url
stringlengths
36
199
headline
stringlengths
3
105
content
sequence
tags
sequence
https://selangorkini.my/2018/01/sentimen-selangor-pengundi-baru-mampu-tumbangkan-bn/
Sentimen Selangor pengundi baru mampu tumbangkan BN
[ "SHAH ALAM, 21 JAN: Kecenderungan golongan pengundi politik baru terhadap sentimen Selangor merupakan antara faktor membolehkan Pakatan mengekalkan penguasaan mereka di Selangor dengan majoriti lebih besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.", "Penganalisis bebas, Dato’ Dr Samsul Adabi Mamat, berkata sentimen sama dibawa golongan terbabit dijangka semakin tersebar luas pada PRU14 nanti ekoran prestasi cemerlang di bawah Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.", "“Pengundi di Selangor ini lebih terbuka pemikiran mereka di mana kita panggil golongan ini pengundi politik baru. Mereka bermula pada 2008. Mereka memilihan berdasarkan pilihan rasional yang berasaskan isu.", "“Mereka tidak terikat dengan pendekatan tradisi Umno-Barisan Nasional (BN) dan mereka mula mengundi pada 2008 di mana sekarang mereka berusia 35 hingga 40 tahun,” kata bekas Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.", "PRU12 pada tahun 2008, Kerajaan Umno-BN Selangor berjaya ditumbangkan buat kali pertama apabila hanya menang di 20 kerusi berbanding pembangkang 36 kerusi.", "Pengaruh Umno-BN di Selangor selepas itu semakin merosot apabila pada PRU13 menyaksikan Umno-BN hanya mampu menang di 12 kerusi sahaja berbanding pengaruh Pakatan Harapan yang semakin kukuh selepas menang di 44 kerusi." ]
[ "PRU014" ]
https://selangorkini.my/2018/01/lebih-300-penduduk-di-kluang-dipindahkan/
Lebih 300 penduduk di Kluang dipindahkan
[ "JOHOR BAHRU, 21 JAN: Lebih 300 orang daripada 82 keluarga di Kluang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi berikutan rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang berlarutan.", "Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, kawasan terjejas ialah Kampung Chokro, Kampung Shaari dan Kampung Kolam Air, kesemuanya di Simpang Renggam.", "“Setakat ini, seramai 179 orang daripada 41 keluarga ditempatkan di  Balai Raya Kampung Chokro; 127 mangsa daripada 32 keluarga di Masjid As-Sobirin, Kampung Shaari dan 42 mangsa daripada sembilan keluarga di Dewan Kampung Kolam Air,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.", "Berdasarkan pemantauan, air Sungai Kampung Chokro yang didapati melimpah dan memasuki rumah penduduk sebelum ini, sudah pun semakin surut setakat 8 pagi ini." ]
[ "hujan" ]
https://selangorkini.my/2018/01/menara-pembersih-udara-terbesar-dunia-100-meter-di-china/
Menara pembersih udara terbesar dunia 100 meter di China
[ "GLOBAL 21 JAN: China membangunkan menara pembersih udara terbesar dunia hampir 100 meter dalam usaha untuk menangani pencemaran udara di negara itu.", "Menurut Mail Online memetik South China Morning Post, menara itu dikatakan mampu meningkatkan kualiti udara dalam kawasan seluas 10 kilometer persegi.", "Laporan daripada Institut Alam Sekitar Bumi di Akademi Sains China mendakwa sistem pembersih udara itu boleh mengurangkan 15 peratus partikel halus dalam asap yang memberi kesan buruk kepada kesihatan.", "Satu lagi laporan daripada Xi’an Evening Post menyebut menara itu telah siap sepenuh­nya pada Mei 2016 dan kini menjalani ujian untuk melihat sama ada ia betul-betul meningkatkan kualiti udara di kawasan sekitarnya.", "Menara tersebut dan bahagian mesinnya meme­nuhi kawasan seluas 2,580 meter persegi di Xi’an, ibu kota wilayah Shaanxi di barat laut negara itu.", "Di tapak menara terbabit, terdapat beberapa rumah hijau yang berfungsi untuk menarik udara tercemar ke dalam menara itu dan membersihkannya sebelum melepaskannya kembali ke alam sekitar." ]
[ "China" ]
https://selangorkini.my/2018/01/metmalaysia-amaran-ribut-petir-sehingga-pagi-ini/
METMALAYSIA: Amaran ribut petir sehingga pagi ini
[ "SHAH ALAM: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir menyeluruh di perairan Perak, Selangor, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman, Kudat dan Sandakan) yang dijangka berterusan hingga lewat pagi ini.", "Menurut kenyataan yang dikemaskini di laman web METMalaysia pada jam 5.34 pagi ini, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.", "“Amaran juga diberikan bagi aktiviti perkapalan seksyen B berikutan dijangka berlaku ribut petir di perairan Selat Melaka, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sulu hingga lewat pagi ini.", "“Keadaan angin kencang dengan kelajuan 50kmsj dan laut bergelora menyebabkan berlakunya ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil,” kata agensi itu.", "Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perak (Daerah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datoh dan Hilir Perak), Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya,", "N. Sembilan (Daerah Tampin, Kuala Pilah, Rembau, Seremban dan Port Dickson), Melaka, Johor (Daerah Segamat, Tangkak , Muar, Batu Pahat, Kluang, Johor Bahru, Kulai dan Pontian) dan" ]
[ "Met Malaysia" ]
https://selangorkini.my/2018/01/turki-lancar-serangan-ke-atan-afrin-kekang-militia-kurdish/
Turki lancar serangan ke atan Afrin, kekang militia Kurdish
[ "GLOBAL 21 JAN: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengulangi gesaan bahawa serangan Turki ke atas bandar Afrin wilayah yang dikawal Kurdish adalah langkah yang perlu diambil bagi mengusir kumpulan militia YPG.", "Bercakap di bandar Kutahya, beliau menegaskan sasaran seterusnya Turki ialah bandar Manbij di Syria, yang terletak di sebelah barat sungai Euphrates dan pasukan yang dikuasai Kurdish yang disokong AS dari kumpulan Negara Islam pada 2016.", "Turki telah menguasai wilayah sempadan kedua-dua negara itu di mana tentera dan kereta kebal ditempatkan di sepanjang pintu masuk dan laluan sempadan." ]
[ "Turki" ]
https://selangorkini.my/2018/01/india-bangun-peluru-berpandu-sasar-jarak-800km/
India bangun peluru berpandu sasar jarak 800km
[ "NEW DELHI 21 JAN: India bersama-sama Rusia membangunkan peluru berpandu supersonik BrahMos dengan jarak sasaran sejauh 800 kilometer, menurut agensi berita China memetik sumber pertahanan sebagai berkata hari ini.", "“Jarak peluru berpandu itu meningkat daripada 290 kepada 450 kilometer pada tahun lalu dan kini sedang dinaikkan hingga 800 kilometer . Ujiannya mungkin akan dilakukan pada tahun ini,” kata sumber berkenaan." ]
[ "Brahmos", "India" ]
https://selangorkini.my/2018/01/kerajaan-amerika-syarikat-lumpuh/
Kerajaan Amerika Syarikat lumpuh
[ "WASHINGTON 21 JAN: Ulang tahun pertama pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dicemari kontroversi apabila kerajaan AS lumpuh kerana gagal mencapai kata sepakat dalam meluluskan belanjawan negara tengah malam kelmarin.", "Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan malah, Trump yang mewakili Parti Republikan menuduh Demokrat menjadikan rakyat Amerika sebagai ‘tebusan’ dengan permintaan mereka yang sukar dipenuhi.", "Bermula tengah malam kelmarin, kegagalan mencapai persetujuan dalam pelan belanjawan, perkhidmatan persekutuan terpaksa dihentikan walaupun ahli Kongres terus bertengkar di Dewan Senat.", "Perkhidmatan penting dan aktiviti ketenteraan akan diteruskan tetapi ramai pekerja sektor awam tidak dibayar gaji dan diminta bercuti sehinggalah kata sepakat dicapai untuk membuka semula kerajaan AS.", "Kesepakatan untuk mengelak penutupan itu muncul kelmarin ketika Trump hampir mencapai perjanjian dengan ketua ahli Senat Demokrat, Chuck Schumer mengenai tindakan mencegah pengusiran pendatang tanpa izin kanak-kanak yang tiba di negara itu.", "Namun, tiada kompromi yang dicapai Kongres bagi memastikan kerajaan terus dibuka selama empat minggu lagi sementara pengaturan akhir dibincangkan dan Republikan gagal memenangi sokongan Demokrat untuk membawanya kepada undian.", "White House mengecam Schumer dan menyalahkan beliau atas penutupan kerajaan. Jurucakapnya, Sarah Sanders mengisytiharkan Trump tidak akan berunding mengenai perjanjian imigresen sehinggalah Kongres bersetuju menyambung semula belanjawan normal kerajaan.", "“Malam ini (kelmarin), mereka meletakkan politik lebih utama berbanding keselamatan negara, keluarga ketenteraan, kanak-kanak lemah dan kemampuan negara untuk melayani semua rakyatnya.", "“Kami tidak akan berunding tentang status pendatang tidak sah manakala Demokrat menjadikan rakyat AS sebagai tebusan dengan permintaan mereka yang tidak masuk akal,” kata Sanders.", "Demokrat menuduh Republikan meracuni peluang perjanjian dengan Trump menolak membiayai program Tindakan Tertangguh Ketibaan Kanak-Kanak (DACA) yang melindungi 700,000 dreamers iaitu imigran tanpa dokumen yang tiba di AS daripada diusir pulang.", "Sejak tahun 1990, sebanyak empat kali kerajaan AS ditutup. Kali terakhir ketika pentadbiran Barack Obama pada 2013 yang menyaksikan lebih 800,000 kakitangan awam diarah cuti tanpa gaji." ]
[ "Amerika Syarikat" ]
https://selangorkini.my/2018/01/arab-saudi-pintas-peluru-berpandu-dilancar-yemen-2/
Arab Saudi pintas peluru berpandu dilancar Yemen
[ "DUBAI 21 JAN: Arab Saudi berjaya memintas serangan peluru berpandu balistik ke arah wilayah Najran di selatan negara itu oleh pergerakan Houthi Yemen, lapor stesen televisyen rasmi kumpulan berkenaan, al-Masirah dan jurucakap tentera Riyadh.", "Menurut al-Masirah, serangan peluru jarak pendek itu disasarkan ke arah pangkalan tentera namun tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.", "Pergerakan Houthi telah beberapa kali melancarkan peluru berpandu ke arah Arab Saudi sehingga mencetuskan lagi ketegangan antara negara itu dengan Iran." ]
[ "Arab Saudi", "Yemen" ]
https://selangorkini.my/2018/01/china-halau-kapal-pemusnah-as-langgar-kedaulatan/
China halau kapal pemusnah AS langgar kedaulatan
[ "BEIJING 21 JAN: China menghantar kapal perang untuk mengusir kapal pemusnah peluru berpandu Amerika Syarikat yang didakwa ‘melanggar’ kedaulatannya dengan belayar berhampiran beting di Laut China Selatan.", "Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan USS Hopper belayar pada jarak 12 batu nautika dari Pulau Huangyan pada malam 17 Januari lalu tanpa memberitahu Beijing, kata Kementerian Luar, merujuk kepada beting itu dalam nama bahasa Cina.", "Ia juga dikenali sebagai Beting Scarborough, gugusan batu karang terletak kira-kira 230 kilometer dari Filipina di Laut China Selatan, yang turut menyaksikan tuntutan Beijing dicabar beberapa negara lain.", "Kapal perang AS itu ‘melanggar’ kedaulatan dan kepentingan keselamatan China’ dan meletakkan keselamatan kapal China berhampiran ‘dalam bahaya’, kata jurucakap Kementerian Luar, Lu Kang.", "Kementerian Pertahanan China, dalam kenyataan berasingan berkata kapal negaranya segera bertindak untuk mengenal pasti dan mengesahkan kapal AS dan mengusirnya dengan memberi amaran.", "USS Hopper baru-baru ini memasuki kawasan operasi Armada ke-7 Tentera Laut AS, dengan kapal itu bertindak bebas, menurut kenyataan yang disiarkan awal bulan ini." ]
[ "Amerika Syarikat", "China" ]
https://selangorkini.my/2018/01/afc23-tewas-2-1-harimau-muda-patut-bangga/
AFC23: Tewas 2-1, Harimau Muda patut bangga
[ "SHAH ALAM, 21 JAN: Bukan sahaja tidak perlu dikesali, malah Malaysia patut berbangga walaupun perjuangan anak muda negara pada Kejuaraan AFC B23 berakhir di peringkat suku akhir petang semalam selepas skuad Harimau Muda Malaya tewas tipis 1-2 kepada satu lagi jaguh Asia, Korea Selatan.", "Sebelum itu, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee turun ke Stadium Pusat Sukan Kunshan dengan semangat membara untuk mencipta satu lagi sejarah dengan layak ke peringkat separuh akhir selepas melakar sejarah menundukkan kuasa bola sepak Asia, Arab Saudi 1-0 Selasa lalu.", "Bagaimanapun, semangat pemain negara disentap lebih awal lagi apabila pemain Korea Selatan berjersi 17, Cho Jae-Wan menjaringkan gol ketika permainan berlangsung dalam masa 15 saat.", "Sementara itu, di kubu pertahanan Malaysia, penjaga gol, Haziq Nadzli dan pemain pertahanan negara sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang dengan berjaya menyelamatkan percubaan bahaya pemain lawan.", "Percaturan Kim Swee itu ternyata membuahkan hasil apabila Thanabalan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 67 hasil hantaran lintang yang cantik oleh Safawi Rashid.", "Permainan selepas itu semakin mendebarkan apabila Korea Selatan menggandakan asakan ke kubu Malaysia, namun berjaya dikekang gandingan pemain pertahanan, Dominic Tan, Matthew Davies, Adam Nor Azlin, Irfan Zakaria dan Syazwan Andik.", "Berbaki lima minit sebelum tamat masa permainan dengan tampak seolah-olah permainan bakal dilanjutkan ke masa tambahan, harapan negara dimusnahkan oleh Han Seung-Gyu apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85.", "“Malaysia pasukan yang bagus, saya berterima kasih kepada pemain kerana berjaya memenangi perlawanan ini kerana saya bimbang dengan tahap fizikal dan tenaga pemain,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.", "Biarpun terkandas ke saingan separuh akhir, skuad muda negara melakar sesuatu yang istimewa dalam sejarah bola sepak tempatan apabila menjadi lapan pasukan terbaik peringkat Asia dengan mara ke suku akhir buat julung kalinya pada kejohanan dwi tahunan ini." ]
[ "AFC" ]
https://selangorkini.my/2018/01/orang-asal-terus-disantuni-kerjasama-dipererat/
Orang Asal terus disantuni, kerjasama dipererat
[ "PETALING JAYA, 20 JAN: Kerjasama antara Orang Asal dan jabatan kerajaan dipertingkatkan menerusi program Jalinan Kasih Orang Asal Peringkat Negeri Selangor.", "“Antara program dijalankan seperti pertandingan surau terbaik yang melibatkan 12 surau di kampung orang asli di enam daerah, pertandingan nasyid, bola sepak lima sebelah, pertandingan mewarna dan lain-lain.", "“Selain itu turut diadakan pameran daripada pelbagai agensi seperti Polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kaunter bergerak Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan lain-lain.", "“Sambutan diberikan sepanjang program ini diadakan sangat mendapat sambutan baik oleh penduduk di sini dan masyarakat luar,” katanya ketika merasmikan program terbabit di Desa Temuan, Damansara Perdana di sini, hari ini.", "Katanya, program itu anjuran bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), LZS, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) danJabatan Kemajuan Orang Asal (JAKOA) Selangor.", "Pada program penutup yang diadakan hari ini berjalan meriah dengan dihadiri kira-kira 700 hadirin yang terdiri daripada masyarakat Orang Asal seluruh Selangor." ]
[ "Orang Asal" ]
https://selangorkini.my/2018/01/mbi-sumbang-baju-sekolah-kepada-300-penerima/
MBI sumbang baju sekolah kepada 300 penerima
[ "BATU CAVES, 20 JAN: Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI Selangor) hari ini menyerahkan bantuan baju sekolah kepada 300 penerima di kawasan Pinggiran Batu Caves, di sini.", "Penyerahan sumbangan itu disempurnakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Caves, Amirudin Shari, dalam program Jelajah Jom ke Sekolah di kawasan itu.", "Melalui laman facebook Amirudin, sumbangan itu adalah lanjutan dari bantuan ‘Back to School’ yang diberikan kepada kira-kira 400 penerima setiap Dun di Selangor.", "“Dalam gesaan kita untuk mengejar kemajuan dalam bentuk material dan fizikal, jangan pernah lupa bahawa pembangunan kemanusiaan nyata lebih memesatkan perkembangan yang lain.", "“Bahagian program tanggungjawab sosial korporat (CSR) MBI juga tidak ketinggalan untuk membantu rakyat. Hari ini CSR MBI mengeluarkan dana berbentuk baju sekolah kepada 300 penerima di kawasan Pinggiran Batu Caves,” katanya.", "Pada masa sama, Amirudin dan beberapa ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersetuju untuk meluluskan projek penurapan jalan yang selama ini memberi kesukaran kepada penduduk Pinggiran Batu Caves.", "“Sebagai tambahan dan anjakan untuk penduduk pangsapuri Pinggiran Batu Caves fasa 2, gelanggang futsal mereka juga sedang dinaik taraf dan dalam proses baik pulih." ]
[ "MBI" ]
https://selangorkini.my/2018/01/yakult-beri-sokongan-kepada-skuad-b-23-kebangsaan-di-china/
Yakult beri sokongan kepada skuad B-23 kebangsaan di China
