Al Quran dan ajaran yang cuba disampaikan supaya dapat diamalkan.", "“Sejak saya mula meminati dalam memahami tafsir Al Quran beberapa tahun lalu, saya mengambil platform ini untuk meneruskan program ini dan menggalakkan wanita Selangor turut serta." ]
[ "al-Quran", "Pekawanis" ]
https://selangorkini.my/2018/01/arab-saudi-bebas-saki-baki-tahanan-dari-hotel-ritz-carlton/
Arab Saudi bebas saki baki tahanan dari Hotel Ritz-Carlton
[ "RIYADH 31 JAN: Pihak berkuasa Arab Saudi membebaskan semua saki-baki tahanan dari Hotel Ritz-Carlton, Riyadh yang digunakan sebagai pusat soal siasat dalam kempen membanteras rasuah, kata seorang pegawai tempatan semalam.", "Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan beberapa pegawai penyiasat sebelum ini berkata, semua mereka ditahan dalam usaha pihak berkuasa untuk mendapatkan semula kira-kira AS$100 bilion (RM389 bilion) aset haram.", "Sebahagian mereka dipercayai telah dipindahkan dari Hotel Ritz-Carlton ke penjara selepas enggan mengaku melakukan sebarang kesalahan dan membuat pembayaran kepada pihak berkuasa.", "Pada minggu lalu, Peguam Negara Arab Saudi berkata, sebahagian besar tahanan bersetuju membuat pembayaran kepada kerajaan. Seramai 90 tahanan kemudian dibebaskan selepas tuduhan terhadap mereka digugurkan, manakala 95 lagi masih ditahan.", "Antara ahli perniagaan utama yang ditahan termasuk Putera Al-Waleed yang merupakan pemilik firma pelaburan global, Kingdom Holding dan Waleed Al-Ibrahim yang menguasai media berpengaruh, MBC.", "Dalam satu wawancara dengan agensi berita Reuters di suite tempat beliau ditahan pada Sabtu lalu Putera Al-Waleed berkata, beliau dilayan dengan baik sepanjang berada dalam tahanan dan menyifatkan kes tersebut hanya salah faham.", "Menurut pihak pengurusan, hotel tersebut akan dibuka semula kepada orang ramai pada pertengahan Februari ini dengan bilik paling murah berharga AS$650 (RM2,533) untuk penginapan satu malam." ]
[ "Arab Saudi" ]
https://selangorkini.my/2018/01/catalonia-tangguh-pemilihan-presiden/
Catalonia tangguh pemilihan presiden
[ "Ia selepas mahkamah tinggi Sepanyol memutuskan pemimpin pemisah, Carles Puigdemont tidak layak memegang jawatan itu ketika beliau kekal melarikan diri di Belgium.", "Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan Speaker Parlimen, Roger Torrent tidak menyatakan sebarang sebab penangguhan itu namun menegaskan beliau tidak akan mencalonkan sebarang calon alternatif.", "Keputusan parti pemisah yang menang besar pilihan raya wilayah itu baru-baru ini dengan memilih Puigdemont sebagai calon Presiden mengandaikan Catalonia akan meneruskan usaha berpisah dari Sepanyol." ]
[ "Catalonia" ]
https://selangorkini.my/2018/01/perutusan-sambutan-thaipusam-oleh-dato-menteri-besar/
Perutusan Sambutan Thaipusam oleh Dato’ Menteri Besar
[ "Dalam misi kita mengalas mandat yang diberikan, Kerajaan Negeri Selangor membawa satu tekad untuk memastikan masyarakat India maju bersama dengan kaum lain di Selangor.", "Baik program pemberdayaan ekonomi seperti mikrokredit HIJRAH Selangor dan Program Pembinaan Upaya Usahawan India Selangor, mahupun program pembangunan sosial seperti Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang, Bas Percuma Smart Selangor, Kasih Ibu Smart Selangor dan Peduli Sihat, kita membangun bangsa atas prinsip keadilan sosial agar tiada yang ketinggalan." ]
[ "Azmin Ali", "MB", "Perutusan" ]
https://selangorkini.my/2018/01/perutusan-thaipusam/
Perutusan Thaipusam
[ "Thaipusam disambut oleh penganut agama Hindu sebagai tanda penentangan terhadap kejahatan. Ianya juga disambut di dalam kerangka penebusan dosa dan menyatakan kesyukuran.", "Penentangan terhadap kejahatan dan menegakkan keadilan adalah perjuangan utama seorang insan. Sebagai rakyat Malaysia, ayuh kita bersama-sama menentang kejahatan dan menegakkan keadilan.\nKemenangan hanya dapat dicapai dengan kegigihan usaha dan keutuhan tekad.", "Saya mewakili keluarga besar HARAPAN dan KEADILAN mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada penganut Hindu di Malaysia serta di seluruh dunia. Semoga ianya disambut dengan penuh kemeriahan." ]
[ "Perutusan Thaipusam" ]
https://selangorkini.my/2018/01/mb-bangunkan-selangor-sebagai-negeri-penyayang/
MB: Bangunkan Selangor sebagai negeri penyayang
[ "SHAH ALAM, 31 JAN: Seluruh rakyat sentiasa diberikan pembelaan dan perhatian dalam pelbagai aspek termasuk ekonomi, pendidikan dan kebajikan supaya tiada mana-mana kaum atau golongan merasa tersisih.", "Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, usaha ini selaras dengan hasrat beliau mahu membangunkan Selangor sebagai negeri penyayang.", "“Selangor ini maju tetapi sebagai Menteri Besar saya mahu tegaskan saya bukan sahaja mahu Selangor maju dalam bidang industri sahaja, saya bukan mahu Selangor maju dalam bidang kewangan sahaja tetapi saya mahu bangunkan Negeri Selangor sebagai negeri penyayang.", "“Kita sayang orang India, Melayu, Cina dan kita sayang rakyat Selangor dan rakyat Malaysia, boleh?,” katanya di hadapan lebih seribu penganut Hindu yang hadir ke Majlis Sambutan Perayaan Thaipusam di perkarangan Kuil Sri Subramaniyar di sini, malam tadi.", "Katanya, beliau juga mahu supaya masyarakat India mendapat tempat dalam bidang ekonomi, pendidikan, kebajikan dan sosial supaya golongan itu dapat hidup sebagai rakyat Selangor yang merdeka dan bermaruah.", "“Saya mewakili Kerajaan Negeri Selangor dan saya sebagai seorang Melayu – Islam tetapi saya beri jaminan orang India beragama Hindu akan tetap kami jaga hak mereka untuk mengamalkan agama masing-masing dan budaya orang India dengan aman dan sejahtera di dalam Negeri Selangor ini." ]
[ "Azmin Ali", "MB", "rakyat" ]
https://selangorkini.my/2018/01/selangor-ambil-inisiatif-wartakan-122-kuil/
Selangor ambil inisiatif wartakan 122 kuil
[ "BATU CAVES, 31 JAN: Berbeza dengan beberapa negeri lain, rumah ibadat bukan Islam di Selangor bukan sahaja menerima sumbangan tetapi turut diberikan perlindungan daripada ancaman pembangunan apabila Kerajaan Negeri mengambil inisiatif mewartakannya sebagai tapak rumah ibadat.", "Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, antara yang diwartakan termasuklah 122 buah kuil penganut agama Hindu di Selangor.", "“Kuil tempat yang suci bagi penganut agama Hindu. Inilah tempat mereka memberi perhatian dalam ibadat agama Hindu itu sendiri sebab itu kuil ini perlu dijaga dengan baik.", "“Sekali lagi Kerajaan Negeri mengambil inisiatif mewartakan 122 kuil dalam Selangor supaya kuil ini berada dalam tapak selamat dan mempunyai masa depan selamat dan dapat perlindungan,” katanya pada Majlis Sambutan Perayaan Thaipusam di perkarangan Kuil Sri Subramaniyar di sini, malam tadi.", "“Sebagai orang Islam kita tidak boleh menghina agama lain dan saya memberi jaminan, orang Hindu bebas mengamalkan agama dan budaya di negara ini,” katanya." ]
[ "Azmin Ali", "masyarakat India", "MB" ]
https://selangorkini.my/2018/01/mb-serah-sumbangan-rm465000-untuk-34-kuil-hindu/
MB serah sumbangan RM465,000 untuk 34 kuil Hindu
[ "Sumbangan itu diserahkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada Majlis Sambutan Perayaan Thaipusam di perkarangan Kuil Sri Subramaniyar di sini, malam tadi.", "“Inilah uniknya Selangor, kita adalah masyarakat pelbagai agama, kaum dan budaya tetapi kita boleh hidup aman damai dan sejahtera,” katanya pada program terbabit.", "Jelasnya, perasaan muhibbah antara kaum itu turut dapat dilihat pada perayaan Thaipusam apabila terdapat pengunjung berbangsa Melayu, Cina dan tidak ketinggalan ingin menyaksikan keunikan sambutan Thaipusam.", "Program itu turut dihadiri Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin Dan Pekerja Ladang, V. Ganabatirau; Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Caves, Amirudin Shari; ADN Sri Andalas, Xavier Jeyakumar dan Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan.", "Sementara itu, walaupun sambutan Thaipusam berlangsung esok, namun ribuan penganut agama Hindu mula mengunjungi Kuil Sri Subramaniyar sejak petang semalam lagi." ]
[ "Azmin Ali", "MB" ]
https://selangorkini.my/2018/01/mahali-dan-rafa-ramazotti-mahu-pamer-kecemerlangan-bersama-pkns-fc/
Mahali dan Rafa Ramazotti mahu pamer kecemerlangan bersama PKNS FC
[ "KELANA JAYA, 31 JAN: Penyertaan dua tonggak baru PKNS FC, Mahali Jasuli dan Rafael Ramazotti De Quatros bakal memperkuat lagi pasukan itu menjelang sepak mula Liga Malaysia bermula 3 Februari ini.", "Mahali, 29, bakal beraksi bersama PKNS FC secara pinjaman semusim daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui selesa bersama rakan sepasukan selepas menyertai latihan sejak Isnin lalu.", "“Alhamdulillah, selepas berlatih selama dua hari semua pemain memberikan kerjasama dan nampak keserasian. Saya akan cuba untuk menerima corak pasukan secepat mungkin dan akan memberikan persembahan terbaik bersama mereka,” katanya.", "Bagi Rafa, 29, yang mengikat kontrak selama setahun, ini musim kelima di Asia selepas beraksi di Jepun dan Singapura selain berharap akan meneruskan kecemerlangan sebagai seorang penyerang.", "Tiba di PKNS FC dengan reputasi sebagai penjaring terbanyak selama dua musim di Liga Singapura, beliau akan berusaha menjaringkan gol dan meletakkan sasaran tinggi musim ini.", "“Saya tidak suka meletakkan angka jaringan musim ini dan menjadi tanggungjawab saya untuk menjaringkan gol. Sasaran saya adalah menjaringkan lebih banyak gol pada setiap perlawanan,” katanya." ]
[ "PKNS FC" ]
https://selangorkini.my/2018/01/mb-rm9-7-juta-diperuntuk-bangun-masyarakat-india/
MB: RM9.7 juta diperuntuk bangun masyarakat India
[ "BATU CAVES, 31 JAN: Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM9.7 juta bagi membantu masyarakat India di negeri itu dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk melibatkan institusi keagamaan.", "Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, peruntukan itu meliputi sumbangan bernilai RM5 juta untuk meningkatkan taraf pendidikan pelajar India, RM1.76 juta untuk kuil dan RM3 juta untuk latihan dalam bidang keusahawanan.", "“Setiap tahun kita berikan tambahan dan pada tahun ini kita naikkan peruntukan untuk sekolah-sekolah Tamil di seluruh Selangor sebanyak RM5 juta untuk membantu anak-anak kita.", "“Kerajaan Negeri bertanggungjawab memberi bantuan kewangan kepada kuil untuk penganut Hindu, kita telah memperuntukan sebanyak RM1.764 juta untuk semua kuil di Selangor bagi 2018 dan pada malam ini sahaja saya menyampaikan kira-kira RM450,000 untuk pengurusan kuil,” katanya.", "Jelasnya, peruntukan program pembangunan keusahawanan untuk masyarakat India ditambah daripada RM1 juta tahun lalu kepada RM3 juta pada tahun ini kerana pada tahun lalu program itu berjaya melahirkan 470 usahawan masyarakat India.", "Katanya, Kerajaan Negeri memberi perhatian dalam bidang ekonomi dan pendidikan untuk masyarakat India kerana kedua-dua bidang itu mampu meningkatkan taraf hidup dan memajukan masyarakat terbabit.", "“Diharap dengan sokongan kuat diberikan Kerajaan Negeri, orang India dalam Selangor ini merasa selamat dan selesa kerana negara ini adalah negara kita sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu,” katanya." ]
[ "Azmin Ali", "masyarakat India", "MB" ]
https://selangorkini.my/2018/01/bekalan-mata-wang-mencukupi-oleh-pengurup-wang-berlesen/
Bekalan mata wang mencukupi oleh Pengurup Wang Berlesen
[ "Bank Negara Malaysia (Bank) ingin memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa insiden kecurian mata wang yang dilaporkan dalam media tidak menjejaskan bekalan keseluruhan mata wang oleh pengurup wang berlesen bagi memenuhi permintaan orang ramai.", "Pengurup wang dan pemborong mata wang yang terjejas telah membuat laporan polis dan kes ini kini dalam siasatan Polis Diraja Malaysia.", "Bank secara berasingan sedang membuat pemeriksaan secara bebas berhubung dengan insiden tersebut untuk menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran peraturan oleh pengurup wang dan pemborong mata wang yang terlibat.", "Bank terus memantau dengan rapi keberkesanan kawalan dan langkah pengurangan risiko yang dilaksanakan oleh perniagaan perkhidmatan wang berlesen bagi memastikan penyediaan perkhidmatan penukaran mata wang yang cekap dan boleh dipercayai.", "Banyak syarikat perkhidmatan wang kini memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan kawalan, menambah baik penyampaian perkhidmatan dan mengurangkan kebergantungan pada mata wang fizikal dalam pengendalian dan operasi penukaran mata wang secara keseluruhan." ]
[ "Bank Negara Malaysia" ]
https://selangorkini.my/2018/01/aplikasi-smart-mpklang-tingkat-mutu-perkhidmatan/
Aplikasi Smart-MPKlang tingkat mutu perkhidmatan
[ "SHAH ALAM, 30 JAN: Selaras usaha Kerajaan Negeri ke arah ‘Smart State’, Majlis Perbandaran Klang (MPK) memperkenalkan aplikasi digital Smart-MPKlang dalam usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.", "Yang DiPertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, aplikasi yang berkonsepkan Mobile ICT (M-ICT) merupakan inisiatif tranformasi digital MPK sekaligus menyampaikan maklumat kepada pelanggan dengan lebih pantas.", "“Smart-MPKlang itu sendiri iaitu singkatan kepada saluran maklumat rakyat Majlis Perbandaran Klang, oleh itu dengan adanya aplikasi ini hubungan erat dalam dijalin.", "“Menyedari penggunaan Smart Phone sebagai keperluan utama, MPK mengambil langkah proaktif mewujudkan gerbang digital berorientasikan rakyat yang menawarkan capaian maklumat dan perkhidmatan MPK secara online ini,” katanya pada pelancarannya, di sini.", "Yasid berkata pelanggan akan dilayan secara individu melalui aplikasi oleh Pembantu Peribadi Digital yang merupakan ‘chatbot’ pertama di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama diprogramkan memahami Bahasa Melayu dan menjawab soalan lazim.", "“Jika sebelum ini, laman web rasmi MPK menjadi gerbang utama memperolehi maklumat, kini dengan Smart-MPKlang sebagai alternatif mudah alih dan mesra rakyat bagi capaian maklumat rasmi MPK berpusat,” katanya.", "Aplikasi itu menggunakan teknologi ‘cloud infrastructure’ yang ditawarkan oleh Microsoft sebagai usaha MPK ke arah pemodenan perkhidmatan ICT berasaskan pembabitan rakyat." ]
[ "MPK" ]
https://selangorkini.my/2018/01/netizen-sayu-saksikan-istiadat-paluan-berundur-kem-sungai-besi/
Netizen sayu saksikan Istiadat Paluan Berundur Kem Sungai Besi
