url
stringlengths 36
199
| headline
stringlengths 3
105
| content
sequence | tags
sequence |
---|---|---|---|
https://selangorkini.my/2023/06/mbsa-ingatkan-kontraktor-laksana-kerja-naik-taraf-ikut-spesifikasi/ | MBSA ingatkan kontraktor laksana kerja naik taraf ikut spesifikasi | [
"SHAH ALAM, 7 JUN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengingatkan 39 kontraktor yang dilantik agar menjalankan kerja naik taraf mengikut spesifikasi ditetapkan.",
"Datuk Bandarnya Dr. Nor Fuad Abdul Hamid berkata terdapat tiga jenis kesalahan ketidakpatuhan perolehan kerajaan dan sebarang salah laku akan dikenakan tatatertib.",
"“Pertama, kesalahan melanggar syarat pendaftaran seperti pemalsuan maklumat atau dokumen. Kesalahan lain menarik diri atau menolak tawaran, melakukan pakatan harga dan gagal mematuhi obligasi kontrak.",
"“Kesalahan ketiga kesalahan jenayah sivil seperti rasuah, penipuan dan pecah amanah,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Tender dan Sesi bersama Suruahanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Dewan Bankuet, Wisma MBSA, di sini semalam.",
"Menurut Nor Fuad kegagalan melaksana kerja dengan sempurna akan dikenakan tindakan tatatertib di bawah Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PK8) dan menimbulkan masalah tuntutan bayaran.",
"Beliau menambah pihaknya turut memperkenalkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah untuk mengesan aktiviti salah laku dalam kalangan pihak kontraktor yang dianugerahkan tender.",
"“Pelan ini dibangunkan dari tahun 2022 sehingga 2026 untuk pengesanan awal sekiranya terdapat unsur rasuah dari peringkat jabatan dan penglibatan orang dalam seperti berkongsi maklumat dalaman."
] | [
"kontraktor",
"MBSA",
"naik taraf"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/jimat-belanja-dapur-empat-juta-rakyat-dapat-manfaat-jualan-murah/ | Jimat belanja dapur, empat juta rakyat dapat manfaat jualan murah | [
"SHAH ALAM, 7 JUN: Program jualan murah barangan asas yang dilaksana Kerajaan Negeri memanfaatkan empat juta rakyat negeri ini terutama golongan berpendapatan rendah, kata EXCO industri asas tani.",
"Menurut Ir Izham Hashim, Jelajah Ehsan Rakyat yang kini dikenali sebagai Jualan Ehsan Rahmah (JER) turut membantu rakyat berjimat 30 peratus berbanding harga pasaran untuk membeli barangan dapur.",
"“Selangor satu-satunya Kerajaan Negeri yang menganjurkan program intervensi barangan asas iaitu JER secara menyeluruh di setiap daerah di negeri ini sejak tahun lalu.",
"Program yang dimulakan akhir tahun lalu diteruskan hingga 1 September, kali ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.",
"Pada 31 Mei, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan program berkenaan memberi penjimatan kira-kira RM18 juta kepada orang ramai.",
"Beliau menambah JER kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), anak syarikat Kerajaan Negeri, mencatat nilai jualan sekitar RM37 juta sejak pelaksanaannya."
] | [
"Ir Izham Hashim",
"Jualan Ehsan Rahmah"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/19103-keluarga-asnaf-terima-bantuan-zakat-selangor-sepanjang-2022/ | 19,103 keluarga asnaf terima bantuan Zakat Selangor sepanjang 2022 | [
"SHAH ALAM, 7 JUN: Seramai 19,103 keluarga asnaf negeri ini menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) membabitkan perbelanjaan RM116.5 juta sepanjang tahun lalu, kata Dato’ Menteri Besar.",
"“LZS merekodkan 19,103 keluarga asnaf di negeri ini menerima bantuan sewa rumah, baik pulih rumah dan pembinaan rumah baru sepanjang 2022 berbanding RM98.6 juta bagi 2021,” katanya menerusi Facebook.",
"LZS memaklumkan kira-kira 98 keluarga asnaf menerima bantuan membina rumah baru, baik pulih rumah (772 keluarga) dan bantuan sewa rumah (18,233 keluarga)."
] | [
"Asnaf",
"Lembaga Zakat Selangor (LZS)"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/perancangan-bandar-mbpj-wujud-hampir-25-peratus-kawasan-hijau/ | Perancangan bandar, MBPJ wujud hampir 25 peratus kawasan hijau | [
"PETALING JAYA, 7 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berjaya mewujudkan 25 peratus kawasan hijau dalam kawasan pentadbirannya seluas 97.2 kilometer (km) persegi.",
"Datuk Bandarnya Mohamad Azhan Md Amir berkata pencapaian itu adalah kejayaan besar kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memandangkan Petaling Jaya adalah bandar raya yang sedang pesat membangun.",
"“Usaha ini sejajar matlamat MBPJ menjadi bandar rendah karbon berdasarkan 17 agenda Pelan Pembangunan Mampan (SDG17) dan 10 tema bawah pelan tindakan Petaling Jaya Pintar, Mampan dan Berdaya Tahan 2030 (PJSSR2030),” katanya.",
"Terdahulu beliau melancarkan Buku Pelan Induk Landskap Petaling Jaya (PiLAN PJ) di The Spine @ PJKita di Jalan SS7/15, Kelana Jaya di sini, semalam.",
"Pada 26 Mac tahun lalu Mohamad Azhan mengumumkan pembangunan mampan membabitkan 10 tema bagi menjaga kesejahteraan hidup akan datang menerusi PJSSR2030.",
"Ia berfokus kepada aspek bandar pintar, bandar inklusif, bandar rendah karbon, bandar mesra kanak-kanak dan bandar berpelajaran selain menumpukan golongan miskin bandar, inisiatif keusahawanan dan pendigitalan.",
"Rancangan turut melibatkan pembentukan bandar pesat ekonomi, bandar kitaran ekonomi, bandar komuniti 5.0, bandar selamat dan berdaya tahan serta bandar e-pentadbiran."
] | [
"kawasan hijau",
"MBPJ"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/rs-1-kukuhkan-ekonomi-negeri-jamin-kebajikan-rakyat/ | RS-1 kukuhkan ekonomi negeri, jamin kebajikan rakyat | [
"SUBANG JAYA, 7 JUN: Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang menjadi kerangka pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun akan memperkukuh sinergi antara kerajaan dan sektor swasta demi kesejahteraan rakyat.",
"Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelan hala tuju yang dilancar Ogos tahun lalu turut mempermudah dan melancarkan operasi perniagaan di negeri ini selain mewujudkan persekitaran keusahawanan.",
"“RS-1 akan mengukuhkan ekonomi. Kita wujudkan Zon Pembangunan Ekonomi Gerbang Maritim Selangor, Wilayah Pembangunan Bersepadu di Selangor Selatan (IDRISS) dan Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) di barat laut Selangor.",
"“Mengambil contoh perancangan SABDA, ia adalah usaha meningkatkan pengeluaran sektor pertanian dan pengeluaran makanan di Selangor juga negara. Langkah ini akan mengurangkan kebergantungan kepada makanan import,” katanya berucap di Majlis Apresiasi Pelabur Selangor di Sunway Resort Hotel, malam tadi.",
"“Ini akan memudahkan lagi urus tadbir dan menjamin proses perniagaan yang lebih baik. Semua usaha ini untuk menjamin kebajikan dan manfaat rakyat, ” katanya.",
"RS-1 diumum pada Julai tahun lalu bagi membentuk ekonomi mampan dan cekal demi kesejahteraan rakyat selain mencapai hasrat negeri menyumbang 30 peratus KDNK pada 2025.",
"Rancangan bermula 2021 merangkumi 262 projek melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM212.44 bilion mengambil kira aspek pelaksanaan dasar, projek dan inisiatif menyeluruh antara Kerajaan Negeri dan persekutuan."
] | [
"Amirudin Shari",
"pelabur",
"RS-1"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/implikasi-kewangan-cagaran-akaun-2-kwsp-tumpuan-dewan-rakyat-hari-ini/ | Implikasi kewangan cagaran akaun 2 KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini | [
"KUALA LUMPUR, 7 JUN: Implikasi kewangan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekiranya peminjam pinjaman cagaran KWSP bagi fasiliti sokongan Akaun 2 (FSA2) gagal melunaskan atau lambat membuat pembayaran balik, menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini.",
"Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu akan dibangkitkan Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) yang turut meminta penjelasan berhubung jumlah pemohonan yang telah diterima bagi fasiliti pinjaman itu, pada sesi soal jawab.",
"Pada sesi sama, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) pula ingin tahu langkah yang diambil bagi mengangkat martabat makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bah kut teh dan laksa sebagai makanan kebangsaan agar status itu tidak boleh dituntut oleh negara lain.",
"Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) dijangka meminta penjelasan tentang sokongan dan inisiatif yang diberikan Malaysia kepada kerajaan Afghanistan, khususnya dalam aspek pemerkasaan wanita dan kanak-kanak di negara itu.",
"Selepas sesi soal jawab, Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 yang telah pun dibahaskan oleh 13 Ahli Parlimen kerajaan semalam."
] | [
"cagaran",
"KWSP"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/mbsa-mpk-mpkl-terima-anugerah-lokasi-pilihan-pelabur/ | MBSA, MPK, MPKL terima anugerah lokasi pilihan pelabur | [
"SUBANG JAYA, 7 JUN: Tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) diiktiraf sebagai lokasi pelaburan utama sempena Anugerah Apresiasi Pelabur Selangor anjuran Invest Selangor, malam tadi.",
"PBT tersebut ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) yang mencatat nilai pelaburan tinggi dari 2019 hingga 2022.",
"Ditemui pemberita selepas majlis, Amirudin mengucapkan tahniah kepada tiga PBT itu yang merekodkan nilai pelaburan tinggi sekali gus membantu memacu ekonomi negeri.",
"“Beberapa tahun ini banyak pelabur besar masuk di Petaling, Klang dan Kuala Langat. Tahniah kepada pemenang. Semua agensi diharap meneruskan usaha menarik lebih ramai pelabur seiring matlamat negeri” katanya."
] | [
"MBSA",
"MPK",
"MPKL"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/dun-teratai-subang-jaya-banting-ijok-antara-lokasi-jualan-murah-pagi-ini/ | DUN Teratai, Subang Jaya, Banting, Ijok antara lokasi jualan murah pagi ini | [
"SHAH ALAM, 7 JUN: Dato’ Menteri Besar mengajak orang ramai mengunjungi program jualan murah Jelajah Ehsan Rakyat (JER) di sembilan lokasi, hari ini.",
"Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan jualan yang diadakan mulai 10 pagi menawarkan harga barangan makanan mentah dan asas rendah berbanding pasaran.",
"“Warga Selangor berpeluang menikmati harga barangan makanan mentah dan asas pada harga lebih rendah berbanding pasaran sempena Jualan Ehsan Rakyat (JER),” maklumnya di Facebook.",
"Berdasarkan perkongsian infografik, jualan diadakan di pekarangan Masjid Al-Ubudiah Telok Gong (DUN Pelabuhan Klang), Pangsapuri Seri Pelangi, Puchong (DUN Seri Serdang), Tokong Cina Batang Berjuntai (DUN Ijok) dan Pekan Bangi (DUN Sungai Ramal).",
"Lokasi lain di Surau Nurus Saadah, Taman Meru 4 (DUN Meru), Court 6, USJ 8 (DUN Subang Jaya), Dewan Taman Putra, Jalan 19 (DUN Teratai), KRT Taman Desa Vista (DUN Sungai Pelek) dan SJKT Sungai Sedu (DUN Banting).",
"Jualan bertujuan meringankan beban rakyat itu menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).",
"Program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu memanfaatkan lebih dua juta penduduk sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga awal Disember tahun lepas dengan nilai jualan melebihi RM16 juta.",
"PKPS juga menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri, baru-baru ini."
] | [
"JER",
"jualan murah"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/selangor-iktiraf-hargai-pelabur-yang-beri-sumbangan-kepada-negeri/ | Selangor iktiraf, hargai pelabur yang beri sumbangan kepada negeri | [
"Dato’ Menteri Besar berkata anugerah diberi kepada individu, syarikat dan organisasi yang memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan serta pembangunan ekonomi negeri melalui aktiviti pelaburan.",
"“Anugerah ini diadakan kali terakhir pada 2018 dan terpaksa ditangguhkan berikutan penularan wabak Covid-19. Jadi malam ini pengiktirafan diberi kepada pemenang dari 2019 hingga 2022.",
"“Pencapaian luar biasa semua pelabur menunjukkan kekuatan kerjasama dan perkongsian dengan Kerajaan Negeri,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika berucap pada majlis berkenaan hari ini.",
"“Beberapa kategori dipertandingkan antaranya pelaburan syarikat tempatan tertinggi di Selangor, pelaburan syarikat luar tertinggi, lokasi utama pelaburan oleh pihak berkuasa tempatan dan pejabat tanah.",
"“Selain itu terdapat dua anugerah khas, masing-masing untuk syarikat tempatan dan luar negara yang mempamerkan komitmen dan pencapaian luar biasa,” katanya."
] | [
"Amirudin Shari",
"Anugerah Apresiasi Pelabur Selangor"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/ketua-polis-daerah-ditahan-bantu-siasatan-kes-rasuah-rm1-juta/ | Ketua polis daerah ditahan bantu siasatan kes rasuah RM1 juta | [
"KUANTAN, 6 JUN: Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman mengesahkan seorang Ketua Polis Daerah di negeri itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.",
"“Polis Pahang memberi jaminan tidak akan berkrompromi dengan kegiatan salah laku, jenayah atau apa-apa perlanggaran undang-undang oleh pegawai dan anggota,” katanya menerusi kenyataan ringkas di sini hari ini.",
"Pegawai kanan itu difahamkan ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah dianggarkan lebih RM1 juta dari 2017 hingga 2022, dikatakan bagi melindungi pusat hiburan daripada tindakan penguatkuasaan."
] | [
"ketua polis daerah ditahan",
"SPRM",
"Yahaya Othman"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/lelaki-kasari-pemandu-wanita-dikesan-dibawa-ke-ipd-bantu-siasatan/ | Lelaki kasari pemandu wanita dikesan, dibawa ke IPD bantu siasatan | [
"IPOH, 6 JUN: Lelaki yang bertindak mengasari pemandu wanita semasa dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Tapah yang videonya tular di media sosial berjaya dikesan polis di sekitar Serdang, Selangor hari ini.",
"Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata lelaki berusia 29 tahun bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di Serdang itu akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323/506/501 Kanun Keseksaan.",
"Beliau berkata pihaknya menerima laporan polis pada jam 10 pagi tadi daripada seorang wanita berusia 24 tahun yang dibuat di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh di Selangor mengenai insiden itu.",
"“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 5.33 petang semalam semasa pengadu dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Tapah bersama adik lelakinya yang berumur 17 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Katanya kejadian dikatakan berlaku akibat salah faham di jalan raya sekitar pusat peranginan Lata Iskandar dan apabila kedua-dua kereta itu berhenti, penyelia kilang itu turun dari kenderaannya dan mengetuk cermin kereta pengadu.",
"Mohd Yusri berkata apabila pengadu membuka cermin keretanya, lelaki itu memarahi pengadu dan tiba-tiba memukul kepala pengadu serta mengeluarkan kata-kata ugutan.",
"Beliau berkata hasil semakan mendapati nombor pendaftaran kereta yang dinaiki lelaki itu didaftarkan atas nama seorang wanita yang beralamat di Tanjung Karang, Selangor.",
"Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 59 saat yang memaparkan seorang lelaki keluar daripada kereta dipandunya dan mengetuk cermin kenderaan di belakangnya sebelum memarahi pemandu wanita serta memukul kepalanya."
] | [
"dibawa ke IPD Tapah",
"lelaki kasari pemandu wanita dikesan",
"Mohd Yusri Hassan Basri"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/ping-pong-sumbang-emas-ke-33-tepati-sasaran-kontinjen-malaysia/ | Ping pong sumbang emas ke-33, tepati sasaran Kontinjen Malaysia | [
"PHNOM PENH, 6 JUN: Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 hari ini sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Jumaat.",
"Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan gandingan mantap Chee Chaoming- Brady Chin menerusi acara beregu lelaki (kelas 9- masalah keseimbangan ringan) selepas menundukkan pasangan Filipina Linard Combras dan Benedicto Hernandez di Dewan Pingpong, Stadium Nasional Morodok Techo di sini hari ini."
] | [
"Kemboja",
"Sukan Para ASEAN",
"tepati ramalan 33 emas"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/kerajaan-pusat-laksana-segera-rancangan-tebatan-banjir-di-klang/ | Kerajaan pusat laksana segera rancangan tebatan banjir di Klang | [
"KLANG, 6 JUN: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan melaksanakan segera Rancangan Tebatan Banjir (RTB) sebagai penyelesaian jangka masa panjang bagi masalah banjir di beberapa lokasi sekitar daerah ini.",
"Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata cadangan penyelesaian jangka masa pendek pula adalah dengan meningkatkan kekerapan penyelenggaraan sistem saliran kawasan tersebut.",
"“Penyelesaian jangka panjang adalah dengan pelaksanaan segera RTB Sungai Batu Enam, Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar,” katanya ketika membuat lawatan kerja ke kawasan banjir sekitar Bandar Bukit Raja di sini hari ini.",
"Lawatan itu susulan kejadian banjir kilat pada Ahad lepas di beberapa lokasi di daerah ini yang melibatkan kawasan Pekan Meru dan Bandar Bukit Raja.",
"Beliau berkata kawasan yang terjejas di Pekan Meru antaranya Taman Daya Meru, Taman Daya Maju, Jalan Kasban dan Persiaran Hamzah Alang, manakala kawasan Bukit Raja melibatkan Bandar Baru Bukit Raja dan Mutiara Bukit Raja.",
"“Dilaporkan anggaran 50 hingga 100 rumah terjejas banjir dengan kedalaman 0.1 meter (m) ke 0.5m dan melibatkan perpindahan 20 keluarga,” katanya.",
"Selain itu, menurutnya faktor sistem saliran dalaman yang tidak dapat menampung kuantiti air yang banyak dan tidak dapat mengalir ke sungai kerana aras air sungai tinggi turut menyumbang kepada berlakunya banjir.",
"“Pada hari kejadian Ahad lepas, Stesen Telemetri Kampung Perepat, Kapar merekodkan hujan tertinggi hingga 98.5 milimeter(mm) menyebabkan status aras air Sungai Binjai, Pekan Meru meningkat hingga 4.38m melepasi aras bahaya iaitu 4.2m pada jam 12 tengah hari, namun surut sepenuhnya pada 5 petang semalam,” katanya."
] | [
"Nik Nazmi Nik Ahmad",
"Rancangan Tebatan Banjir Klang"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/polis-thailand-giat-kesan-rakyat-malaysia-hilang-di-chiang-rai/ | Polis Thailand giat kesan rakyat Malaysia hilang di Chiang Rai | [
"BANGKOK, 6 JUN: Polis Thailand melancarkan operasi mencari wanita Malaysia berusia 22 tahun yang kali terakhir dilihat di daerah Mae Sai, wilayah Chiang Rai.",
"Chong Sum Yee, 22 tahun, berlepas ke Chiang Mai pada 29 Mei lalu dan melakukan perjalanan sejauh 250 kilometer ke daerah utara Mae Sai di wilayah Chiang Rai, Thailand.",
"Chong tetap berhubung dengan keluarganya ketika berada di Thailand dan kali terakhir dia dapat dihubungi pada 1 Jun, 10.30 pagi (waktu tempatan).",
"Pol Lt Gen Piya Tawichai, komisioner Wilayah Polis Wilayah 5 berkata polis Thailand mempergiat usaha mengesan wanita Malaysia yang hilang itu."
] | [
"Chong Sum Yee",
"wanita Malaysia hilang di Thailand"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/sukan-sawah-dun-permatang-meriah-100-penduduk-ambil-bahagian/ | Sukan Sawah DUN Permatang meriah, 100 penduduk ambil bahagian | [
"SHAH ALAM, 6 JUN: Sukan Sawah di Dewan Undangan Negeri Permatang semalam berlangsung meriah dengan hampir 100 penduduk mengambil bahagian dalam pelbagai acara.",
"Wakil rakyatnya Rozana Zainal Abidin berkata sukan yang berlangsung di tapak Blok EQSW, di sini bertujuan mengajak penduduk mengamalkan gaya hidup sihat selain mengeratkan ukhuwah.",
"“Alhamdulillah, saya ucapkan tahniah kepada penganjur yang berjaya menarik kira-kira 100 peserta menyertai pelbagai acara terutamanya kepada anak muda yang dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti seperti ini.",
"“Lebih menarik, kehadiran bukan sahaja anak muda, namun ibu bapa juga memberi sokongan sangat menggalakkan sekali gus objektif mengeratkan silaturahim sesama penduduk kampung dan pemimpin masyarakat tercapai,” katanya ketika dihubungi Media Selangor, hari ini.",
"Selain pertandingan bola sepak bendang, Sukan Sawah turut menganjurkan sukan bujang VS kelamin, pertandingan motor cross 4T, 2T dan juga cabutan bertuah."
