url
stringlengths 36
199
| headline
stringlengths 3
105
| content
sequence | tags
sequence |
---|---|---|---|
https://selangorkini.my/2018/01/henti-tular-insiden-tikam-lidah-pelaku-sudah-mohon-maaf/ | Henti tular insiden tikam lidah, pelaku sudah mohon maaf | [
"KLANG, 26 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mahu orang ramai supaya tidak memperbesarkan insiden pertikaman lidah membabitkan seorang individu dengan empat anggota penguatkuasa yang kini menjadi tular di media sosial.",
"Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz berkata, hal itu kerana individu berkenaan sudah tampil memohon maaf berikutan tindakannya yang meninggikan suara sekali gus mencetuskan situasi tegang.",
"Rakaman kejadian pada 13 Disember lalu menjadi tular di media sosial, semalam selepas seorang lelaki berusia lingkungan 50 an bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada sekumpulan anggota penguatkuasa.",
"Rakaman video berdurasi 2 minit 40 saat itu memaparkan lelaki berkenaan dan isterinya bengang apabila kenderaan mereka disaman salah seorang anggota tersebut.",
"Salah seorang anggota itu cuba menjelaskan kesalahan lelaki itu yang meletakkan kenderaan di tempat yang salah, namun lelaki itu dilihat memberikan alasan sehingga menimbulkan situasi tegang."
] | [
"Majlis Perbandaran Klang (MPK)"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/rm700-kompaun-kepada-peniaga-yang-lewat-baharui-lesen/ | RM700 kompaun kepada peniaga yang lewat baharui lesen | [
"Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd Hamid Hussain berkata, nilai itu akan dikenakan kepada peniaga yang lewat pembaharui lesen bermula April hingga Disember ini.",
"“Kompaun sebanyak RM200 sudah dikenakan bagi pemegang lesen yang lewat hingga Mac ini, manakala bermula April kompaun sebanyak RM700 bakal dikenakan,” katanya ketika mesyurat penuh MPAJ, di sini, pagi ini.",
"Hamid menasihatkan pemilik perniagaan untuk memperbahrui lesen segera sebelum bagi mengelak dikenakan kompaun yang lebih tinggi atau sebarang tindakan penguatkuasaan lanjut diambil."
] | [
"Abd Hamid Hussain",
"Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/dash-dan-suke-sedia-untuk-sistem-tanpa-plaza-tol/ | DASH dan SUKE sedia untuk sistem tanpa plaza tol | [
"AMPANG, 25 JAN: Projek Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE) dan Damansara-Shah Alam Elevated Exspressway (DASH) yang dijangka siap pada penghujung 2019 dilengkapi prasarana dan rekabentuk untuk menghadapi pelaksanaan sistem Multi Lane Free Flow (MLFF).",
"Pengurus Besar DASH, Latib Rasol berkata, sistem itu direka bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas yang lazimnya terjadi di plaza bayaran tol.",
"“Sistem ini menggunakan teknologi tanpa palang dan pondok tol di mana kenderaan boleh melalui tanpa perlu memperlahankan kenderaan masing-masing sekaligus dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas disebabkan plaza tol.",
"Beliau berkata demikian pada Program Taklimat Media Projek SUKE & DASH – PROLINTAS di Galeria SUKE, Excella Business Park, Taman Ampang Hilir di sini, semalam.",
"Jelasnya, pada masa ini sistem yang lebih maju berbanding sistem tag pintar itu sudah pun digunakan di beberapa negara seperti Singapura dan negara maju lain.",
"Sementara itu, SelangorKini difahamkan pada masa ini lebuh raya di Malaysia sudah pun melaksanakan sistem Radio Frequency Identification (RFID) bagi kemudahan kenderaan pihak keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)."
