url
stringlengths 36
199
| headline
stringlengths 3
105
| content
sequence | tags
sequence |
---|---|---|---|
https://selangorkini.my/2018/02/kanak-kanak-maut-terkena-serangan-kimia-di-syria/ | Kanak-kanak maut terkena serangan kimia di Syria | [
"BEIRUT, 26 FEB: Seorang kanak-kanak meninggal dunia, manakala 13 orang lagi mengalami kesukaran bernafas selepas serangan kimia dilancarkan di wilayah yang dikuasai kumpulan penentang.",
"Ketua Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), Rami Abdel Rahman berkata, serangan kimia itu juga menyebabkan 14 penduduk awam sukar bernafas selepas pesawat juang rejim menyerang kampung Al-Shifuniyah, di Ghouta Timur.",
"“Kebanyakan pesakit mempunyai bau klorin pada pakaian dan kulit mereka. Ramai sukar bernafas dan mengalami sakit kulit juga mata,” katanya lapor AFP."
] | [
"Maut",
"Syria"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/bangkit-kembali-sukan-sepak-takraw/ | Bangkit kembali sukan sepak takraw | [
"SHAH ALAM, 26 FE : Kejohanan Sepak Takraw Piala Haniza Talha anjuran Kelab Takraw Taman Medan yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan menerima sambutan yang amat baik, semalam.",
"Ahli Dewan Negeri Taman Medan, Haniza Talha berkata, kejohanan sepak takraw berkenaan diadakan bagi membangkitkan kembali sukan yang semakin dilupai itu.",
"“Sukan sepak takraw kurang mendapat perhatian pada masa kini, jadi ini adalah salah satu inisiatif DUN Taman Medan melaksanakan kejohanan itu supaya tidak terus lenyap ditelan zaman.",
"“Sebenarnya, ramai peminat yang gemar menyertai sukan ini, namun mereka kurang diketengahkan disebabkan atas beberapa faktor antaranya kurangnya publisiti,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.",
"Haniza berkata, acara kejohanan sepak takraw itu diadakan bertujuan memberi peluang kepada golongan belia mengcungkil bakat selain menarik mereka supaya tidak terjebak dengan perkara yang tidak bermanfaat.",
"“Acara sukan seperti ini amat bagus kerana ia membentuk disiplin pemain. Pada masa sama, saya turut menasihati mereka yang mempunyai kelab sepak takraw untuk berdaftar dengan Kerajaan Negeri atau Kementerian Belia dan Sukan supaya bakat dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih jauh,” katanya.",
"Terdahulu, Kejohanan Sepak Takraw Piala Haniza Talha adalah pertama kali diadakan pada tahun ini membabitkan 36 pasukan dengan kategori terbuka untuk golongan belia bawah 45 tahun."
] | [
"Haniza",
"Sepak Takraw"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/janji-bn-beri-rumah-percuma-tidak-realistik/ | Janji BN beri rumah percuma tidak realistik | [
"SHAH ALAM, 26 FEB: Janji Barisan Nasional (BN) untuk memberi rumah percuma kepada pasangan muda baru berkahwin sekiranya menang di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) disifatkan hanya janji kosong.",
"Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamarudin berkata, janji yang ditawarkan itu tidak realistik, malahan BN terdahulu gagal memberikan khidmat kepada rakyat, di negeri terbabit.",
"Malah, beliau turut mempersoalkan kemampuan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, yang tidak mempunyai rekod amanah dan tidak mempunyai kredibiliti.",
"“Janji beliau tidak ditepati. Jamal tidak ada kredibiliti, tidak ada ‘track record’ yang amanah, jujur dan kita tidak boleh pakai janji orang macam ini.",
"Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Jamal yang berjanji akan memberi rumah percuma kepada pasangan muda baru berkahwin jika parti itu berjaya menawan negeri berkenaan, pada PRU14.",
"“Kerajaan Selangor yang ada masa ini, kita cakap dan buat. Sebab itu, saya cakap Jamal tidak rasional dan cakap tak boleh pakai, sebab tidak ambil kira statistik berkenaan kajian, analisa keadaan semasa ekonomi dan kedudukan kewangan,” katanya."
] | [
"BN",
"rumah",
"zuraida"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/pesta-bola-sepak-dun-rawang-meriah/ | Pesta bola sepak DUN Rawang meriah | [
"SHAH ALAM, 26 FEB: Pesta Bola Sepak 9 Sebelah yang diadakan di Stadium Mini Taman Kanching Jaya, di sini, berlangsung dengan penuh meriah.",
"Selain itu, Pei Nei berkata, pesta terbabit juga dilaksanakan untuk memanfaatkan stadium mini berkenaan yang sudah siap kerja naik tarafnya bagi fasa pertama.",
"“Kerja naik taraf infrastruktur stadium mini ini bagi menggalakkan orang ramai dapat menggunakannya dengan kemudahan yang lebih lengkap dan selesa,” katanya.",
"Antara hadiah ditawarkan adalah johan membawa pulang RM700, piala pusingan dan medal, manakala naib johan (RM400) dan medal selain tempat ketiga (RM300) dan medal sementara tempat keempat (RM150) juga medal."
] | [
"Bola Sepak",
"Rawang"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/mo1-dan-1mdb-punca-masalah-kerja/ | MO1 dan 1MDB punca masalah kerja? | [
"SHAH ALAM, 26 FEB: Malaysia berdepan dengan masalah pasaran kerja disebabkan Malaysian Official 1 (MO1) yang terkenal disebabkan skandal 1Malaysia Delevepoment Berhad (1MDB).",
"Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, hal itu terbukti apabila kerajaan ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus mengalami kejatuhan dalam kedudukan Indeks Rasuah Terburuk (CPI 2017).",
"Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, yang menyalahkan tindakan sesetengah pihak yang memburukkan Malaysia di luar negara sehingga memberi kesan buruk kepada pasaran kerja anak muda dalam negara.",
"Pada masa sama, Saifuddin berkata, kerajaan perlu sedar bahawa hampir separuh daripada jumlah pekerja menganggur adalah golongan muda walaupun mereka hanya mewakili satu pertiga daripada jumlah tenaga kerja Malaysia.",
"Katanya, peluang pekerjaan yang wujud dalam ekonomi negara masih tertumpu kepada pekerjaan berkemahiran rendah dan sederhana yang kini dipelopori tenaga kerja asing walaupun tahap pendidikan tenaga kerja semakin meningkat.",
"“Sekiranya ingin membolehkan anak muda Malaysia terutama golongan siswazah memperoleh gaji yang adil dan berpatutan, Pakatan Harapan akan membuat perubahan yang menyeluruh bagi menyelesaikan permasalahan ini.",
"“Antara perhitungan besar pengundi pada PRU14 ini adalah memilih kepimpinan dan kerajaan yang boleh mengeluarkan negara daripada amalan rasuah, kronisme dan salah guna kuasa sebagai faktor utama yang menggagalkan Malaysia untuk mencapai kedudukan negara maju,” katanya."
] | [
"1MDB",
"MO1"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/50-pengurangan-cukai-taksiran-kepada-pemilik-hartanah-oku/ | 50% pengurangan cukai taksiran kepada pemilik hartanah OKU | [
"SHAH ALAM, 26 FEB: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor meluluskan pengurangan caj bayaran cukai taksiran sebanyak 50 peratus kepada pemilik hartanah bagi seluruh kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan, di negeri itu.",
"Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd Hamid Hussain berkata, pengurangan caj bayaran cukai taksiran itu diberi kepada pemilik hartanah untuk rumah kediaman dan dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU) sahaja.",
"Beliau berkata, ia hanya ditawarkan kepada pemilik hartanah dalam kalangan OKU bagi tahun lalu dan tahun ini, namun pemohon perlu mematuhi syarat yang ditetapkan MPAJ."
] | [
"cukai taksiran",
"MPAJ",
"OKU"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/kebanjiran-pelarian-rohingya-ke-bangladesh-terus-meningkat/ | Kebanjiran pelarian Rohingya ke Bangladesh terus meningkat | [
"TEKNAF, 26 FEB: Ratusan penduduk Rohingya dilaporkan masih merentasi sempadan Myanmar ke Bangladesh setiap minggu selepas gelombang keganasan baharu di negeri Rakhine yang mencetuskan krisis pelarian terbesar, pada tahun lalu.",
"Salah seorang pelarian yang dikenali sebagai Nur Muhammad berkata, keadaan menjadi lebih buruk apabila pasukan keselamatan bertindak menculik pemuda, di kampungnya.",
"Sementara itu, kumpulan pemerhati hak asasi manusia (HRW) berkata, kebanjiran pelarian masih berterusan apabila lebih 2,500 memasuki kem sesak di Cox’s Bazar sejak awal bulan lalu walaupun Dhaka dan Yangon kini sedang berbincang berhubung proses penghantaran pulang etnik terbabit.",
"Pada akhir Februari lalu, Bangladesh sudah menghantar senarai mengandungi 8,000 nama untuk pengesahan Myanmar selepas kedua-dua negara itu memeterai perjanjian untuk menghantar pulang kira-kira 750,000 pelarian Rohingya dalam tempoh dua tahun."
] | [
"Pelarian",
"Rohingya"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/fit-generation-tawar-hadiah-misteri/ | Fit Generation tawar hadiah misteri | [
"Yang DiPertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, hadiah misteri itu akan diberi kepada peserta pada hujung tahun sebagai motivasi menggalakkan warga Klang khususnya dalam mengamalkan gaya hidup sihat.",
"“Program ini dirancang untuk sepanjang tahun dan bagi peserta yang konsisten hadir memakai t-shirt Fit Generation bakal memenangi hadiah misteri pada acara kemuncak penutupnya, hujung tahun ini.",
"“Ia adalah inisiaitf menanam minat penduduk Klang supaya mereka sentiasa aktif melakukan aktiviti sihat, sekali gus menjadi ikon penduduk cergas dan sihat,” katanya dalam majlis pelancaran program Fit Generation, di Taman Rakyat, Klang, semalam.",
"“Mereka boleh menyemak butir seperti cukai taksiran dan kompaun selain menerima maklumat secara terus daripada MPK. Selain itu, kita juga dalam usaha meningkatkan lagi aplikasi ini untuk tujuan memperbaharui ,” katanya."
] | [
"fit generation",
"MPK"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/epl-manchester-united-benam-chelsea-2-1-kembali-ke-tangga-kedua/ | EPL: Manchester United benam Chelsea 2-1, kembali ke tangga kedua | [
"MANCHESTER, 26 FEB: Manchester United kembali melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris di hadapan Liverpool apabila bangkit membenam Chelsea 2-1 di Old Trafford, semalam.",
"Masuk minit ke-32, Willian akhirnya merobek gawang tuan rumah selepas berjaya melepasi pertahanan United apabila tenang menyambut lorongan Eden Hazard sebelum melepaskan rembatan rendah menewaskan David De Gea.",
"Kelebihan itu hanya bertahan selama tujuh minit apabila Romelu Lukaku berjaya menyamakan kedudukan apabila menerima umpanan Anthony Martial sebelum tenang menolak bola ke gawang Chelsea.",
"Masuk babak kedua, Lukaku sekali lagi hampir meletakkan United di hadapan pada minit ke-66 menerusi tampanan kaki kiri hasil hantaran Sanchez hingga memaksa Courtois menolak bola keluar.",
"Pemain gantian, Jesse Lingard, hanya memerlukan 11 minit untuk kembali menceriakan penyokong tuan rumah selepas dibawa masuk dengan gol kedua pada minit ke-75 selepas berjaya menanduk masuk hantaran Lukaku bagi kedudukan semasa 2-1."
] | [
"EPL",
"Sukan"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/sprm-perlu-siasat-dokumen-palsu-samm/ | SPRM perlu siasat dokumen palsu SAMM | [
"SHAH ALAM, 26 FEB: Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafiei, akan menyerahkan laporan polis berhubung dokumen dan kenyataan palsu yang dibuat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam tempoh terdekat.",
"Katanya, salinan itu akan diserahkan kepada SPRM supaya badan terbabit dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang memberikan kenyataan palsu dan memfitnahnya bersabit isu pasir, di Selangor.",
"“Saya akan menyerahkannya dalam tempoh terdekat supaya pihak SPRM memulakan siasatan mereka kerana SAMM menggunakan dokumen palsu, dalam isu itu. Saya mahu SPRM mengkaji dan mendakwa pihak terbabit dengan tindakan sewajarnya.",
"“Laporan sudah dibuat sebelum ini dan polis sudah memulakan siasatan. Saya menekankan dokumen dalam laporan yang dikemukakan mereka itu adalah palsu untuk memfitnah,” katanya kepada SelangorKini.",
"Terdahulu, Shuhaimi membuat laporan polis di bawah Seksyen 182 kanun keseksaan terhadap kenyataan palsu itu dan mahu SPRM mengambil tindakan sewajarnya di bawah Seksyen 27 Akta SPRM 2009 kerana memberikan kenyataan palsu kepada pegawai SPRM."
] | [
"Shuhaimi Shafie",
"SPRM"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/henti-serang-peribadi-azmin-fokus-isu-lain/ | Henti serang peribadi Azmin, fokus isu lain | [
"SHAH ALAM, 25 FEB: Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafiei, menolak dakwaan Faekah Husin bahawa beliau membuat serangan peribadi kepada mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu tanah Ijok.",
"“Kenyataan saya bukan menyerang peribadi. Kalau pasal serang peribadi, Faekah lebih teruk serang peribadi Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. Nak jawab apa?",
"“Saya tidak pernah ‘twit’ mengutuk Abdul Khalid. Bahka,n saya memuji sebahagian tindakannya sebelum ini tetapi adakala tindakan merugikan Kerajaan Negeri, maka sebab itu saya menentangnya,” katanya kepada SelangorKini.",
"Shuhaimi berkata, beliau mengambil pendirian untuk menjawab isu tanah Ijok itu kerana tindakan mantan Menteri Besar itu dilihat merugikan Kerajaan Negeri.",
"“Walaupun ketika dulu saya angkat dan menyokongnya tetapi bila beliau bertindak merugikan Kerajaan Negeri secara keseluruhannya, maka perlu nyatakan pendirian saya,” katanya.",
"“Saya bertindak berasaskan fakta. Pada saya zaman beliau sudah berlalu, maka usah dipergunakan BN dan jaga kesihatan diri. Itu sahaja,” katanya.",
"Shuhaimi juga mahu isu terbabit tidak diperbesarkan lagi oleh semua pihak dan memberi fokus pada perkara lain. Kita sudah serahkan pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), maka tunggu sahaja,” katanya.",
"Sebelum ini, isu Ijok menjadi panas selepas Abdul Khalid melalui wawancara yang disiarkan sebuah akhbar tempatan mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri memulangkan tanah Ijok yang dirampas sebelum kawasan itu dijual kepada pihak lain."
] | [
"Ijok",
"Shuhaimi Shafiei"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/mpaj-keluar-494-kompaun-lesen-perniagaan/ | MPAJ keluar 494 kompaun lesen perniagaan | [
"SHAH ALAM, 25 FEB: Sebanyak 494 kompaun di keluarkan Jabatan Pelesenan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ke atas pemegang lesen yang gagal memperbaharuinya sebelum 31 Disember tahun lalu.",
"Yang Dipertua MPAJ, Abd Hamid Hussain berkata,tindakan operasi dan penguat kuasaan ke atas pemegang lesen itu bermula sejak 2 Januari lalu.",
"“Sebelum ini Jabatan Perlesenan sudah memberikan syarat supaya lesen perlu diperbaharui tiga bulan sebelum tamat tempoh,” katanya dalam mesyuarat MPAJ, baru-baru ini.",
"Terdahulu, Hamid berkata, pemilik premis boleh dikenakan kompaun kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen selaras peruntukan Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPAJ) 2008 (UUK) (3) jika melakukan pembaharuan selepas tamat tempoh."
] | [
"MPAJ"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/karnival-amal-dana-bina-parkir-surau/ | Karnival amal dana bina parkir surau | [
"SHAH ALAM, 25 FEB: Karnival amal yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau Madrasah Muhammad Ali Jalan Haji Tahir, Jalan Kebun di sini untuk mencari dana bagi pembinaan parkir surau terbabit wajar dijadikan contoh kepada penduduk setempat.",
"Ahli Dewan Negeri (ADN), Shuhaimi Shafiei berkata, Karnival Amal Mini merupakan acara setengah hari, bermula pada jam 8 pagi sehingga 1 petang itu menggalakkan orang ramai hadir dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sambil menderma serta melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma.",
"“Ia sebagai satu inisiatif jawatankuasa mencari dana untuk pembinaan parkir dan ini sewajarnya dijadikan contoh kepada penduduk setempat atas usaha murni ini.",
"“Saya difahamkan kos pembinaan parkir ini mencecah RM20,000 manakala menaiktaraf longkang ini kira-kira RM30,000 dan saya mencadangkan untuk membuat permohonan kepada pejabat saya untuk mendapatkan bantuan,” katanya."
] | [
"Karnival Amal"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/pekawanis-sampai-sumbangan-sempena-tahun-baru-cina/ | PEKAWANIS sampai sumbangan sempena Tahun Baru Cina | [
"SHAH ALAM, 25 FEB: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) menyampaikan sumbangan berjumlah RM152,100 kepada 1,200 orang masyarakat cina di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.",
"“Program ini diadakan sebagai tanda keprihatian Kerajaan Negeri kepada setiap kaum yang menyambut perayaan,” katanya ketika Majlis Sambutan dan Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina, di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, di sini pagi tadi.",
"Difahamkan seramai 300 masyarakat cina hadir pada program pagi tadi dari lapan kawasan antaranya dari Parlimen Gombak, DUN Bukit Antarabangsa, DUN Batu Caves, DUN Sungai Pinang, DUN Dusun Tua dan DUN Meru.",
"Sementara itu, seorang lagi penerima, Teh Liang Pen, 53, itu merupakan pertama kali beliau menerima sumbangan namun amat gembira di atas keprihatinan Kerajaan Negeri.",
"“Oleh itu saya berharap orang ramai akan terus menyokong dan mengundi Pakatan Harapan untuk menang PRU akan datang supaya program sebegini dapat diteruskan,” katanya."
] | [
"Pekawanis"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/dato-mb-terima-rawatan-fisioterapi-sultan-maklum/ | Dato’ MB terima rawatan fisioterapi, Sultan maklum | [
"SHAH ALAM, 25 FEB : Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sedang mendapatkan rawatan fisioterapi, selepas disahkan mengalami kecederaan tulang belakang.",
"Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong berkata, Mohamed Azmin mengalami kecederaan itu minggu lalu, ketika mengalihkan perabot di kediamannya, baru-baru ini.",
"“Orang ramai khususnya rakyat Selangor boleh mendoakan Menteri Besar supaya segera sembuh dan kembali bekerja untuk Negeri Selangor dan rakyatnya,” katanya dalam kenyataan.",
"“Atas nasihat tegas doktor, Dato’ Menteri Besar juga kini sedang menjalani rawatan di hospital termasuk fisioterapi untuk satu tempoh yang secukupnya.",
"“Mungkin ada hikmah untuk Dato’ Menteri Besar berehat secukupnya kerana beliau sememangnya seorang yang sangat bekerja kuat untuk rakyat Selangor,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Selangor, di Dataran Petaling Jaya, semalam."
