url
stringlengths
36
199
headline
stringlengths
3
105
content
sequence
tags
sequence
https://selangorkini.my/2023/06/dua-kanak-kanak-lemas-seorang-lelaki-hilang-ketika-mandi-di-pantai-bagan-lalang/
Dua kanak-kanak lemas, seorang lelaki hilang ketika mandi di Pantai Bagan Lalang
[ "PUTRAJAYA, 4 JUN: Dua kanak-kanak perempuan lemas manakala seorang lelaki berusia lingkungan 30-an hilang ketika mandi di Pantai Bagan Lalang, Selangor, hari ini.", "Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 2.34 petang dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang tiba di tempat kejadian kira-kira 23 minit kemudian.", "“Mangsa iaitu kanak-kanak perempuan berumur tujuh dan sembilan tahun ditemukan 50 meter dari lokasi kejadian dan kematian mereka disahkan pihak Kementerian Kesihatan (KKM).", "“Mangsa lelaki pula masih belum dijumpai. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pihak bomba,” menurut PGO dalam kenyataan hari ini." ]
[ "lemas", "Pantai Bagan Lalang" ]
https://selangorkini.my/2023/06/infrasel-baik-pulih-jalan-persiaran-jubli-perak-seksyen-22-shah-alam/
Infrasel baik pulih jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 22 Shah Alam
[ "SHAH ALAM, 4 JUN:  Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) melaksanakan kerja baik pulih jalan menggunakan kaedah ‘mill and pave’ (buang lapisan turap rosak dan diganti lapisan turap baharu) di Persiaran Jubli Perak dan Jalan 22/1 Seksyen 22 di sini.", "Syarikat penyelenggara jalan negeri itu memaklumkan kerja penurapan jalan di  kawasan terbabit merupakan sebahagian daripada Projek Turapan Mega yang giat dilaksanakan pentadbiran negeri sejak Mei lalu.", "Agensi itu memaklumkan menerusi Twitter, pihaknya turut menjalankan kerja baik pulih longkang dan cerun di Jalan Kampung Limau Manis, Sepang selain membaik pulih cerun bahu jalan di Jalan Dato’ Dagang Mondok, Dengkil pada 30 Mei lalu.", "Kelmarin Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Projek Turapan Mega di sembilan daerah meliputi jarak 94.9 kilometer yang bermula 1 Jun dijangka siap sepenuhnya penghujung Julai ini.", "Projek berskala besar dengan peruntukan RM50 juta merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan jalan raya di seluruh negeri ini berada dalam keadaan baik sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya serta mengurangkan kemalangan.", "Pada 13 Mei, Amirudin turut mengumumkan Selangor menerima peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk membaiki jalan kampung seluruh negeri." ]
[ "Infrasel", "turapan jalan" ]
https://selangorkini.my/2023/06/lzs-perkemas-data-asnaf-semak-kadar-layak-penerima-bantuan/
LZS perkemas data asnaf, semak kadar layak penerima bantuan
[ "SHAH ALAM, 4 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) melaksanakan program menyemak dan mengemas kini maklumat asnaf di sekitar Tanjong Karang dan Dengkil.", "Agensi itu memaklumkan program turun padang itu bertujuan meneliti semula kelayakan penerima bantuan berdasarkan had kifayah dan pendapatan terkini selain memastikan kadar bantuan diterima mengikut tanggungan sebenar.", "“Secara keseluruhan seramai 481 asnaf terlibat dalam semakan ini. Program di Masjid Sungai Gulang-Gulang Tanjong Karang dihadiri 373 asnaf melibatkan 11 masjid di kawasan Tanjong Karang manakala 108 asnaf menghadiri program yang dijalankan di Masjid Jameatus Solehah Pekan Dengkil.", "“Untuk makluman, mereka yang tersenarai dalam kategori asnaf fakir miskin perlu membuat kemas kini sekiranya berlaku sebarang perubahan dalam keluarga, sama ada kelahiran baharu mahupun kematian. Kemas kini boleh terus dibuat di cawangan LZS berdekatan,” maklumnya di Facebook.", "Pada 22 Mei lalu, LZS mengumumkan mencatat pencapaian bersejarah dengan prestasi agihan dan kutipan zakat melebihi RM1 bilion, tertinggi sejak penubuhannya selama lebih 25 tahun.", "Agihan bantuan zakat berkenaan memberi manfaat kepada 350,000 individu asnaf dan pelbagai organisasi di Selangor menerusi program pembangunan sosial, pendidikan, institusi agama, insan dan ekonomi serta bantuan khas melalui Zakat Selangor Peduli." ]
[ "Asnaf", "LZS" ]
https://selangorkini.my/2023/06/sektor-makanan-halal-berkembang-jualan-dijangka-cecah-rm50-bilion-tahun-ini/
Sektor makanan halal berkembang, jualan dijangka cecah RM50 bilion tahun ini
[ "NILAI, 4 JUN: Sektor makanan halal dalam negara dilihat terus berkembang dengan jualan makanan halal di Malaysia dijangka mencecah RM50 bilion pada tahun ini sekali gus berupaya menjadi pusat industri halal global.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata untuk tujuan itu pelbagai inisiatif dilancarkan kerajaan bertujuan mempertingkatkan kualiti produk halal dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.", "“Ini termasuk penganjuran Karnival Mega Fatwa dan Halal Peringkat Kebangsaan seperti ini yang bertepatan dengan semangat yang ingin dibawa iaitu semua pihak berkepentingan bergabung tenaga, usaha dan idea mengangkat agenda kesedaran halal negara kepada masyarakat.", "“Kita juga melaksanakan dan memperkasa pelbagai program pendigitalan melalui aplikasi sistem MyeHALAL yang membantu usahawan dalam menjimatkan masa dan menyenangkan proses memohon persijilan Halal Malaysia,” katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival Mega Fatwa dan Halal Peringkat Kebangsaan 2023 serta melancarkan Sahabat Halal IPT di Universiti Sains Islam Malaysia di sini hari ini.", "Mohd Na’im berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga membangunkan dua aplikasi halal Malaysia iaitu SmartHalal dan Verify Halal yang menjadi rujukan pengguna dan industri bagi memperoleh info berkaitan pensijilan halal negara.", "Dalam pada itu, beliau berkata Sahabat Halal IPT akan bertindak sebagai jurucakap kepada JAKIM dan jabatan agama negeri-negeri bagi memberikan penjelasan dan ilmu tepat berkaitan isu dan pengurusan halal dalam negara khususnya kepada komuniti pelajar.", "“Dalam konteks ini kita nak sampaikan dakwah dengan pelbagai cara terutama melalui media sosial, anak-anak muda mereka pakar teknologi, jadi saya harapkan dengan ilmu tentang pengurusan halal itu dapat dioptimumkan contohnya melalui penggunaan tik tok yang lebih rapat dengan mereka.", "“USIM sebagai perintis dan harap banyak lagi institusi pengajian tinggi termasuk swasta akan sertai. Kita membangunkan satu model yang seragam…Kita harapkan USIM menjadi pusat penyelarasan dan membangunkan modul untuk latih Sahabat Halal IPT,” katanya menambah seramai 39 mahasiswa USIM menjadi Sahabat Halal IPT setakat ini.", "Dalam perkembangan lain, beliau berkata Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan JAKIM dalam masa terdekat akan memperhalusi isu berkaitan waris perlu membayar cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang ditinggalkan si mati.", "“Sebelum perkara ini dibawa Jawatankuasa ke MKI, ia perlu mendapatkan pandangan panel pakar terlebih dahulu, dan dibawa kepada sub jawatankuasa pakar yang akan bincang perkara tersebut. Ia penting diperjelaskan kepada orang Islam bagi mengelakkan salah faham,” katanya.", "Beliau berkata demikian bagi mengulas perbezaan pandangan antara dua mufti iaitu Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berhubung perkara berkenaan. – BERNAMA" ]
[ "Datuk Dr Mohd NaÔÇÖim Mokhtar", "MyeHALAL", "sektor makanan halal" ]
https://selangorkini.my/2023/06/tiga-penunggang-motosikal-maut-tiga-lagi-cedera-dirempuh-kereta-bawah-jejambat-nkve/
Tiga penunggang motosikal maut, tiga lagi cedera dirempuh kereta bawah jejambat NKVE
[ "KUALA LUMPUR, 4 JUN: Tiga penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan ketika mereka sedang berteduh dari hujan di bawah jejambat di Kilometer (KM) 19.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan dekat Petaling Jaya, pagi tadi.", "Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata dalam kejadian pada jam 5.59 pagi itu, tiga penunggang motosikal berkenaan maut di lokasi kejadian manakala tiga penunggang lain mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.", "“Semua mangsa berkenaan merupakan lelaki tempatan dan berusia antara 19 hingga 37 tahun. Seorang mengalami cedera parah dan dirawat di zon merah dan dua lagi dirawat di zon kuning Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.", "Menurut Mohamad Fakhrudin, siasatan awal mendapati kereta jenis Honda City Hatchback yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun dari arah ibu kota ke Cyberjaya telah hilang kawalan dan merempuh mangsa yang sedang berteduh.", "Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R. Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan. – BERNAMA" ]
[ "dirempuh kereta", "Maut", "penunggang motosikal" ]
https://selangorkini.my/2023/06/23-kali-anjur-jualan-murah-dun-kota-damansara-rancang-lagi-enam-lokasi/
23 kali anjur jualan murah, DUN Kota Damansara rancang lagi enam lokasi
[ "PETALING JAYA, 4 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara mengadakan 23 program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) sejak Januari berikutan permintaan tinggi penduduk.", "“Inisiatif kerajaan negeri ini banyak membantu mereka sejak (JER) dianjurkan,” kata Shatiri Mansor pada JER di Dewan Budiman, Taman Subang Baru di sini hari ini.", "Terdahulu, lebih 300 penduduk beratur sejak jam 7.30 pagi walaupun jualan bermula lewat akibat hujan lebat selain 1,500 ayam habis dijual dalam tempoh satu jam setengah.", "“Kita faham dengan keadaan ekonomi dan kos sara hidup tinggi sekarang, justeru, kita mahu fokus projek atau program sebegini yang mana memberi lebih manfaat buat penduduk khususnya pengundi Kota Damansara.", "JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10)." ]
[ "DUN Kota Damansara", "Jelajah Ehsan Rakyat" ]
https://selangorkini.my/2023/06/skmm-terima-lebih-700-kes-tipu-dalam-talian-libat-facebook-setakat-25-mei/
SKMM terima lebih 700 kes tipu dalam talian libat Facebook setakat 25 Mei
[ "KULAI, 4 JUN: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima 744 laporan mengenai kes penipuan dalam talian melibatkan laman Facebook dari Januari hingga 25 Mei lepas.", "Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata ia diikuti dengan Telegram sebanyak 17 kes, Whatsapp (16), Instagram (tujuh) dan e-mel (satu).", "Beliau berkata angka itu jelas menunjukkan kepentingan kerjasama antara kerajaan bersama penyedia platform media sosial supaya kes jenayah seumpama itu dapat diambil tindakan segera.", "“Kementerian faham bahawa penyedia platform ada garis panduan komunitinya, itu perkara biasa. Sebagaimana perjumpaan yang dibuat bersama TikTok, Facebook dan Google, ia (adalah) untuk memastikan aktiviti yang melanggar undang-undang boleh diambil tindakan secepat mungkin.", "“Begitu juga jika ada ucapan bersifat perkauman dan sebagainya, kami boleh hantar senarai (laporan) kepada penyedia platform, tetapi penyedia platform masih mengguna pakai atau rujuk garis paduan mereka untuk buat keputusan sama ada kandungan itu akan dipadam atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menonton filem Polis Evo 3 bersama komuniti polis Kulai di sini hari ini.", "Mengenai tindakan Telegram mengabaikan jemputan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk berbincang dan mencari penyelesaian berhubung beberapa aduan, Teo berkata perjumpaan itu bertujuan mewujudkan kerjasama dalam mengekang aktiviti jenayah dan bukan bersifat politik atau menganggu kebebasan bersuara.", "“Kalau mereka (Telegram) cakap bahawa perjumpaan pun tidak boleh kerana ia adalah campur tangan politik, saya mahu bertanya soalan ini, adakah anda fikir di Malaysia kita tidak mempunyai kebebasan bersuara?", "“Adakah perjumpaan dengan kami, bermakna mereka (penyedia platfrom) jadi ‘slave’ kepada kerajaan, tidak kerana mereka ada garis panduan komuniti, tetapi untuk aktiviti yang memang menyalahi undang-undang seperti ‘online scam’, tindakan perlu diambil dan perlukan kerjasama semua pihak,” katanya.", "Sementara itu, berhubung Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta KKD melalui SKMM memantau hantaran berkisar naratif kaum dan agama yang dimainkan pemimpin politik di laman sosial untuk diambil tindakan, Teo mengingatkan semua pihak khususnya ahli politik agar tidak berbuat demikian kerana tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.", "Menurutnya orang ramai dan ahli politik juga dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan platform media sosial dengan mengeluarkan kenyataan berbaur kebencian, perkauman dan agama terutama ketika menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.", "“Semua pihak terutama ahli politik perlu faham, ketika PRN memang ada persaingan, tetapi jangan disebabkan ada agenda dan mahu kemenangan, kita mengeluarkan kenyataan yang boleh beri kesan negatif kepada masyarakat,” kata Ahli Parlimen Kulai itu. – BERNAMA" ]
[ "SKMM", "Teo Nie Ching", "Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital" ]
https://selangorkini.my/2023/06/300-penduduk-beratur-sejak-7-30-pagi-500-ayam-habis-di-jualan-pkps/
300 penduduk beratur sejak 7.30 pagi, 500 ayam habis di jualan PKPS
[ "PETALING JAYA, 4 JUN: Lebih 300 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara beratur sejak jam 7.30 pagi pada Jelajah Ehsan Rakyat (JER) walaupun jualan bermula lewat akibat hujan lebat.", "Sebanyak 500 ayam habis dijual dalam tempoh satu jam setengah selepas dibuka pada program di Dewan Budiman, Taman Subang Baru di sini hari ini.", "“Ramai berpuas hati kerana inisiatif Kerajaan Negeri ini banyak membantu mereka menjimatkan perbelanjaan dan menangani kos sara hidup yang tinggi,” katanya.", "JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).", "Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga awal Disember tahun lepas dengan nilai jualan melebihi RM16 juta." ]
[ "DUN Kota Damansara", "Jelajah Ehsan Rakyat" ]
https://selangorkini.my/2023/06/menteri-tempoh-44-progam-pengajian-dipendekkan-kepada-tiga-tahun/
Menteri: Tempoh 44 progam pengajian dipendekkan kepada tiga tahun
[ "KUALA LUMPUR, 4 JUN: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengenal pasti 44 program pengajian di sembilan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk dipendekkan tempoh pengajian dari empat tahun kepada tiga tahun.", "Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pemendekan tempoh pembelajaran itu akan dapat membantu mengurangkan jumlah pinjaman atau kos pengajian yang perlu ditanggung oleh pelajar.", "“Pada masa yang sama, ia membuka peluang untuk graduan memasuki pasaran kerja setahun lebih awal,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Jom Masuk U di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, di sini hari ini.", "Beliau berkata langkah berkenaan adalah usaha berterusan KPT dalam mengemas kini dan menyusun program dan jurusan yang ditawarkan oleh IPT di seluruh negara dengan cara terbaik serta menguntungkan semua pihak.", "Pada sidang media selepas majlis penutupan itu, Mohamed Khaled berkata pemendekan tempoh pengajian itu hanya melibatkan program dan jurusan IPTA yang bermula tahun ini.", "Menyentuh inisiatif baharu kementerian itu dalam meningkatkan minat serta akses ke IPT, beliau berkata sebanyak 95 program pengajian ijazah sarjana muda daripada 19 universiti awam bersedia melaksanakan pembelajaran anjal bermula dengan kemasukan sesi akademik 2023/2024.", "Beliau berkata ini adalah selaras dengan cadangan KPT untuk memperkenal sistem pembelajaran hibrid dan anjal bagi para pelajar menghadiri kuliah di universiti pada tahun pertama dan tahun akhir sahaja.", "“Pada tahun-tahun di pertengahannya, pelajar akan diberi pilihan dan keanjalan untuk mengikuti pengajian dari rumah tanpa perlu hadir secara fizikal di kelas. Maksudnya, mahasiswa boleh menghadiri kuliah secara dalam talian sahaja,” katanya.", "Mengulas Program Pembangunan Siswa Sulung (SULUNG) yang mula dilaksanakan tahun lepas, beliau berkata 10,000 mahasiswa yang merupakan wakil pertama dari keluarga B40 akan dikecualikan sepenuhnya daripada yuran pengajian di semua 20 universiti awam.", "Program SULUNG diperkenalkan KPT bertujuan untuk memberikan peluang dan kemudahan kepada generasi pertama yang cemerlang dalam kalangan keluarga B40 melanjutkan pengajian ke menara gading. – BERNAMA" ]
[ "Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)", "Mohamed Khaled Nordin", "pendek tempoh pengajian" ]
https://selangorkini.my/2023/06/tengku-permaisuri-norashikin-sambut-ulang-tahun-kelahiran-ke-52-hari-ini/
Tengku Permaisuri Norashikin sambut ulang tahun kelahiran ke-52 hari ini
[ "SHAH ALAM, 4 JUN : Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menyambut ulang tahun kelahiran ke-52 hari ini.", "“Semoga Tuanku Permaisuri dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat. Daulat Tuanku!” menurut perkongsian itu di Facebook.", "Tengku Permaisuri Norashikin dilahirkan pada 4 Jun 1971 dan melangsungkan perkahwinan bersama DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja Istana Alam Shah, Klang." ]
[ "Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin", "ulang tahun" ]
https://selangorkini.my/2023/06/tujuh-pekerja-pusat-latihan-memandu-terperangkap-di-pejabat-susulan-banjir-di-ijok/
Tujuh pekerja pusat latihan memandu terperangkap di pejabat susulan banjir di Ijok
[ "SHAH ALAM, 4 JUN : Tujuh pekerja pusat latihan memandu di Ijok, Kuala Selangor terperangkap dalam pejabat kira-kira 30 minit susulan banjir kilat awal pagi tadi.", "Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan 10.17 pagi sebelum tiba ke tempat kejadian pada jam 11.02 pagi.", "“Ketika pihak Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya tiba di lokasi dilaporkan ada kejadian banjir di kawasan tersebut dengan kedalaman air satu meter.", "“Seramai tujuh pekerja Institut Memandu Malayan terperangkap dalam pejabat dan pihak bomba sedang menyelamatkan mangsa serta memindahkan mereka ke tempat selamat dengan menggunakan bot fiber,” katanya menerusi kenyataan." ]
[ "Banjir", "Bomba", "Ijok", "Kuala Selangor" ]
https://selangorkini.my/2023/06/atlet-renang-lelaki-raih-emas-pertama-di-sukan-para-asean/
Atlet renang lelaki raih emas pertama di Sukan Para ASEAN
[ "PHNOM PENH, 4 JUN: Perenang para negara, Fraidden Dawan nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menghadiahkan emas pertama Malaysia di Sukan Para ASEAN (APG) ke-12 hari ini.", "Atlet berusia 36 tahun berasal dari Bintulu, Sarawak itu mempamerkan aksi luar biasa untuk menjuarai acara 400 meter (m) gaya bebas S10 (kecacatan anggota kaki) lelaki di Pusat Akuatik, Stadium Morodok Techo, di sini.", "Pemenang pingat emas APG edisi lepas di Solo, Indonesia itu tidak berdepan masalah untuk mengesahkan emas menerusi catatan 4 minit 52.60 saat.", "Beliau cemerlang meninggalkan pesaing dari Indonesia, Tangkilisan Steven Sualang yang merekodkan 5:12.81s untuk meraih pingat perak dan perenang Vietnam, Van Vinh Quach di kedudukan ketiga dengan 5:23.30s.", "Terdahulu, seorang lagi perenang negara Rusdianto Rusmadi meraih pingat perak menerusi acara 400m Gaya Bebas S8 (kecatatan anggota kaki) dengan catatan 5:50.54s." ]
[ "emas", "Fraidden Dawan", "Sukan Para ASEAN" ]
https://selangorkini.my/2023/06/institusi-pendidikan-laksana-program-eip-dipelawa-mohon-bantuan-didik-anak-istimewa/
Institusi pendidikan laksana program EIP dipelawa mohon bantuan didik anak istimewa
[ "SHAH ALAM, 4 JUN: Institusi pendidikan anak istimewa dan pusat pemulihan dalam komuniti dipelawa memohon Bantuan Didik ANiS 2023 secara atas talian yang dibuka mulai esok.", "Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANiS) memaklumkan permohonan bantuan kewangan secara sekali beri (one-off) sehingga 4 Julai depan terbuka kepada institusi berdaftar yang menjalankan program Intervensi Awal (EIP) untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor.", "“Pada tahun ini, pelaksanaan program Didik ANIS akan dilaksanakan dengan menjalankan kerjasama strategik dengan semua penerima geran Didik ANIS untuk laksana program berasaskan khidmat masyarakat mengikut pakej pilihan berdasarkan skala program dijalankan,” maklum agensi itu di Facebook.", "Sebelum ini, EXCO kesihatan awam berkata Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan pendidikan kanak-kanak istimewa termasuk meningkatkan keupayaan golongan tersebut menerusi pelbagai program.", "Dr Siti Mariah Mahmud berkata komitmen Selangor dibuktikan menerusi peruntukan yang ditambah kepada RM5 juta berbanding hanya RM3 juta sebelum ini.", "Setakat April lalu, Siti Mariah berkata seramai 100 kanak-kanak menerima pendidikan khas di Pusat Prasekolah ANiS Seksyen 7 dan Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANiS dengan peruntukan kos RM1juta." ]