] | [
"DUN Permatang",
"Rozana Zainal Abidin",
"Sukan Sawah"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/wujudkan-formula-khas-perbelanjaan-negara-ketika-darurat-bencana/ | Wujudkan formula khas perbelanjaan negara ketika darurat, bencana | [
"SHAH ALAM, 6 JUN: Ahli Parlimen Gombak mencadangkan formula khas perbelanjaan negara ketika darurat atau bencana diwujudkan bagi memastikan berlaku semak dan imbang dalam setiap urusan.",
"Mengambil pengalaman negara yang darurat ketika berdepan pandemik Covid-19, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata semak dan imbang perbelanjaan negara dapat mengelak berlakunya ketirisan.",
"“Mungkin kita perlukan satu formula khas ketika darurat atau langkah-langkah bencana yang mana perbelanjaan segera perlu dibuat tapi semak dan imbang, dokumentasinya itu perlu ditetapkan dan tepat.",
"“Perlu disemak supaya di masa depan kalau ada ‘kecurangan’ ketika mengambil kesempatan daripada bencana yang berlaku satu perkara yang sangat malang. Semak imbang tertentu harus kita teruskan supaya tidak terlepas,” katanya ketika membahaskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2 di Dewan Rakyat hari ini.",
"Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor menambah pengurusan dan tatakelola perbelanjaan perlu dilihat secara menyeluruh untuk mengelakkan berlaku ketirisan, kehilangan kewangan dan aktiviti mencurigakan.",
"“Semua sedia maklum LKAN bukanlah untuk menghukum, urusannya adalah untuk membetulkan urus tadbir dan tatakelola, melihat (secara) menyeluruh bagaimana menangani masalah yang sama.",
"“Dengan membahaskan hari ini kita wajar meningkatkan perbahasan kita bukan hanya soal jawatankuasa atau teknikaliti tetapi persoalan dasar apa yang perlu kira gubah supaya (perkara yang ditegur dalam LKAN) tidak berulang kembali,” katanya.",
"LKAN buat pertama kalinya dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini antara lain memperakui bahawa kerajaan memandang serius isu dibangkit dalam laporan itu selain Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri terlibat meneliti isu dibangkitkan.",
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) ketika membentangkan usul membahaskan LKAN 2021 Siri 2 hari ini berkata segala isu membabitkan ketirisan, ketidakpatuhan kepada peraturan, tidak mematuhi syarat dan kelemahan dalam perancangan perlu diteliti.",
"Dato’ Seri Azalina Othman Said berkata semua pihak perlu mengambil pengajaran supaya tidak berulang dalam pelaksanaan aktiviti, program atau projek di masa hadapan."
] | [
"Ahli Parlimen Gombak",
"Amirudin Shari",
"formula khas perbelanjaan negara",
"ketika darurat"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/suri-rumah-akui-dapat-berjimat-lebih-20-kali-berbelanja-di-jualan-murah/ | Suri rumah akui dapat berjimat, lebih 20 kali berbelanja di jualan murah | [
"GOMBAK, 6 JUN: Seorang suri rumah bersyukur dapat berjimat apabila lebih 20 kali berbelanja di Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Kerajaan Negeri sejak tahun lalu.",
"Norreah Mohammad, 58, dari Jalan Nakhoda Kiri 3 berkata dia dan suaminya Hussin Hassan, 65, yang kini tidak bekerja sentiasa menunggu program jualan murah untuk mendapatkan barangan dapur.",
"“Saya dan suami sudah lebih 20 kali bergilir-gilir pergi ke jualan murah sejak tahun lalu untuk membeli barangan yang ditawarkan terutama ayam, telur, daging dan beras.",
"“Jualan murah ni memang membantu saya dan suami berjimat kerana kami kini bergantung hidup dengan elaun suami sebagai bilal selain pemberian anak-anak. Terima kasih Kerajaan Negeri, syukur kami masih dapat makan lauk ayam dan daging setiap minggu,” katanya.",
"Ibu kepada tiga anak itu ketika JER peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Tua di Kampung Nakhoda Tengah, di sini hari ini.",
"Sementara itu, Anita Atan, 58, dari Kampung Melayu Batu 16, Rawang pula memberitahu dia sanggup menempuh perjalanan jauh demi membeli di jualan murah setiap minggu.",
"“Saya akan pergi ke mana-mana sahaja program JER yang saya tahu lokasinya dan setakat ini sudah lebih 20 program JER saya pergi.",
"“Hari ini saya pergi ke Kampung Nakhoda yang memakan masa kira-kira 30 minit dari rumah di Rawang,” katanya yang turut mengakui dapat berjimat.",
"JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 per pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).",
"Orang ramai boleh menyemak lokasi lengkap jualan murah setiap hari (kecuali Jumaat dan cuti umum) di Facebook PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS"
] | [
"Dun Sungai Tua",
"Jualan Ehsan Rahmah (JER)"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/wakaf-selangor-sumbang-rm35000-bantu-baik-pulih-bangunan-kafa-integrasi-di-sungai-besar/ | Wakaf Selangor sumbang RM35,000, bantu baik pulih bangunan Kafa Integrasi di Sungai Besar | [
"SHAH ALAM,6 JUN: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyumbang dana wakaf sejumlah RM35,000 kepada Kafa Integrasi Desa Permai Parit 8, Sungai Besar, di sini.",
"Eksekutif Penerangan dan Dakwah PWS Ibnu Hubain Abdul Aziz berkata sumbangan berkenaan bagi membaik pulih bangunan institusi itu demi manfaat guru dan pelajar.",
"“Orang ramai dialu-alukan untuk melaksanakan wakaf tunai melalui PWS demi meningkatkan ekonomi dan sosial umat Islam selain daripada dapat menyalurkan sumbangan wakaf kepada sekolah, surau dan masjid,” katanya melalui kiriman video di Facebook.",
"Sementara itu, Ketua Guru Kafa Integrasi Desa Permai Parit 8 Nurliaza Napiah berkata pihaknya bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan dana wakaf berkenaan.",
"“Sudah pasti ia akan memberi keselesaan kepada warga seolah memandangkan keadaan bumbung sebelum ini sangat uzur. Diharap lebih ramai lagi menyalurkan sumbangan wakaf bagi mereka yang memerlukan,” katanya."
] | [
"Kafa Integrasi Desa Permai Parit 8",
"Perbadanan Wakaf Selangor",
"SUNGAI BESAR"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/mbpj-lancar-buku-pelan-tindakan-perancangan-landskap-petaling-jaya/ | MBPJ lancar buku pelan tindakan, perancangan landskap Petaling Jaya | [
"PETALING JAYA, 6 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melancarkan buku Pelan Induk Landskap Petaling Jaya (PiLAN PJ) di sini hari ini.",
"Datuk Bandar Petaling Jaya berkata PiLAN PJ adalah dokumen perancangan landskap dan pelan tindakan jangka panjang secara inklusif di Petaling Jaya bagi tempoh lima tahun.",
"“Ia menggariskan cadangan dalam bentuk dasar, strategi, kaedah kawalan dan garis panduan pelaksanaan projek landskap yang sesuai untuk pembangunan bandar raya ini.",
"“Ia berdasarkan 17 agenda Pelan Pembangunan Mampan (SDG17) dan 10 tema bawah pelan tindakan Petaling Jaya Pintar, Mampan dan Berdaya Tahan 2030 (PJSSR2030),” kata Mohamad Azhan Md Amir.",
"Mohamad Azhan berkata PiLAN PJ yang terdiri daripada dua jilid utama merangkumi garis panduan bagi memastikan pembangunan landskap di bandar raya itu sejajar matlamat pembangunan mampan dan memelihara alam semula jadi.",
"“Selain mencipta peluang pekerjaan ia turut fokus pemeliharaan kawasan hijau, pemuliharaan ekosistem dan kepelbagaian biodiversiti yang dapat memastikan warisan alam semulajadi terpelihara untuk manfaat generasi akan datang,” katanya."
] | [
"Majlis Bandaraya Petaling Jaya",
"Mohamad Azhan Md Amir",
"Pelan Landskap Petaling Jaya"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/kerajaan-negeri-salur-rm21-juta-naik-taraf-prasarana-jalan-longkang-mbsa/ | Kerajaan Negeri salur RM21 juta naik taraf prasarana jalan, longkang MBSA | [
"“Semua jumlah peruntukan RM21 juta ini disalurkan Kerajaan Negeri melalui Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dan kerja ini akan dilaksanakan kontraktor yang menerima surat tawaran tender hari ini,” kata Dr Nor Fuad Abdul Hamid.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Tender dan sesi bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Wisma MBSA di sini hari ini.",
"Dalam pada itu, beliau berkata 227 iklan tawaran kerja dikeluarkan pihaknya dan 15,453 dokumen tender diterima dari Januari hingga Jun ini."
] | [
"Dr Nor Fuad Abdul Hamid",
"Kerajaan Negeri salur RM21 juta naik taraf prasarana",
"MBSA"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/mayat-dua-beradik-insiden-perahu-dipukul-ribut-dijumpai-di-kawasan-paya-bakau/ | Mayat dua beradik insiden perahu dipukul ribut dijumpai di kawasan paya bakau | [
"ALOR SETAR, 6 JUN: Mayat dua beradik lelaki yang dikhuatiri lemas selepas perahu dinaiki mereka dipukul ribut di perairan Kuala Sala dekat sini awal pagi tadi, dijumpai petang ini.",
"Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata mayat Mohd Farizan Tajuddin, 41, dan abangnya Mohd Faudzi, 48, ditemukan di kawasan paya bakau.",
"“Kami telah dimaklumkan mengenai penemuan satu mayat yang tersangkut di dalam lumpur paya bakau oleh nelayan tempatan pada jam 4.20 petang dan mayat yang dijumpai ialah Mohd Farizan dan telah disahkan oleh ahli keluarga mangsa.",
"“Pada 5.50 petang pula, mayat Mohd Faudzi telah dijumpai di kawasan berlumpur paya bakau tidak jauh dari mayat pertama ditemukan,” menurutnya dalam kenyataan di sini.",
"Beliau berkata kedua-dua mayat telah dibawa keluar oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang turut dibantu penduduk tempatan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya."
] | [
"Alor Setar",
"mayat dua beradik ditemui",
"Noor Azreyanti Ishak"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/fam-tidak-sempat-guna-var-pada-aksi-separuh-akhir-piala-fa/ | FAM: Tidak sempat guna VAR pada aksi separuh akhir Piala FA | [
"PETALING JAYA, 6 JUN: Teknologi video bantuan pengadil (VAR) tidak sempat untuk dilaksanakan pada aksi separuh akhir Piala FA yang dijadual berlangsung pada akhir Jun ini.",
"Timbalan Presiden merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram berkata ini kerana pengadil dan penolong pengadil perlu menjalani latihan selama enam bulan bermula pertengahan Jun, sebelum teknologi itu boleh digunakan untuk mana-mana perlawanan.",
"Bagaimanapun, katanya peminat bola sepak tanah air dijangka berpeluang menyaksikan pelaksanaan VAR pada aksi separuh akhir dan final Piala Malaysia 2023 yang dijadual berlangsung pada akhir tahun ini.",
"“Mungkin harapan kita (untuk gunakan VAR) pada semi final atau final Piala Malaysia,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kelapan Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM di sini hari ini.",
"FAM sebelum ini memaklumkan teknologi VAR akan digunakan pada beberapa perlawanan penting termasuk aksi separuh akhir dan final Piala Malaysia serta Piala FA tahun ini.",
"Namun, aksi separuh akhir Piala FA kali ini yang melibatkan Selangor FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), manakala Terengganu FC (TFC) menentang Kuala Lumpur City (KL City) dijadualkan berlangsung pada 24 dan 25 Jun ini.",
"Terdahulu, Sivasundaram berkata hasil mesyuarat hari ini memutuskan 20 pengadil dan 10 penolong pengadil daripada Kategori A dan A1 dipilih untuk latihan berkenaan sebelum ditauliah sebagai pengadil VAR pada tahun ini.",
"Beliau berkata latihan yang akan tertumpu kepada latihan pengadil, simulator VAR, latihan perlawanan secara langsung, pengiktirafan teknologi VAR dan pengiktirafan stadium yang menggunakan VAR.",
"“Untuk VAR ini kami telah berada di peringkat akhir dan ia dilaksanakan bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL)…FAM dan MFL telah menghubungi lima syarikat pembekal teknologi VAR untuk Liga Malaysia,” katanya.",
"Sementara itu, FAM hari ini turut mengumumkan kerjasama bersama syarikat pengeluar minuman tenaga, Extra Joss sebagai rakan penaja terbaharu skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya untuk tempoh setahun. – BERNAMA"
] | [
"Piala FA",
"Teknologi video bantuan pengadil (VAR)"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/kerusi-pembangkang-kosong-enggan-bahas-laporan-audit-kerajaan-lama/ | Kerusi pembangkang kosong, enggan bahas laporan audit kerajaan lama | [
"KUALA LUMPUR, 6 JUN: Persidangan Dewan Rakyat pada sesi petang hari ini lengang apabila kesemua Ahli Parlimen pembangkang mengambil keputusan untuk tidak menyertai sesi perbahasan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2.",
"Meskipun Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul telah memutuskan agar usul itu dibentang dan dibahaskan selepas persidangan disambung 2.30 petang tadi, namun sehingga perbahasan dimulakan pada 2.45 petang, tempat duduk blok pembangkang masih kosong.",
"Rata-rata Ahli Parlimen kerajaan ketika berbahas menzahirkan rasa kecewa selain menyifatkan tindakan pembangkang yang tidak mahu menyertai sesi itu sebagai tidak bertanggungjawab dan amat memalukan.",
"Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) berkata pembangkang sepatutnya menjalankan peranan tugas semak dan imbang laporan itu agar kelemahan yang ditegur Ketua Audit Negara boleh diperbaiki dan tidak diulangi oleh kerajaan sekarang.",
"Sementara itu Young Syefura Othman (HARAPAN-Bentong) berasa kesal dengan tindakan pembangkang yang tidak menyertai sesi itu, bahkan tempat duduk blok pembangkang juga kosong sejak sesi perbahasan bermula.",
"“Agak menyedihkan, sudah pukul 3.45 petang, hampir lebih sejam sesi perbahasan bermula, masih tiada lagi pembangkang di dalam dewan ini,” katanya.",
"RSN Rayer (HARAPAN-Jelutong) yang bangun mencelah ketika perbahasan itu pula mencadangkan supaya elaun kehadiran Ahli Parlimen pembangkang digantung berikutan tindakan mereka.",
"Antara Ahli Parlimen lain yang turut mengecam tindakan pembangkang termasuk Khoo Poay Tiong (HARAPAN-Kota Melaka), Cha Kee Chin (HARAPAN-Rasah) dan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (HARAPAN-Tuaran).",
"Sementara itu, Syahredzan Johan (HARAPAN-Bangi) pada sidang media berkata walaupun LKAN tidak pernah dibahaskan dalam persidangan Dewan Rakyat, ia tidak menjadi kesalahan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan seperti yang didakwa pembangkang.",
"Terdahulu pada sidang Dewan Rakyat di sebelah pagi, Johari memutuskan usul berkenaan dibentang dan dibahaskan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat, berikutan permintaan rakyat dan pegawai agar laporan berkenaan dibincangkan secara terbuka, khususnya yang melibatkan kewangan negara.",
"Persidangan Dewan Rakyat turut tergendala hampir 30 minit sebelum persidangan berhenti rehat apabila Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan bertikam lidah mengenai keperluan usul itu dibahaskan.",
"Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) bangkit membantah dengan menyatakan sepanjang sejarah Parlimen, LKAN tidak pernah dibahaskan dan sebaliknya menjadi tugas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk membuat teguran dan dapatan."
] | [
"LKAN",
"Parlimen",
"Pembangkang"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/kios-jual-barangan-asas-murah-manfaatkan-13000-penghuni-flat-kos-rendah/ | Kios jual barangan asas murah manfaatkan 13,000 penghuni flat kos rendah | [
"SHAH ALAM, 6 JUN: Kira-kira 13,000 penduduk di lapan pangsapuri kos rendah dan sederhana di negeri ini bakal menerima manfaat menerusi penubuhan kios atau pasar mini menjual keperluan asas.",
"EXCO kesejahteraan bandar berkata program Mobilisasi Ekonomi Komuniti Bandar Selangor (Mekar) membantu penduduk berdaya maju tanpa bergantung kepada kerajaan terutama ketika krisis ekonomi.",
"“Kerajaan Negeri hanya bertindak sebagai pemula dan pemudah cara, namun komitmen dan penglibatan aktif rakyat ditagih demi memastikan kelangsungannya,” kata Rodziah Ismail di Facebook.",
"Pangsapuri terlibat ialah Pangsapuri Kos Rendah Taman Dato Hormat, Sijangkang; Pangsapuri Kos Rendah (Blok C) & Sederhana Rendah (Blok A& B), Pandamaran dan Pangsapuri Ruvena Villa, Dengkil.",
"Turut serta ialah Pangsapuri Kos Rendah Rimau Indah, Kemuning; Perbadanan Pengurusan Anggerik 34, Shah Alam; Apartment Kenari ABCD, Sungai Ramal dan Pangsapuri Prima Cempaka, Kajang dan Pangsapuri Ukay Indah.",
"Menerusinya, orang ramai boleh mendapat pelbagai keperluan pada harga murah, selain boleh menjual produk mereka dan akan dibimbing supaya perniagaan terus berkembang."
] | [
"Kios Mekar",
"Rodziah Ismail"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/jurujual-rugi-lebih-rm500000-ditipu-sindiket-pelaburan-wang/ | Jurujual rugi lebih RM500,000 ditipu sindiket pelaburan wang | [
"KUCHING, 6 JUN: Jurujual di sebuah syarikat telekomunikasi membuat laporan polis semalam apabila mengalami kerugian RM524,800 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan wang April lalu.",
"Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata lelaki berumur 33 tahun dari daerah Padawan itu mendakwa dia pada mulanya tertarik dengan skim pelaburan itu yang ditawarkan melalui media sosial Facebook, dan telah menghubungi suspek.",
"Beliau berkata suspek menerangkan kepada lelaki itu bahawa keuntungan 20 peratus akan diperoleh daripada nilai pelaburan yang dibuat, dan meminta jurujual itu memasukkan wang ke beberapa akaun kononnya sebagai pelaburan.",
"“Tanpa ragu-ragu lelaki itu melakukan 19 transaksi pindahan wang keseluruhan berjumlah RM524,800 ke tujuh akaun bank berbeza antara 28 April dan 5 Jun lalu. Lelaki itu hanya menyedari telah ditipu setelah suspek gagal dihubungi kemudiannya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.",
"Mohd Azman seterusnya menasihatkan orang ramai agar hanya melabur di platform betul dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia serta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sahaja."
] | [
"jurujual rugi RM524800",
"Mohd Azman Ahmad Sapri",
"sindiket pelaburan wang"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/wakil-rakyat-edar-240-baucar-minyak-hitam-bantu-tampung-kos-selenggara-motosikal/ | Wakil rakyat edar 240 baucar minyak hitam, bantu tampung kos selenggara motosikal | [
"SHAH ALAM, 6 JUN: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu mengedarkan 240 baucar minyak hitam motosikal hari ini.",
"“Ini merupakan kempen kesedaran sempena Hari Alam Sekitar yang disambut baru-baru ini dan kita ingin mengajak masyarakat setempat untuk segera menukar minyak hitam motor mereka.",
"“Dengan baucar percuma ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung mereka khususnya melibatkan kos alatan kelengkapan dan kos minyak motor yang tinggi,”katanya.",
"Menurut Kee Hiong, baucar berkenaan dikhususkan untuk minyak hitam yang mesra alam sekitar dan hanya boleh ditebus di kedai motor terpilih sekitar pekan Kuala Kubu Bharu.",
"Terdahulu, puluhan pengguna motosikal sudah berkumpul lebih awal di Pusat Khidmat DUN Kuala Kubu Bharu bagi mendapatkan baucar yang mula diedar jam 10 pagi.",
"“Jika diberi peluang dan mendapat lebih banyak peruntukan lagi pada penggal akan datang, kita akan buat lagi program seperti ini bagi membantu lebih ramai lagi penunggang motosikal di kawasan ini, “katanya."
] | [
"baucar minyak hitam",
"Kuala Kubu Bharu",
"Lee Kee Hiong"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/mbsj-pergiat-roboh-struktur-tambahan-haram-di-kawasan-komersial-perumahan/ | MBSJ pergiat roboh struktur tambahan haram di kawasan komersial, perumahan | [
"SUBANG JAYA, 6 JUN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) meneruskan operasi perobohan struktur binaan haram di kawasan komersial dalam masa terdekat.",
"Pengarah Korporat dan Pengurusan Strategiknya Muhammad Azli Miswan berkata tindakan diambil susulan aduan berhubung penambahan struktur oleh pemilik atau penyewa sehingga menutup longkang sekali gus menghalang laluan air.",
"“Kita telah kenal pasti beberapa kawasan antaranya di SS15 dan USJ1. Pemilik atau penyewa bangunan kawasan komersial ini didapati membuat penambahan haram hingga ganggu aliran air. Kita tidak mahu keadaan bertambah teruk terutama ketika hujan.",
"“MBSJ tidak hanya memfokuskan sekitar perumahan sebaliknya semua kawasan yang mengganggu penduduk dan menjalankan aktiviti perniagaan atas tanah kerajaan,” katanya ditemui selepas operasi meroboh struktur haram di Pangsapuri SS13 hari ini.",
"“Apabila terima aduan, tindakan diambil dan ini bukti bahawa kita tidak lindungi mana-mana pihak. MBSJ telus dalam mengambil tindakan cuma mungkin lewat kerana mereka melakukan kesalahan berselindung daripada penguatkuasa,” katanya.",
"Terdahulu, menerusi operasi perobohan hari ini, MBSJ merobohkan sebuah bengkel lori haram, stor simpanan barang, garaj, reban ayam serta menyita sebuah tong sampah Roll-On Roll-Off (RORO)."