] | [
"Azmin Ali",
"MB"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/bundesliga-hertha-berlin-calarkan-rekod-jaringan-bayern-munich/ | Bundesliga: Hertha Berlin calarkan rekod jaringan Bayern Munich | [
"MUNICH, 25 FEB: Herta Berlin mengakhiri rekod kemenangan 14 perlawanan Bayern Munich selepas berjaya mengikat tuan rumah tanpa jaringan dalam aksi Bundesliga semalam.",
"Keputusan itu menyaksikan Bayern gagal untuk menjaringkan gol buat pertama kali dalam 26 perlawanan musim ini namun tidak menggugat kedudukan yang jauh meninggalkan pesain lain dengan perbezaan 20 mata selepas 24 perlawanan."
] | [
"Bundesliga"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/la-liga-barca-real-madrid-menang-selesa-di-laman-sendiri/ | La Liga: Barca-Real Madrid menang selesa di laman sendiri | [
"Real Madrid memperoleh sepakan penalti di penghujung permainan dan Ronaldo memberikan peluang kepada Karim Benzema mencatatkan nama sebagai penjaring selepas menyempurnakannya bagi keputusan akhir 4-0."
] | [
"La Liga"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/semangat-perpaduan-kunci-kesejahteraan-bumi-darul-ehsan/ | Semangat perpaduan, kunci kesejahteraan bumi Darul Ehsan | [
"PETALING JAYA, 25 FEB: Prinsip perpaduan dan toleransi yang diamalkan kepelbagaian masyarakat di negeri ini kekal memacu kepada kesejahteraan bumi Darul Ehsan.",
"Exco Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan, dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, resam keunikan kaum di negeri itu terus dipegang utuh bagi menggambarkan keamanan yang dikecapi rakyat Selangor.",
"Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, peringkat Negeri Selangor di Dataran Petaling Jaya, malam tadi.",
"“Walaupun kita hidup dalam persekitaran kepelbagaian kaum dan agama, namun kita berani nyatakan bahawa inilah yang menjadi aset kepada pengukuhan keharmonian Selangor.",
"“Buktinya, walaupun kita diserang oleh pihak tertentu dan ada media yang memutar belit kenyataan pimpinan Selangor, namun negeri kita ini muncul sebagai negeri paling maju dan kaya dalam Malaysia,” katanya."
] | [
"CNY"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/250-peserta-hadiri-seminar-perlindungan-kanak-kanak-selangor/ | 250 peserta hadiri Seminar Perlindungan Kanak-kanak Selangor | [
"AMPANG, 25 FEB: Seramai 250 peserta menghadiri Seminar Perlindungan Kanak-kanak Selangor anjuran Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor di Kelab Darul Ehsan, di sini."
] | [
"Kanak-Kanak"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/selangor-model-kejayaan-ekonomi-malaysia/ | Selangor model kejayaan ekonomi Malaysia | [
"PETALING JAYA, 25 FEB : Ekonomi negara ini berkembang positif hasil kemajuan dan kestabilan ekonomi di Selangor, kata Exco Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan, dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim.",
"“Selangor merupakan gerbang pelaburan negeri dan menjadi contoh kepada negeri lain-lain. Kepelbagaiannya bukan sekadar kemampuannya dalam bidang ekonomi, tetapi turut meliputi aspek perpaduan dan sosial.",
"“Oleh itu, Kerajaan Selangor terus berusaha gigih untuk membina Selangor sebagai ‘model state’, dan untuk merealisasikan hasrat itu, ia memerlukan usaha berterusan daripada rakyat pelbagai kaum di Selangor,” katanya.",
"Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, peringkat Negeri Selangor di Dataran Petaling Jaya, malam tadi.",
"Ia sekali gus memberi gambaran jelas tahap kemajuan pertumbuhan ekonomi negeri sekali gus menjadi bahawa kemajuan ekonomi berada pada landasan terbaik kini."
] | [
"Ekonomi",
"selangor"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/warga-pelbagai-kaum-meriahkan-sambutan-rumah-terbuka-tahun-baru-cina/ | Warga pelbagai kaum meriahkan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina | [
"PETALING JAYA, 25 FEB : Masyarakat berbilang kaum di negeri ini hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina, Peringkat Selangor 2018, di Dataran Petaling Jaya, malam tadi.",
"Lebih manis, sambutan itu turut dihadiri Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al- Haj dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin yang berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis tahunan itu.",
"Turut berangkat ke majlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Teng Chang Khim yang hadir mewakili Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.",
"Hadir sama, pimpinan utama Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya, Hannah Yeoh, Dato’ Iskandar Abdul Samad, Elizabeth Wong, Zaidy Abdul Talib, dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Dato’ Hasan Azhari Idris.",
"Dalam pada itu, baginda Sultan turut berkenan mencemar duli menggaul sajian makanan tradisional masyarakat Tiong Hua, Yee Sang sebagai simbolik keterbukaan perpaduan dan permuafakatan masyarakat Cina di Selangor.",
"Baginda diiringi Tengku Permaisuri, Raja Muda Selangor, Hannah Yeoh dan Dato’ Teng Chang Khim yang turut menggaul Yee Sang sebagai kelaziman tradisi masyarakat Cina, di negara ini.",
"Majlis turut menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan dipersembahkan kepada umum, antaranya persembahan kesenian Tarian Diabolo, Gu Zheng dan Violin, Tarian Singa, dan pemberian ‘ang pow’ kepafa kanak-kanak berusia di bawah umur 12 tahun.",
"Terdahulu, penganjuran program berkenaan dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor, Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Tourism Selangor dan agensi kerajaan."
] | [
"CNY"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/pbb-luluskan-gencatan-senjata-30-hari-di-syria/ | PBB luluskan gencatan senjata 30 hari di Syria | [
"NEW YORK 25 FEB : Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC) meluluskan gencatan senjata selama 30 hari di Syria, susulan serangan udara terbaru di Timur Ghouta yang meragut lebih 500 nyawa orang awam.",
"Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan keputusan itu yang mendapat sokongan Russia dilaksanakan serta merta bagi membolehkan misi bantuan kemanusiaan dan perubatan disalurkan pada kadar segera.",
"Menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, pesawat perang milik pasukan Syria yang dibantu Russia melancarkan serangan di Timur Ghouta sejurus selepas sesi pengundian oleh UNSC.",
"Ahad lalu, serangan di luar Damsyik oleh rejim Bashar Al-Assad mengorbankan sekurang-kurangnya 127 kanak-kanak manakala dalam serangan terbaru semalam, 41 orang awam disahkan maut,",
"Undian oleh UNSC itu pada awalnya dijadualkan diadakan pada Khamis namun ditangguhkan beberapa kali kerana gagal mencapai kata sepakat dalam usaha mengelakkan penggunaan kuasa veto oleh Russia yang menyokong rejim Bashar."
] | [
"PBB",
"Syria"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/epl-liverpool-belasah-west-ham-lonjak-tangga-kedua/ | EPL: Liverpool belasah West Ham, lonjak tangga kedua | [
"ANFIELD, 25 FEB: Liverpool melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris sekurang-kurangnya untuk tempoh 24 jam selepas mencatakan kemenangan bergaya 4-1 ke atas West Ham United.",
"West Ham juga hampir dihadapan pada minit ke-15 menerusi Marko Arnautovic yang berjaya melambungkan bola ke gawang Liverpool tetapi Loris Karius dapat menepis bola sebelum singgah ke palang gawang.",
"Kebuntuan jaringan akhirnya terlerai pada minit ke-29 menerusi tandukan Emre Can hasil sepakan penjuru Mohamed Salah bagi meletakkan Liverpool mendahului 1-0 pada babak pertama.",
"Bersambung babak kedua, Mohamed Salah menjadikan kedudukan 2-0 selepas mudah memperdaya pertahanan lawan hasil lorongan Oxlade-Chamberlain bagi gol ke-31 beliau bersama Liverpool musim ini.",
"Roberto Firmino meletakkan tuan rumah bertambah selesa di hadapan dengan jaringan ketiga pada minit ke-57 selepas berjaya melepasi asakan pertahanan dan penjaga gol, Adrian sebelum tenang memastikan bola menerjah jaring.",
"Sadio Mane yang sebelum itu terlepas beberapa peluang menjaringkan gol melebarkan pendahuluan Liverpool kepada 4-1 pada minit ke-77 selepas mudah menampan hantaran Andrew Robertson.",
"Liverpool melonjak ke tangga kedua liga dengan 57 mata selepas 28 perlawanan, kelebihan satu mata dihadapan Manchester United yang akan melayan kunjungan Chelsea di Old Trafford malam nanti."
] | [
"EPL"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/smart-selangor-first-home-buyers-bantu-rakyat-bayar-pendahuluan-rumah/ | Smart Selangor First Home Buyers bantu rakyat bayar pendahuluan rumah | [
"SHAH ALAM, 24 FEB: Kerajaan Negeri menyediakan Skim ‘Smart Selangor First Home Buyers’ bagi mengatasi masalah pembiayaan wang pendahuluan 10 peratus membeli rumah dihadapi rakyat di Selangor.",
"Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata Kerajaan Negeri memandang isu terbabit sebagai masalah besar berikutan kebanyakan rakyat tidak mempunyai simpanan pribadi bagi tujuan berkenaan.",
"“Dengan bantuan pinjaman disediakan ini, Kerajaan Negeri berharap dapat membantu lebih ramai rakyat Selangor bagi memiliki kediaman sendiri,” katanya kepada media selepas perasmian program itu di SACC Mall di sini, hari ini.",
"Beliau berkata, skim itu berjaya direalisasikan hari ini dengan Kerajaan Negeri menyelesaikan beberapa perkara berkaitan perundangan selepas ia diuar-uarkan kira-kira dua tahun lalu.",
"“Ketika ini kita fokus kepada rumah dimajukan PKNS serta anak syarikat Kerajaan Negeri dan sekiranya ia mencapai kemajuan mungkin kita akan perluaskan kepada projek perumahan lain.",
"Katanya, antara projek Rumah Selangorku yang telah disiapkan dan dalam pembinaan ialah Antara Gapi dan Taman Keruing Rasa di Hulu Selangor; Kota Puteri, Kampung Bunga Raya dan Kampung Sri Temenggong di Gombak; Kampung Jawa di Klang dan Seksyen U5 di Shah Alam."
] | [
"Iskandar Samad",
"rumah"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/smart-selangor-first-home-buyers-bantu-rakyat-miliki-rumah/ | Smart Selangor First Home Buyers bantu rakyat miliki rumah | [
"SHAH ALAM, 24 FEB: Skim ‘Smart Selangor First Home Buyers’ menyediakan kemudahan pembiayaan wang pendahuluan kepada rakyat bagi memiliki Rumah Selangorku dimajukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan anak syarikat Kerajaan Negeri.",
"Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr Noraida Mohd Yusof berkata, menyedari masalah orang ramai bagi tujuan itu, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM15 juta bagi menjayakannya.",
"“Ia banyak membantu bakal pembeli mendapatkan bayaran pendahuluan 10 peratus secara pinjaman khususnya yang berpendapatan sederhana dan rendah kerana biarpun bilangan rumahnya banyak tetapi menghadapi masalah dinyatakan,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran skim berkenaan di SACC Mall di sini, hari ini.",
"Beliau berkata, terdapat satu jawatankuasa akan menapis dan menilai permohonan calon yang berdaftar dengan PKNS serta Lembaga Perumahan dan Hertanah Selangor (LPHS) bagi tujuan itu.",
"Apabila permohonan dilulukan, katanya, calon layak akan mendapatkan bantuan bayaran pendahuluan itu yang akan disalurkan melalui Hijrah Selangor manakala pinjaman selebihnya perlu dipohon menerusi institusi kewangan.",
"“Ia diuruskan berdasarkan kaedah Special Purpose Vehicle (SPV) dengan melantik Yayasan Hijrah Selangor sebagai agen pengurusan dan bertanggungjawab mengutip semula pinjaman yang dijangka memberi manfaat kepada 1,000 orang berdasarkan harga pembelian rumah.",
"“Atas dasar keprihatinan kepada rakyat, skim ini membantu meringankan bebanan rakyat untuk memiliki kediaman sendiri dan merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri yang menyarankan untuk sebuah keluarga di Selangor mempunyai sekurang-kurangnya sebuah rumah untuk didiami,” katanya."
] | [
"PKNS",
"rumah"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/sultan-selangor-terima-anugerah-ijazah-kehormat-doktor-undang-undang/ | Sultan Selangor terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang | [
"HULU LANGAT, 24 FEB: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang (Honorary Degree of Doctor of Laws) oleh University of Nottingham.",
"Dalam titah ucapan sebaik menerima Ijazah Kehormat daripada Naib Canselor University of Nottingham Profesor Shearer West, Baginda menggariskan betapa pentingnya pendidikan dalam membentuk sahsiah dan masa depan sesebuah masyarakat.",
"“Beta suka dengan objektif moto ini kerana ia mengangkat kepentingan bidang pendidikan dalam usaha mencapai kebijaksanaan, yang merupakan elemen terpenting dalam pembangunan insan.",
"“Ia juga membawa nilai yang hampir sama dengan moto yang digunapakai oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) di mana Beta bertindak selaku Canselor, iaitu “Berilmu Berbakti” atau “With Knowledge, We Serve”,” titah Baginda.",
"Baginda turut menzahirkan rasa sukacita dan berbesar hati di atas penganugerahan ini yang juga satu penghormatan buat sekalian rakyat negeri Selangor.",
"Untuk rekod, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga adalah pemegang Ijazah Kehormat Doktor Pentadbiran Awam yang dianugerahkan kepada beliau oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2001.",
"Antara bekas pelajar yang juga alumni University of Nottingham di kalangan kerabat diraja ialah Raja Permaisuri Agong Ke-5 yang juga Sultanah Kedah, Almarhum Sultanah Bahiyah; Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Ke-9 yang juga Sultan Perak , Almarhum Sultan Azlan Shah; dan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Ke-10 yang juga Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Jaafar.",
"Sultan Perak, Sultan Nazrin Muhibbudin Shah turut dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh University of Nottingham pada tahun 2016, manakala penerima tahun lalu ialah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia."
] | [
"Sultan Selangor"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/sasar-100-makanan-terbaik-selangor-dikumpulkan-dalam-satu-acara/ | Sasar 100 makanan terbaik Selangor dikumpulkan dalam satu acara | [
"SHAH ALAM, 24 FEB: Sebanyak 100 makanan terbaik Selangor akan dikumpulkan dalam satu acara bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk sama-sama menikmati keunikan makanan lokal dan ‘street food’ di Selangor.",
"Exco Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, ia adalah sasaran bersempena dengan Selangor International Food Festival yang bakal kembali pada tahun ini.",
"“Ia bagi meneroka kepelbagaian makanan dan minuman lokal yang menjadi tarikan dalam kalangan masyarakat sama ada di dalam dan luar negeri,” katanya.",
"Amirudin berkata demikian dalam catatan di laman Facebooknya ketika di Mumbai pada 23 Februari lalu, bagi mempromosikan Selangor International Food Festival 2018 bersempena program Malaysian Magic @ Pondichery Cafe, Sofitel Hotel & Resorts Mumbai.",
"Lawatan itu juga untuk meninjau potensi Mumbai sebagai satu peluang menarik pelancong India datang ke Selangor khasnya, yang terkenal dengan kepelbagaian makanan rakyat popular seperti Satay Kajang, Nasi Ambeng, Tauhu Sumedang, Cendol dan makanan popular kaum Cina serta India.",
"Turut hadir, Konsul General Malaysia di Konsulat Malaysia Mumbai, Zainal Azlan Mohd Nadzir, Pengarah Tourism Malaysia Mumbai, Mohd Hafiz Hashim dan Pengurus Besar Sofitel Mumbai, Biswajit Chakraborty."
] | [
"makanan"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/kasih-pkns-keperihatinan-kerajaan-negeri-pkns-tingkat-ekonomi-rakyat/ | Kasih PKNS keperihatinan Kerajaan Negeri, PKNS tingkat ekonomi rakyat | [
"SHAH ALAM, 24 FEB: Program Kasih PKNS Merakyatkan Ekonomi Selangor memperlihatkan keperihatinan Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi membantu rakyat seterusnya meningkatkan pencapaian ekonomi.",
"Ahli Perbadanan PKNS, Shamsul Iskandar Md Akin, berkata program itu bukan sahaja menampilkan kewibawaan kepimpinan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Mohamed Azmin Ali dan pengurusan PKNS tetapi juga memberi manfaat kepada rakyat.",
"“Pada masa sama, pelaksanaannya memperlihatkan wawasan jauh Kerajaan Negeri dan PKNS sendiri dalam menjaga kebajikan dan membantu rakyat memajukan diri dalam keusahawanan.",
"“Sememangnya menjadi kewajipan Kerajaan Negeri bagi memastikan kebajikan rakyat terjamin,” katanya mewakili Dato’ Menteri Besar dan merasmikan Program Kasih PKNS Merakyatkan Ekonomi Selangor di Kompleks PKNS di sini, hari ini.",
"Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil berkata, program dilaksanakan itu ternyata membantu meningkatkan pendapatan rakyat sekali gus mengukuhkan ekonomi Selangor.",
"Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr Moraida Mohd Yusof berkata, program itu adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah penjenamaan ‘Kasih PKNS’ yang menjadi platform terbaik dalam melonjakkan agenda keusahawanan serta merancakkan pertumbuhan ekonomi Selangor.",
"Katanya, PKNS menganjurkan buat kali kedua ekoran kejayaan pada edisi pertama dengan kali ini menampilkan pelbagai produk ditawarkan usahawan terdiri dari golongan asnaf, ibu tunggal dan belia bawah 40 tahun melalui lebih 80 tapak jualan di kompleks itu dan SACC Mall bermula 14 hingga 25 Februari ini.",
"“Objektif utamanya adalah menggabungkan usahawan di bawah seliaan Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS, Hijrah Selangor dan Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS) bagi meningkatkan kebolehupayaan untuk berdaya saing dan merasai suasana perniagaan di kompeks ini dengan jumlah pelanggan ramai.",
"“Usaha untuk memupuk nilai murni dan meraikan ukhwah antara PKNS dengan masyarakat ini menjadi salah satu cara kita ‘to give back ti the community’.",
"“Di samping bantuan dan sumbangan dalam bentuk kewangan diberikan, lebih penting ialah menyediakan buat golongan memerlukan ini platform bagi meningkatkan pendapatan mereka,” katanya."