[ "SHAH ALAM, 30 JAN: Lambakan perkongsian video memaparkan Istiadat Paluan Berundur atau penutupan Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi di laman sosial facebook yang dikesan sejak semalam menarik perhatian nitizen.", "Rata-rata netizen melahirkan perasaan sayu menyaksikan rakaman saat akhir perkhidmatan pengkalan udara yang banyak memainkan peranan penting mempertahankan kedaulatan negara sejak 53 tahun lalu selepas mengambil alih Lapangan Terbang Antarabangsa Sungai Besi itu ditamatkan operasinya.", "Dua video yang turut dikongsikan laman Siakap Keli itu ditonton sebanyak 64,000, dikongsi oleh 253 orang dan mengundang pelbagai komen oleh netizen.", "Walaupun rata-rata netizen tidak menolak langkah Kerajaan Persekutuan memindahkan pengkalan itu ke Sendayan, Negeri Sembilan, namun keputusan menjual tapak pengkalan itu kepada negara China amat dikesali.", "“Kesian, dulu mati-mati lawan komunis di sempadan. Sekarang kem askar pun kita bagi pada negara komunis. Ironiknya?,” tulis pemilik akaun facebook yang menggunakan nama Justin Modzi.", "“Walaupun aku bukan ada darah daging dengan tentera, tapi serius aku turut sebak dan sedih,” kata Darnis Syah dan Rabuyah Sakarawi pula menulis “Paluan Berundur. Sayu sahaja dengar. Selamat bertugas di kem baru.”", "Dua video itu memaparkan upacara menurunkan bendera dengan diiringi alunan lagu Bertemu Dan Berpisah yang dimainkan kumpulan pancaragam dan diikuti perarakan keluar kenderaan tentera membawa anggota berseragam isitiadat putih meninggalkan pengkalan bersejarah itu." ]
[ "TUDM" ]
https://selangorkini.my/2018/01/pothole-rangers-mpk-respon-baiki-jalan-tempoh-24-jam/
‘Pothole Rangers’ MPK respon baiki jalan tempoh 24 jam
[ "KLANG, 30 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan pasukan ‘Zero Pothole’ bagi menyelenggarakan jalan rosak dan berlubang dalam tempoh 24 jam.", "Yang DiPertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata sejumlah RM500,000 diperuntukkan bagi kerja-kerja pembaikan dalam tempoh tiga bulan bermula Januari hingga April depan.", "Katanya, pasukan yang dinamakan ‘Pothole Rangers’ itu akan bergerak sepanjang masa di seluruh kawasan Klang untuk mengesan dan membuat kerja tampalan.", "“Pada masa kini, kerja-kerja pembaikan jalan dilaksanakan oleh empat pasukan Jabatan Kejuruteraan sedia ada secara dalaman membabitkan kawasan Klang Utara, Klang Selatan, Pelabuhan Klang dan Klang Timur sepanjang 1,500 kilometer.", "“Setiap pasukan ini dilengkapi dengan kenderaan pengangkutan, jentera dan peralatan. Pasukan ini akan menggunakan bahan ‘coldmix’ sama ada melalui aduan atau rondaan,” katanya pada pelancarannya, di sini.", "Beliau berkata tindakan penampalan lubang akan dilaksanakan secepat mungkin dalam tempoh 24 jam daripada aduan diterima sama ada pada waktu bekerja atau cuti am." ]
[ "Jalan Berlubang", "MPK" ]
https://selangorkini.my/2018/01/polis-usah-pakai-barang-kemas-elak-diragut/
Polis: Usah pakai barang kemas elak diragut
[ "SHAH ALAM, 30 JAN: Pengunjung dinasihat agar tidak memakai barangan kemas ketika sambutan Thaipusam di Batu Caves, Gombak, 31 Februari ini.", "“Memandangkan keadaan yang dijangka sesak, tidak mustahil kejadian meragut boleh berlaku. Oleh itu mereka yang bercadang ke kuil disaran untuk tidak memakai sebarang barang kemas bagi mengelak penjenayah mengambil kesempatan.", "Ali berkata, pihaknya akan mencukupkan jumlah pegawai dan anggota polis bagi dikerahkan ke kawasan berkenaan beberapa hari menjelang Thaipusam dan beberapa hari selepasnya.", "Sementara itu, Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, beliau mengharapkan agar semua agensi bekerjasama dalam memastikan keadaan berjalan lancar sepanjang perayaan Thaipusam berlangsung." ]
[ "polis" ]
https://selangorkini.my/2018/01/yide-santuni-ibu-tunggal-oku-kehilangan-suami/
YIDE santuni ibu tunggal OKU kehilangan suami
[ "SHAH ALAM, 30 JAN: Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) menerima sumbangan wang tunai dan barang keperluan asas harian daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) selepas kehilangan suaminya, baru-baru ini.", "Pengurus Operasi Bahagian Promosi dan Sumbangan, Md Arifin Jaafar berkata, Mas Suni merupakan golongan OKU sejak lahir dan kini berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat Cawangan Kajang.", "“Selain menghulurkan bantuan keperluan asas, kita turut membantu mendaftarkan ketiga anaknya iaitu Muhammad Adam Arfan Hakim Mohd Idrus,8 tahun, Muhammad Danial Afi Hakim Mohd Idrus, 7 tahun dan Muhammad Firas Arfa Hakim Mohd Idrus, 8 hari dibawah seliaan YIDE supaya bantuan yang disalurkan khususnya bantuan wang saku semasa bulan Ramadan dapat diterima,” katanya dalam kenyataan.", "Md Arifin turut memuji sikap masyarakat setempat yang cakna dengan persekitaran kerana ramai yang hadir dan menyalurkan sumbangan kepada keluarga ini tanpa mengira bangsa.", "Selain YIDE, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor turut hadir memberi sokongan moral dan sumbangan bagi meringankan beban keluarga itu." ]
[ "YIDE" ]
https://selangorkini.my/2018/01/ringgit-dibuka-rendah-berbanding-dolar-as-6/
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
[ "KUALA LUMPUR 30 JAN: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan pengambilan untung sederhana ekoran penurunan harga minyak mentah dunia, kata peniaga.", "Penanda aras minyak mentah Brent jatuh 1.41 peratus kepada AS$69.16, penurunan yang juga dilihat dalam semua kelas minyak mentah, kata seorang peniaga.", "Sementara itu, Ketua Dagangan Oanda Corp bagi Asia Pasifik, Stephen Innes, berkata kenaikan hasil Amerika Syarikat yang tidak dijangkakan memberikan ancaman paling utama kepada mata wang serantau.", "“Terdapat banyak perbahasan mengenai apakah yang menyebabkan jualan dalam pasaran di seluruh dunia ini, tetapi kita akan mendapat gambaran yang lebih jelas menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS yang dijangkakan hari ini dan pengumuman data ekonomi AS,” katanya." ]
[ "ringgit" ]
https://selangorkini.my/2018/01/reuters-digantung-buat-liputan-sukan-olimpik-musim-sejuk/
Reuters digantung buat liputan Sukan Olimpik Musim Sejuk
[ "KOREA, 30 JAN: Jurugambar dan wartawan Reuters digantung daripada membuat liputan majlis pembukaan Olimpik Musim Sejuk di PyeongChang, Korea Selatan, bulan hadapan selepas agensi berita antarabangsa membocorkan gambar sesi latihan.", "Agensi Berita Yonhap Korea Selatan melaporkan, Reuters memaparkan beberapa foto kawah Olimpik yang dinyalakan dengan api semasa latihan di Stadium Utama Olimpik, Ahad lalu.", "“Untuk menghukum Reuters kerana melanggar embargo dan membocorkan foto-foto itu, IOC ‘menolak penerbitan pas ke Reuters dalam melaporkan dan memotret upacara pembukaan,” katanya lapor petapixel.com", "Katanya, terdapat embargo media yang ketat dikuatkuasakan untuk menghalang penerbitan butiran seperti itu dan Reuters melanggarnya dengan menerbitkan foto tanpa izin.", "Dalam satu kenyataan, PyeongChang turut menegaskan akan mengenakan hukuman keras terhadap agensi media yang gagal mematuhi arahan embargo dari aca pembukaan dan penutup seperti yang diminta IOC dan jawatankuasa penganjur." ]
[ "Korea Selatan", "Olimpik Musim Sejuk" ]
https://selangorkini.my/2018/01/mbsa-gempur-penjaja-warga-asing/
MBSA gempur penjaja warga asing
[ "SHAH ALAM, 30 JAN: Sebanyak enam premis digempur Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sekitar Dataran Otomobil, Seksyen 15, dalam operasi membanteras peniaga dan pekerja warga asing serta perlanggaran syarat lesen.", "Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat mengenai kewujudan peniaga dan pembantu kedai warga asing serta pusat snuker tanpa lesen di lokasi berkenaan.", "“Hasil daripada operasi yang dijalankan sebanyak 398 sitaan antaranya meja, kerusi, dapur gas, tong gas, komputer riba, kayu snooker, bola snooker dan monitor telah dilakukan,” katanya dalam kenyataan.", "Seramai 43 kakitangan daripada Unit Task Force dan Unit Operasi 3, Jabatan Pelesenan, Bahagian Integriti, Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam serta tiga orang pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut terlibat.", "Shahrin berkata penyitaan membabitkan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Establisyemen Makanan (MBSA) 2007, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan Perindustrian (PTPP) MBSA 2007.", "“Ia juga merangkumi Kompaun Tanpa Lesen 3(1), Undang-Undang Kecil Establisyemen Makanan Kompaun – Lesen Tamat Tempoh 2007, Undang-Undang Kecil Pusat Siber & Kafe Siber (MBSA) 2007 dan Undang-Undang Kecil Pusat Sukan Persendirian (MBSA) 2013,” katanya." ]
[ "MBSA" ]
https://selangorkini.my/2018/01/jokowi-jadi-imam-presiden-afghanistan-makmum/
Jokowi jadi imam, presiden Afghanistan makmum
[ "GLOBAL 30 JAN: Presiden Indonesia, Joko Widodo semasa kunjungannya ke Afghanistan pada Isnin sempat menjadi Imam Solat dengan Presiden Afghanistan Ashraf Ghani menjadi makmum bersama pimpinan dan kenamaan lain.", "Agensi Berita Indonesia DETIK.COM melaporkan dari video Biro Setpres, Selasa (30/1/2018), mulanya Jokowi dan Presiden Afghanistan Ashraf Ghani sempat bertukar kopiah." ]
[ "Indonesia", "Joko Widodo", "Presiden Afghanistan" ]
https://selangorkini.my/2018/01/real-madrid-tutup-jendela-perpindahan-48-jam-awal/
Real Madrid tutup jendela perpindahan 48 jam awal
[ "MADRID, 30 JAN: Real Madrid menutup jendela perpindahan musim sejuk 48 jam lebih awal dengan pendirian tidak membawa pemain baru bagi menghadapi baki musim ini.", "Walaupun dikaitkan dengan perpindahan masuk beberapa pemain seperti Dani Ceballos, Marcos Llorente dan Borja Mayoral, Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane hanya mahu semua pemain kekal lapor akhbar terkenal Sepanyol, Marca.", "“Sehingga 31 Januari, kita akan lihat apa yang pasaran pemain kini dapat tawarkan kepada kita,” katanya yang dipetik awal Januari lalu.", "Sebelum ini, juara La Liga 2017 itu turut dikhabarkan akan membawa masuk penjaga gol baharu, Kepa Arrizabalaga dari Athletic Bilbao tetapi ia tidak berlaku.", "Real yang baru sahaja kembali mencipta kemenangan selepas tersingkir dalam kejohanan Copa del Rey dilihat perlu membawa masuk pemain baru bagi mengharungi pusingan kedua musim ini." ]
[ "Real Madrid", "Zinedine Zidane" ]
https://selangorkini.my/2018/01/209647/
Bulbul, Mawar dan Bulan
[ "Bulbul:\nKekasih, kau tahu laraku dalam\ndengan apa kukatakan aku seorang Parsi?\ntidak pada bait Mathnawi dan Diwan, hapus luat semuanya\nitu, kalungan emasmu ditempa pelabuhan Ulsan\nsari merahmu tenunan Goa\naku sendiri sudah terlalu lama menagih hidup di China\nmenyaksi sepuluh hari nan panjang di Yangzhou\npelepahku tercarik tragedi sebuah dinasti!\nterasing dari daerah sendiri\ntak betah meski berbalut perak dan mastuli\nya sudahlah, lurah tidak terturuni, bukit tidak terdaki.", "Mawar:\nMalam itu kau dendangkan aku;\nantara Huntington dan Khatami –\nmanusia berkelahi tak kenal leluhurnya\npernah sebumbung satu negeri\nJudah dan Muhammad berbalas buah catur di Granada\nsama bersiul nakal menanti pulang Maria dari gereja\nBulbul jalanmu panjang, hamparan sutera\nengkau utusan dua dunia, merentas benua dan negara raya\nsantak lautan memanggilmu, kerinduan… kerinduan\nperantau tidak digentarkan maut dan rindu\nperantau hidup mengerti asal mengenal muasal\ndan itu bererti Satu, meski cabangnya beribu", "Bulan:\nBersahut-sahutan, nyanyi rindu bulbul pada mawar\ncinta yang tertekat di semenanjung emas\nkhayal haruman gaharu dan cendana\ndibuai santun pekerti nusantara\ndan masih aku\nterdampar diam di langit Palestin\nMerintih… merintih memanggil amannya Andalus!" ]
[ "Hadiah Sastera Selangor" ]
https://selangorkini.my/2018/01/kematian-dilarang-di-sini/
Kematian dilarang di sini
[ "KERANA dia terlalu misterius, tidak bernama, dan tidak punyai sejarah, lalu mereka menamakannya ‘Kematian’. Syhhh…! Namanya tabu disebut di kompaun hospital. Seperti penyakit. Seperti wabak.\nSeperti sumpahan yang pasti celaka.", "Setiap hari dia duduk seorang diri di kerusi pelawat tingkat tiga, tepat di hujung koridor berdekatan Unit Rawatan Rapi. Diam melekat seperti tugu. Kerusi besi di kiri kanannya sentiasa dikosongkan, berhantu, tiada yang sanggup teman menunggu. Bahkan bar lampu pendarfluor yang sudah dua minggu berliplap pada siling atas kepalanya itu tak siapa yang mahu menukar, lalu beransur menjadi pojok paling muram di aras itu. Bertentang pula dengan Dewan Bedah, ironi, ia aras yang paling sibuk dan kritikal di sini tetapi tak siapa pun yang berani memandang, menegur, apatah lagi bertembung mata dengan Kematian.", "Dia sentiasa bersut hitam, segak, dengan aroma aneh yang amat tajam. Bauan formaldehyde. Berkaca mata gelap tanpa bingkai. Memang dia tidak miliki banyak persona kecuali yang suram-buram, tidak banyak cita rasa untuk fesyen. Rambutnya rapi dengan tampang sentiasa dicukur nipis. Bibir lebar berwarna maroon gelap seperti gincu gothik itu menjepit sebatang rokok. Aneh. Tidak pernah sekali ia dinyalakan. Mungkin dia pun tahu rokok itu karsinogen yang fatal (atau kerana patuh peraturan hospital yang tak membenarkan merokok).", "Wajahnya terlalu murung, seperti hujan lewat malam yang enggan surut. Basah, sunyi, dan larut. Sesekali kedengaran nafasnya yang halus dan nyaring seperti siul angin di sela tingkap. Ya, mereka menamakannya Kematian dan sekian waktu dia menjadi mimpi ngeri penghuni hospital lapan tingkat itu.", "Pada pintu kaca Unit Rawatan Rapi yang automatik itu telah ditampal sekeping kertas, besar-besar dicetak: KEMATIAN DILARANG MASUK. Juga di setiap bilik bedah. Setiap wad. Setiap bilik bersalin. Setiap pantri. Setiap makmal patologi. Setiap di mana-mana, dia tak pernah dialu-alukan.", "Tak siapa berani menyebut namanya, tetapi lucu, setiap hari mereka bercakap perihalnya. Dalam Mesyuarat Bulanan Pengurusan Hospital dia menjadi agenda paling atas dalam minit. Isu yang tak pernah berjaya diselesaikan. Bagaimana mereka mahu mengusir Kematian sedangkan dia lebih dahulu menghuni hospital ini.", "Kematian telah ada sejak pesakit pertama didaftarkan dulu. Benar, sudah terlalu tua (tetapi wajahnya tetap tampan, awet muda). Tap tap tap. Dulu rutinnya berlegar dari satu aras ke satu aras, kehilangan dan mencari. Juga ramah dan ceria dengan sebatang rokok tak bernyala kemas di bibir. Walaupun tiada yang benar-benar peduli, tetapi dia tak pernah dibenci. Tidak seperti hari ini.", "Suatu hari cucu seorang Tokoh Negeri telah kemalangan, parah, babas