] | [
"MBSJ",
"PBT",
"roboh"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/atlet-bina-badan-peruntuk-hampir-semua-gaji-beli-makanan-kesihatan-tambahan/ | Atlet bina badan peruntuk hampir semua gaji beli makanan kesihatan tambahan | [
"KUALA LUMPUR, 6 JUN: Atlet pelapis bina badan negara, Arif Amaruddin Azmi mendedahkan beliau menggunakan 90 peratus daripada gaji diterimanya setiap bulan bagi urusan perbelanjaan sukan berkenaan.",
"Arif Amaruddin berkata baki 10 peratus gajinya diberikan kepada keluarga manakala kebanyakan wang digunakan untuk bina badan dibelanjakan bagi membeli protein diperlukan seperti ayam dan telur.",
"“Jujur saya cakap, saya mati untuk bina badan. Saya bukan macam orang biasa lain yang memikirkan untuk membeli rumah namun gaji saya untuk bina badan,” katanya ditemui selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan bina badan negara ke Kejohanan Bina Badan dan Fizikal Asia Tenggara ke-17 di Batam, Indonesia, dari 8 hingga 12 Jun ini.",
"Bukan sahaja gaji, anggota polis itu mengakui terpaksa melupakan keseronokan lain terutamanya dalam aspek pemakanan dengan mengekalkan diet dan disiplin ketat bagi memastikan badannya kekal ‘sado’ menjelang kejohanan sulung antarabangsanya di Indonesia nanti.",
"“Setiap pagi saya goreng telur 10 biji tanpa minyak serta oat untuk sarapan dan sediakan ayam bakar dengan sedikit garam serta sayur-sayuran sebagai bekalan makan tengah hari dan malam.",
"Dari segi latihan pula, atlet berusia 28 tahun itu berkata beliau memanfaatkan tiga sesi latihan di gimnasium merangkumi sekurang-kurangnya 10 jam sehari termasuk sesi ‘cardio’ di sebelah pagi.",
"Bagaimanapun, anak jati Banting, Selangor itu tetap bersyukur tajaan seperti suplemen dan pakaian daripada syarikat produk nutirisi sukan tempatan meringankan bebannya dalam mengharungi cabaran sebagai atlet bina badan.",
"Mengenai kejohanan di Batam, naib juara ‘welter & light middleweight’ (65 kilogram (kg) & 75kg) Piala Ketua Polis Negara 2022 itu berharap dapat memperagakan bentuk badan menarik seterusnya memikat hati juri untuk merangkul emas kategori 75kg nanti.",
"Sementara itu, Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia Datuk Dr Ahmad Badrus Othman berkata mereka meletakkan sasaran kepada kontinjen negara untuk membawa pulang tiga emas kali ini.",
"Katanya, kesemua atlet dipilih kali ini adalah barisan pelapis yang boleh diketengahkan ke peringkat tertinggi selain berharap penyertaan mereka tidak menghampakan sekali gus dapat meneruskan kecemerlangan atlet senior sebelum ini.",
"Selain Arif Amaruddin, Malaysia diwakili dua lagi atlet iaitu Muhammad Shaiful Hisyam Abd Aziz yang bersaing bagi kategori lelaki 175 sentimeter (cm) fizikal dan Shelen Aderina Kok untuk wanita lebih 160cm fizikal."
] | [
"Arif Amaruddin Azmi",
"atlet bina badan negara",
"Kejohanan Bina Badan dan Fizikal Asia Tenggara"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/ramai-dapat-manfaat-penduduk-mahu-jualan-murah-diteruskan/ | Ramai dapat manfaat, penduduk mahu jualan murah diteruskan | [
"KLANG, 6 JUN: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memanfaatkan pelbagai golongan termasuk berpendapatan sederhana (M40).",
"Salah seorang pengunjung Jualan Ehsan Rahmah (JER) Arifin Abdul Latif, 58, memuji inisiatif tersebut berikutan kenaikan kos sara hidup dan harga barangan turut dirasai banyak pihak.",
"Dia yang lebih 20 kali menyertai program tersebut turut mengalu-alukan Kerajaan Negeri untuk meneruskan jualan itu bagi membolehkan lebih ramai menerima manfaat.",
"“Apabila harga barang naik, semua orang terkesan. Setiap hari kita akan beli barangan keperluan. Semua rakyat Selangor juga tahu barangan JER paling murah berbanding tempat lain,” katanya ditemui di sini.",
"Warga emas Mohd Askolan Hassan, 62, turut bersetuju jika program tersebut diteruskan berikutan ia meringankan beban rakyat untuk membeli barangan dapur pada harga lebih murah.",
"“JER mendapat sambutan baik kerana harga ditawarkan sangat rendah. Hampir kesemua barang bernilai RM10, jimat hampir RM40 sekali beli. Memang patut diteruskan,” katanya.",
"Sementara itu, wakil pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa M Mahendran memberitahu sebanyak 25 kali program tersebut diadakan di kawasan berkenaan sejak awal tahun.",
"“Pihak DUN sasar sekurang-kurangnya sebulan sekali anjur jualan murah. Kita berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana meneruskan JER, tanda keprihatinan terhadap rakyat,” katanya.",
"Dalam jualan murah yang berlangsung di Taman Desawan, Klang pagi tadi, lebih 500 ekor ayam dan 300 papan telur terjual dalam tempoh kurang dua jam selepas program bermula pada 10 pagi.",
"JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal segar (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).",
"Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga awal Disember tahun lepas dengan nilai jualan melebihi RM16 juta."
] | [
"Jualan Ehsan Rahmah"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/jualan-murah-barangan-dapur-di-dun-sungai-tua-pada-khamis-isnin-ini/ | Jualan murah barangan dapur di DUN Sungai Tua pada Khamis, Isnin ini | [
"GOMBAK, 6 JUN: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua menganjurkan dua lagi program Jualan Ehsan Rahmah (JER) pada 8 dan 12 Jun ini.",
"Pegawai Pusat Khidmat DUN B Shanmugam berkata program bertujuan meringankan beban rakyat itu diadakan di hadapan Balai Polis Selayang Baru dan Flat Putri Laksamana (12 Jun).",
"“Mereka diingatkan membawa beg guna semula, penganjur tidak sediakan plastik. Ini bagi menyokong kempen tiada beg plastik,’’ katanya ketika ditemui selepas program JER anjuran DUN Sungai Tua di Kampung Nakhoda Tengah, Batu Caves hari ini.",
"Menurut Shanmugam, sejak Januari hingga Mei lalu, DUN Sungai Tua telah menganjurkan 30 program jualan murah dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang telah memanfaatkan lebih 12,000 keluarga.",
"JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).",
"Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga awal Disember tahun lepas dengan nilai jualan melebihi RM16 juta.",
"PKPS juga menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri, baru-baru ini."
] | [
"Dusun Tua",
"JER",
"jualan murah"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/projek-bangun-semula-pangsapuri-di-cheras-babit-5650-unit-kediaman-selesa-lengkap-kemudahan/ | Projek bangun semula pangsapuri di Cheras babit 5,650 unit, kediaman selesa lengkap kemudahan | [
"KUALA LUMPUR, 6 JUN: Sebanyak 5,650 unit rumah gantian khusus bagi golongan B40 dibina menerusi Projek Penswastaan Pembangunan Semula Pangsapuri Kos Rendah Sri Pulau Pinang, Sri Melaka, Sri Johor dan Taman Ikan Emas di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini.",
"Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata daripada jumlah itu, 859 milik individu manakala 4,791 lagi merupakan unit sewaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).",
"“Projek di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan melalui kerjasama awam-swasta itu bertujuan menaik taraf kehidupan penduduk dengan persekitaran kediaman yang lebih selesa kerana setiap unit rumah sedia sudah menjangkau usia setengah abad, selain memiliki keluasan rumah yang kecil dan kekurangan fasiliti asas seperti lif, surau dan dewan.",
"“Unit baharu berkeluasan 850 kaki persegi itu turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti surau, tadika, dewan, unit kedai dan pejabat pengurusan,” katanya dalam sidang media mengenai projek berkenaan selepas meluangkan masa kira-kira sejam melawat tapak dan memantau tahap kemajuan pelaksanaan projek itu, di sini, hari ini.",
"Dr Wan Azizah berkata Projek Penswastaan Pembangunan Semula itu mempunyai dua fasa pelaksanaannya melibatkan kos sejumlah RM1.19 billion di atas kawasan berkeluasan 55.948 hektar (138.25 ekar).",
"“Fasa Satu yang membabitkan 1,192 unit, kini sedang dalam pelaksanaan termasuk kerja-kerja pengalihan utiliti bermula sejak Julai 2022, selepas penyelesaian isu-isu tanah yang mengambil masa beberapa tahun, dijangka siap 2026.",
"“Fasa Kedua pula akan bermula selepas penyiapan dan pembangunan Fasa Satu diserahkan kepada DBKL. Setiap fasa pembangunan mengambil masa selama empat tahun dan dijangka siap pada 2030,” katanya.",
"Sementara itu, Pengerusi Sub Zon Satu Pangsapuri Kos Rendah Parlimen Bandar Tun Razak, Hanafiah Md Amin bersyukur apabila projek pembangunan semula yang ditunggu-tunggu akhirnya tercapai.",
"“Alhamdulillah, akhirnya impian kami (penduduk) menjadi kenyataan, tambahan pula projek ini sebenarnya sudah lama dirancang iaitu sejak empat pilihan raya umum yang lepas. Kami sememangnya menanti-nantikan saat ini ,” katanya. – BERNAMA"
] | [
"Ahli Parlimen Bandar Tun Razak",
"Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail",
"Projek Penswastaan Pembangunan Semula Pangsapuri Kos Rendah"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/skim-perubatan-beri-kemudahan-b40-dapat-rawatan-di-klinik-swasta-dilancar-bulan-ini/ | Skim perubatan beri kemudahan B40 dapat rawatan di klinik swasta dilancar bulan ini | [
"SHAH ALAM, 6 JUN: Skim Perubatan Madani yang memberi kemudahan kepada golongan B40 mendapatkan rawatan kesihatan di klinik serta pengamal perubatan am dan swasta dilancar bulan ini.",
"“Kita akan mulakan segera, sekarang sudah di peringkat akhir, libat urus termasuk dengan klinik swasta juga telah dilakukan dan kita akan melakukan pelancarannya dalam Jun ini juga,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.",
"Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Langat Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi yang ingin tahu mengenai perkembangan Skim Perubatan Madani.",
"Menerusi Belanjawan 2023 Skim Perubatan Madani diperkenalkan dengan peruntukan RM120 juta merupakan kemudahan ‘kredit’ untuk golongan B40 berjumpa dengan pegawai perubatan am di klinik swasta tanpa perlu ke Jabatan Kecemasan hospital kerajaan.",
"Selain itu, Dr Zaliha berkata penubuhan Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital Kementerian Kesihatan menunjukkan keberkesanan.",
"“Melalui inisiatif ini, satu projek rintis melibatkan kluster hospital dan klinik kesihatan dilaksanakan menerusi penyuraian pesakit bergejala ringan dan bukan kes kecemasan ke klinik kesihatan berdekatan yang dilanjutkan waktu operasi untuk tempoh tiga bulan.",
"“Perkhidmatan dilanjutkan operasi di Klinik Kesihatan Bandar Botanik (Klang) yang bermula sejak 2015 dipanjangkan termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula dari 25 Mac bagi menangani kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.",
"“Projek rintis STAR menunjukkan keberkesanan dengan purata penurunan bulanan kedatangan pesakit ke zon hijau dalam tempoh tiga bulan dari Februari hingga April lalu adalah sebanyak 30.6 peratus,” katanya."
] | [
"KKM",
"Parlimen",
"Skim Perubatan Madani"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/mbpj-pasang-cctv-kompaun-individu-buang-pokok-kiambang-dalam-tasik/ | MBPJ pasang CCTV, kompaun individu buang pokok kiambang dalam tasik | [
"PETALING JAYA, 6 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperketatkan penguatkuasaan untuk mengatasi isu pembiakan pokok kiambang di dua tasik di Kelana Jaya.",
"Datuk Bandarnya Mohamad Azhan Md Amir berkata tindakan kompaun akan dikenakan kepada individu tidak bertanggungjawab yang membuang tumbuhan tersebut ke dalam tasik.",
"“Kita perlu kekang pembiakan pokok kiambang bagi mengelak perkara tidak diingini yang boleh membahayakan keselamatan pengunjung terutama kanak-kanak sekiranya beriadah berhampiran tasik.",
"Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran Buku Pelan Induk Landskap Petaling Jaya (PiLAN PJ) di The Spine @ PJKita di Jalan SS7/15, Kelana Jaya di sini, hari ini.",
"PiLAN PJ adalah dokumen perancangan landskap dan pelan tindakan bagi tempoh lima tahun untuk mewujudkan persekitaran indah, selesa, selamat dan sejahtera di Petaling Jaya."
] | [
"MBPJ",
"pokok kiambang",
"tasik"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/175-orang-sertai-program-kutip-sampah-sambil-riadah-di-sekitar-sungai-ampang/ | 175 orang sertai program kutip sampah sambil riadah di sekitar Sungai Ampang | [
"SHAH ALAM, 5 JUN: Seramai 175 orang termasuk penduduk menyertai program gotong-royong kutip sampah sambil riadah (Kudah) anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Jalan Kosas 1/1, Taman Kosas, Ampang Ahad lalu.",
"Bahagian Perhubungan Awam dan Sekretariat MPAJ berkata program di bawah Jawatankuasa Ampang Jaya Smart Selangor Mampan (SSM) itu bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kebersihan sungai.",
"“Aktiviti mengutip sampah dan membersihkan belukar di sepanjang Sungai Ampang itu juga salah satu usaha MPAJ mewujudkan denai sungai pada masa depan bagi menyokong program Denai Sungai Kebangsaan (DSK).",
"Program itu turut disertai EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail serta Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad.",
"Turut menjayakan aktiviti itu wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Hulu Langat, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Indah Water Konsortium Sdn Bhd, KDEB Waste Management dan Ikram Lembah Jaya.",
"Sebelum ini, program sama diadakan di beberapa kawasan berhampiran Sungai Ampang antaranya di belakang Laman Niaga, Ampang Waterfront dan juga Kampung Melayu Ampang."
] | [
"kutip sampah sambil riadah",
"MPAJ",
"Rodziah Ismail"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/mayat-kanak-kanak-hilang-ditemukan-di-sungai-bernam/ | Mayat kanak-kanak hilang ditemukan di Sungai Bernam | [
"TANJUNG MALIM, 6 JUN: Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Bernam berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Sabtu lalu ditemukan tengah hari tadi.",
"Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata mayat itu ditemukan dalam keadaan terapung oleh seekor anjing pengesan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR).",
"“Hari ini pasukan penyelamat menumpukan teknik carian di permukaan air dan kita menemui mayat dengan jarak kira-kira 7.3 kilometer dari lokasi kejadian, manakala mangsa ditemui tersangkut dekat pokok di dalam air,“ katanya ketika ditemui di sini hari ini."
] | [
"mayat kanak-kanak ditemukan di Sungai Bernam",
"Mohd Hasni Mohd Nasir"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/400-pengunjung-serbu-jualan-murah-lima-barangan-habis-dalam-dua-jam/ | 400 pengunjung serbu jualan murah, lima barangan habis dalam dua jam | [
"GOMBAK, 6 JUN: Lima barangan asas yang dijual pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di Kampung Nakhoda Tengah di sini habis dalam tempoh dua jam.",
"Penolong Pengurus Logistik PKPS Mohd Hasri Abu Hassan berkata barangan berkenaan membabitkan 300 papan telur, 500 ekor ayam, 300 pek ikan, 300 pek daging beku dan 300 kampit beras lima kg.",
"“Kita pastikan pembeli tidak pulang dengan tangan kosong. Bagaimanapun pembeli yang datang selepas pukul 12 tengah hari hanya dapat beli minyak masak lima kg yang masih berbaki 70 botol,” katanya yang ditemui selepas jualan tamat.",
"“Penganjur sediakan 350 nombor giliran dan pembeli yang datang lewat dibenarkan beratur selepas itu,” katanya sambil memberitahu telur, ayam dan daging sentiasa mendapat permintaan daripada pembeli.",
"JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 per pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).",
"Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga awal Disember tahun lepas dengan nilai jualan melebihi RM16 juta.",
"Orang ramai boleh menyemak lokasi lengkap jualan murah setiap hari (kecuali Jumaat dan cuti umum) di Facebook PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS"
] | [
"Dun Sungai Tua",
"Jualan Ehsan Rahmah (JER)",
"PKPS"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/hujan-lebat-tidak-halang-450-penduduk-kunjungi-jualan-murah-dun-sentosa/ | Hujan lebat tidak halang 450 penduduk kunjungi jualan murah DUN Sentosa | [
"KLANG, 6 JUN: Hujan lebat sejak 8 pagi tidak menghalang lebih 450 penduduk Taman Desawan berkunjung ke Jelajah Ehsan Rahmah (JER) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa di sini hari ini.",
"Pengurus Kejuruteraan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Mohd Ridwan Azmi berkata khemah tambahan dipasang pihak DUN sebelum jualan dibuka bagi keselesaan pengunjung.",
"“Kerjasama PKPS bersama DUN dan wakil masyarakat juga bertambah baik. Semua pihak jalankan peranan masing-masing bagi menjayakan program ini,” kata ketika ditemui.",
"Pada jualan murah berkenaan, lebih 500 ekor ayam dan 300 papan telur terjual menjelang 11.30 pagi dan jualan juga ditutup awal sejam kemudian selepas hampir kesemua bekalan barang habis terjual.",
"Tambah Mohd Ridwan, berikutan program JER yang akan disambung sehingga September, beberapa perubahan dan penambahbaikan akan dibuat susulan maklum balas orang ramai.",
"“Apapun, penambahbaikan tersebut samada tambahan barang atau lokasi akan diumumkan kelak. Orang ramai boleh terus mengikuti maklumat terkini melalui laman web PKPS atau saluran media sosial kami,” katanya lagi.",
"JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).",
"Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga awal Disember tahun lepas dengan nilai jualan melebihi RM16 juta."
] | [
"DUN Sentosa",
"Jelajah Ehsan Rakyat",
"jualan murah",
"PKPS"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/azmin-dicabar-pertahan-kerusi-dun-bukit-antarabangsa/ | Azmin dicabar pertahan kerusi DUN Bukit Antarabangsa | [
"SHAH ALAM, 6 JUN: Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dicabar mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa yang disandang sejak 2008 dalam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.",
"“Kalau benar-benar anak jantan, bertandinglah dan mempertahan kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang disandang selama tiga penggal,” kata Ketua Penerangan KEADILAN Selangor Halimey Abu Bakar.",
"Mantan ahli Parlimen Gombak itu dilaporkan mungkin bertanding di DUN Morib dalam PRN tahun ini setelah kerusi yang disandangnya sekarang dikatakan tidak lagi selamat untutknya. Beliau juga pernah dispekulasi bertanding di kerusi lamanya Hulu Kelang.",
"Halimey, yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia, berkata pengerusi PN Selangor itu perlu berhenti bermimpi di siang hari dengan melarikan diri untuk bertanding di DUN lain.",
"“Mungkin beliau sekarang sedang memasang angan-angan dan bermimpi siang malam untuk menjadi Menteri Besar Selangor kembali setelah kehilangan jawatan menteri kanan persekutuan.",
"Beliau berpendapat Azmin mungkin tertekan selepas tewas kepada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Gombak dalam pilihan raya umum ke-15, November lalu.",
"“Rakyat dan pengundi Selangor akan menghakimi sekali lagi pemimpin yang suka bermimpi ini pada PRN Selangor nanti,” kata wakil rakyat Seri Setia itu.",
"Dalam laporan sebelum ini, Amirudin dijangka menghadap Sultan Selangor pada minggu ketiga atau keempat bulan ini bagi memohon perkenan tarikh pembubaran Dewan Negeri Selangor."
] | [
"Azmin Ali",
"Halimey Abu Bakar",
"PRN Selangor"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/upsr-pt3-tidak-akan-dikembalikan-kpm-fokus-pembangunan-pelajar-secara-holistik/ | UPSR, PT3 tidak akan dikembalikan, KPM fokus pembangunan pelajar secara holistik | [
"KUALA LUMPUR, 6 JUN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengulangi keputusan untuk tidak mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dalam masa terdekat.",
"Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata keputusan itu adalah kerana KPM buat masa kini, memberi fokus kepada pembangunan holistik murid melalui pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).",
"“PBS dan PBD memberi ruang dan peluang untuk membangunkan potensi murid secara menyeluruh dan berterusan. Oleh itu, kita tidak akan mengembalikan UPSR dan PT3,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.",
"Menjawab soalan asal oleh Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) mengenai langkah untuk mengukuhkan pelaksanaan PBS dan PBD, Lim berkata dapatan daripada libat urus berkenaan hala tuju PBS dan PBD akan dibincangkan dalam sebuah kovensyen yang diadakan hari ini hingga esok.",
"Lim berkata pihaknya juga telah mengemas kini Buku Panduan Pelaksanaan PBD edisi kedua 2019 dengan melampirkan senarai semak bagi pelaksanaan proses penjaminan kualiti iaitu pementoran, pemantauan, pengesanan dan penyelarasan.",
"“KPM juga menambah baik komponen pentaksiran psikometrik bertujuan mempersiapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai sebagai asas yang kukuh bagi mereka mengikuti pembelajaran pada peringkat seterusnya,” katanya."