] | [
"PKNS"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/dun-taman-medan-rekod-pendaftaran-tertinggi-kiss/ | DUN Taman Medan rekod pendaftaran tertinggi KISS | [
"PETALING JAYA, 24 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan antara kawasan yang merekodkan pendaftaran skim Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) tertinggi dengan jumlah hampir 500 peserta.",
"Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha berkata, beliau gembira dengan sambutan diterima terhadap skim terbaru Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri tahun ini.",
"“Penerima boleh membeli belah di lima pasaraya di sekitar Taman Medan, tiga cawangan di 99 Speedmart dan dua Pusat Pakaian Hari-Hari,” katanya.",
"Dalam ucapannya pada Karnival Inisiatif Peduli Rakyat DUN Taman Medan, beliau gembira dengan sambutan yang diberikan dan berterima kasih kepada penduduk setempat kerana memilih beliau dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan (PJS), Hee Loy Sian sebagai wakil rakyat.",
"Katanya, Kerajaan Negeri telah melaksanakan lebih 40 program IPR bagi membantu meringankan beban rakyat dan beliau menasihatkan penduduk setempat supaya membuat pilihan bijak pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.",
"Selain penerima KISS, majlis penyerahan skim Food Bank kepada 300 orang, bayaran fasa pertama RM1,000 Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada 24 penerima dan 22 penerima Skim Peduli Sihat turut dilangsungkan.",
"Turut diraikan, 33 penerima skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan 83 Skim Mesra Usia Emas sempena sambutan 10 tahun program berkenaan."
] | [
"KISS"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/kkm-minta-orang-ramai-henti-guna-tiga-produk-kosmetik-ada-racun-bahaya/ | KKM minta orang ramai henti guna tiga produk kosmetik ada racun bahaya | [
"SHAH ALAM, 24 FEB: Orang ramai digesa berhenti menggunakan tiga jenis produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual jenis merkuri, hydroquinone dan tretinoin yang boleh menjejaskan kesihatan.",
"Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mengesan tiga produk iaitu GG Pinky Day Cream For Skin, Tati Therapy Cream 1 dan Tati Therapy Cream 2 mengandungi tiga jenis racun berjadual itu.",
"Katanya, GG Pinky Day Cream For Skin dan Tati Therapy Cream 1 dikesan mengandungi merkuri manakala Tati Therapy Cream 2 dikesan mengandungi hydroquinone serta tretinoin.",
"“Justeru, kita minta orang awam yang sedang menggunakan produk berkenaan supaya segera menghentikan penggunaannya dan dapatkan nasihat ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan,” katanya dalam kenyataan.",
"Beliau berkata, produk kosmetik yang dicampur dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana racun itu menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang serta sistem saraf.",
"“Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak kecil atau yang belum dilahirkan manakala kemudaratan pendedahan kepada merkuri juga boleh dialami orang sekeliling terutama bayi dan kanak-kanak apabila produk kosmetik mengandungi merkuri yang disapu pada kulit itu meruap dan dihidu.",
"Noor Hisham berkata, produk kosmetik dicampur dengan hydroquinone pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.",
"“Kesan penggunaan bahan ini boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.",
"“Selain itu, bahan tretinoin yang biasanya dipromosi untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari,” katanya",
"Katanya, produk mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan."
] | [
"KKM"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/penat-lelah-industri-makanan-bawa-pulangan-lumayan/ | Penat lelah industri makanan bawa pulangan lumayan | [
"SHAH ALAM, 24 FEB: Peluang menjana pendapatan lumayan disamping memenuhi keperluan asas industri makanan negara menjadi faktor tarikan buat usahawan Agro Generasi Muda Negeri Selangor (AGROGEMS), Siti Nurnajwa Nazeri menceburi bidang pertanian.",
"Walaupun pernah bekerja dalam industri cari gali minyak dan gas (Oil & Gas) hampir dua tahun, minat mendalam terhadap industri pertanian menyaksikan kejayaan beliau mengusahakan Projek Pertanian Fertigasi dan Konvensional Bagi Tanaman Cili, Timun dan Peria sejak tiga tahun lalu.",
"“Cabaran untuk kita sebagai usahawan adalah untuk mengeluarkan lebih banyak hasil bagi memastikan harga pasaran stabil. Jika berlaku kekurangan, harga akan naik,” katanya kepada SelangorKini.",
"Penerima Anugerah Usahawan Harapan AGROGEMS, Jabatan Pertanian Negeri Selangor 2018 mempunyai tanaman 13,000 polibeg di atas tanah seluas 3.8 ekar dengan hasil keluaran 0.8 tan sehari untuk keperluan pasaran tempatan.",
"Siti Nurnajwa yang memulakan bidang pertanian secara sambilan berkata, beliau kini dalam proses untuk mengembangkan pertanian ke arah tanaman jagung manis seluas tiga ekar.",
"Bagi penerima Anugerah Prestasi Terbaik AGROGEMS Jabatan Perkhidmatan Veterina, Mohd Asmeezee Abdul Rahman, bantuan diterima sejak menyertai program AGROGEMS berjaya mengembangkan penternakan ayam kampung yang diusahakan bersama keluarga sejak 2015.",
"“Dahulu reban yang ada mampu menampung 200 ekor ayam kampung dan kini meningkat kepada 1,000 ekor di kawasan ternakan berkeluasan suku ekar,” katanya.",
"Menurutnya, jika ayam kampung mempunyai berat melebihi 1.5 kilogram, beliau akan mengalami kerugian dari segi makanan dan boleh mengurangkan hasil jualan.",
"Mohd Asmeezee yang masih bekerja sebagai pelukis pelan berhasrat untuk mengembangkan perniagaannya dalam sektor penyediaan ayam berempah dan sejuk beku bagi memantapkan lagi keperluan pasaran tempatan."
] | [
"pertanian"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/mpaj-tempuh-era-baru-pengurusan-pembersihan-awam/ | MPAJ tempuh era baru pengurusan pembersihan awam | [
"KUALA LUMPUR, 24 FEB: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menempuh era baru di dalam pengurusan pembersihan awam dengan penambahbaikan dilakukan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) menggunakan modus operandi berpandukan “Smart Waste Management”.",
"Pengurus Besar KDEBWM, Ramli Tahir, berkata, di dalam operasinya, pihaknya menggunalan 85 lori Armroll baru dilengkapi sistem canggih seperti sistem GPS Tracking dan tong RORO.",
"“Lori Armroll ini akan dipantau pergerakannya melalui penggunaaan Vehicle Monitoring System (VMS) dikawal selia secara berpusat di Centralized Command Center (CCC) KDEBWM di ibu pejabat KDEBWM di Shah Alam.",
"“Penggunaan kenderaan baru ini berjaya menyelesaikan isu tipikal sering dihadapi kontraktor sepertu kekurangan lori di lapangan, lori lama yang uzur serta lori sering kali rosak dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan.",
"Beliau berkata, KDEBWM juga memperkenalkan dua unit baru jentera Road Sweeper dilengakpi VMS yang akan diguna pakai sub-kontraktor bagi kerja pembersihan awam buat julung kali di Ampang Jaya.",
"“Di samping itu, katanya, penggunaan alpikasi iClean Selangor telah dibangunkan KDEBWM bertujuan memudahkan masyarakat menyalurkan aduan berkaitan yang boleh dimuat turun melalui aplikasi Android atau iOs.",
"Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Iskandar Abdul Samad mewakili Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembanngunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah; Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor, Raja Shahreen Raja Othman dan Yang Dipertua MPAJ, Abd Hamid Hussain.",
"KDEBWM memulakan perkhidmatan di MPAJ bagi kerja kutipan sampah domestik mulai 1 Mac tahun lalu dan bagi pemberihan awam (1 Disember tahun lalu).",
"MPAJ adalah PBT kedua bersama Majlis Perbandaran Selayang mendapatkan perkhidmatan KDEBWM dilantik Kerajaan Negeri sebagai Syarikat Pengurusdan Projek (PMC) selepas kejayaan projek perintis di Majlis Perbandaran Klang pada 1 Julai 2016."
] | [
"MPAJ"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/kdebwm-berjaya-stabil-tingkat-kualiti-kebersihan-di-mpaj/ | KDEBWM berjaya stabil, tingkat kualiti kebersihan di MPAJ | [
"KUALA LUMPUR, 24 FEB: KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) berjaya menstabilkan operasi kutipan sampah dan pembersihan awam dalam tempoh singkat dan prestasi baik itu diharapkan mampu terus dipertingkat.",
"Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd Hamid Hussain, berkata anak syarikat Kerajaan Negeri bekerjasama rapat dengan pihaknya dalam memastikan kawasan Ampang Jaya bersih dan harmoni dengan tindakan efisien juga bertindak pantas menyelesaikan aduan diterima tanpa mengira waktu.",
"“Sehingga kini statistik keseluruhan diterima MPAJ mengenai kutipan sisa pepejal domestik dan pembersihan awam bagi tahun lalu adalah 1.178 dan dari jumlah itu 1,138 dapat diselesaikan dan 40 lagi dalam peringkat penyelesaian.",
"“Bagi tahun ini sehingga Januari lalu, 70 aduan diterima dan telah diselesaikan,” katanya dalam Majlis Menandatagani Perjanjian Perkhidmatan Pengurusan Pembersihan Awam di antara MPAJ dan KDEBWM di sini, semalam.",
"KDEBWM memulakan perkhidmatan di MPAJ bagi kerja kutipan sampah domestik mulai 1 Mac tahun lalu dan bagi pemberihan awam (1 Disember tahun lalu).",
"MPAJ adalah PBT kedua bersama Majlis Perbandaran Selayang mendapatkan perkhidmatan KDEBWM dilantik Kerajaan Negeri sebagai Syarikat Pengurusdan Projek (PMC) selepas kejayaan projek perintis di Majlis Perbandaran Klang pada 1 Julai 2016.",
"Beliau berkata, perjanjian tujuh tahun bersama KDEBWM itu bakal membawa MPAJ kle satu era baru di dalam pemngurusan sisa pepejal domestik di mana anak syarikat Kerajaan Negeri itu telah menjanjikan satu pembaharuan dan modus operandi di dalam operasi khususnya pengguaan lori kompaktor baru dilengkapi pelbagai gajet dan sistem canggih digunakan semua sub-kontraktor.",
"“Diharap kedua-dua pihak dapat terus bekerjasama sebagai satu pasukan bagi memastikan mutu perkhidmatan kutipan sisa pepejal di MPAJ sentiasa pada tahap terbaik dan seterusnya memastikan seluruh Ampang Jaya akan sentiasa bersih dan sihat,” katanya.",
"Dalam majlis itu, KDEBWM memperkenalkan kenderaan Armroll baru dengan tong RORO dan jentera Road Sweeper yang julung kali diguna pakai di PBT di Selangor serta menyumbang 500 tong MGL 120L untuk penduduk Ampang Jaya.",
"Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Iskandar Abdul Samad mewakili Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembanngunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor, Raja Shahreen Raja Othman."
] | [
"KDEBWM"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/lima-sekolah-agama-selangor-ungguli-peperiksaan-stam/ | Lima sekolah agama Selangor ungguli peperiksaan STAM | [
"SEPANG, 24 FEB: Lima daripada 10 Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan (SABK) seluruh negara yang diumumkan memperolehi pencapaian terbaik bagi keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 adalah sekolah agama di Selangor.",
"“Ini merupakan pencapaian yang sangat bermakna dan membanggakan. Apa yang lebih manis lagi apabila Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah diumumkan mengungguli tempat pertama secara keseluruhan,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1439H / 2018M di Dewan Serbaguna Masjid Fi Sabilillah, Cyberjaya di sini, malam tadi.",
"Jelasnya, empat SABK lain yang turut tersenarai adalah Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin Jalan Kota Raja, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah Banting, Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu dan Sekolah Agama Menengah Jeram Kuala Selangor.",
"Majlis yang berlangsung selama empat hari itu ditutup secara rasmi oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah."
] | [
"STAM"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/pelan-induk-pembangunan-pertanian-selangor-pacu-kemajuan-usahawan/ | Pelan Induk Pembangunan Pertanian Selangor pacu kemajuan usahawan | [
"SHAH ALAM, 24 FEB: Usahawan Agro Generasi Muda Negeri Selangor (AGROGEMS) dan Industri Asas Tani (IAT) dinasihatkan supaya bersedia untuk merangka strategi pertanian selari dengan Pelan Induk Pembangunan Pertanian Selangor yang akan dibentangkan dalam masa terdekat.",
"Exco Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, pelan induk itu merangkumi pelbagai strategi bagi memastikan bekalan makanan di Selangor berada dalam keadaan baik.",
"“Antara intipati kajian tersebut untuk meningkatkan usahawan tanaman berkonsepkan fertigasi, mengatasi masalah kos makanan untuk ternakan dan program membantu mengurangkan kebergantungan mendapatkan baka-baka serta benih ikan.",
"Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Malam Apresiasi Usahawan Agrogems dan Industri Asas Tani Negeri Selangor 2018 di Dewan Orkid, Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), semalam.",
"Program AGROGEMS memasuki tahun keempat menerusi penganjuran empat siri seminar sejak 2015 hingga 2017 melibatkan seramai 1,100 golongan generasi muda menceburi bidang pertanian sebagai sumber pendapatan dan ekonomi utama.",
"“Menerusi pemantauan dilakukan jabatan, seramai 65 penerima menunjukkan kesan positif melalui data hasil jualan dengan peningkatan sehingga 63 peratus dari sebelum menerima bantuan peralatan.",
"“Hanya enam peratus sahaja yang gagal disebabkan faktor tanah tidak disambung penyewaan dan sebab lain bagi tempoh Program AGROGEMS 2015 hingga 2016,” katanya.",
"Dalam majlis sama, Zaidy turut berbesar hati menyampaikan anugerah cemerlang kepada 13 usahawan pelbagai bidang yang membawa pulang hadiah RM10,000 dalam bentuk barangan peralatan pertanian."
] | [
"pertanian"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/uel-pertembungan-ac-milan-arsenal-bakal-curi-tumpuan/ | UEL: Pertembungan AC Milan-Arsenal bakal curi tumpuan | [
"EROPAH, 24 FEB: Undian peringkat kalah mati 16 pasukan terbaik Liga Europa (UEL) menyaksikan pertembungan epik dua gergasi Eropah, AC Milan dan Arsenal yang akan berentap mencari tempat ke suku akhir.",
"Berdasarkan rekod enam pertemuan dalam perlawanan sejak Februari 1995, kedua-dua pasukan menang dua perlawanan sementara dua perlawanan lagi berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.",
"AC Milan merekodkan kemenangan terbesar 4-0 terhadap The Gunners pada Februari 2012 manakala Arsenal membalasnya dengan keputusan 3-0 di laman sendiri menentang Rossoneri sebulan kemudian.",
"Lyon yang bakal menjadi tuan rumah untuk perlawanan akhir UEL musim ini dalam landasan terbaik untuk menjadi pasukan kedua memenangi kejuaraan di gelanggang sendiri apabila diundi bertemu CSKA Moskva.",
"Sebelum ini, Feyenoord pernah melakar sejarah menang di gelanggang sendiri pada 2002 selepas menewaskan Borussia Dortmund di Rotterdam tetapi sebaliknya berlaku kepada Sporting CP apabila tewas kepada CSKA Moskva di Lisbon tiga tahun kemudian.",
"Sementara juara sulung Piala Europa selepas penjenamaan semula dari Piala UEFA pada 2009, Atletico Madrid diundi bertemu satu lagi wakil dari Rusia, Lokomotiv Moskva."
] | [
"bola",
"UCL"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/kdebwm-diharap-tingkat-tahap-kebersihan-di-mpaj/ | KDEBWM diharap tingkat tahap kebersihan di MPAJ | [
"KUALA LUMPUR, 24 FEB: KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) diharap mampu memberikan perkhidmatan terbaik bagi pengurusan pembersihan sampah dan sisa pepejal di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di sini.",
"Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata pengambilalihan perkhidmatan berkaitan olah anak syarikat Kerajaan Negeri itu daripada MPAJ diyakini akan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan tahap kebersihan di sini.",
"“Diharap dengan perjanjian termeterai dan pengambilalihan ini, kita dapat memberi perkhidmatan lebih baik,” katanya mewakili Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Pengurusan Pembrrsihan Awam di antara MPAJ dan KDEBWM di sini, semalam.",
"Sebagai Ahli Dewan Negeri (ADN) Chempaka yang terletak dalam kawasan MPAJ, beliau berkata, KDEBWM memberikan perkhidmatan baik dan mendapat respon positif daripada pihak awam dengan aduan semakin berkurangan.",
"KDEBWM memulakan operasi perkhidmatan pengurusan sampah dan sisa pepejal di kawasan MPAJ bermula Mac tahun lalu manakala kerja pembersihan awam pada Disember tahun lalu.",
"Pengurus Besar KDEBWM, Ramli Tahir berkata, pihaknya mengambil pendekatan sama dengan menyediakan perkhidmatan dengan kualiti sama untuk semua pihak berkuasa tempatan (PBT).",
"“Kita akan menyediakan lori kompaktor bagi semua 52 zon yang ada di MPAJ bagi perkhidmatan sampah dan sisa pepejal manakala pembersihan pula, kita sediakan dua jentera baru ‘Road Sweeper’.",
"KDEBWM memulakan projek perintis di Majlis Perbandaran Klang pada Julai 2016 dan seterusnya diperluaskan ke Majlis Perbandaran Selayang dan MPAJ tahun lalu.",
"Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah dan Yang Dipertua MPAJ, Abd Hamid Hussain."
] | [
"KDEBWM"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/ruzana-pertahan-kejuaraan-kategori-qariah-tilawah-al-quran/ | Ruzana pertahan kejuaraan kategori qariah tilawah Al-Quran | [
"SEPANG, 24 FEB: Johan menunggu, Nor Ruzana Natiah Jaafar mempertahankan kejuaraan dimenanginya tahun lalu apabila diumumkan sebagai pemenang bahagian qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1439H/2018M malam tadi.",
"Pertandingan itu diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Raja Fi Sabilillah Cyberjaya pada majlis yang ditutup secara rasmi oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.",
"Wakil Hulu Langat yang pernah meraih naib juara peringkat kebangsaan tahun lalu itu diumumkan sebagai pemenang selepas mengumpul markah sebanyak 92.5 peratus.",
"Manakala bagi kategori menghafaz Al-Quran tahap tiga, 1 hingga 30 juzuk lelaki, Mohd Amir Khairul Anuar daripada Hulu Selangor diumumkan sebagai juara apabila memperolehi 98.58 peratus.",
"Turut menjuarai kategori masing-masing, Luqman Fahim Ismail bagi tahap 1 lelaki (kategori 1 hingga 10 juzuk) dan pemenang bahagian perempuan, Azzah Abd Rahim.",
"Bagi tahap dua kategori 1 hingga 20 juzuk lelaki pula disandang oleh Hafiy Muhammad Radhi dan Aisyah Irdina Zulkifli bagi bahagian perempuan.",
"Hadiah-hadiah disampaikan Sultan Sharafuddin, DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah."
