url
stringlengths 36
199
| headline
stringlengths 3
105
| content
sequence | tags
sequence |
---|---|---|---|
https://selangorkini.my/2018/02/singapura-beri-bonus-hingga-rm888-kepada-rakyat/ | Singapura beri bonus hingga RM888 kepada rakyat | [
"SINGAPURA 20 FEB: Rakyat Singapura berusia 21 dan ke atas akan menerima bonus berjumlah S$100 hingga S$300 (RM296 hingga RM888) bergantung kepada jumlah pendapatan mereka.",
"Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata, individu yang menerima jumlah bersih S$28,000 (RM82,965) ke bawah bagi pendapatan pada tahun 2016 akan diberikan bonus sebanyak S$300 (RM888).",
"Menurut beliau, kerajaan menjangkakan lebihan bajet keseluruhan berjumlah S$9.6 bilion (RM28.45 bilion) untuk tahun kewangan 2017 iaitu lebih tinggi berbanding ramalan awal S$1.9 bilion (RM5.63 bilion)."
] | [
"Singapura"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/jalan-ditutup-sempena-lumba-basikal-kriterium-shah-alam/ | Jalan ditutup sempena Lumba Basikal Kriterium Shah Alam | [
"SHAH ALAM, 20 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menutup beberapa jalan pada 2 dan 3 Mac (Jumaat dan Sabtu), sempena penganjuran Kejohanan Lumba Basikal Kriterium Shah Alam ke-13.",
"Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, antara jalan-jalan terlibat adalah Persiaran Tasik yang akan ditutup bagi persiapan tempat pada 2 Mac, mulai jam 10 malam sehingga 12.00 tengah malam.",
"Manakala, katanya, Persiaran Tasik, Persiaran Dato’ Menteri serta Persiaran Masjid pula akan ditutup pada 3 Mac mulai jam 5.00 pagi sehingga 7.00 petang.",
"Program yang berlangsung di Persiaran Tasik, Shah Alam (sekitar Taman Tasik Shah Alam) itu adalah acara tahunan bagi menggalakkan aktiviti sukan dalam usaha melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.",
"“MBSA memohon orang ramai khususnya pengguna jalan raya supaya mematuhi arahan diberikan anggota penguatkuasa MBSA dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengawal aliran trafik semasa pertandingan ini diadakan,” katanya."
] | [
"Kejohanan Lumba Basikal Kriterium Shah Alam",
"Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/farah-inayah-rose-sinar-baru-azmin/ | Farah Inayah Rose sinar baru Azmin | [
"SHAH ALAM, 20 FEB: Kelahiran cucu pertama Dato’ Menteri Besar, Farah Inayah Rose, melengkapkan lagi sinar kebahagiaan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sekeluarga.",
"Lebih manis, anak sulung Azmin kepada pasangan Farah Shazliyana dan Muhammad Syaqib Zainudin itu diraikan secara secara sederhana pada Majlis Santai Kenduri Aqiqah dan Kesyukuran, di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, di Seksyen 7, di sini, pagi ini.",
"Berkongsi kegembiraan, majlis berkenaan dihadiri kepimpinan Kerajaan Selangor, pegawai kerajaan, rakan terdekat dan ahli keluarga yang turut hadir bagi meraikan kehadiran insan baru itu.",
"Membahasakan diri sebagai ‘Tok Dad’ kepada cucunya, Mohamed Azmin yang lengkap berbaju Melayu ditemani isterinya, Datin Seri Shamshida Taharin dilihat cukup tenang dan gembira meraikan majlis istimewa itu."
] | [
"cucu azmin"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/operasi-sar-pemancing-hanyut-diperluaskan-hingga-20-km/ | Operasi SAR pemancing hanyut diperluaskan hingga 20 KM | [
"SHAH ALAM, 20 FEB: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa hilang dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Gasi, berhampiran Kem Sungai Buloh, diperluaskan sehingga 20 kilometer dari jarak mangsa dihanyutkan.",
"Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman berkata, operasi hari ini diteruskan dengan kekuatan lebih 70 anggota bomba bersama agensi lain seperti polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).",
"“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor turut digerakkan untuk membuat pencarian dari bawah, menuju ke lokasi mangsa dilaporkan hanyut.",
"Pada masa sama, beliau berkata, Unit Anjing Pengesan (K9) Bomba dan Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) juga digunakan untuk melakukan pencarian di lokasi yang dikenal pasti.",
"“Anggota PPDA akan melakukan pencarian di lubuk di kawasan sungai itu,” katanya sambil menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti air seperti memancing di sungai atau tali air.",
"Katanya, bagi tempoh Januari sehingga hari ini, sebanyak 12 mangsa dilaporkan mati lemas di Selangor dengan 10 daripada mangsa meninggal dunia ketika menjalani aktiviti di sungai manakala dua lagi di tali air."
] | [
"Bomba",
"lemas",
"Sungai Gasi"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/polis-kenal-pasti-identiti-dua-pemancing-lemas-di-sungai-gasi/ | Polis kenal pasti identiti dua pemancing lemas di Sungai Gasi | [
"SHAH ALAM, 20 FEB: Identiti dua mangsa lemas ketika memancing di Sungai Gasi, berhampiran Kem Sungai Buloh semalam, sudah dikenal pasti.",
"Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt S. Somu berkata, mayat pertama dikenali sebagai Hashir, 38, seorang warga Indonesia manakala seorang lagi mangsa dikenali sebagai Jamaluddin Rapawi, 14.",
"Katanya, tiga mangsa yang masih belum dijumpai ialah bapa kepada Jamaluddin iaitu Rapawi Jum’ada, 37, Jaleha Hashim, 48, dan Silawati Zailan (umur belum dipastikan).",
"Katanya, kejadian itu adalah yang pertama sejak 2013 dan polis akan melarang orang awam memancing di kawasan berkenaan atas faktor keselamatan."
] | [
"Sungai Gasi"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/mais-terima-kunjungan-pbns-kongsi-maklumat-perkhidmatan/ | MAIS terima kunjungan PBNS kongsi maklumat perkhidmatan | [
"SHAH ALAM, 20 FEB: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) bagi menjalin kerjasama dan berkongsi maklumat berkaitan peranan MAIS.",
"MAIS menerusi laman rasminya berkata, Seramai sembilan orang pegawai PBNS hadir mengadakan lawatan ke MAIS bertempat di Bilik Mesyuarat Al- Mukarramah, Bangunan Sultan Idris Shah, baru-baru ini.",
"“Lawatan itu bertujuan PBNS mendapatkan maklumat berhubung perkhidmatan MAIS di bawah Bahagian Baitulmal meliputi Wasiat, Faraid, Wang Tidak Patuh Syariah dan Pengurusan Sumber Baitulmal.",
"Lawatan dihadiri Pengurus Besar Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Ratnawati Datuk Osman, Pengarah Baitumal, Norzaihan Mohd Zain, Pengurus Harta Baitulmal, Indera Shahril Mohd Shahid dan Setiausaha MAIS, Bakhtiar Hussin."
] | [
"MAIS"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/harga-minyak-dunia-susut-brent-as65-23-setong/ | Harga minyak dunia susut, Brent AS$65.23 setong | [
"REUTERS melaporkan niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS adalah AS$62.16 setong pada 0153 GMT, naik 48 cents, atau 0.8 peratus, daripada penutup sebelumnya.",
"Peniaga berkata, harga WTI lebih tinggi adalah hasil daripada pengurangan aliran di saluran paip Keystone Kanada, yang beroperasi di bawah paras kapasiti sejak akhir tahun lalu berikutan kebocoran, mengurangkan bekalan Kanada ke AS.",
"Di luar Amerika Utara, minyak mentah Brent merosot berikutan penurunan saham Asia dan pengukuhan dolar, berpotensi menghalang permintaan kerana menjadikan bahan api lebih mahal bagi negara yang menggunakan mata wang lain.",
"Bagaimanapun, pasaran minyak terus disokong dengan baik disebabkan pengekalan bekalan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), yang berusaha mengurangkan lebihan bekalan inventori global sejak tahun lalu."
] | [
"minyak dunia"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/ringgit-dibuka-rendah-3-89008930-berbanding-dolar-as/ | Ringgit dibuka rendah 3.8900/8930 berbanding dolar AS | [
"KUALA LUMPUR 20 FEB: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, dalam dagangan lengang selepas cuti perayaan yang panjang.",
"Ketua Perdagangan OANDA Corp Asia Pasifik, Stephen Innes, berkata sentimen dolar AS lebih luas akan menentukan kadar untuk mata wang serantau, serta ringgit.",
"“Bagaimanapun, harga minyak yang kekal kukuh susulan ketegangan di Timur Tengah dan pematuhan had pengeluaran oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum, akan menentukan kedudukan mata wang serantau, termasuk ringgit,” katanya.",
"Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9593/9627 daripada 2.9619/9660 pada Isnin dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6430/6468 daripada 3.6472/6510 semalam."
] | [
"ringgit",
"usd"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/kempen-bebas-plastik-rakyat-lebih-bijak/ | Kempen Bebas Plastik, rakyat lebih bijak | [
"SHAH ALAM, 20 FEB: Rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan sogokan Barisan Nasional (BN) kononnya akan mengkaji semula dasar penggunaan beg plastik sekiranya menang pada pilihan raya umum ke 14 (PRU14).",
"Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, rakyat kini semakin prihatin terhadap isu alam sekitar dan memahami keperluan untuk mengurangkan penggunaan beg plastik hasil daripada kempen Bebas Plastik.",
"“Manakala kutipan beg plastik terbuang dalam Sungai Klang juga semakin berkurangan sekaligus menyebabkan pelbagai fauna seperti memerang dan buaya juga muncul.",
"“Kenyataan Pengerusi Umno, bahawa BN akan mengkaji semula dasar itu menunjukkan bahawa pembangkang negeri sudah ketandusan isu dan idea,” katanya dalam kenyataan."
] | [
"Barisan Nasional (BN)",
"Bebas Plastik",
"Elizabeth Wong",
"Hari Tanpa Plastik"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/fmllp-sokong-kenyataan-tmj-isu-pendaftaran-pasukan/ | FMLLP sokong kenyataan TMJ isu pendaftaran pasukan | [
"SHAH ALAM, 20 FEB: Sekretariat Perkongsian Terhad Liabiliti Bola Sepak Malaysia (FMLLP) menyokong kenyataan Pengerusinya, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berhubung isu dokumentasi dan pendaftaran membabitkan beberapa pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M).",
"Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam, berkata tidak wujud perbalahan di antara pihaknya bersama Tunku Ismail berkaitan perkara itu dan kenyataan dikeluarkan adalah kekecewaan akan situasi bola sepak negara.",
"“Sekretariat FMLLP menyokong penuh kepimpinan Tunku dan kenyataan baginda adalah kekecewaan yang wujud hasil dari persepsi sesetengah pihak menunding jari kepadanya setiap kali wujud situasi di mana sesuatu hukuman bakal dilakukan,” katanya dalam kenyataan.",
"Sebelum ini, FMLLP mahu mengenakan potongan mata dan hukuman kepada persatuan bola sepak tidak melengkapkan dokumen pendaftaran pasukan yang bertanding dalam Liga M.",
"Beliau berkata, kekecewaan itu kerana baginda bekerja keras memastikan liga dan setiap pasukan terjamin untuk jangka masa panjang dengan pelaburan berjaya diperolehi serta secara realiti harapan semua di dalam Liga M mahu melihat kemajuan dari segi profesionalisme.",
"“Adakah pihak berkaitan tahu mereka sedang menghalang kemajuan dengan mengeluarkan kenyataan bijak pandai mereka yang serba tahu bukan sahaja mengenai pengurusan FA dan liga malah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA),” katanya.",
"Dalam kenyataan, Tunku Ismail meluahkan kekecewaan dan berpandangan FMLLP tidak perlu mengambil tindakan sedemikian serta membiarkan sahaja penaja melihat sendiri kenapa liga bola sepak negara tidak boleh berkembang.",
"Pasukan yang gagal melengkapkan dokumen pendaftaran mengikut tarikh ditetapkan ialah dua pasukan Liga Super iaitu Kelantan dan Kuala Lumpur serta empat pasukan Liga Perdana, Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA dan PDRM.",
"Dua pasukan Liga Super pula, Selangor dan PKNS FC juga MIFA dan UKM FC (Liga Perdana) melengkapkan proses pendaftaran melepasi 3 Februari lalu.",
"FMLLP melanjutkan tarikh penghantaran dokumen sebanyak dua kali selepas tarikh asal pada 29 Disember 2017 iaitu pada 14 Januari dan kemudian 3 Februari lalu."
] | [
"FMLLP",
"Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP)"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/operasi-sar-pemancing-hanyut-disambung-pagi-ini/ | Operasi SAR pemancing hanyut disambung pagi ini | [
"SUNGAI BULOH, 20 FEB: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pemancing yang dihanyut arus Sungai Gasi di sini, petang semalam, disambung semula pagi ini.",
"Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata, operasi SAR itu membabitkan dua Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menggunakan dua bot untuk mengesan kedudukan mangsa.",
"“Ketika ini, pencarian oleh kedua-dua pasukan berkenaan sudah sampai ke aliran sungai sekitar Saujana Utama, Puncak Alam, kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian.",
"“Operasi juga ditumpukan pada tebing sungai hingga ke Kuala Selangor dengan beberapa lokasi pemeriksaan seperti Jambatan Merbau Sempak; Jambatan Kubu Gajah dan perangkap sampah di Bestari Jaya serta Kuala Selangor,” katanya lapor Berita Harian.",
"Setakat ini, daripada lima pemancing termasuk dua wanita yang dilaporkan hilang dalam kejadian kira-kira jam 5 petang semalam, mayat dua mangsa sudah ditemui.",
"Mangsa pertama ditemui pada jam 9.50 malam kira-kira 8.2 kilometer dari lokasi kejadian, manakala mayat kedua ditemui jam 1.26 pagi, kira-kira satu kilometer daripada lokasi penemuan awal."
] | [
"Bomba"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/pkns-sedia-lot-niaga-bantu-usahawan-asnaf/ | PKNS sedia lot niaga bantu usahawan asnaf | [
"SHAH ALAM, 20 FEB: Lebih 80 tapak jualan usahawan pelbagai produk dan perkhidmatan ditawarkan di ruang legar Kompleks PKNS Shah Alam dan SACC Mall bagi edisi kedua Program Kasih PKNS Merakyatkan Ekonomi Selangor 2018 bermula 14 hingga 25 Februari ini.",
"Pengurus Komunikasi Korporat, Ishak Hashim berkata, dengan kerjasama PKNS Real Estate Sdn. Bhd., Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS) dan Hijrah Selangor program itu memberi tumpuan keprihatinan kepada keperluan golongan peniaga asnaf.",
"“Kita membantu menyediakan ruang niaga dengan kadar sewaan tapak yang minimum sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat PKNS disamping menyokong agenda Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) oleh Kerajaan Negeri.",
"“Melalui program ini kita dapat memperkasakan agenda keusahawanan melalui peluang yang diberi sebagai mekanisme penggerak kepada perkembangan ekonomi golongan asnaf dan belia bawah 40 tahun dimana mereka dapat meraih peluang pasaran lebih meluas”, katanya lagi.",
"Mengulas lebih lanjut, Ishak berkata, penganjuran kali itu juga PKNS menganjurkan kejohanan ‘3 on 3 Street Soccer’ bagi kategori terbuka dan bawah 17 tahun.",
"Katanya, orang ramai dijemput menyertai kejohanan itu dengan yuran penyertaan sebanyak RM50 setiap pasukan bagi 30 pasukan terawal yang bakal berlangusng 24 Februari ini.",
"“Tempat kedua bakal memengai hadiah wang tunai berjumlah RM750 dan RM400.00 masing-masing bagi tempat ketiga dan keempat untuk setiap kategori,” katanya.",
"Antara produk jualan ditawarkan termasuk pakaian, makanan kering dan peralatan permainan kanak-kanak, manakala di luar kawasan barat SACC Mall, PKNS menempatkan 10 tapak jualan bagi produk makanan seperti nasi beriani, pizza bumiputera dan pelbagai minuman.",
"Jelas Ishak lagi, lebih menariknya turut disajikan aktiviti peragaan fesyen, demo solekan professional, gubahan bunga, kempen derma darah dan dekorasi kek serta sedikit kelainan dimana mini 4WD Tournament yang julung kali diadakan turut memberi variasi kepada aktiviti ‘indoor’ dan aktiviti ‘Street Soccer’ turut diadakan."
] | [
"PKNS"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/kfc-di-britain-tak-cukup-ayam-dhl-gagal-hantar-bekalan-cukup/ | KFC di Britain tak cukup ayam, DHL gagal hantar bekalan cukup | [
"LONDON 20 FEB: Rangkaian restoran makanan segera Amerika Syarikat memaklumkan ratusan cawangannya di Britain terpaksa ditutup selepas pembekalnya, DHL dari Jerman gagal menghantar bekalan secukupnya.",
"Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan KFC berkata, lebih 700 daripada jumlah 900 cawangannya di seluruh Britain terpaksa ditutup, sejak hujung minggu sementara ada rangkaian hanya menawarkan menu terhad atau waktu operasi lebih singkat.",
"“Kami sudah mendapatkan rakan pembekal baharu, namun mereka ada beberapa masalah. Usaha menghantar ayam segar ke 900 restoran di seluruh negara ini agak kompleks.",
"“Kami tidak berkompromi dalam kualiti, justeru masalah penghantaran menyebabkan sejumlah restoran KFC ditutup dan ada yang beroperasi dengan menu terhad atau hanya dibuka untuk waktu singkat,” kata satu kenyataan KFC."