[ "KUNSHAN, 20 JAN: Yakult Malaysia hadir memberi sokongan kepada skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, di hotel penginapan pasukan di Kunshan, China, tengah hari ini.", "Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada tiba di Kunshan pagi tadi, bersama hampir 300 botol Yakult untuk memberikan sokongan padu kepada skuad B-23 kebangsaan yang akan menentang Korea Selatan.", "Skuad B-23 kebangsaan bakal berdepan Korea Selatan pada perlawanan suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di Stadium Kunshan, jam 4.00 petang ini.", "Dalam kunjungan itu, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi selaku pengurus skuad B-23 kebangsaan bersama Setiausaha Agung FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin, Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee dan para pemain menerima minuman Yakult daripada Hamada." ]
null
https://selangorkini.my/2018/01/kesuburan-demokrasi-berkempen-belum-dirasai/
Kesuburan demokrasi berkempen belum dirasai
[ "SHAH ALAM, 20 JAN: Kesuburan demokrasi dalam berkempen menjelang Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) masih belum dirasai walaupun 60 tahun negara mencapai Kemerdekaan.", "Timbalan Pengerusi Institusi Darul Ehsan (IDE), Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan berkata, ketika ini parti pemerintah sarat dengan pelbagai kempen khususnya di media arus perdana.", "“Kalau begini caranya, rakyat tidak punyai pilihan. Begitu juga parti pembangkang, mereka akan gunakan platform ceramah sebagai cara berkempen,” katanya dalam temubual di FB Live baru-baru ini.", "Mohammad Redzuan berkata adalah satu perkara yang memalukan kepada Malaysia yang sepatutnya dijadikan contoh pada negara lain yang baru mencapai kemerdekaan.", "“Kalau kita baru mencapai merdeka tak apa. Ini buat malu saja. Sudah 60 tahun merdeka, nak tunggu sampai bila lagi?,” soalnya.", "Mengambil contoh Singapura, katanya, negara itu memberi peluang selama 20 minit setiap parti untuk berkempen dan pada hari terakhir, setiap parti tidak boleh berkempen lagi." ]
[ "PRU 14" ]
https://selangorkini.my/2018/01/anak-panda-disahkan-betina/
Anak panda disahkan betina
[ "Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan hari ini berkata, berat anak panda gergasi itu adalah 190 gram.", "“Anak panda itu dalam keadaan sihat dan dijaga dengan baik oleh ibunya, Liang Liang dengan pemantauan rapi oleh pihak Zoo Negara,” katanya.", "Ia adalah anak kedua bagi pasangan panda Xing Xing dan Liang Liang yang dilahirkan di Zoo Negara pada jam 7.50 pagi dengan berat 150 gram.", "Pasangan panda itu tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014 sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China, dan anak panda pertama pasangan itu dilahirkan pada 18 Ogos 2015 yang dinamakan Nuan Nuan telah dihantar pulang ke China pada 14 November lalu bagi memenuhi syarat perjanjian dua negara." ]
[ "Anak panda" ]
https://selangorkini.my/2018/01/inovasi-pensyarah-unisel-sumbang-pingat-emas/
Inovasi Pensyarah UNISEL sumbang pingat emas
[ "SHAH ALAM, 20 JAN: Cetusan hebat inovasi Permainan Smart Al-Fatihah ciptaan Muhammad Nazir Bin Mohammed Khalid, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat, Universiti Selangor (UNISEL) berjaya menobatkan beliau sebagai pemenang pingat emas.", "Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, kejayaan yang diraih oleh Muhammad Nazir itu cukup membuktikan bahawa UNISEL mempunyai tenaga pengajar antara terbaik dan setanding dengan pensyarah daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).", "“Apa yang lebih menarik, karnival yang sudah memasuki siri ketiga penganjuran itu buat julung kalinya menawarkan penyertaan kepada peserta dari institusi luar,” katanya dalam kenyataan.", "Hasril berkata dengan kejayaan yang ditunjukkan Muhammad Nazir itu, dapat dijadikan dorongan buat tenaga akademik lain untuk terus menggapai kecemerlangan dan menjadikan UNISEL sebagai pusat pendidikan peneraju transformasi." ]
[ "UNISEL" ]
https://selangorkini.my/2018/01/kiss-tepat-masanya-bantu-hadapi-cabaran-ekonomi/
KISS tepat masanya, bantu hadapi cabaran ekonomi
[ "SHAH ALAM, 20 JAN: “Apabila melihat kepada permohonan daripada golongan wanita khususnya ibu tunggal, saya sangat sedih,” luah Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan keluarga, Dr Daroyah Alwi.", "Untuk rekod, peratusan isi rumah dan agihan pendapatan kasar bulanan bagi Selangor 2016, sebanyak 1.7 peratus menerima pendapatan sebanyak RM1,999 ke bawah.", "Melalui KISS, ibu di Selangor akan mendapat bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak dan tepung serta peralatan dan pakaian sekolah untuk anak-anak di pasaraya dan kedai runcit yang akan dikenalpasti." ]
[ "KISS" ]
https://selangorkini.my/2018/01/apple-bayar-cukai-rm150-bilion-kepada-as/
Apple bayar cukai RM150 bilion kepada AS
[ "WASHINGTON 20 JAN: Syarikat Apple Inc (Apple) akan membuka kampus baharu dalam pelan pelaburan lima tahun di Amerika Syarikat (AS) bernilai AS$30 bilion (RM118 bilion) serta membayar cukai AS$38 bilion (RM150 bilion) untuk sekali pembayaran daripada pendapatan di luar negara.", "Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan ia merupakan salah satu daripada rancangan pembayaran korporat terbesar yang diumumkan sejak pelepasan cukai ditandatangani Presiden AS, Donald Trump.", "Syarikat tersebut di bawah tekanan yang tinggi untuk membuat pelaburan AS sejak kempen Presiden 2016 apabila Trump menyasarkan pembuat iPhone yang mengeluarkan produk mereka di kilang-kilang di Asia.", "Walaupun Apple mengumumkan tiada rancangan untuk menukar amalan tersebut dan pakar me­ngatakan tidak praktikal dari segi ekonomi untuk mengeluarkan iPhone di AS.", "Syarikat tersebut mula memberi keutamaan terhadap impak ekonomi negara itu apabila pembangun perisian menjual perisian di App Store bernilai berpuluh-puluh bilion dolar setahun beralih kepada pembekal AS.", "Antara pelan perbelanjaan termasuk membuka peluang 20,000 pekerja, pembayaran cukai dan perniagaan melibatkan pembekal di AS. Apple menganggarkan syarikat itu akan membelanjakan AS$350 bilion (RM1.3 trilion) di AS dalam tempoh lima tahun.", "Bagaimanapun tidak dinyatakan berapa banyak daripada aset luar negara bernilai AS$252.3 bilion (RM998 bilion), jumlah terbesar antara syarikat korporat AS akan dibawa pulang ke negara itu.", "Sebagai tambahan kepada cukai AS$38 bilion yang perlu dibayar, Apple telah mengagihkan AS$97 bilion (RM383 bilion) hutang bagi membayar pembelian saham dan dividen di AS.", "Sesetengah pelabur berkata, pelaburan AS akan memberikan syarikat ruang lebih luas terhadap pembelian saham atau pembayaran dividen tanpa kritikan. Saham Apple pada Rabu lalu mening­kat 1.7 peratus kepada AS$179.10 (RM708).", "“Saya berjanji dasar yang dibuat akan membolehkan syarikat se­perti Apple membawa pulang jumlah wang yang besar ke AS. Bangga melihat Apple mematuhi polisi ini dan hasilnya mendapat potongan cukai,” katanya di Twitter." ]
[ "Amerika Syarikat", "Apple" ]
https://selangorkini.my/2018/01/as-bakal-pintas-arab-saudi-pengeluar-minyak-kedua-terbesar-dunia/
AS bakal pintas Arab Saudi pengeluar minyak kedua terbesar dunia
[ "PARIS 20 JAN: Amerika Syarikat (AS) bakal memintas Arab Saudi sebagai pengeluar minnyak mentah kedua terbesar dunia selepas Rusia pada tahun ini.", "Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan ia berikutan peningkatan penggerudiansyarikat minyak AS yang tertarik dengan kenaikan harga minyak global, kata Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA).", "Pengeluaran minyak mentah sebanyak 9.9 juta tong sehari di AS sekarang adalah yang tertinggi dalam tempoh hampir 50 tahun sekali gus meletakkan negara itu setanding dengan Arab Saudi sebagai pengeluar minyak mentah kedua ter­besar dunia selepas Rusia, kata IEA.", "“Namun, kerja penggerudian berterusan akan menyaksikan AS mencatat sejarah pengeluaran tertinggi baharu lebih 10 juta tong sehari pada tahun ini, mendahului Arab Saudi dan bersaing dengan Rusia.", "“Situasi ini akan berlaku dengan syarat perjanjian mengehadkan pengeluaran minyak oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan negara bukan OPEC dikekalkan,” tambahnya.", "Harga minyak mentah naik lebih AS$70 (RM276) setong selepas OPEC dan negara bukan OPEC bersetuju melanjutkan persetujuan tersebut sehingga hingga akhir tahun ini." ]
[ "Minyak" ]
https://selangorkini.my/2018/01/krisis-ekonomi-lebih-500000-rakyat-venezuela-lari-ke-colombia/
Krisis ekonomi: Lebih 500,000 rakyat Venezuela lari ke Colombia
[ "Pengarah Migrasi Colombia, Christian Kruger, berkata krisis ekonomi berkenaan bukan saja memaksa ribuan rakyat Colombia yang berhijrah ke Venezuela kembali semula ke negara asal, tetapi turut membuatkan mereka melarikan diri ke Colombia.", "Sementara itu, Menteri Kewangan Mauricio Cardenas yang memberitahu wartawan awal minggu ini bahawa kerajaan bersedia menanggung semua kos berhubung dasar keterbukaan dan perpaduan sehingga hari ini." ]
null
https://selangorkini.my/2018/01/keluarga-asnaf-akan-dibantu-dapat-rumah-sewa/
Keluarga asnaf akan dibantu dapat rumah sewa
[ "SHAH ALAM, 19 JAN: Keluarga asnaf fakir miskin yang dihalau dari rumah, di Pangsapuri Pandan Jaya, dekat sini, tempoh hari akan dibantu bagi mendapatkan kediaman sesuai dalam tempoh terdekat.", "Pegawai Khas ADN Chempaka, Hafiz Razak berkata, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Chempaka akan mengadakan perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian berhubung perkara itu.", "“Kami juga akan memantau dan membantu keluarga berkaitan dari segi kewangan dan keperluan sehingga mereka berjaya memiliki rumah untuk diduduki,” katanya.", "Mengulas lanjut, beliau berkata, keluarga itu pernah diberi bantuan wang ringgit dan barang dapur oleh Pejabat ADN Chempaka bagi meringankan beban.", "“Keluarga ini pernah ditawarkan rumah PPR DBKL tetapi menolaknya atas faktor kawasan jauh dari sekolah anak mereka di Pandan Jaya,” katanya.", "Sebelum ini, mereka dibantu Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan ditempatkan sementara, di bilik penginapan Masjid Al Azim Pandan Indah, Ampang, dekat sini." ]
[ "Asnaf" ]
https://selangorkini.my/2018/01/stam-bilangan-calon-dapat-mumtaz-naik-0-4-peratus/
STAM: Bilangan calon dapat Mumtaz naik 0.4 peratus
[ "PUTRAJAYA, 19 JAN: Jumlah calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 yang mendapat gred cemerlang atau Mumtaz meningkat 0.4 peratus kepada 600 berbanding 537 calon, pada tahun sebelumnya.", "Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Dr Zainal Aalam Hassan, berkata secara keseluruhan, tahun lalu sejumlah 4,733 calon layak mendapat sijil STAM iaitu peningkatan 2.7 peratus berbanding 4,286 calon, pada tahun sebelumnya.", "Katanya, Sijil STAM melayakkan calon memohon bagi mengikuti program ijazah pertama di Universiti Al-Azhar, Mesir dan universiti tempatan dalam bidang yang sesuai dengan kelayakan masing-masing.", "“Pengiktirafan ini membolehkan lulusan STAM lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat melalui satu sistem pendidikan yang standard dan diiktiraf di dalam serta luar negara,” katanya, lapor Berita Harian.", "Sijil STAM terbahagi kepada 4 gred membabitkan Mumtaz (Cemerlang), Jayyid Jiddan (Sangat Baik), Jayyid (Baik) dan Maqbul (Lulus) di mana calon perlu sekurang-kurangnya mendapat gred Maqbul dalam 10 mata pelajaran untuk dianugerahkan sijil.", "Tahun lalu, calon yang mendapat gred Jayyid Jiddan meningkat 1.7 peratus kepada 1,538 berbanding 1,337 pada 2016 manakala 2,104 mendapat gred Jayyid, merosot 0.3 peratus berbanding 2,004 calon pada 2016.", "Mereka yang mendapat gred minimum Maqbul meningkat 2.9 peratus kepada 4,666 calon berbanding 65.78 peratus atau 4,205 calon pada 2016 manakala calon yang mendapat gred Rasib (gagal) dalam semua subjek susut 0.5 peratus membabitkan 99 calon tahun lalu berbanding dua peratus atau 130 calon pada 2016." ]
[ "Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/cancerseek-upaya-kesan-lapan-jenis-tumor/
CancerSEEK upaya kesan lapan jenis tumor
[ "MIAMI, 19 JAN: Ujian baharu ke atas darah yang dikenali sebagai CancerSEEK menunjukkan kemajuan apabila ia berupaya mengesan lapan jenis tumor berbeza sebelum ia merebak ke seluruh tubuh sekali gus memberikan harapan kepada pengesanan awal, kata penyelidik, semalam.", "Kajian yang diketuai penyelidik di Universiti Johns Hopkins itu membabitkan 1,005 pesakit barah yang sudah didiagnos lebih awal berdasarkan gejalanya, dikesan dengan kadar ketepatan kira-kira 70 peratus secara keseluruhan.", "Bagi lima jenis barah iaitu ovari, hati, perut, pankreas dan esofagus, tiada ujian imbasan disediakan untuk mereka yang kurang berisiko, lapor AFP." ]
[ "CancerSEEK" ]
https://selangorkini.my/2018/01/fmllp-la-liga-meterai-mou-bangun-bola-sepak/
FMLLP-La Liga meterai MoU bangun bola sepak
[ "SHAH ALAM, 19 JAN: Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) dan La Liga memeterai perjanjian persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam pembangunan aspek urustadbir dan teknikal pengurusan liga.", "Dalam kenyataan, FMLLP memaklumkan majlis terbabit diadakan di Johor Bahru, hari ini dengan disempurnakan Pengerusinya, DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Ketua Pembangunan Antarabangsa La Liga, Oscar Mayo Pardo.", "“Perjanjian kerjasama ini berlangsung selama tiga tahun dengan menyaksikan La Liga dan FMLLP bekerjasama membangunkan blueprint 50 tahun untuk Liga Malaysia.", "“Kedua-dua pihak juga menganjurkan seminar dan bengkel oleh pakar dengan memfokuskan kepada pengurusan sukan, pemasaran, pengurusan kewangan, keselamatan stadium, pembangunan sosial serta projek komuniti melalui tanggungjawab sosial korporat,” katanya.", "Melalui perjanjian persefahaman itu juga, dinyatakan La Liga akan memudahcara kepada pemain di liga berkenaan bermain di Malaysia serta berusaha mengatur perlawanan di antara pasukan di La Liga dan di Malaysia semasa pra musim." ]
[ "DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim", "La Liga", "Oscar Mayo Pardo", "Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/fenomena-gerhana-bulan-penuh-31-januari-ini/
Fenomena gerhana bulan penuh 31 Januari ini
[ "SHAH ALAM, 19 JAN: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang akan berlaku pada 31 Januari ini, dijangka mengambil masa lima jam 17 minit, bermula jam 6.51 petang hingga 12.08 tengah malam (1 Februari).", "Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dalam kenyataan berkata, di Semenanjung, gerhana sedang berlaku ketika bulan terbit di ufuk timur, manakala di Sabah dan Sarawak, ia akan bermula selepas bulan terbit.", "Katanya, fasa gerhana penuh maksimum adalah pada jam 9.29 malam dan keseluruhan gerhana berakhir, pada jam 12.08 tengah malam iaitu pada 1 Februari.", "“Gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris serta keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra bumi. Bulan perlahan-lahan akan bertukar daripada warna putih mutiara kepada warna kemerahan dan kembali ke warna aslinya sepanjang tempoh lima jam.", "“Warna kemerahan dapat dilihat ketika fasa penuh gerhana bulan pada 31 Januari ini, berbeza dari gerhana bulan penuh lain bergantung kepada beberapa faktor termasuk keadaan di atmosfera atas bumi dan kedudukan bulan di sepanjang orbitnya,” katanya.", "Ketika hampir berlakunya gerhana pada 31 Januari ini, bulan sebenarnya baru saja melepasi ‘perigee’ (bulan paling hampir ke bumi dalam orbitnya), iaitu sehari sebelumnya dengan jarak 358,993 kilometer dari bumi, sekali gus menjadikan gerhana kali ini ‘Gerhana Supermoon’.", "Supermoon akan berlaku apabila bulan berada pada jarak kurang 360,000 km dari bumi dan tiada peralatan tertentu diperlukan untuk melihat fenomena ini, namun penggunaan teleskop dan binokular akan dapat membantu untuk melihat dengan lebih jelas.", "Bagi membolehkan orang awam menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh, Observatori Negara Langkawi, ANGKASA, akan mengadakan aktiviti pencerapan menggunakan beberapa teleskop mudah alih yang akan disediakan kepada pengunjung dan penyertaan adalah percuma.", "Terdapat beberapa lokasi lain yang boleh dikunjungi orang ramai untuk aktiviti pencerapan iaitu di Planetarium Negara Kuala Lumpur, Balai Cerap Teluk Kemang di Port Dickson, Balai Cerap Selangor di Sungai Lang Parit Baru dan Sungai Ayer Tawar, Selangor dan Balai Cerap Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara, Melaka.", "Orang ramai juga boleh mengunjungi Pantai Tok Jembal di Terengganu, Menara Tun Mustapha di Kota Kinabalu, Sabah dan Balai Cerap Kota Bharu di Kampung Kubang Rawa, Salor, Kelantan." ]
[ "gerhana bulan" ]
https://selangorkini.my/2018/01/negara-hancur-jika-najib-kekal/
Negara hancur jika Najib kekal