ke dalam parit sekaligus kalah pertaruhan lumba. Pneumotoraks dan mengalami konkusi kritikal. Tengkoraknya retak dengan hematoma pada sisi otak kanan. Besar dan masih membesar. Segera pemuda malang itu disorong ke Dewan Bedah tingkat tiga, ditangani dua pakar bius tambah dua pakar bedah saraf terbaik negeri.", "Kematian berlegar-legar di depan pintu masuk Dewan Bedah. Semua kakitangan melihat kelibatnya. Tokoh Negeri itu melihat kelibatnya. Dengan rokok tetap terjepit di bibir. Dengan bau aneh yang menyengat. Dengan nafas seperti sela angin. Mundar-mandir, kehilangan dan mencari. Uh, jantung siapa yang tak menggelupur melihat Kematian berdiri di muka pintu! Akhirnya selepas tiga jam kesemua doktor keluar dari Dewan Bedah, menggeleng, dan berkata, “Maaf, dia gagal di atas meja bedah.”", "Menjadi rutin, seseorang perlu dikambinghitamkan. Tokoh Negeri naik berang, menjadi sensasi di berita jam lapan dan mengugut dengan tali undang-undang. “Tidak kompeten dan sub-standard!” ‘Mesyuarat Kematian Peri-Operatif’ serta-merta jadi kecoh, tapi sebulat suara menyalahkan dia, Kematian.", "Papan tanda, notis, dan tanda amaran ditampal merata-rata untuk mengawalnya. Mengehadkan pergerakan sehingga dia terpojok di situ ― sebuah kerusi pelawat di tingkat tiga dengan lampu yang berliplap di atasnya. Terkepung oleh ketakutan dan kebencian warga hospital.", "Akhirnya setelah terlalu lama menjadi duri, Pengarah Hospital mengambil tindakan berani (mati). Beberapa orang pengawal keselamatan dipanggil untuk mengalihkan kerusi besi itu. Dilupuskan jauh-jauh, ia tidak harus diduduki oleh sesiapa. Celaka yang dibawa oleh Kematian tidak harus ditularkan kepada sesiapa. Sepanduk berwarna merah, bersimbol tengkorak telah ditegakkan. Tertulis jelas dengan huruf besar berwarna putih; KEMATIAN DILARANG DI SINI!", "Lampu pendarfluor di siling tidak lagi berliplap. Pagi itu kali terakhir mereka semua melihatnya. Bersut hitam dengan sepuntung rokok di bibir, tidak pernah dinyalakan. Tap tap tap. Berjalan keluar dari hospital.", "Stretcher disorong cemas ke Dewan Bedah tingkat tiga. Seorang remaja, cucu Tokoh Negeri yang lain kemalangan. Motosikalnya memecut dan hilang kawalan di bahu jalan. Mengalami konkusi dan hematoma yang besar di ruang intrakranial. Otaknya membengkak, seperti kek span yang dimasak.", "“Mujur,” kata pakar bedah. “Kita tidak lagi disumpah malang.” Sudah dua minggu Kematian tidak kelihatan. Sepanduk berwarna merah masih di situ, tak sedikitpun terganjak. Lampu pendarfluor koridor terang-benderang.", "Dua pakar bius dan dua pakar bedah saraf bersedia dengan pasukan masing-masing. Lampu meja bedah dinyalakan. Perkakas tersusun seperti kutleri di meja makan.", "Pembedahan berlangsung, awalnya lancar dan menjanjikan. Satu jam. Dua jam. Tiga jam. Dan masuk jam yang keempat, mereka semua tiba-tiba buntu. Di luar, ahli keluarga berserta wartawan telah sedia menunggu.", "Santak ke jam yang kelima, akhirnya, mereka melihat Kehidupan bangun. Terduduk tiba-tiba seperti direnjat. Turun dari meja bedah. Menyarung sepasang sandal kayu. Menandatangani satu kertas pada meja di hujung bilik bedah seperti seorang posmen sedang menyerahkan konsainan. Dan melangkah perlahan-lahan, tap tap tap, melepasi kesemua pakar bedah saraf dan pakar bius. Tanpa menoleh. Tanpa berkata apa-apa.", "Mata remaja malang itu separa terbuka, seluruh tubuhnya menggigil. Otot tangan dan kaki penuh fasikulasi dan spastik. Mungkin dia sedang melihat terowong yang panjang dan gelap. Di hujungnya terdapat sejuring cahaya, jauh tetapi jelas. Mungkin. Dia meronta. Mahu ke sana." ]
[ "Hadiah Sastera Selangor" ]
https://selangorkini.my/2018/01/pm-kanada-tentang-islamofobia-diskriminasi/
PM Kanada tentang Islamofobia & diskriminasi
[ "“Kita tidak boleh menghidupkan mereka yang sudah mati tetapi kita berhutang kepada mereka untuk menentang sentimen yang menyebabkan kerugian kepada mereka.", "Pada 29 Januari 2017, sejurus selepas solat Zuhur, seorang lelaki bersenjata menyerbu masuk ke dalam sebuah masjid dan bertindak melepaskan tembakan rambang ke arah jemaah." ]
[ "Kanada" ]
https://selangorkini.my/2018/01/mpsj-jalankan-ujian-psikometrik-pastikan-kakitangan-berkualiti/
MPSJ jalankan Ujian Psikometrik, pastikan kakitangan berkualiti
[ "SHAH ALAM, 29 JAN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama mengadakan Ujian Psikometrik bagi memastikan kakitangan MPSJ berkualiti dalam aspek fizikal dan spiritual.", "Timbalan Pengarah Korporat, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata seramai 118 pegawai dan kakitangan menyertai ujian terbabit secara elektronik.", "“Ujian Psikometrik Malaysian Integrity Profile (MIP) merupakan satu ujian yang digunakan untuk menilai tahap integriti seseorang individu melalui tiga aspek utama iaitu Kualiti Peribadi, Pendirian serta Konsistensi.", "“Kualiti peribadi dinilai melalui kesedaran etika, disiplin, efisyen, perpaduan dan kepercayaan yang menjadi asas kepada integriti manakala pendirian pula diukur melalui persepsi dan nilai kerja yang positif.", "“Ia baik dari aspek fizikal mahupun aspek spiritual yang sihat dan positif melalui penekanan pengamalan prinsip integriti dalam kalangan kakitangan,” katanya dalam kenyataan.", "Azfarizal berkata ujian MIP itu sememangnya memberi kelebihan kepada MPSJ kerana ia selaras dengan Pelan Integriti MPSJ yang menitik beratkan integriti di dalam pengurusan kerja kakitangan Majlis.", "Katanya, melalui ujian itu juga, MPSJ dapat mengenalpasti personaliti pekerja serta meningkatkan prestasi kerja kakitangan dengan merangka pelan pembangunan kerja dan integriti yang lebih khusus kepada kakitangan terlibat.", "“Diharapkan ujian MIP ini dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam seterusnya melahirkan kakitangan yang bukan sahaja efisyen menjalankan tugasan bahkan menerapkan pengamalan integriti semasa menjalankan tugasan,” katanya." ]
[ "Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)", "Ujian Psikometrik" ]
https://selangorkini.my/2018/01/larangan-masuk-as-pelarian-11-negara-ditarik-balik/
Larangan masuk AS pelarian 11 negara ditarik balik
[ "GLOBAL 30 JAN: Amerika Syarikat (AS) menarik balik larangan terhadap pelarian dari 11 negara ‘berisiko tinggi’ yang berhasrat masuk ke negara itu.", "Pemohon dari 11 negara yang tidak didedahkan itu, difahamkan 10 negara majoriti penduduk Islam termasuk Korea Utara bakal menjalani pemeriksaan ‘berisiko’ sebelum diterima.", "Katanya pemeriksaan tambahan keselamatan akan menyukarkan penjahat untuk menyalahgunakan program pelarian dan mereka akan memastikan pendekatan lebih berhati-hati digunakan demi melindungi negara.", "Semua 11 negara yang mendapat tempias larangan pada Oktober tahun lalu, susulan tindakan pentadbiran Presiden Donald Trump meminda dasar pelarian masih belum dikenal pasti secara rasmi.", "Menurut kumpulan pelarian, 11 negara itu terdiri daripada Mesir, Iran, Iraq, Libya, Mali, Korea Utara, Somalia, Sudan Selatan, Sudan, Syria dan Yaman." ]
[ "Amerika Syarikat" ]
https://selangorkini.my/2018/01/ziyad-atlit-paralimpik-pertama-asia-sumbang-pingat-sukan-sea/
Ziyad atlit paralimpik pertama Asia sumbang pingat Sukan Sea
[ "SHAH ALAM, 30 JAN: Atlit paralimpik Selangor bagi acara lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli bukan sahaja dua kali memecahkan rekod dunia pada Temasya Sukan Paralimpik di Rio sebelum sekali lagi memecahkan rekod sendiri pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.", "Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata, malah beliau juga muncul sebagai atlit para pertama di Asia yang berjaya menyumbangkan pingat dalam pertandingan sukan membabitkan bukan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).", "“Pada Sukan Sea yang lalu, atlit kita Ziyad Zolkefli menang di peringkat paralimpik peringkat dunia tetapi pada masa sama beliau juga mewakili negara untuk Sea dan berjaya menyumbang pingat gangsa untuk kontinjen nasional.", "“Beliau merupakan atlit pertama di kalangan paralimpik yang berjaya menyumbangkan pingat kepada kontinjen nasional dalam mana-mana negara khususnya di negara Asia,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Insentif Kepada Atlit Selangor Ke Kejohanan Sukan Para Asean Ke-9 Kuala Lumpur 2017 lalu di Hotel De Palma Seksyen 19, di sini, hari ini.", "“Selangor sering digambarkan sebagai negeri paling maju dengan ekonomi kita mencatatkan pertumbuhan sangat baik, membawa pelaburan sangat tinggi dan pada masa sama Jabatan Perangkaan mencatatkan Selangor menyumbang 23 peratus kepada pertumbuhan KDNK negara.", "“Namun kejayaan, kemakmuran dan kegemilangan Selangor tidak hanya tidak hanya dapat diukur melalui pencapaian ekonomi tetapi Selangor di bawah kepimpinan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sentiasa memikirkan agar kita sentiasa ada program seimbang supaya kita mampu mengetengahkan semua warga kita dalam pelbagai bidang dan aspek termasuk sukan,” katanya." ]
[ "ziyad" ]
https://selangorkini.my/2018/01/jadi-penjawat-awam-contoh-terbaik-ikutan-negeri-lain/
Jadi penjawat awam contoh terbaik ikutan negeri lain
[ "Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, ia sekali gus dapat melahirkan penjawat awam yang ‘smart’ kepada Kerajaan Negeri.", "“Dengan ini, saya turut melahirkan penghargaan kepada semua pegawai daerah dan tanah kerana menaikkan Penunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators-KPI) sebanyak RM1.54 bilion pada tahun lalu,” katanya.", "Mohd Amin berkata, pencapaian memberangsangkan Selangor membuktikan hasil keberkesanan pentadbiran Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai agenda dan inisiatif berkesan bagi memastikan rakyat terus menikmati kemakmuran ekonomi serta pembangunan mampan.", "“Ini menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri berdaya huni. Bak kata pepatah “di mana kelintung berbunyi, di situ kerbau diam” yang bermaksud di mana ada pemerintah yang baik, di situlah rakyat hidup rukun dan harmoni.", "“Perkara ini dapat dibuktikan dengan jumlah penduduk di Selangor yang dianggarkan sebanyak enam juta iaitu 20 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia pada 2017,” katanya.", "Katanya, dengan peluang pekerjaan dan pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan rakyat menjadikan Selangor kekal sebagai negeri yang makmur dan berkebajikan." ]
[ "Penjawat Awam" ]
https://selangorkini.my/2018/01/ambil-kira-pelbagai-perkara-sebelum-tetapkan-calon-pru14/
Ambil kira pelbagai perkara sebelum tetapkan calon PRU14
[ "SHAH ALAM, 29 JAN: Pelbagai perkara perlu diteliti dan diambil kira dalam menetapkan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.", "Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, setakat ini calon-calon yang bertanding bagi setiap parti dalam Pakatan Harapan (PAKATAN) belum dimuktamadkan lagi.", "“Sebelum hari penamaan calon kita akan selesaikan perkara ini. Bagaimanapun, sekiranya pilihan raya dijangka April, kita bersedia dengan calon dan kerusi yang ditetapkan,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan di Dewan Jubli Perak di Bangunan Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.", "“Jika tiada perbincangan, bagaimana nak tahu mereka (parti) berminat untuk bertanding? Namun, proses masih berjalan dan kenapa perlu tumpu Selangor saja sedangkan seluruh negara belum selesai lagi pembahagian kerusi di peringkat DUN.", "“Faktor kemenangan lebih penting daripada menetapkan tempoh tertentu. Kalau kita boleh selesaikan 90 peratus daripada pemilihan, ia adalah sesuatu yang baik bagi PAKATAN,” katanya.", "“Ini kerana akhirnya kita mahu siapa juga yang mewakili kawasan tersebut bagi pihak PAKATAN mesti menang dan terdapat banyak faktor selain kerusi, seperti penerimaan pengundi, sokongan rakyat dan isu di kawasan itu." ]
[ "PRU14" ]
https://selangorkini.my/2018/01/150000-sampul-angpau-2-6-bilion-mesej-perubahan-pru-14/
150,000 sampul angpau 2.6 bilion, mesej perubahan PRU-14
[ "SHAH ALAM, 29 JAN: KEADILAN mencetak sejumlah 150,000 sampul angpau yang tertera perkataan ‘dua puluh enam ratus juta’ (2.6 bilion) dalam tulisan Cina berwarna emas kepada orang ramai pada harga RM20, menjelang Sambutan Tahun Baru Cina ini.", "Angpau itu dicetak untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai dalam melaksanakan perubahan menjelang Pilihanraya Umum ke 14, yang akan diadakan tidak lama lagi.", "Timbalan Pengarah Strategik Pemuda KEADILAN, Chua Wei Kiat berkata, reka bentuk sampul itu sangat bermakna kerana pilihan raya akan diadakan tahun ini.", "Sampul itu mengandungi karikatur Najib serta masyarakat pelbagai kaum mengadakan ‘Lou Sang’, selain gambar makanan tradisional masyarakat Cina seperti kuih bakul.", "Mereka hanya disyaratkan untuk menekan ‘Like’ pada laman itu dan mengisi butiran peribadi seperti alamat rumah, nama penuh dan nombor telefon masing-masing menerusi pautan untuk menerima sampul berkenaan." ]
[ "KEADILAN" ]
https://selangorkini.my/2018/01/insentif-rm162000-kepada-40-atlit-kejohanan-sukan-para-asean-ke-9-kl/
Insentif RM162,000 kepada 40 atlit Kejohanan Sukan Para Asean Ke-9 KL
[ "SHAH ALAM, 29 JAN: Seramai 40 atlit para Selangor yang terlibat dalam Kejohanan Sukan Para Asean Ke-9 menerima insentif wang tunai berjumlah RM162,700 daripada Kerajaan Negeri.", "Bercakap kepada media, Mohd Najib menyifatkan insentif yang diberikan ini membakar semangat beliau untuk berusaha gigih mengharumkan nama negara dalam kejohanan akan datang.", "“Insentif ini membuatkan saya lebih bersemangat berlatih untuk menghadapi Kejohanan Berbasikal Asia pada Febuari ini sebelum kejohanan lebih besar kejohanan dunia di Rio, Brazil juga pada tahun ini.", "“Wang yang saya dapat ini akan saya simpan untuk kegunaan selepas bersara nanti kerana kita sedia maklum bahawa sebagai atlit, kami tiada tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk hari tua dan tambah lagi karier sebagai atlit cepat berakhir,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Insentif Kepada Atlit Selangor Ke Kejohanan Sukan Para Asean Ke-9, Kuala Lumpur 2017, di Hotel De Palma Seksyen 19, di sini, hari ini.", "Sementara itu, seorang lagi atlit berbasikal, Noraidillina J Sham pula menyifatkan insentif RM14,000 yang diterimanya itu sebagai satu bonus kepada beliau.", "“Kepuasan sebenar apabila berjaya mengharumkan nama negara dalam acara kegemaran saya tetapi insentif ini adalah satu bonus buat saya dan ini sudah tentu menyuntik semangat untuk saya berlatih lebih bersungguh-sungguh,” katanya.", "Jelasnya, sama seperti Mohd Najib, pada masa ini beliau juga sibuk menjalani latihan pesat bagi menghadapi kejuaraan berbasikal Asia tidak berapa lama lagi." ]