] | [
"Tilawah Al-Quran"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/saman-rm14-bilion-puncak-niaga-dibatal-mahkamah/ | Saman RM14 bilion Puncak Niaga dibatal Mahkamah | [
"SHAH ALAM, 23 FEB : Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersama bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri berjaya membatalkan saman hampir RM14 bilion difailkan Puncak Niaga Holdings Bhd (Puncak Niaga) berhubung penstrukturan semula industri air Selangor.",
"Dalam penghakiman ringkasnya, Akhtar antara lain berkata, pernyataan tuntutan dikemukakan dalam setiap tindakan di mahkamah perlu mengandungi semua fakta penting berdasarkan kaedah-kaedah mahkamah.",
"“Butiran yang tidak sepatutnya diperakukan sudah diperakukan di dalam pernyataan tuntutan sementara butiran penting yang sepatutnya diperakukan tidak diperakukan, di dalam pernyataan tuntutan.",
"Akhtar turut memerintahkan Puncak Niaga membayar kos RM25,000 kepada setiap defendan selain mahkamah menetapkan 13 Mac ini untuk keputusan berhubung tuntutan balas Mohamed Azmin terhadap Puncak Niaga.",
"Peguam Lau Mark Chi Ming hadir bagi pihak plaintif sementara Mohamed Azmin diwakili peguam Latheefa Koya, Kerajaan Negeri diwakili Penasihat Undang-undangnya, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman dan Abdul Khalid diwakili peguam New Sin Yew.",
"Terdahulu, pada November, Disember dan Januari lalu, Mohamed Azmin, Kerajaan Negeri dan Abdul Khalid masing-masing memfailkan permohonan membatalkan saman Puncak Niaga.",
"Mohamed Azmin turut memfailkan tuntutan balas terhadap Puncak Niaga atas alasan syarikat konsesi air itu sengaja memulakan saman tanpa alasan yang munasabah dan menyalahgunakan proses mahkamah.",
"Dato’ Menteri Besar itu menuntut ganti rugi am, faedah atas ganti rugi dari tarikh writ saman sehingga keputusan penghakiman pada kadar dianggap sesuai oleh mahkamah selain kos dan relif lanjut.",
"Dalam pernyataan tuntutan difailkan pada 27 Oktober lalu, Puncak Niaga antara lain mendakwa Mohamed Azmin dan Abdul Khalid menyalahgunakan kuasa sebagai Menteri Besar dengan mengancam menyebab atau memohon atau cubaan menyebabkan Kerajaan Persekutuan menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 bagi memaksa pengambilalihan industri perkhidmatan air, di Selangor.",
"Plaintif antara lain mendakwa, penangguhan rundingan berkenaan usaha penyusunan semula industri air di Selangor selama lima tahun menjadi manfaat politik peribadi Mohamed Azmin dan Abdul Khalid, selain mendakwa rundingan terbabit tidak dilakukan atas dasar ‘willing buyer willing seller’ (urusniaga suka sama suka) sehingga menyebabkan plaintif mengalami kerugian serta kerosakan."
] | [
"Dato' Seri Mohamed Azmin Ali",
"DatoÔÇÖ Menteri Besar",
"Datuk Akhtar Tahir",
"Hakim Mahkamah Tinggi",
"Puncak Niaga Holdings Bhd (Puncak Niaga)"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/kesedaran-pembayar-zakat-membanggakan/ | Kesedaran pembayar zakat membanggakan | [
"PUCHONG, 23 FEB: Kesedaran pembayar zakat di negeri ini amat membanggakan apabila Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat daripada pembayar baharu setiap tahun.",
"Ketua Divisyen Operasi Agihannya, Abdul Basith Hamid berkata, LZS mensasarkan kutipan RM730 juta pada 2017, namun berjaya mengutip lebih daripada nilai itu.",
"Abdul Basith berkata, jika pengeluaran zakat bukan dari intitusi sah dikhuatiri pada masa akan datang disalurkan ke saluran yang kurang tepat.",
"“Kita cuba sedaya upaya membantu golongan ini keluar dari kepompong kemiskinan dan bakal menjadi pembayar zakat pula pada masa akan datang,” katanya."
] | [
"Lembaga Zakat Selangor (LZS)"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/isu-tanah-ijok-umno-bn-punca-gagal-kota-janji/ | Isu tanah Ijok: UMNO-BN punca, gagal kota janji | [
"SHAH ALAM, 23 FEB: UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi punca tanah di Ijok membabitkan Alam Perdana, Alam Mutiara dan Alam Utama jatuh ke kancah hutang ekoran kegagalan parti itu mengotakan janji mereka kepada peneroka, kata Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar, Yin Shao Loong.",
"Shao Loong berkata, bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula dilihat cuba memainkan peranan semasa pemerintahannya, namun terikat kes undang-undang dan tuntutan pampasan.",
"“Bagaimanapun, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berjaya menyelesaikan masalah dialami peneroka dengan mengenakan syarat ke atas pengambilan persendirian Alam Mutiara dan Alam Utama yang tidak sedikit pun menjejaskan kos kepada Kerajaan Negeri,” katanya dalam kenyataan.",
"Shao Loong berkata, Umno-BN gagal membersihkan nama mereka, maka pencapaian Kerajaan Negeri hari ini yang berjaya menyediakan rumah mampu milik menerusi Skim Rumah Selangorku untuk menyelesaikan masalah peneroka Ijok terus dipolitikkan.",
"“Berkenaan Khalid pula, jelas dilihat bahawa beliau masih mahukan jawatan Menteri Besar apabila beliau muncul di Konvensyen UMNO Selangor baru-baru ini dan melemparkan tuduhan palsunya terhadap Kerajaan Negeri.",
"“Peneroka Alam Mutiara dan Alam Utama pasti tahu siapa yang membantu menyelesaikan perjuangan 18 tahun mereka untuk keadilan dan ketenangan jiwa,” katanya."
] | [
"Mohamed Azmin Ali",
"Tan Sri Khalid Ibrahim",
"Tanah Ijok",
"Umno dan Barisan Nasional (BN)"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/tawaran-beg-plastik-percuma-jadi-bahan-senda-nitizen/ | Tawaran beg plastik percuma jadi bahan senda nitizen | [
"SHAH ALAM, 23 FEB: Tawaran Umno-Barisan Nasional (UMNO-BN) Selangor memberi beg plastik percuma kepada rakyat Selangor sekiranya berjaya menawan negeri terkaya itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dipersendakan nitizen.",
"Rata-rata nitizen di laman sosial facebook menganggap tawaran Umno-BN itu bukan sahaja melucukan, malah tidak memberi signifikan dalam membantu kehidupan rakyat berbanding pelbagai inisiatif diberikan Kerajaan Negeri.",
"“Mahu ke tak mahu beg plastik percuma? Pakatan Harapan bagi air, Wi-Fi, bas, Kad Peduli sihat, KISS,” tulis Azlina Adnan dalam status",
"Pemilik akaun yang menamakan dirinya sebagai Namaku Faizal pula memuatnaik poster yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar dan beberapa pemimpin lain mengumumkan pemberian beg plastik percuma dalam satu majlis sambil masing-masing memegang beg plastik berwarna biru.",
"“Nak gelak ke nak nangis pun konfius. PH Selangor bagi air percuma, bas percuma BN tawarkan beg plastik percuma. Undi BN ‘for free plastic bag’,” tulisnya."
] | [
"Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)",
"Umno BN"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/jom-meriahkan-lepak-seni-di-laman-budaya-ahad-ini/ | Jom meriahkan Lepak Seni di Laman Budaya Ahad ini | [
"SHAH ALAM, 23 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan program Lepak Seni pada Ahad ini mulai jam 5 hingga 7 petang, bertempat di Laman Budaya, Persiaran Tasik, Seksyen 14 di sini.",
"Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sekali gus memberi peluang kepada pengunjung beriadah dan bersantai di Taman Tasik Shah Alam.",
"“Program Lepak Seni pada kali ini akan diserikan dengan persembahan tarian kebudayaan oleh kumpulan ‘D’ Siblings Dance Group’, Kombo MBSA, persembahan dikir barat oleh ‘Dikir Sri Melati’ dari Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) MBSA Zon 22 serta artis jemputan ‘Qody Mentor’.",
"“Program dilaksanakan berkala ini adalah inisiatif MBSA menyemarakkan aktiviti seni budaya serta memberi ruang dan peluang kepada golongan kreatif berkarya,” katanya dalam kenyataan, hari ini."
] | [
"Lepak Seni",
"Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/jalan-ditutup-sempena-larian-mwm-2018/ | Jalan ditutup sempena Larian MWM 2018 | [
"SHAH ALAM, 23 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menutup beberapa jalan untuk persiapan dan penganjuran Program Larian Malaysia Women Marathon (MWM), pada 4 Mac ini.",
"“Antara jalan-jalan terlibat adalah Persiaran Bandar Raya Seksyen, Persiaran Perbandaran Seksyen 14, Persiaran Tasik Seksyen 14, Persiaran Masjid Seksyen 2 dan Persiaran Dato’ Menteri Seksyen 10.",
"“Selain itu, Persiaran Raja Muda Seksyen 16, PersiaranSelangor Seksyen 15 , Bulatan Melawati Seksyen 13, Persiaran Kayangan Seksyen 9 dan Persiaran Damai Seksyen 11 turut ditutup,” katanya.",
"“JMBSA memohon orang ramai khususnya pengguna jalan raya tidak melalui jalan terlibat serta mematuhi arahan yang diberikan oleh anggota\nPenguatkuasa MBSA dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengawal aliran trafik semasa program diadakan,” katanya."
] | [
"Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)",
"Malaysia Women Marathon - MWM"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/akademi-merah-kuning-bekal-pelapis-masa-depan/ | Akademi Merah Kuning bekal pelapis masa depan | [
"SHAH ALAM, 23 FEB: Skuad bawah 21 Selangor United di bawah Akademi Bola Sepak Merah Kuning didedahkan dengan cabaran Piala Presiden 2018.",
"Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, ia adalah sebahagian persediaan jangka panjang menyediakan pemain masa depan yang bakal mewakili Selangor serta pasukan kebangsaan.",
"“Semoga mereka dapat mengharungi liga dengan semangat tinggi serta mencipta satu penanda aras baru dalam perkembangan akar umbi bola sepak, di Selangor,” tulis Amirudin di laman Facebooknya.",
"Hadir sama Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Mohd Zubir Idrus; Timbalan Pengarah MSNS, Nizam Marjugi; Jurulatih, Sven Gartung serta Penolong Jurulatih, M Chandran.",
"Akademi yang disertai beberapa bekas pemain kebangsaan sebagai jurulatih itu turut mempunyai pelan jangka panjang membabitkan peringkat akar umbi hingga ke peringkat persediaan untuk mengisi kekosongan di peringkat senior, pada masa hadapan."
] | [
"Akademi Bola Sepak Merah Kuning",
"Amirudin Shari"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/lzs-salur-rm1-2-juta-santuni-golongan-asnaf/ | LZS salur RM1.2 juta santuni golongan asnaf | [
"PUCHONG, 23 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bantuan zakat sejumlah RM1.2 juta kepada 130 golongan asnaf fakir dan miskin melalui program Bantuan Asas, di daerah Petaling, hari ini.",
"Ketua Divisyen Operasi Agihan LZS, Abdul Basith Hamid berkata, ia adalah kesinambungan daripada bantuan lain yang sudah diterima mereka sebelum ini selain memenuhi keperluan asasi asnaf zakat, di Selangor.",
"“Namun, hari ini, dikhususkan pemberian kediaman kepada golongan asnaf fakir dan miskin dengan setiap tahun kami sudah memperuntukkan RM50 juta bagi menyediakan penginapan kepada mereka,”katanya pada sidang media selepas Majlis Program Bantuan Keperluan Asasi Asnaf Fakir dan Miskin di Dewan Pangsapuri Enggang, di sini, hari ini."
] | [
"Asnaf",
"Zakat"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/bengkel-pengurusan-stadium-bagi-kelancaran-liga-m/ | Bengkel pengurusan stadium bagi kelancaran Liga M | [
"SHAH ALAM, 23 FEB: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menganjurkan bengkel berkaitan aspek pengurusan stadium dan padang bagi kelancaran Liga Malaysia 2018.",
"Bengkel Pendidikan Pelesenan Kelab FAM 2018 – ‘Stadium Bola Sepak Era Moden’ dihadiri wakil stadium dan pegawai pelesenan kelab daripada pasukan Liga Super serta Perdana yang diadakan Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini, semalam.",
"FAM memaklumkan, ia dikendalikan wakil Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC) iaitu Ketua Sokongan Pertandingan, Brian See; Pengurus Pertandingan Kelab, Lorenzo Fofi dan Pengurus Keselamatan Stadium, Shahin Rahmani serta Ketua Unit Keselamatan FAM, Isman Bakar, yang memberi taklimat kepada peserta bengkel.",
"“Bengkel ini merangkumi semua aspek berkaitan stadium bola sepak era moden seperti pengurusan padang, peraturan stadium untuk pertandingan peringkat kebangsaan dan AFC, sistem lampu limpah, penyelenggaraan stadium juga tahap keselamatan bangunan stadium.",
"“Ia adalah salah satu daripada lima siri bengkel dijalankan tahun ini sebagai sebahagian daripada program pendidikan anjuran Unit Pelesenan Kelab FAM untuk kriteria ditetapkan dalam Peraturan Pelesenan Kelab 2018,” katanya dalam kenyataan."
] | [
"bengkel",
"Liga M"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/who-fokus-isu-kesihatan-di-kem-pelarian-terbesar-dunia/ | WHO fokus isu kesihatan di kem pelarian terbesar dunia | [
"ISTANBUL, 23 FEB: Lebih 1 juta etnik minoriti Islam Rohingnya berkampung di kem perlindungan sempadan Bangladesh setakat ini sekali gus menjadikannya sebagai kem pelarian terbesar di dunia.",
"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kenyataan berkata, kepadatan pelarian di kem berkenaan berisiko tinggi terjejas dengan pelbagai masalah kesihatan serta wabak penyakit.",
"Pengarah WHO Wilayah Asia Tenggara, Poonam Khetrapal Singh berkata, keperluan kesihatan terus menjadi isu utama bagi 1.3 juta pelarian Rohingya di Cox’s Bazar.",
"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan Rohingya sebagai etnik paling teruk dianiaya di dunia, dengan krisis penindasan yang dihadapi mereka selama puluhan tahun."
] | [
"Cox Bazar",
"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)",
"Rohingnya"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/mapim-hijjaz-teruskan-misi-bantuan-kecemasan-rohingnya-di-bangladesh/ | MAPIM-Hijjaz teruskan Misi Bantuan Kecemasan Rohingnya di Bangladesh | [
"SHAH ALAM, 23 FEB: Delegasi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama kumpulan nasyid tanah air, Hijjaz meneruskan Misi Bantuan Kecemasan Rohingnya di kem pelarian Bangladesh, bermula 22 hingga 26 Februari.",
"Sumbangan Tabung Rohingnya boleh dibuat menerusi www.danarohingya.com atau terus ke akaun Rohingya Emergency Appeal – MAPIM 2142 5760 0213 72 (RHB Bank)",
"Terdahulu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan Rohingya sebagai etnik paling teruk dianiaya di dunia, dengan krisis penindasan yang dihadapi mereka selama puluhan tahun."
] | [
"Hijjaz",
"Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)",
"Rohingnya"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/sime-darby-plantation-catat-keuntungan-40/ | Sime Darby Plantation catat keuntungan 40% | [
"SHAH ALAM,23 FEB: Sime Darby Plantation mencatat keuntungan 40 peratus pada suku kedua berakhir 31 Disember lalu menjadikan jumlah RM477 juta berbanding RM341 juta, sebelum ini.",
"Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Tan Sri Mohd Bakke Salleh berkata. keuntungan itu dirangsangkan oleh prestasi kumpulan selepas ia mengambil langkah penyenaraian pada November 2017."
] | [
"keuntungan",
"Sime Darby"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/lima-produk-usahawan-selangor-sedia-tembusi-pasaran-global/ | Lima produk usahawan Selangor sedia tembusi pasaran global | [
"SUBANG JAYA, 23 FEB: Lima usahawan muda Selangor bertekad tidak mensia-siakan peluang membawa hasil inovasi mereka menembusi pasaran antarabangsa apabila produk masing-masing terpilih dalam program SAY ASPIRE.",
"Pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutif pengeluar produk yang dinamakan Tanimac, Ridzuan Othman berkata, kejayaannya hari ini membolehkan beliau mendapat bantuan kewangan juga bimbingan teknikal yang betul untuk mengorak langkah ke tahap global.",
"“Peluang ini bukan senang dapat dan kami percaya mereka ada sistem pembelajaran yang lebih kukuh dan kita perlukan bantuan teknikal juga kewangan daripada agensi seperti MATRADE untuk mengeksport produk.",
"“Sesungguhnya dengan bantuan sebegini, syarikat bumiputra yang masih baru seperti kami boleh menembusi pasaran antarabangsa dengan lebih efisien dan membuktikan anak tempatan Malaysia boleh menghasilkan produk inovasi,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada program ‘SAY ASPIRE 2018 – Pitching Session’ Bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, di Sunway Resort Hotel & SPA, di sini, semalam.",
"Tanimac adalah alat pertanian inovatif berupa alat penyemai benih pelbagai jenis tanaman yang pertama di dunia dan mampu meningkatkan tahap kecekapan pertanian serta mengurangkan kos buruh dengan drastik.",
"Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pengeluar produk aiskrim Pops Malaya, Rose Yasmin Abd Karim pula berkata, program yang diilhamkan Tengku Amir Shah itu bakal merealisasikan cita-cita beliau untuk memasarkan produknya ke pasaran global.",
"“Memang rezeki kami kerana pada peringkat ini semua peserta menawarkan produk terbaik dan kami akan mengambil peluang ini untuk mempelajari bagaimana untuk mengembangkan pasaran.",
"“Ini adalah peluang untuk usahawan muda di Selangor, bahkan dengan adanya pelan ini kita berpeluang membawa produk buatan Selangor ke pasaran global kerana jika kita bersendirian mungkin boleh capai tetapi sedikit perlahan berbanding jika bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti ini,” katanya.",
"Berbeza dengan kebanyakan produk sama di pasaran, Pops Malaya adalah aiskrim atau snek sihat yang diperbuat daripada bahan semula jadi tanpa bahan tiruan yang sesuai untuk semua golongan khususnya kanak-kanak.",
"“Dengan produk kami, ibu bapa boleh beri anak makan tanpa rasa bersalah kerana tidak menjejaskan kesihatan mereka. Kita galakkan pengguna buat pilihan lebih sihat,” katanya.",
"Selain dua syarikat itu, antara usahawan lain yang terpilih adalah produk Dapo iaitu perabut, barangan hiasan dan koleksi peralatan dapur buatan Malaysia dengan konsep jenama gaya hidup hijau.",
"Sementara dua lagi produk yang terpilih adalah produk tuala wanita, Athena Empowers dan Medicat produk semburan anti kulat juga anti bakteria khusus untuk haiwan peliharaan yang diperbuat daripada minyak masak terpakai."