[ "Anak Istimewa Selangor (AnIS)", "Bantuan Didik ANiS 2023", "Program Intervensi Awal (EIP)" ]
https://selangorkini.my/2023/06/kementerian-percaya-bwf-ada-sebab-kukuh-iktiraf-chong-wei/
Kementerian percaya BWF ada sebab kukuh iktiraf Chong Wei
[ "BALIK PULAU, 4 JUN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) percaya Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mempunyai sebab yang kukuh sebelum mereka memutuskan untuk memberi pengiktirafan kepada lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.", "Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pengiktirafan kepada Chong Wei dalam Hall of Fame 2023 BWF itu juga berdasarkan data dan statistik oleh BWF.", "“Saya ada di sana semasa beliau (Chong Wei) dan Lin Dan menerima anugerah dan pengiktirafan itu…kalau kita lihat data serta statistik saya percaya BWF mempunyai sebab yang kukuh sebelum mereka memberi pengiktirafan itu.", "“Kita juga bangga dengan pencapaian Lee Chong Wei,” katanya kepada pemberita selepas Flag-Off Separuh Maraton Balik Pulau 2023 di Kompleks Sukan Balik Pulau di sini hari ini.", "Hannah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat dalam satu video yang viral di media sosial, seakan tidak bersetuju dengan pemilihan Chong Wei untuk pengiktirafan tersebut.", "Dalam video itu, Taufik mengakui bahawa Lin Dan lebih layak mendapat pengiktirafan itu, namun beliau mempersoalkan kewujudan nama pemain Malaysia berkenaan dalam senarai itu.", "Pada 26 Mei lepas, Chong Wei, 41, dan Lin Dan dimasyhurkan dalam Hall of Fame BWF atas kejayaan dan sumbangan mereka terhadap sukan badminton kerana muncul sebagai pemain perseorangan lelaki paling dominan ketika era kegemilangan mereka.", "Penguasaan Chong Wei dalam arena badminton menyaksikan beliau meraih 47 gelaran Siri Super atau Jelajah Dunia BWF sepanjang 19 tahun penglibatannya dan memegang gelaran nombor satu dunia selama 349 minggu.", "Pemain kelahiran Pulau Pinang itu merupakan atlet badminton paling berjaya Malaysia dengan tiga pingat perak Sukan Olimpik iaitu Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016, serta tiga gelaran naib juara Kejohanan Dunia pada 2011, 2013 dan 2015.", "Terdahulu, seramai 4,000 peserta dari 24 negara menyertai separuh maraton Balik Pulau itu yang turut dihadiri Ahli Parlimen Balik Pulau Datuk Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik. – BERNAMA" ]
null
https://selangorkini.my/2023/06/malaysia-ucap-takziah-susulan-nahas-kereta-api-di-india-ragut-hampir-300-nyawa/
Malaysia ucap takziah susulan nahas kereta api di India, ragut hampir 300 nyawa
[ "NEW DELHI, 4 JUN: Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada India susulan nahas kereta api penumpang yang mengakibatkan ratusan nyawa terbunuh atau cedera pada Jumaat.", "Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengucapkan takziah dan mendoakan kesembuhan kepada mereka yang cedera dalam tragedi yang berlaku di negeri Odisha itu.", "“Kami bersama dengan kerajaan dan rakyat India mendoakan misi menyelamat akan berjaya dan kami juga turut bersimpati kepada waris mangsa,” menurut misi diplomatik Malaysia itu di Twitter.", "Perdana Menteri India Narendra Modi yang melawat lokasi nahas di daerah Balasore Odisha pada Sabtu, berikrar akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang didapati bersalah menyebabkan berlakuya nahas itu yang melibatkan tiga kereta api.", "Dalam kejadian itu, kereta api Coromandel Express yang dalam perjalanan menuju ke Chennai bertembung dengan kereta api Yesvantpur-Howrah Superfast sebelum satu daripada kereta api berkenaan melanggar kereta api barang." ]
[ "India", "kereta api bertembung" ]
https://selangorkini.my/2023/06/majlis-raja-raja-miliki-kuasa-unggul-angkat-kepentingan-melayu/
Majlis Raja-Raja miliki kuasa unggul, angkat kepentingan Melayu
[ "Semua sembilan Raja Melayu hadir dalam mesyuarat pertama yang berlangsung pada 18 Februari 1948 di Johor Bahru dan dipengerusikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Abu Bakar.", "Dari tahun berkenaan hingga 1957, lebih 50 mesyuarat diadakan berkaitan isu kebajikan orang Melayu dan kepentingan Tanah Melayu, lebih-lebih lagi negara ketika itu di ambang merdeka.", "Ketetapan mesyuarat tersebut dalam tempoh itu antara lain menubuhkan Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Majlis Raja-Raja dan mengehad kemasukan buruh dari China dan India.", "Selain itu, bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi meski bukan bahasa kebangsaan selain pemilihan bendera, penentuan jata dan cogan kata sebagai lambang Persekutuan Tanah Melayu.", "Setakat Februari, Majlis Raja-Raja telah bersidang 261 kali. Mesyuarat terakhir dipengerusikan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Istana Negara.", "Lazimnya, majlis tersebut bersidang tiga kali setahun tetapi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja boleh memanggil anggota majlis apabila dikehendaki Yang di-Pertuan Agong.", "Sekalipun semua Raja dan Yang di-Pertua Negeri menganggotai majlis itu secara automatik, Yang di-Pertua Negeri tidak terlibat dalam pemilihan, pelucutan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan perbincangan keistimewaan Raja-Raja.", "Penubuhannya dikanunkan bawah Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Selain memilih Yang di-Pertuan Agong, peranannya termasuklah berkaitan isu agama Islam, pindaan perundangan, pengampunan hukuman dan pelantikan anggota Mahkamah Khas.", "Majlis tersebut turut memiliki kuasa unggul dalam beberapa aspek berikutan sesetengah peruntukan Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda tanpa persetujuannya terlebih dahulu.", "Perkara itu meliputi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera serta hak kaum lain, kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi serta pindaan sempadan negeri.", "Pindaan sempadan dibuat empat kali iaitu penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1973, Putrajaya (1994), Wilayah Persekutuan Labuan (1984) dan penyelesaian isu sempadan Kedah – Pulau Pinang (1985).", "Terbaharu, Majlis Raja-Raja memainkan peranan penting dalam melerai kekusutan politik tanah air, bermula episod perpecahan gabungan kerajaan pada 2020 hingga situasi parlimen tergantung selepas pilihan raya umum 2022.", "Atas kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja, kemelut politik sepanjang tiga tahun itu dapat dirungkai dengan berhemah dan saksama bagi perpaduan negara." ]
[ "Majlis Raja-Raja", "Melayu", "perlembangaan" ]
https://selangorkini.my/2023/06/amaran-ribut-petir-di-lima-daerah-di-selangor-putrajaya-hingga-1-tengah-hari/
Amaran ribut petir di lima daerah di Selangor, Putrajaya hingga 1 tengah hari
[ "SHAH ALAM, 4 JUN: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima daerah di Selangor sehingga 1 petang ini.", "Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook memaklumkan daerah terbabit ialah Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang selain seluruh Pulau Pinang, Putrajaya dan Melaka.", "Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam." ]
[ "MetMalaysia", "ribut petir" ]
https://selangorkini.my/2023/06/suri-rumah-rugi-rm110556-terperdaya-tawaran-kerja-sambilan-di-media-sosial/
Suri rumah rugi RM110,556 terperdaya tawaran kerja sambilan di media sosial
[ "KUANTAN, 4 JUN: Seorang suri rumah mendakwa kerugian RM110,556 selepas diperdayakan sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan sambilan menerusi aplikasi media sosial.", "Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 36 tahun mendakwa pautan iklan di Telegram pada 30 Mei lepas hanya memerlukan dia membuat tanda suka dan berkongsi video YouTube.", "“Mangsa berkata ditawarkan komisen antara 15 ke 20 peratus bagi melakukan lapan tugasan namun dia perlu membuat bayaran terlebih dahulu bagi mendapatkan pautan ke video terlibat.", "“Tertarik dengan jumlah komisen menyebabkan mangsa mengeluarkan wang simpanan serta meminjam daripada rakan-rakan untuk membayar suspek,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.", "Yahaya berkata mangsa telah membuat 21 transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke lima akaun diberikan suspek sebelum menyedari dirinya ditipu dan telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam.", "Yahaya menasihatkan orang awam agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran iklan di media sosial terutamanya yang menawarkan keuntungan tinggi dan pekerjaan mudah. – BERNAMA" ]
[ "kerja sambilan di media sosial", "tertipu" ]
https://selangorkini.my/2023/06/wakil-rakyat-subang-jaya-tulis-buku-untuk-kumpul-dana-prn/
Wakil rakyat Subang Jaya tulis buku untuk kumpul dana PRN
[ "SUBANG JAYA, 4 JUN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya menghasilkan karya ‘My Story: Beneath Calm Waters’ demi mengumpul dana bagi perjalanan pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.", "Michelle Ng Mei Sze berkata hasil jualan buku yang mengupas cabaran dan suka duka sepanjang beliau bergelar wakil rakyat itu akan disalur ke dalam akaun DAP USJ 6.", "“Saya tidak mahu buku ini hanya mengenai dasar dan teori, saya cuba jadikannya lebih peribadi dengan selitkan beberapa kisah turun padang yang menginspirasikan beberapa dasar yang kita perjuangkan.", "Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran buku tersebut di sebuah pusat beli-belah di sini semalam. Turut dihadir veteran DAP Lim Kit Siang, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan bekas Ahli Parlimen Damansara Tony Pua.", "“Mereka yang berminat untuk dapatkan buku selepas majlis pelancaran boleh membelinya di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya di SS14,” katanya." ]
[ "Buku", "Michelle Ng Mei Sze", "PRN" ]
https://selangorkini.my/2023/06/lima-acara-menarik-sempena-hari-terakhir-pbakl-di-pavilion-selangor/
Lima acara menarik sempena hari terakhir PBAKL di Pavilion Selangor
[ "SHAH ALAM, 4 JUN: Lima acara menarik menanti pengunjung di Pavilion Selangor sempena hari berakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 hari ini.", "Acara pada 11 pagi menampilkan penulis buku, Nor Azhar Ishak bagi segmen Story Telling with Uncle Nal diikuti bicara buku Makin Diuji Makin Berani bersama penulisnya, Hamidah Mat (12 tengah hari).", "Sesi penerangan mengenai pelesenan dan pengurusan harta intelek pula berlangsung pada 1 petang diikuti bicara sasterawan bersama artis terkenal, Imuda (2 petang).", "Pavilion itu merupakan ruangan Selangor sebagai negeri tamu sempena pesta buku di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur yang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan kepentingan orang ramai." ]
[ "Pavilion Selangor", "PBAKL" ]
https://selangorkini.my/2023/06/tiada-guna-merawat-luka-di-dada/
Tiada guna merawat luka di dada
[]
[ "Budaya", "HSS2023", "Karl Agan", "sajak", "sastera", "seni" ]
https://selangorkini.my/2023/06/sukan-para-asean-kemboja-buka-tirai-malaysia-hantar-144-atlet/
Sukan Para ASEAN Kemboja buka tirai, Malaysia hantar 144 atlet
[ "PHNOM PENH, 4 JUN: Kemboja mengalu-alukan penyertaan 2,000 atlet ‘istimewa’ dengan pericikan bunga api dan persembahan kebudayaan pada upacara perasmian yang menakjubkan sempena edisi ke-12 temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo di sini, malam tadi.", "Kemboja yang memilih tema ‘Sports: Live In Peace’ unggul mempersembahkan acara bunga api berwarna warni yang memukau kira-kira 70,000 penonton, selain turut menyajikan persembahan menarik iaitu Khmer Heart yang berasal dari negara Asia Tenggara itu sendiri.", "Perarakan kontinjen Malaysia, terdiri daripada 34 atlet dan 14 pegawai, diketuai oleh Chef-de-Mission (CDM), Noor Syahieda Mat Shah dan atlet boccia (BC1- kecatatan fizikal) Angeline Melissa Lawas yang menggalas tugas sebagai pembawa Jalur Gemilang.", "Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, seterusnya mengisytiharkan perasmian APG, menandakan saingan selama seminggu bermula secara rasmi hingga Jumaat ini dengan penyertaan 11 negara.", "Perasmian itu hadir selepas bendera Persekutuan Sukan Para ASEAN dinaikkan dan lafaz ikrar oleh wakil atlet serta pegawai pertandingan berlangsung dengen penuh istiadat.", "Upacara perasmian itu diikuti dengan atlet bola keranjang berkerusi roda Sinet An menyalakan obor sebelum penonton di stadium menyaksikan pertunjukan bunga api yang menyinari langit Phnom Penh.", "Malaysia menyandarkan harapan negara kepada 144 atlet, dengan 62 atlet atau 43 peratus daripadanya kali pertama menyertai temasya edisi ke-12 itu.", "Mereka akan menggalas cabaran negara dalam 13 daripada 14 jenis sukan yang dipertandingkan di Kemboja, yang menyaksikan Malaysia akan mengambil bahagian dalam 153 acara ataupun 35.66 peratus daripada 429 acara yang dipertandingkan.", "Tiga belas sukan itu ialah olahraga, badminton, boccia, catur, bola sepak cacat penglihatan, bola sepak cerebral palsy, goalball, judo, powerlifting, renang, tenis berkerusi roda dan bola keranjang berkerusi roda, selain satu sukan demo iaitu e-sukan.", "Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) sebelum ini mengumumkan sasaran sebanyak 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa menjadi buruan skuad kontinjen para negara, berbanding 36 emas, 20 perak dan 14 gangsa yang diraih pada edisi lalu di Solo, Indonesia.", "Pengurangan pingat emas itu adalah apabila tiga jaguh negara iaitu Datuk Mohd Latif Romly (lompat jauh), Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru) dan jaguh badminton para Cheah Liek Hou tidak dihantar ke temasya dwitahunan itu selepas masing-masing memenangi pingat emas Sukan Paralimpik.", "Malaysia buat julung kalinya pernah muncul juara keseluruhan APG iaitu ketika menjadi tuan rumah edisi sulung di Kuala Lumpur pada 2001, yang menyaksikan kontinjen para negara unggul merangkul 143 pingat emas, 136 perak dan 92 gangsa." ]
[ "atlet para", "Sukan Para ASEAN" ]
https://selangorkini.my/2023/06/liga-super-selangor-tewas-kepada-pdrm-1-0/
Liga Super: Selangor tewas kepada PDRM 1-0
[ "SHAH ALAM, 3 JUN: Selangor FC (SFC) terlepas peluang mengukuhkan kedudukan di tempat kedua Liga Super selepas dikejutkan PDRM FC 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.", "Beraksi sebagai pelawat, ini adalah kekalahan ketiga buat anak buah Tan Cheng Hoe pada kempen liga musim ini sementara ‘The Cops’ mengumpul kemenangan kelima mereka, lapor portal Berita Harian", "Keputusan itu menyaksikan SFC kekal dengan 28 mata dan Sri Pahang FC (SPFC) berpeluang menghimpun jumlah mata sama jika berjaya menewaskan KL City FC, esok.", "Sebahagian besar perlawanan dikuasai Selangor FC yang menyaksikan mereka berjaya mencemaskan benteng pertahanan PDRM FC dua kali hanya dalam tempoh lima minit pertama.", "Gerakan menarik antara Aliff Haiqal Lau dan Quentin Cheng pada minit kedua menyaksikan rembatan Aliff Haiqal tersasar sebelum SFC terlepas peluang membuka jaringan pada minit kelima susulan kawalan kurang kemas Ayron del Valle.", "Satu lagi peluang hadir buat SFC pada minit ke-31 namun del Valle dikawal ketat James Okwuosa sebelum dibantu Mohamad Ramdhan Ab Hamid yang berjaya menutup peluang penyerang itu mendapatkan gol pembukaan.", "Kehadiran Okwuosa di benteng pertahanan PDRM FC jelas ‘menyusahkan’ SFC selepas pemain itu menafikan peluang pelawat apabila memintas hantaran Quentin di dalam kotak penalti pada minit ke-38.", "Bersambung babak kedua, PDRM FC mengekalkan disiplin bertahan yang amat baik dan berjaya menutup segenap inci ruang daripada SFC yang terus mengasak bagi mendapatkan gol pendahuluan." ]
[ "Liga Super" ]
https://selangorkini.my/2023/06/jualan-murah-barangan-dapur-di-sembilan-lokasi-pagi-esok/
Jualan murah barangan dapur di sembilan lokasi pagi esok
[ "SHAH ALAM, 3 JUN: Program jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri, Jelajah Ehsan Rakyat (JER) diteruskan ke sembilan lokasi esok, bermula 10 pagi.", "Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan jualan diadakan di Asa Jaya (DUN Permatang), pusat khidmat ADN (DUN Kuala Kubu Bharu), Masjid Al-Falah Kampung Idaman (DUN Pelabuhan Klang) dan Balai Masyarakat Taman Sri Andalas (DUN Seri Serdang).", "Program bertujuan meringankan beban rakyat itu juga berlangsung di Dewan Budiman Taman Subang Baru (DUN Kota Damansara), Pasar Pagi Bandar Tun Hussein Onn (DUN Balakong), Seksyen 16 Bandar Baru Bangi (DUN Sungai Ramal), tapak bola keranjang Kampung Baru Kundang (DUN) Kuang dan Taman Harmoni (DUN Morib).", "JER kendalian PKPS menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).", "Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga awal Disember tahun lepas dengan nilai jualan melebihi RM16 juta.", "PKPS juga menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri." ]
[ "JER", "jualan murah" ]
https://selangorkini.my/2023/06/jelajah-perkasa-ekonomi-belia-dilaksana-seluruh-negara-sasar-15000-peserta/
Jelajah perkasa ekonomi belia di 43 lokasi seluruh negara, sasar 15,000 peserta
[ "KAJANG, 3 JUN : Jelajah Genta Belia 2023 anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal menjelajah ke 43 lokasi di seluruh negara dengan Hulu Langat menjadi daerah pertama hari ini.", "Timbalan Menterinya Adam Adli Abd Halim berkata siri jelajah itu antara usaha KBS bagi mendedahkan golongan belia dengan pelbagai program pemerkasaan ekonomi yang dilaksana agensi kerajaan dan bukan kerajaan.", "“Dijangka 15,000 belia bakal mendapat manfaat daripada keseluruhan jelajah itu yang dijangka berakhir Oktober ini dengan Kuala Lumpur menjadi lokasi penutup.", "“Program ini turut memberi tumpuan belia di kawasan luar bandar sekali gus mewujudkan keseimbangan pembangunan sosioekonomi golongan belia di kawasan bandar dan luar bandar,” katanya berucap merasmikan Jelajah Genta Belia 2023 siri pertama di Medan Kajang di sini.", "Beliau berkata terdapat tiga pengisian utama bagi jelajah tersebut iaitu aktiviti perkongsian ilmu dan maklumat seperti peluang pekerjaan, keusahawanan serta ekonomi; jualan komuniti belia berkonsepkan segmen mini dan aktiviti sampingan berbentuk permainan interaktif serta hiburan.", "“Kerajaan sentiasa faham bahawa golongan belia perlu diberi pendedahan berhubung inisiatif terkait peluang ekonomi secara lebih kerap supaya mereka dapat meneroka kepelbagaian sektor dan kaedah terkini untuk meningkatkan keupayaan diri,” katanya.", "Siri jelajah dilaksanakan KBS bersama rakan strategik iaitu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Jabatan Pertanian, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan badan bukan kerajaan lain." ]
[ "Adam Adli", "Jelajah Genta Belia" ]
https://selangorkini.my/2023/06/bersaing-wartawan-netizen-pengamal-media-pegang-etika-lapor-berita-benar/
Bersaing ‘wartawan netizen’, pengamal media pegang etika lapor berita benar