] | [
"KFC",
"UK"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/piala-fa-inggeris-wigan-punah-impian-manchester-city/ | Piala FA Inggeris: Wigan punah impian Manchester City | [
"WIGAN, 20 FEB: Manchester City tersingkir daripada saingan Piala FA Inggeris apabila dikalahkan Wigan Athletic 1 – 0 dalam perlawanan pusingan kelima di Stadium DW, di sini.",
"Gol tuan rumah dijaringkan Will Grigg pada minit ke-79 selepas bola terlepas daripada kawalan Kyle Walker dengan satu tendangan mengelirukan Claudio Bravo.",
"Dalam perlawanan penuh kontroversi itu, skuad Pep Guardiola menghadapi kesukaran berdepan cabaran tuan rumah termasuk penyokong apabila pemainnya, Fabian Delph, dibuang padang pada masa tambahan babak pertama.",
"Ia berpunca dengan tindakan Delph menjatuhkan Max Power dan keputusan pengadil, Anthony Taylor, memberikan kad merah berbanding kad kuning pada awalnya menimbulkan kemarahan pemain City.",
"Insiden itu menyebabkan perlawanan bagaikan pertemuan ulangan final Piala FA 2013 agak terjejas dan dicemari penyokong Wigan memasuki padang pada satu ketika di samping perbalahan di antara Guardiola dan pengurus tuan rumah, Paul Cook."
] | [
"Piala FA"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/spr-perlu-sedia-kemudahan-mesra-oku-ketika-mengundi/ | SPR perlu sedia kemudahan mesra OKU ketika mengundi | [
"KUALA LUMPUR, 20 FEB: Persatuan Damai Orang Kurang Upaya Malaysia (DAMAI) meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan kemudahan ‘mesra Orang Kelainan Upaya (OKU)’ bagi memastikan golongan itu dapat mengundi dalam keadaaan baik dan sempurna pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada tahun ini.",
"Presidennya V. Murugeswaran berkata, kemudahan itu akan dapat menggalakkan golongan OKU keluar mengundi ketika pilihan raya bagi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai warganegara sama seperti warganegara Malaysia normal.",
"“Pusat pengundian selalunya di sekolah dan balai raya yang tidak mempunyai kemudahan OKU, membataskan pergerakan mereka yang berkerusi roda dan bertongkat menuju ke saluran pengundian, justeru fasiliti seperti ramp (tanjakan) serta tandas bergerak hendaklah disediakan untuk kemudahan mereka.",
"“Petugas SPR dan sukarelawan yang bertugas pada hari mengundi juga hendaklah diberi latihan komprehensif mengenai bagaimana membantu dan menyediakan kemudahan untuk golongan OKU,” katanya kepada media selepas menyerahkan buku panduan membantu golongan OKU semasa mengundi kepada pihak SPR yang bertajuk Malaysian Standard Book (MS 1184: 2014).",
"“Pegawai dan sukarelawan bertugas itu hendaklah cekap mengendalikan OKU pelbagai kekurangan upaya, kerana mobiliti mereka adalah terbatas dan ia boleh menjejaskan hasrat mereka menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia untuk mengundi,” katanya lapor BERNAMA.",
"Buku Malaysian Standard Book (MS 1184: 2014) adalah buku panduan kepada pegawai SPR dan sukarelawan mengenai tatacara mengendalikan serta membantu golongan OKU semasa hari mengundi.",
"Sementara itu, jurucakap SPR ketika ditemui pemberita berkata pihaknya mengalu-alukan kehadiran dan cadangan dari persatuan itu dan akan segera mengambil tindakan terhadap sebarang cadangan yang dikemukakan."
] | [
"SPR"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/trafik-sesak-susulan-kemalangan-dalam-terowong-menora/ | Trafik sesak susulan kemalangan dalam Terowong Menora | [
"IPOH, 19 FEB: Kemalangan membabitkan dua kereta di dalam Terowong Menora pagi tadi menyebabkan kedua lorong menuju ke utara terhalang hampir sejam dan kesesakan lalu lintas kira-kira lima kilometer.",
"Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Mohd Zaid Abd Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 11.31 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.",
"“Tiba di lokasi kejadian, anggota mendapati kemalangan membabitkan dua kereta, iaitu Proton Saga dan Proton Saga Aeroback yang menyebabkan kedua kenderaan itu terbalik dengan keempat tayar berada di atas selepas pelanggaran.",
"Sementara itu, jurucakap Lebuh Raya Utara Selatan berkata, laluan trafik ke utara melalui terowong berkenaan kembali dibuka kepada pengguna, kira-kira jam 12 tengah hari tadi."
] | [
"Terowong Menora"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/3-bas-disita-mbsa-parkir-ganggu-trafik/ | 3 bas disita MBSA parkir ganggu trafik | [
"SHAH ALAM, 19 FEB: Padah meletakkan kenderaan berat di bahu jalan, tiga bas disita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi Operasi Bersepadu Menunda Kenderaan Berat sekitar Seksyen 26 dan 27, pada 13 Februari lalu.",
"Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, dua bas disita di Seksyen 27 dan sebuah bas lagi disita di Seksyen 26, Shah Alam.",
"“Operasi diadakan bertujuan mengesan dan membanteras masalah kenderaan berat seperti lori dan bas yang diletakkan di kawasan awam seperti bahu jalan, kawasan kediaman dan rizab jalan.",
"“Bagi kenderaan berat yang tidak dialihkan, kenderaan tersebut akan ditunda dan akan dikompaun sebanyak RM2,420 manakala caj bagi simpanan di depoh adalah sebanyak RM50 sehari,” katanya.",
"Shahrin berkata, operasi bersepadu itu melibatkan kakitangan Jabatan Penguatkuasaan, Bahagian Perundangan, Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, MBSA serta agensi luar termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).",
"“kita akan menjalankan operasi ini secara berkala bagi memantau masalah kenderaan berat yang memarkir kenderaan di kawasan awam sehingga mengganggu lalu lintas.",
"“Kenderaan berat ini turut mengakibatkan kekurangan tempat letak kereta di kawasan kediaman khususnya kediaman bertingkat selain menyebabkan kerosakan kawasan hijau atau rizab, menghalang lalu lintas serta mengehadkan pemandangan akibat saiz kenderaan yang besar,” katanya."
] | [
"MBSA"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/pispa-inpens-latih-pelajar-berdisiplin/ | PISPA INPENS latih pelajar berdisiplin | [
"INPENS dalam kenyataan berkata, setiap pelajar berdaftar di institusi itu sama ada tahap satu atau dua wajib menyertai pasukan berkenaan bagi membentuk sahsiah terpuji.",
"Pada masa sama, katanya, ilmu dipelajari dalam setiap latihan mingguan dapat mendidik pelajar untuk mengawal kemalangan daripada berlaku sama ada di bengkel mahupun tempat awam.",
"Terdahulu, INPENS mengadakan perhimpunan Angkatan Pertahanan Awam (APM) bersama PISPA INPENS bagi menaikkan semangat pelajar, selain mengangkat ikrar sebagai kadet baharu, di Dewan Auditorium INPENS."
] | [
"INPENS"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/shah-alam-on-wheels-di-plaza-shah-alam-sabtu-ini/ | Shah Alam on Wheels di Plaza Shah Alam Sabtu ini | [
"SHAH ALAM, 19 FEB: Pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheels’ (SAOW) akan beroperasi di Plaza Shah Alam, Seksyen 9, pada Sabtu ini.",
"Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, waktu operasi pejabat akan bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang.",
"“Ia menyediakan kemudahan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan serta pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan juga jualan kupon parkir,” katanya."
] | [
"SAOW"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/fathia-latiff-golongan-muda-perlu-hormat-negarawan/ | Fathia Latiff: Golongan muda perlu hormat negarawan | [
"SHAH ALAM, 19 FEB : Jasa dan pengorbanan negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dihormati dan disanjung tinggi khususnya golongan muda kini.",
"Pelakon Fathia Latiff berkata, golongan muda seharusnya bijak menilai pengorbanan pemimpin itu yang berjasa membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju sebelum ini.",
"“Jagalah hati orang yang lebih tua dari kita, itu kan adab kita kena jaga walaupun marah macam mana kena sabar,” tulisnya di Twitter.",
"Ketika Tun Mahathir terus dikritik seteru politiknya, Datuk Seri Najib Razak, lebih ramai kini selebriti tempatan terus menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri paling lama mentadbir negara ini.",
"Antara yang paling lantang termasuklah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Sheila Majid yang berani mengkritik isu kebebasan bersuara negara ini."
] | [
"Fathia Latif",
"Tun M"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/13-rumah-atas-air-hangus-di-bagan-hailam/ | 13 rumah atas air hangus di Bagan Hailam | [
"PELABUHAN KLANG, 19 FEB: Sambutan Tahun Baharu Cina bertukar suram bagi penduduk Kampung Bagan Hailam di sini, apabila 13 rumah setinggan atas air yang dihuni mereka musnah dalam kebakaran, malam tadi.",
"Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, sebahagian besar daripada mangsa berbangsa Cina berkenaan tiada di rumah kerana keluar berhari raya dan makan malam bersama keluarga.",
"Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Juyana @ Azlan Musa, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.23 malam.",
"“Seramai 42 pegawai dan anggota bersama lima jentera serta tiga tangki air dari Balai Bomba Pelabuhan Klang, Shah Alam, Sungai Pinang, Sri Andalas dan Sungai Buloh dikerah memadamkan kebakaran itu.",
"“Setibanya di tempat kejadian, api sedang marak memusnahkan semua rumah berkenaan, namun sebahagian besar penghuni tiada di situ,” katanya di tempat kejadian, pagi ini.",
"Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kawasan itu yang juga saksi kejadian, Soh Eng Chew, 48, berkata dia terkejut melihat cahaya terang luar biasa ketika berada di sebuah tokong berdekatan.",
"“Namun, kebakaran itu tidak merebak ke rumah saya yang berada sederet dengan lokasi kejadian. Sebahagian besar daripada penghuni keluar beraya di sekitar daerah ini,” katanya lapor Berita Harian."
] | [
"Bomba",
"Kebakaran"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/plastik-20-sen-bn-tandus-idea-laksana-dasar-hijau/ | Plastik 20 sen: BN tandus idea laksana dasar hijau | [
"SHAH ALAM, 19 FEB : Barisan Nasional Selangor ketandusan idea untuk melaksanakan dasar hijau baru yang mampu memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat di negeri itu.",
"Pengarah Komunasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Muhammad Naqib Nasaruddin berkata, pentadbiran Kerajaan Negeri kini lebih fokus memacu insiatif pelaksanaan dasar hijau di Selangor.",
"Beliau berkata, ia dibuktikan menerusi pelaksanaan dasar bebas beg plastik dan polisterina, namun cuba ditiru BN Selangor sekiranya mampu menawan Selangor, pada pilihan raya depan.",
"“Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Harapan begitu peka tentang pencemaran alam sekitar dan seterusnya mengambil langkah proaktif untuk mengawal masalah ini dari terus berlanjutan.",
"Terdahulu, Barisan Nasional Selangor berjanji tidak akan meneruskan caj beg plastik sebanyak 20 sen sekiranya menang di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).",
"Ia kononnya sebagai manifesto Kerajaan BN, melaksanakan dasar sedia ada yang mula dilaksanakan Kerajaan Pakatan dengan memperkenalkan pelaksanaan bebas polisterina Januari lalu."
] | [
"20 sen",
"BN",
"Plastik"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/ringgit-diniaga-3-88608910-berbanding-dolar-as/ | Ringgit diniaga 3.8860/8910 berbanding dolar AS | [
"KUALA LUMPUR 19 FEB: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan penyusutan berterusan nilai dolar, kata peniaga.",
"Ketua Pedagang OANDA Asia Pasifik, Stephen Innes, berkata berikutan hubungan antara kadar faedah AS ke atas tukaran asing kini terbuka, dolar terus berhadapan jualan walaupun pulangan bon meningkat.",
"Beliau bagaimanapun berkata, pasaran masih masih lengang susulan Tahun Baru Cina, sebahagian besarnya disebabkan Rizab Persekutuan AS yang senada dengan minit Jawatankuasa Komersial Terbuka Persekutuan, yang berkemungkinan menyebabkan turun naik dalam pasaran minggu ini.",
"Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9628/9673 daripada 2.9659/9724 pada Khamis dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6557/6611 daripada 3.6559/6635 minggu lalu."
] | [
"ringgit",
"usd"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/tingkat-penguat-kuasaan-pastikan-kadar-kemalangan-turun/ | Tingkat penguat kuasaan pastikan kadar kemalangan turun | [
"SHAH ALAM, 19 FEB: Selangor mencatatkan penurunan 332 kes kadar kemalangan dalam Op Selamat 12 yang dilaksanakan sempena Tahun Baru Cina, bermula 9 hingga 12 Februari lalu.",
"Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, pihaknya akan terus melaksanakan penguat kuasaan menyeluruh secara agresif sebagai usaha memastikan kadar kemalangan jalan raya dan kemalagan maut terus dikurangkan.",
"“Penunggang motosikal masih kekal menjadi penyumbang terbesar jumlah kemalangan maut membabitkan 18 orang, manakala selebihnya dalam kalangan pemandu motokar dan pejalan kaki.",
"“Bagaimanapun, kita akan teruskan usaha menurunkan lagi kadar kemalangan dan kemalangan maut menerusi penguat kuasaan terhadap pengguna jalan raya, termasuk yang tidak mematuhi lampu isyarat menerusi Operasi Lampu Merah,” katanya."
] | [
"Op Selamat"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/netizen-gesa-segera-roboh-tol-batu-tiga-elak-kemalangan/ | Netizen gesa segera roboh Tol Batu 3 elak kemalangan | [
"SHAH ALAM, 19 FEB: Plaza tol Batu Tiga perlu dirobohkan serta-merta susulan kemalangan maut kali kedua yang berlaku selepas operasinya tamat, pada 1 Januari lalu.",
"“Pondok tol itu kena robohkan cepat kerana sudah berapa kes membabitkan nyawa, biasa situ kenderaan perlahan. Sekarang dah laju bila tiada kutipan tol,” tulisnya di Facebook.",
"Dalam kejadian awal pagi tadi, mangsa, Fathurezza Khoirul Huda Halimsuyto, 31, dan rakannya, Noor Hidayah Mohamed Rezmi, 27, maut ditempat kejadian ekoran kecederaan parah di kepala dan seluruh badan.",
"Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Myvi dinaiki kedua mangsa dipandu laju.",
"“Mangsa datang dari arah Kuala Lumpur dan apabila sampai di Plaza Tol Batu Tiga, mangsa gagal mengawal kereta lalu melanggar tembok batu tol berkenaan.",
"“Pemandu iaitu Fathurezza Khoirul Huda dan penumpang, Noor Hidayah maut di tempat kejadian serta mayat keduanya dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.",
"Kemalangan pertama dilaporkan berlaku membabitkan tiga remaja yang menaiki Perodua Kancil dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang, pafa 15 Januari lalu.",
"Kejadian itu turut mengorbankan dua daripadanya, sementara seorang lagi cederah parah dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut."
] | [
"Tol Batu Tiga"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/hbp-mbsa-tawar-cenderamata-mangkuk-tingkat/ | HBP MBSA tawar cenderamata mangkuk tingkat | [
"SHAH ALAM, 19 FEB: Orang ramai berpeluang mendapatkan cenderahati mangkuk tingkat sempena Hari Bertemu Pelanggan (HBP) anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada 2 Mac ini, di Dewan Bankuet, Persiaran Perbandaran, Tingkat G, Wisma MBSA.",
"Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, pemberian itu sebagai salah satu inisiatif menyokong Kempen Pengurangan Penggunaan Beg Plastik dan Polisterin Selangor 2018.",
"“Program ini akan bermula dari jam 9.30 hingga 11.30 pagi, bertujuan mendekati warga Shah Alam dan memberi peluang kepada orang ramai serta pihak berkepentingan (stakeholder) menyalurkan aduan, komen juga saranan.",
"“Ia juga sebagai landasan kepada orang ramai khususnya warga Shah Alam bertemu pengurusan atasan MBSA bagi menyalurkan aduan dan permasalahan dialami di kawasan pentadbiran MBSA,” katanya.",
"Shahrin berkata, antara perkhidmatan disediakan adalah penyemakan dan pembayaran cukai taksiran, penyemakan serta pembayaran kompaun khususnya kompaun trafik, semakan aduan juga permohonan ubah suai premis.",
"“Ini merupakan usaha pihak Majlis memberi ruang kepada Jabatan/Bahagian/Pejabat Cawangan MBSA untuk mewar-war dan mempromosikan perkhidmatan serta produk kepada orang ramai yang hadir ke program ini,” katanya."