[ "PARA ASEAN" ]
https://selangorkini.my/2018/01/cadang-sprm-laksana-beberapa-langkah-tambahan-selain-ibr/
Cadang SPRM laksana beberapa langkah tambahan selain IBR
[ "SHAH ALAM, 29 JAN: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beberapa langkah tambahan seperti menandatangani borang pengisytiharan kepentingan yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.", "“Menandatangani IBR sahaja tidak mencukupi. Kami mencadangkan beberapa langkah tambahan di mana sebelum mesyuarat dimulakan, Exco Selangor perlu menandatangani borang pengisytiharan kepentingan.", "“Perkara sama juga sudah diamalkan dalam syarikat milik kerajaan negeri. Kita tidak boleh mempunyai kepentingan sama ada diri sendiri atau keluarga dalam setiap kertas yang dibincangkan dalam mesyuarat,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan di Dewan Jubli Perak di Bangunan Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.", "Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri sudah menghantar surat rasmi dua bulan lalu berhubung dakwaan SPRM tentang keengganan Kerajaan Negeri menandatagani IBR, namun tiada maklum balas diterima sehingga kini.", "“Saya turut akan mengadakan pertemuan dengan Pengarah SPRM Selangor yang baharu, Datuk Alias Salim, dalam masa terdekat untuk berbincang dan menjelaskan kedudukan Kerajaan Negeri,” katanya." ]
[ "MB", "SPRM" ]
https://selangorkini.my/2018/01/pegawai-daerah-baru-diharap-laksana-amanah-tanggungjawab/
Pegawai daerah baru diharap laksana amanah & tanggungjawab
[ "SHAH ALAM, 29 JAN: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan empat Pegawai Daerah yang baru dilantik di pejabatnya, hari ini.", "“Saya mahu kerjasama ini disuburkan dan dapat berganding bahu melaksanakan tugas dengan baik. Saya juga berharap pegawai yang dilantik dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan baik,” katanya.", "Mohd Jusni Hashim dilantik sebagai Pegawai Daerah Kuala Langat. Beliau sebelum ini merupakan mantan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat.", "Selain itu, mantan Timbalan Pengarah di Seksyen Makro dan Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) Mohd Yazid Sairi dilantik sebagai Pegawai Daerah Sepang.", "Roslinah Md Jani pula dilantik sebagai Pegawai Daerah Petaling. Beliau juga merupakan mantan Pegawai Daerah Sepang manakala Dato’ Rosli Othman dilantik Pegawai Daerah Hulu Langat selepas berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Langat, sebelum ini." ]
[ "MB", "Pegawai daerah" ]
https://selangorkini.my/2018/01/selangor-penyumbang-terbesar-sektor-pelancongan-rm51-bilion/
Selangor penyumbang terbesar sektor pelancongan RM51 bilion
[ "SHAH ALAM 29 JAN: Selangor muncul sebagai penyumbang terbesar sektor pelancongan negara apabila merekodkan nilai tambah tertinggi iaitu RM51.0 bilion atau 30.7 peratus.", "Sementara itu W.P. Kuala Lumpur merekodkan nilai tambah sebanyak RM50.5 bilion (30.4%), Johor RM11.4 bilion (6.9%), Pulau Pinang RM9.0 bilion (5.4%), Perak RM6.7 bilion(4.0%) dan Sarawak RM6.7 bilion (4.0%).", "Bilangan pekerja dalam industri ini turut meningkat sebanyak 4.4 peratus iaitu seramai 2.5 juta orang berbanding 2.0 juta orang pada tahun 2010.", "Dari segi sumbangan, perkhidmatan perdagangan runcit (membeli-belah) mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 46.6 peratus diikuti oleh perkhidmatan pengangkutanpenumpang udara (17.4%) dan perkhidmatan sukan dan rekreasi (13.0%)." ]
[ "Pelancongan", "selangor" ]
https://selangorkini.my/2018/01/penjawat-awam-diberi-peluang-perkukuh-diri-kepakaran-profesionalisme/
Penjawat awam diberi peluang perkukuh diri, kepakaran & profesionalisme
[ "SHAH ALAM, 29 JAN: Penjawat awam Selangor diberi peluang luas memperkukuhkan diri dengan ilmu, kepakaran dan profesionalisme dalam bidang pengurusan dan pentadbiran awam yang memungkinkan mereka memegang tanggungjawab lebih besar pada masa akan datang.", "Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, penjawat awam sangat berpotensi untuk maju dan sebagai langkah proaktif, Kerajaan Negeri mewujudkan Selangor Business School (SBS) dalam melahirkan kumpulan pegawai yang kompeten dan memiliki daya pemikiran strategik.", "“Ia adalah bagi menyumbang kepada sektor ekonomi dan urus tadbir negeri. Justeru itu, saya memberikan komitmen untuk membuka peluang seluas-luasnya kepada penjawat awam memperkasa diri mereka.", "“SBS juga akan memainkan peranan untuk mencungkil potensi dan bakat intelektual serta ikhtisas yang sedia ada dalam perkhidmatan awam Selangor,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan di Dewan Jubli Perak di Bangunan Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.", "Pada majlis itu, Mohamed Azmin turut menyerahkan surat tawaran Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar kepada 20 pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir.", "“Maka, untuk melaksanakan tugas berat ini, saya memerlukan sokongan dan dukungan anggota perkhidmatan awam sekalian untuk terus berkhidmat dengan jujur, ikhlas, berintegriti dan beramanah demi negeri dan rakyat.", "“Saya meletakkan harapan yang tinggi di atas bahu anda semua untuk bersama-sama membangunkan negeri, melawan korupsi dan membangunkan masyarakat berkualiti, Selangor yang maju, makmur dan disegani,” katanya.", "Sementara itu, Mohamed Azmin mahu melihat peranan pegawai-pegawai wanita terus diangkat dan diberdayakan serta berada di saf hadapan dalam kemajuan dan pembangunan negeri." ]
[ "Azmin Ali", "MB", "Penjawat Awam" ]
https://selangorkini.my/2018/01/skim-peduli-sihat-penjawat-awam-selangor-bantu-lebih-10000-penerima/
Skim Peduli Sihat penjawat awam Selangor bantu lebih 10,000 penerima
[ "Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menjamin perlindungan kepada lebih 10,000 penjawat awam Gred 44 dan ke bawah, terdiri daripada pembantu tadbir, pekerja rendah awam, anggota penguatkuasa, pengawal keselamatan dan pemandu.", "“Melalui skim takaful kesihatan ini, setiap penjawat awam akan menerima manfaat had rawatan kesihatan sebanyak RM10,000 setahun bagi menampung kos ‘hospitalization’ selain daripada skop perlindungan yang meliputi manfaat kematian dan hilang upaya kekal.", "“Kebajikan penjawat awam sentiasa dekat di hati saya. Sementara ada suara memberikan pandangan negatif terhadap perkhidmatan awam dan mahu ianya dikecilkan, saya mengambil pendirian yang berbeza,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan di Dewan Jubli Perak di Bangunan Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.", "Pada majis itu, beliau turut melancarkan Skim Peduli Sihat Penjawat Awam Selangor untuk penjawat awam dengan menyerahkan Kad Peduli Sihat kepada sepuluh wakil penerima.", "Skim Peduli Sihat dilaksana Kerajaan Negeri melalui agenda Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), bertujuan meringankan beban kos sara hidup tinggi dengan peruntukan RM125 juta setahun.", "Ia mensasarkan satu juta rakyat Selangor berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah bakal mendapat manfaat perlindungan kesihatan sekali gus menambah akses kepada rawatan kesihatan asas dan seterusnya meningkatkan tahap kualiti hidup rakyat.", "Pelaksanaan skim berkenaan membolehkan rakyat kurang berkemampuan menerima Kad Peduli Sihat bagi mendapatkan pembiayaan rawatan kesihatan asas di lebih 1,000 buah klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang." ]
[ "MB", "Peduli Sihat", "Penjawat Awam" ]
https://selangorkini.my/2018/01/pelaburan-berimpak-tinggi-rm1-76-bilion-jepun-ke-selangor/
Pelaburan berimpak tinggi RM1.76 bilion Jepun ke Selangor
[ "SHAH ALAM, 29 JAN: Selangor berjaya membawa pulang pelaburan berimpak tinggi berjumlah RM1.76 bilion hasil misi pelaburan ke negara Jepun baru-baru ini, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.", "Beliau berkata, ia melalui perjanjian usahasama pada 25 Januari lalu antara Worldwide Holdings dengan GSPP, iaitu anak syarikat Oji Group bernilai RM1.26 bilion yang bakal membuka jalan bagi pengembangan perniagaan kilang kertas GSPP di Kuala Langat.", "“Ianya bagi membina sebuah loji rawatan air yang membekalkan air terawat industri untuk kilang kertas GSPP, yang kini adalah rakan kongsi Selangor.", "“Selain itu, Selangor berjaya meraih pelaburan dari Nippon Express iaitu pemain global dalam industri logistik dan pengangkutan serta beberapa syarikat Jepun lain, dengan anggaran pelaburan mencecah RM500 juta,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan di Bangunan Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.", "Mohamed Azmin berkata, ia adalah kejayaan besar yang dicapai seawal Januari tahun ini walaupun dalam tempoh singkat yang berjaya membawa pulang hasil lumayan.", "“Ini memperlihatkan kecekapan dan kemahiran pegawai-pegawai kita dalam rundingan dengan pelabur asing yang akhirnya membawa kejayaan kepada Selangor. Kita bukan sahaja dapat menarik pelaburan besar, tetapi juga meletakkan terma yang mampu mencipta nilai dalam pelaburan.", "“Kewibawaan dan kepakaran dalam rundingan merupakan aset penting bagi Selangor. Gagasan Selangor sebagai ‘regional smart state’ memerlukan kita melakukan rundingan dengan pelbagai pihak termasuk syarikat-syarikat gergasi global.", "“Kita meraikan pelaburan domestik dan asing. Namun, pelaburan mestilah memanfaatkan rakyat dan negeri serta tidak sama sekali menjejaskan kedaulatan dan kepentingan negeri,” katanya.", "Katanya, Selangor perlu mempersiapkan pasukan pegawai yang berwibawa, berkepakaran dan berintegriti untuk berunding dengan syarikat-syarikat gergasi dan ekonomi dunia bagi menjamin kelangsungan Pelaburan Langsung Asing (FDI) serta pertumbuhan organik.", "“Sebagai sebuah ekonomi kecil seperti Malaysia, kita terdedah kepada suasana ekonomi global yang menuntut persaingan hebat dalam perdagangan serantau dan antarabangsa,” katanya." ]
[ "Pelaburan" ]
https://selangorkini.my/2018/01/pupuk-semangat-kerja-lebih-produktif-smart/
Pupuk semangat kerja lebih produktif & ‘smart’
[ "SHAH ALAM, 29 JAN: Bantuan khas kewangan diberikan kepada penjawat awam Selangor dapat memupuk semangat kepada mereka supaya bekerja lebih kuat, produktif dan ‘smart’.", "Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pemberian itu adalah hasil penat lelah, komitmen serta sokongan utuh penjawat awam menterjemahkan dasar negeri dalam pelbagai bentuk program dan inisiatif.", "Beliau berkata demikian di hadapan penjawat awam pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan di Dewan Jubli Perak di Bangunan Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.", "Mohamed Azmin turut bersyukur atas komitmen diberikan penjawat awam apabila konsisten dan tidak bermusim, bukan hanya di hujung tahun tetapi sepanjang tahun.", "“Lihat saja perhimpunan bulanan pada kali ini penuh sesak sehingga terpaksa ditambah kerusi tanpa ada perebutan. Inilah satu-satunya pertambahan kerusi yang tiada perebutan.", "“Saya tidak bermaksud yang lain tapi ia membuktikan bagaimana sokongan dan dorongan penjawat awam Selangor hari ini cukup utuh dan kuat dengan hasrat pembangunan Kerajaan Negeri,” katanya." ]
[ "Azmin Ali", "Penjawat Awam" ]
https://selangorkini.my/2018/01/as-bakal-bina-rangkaian-5g-tangkis-ancaman-china/
AS bakal bina rangkaian 5G tangkis ancaman China
[ "GLOBAL 29 JAN: Amerika Syarikat (AS) berhasrat membina rangkaian 5G bagi mempertingkatkan tahap keselamatan negara itu susulan tindakan China mengintip panggilan telefon.", "Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan sumber berkenaan yang mengesahkan intipati laporan Axios.com berkata, perkara itu sedang dibahaskan pada peringkat bawahan dan bakal mengambil masa antara enam hingga lapan bulan sebelum diputuskan oleh Presiden.", "Sejak mengambil alih tampuk kepimpinan, Presiden Donald Trump dilihat mengambil pendekatan lebih keras untuk beberapa isu termasuk peranan Beijing dalam mempengaruhi Korea Utara dan usaha China dalam industri strategik AS.", "Awal bulan ini, AT&T diarah membatalkan rancangan untuk membekalkan pelanggan mereka dengan telefon bimbit jenama Huawei buatan China selepas beberapa ahli Kongres melobi menentang idea itu." ]
[ "Agensi Perisikan Amerika Syarikat (CIA)", "Amerika Syarikat", "China" ]
https://selangorkini.my/2018/01/ringgit-diniaga-3-86508680-berbanding-dolar-as/
Ringgit diniaga 3.8650/8680 berbanding dolar AS
[ "Harga minyak mentah Brent, penanda aras bagi harga minyak antarabangsa, mencatatkan peningkatan 0.01 peratus kepada AS$70.16, mengekalkan momentum kenaikan, kata peniaga.", "Innes berkata, pasaran ringgit akan bergerak pada sentimen dolar AS yang lebih meluas minggu ini, dengan pelabur membeli kepada kelemahan, manakala ringgit kekal kukuh.", "Ringgit lebih tinggi berbanding pound Britain pada 5.4690/4736 daripada 5.5160/5222 dan lebih kukuh berbanding euro pada 4.7976/8029 daripada 4.8185/8234 pada sesi penutup Jumaat." ]
[ "ringgit" ]
https://selangorkini.my/2018/01/pengasas-ikea-meninggal-dunia/
Pengasas IKEA meninggal dunia
[ "GLOBAL 29 JAN: Bilionair yang juga pengasas syarikat perabot gergasi IKEA, Ingvar Kamprad meninggal dunia akibat sakit tua ketika berusia 91 tahun di Sweden.", "“Kami akan sentiasa mengingati dedikasi dan komitmen beliau terhadap orang ramai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kumpulan Inter IKEA, Torbjorn Loof.", "Ketika berusia lima tahun, Kamprad mula menampakkan minat terhadap dunia perniagaan apabila menjual mancis di kawasan kejiranan dan kemudiannya mempelbagaikan barang jualan seperti hiasan pokok Krismas, pensel dan pen.", "“Legasi perniagaan beliau akan sentiasa dikagumi selama bertahun-tahun dan visi beliau mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik kepada kebanyakan orang akan berterusan bagi memberi inspirasi kepada semua,” jelas IKEA." ]
[ "ikea" ]
https://selangorkini.my/2018/01/madu-bukan-penawar-kanser-dr-yasmeen/
Madu bukan penawar kanser – Dr Yasmeen