] | [
"SAY",
"usahawan"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/polis-maut-pergaduhan-penyokong-athletic-bilbao-spartak-moscow/ | Polis maut pergaduhan penyokong Athletic Bilbao-Spartak Moscow | [
"SEPANYOL, 23 FEB: Seorang anggota polis meninggal dunia ketika cuba meleraikan pergaduhan antara penyokong Athletic Bilbao dan Sparttak Moscow sebelum perlawanan Liga Europa (UEL), awal pagi tadi.",
"Dalam aksi terbabit, Spartak Moscow menang ke atas Bilbao 1-2 tetapi tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya selepas tewas menerusi agregat 4-3."
] | [
"polis",
"UEL"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/uel-16-pasukan-teruskan-kemaraan/ | UEL: 16 pasukan teruskan kemaraan | [
"EROPAH, 23 FEB: 16 pasukan mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mata Liga Europa (UEL) selepas mengatasi cabaran lawan masing-masing, awal pagi tadi.",
"Gol daripada Kevin Gameiro pada minit ketujuh sudah cukup untuk mengesahkan kemaraan wakil Sepanyol, Atletico Madrid dengan agreget 5-1 kepasa FC Koebenhavn.",
"Dalam satu lagi aksi, pendahulu Serie A, SS Napoli terpaksa melupakan saingan seterusnya apabila tewas menerusi kiraan gol tempat lawan walaupun terikat dengan agregat 3-3.",
"Gol setiap babak daripada Piotr Zirlinski dan Lorenzo Insigne tidak mampu memadam kelebihan RB Leipzig yang menang 1-3 minggu lalu, di gelanggang Napoli."
] | [
"EPL"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/kuis-bank-rakyat-meterai-kerjasama-perkenal-skim-phd/ | KUIS-Bank Rakyat meterai kerjasama perkenal skim PhD | [
"BANGI, 23 FEB: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) memeterai Perjanjian Persefahaman (MOA) bersama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Yayasan KUIS serta Yayasan As-Shafie.",
"“Ia adalah skim terbuka kepada pelajar sepenuh masa sahaja yang ingin mengikuti pengajian ijazah Doktor Falsafah (PhD) bagi program pengajian Islam, selama tempoh tiga tahun.",
"“Tajaan di bawah Skim Zamalah ini hanya terbuka kepada tiga pelajar sahaja yang ditapis pemilihannya oleh KUIS,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani MOA bersama Bank Rakyat, di KUIS, semalam.",
"Ab Halim berkata, skim berkenaan tidak hanya terbuka kepada pelajar KUIS sahaja, namun ia boleh dipohon oleh semua orang yang berminat.",
"“Sumbangan zakat di bawah Skim Zamalah ini antaranya yuran program, yuran pendaftaran, yuran asas, yuran penginapan, yuran konvokesyen dan elaun sara diri secara bulanan,” katanya."
] | [
"Bank Rakyat",
"KUIS"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/elaun-guru-kafa-dulu-dan-sekarang-jauh-beza/ | Elaun guru KAFA dulu dan sekarang jauh beza | [
"SHAH ALAM, 23 FEB: Kenaikan elaun bulanan RM1,500 buat warga pendidik Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) disambut baik dan membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menghargai pembentukan modal insan.",
"Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Penyelia KAFA), Ahmad Asmadi Mohamed Razali, berharap keprihatinan pihak Kerajaan Negeri menjadi pemangkin kepada guru KAFA mengekalkan prestasi terbaik.",
"“Apa yang saya lihat, guru KAFA lebih mementingkan keikhlasan dalam mendidik pelajarnya. Saya pasti bekerja dengan keihklasan akan lahir yang terbaik daripada mereka,” katanya.",
"Bagi guru KAFA, Md Faishal, ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Guru KAFA 2017 turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas kepercayaan.",
"Manakala, Jemilah Abd Rahman, yang mengajar di Sekolah Rendah Agama Paya Jaras berpandangan, elaun guru KAFA kini jauh berbeza jika dibandingkan dahulu selain turut menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan guru KAFA."
] | [
"guru",
"KAFA"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/isu-tanah-ijok-selesai-secara-menang-menang/ | Isu tanah Ijok selesai secara menang-menang | [
"SHAH ALAM, 22 FEB: Penyelesaian isu tanah di Mukim Ijok bukan sahaja melegakan 980 keluarga peneroka yang menerima pampasan tunai RM180,000 dan rumah RM400,000, sebaliknya turut memberi kelebihan kepada Kerajaan Negeri.",
"Penyelaras Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penyelesaian menang-menang itu membolehkan Kerajaan Negeri mendapat habuan 1,000 ekar tanah dengan nilai pasaran dianggarkan RM750 juta.",
"“Oleh kerana komitmen Dato’ Menteri Besar kepada penyelesaian yang baik itu, Kerajaan Negeri juga mendapat habuan 1,000 ekar dan anda nilai sendiri penyelesaian antara mantan juga penyandang Menteri Besar sekarang ini secara adil,” katanya dalam kenyataan.",
"Mengulas dakwaan dilemparkan kepada Kerajaan Negeri, Dzulkefly menyifatkannya sebagai fitnah apabila pihak terbabit gagal menyelesaikan isu yang berlarutan sejak sekian lama.",
"Katanya, Umno-Barisan Nasional (BN) melalui Pengarah Strategi dan Komunikasinya, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan jelas tidak memahami ‘global formula’ yang bersifat ‘menang-menang’ untuk semua pihak termasuk peneroka serta pemaju yang digunapakai kerajaan negeri.",
"Pada masa sama, Dzulkefly berkata, formula penyelesaian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh mengundang risiko dengan terpaksa membayar ratusan juta ringgit kepada pemaju berdasarkan kadar komersial seperti kes kejayaan Maybank menyaman Kerajaan Negeri dalam rampasan tanah sama.",
"“Agak lucu kerana seorang korporat tidak tahu yang bank sudah memberi kredit atau pinjaman punya hak yang tidak bolih diatasi atau dikalahkan (indefeasible charge) ke atas tanah itu.",
"“Mereka berhak melelong tanah itu untuk mendapatkan bilion ringgit pinjaman yang diberikan kepada pemaju kroni tadi. Nyata Khalid tidak langsung menghitung kemaslahatan dan risiko peneroka yang akan hilang segala hak,” katanya."
] | [
"Dr Dzulkefly Ahmad"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/jais-komited-lahirkan-guru-kafa-berkualiti/ | JAIS komited lahirkan guru KAFA berkualiti | [
"SHAH ALAM, 22 FEB: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terus komited melahirkan guru KAFA berkualiti dalam perkhidmatannya untuk mendidik generasi Islam.",
"Pengarahnya, Dato’ Haris Kasim berkata, langkah itu akan dipastikan menerusi latihan dan kursus diikuti mereka bagi memastikan keupayaan serta profesionalisme sentiasa dipertingkatkan.",
"“Dunia tanpa sempadan antara cabaran yang wajib digalas supaya tidak ketinggalan dalam arus pemodenan,” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Guru KAFA tahun 2017, Meraikan Guru KAFA Bersara dan Jasamu Dikenang 2018.",
"Pada masa sama, Haris berkata, menjadi tanggungjawab pihaknya melahirkan kakitangan berwawasan, berkualiti dan mempunyai jati diri tinggi supaya mampu menggalas tugas dengan cemerlang.",
"“Saya juga menyeru guru bersiap siaga dalam menjangka kemungkinan yang akan berlaku dalam pengurusan pendidikan alaf baru dengan penuh kesabaran seperti terkandung dalam pelan pengurusan risiko JAIS,” katanya.",
"Daripada jumlah itu, 320 penerima menerima APC bagi kategori Guru Kafa; seramai 29 orang menerima APC (Ketua Guru) dan APC penyelia KAFA seramai dua orang.",
"Anugerah disampaikan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, di Dewan Jubli Perak, di sini."
] | [
"JAIS",
"KAFA"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/sepuluh-usahawan-muda-bentang-idea-produk-di-hadapan-tengku-amir-shah/ | Sepuluh usahawan muda bentang idea produk di hadapan Tengku Amir Shah | [
"SUBANG JAYA, 22 FEB: Seramai 10 finalis membentangkan idea produk dan perniagaan masing-masing di hadapan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, bagi merebut lima tempat untuk menyertai program SAY ASPIRE.",
"Selain mendapat pelbagai latihan dan pendedahan, program yang mendapat sokongan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) itu turut menawarkan bantuan kewangan bernilai RM50,000 daripada Hijrah Selangor.",
"Pemilihan peserta program cetusan ilham Tengku Amir sendiri dijalankan selama enam bulan membabitkan 100 peserta peringkat awal sebelum melalui beberapa peringkat saringan.",
"Sesi penilaian 10 finalis yang diadakan di Sunway Resort Hotel & SPA, di sini, hari ini dinilai panel juri yang terdiri daripada Tengku Amir yang juga Penaung Diraja dan Presiden Eksekutif Selangor Youth Community; Pengarah Eksekutif Sunway Group Berhad, Sarena Cheah; Pengarah MATRADE, Mansor Shah dan Ketua Pengarah Eksekutif Hijrah Selangor, Roslim Md Akhir."
] | [
"SAY",
"Tengku Amir Shah"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/rombongan-johor-lihat-best-practises-smart-selangor-command-centre/ | Rombongan Johor lihat best practises Smart Selangor Command Centre | [
"SHAH ALAM, 22 FEB: Rombongan Angkatan Pertahanan Awam Johor dan SUK Johor ke Smart Selangor Command Centre (SSCC) memberi peluang pihak terbabit melihat sendiri ‘best practises’ di dalam pengurusan bencana yang diamalkan Selangor.",
"Ahmad Fairuz menyifatkan lawatan itu penting bagi membincangkan sebarang kolaborasi atau kerjasama yang boleh dijalin untuk menyelaraskan pentadbiran berkenaan pengurusan bencana.",
"“SSCC digunakan khususnya SSDU untuk memantau dan mengumpul data Bas Smart Selangor, pengurusan sisa pejal, laporan lubang jalan, WiFi Smart Selangor dan beberapa inisiatif lain,” katanya.",
"Selain memberi penerangan berhubung Smart Disaster Management iaitu salah satu daripada 12 domain Smart Selangor, Ahmad Fairuz juga sempat memberi penerangan berhubung inisiatif Smart Selangor yang bakal dilaksanakan pada tahun ini antaranya e-wallet dan smart parking.",
"SSCC yang beroperasi sejak Ogos tahun lalu digunakan UPB untuk memantau data seperti aras sungai, radar cuaca seperti banjir, banjir kilat, kebakaran berskala besar dan indeks kualiti udara, di seluruh Selangor.",
"“Sebahagian operasi UPB juga membabitkan penggunaan drone yang digunakan untuk memudahkan operasi pemantauan Unit Pengurusan Bencana di SSCC melalui ‘live feed’ rakaman yang diambil contohnya dalam usaha pencarian dan penyelamatan mangsa lemas, di Paya Jaras, baru-baru ini,” katanya."
] | [
"bencana",
"Smart Selangor Command Centre"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/kafa-menengah-lahirkan-lebih-ramai-generasi-al-quran/ | KAFA menengah lahirkan lebih ramai generasi Al-Quran | [
"SHAH ALAM, 22 FEB: Kerajaan Negeri berhasrat untuk memperbanyakkan lagi sekolah KAFA menengah dalam usaha melahirkan generasi Al-Quran yang berjiwa rabbani.",
"Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Yunus Hairi berkata, usaha itu juga dilaksanakan ekoran terdapat permintaan tinggi daripada ibu bapa yang mahu memberikan pendidikan Islam terbaik untuk anak mereka.",
"“Kita cuba galakkan lagi anak ini mengikuti pengajian di peringkat menengah. Usaha ini dilaksanakan sejak 2014 dan yang pertama dilaksanakan, di negara ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Guru KAFA 2017, Meraikan Guru KAFA Bersara dan Jasamu Dikenang 2018.",
"Pada 2014, Kerajaan Negeri memulakan pilot projek dengan menubuhkan beberapa kelas KAFA peringkat menengah di sembilan Sekolah Rendah Agama (SRA) sedia ada.",
"Ia bermula di SRA Bukit Sentosa, Bandar Tasik Puteri, Sungai Buloh, Kampung Jalan Kebun, Bandar Bukit Puchong, Jalan Klang Lama, Telok Panglima Garang, Jalan Pandan Indah dan Kampung Sungai Udang.",
"Pendidikan di KAFA menengah adalah pendidikan alternatif kepada murid yang tidak berpeluang untuk mengikuti pengajian sekolah agama menengah negeri atau persekutuan."
] | [
"al-Quran",
"KAFA Menengah"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/terus-tingkat-ilmu-guru-kafa-lebih-kompetensi/ | Terus tingkat ilmu, guru KAFA lebih kompetensi | [
"SHAH ALAM, 22 FEB: Kerajaan Negeri memuji usaha Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang komited meneruskan pengajian sehingga mempunyai kelulusan ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah (PHD).",
"Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, walaupun kelulusan minimum jawatan guru KAFA hanya menggunakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun mereka berjaya mencipta kemajuan untuk lebih berkompetensi.",
"“Kerajaan Negeri merasa bangga kerana guru KAFA terus meningkatkan ilmu, walaupun kelulusan minimum hanya di peringkat SPM dan ketika ini guru ini bukan sahaja mempunyai diploma serta ijazah pertama tetapi juga mempunyai kelulusan ijazah sarjana dan PHD.",
"“Diharap kepakaran dan profesionalisma ini terus menjadi motivasi kepada guru lain, sekali gus dapat memberi komitmen tinggi dalam melahirkan bangsa berjiwa Islam,” katanya.",
"Beliau berkata demikian menerusi teks dibacakan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Yunus Hairi di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Guru KAFA 2017, Meraikan Guru KAFA Bersara dan Jasamu Dikenang 2018.",
"Pada masa sama, Mohamed Azmin mahu tenaga pengajar lain berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan komitmen tinggi bagi melahirkan budaya kerja cemerlang serta mempunyai sikap profesionalisma.",
"“Peruntukan turut disalurkan di pusat latihan antaranya Institut Latihan dan Dakwah Selangor serta Institut Murabbi Antarabangsa Negeri untuk melihat perkembangan peningkatan kualiti perkhidmatan,” katanya.",
"Dalam program itu, seramai 493 guru KAFA menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang menerusi lima kategori membabitkan Anugerah Jasamu Dikenang (khidmat 25 tahun), Anugerah Persaraan, APC (Guru KAFA), APC (Ketua Guru) dan APC (Penyelia KAFA)."
] | [
"KAFA"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/saham-airasia-x-paling-aktif/ | Saham AirAsia X paling aktif | [
"KUALA LUMPUR, 22 FEB: Saham AirAsia X Bhd (AAX) meningkat dan paling aktif dalam dagangan awal hari ini, susulan prestasi kewangan 2017 yang kukuh, lapor BERNAMA.",
"Keuntungan bersih syarikat penerbangan itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, melonjak kepada RM98.89 juta berbanding RM44.84 juta pada 2016, manakala hasil meningkat kepada RM4.56 bilion berbanding RM3.90 bilion sebelumnya.",
"Bagi suku keempat, keuntungan bersih meningkat kepada RM84.41 juta berbanding RM39.01 juta sebelumnya, manakala hasil meningkat kepada RM1.22 bilion berbanding RM1.17 bilion.",
"Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, AAX berkata pendapatan syarikat itu disokong oleh pertumbuhan 12 peratus jumlah penumpang. Pendapatan sampingan bagi setiap penumpang meningkat empat peratus kepada RM142 tahun ke tahun."
] | [
"AirAsia X"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/mengapa-4g-di-malaysia-lembab/ | Mengapa 4G di Malaysia lembab? | [
"Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, isu itu perlu ditangani bagi memastikan infrastruktur internet tanpa wayar, di negara ini dipertingkatkan seiring Revolusi Perindustrian 4.0.",
"Beliau berkata, berdasarkan laporan The State of LTE, pakar pemetaan liputan tanpa wayar OpenSignal menyatakan purata kelajuan 4G di Malaysia adalah 14.83 megabit per saat (Mbps) dan ia kelajuan terendah antara 88 negara dikaji.",
"Katanya, ia jauh ketinggalan berbanding negara jiran seperti Singapura yang memiliki kelajuan\n44.32 Mbps, Vietnam (21.49 Mbps), Brunei (17.48 Mbps) dan Myanmar (15.56 Mbps).",
"“Jika benar, ini bukan satu rekod atau pencapaian membanggakan. Ketika Malaysia mempunyai kadar penembusan 4G hampir 75 peratus, kelajuan 4G di negara ini amat mendukacitakan,” katanya."