] | [
"KPM",
"PT3",
"UPSR"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/mbsj-roboh-bengkel-lori-operasi-secara-haram-di-pangsapuri-ss13/ | MBSJ roboh bengkel lori operasi secara haram di pangsapuri SS13 | [
"SUBANG JAYA, 6 JUN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) merobohkan sebuah bengkel lori yang beroperasi secara haram di belakang pangsapuri SS13/1 di sini hari ini.",
"Pengarah korporat dan pengurusan strategik MBSJ berkata tindakan dilakukan susulan aduan orang awam dan tinjauan penguatkuasaan berhubung pencerobohan tanah kerajaan di belakang pangsapuri berkenaan.",
"“Oleh demikian, MBSJ mengambil tindakan merobohkan bengkel lori haram yang telah beroperasi beberapa tahun dan difahamkan penduduk diugut untuk tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa tempatan.",
"“MBSJ telah berikan notis serta merta di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) tetapi kita tetap beri masa kepada mereka untuk mengemas sebelum tindakan perobohan diambil,” kata Muhammad Azli Miswan.",
"“MBSJ berharap penduduk setempat bekerjasama dengan menjaga kebersihan kawasan demi keselesaan semua dan tidak membina struktur haram di atas tanah rizab kerajaan.",
"“Selepas operasi ini, kita akan minta kerjasama daripada KDEB Waste Management (KDEBWM) dan pemantauan Jabatan Alam Sekitar membersihkan sisa sampah dan binaan supaya tidak beri kesan kepada penduduk,” katanya.",
"Turut dirobohkan pada operasi sama ialah sebuah stor simpanan barang, garaj, reban ayam selain menyita sebuah tong sampah Roll-On Roll-Off (RORO).",
"Pada 29 Mei lalu, MBSJ telah memberikan notis perobohan kepada bengkel kenderaan tersebut serta menyita enam kenderaan pelbagai guna (MPV), satu kepala lori serta pelbagai barangan bengkel."
] | [
"bengkel lori",
"MBSJ",
"pangsapuri ss13"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/pm-pertikai-keabsahan-negeri-tidak-wajar-bersifat-hasutan/ | PM: Pertikai keabsahan negeri tidak wajar, bersifat hasutan | [
"SHAH ALAM, 6 JUN: Mana-mana pihak baik blok Kerajaan mahupun pembangkang yang membuat kenyataan berunsur hasutan atau melanggar prinsip Perlembagaan Persekutuan boleh disiasat.",
"“Kalau ada kenyataan yang berunsur hasutan, buat laporan polis. Saya tidak halang siasatan kepada sesiapa pun kalau melanggar prinsip Perlembagaan (Persekutuan).",
"“Ahli Umno pun kita ambil tindakan, ahli PAS pun tidak terlepas termasuk KEADILAN (Parti Keadilan Rakyat),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.",
"Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkaitan kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mahu perlembagaan dipinda dalam isu kedaulatan Pulau Pinang dan Kedah.",
"Dalam perkara berkenaan, Anwar menjelaskan polis sudah memulakan siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan dan sebahagian laporan itu telah dikemuka kepada Peguam Negara.",
"Beliau juga menyifatkan kenyataan seumpama berkenaan tidak wajar dibangkitkan seseorang yang ada kedudukan ketika negara telah lama mencapai kemerdekaan dan berdaulat.",
"“Saya tiada masalah jika mahu buat kajian atau seminar (polemik Kedah dan Pulau Pinang) tetapi (ini tidak boleh) dalam keadaan negara sudah merdeka dan berdaulat terus dibahas kerana ada kesan besar dengan negara lain yang mungkin boleh ‘claim’,” katanya."
] | [
"Anwar Ibrahim",
"Hasutan",
"langgar prinsip Perlembagaan Persekutuan",
"Perdana Menteri"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/royalti-p-ramlee-tamat-lzs-salur-bantuan-tambahan-kepada-sazali/ | Royalti P Ramlee tamat: LZS salur bantuan tambahan kepada Sazali | [
"HULU LANGAT, 6 JUN: Prihatin dengan nasib menimpa anak seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bantuan wang tambahan dan kos rawatan hospital kepada Sazali P Ramlee dan isteri.",
"Ketua Operasi Agihan LZS Daerah Hulu Langat Mohamad Ibrahim Selamat berkata bantuan itu membabitkan belanja tambang ulang alik hospital Sazali dan kos rawatan isterinya yang akan menjalani pembedahan tulang belakang membabitkan kos RM25,000.",
"“Sazali telah didaftarkan sebagai asnaf fakir sejak beberapa tahun lalu, tiada sebarang sumber pendapatan sejak berhenti kerja pada 2013 kerana kecederaan parah akibat kemalangan.",
"“Ditambah pula, perjanjian pembayaran royalti 50 tahun tamat tahun ini dan Sazali mengalami kesukaran untuk menyara hidupnya dan isteri kerana sudah uzur,” menurut agensi itu di Facebook.",
"Menerusi royalti tahunan karya arwah bapanya dan bantuan dari LZS, Sazali menyara isterinya yang sering berulang alik ke hospital untuk rawatan susulan masalah kesihatan tersebut,",
"Usia pemergian P Ramlee genap 50 tahun pada tahun ini selepas seniman filem negara itu meninggal dunia pada 29 Mei 1973 akibat sakit jantung.",
"Sepanjang tempoh itu, royalti daripada karya lagu P Ramlee diagihkan kepada waris, iaitu isterinya, Allahyarham Puan Sri Saloma sehinggalah Biduanita Negara itu meninggal dunia pada 25 April 1983.",
"Royalti tersebut kemudiannya diagihkan kepada anak mereka, Allahyarham Nasir P Ramlee sebelum kontrak royalti yang diuruskan MACP itu diteruskan kepada waris lain termasuk Sazali selepas Nasir meninggal dunia pada 23 November 2008."
] | [
"Allahyarham Tan Sri P Ramlee",
"Lembaga Zakat Selangor",
"LZS",
"Royalti",
"Sazali P Ramlee"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/jualan-murah-di-12-lagi-lokasi-sekitar-dun-sungai-burong-sepanjang-jun/ | Jualan murah di 12 lagi lokasi sekitar DUN Sungai Burong sepanjang Jun | [
"SHAH ALAM, 6 JUN: Sebanyak 12 lagi program jualan murah barangan asas akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong sepanjang bulan ini berikutan sambutan baik orang ramai.",
"Menurut Facebook Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong, program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang berlangsung mulai 10 pagi diadakan kali pertama di Dataran Astaka, kelmarin.",
"Jualan itu bersambung semula pada 12 Jun di Dataran Balairaya Parit 4, tapak pasar lorong 2, Sungai Sireh (13 Jun) dan Pusat Penerangan Agrotourism Sungai Sireh (14 Jun).",
"Lokasi lain seperti Surau Batu 10 Jalan Lama Kampung Melaka (15 Jun), Surau Kampung Bagan Pasir (17 Jun), simpang Jalan Raden Putih (18 Jun) dan Dataran Masjid Kampung Sungai Tengi (19 Jun).",
"Sementara itu, wakil rakyat Sungai Burong berterima kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) atas kejayaan penganjuran JER, yang dinantikan penduduk setempat.",
"“Terima kasih kepada PKPS yang menyediakan barangan mencukupi dengan harga berpatutan. Kebanyakan pembeli daripada golongan amat memerlukan,” kata Dato’ Mohd Shamsudin Lias.",
"JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10)."
] | [
"JER",
"Sungai Burong"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/saringan-kesihatan-percuma-dun-sungai-pelek-morib-hujung-minggu-ini/ | Saringan kesihatan percuma DUN Sungai Pelek, Morib hujung minggu ini | [
"SHAH ALAM, 6 JUN: Program Selangor Saring fasa dua bagi mengesan penyakit lebih awal penduduk diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek dan Morib hujung minggu ini.",
"EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud menyarankan penduduk setempat untuk membawa ahli keluarga ke program itu yang bermula dari jam 9 pagi hingga 3 petang.",
"“Berita baik khusus bagi warga Sungai Pelek dan Morib. Selangor Saring datang lagi untuk mereka yang belum berkesempatan mengambil peluang manfaat ini.",
"“Jangan lepaskan peluang menerima khidmat pemeriksaan kesihatan percuma meliputi pemeriksaan fizikal, ujian darah, air kencing, saringan barah, mata, gigi, telinga dan juga fisioterapi,” katanya di Facebook.",
"Program Selangor Saring fasa dua itu akan berlangsung di Dewan Komuniti Pantai Sepang Putra bagi DUN Sungai Pelek pada 10 Jun ini manakala di Dewan Kompleks Sukan MPKL Banting, Kuala Langat (Dun Morib) 11 Jun ini.",
"Sebelum ini, Dr Siti Mariah memaklumkan Selangor Saring antara enam inisiatif diperkenal khusus untuk rakyat negeri ini bermula dari saringan percuma, bantuan kewangan serta pembiayaan.",
"Kerajaan Negeri memperuntuk dana RM3.4 juta bagi melaksanakan program Selangor Saring yang menyasarkan individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat."
] | [
"DUN Morib",
"dun sungai pelek",
"saringan kesihatan"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/semua-projek-perumahan-di-kl-wajib-bina-kediaman-mampu-milik-ppr/ | Semua projek perumahan di KL wajib bina kediaman mampu milik, PPR | [
"KUALA LUMPUR, 6 JUN: Kerajaan menekankan dasar mewajibkan pembinaan rumah mampu milik atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) dalam semua projek perumahan yang diluluskan di Kuala Lumpur, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"Beliau berkata sasaran sebelum ini untuk membina lebih banyak rumah mampu milik belum tercapai, justeru perubahan penetapan syarat itu bertujuan memastikan jumlah rumah berkenaan dapat ditingkatkan untuk keperluan rakyat tidak berkemampuan.",
"Perdana Menteri berkata masalah itu dianggap serius dan di ibu negara, terdapat 3,000 permohonan untuk mendiami rumah mampu milik atau PPR dalam setahun, sedangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya mampu menawarkan 300 unit dalam tempoh sama.",
"“Kita buat perubahan sekarang (dalam mesyuarat) yang saya pengerusikan dua bulan lepas untuk tidak meluluskan mana-mana projek perumahan (di Kuala Lumpur) sekiranya mereka (pemaju) tidak membina unit rumah mampu milik atau PPR dalam projek sama.",
"“Mengenai soal syarat permohonan PPR DBKL yang ketat, saya juga setuju dan saya minta DBKL buat sikit penyesuaian (terhadap syarat permohonan),” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.",
"Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) berhubung syarat permohonan rumah PPR DBKL yang terlalu ketat sehingga golongan memerlukan seperti inidividu bujang yang kematian ibu bapa atau pemohon asal tidak layak membuat pemohonan baharu.",
"Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) sama ada berlaku pertindihan peranan pelbagai agensi perumahan, Anwar berkata kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa Kabinet untuk menyeragamkan dan mengumpulkan semua agensi terlibat di bawah kelolaan kedua-dua timbalan perdana menteri.",
"“ … kecenderungan kita dahulu, sebaik ada masalah, kita tubuh agensi … ada masalah lagi, kita tambah agensi. Padahal kerjanya dan hal yang sama … maka, kita bawa semua agensi ini dan diselaraskan agar program perumahan untuk rakyat tidak bertindih,” katanya. – BERNAMA"
] | [
"Anwar Ibrahim",
"Perdana Menteri",
"PPR",
"projek perumahan",
"Rumah Mampu Milik"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/ipt-dialu-anjur-teater-semarak-perpaduan-wadah-sebar-mesej-penting/ | IPT dialu anjur teater semarak perpaduan, wadah sebar mesej penting | [
"EXCO Perpaduan Dr Siti Mariah Mahmud berkata pendekatan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menjayakan pementasan forum Teater Perpaduan Rakyat Negeri Selangor memberi nafas baharu untuk memupuk semangat perpaduan.",
"“Berpandukan mesej dan nilai murni dalam konteks perpaduan, Fakulti Sains Kemanusiaan dari UPSI telah menjayakan pementasan forum Teater Perpaduan Rakyat Negeri Selangor yang diadakan pada minggu yang lalu.",
"“Pementasan Teater Perpaduan Rakyat Negeri Selangor yang telah diadakan beberapa siri ini dilihat sebagai satu nafas baharu yang memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat menerusi pementasan teater,” katanya di Facebooknya, hari ini.",
"Bagi menyemarak aktiviti seni dan kebudayaan pula, Selangor memperuntuk sejumlah RM1.5 juta untuk penganjuran pelbagai program yang menampilkan artis budaya dan selebriti anak Selangor."
] | [
"Dr Siti Mariah Mahmud",
"teater",
"UPSI"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/kempen-kurangkan-sisa-plastik-ibarat-curah-air-ke-daun-keladi/ | Kempen kurangkan sisa plastik ibarat curah air ke daun keladi | [
"KUALA LUMPUR, 6 JUN: Pelaksanaan Kempen Tiada Plastik yang turut merangkumi pengenaan caj 20 sen bagi setiap beg plastik sekali guna dalam usaha kerajaan mengurangkan sisa plastik di negara ini, dilihat ibarat mencurah air ke daun keladi.",
"Rata-rata pengguna didapati tidak kisah membayar caj berkenaan apabila pergi membeli-belah, terutama di pasar raya dan pasar basah, dengan kebanyakan mereka keluar dari premis menjinjit beberapa beg plastik sarat barang yang dibeli.",
"Statistik sisa pepejal Kuala Lumpur dan Putrajaya mengukuhkan pemerhatian penulis. Pada 2021 misalnya, dua wilayah itu menghasilkan 101,949 tan plastik, iaitu 13 peratus daripada keseluruhan 772,349 tan sampah yang berakhir di tapak pelupusan.",
"Dari segi kutipan caj 20 sen itu pula, di Selangor sahaja sebanyak RM20 juta diperoleh bagi tempoh 2020 hingga Jun 2022, iaitu RM6.6 juta pada 2020, meningkat kepada RM8.5 juta pada tahun berikutnya dan RM4.8 juta hanya untuk enam bulan pertama 2022.",
"Tinjauan penulis di beberapa premis termasuk gerai makanan di beberapa lokasi di Lembah Klang, mendapati penggunaan beg plastik sekali guna, termasuk untuk membungkus makanan, masih berleluasa.",
"Peniaga warung makanan yang hanya mahu dikenali sebagai Mek Yah Rahman, 67, memberitahu penulis dia memilih menggunakan beg plastik sekali guna untuk membungkus makanan kerana mudah dan jimat kos.",
"“Beg plastik ni ada beberapa saiz, jadi mudah Mek nak bungkus kuih atau nasi lemak. Lagipun kos sediakan beg plastik murah berbanding beg kertas, dan sebab itulah peniaga-peniaga kecil seperti kami akan gunakan beg plastik.",
"“Lagipun kami tidak terikat dengan undang-undang caj 20 sen setiap plastik yang dikenakan… tapi, kalau selepas ini ada larangan, terpaksalah kami ikut,” katanya yang sudah hampir 10 tahun menjual nasi lemak dan pelbagai sarapan pagi di Batu Caves, Selangor.",
"Sepanjang berada di warung itu, penulis mendapati kesemua pelanggan yang datang tidak membawa bekas makanan sendiri. Begitu juga pelanggan di beberapa kedai berhampiran, kesemuanya datang “berlenggang” – tanpa beg kitar semula atau bekas makanan sendiri di tangan.",
"Menurut seorang pekerja di sebuah kedai serbaneka, Azreen Samsuri, 22, kesedaran itu ada dalam kalangan masyarakat namun sikap acuh tidak acuh yang menjadi masalah utama.",
"Dia yang sudah tujuh tahun bekerja di kedai berkenaan, berkata pembeli juga tidak kisah membayar 20 sen bagi setiap beg plastik yang dikeluarkan oleh premis itu.",
"“… mungkin ada yang rasa leceh nak bawa beg sendiri. Bagaimanapun saya perhatikan kebanyakan pembeli hanya minta beg plastik jika barang yang dibeli adalah banyak atau barang basah,” ujarnya.",
"Hal ini diakui oleh seorang pengguna, Hairulnizam Sidek, 30. Katanya dia cakna kempen itu serta bahaya sisa plastik kepada alam sekitar, namun ada masa dia terlupa membawa beg kitar semula.",
"“Kadang-kadang selepas kerja kita singgah di kedai untuk membeli barang keperluan dan beg kitar semula pula kita tidak simpan di dalam kereta, terpaksalah guna beg plastik,” kata pekerja syarikat logistik di Shah Alam, Selangor itu.",
"Cakna namun tega membiarkan alam sekitar terus dicemari. Sikap sebegini menimbulkan kebimbangan penulis tentang inisiatif kerajaan dalam melindungi alam sekitar kita, khususnya laut, yang pada masa ini menurut pakar menjadi tempat pelupusan plastik paling besar.",
"“Hanya 19.5 peratus sisa plastik dunia telah dikitar semula, 25 peratus dibakar dan selebihnya dibuang ke laut sebagai sampah dalam tempoh 10 tahun belakangan ini.",
"“Secara purata, rakyat Malaysia menggunakan 300 beg plastik setahun, dan dianggar membuang lebih 30,000 tan plastik ke laut setiap tahun. Kajian juga menunjukkan negara Asia merupakan penyumbang terbesar sisa plastik yang dilepaskan ke laut, iaitu 80.99 peratus pada 2019,” kata Prof Madya Dr Halina Misran kepada Bernama.",
"Jelas Ketua Makmal Nanoarchitectonic, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Tenaga Nasional itu lagi, pada 2019 sahaja dunia menghasilkan 9.54 bilion tan plastik, dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat seiring pembangunan ekonomi dan gaya hidup penduduk.",
"Justeru katanya inisiatif kerajaan untuk menghapuskan sepenuhnya penggunaan beg plastik sekali guna di semua premis dan sektor perniagaan di seluruh negara bermula 2025, adalah langkah tepat bagi mengurangkan secara drastik sisa plastik.",
"Plastik merupakan bahan yang sangat sukar terurai dan juga penyumbang terbesar kepada pencemaran alam sekitar serta merisikokan masyarakat kepada masalah kesihatan sekiranya sisa tersebut tidak diuruskan dengan baik, jelas beliau.",
"Sebelum ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata inisiatif itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan merangkumi semua premis perniagaan termasuk warung dan gerai tepi jalan.",
"Dalam pada itu, walaupun Kempen Tiada Plastik dilancarkan pada 2018, ketika ini hanya empat negeri – Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan – paling ke depan dalam pelaksanaan kempen dengan Selangor dan Pulau Pinang paling aktif.",
"Pulau Pinang misalnya, menjadi negeri pertama menjalankan kempen bebas plastik iaitu bermula 2009 dengan pengenaan caj 20 sen, dan bermula Januari 2021 kadar dinaikkan kepada RM1 pada setiap Khamis hingga Ahad, manakala pada hari lain tiada beg plastik dibekalkan kepada pembeli.",
"Mengulas lanjut, Halina menyarankan kerajaan menawarkan insentif seperti pengurangan cukai bagi industri pembuatan dan kepenggunaan yang terlibat dalam kegiatan kitar plastik selain meningkatkan pemantauan berkala untuk memastikan pematuhan dasar sifar plastik di premis perniagaan.",
"“Kerajaan juga boleh memberikan insentif kepada syarikat perniagaan bergantung pada kemajuan dalam usaha mereka menyokong kempen kerajaan ke arah sifar penggunaan beg plastik.",
"“Usaha kesedaran perlu digiatkan secara berterusan sepanjang tempoh dua tahun ini, khususnya di semua platform media sosial dan media massa, untuk memastikan semua pihak memainkan peranan menjayakan matlamat tersebut,” tegasnya."
] | [
"Beg Plastik",
"caj",
"Pengguna"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/menteri-rm9-6-juta-diperuntuk-baik-pulih-39-klinik-daif-di-kelantan/ | Menteri: RM9.6 juta diperuntuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan | [
"KOTA BHARU, 5 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti 39 klinik di seluruh Kelantan dikategorikan sebagai klinik daif untuk kerja baik pulilh tahun ini melibatkan peruntukan bernilai RM9.6 juta.",
"Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata klinik yang telah dikenal pasti itu membabitkan sebanyak lapan klinik desa, 18 klinik kesihatan dan 13 klinik pergigian.",
"Beliau berkata bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek, KKM telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Projek Pembaikan Klinik dan Fasiliti Daif yang berperanan untuk memantau pelaksanaan projek di setiap negeri.",
"Semoga segala perancangan projek berjalan lancar demi keselesaan petugas kesihatan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat Malaysia. Doakan semoga segala usaha kami dipermudahkan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya, hari ini."