[ "SHAH ALAM, 28 JAN : Amalan pemakanan madu lebah bukanlah jaminan bahawa penularan sel kanser dalam badan pesakit itu boleh dirawat.", "Pakar perubatan, Dr Yasmeen Farouk Mohamed berkata, pesakit kanser boleh mengambil pemakanan berasaskan buah-buahan bagi menambah kandungan gula dalam badan penghidap kanser.", "“Dalam konteks pemakanan madu untuk individu yang belum mendapat kanser itu memang terbaik khasiatnya dan memang disarankan untuk mengamalkan pemakanan madu sesudu setiap pagi.", "“Tetapi tidak bagi pesakit kanser, anda diingatkan untuk tidak mengambil madu sebagai pemakanan gula dalam badan tetapi disaran boleh mengambil buah-buahan sebagai gula sahaja.", "“Memang ada saranan perubatan yang menyarankan pengambilkan madu kepada pesakit, namun berdasarkan pemerhatian dan kajian saya untuk tempoh 10 tahun ini, pengambilan madu untuk pesakit kanser sebenarnya tidak berkesan,” katanya.", "Sebelumnya, wujud beberapa pendekatan yang didedahkan umum di laman sosial mengaitkan amalan pemakanan madu yang didakwa boleh merawat kanser dalam badan pesakit.", "Namun, portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan, pengambilan madu hanya boleh menambah kepada kandungan kalori dan protein bagi diet pesakit kanser.", "Terdahulu, Dr Yasmeen Farouk bercakap pada program seminar kesihatan Fule For Fighters Awakening yang turut dihadiri lebih 100 pesakit kanser seluruh negeri.", "Hadir sama isteri Dato’ Menteri Besar Selangor, Datin Seri Shamshida Taharin dan Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi di Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seksyen 7, petang ini." ]
[ "Datin Seri Shamshida Taharin", "Dr Yasmeen Farouk Mohamed", "isteri Dato' Menteri Besar Selangor", "Pakar perubatan" ]
https://selangorkini.my/2018/01/masyarakat-disaran-bantu-pesakit-kanser-perlu-positif/
Masyarakat disaran bantu, pesakit kanser perlu positif
[ "SHAH ALAM, 28 JAN: Isteri Dato’ Menteri Besar, Datin Seri Shamshida Taharin berharap pesakit kanser di negeri ini sentiasa berfikiran positif untuk melawan penyakit itu.", "Berkongsi pengalaman peribadi melalui detik-detik akhir bersama ibunya yang juga pesakit kanser, Shamshida berkata, beliau kini lebih redha dengan pengalaman itu, sebelum ini.", "“Di saat akhir itu juga, ibu ada katakan beliau sudah bersedia dan saya sememangnya faham tentang erti ketabahan seorang pesakit kanser,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Dr Yasmeen Fule For Fighters Awakening kali keenam yang turut dihadiri lebih 150, pesakit kanser wanita di negeri ini.", "Turut hadir Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang, Noor Hanim Ismail.", "Seminar disampaikan pakar perubatan Dr Yasmeen Farouk Mohamed di Dewan Megawati Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, di Seksyen 7, petang ini.", "“Semua orang mampu untuk membantu pesakit kanser menerusi landasan masing-masing, tidak semestinya anda perlu menjadi ahli politik atau pengarah syarikat untuk membantu." ]
[ "Datin Seri Shamshida Taharin", "Isteri Dato' Menteri Besar", "Majlis Pelancaran Program Dr Yasmeen Fule For Fighters Awakening" ]
https://selangorkini.my/2018/01/emel-badan-amal-bantu-40-keluarga-di-kuala-perlis/
EMEL, badan amal bantu 40 keluarga di Kuala Perlis
[ "KUALA PERLIS, 28 JAN: Jenama fesyen terkenal, EMEL, bersama rakan kongsi dan badan amal lain menghulur sumbangan kepada 40 keluarga memerlukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Besar (S), di sini, 19 Januari lalu.", "EMEL memaklumkan, aktiviti amal itu adalah permulaan bagi tahun ini dengan disertai Charity Right, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) amal antarabangsa, Ben’s Independent Grocer (BIG), DS Borneo dan The Good Shop.", "“Objektif utama EMEL dan rakan kongsi adalah untuk membantu keluarga tidak berkemampuan dengan memberikan sumbangan bahan mentah seperti beras, minyak masak, tepung dan sebagainya.", "“Salah satu matlamat aktiviti sumbangan ini adalah untuk memotivasi ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka kekal di sekolah dan mendapat pendidikan sebaik mungkin,” katanya dalam kenyataan.", "Program dirasmikan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan disertai DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.", "Turut serta, Mohd Ridzal Sheriff dan Zurin Wok Nordin dari Charity Right, Adeline Tang dan Happy Tang (DS Borneo), Eena Khalil Lim (The Good Shop) dan kumpulan media Perlis.", "Aktiviti amal dijalankan syarikat itu pada setiap tahun dengan kerjasama organisasi bukan kerajaan untuk membawa perhatian kepada golongan kurang berkemampuan dan mengumpul dana bagi badan kebajikan." ]
[ "EMEL" ]
https://selangorkini.my/2018/01/bekas-penyampai-berita-rtm-salasiah-zakaria-meninggal-dunia/
Bekas Penyampai Berita RTM Salasiah Zakaria meninggal dunia
[ "KUALA LUMPUR 28 JAN: Bekas editor dan penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Datin Salasiah Zakaria, meninggal dunia akibat kanser pada usia 68 tahun, pagi tadi.", "BH ONLINE melaporkan Allahyarham yang berkhidmat di RTM selama 33 tahun, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Hospital Ampang, kira-kira jam 11 pagi." ]
[ "Salasiah Zakaria" ]
https://selangorkini.my/2018/01/penyelesaian-masalah-penduduk-dun-chempaka-jadi-keutamaan/
Penyelesaian masalah penduduk DUN Chempaka jadi keutamaan
[ "KUALA LUMPUR, 28 JAN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Chempaka, Dato’ Iskandar Abdul Samad menjelaskan pihaknya dan agensi berkaitan memberi penekanan bagi menyelesaikan permasalahan dihadapi penduduk di kawasan DUN berkenaan.", "Exco Kerajaan Negeri itu berkata demikian dalam dialog bersama penduduk di Karnival Rakyat di Pangsapuri Merpati A, Pandan Indah, di sini, hari ini.", "Dialog itu ialah acara kemuncak dijayakan bersama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Chempaka, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pejabat Daerah Hulu Langat, Jabatan Bomba dan polis.", "Karnival terbabit dijayakan Majlis Permuafakatan Prihatin Rakyat Selangor (MPRS) dengan kerjasama PKM DUN Chempaka mendapat sambutan meriah di kalangan penduduk sekitar." ]
[ "Ahli Dewan Negeri (ADN) Chempaka", "DatoÔÇÖ Iskandar Abdul Samad" ]
https://selangorkini.my/2018/01/buang-sikap-sensitif-yang-negatif-untuk-berjaya/
Buang sikap sensitif yang negatif untuk berjaya
[ "BANGI, 28 JAN: Sikap sensitif yang negatif seperti rasa malu dan malas untuk berusaha perlu dibuang supaya impian untuk berjaya dalam sesuatu bidang dapat dilaksanakan.", "Pengurus Besar D Strike Solution, Mohd Sukur Ibrahim berkata, untuk mencapai sesebuah kejayaan, seseorang individu harus mengubah diri sendiri tanpa membandingkan nasib diri mereka dengan orang lain.", "“Kejayaan dicipta insan biasa yang berusaha secara luar biasa. Ia kerana kejayaan ada proses dan perjalanan tersendiri dan jangan membandingkannya dengan orang lain.", "“Sebenarnya, apa yang membezakan kita dengan mereka adalah usaha yang luar biasa. Selain itu, kita perlu memilih sahabat yang betul, bersama-sama dan bersemangat untuk sampai ke puncak kejayaan.", "“Oleh itu, jangan malu untuk meminta bantuan dari orang lain dan beri peluang kepada diri untuk berjaya,” katanya semasa memberikan ceramah motivasi dalam Bengkel Orang Kelainan Upaya (OKU) Biz Online di Masjid Al-Hasanah, di sini.", "“Kita perlu mempunyai impian atau niat dan menetapkan sasaran untuk meraihnya. Ia juga perlu disusuli dengan tindakan iaitu rajin berusaha, sentiasa positif dalam cabaran dan kekal bertahan untuk berjaya.", "Bengkel yang berlangsung sehari itu dianjurkan Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Bangi dengan kerjasama Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat, Pusat Khidmat ADUN Bangi serta Masjid Bandar Seri Putra, Kajang." ]
[ "Bengkel Orang Kelainan Upaya (OKU) Biz Online", "Mohd Sukur Ibrahim", "Pengurus Besar D Strike Solution" ]
https://selangorkini.my/2018/01/pwb-dun-bangi-anjur-bengkel-oku-biz-online/
PWB DUN Bangi anjur Bengkel OKU Biz Online
[ "BANGI, 28 JAN: Kira-kira 30 peserta orang kelainan upaya (OKU) hari ini menyertai Bengkel OKU Biz Online di Masjid Al-Hasanah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi di sini.", "Bengkel anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Bangi itu turut mendapat kerjasama Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat, Pusat Khidmat ADN Bangi serta Masjid Bandar Seri Putra, Kajang.", "Penyelia PWB DUN Bangi, Mariah Hussain berkata, bengkel sehari itu bertujuan meningkatkan kemahiran golongan OKU dalam bidang Internet selain memberi bimbingan terperinci kepada peserta bagi memulakan perniagaan atas talian secara kreatif.", "“Antara pengisian bengkel adalah slot motivasi, latihan dalam kumpulan, sesi praktikal iaitu membina halaman serta memuat naik status di media sosial seperti Facebook dan Instagram, mengambil dan menyunting gambar dari telefon pintar dan membuat ayat ‘copyright’,” katanya.", "Bengkel OKU Biz Online bakal memberi suntikan semangat dan motivasi kepada peserta dan secara tidak langsung menyemai motivasi intrinsik dalam diri mereka ke arah lebih cemerlang dan progresif." ]
[ "Bengkel OKU Biz Online", "Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Bangi" ]
https://selangorkini.my/2018/01/lelaki-maut-dibelit-ular-sawa-di-banting/
Lelaki maut dibelit ular sawa di Banting
[ "BANTING 28 JAN: Seorang lelaki maut dibelit ular sawa di Jalan Haji Ibrahim dekat sini, awal pagi tadi, lapor BH ONLINE.", "Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri, berkata Zaim Khalis Kosnan,35, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.", "“Sebaik tiba, kami menemui ular sawa sepanjang 2.4 meter sudah mati dipercayai dipukul orang awam,” katanya kepada BH di sini, hari ini." ]
[ "Ular" ]
https://selangorkini.my/2018/01/potensi-selangor-jadi-pusat-industri-startup/
Potensi Selangor jadi pusat industri ‘startup’
[ "PETALING JAYA, 28 JAN: Selangor berpotensi besar menjadi pusat utama industri ‘startup’ serta tumpuan syarikat juga ramai pemain industri berkaitan di negara ini.", "Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata dengan kemudahan industri dan pusat pengajian tinggi yang banyak, ia bersesuaian bagi tujuan berkenaan.", "“Pihak ‘startup’ dihimpunkan bersama agensi lain seperti kewangan, institusi pendidikan dan sebagainya dengan tujuan memberi pendedahan kepada masyarakat berhubung perniagaan ‘startup’ yang terdapat di Selangor.", "“Kalau di Amerika Syarikat ada Silicon Valley kerana mempunyai universiti seperti Universiti Stanford dan sebagainya maka di Selangor, kita memiliki bilangan universiti dan kolej paling banyak di negara ini.", "“Maka dirasakan Selangor mempunyai potensi dan ia sangat bersesuaian dengan visi Smart Selangor digariskan Kerajaan Negeri untuk menjadikan negeri ini sebagai negeri pintar (Smart State),” katanya selepas menghadiri PJ Startup Festival 2018 di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, hari ini.", "ADN Seri Setia itu berkata, penganjuran pesta itu amat bersesuaian apabila ramai usahawan menceburi pelbagai bidang berkaitan seperti membina aplikasi dan yang lain adalah sebahagian daripada wawasan berkenaan.", "Ini kerana, katanya, Kerajaan Negeri ketika ini bergerak daripada peringkat asas dan sudah mempunyai penekanan dalam bidang STEM atau Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.", "“Kalau kita mahu mempunyai usahawan baik dalam ‘startup’ maka mereka mesti mempunyai penguasaan baik dalam STEM dan seterusnya kita mempunyai inkubator seperti Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC) untuk menggalakkan semua ‘startup’ berkembang dan dibawa ke peringkat sterusnya.", "“Festival ini juga membantu generasi muda bagi berkongsi idea dan membukan ruang pekerjaan kerana Kerajaan Negeri turut memberi penekanan membina masyarakat dalam Revolusi Industri 4.0,” katanya.", "Beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak mahu memiliki revolusi industri tetapi kehilangan tenaga kerja kerana ekoran menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan automasi sehingga tidak memerlukan tenaga pekerja." ]
[ "Ekonomi" ]
https://selangorkini.my/2018/01/buang-sampah-haram-mpkj-keluar-38-kompaun-sita-14-lori/
Buang sampah haram: MPKj keluar 38 kompaun, sita 14 lori
[ "KAJANG, 28 JAN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melalui operasi Unit Alam Sekitar (Gempur) yang dijalankan di lokasi pembuangan sampah haram mengeluarkan 38 kompaun dan menyita 14 buah lori sehingga 24 Januari lalu.", "Yang Dipertuanya, Mohd Sayuthi Bakar berkata, ianya dikeluarkan bagi kesalahan membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan di bawah UUK 4 (Undang-undang Kecil – Pembuangan, Pemungutan dan Pelupusan Sampah Sarap MPKj 2007).", "“Terdapat empat lokasi terlibat dalam sitaan lori iaitu di fasa 1, Bandar Tasik Kesuma (6) dan Kampung Rinching Hulu (2), masing-masing di mukim Semenyih, dua di Bukit Enggang, Sungai Long, Cheras manakala empat lagi di lain-lain kawasan.", "Beliau berkata, pihaknya akan sentiasa komited dalam membanteras kegiatan pembuangan sampah secara haram bagi mensasarkan sifar sampah haram pada tahun ini." ]
[ "MPKj" ]
https://selangorkini.my/2018/01/mesej-tular-pelajar-kena-wabak-h1n1-palsu/
Mesej tular pelajar kena wabak H1N1 palsu
[ "KUALA LUMPUR 28 JAN: Sebuah mesej yang tular mendakwa seorang pelajar di Negeri Sembilan dijangkiti virus H1N1 atau selsema babi adalah palsu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.", "“Ini adalah kluster pertama ‘penyakit mirip Influenza’ (Ili) yang dilaporkan di sebuah sekolah di Negeri Sembilan dan sejak itu tiada wabak Ili dilaporkan,” katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Sabtu.", "Dr Noor Hisham mengingatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan berita palsu dan menganggap ia adalah tindakan tidak bertanggungjawab kerana menyebabkan suasana panik dalam kalangan masyarakat." ]
[ "H1N1" ]
https://selangorkini.my/2018/01/krisis-air-air-dihad-50-liter-seorang-sehari-had-pam-tandas/
Krisis air: Air dihad 50 liter seorang sehari, had pam tandas
[ "GLOBAL 28 JAN: Kemarau teruk memaksa majlis perbandaran Cape Town mengehadkan penggunaan air kepada 50 liter seorang dalam sehari sambil menggesa orang ramai supaya menutup tangki air tandas dan mengehadkan mengepam tandas bagi menyimpan air.", "Portal berita Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan Ketua pentadbiran wilayah Cape Barat, Helen Zille ber­kata, sekiranya air paip di bandar itu kering, ia bakal menjadi ‘ibu kepada segala bencana’.", "Zille turut memberikan beberapa cadangan penjimatan air termasuk mengisi air basuhan ke dalam tangki air tandas dan menggunakannya untuk mengepam tandas.", "“Tiada sesiapa boleh mandi­ lebih daripada dua kali seminggu­ pada masa ini. Kamu perlu menjimatkan air kerana hidup kamu bergantung padanya,” kata Zille lagi.", "Cape Town yang merupakan destinasi pelancong popular, dilanda kemarau paling buruk dalam tempoh satu abad. Bandar itu menerima taburan hujan yang rendah sejak tiga tahun lalu." ]