[ "SHAH ALAM, 19 JAN: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya negara akan hancur jika rakyat menukar kerajaan dibidas Pakatan Harapan (Pakatan).", "Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sebaliknya berkata, negara di bawah pentadbiran Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) semakin menuju kehancuran dan perlu diselamatkan dengan menukar kerajaan dipimpin Pakatan.", "Katanya, kenyataan Najib itu sebenarnya merupakan percubaan menakut-nakutkan rakyat dengan menggambarkan akan berlaku suasana tidak aman dan harmoni jika Umno-BN disingkirkan daripada tampuk pentadbiran, di Putrajaya." ]
[ "Pakatan", "Tian Chua" ]
https://selangorkini.my/2018/01/sesi-bersama-adiwira-tarikan-fesbuk18/
Sesi bersama adiwira tarikan FESBUK’18
[ "SHAH ALAM, 19 JAN: Sesi bersama adiwira menjadi tarikan dalam Festival Buku dan Kanak-Kanak 2018 (FESBUK’18) berlangsung di SACC Mall, pada 2 hingga 4 Februari ini.", "Ketua Unit Gerakan Literasi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Norkhairul Nizam M Sadon, berkata acara itu diadakan bersesuaian dengan teman festival kali ini iaitu ‘Adiwira Membaca’.", "Selain itu, FESBUK’18 dianjurkan bersama PPAS dan PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) turut mempersembahkan pertunjukan Superhero Marvel, karnival jualan buku, pertunjukan fesyen kanak-kanak, cabutan bertuah dan sebagainya.", "FESBUK’18 adalah festival tahunan kali keempat dan mendapat sambutan menggalakkan daripada seisi keluarga dengan program sebelum ini mencatat penyertaan lebih 30,000 hadirin." ]
[ "Festival Buku dan Kanak-Kanak 2018 (FESBUK'18)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/pendeposit-th-disaran-kemas-kini-profil-peribadi/
Pendeposit TH disaran kemas kini profil peribadi
[ "SHAH ALAM, 19 JAN: Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) disarankan supaya mengemas kini profil peribadi masing-masing sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat, nombor telefon dan penamaan waris.", "Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah berkata, ia bertujuan memudahkan pihaknya menghubungi pendeposit serta mengelakan kes surat tawaran haji tidak sampai kepada penerima.", "“Saya berharap semua pendeposit mengambil perhatian dan tindakan susulan bagi memastikan kelancaran penyaluran makluman penting oleh TH kepada pendeposit,” katanya dalam kenyataan.", "“Proses itu juga boleh dilakukan di mana-mana kaunter rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamik di seluruh negara,” katanya." ]
[ "Tabung Haji" ]
https://selangorkini.my/2018/01/kempen-undi-rosak-perbuatan-tidak-bertanggungjawab/
Kempen undi rosak perbuatan tidak bertanggungjawab
[ "SHAH ALAM, 19 JAN: Segelintir pihak yang sengaja menganjurkan kempen undi rosak dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti dianggap sebagai golongan tidak bertanggungjawab.", "Penganalisis politik bebas, Dato’ Dr Samsul Adabi Mamat berkata, selain diberikan hak sebagai pengundi, rakyat juga wajib menjalankan tanggungjawab mereka dalam menentukan masa depan negara.", "“Dalam partisipasi politik, paling rendah adalah keluar mengundi. Kesedaran mengundi sudah cukup menjadikan kita warganegara yang baik tetapi merosakkan undi adalah perbuatan tidak baik dan perlu dihindari semua rakyat tidak kira parti apa disokong.", "“Menjadi satu perbuatan tidak beretika jika kita sengaja merosakkan undi, apatah lagi berkempen supaya undi rosak kerana memilih pemimpin juga adalah satu tanggungjawab rakyat dan rakyat perlu memilih mengikut pilihan mereka,” kata bekas Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu kepada SelangorKini." ]
[ "Dato’ Dr Samsul Adabi Mamat", "Penganalisis politik bebas" ]
https://selangorkini.my/2018/01/sentimen-selangor-pengaruhi-corak-undian-pusat/
‘Sentimen Selangor’ pengaruhi corak undian pusat
[ "SHAH ALAM, 19 JAN: Rekod cemerlang pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mewujudkan ‘sentimen Selangor’ dalam kalangan rakyat negeri termaju itu.", "Penganalisis bebas, Dato’ Dr Samsul Adabi Mamat berkata, sentimen rakyat itu bukan sahaja menjadi faktor untuk Pakatan Harapan (Pakatan) kekal di Selangor, malah berperanan besar mempengaruhi corak undian di peringkat persekutuan, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).", "Katanya, kajian pada 2016 membuktikan wujudnya sentimen Selangor dengan 70 peratus rakyat berpuas hati dengan Kerajaan Negeri, hari ini dan mereka akan terus mengundi kerajaan sedia ada.", "“Sokongan ini menunjukkan apa dilakukan Kerajaan Negeri berada pada landasan tepat dan memberi keyakinan kepada rakyat untuk menumbangkan Umno-BN di peringkat persekutuan, pada PRU-14.", "“Sentimen Selangor adalah sentimen rakyat, kepuashatian rakyat terhadap pentadbiran semasa negeri, iaitu Pakatan berasaskan dasar di Selangor seperti air percuma, bas percuma juga kepuashatian kakitangan awam berdasarkan manifesto digariskan,” katanya kepada SelangorKini.", "Bekas Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, Selangor akan terus berada di bawah pentadbiran Pakatan jika sentimen itu kekal dalam kalangan rakyat.", "“Justeru, Kerajaan Negeri hari ini perlu meneruskan prestasi cemerlang pentadbiran dengan menggunakan pendekatan pelbagai idea menarik bagi mengekalkan sokongan di Selangor, sekali gus meraih sokongan di peringkat Persekutuan,” katanya." ]
[ "Sentimen Selangor" ]
https://selangorkini.my/2018/01/aplikasi-fanskick-mudahkan-peminat-bola-sepak-beli-tiket/
Aplikasi Fanskick mudahkan peminat bola sepak beli tiket
[ "SHAH ALAM, 19 JAN: Aplikasi pintar ‘Fanskick’ kini diperkenalkan kepada peminat bola sepak tempatan bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat untuk membeli tiket perlawanan secara atas talian.", "Ketua Pegawai Eksekutifnya, Farouk Mustaffa berkata, aplikasi telefon pintar sebegitu julung kali diperkenalkan dan ia menjanjikan perkhidmatan dan hiburan lengkap menerusi teknologi yang mampu merapatkan jurang pemain dan penyokong bola sepak tempatan.", "Katanya, menerusi aplikasi Fanskick diperkenalkan Syarikat Fanskick Dot Com Sdn Bhd itu pengguna hanya perlu mengimbas kod QR di pintu masuk stadium menggunakan telefon pintar mereka pada hari perlawanan.", "“Kita menyasarkan satu juta peminat bola sepak akan memuat turun aplikasi terbabit pada tahun ini menerusi Google Play (Android) atau Apps Store (iOS),” lapor Bernama.", "Majlis disempurnakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, malam tadi." ]
[ "Fanskick", "Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)", "Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim" ]
https://selangorkini.my/2018/01/30-agensi-pelancongan-meriahkan-fam-tour/
30 agensi pelancongan meriahkan FAM Tour
[ "SHAH ALAM, 19 JAN: Seramai 30 wakil agensi pelancongan memeriahkan Familiarisation (FAM) Tour bersama Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) Selangor siri 1/2018 yang berlangsung dua hari satu malam pada 17 hingga 18 Januari, baru-baru ini.", "“Ia bersesuaian dengan teras Tourism Selangor sendiri untuk mempromosi penjenamaan baru Discover Selangor, Heart of Malaysia dan #TakeMeAnywhere,” katanya kepada SelangorKini.", "Nazri berkata, FAM Tour itu diadakan setiap bulan bagi membawa ejen pelancongan di samping dapat memperkenalkan kepada mereka tempat menarik di Selangor.", "FAM Tour bersama MATTA turut disertai lima wakil Tourism Selangor, Pengerusi MATTA Selangor, Dato’ Wira Syed Abdul Rahman Alhabshi dan isteri beliau Datin Baizura Abu Bakar.", "Selain itu, antara 30 ejen pelancongan yang turut serta adalah BHS Travel & Tours, Hannah Travel, Kowamas Holidays, Shahmie Travel dan Angsana Travel & Tours.", "Terdahulu, antara tempat menarik dilawati pada hari pertama adalah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Homestay Sungai Sireh, Bukit Melawati dan Kelip-kelip Kampung Kuantan.", "Manakala, pada hari kedua pelbagai tempat menarik dilawati antaranya SkyMirror, melawat Ah Ma House, Muzium Padi, Pantai Redang dan perkampungan nelayan.", "FAM Tour ini diadakan selaras dengan tujuan Tourism Selangor mensasarkan 7.6 juta pelancong akan berkunjung ke negeri ini pada tahun 2018. " ]
[ "Familiarisation (FAM) Tour", "Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA)", "Nazri Tashriq" ]
https://selangorkini.my/2018/01/penduduk-kinrara-bakal-nikmati-kemudahan-dewan-serbaguna/
Penduduk Kinrara bakal nikmati kemudahan dewan serbaguna
[ "PUCHONG, 19 JAN: Penduduk di Bandar Kinrara 5 dan 6 bakal menikmati kemudahan dewan serbaguna yang akan dibangunkan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 3, Jalan Kinrara 5B.", "Ahli Dewan Negeri Kinrara, Ng Sze Han berkata, dewan berhawa dingin dengan keluasan kira-kira satu ekar itu akan dilengkapi tiga gelanggang badminton, gelanggang bola jaring, pentas dan parkir kereta.", "“Sebelum ini, penduduk sering bertanya adakah kawasan ini tidak mempunyai dewan serbaguna, maka hari ini saya ingin mengumumkan kawasan ini akan ada kemudahan dewan tidak lama lagi.", "“Penduduk juga tidak perlu menyusahkan diri dengan menyewa dewan yang jauh dari tempat tinggal untuk digunakan bagi pelbagai tujuan,” katanya kepada media selepas meninjau tapak pembinaan dewan serbaguna, di kawasan itu.", "Sze Han berkata, kos dewan yang akan mempunyai reka bentuk moden itu dianggarkan bernilai kira-kira RM3 juta serta menjadi dewan pertama dibina, di situ.", "Katanya, ia adalah sumbangan pemaju INP Group Sdn Bhd yang akan diserahkan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) apabila siap kelak.", "“Saya berharap dewan ini segera dibina. Semoga lebih banyak dewan akan wujud di Bandar Kinrara,” katanya sambil menambah pihaknya sentiasa mencari kaedah penyelesaian lain untuk mewujudkan pelbagai kemudahan di kawasan itu.", "Sementara itu, Pengurus Projek INP Group, Mohd Bashir Mokhtar berkata, pembinaan dewan itu akan bermula dalam tempoh enam bulan dari sekarang.", "“Ia ekoran kita masih lagi menunggu kelulusan dari pihak berkaitan. Dewan ini juga boleh memuatkan kapasiti kira-kira 500 orang dalam satu masa." ]
[ "Bandar Kinrara", "dewan serbaguna", "Ng Sze Han" ]
https://selangorkini.my/2018/01/kerja-roboh-tol-batu-tiga-sungai-rasau-selesai-mac/
Kerja roboh tol Batu Tiga, Sungai Rasau selesai Mac
[ "SHAH ALAM, 19 JAN: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kerja perobohan struktur bangunan Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau selesai penghujung Mac ini.", "Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail berkata, proses melantik kontraktor bermula sejak Disember lalu dan ketika ini, PLUS sedang memuktamadkan pemilihan kontraktor untuk melaksanakan kerja perobohan.", "“Ini ekoran semua kerja terbabit perlu dilakukan secara berperingkat memandangkan ia dilaksanakan di dalam persekitaran lalu lintas yang sentiasa bergerak,” katanya.", "Azman berkata, kerja awalan seperti pemindahan peralatan tol, papan tanda serta aset lain akan dilaksanakan terlebih dahulu, sebelum kerja perobohan struktur fizikal bermula.", "Justeru, pemandu dinasihatkan supaya memperlahankan kenderaan serta mematuhi semua papan tanda keselamatan dan lebih berhati-hati ketika menghampiri kedua plaza tol berkenaan." ]
[ "PLUS", "Tol" ]
https://selangorkini.my/2018/01/bursa-malaysia-melantun-pagi-ini/
Bursa Malaysia melantun pagi ini
[ "KUALA LUMPUR, 19 JAN: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini dengan minat belian baharu dalam saham utama terpilih, di tengah permulaan bercampur pasaran serantau, kata peniaga.", "Memetik BERNAMA, pada jam 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,824.10, naik 2.50 mata, daripada 1,821.60 penutup semalam.", "Kenanga Research menjangka penanda aras itu bergerak ke arah paras halangan 1,840 mata dan 1,866 mata, manakala kelemahan jangka pendek lain lebih bersifat sementara.", "“Sokongan sementara dilihat pada paras psikologi 1,800 mata dan 1,793 mata, yang mana pelabur boleh meninjau untuk membeli ketika harga jatuh,” katanya dalam satu nota penyelidikan.", "Maybank mendatar pada RM9.86, Public Bank susut dua sen kepada RM20.86, manakala TNB naik 12 sen kepada RM15.72, dengan Petronas Chemicals dan CIMB Bank menokok dua sen setiap satu masing-masing kepada RM8.19 dan RM6.82." ]
[ "Bursa Malaysia" ]
https://selangorkini.my/2018/01/ringgit-kukuh-berbanding-dolar-as-6/
Ringgit kukuh berbanding dolar AS
[ "KUALA LUMPUR, 19 JAN: Ringgit mencatat lantunan untuk dibuka lebih tinggi, berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini ekoran pengukuhan permintaan, kata peniaga.", "Ketua Dagangan Asia Pasifik di Oanda Corp, Stephen Innes berkata, ringgit tidak dijangka mengalami kejutan atau pergerakan ketara menjelang hujung minggu, ekoran kestabilannya minggu ini." ]
[ "ringgit" ]
https://selangorkini.my/2018/01/mangsa-banjir-di-raub-menurun/
Mangsa banjir di Raub menurun
[ "KUANTAN, 19 JAN: Mangsa banjir ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) Raub kini berkurangan kepada 89 setakat 8 pagi ini berbanding 92, malam tadi.", "Menurut portal InfoBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), antara PPS mencatatkan mangsa paling ramai adalah di Masjid Kampung Ulu Sungai iaitu 41 mangsa daripada 13 keluarga.", "Sementara itu, di Masjid Jamek Kuala Semantan menempatkan 27 mangsa daripada lapan keluarga dan Balai Raya Kampung Sengkela (10 mangsa, empat keluarga).", "Manakala, surau RRM Cheroh pula menempatkan tujuh mangsa daripada satu keluarga dan Balai Umno Kampung Batu Talam (empat mangsa, dua keluarga)." ]
[ "Banjir" ]
https://selangorkini.my/2018/01/amaran-ribut-petir-di-3-negeri/
Amaran ribut petir di 3 negeri
[ "SHAH ALAM, 19 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak (Bintulu dan Miri) yang dijangka berterusan sehingga pagi ini.", "MetMalaysia dalam kenyataan berkata, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot kecil.", "Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot kecil." ]
[ "MetMalaysia" ]
https://selangorkini.my/2018/01/anwar-tun-m-feel-good-factor-buat-pakatan/
Anwar, Tun M ‘feel good factor’ buat PAKATAN
[ "SHAH ALAM, 18 JAN: Beberapa langkah Pakatan Harapan (PAKATAN) sejak kebelakangan ini dilihat berjaya memberi impak ‘feel good factor’ terhadap sokongan rakyat kepada konsesus itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).", "Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, antaranya sikap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedia melupakan sengketa lama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.", "“Dalam kamus politik, tindakan seperti ini dipanggil ‘feel good factor’ dengan keputusan melupakan sengketa lama untuk bersama berjuang mencapai misi yang sama .", "“Keputusan Anwar itu tentulah bukan mudah tetapi beliau sanggup melupakan demi memastikan misi PAKATAN ke Putrajaya lancar,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.", "Dr Ahmad Marthada berkata, hal itu ekoran pengalaman 22 tahun sebagai perdana menteri yang dimiliki Dr Mahathir mampu meningkatkan sokongan rakyat, khususnya masyarakat luar bandar terhadap PAKATAN.", "“‘Feel good factor’ dalam politik merupakan salah satu elemen penting meraih sokongan rakyat seperti yang berlaku terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah ketika pertama kali memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.", "“Walaupun pada masa itu rakyat tahu beliau bukanlah ahli politik sejati, tidak berpengalaman, bukan pemidato hebat seperti Anwar tetapi beliau menang dalam pilihan raya kerana rakyat tahu beliau adalah isteri Anwar,” katanya." ]
[ "Pakatan" ]
https://selangorkini.my/2018/01/noh-letak-jawatan-jika-minat-jadi-agen-propaganda/
Noh, letak jawatan jika minat jadi agen propaganda
[ "SHAH ALAM, 18 JAN: Tindakan Tan Sri Noh Omar mempertikaikan akhbar rasmi Kerajaan Negeri, SelangorKini tidak mencerminkan tahap pemikiran seorang menteri.", "Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Naqib Nasaruddin berkata, tuduhan dilemparkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu yang mengatakan SelangorKini melaporkan berita berunsur politik adalah tidak berasas.", "“Adakah Noh mahu hasil kerjanya di Parlimen Tanjung Karang diselit dalam SelangorKini, namun kerja yang tiada hasil kepada rakyat tentunya tidak akan mendapat tempat di dada akhbar itu,” katanya.", "Terdahulu, Noh Omar memohon Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memantau dan menghentikan pengedaran SelangorKini kerana mendakwa akhbar itu melaporkan berita politik, khususnya membabitkan aktiviti Pakatan Harapan." ]
[ "AMK", "SelangorKini", "Tan Sri Noh Omar" ]
https://selangorkini.my/2018/01/tolak-politik-fitnah-amal-politik-nilai/
Tolak politik fitnah, amal politik nilai