[ "KUALA LUMPUR, 3 JUN: Kewujudan ‘wartawan netizen’ merupakan cabaran kepada pengamal media pada masa kini dalam menyampaikan bahan berita yang sahih.", "Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor Sdn Bhd Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree berkata pengamal media perlu berpegang kepada etika kewartawanan supaya berita disampaikan benar walaupun lambat.", "“Sudah pasti di era digital berlaku pertembungan dan saingan kerana semua ada kamera, telefon bimbit dan internet. Mereka boleh muat naik apa sahaja. Ini cabaran kepada pengamal media apabila berdepan persaingan siapa paling cepat.", "“Contohnya pada pilihan raya, wartawan dapat maklumat mengatakan ahli politik ini mendahului dan dijangka menang, tetapi kita tidak tahu sumber sebenar. Sebagai pengamal media, kita bukan kejar viral tetapi sahih atau tidak,” katanya.", "Beliau berkara pada program bual bicara Media dan Komunikasi: Kepentingan dalam Pembinaan Malaysia Madani di Pavilion Selangor sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 hari ini.", "Pesta buku yang memasuki tahun ke-40 penganjurannya bermula Jumaat lalu sehingga 4 Jun dan dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam.", "“Mungkin keutamaan netizen menceritakan atau memberitahu apa berlaku tetapi pengamal media perlu ada semak dan imbang serta melaporkan apa yang sahih sahaja,” katanya.", "Sementara itu, Pengerusi TV Al-Hijrah Mohd Khair Ngadiron berkata pihaknya memilih kesederhanaan dan menghormati kepelbagaian dalam menyampaikan berita bagi menutup ruang-ruang yang menimbulkan kekeliruan.", "“Sebagai media nasional, kita selalu berada dalam persimpangan yang mana sejauh mana boleh terbuka. Dalam hal tertentu, kita perlu mementingkan siapa yang menonton dan dengar apa yang mahu disampaikan.", "“Jadi kita memilih sederhana dan hormat kepelbagaian dan ini penting sebab bukan hanya menangi soal persepsi. Kalau politik tidak mengapa ini agama sebabkan hukum,” katanya." ]
[ "etika kewartawanan", "Media Selangor", "Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree", "Pengamal media" ]
https://selangorkini.my/2023/06/kanak-kanak-dipercayai-lemas-mandi-sungai-operasi-cari-mangsa-giat-dijalankan/
Kanak-kanak dipercayai lemas mandi sungai, operasi cari mangsa giat dijalankan
[ "IPOH, 3 JUN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun hilang, dikhuatiri lemas, ketika mandi di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat,  Tanjung Malim, hari ini.", "Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya telah menerima panggilan pada jam 5.06 petang tadi berkenaan kejadian tersebut.", "“Setibanya jentera di lokasi, kita terima makluman daripada saksi, seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mandi manda hilang dan dipercayai telah lemas,” katanya dalam kenyataan.", "Beliau berkata kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan, dengan ‘surface searching’ dilakukan bersama orang kampung merangkumi jarak 30 meter dari lokasi mangsa dipercayai hilang.", "Setakat ini, katanya, 10 orang terlibat dalam operasi SAR itu dengan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan juga telah digerakkan ke lokasi." ]
[ "Bomba", "Hilang", "Kanak-Kanak", "lemas", "mandi" ]
https://selangorkini.my/2023/06/sempena-ibadah-korban-setiap-adn-terima-empat-ekor-lembu-10-kambing/
Sempena ibadah korban, setiap ADN terima empat ekor lembu, 10 kambing
[ "SHAH ALAM, 3 JUN: Kerajaan Negeri memperuntukan empat ekor lembu dan 10 ekor kambing untuk setiap 56 Ahli Dewan Negeri (ADN) bagi melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.", "Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan sempena Aidiladha itu diharap memudahkan wakil rakyat menganjurkan sendiri majlis korban atau bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).", "“Ia bertepatan dengan tradisi sumbangan lembu dan kambing sempena Aidiladha kepada masjid, surau serta badan bukan kerajaan (NGO) yang dilaksanakan Kerajaan Negeri sejak sekian lama.", "“Untuk sambutan Aidiladha kali ini kita teruskan tradisi dengan beri peruntukan empat ekor lembu dan 10 ekor kambing untuk setiap ADN.", "“Mereka juga boleh serahkan (sumbangan) kepada mana-mana surau atau masjid yang dirasakan layak. Ini bukan tahu  pertama jadi saya percaya masing-masing sudah ada perancangan untuk laksanakan ibadah korban,” katanya.", "Pada majlis sama, Dato’ Menteri Besar turut mengumumkan sebanyak 300 masjid dan surau terpilih menerima sumbangan ibadah korban daripada Kerajaan Negeri sempena sambutan Aidiladha tahun ini." ]
[ "Aidiladha", "Hari Raya Korban" ]
https://selangorkini.my/2023/06/selangor-cadang-bina-jajaran-rel-klang-sabak-bernam/
Selangor cadang bina jajaran rel Klang-Sabak Bernam
[ "SHAH ALAM, 3 JUN: Selangor berhasrat mewujudkan jajaran rel di kawasan utara negeri itu melibatkan daerah seperti Sabak Bernam dan Kuala Selangor.", "Dato’ Menteri Besar berkata ketika ini kawasan utara yang mempunyai kemudahan tersebut adalah Hulu Selangor apabila terdapat laluan bagi komuter dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sedang dalam pembinaan, lapor portal Utusan Malaysia.", "“Ini mungkin perkara yang boleh dirangka, paling tidak buat dasar dahulu, supaya keterhubungan ini akan menjimatkan dan suatu masa nanti orang boleh tinggal di Sabak Bernam tetapi bekerja di Shah Alam.", "“Sebenarnya di kawasan utara Selangor, kita belum lagi dihubungkan sepenuhnya dengan rangkaian kereta api. Rangkaian jalan raya sudah ada tetapi bermula dari Klang sampai ke Kuala Selangor dan Sabak Bernam, belum dihubungkan dengan rel,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.", "Beliau berkata kemudahan pengangkutan awam yang lengkap memenuhi teras Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang menumpukan matlamat bandar rendah karbon dengan migrasi daripada penggunaan kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam.", "“Kerajaan negeri seiring dengan seluruh rakyat Malaysia akan bersama-sama berganding bahu memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta pengagihan kekayaan dibuat secara telus, adil dan saksama." ]
[ "jajaran", "kereta api", "rel" ]
https://selangorkini.my/2023/06/pwb-dun-taman-templer-rai-golongan-ibu-rancang-program-jana-pendapatan/
PWB DUN Taman Templer rai golongan ibu, rancang program jana pendapatan
[ "SELAYANG, 3 JUN: Lebih 200 wanita dirai pada Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Hari Ibu 2023 anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer di sini, hari ini.", "“Kita juga ingin menyelaras gerak kerja di peringkat DUN dan merancang pelbagai program-program bersama Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan juga pihak-pihak lain.", "Turut hadir Ahli Dewan Negeri DUN Taman Templer Sany Hamzan, Ahli Lembaga Pengarah WBS Rawiyiah Zakaria dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Sukarelawan Setia Prihatin Malaysia (KSSPM) Datin Reny Rahayu Mohd Ishak." ]
[ "PWB", "WBS" ]
https://selangorkini.my/2023/06/amaran-hujan-lebat-di-kl-lima-daerah-di-selangor-hingga-6-petang/
Amaran hujan lebat di KL, lima daerah di Selangor hingga 6 petang
[ "SHAH ALAM, 3 JUN: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda Kuala Lumpur dan lima daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 6 petang ini.", "Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama diramal melanda seluruh Perlis serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.", "Agensi tersebut memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam." ]
[ "hujan len=bat", "MetMalaysia" ]
https://selangorkini.my/2023/06/bekal-haiwan-korban-tidak-ikut-spesifikasi-12-pembekal-disenarai-hitam/
Bekal haiwan korban tidak ikut spesifikasi, 12 pembekal disenarai hitam
[ "SHAH ALAM, 3 JUN: Kerajaan Negeri menyenarai hitam 12 pembekal haiwan korban selepas dikesan penyediaan ternakan tidak mengikut spesifikasi pada sambutan Aidiladha tahun lalu.", "EXCO pertanian berkata pihaknya menerima banyak aduan antaranya pembekal tidak menyediakan ternakan seperti yang ditetapkan iaitu seekor lembu seberat 260 kilogram (kg) manakala kambing (35kg).", "“Kita audit kandang dan laksana sistem penandaan (tagging) pada setiap haiwan korban yang ditempah untuk atasi masalah yang timbul sebelum ini,” kata Ir Izham Hashim.", "“Kita kena ingat bahawa kita laksanakan ibadah korban. Sama-sama bertanggungjawab bukan sahaja mereka yang laksanakan ibadah korban tetapi juga pembekal,” katanya." ]
[ "Ir Izham Hashim", "korban", "pembekal haiwan", "senarai hitam" ]
https://selangorkini.my/2023/06/terap-etika-kewartawanan-lapor-berita-sahih-kepada-masyarakat/
Terap etika kewartawanan, lapor berita sahih kepada masyarakat
[ "KUALA LUMPUR, 3 JUN: Pengamal media di seluruh negara perlu berpegang teguh kepada etika kewartawanan dalam menyampaikan maklumat atau berita kepada masyarakat.", "Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor Sdn Bhd Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree berkata penekanan etika amat penting untuk membawa hidup atau jalan dalam dunia media.", "“Saya suka petik dokumentari berkaitan bekas Presiden Amerika Syarikat Franklin Delano Roosevelt yang lumpuh dan berkerusi roda pernah terjatuh tetapi tiada wartawan melaporkan.", "“Berbeza dengan sekarang, jika berlaku pasti berlumba wartawan ambil gambar. Wartawan dahulu tidak melaporkan kerana etika kewartawanan ketika itu dan Roosevelt inspirasi kepada rakyat,” katanya.", "Beliau ditemui pada program bual bicara Media dan Komunikasi: Kepentingan dalam Pembinaan Malaysia Madani di Pavilion Selangor sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 hari ini.", "Pada masa sama, Mohamed Fareed menjelaskan pengamal media perlu mengetepikan pandangan peribadi dan menjadi pelapor maklumat yang bersifat neutral atau seimbang.", "“Dalam mengurus organisasi media ada garis halus yang kadang kala kalau terlanggar boleh sebabkan ‘domino effect’ sangat besar seperti ketika negara dilanda Covid-19.", "“Saya maklumkan kepada pasukan keutamaan adalah rakyat. Kalau ada kecenderungan parti, terpulang tetapi apabila menjadi wartawan perlu bersifat neutral dan lapor perkara sebenar,” katanya." ]
[ "etika", "Media Selangor", "Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree" ]
https://selangorkini.my/2023/06/media-selangor-sampaikan-konsep-malaysia-madani-pegang-kebenaran-dalam-berita/
Media Selangor sampaikan konsep Malaysia Madani, pegang kebenaran dalam berita 
[ "KUALA LUMPUR, 3 JUN: Media Selangor Sdn Bhd menggunakan setiap medium dimiliki sama ada melalui media cetak atau sosial bagi menyampaikan konsep Malaysia Madani agar difahami semua rakyat.", "Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree berkata penyampaian berita yang tepat sentiasa diutamakan media rasmi negeri itu sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan.", "Beliau menjelaskan konsep yang diperkenal Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kebenaran, kebebasan dan tidak takut mengkritik untuk menyampaikan maklumat benar.", "“Peranan media adalah menyampaikan maklumat kepada rakyat biarpun muktahir ini perkembangan media sangat meluas dan tidak boleh lari daripada berita yang wujud persepsi negatif.", "“Media Selangor berperanan sampaikan maklumat yang betul dan memperbetul dakwaan atau tanggapan. Ini intipati yang disebut perdana menteri dalam konsep Malaysia Madani. Media harus bebas dan jangan takut mengkritik untuk sampaikan berita benar walaupun pahit,” katanya.", "Beliau ditemui pada program bual bicara Media dan Komunikasi: Kepentingan dalam Pembinaan Malaysia Madani di Pavilion Selangor sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 hari ini.", "Mohamed Fareed berkata Malaysia Madani yang dibawa perdana menteri juga seiring konsep Kita Selangor yang diperkenal Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.", "Menurutnya, konsep yang digagaskan kedua-dua pemimpin tersebut menumpukan usaha untuk menoktahkan miskin tegar dan memastikan tiada golongan tercicir daripada menerima manfaat.", "“Kita ambil kira faktor membantu rakyat miskin yang memerlukan seperti beri tuisyen dan lesen percuma di Selangor. Ini tanggungjawab Media Selangor untuk sampaikan gagasan atau konsep yang dibawa pemimpin kepada rakyat,” katanya." ]
[ "Malaysia Madani", "Media Selangor" ]
https://selangorkini.my/2023/06/polis-selesai-1658-kes-curi-kenderaan-rampasan-hampir-rm20-juta/
Polis selesai 1,658 kes curi kenderaan, rampasan hampir RM20 juta
[ "KUALA LUMPUR, 3 JUN: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berjaya menyelesaikan 1,658 kes curi kenderaan dengan penahanan 1,225 individu menerusi Op Lejang Khas 2023 yang bermula Januari hingga April lepas.", "JSJ Bukit Aman dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya memaklumkan dalam tangkapan berkenaan, pihaknya turut merampas 847 buah kenderaan yang dipercayai dicuri dianggarkan bernilai RM19.8 juta dan wang tunai RM502,865.", "“Menurut statistik yang dikeluarkan jabatan ini, sebanyak 6,709 kertas siasatan dibuka bagi kecurian kenderaan dan 639 kertas siasatan berjaya dituduh bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini,” menurut kenyataan itu.", "Dalam pada itu, JSJ turut menasihati orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak mempunyai sistem kamera litar tertutup dan lakukan ujian keberkesanan terhadap sistem penggera kenderaan.", "“Pencuri tidak akan mencuri kenderaan yang dilengkapi dengan sistem tambahan dan orang ramai juga digalakkan untuk tidak menangguhkan laporan polis sekiranya kenderaan mereka dicuri,” menurut kenyataan itu." ]
[ "kenderaan curi", "polis" ]
https://selangorkini.my/2023/06/buka-peluang-saksama-kelas-renang-kanak-kanak-b40-medan-cungkil-bakat/
Buka peluang saksama, kelas renang kanak-kanak B40 medan cungkil bakat
[ "KUALA LUMPUR, 3 JUN: Program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun daripada golongan B40 berpotensi mencungkil bakat baharu renang tempatan, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.", "Beliau berkata program yang dilancarkan pada 13 Mei lepas itu mula menunjukkan perkembangan positif apabila terdapat peserta berupaya menguasai teknik renangan dengan baik dalam tempoh singkat.", "“Kalau kita tak bantu (kanak-kanak) golongan B40 untuk dapatkan akses ke kolam renang bermaksud bakat dari satu kumpulan tidak dapat ditapis.", "“Namun bila ada program seperti ini golongan B40 boleh terlibat sama kerana apabila bercakap mengenai pembangunan bakat, kita mesti bagi akses kepada semua lapisan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau salah satu pusat latihan program berkenaan di Kepong, di sini, hari ini.", "Sekiranya terdapat kanak-kanak dari program itu mampu pergi lebih jauh, beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Institut Sukan Negara bagi memantau perkembangan kanak-kanak berkenaan.", "Beliau berkata segala penemuan dikumpul daripada program KLAS Renang akan dibentangkan kepada jawatankuasa peringkat tertinggi (HLC) dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang diwujudkan untuk memberi tumpuan kepada model pembangunan bakat bagi sukan tempur, olahraga dan renang.", "Sementara itu Hannah berkata program KLAS Renang Siri 1 menerima sambutan menggalakkan apabila 288 kanak-kanak daripada keseluruhan 720 peserta telah melengkapkan pembelajaran dan latihan di 18 daerah daripada lapan negeri termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Sarawak serta Kelantan, setakat ini.", "Katanya berdasarkan pemantauan dan pemerhatian jurulatih, para peserta menunjukkan perkembangan positif terutamanya melibatkan pembinaan keyakinan di dalam air, antaranya ‘bubbles and hold breath’ dan ‘floating’.", "Memandangkan program KLAS Renang mendapat sambutan memberangsangkan, beliau berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang merangka pelaksanaan program bagi siri seterusnya yang akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.", "“KBS juga sedang merangka projek rintis KLAS Renang untuk diperluaskan kepada golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak berusia kurang daripada 6 tahun, yang dijangka akan bermula pada bulan Julai ini,” katanya.", "Mei lepas, Hannah dilaporkan berkata kementeriannya memperuntukkan RM400,000 bagi tahun ini untuk program KLAS Renang, menyasarkan penglibatan kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun daripada golongan B40, yang bertujuan mengurangkan kadar kematian akibat lemas.", "Menurutnya berdasarkan statistik sebelum pandemik COVID-19, angka kanak-kanak meninggal dunia akibat lemas setahun adalah tinggi iaitu 500 orang dan daripada membazirkan kolam renang yang ada adalah baik pihaknya memulakan program berkenaan.", "Sementara itu Hannah berkata segala penemuan dalam ‘post mortem’ berhubung prestasi kontinjen negara pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, bulan lepas akan dimuktamadkan minggu depan." ]
[ "Hannah Yeoh", "KLAS Renang", "Menteri Belia dan Sukan" ]
https://selangorkini.my/2023/06/300-masjid-surau-terpilih-di-selangor-terima-sumbangan-ibadah-korban/
300 masjid, surau terpilih di Selangor terima sumbangan ibadah korban
[ "SHAH ALAM, 3 JUN: Sebanyak 300 masjid dan surau terpilih menerima sumbangan ibadah korban daripada Kerajaan Negeri sempena sambutan Aidiladha tahun ini.", "“Kita serahkan 700 ekor lembu dan 1,000 ekor kambing kepada masjid, surau, agensi dan institusi yang akan laksana ibadah korban sempena Aidiladha akhir bulan ini.", "“Keseluruhannya kita berbelanja RM6 juta berbanding lebih RM5 juta tahun lalu disebabkan pertambahan jumlah haiwan yang kita sumbangkan selain peningkatan harga lembu dan kambing tahun ini,” katanya.", "Amirudin menjelaskan pemilihan masjid dan surau oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berdasarkan lokaliti yang mempunyai ramai asnaf atau golongan berpendapatan rendah (B40).", "Pada 7 Mei lalu, EXCO pemodenan pertanian mengumumkan Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi sumbangan ibadah korban sempena Hari Raya Haji tahun ini." ]
[ "Aidiladha", "Kambing", "Lembu", "Masjid", "sumbangan korban", "Surau" ]
https://selangorkini.my/2023/06/elak-sesak-musim-raya-ktmb-tawar-912-tiket-tren-khas-ke-pantai-timur/
Elak sesak musim raya, KTMB tawar 912 tiket tren khas ke pantai timur
[ "KUALA LUMPUR, 3 JUN: Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menawarkan 912 tiket bagi perkhidmatan Tren Khas Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) untuk perjalanan Kuala Lumpur ke Pantai Timur sempena sambutan Aidiladha tidak lama lagi.", "KTMB dalam kenyataannya memaklumkan penyediaan tren khusus itu sebagai sokongan kepada kerajaan dalam mengatasi penggunaan jalan darat yang sering sesak khususnya ketika musim perayaan.", "“KTMB menawarkan tren khas kepada warga Pantai Timur untuk pulang ke kampung halaman sempena Aidiladha. Kebiasaannya jalan raya akan sesak terutamanya ke Pantai Timur pada musim perayaan.", "“Oleh itu, dengan adanya perkhidmatan tren khas ini, ia menawarkan keselesaan kepada orang ramai, kanak-kanak dan warga emas untuk balik kampung, malah turut memberi peluang kepada pelancong yang berhasrat mengunjungi lokasi pelancongan di Pantai Timur,” menurut kenyataan itu.", "Jadual tren khas berkenaan bermula pada 27 Jun ini bagi laluan KL Sentral ke Tumpat dengan masa berlepas 3.20 petang, manakala pada 1 Julai melibatkan perjalanan Tumpat-KL Sentral dengan masa berlepas 6 petang.", "Menurut kenyataan itu, Tren Khas ELA berkenaan akan berhenti di 17 stesen iaitu Stesen KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Kajang, Seremban, Pulau Sebang, Gemas, Bahau, Mentakab, Jerantut, Kuala Lipis, Gua Musang, Dabong, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Bharu dan Tumpat.", "“KTMB juga tidak menolak untuk menambah dua lagi perkhidmatan dari KL Sentral ke Tumpat dan sebaliknya sekiranya mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan daripada pengguna Pantai Timur seperti sambutan Aidilfitri yang lepas,” menurut KTMB.", "Tiket bagi tren khas berkenaan mula dijual hari ini pada 2 petang dengan harga bermula daripada RM55 hingga RM83 bagi perjalanan sehala." ]
[ "Aidiladha", "KTMB", "tren khas" ]
https://selangorkini.my/2023/06/skuad-bola-keranjang-kerusi-roda-raih-gangsa-di-sukan-para-asean/
Skuad bola keranjang kerusi roda raih gangsa di Sukan Para ASEAN