] | [
"Damansara-Shah Alam Elevated Exspressway (DASH)",
"Projek Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE)"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/lebuhraya-dash-siap-2019-dibuka-awal-2020/ | Lebuhraya DASH siap 2019, dibuka awal 2020 | [
"AMPANG, 26 OKT: Lebuhraya Damansara-Shah Alam Elevated Exspressway (DASH) dijangka siap sepenuhnya penghujung 2019 sebelum dibuka untuk laluan awam pada awal 2020 nanti.",
"Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, selain menjimatkan masa dan jarak perjalanan, lebuh raya ini dijangka memberi impak positif kepada ekonomi khususnya melibatkan akses kepada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.",
"“Lebuhraya ini menghubungkan Penchala dan Puncak Perdana itu akan melalui Puncak Perdana, Alam Suria, Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Subang 2, Kwasa Damansara, Kota Damansara dan Damansara Perdana,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada program Taklimat Media Projek SUKE & DASH – PROLINTAS di Galeria SUKE, Excella Business Park Jalan Ampang Putra, Taman Ampang Hilir di sini, semalam.",
"Jelasnya, kajian Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati masa perjalanan Puncak Perdana ke Penchala bakal dijimatkan sehingga 43 minit dengan perjalanan sejauh 20 kilometer berbanding sejam untuk perjalanan sejauh 30 kilometer tanpa menggunakan DASH.",
"Katanya, kajian LLM juga mendapati, lebuh raya itu akan mengurangkan kesesakan lalu lintas sebanyak 39 peratus di Persiaran Mokhtar Dahari, 33 peratus bagi Jalan Sungai Buloh dan 43 peratus bagi Persiaran Surian.",
"Katanya, sama seperti Sungai Besi – Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE), DASH juga menyediakan transit atau susur masuk dan keluar yang banyak iaitu 13 kesemuanya.",
"Katanya lagi, susur terbabit adalah Puncak Perdana, Alam Suria, Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Pinggiran Subang, Subang 2, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Surian, Seksyen 5 Kota Damansara, Sunway Damansara, Damansara Perdana dan Penchala."
] | [
"Lebuhraya Damansara-Shah Alam Elevated Exspressway (DASH)"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/boling-erat-hubungan-prec-bersama-media/ | Boling erat hubungan PREC bersama media | [
"DAMANSARA, 25 JAN: PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) menganjurkan pertandingan boling bersama media ‘Strike Or Spare With PREC’ di Kiara Super Bowl, Bukit Kiara Equestrian Country and Resort, semalam.",
"Ketua Pegawai Eksekutif, Fakru Radzi Ab Ghani berkata, penganjuran program itu bertujuan merapatkan lagi hubungan bersama media tambahan banyak program yang akan dianjurkan tahun ini.",
"“Sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri, kita pastinya mahu memastikan cabaran ekonomi semasa mampu dihadapi dengan baik menerusi beberapa program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.",
"“Kita akan beri tumpuan kepada usaha melahirkan lebih banyak golongan usahawan muda dan menyediakan peluang pekerjaan kepada anak muda,” katanya kepada SelangorKini.",
"Mengulas lanjut beliau berkata, PREC juga akan melakukan program khidmat sosial (CSR) seperti tahun sebelumnya dengan kerjasama agensi lain termasuk Lembaga Zakat Selangor (LZS).",
"Media Selangor berjaya mengungguli kategori wanita menerusi Syazwani Sufian dengan kutipan 236 mata selaku juara diikuti Lizawati Madfa ketiga (222 mata) dan Nadrah Azlan kelima dengan 191 mata.",
"Bagi kategori lelaki, dua wakil Media Selangor turut mencatatkan keputusan cemerlang menerusi Arif Ramly yang menduduki tempat ketiga dengan 268 mata diikuti Hafizan Taib di tempat keempat dengan 262 mata."