] | [
"HBP",
"MBSA"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/lagi-kes-kemalangan-maut-langgar-plaza-tol-batu-3/ | Lagi kes kemalangan maut langgar Plaza Tol Batu 3 | [
"SHAH ALAM 19 FEB: Kemalangan maut melibatkan Plaza Tol Batu 3 Shah Alam masih lagi berlaku walaupun ia sudah tidak beroperasi.",
"Dalam kejadian terbaharu, dua maut selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka hilang kawalan dan melanggar tembok di Plaza Tol Batu Tiga di sini yang tidak beroperasi lagi tengah malam tadi.",
"KOSMO ONLINE melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 12.55 tengah malam itu, mangsa Fathurezza Khairol Hida Halimsuyto, 31, dan Noor Hidayah Mohamed Rezmi, 27, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.",
"Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Shah Alam selepas menghadiri sambutan hari lahir di Kuala Lumpur.",
"“Setibanya di lokasi kejadian, kereta dipandu Fathurezza dipercayai hilang kawalan akibat dipandu laju sebelum terbabas dan melanggar tembok di plaza tol berkenaan.",
"“Akibat rempuhan itu, kedua-dua disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan,” katanya.\nBaharudin berkata, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.",
"Sebelum ini pada 14 Januari lalu, dua remaja maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan di Plaza Tol Batu Tiga itu.",
"Susulan pelanggaran itu, dua rakannya yang menumpang dalam kereta iaitu seorang remaja lelaki berusia 21 tahun dan seorang perempuan berusia 20 tahun maut di tempat kejadian."
] | [
"Adun Batu 3 Shah Alam'",
"Shah Alam",
"Tol Batu 3"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/kiss-penuhi-aspirasi-rakyat/ | KISS penuhi aspirasi rakyat | [
"Pengerusi Pertubuhan Kebajikan & Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Datin Seri Shamshida Taharin berkata, beliau bersyukur kerana program itu menerima sambutan luar biasa sejak dilancarkan, pada Januari lalu.",
"Dalam majlis itu, seramai 500 penerima kad KISS dirai dan turut dihadiri Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.",
"Lee Bee Yong, 49, berkata beliau berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana mewujudkan inisiatif KISS dan memberi peluang kepada semua kaum memperolehinya."
] | [
"KISS"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/tiada-krisis-dalam-pakatan/ | Tiada krisis dalam PAKATAN | [
"SHAH ALAM, 18 FEB: Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei menolak dakwaan segelintir pihak berhubung krisis dalaman antara parti komponen dalam Pakatan Harapan (PAKATAN).",
"“Suasana itu sekali gus mewujudkan keadaan yang sedikit keras sehingga musuh politik mula mengambil kesempatan untuk mencipta propaganda,” katanya ketika ditemu bual Sinar Harian.",
"“Jika diberi peluang mentadbir selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), saya yakin mandat itu akan dibalas dengan perkhidmatan jauh lebih baik dengan apa dinikmati sekarang,” katanya yang juga Ahli Dewan Negeri Sri Muda."
] | [
"Pakatan",
"Shuhaimi Shafiei"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/selangor-pelopor-kebajikan-rakyat/ | Selangor pelopor kebajikan rakyat | [
"SHAH ALAM, 18 FEB: Selangor menjadi pelopor kepada amalan berkebajikan demi kepentingan rakyat yang menjadi asas kukuh pentadbiran Kerajaan Negeri, hari ini.",
"Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata, ia dapat dilihat apabila Selangor muncul negeri pertama menawarkan air percuma 20 meter padu, sejak 2008.",
"“Justeru, kita cuba sedaya upaya menawarkan dan memenuhi manifesto untuk diterjemahkan kepada rakyat antaranya pemberian air percuma, yang tidak pernah dilaksanakan di mana-mana negeri,” katanya.",
"Antara inisiatifnya merangkumi Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Hadiah Anak Masuk Universiti (HAMU), Skim Peduli Sihat dan terbaru, Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)."
] | [
"IPR",
"Shuhaimi Shafiei"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/muafakat-julang-pentadbiran-selangor/ | Muafakat julang pentadbiran Selangor | [
"SHAH ALAM, 18 FEB: Sikap muafakat diamalkan pentadbiran Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berjaya mengangkat Selangor ke tahap lebih baik.",
"Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata, perkara itu dapat dilihat apabila rizab negeri berjaya ditingkatkan daripada RM400 juta, sebelum 2008 kepada hampir RM4 bilion, setakat ini.",
"“Rakyat bersetuju dengan kecemerlangan pentadbiran Dato’ Menteri Besar. Mereka yang mengkritik atau keluarkan fakta tidak benar mungkin musuh politik yang mencemburui kejayaan Selangor.",
"“Di bawah pentadbiran hari ini, pertumbuhan ekonomi dilakukan dengan baik dan telus, tiada usaha mendominasi serta dilakukan secara sepakat juga muafakat,” katanya.",
"Sementara itu, ketika mengulas dakwaan mengatakan KEADILAN cuba menguasai pentadbiran Selangor, Shuhaimi menyifatkan perkara terbabit tidak benar dan sengaja dicipta bagi menghangatkan suasana.",
"Beliau yang juga Ketua Penerangan KEADILAN Selangor berkata, parti itu sentiasa mengamalkan perjuangan sihat dengan menekankan amalan sepakat serta berbincang sebaik mungkin berhubung sebarang perkara.",
"“Sejak Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali diberi amanah mengepalai Pakatan Harapan Selangor, saya turut terbabit secara langsung mengaturkan pertemuan dengan semua parti komponen bagi mengadakan perbincangan.",
"“Justeru, jika ada yang mengatakan KEADILAN mahu berkuasa, itu semua tidak benar kerana semangat perjuangan kita berpakat dan berbincang sebaik mungkin serta membuat keputusan bersama,” katanya."
] | [
"Shuhaimi Shafiei"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/bundesliga-lewandowski-selamatkan-maruah-bayern-munich/ | Bundesliga: Lewandowski selamatkan maruah Bayern Munich | [
"JERMAN, 18 FEB: Kedudukan Bayern Munich di persada Bundesliga tidak mampu dicabar pasukan lain apabila terus mencatatkan kemenangan ke atas Wolfsburg, 2-1 semalam.",
"Kemenangan itu tidak hadir dengan mudah apabilan Bayern terpaksa menanti sehingga minit ke-90 untuk meraih tiga mata penuh hasil jaringan penalti Robert Lewandowski.",
"Tersentak dengan jaringan itu, Bayern kembali mengasak dan peluang keemasan hadir, pada minit ke-55 apabila dihadiahkan sepakan penalti tetapi gagal disempurnakan Arjen Robben.",
"Di penghujung permainan, pengadil menghadiahkan penalti kepada Bayern selepas Gian-Luca Itter menjatuhkan pemain lawan dan Lewandowski tenang memastikan kemenangan, 2-1 milik pasukannya."
] | [
"Bundesliga"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/piala-fa-2018-axis-02-fc-tekad-teruskan-cabaran/ | Piala FA 2018: Axis-02 FC tekad teruskan cabaran | [
"SHAH ALAM, 18 FEB: Kejayaan layak ke pusingan kedua Piala FA 2018, terus membakar semangat Axis-02 FC untuk mempamerkan aksi cemerlang dalam kejohanan berkenaan.",
"Pengurusnya, Shaifulnizam Saleh berkata, pasukannya akan lebih bersedia untuk perlawanan itu kerana bakal berdepan pasukan Liga Perdana, Kuanta FA, pada 4 Mac ini.",
"Pada pusingan pertama, Axis-02 FC menundukkan SRCC Kuala Kangsar FC 4 – 1, pada 13 Februari lalu, melalui gol Adli Zulgafi (m5), Aidil Shahril (m12), Haedar Abd Halim (m53) dan Muhammad Farhan (m90).",
"Kelab dari Petaling Jaya itu adalah salah satu kelab dari liga komuniti yang layak ke saingan Piala FA musim ini atas tiket juara Selangor Champions League (SCL) 2017.",
"“Bagi memenuhi keperluan perlawanan di peringkat tertinggi (Piala FA), pemain dikerah melakukan latihan bersama dua atau tiga kali seminggu serta pengurusan mengatur beberapa perlawanan persahabatan,” katanya."
] | [
"Piala FA 2018"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/lukaku-bawa-manchester-united-ke-suku-akhir/ | Lukaku bawa Manchester United ke suku akhir | [
"LONDON, 18 FEB: Romelu Lukaku membawa Manchester United ke suku akhir Piala FA Inggeris apabila mencetak dua gol di setiap babak ketika menewaskan Huddersfield Town, 2-0 awal pagi tadi.",
"Juan Mata berjaya merobek gawang tuan rumah di penghujung babak pertama tetapi jaringannya dibatalkan apabila sistem Video Assistant Referee (VAR) mendapati beliau terlebih dahulu dalam keadaan offside."
] | [
"piala fa inggeris"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/efl-cardiff-city-terus-berkobar/ | EFL: Cardiff City terus berkobar | [
"CARDIFF, 18 FEB: Cardiff City mengatasi cabaran Middlesbrough, 1 – 0 dalam aksi Liga Kejuaraan Inggeris (EFL) di Stadium Cardiff City, di sini, semalam.",
"Kemenangan itu meletakkan kelab dimiliki ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan, pada kedudukan kedua liga dan mencerahkan laluan ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.",
"Berbaki 14 perlawanan, pasukan Neil Warnock kini di tangga kedua EFL dengan 61 mata mengatasi Aston Villa (59) dan ketinggalan 11 mata di belakang Wolves (72)."
] | [
"Liga Kejuaraan Inggeris"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/pengeluar-zakat-rasai-kehidupan-asnaf/ | Pengeluar zakat rasai kehidupan asnaf | [
"SABAK BERNAM, 18 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memberi peluang kepada pembayar zakat untuk melihat dan berjumpa asnaf secara langsung, di sini, baru-baru ini.",
"LZS dalam kenyataan ringkas di Facebook berkata, dua pembayar zakat diberi peluang mendekati asnaf yang menerima bantuan membina dan membaik pulih kediaman.",
"“Dalam ziarah kali ini, Pengurus Stesen Minyak Petronas BNO, Abd Razak Abd Latib dan Pengerusi Majlis Guru Cemerlang Daerah Sabak, Zulhakim Munjari berkesempatan bersama kami melihat serta berjumpa asnaf secara langsung yang menerima bantuan bina dan baik pulih rumah,” katanya.",
"LZS berkata, bantuan itu merangkumi 18 rumah baru untuk asnaf fakir dan miskin dengan kos RM985,000 serta 57 rumah baik pulih dengan kos RM1.2 juta, diluluskan di daerah Sabak Bernam, pada 2017."
] | [
"LZS"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/desperadonya-umno/ | ‘Desperadonya’ Umno! | [
"SHAH ALAM, 18 FEB: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersedia bertanding, di Langkawi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) meresahkan Umno-Barisan Nasional (BN).",
"Hal itu terbukti apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara drastik mengumumkan peruntukan RM1.315 bilion untuk lima projek baharu, di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), di Langkawi semalam.",
"Bagaimanapun, perkara itu mencuri perhatian Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang secara sinis mengatakan Najib dan Umno-BN ‘terdesak’ mempertahankan Langkawi.",
"“Ada baiknya @chedetofficial membayangkan akan bertanding di beberapa tempat. Pastinya rakyat di situ akan mendapat nikmat pembangunan,” tulisnya di Twitter @AzminAli.",
"Sebelum ini, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumkan bersedia bertanding di Putrajaya, Langkawi atau Kubang Pasu.",
"Perkara itu menerima pelbagai reaksi pemimpin Umno-BN, antaranya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang mendakwa rakyat Langkawi rugi jika masih mahu memilih Dr Mahathir atas alasan mantan perdana menteri itu banyak berjasa.",
"Terdahulu, Najib mengumumkan projek membabitkan pembinaan bangunan tambahan Hospital Langkawi bernilai RM500 juta, kuarters baharu petugas kesihatan (RM135 juta), balai bomba dan kuarters baharu di Padang Matsirat (RM30 juta), menaik taraf Jalan Bulatan Lapangan Terbang- Pulapol Langkawi (RM50 juta) dan projek mengatasi masalah bekalan air (RM600 juta)."
] | [
"Dato' Seri Mohamed Azmin Ali",
"PRU 14"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/aliran-trafik-perlahan-dari-pantai-timur/ | Aliran trafik perlahan dari Pantai Timur | [
"SHAH ALAM, 18 FEB: Aliran trafik bergerak perlahan dari arah Pantai Timur menghala ke ibu negara malam tadi, ekoran pertambahan jumlah kenderaan, sempena cuti Tahun Baharu Cina.",
"Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata, aliran trafik perlahan sejauh kira-kira 10 kilometer (km) selepas Terowong Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak.",
"Jurucakap PLUS Malaysia Berhad pula berkata di selatan, trafik bergerak perlahan dari Hentian Pedas Linggi ke Port Dickson dan Machap ke Kulai."
] | [
"PLUS"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/liga-perancis-psg-belasah-strasbourg-5-2/ | Liga Perancis: PSG belasah Strasbourg 5-2 | [
"PARIS, 18 FEB: Paris Saint-Germain (PSG) mengubati kekecewaan tewas pertengahan minggu kepada Real Madrid apabila membelasah Strasbourg, 5-2 dalam aksi Liga Perancis, semalam.",
"Jean Aholou mengejutkan tuan rumah dengan gol pertama Strasbourg seawal minit keenam tetapi ia gagal bertahan lama apabila Julian Draxler menyamakan kedudukan, 1-1 empat minit kemudian.",
"Dua gol Edinson Cavani, pada minit ke-73 dan 79 sudah cukup untuk mematikan sisa kebangkitan Strasbourg, pada kedudukan 5-2 sehingga tamat perlawanan."
] | [
"Liga Perancis"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/piala-fa-southampton-dan-brighton-mara-sheffield-ikat-swasea/ | Piala FA: Southampton dan Brighton mara, Sheffield ikat Swansea | [
"LONDON, 18 FEB: Southampton dan Brighton & Hove Albion tidak berdepan masalah menempah slot ke suku akhir Piala FA selepas mudah menewaskan lawan masing-masing, semalam.",
"Masuk babak kedua, Dusan Tadic menjadikan kedudukan 2-0, pada minit ke-56 sebelum pasukan tuan rumah merapatkan defisit jaringan dua minit kemudian menerusi Rondon."
] | [
"Piala FA"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/la-liga-barca-kukuh-cengkaman/ | La Liga: Barca kukuh cengkaman | [
"Bertandang ke tempat lawan, Luis Suarez meletakkan Barcelona di depan seawal minit ke-16 apabila menyudahkan peluang terhidang hasil lorongan Lionel Messi.",
"Eibar yang menguasai hampir 51 peratus perlawanan gagal memecah kebuntuan, sebaliknya terpaksa beraksi 10 pemain, pada minit ke-66 apabila Fabian Orellana diperintah keluar selepas mengutip kad kuning kedua.",
"Sebaliknya, Barcelona menambah jaringan pada penghujung permainan menerusi Jordi Alba selepas berjaya menolak bola yang gagal ditangkap kemas penjaga gol, Marko Dmitrovic."
] | [
"La Liga"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/selangor-pertimbang-tanah-tol-untuk-pengusaha-industri-bunga/ | Selangor pertimbang tanah TOL untuk pengusaha industri bunga | [
"SHAH ALAM, 17 FEB: Kerajaan Negeri sedia mengeluarkan Lesen Menduduki Sementara (TOL) kepada bakal pengusaha tanaman hiasan di Hub Floris Selangor, Sungai Buloh untuk menggunakan tanah terbiar milik kerajaan.",
"Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, hal ini berikutan permintaan tinggi dalam kalangan anak muda di kawasan terbabit untuk terlibat sekali gus merancakkan lagi industri yang memberikan pulangan lumayan.",
"“Untuk tanaman hiasan ini orang muda mula minat sebab ia menjanjikan keuntungan di mana mereka bukan jual pokok sahaja tetapi mereka juga gubah, reka bentuk kawasan halaman.",
"“Saya mendapat permintaan daripada Ketua Kampung supaya menyediakan lebih banyak kawasan nurseri dan kita sedang melihat tanah kerajaan yang boleh diberi status TOL bagi memperluaskan lagi kawasan nurseri."