[ "Air" ]
https://selangorkini.my/2018/01/lzs-terus-menerus-bantu-keluarga-nabil/
LZS terus menerus bantu keluarga Nabil
[ "AMPANG, 28 JAN: Ketabahan Raden Nabil Zakiyudin R Zakariya, 11, melaungkan azan setiap hari sebagai salah satu usaha menyembuhkan bapanya, R Zakariya R Abdul Hamid, 51, mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).", "Untuk rekod, LZS sudah menyalurkan bantuan zakat RM25,120 bagi menjelaskan kos rawatan hospital, bantuan bulanan bagi keperluan seperti susu dan lampin pakai buang, sepanjang tahun lalu.", "Selain berdoa, rutin harian Nabil melaungkan azan setiap kali pulang dan pergi ke sekolah dengan harapan bapanya mampu bangun untuk menemaninya solat jemaah di masjid yang terletak di depan rumah.", "Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, dia yang pernah memenangi tempat ketiga pertandingan laungan azan anjuran Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, sebelum ini kerap diberi tanggungjawab oleh jemaah masjid untuk melaungkan azan." ]
[ "Lembaga Zakat Selangor (LZS)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/alfonso-pemain-import-kelima-red-giant/
Alfonso pemain import kelima Red Giant
[ "SHAH ALAM, 28 JAN: Pemain dari Sepanyol, Alfonso de la Cruz menjadi import kelima The Red Giants bagi saingan Liga Malaysia musim ini.", "Pengandali pasukan Selangor, P Maniam berkata, pemain berusia 31 tahun itu akan tiba esok bagi mengisi posisi tengah bertahan dalam pasukan." ]
[ "Alfonso de la Cruz", "P Maniam", "The Red Giants" ]
https://selangorkini.my/2018/01/la-liga-real-madrid-lega-tewaskan-valencia-1-4/
La Liga: Real Madrid lega tewaskan Valencia 1-4
[ "Kemenangan itu pastinya melegakan sedikit tekanan skuad bimbingan Zinedine Zidane yang berhadapan prestasi buruk musim ini ekoran kegagalan mengutip tiga mata penuh.", "Valencia cuba bangkit pada babak kedua menerusi serangan bertali arus akhirnya berjaya menewaskan Kaylor Navas di gawang Real menerusi tandukan Santi Mina.", "Disaat pasukan tuan rumah ghairah mencari gol penyamaan, Real menghukum kealpaan benteng pertahanan pasukan lawan dengan dua jaringan di minit akhir permainan menerusi Marcelo dan Toni Kross." ]
[ "La Liga" ]
https://selangorkini.my/2018/01/yide-cakna-nasib-14-keluarga-terlibat-banjir/
YIDE cakna nasib 14 keluarga terlibat banjir
[ "SHAH ALAM, 28 JAN: Skuad Yayasan Islam Darul Islam (YIDE) melawat 14 keluarga terlibat banjir di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfield bagi meyalurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian.", "Sumbangan di sampaikan Pengurus Operasi YIDE, Arifin Md Jaafar diiringi Pegawai Kebajikan YIDE Muhammad Zubair, kepada keluarga dari Kampung Seri Aman dan Ladang Tuan Mee, Kuala Selangor, pada 26 Januari lalu.", "Terdahulu, Kampung Seri Aman dan Ladang Tuan Mee, Kuala Selangor ditengelami banjir setinggi tiga meter melibatkan 10 keluarga Melayu dan empat keluarga India.", "Dalam pada itu, YIDE mengingatkan masyarakat untuk menyalurkan sebarang kejadian berkaitan musibah dan bencana kepada Pegawai Kebajikan YIDE, Muhammad Zubair di talian 017-7569476 untuk tindakan lanjut." ]
[ "Yayasan Islam Darul Islam (YIDE)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/pindaan-akta-kerja-1955-dibentang-sidang-dewan-rakyat-akan-datang/
Pindaan Akta Kerja 1955 dibentang sidang Dewan Rakyat akan datang
[ "NASIONAL 28 JAN: Cadangan pindaan Akta Kerja 1955 bagi menangani diskriminasi di tempat kerja susulan isu larangan bertudung dalam sektor perhotelan, dijangka dibentang pada sidang Parlimen akan datang.", "Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata kementerian sedang meneruskan perbincangan ‘tripartite’ melibatkan pihak majikan, pekerja dan kerajaan untuk memperhalusi cadangan pindaan akta itu.", "“Kementerian Sumber Manusia memandang serius isu diskriminasi yang didakwa berlaku dalam kalangan beberapa majikan sektor perhotelan di negara ini,” katanya dalam kenyataan semalam.", "Riot berkata pemeriksaan yang dilakukan kementerian ke atas 88 hotel di Semenanjung Malaysia sejak Disember 2017 hingga semalam mendapati 13 daripadanya menetapkan polisi dan mempunyai ‘standard grooming’ yang melarang pekerja wanita bertudung, khususnya bagi ‘frontliners’ dan mereka yang bertugas di bahagian ‘food and beverages’.", "Riot seterusnya berkata Persatuan Hotel Malaysia (MAH) telah memberi komitmen untuk menggesa anggotanya supaya tidak menetapkan sebarang polisi atau dasar melarang pemakaian tudung dalam kalangan pekerja wanita di tempat kerja.", "“MAH juga menggalakkan semua anggotanya memasukkan pemakaian​​​​​​​ tudung sebagai pakaian seragam di dalam kod etika berpakaian yang diamalkan pihak pengurusan hotel di negara ini,” katanya." ]
[ "Pekerja" ]
https://selangorkini.my/2018/01/piala-fa-inggeris-west-brom-singkirkan-liverpool-di-anfield/
Piala FA Inggeris: West Brom singkirkan Liverpool di Anfield
[ "LONDON, 28 JAN: West Bromwich Albion mencipta kejutan besar apabila menyingkirkan Liverpool pada pusingan keempat Piala FA Inggeris awal pagi tadi.", "Dua jaringan Jay Rodriguez dan satu gol sendiri Joel Matip sudah cukup untuk melayakkan mereka untuk mara ke pusingan kedua dengan kemenangan 2-3 di Anfield.", "Liverpool yang terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan Roberto Firmino seawal minit kelima gagal mencipta keputusan diharapkan meskipun berjaya menjaringkan gol kedua menerusi Mohamed Salah pada minit ke-78.", "Keputusan mengcewakan ini pastinya meresahkan Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp selepas pasukannya turut tewas kepada pasukan bawahan, Swansea City dalam aksi liga minggu lalu." ]
[ "Liverpool" ]
https://selangorkini.my/2018/01/as-tuduh-russia-isu-serangan-kimia-di-syria/
AS tuduh Russia isu serangan kimia di Syria
[ "GLOBAL 28 JAN: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson, menegaskan pendiriannya bahawa Russia bertanggungjawab atas serangan kimia di Syria, baru-baru ini walaupun dibantah keras Moscow, lapor AFP.", "Tillerson membuat tuduhan itu buat kali pertama pada Selasa lalu, ketika diplomat dari 29 negara bertemu di Paris untuk menggesa sekatan dan dakwaan jenayah dikenakan ke atas dalang serangan kimia di Syria." ]
[ "Amerika Syarikat", "Russia", "Syria" ]
https://selangorkini.my/2018/01/polis-waspada-panggilan-individu-tidak-dikenali/
Polis: Waspada panggilan individu tidak dikenali
[ "SIBU 28 JAN: Polis menggesa orang ramai di Sibu digesa agar tidak melayan sebarang panggilan daripada orang yang tidak dikenali agar tidak menjadi mangsa penipuan ‘Macau Scam’.", "Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata pelaku penipuan itu akan membuat panggilan secara rawak bagi mendapatkan mangsa dan mereka yang melayan panggilan itu akan terdedah kepada tipu daya pelaku, lapor BERNAMA.", "“Suspek sukar dikesan kerana mereka berpusat di luar negara atau nombor yang mereka gunakan adalah palsu manakala akaun yang digunakan untuk menerima pindahan wang adalah milik pihak ketiga,” katanya di sini hari ini.", "Stanley Jonathan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian penipuan terbaharu melibatkan seorang pesara jururawat berusia 69 di bandar ini semalam.", "Wanita tersebut yang kerugian RM29,950 sebelum itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa mangsa mempunyai tunggakan hutang kad kredit yang perlu dibayar segera.", "Mangsa kemudiannya membuat transaksi pemindahan wang tersebut ke dalam akaun yang didaftar atas nama seorang wanita seperti yang diarahkan dan sejurus selesai, pemanggil terus menamatkan talian telefon itu.", "“Modus operandi suspek ialah memperdayakan pengadu untuk membayar hutang kad kredit yang tidak wujud dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” jelasnya.", "Terbaharu, sebanyak 31 laporan telah dibuat berkaitan kes penipuan Macau Scam pada bulan ini di Sibu, membabitkan jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM98,562,58.", "Khamis lalu, seorang peniaga lelaki berusia 61 tahun di sini mengalami kerugian RM9,800 selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki mendakwa dari Bank Negara, yang memberitahu beliau ada tunggakan kad kredit berjumlah RM3,900 dan perlu dibayar segera." ]
[ "SCAM" ]
https://selangorkini.my/2018/01/amerika-syarikat-dilanda-wabak-selsema-terburuk-sejak-2009/
Amerika Syarikat dilanda wabak selsema terburuk sejak 2009
[ "GLOBAL: Sekurang-kurangnya 37 kanak-kanak maut apabila wabak demam selesema kini merebak di Amerika Syarikat (AS) dan mengakibatkan paling ramai penduduknya mendapatkan rawatan sejak AS dilanda pandemik ‘selesema babi’ pada 2009, kata beberapa pegawai.", "Pada tahun ini, virus selesema yang kerap menjangkiti orang ramai ialah H3N2 dengan hampir setiap negeri di AS terjejas, kata Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC), lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.", "“Sejak tiga minggu lalu, seluruh negara berdepan bilangan kes demam se­lesema yang banyak dan pada masa yang sama,” kata Pengarah Divisyen Influenza di Pusat Kebangsaan Imunisasi dan Penyakit Pernafasan yang merupakan sebahagian daripada CDC, Dan Jernigan kepada pemberita dalam satu sidang video.", "Wabak H1N1 pada 2009 yang juga dikenali sebagai selesema babi tersebar di 206 buah negara dan wilayah serta membunuh lebih 6,770 orang, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.", "Sebahagian besar kes selesema pada tahun ini dihidap oleh golongan warga emas berusia 65 tahun dan lebih tua serta mereka yang lahir selepas Perang Dunia Kedua, berusia antara 50 hingga 64 tahun.", "“Pada musim-musim selesema lalu yang juga seperti ini, kami menganggarkan pada penghujung musim, seramai 34 juta penduduk AS menghidap selesema,” kata Jernigan lagi." ]
[ "Amerika Syarikat" ]
https://selangorkini.my/2018/01/letupan-kabul-95-maut-158-cedera-dalam-letupan-bom-ambulans/
Letupan Kabul: 95 maut, 158 cedera dalam letupan bom ambulans
[ "KABUL 28 JAN: Sekurang-kurangnya 95 terbunuh dan 158 lagi cedera apabila\nsebuah ambulans sarat dengan bahan letupan meletup di kawasan yang penuh sesak dengan orang ramai di Kabul." ]
[ "Letupan Kabul" ]
https://selangorkini.my/2018/01/misi-china-tempatkan-manusia-di-bulan/
Misi China tempatkan manusia di bulan
[ "GLOBAL 28 JAN: Empat pelajar China menghabiskan masa selama 200 hari tanpa henti di dalam sebuah kabin ‘makmal’ di Beijing ketika China membuat persiapan melaksanakan misi jangka panjang menempatkan manusia di bulan.", "Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan kesemua pelajar berhimpit-himpit tinggal di sebuah kabin seluas 160 meter persegi dipanggil “Yuegong-1” atau Istana Bulan di kampus Universiti Beihang bagi menguji tahap kemampuan manusia untuk tinggal dalam ruang terhad.", "Menurut pegawai agensi berita Xinhua, sukarelawan itu tinggal dalam kabin makmal tertutup’ bagi simulasi misi angkasa lepas jangka panjang tanpa sebarang hubungan dengan dunia luar.", "Ketua Pereka Modul makmal itu, Liu Hong berkata, pengalaman sukarelawan itu diuji sehingga kemuncaknya terutamanya dalam tiga keadaan ketika makmal berkenaan terputus bekalan elektrik.", "Kemudahan itu menguruskan najis manusia melalui proses bio penapaian dan sukarelawan mencuba menanam sayuran dengan bantuan produk sampingan makanan dan sisa.", "Pada awalnya dua lelaki dan dua wanita memasuki kabin itu bagi tempoh ujian selama 60 hari sebelum digantikan dengan empat sukarelawan lain yang tinggal bagi tempoh 200 hari.", "Istana bulan mempunyai dua modul penanaman pokok dan ruang kabin sebenar berkeluasan 42 meter persegi yang mengandungi empat bilik tidur, bilik umum, bilik mandi, bilik rawatan sisa dan ruang untuk membiakkan haiwan." ]
[ "China" ]
https://selangorkini.my/2018/01/wang-kripto-jepun-digodam-hilang-rm2-1-bilion/
Wang kripto Jepun digodam, ‘hilang RM2.1 bilion
[ "OLEH: MOHD EZLI MASHUTGLOBAL 28 JAN: Choincheck satu daripada rangkaian pertukaran wang digital terbesar Jepun mendakwa ‘kehilangan’ kira-kira AS$534 juta (RM2.1 bilion).", "Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan kehilangan sejumlah besar wang digital maya itu dipercayai akibat digodam pihak tertentu pada 26 Januari lalu." ]
[ "Jepun", "Wang Kripto" ]
https://selangorkini.my/2018/01/ibu-bapa-perlu-positif-dan-terbuka-dengan-anak-anak/
Ibu bapa perlu positif dan terbuka dengan anak-anak
[ "Isteri Dato’ Menteri Besar, Datin Seri Shamshida Taharin berkata, ibu bapa mempunyai peranan penting dalam mengawal emosi dan memberikan motivasi khususnya apabila anak-anak tidak mencapai keputusan cemerlang selepas mereka berusaha bersungguh-sungguh.", "“Tidak perlu merendah-rendahkan, cakap benda positif dan kita perlu percaya kebolehan anak-anak. Bahkan dalam Islam sendiri menyatakan kata-kata itu sebagai doa,” katanya.", "Berkongsi pengalaman sebagai isteri Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali beliau berkata, suaminya sentiasa sibuk dengan kerjaya sebagai orang politik sejak mereka mula mendirikan rumah tangga.", "Hadir sama Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi dan Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Caves, Amirudin Shari.", "Majlis yang dihadiri hampir 450 wanita dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves dan Parlimen Gombak itu turut diisi dengan sesi penerangan ‘Hak-Hak Wanita Dalam Perundangan’ yang disampaikan peguam, Nurainie Haziqah Shafie." ]
[ "Datin Seri Shamshida Taharin" ]
https://selangorkini.my/2018/01/padah-parkir-dibahu-jalan-dua-bas-disita/
Padah parkir dibahu jalan, dua bas disita
[ "SHAH ALAM, 27 JAN: Tindakan memarkir kenderaan berat dibahu jalan akhirnya mengundang padah apabila dua bas disita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi Operasi Bersepadu Menunda Kenderaan Berat sekitar Seksyen 25 dan 26, pada 25 Januari lalu.", "Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, operasi bersepadu itu melibatkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).", "Katanya, operasi digerakkan bagi mengesan dan membanteras masalah kenderaan berat yang diletakkan di kawasan awam seperti bahu jalan, kawasan kediaman dan rizab jalan.", "“Bagi kenderaan berat yang tidak dialihkan, kenderaan tersebut akan ditunda dan akan dikompaun sebanyak RM2420.00. Caj bagi simpanan di depoh adalah sebanyak RM50.00 sehari,” katanya dalam kenyataan hari ini." ]