] | [
"PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC)"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/insentif-perkahwinan-belia-ringan-beban-golongan-muda/ | Insentif Perkahwinan Belia ringan beban golongan muda | [
"DALAM usaha Kerajaan Negeri menggalakkan perkahwinan di usia muda, pasangan pengantin yang diijabkabul bakal menerima manfaat Program Insentif Perkahwinan Belia sebanyak RM500 seorang dari Pusat Khidmat DUN masing-masing.",
"Menerusi belanjawan selangor 2013, Menteri Besar Selangor mengumumkan pemberian insentif perkahwinan kepada belia yang layak sebanyak RM200, namun bermula 1 Januari 2014 insentif itu dinaikkan RM500 seorang.",
"Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turut menjelaskan dalam Belanjawan 2018 yang lalu bahawa masa depan negara adalah dalam genggaman millennials.",
"Menyedari hakikat ini, Kerajaan Negeri menyediakan RM9.09 juta bagi tahun ini untuk pembangunan generasi muda termasuk Insentif Perkahwinan Belia berjumlah RM5 juta dan program generasi muda anjuran Penggerak Belia Tempatan (PeBT) berjumlah RM1.44 juta.",
"Program itu dipertanggungjawabkan YAWAS mulai Januari 2017 dan tahun ini ia berada di bawah Pengerusi Jawatakuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan.",
"Program itu juga, sekali gus dapat membantu menjimatkan kos pasangan khususnya bagi yang kurang berkemampuan memandangkan keadaan ekonomi negara semakin menghimpit rakyat.",
"Insentif Perkahwinan Belia juga dilaksanakan dalam usaha meringankan bebanan pasa-ngan muda ekoran kenaikan harga barang serta kesan Cukai Barangan dan Perkhidmatan.",
"Cabaran ekonomi masa kini juga turut memaksa pasangan muda terikat dengan pelbagai komitmen yang menjerat me-reka dengan pelbagai kenaikan kos termasuk ketidaktentuan harga minyak.",
"Menariknya, insentif yang diperkenalkan di Selangor adalah terbuka kepada semua kaum tanpa mengira bangsa atau agama yang tinggal di negeri itu serta tiada sebarang had pendapatan isi rumah ditetapkan.",
"Selain itu, insentif ini tiada syarat seperti penilaian gaji pasangan akan diambil kira selain belia yang memohon adalah anak jati Selangor.",
"Pasangan boleh memohon dalam memohon dalam tempoh tiga bulan bermula dari tarikh nikah (bagi Islam) atau tarikh daftar perkahwinan (bagi bukan Islam).",
"Skim itu juga akan diberikan tertakluk kepada pengiraan Had al Kifayah iaitu pengiraan yang digunakan dalam menentukan kelayakan permohonan untuk menerima bantuan zakat.",
"Jumlah pengiraan Had Al Kifayah akan dikira sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan permohon dan kemudian dibandingkan dengan pendapatan isi rumah."
] | [
"belia",
"IPR"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/kesesakan-mrr2-berkurangan-24-selepas-suke-dibuka-2020/ | Kesesakan MRR2 berkurangan 24% selepas SUKE dibuka 2020 | [
"SHAH ALAM, 25 JAN: Kesesakkan lalu lintas di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dijangka dapat dikurangkan sehingga 24 peratus apabila Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE) dibuka, pada awal tahun 2020.",
"Pegawai Ketua Eksekutif (CEO) Kumpulan Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, masa perjalanan antara Bukit Antarabangsa ke Sri Petaling yang membabitkan perjalanan sejauh 24.4 kilometer itu juga dapat dijimatkan sehingga 50 minit.",
"“Lebuh raya ini juga akan menghubungkan lapan jalan utama termasuk enam lebuh raya seperti Duta-Ulu Kelang exspressway (DUKE), Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH), Lebuhraya KL-Seremban, Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Besraya dan Shah Alam Exspessway (KESAS),” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada program Taklimat Media Projek SUKE & DASH-PROLINTAS di Galeria SUKE, Excella Business Park Jalan Ampang Putra, Taman Ampang Hilir di sini, hari ini.",
"Mohammad Azlan berkata, kesesakan di Jalan Ampang dan Jalan Loke Yew juga dapat dikurangkan kira-kira 36 peratus dan 12 peratus selain MRR2.",
"Katanya, SUKE memiliki 14 transit yang menghubungkan kawasan di sepanjang laluannya dengan satu jumlah transit besar berbanding lebuh raya lain, di Lembah Klang."
] | [
"Lebuh raya",
"SUKE"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/banjir-kilat-landa-tiga-kawasan-di-lembah-klang/ | Banjir kilat landa tiga kawasan di Lembah Klang | [
"SHAH ALAM, 25 JAN: Banjir kilat melanda Lembah Klang iaitu di beberapa kawasan sekitar Rawang, Gombak dan Sungai Buloh yang ditenggelami air berpunca hujan lebat berterusan, sejak jam 3 petang semalam.",
"Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, enam keluarga di Paya Jaras Hilir dipindahkan oleh anggota bomba selepas rumah mangsa dinaiki air setinggi 0.6 meter.",
"“Sehingga jam 7 petang, air mulai surut secara berperingkat. Tiada insiden kehilangan nyawa dan pusat pemindahan dibuka setakat ini (semalam). Air naik berpunca ban pecah dan tindakan mengeluarkan mangsa dibuat bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku,” katanya.",
"Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor turut memaklumkan, kawasan di Gombak dan Rawang turut ditenggalami air iaitu kawasan perumahan Kampung Bahagia, Rahmat Jaya serta Jalan Batu Arang (B27) berhadapan pusat beli-belah Aeon Rawang.",
"Malah, hujan lebat itu turut menyebabkan banjir kilat di Jalan Persiaran Surian (Palm Spring) membabitkan enam kenderaan turut terkandas selepas air melimpah ke jalan."