[ "SHAH ALAM, 18 JAN: Arena politik Malaysia hari ini masih dicemari pendekatan sesetengah pemimpin dan kelompok masyarakat yang tidak mengamalkan politik idea atau nilai bersandarkan dasar, visi dan rekod perkhidmatan individu bagi menarik sokongan.", "Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, golongan terbabit lebih gemar mengamalkan politik fitnah yang dijadikan peluru untuk menyerang peribadi bagi menjatuhkan lawan mereka.", "“Walaupun sudah 13 kali pilihan raya dan tidak lama lagi tiba Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namun politik kita masih belum matang kerana masih menggunakan serangan peribadi, fitnah dan perkauman untuk melemahkan pihak lawan.", "“Pemimpin politik sepatutnya memberi contoh baik kepada rakyat, justeru kita perlu sama-sama berharap semua pihak amalkan politik nilai atau politik idea, jauhi politik fitnah kerana pembangunan dan kemajuan negara bersandarkan idea, visi serta dasar dibawa,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.", "Katanya, berbanding PRU-13 dan PRU-14 yang bakal menjelang, pendekatan menyerang peribadi musuh politik itu dijangka semakin tidak mendapat sambutan menjelang PRU berikutnya.", "Beliau berkata, hal itu ekoran berikutan gaya pemikiran masyarakat pada masa itu lebih rasional, terbuka dan bijak menilai sesuatu berita dalam menentukan sokongan mereka.", "Sebelum ini, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengutarakan supaya masyarakat politik negara ini menumpukan politik nilai, bukannya memfitnah untuk menjatuhkan lawan masing-masing.", "Katanya, rakyat sepatutnya membuat pilihan berdasarkan dasar, visi dan rekod perkhidmatan yang dibawa, bukannya dengan mengambil kira serangan peribadi seseorang yang bersifat individu." ]
[ "politik", "PRU 14" ]
https://selangorkini.my/2018/01/kerja-perobohan-dua-tol-akan-disegerakan/
Kerja perobohan dua tol akan disegerakan
[ "SHAH ALAM, 18 JAN: Kementerian Kerja Raya akan menyegerakan kerja merobohkan plaza tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau bagi meningkatkan kelancaran aliran trafik.", "Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pengendali lebuh raya terbabit, PLUS juga sudah mengeluarkan tender kepada kontraktor bagi menguruskan kerja merobohkan pondok tol.", "Bermula 1 Januari lalu, Kerajaan Persekutuan memutuskan pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Selangor di samping tol Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor." ]
[ "PLUS", "Tol" ]
https://selangorkini.my/2018/01/mpk-rampas-pelbagai-minuman-keras-bernilai-rm5000/
MPK rampas pelbagai minuman keras bernilai RM5,000
[ "SHAH ALAM, 18 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) merampas pelbagai jenis minuman keras yang dianggarkan bernilai RM5,000 di Taman Bayu Perdana, Klang.", "Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, serbuan dilakukan anggota penguat kuasa di kedai berkenaan ekoran menerima aduan daripada orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan yang peka dengan isu terbabit.", "“Serbuan sekitar jam 10 malam dilakukan di kedai yang menjadi tumpuan warga asing dan tempatan dan kita merampas 57 botol minuman keras pelbagai saiz, jenama dan harga dengan nilai RM5,000.", "“Kedai berkenaan diberi kompaun dan tempoh satu bulan untuk menuntut balik barang rampasan daripada MPK dengan syarat mereka mempunyai lesen serta dokumentasi lengkap,” katanya dalam kenyataan.", "Norfiza berkata, kedai terbabit diserbu kerana beroperasi tanpa kebenaran MPK juga Pejabat Daerah dan Tanah Klang serta berdasarkan siasatan, premis itu beroperasi sejak beberapa bulan lalu.", "Beliau berkata, , jika dalam tempoh itu mereka gagal mengemukakan dokumentasi lengkap untuk menuntut barangan rampasan, MPK akan mengambil tindakan melupuskan barangan terbabit." ]
[ "MPK", "Norfiza Mahfiz" ]
https://selangorkini.my/2018/01/unisel-galak-pensyarah-hasil-bahan-penerbitan-baru/
UNISEL galak pensyarah hasil bahan penerbitan baru
[ "SHAH ALAM, 18 JAN: Universiti Selangor (UNISEL) menggalakkan kakitangannya menghasilkan produk penerbitan ilmiah yang boleh dijadikan rujukan kepada penggiat akademik akan datang.", "Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, ketetapan baru itu dibuat dengan mengambil kira keperluan aspek pendidikan negeri.", "“Pendekatan baru ini tidak pernah dilaksanakan sebelum ini, namun kita yakin bahan penerbitan dihasilkan boleh melambangkan kekuatan sesebuah universiti itu sendiri,” katanya kepada SelangorKini.", "Terdahulu, inisiatif baru diperkenalkan universiti milik Kerajaan Negeri itu selaras kedudukan UNISEL sebagai salah satu universiti yang memiliki 13 pensyarah bertaraf profesor, 20 bertaraf profesor madya selain lebih 27 peratus kakitangan memiliki kelulusan doktor falsafah (PHD)." ]
[ "UNISEL" ]
https://selangorkini.my/2018/01/unisel-sasar-12000-pelajar-baru-tahun-ini/
UNISEL sasar 12,000 pelajar baru tahun ini
[ "Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman optimis jumlah itu mampu dicapai selepas mengambil kira perkembangan positif kemasukan pelajar, pada tahun lalu.", "“UNISEL mengalami trend kemasukan pelajar yang sangat positif sekitar 10,000, pada 2017 dan kita jangka jumlah ini boleh bertambah sehingga 12,000.", "“Walaupun jumlah itu dilihat agak tinggi, namun saya percaya kita mampu menerimanya hasil transformasi yang giat dilaksanakan pentadbiran UNISEL kini,” katanya kepada SelangorKini.", "Tahun lalu menyaksikan UNISEL mengalami pelbagai tranformasi baru meliputi aspek pembaikan bangunan dan pintu gerbang di kampus Bestari Jaya, proses baik pulih tasik, kemudahan fasiliti dan penjenamaan pengajian baru di Kampus Shah Alam.", "Pada masa sama, Mohammad Redzuan berkata, UNISEL juga sebelum ini pernah mengadakan program Hari Terbuka yang berjaya menerima kehadiran 30,000 pengunjung, di Kampus UNISEL Bestari Jaya.", "“Kita sendiri tidak menyangka menerima kedatangan pengunjung yang sangat tinggi dan tidak mustahil ia mendorong kepada jumlah pertambahan kemasukan pelajar ke UNISEL,” katanya." ]
[ "UNISEL" ]
https://selangorkini.my/2018/01/adn-selat-klang-cakna-kebajikan-anggota-polis/
ADN Selat Klang cakna kebajikan anggota polis
[ "SHAH ALAM, 18 JAN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali cakna terhadap kebajikan anggota polis yang menjalankan tanggungjawab terbaik kepada masyarakat, di kawasan Dewan Undangan Negeri itu.", "Menghargai peranan itu, beliau bersama kakitangan pejabat ADN Selat Klang dan barisan kepimpinan masyarakat di DUN berkenaan mengadakan kunjungan hormat, di IPD Klang Utara, Selasa lalu.", "“Saya berharap kerjasama kepimpinan Selat Klang dan polis dapat dikekalkan dalam usaha secara bersama untuk mencegah gejala sosial dan jenayah yang berlaku di kawasan IPD Klang Utara,” katanya kepada SelangorKini." ]
[ "ADN Selat Klang" ]
https://selangorkini.my/2018/01/chong-wei-sanggup-bayar-denda-demi-kecergasan/
Chong Wei sanggup bayar denda demi kecergasan
[ "SHAH ALAM, 18 JAN: Datuk Lee Chong Wei sanggup membayar denda kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk tidak menyertai beberapa kejohanan yang ditetapkan kerana mengambil kira faktor usia dan ketahanan fizikalnya.", "Jaguh perseorangan negara itu berkata, tumpuannya terarah kepada kejohanan yang mempunyai standard lebih tinggi termasuk persiapan rapi untuk Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel, Piala Thomas, Sukan Asia serta All England, pada tahun ini.", "“Saya akan berbincang dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) jika perlu bayar denda, saya sanggup bayar. Usia saya bukan 25 tetapi 35 tahun.", "“Sepatutnya ketika ini saya dan beberapa pemain lain berehat dan membuat persiapan All England, pada Mac ini. BWF keluarkan peraturan sebegini, kami pemain perlu akur,” katanya dipetik BERNAMA.", "Berdasarkan peraturan baharu BWF, semua pemain yang berada dalam kelompok 15 terbaik dunia diwajibkan menyertai 12 kejohanan setahun, iaitu tiga kejohanan tahap dua, lima kejohanan tahap tiga dan empat kejohanan tahap empat.", "Ekoran peraturan baharu itu, kebanyakan pemain terkemuka dunia tersingkir awal daripada saingan Perodua Masters Malaysia yang sedang berlangsung minggu ini di Arena Axiata, Bandaraya Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil.", "Chong Wei bersama dua jaguh badminton dunia, Chen Long dan Lin Dan serta Son Wan Ho dari Korea Selatan antara pemain terkemuka dunia yang turut terkeluar, pada saingan pusingan pertama." ]
[ "Lee Chong Wei" ]
https://selangorkini.my/2018/01/eaic-dapati-salah-laku-serius-kematian-balamurugan/
EAIC dapati salah laku serius kematian Balamurugan
[ "SHAH ALAM, 18 JAN: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati polis melakukan beberapa pencabulan tingkah laku yang serius dan penyalahgunaan kuasa berhubung kematian dalam tahanan, S Balamurugan, tahun lalu.", "Ketua EAIC, Atuk A Aziz A Rahim pada sidang media di Putrajaya berkata, polis juga gagal mematuhi arahan majistret supaya segera menghantar Balamurugan ke hospital.", "“Suruhanjaya mendapati kegagalan polis melepaskan si mati selepas perintah reman mereka ditolak majistret adalah salah laku serius kerana tidak mematuhi arahan mahkamah,” katanya yang dipetik portal Malaysiakini.", "EAIC juga mendapati dua anggota polis yang hanya dikenali sebagai “SP46” dan “SP28” ‘menyalahgunakan kuasa’ dalam memerintahkan Balamurugan ditangkap semula tanpa alasan sah.", "Balamurugan ditangkap dan didakwa dipukul di balai polis Bandar Batu Klang, pada 6 Februari 2017, sebelum dibawa ke pusat lokap Shah Alam selama beberapa jam dan kemudian dihantar ke mahkamah majistret Klang, pada waktu pagi untuk mendapatkan perintah reman.", "Majistret mengarahkan pembebasan Balamurugan tetapi dia terus ditahan di ibu pejabat daerah polis Klang Utara dan didapati mati, pada awal 8 Februari." ]
[ "EAIC" ]
https://selangorkini.my/2018/01/espanyol-lebur-rekod-tanpa-kalah-barcelona/
Espanyol lebur rekod tanpa kalah Barcelona
[ "SEPANYOL, 18 JAN: Selepas Manchester City, giliran Barcelona pula terpaksa menelan kepahitan apabila rekod tanpa kalah dalam 29 perlawanan lebur selepas tewas, 1-0 kepada Espanyol dalam perlawanan pertama suku akhir Copa Del Rey, pagi tadi.", "Lebih mengecewakan, Lionel Messi yang berpeluang memastikan Barcelona membawa bekalan selesa menjelang pertemuan kedua, di Nou Camp gagal menyempurnakan sepakan penalti, pada minit ke-62 yang berjaya diselamatkan Diego Lopez.", "Sebaliknya pasukan tuan rumah, Espanyol meranapkan rekod cemerlang pendahulu La Liga itu menerusi jaringan Oscar Melendo berjaya menampan bola ke gawang lawan, pada penghujung permainan bagi memastikan Barcelona berputih mata tanpa sebarang jaringan di tempat lawan.", "Awal minggu ini, pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City tewas 4-3 kepada Liverpool di Anfield, sekali gus mencalarkan rekod kemenangan mereka selepas 23 perlawanan dalam semua kejohanan." ]
[ "Barcelona" ]
https://selangorkini.my/2018/01/fmllp-periksa-stadium-mps-untuk-liga-m/
FMLLP periksa Stadium MPS untuk Liga M
[ "SHAH ALAM, 18 JAN: Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) menjalankan pemeriksaan pertama Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Selayang, dekat sini, semalam.", "Antara perkara diperiksa seperti di dalam Perkara 5, Manual Liga Malaysia: Tanggungjawab Melaksanakan Organisasi Teknikal Perlawanan (OTP) adalah bilik persalinan, bilik pengadil, bilik perubatan, kemudahan media, kaunter penjualan tiket, papan skor dan pencahayaan lampu limpah." ]
[ "Liga Malaysia 2018" ]
https://selangorkini.my/2018/01/selangor-tawar-geran-kecil-alam-sekitar-dan-teknologi-hijau/
Selangor tawar Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
[ "SHAH ALAM, 18 JAN: Kerajaan Selangor menawarkan program Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau kepada golongan berkelayakan, kata Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong.", "Beliau berkata, permohonan terbuka kepada persatuan dan organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di negeri ini dan menjalankan operasi tidak berasaskan keuntungan.", "“Bagi organisasi atau persatuan yang tidak berpangkalan di Selangor, permohonan akan dipertimbangkan jika program atau projek dicadangkan menarik dan mempunyai manfaat spesifik kepada rakyat Selangor.", "“Permohonan organisasi bukan berpengkalan di Selangor juga mestilah tidak bercanggah dengan permohonan projek daripada organisasi persatuan komuniti yang berpangkalan di Selangor,” katanya dalam kenyataan.", "Sementara itu, tempoh makluman kelulusan program akan diputuskan, pada 15 Februari ini dan pelaksanaan program akan bermula, pada 15 Februari hingga 15 Jun 2018." ]
[ "Elizabeth Wong", "Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau" ]
https://selangorkini.my/2018/01/bursa-malaysia-dibuka-lebih-tinggi-3/
Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi
[ "KUALA LUMPUR, 18 JAN: Bursa Malaysia meneruskan peningkatan semalam untuk dibuka lebih tinggi pagi ini dengan minat belian berterusan dalam saham utama terpilih, selari prestasi pasaran serantau, kata peniaga.", "Pada jam 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,828.64, naik 0.01 mata, berbanding 1,828.63 penutup semalam.", "“Rali semalaman di pasaran Amerika Syarikat (AS) akan memberi sokongan kepada bursa tempatan, tetapi selepas naik empat hari berturut-turut, kami percaya FBM KLCI akan mengalami pembetulan.", "“Secara teknikal, kami jangka indeks penanda aras itu didagangkan antara 1,820 dan 1,835 hari ini. Sokongan dilihat pada 1,812 dan 1,793 mata,” katanya." ]
[ "Bursa Malaysia" ]
https://selangorkini.my/2018/01/lzs-bantu-segera-keluarga-asnaf-fakir-miskin/
LZS bantu segera keluarga asnaf fakir miskin
[ "SHAH ALAM, 18 JAN: Keluarga asnaf fakir miskin, Yusaini Pungut, 39, dibantu segera berpindah sementara, di bilik penginapan Masjid Al Azim Pandan Indah, Ampang, dekat sini, semalam.", "“Berkaitan mereka dihalau, kami dimaklumkan keluarga Yusaini menerima notis untuk berpindah sejak sebulan lalu, namun mereka gagal berpindah seperti dikehendaki tuan rumah.", "“Buat masa ini, mereka dibantu dan tinggal di bilik penginapan di Masjid Al Azim Pandan Indah, sementara mendapatkan rumah sewa yang baru dengan kadar segera,” katanya.", "Yusaini dan isteri bersama enam anaknya berusia tiga hingga 11 tahun adalah asnaf fakir miskin berdaftar dan menerima bantuan daripada LZS.", "Mereka adalah penerima bantuan zakat dalam bentuk sewa rumah (RM600 sebulan), kewangan bulanan (RM500 sebulan), makanan bulanan, pendidikan sekolah anak dan bantuan hari raya." ]
[ "LZS" ]
https://selangorkini.my/2018/01/ringgit-sedikit-rendah-pagi-ini/
Ringgit sedikit rendah pagi ini
[ "KUALA LUMPUR, 18 JAN: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi dagangan awal, pagi ini ekoran kekurangan momentum belian, kata peniaga.", "Ketua Dagangan Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes berkata, ringgit dijangka reda ekoran jangkaan jualan dolar AS akibat hasil AS yang lebih tinggi serta nada tegas Rizab Persekutuan negara itu mengenai kenaikan kadar faedah.", "“Pasaran bon ringgit agak goyah sedikit semalam. Selepas cuba mencatat kenaikan pada pembukaan semalam, langkah itu sebaliknya berdepan aktiviti jualan yang berlanjutan sepanjang sesi semalam dan membayangkan bahawa pasaran cuba mengurangkan risiko yang ada,” katanya lapor BERNAMA.", "Susulan ketiadaan permintaan bon di peringkat tempatan, pasaran dijangka menyaksikan dolar AS/ringgit mengukuh akibat perkembangan prestasi hasil AS yang tinggi dan dolar AS yang meningkat, kata Innes." ]
[ "ringgit" ]
https://selangorkini.my/2018/01/afc-b23-republik-korea-cabaran-malaysia-ke-separuh-akhir/
AFC B23: Republik Korea cabaran Malaysia ke separuh akhir
[ "SHAH ALAM, 18 JAN: Skuad Malaysia dijadualkan bertemu Republik Korea, pada peringkat suku akhir Piala AFC B23, di China Sabtu ini.", "Peringkat suku akhir akan bermula Jumaat ini dengan Jepun akan bertemu Uzbekistan, pada jam 4 petang waktu Malaysia, diikuti satu lagi pertembungan Qatar menentang Palestine." ]
[ "AFC B23" ]
https://selangorkini.my/2018/01/mpsj-tawar-kompaun-flat-rate-serenndah-rm10/
MPSJ tawar kompaun ‘Flat Rate’ serendah RM10
[ "SHAH ALAM, 18 JAN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memperkenalkan kempen kadar rata ‘Flat Rate’ bagi menggalakkan orang ramai membayar kompaun kesalahan trafik yang tertunggak.", "Timbalan Pengarah Korporat MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, kempen yang akan bermula pada 1 Februari hingga 30 April ini mengenakan bayaran RM10 bagi melunaskan kompaun.", "“Kadar ‘Flat Rate’ adalah untuk semua kesalahan trafik kecuali Kesalahan di Bawah Perintah 2, Perintah Pengangkutan Jalan (Larangan Pemanduan Kenderaan Berat) MPSJ 2012 melebihi 10 tan dan kompaun yang\ndibawa ke mahkamah.", "Bayaran boleh dibuat melalui Mesin Kios Elektronik 24 Jam di MPSJ, kaunter pandu lalu, kaunter bergerak dan sistem MPOS, iaitu pembayaran menggunakan kad kredit atau debit kepada anggota penguat kuasa MPSJ di lapangan." ]
