url
stringlengths
36
199
headline
stringlengths
3
105
content
sequence
tags
sequence
https://selangorkini.my/2023/06/lelaki-disyaki-bunuh-bakar-kekasih-didakwa-di-mahkamah-pagi-ini/
Lelaki disyaki bunuh, bakar kekasih didakwa di mahkamah pagi ini
[ "SHAH ALAM, 1 JUN: Lelaki disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar minggu lalu akan didakwa pagi ini.", "Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata bekas penuntut kolej itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Besar.", "Media sebelum ini melaporkan luka akibat tikaman di dada menjadi punca pelayan restoran maut selain dikelar di perut sebelum mayat mangsa dibakar teman lelakinya.", "Pada 24 Mei lalu, Agus Salim dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam, berkata suspek yang berusia 20 tahun telah membawa mangsa menaiki kereta sebelum bertengkar dengan wanita itu dan bertindak memukul kepalanya sehingga pengsan.", "Beliau berkata suspek kemudian menikam mangsa menggunakan pisau dapur serta menoreh perut wanita berusia 21 tahun itu sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali semula ke lokasi kejadian keesokan harinya dengan membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi." ]
[ "Agus Salim Mohd Alias", "lelaki disyaki bunuh kekasih didakwa", "SUNGAI BESAR" ]
https://selangorkini.my/2023/06/bayi-lelaki-dihurung-semut-dalam-kotak-ditemui-di-hentian-bas/
Bayi lelaki dihurung semut dalam kotak ditemui di hentian bas
[ "Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata bayi malang itu yang dibaluti tuala, ditemui wanita yang memberhentikan kenderaan untuk mengambil barang di dalam bonet kereta, pada jam 10 pagi.", "“Semasa wanita itu turun dari keretanya, beliau terdengar bunyi bayi menangis di hentian bas berkenaan sebelum menjumpai bayi itu,” katanya dalam kenyataan.", "Beliau berkata bayi itu dihantar ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan lanjut dan doktor mendapati bayi berkenaan cukup sifat dan matang seberat 2.62 kilogram.", "Razlam berkata bayi itu mengalami masalah pernafasan laju, serta memerlukan intubasi dan mempunyai ciri-ciri kurang air dalam badan serta diberikan rawatan dan antibiotik.", "Razlam berkata polis sedang mengenal pasti suspek yang membuang bayi itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi." ]
[ "bayi lelaki ditemui dalam kotak", "Razlam Ab Hamid", "taiping" ]
https://selangorkini.my/2023/06/hijrah-bantu-usahawan-ketengah-produk-teroka-pasaran-dalam-luar-negara/
Hijrah bantu usahawan ketengah produk, teroka pasaran dalam, luar negara
[ "SHAH ALAM, 1 JUN: Seramai 30 usahawan menyertai Hijrah Tour Selangor (HITS) anjuran Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) di Pustaka Raja Tun Uda di sini.", "Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Normaiza Yahya berkata program itu kali pertama diadakan yang mengumpulkan usahawan daripada pelbagai industri antaranya makanan, minuman, produk kecantikan serta wangian.", "“Ini adalah inisiatif Hijrah memberikan perkhidmatan kepada usahawan, tidak sekadar hanya membantu dalam aspek pemberian modal perniagaan kerana produk mereka ini baik serta boleh diketengahkan,” katanya ditemui pada program itu semalam.", "“Usahawan boleh datang dan mendapatkan khidmat nasihat selain mengetahui secara terperinci bantuan yang disediakan supaya perniagaan mereka berkembang. Ini medium untuk mereka meningkatkan dan memperluaskan perniagaan ke peringkat lebih luas,” katanya.", "Antara agensi terlibat dalam program itu ialah Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah), Platform Selangor (PLATS), platform e-dagang, MyMall dan syarikat perisian Apps Engage." ]
[ "Hijrah Tour Selangor", "Normaiza Yahya", "Yayasan Hijrah Selangor" ]
https://selangorkini.my/2023/06/selangorkini-1-7-jun-2023/
Selangorkini 1 – 7 Jun 2023
[]
null