] | [
"Banjir",
"Lembah Klang"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/jalan-ke-bristol-b25-ditutup/ | Jalan ke Bristol (B25) ditutup | [
"Katanya, jalan berkenaan terletak di lokasi sempadan jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) di hadapan Kilang Lafarge Rawang dan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil Kuang.",
"“Perhatian dan tindakan perlu diambil walaupun status jalan adalah tanah persendirian tambahan ia turut digunakan orang awam,” katanya lapor Sinar Harian."
] | [
"jalan bristol"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/gs-jepun-tandatangani-rm1-26-billion-kerjasama-dengan-selangor/ | GS Jepun tandatangani RM1.26 billion kerjasama dengan Selangor | [
"SHAH ALAM, 25 JAN: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyaksikan satu lagi peristiwa penting dalam sejarah kerjasama antara GS Paper dan Worldwide Holdings, hari ini.",
"Beliau berkata, secara ketara, perjanjian itu akan membuka jalan bagi pengembangan perniagaan kilang kertas GSPP bernilai RM1.26 bilion, di Kuala Langat."
] | [
"Azmin",
"Jepun"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/merchantrade-asia-sasar-180000-pemegang-kad-visa-prabayar-merchantrade-money/ | Merchantrade Asia sasar 180,000 pemegang kad visa prabayar merchantrade money | [
"KUALA LUMPUR, 25 JAN: Merchantrade Asia Sdn Bhd mensasarkan 180,000 pemegang kad visa prabayar pelbagai mata wang yang baru diperkenalkan dengan nilai tambah RM300 juta, tahun ini.",
"Pengasas dan Pengarah Urusannya, Ramasamy K Veeran berkata, kad itu mampu mengubah nilai ringgit Malaysia menjadi lima mata wang iaitu dolar Amerika, Australia, Singapura, pound sterling dan rupiah Indonesia.",
"“Buat masa ini, kami lihat penggunaan perkhidmatan berkenaan sangat menggalakkan. Jadi, berdasarkan trend semasa, kami menjangkakan dapat meraih tambah nilai RM300 juta.",
"“Pihak kami juga mensasarkan sejuta pemegang kad dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kad Visa Prabayar Pelbagai Mata Wang Merchantrade Money di Hotel Intercontinental, di sini, hari ini.",
"Sebelum ini, pihaknya menyediakan ujian perintis untuk kad prabayar baru dengan lebih dari 10,000 peserta serta tambah nilai lebih RM10 juta, dalam dua bulan terakhir.",
"“Bagaimanapun, kad prabayar ini terhad kepada RM10,000 saiz e-wallet. Kami berharap dapat meningkatkan saiz e-wallet kerana permintaan daripada pelanggan melebihi 10,000 pengguna dan kami memandang serius tentang perkara ini.",
"“Kami sedar orang ramai ingin mempunyai saiz dompet yang lebih besar terutama apabila mereka melancong, ke luar negara,” katanya sambil menambah syarikat itu perlu melakukan beberapa penyerahan peraturan.",
"Ramasamy berkata, keupayaan perkhidmatan itu menukar dari ringgit ke mata wang asing pada bila-bila masa, memberikan fleksibiliti dan kemudahan kepada pelanggan untuk menggunakan mata wang mereka bergantung pada kadar ditetapkan.",
"“Di samping itu, pelanggan juga boleh mengeluarkan mata wang asing di mana-mana mesin teller automatik (ATM) yang mempunyaivisa di seluruh dunia pada kadar ditetapkan, tertakluk kepada caj bank negara berkenaan,” katanya.",
"Sementara itu, Pengurus Negara Visa bagi Malaysia, KB Ng berkata, perkhidmatan baru itu akan mengubah pengalaman pembayaran untuk pelancong Malaysia dan pekerja asing, di negara ini.",
"“Perkhidmatan kad prabayar ini juga akan melengkapi perkhidmatan debit atau kredit Visa namun tidak dapat membebaskan produk dan perkhidmatan yang sedia ada,” katanya."