[ "kompaun", "MPSJ" ]
https://selangorkini.my/2018/01/pkns-fc-ke-bangkok-sertai-perlawanan-pra-musim/
PKNS FC ke Bangkok sertai perlawanan pra musim
[ "SHAH ALAM, 18 JAN: PKNS FC berlepas ke Bangkok, Thailand hari ini untuk tiga aksi persahabatan bermula 20 hingga 26 Januari.", "Red Ants dijadualkan bertemu Patayya United, pada 20 Januari diikuti Police Tero FC tiga hari kemudian dan Army United, pada 26 Januari." ]
[ "PKNS FC" ]
https://selangorkini.my/2018/01/1034-kes-denggi-dilapor-sejak-awal-2018/
1,034 kes denggi dilapor sejak awal 2018
[ "SHAH ALAM, 18 JAN: Sebanyak 1,034 kes demam denggi dilaporkan berlaku di seluruh negara, pada minggu pertama 2018 dari 31 Disember 2017 hingga 6 Januari lalu.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat peningkatan kes demam denggi selama lima minggu berturut-turut, sejak awal Disember lalu.", "“Selangor mencatatkan lokaliti hotspot tertinggi, iaitu 14 diikuti Johor (5), Pulau Pinang (2), manakala satu lokaliti masing-masing di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak dan Sabah.", "“Sebanyak 1 kes kematian dicatatkan, berbanding 1,644 kes dengan dua kematian, pada minggu sama pada tahun lalu iaitu penurunan 37.1 peratus (610 kes),” katanya dalam kenyataan." ]
[ "Denggi", "KKM" ]
https://selangorkini.my/2018/01/harga-petrol-naik-lagi/
Harga petrol naik lagi
[]
[ "Petrol" ]
https://selangorkini.my/2018/01/kiss-terima-sambutan-luar-biasa/
KISS terima sambutan luar biasa
[ "SHAH ALAM, 17 JAN: Bakal dilancarkan pada 22 Januari ini, program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) menerima sambutan luar biasa apabila hampir setiap kawasan DUN menerima lebih 1,000 permohonan.", "Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha berkata, walaupun Kerajaan Negeri hanya menetapkan kuota 500 permohonan di setiap DUN, namun pejabatnya masih menerima permohonan baru sehingga kini.", "“Justeru, saya berharap Kerajaan Negeri boleh meluluskan untuk memberi kuota bagi kawasan DUN yang masih tidak penuh kepada kawasan yang lebih memerlukan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.", "“Saya dapat lihat ia satu penambahbaikan kepada program Foodstamp tetapi menerusi KISS, penerima boleh membeli barangan dengan pilihan sendiri seperti barangan kesihatan selain makanan asas,” katanya.", "Sementara itu, ADN Dusun Tua, Razaly Hassan berkata, langkah Kerajaan Negeri memperkenalkan program itu memberi harapan besar kepada rakyat selangor yang dibelenggu masalah ekonomi.", "“Dalam tempoh seminggu sahaja, permohoanan KISS boleh mencecah lebih 1,000. Jadi, kita menjangkakan program ini akan terus memberi manfaat kepada rakyat Selangor,” katanya." ]
[ "KISS" ]
https://selangorkini.my/2018/01/airasia-bigpay-jimat-4-kos-perjalanan/
AirAsia BigPay jimat 4% kos perjalanan
[ "SHAH ALAM, 17 JAN: e-dompet BigPay ditawarkan AirAsia mampu menawarkan sekurang-kurangnya empat peratus penjimatan kos perjalanan dan kadar tukaran mata wang.", "Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes menerusi Twitter berkata, aplikasi itu boleh dimuat turun daripada Google Play store dan Apple App store.", "Pada Isnin, Fernandes mengumumkan perkhidmatan e-dompet BigPay, yang merupakan sebahagian daripada strategi digital AirAsia untuk meneroka pangkalan data 63 juta penumpang syarikat penerbangan tambang rendah itu.", "Maklumat berkenaan BigPay di Google Play store menyatakan perkhidmatan itu bertujuan mewujudkan pembayaran masa depan di Asia Tenggara dengan menyediakan akses wang yang terjamin dan mudah kepada pengguna, pada bila-bila masa dan tempat.", "Ia menggabungkan aplikasi mudah alih dengan fleksibiliti Mastercard prabayar yang diterima di lebih 30 juta pedagang di seluruh dunia, yang membolehkan pengguna mengurus kewangan secara digital.", "Laman aplikasi itu juga menjamin BigPay di kawal selia oleh Bank Negara Malaysia, selain memiliki protokol keselamatan terkini, termasuk cap jari dan perakuan muka bagi mengesahkan identiti." ]
[ "airasia", "BigPay" ]
https://selangorkini.my/2018/01/unisel-lebar-jaringan-pendidikan-ke-bangladesh/
UNISEL lebar jaringan pendidikan ke Bangladesh
[ "SHAH ALAM, 17 JAN: Kerajaan Negeri memperlebar jaringan pendidikan negeri dengan menawarkan peringkat pengajian jangka panjang, di Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bangladesh.", "Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman optimis penubuhan kampus baru itu mampu mengukuhkan konteks pendidikan kepada mahasiswa, di Selangor.", "“Tetapi disebabkan 2018 baru bermula, sukar untuk kita nyatakan kejayaan yang diraih, namun kita merancang untuk membuka dan menjadikan kampus ini sebagai kampus yang mampu membawa kepada kecermerlangan UNISEL di luar negara,” katanya kepada SelangorKini.", "Terdahulu, UNISEL menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Institute Of Learning (INSIGHT) bagi melebarkan sayap pendidikannya dengan pembukaan kampus cawangan baharu di Dhaka, Bangladesh.", "Sebagai IPTS pertama di Malaysia yang berbuat demikian, perkembangan itu disifatkan cukup sihat dan mampu melonjakkan sinergi baharu universiti terbabit sebagai ikon ‘Peneraju Tranformasi’ ke peringkat lebih besar.", "Sebelum ini, Timbalan Naib Canselor Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri UNISEL, Profesor Dr Mokhtar Abdullah berkata, operasinya dijangka bakal memberi peluang kepada lanjutan perkembangan pendidikan serantau institusi milik Kerajaan Negeri itu." ]
[ "UNISEL" ]
https://selangorkini.my/2018/01/selamat-bersara-ronaldinho/
Selamat bersara Ronaldinho
[ "Perkara itu disahkan sendiri agen yang juga abangnya, Roberto Assis yang dipetik media antarabangsa berkata, satu majlis meraikannya sedang dirancang dan ia dijangka dianjurkan selepas Piala Dunia 2018.", "Ronaldinho, 37, memulakan karier bola sepak bersama kelab Liga Brazil, Gremio sebelum berkelana di Eropah bersama Paris Saint-Germain (PSG), pada 2001.", "Melalui musim indah bersama Barcelona dengan memenangi Liga Juara-Juara Eropah pada 2006 dan Piala Dunia 2002 bersama Brazil, beliau yang sentiasa tidak lekang dengan senyuman turut berjaya memenangi anugerah Ballon d’or, pada 2005.", "Beliau yang terkenal dengan teknik kawalan bola menarik pernah menjulang kejuaraan Serie A bersama AC Milan, pada 2010 tidak lagi bermain bola sepak bersama pasukan profesional sejak meninggalkan Fluminense, pada 2015." ]
[ "ronaldinho" ]
https://selangorkini.my/2018/01/5-terpilih-dalam-impian-ke-motogp-sic/
5 terpilih dalam “Impian ke MotoGP” SIC
[ "SHAH ALAM, 17 JAN: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berjaya mengenal pasti lima pelumba muda berbakat melalui program “Impian ke MotoGP”, di Litar Kart Antarabangsa Sepang, pada Sabtu dan Ahad lalu.", "Lima pelumba itu ialah Muhammad Idil Fitri Mahadi, Muhammad Izam Ikmal dan Mohd Danial Syai Ahmad Shahril, berusia 15 tahun bersama Daniel El Fahim Harris El Hadi (14) dan Muhamad Harith Haziq Zamri (13).", "Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, mereka akan menyertai latihan intensif selama dua minggu di bawah kelolaan bekas pelumba Moto3 dan Supersports Dunia, Zulfahmi Khairuddin dan bekas juara Asia Road Racing, Ahmad Zamani Baharuddin.", "“Mereka akan diuji dalam pelbagai aspek termasuk kemahiran menunggang, kecergasan, dedikasi dan komitmen sebelum Zulfahmi dan Ahmad Zamani membuat pemilihan dua pelumba terbaik yang layak untuk bersaing di perlumbaan dunia CEV.", "Selain bersaing di pentas CEV Sepanyol, dua pelumba itu akan juga menimba pengalaman bersaing di pentas Asia Road Racing Championship (ARRC) dan perlumbaan Malaysia Superbike Championship (MSBK) dalam kelas 250cc.", "Beliau berkata, dipacu dengan azam melahirkan pelumba negara berkelas dunia seperti Zulfahmi, SIC melancarkan program “Impian ke MotoGP” dengan pendaftaran terbuka melalui dalam talian untuk pelumba berusia antara 13 hingga 15 tahun, pada Disember tahun lalu.", "“Daripada semua pemohonan ini, 40 dipilih untuk sesi ujian pada Sabtu lalu dengan kumpulan ini dikecilkan kepada 26, pada sesi ujian hari terakhir sebelum lima terakhir terpilih,” katanya.", "“Impian ke MotoGP” adalah antara inisiatif pembangunan bakat sukan pemotoran negara dijalankan SIC, yang turut menyaksikan program penyediaan bakat dalam sukan empat roda termasuk saingan Perlumbaan Asian Le Mans Series dan kejuaraan TCR Asia Series." ]
[ "Impian ke MotoGP" ]
https://selangorkini.my/2018/01/isu-paip-pecah-seksyen-17-dijangka-selesai-april/
Isu paip pecah Seksyen 17 dijangka selesai April
[ "PETALING JAYA, 17 JAN: Masalah paip pecah yang dihadapi penduduk di kawasan Seksyen 17, di sini, dijangka selesai, pada April ini, kata Ahli Dewan Negeri Bukit Gasing, Rajiv Risyakaran.", "“Terdapat lima lokasi terbabit iaitu di Jalan 17a/4, Jalan 17a/7, Jalan 17/1, Jalan 17/20 dan Jalan 17/50. Penduduk juga marah dan salah faham bahawa paip yang digunakan adalah paip baharu yang tidak berkualiti.", "“Sebenarnya paip pecah itu adalah paip lama. Jadi, saya jelaskan kepada mereka bahawa paip baharu belum disambungkan dengan bekalan air lagi,” katanya kepada media selepas melawat kawasan terbabit, hari ini.", "Rajiv berkata, proses penyambungan air di paip baharu akan dilakukan selepas pihak kontraktor menguji keseluruhan bahagian paip baharu yang kemudian akan disambungkan ke rumah.", "“Saya kasihan kepada nasib dihadapi penduduk yang mengalami masalah sama ini sejak tiga tahun lalu kerana dalam tempoh setahun, lebih dari 20 masalah paip pecah berlaku.", "Kawasan itu juga dikenal pasti antara 84 hotspot membabitkan penggantian paip sepanjang 425.7 kilometer (km) seluruh negeri, di bawah Air Selangor." ]
[ "paip pecah", "r rajiv" ]
https://selangorkini.my/2018/01/warga-new-zealand-tegur-skirt-pendek-pramugari-air-asia/
Warga New Zealand tegur skirt pendek pramugari AirAsia
[ "SHAH ALAM, 17 JAN: Ekoran terlalu seksi dan mengghairahkan, warga New Zealand; Dr June Robertson ‘menegur’ cara pemakaian pramugari syarikat penerbangan tambang murah negara, AirAsia.", "Menerusi catatan Dr June yanag dimuat naik semula pengguna Twitter, Ammah Taha, beliau mendedahkan pengalaman pelancong itu ketika menggunakan perkhidmatan penerbangan AirAsia ke negara ini.", "“Kami amat mencintai negara ini. Saya turut memilih destinasi Kuala Lumpur sebagai perhentian saya untuk ke Eropah dan memilih Hotel Sama Sama untuk menginap.", "“Namun, saya cukup tersinggung dengan pakaian pramugari AirAsia yang memakai skirt pendek berbanding syarikat penerbangan lain seperti NZ, Australian atau American Airlines,” tulisnya.", "Namun kata Dr June, pengalaman penerbangan ke Auckland dari Kuala Lumpur ketika menggunakan perkhidmatan AirAsia, pada Oktober lalu benar-benar tidak dapat dilupakannya.", "“Saya menegurnya dan menyuruh pramugari itu menutup bahagian yang terdedah itu tetapi saya tertanya bagaimana sebuah negara yang dihormati seperti Malaysia boleh membenarkan keadaan seperti itu berlaku,” tulisnya.", "Bagaimanapun, lebih mengejutkan kata Dr Jun, beliau juga pernah terlihat pakaian dalam seorang pramugari AirAsia ketika sedang berbelanja di sebuah pasar raya, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, sebelum ini.", "“Secara jujurnya, syarikat ini hanya akan merendahkan reputasi mereka apabila ramai penumpang yang melawat KLIA 2 dan melihat terlalu banyak skirt merah dengan gaya yang terlalu seksi,” tulisnya pada catatan itu." ]
[ "Air Asia" ]
https://selangorkini.my/2018/01/galeria-sbb-pelengkap-fasa-1-selangor-bio-bay/
Galeria SBB pelengkap fasa 1 Selangor Bio Bay
[ "SHAH ALAM, 17 JAN: Galeria projek pembangunan Selangor Bio Bay (SBB) bakal dibuka kepada pengunjung, pada Januari ini bertujuan memperkenalkan projek berkenaan kepada umum.", "Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB), Dato’ Mahmud Abbas berkata, pembukaannya siginifikan meliputi fasa pembangunan pertama SBB sejak September, tahun lalu.", "“Justeru, sebagai langkah pengenalan kepada projek ini, kami akan membangunkan sebuah galeri yang akan dibuka kepada umum, menjelang akhir bulan ini.", "“Kami sudah memulakan projek pembangunan galeri ini tahun lalu dan pelbagai bentuk info serta pengisian lain akan dipaparkan di galeri berkenaan,” katanya.", "Selain itu, SBB turut merangkumi projek infrastuktur jalan membabitkan pengasingan kenderaan berat dan ringan bermula di Lebuhraya Shah Alam menuju ke Wesport." ]
[ "CSSB", "Dato' Mahmud Abbas" ]
https://selangorkini.my/2018/01/selangor-tuntut-jaminan-tiada-sabotaj-isu-air/
Selangor tuntut jaminan tiada sabotaj isu air
[ "SHAH ALAM, 17 JAN: Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor (JPK-SAS), Ng Sze Han menuntut jaminan tidak berlakunya unsur sabotaj terhadap pentadbiran negeri membabitkan isu air.", "Beliau berkata, tidak mustahil unsur sabotaj boleh berlaku ketika musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang bakal diadakan tidak lama lagi.", "Ahli Dewan Negeri Kinrara itu menegaskan, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bertanggungjawab sepenuhnya memastikan pengurusan air negeri terkawal sepanjang tempoh itu.", "“Kita berharap Air Selangor dapat menjalankan peranan sebaiknya untuk memastikan kemudahan air, di Selangor dapat berfungsi dengan baik dan berkesan,” katanya.", "Mengulas saranan berkenaan, Pengurus Operasi Air Selangor, Ir Abas Abdullah berkata, beberapa pendekatan baru dilaksanakan bagi menghalang sebarang unsur sabotaj dirancang pihak tertentu.", "“Memandangkan pilihan raya sudah semakin hampir, kami percaya unsur (sabotaj) itu memang boleh berlaku, namun kami akan segera mengambil tindakan dan menjalankan kerja pemantauan kolam dan sebagainya." ]
[ "Ng Sze Han" ]
https://selangorkini.my/2018/01/masalah-peniaga-pasar-pagi-inai-perlu-perhatian-mpaj/
Masalah peniaga Pasar Pagi Inai perlu perhatian MPAJ
[ "SHAH ALAM, 17 JAN: Ahli Dewan Negeri Chempaka, Dato’ Iskandar Abdul Samad akan berbincang bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) supaya caj kos pembersihan dan pengurusan, di Pasar Pagi Inai, Pandan Indah diturunkan.", "Beliau dalam kenyataan berkata, perbincangan turut merangkumi cadangan mengubah jadual kutipan caj harian kepada dua hari sekali bagi mengurangkan beban peniaga.", "“Seorang peniaga, Koo Ting Ming yang menjual surat khabar dan roti menerangkan kepada saya secara terperinci masalah dihadapi dengan pendapatan sehari sekitar RM20.", "“Bagaimanapun, beliau perlu membayar RM4 sehari kepada MPAJ untuk kos pembersihan dan pengurusan pasar terbabit, sekali gus menyebabkan pendapatan bersih harian beliau susut sekitar RM15 hingga RM16 sehari,” katanya.", "Justeru, Iskandar berkata, permohonan peniaga terbabit supaya bayaran diturunkan kepada RM2 adalah wajar memandangkan bilangan peniaga kecil, di pasar terbabit dan tidak menjana banyak sampah." ]
[ "MPAJ" ]
https://selangorkini.my/2018/01/nik-nazmi-boleh-bertanding-pru-14/
Nik Nazmi boleh bertanding PRU-14
[ "SHAH ALAM, 17 JAN: Ahli Dewan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berpeluang untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang susulan keputusan Mahkamah Rayuan, hari ini memihak kepadanya.", "Keputusan itu selepas Mahkamah Rayuan mendapati tiada merit dalam hujahan dikemukakan kerajaan untuk meningkatkan hukuman denda ke atas beliau dari RM1,500 kepada RM5,000.", "Pengerusi panel Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mokhtaruddin Baki keputusan sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah Nik Nazmi membayar denda RM1,500 selepas mengaku bersalah gagal menghantar notis dalam tempoh 10 hari sebelum penganjuran perhimpunan Black 505, lima tahun lalu.", "Nik Nazmi menegaskan pentadbiran Barisan Nasional (BN) perlu berhenti membebankan mahkamah dengan kes remeh dan bermotifkan politik serta memberi tumpuan menambah baik tadbir urus negara.", "Pada 8 Disember 2016, Nik Nazmi diperintah membayar denda itu selepas mengaku bersalah gagal memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dalam tempoh 10 hari sebelum penganjuran program Black 505, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya." ]
[ "Nik Nazmi Nik Ahmad" ]
https://selangorkini.my/2018/01/skandal-rm40-juta-ptpk-apa-sudah-jadi/
Skandal RM40 juta PTPK, apa sudah jadi?