] | [
"Lesen Menduduki Sementara (TOL)",
"Zaidy Abdul Talib"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/tak-mustahil-sungai-buloh-jadi-hub-floris-no-1-malaysia/ | Tak mustahil Sungai Buloh jadi hub floris no 1 Malaysia | [
"SUNGAI BULOH, 16 FEB: Hub Floris Sungai Buloh bukan sahaja menjadi tumpuan penggemar tanaman hiasan di Selangor, malah mampu menjadi daya penarik pelancong seluruh negara.",
"Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, perkara itu boleh berlaku sekiranya Kerajaan Negeri dan agensi bertanggungjawab lain memberikan promosi kepada hub terbabit.",
"“Saya lihat antara bantuan diberikan adalah promosi. Apabila Exco mengisytiharkan kawasan ini adalah hub bunga sudah tentu orang ramai akan datang.",
"“Saya berterima kasih kepada kerajaan dan Jabatan Pertanian. Saya harap Sungai Buloh bukan sahaja hub bunga di Selangor tetapi hub bunga nombor satu di Malaysia,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.",
"Jelasnya, selain promosi usaha Kerajaan Negeri meningkatkan infrastruktur seperti kemudahan laluan masuk, tempat pakir dan lain-lain di pusat perniagaan tanaman hiasan sekitar Sungai Buloh juga wajar dipuji.",
"Katanya, usaha itu membuktikan walaupun Selangor merupakan sebuah negeri perindustrian namun Kerajaan Negeri tetap memandang berat industri kecil lain seperti industri floris.",
"Sementara itu, Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, satu mercu tanda akan didirikan sebagai simbolik terhadap perisytiharan Sungai Buloh sebagai Hub Floris Selangor."
] | [
"Hub Floris",
"Mohd Khairuddin Othman",
"Paya Jaras"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/bersama-bantu-pelarian-syria-hadapi-musim-sejuk/ | Bersama bantu pelarian Syria hadapi musim sejuk | [
"SHAH ALAM, 17 FEB: Musim sejuk yang bakal menjengah negara bergolak Syria terus memberi cabaran buat pelarian di sana yang kehilangan tempat berteduh.",
"Ketua Misi Bantuan Kecemasan RescueSyria (MAPIM), Sani Araby Al-Kahery berkata, pelarian Syria kini amat memerlukan pelbagai bantuan bagi menghadapi musim sejuk yang kritikal.",
"“Terdapat dua kaedah untuk menyumbang iaitu secara atas talian menerusi www.tabungsyria.com atau salurkan terus sumbangan menerusi Maybank Islamic SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM) di akaun\n562834636987,” tulisnya di laman facebooknya.",
"Sumbangan terkumpul akan digunakan untuk menyediakan bekalan perubatan, bekalan makanan. pembinaan khemah, kemudahan asas kepada pelarian Syria bagi menghadapi musim sejuk."
] | [
"Ketua Misi Bantuan Kecemasan RescueSyria (MAPIM)",
"Sani Araby Al-Kahery",
"Syria"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/cuaca-sejuk-pantai-timur-bakal-berulang/ | Cuaca sejuk pantai timur bakal berulang | [
"SHAH ALAM, 17 FEB : Cuaca sejuk di negeri pantai timur bakal berulang sekiranya angin sejuk monsun timur laut dari Siberia, China melalui Semenanjung Malaysia.",
"Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Alui Bahari berkata, cuaca sejuk di beberapa negeri pantai timur, pedalaman Kedah dan utara Perak sudah kembali normal sejak 12 Februari lalu.",
"“Cuaca sejuk ini mungkin boleh berulang pada Februari tahun depan sekiranya berlaku pergerakan tiupan angin sejuk monsun timur laut dari China dan langit tidak berawan pada waktu malam,” katanya."
] | [
"Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/abim-pertahan-harmoni-demi-masa-depan-gemilang/ | ABIM: Pertahan harmoni demi masa depan gemilang | [
"SHAH ALAM, 17 FEB: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berharap keharmonian dan kesejahteraan negara ditunjangi rakyat berbilang kaum dapat terus dipertahankan demi masa depan lebih gemilang.",
"Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim, berkata sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, ABIM menyarankan rakyat terus memupuk semangat perpaduan yang terjalin sekian lama.",
"“Sikap saling hormat menghormati serta budaya dialog perlu sentiasa dibugar serta disuburkan kerana kita digalakkan untuk saling kenal mengenal dan memahami antara satu sama lain.",
"“ABIM menerusi platform Kumpulan Persahabatan Khidmat Antara Agama (FGIS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) akan terus konsisten dalam menggerakan agenda ‘Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan’ melalui penyertaan anak muda di kampus mahupun negeri,” katanya dalam perutusan Tahun Baru Cina tahun ini.",
"“Rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang perlu menjiwai semangat keharmonian tulen, memperkukuh tekad sejati dan beriltizam untuk menjalani kehidupan lebih baik sebagai masyarakat bertamadun,” katanya."
] | [
"Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)",
"Tahun Baru Cina"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/lbr-klang-yakin-ke-peringkat-kebangsaan/ | LBR: Klang yakin ke peringkat Kebangsaan | [
"KLANG, 17 FEB: Pasukan bola sepak Klang yakin mara ke pusingan seterusnya pada kempen Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) yang kini memasuki saingan peringkat kebangsaan.",
"“Saya memantapkan lagi di barisan serangan dalam usaha memburu jaringan,” katanya selepas program tajaan 99 Speedmart yang menaja pasukan Klang bagi mengharungi pusingan peringkat kebangsaan, baru-baru ini.",
"Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato’ Mohamad Yasid Bidin dan Setiausaha MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi yang menunjukkan sokongan tidak henti sekali gus menambah lagi keyakinan pasukan."
] | [
"Liga Bola Sepak Rakyat (LBR)",
"Pasukan bola sepak Klang"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/aliran-trafik-lebuh-raya-utama-lancar/ | Aliran trafik lebuh raya utama lancar | [
"Beliau berkata, trafik dilaporkan meningkat di beberapa kawasan dari Tanjung Malim ke Behrang namun kesesakan lalu lintas terkawal walaupun terdapat satu kemalangan kecil dilaporkan di Kilometer 398.2 yang menjadi punca lorong kiri dan tengah terhalang.",
"Bagaimanapun, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan pergerakan sedikit perlahan di kawasan masuk sebelum Plaza Tol Gombak menuju ke arah pantai timur berikutan peningkatan jumlah kenderaan.",
"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafikatau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik."
] | [
"PLUS"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/tapak-sampah-haram-punca-tasik-tercemar-diambil-tindakan/ | Tapak sampah haram punca tasik tercemar diambil tindakan | [
"SHAH ALAM, 17 FEB: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengambil tindakan drastik ke atas tapak pembuangan sampah haram yang dipercayai menjadi punca pencemaran tasik di Taman Pinggiran Delima, Hulu Langat.",
"“MPKj sudah bertindak kerana ada saliran pada tapak pembuangan sampah yang berdekatan dengan perumahan itu mengalir ke dalam tasik dan pihak kontraktor MPKj juga sedang giat membersihkan tasik itu,” katanya.",
"“Kita kenal pasti punca bau itu dari tapak pelupusan sampah terbabit yang berdekatan dengan kawasan perumahan dan proses rawatan air bagi mengurangkan bau busuk sudah dilakukan,” katanya."
] | [
"Hulu Langat",
"Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)",
"Mohd Sayuthi Bakar",
"Taman Pinggiran Delima"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/pfam-tawar-kerjasama-bersama-unisel/ | PFAM tawar kerjasama bersama UNISEL | [
"SHAH ALAM, 17 FEB: Universiti Selangor (UNISEL) menawarkan kerjasama penganjuran Kursus Kejurulatihan AFC Lesen ‘C’ bersama Professional Footballer Association of Malaysia (PFAM).",
"Pengarah Komunikasi Korporat, Hasril Abu Hassan berkata hasrat itu dizahirkan pada sesi kunjungan hormat deligasi PFAM pada 14 Februari lalu di Kampus Shah Alam.",
"“Selain itu turut dicadangkan penawaran bersama Program Diploma Pengurusan Industri Sukan (Football Management) dan UNISEL Athlete Academic Track kepada ahli-ahli persatuan,” katanya dalam kenyataan.",
"Delegasi PFAM telah diketuai Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail, Presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya, Hairuddin Omar’ Naib Presiden, Razman Roslan dan Rudie Ramli yang merupakan exco PFAM.",
"Mengulas mengenai kunjungan hormat itu, Prof. Dato’ Dr. Mohammed Redzuan Othman, selaku Naib Canselor UNISEL berharap pertemuan bersama PFAM bakal membawa lembaran baharu kesepakatan hubungan positif melalui matlamat yang dilontarkan."
] | [
"Professional Footballer Association of Malaysia (PFAM)",
"Universiti Selangor (Unisel)"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/fmllp-keputusan-diputuskan-ahli-lembaga-pengarah-bukan-individu/ | FMLLP: Keputusan diputuskan Ahli Lembaga Pengarah, bukan individu | [
"SHAH ALAM, 17 FEB: Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) menjelaskan semua keputusan hukuman dan rayuan dalam Liga Malaysia adalah keputusan bersama diputuskan Ahli Lembaga Pengarah FMLLP dan bukan keputusan individu.",
"Menerusi kenyataan dimuatnaik di Facebook semalam, badan pengurusan perjalanan bola sepak tempatan itu berkata, Ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada perwakilan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), wakil setiap pasukan serta wakil berkecuali.",
"“Sewaktu perjumpaan Kongress FMLLP 2017 yang berlangsung pada 14 Jun 2017 yang lepas, 24 wakil dari pasukan (1 setiap pasukan) telah memilih 3 wakil dari mereka untuk mewakili kesemua pasukan. 3 wakil ini dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah FMLLP.",
"Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP berkata empat pasukan Liga Super berada dalam bahaya kerana bakal berhadapan hukuman pemotongan mata dan tidak dibenarkan membuat pertukaran pemain pada jendela perpundahan kedua kerana gagal melengkapkan beberapa dokumen mendaftarkan pasukan."
] | [
"Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP)"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/projek-at-taawun-perkasa-penolong-amil-kariah/ | Projek At-Ta’awun perkasa Penolong Amil Kariah | [
"SHAH ALAM, 17 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperkenalkan projek At-Ta’awun bagi membangunkan sistem pengurusan Penolong Amil Kariah (PAK) dengan lebih sistematik dan efisien bagi menyantuni asnaf di Selangor.",
"Dalam kenyataannya, LZS memaklumkan projek itu dilaksanakan sejak tahun lalu dan kali ini taklimat perlaksanaan projek At-Ta’awun siri 2.0 melibatkan seramai 18 PAK bertempat di Dewan Orkid, Wisma PKPS, baru-baru ini.",
"“Projek At-Ta’awun siri 2.0 diperluaskan kepada 140 kariah di sembilan daerah bertujuan memberi pendedahan berkenaan peranan PAK di samping meningkatkan profesionalisme mereka dalam mendepani masyarakat sebagai pelanggan utama organisasi.",
"“Ia juga bagi melahirkan barisan PAK profesional dan kompetan dalam membantu Zakat Selangor mendepani agenda pemerkasaan ummah melalui aktiviti agihan dan pembangunan asnaf yang sistematik, komprehensif serta berkesan,” katanya.",
"Sehingga kini Zakat Selangor mempunyai seramai 1,613 penolong amil kariah dilantik sebagai pemudahcara antara Zakat Selangor dan masyarakat terutama golongan asnaf fakir dan miskin."
] | [
"Lembaga Zakat Selangor (LZS)",
"Penolong Amil Kariah (PAK)"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/ribuan-rakyat-protes-desak-netanyahu-letak-jawatan/ | Ribuan rakyat protes, desak Netanyahu letak jawatan | [
"TEL AVIV, 17 FEB: Ribuan rakyat Israel melancarkan tunjuk perasaan bagi membantah jenayah rasuah selepas polis menyarankan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu didakwa atas kesalahan berkenaan.",
"Mereka turut melaungkan kata-kata bantahan apabila salah seorang penceramah dengan sinis memetik kenyataan Netanyahu bahawa beliau tidak bersalah dan tidak akan didakwa."
] | [
"Benjamin Netanyahu",
"Israel"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/piala-fa-gol-vardy-bantu-leicester-city-menang/ | Piala FA: Gol Vardy bantu Leicester City menang | [
"LEICESTER: Gol tunggal Jamie Vardy memastikan kemenangan Leicester City mengalahkan Sheffield United 1 – 0 dalam pusingan kelima Piala FA di Stadium King Power, di sini.",
"Jaringan penyerang England itu terhasil pada minit ke 66 melalui hantaran Riyad Mahrez yang disudahkan dengan satu tandukan menerjah ke gawang lawan.",
"Skuad Claude Puel mempertahankan kelebihan satu gol biarpun pelawat dengan penyerang, James Wilson dan Clayton Donaldson berusaha mencari jaringan ke akhir perlawanan."
] | [
"Leicester City"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/piala-fa-chelsea-benam-hull-city/ | Piala FA: Chelsea benam Hull City | [
"LONDON: Willian menyumbat dua gol bagi membantu Chelsea membelasah Hull City 4 – 0 di Stamford Bridge, di sini, bagi melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala FA.",
"Pemain Brazil itu meletakkan tuan rumah di depan seawal dua minit permainan dengan satu rembatan di luar kotak penalti mengatasi pertahanan dan penjaga gol, David Marshall.",
"Kelebihan beraksi di laman sendiri diguna sepenuhnya skuad Antonio Antonio Conte bagi mengatasi kelab dari Liga Kejuaraan itu dengan Pedro (m27) menghasilkan gol kedua dengan hantara dilakukan Cesc Febregas.",
"Lima minit selepas itu, jaringan kedua Willian menyusul bagi terus mengukuhkan The Blues dengan 3 – 0 dengan gerakan dari tengah padang dilakukan Chelsea disudahkan Willian dengan sempurna.",
"Skuad Nigel Adkins terus dihukum dengan gol keempat tuan rumah melalui penyerang barunya, Olivier Giroud (m42) menyudahkan hantaran Emerson di depan pintu gol.",
"Bersambung babak kedua permainan, Chelsea terus menguasai permainan bagi mengekang serangan pasukan pelawat namun Hull City memperoleh peluang menjaringkan gol melalui penalti apabila Harry Wilson dijatuhkan pertahanan Chelsea pada minit ke 51."
] | [
"Chelsea",
"Hull City"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/mwm-2018-kembali-lebih-meriah/ | MWM 2018 kembali lebih meriah | [
"SHAH ALAM, 17 FEB: Maraton Wanita Malaysia (Malaysia Women Marathon – MWM) kembali dengan acara lebih meriah dan hadiah lumayan bernilai RM45,000 untuk direbut peserta, tahun ini.",
"Selepas mendapat sambutan hebat lebih 6,000 peserta tahun lalu, acara larian diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini, 4 Mac ini, tentu menjanjikan penyertaan besar peserta juga pelancong bagi menambah kemeriahannya.",
"Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata acara semakin mendapat tempat itu menyajikan cabaran berbeza dengan pelbagai program menarik untuk disertai pelbagai usia masyarakat yang menjadikannya antara acara terbesar di Malaysia.",
"“Kerajaan Negeri menyokong acara seperti ini dan MWM adalah satu kejayaan besar yang berjaya mengumpulkan peserta dari dalam dan luar negara.",
"MWM bermula pada 2013, diserikan dengan penyertaan istimewa Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Isteri Dato’ Menteri Besar, Datin Seri Shamshida Taharin bersama semua peserta, tahun lalu.",
"MWM mendapat kerjasama Tourism Selangor saban tahun itu, tersenarai sebagai salah satu acara dalam kalendar rasmi Selangor bagi merancakkan aktiviti pelancongan di negeri itu.",
"“Tourism Selangor sentiasa menyokong MWM dan memberi komitmen penuh bagi memastikan acara ini dapat dijalankan dengan jaya, ” kata Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din.",
"MWM kali ini mempertandingkan empat kategori iaitu maraton penuh (42km), separuh maraton (21km), 10km dan 5km termasuk kategori individu dan dua pilihan pakej keluarga."
] | [
"Malaysia Women Marathon - MWM"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/abim-kecam-diplomat-israel-ke-negara-ini/ | ABIM kecam diplomat Israel ke negara ini | [
"SHAH ALAM, 16 FEB: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam tindakan membenarkan kemasukan delegasi diplomat Israel ke negara ini bagi menghadiri program Forum Bandar Sedunia (WUF) ke-9, di Kuala Lumpur, Selasa lalu.",
"Setiausaha Agungnya, Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata memberi keizinan kepada delegasi negara terbabit memasuki negara ini, jelas bertentangan dengan dasar pro-Palestin dilaungkan kerajaan Malaysia selama ini.",
"“ABIM dengan tegas mengecam sikap hipokrasi serta kedangkalan pihak yang membenarkan delegasi dari negara pengganas ini untuk masuk dan bersidang di Malaysia.",
"“Sekiranya menerima diplomat negara itu dikira sebagai syarat perlu diikuti Putrajaya untuk menganjurkan persidangan maka Malaysia seharusnya menolak daripada menganjurkannya selain mesti memaklumkan masyarakat umum berkenaan kehadiran delegasi berkenaan,” katanya.",
"Beliau berkata, Malaysia seharusnya menzahirkan komitmen bersungguh dalam menolak sebarang usaha membenarkan mana-mana rakyat Israel bagi menjejakkan kaki ke negara ini.",
"“Hubungan Malaysia-Israel adalah isu sensitif bagi umat Islam dan rakyat negara ini yang mana Malaysia dan kebanyakan negara Islam lain tidak mengiktiraf Israel juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara haram itu,” katanya.",
"Muhammad Faisal berkata, ABIM terus komited memberikan dokongan kepada aspirasi perjuangan rakyat Palestin sehingga usaha untuk menghentikan keganasan serta mendapatkan kemerdekaan sebenar tercapai.",
"“ABIM juga menggesa kepada kerajaan Malaysia agar dapat mengambil tanggungjawab di atas apa telah berlaku selain memohon maaf dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak berkaitan,” katanya.",
"Berhubung perkara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataannya berkata, kerajaan Malaysia tidak mengundang delegasi diplomat Israel ke WUF9 sebaliknya penyertaan mereka adalah berdasarkan jemputan dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui agensinya iaitu Program Penempatan Manusia PBB (UN-Habitat) selaku penganjur forum berkenaan."