] | [
"merchantrade",
"Visa"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/gemba-bumi-di-nicobar-india/ | Gemba bumi di Nicobar India | [
"SHAH ALAM, 25 JAN: Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Nicobar, India, pada jam 9.16 pagi ini.",
"Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 120 kilometer barat daya dari Nicobar, India dan 864 kilometer barat laut Langkawi, Kedah.",
"Namun, pada jam 11.48 pagi tadi, MET melaporkan sekali lagi gemba bumi berlaku tetapi dalam keadaan sederhana, di Kepulauan Nicobar, India."
] | [
"Gempa Bumi",
"nicobar"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/46-mangsa-banjir-kuala-selangor-berpindah-ke-pusat-pemindahan/ | 46 mangsa banjir Kuala Selangor berpindah ke pusat pemindahan | [
"SHAH ALAM, 25 JAN: Seramai 46 mangsa dari 13 keluarga di sekitar Kuala Selangor dipindahkan ke Pusat Pemindahan Majlis Daerah Kuala Selangor Desa Coalfields selepas kediaman mereka dinaiki air berikutan hujan lebat, sejak malam tadi.",
"Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kuala Selangor, setakat 8.30 pagi ini, semua mangsa yang terdiri dari 24 dewasa, 13 kanak-kanak dan sembilan warga emas ditempatkan, di pusat pemindahan berkenaan."
] | [
"Banjir",
"Kuala Selangor"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/jambatan-raja-muda-nala-atasi-kesesakan-dua-jambatan/ | Jambatan Raja Muda Nala atasi kesesakan dua jambatan | [
"SHAH ALAM, 25 JAN: Pembinaan Jambatan Ketiga Klang atau Jambatan Raja Muda Nala tepat pada masanya ekoran pembangunan pesat di kawasan sekitar ketika ini.",
"Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, perancangan membuat jambatan itu bertujuan mengurangkan kesesakan dua jambatan sedia ada, di bandar klang.",
"“Ini adalah kerana penduduk tidak perlu melalui Bandar Klang untuk ke Utara juga Selatan lagi. Sebagai contoh, penduduk dari Rantau Panjang (Utara Klang) perlu melalui Bandar Bukit Tinggi.",
"“Namun, selepas terbinanya jambatan ini, mereka mempunyai jalan pintas ke Bukit Tinggi. Ini secara tidak langsung memendekkan perjalanan kira-kira 20 hingga 30 minit dan mengurangkan 20 peratus trafik, di Bandar Klang,” katanya kepada SelangorKini.",
"“Kejayaan pelaksanaan projek ini menjadi tanda aras keprihatinan Kerajaan Negeri yang begitu mengambil berat terhadap permasalahan rakyat dan penduduk setempat dalam usaha menangani kesesakan lalu lintas terutama, di pusat bandar Klang,” katanya.",
"Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Selat Klang, Dr Halimah Ali mengalukan pelebaran projek jambatan itu yang sudah pasti memberi manfaat kepada penduduk."
] | [
"jambatan",
"raja muda nala"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/arsenal-berdepan-man-city-tentukan-kejuaraan-piala-efl/ | Arsenal berdepan Man City tentukan kejuaraan Piala EFL | [
"Bersambung babak kedua Granit Xhaka memastikan Arsenal mendahului permainan 2-1 apabila berjaya menewaskan penjaga gol The Blues, Wilfredo Caballero untuk jaringan kedua pasukan tuan rumah dan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.",
"Manchester City yang menewaskan Bristol City menerusi agreget 5-3 semalam bakal bertemu Arsenal di perlawanan akhir pada 26 Februari ini, di Stadium Wembley."