[ "PHNOM PENH, 3 JUN: Skuad bola keranjang berkerusi roda negara tidak pulang tangan kosong apabila berjaya membawa pulang pingat gangsa menerusi acara 3×3 pada aksi final temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023, hari ini.", "Anak buah Lim Ming Lip garang menewaskan pasukan tuan rumah setelah merekodkan kemenangan 17-8 di Dewan Elephant 2 di Stadium Morodok Techo.", "Walaupun bermain di hadapan kira-kira 300 penyokong tuan rumah, gandingan Freday Tan, Karthik Kana Pathy, Muhamad Atib Zakaria, Muhammad Azzwar Hassan Assari dan Razali Cantik serba menjadi untuk memastikan Jalur Gemilang berkibar megah di bumi Kemboja.", "Pencapaian terbaik Malaysia bagi acara bola keranjang berkerusi roda 3×3 lelaki sebelum ini ialah memenangi pingat perak pada APG ke-9 di Kuala Lumpur." ]
[ "bola keranjang kerusi roda", "gangsa", "Sukan Para ASEAN" ]
https://selangorkini.my/2023/06/singgahsana-diraja-lama-pahat-pelbagai-sejarah-penting-negara/
Singgahsana Diraja lama pahat pelbagai sejarah penting negara
[ "Singgahsana Diraja di Balairong Seri Istana Negara lama menyimpan pelbagai sejarah penting khususnya pertabalan Yang di-Pertuan Agong ketujuh hingga ketiga belas.", "Dihiasi ukiran bunga kebangsaan dan awan larat, singgahsana tersebut mempunyai tujuh tiang sebagai simbol tujuh petala langit dan tujuh petala bumi.", "Diperbuat daripada kayu cengal, singgahsana itu setinggi 4.9 meter dan lebarnya 11 meter. Bahagian atasnya tertera bahagian awal ayat 26 surah Ali Imran yang menegaskan hanya Allah yang memiliki segala kekuasaan dan memuliakan sesiapa yang dikehendaki-Nya.", "Lima baris tiang singgahsana pula melambangkan lima prinsip Rukun Negara, manakala tujuh anak tangga memberi pengertian takhta negara ini paling tinggi dalam hierarki negara.", "Penolong Kurator Muzium Diraja Muhammad Nahar Wafi Nasruddin dalam satu wawancara menjelaskan perkataan singgahsana berasal dari bahasa Sanskrit bermaksud tempat duduk singa.", "Singgahsana Diraja di Istana Negara lama pertama kali digunakan dalam upacara pertabalan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Ahmad Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh pada Julai 1980.", "Sementara DYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pula Yang di-Pertuan Agong terakhir ditabal di singgahsana itu. Upacara seterusnya diadakan di Istana Negara baharu di Jalan Duta, kini Jalan Tuanku Abdul Halim.", "Selain pertabalan, singgahsana berkenaan turut digunakan untuk pengurniaan darjah kebesaran dan pingat persekutuan serta majlis sambutan Hari Keputeraan dan kegiatan keagamaan.", "Singgahsana itu dihasilkan arkitek kanan Jabatan Kerja Raya Kapten David Wee tanpa sebarang paku dengan menggabungkan elemen lambang kebesaran Raja-Raja Melayu di negara ini.", "Pengarah Muzium Diraja Rohana Husin menjelaskan bangunan asal tapak Istana Negara lama dibina pada 1928. Ia memiliki sejarah panjang termasuk bangunannya digunakan tentera Jepun sekitar 1940-an. Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan ini dibeli Kerajaan Selangor.", "Selepas diubah suai, ia dijadikan Istana DYMM Sultan Hisamuddin Alam Shah. Bangunan ini dibeli oleh kerajaan persekutuan pada 1957 dan dinaik taraf lagi untuk dijadikan Istana Negara bagi sebuah negara merdeka.", "“Dihasilkan dalam reka bentuk seni bina Eropah gaya Palladian, bangunan itu diubah suai beberapa kali termasuk pembinaan Balairong Seri yang menempatkan Singgahsana Diraja pada 1980,” kata Rohana, menjelaskan seni bina yang direka oleh arkitek Andrea Palladio.", "Fungsi gedung indah di Lebuhraya Sultan Iskandar, tidak jauh dari pinggir Sungai Klang, berakhir apabila Yang di-Pertuan Agong ke-13 berpindah ke Kompleks Istana Negara di Jalan Tuanku Abdul Halim pada 15 November 2011.", "Pada masa ini, Istana Negara lama berperanan sebagai Muzium Diraja yang menyimpan sejarah tradisi Diraja dan peranan pentingnya dalam sejarah tanah air." ]
[ "istana negara lama", "singgahsana diraja" ]
https://selangorkini.my/2023/06/selangor-pasang-mesin-layan-diri-tuala-wanita-di-lima-sekolah/
Selangor pasang mesin layan diri tuala wanita di lima sekolah
[ "KUALA LUMPUR, 3 JUN: Kerajaan Negeri akan memasang mesin layan diri tuala wanita di lima sekolah yang mempunyai ramai pelajar kurang mampu penghujung bulan ini.", "Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata pemasangan mesin bernilai RM100,000 itu merupakan projek fasa pertama inisiatif kemiskinan haid.", "“Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari akan mengumumkan nama sekolah yang terpilih dalam majlis pada 18 Jun ini,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.", "Beliau berkata demikian selepas program bual bicara ‘Coffee Talk’ yang membincangkan inisiatif disediakan Kerajaan Negeri melalui MBI pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di Pusat Dagangan Dunia semalam.", "Ahmad Azri turut menghadiahkan beg cenderahati MBI yang mengandungi diari dan buku kepada penonton yang bertanyakan soalan mengenai inisiatif Kerajaan Negeri." ]
[ "MBI", "mesin layan diri tuala wanita", "Sekolah" ]
https://selangorkini.my/2023/06/murid-tahun-enam-antara-116-individu-kena-saman-trafik/
Murid tahun enam antara 116 individu kena saman trafik
[ "SHAH ALAM, 3 JUN: Murid tahun enam antara 116 individu yang disaman kerana menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar dalam operasi di Hulu Terengganu semalam.", "Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Hasmerra Hassan, operasi itu menyasar keselamatan penunggang motosikal dengan kesalahan tertinggi tidak memakai topi keledar.", "Beliau berkata kesalahan lain termasuk tiada cermin sisi dan nombor pendaftaran, ubah suai ekzos, lesen tamat tempoh, motosikal tiada insurans dan nombor pendaftaran tidak menepati syarat." ]
[ "bawah umur", "saman trafik" ]
https://selangorkini.my/2023/06/dua-dekad-berniaga-ibu-tunggal-teruja-sedia-juadah-buat-pm/
Dua dekad berniaga, ibu tunggal teruja sedia juadah buat PM
[ "KAJANG, 3 JUN: Pemilik gerai nasi campur di Kampung Sungai Machang, Semenyih teruja menerima kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum menunaikan solat Jumaat semalam.", "Rosni Zakariah, 63, berkata kunjungan pemimpin nombor satu negara ke Warong Belado Kak Ani satu pengiktirafan buatnya yang mengusahakan perniagaan di kawasan itu lebih 22 tahun.", "“Memang rasa teruja dan bangga dapat masak juadah untuk perdana menteri. Bagi saya, ini pencapaian paling tinggi dan berharga selama lebih 22 tahun berniaga,” kata ibu tunggal itu.", "Menurutnya, gerai yang menyediakan masakan kampung dan pemanis mulut dijalankan bersama anak ketiga Syawalieya Samsul Bahar, 38, selepas berpisah dengan suaminya.", "Rosni menjelaskan nama ‘Belado’ diambil bersempena masakan pedasnya yang terkenal dalam kalangan penduduk Semenyih seperti sambal belado ikan talapia dan sambal tempoyak ikan bilis petai.", "Semalam, perdana menteri meluangkan masa menikmati makan tengah hari bersama pemimpin setempat sebelum bersolat di Masjid Raja Muda Musa, Pekan Semenyih." ]
[ "Anwar Ibrahim", "ibu tunggal", "Nasi campur", "PM" ]
https://selangorkini.my/2023/06/bapa-maut-dua-anak-cedera-kereta-dinaiki-jatuh-gaung/
Bapa maut, dua anak cedera kereta dinaiki jatuh gaung
[ "LABUAN, 3 JUN: Seorang bapa berusia 48 tahun maut dan dua anak perempuannya cedera selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam sebuah gaung di Kampung Layangan di sini malam tadi.", "Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Abd Rashid Bahari sementara anaknya Nur Aqeesha, 8, dan Nor Izah Batrisyah,10, cedera dalam nahas pada pukul 8 malam itu." ]
[ "kereta jatuh gaung", "Maut" ]
https://selangorkini.my/2023/06/kerusi-malas-atuk/
Kerusi malas atuk
[ "Di beranda rumah atuk, betul-betul bersebelahan pintu utama, terdapat sebuah kerusi malas yang menjadi peneman atuk menghabiskan hari-hari tua. Setiap kali aku sampai ke kampung, akan kulihat atuk duduk di situ bersama rokok gulung dan kepulan asap di sekelilingnya. Malah ketika aku dan keluargaku sampai pada awal pagi kerana jammed di lebuh raya, atuk masih sedia menanti kami di situ. Abah ada bertanya kenapa atuk masih di situ meski hari sudah begitu lanjut dan fajar bakal menyinsing, tetapi kata atuk:", "“Tiada apa, abah memang suka habiskan masa macam ini,” abah tidak balas apa-apa kerana sudah masak benar dengan sikap keras kepala atuk. Namun abah juga tahu yang lelaki tua itu merisaukannya.", "Bagi atuk dan orang lain, ia cuma sebuah kerusi malas biasa yang diperbuat daripada paduan besi dan getah pancawarna. Namun bagiku, ia adalah sebuah mesin masa yang membawaku kembali ke masa silam. Tiada seorang pun tahu tentang rahsia ini. Sudah banyak kali aku dibawa ke masa silam. Sama ada zaman penjajahan Jepun, kebangkitan Malayan Union, pra-kemerdekaan sehingga peristiwa-peristiwa besar negara yang lain.", "Aku bukanlah cucu paling rapat dengan atuk. Jika dibandingkan dengan cucu yang lain, aku antara yang agak jauh. Mungkin kerana atuk menggunakan dialek tempatan yang kurang kufahami. Kebanyakan memori kami hanya tercipta di sekitar kerusi malas itu.", "Seawal pagi, bermula selepas sarapan, atuk akan berada di kerusi malasnya untuk menghisap rokok dan termenung. Aku hanya akan datang apabila atuk habiskan rokoknya, atau selepas menggamitku dari ambang pintu. Rokok atuk busuk, kalau boleh aku memang tidak mahu berada dekat dengan atuk ketika dia menghisap rokok.", "Selepas menggamitku ke sisinya, dia akan memulakan perbualan dengan berkata:\n“Comel cucu atuk ni. Macam atuk masa kecil dahulu,” aku hanya tersengih menampakkan gigiku yang rongak kepadanya. Bangga kerana dipuji.", "Atuk bercerita berkenaan banyak hal. Ada satu cerita ketika atuk pergi ke sekolah pada awal pagi. Sebelum matahari mula memunculkan diri, atuk sudah terjaga daripada tidurnya.", "“Pagi-pagi atuk sudah berada di sebelah perigi nak mandi. Budak-budak macam kau ni mana tau sejuk air perigi macam mana. Menggigil badan atuk dibuatnya,” atuk ketawa mengenangkan hidupnya. Kemudian dia sambung cerita bagaimana dia pergi ke sekolah berjalan kaki. Meredah semak samun. Melalui denai hutan. Menyeberang sungai.", "Selepas makan tengah hari, atuk bersiap-siap buat pergi balai sah. Menunaikan solat zohor. Ada atuk mengajakku. Aku hanya sengih dan bilang supaya atuk pergi dahulu.", "Selepas bayang atuk bersama motorsikal cabuknya hilang daripada layar pandang, aku cepat-cepat memanjat naik kerusi malas atuk. Aku duduk persis mana atuk duduk. Aku nampak apa yang atuk aku nampak setiap hari. Ayam, itik dan lembu yang berada di perkarangan rumah sehingga di luar pagar.", "Kerusi malas membawaku kembali ke zaman silam. Ketika elektrik masih sesuatu yang istimewa. Aku menjadi atuk sewaktu kecil, bangun awal pagi. Berbekalkan lampu minyak tanah, perlahan-lahan aku seret kaki ke ambang perigi. Satu timba air aku curah ke atas badanku. Sejuknya menggigit dalam. Kemudian aku bersiap dan mula menapak pergi ke sekolah. Aku merentas hutan, melalui denai antara nampak dan tidak, menebas semak-samun dan belukar, menyeberang sungai sebelum boleh sampai di sekolah.", "Pengalamannya sangat nyata. Aku boleh merasai takut merentas hutan bersendirian pada awal pagi, sejuk air sungai yang mengalir dan rasa miang di kaki setiap kali melangkah melalui denai.", "Bunyi motosikal cabuk atuk memanggilku kembali ke zaman kini. Aku lihat atuk dengan kopiah lekapnya tersenyum melihatku yang mengambil tempat duduk rasminya. Aku cekatan turun daripada kerusi malas lalu berlari masuk ke dalam rumah kerana masih belum solat zohor.", "Selepas itu, masih banyak siri-siri merentas masa yang aku alami bersama kerusi malas. Semua berdasarkan cerita-cerita atuk. Seperti menangkap belut di sawah, mengikut bapanya ke ladang getah, makan nasi berlaukkan air coke dan ikan bilis mentah dan beberapa pengalaman lain.", "Kerusi malas itu yang membantuku untuk melawat ke masa silam. Merasai kelikatan air sawah, menghidu bau daun bersama sap getah pada pagi hari dan merasa manis air coke bersama nasi.\nKesemua lawatan memberi pengalaman dan perasaan yang berbeza.", "Malangnya, atuk pergi menghadap Ilahi sebelum sempat aku menamatkan sekolah rendah. Pada hari kematiannya, aku tidak mampu untuk berada di sisi kerana sedang bersekolah. Hanya abah yang terbang ke kampung, kami sekeluarga waktu itu belum mampu untuk membeli tiket kapal terbang yang banyak. Jadi seharian aku memikirkan atuk yang sudah pergi. Bagaimana wajahnya selepas nyawa direnggut? Bagaimana keadaannya? Tenangkah dia? Seharian aku dilamun murung.", "Kami hanya pulang ke kampung ketika majlis tahlil diadakan. Kerusi malas itu masih tetap di tempatnya. Tidak berganjak. Selepas semua tetamu pulang, aku cuba duduk dan mengharapkan yang ia akan membawaku lagi ke penjelajahan masa yang baru, walaupun tanpa cerita atuk.", "Dan ia tidak berbuat apa-apa. Kerusi itu hilang fungsinya selepas atuk tiada.\nTeratak pusaka keluarga kemudian dihuni oleh Pak Lang sekeluarga. Dan kami semakin jarang pulang ke kampung. Hanya jika Pak Lang mengadakan kenduri, sama ada tahlil, doa selamat atau kesyukuran. Hanya ketika itu, kami sekeluarga akan pulang.", "Kali terakhir kami pulang ke kampung adalah ketika Pak Lang mengadakan kenduri tahlil arwah. Tiada orang kampung yang datang. Hanya adik beradik abah yang tujuh orang itu bersama ahli keluarganya yang lain. Wajah-wajah yang mengisi rumah pusaka atuk waktu itu juga sudah berbeza. Sudah banyak wajah baharu daripada anak-anak saudaraku. Orang sudah berganti. Tiada lagi wajah atuk untuk kutatap setiap kali pulang ke kampung.", "Malah, kerusi malas itu juga sudah tidak berada di hadapan rumah. Kerusi malas yang sangat bererti bagiku itu sudah dibuang entah sejak kapan. Selepas kenduri tamat, aku hanya duduk di ambang pintu, merenung itik yang kian berkurang, ayam yang sudah lelah dan tiada lagi lembu di luar pagar rumah. Dan tidak akan ada lagi atuk dan ceritanya di kerusi malas." ]
[ "Budaya", "cerpen", "HSS2023", "sastera", "seni", "Zulzafry Zulkifly" ]
https://selangorkini.my/2023/06/mb-projek-bangun-sabak-bernam-sumbang-30-peratus-kdnk-negeri/
MB: Projek bangun Sabak Bernam sumbang 30 peratus KDNK negeri
[ "KLANG, 3 JUN: Projek Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) yang merupakan salah satu Rancangan Selangor Pertama (RS-1) bakal dilancar pada 9 Jun ini, maklum Dato’ Menteri Besar.", "Dato’ Seri Amirudin Shari berkata beliau yakin projek itu mampu meningkatkan sumbangan untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri kepada 30 peratus bagi tempoh 2025 hingga 2026.", "“Insya-Allah, kita akan lancarkan SABDA pada 9 Jun iaitu Jumaat minggu depan yang mana kita yakin projek ini dapat merancakkan lagi ekonomi bukan sahaja di Sabak Bernam tetapi seluruh Selangor juga.", "“Dengan adanya beberapa elemen seperti SABDA dan Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor (IDRISS) saya yakin sumbangan kepada KDNK negara dapat ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada satu hingga dua peratus.", "“Justeru, kita yakin 30 peratus boleh capai, jika tidak mampu kita akan usaha sebaik mungkin sebab ini salah satu untuk peluang jana ekonomi,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada majlis Makan Malam Amal Sejahtera Sentosa anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa di Hotel Premiere di sini malam tadi.", "SABDA yang terkandung dalam RS-1 membabitkan pembangunan tanaman bernilai tinggi atas kawasan berkeluasan 1,317 hektar, dijangka memberi pulangan hasil RM248 juta setahun." ]
[ "Amirudin Shari", "Ekonomi", "SABDA" ]
https://selangorkini.my/2023/06/video-bayi-perempuan-dikasari-berlaku-di-pusat-jagaan-di-batu-caves/
Video bayi perempuan dikasari berlaku di pusat jagaan di Batu Caves
[ "KUALA LUMPUR, 2 JUN: Insiden dalam satu video berdurasi satu minit 32 saat yang tular hari ini di laman sosial, memaparkan seorang bayi perempuan dikasari, merupakan kejadian yang berlaku pada 21 Mei lepas, di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Taman Samudera, Batu Caves di sini.", "Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata satu laporan polis telah dibuat ibu bayi tersebut pada hari yang sama, selepas mendapati terdapat beberapa kesan lebam pada paha dan pipi anaknya.", "“Pihak polis telah menahan seorang perempuan warga tempatan berumur 23 tahun, yang merupakan pengasuh di pusat jagaan tersebut dan suspek telah dituduh di Mahkamah Selayang pada 30 Mei.", "“Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak–Kanak 2001, suspek mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda RM10,000 dan bon kelakuan baik selama tiga tahun, serta dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat,” katanya dalam kenyataan malam ini.", "Noor Ariffin berkata pemilik pusat jagaan tersebut, turut dituduh di bawah Seksyen 6(2) Akta Taman Asuhan Kanak–Kanak 1984, namun suspek tidak mengaku salah dan sebutan semula kes pada 7 Ogos.", "“Bagi pertuduhan di bawah Undang-Undang 3, Undang-Undang Kecil Tred Perlesenan, Perniagaan dan Industri (Majlis Perbandaran Selayang) 2007, suspek mengaku salah dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000,” katanya." ]
[ "Bayi", "dikasari", "PDRM" ]
https://selangorkini.my/2023/06/persijilan-logo-halal-jakim-tidak-cakupi-skop-makanan-ternakan/
Persijilan logo halal Jakim tidak cakupi skop makanan ternakan
[ "PUTRAJAYA, 2 JUN: Persijilan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah berfokus kepada pensijilan halal bagi makanan manusia, dan ia tidak mencakupi skop makanan ternakan, kata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).", "“Justeru logo halal tidak boleh digunakan pada label makanan haiwan,” kata DVS dalam satu kenyataan hari ini sebagai maklum balas terhadap penulisan ‘Dr Saari’ yang tular di aplikasi ‘WhatsApp’ mengenai status halal makanan ternakan untuk ayam.", "DVS juga berkata penulisan “Dr Saari” yang ditular itu merupakan isu yang diketengahkan pada 2007 dan pernah dijawab Jakim pada 20 Jun 2016.", "Semakan mendapati isu tersebut tular sejak 2007 yang mana pengamal media sosial yang memperkenalkan diri sebagai Dr Saari dari sebuah universiti awam mendakwa makanan ternakan terutamanya ayam mengandungi sumber tidak halal.", "DVS berkata aktiviti pengilangan makanan ternakan ayam adalah tertakluk kepada Akta Makanan Haiwan 2009 yang mengawal selia kualiti makanan haiwan dengan mengawal pengimportan, pembuatan, penjualan dan penggunaan makanan haiwan serta bahan tambahan makanan haiwan.", "Ini bagi memastikan bahawa makanan haiwan memenuhi keperluan nutrien bagi haiwan, tidak memudaratkan haiwan serta tidak tercemar supaya haiwan dan keluaran haiwan selamat untuk dimakan oleh manusia dan untuk kegunaan lain, katanya." ]
[ "halal", "JAKIM", "makanan ternakan" ]
https://selangorkini.my/2023/06/mbi-sedia-bantu-kebajikan-golongan-kartunis-penulis-memerlukan/
MBI sedia bantu kebajikan golongan kartunis, penulis memerlukan
[ "KUALA LUMPUR, 2 JUN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan membantu golongan penulis dan kartunis yang memerlukan terutama di negeri ini.", "Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata bantuan tersebut termasuk daripada segi kebajikan dan penerbitan karya atau promosi melalui Media Selangor.", "“Inisiatif CSR ini memang banyak golongan yang telah disantuni tetapi mungkin ada yang tertinggal dan kita tak perasan umpamanya golongan sasterawan seperti kartunis dan penulis.", "“Sebelum ini memang kita ada bantu artis veteran seperti penyanyi selepas ini insya-Allah kita akan berhubung dengan persatuan yang berkenaan dan lihat apa yang kita boleh bantu golongan kartunis dan penulis ini,” katanya.", "Beliau berkata demikian selepas program bual bicara ‘Coffee Talk’ bertajuk #Kita Selangor Bukan Sekadar Slogan yang membincangkan mengenai inisiatif-inisiatif yang disediakan Kerajaan Negeri kepada rakyat Selangor melalui MBI.", "Program bual bicara anjuran Perbandaran Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) itu berlangsung di Pavilion Selangor yang dibuka sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di Pusat Dagangan Dunia di sini." ]
[ "Kartunis", "MBI", "penulis" ]
https://selangorkini.my/2023/06/dua-lagi-lelaki-ditahan-bantu-siasatan-kes-larikan-perodua-axia/
Dua lagi lelaki ditahan bantu siasatan kes larikan Perodua Axia