] | [
"baik pulih",
"Dr Zaliha Mustafa",
"KKM",
"Klinik",
"RM9.6 juta"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/wanita-warga-emas-ditemui-rentung-rumah-terbakar-di-mukah/ | Wanita warga emas ditemui rentung rumah terbakar di Mukah | [
"SIBU, 6 JUN: Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tutus Ulu, Jalan Mukah-Balingian, kira-kira 146 kilometer dari sini, tengah malam tadi.",
"Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata warga emas berusia dalam lingkungan 80-an dan belum dikenal pasti identitinya itu dijumpai di bawah runtuhan rumah berstruktur tidak kekal itu yang musnah dalam kebakaran yang dilaporkan pada pukul 12.04 tengah malam.",
"“Rumah itu didiami enam sekeluarga dengan penghuni lain terdiri daripada empat lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa berjaya keluar menyelamatkan diri,” katanya.",
"Beliau berkata lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah digerakkan ke lokasi dan berjaya memadamkan kebakaran itu sepenuhnya kira-kira pukul 1.57 pagi."
] | [
"Kampung Tutus Ulu",
"Kebakaran",
"Mukah",
"rentung",
"warga emas"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/sembilan-usahawan-pkns-dapat-peluang-pasar-produk-di-hong-kong/ | Sembilan usahawan PKNS dapat peluang pasar produk di Hong Kong | [
"SHAH ALAM, 6 JUN: Seramai sembilan usahawan berjaya menembusi pasaran antarabangsa menerusi penyertaan Pameran Perdagangan dan Hospitaliti Hong Kong (HOFEX) 2023 di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).",
"Pengurus Besar Kanan Keusahawanan PKNS Azilah Arasad @ Arshad berkata ia merupakan penyertaan pertama usahawan yang lahir dari program PKNS dapat peluang terokai pasaran antarabangsa.",
"“Seramai sembilan usahawan mengikuti delegasi PKNS ke HOFEX 2023 ini antaranya pengeluar produk patin tempoyak, kordial jus buahan, bubur segera, minyak pati, snek, biskut, minuman sarang burung, pes makanan dan kek.",
"“Menerusi penyertaan mereka dari 10 hingga 12 Mei telah berjaya memperolehi pelbagai pendekatan jaringan perniagaan daripada pengunjung serta pengusaha makanan tempatan,” katanya dalam kenyataan.",
"Menurut Azilah, pihaknya turut mengadakan perbincangan dengan wakil Perbadanan Pembangunan Luar Bandar Malaysia (MATRADE) Hong Kong serta beberapa syarikat keusahawanan untuk menerokai peluang yang lebih luas di peringkat antarabangsa."
] | [
"antarabangsa",
"PKNS",
"usahawan"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/jemaah-haji-dun-tanjung-sepat-dipelawa-mohon-insentif-rm500/ | Jemaah haji DUN Tanjung Sepat dipelawa mohon insentif RM500 | [
"SHAH ALAM, 6 JUN: Jemaah haji di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat digalakkan memohon insentif Haji Muassasah bernilai RM500.",
"Ahli Dewan Negerinya Borhan Aman Shah berkata kuota bantuan yang disediakan Kerajaan Negeri masih ada kekosongan dan jemaah masih dibenarkan memohon.",
"Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar mengumumkan seramai 3,000 jemaah menerima insentif RM500 haji muassasah khusus untuk kumpulan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).",
"Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI turut mengagihkan kit syifa seperti ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen dan pelembap bibir.",
"Permohonan inisiatif itu dibuka mulai 19 Mei tetapi bagi jemaah yang berlepas awal, mereka masih layak dan boleh membuat permohonan selepas pulang.",
"Antara syarat permohonan ialah warganegara Malaysia yang beralamat di Selangor atau telah mendaftar haji di mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji di Selangor.",
"Pemohon yang beralamat di luar Selangor (kad pengenalan) tetapi menetap di Selangor masih boleh memohon insentif ini dengan syarat mengemukakan dokumen sokongan seperti bil air, api atau cukai pintu yang tertera nama pemohon."
] | [
"DUN Tanjung Sepat",
"Jemaah haji"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/kanak-kanak-2-tahun-dipercayai-keracunan-nikotin-akut-selepas-tertelan-cecair-vape/ | Kanak-kanak 2 tahun dipercayai keracunan nikotin akut selepas tertelan cecair vape | [
"KUALA LUMPUR, 6 JUN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mungkin mengalami keracunan nikotin akut selepas dipercayai tertelan cecair daripada peranti rokok elektronik (vape) jenis pakai buang dalam insiden di Bera, Pahang pada 30 Mei lepas.",
"Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan malam tadi memaklumkan mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak.",
"“Kanak-Kanak ini dilaporkan mengalami sawan sebanyak dua kali ketika dalam rawatan. Terkini, keadaan pesakit adalah stabil dan bernafas tanpa bantuan alat pernafasan dan dipantau oleh pihak hospital,” menurut kenyataan itu.",
"Menurut KKM, pada hari kejadian, mangsa yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik ditemui datuknya dalam keadaan batuk, muntah serta sesak nafas dan terdapat peranti rokok elektronik jenis pakai buang berhampiran mangsa.",
"Kenyataan itu menyebut pada mulanya kejadian tersebut dilaporkan sebagai kemungkinan kes kecederaan paru-paru yang dikaitkan dengan rokok elektronik (EVALI) namun hasil penemuan klinikal mendapati ia tidak memenuhi kriteria EVALI.",
"“Keputusan ujian air kencing menunjukkan kehadiran nikotin pada paras yang tinggi. Peranti rokok elektronik yang ditemui telah dihantar ke makmal untuk ujian lanjut,” katanya.",
"“Keracunan nikotin akibat penggunaan tembakau atau cecair rokok elektronik boleh menyebabkan kesan akut seperti debaran jantung atau palpitation, muntah dan sawan.",
"“Ia boleh terjadi kepada semua pengguna termasuk kanak-kanak. Kesan nikotin yang tinggi serta pendedahan nikotin untuk jangka masa panjang terutama kepada kanak-kanak akan menyebabkan pertumbuhan otak terjejas,” katanya."
] | [
"Kanak-Kanak",
"KKM",
"Vape"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/70-mangsa-banjir-di-bukit-raja-klang-dibenarkan-pulang/ | 70 mangsa banjir di Bukit Raja, Klang dibenarkan pulang | [
"SHAH ALAM, 5 JUN: Kesemua 70 orang daripada 16 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Bukit Raja, Klang dekat sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas paras air di kawasan itu terus mencatatkan penurunan.",
"“Pusat pemindahan sementara di Masjid Bandar Bukit Raja yang dibuka semalam dijangka dibuka hingga pagi esok sementara menanti arahan penutupan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Klang,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.",
"Beberapa kawasan di Selangor iaitu Bukit Raja, Meru dan Sungai Buloh dilanda banjir semalam berikutan hujan lebat berterusan selama beberapa jam sejak 4 pagi."
] | [
"apm selangor",
"Banjir",
"Bukit Raja"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/kanak-kanak-tahan-sakit-20-minit-punggung-tercucuk-besi-pagar-rumah/ | Kanak-kanak tahan sakit 20 minit, punggung tercucuk besi pagar rumah | [
"SHAH ALAM, 5 JUN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit apabila punggungnya tercucuk besi pagar sedalam 15 sentimeter di kediaman keluarganya di Taman Seri, Sungai Besar, Sabak Bernam, petang tadi.",
"Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.25 petang.",
"“Seramai 10 anggota bomba termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar ke lokasi. Setibanya di tempat kejadian, kanak-kanak itu masih berada di pagar besi rumah berkenaan.",
"“Anggota bomba segera bertindak mengangkat kanak-kanak berkenaan sebelum dibawa ambulans ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini."
] | [
"punggung tercucuk besi pagar",
"Wan Md Razali Wan Ismail"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/perbuatan-azmin-umum-bubar-dun-tidak-sopan-membelakang-tatacara-negeri/ | Perbuatan Azmin ‘umum’ bubar DUN tidak sopan, membelakang tatacara negeri | [
"SHAH ALAM, 5 JUN: Perbuatan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali semalam yang mengumumkan 19 Jun sebagai tarikh pembubaran Dewan Negeri Selangor (DNS) disifatkan kurang sopan.",
"Setiausaha pengelola Majlis Pimpinan KEADILAN negeri berkata tindakan bekas Dato’ Menteri Besar itu membelakangkan norma yang termaktub dalam Prosedur dan Tatacara Pengurusan Kerajaan Negeri.",
"Menyifatkan Azmin terlalu gopoh, Saifuddin Shafi Muhammad berkata kenyataan tersebut menggambarkan kerakusan wakil rakyat itu hingga terlupa asas yang wajar dipatuhi dengan cermat.",
"Beliau menambah Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor bersedia mempertahan mandat negeri dan yakin dengan rekod cemerlang Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.",
"Dalam laporan sebelum ini, Amirudin dijangka menghadap Sultan Selangor pada minggu ketiga atau keempat bulan ini bagi memohon perkenan tarikh pembubaran DNS."
] | [
"Saifuddin Shafi Muhammad",
"tindakan Azmin kurang sopan"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/ketua-polis-pulau-pinang-terima-enam-keping-duit-mayat-nota-amaran/ | Ketua Polis Pulau Pinang terima enam keping ‘duit mayat’, nota amaran | [
"KUALA LUMPUR, 5 JUN: Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mendedahkan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin baru-baru ini menerima ugutan jenayah dalam bentuk enam keping ‘duit mayat’ dan sekeping nota amaran.",
"Beliau berkata nota itu, yang diterima pada 1 Jun lalu melalui perkhidmatan Pos Malaysia, meminta polis Pulau Pinang menghentikan tindakan agresif memerangi sindiket pemberi pinjam wang tanpa lesen di negeri itu.",
"“Satu laporan polis telah dibuat mengenai surat yang dialamatkan kepada Ketua Polis Pulau Pinang, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang… turut dinyatakan melalui surat layang itu nota berunsur ugutan jenayah terhadap Ketua Polis Pulau Pinang dan akan membakar kedai serta balai polis jika amaran berkenaan tidak diendahkan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.",
"Acryl Sani berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius perkara itu dan operasi melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial serta Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik sedang giat dijalankan untuk mengesan suspek.",
"Beliau berkata siasatan kes itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan.",
"“PDRM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mengugut serta mengancam pegawai PDRM dalam menjalankan tugas memerangi kegiatan haram serta jenayah di negara ini,” katanya."
] | [
"Acryl Sani Abdullah Sani",
"Ketua Polis Pulau Pinang terima ugutan jenayah"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/tiga-lelaki-menyamar-polis-di-lebuhraya-utara-selatan-dicari/ | Tiga lelaki menyamar polis di Lebuhraya Utara-Selatan dicari | [
"JOHOR BAHRU, 5 JUN: Polis sedang mengesan tiga lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota pasukan keselamatan itu yang mengejar sebuah kenderaan di Kilometer 41.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran susur keluar Sedenak di Kulai seperti ditularkan di media sosial hari ini.",
"Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai Superintenden Yusof Othman berkata pihaknya menerima laporan berhubung video berdurasi 27 saat itu daripada seorang anggota polis pada 1.52 tengah hari.",
"“Satu video dimuat naik pemilik akaun ‘Freeman Gan WT’ di laman Facebook memaparkan dirinya dikejar sebuah kereta yang menyamar sebagai pasukan polis semasa mangsa dalam perjalanan dari Singapura ke Genting Highlands melalui lebuh raya.",
"“Suspek dipercayai tiga lelaki memakai pelitup muka dan menggunakan lampu beacon biru seakan pasukan polis cuba menahan mangsa dengan membuat isyarat tangan agar mangsa memberhentikan kenderaan dipandu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.",
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai atau menghubungi talian 07-6637 222 atau pegawai penyiasat di talian 010-7647 789."
] | [
"Lebuhraya Utara-Selatan",
"tiga lelaki menyamar polis dicari",
"Yusof Othman"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/demam-bukan-halangan-tukang-urut-raih-emas-di-kemboja/ | Demam bukan halangan tukang urut raih emas di Kemboja | [
"PHNOM PENH, 5 JUN: Atlet judo, Muhammad Fatah Abu Bakar merasakan kerjaya tetap sebagai tukang urut bukanlah penghalang untuk menghadirkan kilauan emas untuk negara dalam sukan tempur dan seni mempertahankan diri pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023, di sini, hari ini.",
"Turun sebagai bukan pilihan kejohanan, Muhammad Fatah menampilkan aksi bertenaga menerusi kategori J2 (kecacatan penglihatan) kelas -73 kilogram (kg) untuk menumpaskan juara bertahan dari Indonesia, Sahrul Sulaiman, pada aksi final di Dewan Federasi Belia Kemboja, di sini.",
"Lebih menarik apabila pingat itu hadir menerusi penampilan keduanya selepas edisi 2007 di Thailand yang ketika itu Muhammad Fatah terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa kategori 66kg lelaki.",
"“Saya sebenarnya demam hari ini namun terharu apabila dapat sumbang emas buat Malaysia. Banyak pengorbanan yang perlu saya lalui untuk sampai ke tahap ini.",
"“Bukan mudah apabila saya bekerja sebagai tukang urut di Brickfields, Kuala Lumpur terpaksa mencari waktu lapang untuk melakukan latihan sendiri. Ia amat berbaloi buat negara dan keluarga tercinta,” katanya yang kelihatan sebak selepas kemenangan itu.",
"Beliau yang lebih mesra disapa dengan panggilan Fatah berkongsi hampir berputus asa dalam kehidupan apabila hilang penglihatan secara tiba-tiba ketika berusia 21 tahun.",
"Fatah juga terpaksa berhenti menyambung pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Kuala Lumpur dan kembali ‘menapak’ apabila ditempatkan di Pusat Latihan Gurney yang diusahakan Persatuan Orang Buta di ibu negara.",
"Atlet berusia 37 tahun itu enggan menoleh ke belakang dan terus bergerak ke hadapan dalam mengimbangi kerjaya dan judo atas dasar cinta terhadap sukan itu.",
"“Pada umur 21, secara berperingkat saya hilang penglihatan dan sudah semestinya tidak boleh terima kerana saya masih muda masa itu. Saya memang terduduk dengan ujian dari-Nya namun sedar pasti ada hikmah.",
"“Saya kembali bangkit dengan berkat dan sokongan keluarga dan orang sekeliling dan akhirnya pada 2007 jumpa judo dan terus wakil negara di APG Thailand,” ujarnya.",
"Beliau seterusnya akan berjuang bagi emas kedua negara dalam acara berpasukan bersama Chee Hock Lee dan Mohd Khairul Azmi Abd Rahaman, esok."
] | [
"Muhammad Fatah Abu Bakar",
"Sukan Para ASEAN"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/dun-sungai-pelek-semenyih-antara-sembilan-lokasi-jualan-murah-esok/ | DUN Sungai Pelek, Semenyih antara sembilan lokasi jualan murah esok | [
"SHAH ALAM, 5 JUN: Program jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri diteruskan ke sembilan lokasi esok, mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.",
"Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan Jelajah Ehsan Rakyat berlangsung di Surau Al-Ehsan, Kota Pendamar (DUN Pelabuhan Klang), Kampung Batu 37 Darat (DUN Sabak) dan Dewan Serbaguna Sungai Selisek (DUN Hulu Bernam).",
"Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan barangan dapur pada harga murah dengan berkunjung ke Jalan Gambus 16, Taman Desawan (DUN Sentosa), Taman Khoo Kek Kheng Kapar (DUN Meru) dan pasar tani Jenaris (DUN Semenyih).",
"Lokasi lain Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Salak Tengah (DUN Sungai Pelek), Dewan Komuniti Seksyen 4 (DUN Kota Damansara) dan Kampung Nakhoda (DUN Sungai Tua).",
"Menerusi jualan murah tersebut, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur (RM10 sepapan)."
] | [
"Jelajah Ehsan Rakyat",
"jualan murah",
"PKPS"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/payung-rahmah-diperluas-kepada-pakej-cermin-mata/ | Payung Rahmah diperluas kepada pakej cermin mata | [
"KUALA LUMPUR, 5 JUN: Inisiatif Payung Rahmah yang bermula dengan menu makanan, bakul makanan, rawatan, dan jualan murah, kini diperluaskan kepada Pakej Rahmah Cermin Mata, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.",
"Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, beliau berkata melalui inisiatif yang dijayakan dengan kerjasama syarikat MOG Eyewear itu, rakyat umum boleh membeli cermin mata pada harga antara RM50 ke RM100, selain menaik taraf kanta kepada ‘blue cut lens’ dengan perlindungan sinaran ultra ungu pada RM100 sahaja."
] | [
"Pakej Rahmah Cermin Mata",
"Salahuddin Ayub"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/lima-orang-termasuk-kanak-kanak-maut-dalam-kemalangan/ | Lima orang termasuk kanak-kanak maut dalam kemalangan | [
"SIBU, 5 JUN: Lima orang termasuk kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan seorang warga emas, maut dalam kemalangan jalan raya di KM64, Jalan Sibu-Bintulu dekat sini, hari ini.",
"Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian yang dilaporkan pada jam 10.09 pagi itu dikenal pasti sebagai Marcos Marican, 26, [email protected] Legi, 61, Alicesha Bathrish Langi, 24, dan kanak-kanak itu, Allesandro Collin Steward.",
"“Identiti seorang lagi mangsa yang maut, masih belum diperolehi,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau Shukri Ab Rahim, ketika dihubungi hari ini."
] | [
"Jalan Sibu-Bintulu",
"lima maut dalam kemalangan"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/tiga-remaja-lelaki-ditahan-bantu-siasatan-kes-pukul-gelandangan/ | Tiga remaja lelaki ditahan bantu siasatan kes pukul gelandangan | [
"SHAH ALAM, 5 JUN: Polis menahan tiga remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian pukul individu dipercayai gelandangan menggunakan besi pemukul besbol di bawah jambatan sekitar Pelabuhan Klang, dekat sini, baru-baru ini.",
"Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata ketiga-tiga suspek yang berusia 16 tahun itu ditahan di sekitar Klang, bermula 3 pagi tadi.",
"Beliau berkata siasatan mendapati seorang daripada suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau selain polis turut merampas tiga telefon bimbit serta sebuah kereta Proton Wira untuk tindakan lanjut.",
"Cha berkata Mahkamah Majistret Klang membenarkan kesemua suspek direman tiga hari sehingga Rabu ini dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, selain kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat.",
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran."
] | [
"Cha Hoong Fong",
"tiga remaja lelaki ditahan"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/wakil-rakyat-tanjung-sepat-peruntuk-rm40000-bantu-persatuan-memerlukan/ | Wakil rakyat Tanjung Sepat peruntuk RM40,000 bantu persatuan memerlukan | [
"“Setiap tahun kita memang menyediakan peruntukan kepada persatuan-persatuan yang memerlukan bantuan. Contohnya persatuan teksi di Tanjung Sepat kita bantu dengan carumkan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) supaya mereka dilindungi.",
"“Terbaharu, kita bantu Pusat Pengajian Al-Quran & Tahfiz Al Ulum Bukit Bangkong, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kampung Orang Asli Bukit Bangkong dan Surau Raudhatul Jannah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Banting.",
"Borhan yang juga EXCO Kerajaan Negeri berkata pihaknya akan terus membantu masyarakat selagi diberi mandat dan kepercayaan untuk manjalankan tugas khususnya kepada penduduk DUN Tanjung Sepat."
] | [
"persatuan",
"sumbangan",
"Tanjong Sepat"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/mbpj-sediakan-kios-bayaran-di-empat-lokasi-tumpuan-umum/ | MBPJ sediakan kios bayaran di empat lokasi tumpuan umum | [
"SHAH ALAM, 5 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menempatkan kios bayaran di empat lokasi tumpuan umum bagi memudahkan orang ramai membayar bil, cukai, lesen dan kompaun.",
"Sekretariat Media Unit Komunikasi Korporat MBPJ memaklumkan empat lokasi itu ialah di pasar awam Jalan Othman, pasar awam Taman Megah SS24, pasar awam PJKita @ Sri Damansara, SD5 dan pusat komuniti The Spine @ PJKita, SS7.",
"Menurut sekretariat itu inisiatif berkenaan diharap dapat memudahkan orang awam berurusan dengan MBPJ tanpa perlu hadir ke ibu pejabat dan urusan juga boleh dibuat di luar waktu pejabat."
] | [
"kios bayaran",
"Majlis Bandaraya Petaling Jaya"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/pemuda-hilang-ketika-cuba-selamatkan-dua-beradik-lemas-ditemukan-mati/ | Pemuda hilang ketika cuba selamatkan dua beradik lemas ditemukan mati | [
"PUTRAJAYA, 5 JUN: Seorang lelaki berusia 29 tahun yang dilaporkan hilang selepas cuba menyelamat dua beradik yang lemas ketika mandi di Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor, semalam, ditemukan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.",
"Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Md Noor Aehwan Mohammad berkata mangsa Muhammad Faizal Mahasan ditemukan terapung oleh orang awam di tepi pesisiran pantai berdekatan pusat peranginan Avani Sepang Goldcoast Resort.",
"“Penemuan suatu objek terapung berwarna hitam oleh orang awam telah dimaklumkan kepada Subtek (pusat operasi). Subtek bersama APM (Angkatan Pertahanan Awam) telah kenal pasti objek berkenaan dan mengesahkan mayat mangsa lemas.",
"“Mayat kemudian dibawa ke pantai kira-kira pukul 9.50 pagi tadi untuk proses pemeriksaan oleh KKM (Kementerian Kesihatan) dan pengesahan kematian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.",
"Semalam, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dilapor memaklumkan dua kanak-kanak perempuan berusia sembilan dan tujuh tahun lemas manakala seorang lelaki berusia lingkungan 30-an hilang ketika mandi di Pantai Bagan Lalang.",
"Md Noor Aehwan berkata pihaknya menerima laporan tersebut pada pukul 2.34 petang semalam dan terus menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).",
"Katanya, operasi SAR melibatkan 15 anggota dari Balai Polis Sungai Pelek dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, 10 anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), empat anggota JBPM Klang, 16 anggota APM, dan masing-masing enam petugas kesihatan KKM serta Pasukan Tindakan Segera (Pantas) Majlis Perbandaran Sepang.",
"Beliau berkata operasi SAR bermula kira-kira pukul 7 pagi tadi menggunakan dua bot penyelamat, disusuli operasi pencarian di pesisir pantai dengan menggunakan sebuah bot penyelamat."