] | [
"Arsenal",
"man city"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/merchantrade-lancar-kad-visa-prabayar-pelbagai-mata-wang-pertama-di-malaysia/ | Merchantrade lancar kad visa prabayar pelbagai mata wang pertama di Malaysia | [
"KUALA LUMPUR, 25 JAN: Merchantrade Asia Sdn Bhd melancarkan kad visa prabayar pertama di Malaysia yang boleh menukar ringgit secara digital kepada pelbagai mata wang, hari ini.",
"Pengarah Urusannya, K V Ramasamy berkata, kad yang dikenali sebagai ‘merchantrade money’ itu menawarkan urusniaga dalam lima mata wang iaitu dolar Australia, pound, rupiah Indonesia, dolar Singapura dan Amerika Syarikat.",
"“Ia juga memberi kelebihan faedah dan kelebihan kepada pelanggan yang ingin memaksimumkan nilai wang selain memastikan mereka tidak terjejas dengan naik turun kadar pertukaran mata wang asing,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kad Visa Pra bayar pelbagai mata wang ‘merchantrade money’ di Hotel Intercontinental, di sini.",
"“Selain itu, perkhidmatan ini memperkenalkan gaya hidup baharu kepada pelanggan dan bakal mengubah kelaziman apabila bertukar konsep daripada membawa wang tunai kepada kaedah digital sepenuhnya.",
"Kad itu turut disokong aplikasi mudah alih yang memudahkan pelanggan memeriksa baki wang, mengurus bajet, mengirim wang, menukar ringgit ke pelbagai mata wang dan melakukan urusu niaga e-dagang."
] | [
"kad visa"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/jangan-campur-aduk-hal-politik-isu-stadium-shah-alam/ | Jangan campur aduk hal politik isu Stadium Shah Alam | [
"SHAH ALAM, 25 JAN: Kerajaan Negeri menyeru kepada sesetengah pihak supaya tidak mempolitikkan isu penggunaan Stadium Shah Alam yang sering berbangkit sebelum sepak Liga Super bermula terutama dua tahun terakhir ini.",
"Exco Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, sebarang keputusan serta polisi yang diambil kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) adalah untuk menjaga kepentingan Kerajaan Negeri dan peminat tegar Merah Kuning.",
"“Tuduhan mengatakan bahawa tindakan yang diambil itu mempunyai motivasi politik dan bersifat dendam adalah fitnah, selain taktik terbabit digunakan untuk mengalihkan perhatian daripada kelemahan pentadbiran FAS sendiri.",
"“FAS dan segelintir individu yang ingin bermain politik tidak seharusnya memanipulasi sentimen penyokong dengan menjadi batu api dan menyogokkan maklumat tidak tepat untuk menyalahkan Kerajaan Negeri,”katanya dalam kenyataan.",
"Amirudin berkata, Kerajaan Negeri memberikan tumpuan utama dalam pembangunan bola sepak dan sentiasa berusaha membawa perubahan malah ia terbukti apabila pasukan Merah Kuning berjaya menamatkan kemarau panjang dengan menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2015, sekali gus berjaya mencapai Misi 33.",
"“Usaha untuk terus membawa perubahan dan kemajuan itu, malahan ia ditentang segelintir pimpinan FAS yang pernah melakukan tindakan biadab keluar daripada mesyuarat dipengerusikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.",
"“Tindakan biadab itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan Mohamed Azmin adalah Presiden FAS dan Dato’ Menteri Besar kepada Kerajaan Negeri, malahan beliau banyak memberi sumbangan kepada FAS, selama ini,”katanya.",
"Amirudin berkata, disebabkan hal itu Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Nor Azmie Diron yang turut menghadiri mesyuarat berkenaan mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menarik balik segala kemudahan serta bantuan terhadap FAS.",
"“Rakyat mengetahui bahawa Kerajaan Negeri memainkan peranan penting dalam menaik taraf Stadium Shah Alam untuk kegunaan Sukan SEA ke-19 lalu dan bertindak menyalurkan RM600,000 dengan kadar segera demi kegunaan pasukan Harimau Malaya dari perlawanan pertama, sehingga mara ke peringkat akhir.",
"“Adakah ini membuktikan Kerajaan Negeri mengamalkan sikap politik dalam sukan? Sedangkan jelas dan terang, hampir setiap kredit kejayaan ini ditempa pihak lain, namun itu bukan soalnya dalam pembangunan sukan dan kejayaan pasukan negara, “katanya.",