[ "KEPALA BATAS, 2 JUN: Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian beberapa suspek merampas dan melarikan sebuah kereta Perodua Axia di lampu isyarat Jalan Bagan Lalang dekat sini, semalam yang videonya tular di media sosial.", "Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Asri Shafie berkata dengan penahanan dua lelaki itu, menjadikan lima suspek ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.", "“Berdasarkan risikan yang dijalankan polis berjaya mengesan dan menahan dua lelaki itu yang merupakan pemberi pinjaman berusia 57 tahun dan penarik kereta berumur 49 tahun, dan mereka ditahan secara berasingan di sekitar negeri ini hari ini.", "Katanya semua lima suspek itu, kini direman sehingga 6 Jun ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat menurut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun berkawan tanpa senjata.", "Semalam polis menahan tiga lelaki berusia 27 hingga 49 tahun secara berasingan di Seberang Jaya dan Butterworth, di sini serta Kuala Kangsar, Perak susulan kejadian sebuah Perodua Axia dilarikan dan pemandunya ditarik keluar ketika berhenti di lampu isyarat.", "Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kerana ibu kepada pemandu kereta tersebut gagal membayar pinjaman wang sebanyak RM100,000 yang dipinjamnya daripada seorang lelaki, pada 2020.", "Ibu mangsa bersetuju menyerahkan Perodua Axia itu melalui satu perjanjian bertulis dan ekoran kegagalan wanita tersebut menjelaskan pinjaman itu telah menyebabkan suspek merampas kenderaan berkenaan." ]
[ "perodua axia", "polis" ]
https://selangorkini.my/2023/06/pm-seru-konglomerat-sokong-pembangunan-seni-dalam-negara/
PM seru konglomerat sokong pembangunan seni dalam negara
[ "KUALA LUMPUR, 2 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru kepada konglomerat yang berjaya supaya menyokong pembangunan seni di dalam negara, selain daripada industri-industri lain.", "Berucap pada pelancaran Pameran “Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan?” di Muzium Kesenian Islam di sini hari ini, beliau berkata pembangunan teater dan muzium di negara-negara Barat bukan hanya hasil usaha kerajaan tetapi daripada komitmen yang diberikan konglomerat mereka.", "“Anda sudah melihat teater, muzium di Barat, bukan hanya daripada usaha kerajaan tetapi komitmen, nyala rasa dan sesetengah konglomerat besar merasakan sejumlah daripada keuntungan harus digunakan untuk menyokong seni.", "“Kalau ada 30 konglomerat, katakan dia beri sokongan dalam pelbagai bidang, itu akan memperkayakan seni, sastera, budaya, pendidikan dan masyarakat,” katanya.", "Sementara itu, Anwar berkata konsep MADANI di Malaysia tidak hanya memperkasakan rakyat menerusi ekonomi yang merupakan perkara teras tetapi juga memerlukan pemerkasaan budaya menerusi kesenian dan kesusasteraan.", "“Ia akan menjadi sesalan buat sebuah negara seperti Malaysia dengan akar umbi Islam yang kukuh dan kepelbagaian budaya , orang India, Cina dan suku-suku Orang Asli tidak dapat mengangkat seni, budaya dan seni lakon menjadi cemerlang kerana sama ada kita terlalu sibuk dengan isu ekonomi atau terlalu memikirkan perubahan dari barat,” katanya.", "Menyentuh mengenai Pameran “Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan?” yang bermula hari ini hingga 15 Okt , Perdana Menteri berkata pameran yang dianjurkan oleh Muzium Kesenian Islam Malaysia itu adalah antara yang terbesar di dunia.", "“Mungkin ramai tidak tahu tentang pameran ini, (ia) agak unik kerana tidak dipersembahkan di mana-mana di dunia melainkan Muzium di London. Itu pun skala kecil.", "“Gunakan peluang ini kerana orang biasa akan membayar ratusan atau ribuan ringgit untuk menyaksi karya-karya besar yang tidak diperolehi di jalanan, ia (pameran ini) diperolehi dari ‘Auction House’ dengan harga yang mahal,” katanya.", "Mencipta sejarah di Asia, Muzium Kesenian Islam Malaysia mempamerkan koleksi karya lukisan dari zaman keemasan Orientalisme dan tidak pernah sebelum ini lukisan-lukisan dari kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 itu dipamerkan di luar Eropah atau Amerika." ]
[ "konglomerat", "seni" ]
https://selangorkini.my/2023/06/amaran-hujan-lebat-di-hulu-selangor-tiga-negeri-hingga-9-malam/
Amaran hujan lebat di Hulu Selangor, tiga negeri hingga 9 malam
[ "Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di beberapa daerah di Perak iaitu Larut, Matang, Selama dan Muallim.", "Keadaan sama dijangka berlaku Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu (Besut dan Dungun).", "Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam." ]
[ "Cuaca", "MetMalaysia" ]
https://selangorkini.my/2023/06/16-peratus-peserta-selangor-saring-dikesan-hidap-sakit-buah-pinggang-kronik/
16 peratus peserta Selangor Saring dikesan hidap sakit buah pinggang kronik
[ "SHAH ALAM, 2 JUN: Sebanyak 16 peratus daripada 22,767 individu yang menyertai program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri tahun lalu dikesan menghidap penyakit buah pinggang kronik tahap sederhana dan tinggi.", "Menerusi infografik yang dikongsi di Facebook EXCO kesihatan awam, tahap satu menunjukkan buah pinggang sihat atau stabil manakala tahap lima perlu menjalani rawatan dialisis.", "Golongan yang berisiko tinggi untuk menghidap penyakit itu adalah individu berusia 60 tahun ke atas, menghidap masalah batu karang, penghidap gout, perokok tegar dan berat badan berlebihan.", "“Mereka dirujuk kepada pegawai perubatan di klinik-klinik panel dan pakar nefrologi serta Hospital Pengajar UPM (HPUPM),” kata Dr Siti Mariah Mahmud.", "Pada 31 Mei lalu, wakil rakyat Seri Serdang itu memaklumkan program Selangor Saring mencatat kadar kehadiran tertinggi dengan 22,767 individu atau 68.36 peratus mendapat manfaat sejak tahun lalu.", "Program terbabit antara enam inisiatif diperkenal pentadbiran Selangor khusus untuk rakyat negeri ini bermula dari saringan percuma, bantuan kewangan serta pembiayaan.", "Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi melaksanakan inisiatif tersebut, yang menyasarkan individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat." ]
[ "Selangor Saring" ]
https://selangorkini.my/2023/06/29-jemaah-haji-berada-di-pusat-rawatan-11-dirawat-akibat-radang-paru-paru/
29 jemaah haji berada di pusat rawatan, 11 dirawat akibat radang paru-paru
[ "MAKKAH, 2 JUN: Seramai 29 orang atau hanya 0.2 peratus daripada 13,000 jemaah haji yang tiba di Tanah Suci ketika ini berada di pusat rawatan Tabung Haji (TH), dengan 11 daripadanya dirawat akibat radang paru-paru disebabkan keadaan cuaca yang panas dan berdebu.", "Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata tujuh daripadanya menerima rawatan di Makkah dan empat lagi di Madinah akibat radang paru-paru, manakala selebihnya dirawat ekoran masalah seperti penyakit jantung dan terjatuh.", "Beliau berkata dari segi kadar penggunaan katil di pusat rawatan di Makkah dan Madinah, hanya 11 peratus digunakan dengan empat peratus melibatkan pesakit radang paru-paru.", "“Kesemua mereka dalam keadaan stabil dan memadai dengan rawatan mengambil antibiotik, jadi ini bukan satu perkara yang kita perlu gusar atau memberi penekanan yang lebih daripada biasa, kerana ini dikawal dengan baik oleh pihak perubatan kita.", "“Pesakit juga dalam keadaan stabil, baik dan tidak memerlukan rawatan yang lebih lanjut,” katanya selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama 279 jemaah haji yang tiba di maktab penginapan di Al Fajer Al Badia di sini melalui Terminal Haji Jeddah, Arab Saudi.", "Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp mengenai ramai jemaah haji memenuhi wad di pusat rawatan disebabkan pneumonia dengan hampir kesemua mereka tidak mengambil vaksin Pneumococcal dan Influenza.", "Ditanya sama ada jemaah haji yang dirawat akibat radang paru paru berkenaan tidak mengambil kedua-dua vaksin berkenaan, Syed Saleh berkata perkara itu masih diteliti, namun pemeriksaan rambang terhadap buku rekod rawatan jemaah haji mendapati terdapat jemaah yang mengambilnya.", "“Kita lihat kepada apa yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, kita sentiasa mempunyai perbincangan ke arah itu (mewajibkan vaksin Pneumococcal dan Influenza) tetapi buat ketika ini masih di peringkat hanya mewajibkan Meningococcal,” katanya.", "Menurutnya setiap tahun, TH memberikan perhatian serius kepada penyakit radang paru-paru dengan menempatkan pakar respiratori dan ubat-ubatan berkaitan di pusat rawatan, selain mengadakan sesi penerangan berhubung penjagaan kesihatan kepada bakal haji ketika hadir kursus-kursus haji di tanah air.", "Syed Saleh seterusnya memaklumkan tiga jemaah haji Malaysia berada di fasiliti kesihatan Arab Saudi kerana masalah jantung, jangkitan paru-paru serta kulit, dan mereka berada dalam keadaan stabil." ]
[ "pusat rawatan", "Tabung Haji" ]
https://selangorkini.my/2023/06/mpaj-kutip-lebih-rm600000-caj-beg-plastik-setakat-mei/
MPAJ kutip lebih RM600,000 caj beg plastik setakat Mei
[ "Yang Dipertuanya Dr Ani Ahmad berkata kutipan tersebut hasil serahan 753 premis berdaftar dengan program kutipan caj beg plastik 20 sen.", "Ani menambah hasil semakan Jabatan Pelesenan Dan Pembangunan Usahawan mendapati 753 premis mengenakan caj kutipan, 728 bebas penggunaan beg plastik dan 51 lagi tidak aktif atau tutup.", "Tahun lalu, MPAJ mengutip RM1,046 caj beg plastik yang mana 60 peratus atau RM627,784.55 diserahkan kepada Kerajaan Negeri manakala 40 peratus lagi (368,811.95) disalurkan ke akaun amanah MPAJ." ]
[ "Beg Plastik", "MPAJ" ]
https://selangorkini.my/2023/06/dun-rawang-serah-sumbangan-rm74684-baiki-bumbung-masjid-bocor/
DUN Rawang serah sumbangan RM74,684 baiki bumbung masjid bocor
[ "SHAH ALAM, 2 JUN: Sejumlah RM74,684 disumbangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang kepada pihak pengurusan Masjid Nurul Iman bagi menyelenggara bumbung bocor.", "Wakil rakyatnya Chua Wei Kiat berkata peruntukan yang diterima daripada Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen diserahkan kepada pengurusan masjid itu kelmarin.", "“Malah rumah ibadah memainkan peranan penting dalam melahirkan masyarakat bertamadun selari dengan semangat Malaysia Madani. Kita hanya mahukan yang terbaik untuk rakyat Rawang,” katanya menerusi Facebook." ]
[ "Ahli Parlimen Selayang William Leong", "DUN Rawang" ]
https://selangorkini.my/2023/06/pm-mb-solat-jumaat-bersama-1000-jemaah-di-semenyih/
PM, MB solat Jumaat bersama 1,000 jemaah di Semenyih
[ "KAJANG, 2 JUN: Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Raja Muda Musa, Pekan Semenyih di sini hari ini.", "Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 1.10 petang disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan Syamsul Firdaus Mohamed Supri dan ADN Taman Templer Sany Hamzan.", "Turut mengiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang Najmuddin Jemain, Pegawai Daerah Hulu Langat Dato’ Mohd Jusni Hashim dan Ketua Tanggungjawab Sosial Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor.", "Anwar kemudian mendengar khutbah bertajuk ‘Islam Agama Kasih Sayang’ yang disampaikan Imam 1, Muhammad Hanif Abd Fatah yang menghuraikan kitab Nasa’ih al-Ibad.", "Terdahulu, pemimpin nombor satu negara itu sempat makan tengahari di Warong Belado Kak Ani, Kampung Sungai Machang dengan menikmati nasi campur ala kampung.", "Selepas solat, Anwar yang berbaju Melayu biru muda bersalaman serta berswafoto dengan jemaah sebelum beredar meninggalkan masjid pada jam 2.20 petang." ]
[ "Amirudin Shari", "Anwar Ibrahim", "solat Jumaat" ]
https://selangorkini.my/2023/06/bekas-banduan-antara-sembilan-dicekup-terlibat-geng-curi-motosikal/
Bekas banduan antara sembilan dicekup terlibat geng curi motosikal
[ "SHAH ALAM, 2 JUN: Dua kumpulan yang aktif mencuri motosikal sejak awal tahun ini berjaya ditumpaskan dengan tertangkapnya sembilan lelaki dalam siri serbuan di sekitar Selangor pada bulan lepas.", "Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kesemua yang ditahan didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk jenayah curi motosikal dan dadah, selain ada di antara mereka yang baru dibebaskan daripada penjara.", "“Kita menjalankan enam serbuan bermula awal bulan lalu dan berjaya menahan sembilan suspek berumur 24 hingga 33 tahun di Klang, Shah Alam dan Banting,” katanya pada sidang media hari ini.", "Mohd Iqbal berkata dua geng itu biasanya melakukan jenayah di parkir awam dan pasar raya yang tidak mempunyai rakaman televisyen litar tertutup atau pengawal keselamatan, selain di flat dengan menyasarkan motosikal yang mudah dicuri terutama yang tidak mempunyai atau dilengkapi kunci pendua atau keselamatan.", "Katanya, motosikal yang dicuri akan dileraikan untuk dijual komponen sebelumnya rangkanya dibuang dan pihaknya tidak menolak kemungkinan hasil jualan digunakan bagi membeli dadah ekoran ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.", "“Berikutan penangkapan kesemua suspek itu, polis berjaya merampas 13 motosikal seperti Yamaha 135LC, Y15ZR dan Honda EX5 selain tiga rangka motosikal serta masing-masing dua bongkah enjin dan kulit enjin. Nilai rampasan dianggarkan RM20,000,” katanya.", "Beliau berkata pihaknya berjaya menyelesaikan 20 kes jenayah curi motosikal sekitar daerah ini dan Klang dengan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan." ]
[ "curi motosikal", "Polis Selangor" ]
https://selangorkini.my/2023/06/bual-bicara-lancar-buku-antara-acara-menarik-di-pavilion-selangor-pbakl/
Bual bicara, lancar buku antara acara menarik di Pavilion Selangor PBAKL
[ "SHAH ALAM, 2 JUN: Acara bual bicara dan pelancaran buku antara kegiatan menarik di Pavilion Selangor dalam tiga hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023.", "Buku Siasah Madani karya bekas menteri Dr Maszlee Malik dan isteri Dr Hamidah Mat pula dilancarkan pada jam 10 pagi esok.", "Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor Sdn Bhd Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree dan Pengerusi TV Al-Hijrah Mohd Khair Ngadiron pula membicarakan isu media pada 10.30 pagi hari berkenaan.", "Pavilion itu merupakan ruangan Selangor sebagai negeri tamu sempena pesta buku di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur yang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan kepentingan orang ramai.", "Ketua bahagian Korporat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) berkata penggiat seni Mior Hashim Manap, Imuda dan Sri Diah pula diundang untuk program Hati dan Minda Sasterawan.", "“Kita juga menampilkan penulis, pencerita dan ilustrator Nor Azhar Ishak atau Uncle Nai khas untuk golongan kanak-kanak,” katanya sambil menambah acara tertakluk kepada perubahan." ]
[ "Media Selangor", "Pavilion Selangor", "PBAKL" ]
https://selangorkini.my/2023/06/mpaj-kutip-rm39-1-juta-cukai-taksiran-setakat-30-april/
MPAJ kutip RM39.1 juta cukai taksiran setakat 30 April
[ "SHAH ALAM, 2 JUN: Sejumlah RM39.1 juta cukai taksiran dikutip Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) antara Januari hingga 30 April, maklum yang dipertuanya.", "Dr Ani Ahmad berkata kutipan itu meningkat RM0.18 juta atau 0.46 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan anggaran RM87.5 juta perlu dikutip tahun ini.", "“MPAJ turut mengutip tunggakan cukai taksiran sebanyak RM6.9 juta bagi tempoh sama tahun ini. Kutipan itu menurun sebanyak RM5.95 juta atau 46.09 peratus berbanding tahun lalu,” katanya.", "Bercakap dalam mesyuarat penuh bulanan di Menara MPAJ kelmarin, beliau berkata anggaran kutipan cukai tersebut ditetapkan dalam belajawan tahunan pihak berkuasa tempatan itu." ]
[ "cukai taksiran", "MPAJ" ]
https://selangorkini.my/2023/06/tiada-aktiviti-ceroboh-tanah-hutan-negeri-di-bukit-enggang/
Tiada aktiviti ceroboh tanah, hutan negeri di Bukit Enggang
[ "HULU LANGAT, 2 JUN: Tiada aktiviti pencerobohan tanah dan hutan di kawasan Bukit Enggang, Bandar Sungai Long setakat ini, kata EXCO alam sekitar.", "Hee Loy Sian menjelaskan pembangunan jalan dan pembinaan resort oleh pemaju di kawasan berkenaan ketika ini dilakukan di atas tanah persendirian.", "“Pendaki dan penduduk membuat aduan kerja-kerja tanah dan pembangunan menganggu aktiviti mereka di kawasan bukit ini. Kawasan ini adalah tanah persendirian sejak 1980-an milik Shah Alam Property (Kumpulan Hartanah Shah Alam).", "“Permohanan pembangunan telah dibuat pemaju kepada pejabat tanah dan majlis untuk kelulusan. Dijangka ambil masa dua hingga tiga minggu,” katanya ketika melawat kawasan terbabit di sini hari ini.", "“Pemaju membina resort hanya sementara waktu (jangkaan 10 tahun) untuk membangunkan sektor pelancongan di kawasan ini yang dikelilingi hutan dan tasik.", "“Sekiranya pembangunan jalan tidak dibuat akan mendatangkan bahaya apabila hujan akan menyebabkan tanah pecah kerana adanya tasik di sini dan banjir boleh berlaku,” katanya.", "Loy Sian turut memberi jaminan segala pembangunan di kawasan terbabit tidak akan menganggu aktiviti pendakian dan pihaknya akan memantau tahap keselamatan pengunjung di situ." ]
[ "bukit sungai long", "ceroboh tanah", "Hee Loy Sian" ]
https://selangorkini.my/2023/06/wanita-suami-direman-bantu-siasatan-kes-bunuh-ibu-kandung/
Wanita, suami direman bantu siasatan kes bunuh ibu kandung
[ "KANGAR, 2 JUN: Sepasang suami isteri direman selama tujuh hari (2 hingga 8 Jun) bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas di Taman Cempaka Putih, Tambun Tulang semalam.", "Kedua-dua suspek berusia 34 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, kira-kira 10.25 pagi tadi dan perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali.", "Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan." ]
[ "bunuh", "ibu kandung", "suami isteri" ]
https://selangorkini.my/2023/06/dari-menu-tradisi-ke-barat-10-lokasi-sarapan-di-selangor-wajib-cuba/
Dari menu tradisi ke barat, 10 lokasi sarapan di Selangor wajib cuba
[ "Sebulan berhari raya bersama lemang dan ketupat pasti membuatkan anda merindui suasana bersarapan dengan tenang dan santai. Tourism Selangor menyenaraikan 10 lokasi menarik, sesuai cita rasa anda.", "Dibuka dari 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari setiap hari kecuali Selasa, pelanggan hanya dibenarkan makanan di kedai sahaja untuk mengekalkan kualiti dan hidangan yang baru dimasak.", "[email protected] 13 menawarkan lebih 40 jenis kuih-muih tempatan yang dibuat setiap hari. Kafe ini dibuka dari 10 pagi hingga 8 malam, untuk sarapan pagi dan minuman petang.", "Terletak di loteng tingkat dua di SS15 Subang Jaya, Atap by Pagi Coffee Co dengan hidangan istimewanya, roti dengan keju bakar serta kopi dan kombucha menjadi pilihan utama.", "Dibuka dari 7.30 pagi hingga 6 petang, kafe ini sesuai untuk mereka yang mencari persekitaran yang estetik dan tenang untuk sarapan pagi atau ‘brunch’.", "Mulakan travelog anda di Kuala Selangor di Kafe Auntie Foo. Terletak di kaki Bukit Melawati dan berhampiran Taman Alam Kuala Selangor, kafe ini merupakan tempat persinggahan yang sesuai selepas bersiar-siar di sekitar dua tempat bersejarah ini.", "Kafe ini menawarkan pelbagai makanan ringan dan minuman berserta buku untuk pelanggan. Ia juga dikenali sebagai pusat sehenti untuk pelancong mendapatkan maklumat ketika melawat Kuala Selangor.", "Sesuai untuk mereka yang mengidamkan sarapan atau ‘brunch’ yang santai. Kafe ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.", "Terletak hanya 35 minit dari Shah Alam, banglo tradisional Cina satu tingkat ini memberikan suasana klasik, namun masih mempunyai cita rasa moden tersendiri.", "Kopitiam halal ini menawarkan pelbagai pilihan sarapan Asia yang ikonik; roti bakar kaya, telur separuh masak dan nasi lemak. Dibuka setiap hari kecuali Selasa dari jam 7.30 pagi hingga 4.00 petang, kopitiam ini juga penuh dengan penunggang basikal sejak awal pagi.", "Dikelilingi sawah padi yang menghijau, kafe bertema Inggeris ini menawarkan pelbagai hidangan enak; nasi lemak ayam rempah, pasta, kopi dan kek.", "Pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera dalam pendingin hawa atau di luar sambil melihat sawah padi Sekinchan. Kafe ini dibuka dari 9 pagi hingga 4.30 petang setiap hari.", "Bahulu Classiq mengimbau kenangan suasana bersarapan di Batu 18, Kampung Jawa. Kedai kecil ini menawarkan menu yang enak seperti lontong, mi jawa dan mi rebus asli.", "Penuh dengan sejarah dan nilai warisan, Batu Arang merupakan sebuah pekan kecil di Gombak. Roti Canai Batu Arang adalah tempat Geo-Food yang terkenal untuk penunggang basikal", "Kedai ini menyajikan pelbagai jenis ketupat, sate, serunding dan kuih tempatan. Dibuka setiap hari dari 7 pagi, anda mesti bersarapa dan mencuba menu istimewa mereka sate kerang.", "Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan ke Selangor, layari laman web www.selangor.travel atau ikuti Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan YouTube Tourism Selangor." ]