] | [
"Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)",
"Forum Bandar Sedunia (WUF)"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/gerko-fest-kuis-beri-pendedahan-luar-kampus/ | Gerko Fest KUIS, beri pendedahan luar kampus | [
"SHAH ALAM, 16 FEB: Seramai 244 penuntut Falkulti Pendidikan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) menyertai Festival Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) bagi mendapatkan pendedahan secara meluas melalui program luar kampus.",
"Dekan Fakulti Pendidikan KUIS, Dr Zetty Nurzuliana Rashed berkata, program itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar melalui dan menghayati sendiri pengalaman merancang dan melaksanakan aktiviti gerak kerja kokurikulum.",
"“Kesan positifnya, dapat membina generasi bakal guru yang mempunyai semangat tinggi dan tidak mudah mengalah dengan zaman dan era globalisasi sekaligus melengkapkan persediaan diri yang kental dalam menghadapi alam pekerjaan sebagai guru kelak,” katanya dalam kenyataan.",
"Program anjuran kali ke 21 berbentuk Kem Kepimpinan Badan Beruniform serta Kelab dan Persatuan itu berlangsung di Kem El- Azzhar, Banting, baru-baru ini.",
"Antara aktiviti dijalankan adalah mendirikan khemah, sukan rakyat, pertandingan memasak, treasure hunt, pertandingan kawad kaki, ice breaking, senaman pagi, tazkirah berantai, qiamullail dan khidmat ummah."
] | [
"Festival Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO)",
"Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/bekalan-air-pulih-di-petaling-klang-shah-alam/ | Bekalan air pulih di Petaling, Klang & Shah Alam | [
"SHAH ALAM, 16 FEB: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan bekalan air membabitkan tiga kawasan di Petaling, Klang dan Shah Alam kembali pulih.",
"Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi SYABAS, Abdul Raof Ahmad berkata, gangguan berkenaan berpunca akibat penyusutan paras kolam perkhidmatan ekoran permintaan tinggi."
] | [
"Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/lzs-salur-rm1-4-juta-bantu-pelajar-asnaf-ipt/ | LZS salur RM1.4 juta bantu pelajar asnaf IPT | [
"SHAH ALAM, 16 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan lebih RM1.4 juta kepada pelajar asnaf fakir dan miskin melalui program Bantuan Wang Saku Tambahan Program Kasihku.",
"LZS berkata, ia merupakan wang zakat agihan semula syarikat korporat terlibat dalam program Kasihku Zakat Selangor yang prihatin dengan keperluan pelajar asnaf di IPT.",
"Program ‘Kasihku Zakat Selangor’ adalah ruang kepada pengeluar zakat terutama dalam kalangan syarikat korporat menyantuni penerima zakat di Selangor yang semakin meningkat."
] | [
"Bantuan Wang Saku Tambahan Program Kasihku",
"Lembaga Zakat Selangor (LZS)"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/ramalan-cuaca-sempena-tahun-baharu-cina/ | Ramalan cuaca sempena Tahun Baharu Cina | [
"SHAH ALAM, 16 FEB : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan dan ribut petir dijangka berlaku petang ini di kawasan Semenanjung.",
"Menurut kenyataan yang dikemaskini di laman web METMalaysia, beberapa kawasan di Sarawak (bahagian Bintulu, Miri, Kapit dan Limbang) serta Sabah (bahagian Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) turut mengalami hujan atau ribut petir petang ini."
] | [
"Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/jom-sertai-mahabbah-walk-2018/ | Jom sertai Mahabbah Walk 2018 | [
"SHAH ALAM, 16 FEB: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bakal menganjurkan Program Larian Amal Mahabbah Walk 2018 siri kedua, pada 25 Mac ini.",
"YIDE menerusi laman Facebooknya memaklumkan, program sempena Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia itu akan berlangsung, di Taman Botani Negara, di sini.",
"YIDE berkata, program itu bertujuan mengamalkan gaya hidup sihat selain memastikan buah pinggang sihat selaras dengan matlamat YIDE untuk membantu pesakit berkenaan dan ia membabitkan kategori ‘Fun Run Walk & Roll’ sejauh lima kilometer (km).",
"Penyertaan adalah percuma kepada pesakit di Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) YIDE, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kanak-kanak bawah 13 tahun.",
"Manakala, orang awam yang berminat akan dikenakan bayaran RM50 dan RM30 untuk pelajar, agensi agama, anak syarikat MAIS dan pesakit dialisis yang menerima rawatan selain di Pusat Dialisis MAIS YIDE.",
"Kepada mereka yang berminat boleh menyertainya dengan menghubungi Hafiz di talian 014-6384475 atau Zubir (017-7569476) juga dengan melayari laman Facebook YIDE.",
"Orang ramai masih boleh mendaftar sehingga tarikh tutup penyertaan pada 21 Mac ini dan peserta juga berpeluang menerima T-Shirt, medal, sijil serta ‘goodies’."
] | [
"mahabbah walk 2018",
"YIDE"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/op-selamat-89385-saman-dikeluarkan/ | Op Selamat: 89,385 saman dikeluarkan | [
"SHAH ALAM, 16 FEB : Sejumlah 89,385 saman dikeluarkan untuk kesalahan memandu melebihi had laju yang dibenarkan di seluruh negara pada tempoh enam hari Op Selamat diadakan, setakat malam kelmarin.",
"Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, kebanyakan pengguna jalan raya turut dikesan melakukan lima kesalahan lain selain memandu melebihi had laju.",
"“Dalam operasi ini, sebanyak 17,758 motosikal diperiksa dan 11,410 kesalahan dikenakan saman,” katanya memetik laporan Kosmo Online pada sidang akhbar selepas tamat operasi dijalankan di Plaza Tol Sungai Besi arah Selatan. di sini, semalam."
] | [
"Ops Selamat",
"saman"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/penunggang-dan-pembonceng-motosikal-catat-kematian-tertinggi/ | Penunggang dan pembonceng motosikal catat kematian tertinggi | [
"SHAH ALAM, 16 FEB: Ops Selamat 12 sempena perayaan Tahun Baharu Cina menyaksikan penunggang dan pembonceng motosikal mencatatkan jumlah kematian tertinggi.",
"Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, ia menunjukkan peningkatan kadar kematian tiga kes atau lima peratus berbanding tempoh sama, tahun lalu.",
"Katanya, pengguna kereta pula mencatat 14 kematian, pejalan kaki pula dua kematian, pengguna basikal (1), van (2), bas (1), lori (3) dan lain-lain tujuh kematian.",
"“Daripada jumlah 91 kes kemalangan maut dalam tempoh enam hari ini, penunggang motosikal masih menjadi penyumbang utama iaitu 61 daripada 91 kes maut,” katanya.",
"Ops Selamat 12 adalah kempen keselamatan selama dua minggu yang bermula 9 Februari sehingga 23 Februari ini mengekalkan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’.",
"Untuk rekod, dalam tempoh sama, kemalangan mencatatkan penurunan 554 kes iaitu 9,466 berbanding 10,020 kes bagi tempoh sama Ops Selamat 10, pada tahun lalu.",
"Kes kemalangan maut juga menurun dua kes berbanding Ops Selamat 10 iaitu 89 kes pada Ops Selamat kali ini berbanding 91 kes bagi tempoh sama, tahun lalu.",
"Manakala, jumlah kematian mencatat penurunan tujuh kes berbanding Ops Selamat 10 iaitu 91 kes pada Ops Selamat kali ini berbanding 98 kes bagi tempoh sama lalu."
] | [
"kemalangan",
"motosikal"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/petronas-sprinta-racing-sedia-hadapi-moto3-2018/ | Petronas Sprinta Racing sedia hadapi Moto3 2018 | [
"SEPANG, 16 FEB: Petronas Sprinta Racing bersedia menghadapi cabaran dalam Kejohanan Dunia Moto3 2018 dengan melancarkan pasukannya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini, pada 14 Februari lalu.",
"Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Zahariah Abdul Rahman berkata, pihaknya yakin penyertaan dalam kejohanan itu bakal mengukuhkan jenama pasukan itu dan berbangga ia dapat direalisasikan.",
"“Ia memberikan gambaran jelas akan komitmen dikongsi PETRONAS Sprinta Racing bersama SIC yang percaya bakat Malaysia berpotensi untuk diketengahkan di peringkat tertinggi jika diberi peluang dan bimbingan,” katanya dipetik http://www.sicracingteam.com/",
"Perkongsian strategik PETRONAS dan SIC menyaksikan pasukan itu menampilkan penunggang tempatan, Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki dari Jepun dengan jentera Honda NSF250RW.",
"Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, kerjasama antara kedua pihak amat menggembirakan dan SIC berbangga memiliki Petronas sebagai rakan strategik.",
"“Pasukan dimiliki adalah kemuncak matlamat kita bersama untuk membangunkan bakat bagi perlumbaan kejohanan dunia dan menerusi kejohanan MotoGP kita akan berusaha mencapai tahap lebih tinggi.",
"“Penunggang juga mempunyai keazaman tinggi dan dengan kepakaran teknikal dalam pasukan diketuai Johan Stigefelt, maka kita akan berusaha meletakkan Malaysia, di peta kejohanan dunia,” katanya."
] | [
"motosikal",
"petronas sprinta"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/spad-tingkat-penguatkuasaan-sempena-tahun-baharu-cina/ | SPAD tingkat penguatkuasaan sempena Tahun Baharu Cina | [
"SHAH ALAM, 16 FEB: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengeluarkan pekeliling memberi peringatan kepada pengusaha bas ekspres di seluruh negara supaya mengambil serius berhubung isu keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain ketika sambutan Tahun Baharu Cina.",
"Memetik laporan BERNAMA, SPAD berkata, pihaknya mengambil serius isu berkenaan dan akan menguatkuasakan undang-undang secara maksimum kepada pengusaha bas yang didapati cuai dalam mengurus operasi masing-masing daripada aspek keselamatan, pengurusan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan.",
"Malah, SPAD turut meluluskan permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) dari 108 syarikat bas dengan tambahan lagi 313 bas, maka ia untuk memastikan jumlah bas mencukupi sempena musim perayaan.",
"Menurut kenyataan itu, SPAD berganding bahu dengan polis, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Antidadah Kebangsaan dan agensi penguatkuasaan lebuh raya sebagai sebahagian daripada langkah penguatkuasaan bersepadu selama 17 hari, sehingga 25 Februari ini."
] | [
"jalan raya",
"SPAD"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/apa-guna-ranking-jika-graduan-tak-dapat-kerja/ | Apa guna ranking jika graduan tak dapat kerja | [
"Kami daripada pihak Mahasiswa Pakatan Harapan mahu mengucapkan ribuan tahniah kepada kesemua tenaga kerja universiti-universiti tempatan, kami berbangga dengan pencapaian Universiti Malaya yang kini dalam kalangan 50 universiti terbaik Asia menurut ranking ‘The Times Higher Education World University Rankings 2018’.",
"Dengan objektif untuk membawa kesedaran di kalangan golongan mahasiswa dalam perbincangan isu-isu nasional, Mahasiswa Pakatan Harapan ingin menyuarakan pendapat berkait kenaikan ranking universiti tempatan baru-baru ini.",
"Berdasarkan kenyataan ‘The Times Higher Education World University Rankings’, institusi ini menghakimi universiti-universiti berdasarkan 13 faktor prestasi yang menyediakan perbandingan seimbang dalam kalangan universiti-universiti terpilih. 13 faktor prestasi ini boleh di kumpulkan kepada 5 bahagian, iaitu Persekitaran Pembelajaran (30 peratus), Penyelidikan (30 peratus), Petikan (30 peratus), Prospek Antarabangsa (7.5 peratus), dan Pendapatan Industri (2.5 peratus).",
"1. Reputasi Akademik (40%)\n2. Reputasi Majikan (hanya 10% & berdasarkan culaan kualitatif)\n3. Nisbah Fakulti / Pelajar (20%)\n4. Nisbah Petikan setiap fakulti (20%)\n5. Nisbah Fakulti Antarabangsa (5%)\n6. Nisbah Pelajar Antarabangsa (5%)",
"Berdasarkan Quacquarelli Symonds World University Rankings (QS) dan The Times, kebanyakan institusi-institusi antarabangsa lebih memberi tumpuan kepada kualiti pendidikan dan reputasi universiti dalam mempertimbangkan ranking universiti yang dikeluarkan oleh mereka. Institusi-institusi ini tidak menitikberatkan faktor prestasi yang mungkin lebih bermakna kepada mahasiswa-mahasiswa dan graduan-graduan sebagai contoh kadar pengangguran dan purata gaji dalam kalangan graduan.",
"Besar kemungkinan, situasi ini yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan mahasiswa dan graduan yang semakin lantang dalam mempersoalkan keputusan ranking-ranking universiti tempatan. Ranking kian meningkat tetapi masih gagal dalam menghasilkan graduan-graduan yang mempunyai kebolehpasaran yang memadai untuk membolehkan graduan mendapatkan pekerjaan di dalam pasaran buruh dan mendapat gaji yang setimpal dengan kelayakan dengan kerja yang mereka lakukan.",
"Situasi pengangguran di kalangan graduan kini berada di dalam keadaan kritikal. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia, lebih separuh daripada jumlah pengangguran di Malaysia terdiri di kalangan belia walaupun mereka merangkumi hanya 1/3 daripada pasaran buruh negara.",
"Mungkin masih ramai lagi mahasiwa-mahasiswa dan graduan-graduan di luar sana yang masih belum sedar bahawa dalam kalangan belia yang bekerja, hanya 16 peratus adalah graduan yang berpendidikan tinggi. Ini bermakna 84 peratus belia yang mempunyai pekerjaan kini mempunyai pencapaian pendidikan paling tinggi hanya di peringkat menengah. Kajian yang sama juga menunjukkan lebih separuh daripada jumlah graduan mendapat gaji kurang daripada RM2,000 selepas tamat pengajian.",
"Mahasiswa Pakatan Harapan menggesa Dato’ Seri Haji Idris Bin Jusoh untuk menimbang semula strategi kementerian beliau yang kini lebih mementingkan ranking antarabangsa daripada kebajikan mahasiswa-mahasiswa dan graduan-graduan universiti tempatan.",
"Mahasiswa Pakatan Harapan juga ingin mencadangkan agar Dato’ Seri Haji Idris Bin Jusoh untuk mendedahkan dimanakah anak-anak dan keluarga terdekat beliau melanjutkan pelajaran mereka. Tujuan persoalan ini diutarakan adalah untuk memulihkan kepercayaan kepada beliau dan kementeriannya daripada tuduhan-tuduhan yang telah dilemparkan oleh pelbagai pihak sejak kian lama tetapi kekal tidak berjawab sehingga kini.",
"Sebagai sebuah organisasi mahasiswa di antara yang terbesar di Negara ini, Mahasiswa Pakatan Harapan berharap Dato’ Seri Haji Idris Bin Jusoh akan mengambil serius cadangan-cadangan ini dan akan memberi jawapan kepada persoalan-persoalan yang telah diajukan oleh pihak kami."
] | [
"Ranking",
"Universiti"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/solidariti-palestin-retorik-najib/ | Solidariti Palestin retorik Najib | [
"Timbalan Pengerusi Sekretariat Palestin-Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, hal itu kerana Malaysia tidak menolak menjadi tuan rumah kemasukan perwakilan Israel ke persidangan World Urban Forum yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.",
"“Sekiranya Malaysia dipaksa menjadi tuan rumah kepada Israel dan perlu memberikan visa kepada semua delegasi bagi menghadiri persidangan itu, maka kerajaan sepatutnya menarik diri sebagai tuan rumah.",
"“Ini kerana, tindakan ini sangat bertentangan dengan pendirian kerajaan yang sentiasa lantang bersuara berhubung dasar terhadap Palestin dalam setiap forum antarabangsa,” katanya dalam kenyataan.",
"Mohd Azmi berkata, baru-baru ini, dalam perhimpunan yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai solidariti dengan rakyat Palestin kini boleh dianggap sebagai retorik kosong.",
"“Apatah lagi, Diplomat David Roet mendakwa ada bertemu dengan pegawai tertinggi Malaysia. Roet juga mendakwa, data rasmi yang dikeluarkan pada 2014 oleh Biro Statistik Pusat Israel (CBS) menunjukkan hubungan perdagangan Malaysia-Israel mencecah AS$1.5 bilion setahun dan semakin berkembang pesat."