"Sementara itu, Amirudin turut mengingatkan bahawa Kerajaan Negeri antara yang memberi dana paling banyak kepada persatuan bola sepak berbanding negeri lain kerana menyedari kepentingan serta nilainya sukan berkenaan kepada rakyat, namun FAS gagal memahami dan bertindak sewajarnya.",
"“Di Selangor, masih terdapat persatuan yang diketuai ahli berlainan fahaman politik dengan Kerajaan Negeri tetapi masih dibantu dan mendapat kerjasama baik daripada kami.",
"Terdahulu, FAS tidak menunjukkan taat setia dan hormat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor apabila bertindak memboikot dan enggan melepaskan beberapa pemain Selangor menyertai Pilihan Selangor, pada Piala Sultan Selangor 2017.",
"“Peristiwa itu menunjukkan sikap FAS yang biadab serta tidak bertimbang rasa, namun pada masa sama merasakan bahawa mereka berhak untuk menuntut dana kewangan dan meminta penggunaan aset Kerajaan Negeri.",
"“Saya dimaklumkan bahawa terdapat usaha dari Pejabat Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor untuk menyelesaikan perkara ini dengan FAS, namun seperti biasa FAS tidak melunaskan janji diberikan, malahan tidak memberi respon balas dan bertanggungjawab kepada Raja Muda Selangor,”katanya.",
"Bagaimanapun, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri masih memberi peluang kepada FAS untuk menggunakan Stadium Selayang sebagai ‘home gorund’ Pasukan Liga Super Selangor dan Stadium Sepang untuk Pasukan Belia Selangor, tahun lalu.",
"“Kerajaan Negeri boleh mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya menyekat akses FAS, namun masih mempunyai kepercayaan dan ingin memberi peluang kepada mereka,” katanya.",
"Amirudin berkata, Kerajaan Negeri memahami kemarahan dan kekecewaan penyokong setia Merah Kuning tetapi mengapa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak membenarkan FAS menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil, sedangkan FAS sudah membuat pengumuman awal tentang penggunaannya.",
"“Adakah peminat mahu menyatakan ini juga sebagai bermotifkan politik? Mengapakah DYAM Tengku Mahkota Johor selaku Presiden FAM tidak membenarkan FAS menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil, sedangkan Dato’ Seri Subahan Kamal adalah salah seorang Timbalan Presiden FAM? Adakah wujud sesuatu isu yang kita belum tahu?, “soal Amirudin.",
"Bagaimanapun, Kerajaan Negeri bertegas bahawa mereka tidak mempunyai sebarang masalah dengan barisan kejurulatihan, pemain Selangor apatah lagi penyokong setia pasukan The Red Giants.",
"“Kami sentiasa bersedia untuk berunding dengan FA, namun pengabaian yang dilakukan mereka dan tidak mahu mengaku kebiadaban serta kesalahan, maka terpaksa mengambil keputusan tegas juga tidak popular.",
"“Namun, demi menjaga maruah dan nilai sebuah pentadbiran Kerajaan Negeri yang mendukung rakyat kebenaran yang pahit ini harus ditelan. Komitmen ini turut saya nyatakan di Dewan Negeri Selangor (DNS) ketika bersidang,” katanya.",
"Amirudin berkata, kepimpinan FAS perlu meletakkan jawatan sekiranya pentadbiran sekarang tidak mampu mengakui kesilapan, meminta maaf dan sedia berubah seterusnya berunding dengan baik, malahan menggunakan penyokong yang tidak diberikan fakta juga kronologi tepat serta melancarkan ancaman berbentuk politik, di media sosial.",
"“Besar kemungkinan pada masa itu, Kerajaan Negeri bersedia membuka pintu rundingan dengan hati terbuka dan hasrat pembangunan sukan bola sepak mampu dilaksanakan. Kami bersedia memberikan kerjasama penuh sekiranya FAS dirombak demi Merah Kuning lambang kebanggaan kita,” katanya."
] | [
"Amirudin",
"Bola Sepak"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/rantau-komandorskiye-ostrova-dilanda-gempa-bumi-kuat/ | Rantau Komandorskiye Ostrova dilanda gempa bumi kuat | [
"KUALA LUMPUR, 25 JAN: Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di rantau Komandorskiye Ostrova, Rusia, kira-kira jam 10.10 pagi ini.",
"Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, pusat gempa bumi itu terletak di 573 kilometer timur laut dari Petropavlovsk Kamchatsky, Rusia dan 6,937 kilometer timur laut dari Kudat, Sabah, lapor BERNAMA."