[ "lokasi sarapan", "Tourism Selangor" ]
https://selangorkini.my/2023/06/jualan-murah-manfaat-semua-kaum-penduduk-sokong-usaha-selangor/
Jualan murah manfaat semua kaum, penduduk sokong usaha Selangor
[ "GOMBAK, 2 JUN: Penganjuran Jelajah Ehsan Rakyat (JER) oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) terbukti mampu memberi manfaat kepada semua kaum.", "Suri rumah, R Ranjini, 35, berkata beliau menyokong usaha Kerajaan Negeri itu yang membantu keluarga kurang mampu untuk membeli barangan keperluan asas pada harga murah.", "“Kita lihat pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat datang ke program JER kerana ia sangat membantu keluarga yang memerlukan. Tidak kira bangsa apa pun, ada ramai (keluarga) yang menghadapi kekangan kewangan. Justeru, jualan murah seperti ini dapat bantu mereka berjimat.", "“Saya juga berpuas hati dengan program ini kerana kini kami ada pilihan untuk beli barang keperluan seperti ayam, telur dengan harga lebih murah,” katanya.", "Sementara itu, pekerja pembersihan, Umi Fatimah Muhammad, 60, mencadangkan agar kedai sementara dibuka bagi penganjuran JER secara tetap di satu-satu kawasan untuk memudahkan penduduk.", "“Ramai keluarga B40 bekerja syif dan termasuk pada hujung minggu, kita harap ada cadangan supaya masa penganjuran dapat dilonggarkan atau lebih fleksibel,” katanya yang terpaksa meninggalkan tugas untuk membeli barangan PKPS.", "“Ramai cucu pulang tinggal bersama sempena cuti sekolah, jadi, saya pertama kali datang ikut jiran teruja melihat pelbagai barang keperluan dijual begitu murah. Memang saya sokong usaha begini dan harap orang ramai juga bersama sokong inisiatif kerajaan negeri,” katanya.", "JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10)." ]
[ "Jelajah Ehsan Rakyat", "PKPS" ]
https://selangorkini.my/2023/06/mbsj-keluar-notis-roboh-bengkel-haram-sita-enam-kenderaan/
MBSJ keluar notis roboh bengkel haram, sita enam kenderaan
[ "SHAH ALAM, 2 JUN: Sebuah bengkel kenderaan yang beroperasi secara haram di Subang Jaya menerima notis perobohan daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dalam operasi bersepadu Isnin lalu.", "“MBSJ mengeluarkan empat notis perobohan serta-merta di bawah Seksyen 70 Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang melibatkan kesalahan mendirikan struktur atau halangan di tempat awam dengan tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan.", "Tambahnya, enam kenderaan pelbagai guna (MPV) dan satu kepala lori termasuk pelbagai barangan bengkel seperti tong gas, jet hidraulik, pemotong besi dan perkakas bengkel termasuk besi buruk turut disita.", "“Pemilik premis akan dikenakan tindakan perundangan oleh Pejabat Tanah Daerah Petaling di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) kerana menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran,” katanya.", "Operasi di SS13, Subang Jaya itu dijayakan Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Bangunan, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MBSJ, Pejabat Tanah Daerah Petaling dan anggota dari Balai Polis Bandar Sunway." ]
[ "bengkel haram", "MBSJ", "notis roboh" ]
https://selangorkini.my/2023/06/mb-turapan-jalan-rosak-di-sembilan-daerah-dijangka-siap-hujung-julai/
MB: Turapan jalan rosak di sembilan daerah dijangka siap hujung Julai
[ "SHAH ALAM, 2 JUN: Kerja turapan jalan rosak besar-besaran di sembilan daerah meliputi jarak 94.9 kilometer yang bermula semalam dijangka siap sepenuhnya penghujung Julai ini.", "Dato’ Menteri Besar berkata Projek Turapan Mega melibatkan 66 jalan di Petaling diikuti Klang (39), Gombak (29), Hulu Langat (27), Sepang (19), Sabak Bernam (17), Kuala Langat (16), Kuala Selangor (11) dan Hulu Selangor (lapan).", "“Projek berskala besar dengan peruntukan RM50 juta ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan jalan raya di seluruh negeri ini berada dalam keadaan baik sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya serta mengurangkan kemalangan.", "“Pemilihan jalan untuk dibaik pulih ini pula adalah berdasarkan kepada aduan tertinggi daripada orang awam yang mereka laporkan menerusi Twitter atau aplikasi penyelenggara jalan negeri iaitu Infrasel Sdn Bhd (Infrasel),” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.", "Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan kerja turapan jalan di Jalan 22/1, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 22 di sini malam tadi.", "Mengulas sama ada Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan kepada naik taraf laluan motosikal, Amirudin berkata pihaknya akan meneliti perkara itu namun buat masa ini tumpuan lebih kepada jalan besar terlebih dahulu.", "“Lorong motor banyaknya di lebuh raya dan ia sebenarnya diluar kelolaan kita cuma mungkin di Lebuhraya Persekutuan kita akan teliti sekiranya ada lebih (peruntukan) kita akan laksana untuk fasa seterusnya.", "“Kita ada lima fasa mungkin di fasa yang hujungnya jika ada lebih kita boleh laksanakan. Secara keseluruhan negeri terima RM500 juta untuk Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) dan kita tumpukan tempat aduan tinggi yang belum dinaik taraf setakat ini,” katanya.", "Pada 13 Mei, Amirudin mengumumkan Selangor menerima peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjayakan projek membaiki jalan kampung seluruh negeri.", "Kerajaan Selangor turut mengeluarkan belanja RM50 juta bagi projek turapan jalan raya secara mega meliputi penyelenggaraan dan pelebaran jalan kelolaan negeri untuk meningkatkan kemudahan penduduk dan dijalankan secara menyeluruh di Selangor." ]
[ "Amirudin Shari", "turap jalan rosak" ]
https://selangorkini.my/2023/06/el-nino-negara-tidak-berdepan-krisis-bekalan-air-seperti-1998/
El Nino: Negara tidak berdepan krisis bekalan air seperti 1998
[ "KUALA LUMPUR, 2 JUN: Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El Nino pada Jun hingga September ini.", "Pengarah Bahagian Operasi Wilayah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Azrul Raimee Ramli berpandangan sedemikian selepas mengambil kira laporan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) selain situasi fenomena pemanasan global pada masa kini.", "“Apabila kita sebut krisis bekalan air ini bermakna tiada bekalan air kepada pengguna dalam tempoh yang panjang seperti apa yang berlaku pada tahun 1998 akibat penyusutan beberapa empangan utama dalam negara.", "“Berdasarkan pemantauan SPAN berhubung status semasa bagi 43 empangan air di seluruh negara, setakat ini mendapati hampir keseluruhan empangan berada pada paras melebihi 90 peratus dan hanya tujuh empangan yang sedang dipantau berikutan terdapat penurunan paras air hampir 50 peratus, namun ia tidak melebihi paras amaran,” katanya.", "Menurutnya, tujuh empangan berkenaan ialah Empangan Timah-Tasoh, Perlis; Empangan Air Itam dan Teluk Bahang, Pulau Pinang; Empangan Sungai Muda, Empangan Maulud, Kedah; Empangan Bukit Merah, Perak dan Empangan Sembrong, Johor.", "Pada masa yang sama, katanya, bagi memastikan bekalan air baik dan teratur, SPAN sentiasa laksanakan pemantauan empangan utama di Semenanjung dan telah menyediakan pelan kesiapsiagaan melibatkan kerjasama pelbagai pihak dan operator air.", "Mengulas sekiranya berlaku krisis bekalan air seperti yang pernah terjadi pada 1998, Azrul berkata kerajaan boleh melaksanakan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) bagi mengehadkan kadar penggunaan untuk kegunaan penting demi kelangsungan bekalan air.", "“Selain itu, kita akan lihat pada keperluan untuk melaksanakan catuan bekalan air ataupun bekalan air berjadual… dalam situasi ini pihak operator air dan kerajaan negeri perlu bersama-sama untuk melaksanakan catuan air.", "“Kita harap ia tidak berlaku, sekiranya berlaku seperti tahun 1998, untuk memastikan bekalan air di empangan dan sungai kita bertahan lebih lama, ia mungkin keperluan terakhir,” katanya." ]
[ "bekalan air", "El-Nino", "empangan" ]
https://selangorkini.my/2023/06/seorang-maut-dua-cedera-ringan-dipanah-petir-ketika-pikat-burung/
Seorang maut, dua cedera ringan dipanah petir ketika pikat burung
[ "KUALA TERENGGANU, 2 JUN: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, dekat sini semalam.", "Mangsa, Mohd Hassan Mohd Rani, 38, disahkan maut di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya Mohamad Fadilah Jusoh, 37, dan Abdul Hisyam Muhamad dilaporkan cedera ringan.", "Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada MERS999 pada jam 7 malam tadi.", "“Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan tanah lapang di kampung berkenaan pada jam 6 petang tadi. Sewaktu kejadian ketiga-tiga mangsa dikatakan sedang memikat burung.", "“Setelah itu, hujan lebat bersama ribut petir telah berlaku di lokasi. Mereka kemudian pergi berlindung di bawah sebatang pokok di kawasan berhampiran sebelum tiba-tiba Mohd Hassan dipanah petir,” katanya dalam kenyataan malam tadi.", "“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat manakala dua rakannya mendapat rawatan di hospital sama. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya." ]
[ "Maut", "petir", "pikat burung" ]
https://selangorkini.my/2023/06/polis-ibu-maut-disyaki-dipukul-anak-perempuan/
Polis: Ibu maut disyaki dipukul anak perempuan
[ "ARAU, 1 JUN: Seorang warga emas wanita berusia 74 tahun maut dipercayai dipukul anak perempuannya dalam kejadian pada awal pagi tadi di sebuah rumah di Tambun Tulang di sini.", "Ketua Polis Daerah Arau Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi dalam kenyataan memaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar telah menerima panggilan telefon daripada petugas Hospital Tengku Fauziah pada 5.30 pagi berhubung insiden itu.", "Beliau berkata siasatan awal mendapati pihak hospital menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan wanita itu disahkan meninggal dunia pada 4.30 pagi.", "Katanya hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada kedua-dua mata, dahi, telinga kanan dan sedikit kesan luka pada jari kaki kiri.", "Ahmad Mohsin berkata mayat warga emas itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah dan pemeriksaan lanjut menemukan kesan lebam pada dahi, ubun kepala serta lidah mangsa manakala tulung rusuknya patah.", "Katanya anak perempuan mangsa yang berumur 34 tahun membuat pengakuan telah memukul warga emas itu menggunakan tangan di bahagian muka dan kepala pada 9 pagi semalam.", "Ahmad Mohsin berkata hasil temu bual mendapati suami suspek, juga berusia 34 tahun, turut terlibat dalam kejadian itu berdasarkan keterangan yang meragukan.", "Beliau berkata suspek mendakwa punca pertengkaran kedua-dua beranak bermula apabila anak perempuan mangsa tidak tahan dan terlampau tertekan dengan karenah warga emas itu yang mengalami strok di bahagian badan sebelah kiri.", "“Kedua-dua suspek tidak mengaku membunuh si mati dan motif sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan." ]
[ "bunuh", "Ibu", "polis" ]
https://selangorkini.my/2023/06/selangor-sasar-capai-penggunaan-kenderaan-awam-lebih-banyak-menjelang-2030/
Selangor sasar capai penggunaan kenderaan awam lebih banyak menjelang 2030
[ "SHAH ALAM, 1 JUN: Kerajaan Negeri menyasarkan penggunaan enam kenderaan awam dan empat kenderaan peribadi bagi mencapai matlamat bandar rendah karbon menjelang tahun 2030.", "Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sasaran tersebut dibuat melalui Plan Induk Pembangunan Awam negeri ini  dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).", "“Negeri menyasarkan menjelang 2030 nisbah penggunaan kenderaan awam dan kenderaan peribadi adalah pada kadar 6:4 yang berbeza situasi sekarang dalam keadaan terbalik.", "“Ini memerlukan satu jaringan tersusun dan juga memerlukan rancangan menyeluruh untuk menangani trafik serta menepati hasrat negeri bandar rendah karbon,” katanya ketika berucap sesi libat urus RMK12 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam di sini pada Khamis.", "Tambah Amiruddin, Kerajaan Negeri berharap Kerajaan Persekutuan dapat membangunkan infra pengangkutan di kawasan zon utara negeri ini untuk meningkatkan akses kemudahan rakyat.", "“Sebenarnya di kawasan utara negeri Selangor belum lagi dihubungkan sepenuhnya dengan rangkaian kereta api. Contoh seperti Hulu Selangor dan kawasan sekitar telah dihubungkan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).", "“Tetapi bermula dari Klang ke Sabak Bernam belum disambungkan dengan kereta api. Mungkin kerajaan boleh rangka kalau tidak di RMK12 mungkin RMK13,” katanya." ]
[ "bandar rendah karbon", "RMK12" ]
https://selangorkini.my/2023/06/selangor-sumbang-rm7-1-bilion-pertumbuhan-ekonomi-negara/
Selangor sumbang RM7.1 bilion pertumbuhan ekonomi negara
[ "SHAH ALAM, 1 JUN: Selangor menjadi penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi negara bagi sektor ekonomi dan infrastruktur dengan unjuran sejumlah RM7.1 bilion.", "Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kedua-dua sektor menyumbang lebih RM2 bilion untuk pelaksanaan program dan projek Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).", "“Sebanyak 231 projek fizikal telah dirancang dan sebanyak 24.7 peratus telah siap dilaksanakan. Sebanyak 28 projek masih dalam pelaksanaan dan 146 projek masih dalam perancangan.", "“Ini merupakan tambahan kepada sejumlah RM6 bilion yang diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan bagi menampung pelaksanaan 559 projek dan program yang tersenarai dalam Rolling Plan ke-3 di bawah RMK12,” katanya pada sesi libat urus Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di sini hari ini.", "Amirudin memaklumkan Rancangan Selangor Pertama pelan pembangunan negeri sendiri untuk tempoh lima tahun ke depan dibangunkan dengan beraspirasikan negeri pintar, berdaya huni dan makmur.", "“Ia meliputi empat teras utama iaitu pengukuhan ekonomi, peningkatan kesejahteraan dan ketarangkuman sosial, pemacuan kelestarian dan tadbir urus SMART dan berkesan,” katanya." ]
[ "Keluaran Negara Kasar (KDNK)", "RMK12" ]
https://selangorkini.my/2023/06/kerjasama-rakyat-bantu-negeri-efisien-tangani-isu-pelupusan-sampah/
Kerjasama rakyat bantu negeri efisien tangani isu pelupusan sampah
[ "SHAH ALAM, 1 JUN: Kerjasama semua pihak terutama masyarakat setempat diperlukan pentadbiran Selangor dalam usaha mengatasi isu pelupusan sampah di negeri ini.", "Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata rakyat perlu dididik untuk mempunyai kesedaran dan tidak hanya bergantung kepada kemajuan teknologi semata-mata.", "“Kerajaan Negeri sedang berusaha menangani isu ini melalui pembangunan projek mengubah sisa kepada tenaga (WTE) di pusat pelupusan sampah sedia ada di Jeram. Pembinaan ini bukan segala-galanya.", "Beliau menjawab soalan berhubung perkara itu dalam sesi libat urus Rancangan Malaysia ke-12 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini hari ini.", "Sebelum ini, EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata negeri meluluskan RM500 juta bagi pembangunan projek WTE fasa pertama, yang dikendalikan Worldwide Holdings Berhad." ]
[ "Amirudin Shari", "MB", "sampah" ]
https://selangorkini.my/2023/06/lelaki-didakwa-bunuh-teman-wanita-hamil/
Lelaki didakwa bunuh teman wanita hamil
[ "SUNGAI BESAR, 1 JUN: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang wanita hamil minggu lepas.", "Muhammad Fakrul Aiman Sajali, yang berusia 20 tahun, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.", "Dia didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Benteng Laut, Jalan Sungai Limau di sini pada kira-kira 8.30 malam 22 Mei hingga 8 pagi 23 Mei lepas.", "Khairul Anuar memohon agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi secepat mungkin namun Siti Hajar berkata beberapa dokumen perlu diserahkan oleh pihak pendakwaan kepada mahkamah terlebih dahulu.", "Terdahulu, tertuduh yang memakai kemeja-T kuning tiba di pekarangan mahkamah diiringi beberapa anggota polis dari Jabatan Penyiasatan Jenayah (CID) pada 8.55 pagi.", "Media sebelum ini melaporkan perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan di luar nikah dipercayai punca seorang pelayan restoran dibunuh secara kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau di sini, 22 Mei lepas.", "Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintenden Agus Salim Mohd Alias dilaporkan berkata suspek yang merupakan bekas penuntut kolej membawa mangsa menaiki kereta dan bertengkar dengan wanita itu, sebelum mangsa dipukul di kepala lantas dibunuh di lokasi berkenaan sekitar 10 malam." ]
[ "bunuh", "mahkamah" ]
https://selangorkini.my/2023/06/selangor-enjin-ekonomi-negara-sandaran-capai-status-berpendapatan-tinggi/
Selangor enjin ekonomi negara, sandaran capai status berpendapatan tinggi
[ "SHAH ALAM, 1 JUN: Selangor merupakan enjin ekonomi negara yang perlu terus dipacu bagi mencapai sasaran status negara berpendapatan tinggi selewat-lewatnya pada 2028.", "Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan persekutuan juga amat bergantung kepada Selangor, selain perlu melaksana pelbagai projek perintis di negeri itu.", "“Banyak projek dan program perintis melonjakkan Malaysia sebagai negara maju mesti bermula di Selangor. Sebab itu kita mesti seiring supaya perancangan Selangor dan persekutuan terus selari.", "“Kalau kita terus berada dalam perkembangan seperti ini, menjelang 2026 atau 2027 atau selewat-lewatnya 2028, Malaysia akan diiktiraf negara berpendapatan tinggi,” katanya.", "Beliau berucap pada sesi libat urus kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) oleh Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri di sini hari ini.", "Dalam pada itu, Rafizi berkata Selangor tidak terkecuali daripada berdepan cabaran semasa seperti isu perumahan, kepadatan penduduk, peluang pekerjaan dan pengangkutan.", "Beliau menambah negeri itu juga harus memberi contoh terbaik kepada semua pihak bagaimana untuk mengimbangi antara kemajuan ekonomi dan kelestarian alam sekitar.", "“Kalau orang Selangor tidak boleh mulakan langkah asingkan sampah untuk diproses sebagai sumber tenaga baharu dan menjana pendapatan, saya rasa Malaysia tidak akan dapat laksanakan,” katanya." ]
[ "Menteri Ekonomi", "Rafizi Ramli", "RMK-12" ]
https://selangorkini.my/2023/06/rs-1-padat-projek-pembangunan-kebajikan-rakyat-turut-terangkum/
RS-1 padat projek pembangunan, kebajikan rakyat turut terangkum
[ "SHAH ALAM, 1 JUN: Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang diumumkan Julai tahun lalu menggariskan 262 projek pembangunan untuk tempoh jangka panjang, kata Dato’ Menteri Besar.", "“Kita harus mula mendigitalkan perkhidmatan kerajaan supaya rakyat menerima manfaat dan penjawat awam dibantu dengan penggunaan teknologi,” katanya pada sesi libat urus Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di sini hari ini.", "Dalam pada itu, beliau memaklumkan projek Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) untuk menjadikan daerah tersebut sebagai hab logistik dan pertanian pintar akan dilancar minggu depan.", "SABDA yang terkandung dalam RS-1 membabitkan pembangunan tanaman bernilai tinggi atas kawasan berkeluasan 1,317 hektar, dijangka memberi pulangan hasil RM248 juta setahun." ]
[ "Amirudin Shari", "MB", "RMK-12", "RS-1", "SABDA" ]
https://selangorkini.my/2023/06/sistem-baharu-mudahkan-rakyat-mohon-terus-dana-baiki-jalan-longkang/
Sistem baharu mudahkan rakyat mohon terus dana baiki jalan, longkang