[ "SHAH ALAM, 17 JAN: Keberkesanan pelaksanaan dasar Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) terus dipersoal banyak pihak, termasuk selebriti tanah air, Ahmad Idham Nadzri.", "Beliau menerusi kenyataan di Twitter mendakwa, selepas siasatan berhubung penyelewengan dana kerajaan RM40 juta membabitkan PTPK dijalankan, isu berkenaan seolah ‘diam’ begitu sahaja.", "Kata Pengarah Filem Jangan Pandang Belakang itu lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewajarnya tampil memberi penjelasan terhadap isu berkenaan.", "“Apa sebenarnya masalah di tabung kemahiran ini ya. Hingga kini, tiada kuota diberi untuk pelajar 2018. Adakah ini juga impak kepada skandal RM 40juta itu?", "Terdahulu, Kementerian Sumber Manusia menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan berhubung penyelewengan dana kerajaan RM40 juta yang berlaku, di agensinya.", "Menterinya, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, pihaknya memberi jaminan untuk memberikan kerjasama penuh kepada SPRM bagi menjalankan siasatan berhubung kes itu, lapor Utusan Malaysia.", "Kenyataan itu dikeluarkan susulan penahanan empat individu, termasuk Ketua Eksekutif PTPK bergelar Datuk direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana kerajaan RM40 juta untuk tujuan program latihan.", "“Banyak pusat bertauliah kemahiran yang terkesan, termasuk akademi saya apabila tiada pemberian kuota selepas kes skandal RM 40juta, di tabung kemahiran itu.", "“Pengurusan KUOTA di PTPK cacar marba. Peluang remaja belajar kemahiran tertutup dan skandal RM40 juta tak tahu apa kesudahan. Amat sedih dengan senario ini,” tulisnya lagi." ]
[ "Ahmad Idham Nadzri", "PTPK" ]
https://selangorkini.my/2018/01/selgate-yakin-pendaftaran-skim-peduli-sihat-terus-meningkat/
Selgate yakin pendaftaran Skim Peduli Sihat terus meningkat
[ "SHAH ALAM, 17 JAN: Kumpulan Selgate optimis meningkatkan jumlah pendaftaran Skim Peduli Sihat bagi 2018, selain mensasarkan lebih banyak pembayaran tuntutan daripada klinik panel berdaftar setiap bulan.", "Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Hisyam Ghouth berkata, sehingga 31 Disember 2017, seramai 286,667 keluarga atau 1.147 juta orang sudah mendaftar dan ia melepasi sasaran awal 250,000 keluarga, di Selangor.", "“Untuk tahun ini, kita akan teruskan dan sekarang pemahaman masyarakat terhadap program ini lebih mendalam dan saya jangka penggunaan akan lebih banyak selepas ini,” katanya kepada SelangorKini.", "Berdasarkan rekod, katanya, sebanyak RM1 juta tuntutan bayaran balik dilakukan setiap bulan secara purata dan bulan Disember mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak RM3.2 juta.", "Mengulas pertemuan bersama Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi baru-baru ini, Noor Hisyam berkata, pihaknya mengemukakan beberapa usul untuk menambah baik program itu, namun ia memerlukan kelulusan Kerajaan Negeri sebelum diumumkan.", "Bagi pelakasanaan Skim Kesihatan Bersepadu, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM44.1 juta membabitkan penjagaan asas kesihatan antaranya rawatan jantung, suntikan vaksin pneumokokal, penjagaan kesihatan mental, perkhimatan penjagaan paliatif bagi pesakit kanser serta insuran kesihatan untuk penjawat awam juga pesawah." ]
[ "Skim Peduli Sihat" ]
https://selangorkini.my/2018/01/bursa-malaysia-dibuka-rendah-pagi-ini-2/
Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini
[ "KUALA LUMPUR, 17 JAN: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau lain susulan penurunan di Wall Street semalaman, kata peniaga.", "Pada jam 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,822.73, turun 3.30 mata daripada paras penutup 1,826.03 semalam, dan dibuka rendah turun sebanyak 1.48 mata kepada 1,824.55.", "Keseluruhan suasana pasaran sedikit negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 161 berbanding 155, manakala 213 kaunter tidak berubah, 1,30 4 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.", "Dalam satu nota penyelidikan hari ini, Maybank Investment Bank Research (Maybank IB), berkata selepas meningkat selama tiga hari dagangan berturut-turut, petunjuk pasaran tempatan dijangka mereda seketika seiring penurunan di pasaran Amerika Syarikat.", "“Saham minyak dan gas mencatatkan jualan susulan penurunan harga minyak dunia. Secara teknikalnya, kami menjangka indeks petunjuk pasaran diniagakan antara 1,820 dan 1,830 mata hari ini. Paras sokongan menurun pada 1,812 dan 1,793 mata,” kata firma pelaburan itu.", "Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals susut dua sen setiap satu masing-masing kepada RM9.83 dan RM8.17, TNB tidak berubah pada RM15.88 manakala Public Bank meningkat empat sen kepada RM20.92.", "Dalam kalangan saham cergas, Xinghe meningkat 1.5 sen kepada 7.5 sen, Globaltec naik setengah sen kepada 6.5 sen, Sumatec turun 1.5 sen kepada 10.5 sen manakala Perisai Petroleum susut dua sen kepada tujuh sen.", "Indeks FBM Emas turun 18.79 mata kepada 13,169.25, Indeks FBMT 100 susut 18.37 mata kepada 12,817.45 dan FBM 70 berkurangan 7.34 mata kepada 16,416.09.", "Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 41.24 mata kepada 17,149.56, Indeks Perladangan susut 8.18 mata kepada 8,087.50, manakala Indeks Perusahaan meningkat 19.03 mata kepada 3,375.45." ]
[ "Bursa Malaysia" ]
https://selangorkini.my/2018/01/ringgit-tinggi-berbanding-dolar-as/
Ringgit tinggi berbanding dolar AS
[ "KUALA LUMPUR, 17 JAN: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), pagi ini dalam sesi dagangan awal ekoran minat belian yang muncul semula.", "Ketua Dagangan bagi Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes berkata, dengan tumpuan pasaran beralih kepada pernormalan dasar Bank Negara Malaysia, ia sepatutnya menyokong ringgit, ekoran jangkaan peralihan dasar, pada akhir bulan." ]
[ "ringgit" ]
https://selangorkini.my/2018/01/selesai-segera-isu-pendidikan-kanak-kanak-tanpa-status/
Selesai segera isu pendidikan kanak-kanak tanpa status
[ "SHAH ALAM, 17 JAN: Kementerian Pelajaran diminta menyelesaikan masalah sekatan pendidikan kanak-kanak tanpa status kewarganegaraan seperti jaminan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.", "Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Sevan Doraisamy berkata, kenyataan Ahmad Zahid berhubung kebenaran kanak-kanak menghadiri sesi persekolahan berbeza dengan Jabatan Imigresen yang menafikannya.", "“SUARAM terkejut tiada tindakan daripada Kementerian Pelajaran bagi menyelesaikan isu ini walaupun jaminan Ahmad Zahid bahawa kebenaran diberikan kepada kanak-kanak menghadiri sekolah ketika permohonan status mereka sedang diproses.", "“Malaysia mempunyai kewajipan melindungi hak kanak-kanak tanpa mengira status dan asal mereka kerana ia termaktub di bawah Perkara 28(1)(a) konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak mendapatkan pendidikan disediakan kerajaan,” katanya.", "Beliau berkata, seharusnya tiada alasan bagi menafikan hak seorang kanak-kanak yang dilahirkan di negara ini dan dibesarkan ibu bapa warga Malaysia semata-mata kerana kegagalan kerajaan menangani isu kewarganegaraan." ]
[ "SUARAM" ]
https://selangorkini.my/2018/01/banjir-di-sarawak-meningkat/
Banjir di Sarawak meningkat
[ "SHAH ALAM, 17 JAN: Dua sekolah lagi di Sarawak ditutup ekoran banjir yang semakin buruk, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri itu (JPBNS).", "“Dua sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Genaan dan SK Bukit Balai dengan keduanya di daerah Sebauh, Bintulu,” katanya dipetik Bernama.", "JPBNS berkata, 16 sekolah rendah iaitu 10 di Miri, lima di Sibu dan sebuah di Bintulu turut terjejas ekoran banjir tetapi masih beroperasi seperti biasa.", "Manakala, lima sekolah masih ditutup sejak Isnin lalu dengan sekolah paling banyak ditutup, di Miri membabitkan tiga sekolah iaitu SK Sungai Bong, SK Kuala Bok dan SK Rumah Ranggong, selain SK Kuala Kenyana, Mukah dan SK Nanga Bon, di Sibu." ]
[ "Banjir Sarawak" ]
https://selangorkini.my/2018/01/setelah-hari-itu/
Setelah hari itu
[]
[ "Hadiah Sastera Selangor" ]
https://selangorkini.my/2018/01/menjengah-perspektif-realis-dalam-salina/
Menjengah perspektif realis dalam Salina
[ "PERTAMA kali membelek adikarya Sasterawan Negara (SN) A Samad Said,  timbul pertanyaan apakah faktor yang mengangkat Salina sebagai sebuah karya sastera paling diingati sehingga sekarang?", "Adakah kerana ketebalan muka suratnya menjadikan Salina sebuah karya yang berjaya memandangkan tiada lagi roman Melayu pada masa itu mempunyai ketebalan seperti itu. Adakah kerana peristiwa dalam Salina punya nilai tambah yang berbeza memandangkan kisahnya menggambarkan pengalaman Pak Samad semasa dan selepas perang, disebutnya dalam Dari Salina ke Langit Petang, “Perang sentiasa menjadi peristiwa yang besar mempengaruhi perjalanan hidup manusia-manusia yang kecil.”", "Berbicara seputar pengenalan novel itu, Salina antara novel yang memperoleh hadiah penghargaan dalam peraduan menulis anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1958;  antara novel yang mendapat perhatian meluas dalam kritikan sastera dan diterjemah ke beberapa bahasa asing.", "Salina dikarang pada 1957 atau 1958  dan latar masanya ialah selepas Perang Dunia kedua dan sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, antara 1945 dan 1955. Tema besar yang ditonjolkan dalam Salina ialah suasana kehidupan penduduk tempatan akibat bahana bencana perang dan bagaimana setiap watak memainkan peranannya dalam mendepani hidup selepas perang.", "Mungkin, paling menonjol ialah kritikan almarhum SN Shahnon Ahmad terhadap Salina “yang tidak memperlihatkan nilai-nilai Islam dan muflis dari segi iman” menjadikan novel itu sentiasa punya ‘pasang surut’. Beliau mungkin menghujahkan pendekatan penilaian sesebuah kesusasteraan Melayu berdasarkan “teks dan aspek dalamannya sebagai penentu mutlak tentang perihal kesusasteraan sebuah roman Melayu”. Mungkin sekurang-sekurangnya bagi sesiapa yang pernah menelaah Salina pasti bersetuju dengan hujah Shahnon dan terdetik di benaknya, “Mengapa Salina tidak pernah berdaya menjadi manusia ‘melawan’ dengan situasi yang melingkarinya, lebih-lebih lagi bila dikaitkan dengan watak Abdul Fakar?”", "Jika ditekuni, novel itu bukanlah berkisar pada kehidupan Siti Salina semata-mata (meski judulnya ialah Salina) kerana dalam novel itu sebenarnya terkandung tiga cerita: tentang Salina, konflik Zarina dan Nahidah (tragedi rumah tangga kerana kegagalan seorang ibu tiri untuk mendirikan rumah tangga yang aman dan harmoni); dan terakhir tentang Hilmy (tragedi pemuda yang cita-cita tingginya terkandas akibat kemiskinan). Di sini Siti Salina berperanan menjadi sebagai kakak, adik dan isteri; menjadi penghubung kepada kepada watak-watak tadi hingga mewujudkan kesatuan dalam keseluruhan novel. Tiap watak punya bahagiannya dalam perkembangan cerita. Siti Salina, Nahidah, Sunarto, Hilmy, Haji Karman dan Razman mewakili aspek-aspek yang positif; Abdul Fakar dan Zarina pula mewakil aspek negatif.  Hakikatnya, mereka disatukan sebagai sisa-sisa tragedi perang dan terpaksa meneruskan hidup dalam situasi yang diwujudkan oleh perang.", "Mengenai idea dan isi kandungan novel berdasarkan perspektif realis Pak Samad tidak kurang mendapat reaksi positif dan negatif dalam kalangan pengkritik sastera tanah air. Idea dan jalan cerita bertema tragedi dan elemen desakan keadaan (juga disebut sebagai takdir) yang dialami setiap watak ekoran perang dan perjuangan mencari rezeki . Desakan itu telah menemukan penulis dengan dua jenis perwatakan manusia. Pertama, manusia yang berjerih-perih dan sentiasa optimis menghadapi penderitaan perang; kedua, manusia oportunis yang sentiasa mengambil kesempatan atas susah payah orang lain.", "Watak Salina walaupun tidak disebut secara jelas pekerjaannya, namun ia boleh diagak pembaca walaupun Pak Samad ‘bijak’ menyembunyikan hakikat pekerjaannya. Salina hanya bersiap-siap pada awal malam untuk ke ‘tempat kerja’ dan pulang lewat tengah malamnya. Perkara ini berulang-ulang dan ada ditegur oleh Haji Karman — mewakili pandangan metafizik, yang ingin mengubah penduduk kampungnya melalui ajaran agama dan moral tetapi sedar beliau tidak dapat menyelesaikan masalah “perjuangan mereka untuk mendapat sesuap nasi pagi dan petang”.", "Zarina tergolong dalam watak yang oportunis meski sama-sama mengalami kesusahan akibat perang dan kemiskinan kerana punya pandangan hidup berbeza dengan Salina. Sikapnya lebih kepada kesan sistem kolonial yang kejam apabila seluruh rakyat ditekan, akibatnya mereka mencapai kepuasan dalam kehidupan yang ‘kotor’. Dalam hal ini, Zarina memaksa anak tirinya, Nahidah untuk menjadi pelayan agar pendapatan itu dapat membeli barang perhiasan yang lama diimpikan. Semua watak di atas diangkat Pak Samad mungkin bagi menunjukkan simpatinya terhadap mereka yang tertindas dek keadaan sekeliling.", "Tema humanis mungkin sihat jika dibandingkan dengan novel lain yang hanya mengangkat moral untuk mengubah keadaan tanpa mengkaji pengaruh sistem yang membelenggu, namun ‘bahaya’nya tetap ada kerana ia membesarkan peranan takdir dan memperkecilkan peranan manusia untuk mengubah nasibnya.", "Akhirnya, kita boleh sahaja bersetuju dengan kritikan yang dilontar Shahnon terhadap Salina yang ‘gagal’ mengangkat tema keagamaan, namun kita perlu terbuka kerana Pak Samad menulis karyanya bukan untuk mendidik semata-mata; namun ‘bercerita’ kisah realis yang wajar direnungi umum khususnya perihal kesan perang yang sangat merosakkan.", "Maka atas alasan itulah, Salina lahir sebagai peringatan buat kita semua. Ini boleh dikuatkan dengan pandangan Ungku Maimunah Mohd Tahir yang menghujahkan bahawa penentuan ‘nilai’ sastera jauh dari mutlak kerana seringkali hakikat sesebuah karya terhasil daripada persekitaran yang dialami oleh penulis berbeza-beza manakala implikasinya ke atas karya tersebut jarang diambil kira sebagai nilai-tambah terhadap sesebuah roman Melayu dan dianggap ‘bukan-sastera’.", "Biasanya pendekatan yang dominan dalam menilai sastera Melayu yang mementingkan intrinsik sahaja (text-centered) masih boleh dipersoal kerana terbukti antara sebab turun-naiknya sesebuah karya turut  dipengaruhi oleh faktor-faktor di luar teks." ]
[ "Hadiah Sastera Selangor" ]
https://selangorkini.my/2018/01/hujan-payung-dan-elektrik/
Hujan, payung dan elektrik