[ "Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/b2b-thailand-tourism-selangor-perluas-promosi/
B2B Thailand, Tourism Selangor perluas promosi
[ "SHAH ALAM, 27 JAN: Inisiatif promosi pelancongan negeri diteruskan Tourism Selangor menerusi penyertaan Chiang Mai International Exhibition and Convention Centre (CMECC), Thailand pada 24 hingga 26 Januari lalu.", "Pengurus Besar, Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din berkata, kempen promosi itu dijayakan menerusi slot diskusi B2B ‘Table Top’ bersama delegasi pelancongan serantau.", "“Kami berharap kerjasama ini membuka pandangan masyarakat umum terhadap produk pelancongan negeri yang mampu dipasarkan kepada pelancong dari luar negara,” katanya dalam kenyataan.", "“Pertambahan ini didorong hasil promosi dan tarikan pelancongan terbaru yang ada di Selangor seperti Sky Mirror Kuala Selangor, Gua Damai, Bangi Wonderlang, Mitsui Outlet Park, Selangor Fruit Valley, hotel mewah dan banyak lagi kemudahan infrastruktur di negeri,” katanya.", "Terdahulu, Kerajaan Selangor melancarkan kempen Discover Selngor bagi memberi peluang kepada pelancong untuk menikmati peluang pelancongan desa sebenar di negeri ini.", "Pada masa sama, Kempen Take Me Anywhere yang dilancarkan di media sosial turut diperkenalkan sebagai inisiatif memberi gambaran sebenar terhadap keindahan dan kerhamonian pelancongan negeri." ]
[ "Chiang Mai International Exhibition and Convention Centre (CMECC)", "Thailand", "Tourism Selangor" ]
https://selangorkini.my/2018/01/mbsa-anjur-boling-rapat-hubungan-media/
MBSA anjur boling, rapat hubungan media
[ "SUBANG JAYA, 27 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Pertandingban Boling antara pengurusan MBSA, Ahli Majlis dan Media Massa, di Sunway Pyramid, di sini.", "Datuk Bandar MBSA, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, penganjurannya juga dijalankan bagi menghargai sumbangan petugas media selain menggalakkan amalan gaya hidup sihat menerusi sukan.", "“Kita harap penganjuran pertandingan akan lebih mengeratkan lagi kerjasama antara MBSA dan media yang sememangnya menjadi tulang belakang MBSA untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat,” katanya.", "Sementara itu, kedudukan kedua dan ketiga dimenangi kakitangan MBSA dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM500 dan RM300, beserta trofi kemenangan." ]
[ "Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/rabies-satu-lagi-kes-di-kuching/
Rabies: Satu lagi kes di Kuching
[ "SHAH ALAM, 27 JAN: Satu lagi kes rabies disahkan Jabatan Kesihatan Kuching melibatkan seorang lelaki berusia 59 tahun dari Jalan Batu Kawa-Matang, Kuching.", "“Lelaki tersebut mempunyai sejarah digigit anjing pada 27 Nov tahun lalu. Kes telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Kuching pada hari yang sama tetapi tidak dirujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan untuk vaksinasi.", "“Pada 20 Jan lalu, kes mengalami sakit serta lemah anggota kaki dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta empat hari kemudian (24 Januari).", "“Keesokannya, kes dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut selepas mangsa menunjukkan gejala hidrofobia, halusinasi dan agresif,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Jurucakap JPBNS berkata kes terbaharu ini menjadikan sejumlah tujuh kes rabies manusia dilaporkan di negeri ini sejak 30 Jun tahun lalu." ]
[ "Jabatan Kesihatan Kuching", "Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)", "rabies" ]
https://selangorkini.my/2018/01/piala-belia-tmj-cadang-nama-tengku-abdullah/
Piala Belia: TMJ cadang nama Tengku Abdullah
[ "SHAH ALAM, 27 JAN: Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak bersetuju dengan cadangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggantikan nama Piala Belia kepada nama baginda.", "Sebaliknya, Presiden FAM itu mengemukakan cadangan balas supaya piala terbabit ditukar kepada nama mantan Presidennya iaitu Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.", "“Beta cadangkan piala ini ditukarkan kepada Piala Tengku Abdullah bagi menghargai jasa baginda dalam bola sepak tanah air selama ini,” titahnya.", "Sebelum ini, Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusuff Mahadi berkata, cadangan itu dibuat selepas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM mendapati nama Piala Belia tidak lagi sesuai untuk kejohanan bagi pemain di bawah 19 tahun (B-19)." ]
[ "Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)", "Piala Belia", "Tunku Ismail Sultan Ibrahim", "Tunku Mahkota Johor" ]
https://selangorkini.my/2018/01/mpsj-lampu-isyarat-dua-fasa-atasi-kesesakan-waktu-puncak/
MPSJ: Lampu isyarat dua fasa atasi kesesakan waktu puncak
[ "SUBANG JAYA, 27 JAN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan melaksanakan skim baharu lampu isyarat dua fasa bagi menggantikan skim lampu isyarat empat fasa dalam mengurangkan kesesakan pada waktu puncak di LDP Serdang Interchange, bermula 15 Februari ini.", "Dalam kenyataan media, MPSJ memaklumkan, kerja pelaksanaan itu dijalankan dengan kerjasama Lembaga Leburaya Malaysia (LLM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lingkaran Trans Kota Holdings Berhad (LITRAK) .", "Dengan pelaksanaan itu, MPSJ berkata aliran trafik di LDP Serdang Interchange untuk laluan keluar dan masuk dari Sierra 16/D’Alpinia Development dan dari Puchong Gateway akan dialirkan keluar dari Lebuhraya Damansara Puchong ke laluan baharu ditetapkan.", "“Papan tanda berkaitan bari pelaksanaan skim baharu ini akan dipasang di sepanjang Lebuhraya Damansara Puchong dan antara Sierra 16 dan Pembangunan Puchong Gateway untuk membantu pengguna lebuh raya juga penduduk setempat menggunakan laluan alternatif.", "“Seperti dalam sebarang pelaksanaan skim baharu, MPSJ yakin satu jangka masa diperlukan untuk membiasakan pengguna lebuh raya dan penduduk setempat dengan skim lampu isyarat dua fasa ini serta segala kerjasama amat dihargai,” katanya." ]
[ "Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/ltdl-mungkin-ditangguh-jika-bertindih-pru/
LTdL mungkin ditangguh jika bertindih PRU
[ "SHAH ALAM, 27 JAN: Penganjuran jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) mungkin terpaksa ditangguhkan jika tarikh perlumbaan yang dicadangkan 16 hingga 25 Mac bertindih dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).", "Ketua Pegawai Operasi LTdL, M Kumaresan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memaklumkan kepada penganjur bahawa mereka tidak boleh membekalkan khidmat sokongan jika pilihanraya berlangsung pada tarikh sama.", "Mengulas perkara sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berpandangan penganjuran pada Mac ‘mungkin selamat’ kerana persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung." ]
[ "Le Tour de Langkawi (LTdL)", "pilihan raya umum ke-14 (PRU 14)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/sk-sungai-lui-juara-sepak-takraw-mssdhl/
SK Sungai Lui juara sepak takraw MSSDHL
[ "KAJANG, 27 JAN: Pasukan bukan pilihan, Sekolah Kebangsaan (SK) mengalahkan SK Bandar Rinching dalam perlawanan akhir seterusnya muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Langat (MSSDHL), pada 25 Januari lalu.", "Bagaimanapun, pasukan terbabit menghadapi cabaran getir lawan sebelum mengatasinya dengan tiga set, 7 – 15, 15 – 8 dan 15 – 13 dalam perlawanan berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Jasmin 2, di sini.", "Regu SK Sungai Lui dibarisi Ahmad Afif, Ahmad Syamil Iqbal dan Ammar Fakriq serta pemain gantian, Dzul Hakim, nyata unggul dalam penentuan akhir seperti dipamerkan dalam separuh akhir apabila menundukkan juara bertahan, SK Sungai Jelok (15 – 13, 17 – 15).", "Manakala SK Bandar Rinching A pula mengalahkan SK Lembah Jaya B (15 – 11, 15 – 9) untuk layak ke akhir.", "Buat julung kali, kejohanan MSSDHL tahun ini mendapat suntkan semangat dan tajaan minuman isotonic dan bertenaga Forca, pakaian sukan Figos dan bola rasmi tempatan, Gajah Emas di sepanjang kejohanan.", "Kejohanan bermula 23 Januari itu menghimpunkan 35 sekolah di seluruh Hulu Langat dengan 75 regu menyertai perlawanan peringkat awal menerusi format liga berkumpulan sebelum 35 pasukan berentap pada saingan kalah singkir.", "Pertandingan itu disaksikan Pengerusi PIBG SK Bangi, Dr Mohd Ridzwan Yaakub dan Pengetua SMK Taman Jasmin 2, Noor Lailah Muhammad Zain." ]
[ "Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Langat (MSSDHL)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/benarkah-selama-ini-umno-bn-dengar-denyut-nadi-rakyat/
Benarkah selama ini Umno-BN dengar denyut nadi rakyat?
[ "Saya ambil maklum kenyataan Pengerusi Biro Kebajikan Umno, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang mendakwa Barisan Nasional (BN) akan menjalankan lebih banyak program bantuan dan kebajikan jika diberi mandat untuk kekal menerajui kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.", "Kini apa yang dilihat, pelbagai program baru disusun dan diatur oleh Umno BN semata-mata untuk meraih sokongan dan undi rakyat saat akhir sebelum menjelangnya PRU akan datang.", "Lebih menyedihkan lagi, Umno BN sekali lagi menggunakan peluang yang ada untuk menimbulkan syak wasangka dan rasa benci di kalangan rakyat Malaysia.", "Rata-rata rakyat di negara ini mengharapkan kerajaan yang memerintah sekadar untuk menyelesaikan permasalahan rakyat seperti mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.", "Jika benar kerajaan Umno BN mendengar rintihan rakyat, sepatutnya ia membantu rakyat di setiap peringkat terutama yang kurang berkemampuan dengan menurunkan harga barang, mansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), hapuskan tol, beri pendidikan percuma, beri biasiswa dan sebagainya.", "Saya ingin mengingatkan Umno BN bahawa buanglah segala bentuk kepura-puraan dan demi masa depan politiknya sendiri. Rakyat sedang menilai dan akan bersama Pakatan Harapan untuk menyembuhkan segala duka lara yang menimpa negara pada hari ini." ]
[ "Mohamad Imran Abd Hamid", "Pilihan Raya Umum (PRU)", "Umno BN" ]
https://selangorkini.my/2018/01/kejadian-bongkah-batu-jatuh-suke-diarah-henti-pembinaan/
Kejadian bongkah batu jatuh, SUKE diarah henti pembinaan
[ "AMPANG, 27 JAN: Kerja-kerja di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dihentikan serta-merta selepas kejadian bongkah batu terjatuh di kawasan berkenaan.", "Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd Hamid Hussain berkata, kejadian berlaku berhampiran Jalan Saga 28, Taman Bukit Saga, 23 Januari lalu.", "“Terdapat 10 rumah terlibat dengan percikan lumpur kesan daripada jatuhan batu tersebut,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat penuh MPAJ, di sini, semalam.", "Hamid berkata, terdahulu MPAJ membuat semakan tapak dan mendapati terdapat bongkah batu jatuh semasa penggunaan jentera membina laluan masuk Lebuhraya SUKE.", "Walaubagaimanapun, Hamid berkata, terdapat pagar besi keselamatan dan batuan konkrik dibina sebagai penghadang keselamatan dalam jarak 30 meter dari rumah penduduk berhampiran." ]
[ "Abd Hamid Hussain", "Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE)", "Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/lphs-nafi-dakwaan-utusan-berkait-rumah-selangorku/
LPHS nafi dakwaan Utusan berkait Rumah Selangorku
[ "SHAH ALAM, 26 JAN: Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menyangkal dakwaan kononnya agensi itu gagal menyelesaikan 110 aduan diterima di bawah skim Rumah Selangorku.", "“Pentadbiran ini juga sentiasa memberi kerjasama kepada semua pihak dalam memastikan mereka yang layak memperolehi kediaman Rumah Selangorku mendapat skim berkenaan.", "Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif Rumah SelangorKu sebagai komitmen pentadbiran Selangor membuka peluang rakyat di negeri ini memiliki sebuah rumah sendiri bernilai tidak melebihi RM250,000." ]
[ "Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)", "Rumah Selangorku" ]
https://selangorkini.my/2018/01/mpkj-laksana-ops-denggi-belakang-rumah-sabtu-ini/
MPKj laksana Ops Denggi belakang rumah Sabtu ini
[ "KAJANG, 26 JAN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat akan melaksanakan Operasi Denggi di lorong belakang kediaman, pada Sabtu ini.", "“Antara kawasan terlibat ialah Jalan 1 hingga 31, di Taman Kantan Permai, Kajang.  Ia ekoran terdapat lapan kes demam denggi dilaporkan di kawasan itu sehingga 23 Januari lalu.", "“Dalam operasi ini, penduduk perlu memeriksa dan menghapuskan tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan luar kawasan rumah serta memastikan semua bekas takungan air berpotensi menjadi pembiakan jentik-jentik dimasukkan dalam beg plastik dan diletakkan di hadapan rumah." ]
[ "Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)", "Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat" ]
https://selangorkini.my/2018/01/mpaj-gesa-suke-perkukuh-tebing-tanah-elak-banjir-lumpur-berulang/
MPAJ gesa SUKE perkukuh tebing tanah, elak banjir lumpur berulang
[ "AMPANG, 26 JAN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menggesa Syarikat Pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) emperkukuhkan tebing tanah bagi mengelak banjir lumpur berulang.", "Yang Dipertuanya, Abd Hamid Hussain berkata, tebing tanah dibina di tepi jajaran laluan tanah oleh kontraktor terhakis oleh aliran air dibahagian paling atas cerun dan menyebabkan tebing pecah.", "“SUKE diarah mengalihkan aliran air dari laluan pembinaan bertanah bagi mengelak hakisan lanjut dan tebing tanah perlu diperkukuh,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat MPAJ, di sini pagi tadi.", "Tambahnya lagi, kontraktor SUKE juga diarahkan berhenti melakukan kerja serta merta dan memberikan laporan kejadian dan tindakan pencegahan dan pembaikan perlu dilaksanakan.", "Terdahulu, kejadian banjir lebat pada 23 Januari lalu menyebabkan banjir lumpur berlaku di kawasan tempat letak kereta Pangsapuri Saga Suria, Ampang." ]
[ "Abd Hamid Hussain", "Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE)", "Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/silk-anjur-program-derma-darah-tingkat-kesedaran-awam/
SILK anjur program derma darah, tingkat kesedaran awam