] | [
"Najib",
"Palestin"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/liga-europa-arsenal-belasah-ostersunds-3-0/ | Liga Europa: Arsenal belasah Ostersunds 3-0 | [
"SWEDEN, 16 FEB: Arsenal tidak berdepan laluan sukar bagi menewaskan wakil Sweden, Ostersunds 3-0 dalam saingan Liga Europa di Jaemtkraft Arena, di sini.",
"Kelab England dibimbing Arsene Wenger itu memperoleh gol pertama pada minit ke-13 dengan Nacho Monreal berjaya melepaskan satu rembatan melepasi penjaga gol tuan rumah, Aly Keita.",
"Gol kedua hadir hasil kesilapan pertahanan Ostersunds, Sotirios Papagiannopoulos (m24) yang tertampan bola ke gawang sendiri melalui hantaran penyerang, Henrikh Mkhitaryan.",
"Tuan rumah yang ketinggalan cuba bangkit dengan beberapa percubaan dan satu serangan dilakukan Saman Ghoddos berjaya digagalkan penjaga gol Arsenal, David Ospina.",
"Mesut Ozil (m58) turut mencipta nama sebagai penjaring apabila mendapat hantaran tepat Mkhitaryan dengan membuat satu rembatan ke dalam pintu gol tuan rumah.",
"Keputusan 3-0 dalam perlawanan pertama pusingan 32 pasukan itu menjadikan Arsenal selesa bagi menghadapi aksi kedua di gelanggang sendiri, pada 23 Februari ini."
] | [
"Arsenal"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/mb-selangor-beri-kerjasama-penuh-sprm/ | MB: Selangor beri kerjasama penuh SPRM | [
"SHAH ALAM, 16 FEB: Kerajaan Negeri sudah menyerahkan semua dokumen berkaitan isu tanah di mukim Ijok kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).",
"Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dokumen berkenaan diserahkan beberapa bulan sebelum ini ekoran laporan yang dibuat beberapa badan bukan kerajaan (NGO).",
"Terdahulu, Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar, Yin Shao Loong, menyifatkan Barisan Nasional (BN) ‘panik’ kerana Mohamed Azmin dapat menyelesaikan masalah peneroka tanah terbabit hanya dalam tempoh empat tahun, berbanding pengurusan FELDA yang semakin tenggelam dengan penyelewengan.",
"Katanya, Mohamed Azmin mementingkan pembelaan peneroka tanah di mukim Ijok itu dan setiap peneroka terbabit mendapat pampasan RM180,000 dan rumah yang bernilai sekurang-kurangnya RM400,000."
] | [
"MB",
"SPRM"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/aliran-trafik-di-beberapa-lebuh-raya-terkawal/ | Aliran trafik di beberapa lebuh raya terkawal | [
"SUBANG, 16 FEB: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama masih lagi terkawal walaupun terdapat beberapa tempat menuju ke arah utara perlahan.",
"Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia ekoran pergerakan kenderaan berat yang perlahan menaiki bukit, dari Tapah dan terowong Menora.",
"Beliau berkata demikian dalam sidang media pemantauan trafik melalui udara sempena cuti Tahun Baharu Cina, di Menara Korporat Persada PLUS, di sini.",
"Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid; Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir Ismail Md Salleh dan Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail."
] | [
"fadillah yusof",
"PLUS"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/peneroka-tanah-ijok-dapat-pampasan-rm180000-dan-rumah-rm400000/ | Peneroka tanah Ijok dapat pampasan RM180,000 dan rumah RM400,000 | [
"SHAH ALAM, 16 FEB: Nasib peneroka tanah di mukim Ijok terus dibela apabila Kerajaan Negeri memberi pampasan RM180,000 dan rumah bernilai sekurang-kurangnya RM400,000.",
"Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar, Yin Shao Loong berkata, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, amat mementingkan pembelaan peneroka tanah, di kawasan itu.",
"“Walaupun tanah itu diberi kebenaran untuk dirampas dalam keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, namun Kerajaan Negeri perlu membayar pampasan sehingga ratusan juta ringgit kepada dua syarikat",
"“Masalah itu yang diwarisi Azmin kini berjaya diselesaikan apabila beliau menjual tanah berkenaan kepada pemaju berwibawa sebanyak RM1.18 bilion dan membolehkan peneroka memperoleh pampasan dan rumah kediaman,” katanya dalam kenyataan.",
"“Berbeza dengan BN yang ‘menghadiahkan’ tanah seluas 3,200 ekar di Ijok dengan harga murah kepada syarikat kroni serta mengabai nasib peneroka.",
"“Tindakan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, mempersoalkan langkah Kerajaan Negeri jelas menunjukkan pemimpin BN itu dangkal, tidak faham fakta dan tidak memahami latar kes mahkamah berhubung isu tanah, di Ijok,” katanya.",
"Beliau berkata, kenyataan Abdul Rahman juga jelas menunjukkan UMNO dan BN panik kerana Mohamed Azmin berjaya menyelesaikan masalah peneroka tanah terbabit hanya dalam tempoh empat tahun, berbanding pengurusan FELDA oleh BN yang semakin tenggelam dengan penyelewengan."
] | [
"Ijok",
"Tanah"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/pusat-kawalan-trafik-bakal-mudahkan-pengurusan-trafik/ | Pusat kawalan trafik bakal mudahkan pengurusan trafik | [
"SUBANG, 16 FEB: Pusat kawalan trafik kebangsaan bakal dilaksanakan dalam usaha memastikan keberkesanan sistem pengurusan trafik dan penguatkuasaan undang-undang, di semua lebuh raya utama.",
"Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pusat kawalan itu akan dilengkapi dengan sistem sensor (pengesan) dan kamera bagi memudahkan agensi terbabit.",
"“Melalui penggunaan sensor dan kamera ini, kita dapat mengumpul data aliran masuk kenderaan bagi tujuan kajian. Ia masih dalam perancangan, namun sudah dibawa kepada kabinet dan sudah dipersetujui secara prinsip.",
"“Kita jangkakan, cadangan ini akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun lagi iaitu pada 2020,” katanya dalam sidang media pemantauan trafik melalui udara sempena cuti Tahun Baharu Cina, di Menara Korporat Persada PLUS, di sini.",
"“Ini adalah pelan jangka panjang membabitkan semua agensi berkaitan keselamatan dan penguatkuasa lebuh raya seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan polis,” katanya."
] | [
"fadillah",
"Trafik"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/azmin-muat-naik-gambar-cucu/ | Azmin muat naik gambar cucu | [
"SHAH ALAM, 16 FEB: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, mula memuat naik gambar cucu pertamanya yang dilahirkan, pada 14 Februari lalu.",
"Cucunya itu puteri kepada anak perempuannya, Farah Shazliyana, 27 dan pasangan, Muhammad Syaqib Zainudin, yang mendirikan rumah tangga, pada Disember 2015.",
"Lima beradiknya lain adalah Mohamed Ameer Shazrin (25), Farah Amira (24), Farah Afifah (22), Mohamed Basheer Noor Al-Haq (17) dan Mohamed Yusuf Al-Sadiq (16)."
] | [
"Azmin",
"cucu"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/fmllp-sedia-bantu-fas-isu-rasuah/ | FMLLP sedia bantu FAS isu rasuah | [
"SHAH ALAM, 16 FEB: Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) komited menawarkan bantuan kepada Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dalam menangani isu rasuah berkaitan persatuan berkenaan.",
"“Dalam pertemuan antara kedua pihak, FMLLP dan FAS juga bersetuju untuk tidak memberi sebarang komen atau menimbulkan sebarang spekulasi sehingga SPRM menyelesaikan siasatan berhubung isu berkaitan,” katanya.",
"Satu pertemuan di antara Presiden FAS, Datuk Posa Majais bersama wakil pengurusan pasukan Sarawak bersama Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam serta Penolong Setiausaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Abang Zulkarnain Abang Abdurahman dan Ketua Unit Integriti FAM, Osman Abu Bakar diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan, semalam.",
"Sebelum itu, seorang pemain pertahanan dan tengah pasukan Liga Perdana itu serta seorang bookie ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan kerana mengatur perlawanan.",
"Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Portia Tham Ong Leng terhadap tertuduh iaitu pemain pertahanan, Maswandi Zakaria, 29 dan pemain tengah, Mohd Hafiz Abu Bakar, 28, serta bookie, Mohamad Zaiman Rosli, sehingga 21 Februari ini.",
"Pada 11 Februari lalu, FAS memulakan siasatan selepas Sarawak tewas kepada Felcra United 2-3 walaupun mendahului lawan 2-0 pada separuh masa pertama dalam perlawanan liga, 10 Februari lalu."
] | [
"FAS",
"liga perdana"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/kerajaan-negeri-peruntuk-rm2-18-juta-baiki-lif-pangsapuri-golden-villa/ | Kerajaan Negeri peruntuk RM2.18 juta baiki lif Pangsapuri Golden Villa | [
"KLANG, 15 FEB : Kerajaan Negeri melalui Skim Ceria memperuntukkan RM2.18 juta untuk membaiki 11 lif membabitkan enam blok di Pangsapuri Golden Villa, di sini.",
"Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, ia adalah usaha yang dilakukan secara beterusan untuk lebih mengharmonikan lagi kawasan pangsapuri terbabit.",
"Sementara itu, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Norzaton Aini Mohd Kassim berkata, kerja baik pulih kesemua lif berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada April tahun hadapan.",
"“Kerajaan Negeri melantik Selangor Industrial Corporation (SIC) iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menguruskan pembaikan lif ini,” katanya."
] | [
"baiki lif"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/kejutan-pasukan-amatur-janji-saingan-menarik-piala-fa/ | Kejutan pasukan amatur, janji saingan menarik Piala FA | [
"SHAH ALAM, 15 FEB: Beberapa kejutan dilakar pasukan liga amatur dan sosial dalam pusingan pertama Piala FA 2018, menjanjikan saingan menarik pada pusingan seterusnya.",
"Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) dalam kenyataannya berkata, dengan keputusan dicatat, tidak mustahil untuk pasukan dari liga berkenaan mampu melangkah jauh dalam kejohanan itu.",
"“Ia satu perkembangan positif ditunjukkan pasukan dari liga amatur apabila mereka menggunakan peluang sepenuhnya diberikan FMLLP dengan menjadikan Piala FA 2018 sebagai batu loncatan ke arah kemajuan dan lebih berdaya saing.",
"“Selain hasrat mengembalikan bola sepak kepada rakyat, tujuan langkah ini diambil untuk merapatkan jurang persaingan liga amatur dan profesional supaya lebih banyak bakat baru dapat dicungkil dan diketengahkan sekali gus memberi perkembangan positif kepada bola sepak Malaysia,” katanya.",
"Pasukan Liga Sosial, Southern FC mengalahkan Selangor United dari Piala FAM 2 – 1 dan akan bertemu pasukan Liga Super, Melaka dalam pusingan kedua.",
"Juara Selangor Champions League 2017, Axis-O2 FC juga menempah tempat ke pusingan kedua menentang Kuantan FA dari Liga Perdana, selepas menewaskan SRCC Kuala Kangsar FC 4-1 (pusingan pertama)."
] | [
"bola",
"Piala FA",
"selangor"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/ringgit-diniaga-3-89-berbanding-dolar-as/ | Ringgit diniaga 3.89 berbanding dolar AS | [
"SHAH ALAM, 15 FEB: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS, pagi ini ekoran permintaan lebih kukuh ke atas mata wang tempatan, didorong data pertumbuhan tinggi keluaran dalam negara kasar Malaysia bagi 2017, kata peniaga.",
"Seorang peniaga berkata, minat ke atas ringgit mengukuh walaupun dolar US kini semakin meningkat ekoran laporan berkenaan inflasi lebih tinggi, berbanding unjuran.",
"Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit kebanyakannya didagangkan rendah kecuali dolar Singapura, dengan unit tempatan meningkat kepada 2.9595/9643 berbanding 2.9654/9705, pada Rabu.",
"Pada masa sama, ringgit lemah berbanding yen Jepun kepada 3.6449/6493 daripada 3.6441/6488, rendah berbanding pound British kepada 5.4511/4591 daripada 5.4325/4400 serta lemah berbanding euro kepada 4.8471/8529 daripada 4.8383/8444."
] | [
"ringgit"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/mdks-sasar-rm1-juta-hasil-pelancongan/ | MDKS sasar RM1 juta hasil pelancongan | [
"SHAH ALAM, 15 FEB: Majlis Daerah Kuala Selangor mensasarkan perolehan kutipan RM1 juta hasil prospek pelancongan di daerah itu, pada tahun ini.",
"“Justeru, tahun ini kami mensasarkan jumlah ini akan bertambah kepada 100,000 dengan pendapatan RM1 juta mampu diraih,” katanya kepada SelangorKini di Kampung Kuantan, semalam.",
"Antara destinasi tumpuan di daerah itu termasuk Eaglel Feeding di Pasir Penambang, Kelip-Kelip di Kampung Kuantan, Taman Alam Kuala Selangor dan Pantai Remis Sungai Sembilang, Jeram."
] | [
"MDKS"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/pembahagian-kerusi-dun-selangor-proses-biasa/ | Pembahagian kerusi DUN Selangor proses biasa | [
"SHAH ALAM, 15 FEB: Pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor adalah proses biasa dalam mana-mana parti komponen, termasuk Pakatan Harapan (PAKATAN), kata Naib Pengerusi DAP Selangor, Dato’ Teng Chang Khim.",
"“Ini adalah proses biasa yang mana Barisan Nasional (BN) juga belum selesai membuat pembahagian kerusi, justeru selagi pembubaran belum berlaku, saya rasa tidak perlu terburu-buru kerana kerusi tak lari pun, orang sahaja yang lari nanti.",
"“Jadi, tidak perlu risau sangat kerana di Selangor, banyak kerusi ada permintaan. Saya difahamkan perbincangan lebih tertumpu kepada kerusi yang belum dimenangi PAKATAN,” katanya pada sidang media Rumah Terbuka sempena Tahun Baharu Cina di pejabatnya, semalam.",
"“Tiba masanya nanti, mereka akan terima keputusan pucuk pimpinan yang akan mengambil kira kepentingan semua parti komponen lain dalam pembahagian kerusi,” katanya.",
"Terdahulu, PPBM bertegas untuk bertanding di 12 kerusi DUN yang dimenangi Umno, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu walaupun ia mendapat bantahan daripada KEADILAN."
] | [
"DUN",
"Pakatan"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/pertandi-ngan-memasak-ponggal-antara-sekolah-meriah/ | Pertandingan memasak Ponggal antara sekolah meriah | [
"SHAH ALAM, 15 FEB: Sebanyak 24 sekolah menyertai Pertandingan Memasak Ponggal Antara Sekolah daerah Gombak dan Hulu Langat anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi memupuk perpaduan kaum.",
"“Selain mendedahkan pengalaman dan memperkenalkan adat resam masyarakat India berkenaan perayaan Ponggal, program tahunan itu juga bertujuan memupuk semangat menghargai, menghormati adat serta kebudayaan masyarakat lain.",
"Pertandingan itu menyaksikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Ampang dipilih sebagai juara, sementara naib johan dan tempat ketiga dimenangi SMK Dato Ahmad Razali juga SMK Taman Kosas.",
"Manakala bagi ketegori sekolah rendah dijuarai Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Muda, naib johan dimenangi SK Ampang dan tempat ketiga SK Pandan Indah."
] | [
"MPAJ",
"Ponggal"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/pakatan-optimis-bantu-rakyat-miliki-rumah/ | PAKATAN optimis bantu rakyat miliki rumah | [
"SHAH ALAM, 15 FEB: Pakatan Harapan (PAKATAN) optimis peralihan kuasa kepada gabungan itu mampu menyelesaikan krisis kesukaran rakyat memiliki kediaman sendiri, pada masa kini.",
"Ketua Pemudanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak gagal mengotakan janji menyediakan rumah mampu milik, pada kadar berpatutan kepada rakyat.",
"Beliau berkata, pihaknya juga menjanjikan pembinaan sejuta rumah mampu milik dalam dua penggal dan tekad bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan ia terlaksana.",
"“Jika negara ini terus di jalan ini, percayalah majoriti rakyat tidak akan mampu memiliki rumah sendiri dan ini bukanlah masa depan yang kita mahukan.",
"Terdahulu, kaji selidik terkini Bank Negara Malaysia (BNM) membabitkan isu perumahan di Malaysia dilaporkan berada pada tahap ‘tidak mampu dan genting’ berdasarkan piawaian antarabangsa.",
"BNM menggariskan beberapa faktor utama menyebabkan berlakunya hal berkenaan iaitu; bekalan dan permintaan tidak sepadan, lebih banyak rumah dibina pada tahap tidak mampu serta pendapatan isi rumah meningkat, pada kadar lebih perlahan daripada harga rumah.",
"“Semakin banyak keluarga tidak mampu memiliki rumah sendiri dan generasi muda pula perlu bergelut dengan kenaikan kos hidup serta hutang banyak, apatah lagi untuk memiliki rumah sendiri,” katanya."