[ "HUJAN tak mengizinkan sesiapa pulang ke rumah. Aku melihat payung di tangan, lalu mengeluh. Payung ini takkan dapat melindungi aku daripada hujan selebat ini. Ramai orang di stesen LRT ini. Sesetengah mahu ke parkir kereta di depan sana, sesetengah belum berani meredah hujan selebat ini dengan motosikal, dan selebihnya seperti aku, pejalan kaki yang tak mahu percaya dengan jaminan payung yang menjanjikan perlindungan; tidak dalam hujan selebat ini.", "Aku melihat keliling, ramai orang tertunduk melihat skrin telefon pintar. Aku tak ada siapa yang hendak aku tegur di WhatsApp, dan aku tak suka membaca luahan perasaan di Facebook, lawak-lawak sinis di Twitter, atau melihat swafoto ‘muka-sama-tudung-saja-berbeza’ di Instagram. Ada sekelompok orang muda berbaju kemas (mudalah dari aku), berdiri tak jauh dariku sambil bercerita dan ketawa. Barangkali pelajar yang baru habis pembentangan projek akhir.", "Jalan tar di depanku sudah digenangi air. Aku melenggak memandang langit dan titis-titis hujan yang terjun darinya. Adakah titis-titis hujan ini telah terlebih dahulu memilih tempat di atas bumi di mana ia akan timpa dan basahkan? Ataukah ia menurut sahaja ke arah mana angin membawa mendung, dan pasrah sahaja apabila mendung mencarik-barikkan kepulannya menjadi hujan?", "Mereka pula bagaimana? Nanti selepas graduasi, apakah mereka telah ada pilihan lapangan yang ingin mereka basahkan dengan bakat masing-masing, dan suburkan dengan pembaharuan orang muda? Ataukah mereka hanya akan menggapai sahaja mana-mana tawaran yang datang dulu, tanpa menghiraukan impian dan cita-cita? Lalu hidup sekadar hidup… Macam aku…", "Ada tren baru tiba. Kaki lima berbumbung di stesen ini semakin dipenuhi orang ramai, semuanya pasti baru pulang dari kerja. Ada yang mengeluh sambil bersilih ganti memandang jam tangan dan langit yang kehujanan, ada yang menggeleng-gelengkan kepala sambil mencekak pinggang, dan ada yang tidak peduli, terus bermain telefon pintar sambil tersenyum-senyum. Yang tidak berbuat apa-apa: tidak marah, tidak kecewa, dan tidak juga gembira, barangkali cuma aku seorang.", "Adakah dia menanti orang menjemputnya pulang? Aku menjeling melihat kertas-kertas di atas ribanya. Karangan bahasa Melayu. Cikgu barangkali? Tak ada kereta ke? Jarang tengok cikgu naik LRT. Dia bangun, dan berjalan menuju ke kedai serbaneka di belakang.", "Iya juga. Biar serenyai mana, hujan masih mampu membasahkan, lebih-lebih lagi kertas yang sebanyak itu. Sedangkan aku, tak membawa apa-apa; hanya sebatang tubuh, sekaki payung, dan beg sandang yang tak ada apa-apa sangat pun di dalamnya, kecuali ruang yang menanti peluang disumbatkan barang kandungan.", "Payung di tangan kuhulurkan. Dia membalas dengan pandangan. Aku yang selalu suka melingas mengelak pandangan mata orang, entah apa tak kenanya pada petang ini, memandang tepat ke arah dua matanya. Dan kilat yang tak berdenyar di langit, kurasakan menyala dan menjalar di antara mataku dan matanya. Adakah cuma aku yang berasa aneh sebegini? Jika begitu, kenapa dia turut diam seperti aku?", "“Oh… Ni… Beg kertas terbarai dalam tren tadi. Payung pula tertinggal di sekolah.” Dia tersenyum. Dan aku terenjat lagi oleh elektrik tadi. Perlahan-lahan, dia capai payungku, dan sebelum sempat dia bangun, aku terlebih dahulu bangun dan berlalu pergi. Aku tak mahu rasa janggal kembang dahulu sebelum payung yang kupinjamkan padanya. Tetapi dalam perjalanan ke rumah, aku rasa menyesal lalu mengutuk-ngutuk diri sendiri.", "Aku menekur, melihat jarak di antara dua kasutku. Boleh ke beli tanah seluas sekangkang ini? Aku mengangkat muka. Berapa harga rumah kondo kalau sebesar gerabak ini? Aku terdekit. Mana ada rumah yang murah sekarang ini? Nasib baik aku dah ada tiga rumah: rumah busuk dan lelong yang kubeli murah dan ubah suai sedikit ikut kemampuanku, lalu dua daripadanya kusewakan, satu lagu aku huni. Tak termasuk dua buah yang telah kulepaskan lebih murah daripada harga pasaran, tetapi tetap memberi pulangan berganda padaku. Pandai menyimpan, pandai melabur, sesiapapun boleh ‘bebas’ daripada himpitan. Aku tak kemaruk membeli kereta Vios sebaik mendapat gaji tiga/ empat bulan pertama, dan tak juga membeli rumah kondo atau teres yang baru siap dibina. ‘Ukur baju di badan sendiri’.", "Aku terasa ada sesuatu memanggilku dari sebelah kanan, tetapi bukan suara. Aku berpaling, menyahut panggilannya. Di kanan, perempuan yang baru tadi bergayut-gayut di menungan, kini kudapati sedang duduk di bangku besi semalam.", "Aku berjalan perlahan menghampirinya, mengambil tempat duduk di sebelahnya. Sebelum sempat kusuarakan khabar, dia telah memulangkan payung hitamku. Di tangannya, dia memegang sekaki payung biru yang kelihatan baru." ]
[ "Hadiah Sastera Selangor" ]
https://selangorkini.my/2018/01/afc-b23-malaysia-pertama-kali-layak-ke-suku-akhir/
AFC B23: Malaysia pertama kali layak ke suku akhir
[ "SHAH ALAM, 17 JAN: Jaringan tunggal Danial Amier Norhisham, pada minit ke-28 cukup untuk memastikan pasukan bawah 23 negara melakar kemenangan pertama dalam kempen Kejuaraan AFC B23, di China, malam tadi.", "Kemenangan 1-0 anak buah Datuk Ong Kim Swee ke atas Arab Saudi itu turut melayakkan pasukan Malaysia ke peringkat suku akhir mengiringi juara kumpulan, Iraq.", "Iraq dinobatkan sebagai juara kumpulan C selepas mengumpul tujuh mata, diikuti Malaysia empat mata, Jordan dan Arab Saudi masing-masing di tempat ketiga dan keempat dengan berkongsi dua mata.", "Sebelum itu, sebaik wisel permainan dibunyikan, Arab Saudi yang diletakkan sebagai pasukan pilihan menguasai hampir keseluruhan permainan dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu Malaysia.", "Namun, pujian wajar diberikan kepada penjaga gol, Haziq Nadzli apabila berjaya menyelamatkan begitu banyak percubaan bahaya Arab Saudi ke gawang negara.", "Walaupun Malaysia cuma sekali sekala lolos ke kawasan bahaya Arab Saudi, namun berjaya meledakkan gol tunggal perlawanan menerusi sepakan kencang Danial Amier.", "Bagaimanapun, kecemerlangan barisan pertahanan yang diketuai kapten pasukan, Adam Nor Azlin, Dominic Tan, Matthew Davies dan Irfan Zakaria berjaya mengekang serangan lawan." ]
[ "Kejuaraan AFC B23" ]
https://selangorkini.my/2018/01/sambutan-baucar-jom-shopping-cny-meriah/
Sambutan baucar ‘Jom Shopping CNY’ meriah
[ "SHAH ALAM, 17 JAN: Tawaran baucar ‘Jom Shopping CNY’ bersempena sambutan Tahun Baharu Cina 2018 tidak lama lagi, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang mendapat sambutan menggalakkan.", "Ahli Dewan Negeri Rawang, Gan Pei Nei berkata, permohonan baucar membeli-belah berkenaan mendapat sambutan luar jangkaan, namun pihaknya masih perlu membuat tapisan bagi memilih golongan berkelayakan.", "“Masyarakat di Rawang amat berterima kasih dan gembira dengan pemberian baucar terbabit memandangkan banyak harga barang yang semakin meningkat ketika ini,” katanya kepada SelangorKini.", "Pei Nei berkata, penyerahan baucar Tahun Baharu Cina itu akan mula diserahkan kepada penerima bertuah, pada 26 hingga 28 Januari ini, di Pasaraya NSK, Rawang." ]
[ "Jom Shopping CNY" ]
https://selangorkini.my/2018/01/pengumuman-calon-pm-pakatan-turut-pengaruh-ringgit/
Pengumuman calon PM Pakatan turut pengaruh ringgit
[ "SHAH ALAM, 17 JAN: Langkah Pakatan Harapan (Pakatan) mengumumkan calon perdana menteri dilihat turut mempengaruhi trend pengukuhan nilai tukaran mata wang ringgit, kata penganalisis ekonomi.", "Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, keadaan itu dapat dilihat sebelum ini bahawa keyakinan pelabur terhadap ringgit agak goyah.", "“Bermakna pelaburan asing langsung ke Malaysia dijangka melonjak. Reaksi awal pelabur asing memang begitu, mereka gembira dengan pengumuman itu,” katanya kepada SelangorKini.", "Beliau berkata, pengalaman panjang calon Perdana Menteri Pakatan, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi persepsi positif di mata masyarakat perdagangan terhadap masa depan ekonomi negara.", "Pada masa sama, Rosli berkata, peningkatan nilai ringgit turut dipengaruhi faktor lain seperti harga minyak di pasaran antarabangsa, hutang negara, pertumbuhan eksport dan kawalan import.", "Sejak penghujung 2017, pemilihan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan mula menjadi perbualan dalam kalangan pemerhati politik negara sehingga menjadi tajuk berita beberapa media tempatan dan antarabangsa.", "Seiring dengan perkembangan politik itu, aliran nilai ringgit turut bergerak positif sehingga pada 5 Januari lalu nilai ringgit mencecah RM3.99 bagi satu dolar AS.", "Aliran positif itu terus kekal apabila pada 7 Januari, Pakatan pada Konvensyen Pakatan Harapan 2018 secara rasmi menamakan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ketujuh dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula calon Timbalan Perdana Menteri." ]
[ "Dr Rosli Yaakob", "Pakatan" ]
https://selangorkini.my/2018/01/selangorkini-17-23-jan-2018/
Selangorkini 17 – 23 Jan 2018
[]
null
https://selangorkini.my/2018/01/aanak-syarikat-perangsang-selangor-tubuh-kemudahan-pembuatan-tilam-pertama-di-as/
Anak syarikat Perangsang Selangor tubuh kemudahan pembuatan tilam pertama di AS
[ "SHAH ALAM, 16 JAN: Anak syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (Perangsang Selangor), King Koil Licensing Company Inc (KKLC) merancang strategi baru perniagaannya dalam industri pembuatan tilam ke Amerika Syarikat (AS).", "Ketua Pegawai Eksekutif Perangsang Selangor, Ahmad Fariz Hassan berkata, syarikat itu akan mewujudkan kemudahan pembuatan tilam yang pertama bagi pengedaran langsung di negeri barat AS pada suku kedua 2018.", "“Pembuatan tilam secara dalaman dan jualan terus kepada peruncit akan membolehkan KKLC mempunyai kawalan yang lebih besar ke atas kualiti produk dan pengedaran pasaran di sana.", "“Untuk jangka masa panjang, kita menjangkakan pertumbuhan yang mampan berikutan kawalan lebih besar ke atas kualiti produk serta pengedaran yang akan membawa keuntungan lebih tinggi,” katanya." ]
[ "King Koil Licensing Company Inc (KKLC)", "Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (Perangsang Selangor)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/perangsang-selangor-ambil-alih-century-bond/
Perangsang Selangor ambil alih Century Bond
[ "SHAH ALAM, 16 JAN: Pengambilalihan Century Bond Bhd oleh Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (Perangsang Selangor) mampu mencipta sinergi baru kepada penstrukturan penswastaan anak syarikat milik Kerajaan Negeri itu.", "“Penswastaan ​​berlaku dalam dua peringkat. Ia bermula pada 11 Ogos 2016, ketika Perangsang Selangor membuat tawaran membeli 85.73 juta saham mewakili 71.44% ekuiti daripada pemegang saham (milik) Century Bond.", "“Setelah saham itu diperoleh, Perangsang Selangor meluaskan tawaran am mandatori kepada pemegang saham lain pada harga RM1.75 sesaham,” menurut portal itu lagi.", "Terdahulu, perjanjian pengambilalihan yang diketuai Kumpulan CIMB Investment Bank Bhd dengan persetujuan secara bersama dan diperakui beberapa kumpulan panel pelaburan bebas.", "Untuk rekod, Century Bond Bhd adalah syarikat pengeluar pembungkusan simen terbesar negara dengan nilai pasaran sebanyak 60 peratus di Semenanjung Malaysia.", "Mengulas inisiatif penstrukturan baru itu, panel penilai bebas Public Investment Bank Bhd menyifatkan pengambilalihan itu adalah munasabah seiring kehendak pasaran terkini." ]
[ "Century Bond Bhd", "Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (Perangsang Selangor)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/tumpu-isu-paip-pecah-di-bukit-gasing/
Tumpu isu paip pecah di Bukit Gasing
[ "SHAH ALAM, 16 JAN : Pengurusan Sumber Air Selangor (JPK-SAS) disaran memberi tumpuan terhadap isu pembaikan masalah paip pecah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing.", "Sebelumnya, Pengurus Operasi Air Selangor, Ir Abas Abdullah berkata, 84 hotspot melibatkan paip sepanjang 425.7 kilometer (km) dikenalpasti untuk tujuan penggantian paip seluruh negeri." ]
[ "Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing", "Paip Bocor", "Rajiv Risyakaran" ]
https://selangorkini.my/2018/01/walaupun-hanya-menunggu-polis-tetap-saman/
Walaupun hanya menunggu, polis tetap saman
[ "SHAH ALAM, 16 JAN: Kenderaan awam atau persendirian yang diparkir secara haram dan menunggu di tepi jalan berhampiran sebuah stesen minyak berhampiran susur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 akan ditunda ke balai polis, selain dikenakan saman.", "Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, tindakan tegas itu berkuatkuasa serta-merta susulan masih ramai pemandu masih berdegil tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain.", "“Malaysia Airport Berhad (MAB) sudah menyediakan tempat parkir kenderaan secara percuma untuk menunggu atau ambil penumpang, namun masih ramai menunggu di tepi jalan, khususnya berhampiran stesen minyak itu.", "“Saya mengeluarkan arahan agar polis mengambil tindakan agresif menyaman dan memasang kamera litar tertutup (CCTV) secara sulit di situ supaya tiada lagi pemandu yang menjejaskan keselamatan jalan raya pemandu lain.", "“Selain saman ke atas pemandu yang menunggu di tepi jalan, mana-mana pemandu yang parkir kenderaan di tepi jalan terbabit akan terus ditunda dan dibawa ke balai polis,” katanya, lapor Berita Harian.", "Mazlan berkata, kompaun maksimum sebanyak RM300 akan dikenakan ke atas pemandu yang didapati bersalah atas kesalahan menghalang lalu lintas dan meletakkan kenderaan secara haram.", "“Sejak tahun lalu, setiap hari, kira-kira 30 saman dikeluarkan kepada pemandu yang meletakkan atau menunggu di situ dan penguatkuasaan akan ditingkatkan.", "“Pemandu kenderaan yang hendak ke KLIA sepatutnya menggunakan kemudahan disediakan MAB kerana terdapat surau dan tempat makan berhampiran parkir itu,” katanya." ]
[ "Datuk Mazlan Mansor", "Ketua Polis Selangor", "Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/notis-kedua-spr-masih-gagal-kurang-jurang-pengundi/
Notis kedua SPR masih gagal kurang jurang pengundi
[ "SHAH ALAM, 16 JAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mengurangkan jurang perbezaan jumlah pengundi di kawasan Parlimen dan DUN dalam notis keduanya berhubung pelaksanaan persempadanan semula Selangor yang dikeluarkan semalam.", "Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, SPR juga gagal mengurangkan jurang angka pengundi antara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun kerusi di kawasan sama.", "“Contohnya, kerusi Parlimen Kapar yang mempunyai 146,317 pengundi, hampir empat kali ganda lebih ramai berbanding di kerusi Parlimen Sabak Bernam (37,126).", "“Begitu jumlah pengundi di Seri Serdang dan Kinrara dalam Syor 2 ialah masing-masing 74,563 dan 34,910, kedua-duanya di bawah kerusi bandar untuk Parlimen Puchong dan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).", "“Hakikatnya, Seri Serdang mempunyai dua kali jumlah pengundi di Kinrara, walaupun kedua-duanya kerusi bandar dan ia melanggar Seksyen 2(C) Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan.", "Kian Ming berkata, keadaan sama juga boleh dilihat di kerusi Parlimen Petaling Jaya Utara di mana dua kerusi DUN di bawahnya iaitu Damansara Utama dan Kampung Tunku, masing-masing 53,440 dan 31,016 pengundi, walaupun kedua-duanya di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).", "Katanya, SPR sepatutnya menambah jumlah kerusi DUN dan Parlimen bagi mengurangkan perbezaan jumlah pengundi antara kerusi seperti menurut Seksyen 2(C) Perlembagaan Persekutuan.", "“Seksyen 2(C) menyatakan jumlah pengundi dalam setiap kawasan di negeri sepatutnya hampir sama, dengan beberapa langkah diambil untuk penyesuaian kawasan bandar dan luar bandar,” katanya.", "Sehubungan itu, Kian Ming turut mengesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab memastikan Selangor membuat pindaan untuk memenuhi peningkatan jumlah kerusi, selain mendapatkan sokongan dalam Parlimen bagi pindaan itu dilaksanakan.", "“Perdana menteri perlu meyakinkan dua pertiga ahli Parlimen di Dewan Rakyat bahawa pelaksanaan persempadanan semula perlu disokong, bagi membolehkan pindaan dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan dan menambah jumlah kerusi Parlimen." ]