] | [
"4G",
"internet"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/kubeli-hidupku-dengan-kisah/ | Kubeli hidupku dengan kisah | [
"Lorong-lorong menuju rumahku tentu akan lebih sunyi selepas ini. Apatah lagi rembulan yang tergantung di kamarku. Tidak kusanggup mendengar rengek tangis mereka.",
"“Tolonglah saya tuan. Akan saya jual apa-apa sahaja untuk kisah baharu.” Kuraba kocek baju kurung lusuh pemberian arwah bonda. Ada gumpalan. Perlahan-lahan aku keluarkan. Rupa-rupanya puisi.",
"Daerah ini daerah penyair dan pengarang. Darjat hidupmu akan tinggi jika kau mampu menulis kisah. Dengan sepotong kisah sahaja, kau mampu meraih ratusan. Malah mungkin ribuan. Tapi soal paling mustahak adalah hakikat bahawa dengan ceriteralah kau mampu untuk meneruskan kehidupan.",
"Lihatlah nun berbalam-balam di puncak gunung. Rumah-rumah pengarang ceritera telah didirikan agam di atasnya. Tiangnya diukir indah. Selalu dindingnya digantungkan dengan ribuan rembulan. Dan selalulah kedengaran ceritera didendangkan.",
"Ahh…hampir seluruh daerah ini bukit-bukau. Jalan-jalan mendakinya bersimpang-siur. Di pertengahan kau pasti akan ketemu gua-gua kecil. Begitu kelam sehingga perlukan rembulan yang paling terang cahayanya.",
"Sedang aku? Kehidupanku lebih teruk. Aku bukan penyair. Apatah lagi penulis ceritera. Kadang aku kehabisan ceritera untuk melangsungkan hidup. Malah tiada secarik puisi pun mampu kukarang. Tika itulah rembulan yang tergantung di atap rumah kecilku (yang berada di serpih-serpih batu bukit) akan bersyair ngilu:",
"Keperluan akan ceritera baharu lebih menyerupai ketagihan. Ketagihan yang lebih dahsyat daripada menghisap candu. Jika ceritera baharu tidak dapat aku dengarkan, akan mereniklah peluh di dalam kepalaku. Basah lencun helai rambutku dengan air mata. Tika sedemikan, tiada apa-apa yang dapat kulakukan selain dengan kudrat yang masih tersisa, merangkak perlahan-lahan ke hujung kota. Kerana di hujung kota, di dalam hutan yang menjalar daun-daun kering berduri itulah, adanya sebuah gedung. Di dalam gedung ini ada matahari yang kian malap sinarnya melagukan kisah-kisah lama.",
"Selalunya, kisah-kisah ini kucuri dengan mengintai di kaca jendela pengarang-pengarang kaya itulah. Rembulan-rembulan di dinding rumah mereka akan berkisah siang malam tiada hentinya. Kisahnya segar.",
"Kisah tentang apa? Betul engkau mau tahu? Ermmm… ceritera yang didendangkan masih terasa manis di telingaku. Saat didendangkannya terasa bayu mengelus-elus rambutku. Terasa dingin kepalaku.",
"Saat aku terjaga daripada pengsan, tiada lagi padangan tajam ular hitam laknat itu. Tapi, yang lebih sialan, leherku diikat dengan rantai besi di dinding kedainya.",
"“Ssssss, puisi Sepimu telah aku bakar. Ternyata kau ini tidak layak untuk bebas di daerah ini! Ssss. Sekarang kau hambaku. Aku mau kau tulis kisah-kisah baharu di atas relai-relai angin. Pastikan kau menulis sebaik-baiknya, jika tidak, akan kauterima nasib yang sama seperti puisi Sepimu, yang entah apa-apa tu!”",
"Dari jeriji jendela, aku mengintai dari bilikku yang pengap dan sempit. Kulihat, segerombolan manusia mengayun penumbuk berarak ke rumah pendeta. Di genggaman mereka rembulan. Di atas pundak mereka mendayu-dayu suara mengalunkan puisi; Permohonan Kehidupan.",
" Habis sahaja puisi yang mereka alunkan, aku berasa jasadku terawang-awang, menipis menjadi kepulan asap dan keluar melalui celahan jeriji jendela, menuju ke langit mencari rembulan yang entah bila akan berada dalam pelukan!"
] | [
"HSS"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/perempuan-penjual-cerita/ | Perempuan Penjual Cerita | [
"Di sudut pesta\nseorang perempuan berdiri penuh makna\ninilah tempat berkumpul\npara cendekia, penyair dan pendusta\nini pesta kata – mereka berkumpul, bersyair,\nberpantun seloka.",
"Ini tempat mereka bertemu,\nbersenda dan berpura\nfiksi dan realiti terlontar menjadi prosa\nini sebuah pesta kata,\nmarilah kita meraikan aksara."
] | [
"HSS"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/brent-susut-kepada-as64-92-setong/ | Brent susut kepada AS$64.92 setong | [
"SINGAPURA, 22 FEB: Harga minyak global jatuh hari ini, ekoran dolar yang semakin mengukuh mempengaruhi laporan penurunan inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS).",
"Menurut Reuters, niaga hadapan minyak nentah West Texas Intermediate (WTI) AS pada AS$61.12 setong pada 0102 GMT, jatuh 56 cents, atau 0.9 peratus, daripada penutup sebelumnya.",
"Dolar pula terus meningkat lebih seminggu berbanding sekumpulan mata wang lain, susulan minit mesyuarat Rizab Persekutuan yang meyakinkan pelabur terhadap kemungkinan kenaikan kadar faedah.",
"Ekoran dagangan minyak diniagakan dalam dolar, kenaikan mata wang itu menjadikan import bahan api bagi negara yang menggunakan mata wang lain adalah lebih mahal, berpotensi mengekang permintaan."
] | [
"Brent"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/bursa-malaysia-dibuka-rendah-hari-ini/ | Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini | [
"KUALA LUMPUR, 22 FEB: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman di Wall Street, ekoran pelabur masih meneliti minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang dikeluarkan semalam.",
"Memetik BERNAMA, FOMC optimis mengenai pertumbuhan ekonomi AS lebih tinggi daripada jangkaan tahun ini, dan mungkin akan terdapat lebih banyak kenaikan kadar faedah akan datang.",
"Pada 9.03 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) adalah 3.35 mata lebih rendah pada 1,854.82, selepas dibuka 3.92 mata lebih rendah pada 1,854.25 daripada 1,858.17, penutup semalam.",
"Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi dan untung masing-masing mengatasi tahap 106, manakala 171 kaunter tidak berubah, 1,519 tidak diniagakan dan 39 lain digantung."
] | [
"Bursa Malaysia"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/ucl-shakhtar-donetsk-bangkit-tewaskan-roma-2-1/ | UCL: Shakhtar Donetsk bangkit tewaskan Roma 2-1 | [
"DONETSK, 22 FEB: Shakhtar Donetsk membawa kelebihan satu jaringan bagi menghadapi perlawanan kedua peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah apabila menewaskan Roma 2-1, awal pagi tadi.",
"Pasukan pelawat terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan Cengiz Under, pada penghujung babak pertama apabila berjaya melepasi pertahanan Shakhtar sebelum mudah menolak hantaran Edin Dzeko bagi gol pembukaan.",
"Facundo Ferreyra memulakan kebangkitan Shakhtar, pada babak kedua apabila berjaya menyamakan kedudukan, pada minit ke-52 hasil gerakan solo sebelum mudah memperdaya pertahanan dan penjaga gol Roma, Alisson Becker.",
"Masuk minit ke-71, Fred menggandakan jaringan buat Shaktar apabila sepakan percumanya terkena palang dan masuk menggegar jaring bagi memastikan tuan rumah di hadapan 2-1."
] | [
"UCL"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/ucl-sevilla-manchester-united-buntu-tanpa-jaringan/ | UCL: Sevilla-Manchester United buntu tanpa jaringan | [
"SEPANYOL, 22 FEB: Ketangkasan penjaga gol, David De Gea menyelamatkan maruah Manchester United apabila berjaya mengikat Sevilla tanpa jaringan dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.",
"Bersambung babak kedua, De Gea berjaya melakukan beberapa aksi mengagumkam untuk menafikan peluang pasukan tuan rumah yang menguasai 52 peratus perlawanan mencari gol pembukaan."
] | [
"UCL"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/rumah-mahal-apa-nasib-rakyat-tempatan/ | Rumah mahal, apa nasib rakyat tempatan? | [
"Saya ambil maklum kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa harga rumah kediaman di Malaysia kekal tidak mampu dimiliki kebanyakan isi rumah pada 2016, berikutan kegagalan pasaran menyediakan rumah mampu milik yang mencukupi.",
"1) Inilah keadaan yang amat membimbangkan rakyat Malaysia, mereka tidak mampu untuk membeli rumah yang berharga lebih daripada RM250,000. Sepatutnya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mencari jalan penyelesaian untuk masalah ini dan berbincang dengan pemaju untuk membina rumah mampu milik, bukannya rumah mampu tengok.",
"Bank pusat itu turut menjelaskan bahawa pertumbuhan pendapatan isi rumah tidak selari dengan peningkatan harga kediaman ekoran ketidakpadanan permintaan bekalan yang membimbangkan. Jjumlah harta kediaman yang tidak terjual di Malaysia juga berada pada paras tertinggi satu dekad, iaitu 146,4977 unit pada suku kedua 2017.",
"Malah, berlaku peningkatan daripada 130,690 unit pada suku pertama 2017. Ini bermakna hampir 82 peratus unit tidak terjual berharga melebihi RM250,000.",
"2) Lebih malang lagi di Melaka, kerajaan negeri mahu mewujudkan perumahan khas pekerja warga asing. Berdasarkan Laporan Perangkaan Separuh Tahun Pertama 2017 bagi status projek perumahan swasta di Melaka, bagi status perumahan lancar Jun 2017, bilangan projek adalah 82, unit rumah pula 13181 dan bilangan pembeli adalah 8273.",
"Bagi status perumahan lewat pula, bilangan projek adalah 10, unit rumah adalah 1066, dan bilangan pembeli sebanyak 892. Untuk status perumahan sakit pula, bilangan projek adalah 10, unit rumah pula adalah 1838, manakala bilangan pembeli adalah 942.",
"Ini statistik perangkaan perumahan untuk tahun lepas di negeri itu, betapa rakyat amat memerlukan rumah mampu milik, tetapi kerajaan negeri dibawah Umno BN sibuk ingin membina rumah untuk warga asing. Keadaan ini boleh di ibaratkan seperti ‘anak kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’.",
"3) Kebanyakan rakyat yang gagal untuk membeli rumah adalah terdiri daripada golongan anak-anak muda dan juga bagi mereka yang baru mendirikan rumah tangga. Antara sebabnya adalah kerana gaji mereka yang masih berada di paras sederhana dan rendah.",
"Selain itu, tekanan daripada kos sara hidup yang tinggi, bebanan hutang pendidikan iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membawa kepada kos harga barang semakin mahal.",
"4) Oleh sebab itu, saya minta agar pihak kerajaan yang prihatin ini untuk fokus terhadap rumah mampu milik dan membinanya mengikut purata pendapatan rakyat hari ini, terutamanya mereka yang golongan berpendapatan rendah.",
"Saya lihat dasar Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dan juga Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) juga bukan murah dan agak mahal, malah sebanding dengan perumahan mewah yang lain. Harganya pula dikatakan melebihi paras RM300,000 seunit. Bagaimana rakyat mampu beli?",
"5) Sehubungan dengan itu, sekiranya Pakatan Harapan menang dalam Pilihan raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan mendapat kepercayaan dan sokongan daripada rakyat, pastinya isu rumah mampu milik dilaksanakan sebaiknya.",
"Itu antara manifesto yang ditekankan oleh Pakatan Harapan sebelum ini. Pakatan Harapan telah mencadangkan kesemua badan perumahan berkanun digabungkan menjadi satu badan pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk menyediakan perumahan berpatutan dan berkualiti.",
"Inilah kegagalan kerajaan Umno BN yang tidak menepati janji untuk menyediakan 1.5 juta unit rumah mampu milik menjelang 2018. Ini sangat memalukan buat kerajaan Umno BN dan ini membuktikan parti pemerintah itu tidak layak untuk terus berada di Putrajaya."
] | [
"GST",
"rumah"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/cub-prix-rakam-tahniah-hafizh-syahrin-ke-motogp/ | Cub Prix rakam tahniah Hafizh Syahrin ke MotoGP | [
"SHAH ALAM, 22 FEB: Komuniti Kejuaraan Cub Prix merakamkan penghargaan atas kejayaan Hafizh Syahrin Abdullah selepas terpilih sebagai pelumba Monster Yamaha Tech 3 untuk kelas MotoGP 2018.",
"Kejayaan itu sekali gus memahat namanya selaku peluMba Malaysia dan Asia Tenggara pertama beraksi dalam kelas berkenaan, di pentas Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia.",
"“Seluruh komuniti Kejuaraan Cub Prix mengucapkan tahniah atas pencapaian sangat membanggakan ini, sekali gus membuktikan program pembangunan sukan permotoran negara berada di landasan tepat dan tidak ketandusan bakat yang mampu mengharumkan nama negara,” katanya dalam kenyataan.",
"Hafizh, 24, memulakan aksi profesional secara kompetitif seawal usia 13 tahun dalam perlumbaan satu pengeluar dijalankan Yamaha dan beliau terus membuktikan keupayaan luar biasa apabila mendominasi perlumbaan tempatan dan antarabangsa.",
"Bersama pasukan Raceline kendalian Barry Leong, Hafizh kemudian mencatat nama sebagai juara keseluruhan termuda bagi siri kelas Novis dan CP130 di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS diikuti pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa seperti Kejuaraan Motosikal Asia, Australia, Sepanyol sebelum melangkah ke pentas MotoGP.",
"Katanya, pencapaian Hafizh selama 10 tahun sejak pembabitan secara profesional dalam arena permotoran negara sehingga hari ini adalah antara contoh tiada jalan pintas untuk berjaya.",
"“Proses membangunkan seseorang atlet memerlukan masa dan sokongan pelbagai pihak serta tidak boleh dicapai dalam sekelip mata dengan perjalanan karier Hafizh dibantu sokongan Program Pembangunan Bakat PETRONAS.",
"“Tidak lupa juga kepada Zulfahmi Khairuddin yang dipilih menggantikan Hafizh Syahrin dalam kelas Moto2 dan Khairul Idham Pawi serta Adam Norrodin (Moto3),” katanya.",
"Beliau menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam ujian pra musim MotoGP di litar Buriram, Thailand dengan catatan masa cuma 1.7 saat, di belakang pelumba Repsol Honda, Dani Pedrosa."
] | [
"Hafizh Syahrin",
"MotoGP"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/akademi-bola-sepak-merah-kuning-cungkil-bakat-baru/ | Akademi Bola Sepak Merah Kuning cungkil bakat baru | [
"SHAH ALAM, 22 FEB: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) akan menganjurkan Akademi Bola Sepak Merah Kuning bagi membuka peluang kepada remaja mencungkil bakat dan minat mereka.",
"MDKL menerusi Facebook berkata, pendaftaran akan dibuat di Stadium Jugra, Teluk Datok, pada 24 dan 25 Februari ini bermula jam 8 sehingga 10 pagi.",
"“Ia diwujudkan bagi mencari bakat muda baru untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi, di samping memberi pendedahan program latihan dan pembangunan jangka masa panjang."
] | [
"Akademi Bola Sepak Merah Kuning",
"MDKL"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/msa-nafi-kerajaan-negeri-tak-bayar-prec-selangor-strongestman-and-woman-2017/ | MSA nafi Kerajaan Negeri tak bayar Prec Selangor Strongestman and Woman 2017 | [
"SHAH ALAM, 22 FEB: Persatuan Orang Kuat Malaysia (MSA) menafikan Kerajaan Negeri tidak membayar peruntukan program Prec Selangor Strongestman and Woman 2017.",
"Presidennya, Zainurizzaman Moharam Zack Rstar berkata, dakwaan pihak tertentu berhubung perkara itu adalah tidak benar kerana Kerajaan Negeri memberi kerjasama penuh dalam penganjuran program berkenaan.",
"“Saya berasa terkilan kerana ada pihak lain tidak memahami proses dan terbabit dengan perbincangan berhubung isu ini memainkan serangan juga sentimen tidak tepat sehingga menimbulkan fitnah.",
"“Kenyataan ini dibuat bagi membersihkan nama Kerajaan Negeri juga Exco Sukan, Amirudin Shari yang banyak membantu Selangor Strongestman sejak 2015, manakala PKNS Real Estate Sdn Bhd selaku penganjur utama dan penaja lokasi pertandingan serta saya sendiri bersama jenama Selangor Strongestman yang mulai mendapat tempat dalam kalangan pengiat bina badan juga orang kuat,” katanya dalam kenyataan.",
"Beliau berkata, hasil perbincangan bersama Amirudin pada awal Januari lalu membabitkan sejumlah peruntukan yang diluluskan bagi tujuan itu dan perkara berkenaan dianggap selesai.",
"Katanya, ia berbeza dengan situasi awal apabila dana Kerajaan Negeri habis disalurkan sepanjang tahun lalu dan akaun kewangan negeri juga melepasi tempoh proses ditetapkan.",
"“Bagaimanapun, Kerajaan Negeri tetap memberikan komitmen penuh untuk penggunaan jata Selangor, promosi melalui akhbar dan media sosial SelangorKini serta perkara lain berkaitan,” katanya."
] | [
"strongest prec"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/pemimpin-umno-harus-terima-hakikat-tak-berjaya-selesai-isu-tanah-di-ijok/ | Pemimpin UMNO harus terima hakikat tak berjaya selesai isu tanah di Ijok | [
"KUALA SELANGOR, 22 FEB: Pemimpin UMNO seharusnya memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Negeri selepas hampir 20 tahun isu rumah terbengkalai Alam Mutiara dan Alam Utama Bukit Cerakah dapat diselesaikan pimpinan kini.",
"Pengerusi Ahli Jawatankuasa Bertindak Rumah Terbengkalai Alam Mutiara daan Alam Utama Bukit Cerakah, Umar Ali Bashah berkata, segelintir pemimpin UMNO harus terima hakikat bahawa mereka tidak berjaya menyelesaikan masalah itu sejak 20 tahun lalu kerana terlalu mementingkan diri.",
"“Selepas penantian selama 20 tahun selesai, mengapa masih ada pemimpin UMNO yang pertikai sedangkan masalah ini berlaku ketika zaman mereka dan pemimpin ketika itu tidak dapat selesaikannya.",
"“Jika Selangor masih di bawah pemerintahan UMNO-Barisan Nasional, pasti tanah ini dilelong bank dan institusi pemberi pinjaman,” katanya ketika sidang media di Bukit Kuching Tengah, Jeram, di sini, pada 20 Februari lalu.",
"Umar berkata, hanya 987 peneroka daripada 1063 sahaja yang berhak mendapat rumah dan 76 peneroka selebihnya menjual lot rumah kepada pemaju lama.",
"“Selepas siapnya rumah itu, ia akan bernilai tidak kurang dari RM450,000. Ini bermakna kita mendapat wang pampasan dan aset keseluruhan berjumlah RM630,000,” katanya,",
"Beliau turut melahirkan rasa syukur kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali kerana berjaya menyelesaikan masalah itu hingga berjaya."
] | [
"Ijok",
"Tanah",
"Umno"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/bas-smart-selangor-pinda-laluan/ | Bas Smart Selangor pinda laluan | [
"SHAH ALAM, 21 FEB: Laluan Bas Smart Selangor di Puncak Alam dan Saujana Utama mendapat kelulusan pindaan terus ke MRT Sungai Buloh, baru-baru ini bagi kemudahan penduduk sekitar.",
"“Saya berharap penduduk setempat dapat menggunakan kemudahan disediakan Kerajaan Negeri dengan sebaiknya serta menjaga keadaan bas untuk manfaat jangka masa panjang,” katanya."