[ "SHAH ALAM, 1 JUN: Kementerian Ekonomi bercadang memperkenal sistem baharu bagi membolehkan rakyat memohon terus dana untuk projek infrastruktur berskala kecil mulai pertengahan bulan ini.", "Menterinya Rafizi Ramli berkata sistem yang sedang dilengkapkan memudahkan proses permohonan dana kecil untuk membesarkan longkang atau membaiki jalan, yang sebelum ini mengambil masa panjang.", "Beliau menjangka proses permohonan tanpa tapisan daripada mana-mana jabatan atau agensi akan mengambil masa sebulan berbanding tempoh bertahun-tahun yang sedang dihadapi rakyat.", "“Proses sebelum ini, wakil rakyat perlu menulis surat kepada agensi kerajaan, dan kemudian perlu dipanjangkan ke kementerian berkaitan. Ia ambil masa yang lama kadang-kadang sehingga bertahun.", "“Sekarang, kita akan buka kepada rakyat. Rakyat, wakil rakyat atau jabatan boleh memohon secara terus kepada kementerian tanpa melalui proses birokrasi yang melelahkan,” katanya pada sesi libat urus kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di sini hari ini.", "Dalam pada itu, Rafizi berkata tiada isu pertindihan kuasa berlaku berikutan wang peruntukan akan disalur terus kepada agensi bertanggungjawab untuk diselesaikan.", "“Sudah pasti ada syaratnya. Apa pun, kita mulakan dengan projek-projek kecil seperti baik pulih jalan raya, longkang, jambatan dan sebagainya,” katanya." ]
[ "Dana", "Kementerian Ekonomi", "projek infrastruktur", "Rafizi Ramli" ]
https://selangorkini.my/2023/06/berkongsi-kisah-jerebu-menerusi-karya-seni/
Berkongsi kisah jerebu menerusi karya seni
[ "KUALA LUMPUR, 1 JUN: Pengunjung ke pameran ‘Haze Coming Soon’ yang berlangsung di REXKL, Jalan Sultan di sini baru-baru ini pastinya turut terpegun melihat papan iklan gergasi yang terletak di bahagian tengah ruang pameran, anjuran Greenpeace Malaysia.", "Sekali pandang, ia bagaikan papan permainan ‘gergasi’ Scrabble dengan perkataan ‘’Transboundary Haze’ (Jerebu Rentas Sempadan) tertera di atasnya di samping beberapa perkataan lain termasuk ‘sekolah tutup’, ‘clean air’, ‘udara bersih’ dan ‘end air pollution’.", "Penulis sendiri berhenti lama di hadapan papan iklan berkenaan, di dalam hati tertanya-tanya siapakah yang menghasilkan hasil seni yang menjadi tumpuan utama pengunjung pameran yang berlangsung dari 5 hingga 14 Mei lepas.", "“Pernah tengok Penang Street Art yang terkenal itu? Itulah kuratornya, Ernest Zacharevic,” sukarelawan Greenpeace Malaysia yang memperkenalkan dirinya sebagai Yvonne datang menyapa ketika penulis asyik meneliti setiap perkataan yang tertera di papan iklan itu.", "Yvonne seterusnya berkongsi kisah di sebalik hasil seni papan iklan gergasi itu dan kuratornya, Ernest Zacharevic, 37. Berasal dari Lithuania, beliau terkenal dalam bidang seni jalanan dan menghasilkan ratusan lukisan jalanan ‘mural’ di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.", "Pada tahun 2012, beliau menerima pengiktirafan dunia selepas menghasilkan enam siri lukisan mural yang menggambarkan kehidupan seharian rakyat Malaysia dengan menggunakan orang tempatan sebagai model, untuk Festival Kebudayaan George Town di Pulau Pinang.", "Antara hasil karyanya yang paling popular ialah lukisan dua kanak-kanak mengayuh basikal dan seorang budak lelaki menunggang motosikal yang terletak di Lebuh Armenian, Pulau Pinang.", "“Beliau sebenarnya akan hadir ke pameran ini dalam masa 10 minit, nanti saya aturkan untuk anda bertemu dengan beliau,” kata Yvonne dan perasaan penulis ketika itu begitu teruja kerana berkesempatan bertemu sendiri dengan Zacharevic untuk mengetahui lebih lanjut mengenai karyanya itu.", "Sejurus muncul Zacharevic, memakai kemeja T hijau dan seluar jeans lusuh, menyapa kami berdua di hadapan papan iklan gergasi dan mula bercerita tentang perjalanannya menghasilkan karya seninya itu.", "“Papan yang kami gunakan untuk buat papan iklan gergasi ini kami jumpa di sebuah tapak pembinaan yang terletak antara Agrobank dan Muzium Tekstil Negara (Jalan Sultan Hishamuddin), dan kami mulakan projek ini untuk meraikan Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada 1 Jun 2022.", "“Saya masih ingat saya dan tiga orang lagi rakan bertungkus lumus memulakan kerja untuk menyiapkan hasil seni ini, bermula dengan membuat lakaran dan kemudian menggunakan cat akrilik dan berasaskan air bagi untuk mural ini.", "“Cuaca ketika itu amatlah panas,. Kami bermandi peluh. Kami ingat cabaran paling hebat kami untuk menyudahkan hasil karya ini ialah hujan lebat yang akan melunturkan cat, rupanya cuaca panas terik,” katanya sambil ketawa.", "Hasil seni berkenaan, menurut Zacharevic, adalah kerjasama antara projek seni awamnya, iaitu Splash and Burn, Greenpeace Malaysia dan syarikat pembuat filem, Studio Birthplace.", "Projek itu adalah yang pertama dalam siri kreatif dirancang untuk sepanjang tahun 2022, antaranya mahu menarik perhatian pihak berkuasa berkenaan untuk menghukum pembuat pencemaran dan menjadikan udara bersih sebagai hak asasi manusia.", "Bagi Zacharevic, meskipun hasil karya jalanan mungkin tidak bertahan lama, namun sekurang-kurangnya ia dapat menyampaikan mesej dan meninggalkan kesan kepada mereka yang melihatnya atau mempunyai pengalaman mengenainya.", "“Sebagai contoh jerebu. Orang tahu ia datang dan pergi, ia berlaku kerana kebakaran yang dimulakan manusia yang menyebabkan jerebu rentas sempadan. Manusia jugalah yang boleh menyelesaikan masalah ini.", "“Tinggal di Malaysia, jerebu rentas sempadan ini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan. Kekerapan berlaku membuatkan ramai yang beranggapan jerebu suatu yang normal dan bukan mahu mencari cara menyelesaikannya, ” katanya.", "“Kami harap ia dapat menjadi tajuk perbualan dan menggalakkan pembuat dasar uintuk menangani isu ini secara lebih bermakna. Kita tidak perlu menunggu satu lagi musim jerebu untuk mencari penyelesaian,” tambahnya.", "Satu lagi acara kemuncak pameran itu ialah ‘Haze-Zilla’, iaitu sebuah filem pendek satira yang mengisahkan ketamakan korporat serta kemusnahan alam sekitar, di samping mengetengahkan bahaya menyedut udara tercemar. Ia adalah hasil kerjasama dengan Studio Birthplace.", "Dalam filem pendek berdurasi 2.50 minit ini, dapat dilihat sebuah bangunan pencakar langit korporat yang melepaskan asap tebal menyelubungi kota, dengan sekumpulan aktivis dengan berani menuntut keadilan untuk mendapatkan udara bersih.", "Pengeluar kempen Studio Birthplace, Sean Lin berkata, filem itu dihasilkan sebagai trailer filem dengan tagline ‘coming soon’ bagi menekankan hakikat bahawa krisis alam sekitar ini akan berterusan sekiranya tiada tindakan diambil.", "“Kami cuba memaparkan isu ini dalam bentuk jenaka dan video kreatif bagi mendapatkan sokongan orang ramai terhadap kempen Greenpeace dan melindungi udara yang kita hirup untuk generasi akan datang.", "“Asas perubahan adalah kesedaran dan ia mencetuskan tindakan serta membina momentum ke atas perubahan sosial yang memungkinkan perubahan dasar, ” katanya menambah, pihaknya juga menggunakan barangan kitaran seperti kadbod dan suratkhabar untuk prop.", "‘Haze-Zilla’ boleh dilihat di saluran YouTube Greenpeace Malaysia, yang setakat ini mengumpul lebih 80,000 view sejak disiar pada 6 Mei lepas.", "Sementara itu, Pakar Strategi Greenpeace Asia Tenggara Heng Kiah Chun berkata, Malaysia memerlukan Akta Pencemaran Rentas Sempadan supaya ia dapat menginstitusikan semak dan imbang.", "“Mereka yang tidak berkesempatan melawat pameran itu masih boleh bersuara dengan memberi sokongan kepada petisyen berkenaan di laman web rasmi Greenpease. Petisyen ini akan dikemukakan sewaktu berlangsungnya mesyuarat ASEAN mengenai jerebu rentas sempadan di Singapura yang akan berlangsung pada 7 hingga 9 Jun depan di Singapura,” katanya." ]
[ "Greenpeace Malaysia", "jerebu", "rentas sempadan" ]
https://selangorkini.my/2023/06/negeri-sedia-bantu-putrajaya-bangun-projek-pengangkutan-awam/
Negeri sedia bantu Putrajaya bangun projek pengangkutan awam
[ "SHAH ALAM, 1 JUN: Selangor bersedia membantu Putrajaya membangunkan projek pengangkutan awam di negeri ini untuk menambah baik kecekapan, sekali gus memanfaatkan orang ramai.", "Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha ini menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).", "“Ia bertepatan dengan objektif menambah baik kebolehcapaian pengangkutan awam untuk menggalakkan orang ramai beralih daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam dalam RMK12.", "“Ia termasuk pelaksanaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), Transit Aliran Massa 3 (MRT3) dan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) untuk menambah baik kecekapan pengangkutan awam,” katanya.", "Amirudin berkata demikian ketika berucap pada Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMK12 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini hari ini.", "“Solusinya memerlukan pelbagai pendekatan. Misalnya, penggunaan bas mini dan van, serta kereta-kereta e-panggilan. On-demand transit merupakan kaedah yang dapat attraction yang agak tinggi dalam kalangan rakyat,” katanya." ]
[ "Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMK12" ]
https://selangorkini.my/2023/06/pelajar-tingkatan-tiga-antara-13-ditahan-bergaduh-sebab-bunyi-bising-motosikal/
Pelajar tingkatan tiga antara 13 ditahan bergaduh sebab bunyi bising motosikal
[ "KUALA LUMPUR, 1 JUN: Tiga belas lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan tiga yang terlibat dalam satu pergaduhan antara dua kumpulan gara-gara tidak berpuas hati terhadap bunyi bising ekzos motosikal ditahan polis pada Isnin malam.", "Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kesemua yang berusia antara 15 hingga 26 tahun itu, ditahan pukul 12.05 tengah hari, Selasa lepas, di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.", "“Siasatan awal mendapati pergaduhan antara dua kumpulan berkenaan berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan perbuatan kumpulan yang lain membuat bising dengan membunyikan motosikal.", "Kumpulan yang tidak berpuas hati ini kemudian telah menegur menyebabkan berlaku pertengkaran seterusnya pergaduhan dengan menggunakan topi keledar sehingga tiga daripada mereka mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Ampang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.", "Kata Mohamad Farouk mereka yang ditahan antaranya bekerja sebagai penghantar makanan, pembantu jualan serta penganggur dan ujian air kencing mendapati semua suspek negatif dadah." ]
[ "bergaduh", "Polis ampang" ]
https://selangorkini.my/2023/06/pertandingan-pitching-tourism-selangor-tawar-hadiah-geran-projek-nilai-rm150000/
Pertandingan Pitching Tourism Selangor tawar hadiah geran projek nilai RM150,000
[ "SHAH ALAM, 1 JUN: Orang ramai dipelawa menyertai pertandingan Pitching Tourism Selangor 2023 yang menawarkan geran projek nilai keseluruhan RM150,000 bermula hari ini.", "Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad berkata menerusi pertandingan itu, peserta dikehendaki merangka kertas kerja dengan tema Pelancongan Mampan.", "“Ini adalah kali ketiga pertandingan ini dianjurkan dan tahun ini tumpuan diberikan kepada 17 matlamat pembangunan mampan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu antaranya kesaksamaan jantina, pertumbuhan ekonomi, pendidikan berkualiti dan lain-lain.", "“Idea hendaklah menjurus ke arah merancakkan industri pelancongan Selangor dan boleh disampaikan dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris dengan matlamat menjadikan Selangor sebagai destinasi pelancongan pilihan utama,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Menurut Azrul Shah pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu individu dan berkumpulan (tidak melebihi empat orang setiap kumpulan) dengan projek dirancang dan akan dilaksanakan di negeri Selangor sahaja.", "Tahun lalu, sepuluh pemenang diberikan geran projek sebanyak 100,000 dengan tema Pelancongan dan Industri Kreatif yang memfokuskan kepada Warisan, Seni, Media dan Reka Bentuk dengan matlamat menjadikan negeri Selangor sebagai hab industri kreatif." ]
[ "Pitching Toursim Selangor", "Toursim Selangor" ]
https://selangorkini.my/2023/06/jemaah-haji-diingat-jaga-disiplin-nama-baik-negara-di-tanah-suci/
Jemaah haji diingat jaga disiplin, nama baik negara di tanah suci
[ "SEPANG, 1 JUN: Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa berdisiplin dan mengekalkan nama baik negara ketika berada di tanah suci bagi menunaikan rukun Islam kelima itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.", "“Orang Melayu Islam terutamanya memang terkenal dengan disiplin, atas dasar tersebut saya nasihatkan tuan puan untuk kekalkan disiplin, kekalkan nama baik Malaysia ketika di tanah suci agar tidak menjejaskan imej negara dan hubungan baik negara dengan Arab Saudi,” katanya ketika berucap pada Majlis Mengucapkan Selamat Jalan kepada Jemaah Haji Musim Haji 1444 Hijrah di sini hari ini.", "Beliau kemudiannya bersalam dengan sebahagian daripada 356 bakal jemaah haji yang akan berlepas ke Madinah menerusi penerbangan SV5669 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.35 petang ini.", "Mohd Na’im turut mengingatkan jemaah haji supaya mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi dan mengikuti arahan Tabung Haji serta fokus kepada ibadat untuk memperoleh haji mabrur.", "Beliau turut menekankan kepentingan bertoleransi dan mengamalkan sifat sabar sesama jemaah haji yang terdiri daripada pelbagai bangsa, adat resam dan warna kulit serta tidak mensia-siakan peluang beribadah di tanah suci.", "Penerbangan pertama jemaah haji negara bermula pada 21 Mei dan penerbangan terakhir adalah pada 21 Jun depan, manakala jemaah haji akan beransur pulang ke tanah air bermula 6 Julai dan penerbangan pulang terakhir adalah pada 2 Ogos 2023.", "Sebanyak 98 penerbangan sewa khas digunakan untuk membawa kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia yang membabitkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Saudia Airlines pada tahun ini berbanding 48 bagi 2022." ]
[ "disiplin", "Jemaah haji", "nama baik" ]
https://selangorkini.my/2023/06/mesej-pm-sempena-ulang-tahun-tudm-ke-65/
Mesej PM sempena ulang tahun TUDM ke-65
[ "KUALA LUMPUR, 1 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari ulang tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-65 kepada seluruh warga TUDM.", "Pasukan udara dalam Angkatan Tentera Malaysia ini ditubuhkan pada 2 Jun 1958 dan dikenali sebagai Tentera Udara Diraja Persekutuan (TUDP) ketika itu." ]
[ "Anwar Ibrahim", "ulang tahun ke-65 TUDM" ]
https://selangorkini.my/2023/06/kkm-bincang-garis-panduan-baharu-covid-19-pertengahan-jun-ini/
KKM bincang garis panduan baharu Covid-19 pertengahan Jun ini
[ "KUALA LUMPUR, 1 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengadakan mesyuarat pertengahan Jun ini, bagi membincangkan garis panduan baharu prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 berikutan pengumuman penamatan status kecemasan kesihatan global Malaysia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).", "Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata kementerian mengambil pendekatan berhati-hati sebelum membuat sebarang pengumuman dengan mengambil kira Malaysia yang masih ditetapkan di bawah Kawasan Jangkitan Tempatan yang berakhir 30 Jun ini.", "“Jadi, pada pertengahan Jun nanti kita akan meneliti SOP dan lihat bagaimana kita boleh membuat kemas kini daripada situ,” katanya ditemui selepas pelancaran Kuala Lumpur Wellness City (KLWC) di galeri jualan KLWC di Bukit Jalil, hari ini.", "“Kita perlu lihat sama ada trend kes (Covid-19) kerana ia sesuatu yang kita tidak boleh jangka, contohnya kita mungkin berdepan lonjakan kes ketika musim perayaan jadi kita perlu menguruskannya, dan selepas itu barulah kita putuskan,” katanya.", "Mengulas mengenai pelancaran KLWC, beliau berkata ia menandakan satu langkah berani ke arah mewujudkan masyarakat yang mampan dan inklusif dengan meletakkan keutamaan terhadap kesihatan dan kesejahteraan rakyat.", "“Inisiatif berwawasan ini mewakili komitmen untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik ke arah membina sebuah negara lebih sihat, yang mengiktiraf kesalinghubungan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial,” katanya.", "KLWC merupakan projek perbandaran khas pertama dibina di Asia Tenggara bagi memupuk gaya hidup bersepadu sepenuhnya dengan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM11 bilion merangkumi lebih 10.72 hektar tanah.", "Projek berkenaan menampilkan ekosistem lengkap untuk kesejahteraan dan kesihatan seperti The Nobel Healthcare Park, Hospital Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIH), makmal inovasi, fasiliti penyelidikan klinikal dan pembangunan, menara pejabat penjagaan kesihatan, pusat peranginan pesara, hab penjagaan kesihatan dan taman berasaskan kecergasan.", "Dr Zaliha turut mengulangi pendirian KKM untuk menyokong inisiatif dipacu oleh sektor swasta seperti KLIH dalam meningkatkan industri pelancongan kesihatan negara supaya dapat bersaing dengan negara pesaing seperti Thailand dan Singapura.", "Pengarah Urusan KLWC Datuk Dr Colin Lee dalam kenyataan berkata projek berkenaan bertujuan menyokong rancangan rasional Malaysia untuk diiktiraf sebagai destinasi pelancongan perubatan.", "“KLWC direka bentuk untuk menyediakan dan mengutamakan kesihatan serta kesejahteraan sebagai nadi pembangunan, melalui visi hab kesihatan 360 darjah berpusat di sekitar perbandaran merangkumi semua aspek penjagaan perubatan, kesihatan, kesejahteraan, kecergasan dan perniagaan lengkap dengan kediaman, runcit dan komersial,” katanya." ]
[ "Dr Zaliha Mustafa", "SOP COvid-19" ]
https://selangorkini.my/2023/06/amaran-ribut-petir-di-enam-daerah-di-selangor-kl-hingga-6-petang/
Amaran ribut petir di enam daerah di Selangor, KL hingga 6 petang
[ "SHAH ALAM, 1 JUN: Enam daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat diramal ribut petir dan hujan lebat sehingga 6 petang ini.", "Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur serta beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.", "Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam." ]
[ "MetMalaysia", "ribut petir" ]
https://selangorkini.my/2023/06/liwat-rakan-sepenjara-tiga-banduan-dipenjara-lima-tahun-sebatan/
Liwat rakan sepenjara, tiga banduan dipenjara lima tahun, sebatan
[ "SHAH ALAM, 1 JUN: Tiga banduan dipenjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu kerana meliwat rakan sepenjara di Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Februari lalu.", "Tertuduh Muhammad Tarmizi Mohd Sandy, 25, Wan Zulharie Wan Mustapha, 32 dan Mohamad Ariff Emeran, 32, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.", "Mengikut pertuduhan itu, ketiga-tiga banduan didakwa dengan sengaja membuat persetubuhan bertentangan aturan tabii dengan mangsa yang sama, berusia 26 tahun, lapor Berita Harian.", "Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan (Akta 574), yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.", "Ketiga-tiga tertuduh menerusi rayuannya memohon hukuman minimum dikenakan. Mahkamah kemudian menetapkan penjara lima tahun dan satu sebatan berikutan kesalahan itu serius." ]
[ "banduan", "Liwat", "Penjara" ]
https://selangorkini.my/2023/06/agong-permaisuri-zahir-ucapan-selamat-menyambut-hari-gawai/
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Menyambut Hari Gawai
[ "KUALA LUMPUR, 1 JUN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Gawai kepada semua yang meraikan perayaan itu.", "Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar perayaan berkenaan akan terus menyemarakkan keharmonian antara kaum di Malaysia dan memperkukuhkan perpaduan sesama rakyat.", "“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan semoga ia akan membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kedamaian serta kebahagiaan kepada semua,” menurut Istana Negara dalam hantaran di Facebook." ]
[ "Hari Gawai", "Istana Negara" ]
https://selangorkini.my/2023/06/petugas-tabung-haji-jalan-lebih-20000-langkah-sehari-selamatkan-jemaah-sesat/