[ "Ahli Parlimen Serdang", "Dr Ong Kian Ming", "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/pakatan-disaran-sasar-rm3-1-dolar-as-jika-menang-pru-14/
PAKATAN disaran sasar RM3 -1 dolar AS jika menang PRU-14
[ "SHAH ALAM, 16 JAN: Pakatan Harapan (PAKATAN) disarankan meletakkan sasaran nilai ringgit kepada RM3 bagi 1 dolar Amerika Syarikat (AS) pada pertengahan penggal baru pentadbiran sekiranya menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.", "Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, kejayaan mengukuhkan nilai ringgit dalam pertukaran mata wang asing memberi kesan kepada harga barangan khususnya melibatkan barangan import.", "“Nilai ringit jangan dibiarkan jatuh di bawah RM3. Apabila bila nilai ringgit lemah, harga barang import ikut tinggi kerana kita banyak pakai barang import.", "Jelasnya, sasaran RM3 berbanding 1 dolar AS merupakan sasaran yang tidak mustahil dicapai sekiranya dasar pengurusan kewangan negara dikawal dengan berhemah.", "“Saya tak boleh ramal tetapi kalau ini dijadikan dasar, ia mesti dicapai dalam tempoh pertengahan penggal iaitu dua hingga tiga tahun selepas PAKATAN memerintah." ]
[ "Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM)", "Dr Rosli Yaakob", "Pakatan Harapan (Pakatan)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/mustahil-selangor-boleh-guna-stadium-nasional-bukit-jalil/
Mustahil Selangor boleh guna Stadium Nasional Bukit Jalil
[ "SHAH ALAM, 16 JAN: Stadium Nasional Bukit Jalil hampir mustahil boleh digunakan pasukan Selangor untuk dijadikan vanue tuan rumah sepanjang musim Liga Malaysia 2018.", "Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkata, pihak pengurusan stadium dan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) telah berusaha untuk bekerjasama bagi mengkaji perkara ini.", "“Pihak pengurusan stadium juga mengesahkan bahawa empat dari enam perlawanan pertama sebagai tuan rumah perlu dipinda untuk memenuhi jadual acara yang akan dilangsungkan di stadium tersebut.", "“Mungkin lebih banyak lagi pindaan jika pasukan bola sepak kebangsaan atau acara antarabangsa membuat permintaan untuk menggunakan stadium nasional tersebut,” katanya.", "Beliau berkata jika terdapat perubahan jadual pertandingan berpunca dari isu itu sudah tentu FMLLP akan dipersalahkan dan ia tidak bergerak seiringan ke arah penjadualan yang lebih stabil seperti diarahkan kepada pengurusan FMLLP.", "Katanya, adalah menjadi tanggungjawab pasukan Selangor untuk menaik taraf lampu limpah tersebut bagi mematuhi piawaian ditetapkan FMLLP agar boleh beraksi di waktu malam.", "“Kita mesti bergerak kehadapan jadi Selangor tidak boleh memberi alasan yang Stadium Selayang tidak boleh diguna pakai hanya disebabkan oleh lampu limpah yang tidak mematuhi spesifikasi ditetapkan FMLLP.", "“Pasukan seperti PJ Rangers (AirAsia) sanggup melabur untuk stadium MBPJ demi memastikan gelanggang tersebut lebih sesuai. Apatah lagi bagi sebuah pasukan Liga Super seperti Selangor,” katanya." ]
[ "DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim", "Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP)", "Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)", "Stadium Nasional Bukit Jalil" ]
https://selangorkini.my/2018/01/pakatan-kesal-ros-terus-diamkan-diri/
PAKATAN kesal ROS terus diamkan diri
[ "PETALING JAYA, 16 JAN: Pakatan Harapan (PAKATAN) kesal dengan tindakan berdiam diri Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang sehingga kini tidak memaklumkan status pendaftaran gabungan berkenaan.", "“Mereka tidak jawab sama ada terima permohonan atau tidak sedangkan kita sudah menghantar peringatan mengenainya seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jadi kita hairan,” katanya." ]
[ "Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)", "Pakatan Harapan (Pakatan)", "Tun Dr Mahathir Mohamad" ]
https://selangorkini.my/2018/01/ekonomi-negara-diramal-positif-jika-pakatan-ke-putrajaya/
Ekonomi negara diramal positif jika PAKATAN ke Putrajaya
[ "SHAH ALAM, 16 JAN: Penganalisis ekonomi meramalkan ekonomi negara berkembang lebih positif jika Pakatan Harapan (PAKATAN) menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.", "Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, keadaan ini turut mendorong kepada pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.", "“Jika PAKATAN mengambil Putrajaya, pertumbuhan ekonomi lebih laju di mana kita tahu nilai ringgit dipengaruhi pelbagai faktor seperti kenaikan harga minyak, perkembangan eksport, pengawalan pertumbuhan import, duit tak dicuri untuk disorok ke luar negara. Ini antara faktor mempengaruhi nilai ringgit.", "“Ekonomi juga berkembang ekoran nilai eksport lebih pesat jika kita tegas membendung isu rasuah, tidak ada pengaliran wang haram ke luar negara atau setidak-tidaknya lebih terkawal,” katanya ketika dihubungi SelangorKini , hari ini.", "Selain itu, dasar PAKATAN yang dilihat pro rakyat dan mengurangkan kos pengeluaran dijangka mampu mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat khususnya melibatkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah", "“Dasar PAKATAN dalam hal ekonomi dan dasar awam yang lain seperti ‘menzerokan’ Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), mengembalikan subsidi barangan keperluan utama, polisi membenteras pembaziran dan rasuah ini dilihat positif bukan sahaja kepada pelabur asing tetapi juga rakyat Malaysia.", "“Jika dasar ini dilaksanakan harga barangan akan lebih rendah, kos hidup juga rendah di mana ini menggembirakan rakyat berbanding sekarang dikenakan GST, tiada subsidi, harga minyak naik menyebabkan kehidupan mereka terhimpit,” katanya lagi." ]
[ "Bank Negara Malaysia (BNM)", "Dr Rosli Yaakob", "Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/ph-dakwa-ada-yang-tak-kena-dengan-senarai-pemilih/
PH dakwa ada yang tak kena dengan senarai pemilih
[ "PETALING JAYA, 16 JAN: Pakatan Harapan (PAKATAN) mendakwa terdapat beberapa perkara yang tidak kena dalam senarai pemilih selain meminta ia diberikan kepada parti politik.", "Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir berkata, keengganan memberikan senarai nama itu disifatkan luat biasa sedangkan dahulunya ia boleh diperolehi dengan membayarnya.", "“Antara kesalahan nama sama sampai 900 kali, 3.9 juta pengundi yang tidak mempungai alamat penuh, ada rumah-rumah yang diduduki sampai 11 hingga 15 orang,” katanya.", "Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Harapan di Ibu Pejabat BERSATU, hari ini, beliau menyifatkan tindakan itu boleh menidakkan hak pengundi.", "Dalam perkembangan sama, Mahathir turut menggesa Kerajaan Persekutuan menjemput pemerhati dari luar negara semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berlangsung kelak." ]
[ "Pakatan Harapan (Pakatan)", "Pengerusi Pakatan Harapan", "Tun Dr Mahathir" ]
https://selangorkini.my/2018/01/peruntukan-rm390000-bina-semula-balai-raya/
Peruntukan RM390,000 bina semula balai raya
[ "RAWANG, 16 JAN: Kerajaan Negeri memperuntukan RM390,000 bagi tujuan meroboh dan membina semula pembangunan infrastruktur Balai Raya Kampung Dato’ Lee Kim Sai, di sini.", "Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, balai raya itu dibina semula bagi menggantikan pembinaan sebelum ini yang berstruktur papan.", "Terdahulu, balai raya dua tingkat itu turut mempunyai pelbagai kemudahan seperti bilik mesyuarat di tingkat atas dan kawasan lapang di bahagian bawah untuk mengadakan aktiviti ‘indoor’.", "Pada masa sama, Hian Wah berkata, pembangunan balai raya itu dimulakan projeknya pada 7 September tahun lalu dan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Gombak." ]
[ "Balai Raya Kampung Dato' Lee Kim Sai", "Ean Yong Hian Wah" ]
https://selangorkini.my/2018/01/rsu-air-selangor-tuntas-tangani-pencemaran-sungai/
RSU Air Selangor tuntas tangani pencemaran sungai
[ "Pengurus Operasi Air Selangor, Ir Abas Abdullah berkata, penubuhan unit itu bagi melakukan kerja-kerja pemantauan terhadap kelestarian sumber air mentah negeri.", "“RSU mengenalpasti potensi dan risiko pencemaran terhadap sungai serta anak-anak sungai yang berada di hulu muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) di dalam lembangan sungai tertentu.", "“Penubuhannya juga akan menilai air mentah dan sungai berdasarkan Indeks Kualiti Air (WQI) serta mengenalpasti risiko atau sumber pencemaran dalam lembangan sungai,” katanya.", "Jabatan itu turut menerima peralatan ujian kualiti air melibatkan enam set dengan lain-lain kemudahan seperti GPS, binokular, Go Pro dan Oil Absorbents." ]
[ "Air Selangor", "Ir Abas Abdullah", "Unit Pengawasan Sungai (RSU) Air Selangor" ]
https://selangorkini.my/2018/01/84-hotspot-kerja-gantian-paip-bocor-dikenalpasti/
84 hotspot kerja gantian paip bocor dikenalpasti
[ "SHAH ALAM, 16 JAN : Sebanyak 84 hotspot melibatkan paip sepanjang 425.7 kilometer (km) dikenal pasti untuk tujuan penggantian paip seluruh negeri bagi tempoh 2016 hingga 2019.", "“Daripada jumlah itu, 27 hotspot baru melibatkan Pakej 11B-14 dengan kos projek sebanyak RM97 juta menerusi sumber dana sebanyak RM93 juta menerusi pinjaman Kerajaan Negeri pada 2018 dan 2019 ini.", "Katanya, ia melibatkan projek pembinaan sebanyak RM125.6 juta dengan sumber adalah RM50 juta diperoleh daripada SYABAS dan RM75.6 juta daripada Geran Kerajaan Negeri Selangor.", "Sementara itu, bagi fasa kedua, semua projek pembaikan 34 hotspot telah dianugerahkan kepada kontraktor dengan jumlah keseluruhan projek sebanyak RM155 juta.", "“Sumber dana 2017 melibatkan jumlah peruntukan RM55 juta dan RM100 juta untuk 2018 yang mana kedua-dua dana diterima daripada suntikan pinjaman Kerajaan Negeri Selangor,” katanya." ]
[ "Air Selangor", "Ir Abas Abdullah" ]
https://selangorkini.my/2018/01/aduan-masalah-air-negeri-turun-20-peratus/
Aduan masalah air negeri turun 20 peratus
[ "SHAH ALAM, 16 JAN: Aduan masalah gangguan air melibatkan komuniti setempat di Selangor berkurangan sebanyak 20 peratus bagi tempoh 2017 lalu.", "Terdahulu, CRIS atau ‘Customer Information Systems’ diperkenalkan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam memastikan perkhidmatan pengurusan air yang lebih efektif dan efisyen." ]
[ "Air Selangor", "Ir Abas Abdullah", "Jawatakuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Negeri Selangor (JPK-SAS)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/pengadil-tular-sepak-pemain-nantes-digantung-fff/
Pengadil tular sepak pemain Nantes digantung FFF
[ "SHAH ALAM, 16 JAN: Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) menggantung pengadil Ligue 1, Tony Chapron atas kesalahan menyepak pemain Nantes, Diego Carlos ketika aksi bertemu Paris Saint-Germain (PSG).", "“Reaksi saya yang tidak disenangi adalah dengan menghulurkan kaki ke arah pemain. Tindakan itu tidak sepatutunya berlaku, jadi saya ingin memohon maaf,” katanya.", "Video pertembungan Diego dan Chapron ketika PSG sedang melancarkan serangan balas di penghujung permainan tular di laman sosial dan menjadi bahan kritikan netizen.", "Diego, pemain pertahanan Nantes diperintah keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua dalam perlawanan memihak PSG 0-1 hasil jaringan tunggal Angel Di Maria." ]
[ "Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF)" ]
https://selangorkini.my/2018/01/shah-alam-cat-adoption-diteruskan-kawal-populasi-kucing-terbiar/
Shah Alam Cat Adoption diteruskan, kawal populasi kucing terbiar
[ "SHAH ALAM, 16 JAN: Shah Alam Cat Adoption diteruskan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menggalakkan orang ramai membantu memelihara haiwan terbiar.", "Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, penganjuran itu adalah salah satu langkah proaktif mengawal peningkatan populasi kucing terbiar yang berkeliaran di kawasan pentadbiran MBSA.", "“Program yang membuka tirai tahun ini sempena Program Shah Alam Tanpa Kenderaan berjaya menarik seramai 20 pemilik baru bagi kucing terbiar.", "Program ini mula dilaksanakan sejak 22 Januari 2017 itu mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan warga Shah Alam dan sekitar Lembah Klang.", "Matlamat penganjuran program itu pada masa yang sama memberi fokus terhadap aspek penjagaan alam sekitar ke arah menjadikan Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon menjelang tahun 2030." ]
[ "Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)", "Shah Alam Cat Adoption" ]
https://selangorkini.my/2018/01/karyawan-sasar-kumpul-dana-rm50000-bantu-artis-veteran/
Karyawan sasar kumpul dana RM50,000 bantu artis veteran
[ "KUALA LUMPUR, 16 JAN: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) mensasarkan kutipan dana sebanyak RM50,000 sempena penganjuran Malam Nostalgia Lagenda siri kedua, yang berlangsung di WOWKL! pada 27 Januari ini.", "Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, acara itu bertujuan membantu artis-artis veteran yang kekurangan tempat untuk mengadakan persembahan serta meningkatkan pendapatan mereka.", "“Bagi penganjuran kali pertama pada 10 Disember lalu, kami berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM25,000 dan berharap kutipan akan meningkat pada kali ini.", "“Acara seumpama ini dilihat dapat membuka peluang kepada nama-nama besar terdahulu untuk meneruskan kerjaya seni mereka di mana sesetengahnya kini amat jarang mendapat tawaran mengadakan persembahan pentas.", "“Ia juga bagi mengutip dana tabung kebajikan persatuan untuk membantu artis-artis memerlukan,” katanya dalam sidang media Malam Nostalgia Lagenda siri kedua di WOWKL! semalam.", "Malam Nostalgia Lagenda siri kedua anjuran Karyawan dan RR Charity Lane dengan kerjasama WOWKL! akan menampilkan persembahan dari bintang-bintang dipilih iaitu Rahimah Rahim, Mimiloma, Norlia Ghani, A.Rozaini, S.Rohani serta artis veteran India V. Sarangapani.", "Dalam sidang media itu, Karyawan turut memberikan sumbangan hasil kutipan penjualan meja siri pertama Malam Nostalgia Lagenda kepada Hamid Gurkha, Connie, Norlia Ghani dan Mimiloma.", "Freddie berkata, bagi meneruskan usaha membantu lebih ramai lagi artis yang memerlukan bantuan, Karyawan kini sedang merencanakan beberapa program untuk membantu mereka pada masa hadapan.", "Sementara itu, Pengasas RR Charity Lane, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah berkata, sebagai penganjur, pihaknya berharap orang ramai dapat menyokong dan membantu artis-artis veteran tersebut.", "“Kami juga ada perancangan untuk mempromosikan acara ini dengan lebih meluas melalui pelbagai medium namun perlu mengukuhkan identiti terlebih dahulu. Semoga usaha untuk menjual tiket acara ini akan berjaya,” katanya." ]
[ "Datuk Freddie Fernandez", "Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan)" ]