] | [
"Bas Smart Selangor",
"MDKL"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/mohon-jps-selangor-naikkan-papan-notis-bahaya-di-sungai-gasi/ | Mohon JPS Selangor naikkan papan notis bahaya di Sungai Gasi | [
"SHAH ALAM, 21 FEB: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor diminta menaikkan papan notis di kawasan yang dikhuatiri tidak selamat untuk melakukan sebarang aktiviti di Sungai Gasi, berdekatan Kem Sungai Buloh.",
"Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, cadangan untuk menaikkan papan notis bahaya itu akan diusulkan kepada pihak JPS Selangor dalam usaha mengelak kejadian sama berulang.",
"“Ini adalah kejadian pertama berlaku di kawasan itu sejak 2013. Saya juga akan membangkitkan perkara ini dalam sidang Dewan Negeri Selangor yang akan diadakan kelak.",
"“Selain itu, saya memohon Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, mengambil perhatian dengan menjalankan sebarang tindakan bagi memastikan keselamatan penduduk dan orang ramai di kawasan itu,” katanya kepada SelangorKini.",
"Mohd Khairuddin turut menasihatkan penduduk dan orang ramai supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti di kawasan yang berisiko dalam keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa ini.",
"“Jika mahu memancing atau membuat aktiviti riadah lain, boleh lakukannya di kawasan selamat dan perlu lebih prihatin dengan keadaan sekeliling,” katanya.",
"Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang, 19 Februari lalu, lima maut manakala tiga lagi terselamat selepas dibawa arus deras ketika memancing di Sungai Gasi.",
"Mangsa yang terkorban ialah Hashir, 38, seorang warga Indonesia manakala empat lagi iaitu Jamaluddin Rapawi,14; Silawati Zailan, 31; Jeleha Hashim, 48 dan Rapawi Jum’ada, 37, adalah warga tempatan.",
"Tiga yang terselamat iaitu Rizal Mad Desa, 31; Syamsul Azhar Ismail, 33 dan Taib Asik, 31, sempat menyelamatkan diri setelah menyedari kehadiran kepala air dari hulu sungai itu.",
"Susulan penemuan semua mangsa, pos kawalan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditutup pada 6.30 petang semalam, selepas hampir 24 jam beroperasi."
] | [
"lemas"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/mdkl-anjur-mini-karnival-usahawan-belia-2018/ | MDKL anjur Mini Karnival Usahawan Belia 2018 | [
"SHAH ALAM, 21 FEB: Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program Mini Karnival Usahawan Belia 2018 anjuran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), di Tasik Taman Banting Baru, pada 24 dan 25 Februari ini.",
"MDKL dalam kenyataan di Facebook berkata, orang ramai turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik, termasuk ‘autoshow’, bayi sihat dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak."
] | [
"MDKL"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/plagiat-murah-maruah-penulis-bangkai/ | Plagiat: Murah maruah penulis bangkai | [
"TERLALU mengagungkan pengiktirafan karya, itulah masalah terbesar segelintir penulis muda. Sebilangan mereka mengambil jalan pintas untuk memperoleh pengiktirafan dengan sewenang-wenangnya mencuri atau memplagiat karya orang lain hingga menggadai prinsip keluhuran dalam penulisan. Ada antara mereka melihat bahawa kemenangan dalam sayembara dan penyiaran karya dalam media sebagai kejayaan terbesar sesebuah karya.",
"Paling menggusarkan, ada karya palsu dihantar ke pertandingan demi mendapat pengiktirafan tertinggi. Begitu murah maruah dan nilai sesebuah karya. Sebenarnya, tiada jalan pintas untuk menjadi penulis yang baik. Jauh sekali tiru “sebijik-sebijik” kemudian mewartakannya sebagai karya tulen. Setiap penulis harus mengerti betapa plagiat adalah suatu pengkhianatan dan jenayah terbesar dalam penulisan.",
"Seseorang penulis perlu punyai daya disiplin dalam pengkaryaan. Apa jua dorongan menulis sama ada sedar ataupun tidak, seseorang penulis harus banyak membaca, menelaah, berbahas, mengembara untuk memancing bauran ilham dan menggarap idea. Bukannya mencuri dan memplagiat karya penulis lain.",
"Keizzahan sebuah karya bukan terletak pada pengiktirafan dan penghargaan semata-mata, tetapi “kemanisannya” pada liku-ranjau proses penulisan hingga menjadikannya sebuah karya yang baik. Sasterawan Negara A Samad Said sendiri mengakui, beliau mengambil masa lebih dua tahun untuk menyiapkan Cinta Fansuri. Inilah kemanisan yang dikecapi di sebalik penerbitan sesebuah karya.",
"Dalam penulisan kreatif, mengilhami hasil karya yang sudah tercipta bukan suatu kesalahan terutama dalam memahami falsafah, melukis perwatakan dan merangka konflik; bahkan A Samad Said menjadikan karya The East of Eden dan Di Bawah Lindungan Kaabah sebagai sumbu ilham dan imaginasi. Namun, ia perlulah disingkapi dengan penuh disiplin, halus dan insaf.",
"Hari ini, walaupun tidak banyak, kita masih boleh berbangga dengan karya-karya baharu yang subur menjalar di media hasil garapan penulis muda. Akan tetapi, apalah ertinya selautan karya sekalipun jika “mata airnya” adalah penipuan, “batu-batu karangnya” adalah korupsi, dan dosa-dosa menjadi “ikan-ikan” dalam lautan sastera. Kerana itu, penulis muda baharu yang mencuri dan memplagiat perlu insaf betapa perbuatan itu hanya menggali kubur sendiri dan menunggu detik ditalkinkan dari dunia penulisan. Tambahan lagi jika karya-karya palsu dilonggok dalam sayembara yang dibarisi penulis jujur, hasil plagiat itu bakal jadi “bangkai” yang membusuk.",
"Ketika berita tentang seorang penulis muda yang “kantoi” mempersembah karya palsunya dan menang sayembara anjuran kumpulan penulis di sebuah negeri di timur tanah air dan menular sehari dua ini, saya membacanya dengan penuh kecewa. Saya membaca kedua-dua “sajak curi” dan “sajak asli”, langsung tiada diubah. Semuanya dipetik “sebijik-sebijik”. Kemudian membaca siaran (posting) peribadinya tentang kejayaannya merangkul tempat dalam sayembara tersebut di Facebook, ternyata tidak sedikitpun tercuit rasa bersalah. Malah berbangga seolah-olah ia hasil usahanya sendiri.",
"Kegusaran saya terlahir atas dua faktor: Pertama, “keikhlasan” segelintir anak muda dalam membaca buku dan material sastera bukan lagi untuk bekalannya belakang hari dalam penulisan tapi sekadar mencedok dan memberi kredit kepada dirinya sendiri. Korupsi “baca dan ciplak” jika tidak diinsafi akan membungkam potensi dan identiti seorang penulis. Entah berapa ramai penulis muda yang “mati” dalam dunia penulisan sebelum sempat mereka mencabar diri mereka sendiri dalam penulisan. Semuanya habis mati kerana ketiadaan prinsip intergriti mereka dalam penulisan. Saya masih percaya ada antara mereka yang benar-benar minat menulis tapi dek gila akan kemasyhuran, pujian dan pengiktirafan telah memabukkan mereka, lantas menjauhkan mereka dari prinsip yang seharusnya berakar umbi dalam diri setiap penulis.",
"Yang kedua, konflik jurang antara penulis baharu dan penulis senior semakin membundak. Semasa saya dan Johan Radzi, penulis muda dengan antologi cerpen Tinju dan Peluru bersembang soal penulisan, kami ada berbincang hal senioriti yang benar-benar berlaku dalam dunia sastera secara langsung mahupun tidak. Masalah sikap penulis senior yang kurang mahu mengetengahkan penulis muda dan kekakuan penulis muda dalam penulisan adalah antara penyebab krisis kedua-dua “kelompok” ini. Lebih merisaukan, apabila membaca berita ciplak sajak menular tempoh hari adalah; soal percaya dan rasa hormat antara dua generasi penulis ini. Baik penulis senior, mahupun penulis muda, masing-masing punyai gagasan tersendiri. Akan tetapi apabila isu “ciplak” berlaku pada peringkat tinggi seperti gabungan penulis muda negeri, akan ada parut tanggapan kurang enak terhadap potensi penulis baharu. Lebih-lebih lagi, penulis-penulis muda yang baru setahun jagung bertatih dalam penulisan.",
"Secara prinsip, apa jua jenis karya yang dikenal pasti diplagiat harus ditarik balik penganugerahan dan pengiktirafannya. Malah pelakunya perlu dihukum (jika perlu) ataupun setidak-tidaknya teguran keras atas perbuatannya yang mencemar dunia sastera. Tindakan itu penting untuk memastikan perkara memalukan tinta kesusasteraan negara tidak berulang, baik dari tangan pelaku tersebut ataupun orang lain. Penganjur sayembara perlu sentiasa waspada agar karya yang dipertanding “terbang dengan sayap tulen” dan bukan atas keringat orang lain.",
"Masyarakat penulis perlu sedar Ranjau Sepanjang Jalan lahir dari tangan insan yang benar-benar belajar dari kesusahan, Imam lahir dari pengalaman orang yang merantau, Salina lahir dari tangan anak muda yang berani mencabar diri menulis dari subuh hingga ke subuh, Detik-Detik Cemas lahir dari tangan orang yang betul-betul masak dengan ideologi. Semua karya itu lahir dari penulis yang punyai intergriti dan kesungguhan tinggi. Penulis harus bertatih dari bawah. Penulis usah gilakan kemahsyuran. Jauh sekali “gila” mencuri karya orang lain dan berbangga pula dengan perbuatannya.",
"Jauh di sudut hati juga, saya berharap masyarakat penulis seperti pembaca, penulis, editor, persatuan penulis, agensi kerajaan berkaitan penerbitan tidak hanya berdiam diri, sebaliknya sama-sama bersuara lantang mengekang penipuan khususnya plagiat."
] | [
"HSS"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/nasib-aktivis-adam-adli-ditentukan-esok/ | Nasib aktivis Adam Adli ditentukan esok | [
"Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Adam adalah ikon anak muda berwawasan dan mempunyai jati diri yang cekal.",
"Nik Nazmi berkata, Akta Hasutan harus dimansuhkan tanpa mengira sesiapa sahaja kerana ia bertentangan prinsip-prinsip kebebasan dan keadilan yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan.",
"“Selain itu, penggunaan Akta Hasutan kini tertumpu kepada pembangkang atau aktivis yang lantang mengkritik UMNO-Barisan Nasional (BN) harus dipersoal, kerana kegunaannya bersifat terpilih,” katanya dalam kenyataan.",
"Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pernah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan, namun akhirnya membuat pusingan-u dan tunduk kepada tekanan UMNO untuk mengekalkannya.",
"“Kerajaan UMNO-BN haruslah berhenti mengugut rakyat dan menjawab segala persoalan yang disuarakan dengan hujah dan fakta. Kami menggesa pihak kerajaan untuk berhenti berselindung di sebalik undang-undang lapuk itu,” katanya.",
"Antara individu terbabit termasuklah Nik Nazmi, aktivis Adam Adli dan Hishamuddin Rais serta kartunis Zunar, yang dikenakan di bawah pendakwaan Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Perhimpunan Aman."
] | [
"Adam Adli"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/visual-lama-tiada-pengumuman-pm/ | Visual lama tiada pengumuman PM | [
"KUALA LUMPUR 21 FEB: Astro Awani mengesahkan gambar yang memaparkan laporan bahawa sidang media khas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 11.30 pagi adalah laporan pada tahun 2013.",
"Sebelum ini tular berita di media sosial berkenaan pengumuman PM pada hari ini yang dikatakan ada kaitan dengan perkembangan berkenaan Pilihan Raya Umum ke-14."
] | [
"PM"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/kerja-meroboh-plaza-tol-batu-tiga-bermula/ | Kerja meroboh Plaza tol Batu Tiga bermula | [] | null |
https://selangorkini.my/2018/02/selangorkini-21-27-feb-2018/ | SelangorKini 21 – 27 Feb 2018 | [] | null |
https://selangorkini.my/2018/02/jangan-mudah-percaya-suplemen-tambahan-untuk-minda/ | Jangan mudah percaya suplemen tambahan untuk minda | [
"SHAH ALAM, 21 FEB: Kewujudan pelbagai produk makanan tambahan seperti produk untuk membantu menguatkan IQ atau minda sebenarnya tidak wujud sama sekali.",
"Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi, Rafidah Abdullah melalui catatan twitternya berkata, penggunaan produk itu yang semakin meningkat di Malaysia banyak mempengaruhi masyarakat pada masa kini.",
"“Hentikan mempercayai produk-produk mengarut untuk kanak-kanak, remaja. Bayi memang sah tak boleh. Jadi, jika nak pandai dan berjaya, bukan harapkan produk minda.",
"“Usaha tangga kejayaan..takkan ada kejayaan akademik atau apa pun yang datang bergolek. Produk sebegitu tidak menjadikan mereka pandai. Itu bukan caranya,” katanya.",
"“Dia sudah ada tiga ijazah, sekarang tengah berusaha untuk PHD dan bakal menjadi Pakar Bedah tidak lama lagi. Antara ‘top surgical trainee’ di United Kingdom.",
"“Amalina juga antara individu yang sentiasa berusaha, sangat bekerja keras yang pernah saya kenali. Komitmen dan kesungguhan beliau sangat tinggi dan paling penting, dia tidak mengambil sebarang suplemen atau produk,” katanya.",
"“Pengambilan produk yang tidak pasti keberkesanannya ini hanya akan menambahkan beban kepada organ sahaja. Namun, sekiranya ingin mengambil makanan sunnah, boleh diteruskan tetapi bukanlah yang telah diproses menjadi produk.",
"“Kita sendiri pun perlu ambil tahu dan prihatin dengan perkara seperti ini bagi mengelakkan gangguan kesihatan kepada diri sendiri ataupun orang sekeliling kita,” katanya.",
"Produk itu mudah didapati di mana-mana sahaja kedai menjual suplemen atau makanan tambahan dengan rata-rata penjual mendakwa produk berkenaan adalah yang terbaik.",
"Ia biasanya didakwa berfungsi sebagai agen pemutih kulit, anti-penuaan, membantu mencerdaskan badan dan ada juga yang didakwa berfungsi untuk meningkatkan tahap IQ seseorang."
] | [
"Produk Minda",
"Suplemen"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/harga-minyak-global-susut-dolar-stabil/ | Harga minyak global susut, dolar stabil | [
"SINGAPURA 21 FEB: Harga minyak jatuh hari ini, dipengaruhi oleh pergerakan dolar Amerika Syarikat (AS) yang semakin stabil selepas mencecah paras rendah tiga tahun, minggu lalu.",
"REUTERS melaporkan niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS pada AS$61.37 setong pada 0144 GMT, susut 42 cents, atau 0.7 peratus daripada penutup sebelumnya.",
"Peniaga berkata, penurunan didorong oleh pemulihan dalam dolar, yang mana berpotensi untuk mencetuskan permintaan bahan api berikutan import minyak dalam dolar adalah lebih mahal bagi negara yang menggunakan mata wang lain."
] | [
"Minyak"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/mbsa-sedia-44-saluran-pembayar-cukai-taksiran/ | MBSA sedia 44 saluran pembayar cukai taksiran | [
"SHAH ALAM, 21 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan 44 saluran pembayaran bagi memudahkan pemegang harta menjelaskan cukai taksiran untuk penggal pertama.",
"Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, inisiatif itu adalah bagi memudahkan orang ramai menjelaskan cukai taksiran sebelum atau pada 28 Februari ini.",
"“MBSA berharap semua pemegang harta dapat menunaikan tanggungjawab ini bagi membantu MBSA menguruskan kutipan sampah domestik, pembersihan kawasan dan menyelenggara infrastruktur awam seperti jalan, lampu jalan, longkang serta membina lebih banyak taman-taman awam dan taman permainan.",
"“Melalui kutipan cukai taksiran ini juga MBSA dapat menguruskan bandar raya Shah Alam dengan lebih cekap dan efisyen sekaligus dapat memberi keselesaan, kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat yang bermastautin di bandar raya Shah Alam khususnya,” katanya dalam kenyataan.",
"Antara perkhidmatan saluran pembayaran terasuk pembayaran di Kaunter Utama, Wisma MBSA dan juga Pejabat Cawangan MBSA di Kota Kemuning, Sungai Buloh dan Setia Alam.",
"Selain itu, pemegang harta boleh membayar di pusat agensi setempat iaitu Pejabat Pos di kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selain melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (secara tunai sahaja), Ambank (secara ATM sahaja), Bank Muamalat dan Bank Rakyat (secara tunai atau ATM), Affin Bank dan Agro Bank (secara tunai atau cek) dan di Bank Islam (secara tunai /cek /ATM)."
] | [
"MBSA"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/yide-hulur-sumbangan-kecemasan-maahad-tahfiz-terbakar/ | YIDE hulur sumbangan kecemasan Maahad Tahfiz terbakar | [
"DENGKIL, 21 FEB: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menyampaikan sumbangan ‘Ad-Hoc’ wang tunai kepada Tahfiz Madrasatul Quran Al-Ridzuan, yang terbakar baru-baru ini.",
"Bangunan itu baru sahaja dicat semula dan digantikan bumbung baharu kira-kira dua bulan lalu, untuk dijadikan penempatan sementara pelajar tahfiz berkenaan kerana bangunan Madrasatul Quran Al-Ridzuan sebelum ini terlibat dalam kebakaran pada Januari 2016."
] | [
"YIDE"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/ucl-bayern-munich-berpesta-gol-atasi-besiktas-5-0/ | UCL: Bayern Munich berpesta gol atasi Besiktas 5 – 0 | [
"MUNICH, 21 FEB: Dua gol Thomas Muller dan Robert Lewandowsk memastikan Bayern Munich berpesta jaringan mengatasi Besiktas 5 – 0 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Allianz Arena, di sini.",
"Dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan itu, tuan rumah mengambil kesempatan atas kekurangan skuad dari Turki apabila pemainnya, Domagoj Vida diperintahkan keluar padang akibat kekasaran terhadap Robert Lewandowski.",
"Skuad Jupp Heynckes memulakan jaringan melalui Thomas Muller pada dua minit terakhir babak pertama berpunca daripada larian dari sebelah kanan pintu gol Besiktas dengan percubaan melepasi penjaga gol, Fabricio.",
"Memasuki babak kedua, Bayern Munich terus rancak melancarkan serangan mengucar kacirkan pertahanan skuad pelawat dan Kingsley Coman (m53) mencipta jaringan kedua hasil hantaran lintang Lewandowski."