] | [
"Nik Nazmi Nik Ahmad",
"Pakatan"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/bukan-curi-tapi-dalamkan-sungai/ | Bukan curi pasir, tapi dalamkan sungai | [
"KUALA SELANGOR, 15 FEB: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menafikan wujud kegiatan curi pasir, di kawasan Sungai Kuala Selangor, Kampung Kuantan seperti didakwa.",
"Beliau diminta mengulas laporan muka depan akhbar Kosmo! yang mendedahkan aktiviti curi pasir sedang dijalankan pihak tertentu menyebabkan habitat kelip-kelip di kawasan sungai Kuala Selangor, terancam.",
"Sebelumnya, pendedahan kononnya berlaku aktiviti itu didedahkan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dato’ Seri Dr Irmohizam Ibrahim dan Persatuan Pendayung Kelip-Kelip Kampung Kuantan.",
"Kampung Kuantan sinonim sebagai tumpuan habitat kelip-kelip memandangkan faktor ekosistem dan aspek geografi Sungai Selangor yang sesuai sebagai habitat haiwan itu."
] | [
"MDKS"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/rancangan-sulit-seorang-penulis/ | Rancangan sulit seorang penulis | [
"“BETUL! Saya tak dapat pun e-mel awak tu. Mungkin dah ghaib ke Neverland!” kata editor yang berkaca mata dan bertudung merah jambu sambil tersenyum sinis.",
"Saya tidak berpuas hati bila editor itu memberitahu bahawa dia tidak menerima cerpen yang saya hantar untuk disiarkan di Majalah Kelabu. Berkali-kali saya menggeleng kepala, bukan berzikir tapi tanda tidak percaya.",
"Sebenarnya telah lebih sebulan cerpen saya tidak disiarkan di ruangan sastera Majalah Kelabu. Walhal sehari sebelum cerpen tersebut saya e-mel kepada editor Majalah Kelabu, kami minum kopi semeja tanda persetujuan bahawa dalam minggu berikutnya cerpen saya pasti akan tersiar di majalah tersebut. Saya masih ingat kata-kata editor itu, “Ini pasti bukan janji!”",
"Saya sering terbaca di blog bahawa budaya kronisme lazimnya berlaku ketika pemberian tender projek atau ketika memilih pemain untuk mewakili organisasi dalam perlawanan bola sepak amal. Rupanya pemilihan cerpen untuk disiarkan di majalah juga mengutamakan kroni. Bagaimana saya mengetahui ini semua? Terima kasih kepada media sosial, Twitter.",
"Malam ini adalah masa terbaik untuk saya mencari cerpen saya yang kononnya, menurut editor ruangan sastera Majalah Kelabu sebagai telah ghaib. Saya sangat pasti cerpen saya tidak ghaib sebaliknya ia telah terperap dalam komputer editor itu. Jadi saya harus buktikan dengan mata kepala sendiri.",
"Saya masuk ke dalam rumah editor itu penuh hati-hati. Keadaan rumahnya biasa-biasa saja tidak dipenuhi perabot mewah mahupun permaidani import yang bila dipijak sangat lembut di tapak kaki.",
"Saya tahu editor itu sedang berada di salah satu bilik di dalam rumah itu kerana ketika di luar rumah tadi saya melihat cahaya lampu dari bilik tidur tingkat atas yang menghadap jalan. Di tingkat atas rumah teres itu ada tiga bilik tidur dan hanya satu bilik sahaja yang kelihatan cahaya lampu dari bawah pintu. Dengan berhati-hati pintu bilik dibuka.",
"Keadaan bilik itu memberi gambaran bahawa ia adalah bilik bacaan kerana tiada katil di dalamnya. Kemudian mata saya tertancap pada tubuh seseorang sedang terbaring di atas sofa panjang berwarna merah. Ya itulah dia editor ruangan sastera Majalah Kelabu!",
"Di suatu sudut bilik terdapat sebuah meja bacaan. Komputer peribadinya kelihatan berada dalam mood bersedia walaupun monitornya terpadam tetapi kuasanya masih ada.",
"Saya fikir editor itu terlalu penat hingga lupa untuk menyimpan kerjanya di komputer itu. Saya baca apa yang kelihatan di skrin komputer. Ia sebuah cerpen yang barangkali dalam proses bacaan pruf. Kelihatan pada bahagian heading tertulis nama penulis cerpen tersebut, bunyinya seperti nama seorang perempuan. Pada hemat saya, itu mungkin cerpen yang dimaksudkan editor itu pada tweetnya siang tadi.",
"Sekarang saya perlu mencari cerpen saya yang pasti berada di dalam komputer itu. Tanpa berfikir panjang saya terus melarikan pointer tetikus ke butang close di penjuru atas sebelah kanan aplikasi Word tersebut. Kemudian saya perhatikan ada Icon Gmail di Taskbar skrin komputer. Saya lihat ada e-mel baharu yang sedang dikarang tapi belum dihantar. Saya membacanya dengan penuh teliti. Subjeknya berbunyi “Cerpen baharu untuk disiarkan dalam edisi minggu ini, lulus untuk diterbitkan”.",
"Editor tersebut rupanya sedang bersedia untuk menghantar cerpen yang sedang disemak ke bahagian penerbitan untuk proses cetakan. Saya gerakkan pointer tetikus ke arah sebelah kiri monitor mencari inbox e-mel editor tersebut. Saya teliti satu persatu e-mel yang diterima oleh editor itu.",
"Nah! Saya menemui e-mel saya sebulan yang lalu. Ia sudah ditandakan sebagai telah dibaca maka benarlah editor itu menipu saya. Tapi sebentar, e-mel yang saya hantar tidak ada dokumen lampiran! Tiada fail Word di dalamnya. Saya menepuk dahi sendiri. Perasaan serba salah bercampur geram menyelubungi diri saya namun hanya seketika. Saya sudah membuat rancangan tambahan.",
"Bersedia di tangan sebuah pendrive yang menyimpan cerpen tulisan saya yang telah ghaib itu. Cerpen tersebut bertajuk “Membunuh Editor” yang berkisar tentang rancangan seorang penulis yang tular di media sosial bersama teman imaginasinya untuk membunuh seorang editor penerbitan bebas kerana membuang manuskripnya ke dalam longkang di belakang hotel murah. Isteri saya satu-satunya individu (selain saya) yang telah membaca cerpen tersebut dan memberikan isyarat bagus, boleh diterima katanya.",
"Saya menutup komputer itu dan ekor mata saya mengerling ke arah jam dinding di dalam bilik yang menunjukkan tepat jam 12 tengah malam. Perlahan-lahan saya mengatur langkah ke arah sofa panjang itu. Saya melutut lalu menyeluk poket seluar jean mencari sesuatu. Saya tersenyum sendiri, gambaran kepuasan yang saya rasai ketika ini. Saya keluarkan sekeping kad bersaiz buku 555 kemudian saya membisikkan ke telinganya, “Selamat malam Mawar Harum, isteriku dan selamat hari lahir.”",
"Saya berjalan ke arah suis di dinding dan mematikan lampu bilik agar editor itu dapat menikmati tidurnya dalam kegelapan. Kepuasan jelas dapat saya rasakan kerana akhirnya cerpen saya akan kembali menghiasi ruangan sastera Majalah Kelabu selepas lebih sebulan hilang dari radar!"
] | [
"HSS"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/mencuri-waktu/ | Mencuri waktu | [
"Aku menggulung tubuhku di dahimu yang landai, sekejap tersesat di keningmu sebelum sampai di matamu lantas menghirup masa lalu—laut yang senyap menyimpan segala aib, ketika malam memilih untuk datang sebagai sepasang tangan yang menutup mata orang-orang.",
"Saat bulan dan hujan saling berbalah tentang erti kesedihan, aku memilih untuk tetap memerhatikanmu, ratnaku. Lantas kucuri seperca waktu di rentang takdir, aku pun menciummu di sela sajak-sajak manis.",
"Kepalaku dipeluk masa depan yang tidak berwajah. Lalu, haru pun tumbuh lebih congah. Tapi nona, kau tahu? Sejak bocah di jantungku berani menyimpan cita untuk membina rumah di dalam hidupmu, ia hampir terlupa tentang keelokan warna langit di waktu senja.",
"Ingatanku menyandang angan sederhana sembari menjelajahi kulitmu—tanah yang terhampar subur dan segar. Dan aku ‘kan terbit di pelupukmu lebih hening selain langit pagi, biar sampai raut tuamu masih menggigit di mataku serupa cahaya yang tak pernah dijilat matahari."
] | [
"HSS"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/weltanschauung-betapa-dalamnya-jurang-generasi/ | Weltanschauung: Betapa dalamnya jurang generasi | [
"ADA dua rungutan yang kedengaran daripada kumat-kamit angkatan pengarang mapan pada Wacana Pemikiran Penulis Muda Wilayah Utara di Alor Setar, hujung Disember 2017. Pertama-tamanya adalah, pengarang muda tidak banyak melukis tentang alam; kedua, lukisan alam mereka kaku, beku dan tak bernyawa.",
"Seorang daripada mereka memetik karya Azizi Abdullah yang dianggap mahir menghidupkan peristiwa “bermandi di selut” — seolah-olah pembaca boleh mengalaminya secara langsung walau dengan sekadar selayang bacaan. Mereka kemudian menyelar pengarang muda yang rata-ratanya memencilkan alam daripada lambakan karya mereka.",
"Saya faham benar kegusaran pengarang mapan ini. Lebih-lebih lagi kalangan mereka yang menetap nun jauh di utara. Kedah dilimpahi dengan sawah padi yang luas terbentang. Penduduk di sana sudah lama akrab dengan bendang, tanah, selut, gunung, angin, tali air dan matahari yang berbahang. Persekitaran itulah yang membina gagasan mereka, kemudian ditumpahkan pula ke dalam karya mereka yang “meninggikan” alam itu.",
"Tetapi seperkara yang sulit untuk mereka fahami; antara sebab mengapa pengarang muda tidak lagi berminat untuk “melukis” alam, kerana pengarang muda tidak lagi lahir di desa, tetapi di kota serta turut mendewasa di sana. Kami tidak melastik burung atau memanjat pokok rambutan yang berbuah lebat seperti ibu bapa kami dahulu. Kami membesar dalam pertembungan budaya yang rencam dan pelbagai simpang siur – seperti “Mekdonalisasi”, gaya hidup di pusat beli-belah, kepesatan teknologi, kebanjiran imigran, ledakan maklumat, krisis eksistentsialisme, serta kesesakan lalu lintas yang tidak kunjung selesai.",
"Lihatlah pengarang muda dekad ini yang giat berkarya termasuk pemenang utama kategori cerpen Hadiah Sastera Selangor 2018, Azrin Fauzi dan pemenang penghargaan kategori sama Hadiah Sastera Selangor 2018, Syafiq Ghazali. Begitu juga penulis muda berbakat besar seperti Ridhwan Saidi dan Anas Mohd — masing-masing menukang cerita tentang kehidupan di kota raya. Mereka dengan kreatif menggambarkan proses urbanisasi, penularan jenayah serta keabsurdan kota dalam gaya yang segar dan baharu. Ini terbukti dalam penulisan karya mereka antaranya Metaskandal, Debu Bidadari, Babyrina dan Tentang Aku & Perempuan Sigaret. Nak tak nak, suka tak suka, inilah wajah sastera kontemporari anak muda yang harus kita raikan.",
"Pendek kata, inilah “alam” kami – meskipun ia bukan lagi bersifat semula jadi; inilah dunia kami dan persekitaran ini jugalah yang membentuk gagasan kami untuk berkarya. Kami sudah terlalu jauh dengan selut, bendang dan sawah. Mata kami sudah terbiasa dengan pixel skrin telefon dan jari-jari kami akrab dengan papan kekunci telefon pintar, itulah hakikatnya. Saya teringat kepada filasuf agung Jerman Martin Heidegger apabila dia meramalkan, “epoch zaman kini sudah berubah daripada relasi antara manusia dengan alam (semula jadi) kepada antara manusia dengan teknologi”. Boleh jadi ungkapan beliau benar kerana teknologi sedang perlahan-lahan mengambil peranan kita sebagai pusat semesta dan pertanyaan keabsahan moral tentang itu sudah tergelincir ke dalam perdebatan lain pula. Yang mustahak, wujudnya peralihan antara relasi manusia dan kita sekurang-kurangnya harus menerimanya sebagai suatu kenyataan. Alam kami generasi Y dikelilingi kekotaan dan teknologi dan apakah salahnya jika kita mengarang tentang itu?",
"Premis ini juga boleh dipakai untuk menjawab rungutan pengarang mapan yang kedua – tentang kekakuan “lukisan alam” oleh pengarang muda. Tentang mengapa gambaran pengarang muda tidak sehidup penulisan pengarang seperti Azizi Abdullah, sangat mudah: alam ini bukanlah alam yang didiami kami. Bagaimanakah untuk kita memaksa seseorang untuk melukiskan sunyi belantara atau lecak bendang andai kaki tidak pernah berjejak ke dalamnya? Perkara yang tidak dialami secara langsung dan hanya secara difahami abstrak barangkali bukan senang, bahkan sangat sukar untuk dilukiskan kembali, sehidup-hidupnya.",
"Pengarang mapan harus menyedari sekali lagi betapa peralihan relasi telah berlaku. Mereka tidak sepatutnya memaksakan “faham alam” mereka kepada generasi pengarang anak muda yang ternyata jauh berbeza jalurnya. Ini hanya membawa kezaliman — karya pengarang muda akan sentiasa kelihatan kaku dan tidak bernyawa jika terus-terusan harus tunduk kepada piawaian yang dipetakkan golongan mapan. Biarkan sahaja pengarang muda menggambarkan dunia mereka melalui bola pandangan mata mereka sendiri, dengan percikan kreativiti unik mereka.",
"Masalah jurang generasi memang berlaku di mana-mana. Hatta dalam kalangan sasterawan di Malaysia sendiri. Yang membezakannya adalah adat resam kehidupan; namun bagaimana kita menanganinya, itu soal lain pula. Satu saranan yang saya terlintas boleh diutarakan adalah meraikan saja weltanschauung atas nama kesusasteraan dan segala-gala yang bersangkut-paut dengannya. Saya setuju dengan penulis muda terkenal Wan Nor Azriq apabila beliau memetik pengarang Amerika Paul Auster tentang masalah ini: pengarang mapan mahukan penghormatan sementara pengarang muda dahagakan pengiktirafan; lantas kedua-duanya saling memerlukan.",
"Relasi boleh berubah dan biarkanlah anak-anak muda menerokai wilayah yang gelap dan mencabar dengan kekuatan yang mereka ada. Nah, bukankah intipati sastera itu sendiri untuk mengungkap jiwa manusia – tanpa peduli latar apa yang mereka alami?"
] | [
"HSS"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/keputusan-mahkamah-persekutuan-laluan-mansuh-auku/ | Keputusan Mahkamah Persekutuan laluan mansuh AUKU | [
"SHAH ALAM, 15 FEB: Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Universiti Malaya (UM) dalam kes Fahmi Zainol dan empat pelajar lain, Selasa lalu mestilah membuka laluan terhadap pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012.",
"Pengerusi ISRA Siswa, Muhammad Nurie Al’ Amin Mohamad Nasseri, berkata keputusan itu seharusnya menjadi batu loncatan untuk mahasiswa bangun menolak penggunaan AUKU atau sebarang undang-undang zalim mencengkam kebebasan bersuara golongan itu.",
"“Hanya dengan pemansuhan AUKU, universiti akan bebas daripada pengaruh parti politik dan mahasiswa akan memperolehi kuasa autonomi untuk beraktivisme juga para cendekiawan bebas berakademik,” katanya.",
"Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menolak rayuan UM dalam kes membabitkan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang memutuskan lembaga disiplin UM, jawatankuasa rayuan UM dan UM tidak mematuhi prosedur ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah UM Tatatertib Pelajar-Pelajar 1997 dalam mengenakan hukuman tatatertib ke atas bekas Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol dan empat pelajar lain.",
"Fahmi dikenakan hukuman gantung pengajian dua semester berserta denda RM600, Safwan digantung pengajian satu semester manakala Adam Fistivil Wilfrid, Haw Yu Hong dan Khairol Najib Hashim dikenakan denda ekoran dihukum bersalah kerana menganjurkan program pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di universiti itu, 27 Oktober 2014.",
"Dengan itu, Muhammad Nurie Al’ Amin berkata, mahasiswa harus berhenti berfikiran tertutup dengan agenda pemansuhan AUKU kerana perjuangan itu untuk menuntut hak mahasiswa dan ahli akademik supaya tidak dicengkam undang-undang zalim.",
"“Tiada siapa boleh menafikan betapa negara kita hari ini sedang dibelengu masalah urus tadbir meruncing dengan isu rasuah, salah guna kuasa, politik tidak matang dan kotor, penyelewengan dana awam serta pelbagai masalah membimbangkan.",
"“Mahasiswa perlu yakin bahawa kita adalah kuasa pendesak yang mampu meletakkan negara pada garis urus tadbir dan tata kelola betul dan benar,” katanya."