] | [
"lemas",
"mati",
"polis"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/pemandu-rempuh-penunggang-motosikal-di-bawah-jejambat-nkve-dibebas-dengan-jaminan/ | Pemandu rempuh penunggang motosikal di bawah jejambat NKVE dibebas dengan jaminan | [
"KUALA LUMPUR, 5 JUN: Pemandu kereta yang disiasat merempuh enam penunggang motosikal ketika berteduh di bawah jejambat di KM19.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan dekat Petaling Jaya semalam, telah dibebaskan dengan jaminan polis.",
"Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki berusia 26 tahun itu mengalami patah bahu akibat kemalangan berkenaan dan sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini.",
"“Keputusan saringan air kencing mendapati lelaki itu negatif penggunaan dadah namun ujian alkohol mendapati tahap alkohol dalam badannya melebihi paras dibenarkan.",
"“Selain itu, polis juga selesai mengambil keterangan pihak lain yang terlibat dalam kemalangan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu saksi kejadian tampil membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.",
"Semalam, tiga penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan ketika mereka berteduh daripada hujan di bawah jejambat di KM19.6 Lebuhraya NKVE arah selatan dekat Petaling Jaya.",
"Kejadian dilaporkan berlaku pada 5.59 pagi dengan tiga penunggang motosikal itu maut di lokasi manakala tiga penunggang yang cedera dirawat di Hospital Sungai Buloh."
] | [
"enam penunggang motosikal dirempuh",
"ohamad Fakhrudin Abdul Hamid"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/menteri-laporan-tragedi-tanah-runtuh-batang-kali-siap-akhir-bulan-ini/ | Menteri: Laporan tragedi tanah runtuh Batang Kali siap akhir bulan ini | [
"PUTRAJAYA, 5 JUN: Laporan tragedi tanah runtuh Batang Kali dijangka siap akhir bulan ini dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum dimuktamadkan untuk tindakan selanjutnya.",
"Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan hari ini berkata Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, dalam peringkat penyediaan deraf laporan akhir.",
"“Saya memahami banyak pihak termasuk keluarga mangsa yang terjejas ingin mengetahui atau mendapatkan laporan akhir kejadian berkenaan, justeru saya memberi jaminan JKR sedang melakukan usaha yang terbaik untuk melengkapkan proses ini,” katanya.",
"Nanta berkata antara elemen yang diambil kira dalam penyiapan laporan tersebut adalah kerja-kerja ujian penyiasatan tanah di lapangan dan makmal serta penganalisis data.",
"“Data dari ujian ini adalah penting untuk dianalisis bagi menentukan mekanisme kegagalan oleh pelbagai pakar termasuk dari aspek kejuruteraan geoteknik dan geologi,” katanya.",
"Tragedi 16 Dissember lalu, pada kira-kira pukul 2.30 pagi itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali.",
"Kejadian menyayat hati itu meragut 18 nyawa individu dewasa dan 13 kanak-kanak, dengan 20 mayat ditemukan di sektor A, satu sektor B dan 10 lagi di sektor C di kawasan perkhemahan tersebut. – BERNAMA"
] | [
"Alexander Nanta Linggi",
"Batang Kali",
"Jabatan Kerja Raya (JKR)",
"tanah runtuh"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/mpk-sita-dua-pusat-karaoke-beroperasi-tanpa-lesen-di-pulau-ketam/ | MPK sita dua pusat karaoke beroperasi tanpa lesen di Pulau Ketam | [
"SHAH ALAM, 5 JUN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyita dua pusat karaoke di Pulau Ketam, Pelabuhan Klang kerana beroperasi tanpa lesen dalam serbuan pada malam Sabtu lalu.",
"Serbuan diketuai Timbalan Yang Dipertua MPK Elya Marini Darmin dan pegawai Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pelabuhan Klang Inspektor Zamri Saan itu bermula jam 10 malam."
] | [
"MPK",
"pusat karaoke",
"serbuan"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/mpk-jps-digesa-selenggara-sistem-perparitan-di-klang-elak-banjir-berulang/ | MPK, JPS digesa selenggara sistem perparitan di Klang, elak banjir berulang | [
"SHAH ALAM, 5 JUN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) digesa menyelenggara sistem perparitan sekitar Bandar Bukit Raja, Klang bagi mengelak kejadian banjir kilat berulang.",
"Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau berkata langkah sama juga perlu dilaksanakan pemaju perumahan sekitar kawasan terbabit dengan memastikan aliran air lancar.",
"“Saya pernah isukan perkara ini. Minta pihak berwajib memandang serius isu sampah serta longkang sekitar kawasan berkenaan. Jika tidak diurus sebaik mungkin akan berlaku banjir kerana longkang dipenuhi sampah.",
"“Semalam, berlaku banjir kilat di beberapa lokasi malah sehingga hari ini ada air termenung di beberapa kawasan. Kita sedang usaha mengepam air ini keluar,” katanya kepada Selangorkini.",
"EXCO kebajikan itu juga berkata hujan lebat selama beberapa jam itu turut menjejaskan hampir 20,000 rumah sekitar Klang Utama dan Bukit Raja.",
"“Ada kediaman dinaiki air sehingga 0.5 meter. Jadi mereka terpaksa keluar dan berteduh di surau, masjid serta rumah jiran yang selamat.",
"Malam tadi, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata hujan lebat awal pagi semalam menyebabkan kejadian banjir kilat di beberapa lokasi sekitar Klang."
] | [
"Ahli Parlimen Klang",
"Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS)",
"Majlis Perbandaran Klang (MPK)",
"V Ganabatirau"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/amaran-hujan-lebat-di-kl-putrajaya-empat-daerah-di-selangor-hingga-6-petang/ | Amaran hujan lebat di KL, Putrajaya, empat daerah di Selangor hingga 6 petang | [
"SHAH ALAM, 5 JUN: Empat daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal hujan lebat, ribut petir serta angin kencang hingga jam 6 petang ini.",
"Menurut agensi berkenaan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.",
"Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih."
] | [
"hujan lebat",
"MetMalaysia",
"ribut petir"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/banjir-bukit-raja-makin-surut-jumlah-mangsa-terus-menurun/ | Banjir Bukit Raja makin surut, jumlah mangsa terus menurun | [
"SHAH ALAM, 5 JUN: Keadaan banjir di Bukit Raja, Klang, dekat sini semakin pulih dan jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di situ terus menunjukkan penurunan.",
"Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor memaklumkan, jumlah mangsa di PPS Masjid Bandar Bukit Raja menurun kepada 70 orang daripada 16 keluarga setakat 12 tengah hari tadi, berbanding 135 orang daripada 35 keluarga semalam.",
"“APM Selangor menjangkakan jumlah mangsa akan terus menurun berikutan air banjir kian surut dan keadaan cuaca yang baik hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.",
"Semalam, beberapa kawasan di Selangor iaitu Bukit Raja, Meru dan Sungai Buloh dilanda banjir ekoran hujan lebat berterusan selama beberapa jam sejak pukul 4 pagi."
] | [
"apm selangor",
"Banjir"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/20-pelajar-lepasan-spm-dun-meru-berpeluang-dapat-tajaan-penuh-belajar-di-university-binary/ | 20 pelajar lepasan SPM DUN Meru berpeluang dapat tajaan penuh belajar di University Binary | [
"SHAH ALAM, 5 JUN: Seramai 20 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekitar Meru berpeluang mendapat tajaan penuh bagi menyambung pengajian di Universiti Binary.",
"Mohd Fakhrulrazi berkata tawaran terbuka kepada pelajar yang mencatat keputusan SPM dengan lima kredit termasuk aliran vokasional dengan permohonan boleh dibuat menerusi //binary.edu.my/mybus",
"“Pelajar mesti menamatkan keseluruhan kursus. Mereka yang berhenti pada peringkat asas atau tidak meneruskan ijazah tahun 1,2 dan 3 perlu membayar yuran pengajian sepenuhnya,” katanya."
] | [
"Ahli Dewan Negeri Meru",
"Mohd Fakhrulrazi Mokhtar",
"Universiti Binary"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/dun-kota-anggerik-pelawa-orang-ramai-sertai-kursus-penyediaan-makanan-halal/ | DUN Kota Anggerik pelawa orang ramai sertai kursus penyediaan makanan halal | [
"SHAH ALAM, 5 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik mempelawa orang ramai menyertai kursus penyediaan makanan halal secara percuma pada 8 Jun ini.",
"Pegawai khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Akif Ruzaini berkata kursus berkenaan terbuka kepada persatuan peniaga, peniaga gerai, peniaga pasar segar, pengusaha kantin, peniaga atas talian dan orang awam.",
"“Pendaftaran adalah percuma dan terhad kepada 200 peserta sahaja dan mereka akan menerima sijil diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya dalam kenyataan.",
"Katanya, program berkenaan akan diadakan di Auditorium Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari."
] | [
"DUN Kota Anggerik",
"makanan halal"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/gombak-petaling-dan-kl-diramal-hujan-ribut-petir-hingga-5-petang/ | Gombak, Petaling dan KL diramal hujan, ribut petir hingga 5 petang | [
"SHAH ALAM, 5 JUN : Dua daerah di Selangor serta Kuala Lumpur diramal hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga 5 petang ini.",
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.",
"Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih."
] | [
"hujan",
"MetMalaysia"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/lapan-lelaki-termasuk-tujuh-pesilat-cedera-ringan-mpv-dinaiki-langgar-lori/ | Lapan lelaki termasuk tujuh pesilat cedera ringan, MPV dinaiki langgar lori | [
"ALOR GAJAH, 5 JUN: Lapan lelaki termasuk tujuh pesilat cedera ringan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lori di KM221 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini hari ini.",
"Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata kejadian berlaku kira-kira 5.10 pagi ketika kesemua ahli Silat Olahraga Ledang Tangkak itu dalam perjalanan pulang dari pertandingan di Ara Damansara, Kuala Lumpur.",
"“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Exora berkenaan yang berada di lorong paling kiri telah melanggar belakang sebuah lori, namun lori itu tidak dapat dikenal pasti kerana telah meneruskan perjalanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Sementara itu, dalam kejadian berasingan, Arshad berkata seorang pemandu lori membawa muatan air batu dan dua penumpang bas cedera ringan dalam kemalangan di KM220 arah selatan di lebuh raya sama, kira-kira 2.45 pagi tadi.",
"Beliau berkata kemalangan itu berlaku di lorong paling kiri apabila bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura itu cuba mengelak lori terbabit yang dipercayai sedang bertukar lorong dari laluan kecemasan ke laluan kiri.",
"Menurut Arshad pemandu lori bersama dua penumpang bas dibawa ke Hospital Melaka manakala kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959. – BERNAMA"
] | [
"kemalangan",
"pesilat"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/agong-negara-dilandasan-tepat-jayakan-agenda-pembangunan-cakna-rakyat/ | Agong: Negara dilandasan tepat jayakan agenda pembangunan, cakna rakyat | [
"KUALA LUMPUR, 5 JUN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa negara kini berada di landasan yang tepat bagi menjayakan agenda pembangunan demi kesejahteraan rakyat.",
"Al-Sultan Abdullah bertitah ia dibuktikan dengan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin meningkat dan mampan dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar melonjak sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2023.",
"“Mengambil kira cabaran ekonomi global termasuk ketidaktentuan ekonomi pasca pandemik Covid-19 dan krisis geopolitik yang membawa kesan kepada kos sara hidup rakyat, kerajaan Beta hendaklah menumpukan kepada pelaksanaan projek pembangunan yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat seperti yang digariskan dalam Belanjawan Madani 2023,” titah Seri Paduka.",
"Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 di Istana Negara sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong hari ini.",
"Selain itu Al-Sultan Abdullah bertitah agenda kesejahteraan rakyat termasuk meluaskan sistem jaringan perlindungan sosial bagi membendung isu peningkatan kos sara hidup perlu terus diberikan tumpuan.",
"“Beta berkeyakinan usaha-usaha berterusan kerajaan dalam melaksanakan ikhtiar dan meneroka strategi baharu yang berinovatif, mampu memberikan kesan positif kepada sosioekonomi rakyat Beta,” titah Seri Paduka.",
"Seri Paduka turut menzahirkan rasa sukacita dan menyanjung tinggi komitmen kerajaan dalam menjalin hubungan kerjasama yang baik dan erat dengan semua kerajaan negeri demi kemaslahatan rakyat.",
"Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul mendahului senarai penerima dengan dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’. – BERNAMA"
] | [
"agenda pembangunan",
"negara dilandasan tepat",
"Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/allahyarham-nik-aziz-dikurnia-gelaran-tan-sri-sempena-hari-keputeraan-agong/ | Allahyarham Nik Aziz dikurnia gelaran Tan Sri sempena hari keputeraan Agong | [
"SHAH ALAM, 5 JUN: Bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.",
"Pengurniaan darjah kebesaran kepada mantan Menteri Besar Kelantan itu bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.",
"Turut dikurniakan darjah kebesaran PSM ialah 25 individu lain termasuk Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul , Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Patmanathan.",
"Selain itu, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sime Darby Plantation Berhad Datuk Seri Dr Nik Norzul Thani N.Hassan Thani, komposer Datuk Seri Dr Ahmad Khan Nawab Khan dan veteran politik Lim Kit Siang.",
"Bapa kepada 10 cahaya mata itu memasuki PAS pada 1967 dan menjadi Ahli Parlimen Kelantan Hilir (kini Pangkalan Chepa) pada 1969 hingga 1986 sebelum berpindah ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api."
] | [
"Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat",
"gelaran Tan Sri",
"Ulang Tahun Hari Keputeraan",
"Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/pm-kerajaan-tidak-benarkan-sistem-beraja-diperolok-atas-nama-kebebasan/ | PM: Kerajaan tidak benarkan sistem beraja diperolok atas nama kebebasan | [
"KUALA LUMPUR, 5 JUN: Kerajaan tidak akan bertolak ansur atau membenarkan sistem beraja diperolok dan diganggu-gugat atas nama kebebasan di negara ini, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"Lantaran itu, beliau berkata kerajaan pastinya akan mempertahankan sistem beraja dengan memastikan tindakan yang setimpal diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba mengancam institusi itu dan keluhuran Perlembagaan.",
"“Raja laksana pohon dan tentunya institusi ini mesti tersemat dipelihara dengan baik,” katanya ketika merafak sembah ucapan tahniah pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 di Istana Negara di sini hari ini.",
"Sementara itu, Anwar berkata Kerajaan Perpaduan yang lahir daripada cetusan kebijaksanaan Seri Paduka, telah berjaya mempertaut kesatuan dan permuafakatan sekali gus mewujudkan kestabilan dalam politik negara.",
"Beliau berkata ia memberi ruang ke arah pertumbuhan ekonomi negara; keyakinan pelabur domestik dan luar negara; mengatur tatakelola pemerintahan yang mampan dan wajar menjamin kesejahteraan serta keselesaan rakyat.",
"Justeru, Anwar berkata Kerajaan Perpaduan beriltizam untuk berusaha dengan tekun memacu pertumbuhan dan mempertahankan keadilan dan nilai murni manusiawi dengan berbekalkan tekad serta semangat ‘Membangun Malaysia MADANI’.",
"Perdana Menteri dalam ucapannya bagi mewakili Jemaah Menteri dan rakyat itu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka.",
"“Rakyat sekalian berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Raja Permaisuri Agong (Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah) serta kerabat sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya, kekal karar di singgahsana pemerintahan juga beroleh ‘afiah dan penuh kedaulatan,” katanya."
] | [
"keputeraan agong"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/78-mangsa-bah-di-klang-berteduh-di-pps-jangka-boleh-pulang-petang-ini/ | 78 mangsa bah di Klang berteduh di PPS, jangka boleh pulang petang ini | [
"SHAH ALAM, 5 JUN: Seramai 78 mangsa banjir sekitar Bandar Bukit Raja, Klang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Bandar Bukit Raja sejak awal pagi semalam.",
"Setiausaha bahagian khidmat pengurusan Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPNB) berkata 20 keluarga terjejas apabila kediaman mereka dinaiki air sehingga 0.5 meter ekoran hujan lebat beberapa jam pada hari kejadian.",
"“Air juga naik dengan cepat susulan pertembungan dengan fenomena air laut pasang. Dalam masa sama sistem saliran tidak dapat tampung kuantiti air. Paras air sungai juga tinggi jadi air tak dapat dialirkan.",
"“Kita jangkakan jika cuaca hari ini baik dan air pasang tiada, mangsa boleh pulang ke rumah masing-masing mulai petang ini. PPS ini juga akan ditutup,” kata Muhammad Hanafi Ahmad ketika dihubungi hari ini.",
"Malam tadi, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata hujan lebat awal pagi semalam menyebabkan kejadian banjir kilat di beberapa lokasi sekitar Klang."
] | null |
https://selangorkini.my/2023/06/selangor-rancang-anjur-lebih-banyak-program-dekati-golongan-muda/ | Selangor rancang anjur lebih banyak program dekati golongan muda | [
"SHAH ALAM, 5 JUN: Kerajaan Negeri dalam rancangan menganjurkan beberapa program khusus untuk mendekati golongan muda pada masa akan datang, kata EXCO generasi muda.",
"Mohd Khairuddin Othman berkata ia susulan maklum balas baik Karnival Jom Heboh yang diadakan dengan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Media Prima Berhad semalam.",
"“Setakat ini, pada minggu depan kita akan mulakan dengan mengumpulkan 3,000 pemandu e-panggilan untuk serah bantuan RM500 selain acara larian dan adakan jelajah kerjaya atau pesta kerjaya.",
"“Ini adalah demi rakyat Selangor yang sangat ‘sporting’ dan sentiasa sokong Kerajaan Negeri,” ucapnya pada majlis penutup Karnival Jom Heboh di dataran karnival Stadium Shah Alam hari ini.",
"Kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Media Prima Berhad itu menjadi medan untuk mendekati golongan muda selain dapat mewujudkan masyarakat Madani menerusi penganjuran aktivitinya yang berkonsepkan kekeluargaan serta sukan."
] | [
"jomheboh"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/agong-bimbang-polemik-agama-berlarutan-jejas-perpaduan-kaum/ | Agong bimbang polemik agama berlarutan jejas perpaduan kaum | [
"KUALA LUMPUR, 5 JUN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kegusaran berhubung isu penggunaan kalimah “Allah” yang dikhuatiri menjadi polemik berlarutan dan boleh menjejaskan perpaduan nasional dan kesejahteraan negara jika tidak diselesaikan segera.",
"Al-Sultan Abdullah bertitah ini memandangkan polemik penggunaan kalimah Allah, bukan merupakan perdebatan berhubung terminologi dan linguistik, sebaliknya berkait isu akidah umat Islam dengan sebarang kekeliruan akan hanya mengundang musibah.",
"“Kerajaan Beta hendaklah mengharmonikan situasi semasa dan pada masa yang sama meletakkan penggunaan kalimah Allah pada konteks yang betul dengan mengambil kira keselamatan negara kemaslahatan ummah dan kedudukan Beta serta Raja-Raja Melayu yang lain sebagai ketua agama Islam,” titah Seri Paduka.",
"Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 di Istana Negara sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.",
"Seri Paduka bertitah sebarang polemik yang berhubung kait dengan agama jika gagal ditangani dengan segera, adalah umpama sumbu yang akhirnya bakal menyalakan api permusuhan antara kaum.",
"Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah bertitah dalam berhadapan dengan isu sensitif sedemikian, semua pihak sewajarnya mengambil pendekatan yang bijak, tertib dan disulami dengan semangat toleransi yang tinggi.",
"Titah Seri Paduka ini selaras dengan prinsip pertama rukun negara iaitu ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’, yang antara lain menekankan bahawa konsep beragama adalah amat penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan ia tidak sewajarnya dijadikan asas kepada pertikaian dan perbalahan.",
"Al-Sultan Abdullah bertitah ketinggian dan kesucian agama Islam telah sekian lama terpelihara dalam pembentukan negara Malaysia yang merdeka sehingga agama Islam akhirnya didaulatkan sebagai agama Persekutuan di bawah Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.",
"“Kedudukan agama Islam yang ditempatkan pada darjat yang amat tinggi di dalam Perlembagaan Persekutuan, dicapai menerusi persefahaman dan persetujuan oleh semua pihak ketika negara memperoleh kemerdekaan,” titah Seri Paduka.",
"Yang di-Pertuan Agong bertitah perpaduan memerlukan resipi yang efektif dengan hati yang terbuka jiwa yang luhur dan semangat kesetiaan kepada raja serta negara selain, tidak mempersoal dan mencampuri serta memandang rendah urusan dan kepercayaan agama yang diamalkan bangsa lain.",
"“Semangat perpaduan perlu disemai serta dibentuk di rumah, dibaja, disiram dengan pendidikan serta nilai-nilai murni hidup bermasyarakat di bangku sekolah dan seterusnya diperkasa di institusi-institusi pengajian tinggi.",
"Pada 17 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kenyataan memaklumkan Jemaah Menteri telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah kepada Majlis Raja-Raja."