] | [
"UCL"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/ucl-chelsea-barcelona-terikat-di-stamford-bridge/ | UCL: Chelsea, Barcelona terikat di Stamford Bridge | [
"LONDON 21 FEB: Chelsea dan Barcelona terikat 1 – 1 dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stamford Bridge, di sini.",
"Namun kecemerlangan penjaga gol tuan rumah, Thibaut Courtois dan pelawat, Marc-Andre ter Stegen, memastikan keputusan tidak berubah pada separuh masa pertama.",
"Pemain Brazil, Willian, mengubah suasana dengan jaringan gol pada minit ke-62 buat skuad Antonio Conte mendahului Barcelona, hasil percubaan dari luar kotak penalti.",
"Kedudukan 1-1 memberi kelebihan buat Barcelona dengan gol di tempat lawan, dengan kedua pasukan akan bertemu semula dalam perlawanan kedua di Nou Camp, 15 Mac ini."
] | [
"Barcelona",
"UCL"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/seni-politik-azmin-indah-bijak-tepis-kemelut/ | Seni politik Azmin indah, bijak tepis kemelut | [
"SHAH ALAM, 21 FEB: Kebijaksanaan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyelesaikan kemelut dalaman pentadbiran negeri seperti dicanang seteru politiknya membuktikan kredibiliti beliau sebagai pemimpin masa depan negara.",
"Penganalisis politik, Mohd Sayuti Omar berkata, Dato’ Menteri Besar itu tidak betah, mahupun melatah ketika wujudnya pelbagai tekanan pihak luar terhadap kepimpinan negeri yang diterajuinya.",
"“Seni politik Azmin halus dan indah. Beliau tidak memecat (pimpinan negeri) kerana maslahat politik yang digunakan alasan sebab mereka dipilih oleh rakyat.",
"“Beliau sebagai bahu yang memikul tahu masalah dan risikonya. Apa yang tidak mahu dilihat ialah kerajaan pimpinannya kemelut dan berkecamuk,” katanya.",
"Bagaimanapun selepas melihat perkembangan senario politik di Selangor, Sayuti mencadangkan Mohamed Azmin lebih berhati-hati menyusun strategi jangka panjang untuk mengekalkan kepimpinannya, di Selangor.",
"“Beliau hanya perlu memberi sedikit tumpuan menyusun Pakatan. Perkara utama ialah menyelesaikan pengagihan kerusi DUN dan jika beliau dapat melakukan itu, martabat dan imej politiknya sebagai pemimpin terus bersinar."
] | [
"Dato' Seri Mohamed Azmin Ali"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/bursa-malaysia-dibuka-rendah-dow-dan-sp-500-jatuh/ | Bursa Malaysia dibuka rendah, Dow dan S&P 500 jatuh | [
"BERNAMA melaporkan Wall Street menamatkan rali enam hari selepas prestasi tidak memberangsangkan yang direkodkan oleh Walmart Inc, serta larangan jualan saham teknologi.",
"Pada jam 9.08 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) adalah 2.95 mata lebih rendah pada 1,857.20, selepas dibuka 1.94 mata lebih rendah pada 1,855.38 daripada 1,855.99, penutup semalam.",
"Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 138 berbanding 104, manakala 182 kaunter tidak berubah, 1,476 tidak diniagakan dan 29 lain digantung.",
"Sementara itu, Dow dan S&P 500 jatuh bagi menamatkan kenaikan enam sesi berturut apabila berlaku penurunan ketara di Walmart, namun keuntungan di Amazon dan saham mewah membantu Nasdaq untuk kekal tidak berubah.",
"REUTERS melaporkan Walmart, rangkaian peruncit terbesar dunia melaporkan keuntungan lebih rendah daripada jangkaan dan mencatatkan penurunan mendadak dalam pertumbuhan jualan atas talian sepanjang tempoh cuti umum.",
"Manakala S&P 500 hilang 15.96 mata, atau 0.58 peratus kepada 2,716.26 dan Komposit Nasdaq susut 5.16 mata, atau 0.07 peratus kepada 7,234.31."
] | [
"Bursa Malaysia"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/mits-kelima-tampung-keperluan-pelajar/ | MITS kelima tampung keperluan pelajar | [
"CYBERJAYA 21 FEB: Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan membina sebuah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITS) pada tahun ini, bagi memenuhi keperluan pelajar dalam pendidikan agama Islam.",
"Pengarah JAIS, Dato’ Haris Kasim, berkata pendidikan aliran agama kini mendapat perhatian istimewa ibu bapa dan jumlah peningkatan pelajar ke MITS menjadikan keperluan bagi penambahannya.",
"“Pada tahun lalu, seramai 1,016 pelajar berjaya mendaftar diri di empat MITS manakala tahun ini berlaku peningkatan apabila 1,031 iaitu 545 pelajar lelaki dan 486 pelajar perempuan mendaftar.",
"“Dengan peningkatan jumlah permintaan ke MITS, Kerajaan Negeri bersetuju membina MITS kelima di Pandan, pada tahun ini,” katanya dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran 1439H/2018M peringkat Selangor di sini, semalam.",
"Katanya, jumlah kemasukan ke Sekolah Agama Menengah (SAM) juga menunjukkan peningkatan di Selangor dengan 3,528 pelajar pada tahun ini berbanding 3,456 pelajar tahun lalu dan peningkatan kemasukan itu adalah melebihi berbanding tawaran disediakan JAIS.",
"‘Majlis tilawah dan menghafaz Al-Quran diadakan ini bukan sahaja untuk meningkatkan mutu bacaan dan menghafaz Al-quran di kalangan peserta tetapi juga bermatlamat agar umat Islam dapat menghayati isi kandungan ayat suci Kalamullah disampaikan huffaz dan dilagukan qari dan qariah,’ katanya.",
"Hadir sama, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi mewakil Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya."
] | [
"MITS"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/taufan-gita-hampir-1000-pelancong-terkandas-di-new-zealand/ | Taufan Gita: Hampir 1,000 pelancong terkandas di New Zealand | [
"WELLINGTON 21 FEB : Hampir 1,000 pelancong dilaporkan terkandas di Teluk Emas di sini selepas saki baki Taufan Gita melanda rantau itu, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.",
"Menurut pihak berkuasa, mereka sedang menimbangkan kemungkinan untuk menghantar feri bagi mengeluarkan semua pelancong dari pulau terpencil terbabit kerana lebuh raya utama terhalang sepenuhnya akibat tanah runtuh.",
"Walaupun semakin melemah, kekuatannya masih berupaya menyebabkan kerosakan ketika melanda negara ini malam tadi bersama kelajuan angin 140 kilometer sejam (kmh) dan hujan lebat."
] | [
"New Zealand",
"Taufan Gita"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/prinsip-fastabiqul-khairat-pastikan-pentadbiran-negeri-telus/ | Prinsip fastabiqul khairat pastikan pentadbiran negeri telus | [
"Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata pendekatan melalui prinsip itu dipraktikkan Kerajaan Negeri seperti mana dinyatakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ketika menbentangkan Belanjawan 2018 negeri pada akhir tahun lalu.",
"“Prinsip fastabiqul khairat iaitu berlumba-lumba mengerjakan kebaikan, bukan sahaja perlu menjadi prinsip kehidupan bahkan perlu mendasari segala usaha pemerintahan termasuk menganjurkan perdamaian, memperkukuhkan ukhwah dan mengintai muafakat.",
"“Dalam pentadbiran negeri, tatakelola baik adalah salah satu tonggak kebaikan kerana melaluinya amalan ketelusan dan kebertanggungjawaban menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negeri dan rakyat,” katanya.",
"Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian ketika mewakili Dato’ Menteri Besar dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran 1439H/2018M peringkat Selangor di sini, semalam.",
"Berhubung majlis itu, katanya, ia majlis tahunan Kerajaan Negeri sebagai usaha mengembangkan syiar Islam dan menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan dan inspirasi dalam kehidupan termasuk perencanaan dalam dasar pentadbiran negeri.",
"“Membaca Al-Quran adalah satu tuntutan dan tilawah diadakan bukan sahaja satu ibadah yang menggilap kerohanian tetapi juga satu seni muqaddas yang teragung dan terus segar di kalangan umat Islam."
] | [
"Tilawah Al-Quran"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/semua-mangsa-tragedi-sungai-gasi-berjaya-ditemui/ | Semua mangsa tragedi Sungai Gasi berjaya ditemui | [
"SHAH ALAM, 20 FEB: Kesemua mangsa hanyut ketika memancing di Sungai Gasi berhampiran Kem Sungai Buloh semalam, berjaya ditemui dengan penemuan mangsa terakhir pada petang ini.",
"Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, mangsa kelima ditemui kira-kira jam 4.35 petang tadi, dikenal pasti sebagai Rapawi Jum’ada, 37 tahun.",
"Katanya, mangsa ditemui kira-kira 24 kilometer dari lokasi kejadian setelah pasukan mencari dan menyelamat (SAR) melakukan operasi di luar lokasi pencarian awal.",
"Sebelum itu, mangsa keempat dikenali sebagai Jeleha Hashim, 48, ditemui berhampiran Desa Coalfields, kira-kira 19 kilometer dari lokasi kejadian pada 3.45 petang tadi.",
"Katanya, kedua-dua mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat manakala operasi pencarian yang bermula sejak semalam juga ditamatkan.",
"Manakala dua lagi mangsa, iaitu Hashir, 38 dan Jamaluddin Rapawi, 14, masing-masing ditemui pada jam 9.50 malam tadi dan 1.26 pagi tadi."
] | [
"lemas",
"Sungai Gasi"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/pkns-fc-sokong-fam-jayakan-liga-m/ | PKNS FC sokong FAM jayakan Liga M | [
"SHAH ALAM, 20 FEB: PKNS FC sentiasa komited dan menyokong segala usaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi memastikan Liga Malaysia (Liga M) dijalankan secara profesional.",
"Sehubungan itu, Presidennya, Siti Zubaidah Abd Jabar, berkata pihaknya menyambut baik sebarang pembaharuan direncanakan dan menghormati Perkongsian Terhad Liabiliti Bolasepak Malaysia (FMLLP) yang mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP).",
"“Untuk makluman, PKNS FC adalah pasukan pertama mengesahkan penyertaan Liga Super 2018 dan sebelum ini tidak pernah gagal dalam mematuhi peraturan ditetapkan.",
"“Oleh itu, kita mengambil iktibar dari isu ini dan komited untuk meningkatkan kompetensi pengurusan kelab di masa akan datang selaras dengan aspirasi FAM untuk mentadbir kelab secara Profesional,” katanya dalam kenyataan.",
"Beliau berkata, PKNS FC menghargai kerjasama FMLLP bagi menyelesaikan perkara berkaitan pendaftaran pasukan dan telah mengemukakan dokumen berkaitan kepada FMLLP pada 19 Februari lalu.",
"“Dengan rendah hati, kita memohon maaf di atas kesulitan yang timbul kepada pentadbir bola sepak Malaysia dan sentiasa menyokong usaha Presiden FAM, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk memastikan Liga M berjalan secara profesional,” katanya.",
"Siti Zubaidah mengesahkan PKNS FC menerima emel daripada FMLLP, 15 Februari lalu, berhbung pengesahan pendaftaran pasukan membabitkan borang seperti Surat Selesai Bayaran/Tunggakan Gaji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Perkeso, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan denda.",
"Baru-baru ini, FMLLP memaklumkan PKNS FC bersama Selangor adalah dua pasukan dari Liga Super yang melengkapkan pendaftaran selepas tarikh ditetapkan selain MIFA dan UKM FC dari Liga Perdana.",
"Dua pasukan lain dari Liga Super, Kelanta dan Kuala Lumpur gagal melengkapkan dokumen pendaftaran bersama empat pasukan Liga Perdana, Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA dan PDRM.",
"FMLLP melanjutkan tarikh penghantaran dokumen sebanyak dua kali selepas tarikh asal pada 29 Disember 2017 iaitu pada 14 Januari dan kemudian 3 Februari lalu."
] | [
"PKNS FC"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/gara-gara-karikatur-najib-muka-depan-majalah-gila-gila/ | Gara-gara karikatur Najib muka depan majalah Gila-Gila | [
"SHAH ALAM, 20 FEB: Tanpa usul periksa, Kartunis terkenal, Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon menjadi mangsa kecaman segelintir netizen di laman sosial facebook.",
"Kecaman itu dibuat apabila muka hadapan majalah humor popular, Gila-gila bagi keluaran Februari 2018 memuatkan karikatur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang seolah-olah yang berpeluh memikirkan bilakah Pilihan Raya Umum Ke-14 patut diadakan.",
"“Pekombangan (perkembangan) politik pun den tak ambik tahu. Alih-alih keluar hutan kono (kena) tibai dek penyokong Umno sobab (sebab) cover majalah Gila-Gila bulan ini,” tulisnya dalam loghat Negeri Sembilan.",
"“Budak Umno dengan benda macam ini pun boleh rasa tergugat ke? Rasanya Gila-Gila dari dulu ada kartun yang mempersendakan ahli politik dalam dan luar negara,” tulis Tengku Zulhafeez Tengku Aziz.",
"“Takkan goyang kot? Aku tengok okey aja. Tak ada sensitif pun. Aku lagi suka baca buku ini dari baca risalah ideologi macai politik.",
"“Siapa yang makan dedak lebih sangat tu, ini aku nak bagi tahu, dalam kubur nanti tak tanya PM kau siapa tapi dia tanya tuhan kau siapa,” tulis pemilik akaun yang menamakan dirinya sebagai Dino Adrian Evanz",
"“Nak sentap apanya? Benak betullah. Ini cuma menggambarkan PM yang gusar kerana cabaran PRU kali ini begitu besar bagi beliau dan parti beliau.",
"“Masa pun makin suntuk. Ini humor ringan yang tak patut sesiapa sentap dengannya. Janganlah menangguk di air keruh,” tulis Salahuddin Ibrahim pula.",
"Karikatur Najib di muka hadapan majalah Gila-gila itu memaparkan ‘Najib’ sedang mencangkung di dalam sebuah bilik sambil diintai beberapa watak lain yang dipercayai sebagai petugas media.",
"‘Najib’ dalam lakaran itu digambarkan menghadap dinding yang dilekatkan kalender tahun 2014, 2015, 2016 dan 2017 yang dipangkah sambil berkata di dalam hati, “Aduh! Bila nak letak tarikh PRU-14 ni?”"
] | [
"PRU 14"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/roboh-plaza-tol-batu-tiga-selesai-hujung-tahun/ | Roboh Plaza Tol Batu Tiga selesai hujung Mac | [
"SHAH ALAM, 20 FEB: Kementerian Kerja Raya menjangkakan kerja-kerja perobohan struktur binaan Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam akan diselesaikan selewat-lewatnya pada 28 Mac ini.",
"Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara itu telah dimaklumkan PLUS Malaysia Berhad kepada pihak kementerian dan ketika ini proses pengalihan aset membabitkan peralatan tol, papan tanda dan sebagainya giat dijalankan sebelum perobohan struktur fizikal bermula.",
"“Sekarang ini, PLUS sedang dalam proses mengalihkan aset-aset mereka dari kawasan itu dan apabila telah sempurna, barulah kerja-kerja meroboh struktur bangunan dapat dibuat.",
"“Kita turut dimaklumkan bahawa program pengurusan trafik juga akan dijalankan bagi memastikan aliran trafik tidak terganggu semasa kerja-kerja perobohan dilaksanakan,” katanya lapor Bernama.",
"Sebelum ini, terdapat kenyataan daripada segelintir pihak terutama pengguna lebuh raya berkenaan yang mahu plaza tol itu dirobohkan selepas berlaku beberapa kemalangan meragut nyawa.",
"Kemalangan terbaru berlaku pada awal pagi semalam, melibatkan mangsa, Fathurezza Khoirul Huda Halimsuyto, 31, dan rakannya, Noor Hidayah Mohamed Rezmi, 27, yang maut ditempat kejadian ekoran kecederaan parah di kepala dan seluruh badan.",
"Manakala, kemalangan pertama dilaporkan berlaku membabitkan tiga remaja yang menaiki Perodua Kancil dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang, pada 14 Januari lalu.",
"Kejadian itu turut mengorbankan dua daripadanya, sementara seorang lagi cedera parah dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut."
] | [
"Plaza Tol Batu Tiga"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/mbsa-kompaun-premis-bina-tanjakan-haram/ | MBSA kompaun premis bina tanjakan haram | [
"SHAH ALAM, 20 FEB: Tujuh kompaun dikeluarkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kepada tiga premis atas kesalahan membina tanjakan tanpa kebenaran.",
"Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, kompuan dikeluarkan menerusi Operasi Bersepadu Memecah Tanjakan, di Jalan Sungai Rasau, Seksyen 32, 15 Februari lalu.",
"“Penggunaan tempat letak kereta tanpa kebenaran untuk tujuan perniagaan merupakan satu kesalahan di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133),” katanya dalam kenyataan.",
"“Tindakan tegas termasuk memecahkan tanjakan dan kompaun akan dikenakan kepada pemilik premis yang ingkar dan membina tanjakan haram dihadapan premis mereka,” katanya."
] | [
"Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/abim-kutuk-tahanan-ke-atas-tariq-ramadan/ | ABIM kutuk tahanan ke atas Tariq Ramadan | [
"SHAH ALAM, 20 FEB: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengutuk tindakan penahanan dan pendakwaan pihak berkuasa Perancis ke atas Prof Dr Tariq Ramadan.",
"“ABIM terganggu dengan tindakan dan pendakwaan dilakukan Perancis yang mengabaikan keterangan diberikan beliau sebagai alibi kukuh dan meyakinkan untuk membersihkan namanya,” katanya.",
"Baru-baru ini, Dr Tariq dimasukkan ke hospital selepas ditahan dalam tahanan selama 18 hari yang dituduh melakukan salah laku seksual oleh pihak berkuasa Perancis.",
"Mohamad Raimi berkata, Barat tidak boleh menafikan sumbangan Dr Tariq dalam usaha untuk membendung perpecahan tidak menentu antara masyarakat Barat dan dunia Islam."
] | [
"Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)",
"Prof Dr Tariq Ramadan"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/mayat-ketiga-pemancing-hanyut-di-sungai-gasi-ditemui/ | Mayat ketiga pemancing hanyut di Sungai Gasi ditemui | [
"SHAH ALAM, 20 FEB: Mayat ketiga pemancing yang hanyut ketika memancing di Sungai Gasi berhampiran Kem Sungai Buloh semalam, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 12.30 tengah hari tadi.",
"Sebelum ini, dua mangsa telah ditemui, dikenali sebagai Hashir, 38 tahun, pada jam 9.50 malam kira-kira 8.2 kilometer dari lokasi kejadian."
] | [
"lemas",
"Sungai Gasi"
] |