[ "KUALA LUMPUR, 26 JAN: Sistem Lingkaran Lebuhraya-Kajang Sdn Bhd, pemegang konsesi Lebuhraya Kajang SILK (SILK) dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) menganjurkan Program Derma Darah SILK di Pejabat Operasi Lebuhraya Kajang SILK, Plaza Tol Sungai Balak, hari ini.", "Pengurus Besar SILK, Adzmi Shafie berkata, program tahunan sejak 2014 yang terbuka kepada orang awam dan kakitangan SILK itu menyasarkan 200 pain darah untuk dikumpulkan sepanjang tahun ini.", "“Penderma yang datang juga berpeluang memenangi cabutan nombor bertuah dan mengambil bahagian dalam pertandingan swafoto di laman media sosial Facebook kami dengan menggunakan hashtag #SILKjomdermadarah.", "Adzmi berkata, program itu adalah sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan menderma darah yang mampu menyelamatkan nyawa individu memerlukan selain membantu menangani masalah kekurangan bekalan darah." ]
[ "Lebuhraya Kajang SILK (SILK)", "Pusat Darah Negara (PDN)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/35000-petugas-spr-sedia-hadapi-pru14/
35,000 petugas SPR, sedia hadapi PRU14
[ "SHAH ALAM, 26 JAN: Seramai 35,000 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab memastikan proses kelancaran perjalanan Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14), di negeri ini.", "Timbalan Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri (SPR), Kamarulzaman Ahmad Sabri berkata, tiada keperluan penambahan jumlah kakitangan diperlukan menjelang tempoh pilihanraya depan.", "“Untuk tempoh ini, petugas SPR terdiri daripada mereka yang berkhidmat di jabatan awam, guru-guru, pegawai daerah, petugas di agensi kerajaan dan agensi swasta,” katanya.", "Terdahulu, taklimat pilihanraya SPR disampaikan Ketua Progoram Pengurusan Strategik Akademi Pilihan Raya SPR, Khadijah Ishak dan Penolong Pengarah Pengurusan Strategik Akademi Pilihan Raya (SPR), Aina Osman." ]
[ "pilihan raya umum ke-14 (PRU 14)", "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/mpkj-224-kes-denggi-setakat-20-januari/
MPKj: 224 kes denggi setakat 20 Januari
[ "Yang Dipertuanya, Mohd Sayuthi Bakar berkata, ia adalah permulaan yang agak baik bagi tahun ini kerana tiada kematian dilaporkan di kawasan itu.", "“Sementara itu, 36 lokaliti wabak direkodkan secara keseluruhan dengan tiga lokaliti hotspot merankgkumi dua di DUN Balakong dan satu di Dusun Tua.", "“Selain itu, jumlah keseluruhan lokaliti wabak di bawah seliaan MPKj bagi ekosistem dalam DUN Kajang di Zon MPP 7,8,9 dan 20 adalah empat dan dalam keadaan terkawal,” katanya dalam mesyuarat penuh MPKj bil 1/2018 di sini, hari ini." ]
[ "Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)", "Mohd Sayuthi Bakar" ]
https://selangorkini.my/2018/01/pasukan-liga-m-diminta-patuh-peraturan-elak-dikena-tindakan/
Pasukan Liga M diminta patuh peraturan, elak dikena tindakan
[ "SHAH ALAM, 26 JAN: Semua pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) diminta mematuhi peraturan ditetapkan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) demi kebaikan bersama dan masa depan bola sepak Malaysia.", "Katanya, FMLLP sentiasa berhubung dengan setiap pasukan dan berusaha membantu sebaik mungkin termasuk pendaftaran tahunan pada awal musim termasuk deklarasi gaji telah dibayar termasuk KWSP, PERKESO dan cukai.", "Untuk musim 2018, sekretariat FMLLP mencadangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah bahawa pasukan tidak melengkapkan dokumen diperlukan, hanya menerima separuh pengagihan dana hak penyiaran dan tajaan tahunan.", "Cadangan lain ialah pasukan tidak mengemukakan dokumen pendaftaran pada 31 Mac ini, akan dihukum dengan pemotongan mata dan sekatan perpindahan serta pasukan gagal mendapatkan lesen kelab untuk musim 2019 (tarikh tutup Jun ini) maka akan dihukum berdasarkan pasukan tanpa lesen.", "“Bagi pasukan telah dikenakan hukuman sebelum ini pula, tiada pengagihan dana tahunan akan diberikan jika memulakan musim dengan dokumen tidak lengkap dan sekiranya berulang pada pada 31 Mac ini maka sekatan perpindahan akan dikenakan serta pemotongan mata.", "FMLLP menambah, bola sepak negara sekarang sedang menuju era lebih mantap dengan pengagihan hak siaran dan tajaan amat besar di bawah kepimpinan Pengerusinya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)." ]
[ "Liga Malaysia (Liga M)", "Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/peristiwa-sebalik-perkara-48/
Peristiwa sebalik Perkara 48
[ "Isu sekatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terbabit dalam politik atau dipilih sebagai Ahli Parlimen selama lima tahun selepas menjalani hukuman penjara nanti menjadi topik perbualan hangat, sejak kebelakangan ini.", "Sekatan yang dikenakan itu bukan sahaja menyebabkan Anwar tidak boleh bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), malahan beliau juga harus menjalani ‘tempoh edah’ selama lima tahun, sekali gus merencatkan rancangan Pakatan Harapan menamakan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.", "Sekatan yang dikenakan itu selaras dengan peruntukan Perkara 48 fasal 1 (e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan seseorang itu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Negeri (ADN) jika dijatuhi hukuman penjara tidak kurang setahun atau didenda tidak kurang RM2,000 oleh mana-mana mahkamah, di Malaysia.", "Anwar sebelum ini juga pernah hilang kelayakan untuk bertanding dalam PRU-12 pada 2008 apabila menjalani ‘tempoh edah’ akibat hukuman penjara enam tahun berkaitan kes fitnah rasuah dan salah guna kuasa.", "Selain Anwar, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli turut berhadap risiko hilang kelayakan bertanding dalam PRU-14 apabila dijatuhkan hukuman 18 bulan penjara di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana memiliki dokumen rahsia kerajaan.", "Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad pada Januari 2017 juga hampir hilang kelayakan apabila didenda RM2,900 oleh Mahkamah Rendah Syariah selepas didapati bersalah mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah surau di Klang, enam tahun lalu.", "Bagaimanapun pada November lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Salehan Yatim mengurangkan jumlah denda dari RM2,900 kepada RM1,900 bermakna Khalid masih layak bertanding pada PRU-14.", "Selain hukuman yang dijatuhkan mahkamah, Pekara 48 fasal 6 turut memperuntukkan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakannya jika beliau sengaja melepaskan keahliannya sebagai Ahli Parlimen.", "Isu hilang kelayakkan faktor meletak jawatan ini pernah dialami Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil.", "Selain itu, peristiwa Tan Sri Shahrir Samad melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru pada 1988 pula dianggap sebagai punca yang membawa kepada penambahan fasal 6 sebelum dikuatkuasakan, pada 11 Mei 1990.", "Peristiwa perletakan jawatan ketika krisis perlembagaan 1998 sedang memuncak itu juga dianggap sebagai salah satu peristiwa penting yang pernah terakam dalam sejarah politik negara.", "Fasal 6 menyatakan “seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula daripada tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat”.", "Peletakan jawatan Shahrir selepas Umno diharamkan itu dibuat dipercayai untuk membuktikan kekuatan sentimen Tun Musa Hitam di Johor, sekali gus menolak barisan kepimpinan Umno yang menang Pemilihan Umno 1987.", "Rentetan peletakan jawatan itu, satu Pilihan Raya Kecil diadakan pada 25 Ogos 1988 dan Shahrir sudah bertanding semula di kerusi sama menggunakan tiket bebas dengan simbol kunci.", "Kemenangan Shahrir itu memberi isyarat bahaya kepada Umno, sekal igus meletakkan Umno Johor yang dianggap sebagai kubu kuat Umno berada dalam keadaan goyah.", "Beliau memperoleh 23,581 undi mengalahkan calon Barisan Nasional, Mas’ud Abdul Rahman (10,968 undi) dan Abdul Razak Ahmad (PSRM) memperoleh 2,260 undi.", "Peristiwa itu menyebabkan fasal 6 ditambah dalam Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan pada 11 Mei 1990 bagi memastikan tiada ahli Dewan Rakyat dengan sengaja meletakkan jawatan.", "Faktor lain menyebabkan seseorang hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen apabila seseorang diisytiharkan tidak sempurna akal, seorang bankrap, gagal menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya seperti dikehendaki undang-undang.", "Bagaimanapun, Perkara 48 turut menyebut kehilangan kelayakan seseorang di bawah perenggan (d) fasal 1 iaitu kegagalan menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya dan perenggan (e) fasal 1, dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun atau denda tidak kurang RM2,000 oleh mahkamah boleh dibatalkan oleh Yang DiPertuan Agong.", "Hal ini bertepatan dengan langkah Pakatan Harapan memohon pengampunan Yang Dipertuan Agong terhadap sabitan kepada Anwar, sekali gus membolehkan beliau serta merta bertanding dalam mana-mana kerusi parlimen.", "Selain itu, Ahli Parlimen yang secara sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar persekutuan atau dengan sukarela menggunakan hak kewarganegaraan di mana-mana negara luar atau sudah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana negara luar juga dilucutkan kelayakannya." ]
null
https://selangorkini.my/2018/01/mpkj-tubuh-taskforce-khas-periksa-lesen-tamat-tempoh/
MPKj tubuh ‘taskforce’ khas periksa lesen tamat tempoh
[ "KAJANG, 26 JAN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menubuhkan ‘taskforce’ khas di bawah Jabatan Penguatkuasaan untuk pemeriksaan lesen tamat tempoh bermula tahun ini.", "Yang Dipertuanya, Mohd Sayuthi Bakar berkata, sebagai langkah permulaan, empat unit ditugaskan merangkumi Zon Kajang, Semenyih, Bangi, Cheras Kiri dan Cheras Kanan.", "“Jabatan juga akan memperkenalkan jadual tugasan anjal bagi membolehkan premis industri, industri kecil sederhana dan hiliran tidak terkecuali dalam perkara ini,” katanya." ]
[ "Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/warga-ampang-jaya-disaran-jelas-cukai-taksiran/
Warga Ampang Jaya disaran jelas cukai taksiran
[ "AMPANG, 26 JAN: Sebanyak 120,786 cukai taksiran bernilai RM46.06 juta dikeluarkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepada pemilik harta bagi penggal pertama.", "“Manakala pengecualian Cukai Taksiran Rumah Kos Rendah dan Kampung hanya pada 2016, 2017 dan 2018, maka tunggakan 2015 dan tahun sebelumnya harus dijelaskan.", "“Oleh itu, pemilik harta perlu jelaskan cukai taksiran sebelum 28 Februari bagi mengelak tindakan sita dan denda,” katanya dalam mesyuarat penuh MPAJ, di sini, pagi tadi.", "Hamid berkata, pihaknya turut mengambil maklum ke atas pemaju dan individu yang masih belum mengemas kini butiran dan membuat bayaran, tindakan tuntutan sivil bakal dilaksanakan.", "Namun, hanya 12 tunggakan sahaja berjaya diselesaikan melibatkan 18 lokasi antaranya di Flat Bukit Segar, Flat Cengal Flat Cemara dan Flat Pandan Ria." ]
[ "Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/premis-salah-guna-parkir-mbsa-pecah-tanjak/
Premis salah guna parkir, MBSA pecah tanjak
[ "SHAH ALAM, 26 JAN: Empat premis di Seksyen 7 di sini, dikenakan tindakan kerana membina tanjakan (ramp) tanpa kebenaran dalam Operasi Bersepadu Memecah Tanjakan (Ramp) oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), semalam.", "Ketua Bahagian Korporat da Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, operasi itu bertujuan mengesan dan menangani masalah pemilik premis yang menyalahgunakan parkir untuk tujuan perniagaan tanpa kebenaran MBSA.", "“Sebanyak empat premis telah dikenakan tindakan kerana membina tanjakan (ramp) tanpa kebenaran, 5 tanjakan (ramp) telah dipecahkan, dan 8 kompaun telah dikeluarkan semasa operasi tersebut diadakan.", "“MBSA menggunakan jentera ‘excavater’ untuk menanggalkan tanjakan tersebut membabitkan 17 kakitangan daripada Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Penguatkuasaan, dan Jabatan Pelesenan,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Shahrin berkata, penggunaan parkir tanpa kebenaran untuk tujuan perniagaan merupakan satu kesalahan di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133).", "“Tindakan tegas termasuk memecahkan tanjakan dan kompaun akan dikenakan kepada pemilik premis yang ingkar dan membina tanjakan haram dihadapan premis mereka,” katanya.", "Sebarang pertanyaan berkenaan sewaan parkir khas, boleh hubungi Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan MBSA di talian 03-55105133 sambungan 1477, 1657 dan 1658." ]
[ "Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/cermin-diri-dulu-sebelum-salahkan-orang-lain/
Cermin diri dulu sebelum salahkan orang lain
[ "Saya ambil maklum kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 23 Januari lalu yang menyalahkan seorang pemimpin kononnya memperkenalkan kereta nasional sehingga mengakibatkan pengangkutan awam diabaikan.", "Saya yakin pemimpin dimaksudkan Najib adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan seteru politiknya ketika ini kerana kereta kebangsaan Proton merupakan idea pemimpin tersebut.", "Namun, alasan diberikan Najib langsung tidak masuk akal dan boleh dianggap sebagai dangkal kerana bagi saya rakyat kurang menggunakan pengangkutan awam bukan kerana adanya kereta nasional sebaliknya Najib perlu melihat sendiri tahap keberkesanan pengangkutan awam di Malaysia ini.", "Masih banyak rungutan daripada rakyat berhubung masalah-masalah yang masih berlaku dalam perkhidmatan pengangkutan awam seperti kelewatan dari masa yang ditetapkan, kerosakkan teknikal yang kerap dan banyak lagi.", "Saya pasti sekiranya pengangkutan awam di Malaysia di tahap yang memuaskan, sudah pasti rakyat lebih memilih menaiki pengangkutan awam berbanding kereta terutama untuk mengelakkan daripada dikenakan bayaran tol dan kesesakan lalu lintas.", "Walhal pembuatan kereta nasional membuktikan kebolehan anak watan tempatan dalam meneroka industri pembuatan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara yang baik melalui cukai keuntungan yang diperoleh daripada industri berat tersebut.", "Jika ingin dibandingkan dengan zaman pemerintahan Najib, hanya skandal mega negara seperti 1MDB sahaja telah mempopularkan nama Malaysia di mata dunia.", "Oleh itu, saya ingin menasihati Najib Razak agar cermin dirinya terlebih dahulu sebelum ingin meletakkan kegagalan diri sendiri di atas bahu orang lain." ]
[ "Datuk Seri Najib Razak", "Perdana Menteri", "Tun Dr Mahathir Mohamad" ]