] | [
"kalimah Allah",
"perpaduan kaum",
"Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/pm-pelan-perindustrian-antara-tiga-dasar-negara-depani-cabaran-dunia/ | PM: Pelan perindustrian antara tiga dasar negara depani cabaran dunia | [
"KUALA LUMPUR, 5 JUN: Kerajaan bakal meluncurkan beberapa dasar negara yang lebih kental dan ampuh bagi mendepani cabaran dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"Beliau berkata dasar itu merangkumi Pelan Perindustrian Negara yang akan dilancarkan pada Ogos ini, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada akhir September dan Belanjawan Madani kedua pada Oktober.",
"Perdana Menteri berkata dasar negara berkenaan amat dituntut, bagi mendepani dunia yang masih bergelut dengan adu kuasa dan peperangan; kerancakan perdagangan ekonomi sejagat kian terbantut dan krisis iklim serta persekitaran berada di tahap genting.",
"“Dalam semua kerangka besar yang bakal diluncurkan, akan menjadikan landasan tatakelola yang baik, telus dan bertanggungjawab,” katanya ketika merafak sembah ucapan tahniah pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara 2023 di sini hari ini.",
"Selain usaha pemulihan ekonomi, Anwar berkata Kerajaan Perpaduan juga sedang menumpukan usaha menangani isu kos sara hidup, kenaikan harga barang selain memastikan keterjaminan makanan yang kini menjadi fenomena di seluruh dunia.",
"Menteri Kewangan itu menjelaskan beberapa pendekatan seperti Konsep Payung Rahmah, Karnival Jualan Aidilfitri, keusahawanan, inovasi sosial seperti Inisiatif Pendapatan Rakyat, merupakan sebahagian ikhtiar membantu rakyat dan mendapat sambutan menggalakkan.",
"Beliau juga menegaskan Malaysia akan terus berperanan dengan lebih aktif dalam menyuarakan pendirian serta memelihara kepentingan negara di forum antarabangsa khususnya dalam isu kedaulatan negara, kemanusiaan, keselamatan dan pengurusan bencana.",
"Sementara itu, Perdana Menteri berkata kebijakan ekonomi yang direncanakan Jemaah Menteri, penjawat awam dan sektor swasta, telah melonjak pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ke 5.6 peratus dan jumlah pelaburan RM71.4 bilion berjaya diperoleh pada suku pertama 2023.",
"“Maka, bertambah ampuh tekad ke arah pelaksanaan tiga Tekad dan 12 Ikhtiar Utama Belanjawan MADANI terutama dalam bidang keterjaminan makanan, ekonomi digital, peranan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan menoktah kemiskinan tegar,” katanya.",
"Anwar berkata berbekalkan tekad dan semangat “Membangun Malaysia MADANI”, kerajaan beriltizam untuk berusaha dengan tekun memacu pertumbuhan sekali gus mempertahankan keadilan dan nilai murni manusiawi.",
"Terdahulu, Al-Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023, di Istana Negara. – BERNAMA"
] | [
"Anwar Ibrahim",
"dasar negara",
"Perdana Menteri"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/839-terima-darjah-kebesaran-bintang-dan-pingat-sempena-hari-keputeraan-agong/ | 839 terima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena hari keputeraan Agong | [
"KUALA LUMPUR, 5 JUN: Seramai 839 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.",
"Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul mendahului senarai penerima dengan dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.",
"Turut dikurniakan darjah kebesaran PSM ialah 25 individu lain termasuk Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Patmanathan, mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, mantan Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengarah Urusan Kumpulan Engtex Group Berhad Datuk Ng Hook.",
"Selain itu, Pengarah Urusan Kumpulan Maxim Global Berhad Datuk Seri Gan Seong Liam, Pengerusi DPS Resources Berhad Datuk Seri Sow Chin Chuan, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sime Darby Plantation Berhad Datuk Seri Dr Nik Norzul Thani N.Hassan Thani dan komposer Datuk Seri Dr Ahmad Khan Nawab Khan.",
"Turut menerima PSM ialah Pengerusi Eksekutif Yuwang Group See Hong Cheen @ See Hong Chen, Pengerusi Battersea Power Station Holding Company Limited Datuk Jaganath Derek Steven Sabapathy, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed A.R. Albar dan Pengerusi/ Pengarah Perusahaan Sadur Timah Malaysia (PERSTIMA) Berhad Datuk Wee Hoe Soon @ Gooi Hoe Soon.",
"Penerima lain ialah Pengarah Urusan Winfast Group of Companies Datuk Seri Chee Chan Yau @ Cheah Chan Yau, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ming Heng Motor Sdn Bhd Datuk Koh Chui Ming, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dan Pengarah Urusan Cergas Murni Sdn Bhd Datuk Paul Latimer.",
"Selain itu Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Berhad Datuk Seri Yeoh Choon San, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif KK Land Group of Companies Datuk Kong Hoi Chieng, Pengarah Urusan Twin Arrow Fertilizer Sdn Bhd Datuk Seri Lau Kuan Kam, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob dan Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman.",
"Turut dikurniakan PSM ialah mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Seri Anifah Aman dan veteran politik Lim Kit Siang.",
"Sementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali @ Mat Jali, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican, bekas pemain badminton negara Tan Aik Huang dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair Datuk Irwan Shah Abdullah @ DJ Dave merupakan antara 28 penerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’.",
"Empat penerima darjah kebesaran Panglima Setia Diraja (PSD) yang membawa gelaran ‘Datuk’ pula ialah Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman, Ketua Protokol Jabatan Protokol dan Konsular Kementerian Luar Negeri Mohd Aini Atan, Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Abdul Halim Hamzah dan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Ahmad.",
"Seramai 33 individu menerima darjah kebesaran Johan Mangku Negara (JMN) termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi dan Digital Mastura Ahmad Mustafa dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.",
"Bagi penerima darjah kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM) pula, 33 individu disenaraikan sebagai penerima antaranya penggiat seni Fauziah Nawi, Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad dan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.",
"Tiga penerima darjah kebesaran Johan Setia Diraja (JSD) ialah Asisten Ketua Staf Tadbir Pangkalan Udara Subang Brig Jen Baharudin Abu Hassan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur SAC Habibi Majinji dan Timbalan Pengarah (Perisikan Siasatan Khas) Bahagian Perisikan Siasatan Khas Bukit Aman SAC Mohammad Azlin Sadari.",
"Seramai 116 individu dikurniakan darjah kebesaran Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) termasuk Pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Dr Abdul Halim Husain dan Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia Dr Ong Shin Ruenn.",
"Tahun ini juga menyaksikan seramai enam orang menerima darjah kebesaran Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD) dan 218 individu menerima darjah kebesaran Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) termasuk Jurutera Sokongan Bernama Mohd Halim Esham.",
"Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Bahagian Modal Insan Bernama Rusliza Sahran pula antara 316 penerima Pingat Pangkuan Negara (PPN) manakala 56 individu dikurniakan Pingat Bentara Setia Diraja (BSD). – BERNAMA"
] | [
"Ulang Tahun Hari Keputeraan",
"Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/zlatan-ibrahimovic-umum-bersara-dari-bola-sepak/ | Zlatan Ibrahimovic umum bersara dari bola sepak | [
"ROM, 5 JUN: Zlatan Ibrahimovic, juga dikenali sebagai Ibra, mengumumkan pengunduran dirinya selepas perlawanan terakhir AC Milan ke atas Verona bagi musim 2022-2023.",
"Sebelum perlawanan pada Ahad bermula, para penyokong di bangku penonton dengan penuh semangat melaungkan namanya dan memaparkan sepanduk bertulis “Selamat tinggal”, pemandangan yang membuat Ibra menangis, lapor Xinhua.",
"Pemain veteran Sweden itu, yang sebelum ini bermain untuk pasukan seperti Malmo, Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona, Paris Saint-Germain, Manchester United dan LA Galaxy, sebelum kembali ke Milanello pada Januari 2020, memberikan impak yang besar di dalam dan di luar padang.",
"Walau bagaimanapun, kecederaan dialami penyerang ini membatasi pergerakannya dan beliau hanya membuat empat penampilan musim ini, di dan hanya berjaya menjaringkan satu gol.",
"Ibra mengumumkan keputusannya semasa majlis selepas perlawanan, dengan menyatakan: “Sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak, tetapi bukan kepada anda semua."
] | [
"bersara",
"Bola Sepak",
"Zlatan Ibrahimovic"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/al-sultan-abdullah-bijaksana-tangani-krisis-politik-hampir-empat-tahun/ | Al-Sultan Abdullah bijaksana tangani krisis politik hampir empat tahun | [
"“Sehingga ke hari ini, Beta telah melalui pelbagai peristiwa dan pengalaman yang sukar untuk Beta lupakan. Terpahat dalam sejarah negara bahawa Beta adalah merupakan satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang telah diberi keafiatan untuk memerintah negara dengan empat orang perdana menteri bersama empat jemaah menteri yang berlainan.",
"“Hakikatnya, Beta hanya melaksanakan amanah dan janji yang dituntut seperti mana yang telah Beta lafaz dan ikrarkan. Beta tidak berniat untuk mencampuri urusan politik negara apatah lagi untuk mengatur percaturan landskap politik tanah air.",
"“Pada pengamatan Beta, jika episod yang membawa kepada peletakan jawatan perdana menteri ketujuh tidak berlaku, nescaya rantaian kemelut politik berlarutan sehingga kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU 15) juga akan dapat dielakkan.”",
"Krisis demi krisis politik, selain wabak Covid-19, menzahirkan betapa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah seorang yang cukup bijaksana dan berwibawa.",
"Titah di Parlimen pada 13 Februari lalu jelas menggambarkan Baginda “dibawa ke kancah gelanggang kemelut politik” susulan pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari 2020.",
"“Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Perdana menteri Malaysia yang kelapan juga telah meletakkan jawatan pada 16 Ogos 2021.",
"Kekusutan politik ini bermula daripada tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) meninggalkan Pakatan Harapan (HARAPAN), gabungan yang berjaya mencipta sejarah menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dua tahun sebelumnya.",
"Selepas mesyuarat pada sebelah pagi 23 Februari 2020, pemimpin PPBM bersama sekumpulan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), BN dan PAS bertemu dalam jamuan makan malam di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.",
"Merasakan tidak lagi mempunyai majoriti sokongan ahli Dewan Rakyat, Dr Mahathir mengumumkan peletakan jawatannya. Al-Sultan Abdullah menasihatkan negarawan itu menarik balik keputusannya, namun beliau enggan.",
"Baginda kemudian melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri sementara sebelum memanggil semua ahli parlimen hadir menghadap di Istana Negara selama dua hari bermula 25 Februari untuk mengetahui sokongan masing-masing.",
"Dalam menyelesaikan kemelut itu, Al-Sultan Abdullah dan Majlis Raja-Raja mengadakan mesyuarat khas pada 28 Februari yang dilaporkan sebahagian langkah merungkai kemelut peralihan kerajaan.",
"Selepas berpuas hati, Baginda melantik Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang mengangkat sumpah pada 1 Mac 2020.",
"Namun kelemahan pentadbiran ahli Parlimen Pagoh, khususnya ketika menangani Covid-19, dan pertelingkahan politik dengan BN menjerumuskan negara ke satu lagi krisis politik.",
"Pengisytiharan darurat pada 11 Januari 2021 dengan alasan untuk mengurang jangkitan bagaimanapun gagal. Jangkitan meningkat mendadak mulai April dan Mei ke tahap sangat serius sewaktu suntikan vaksin sangat perlahan.",
"Walau Baginda memperkenan darurat, Al-Sultan Abdullah masih bertitah pada 24 Februari agar sidang Parlimen boleh diadakan seperti jadual biasa pada Mac tahun itu. Namun, kerajaan Muhyiddin tidak mengendahkan titah Baginda.",
"Hanya selepas Al-Sultan Abdullah dan Majlis Raja-Raja mengeluarkan gesaan itu dua kali lagi pada 16 dan 29 Jun, barulah kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan persidangan Dewan Rakyat selama lima hari mulai 26 Julai.",
"Namun aturan mesyuarat itu hanya membabitkan taklimat khas beberapa menteri, bukannya membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara seperti dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.",
"Sidang itu turut mencetuskan kontroversi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan Ordinan Darurat sudah dimansuhkan berkuat kuasa 21 Julai. υ",
"Kenyataannya itu disanggah Baginda yang menzahirkan rasa “amat dukacita” dalam titahnya pada 29 Julai. Al-Sultan Abdullah menitahkan pembatalan Ordinan Darurat dibuat tanpa perkenan Baginda.",
"“Perkara 150(2B) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak pada Seri Paduka Baginda,” kata kenyataan Istana Negara.",
"“Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda.”",
"Sejumlah ahli parlimen BN termasuk pengerusinya Datuk Seri Zahid Hamidi pula menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin pada 3 Ogos 2021. Lalu beliau akhirnya berundur juga dalam keadaan terpaksa pada 16 Ogos setelah rayuan kerjasamanya tidak diendah.",
"Hanya bertahan 17 bulan, lebih pendek daripada pentadbiran 22 bulan kerajaan HARAPAN yang dikhianatinya, Muhyiddin digantikan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 21 Ogos.",
"Kali ini Yang di-Pertuan Agong menitahkan ketua-ketua parti utama hadir menghadap di Istana Negara pada 17 Ogos bagi mengenal pasti sokongan kepada seorang ahli Dewan Rakyat sebagai perdana menteri.",
"Majlis Raja-Raja mengadakan mesyuarat khas pada 20 Ogos sebelum Baginda berkenan mengumumkan perdana menteri kesembilan yang mengangkat sumpah pada petang keesokannya.",
"Namun pentadbirannya hanya sempat bertahan selama 14 bulan. Ismail Sabri memohon pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022 untuk memberi laluan kepada PRU15. Tindakan ini diambil setelah desakan dibuat dari dalam parti itu walaupun penggal ke-14 berakhir pertengahan tahun ini.",
"Ketika orang ramai mengharapkan pilihan raya umum 19 November mampu menoktahkan kekusutan politik yang berlarutan sejak awal 2020, keputusan di peti undi sebaliknya membuka sekali lagi kemelut tidak menentu.",
"“Setelah selesai pilihan raya umum ke-15, buat pertama kalinya dalam sejarah demokrasi Malaysia, negara berhadapan dengan situasi Parlimen tergantung,” titah Baginda ketika pembukaan penggal kedua sidang pertama Parlimen ke-15 awal tahun ini.",
"“Makanya, sekali lagi amanah berat untuk memilih dan melantik seorang perdana menteri terpaksa digalas oleh Beta. Betapa berat mata yang memandang tetapi berat lagi bahu yang memikul.”",
"Krisis pendek ini tercetus apabila tiada gabungan mendapat majoriti mudah sebanyak 112 kerusi parlimen. HARAPAN menang hanya 82 kerusi dan pencabar terdekatnya PN pula 73 kerusi.",
"Walau sekejap ditarik ke arah HARAPAN dan sekejap lagi condong ke PN, BN (30 kerusi) akhirnya memutuskan bersama HARAPAN setelah akur pada Yang di-Pertuan Agong yang bertitah agar kerajaan perpaduan bersama PN dibentuk.",
"PN menolak tetapi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan 23 kerusi, Gabungan Rakyat Sabah (GPS) (6 kerusi), Parti Warisan Sabah (3), Bebas (2) dan masing-masing satu daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) turut akur.",
"Kekusutan tersebut mudah dileraikan susulan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663), berkuat kuasa 5 Oktober 2022, yang melarang wakil rakyat mengalih sokongan sesuka hati seperti 2020 tanpa parti yang diwakilinya.",
"Debaran berakhir apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri ke-10 pada 24 November sejurus selepas Al-Sultan Abdullah mendapat pandangan Majlis Raja-Raja.",
"“Beta berharap perdana menteri ke-10 ini adalah yang terakhir buat Beta, sebelum Beta berangkat pulang ke Negeri Pahang Darul Makmur,” titah Al-Sultan Abdullah lagi.",
"Bakal menamatkan perkhidmatan lima tahun sebagai ketua negara pada 30 Januari depan, pemerintahan Al-Sultan Abdullah pasti dikenang rakyat selama-lamanya sebagai Yang di-Pertuan Agong yang arif lagi saksama.",
"“Lebih penting lagi, kemelut politik yang membelenggu negara hampir empat tahun lamanya boleh dielakkan jika sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat dan para ahli politik negara bersedia untuk mengetepikan perbezaan dan bersatu padu semata-mata atas dasar untuk menjaga kepentingan rakyat Beta dan negara yang kita cintai ini.",
"“Sebenarnya, semenjak negara mencapai kemerdekaan 66 tahun yang lalu, kita telah menerima kemajmukan dan kepelbagaian yang wujud sebagai kekuatan utama negara.",
"“Pada usia 66 tahun, kita sepatutnya telah matang untuk menjadikan perbezaan yang unik ini sebagai rencah utama dalam pembentukan sebuah bangsa Malaysia yang saling sayang menyayangi, menghormati antara satu dengan yang lain, toleran dan hidup dalam sebuah kesepaduan yang utuh.”",
"2020\n23 Februari: PPBM ambil keputusan keluar daripada Pakatan Harapan (HARAPAN) walau dua hari sebelumnya majlis presiden gabungan selesaikan isu peralihan perdana menteri\n-Sejumlah pemimpin kanan PPBM, BN dan PAS bersama sekumpulan wakil rakyat KEADILAN hadir jamuan makan malam di Hotel Sheraton, Petaling Jaya\n24 Februari: Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad letak jawatan perdana menteri ketujuh, berakhir pentadbiran selama 22 bulan\n– Al-Sultan Abdullah umum beliau sebagai perdana menteri sementara\n– sekumpulan wakil rakyat KEADILAN keluar parti, sertai gabungan dengan PPBM\n25-26 Februari: Baginda bertemu semua ahli Parlimen untuk mengetahui pandangan calon pengganti Dr Mahathir\n28 Februari: Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja, dilaporkan bincang kemelut politik\n29 Februari: Yang di-Pertuan Agong lantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan",
"2021\n11 Januari: Baginda perkenan isytihar darurat sehingga 1 Ogos atau lebih awal\n24 Februari: Al-Sultan Abdullah zahirkan pandangan sidang Parlimen semasa darurat (selalunya Mac) boleh diadakan\n16 Jun: Bersama Majlis Raja-Raja, Baginda ulang titah Parlimen perlu bersidang bagi bahas Ordinan\nDarurat dan Pelan Pemulihan Negara. Tiada keperluan lanjut tempoh darurat selepas 1 Ogos\n29 Jun: Yang di-Pertuan Agong sekali lagi zahirkan pandangan Parlimen perlu bersidang “secepat mungkin”\n26 Julai: Sidang khas Parlimen diadakan tetapi tiada perbahasan. Seorang menteri maklum Ordinan Darurat sudah dimansuhkan berkuat kuasa 21 Julai\n29 Julai: Yang di-Pertuan Agong “amat dukacita” Ordinan Darurat dibatal tanpa perkenan Baginda. Sepatutnya dibahas seperti hasrat Baginda\n16 Ogos: Muhyiddin letak jawatan selepas sejumlah wakil rakyat BN tarik semula sokongan\n20 Ogos: Baginda perkenan lantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ahli parlimen Bera, sebagai perdana menteri kesembilan",
"2022\n10 Oktober: Yang di-Pertuan Agong berkenan Parlimen dibubar bagi adakan pilihan raya umum ke-15\n19-20 November: Tiada gabungan parti politik dapat majoriti mudah (112 daripada 222 kerusi) untuk bentuk Kerajaan Persekutuan\n20 November: Istana Negara minta ketua parti dan gabungan kemuka nama calon perdana menteri sebelum jam 2 petang keesokannya\n21 November: Yang di-Pertuan Agong lanjut tempoh parti politik tubuh kerajaan sehingga 2 petang keesokannya selepas permintaan BN\n22 November: Yang di-Pertuan Agong panggil menghadap Pengerusi HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin PN Muhyiddin serta Tan Sri Abdul Hadi Awang secara berasingan\n– Anwar maklum Baginda beri masa setiap parti bentuk kerajaan perpaduan. Tetapi Muhyiddin menolak\n24 November: Selepas mesyuarat khas Raja-Raja Melayu, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Anwar sebagai perdana menteri ke-10"
] | [
"keputeraan agong"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/negeri-taja-lapan-program-tvet-berkemahiran-tinggi-pengambilan-khas-sesi-jun/ | Negeri taja lapan program TVET berkemahiran tinggi, pengambilan khas sesi Jun | [
"SHAH ALAM, 5 JUN: Kerajaan Negeri menawarkan pembiayaan menerusi program penajaan Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) bagi pengambilan khas sesi Jun tahun ini.",
"Menerusinya mereka yang berkelayakan berpeluang mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkemahiran tinggi di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC).",
"“Pemohon juga mesti lulus temuduga yang diurus setia oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPENS) selain ibu bapa berpendapatan dalam kalangan B40, M40 tertakluk kepada terma dan syarat ,” katanya.",
"Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-3281 2619 atau atau mendaftar di pautan www.stdc.edu.my/daftarsekarang.php dengan borang permohonan boleh didapati di laman sesawang www.stdc.edu.my",
"STDC adalah institusi pendidikan teknikal bernaung di bawah Kerajaan Negeri yang menawarkan pelbagai latihan kemahiran yang berkualiti dan berdampak tinggi ke arah Revolusi Industri 4.0."