Petugas Tabung Haji jalan lebih 20,000 langkah sehari selamatkan jemaah sesat
[ "MAKKAH, 1 JUN: Berjalan lebih 20,000 langkah sehari menjadi rutin anggota Unit Peronda Tabung Haji (TH) atau lebih dikenali sebagai ‘lipan bara’ dalam membantu jemaah haji Malaysia di sekitar Masjidil Haram.", "Pasukan itu berperanan membantu jemaah haji yang tersasar atau sesat mencari jalan di Masjidil Haram atau jalan pulang ke maktab penginapan, selain membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan.", "Anggota pasukan itu Ahmad Syukri Nu’aim Zolkipli, 28, berkata sejak memulakan tugas rondaan pada 26 Mei lepas, rekod jam tangan pintarnya menunjukkan dia berjalan lebih 20,000 langkah sehari dalam cuaca panas yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal.", "“Kami perlu sentiasa bergerak di lokasi yang ditetapkan bagi memantau jemaah haji negara. Jika mereka sesat, kami akan tunjukkan jalan ke arah penginapan dan kalau mereka memerlukan teksi, kita akan dapatkan teksi untuk mereka,” katanya ketika ditemui di sini.", "Ketua unit berkenaan bagi musim haji 1444 Hijrah, Wan Shamshol Husin berkata pasukan itu dianggotai 18 petugas yang terdiri daripada polis bantuan TH dari seluruh negara.", "Beliau berkata pasukan yang sinonim dengan pakaian kemeja-T dan topi merah serta berseluar hitam itu bertugas 24 jam mengikut giliran tiga syif di lapan pos sekitar masjid suci umat Islam berkenaan." ]
[ "jemaah sesat", "Tabung Haji" ]
https://selangorkini.my/2023/06/400-pengunjung-serbu-jualan-murah-nombor-giliran-habis-seawal-9-pagi/
400 pengunjung serbu jualan murah, nombor giliran habis seawal 9 pagi
[ "GOMBAK, 1 JUN: Jelajah Ehsan Rakyat (JER) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan lebih 400 penduduk hadir sejak jam 7.30 pagi.", "Pembantu tadbir Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkata 350 nombor giliran habis diedar seawal jam 9 pagi walaupun jualan bermula jam 10 pagi.", "“Sambutan makin tinggi, maklum balas pengunjung juga positif,” kata Norazyyati Hassan pada program di Dewan Rakyat Batu Caves di sini hari ini.", "Sementara itu, pegawai Pusat Khidmat DUN terbabit berkata jualan hari ini merupakan lokasi pertama daripada lima yang dirancang bagi bulan ini.", "JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10)." ]
[ "Dun Sungai Tua", "Jelajah Ehsan Rakyat" ]
https://selangorkini.my/2023/06/tiket-aksi-persahabatan-harimau-malaya-dijual-mulai-hari-ini/
Tiket aksi persahabatan Harimau Malaya dijual mulai hari ini
[ "KUALA LUMPUR, 1 JUN: Peminat bola sepak tanah air boleh mendapatkan tiket aksi persahabatan Tier 1 bermula hari ini, melibatkan skuad Harimau Malaya menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada 14 dan 20 Jun.", "Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan penjualan tiket berharga RM30 ditetapkan bagi tempat duduk terbuka dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun boleh didapati menerusi laman sesawang https://www.tickethotline.com.my/.", "Skuad kendalian Kim Pan Gon itu dijadual berdepan perlawanan antarabangsa Tier 1 yang pertama menentang Kepulauan Solomon pada 14 Jun sebelum menentang Papua New Guinea bagi aksi kedua 20 Jun di stadium berkenaan.", "Pasukan negara sebelum ini, mengharungi dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Mac, menyaksikan skuad kebangsaan mencatat kemenangan 1-0 dan 2-0 masing-masing ke atas Turkmenistan dan Hong Kong." ]
[ "aksi persahabatan", "Harimau Malaya", "Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea" ]
https://selangorkini.my/2023/06/dun-seri-serdang-salur-sumbangan-lebih-rm25000-baiki-rumah-mangsa-ribut/
DUN Seri Serdang salur sumbangan lebih RM25,000, baiki rumah mangsa ribut
[ "PUCHONG, 1 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang menyalurkan sumbangan RM25,164.60 kepada mangsa ribut di Kampung Orang Asli Sungai Rasau Hilir di sini.", "Pegawai Khas ADN Seri Serdang Danial Al-Rashid Haron berkata kejadian ribut di kampung itu berlaku pada 28 April lalu sehingga menjejaskan 10 kediaman.", "“Selain bantuan baik pulih rumah mangsa terjejas ribut, kita turut menghulurkan sumbangan kepada keluarga yang mana rumah mereka berada dalam keadaan uzur dan perlu diberi wajah baharu demi keselesaan bersama,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan kepada wakil penduduk Kampung Orang Asli Sungai Rasau Hilir di sini hari ini.", "Beliau yang mewakili Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang Dr Siti Mariah Mahmud berharap bantuan diberi itu meringankan beban penduduk sekali gus memberikan mereka keselesaan.", "Sementara itu, Tok Batin Baharuddin Bakar turut mengucapkan terima kasih kepada pejabat ADN terhadap sumbangan itu yang disifatkan membantu penduduk untuk membaik pulih rumah.", "“Ini merupakan bencana terburuk melanda kampung kami sehingga menjejaskan banyak rumah. Alhamdulillah dengan adanya bantuan pejabat ADN, penduduk boleh menarik nafas lega.", "“Syukur kerana tiada kemalangan nyawa atau kecederaan berlaku ketika ribut tempoh hari cuma rumah sahaja terjejas termasuk beberapa kerosakan harta benda,” katanya yang sudah berkhidmat lebih setahun sebagai tok batin kawasan itu." ]
[ "DUN Seri Serdang", "Kampung Orang Asli Sungai Rasau Hilir", "sumbangan mangsa ribut" ]
https://selangorkini.my/2023/06/program-hijrah-tingkatkan-kualiti-produk-masuk-pasaran-luar/
Program Hijrah tingkatkan kualiti produk, masuk pasaran luar
[ "SHAH ALAM, 1 JUN: Usahawan di bawah program Hijrah Tour Selangor (HITS) menyifatkan program itu platform lengkap dalam membantu usahawan memasarkan produk ke peringkat global.", "Pengarah Urusan AZ Empire Trading berkata program anjuran Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) itu peluang beliau untuk meningkatkan kualiti produk setanding dengan pasaran luar.", "“Menerusi program ini saya sasar produk keluaran syarikat dapat ditambah baik terutama pembungkusan kerana mahu dipasarkan ke luar negara,” katanya ditemui dalam program itu di Pustaka Raja Tun Uda, di sini semalam.", "Sementara itu pengusaha minuman berasaskan Roselle, Farkhana Nasron berkata program itu merupakan persediaan untuk memasarkan produk ke luar negara selain lebih dikenali di Malaysia.", "“Saya teruja kerana bahan utama produk ini ditanam sendiri dan ia juga banyak khasiat. Menerusi program ini, ia memudahkan usahawan kerana dapat bertemu sendiri dengan agensi berkaitan,” katanya yang mengeluarkan jenama Sorrellicious.", "Terdahulu, Hijrah membawa 30 usahawan terdiri daripada industri makanan, minuman, produk kecantikan dan wangian menyertai program HITS yang berlangsung sehingga Ahad ini di Pustaka Raja Tun Uda.", "Hijrah turut membawa beberapa agensi kerajaan untuk membantu usahawan antaranya Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah), Platform Selangor (PLATS), platform e-dagang, MyMall dan syarikat perisian Apps Engage." ]
[ "Hijrah Tour Selangor", "Shah Alam", "Yayasan Hijrah Selangor" ]
https://selangorkini.my/2023/06/adn-bukit-melawati-usaha-projek-tanam-cendawan-tingkat-taraf-hidup-penduduk/
ADN Bukit Melawati usaha projek tanam cendawan, tingkat taraf hidup penduduk
[ "SHAH ALAM, 1 JUN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati mengambil inisiatif mengusahakan projek tanaman cendawan bagi membantu meningkatkan ekonomi penduduk.", "“Setakat ini kami memilih Kampung Tanjung Siam dan Kampung Bukit Kuching. Jika mendapat sambutan, kita akan buat di semua kampung pada masa akan datang,” katanya kepada Selangorkini.", "Menurut Juwairiya pihaknya menyediakan tempat untuk 30 peserta dari setiap kampung dan mereka akan dibimbing wakil konsultan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO)." ]
[ "ADN Bukit Melawati", "Juwairiya Zulkifli", "tanaman cendawan" ]
https://selangorkini.my/2023/06/meski-tidak-pernah-lahir-zuriat-suri-rumah-bangga-diiktiraf-ibu-mithali/
Meski tidak pernah lahir zuriat, suri rumah bangga diiktiraf Ibu Mithali
[ "SHAH ALAM, 1 JUN: Meski pun tidak pernah merasai pengalaman melahirkan zuriat sendiri, Phatma Zachariah tidak menduga menerima anugerah Ibu Mithali daripada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis).", "Berkongsi pengalaman, Phatma, 55, berkata beliau bersyukur diberi peluang menjaga dan membesarkan Sean Noah Zachariah sebagai anak angkat selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga.", "“Ketika itu kami reda kerana saya tidak berpeluang melahirkan zuriat sendiri. Kami ambil Sean waktu itu dia berusia tiga tahun dan dia juga merupakan mangsa sindiket pemerdagangan kanak-kanak yang berjaya diselamatkan oleh sebuah pertubuhan.", "“Pertama kali ambil dia saya rasa dia seperti anak kami sendiri dan ia adalah tanggungjawab besar yang tuhan berikan kepada kami untuk dijaga, dididik dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang,” katanya.", "“Apabila kita diberi amanah menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu, tiada lagi istilah ‘me time’ kerana anak adalah anugerah yang tidak ternilai,” katanya.", "Beliau merupakan satu-satunya Tok Batin wanita komuniti Orang Asli di Hulu Langat disifatkan banyak membantu kebajikan dan menabur bakti kepada penduduk kampung.", "Uni, 45, berkata pelbagai karenah penduduk dihadapinya tetapi berkat kesabaran dalam memikul amanah sebagai pemimpin di kawasan itu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk membantu mereka.", "“Kebiasaannya, jika tidak banyak aduan saya sendiri akan bertanya dari rumah ke rumah dengan menaiki motosikal sama ada mereka memerlukan bantuan, cara itu juga kita boleh tahu masalah mereka dari semasa ke semasa,” katanya.", "Berkongsi pengalaman membesarkan tiga anak, Uni berkata ia agak mencabar tetapi atas berkat kesabaran dan tanggungjawab beliau bersyukur anaknya membesar menjadi manusia berguna dan banyak membantu buat kerja kebajikan.", "Rubawathi, 32, yang kini hamil anak kedua merupakan seorang pengasas satu-satunya pusat jagaan berpantang selepas bersalin bagi masyarakat India sejak 2017.", "“Selalunya yang buat jagaan pantang selepas bersalin wanita lebih berusia tetapi saya cabar diri saya bahawa wanita muda juga boleh ditambah dengan minat mendalam terhadap urutan bersalin.", "“Syukur sekarang saya sudah memiliki pusat penjagaan berpantang sendiri di Semenyih termasuk 10 pekerja dan saya harap ia menjadi inspirasi buat ibu muda di luar sana jangan jadikan status ibu sebagai halangan untuk bekerjaya,” ujarnya.", "Ketiga-tiga mereka merupakan antara 10 penerima anugerah Tokoh Ibu Pekawanis pada sambutan Hari Ibu dan ulang tahun Ke-15 Pekawanis yang diadakan di Pusat Konvensyen IDCC di sini semalam." ]
[ "anugerah tokoh ibu", "Pekawanis", "Phatma Zachariah", "R Rubavathi", "Uni Sudah" ]
https://selangorkini.my/2023/06/kementerian-sasar-300-tapak-sampah-haram-ditutup-tahun-ini/
Kementerian sasar 300 tapak sampah haram ditutup tahun ini
[ "SHAH ALAM, 1 JUN: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasar untuk menghapuskan kira-kira 300 tapak pelupusan sampah haram terutama di Selangor tahun ini.", "Menterinya Nga Kor Ming berkata sebanyak 128 tapak haram dihapuskan dalam tempoh 100 hari memegang jawatan tersebut dan usaha itu akan terus dipertingkat, lapor Bernama.", "“Saya sasarkan tahun ini kita akan lupuskan kira-kira 300 tapak pelupusan sampah haram khususnya di Selangor berikutan terdapat banyak kawasan industri di negeri ini,” katanya.", "Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya sedang berbincang dengan Selangor untuk melaksanakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) bagi mengatasi isu sampah haram." ]
[ "KPKT", "Nga Kor Ming", "tapak sampah haram" ]
https://selangorkini.my/2023/06/pakar-kenduri-sebelum-tunai-haji-antara-punca-jemaah-lesu-di-tanah-suci/
Pakar: Kenduri sebelum tunai haji antara punca jemaah lesu di tanah suci
[ "SHAH ALAM, 1 JUN: Pengurusan kenduri sebelum berangkat ke tanah suci dikenal pasti antara faktor menyebabkan keletihan dan kelesuan dalam kalangan jemaah haji Malaysia.", "Pakar kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata acara makan-makan dianggap satu kebiasaan jika seseorang terpilih untuk mengerjakan ibadah, lapor Astro Awani.", "“Budaya Melayu khususnya gemar membuat persediaan, kenduri dan makan-makan sebelum berangkat. Melayan tetamu, membuat persediaan kenduri lazimnya menuntut tenaga dan boleh meletihkan fizikal.", "“Jemaah sepatutnya menyimpan tenaga kerana walaupun kesihatan baik sebelum ke tanah suci, tetapi keadaan itu mungkin berubah apabila mereka di sana,” kata Dr Muhamad Kairul Aneeza Zakaria.", "Beliau yang juga pengurus kanan kesihatan Lembaga Tabung Haji menambah faktor lain termasuk cabaran menguruskan perjalanan, selain perubahan masa antara Malaysia dengan Arab Saudi.", "Berikutan itu, beliau menasihatkan jemaah untuk membuat persediaan rapi dan memiliki daya ketahanan tinggi terhadap cabaran yang harus ditempuhi semasa menunaikan haji.", "Musim haji tahun ini membawa cabaran besar buat lebih 31,000 jemaah Malaysia berikutan cuaca panas di Arab Saudi, yang dijangka boleh mencecah 50 darjah Celsius." ]
[ "jemaah", "lesu", "pakar kesihatan" ]
https://selangorkini.my/2023/06/mps-keluar-waran-tahanan-kepada-pemilik-harta-gagal-bayar-cukai-taksiran/
MPS keluar waran tahanan kepada pemilik harta gagal bayar cukai taksiran
[ "GOMBAK, 1 JUN: Sebanyak 4,226 waran tahanan dikeluarkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kepada pemilik harta yang gagal membayar cukai taksiran sejak 1 April lalu.", "Yang Dipertua Dato’ Mohd Yazid Sairi berkata harta pemilik yang mempunyai tunggakan RM200 ke atas akan disita selepas tujuh hari waran diserahkan kecuali jika bayaran penuh dibuat.", "“Mereka yang terlibat diingatkan supaya menjelaskan tunggakan cukai taksiran dengan kadar segera untuk mengelakkan harta alih milik mereka disita,” katanya dalam mesyuarat bulanan MPS semalam.", "Tahun lalu, MPS menyita harta 2,651 pemilik yang gagal menjelaskan tunggakan cukai taksiran dalam tempoh tujuh hari selepas serahan waran tahanan.", "Tambah Mohd Yazid, MPS juga menjalankan kempen membayar cukai taksiran melalui dalam talian menerusi MyMPS, Lazada, Shopee dan Cepat bermula Januari 2023." ]
[ "cukai taksiran", "MPS", "waran tahanan" ]
https://selangorkini.my/2023/06/ziarah-medik-masuki-sesi-kedua-pekawanis-peruntuk-rm200000/
Ziarah Medik masuki sesi kedua, Pekawanis peruntuk RM200,000
[ "Yang dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhamad berkata bagi sesi kedua itu dianggar lebih 400 pesakit kronik dari 40 Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibantu.", "“Kita sudah selesai fasa pertama Ziarah Medik Mac lalu membabitkan dana RM2,500 bagi setiap DUN untuk disalurkan kepada 10 pesakit yang masing-masing menerima bantuan RM250 setiap seorang.", "“Susulan sambutan yang diterima pada fasa pertama di 38 DUN, kita akan teruskan dengan sesi seterusnya melibatkan peruntukan sama. Secara keseluruhan RM200,000 disediakan bagi Ziarah Medik tahun ini,” katanya.", "Isteri kepada Dato’ Menteri Besar itu berkata demikian ketika ditemui pada Sambutan Hari Ibu dan Ulang Tahun Ke-15 Pekawanis yang diadakan di Pusat Konvensyen IDCC di sini semalam.", "Program Ziarah Medik yang memasuki tahun ketiga itu mengutamakan ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) daripada keluarga kurang berkemampuan (B40)." ]
[ "Masdiana Muhamad", "Pekawanis", "Ziarah Medik" ]
https://selangorkini.my/2023/06/masjid-surau-diminta-adakan-solat-hajat-mohon-doa-kesejahteraan-masyarakat-negara/
Masjid, surau diminta adakan solat hajat mohon doa kesejahteraan masyarakat, negara
[ "KUALA LUMPUR, 1 JUN: Masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta melaksanakan solat hajat hari ini bagi memohon kesejahteraan buat negara dan masyarakat berikut keadaan cuaca panas.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam kenyataan semalam berkata masjid dan surau di bawah dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut diminta berbuat perkara sama.", "“Negara sedang berhadapan dengan keadaan cuaca panas dan kering yang memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat dalam urusan seharian. Sehubungan dengan itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus berdoa supaya cuaca kembali berada dalam keadaan baik.", "“Saya telah meminta masjid di bawah seliaan Jakim iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, untuk melaksanakan solat hajat pada 1 Jun,” katanya." ]
[ "cuaca panas", "Dr Mohd Naim Mokhtar", "solat hajat" ]
https://selangorkini.my/2023/06/zii-jia-harap-isu-peminat-dan-media-selesai-secara-baik/
Zii Jia harap isu peminat dan media selesai secara baik
[ "KUALA LUMPUR, 1 JUN: Perseorangan profesional negara Lee Zii Jia mahu isu pertikaian peminat badminton tanah air terhadap laporan berita mengenai prestasi beliau tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan dengan baik.", "Atlet berusia 25 tahun itu berkata demikian susulan tindakan pihak yang menggelarkan diri mereka ‘Badminton Lovers’ sebelum ini dilaporkan mengugut dan mengecam wartawan tempatan yang menulis artikel mengenai prestasinya di Masters Malaysia minggu lalu.", "“Saya tahu mereka (peminat) sayang saya, perkara ini saya tak boleh kawal sebab jumlah peminat saya agak besar, jadi saya rasa harap kita boleh tamatkan dengan ‘peace and love’ (keamanan dan kasih sayang),” katanya ditemui selepas pertemuan bersama Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Olimpik 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin, semalam.", "Minggu lalu, sebuah media tempatan melaporkan seorang wartawan telah membuat laporan polis gara-gara maklumat peribadinya disebarkan di media sosial dan menerima kecaman daripada warga maya selepas menulis artikel mengenai juara All England 2021 itu.", "Wartawan berkenaan turut dilaporkan menerima mesej berbaur ugutan dan kecaman daripada pengguna media sosial yang tidak berpuas hati dengan tajuk berita tulisannya “Zii Jia Beri Alasan Tidak Sihat Sebagai Punca Kekalahan”.", "Sementara itu, Hamidin menasihati peminat badminton supaya memahami bahawa sebarang teguran yang diberikan kepada Zii Jia mengenai prestasinya adalah bagi memastikan beliau kembali bangkit untuk negara.", "“Zii Jia adalah pemain yang mempunyai aura berbeza di kalangan peminat. Apa pun yang diperkatakan oleh sesiapa untuk memberi komen kepada dia adalah dengan niat untuk memastikan dia kembali semula.", "“Peminat patut faham kerana ada sesetengah (peminat) yang sensitif apabila Zii Jia dikritik dan saya harap perkara ini tidak berlaku lagi,” katanya.", "Semalam, Zii Jia telah berjumpa Hamidin yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi membincangkan keperluan dan persediaan beliau untuk berentap dalam kejohanan antarabangsa akan datang." ]
[ "isu peminat dan media", "Lee Zii Jia" ]
https://selangorkini.my/2023/06/platform-selangor-bantu-lebih-20000-usahawan-baru-kembang-perniagaan-sediakan-latihan/
Platform Selangor bantu lebih 20,000 usahawan baru kembang perniagaan, sediakan latihan
[ "SHAH ALAM, 1 JUN: Platform Selangor (PLATS) berhasrat membantu lebih ramai usahawan tempatan khususnya mereka yang masih baharu dalam perniagaan menerusi program Hijrah Tour Selangor (HITS).", "“Usahawan yang berminat boleh terus datang ke program HITS dianjurkan Yayasan Hijrah Selangor bertemu dengan wakil PLATS bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya ditemui pada program tersebut semalam.", "Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi App Engage, Tan Wei Kiat berkata selaku syarikat perincian pihaknya melihat kebanyakan usahawan tidak mengetahui kepentingan laman sesawang dalam perniagaan.", "“Ramai peniaga tidak mempunyai laman sesawang sedangkan ia penting untuk usahawan sama ada e-dagang dan ‘offline’ supaya produk mereka dikenali serta beri keyakinan kepada pelanggan.", "Terdahulu, seramai 30 usahawan terdiri daripada industri makanan, minuman, produk kecantikan dan wangian menyertai program HITS yang berlangsung sehingga Ahad ini di Pustaka Raja Tun Uda." ]
[ "Azizul Hussin Zainal Abidin", "Platform Selangor" ]