] | [
"AUKU",
"Mahasiswa"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/17-maut-dalam-tembakan-rambang-di-florida/ | 17 maut dalam tembakan rambang di Florida | [
"GLOBAL 15 FEB: Sekurang-kurangnya 17 mangsa maut dalam insiden tembakan rambang di sebuah sekolah tinggi di Florida Amerika Syarikat, namun suspek yang juga bekas pelajar sekolah terbabit berjaya diberkas.",
"Terdahulu, stesen televisyen ABC News yang memetik sumber pihak berkuasa di lokasi insiden, melaporkan 15 mangsa terkorban, manakala CNN melaporkan 16 individu maut dalam tembakan itu.",
"Insiden itu menyebabkan ratusan pelajar lari bertempiaran menyelamatkan diri, sebelum kawasan itu dipenuhi dengan puluhan anggota polis dan kakitangan perkhidmatan kecemasan.",
"Sementara itu, penguasa sekolah-sekolah daerah Broward, Robert Runcie, berkata pihak sekolah di daerah itu tidak menerima sebarang amaran mengenai kemungkinan berlakunya insiden tembakan itu."
] | [
"Amerika Syarikat"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/119-ibu-terima-manfaat-kiss-fasa-pertama/ | 119 ibu terima manfaat KISS fasa pertama | [
"Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, penyerahan itu merupakan pemberian fasa pertama di kawasan berkenaan.",
"“Kita juga berharap pemberian bantuan ini akan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh golongan ibu dan suri rumah di sini,” katanya di Dewan Orang Ramai Kampung Tok Muda, di sini.",
"“Dengan pengenalan KISS ini kerajaan negeri memberi pengiktirafan dan penghormatan golongan ibu untuk membuat keputusan dan mempunyai kuasa membeli dalam urusan keperluan keluarga dan anak-anak,” katanya.",
"Program itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 golongan ibu, termasuk mendapat bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak dan tepung serta peralatan dan pakaian sekolah untuk anak di pasaraya serta kedai runcit yang akan dikenal pasti kemudian."
] | [
"DUN Sementa",
"KISS"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/ucl-ronaldo-ajar-psg-di-bernabeu/ | UCL: Ronaldo ajar PSG di Bernabeu | [
"MADRID, 15 FEB: Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo mempamerkan aksi cemerlang dengan menyumbang dua gol bagi membantu Real Madrid bangkit menewaskan Paris Saint Germain (PSG) 3-1 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.",
"PSG terlebih dahulu dihadapan menerusi jaringan Adrien Rabiot yang berjaya melepaskan rembatan rendah pada minit ke-33 sekaligus menewaskan penjaga gol, Keylor Navas.",
"Real Madrid kembali mengatur gerak dan akhirnya berjaya memperoleh sepakan penalti apabila pertahanan PSG menarik Toni Kross pada penghujung babak pertama.",
"Cristiano Ronaldo tidak berdepan masalah meletakkan bola di jaring bagi gol penyamaan pasukan tuan rumah bagi kedudukan pada babak pertama terikat 1-1.",
"Percaturan Zinedine Zidane memasukkan Marco Acensio bagi menggantikan Isco pada minit ke-79 membuahkan hasil apabila pemain muda itu berjaya menjadi tonggak kebangkitan Real Madrid pada 10 minit terakhir permainan.",
"Selang tiga minit kemudian, giliran Marcelo menceriakan penyokong tuan rumah menerusi gol ketiga selepas tenang menampan hantaran Acensio untuk menewaskan penjaga gol PSG, Alphonse Areola.",
"Dengan kelebihan dua gol, Real Madrid akan bertandang ke Perancis 7 Mac ini bagi aksi kedua dalam usaha merekodkan kejuaraan buat kali ke-13."
] | [
"UCL"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/ucl-liverpool-ratah-fc-porto-5-gol-tanpa-bolos/ | UCL: Liverpool ratah FC Porto 5 gol tanpa bolos | [
"PORTUGAL, 15 FEB: Liverpool tidak berdepan masalah mencipta kelebihan gol di tempat lawan apabila membelasah FC Porto 0-5 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.",
"Mane meletakkan The Reds 0-1 di hadapan seawal minit ke-25 apabila berjaya merembat masuk bola yang gagal ditampan kemas penjaga gol Porto, Jose Sa.",
"Selang empat minit kemudian, Mohamed Salah menjadikan kedudukan 0-2 apabila berjaya menyambut bola muntah yang singgah ke tiang gol hasil percubaan awal James Milner sebelum tenang memperdaya pertahanan dan menolak masuk bola ke gawang.",
"Belum sempat Porto mengatur gerakan Mane melebarkan kedudukan kepada 0-3 pada awal babak kedua apabila berjaya merembat bola yang gagal ditampan kemas Jose Sa hasil percubaan Roberto Firmino.",
"Selepas sekian lama menanti, Mane akhirnya berjaya melengkapkan hatrik menerusi rembatan luar kotak penalti bagi memastikan anak buah Jurgen Klopp pulang ke Anfield dengan kelebihan besar 0-5."
] | [
"Liverpool",
"Porto",
"UCL"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/masjid-negeri-full-house-demi-tazkirah-ustaz-abdul-somad-lc-m-a/ | Masjid Negeri ‘full house’ demi tazkirah Ustaz Abdul Somad Lc M.A | [
"SHAH ALAM, 15 FEB: Lebih 15,000 jemaah memenuhi segenap ruang dewan solat utama bahagian atas dan bawah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk bersama-sama mendengar tazkirah yang disampaikan pendakwah dan ulama terkenal dari Riau, Indonesia, Ustaz Abdul Somad Lc. M.A.",
"Jemaah mula memenuhi ruang sejak jam 6.30 petang walaupun hujan lebat membasahi bandaraya Shah Alam sehingga memaksa mereka meletakkan kenderaan hampir satu kilometer daripada masjid.",
"Tazkirah bertajuk ‘Dajjal Semakin Hampir’ yang disampaikan Ustaz Abdul Somad Lc M.A antaranya menekankan kepentingan mengamalkan surah Al-Mulk bagi mengelak fitnah Dajjal di akhir zaman.",
"Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turut meluangkan masa untuk mendengar tazkirah berkenaan bersama-sama Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abd Wahid, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim dan Imam Masjid Negeri, Ustaz Muhammad Farhan Wijaya.",
"Kehadiran sekumpulan jemaah yang ingin bersalaman bersama Ustaz Abdul Somad Lc M.A selepas tamat sesi tazkirah dan solat Isyak memaksa rombongan mengambil masa hampir 30 minit untuk beredar meninggalkan perkarangan masjid.",
"Ustaz Abdul Somad Lc. M.A yang menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir terkenal dengan siri kuliah agama dalam bidang hadis dan ilmu feqah selain membahaskan beberapa perkara semasa."
] | [
"Azmin Ali",
"MB",
"Ustaz Abdul Somad Lc M.A"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/persempadanan-semula-lagi-bantahan-dikemukakan-selangor-kepada-spr/ | Persempadanan semula: Lagi bantahan dikemukakan Selangor kepada SPR | [
"SHAH ALAM, 14 FEB: Sebanyak tujuh lagi bantahan dikemukakan Selangor terhadap Syor Kedua Kajian Persempadan Negeri, di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor, hari ini.",
"Shuhaimi berkata, antara bantahan yang ditekankan adalah menggesa pihak SPR mengekalkan bantahan terhadap syor dicadangkan bagi bahagian pilihan raya yang diterbitkan pada 15 September 2016 tentang cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya.",
"“Kami juga membantah sebarang cadangan dikemukakan mana-mana pihak lain untuk mengembalikan syor pertama bertarikh 15 September 2016 dalam proses representasi syor kedua bertarikh 15 Januari 2018.",
"“Ia kerana notis bertarikh 15 September 2016 (syor pertama), bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, bertentangan dengan undang-undang serta gagal memberi pendedahan dan maklumat penuh yang lengkap,” katanya ketika ditemui media selepas menyerahkan bantahan berkenaan.",
"Beliau berkata, syor-syor bertarikh 15 Januari 2018 sempadan cadangan persempadanan semula juga tidiak mengikut Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan yang tidak diambil kira sebelum diputuskan untuk membuat syor-syor di bawah Fasal (2) Perkara 113.",
"“Selain itu, terdapat masa tidak mencukup bagi kami menyediakan bantahan kerana kurang maklumat dan kesukaran dihadapi semasa melayari laman sesawang SPR.",
"“Terdapat juga keadilan hak asasi manusia dalam proses demokrasi yang sepatutnya adil dan saksama oleh pihak SPR kepada semua pengundi berdaftar sebagai pemilih sah dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) SPR,” katanya."
] | [
"SPR"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/kuala-selangor-model-projek-esc-kelip-kelip-asia-tenggara/ | Kuala Selangor, model projek ESC kelip-kelip Asia Tenggara | [
"Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azman Dahlan berkata, pemilihannya bakal menyaksikan destinasi itu kekal sebagai pusat pemeliharaan habitat kelip-kelip terpenting di rantau ini.",
"Ia melibatkan kerjasama inisiatif pembangunan mampan yang di bawah penyelerasan Institutes For Global Environmental Strategies (IGES) yang berpangkalan di Bangkok, Thailan dan PLAN Malaysia sebagai National Focal Point (FNP) di Malaysia.",
"Terdahulu, wakil agensi itu turun padang meninjau prospek pembangunan projek berkenaan bagi melihat sendiri perkembangan program pemuliharaan habitat kelip-kelip di kawasan itu.",
"Sementara itu, MDKS sebelum ini turut mengadakan lawatan kerja ke Bangkok, Thailand bagi mendapatkan perkongsian sebenar pelaksanaan program terbabit pada 14-16 Disember lalu."
] | [
"Kelip-kelip"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/mb-teruja-timang-cucu-pertama/ | MB teruja timang cucu pertama | [
"SHAH ALAM, 14 FEB: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali hari ini berkongsi berita gembira mengenai kelahiran cucu pertamanya, kira-kira jam 5 petang tadi.",
"Cucu pertamanya itu merupakan puteri kepada anak perempuannya, Farah Shazliyana, 27 dan pasangan Muhammad Syaqib Zainudin yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2015.",
"Selain itu, Mohamed Ameer Shazrin (25 tahun),Farah Afifah (22 tahun), Farah Amira (24 tahun), Mohamed Basheer Noor Al-Haq (17 tahun) dan Mohamed Yusuf Al-Sadiq (16 tahun)."
] | [
"MB"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/mb-terima-kunjungan-ustaz-abdul-somad/ | MB terima kunjungan Ustaz Abdul Somad | [
"SHAH ALAM, 14 FEB: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menerima kunjungan pendakwah dan ulama terkenal dari Riau, Indonesia Ustaz Abdul Somad Lc. M.A di pejabatnya petang ini.",
"Beberapa foto pertemuan mereka yang dimuatnaik di Twitter @AzminAli turut memaklumkan Ustaz Abdul Somad yang hadir sambil ditemani Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz Muhammad Farhan Wijaya akan menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.",
"“Pertemuan yang cukup bermakna dan konstruktif dengan Ustaz Abdul Somad dalam rencana kita memperkukuh jati diri umat Islam dan ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah di Negeri Selangor,” katanya.",
"Ustaz Abdul Somad Lc. M.A yang menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir terkenal dengan siri kuliah agama dalam bidang hadis dan ilmu feqah selain membahaskan beberapa perkara semasa."
] | [
"MB"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/global-bersih-mohon-25-hari-tempoh-kertas-undi-ditanda-dipulang-semula/ | Global Bersih mohon 25 hari tempoh kertas undi ditanda dipulang semula | [
"PETALING JAYA, 14 FEB: Jawatankuasa Pemandu Global Bersih dan Bersih 2.0 menggesa Sururhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperuntukkan tempoh minimum 25 hari bagi memastikan kertas undi pos luar negara yang sudah ditanda dapat diterima dan dipulangkan semula.",
"Jurucakap jawatankuasa, Lydia Chai berkata, SPR bertanggungjawab untuk memastikan kertas undi kepada pengundi luar negara sampai tepat pada masanya supaya ia dapat dipulangkan semula ke tempat sepatutnya mengikut tempoh ditetapkan.",
"“Semasa Pilihan Raya Umum 2013 (PRU-13) yang lalu, tempoh masa antara pembubaran Parlimen dan penamaan calon adalah dua minggu. Dua minggu itu juga tarikh penamaan calon dan pengundian.",
"“Global Bersih mendesak Pengerusi SPR, Tan Sri Che Mohd Hashim Abdullah untuk memastikan tempoh minimum selama 25 hari supaya kertas undi luar negara yang telah ditanda dapat diterima dan dipulangkan kepada pihak berkenaan tepat pada masanya,” katanya.",
"Bercakap pada sidang media di Pejabat Bersih beliau berkata, pihaknya kecewa apabila kos memulangkan kertas undi yang telah ditanda terpaksa ditanggung sendiri pengundi.",
"Selain itu, mereka turut menuntut jaminan SPR supaya pemerhati tempatan dan antarabangsa dimasukkan dalam proses pengawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak."
] | [
"GLOBAL BERSIH",
"SPR"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/azmil-mustapha-meninggal-dunia/ | Azmil Mustapha meninggal dunia | [
"SHAH ALAM 14 FEB: Pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat sakit jantung di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.",
"Jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam (Masjid Biru) untuk urusan serta solat jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam dekat sini pada Rabu untuk dikebumikan.",
"Dalam perkahwinan pertama, Azmil dikurniakan anak perempuan, Shamira. Azmil juga memiliki empat anak iaitu Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd Bazli Zhafri dan Nur Alia dalam perkahwinan keduanya.",
"Sejak dua tahun lalu, keadaan kesihatan Azmil yang banyak membintangi filem box office era 1980-an seperti Ali Setan, merosot dan pernah dilaporkan kritikal."
] | [
"Azmil"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/kempen-gempur-beri-peringatan-kepada-penjawat-awam/ | Kempen GEMPUR beri peringatan kepada penjawat awam | [
"CYBERJAYA, 14 FEB: Penjenamaan semula Kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah (GEMPUR) yang dilaksanakan serentak di seluruh negara semalam, bertujuan memberi peringatan kepada penjawat awam supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti rasuah dan salah guna kuasa.",
"Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Dato’ Alias Salim berkata, kempen itu sebelum ini dilaksanakan pada 2010 melalui kempen ‘Perangi Pemberi Rasuah’.",
"“Melalui kempen ini, kita mahu memberi peringatan kepada penjawat awam terutamanya yang terlibat dalam tugas penguatkuasaan, perolehan dan perlesenan supaya menolak rasuah dan terus melaporkan perbuatan berkenaan kepada SPRM.",
"Katanya, pemberi rasuah sudah ramai ditangkap yang mana ia adalah satu kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 kerana memberi rasuah kepada penjawat awam.",
"Pelaksanaan kempen itu juga selaras dengan sasaran SPRM untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada jenayah rasuah dan salah guna kuasa sekali gus melengkapkan kempen 3J (Jangan hulur, Jangan kawtim, Jangan settle) yang dilancarkan sebelum ini."
] | [
"Ketua Pesuruhjaya SPRM",
"SPRM"
] |
https://selangorkini.my/2018/02/jom-meriahkan-rumah-terbuka-tahun-baru-cina-24-feb-ini/ | Jom meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 24 Feb ini | [
"SHAH ALAM, 14 FEB: Seramai 11,000 pengunjung dijangka menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena perayaan Tahun Baru Cina peringkat Selangor yang akan diadakan pada 24 Februari (Sabtu), bertempat di Dataran Petaling Jaya.",
"Exco Pelaburan, Perindustrian Industri Kecil Sederhana (IKS), Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, program itu akan bermula dari jam 7 hingga 10.30 malam.",
"“Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina ini yang padat dengan pelbagai pengisian seperti penyampaian sumbangan ‘ang pow’ kepada kanak-kanak berumur bawah 12 tahun, persembahan kebudayaan, jamuan makan dan sebagainya.",
"“Majlis akan dihadiri Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang dijadualkan keberangkatan pada jam 8 malam.",
"“Selain itu, turut hadir adalah Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, wakil-wakil kedutaan dan seluruh warga Selangor,” katanya dalam sidang media di Bangunan SUK di sini, hari ini.",
"Chang Khim berkata, pihaknya bersama Invest Selangor Berhad sekali lagi menjadi penganjur program berkenaan yang menjadi antara acara terbesar diadakan di Selangor pada tahun ini.",
"Katanya, bagi kemudahan orang awam ke majlis, perkhidmatan bas percuma iaitu PJ City Bus turut disediakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan stesen terpilih ke lokasi majlis.",
"“Di samping itu, sebanyak 5,725 tapak parkir kereta disediakan sekitar Petaling Jaya seperti di Seksyen 52, Amcorp Mall, Menara PKNS, LRT Asia Jaya dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).",
"Sebarang maklumat lanjut mengenai sambutan itu boleh menghubungi sekretariat Azrul Shah Mohamad, Haslinda atau Maryani di talian 03-55102005 atau emel kepada [email protected], [email protected]@investselangor.my dan [email protected]"
] | [
"CNY"
] |