] | [
"Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS)",
"Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)",
"Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC)"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/kerjasama-negeri-sertai-jom-heboh-beri-manfaat-pada-pengunjung-khusus-golongan-muda/ | Kerjasama negeri sertai Jom Heboh beri manfaat pada pengunjung, khusus golongan muda | [
"Kakitangan syarikat minyak dan gas, Moktar Mohd Isa, 32, berkata pengisian program pada kali ini lebih mempunyai objektifnya dan tidak hanya memfokuskan hiburan.",
"“Sebelum ini jika ada Jom Heboh saya memang tidak lepaskan peluang. Namun, pada kali ini, dengan kerjasama disertai Kerajaan Negeri beri sedikit kelainan dalam aspek pengisian.",
"“Saya bawa anak-anak kerana sudah lama tidak sertai program keramaian seperti ini. Sangat bagus kerana pelbagai program dan maklumat dikongsi kepada pengunjung.",
"Berlangsung di dataran karnival Stadium Shah Alam, program turut dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan Haqiem Rusli, Afieq Shazwan dan Kumpulan OVA.",
"Kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Media Prima Berhad itu menjadi medan untuk mendekati golongan muda selain dapat mewujudkan masyarakat Madani menerusi penganjuran aktivitinya yang berkonsepkan kekeluargaan serta sukan."
] | [
"jom heboh",
"orang muda"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/pengorbanan-10-tahun-shamendran-dalam-sukan-karate-berbaloi-dinobat-olahragawan-selangor/ | Pengorbanan 10 tahun Shamendran dalam sukan karate berbaloi, dinobat Olahragawan Selangor | [
"SHAH ALAM, 5 JUN: Atlet karate R Shamendran mengakui usaha dan pengorbanannya selama 10 tahun dalam sukan berkenaan berbaloi apabila dinobatkan sebagai Olahragawan Selangor 2021-2022 sempena Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor, semalam.",
"Ia merupakan pengiktirafan pertama yang diterimanya di peringkat Negeri Selangor hasil kejayaan memenangi pingat emas acara karate kategori bawah 75 kg Sukan Sea 2023 di Kemboja.",
"“Selepas 10 tahun mewakili negara, anugerah ini sangat istimewa dengan kerja keras saya untuk membawa kejayaan kepada negara melalui sukan karate.",
"“Untuk capai kejayaan rangkul anugerah ini, pengorbanan saya kena lalui adalah tiada kehidupan biasa masa habis pada latihan dan tinggalkan keluarga.,” katanya kepada pemberita selepas majlis anugerah berkenaan.",
"Atas kemenangan itu, Shamendran membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala iringan dan sijil yang disampaikan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada majlis berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini.",
"Shamendran mengetepikan lima lagi pesaingnya Choong Javen (Ping Pong), Tun Ameerul Luqman Tun Hasnul (Tenpin ), Haritz Iklil (Menembak), Rhaasrikanesh Kanavathi (Golf) dan Terence Ng Shin Jian (Renang) untuk anugerah itu."
] | [
"Atlet Karate",
"Olahragawan Selangor 2021-2022",
"Shamendran Raghonatan"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/suri-rumah-lega-jualan-murah-bantu-penuhi-keperluan-keluarga/ | Suri rumah lega jualan murah bantu penuhi keperluan keluarga | [
"PETALING JAYA, 5 JUN: Lebih 15 kali hadir ke jualan murah Jelajah Ehsan Rakyat (JER), seorang suri rumah bersyukur program berkenaan dapat bantu ringan beban keluarga kurang berkemampuan sepertinya.",
"Nor Monaliza Noordin, 46, tinggal di Taman Subang Baru berkata disebabkan harga yang ditawar murah, dia dapat membeli ayam dan daging untuk penuhi keinginan makan anak-anak.",
"“Memang mencabar membesarkan tujuh orang anak, dengan pendapatan suami yang bekerja sebagai pemandu juga tidak besar. Adakala, kami makan bubur dan nasi goreng sahaja.",
"“Alhamdulillah, selepas ada program jualan murah ini, dapatlah penuhi keinginan anak-anak hendak makan ayam dan daging, sekali gus membantu meringankan beban kewangan kami,” katanya.",
"Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Subang Baru, Fozi Mohamad Yusoff, 61, pula berkata JER sangat membantu ekonomi penduduk setempat dan berharap ia diteruskan.",
"“Program JER antara kaedah terbaik untuk menyantuni serta menghargai rakyat. Saya yakin dengan gabungan kekuatan dan sokongan semua pihak kita dapat memperkasa agenda membangunkan rakyat,” katanya.",
"Semalam, lebih 300 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara beratur seawal jam 7.30 pagi untuk membeli barang keperluan pada program JER walaupun hujan lebat.",
"Sebanyak 500 ekor ayam habis dijual dalam tempoh satu jam setengah selepas dibuka pada jam 10.30 pagi pada program di Dewan Budiman, Taman Subang Baru pagi tadi.",
"JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).",
"Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga awal Disember tahun lepas dengan nilai jualan melebihi RM16 juta."
] | [
"DUN Kota Damansara",
"JER",
"PKPS"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/dua-nelayan-hanyut-di-perairan-kuala-langat-diselamatkan/ | Dua nelayan hanyut di perairan Kuala Langat diselamatkan | [
"SHAH ALAM, 5 JUN: Dua nelayan berdepan detik cemas apabila bot dinaiki dua beranak itu dilanda ribut dan karam awal pagi semalam, sebelum dihanyutkan di sekitar perairan Kuala Langat.",
"Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Kapten Maritim V.Siva Kumar berkata pihaknya mendapat maklumat daripada Vesel Tracking Management System Lembaga Pelabuhan Klang yang melaporkan sebuah bot tunda telah menyelamatkan dua nelayan yang hanyut di sekitar perairan Kuala Langat.",
"“Bot ronda APMM diatur gerak ke lokasi sejurus menerima maklumat tersebut dan berjaya membantu membawa pulang dua nelayan dari bot tunda sekitar 2 petang tadi,” katanya dalam kenyataan malam tadi.",
"Menurut Siva Kumar, mangsa, Asmadi Saiman, 60, dan anaknya Mohd Aslan Asmadi, 34, keluar dari Jeti Kancung Laut pada 5 petang semalam sebelum ditemukan hanyut dengan memakai jaket keselamatan dan berpaut pada penutup tong ikan oleh bot tunda apabila bot mereka dilanda ribut dan karam pada 3.15 pagi tadi (4 Jun).",
"“Kedua-dua nelayan itu dibawa ke Jeti Kelanang dan diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam bagi pemeriksaan kesihatan. Mereka dimaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya kepenatan,” katanya."
] | [
"APMM",
"nelayan"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/tindakan-pantas-kerajaan-negeri-berjaya-kawal-banjir-kilat-di-klang/ | Tindakan pantas Kerajaan Negeri berjaya kawal banjir kilat di Klang | [
"SHAH ALAM, 5 JUN: Tindakan segera Kerajaan Negeri melakukan kerja-kerja pengepaman di sekitar Klang berjaya mengawal banjir kilat yang melanda kawasan itu pagi semalam.",
"“Kita akan dapatkan laporan lanjut (banjir) malam ini (malam tadi),” katanya ditemui selepas merasmikan majlis penutupan Karnival Jom heboh di dataran karnival Stadium Shah Alam semalam."
] | [
"Banjir kilat",
"Klang",
"pengepaman"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/mb-sertai-karnival-jom-heboh-sebar-inisiatif-negeri-kepada-hadirin/ | MB sertai Karnival Jom Heboh, sebar inisiatif negeri kepada hadirin | [
"SHAH ALAM, 4 JUN: Dato’ Menteri Besar hadir merasmikan penutup Karnival Jom Heboh yang berlangsung di dataran karnival Stadium Shah Alam malam ini.",
"Karnival julung kali disertai Kerajaan Negeri untuk mendekati golongan muda itu turut dihadiri EXCO Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman, EXCO Pengguna Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Ahli Dewan Negeri Seri Setia Halimey Abu Bakar.",
"Ketika ditemui, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penganjuran karnival itu bukan sekadar aktiviti hiburan semata-mata tetapi untuk berkongsi maklumat dan program kerajaan.",
"“Sejak pagi tadi ramai hadir ke kaunter-kaunter kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor berkenaan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE).",
"“Kita salur maklumat mengenai inisiatif negeri, apa yang negeri lakukan untuk rakyat. Kita dapat kumpulkan orang ramai dengan cara dan kaedah hiburan tetapi sangat terkawal,” katanya.",
"Kerjasama itu menjadi medan untuk mendekati golongan muda selain dapat mewujudkan masyarakat Madani menerusi penganjuran aktivitinya yang berkonsepkan kekeluargaan serta sukan."
] | [
"Amrudin Shari",
"jom heboh"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/pm-ucap-tahniah-doa-dilimpahi-rahmat-sempena-ulang-tahun-kelahiran-agong/ | PM ucap tahniah, doa dilimpahi rahmat sempena ulang tahun kelahiran Agong | [
"KUALA LUMPUR , 4 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda esok.",
"Anwar, bagi pihak Kerajaan Perpaduan, turut mendoakan agar Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta seluruh kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat, hidayah, berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.",
"“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau hari ini.",
"Perdana Menteri turut berharap agar Seri Paduka kekal qarar memerintah dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara selaras fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam, lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di Malaysia."
] | [
"Anwar",
"ulang tahun agong"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/bwf-chong-wei-penuhi-kriteria-layak-disenarai-dalam-dewan-kemasyhuran/ | BWF: Chong Wei penuhi kriteria, layak disenarai dalam Dewan Kemasyhuran | [
"KUALA LUMPUR, 4 JUN: Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan legenda China, Lin Dan, layak disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran (Hall of Fame) Persekutuan Badminton Dunia (BWF).",
"BWF, dalam kenyataan hari ini, menegaskan bahawa kedua-dua pemain itu berhak mendapat pengiktirafan yang diberikan kepada mereka pada 26 Mei lalu berikutan sumbangan cemerlang terhadap sukan badminton di luar gelanggang dalam tempoh masa yang signifikan.",
"Ia berkata Majlis BWF meluluskan pencalonan Chong Wei dan Lin Dan untuk disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran yang dicadangkan Suruhanjaya Anugerah BWF, mengikut kriteria pemilihan yang ditetapkan di bawah Peraturan Anugerah BWF.",
"“BWF mengiktiraf pencapaian dan sumbangan banyak legenda sukan ini dan berharap dapat menyenaraikan lebih banyak juara ke dalam Dewan Kemasyhuran BWF dalam tahun-tahun mendatang,” kata BWF.",
"Baru-baru ini, penyenaraian Chong Wei dalam Dewan Kemasyhuran BWF kurang disenangi oleh legenda badminton Indonesia, Taufik Hidayat selepas tular video yang menunjukkan beliau mempersoalkan kelayakan bekas pemain nombor satu negara itu.",
"Jumaat lalu, sebagai respons, Chong Wei, 41, meminta Taufik mendapatkan penjelasan BWF dan berharap badan dunia itu akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.",
"Chong Wei, pemain berasal dari Pulau Pinang itu, merupakan pemain nombor satu dunia selama 349 minggu, dengan tiga pingat perak Sukan Olimpik iaitu Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016, serta tiga gelaran naib juara dunia pada 2011, 2013 dan 2015.",
"Dalam pada itu, Lin Dan merupakan pemenang dua pingat emas Olimpik di Beijing 2008 dan London 2012 serta lima kejuaraan kejohanan dunia pada 2006, 2007, 2009, 2011 dan 2013."
] | [
"BWF",
"Dewan Kemasyhuran",
"Lee Chong Wei",
"Lin Dan",
"Taufik Hidayat"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/adn-rawang-50-individu-terima-bantuan-kerusi-roda-permohonan-masih-dibuka/ | ADN Rawang: 50 individu terima bantuan kerusi roda, permohonan masih dibuka | [
"SHAH ALAM, 4 JUN : Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang membelanjakan lebih RM12,000 untuk membeli kerusi roda yang memanfaatkan 50 individu kurang berkemampuan.",
"Chua Wei Kiat berkata pemberian peralatan itu adalah berdasarkan permohonan penduduk DUN Rawang dan keutamaan diberi kepada individu yang benar-benar layak.",
"“Individu yang ingin memohon kerusi roda atau bantuan lain boleh memohon dengan hadir ke pusat khidmat masyarakat DUN Rawang dengan membawa dokumen seperti kad pengenalan dan surat hospital,” katanya kepada Selangorkini",
"Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh hubungi pusat khidmat masyarakat DUN Rawang menerusi talian 03-6091 2118 atau layari Facebook Chua Wei Kiat."
] | [
"ADN Rawang",
"Chua Wei Kiat"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/mb-hargai-jasa-rm500000-dibelanja-bela-kebajikan-bekas-atlet/ | MB: Hargai jasa, RM500,000 dibelanja bela kebajikan bekas atlet | [
"SHAH ALAM, 4 JUN: Sejumlah RM500,000 dibelanjakan bagi membantu bekas atlet negeri ini yang kurang bernasib baik menerusi program Ceria Atlet Selangor.",
"Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu antara usaha meringankan beban atlet yang pernah mengharumkan nama negara selain menghargai jasa mereka selepas bersara.",
"“EXCO Khairuddin (EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman) agak aktif terutama mengenal pasti dan menjaga kebajikan para atlet. Tahun-tahun sebelum ini pun negeri memperuntuk bantuan membantu bekas atlet.",
"“Kita kenal pasti dan bantu bekas atlet negeri yang mewakili negara jika ada masalah kesihatan atau ekonomi. Jadi inisiatif ini adalah perhargaan buat mereka. Kita bukan sahaja menghargai sumbangan yang diberikan mereka ketika sihat dan kuat tetapi juga ketika di usia emas,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Sukan Negeri Selangor 2021-2022 di Dewan Jubli Perak Abdul Aziz di sini, hari ini.",
"“Saya percaya melalui rancangan dan dasar persatuan dengan kerjasama ibu bapa serta jurulatih, kita akan melahirkan lebih ramai atlet cemerlang,” katanya."
] | [
"Bekas Atlet",
"Ceria Atlet Selangor"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/agong-titah-jangan-jadikan-isu-agama-polemik-perbalahan-politik/ | Agong titah jangan jadikan isu agama polemik, perbalahan politik | [
"KUALA LUMPUR, 4 JUN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar seluruh rakyat Malaysia tidak menjadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik.",
"Al-Sultan Abdullah bertitah semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam.",
"“Namun demikian, agama-agama lain masih boleh diamalkan dengan aman dan damai. Semangat penuh toleransi rakyat Malaysia dalam kemajmukan yang ada sebenarnya adalah asas kekuatan utama negara.",
"“Justeru bagi membina sebuah negara yang gagah perkasa, maju jaya, berwibawa dan bermaruah, kita semua hendaklah membuang agenda retorik perpecahan dan sebaliknya bersatu hati untuk mengemudi negara ke arah pembentukan masa hadapan yang lebih baik,” titah Seri Paduka sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda yang disiarkan melalui televisyen tempatan malam ini.",
"Al-Sultan Abdullah menzahirkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana ini adalah tahun kelima Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyambut hari yang penuh bermakna itu bersama rakyat Malaysia.",
"“Pada tahun yang lalu, Pilihan Raya Umum yang ke-15 dan proses pembentukan Kerajaan Persekutuan telah berlangsung dengan penuh lancar serta dalam suasana yang aman dan damai.",
"“Ini adalah bukti jelas bahawa amalan demokrasi yang diamalkan semenjak tujuh dekad yang lalu masih kekal subur di negara ini. Amalan demokrasi ini hendaklah terus menjadi asas kepada kestabilan dan keharmonian negara,” titah baginda.",
"Seri Paduka bertitah Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadi negara yang maju dan disegani memandangkan ia dilimpahi dengan nikmat keamanan, kepelbagaian sumber dan modal insan berkualiti serta mempunyai semangat juang yang tinggi.",
"Yang di-Pertuan Agong bertitah kekuatan utama negara ini adalah rakyatnya yang amat mencintai kedamaian, keharmonian dan kesatuan dalam kehidupan seharian serta menerima kemajmukan yang wujud dengan penuh toleran.",
"Baginda bertitah rakyat Malaysia juga telah sekian lama berjaya mencipta nama di persada dunia dalam pelbagai bidang termasuk dalam mencorak landskap geopolitik serantau dan global.",
"Selain itu, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan penghargaan atas ucapan tahniah, ingatan serta doa yang telah dipersembahkan yang menjadi kekuatan baginda untuk terus memayungi rakyat Malaysia dengan adil dan saksama.",
"Mengakhiri titah, Seri Paduka merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan, anggota pentadbiran, penjawat awam dan anggota pasukan keselamatan yang menyumbang kepada kesejahteraan serta keamanan negara.",
"“Beta ingin mengajak barisan kepemimpinan negara untuk terus berkhidmat setulus hati, dan meningkatkan usaha membentuk sistem pentadbiran negara yang cekap, mesra rakyat dan berintegriti demi membela masa hadapan rakyat beta dan negara yang bertuah ini.",
"“Marilah sama-sama kita berdoa semoga rakyat Malaysia dan negara yang kita cintai ini akan terus kekal aman dan makmur serta sentiasa berada di bawah perlindungan Allah subhanahu wataala serta dijauhi daripada musibah dan bala bencana,” titah baginda."
] | [
"Agama",
"Agong",
"Hari Keputeraan",
"Kerajaan",
"polemik",
"rakyat"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/lebih-80-peratus-agihan-kerusi-selesai-utamakan-faktor-menang/ | Lebih 80 peratus agihan kerusi selesai, utamakan faktor menang | [
"SHAH ALAM, 4 JUN: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Selangor sudah selesai berunding dan menyepakati agihan 49 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) itu tidak lama lagi.",
"Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar Selangor, berkata agihan tujuh lagi kerusi masih dalam rundingan dan menjangkakan proses itu dapat diselesaikan selewat-lewatnya menjelang pembubaran DUN.",
"“Maknanya saya boleh cakap sudah 83 peratus (agihan kerusi DUN) selesai pada tahap ini. Ia perkembangan besar selepas hanya dua kali pertemuan di peringkat negeri.",
"“Jadi (perbincangan) yang seterusnya akan dilaksanakan dalam minggu depan dan saya percaya kita akan mendapat kata putus,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2021-2022 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini hari ini.",
"Beliau mengulas laporan sebuah portal berita yang mendakwa BN Selangor meminta PH negeri itu menambah bilangan kerusi DUN daripada 10 kepada 17 untuk ditandingi gabungan politik tersebut pada PRN ini.",
"Amirudin juga berkata setakat ini, perbincangan antara PH dan BN Selangor berhubung agihan kerusi masih berjalan dan keputusan rundingan akan dimuktamad oleh kepimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan.",
"“Jadi perkara ini dalam perbincangan. Tidak ada unsur lebih ataupun kurang tetapi sepatutnya semua perlu melihat kepada kaedah kemenangan berbanding kuota dan sebagainya,” katanya."
] | [
"agihan kerusi",
"KEADILAN",
"Naib Presiden"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/shamendran-thinaah-dinobat-olahragawan-olahragawati-selangor/ | Shamendran, Thinaah dinobat Olahragawan, Olahragawati Selangor | [
"SHAH ALAM, 4 JUN: Atlet karate R Shamendran dan atlet badminton M Thinaah dinobat Olahragawan dan Olahragawati Selangor sempena Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor hari ini.",
"Kedua-dua atlet berkenaan menerima wang tunai RM10,000 dan trofi yang disampaikan Dato’ Menteri Besar pada majlis yang berlangsung Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini.",
"Dato’ Seri Amirudin Shari turut menyampaikan Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Harapan, masing-masing kepada atlet renang Andrew Goh Zheng Yen serta atlet tenis Saw Jo Leen.",
"Penerima tersebut ialah Setiausaha Persatuan Renang Amatur Selangor Helen Chang, Timbalan Presiden Persatuan Hoki Wanita Malaysia, Dato’ Dr S Shamala dan bekas Presiden Gimnastik Putrajaya Azmi Hassan."
] | [
"Anugerah Sukan Negeri Selangor",
"atlet negeri"
] |
https://selangorkini.my/2023/06/mb-sembah-tahniah-ucap-selamat-sempena-ulang-tahun-kelahiran-tengku-permaisuri/ | MB sembah tahniah, ucap selamat sempena ulang tahun kelahiran Tengku Permaisuri | [
"SHAH ALAM, 4 JUN: Dato’ Menteri Besar menzahirkan ucapan tahniah dan selamat hari lahir kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor yang meraikan ulang tahun kelahiran ke-52 hari ini.",
"“Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran Yang Ke-52 Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.",
"“Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat,” katanya.",
"Tengku Permaisuri Norashikin dilahirkan pada 4 Jun 1971 dan melangsungkan perkahwinan bersama DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja Istana Alam Shah, Klang."
] | [
"norashikin",
"Tengku Permaisuri Selangor",
"ulang tahun kelahiran"
] |