] | [
"Gempa Bumi",
"Rusia"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/korban-demam-kuning-di-brazil-catat-peningkatan/ | Korban demam kuning di Brazil catat peningkatan | [
"RIO DE JANEIRO, 25 JAN: Kementerian Kesihatan Brazil mengesahkan jumlah kematian akibat demam kuning di tenggara negara itu meningkat kepada 53 orang, lapor agensi berita Xinhua.",
"Sepanjang tempoh Julai 2017 hingga 23 Januari lalu, sebanyak 130 kes disahkan dijangkiti virus dan 162 kes disyaki di dua bandar terbesar iaitu Sao Paulo serta Rio de Janeiro direkodkan.",
"Dalam beberapa minggu, kebanyakan hospital di Sao Paulo dan Rio de Janeiro dipenuhi pesakit yang dijangkiti demam itu dengan jumlah kematian tertinggi dilaporkan di Minas Gerais membabitkan 24 kes, diikuti Sao Paulo (21) dan Rio de Janeiro (7), lapor BERNAMA.",
"Selain menyebabkan kematian manusia, virus itu juga membunuh 453 haiwan terutama monyet hingga memaksa pihak berkuasa menutup beberapa zoo pada 23 Januari lalu selepas seekor monyet mati akibat virus berkenaan.",
"Sementara itu, sejumlah 3,131 kes dilaporkan termasuk 392 kematian sejak wabak terbabit mula menular di Brazil, sejak Disember 2016 hingga April 2017."
] | [
"demam kuning"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/mpsj-catat-5041-kes-demam-denggi-sepanjang-2017/ | MPSJ catat 5041 kes demam denggi sepanjang 2017 | [
"SUBANG JAYA, 25 JAN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mencatatkan sebanyak 5041 kes demam denggi dengan enam kes kematian, sepanjang 2017.",
"“Kes demam denggi tertinggi adalah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Serdang membabitkan 2058 diikuti DUN Seri Kembangan sebanyak 1303 kes.",
"Noraini menasihatkan penduduk untuk meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu bagi memastikan kawasan kediaman bebas dari tempat pembiakan nyamuk aedes."
] | [
"Aedes",
"MPSJ"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/penduduk-nikmati-kemudahan-jambatan-raja-muda-nala/ | Penduduk nikmati kemudahan Jambatan Raja Muda Nala | [
"SHAH ALAM – Hampir keseluruhan penduduk sekitar Utara dan Selatan Klang sudah menikmati kemudahan Jambatan Raja Muda Nala yang disediakan Kerajaan Negeri walaupun kurang enam bulan pembukaannya.",
"Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, sambutan penduduk amat menggalakkan kerana jambatan berkenaan memendekkan jarak dan waktu perjalanan penduduk.",
"Katanya, manfaat itu memberi kelebihan khususnya kepada penduduk di Kampung Sungai Udang, Kampung Delek, Kampung Rantau Panjang dan taman perumahan sekitar untuk urusan harian.",
"“Sekiranya dilihat daripada segi pemerhatian, hampir keseluruhan penduduk sekitar kawasan di Utara dan Selatan Klang yang berdekatan melalui jambatan baru ini.",
"“Ketika ini, kita dapat melihat trafik lancar setiap hari dan pengguna bukan sahaja dari kawasan sekitar tetapi membabitkan pengguna luar kerana ia menghubungkan Utara juga Selatan Klang tanpa perlu melalui Bandar Klang,” katanya.",
"Bagaimanapun, Zaidy berkata, satu kajian terperinci selepas enam bulan pembukaan jalan akan dilakukan oleh kontraktor projek melalui Audit Keselamatan Jalan Raya (RSA) peringkat 5."
] | [
"jambatan"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/kementerian-kesihatan-kesan-lima-produk-kosmetik-beracun/ | Kementerian Kesihatan kesan lima produk kosmetik beracun | [
"SHAH ALAM, 25 JAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan lima produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual iaitu merkuri, hydroquinone dan tretinoin.",
"Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, antara produk yang dikesan adalah Dnars Honey Cream, Moleek Skincare Anti Pigmentation Cream Plus dan Luffya Night Cream 1 yang mempunyai hydroquinone serta tretinoin.",
"“Produk yang mengandungi hydroquinone juga tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.",
"Manakala, produk yang dicampur dengan tretinoin juga boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.",
"Orang awam yang sedang menggunakan produk itu dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan",
"Pengguna dan orang ramai boleh menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik di laman sesawang rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di http://npra.moh.gov.my/."
] | [
"KKM",
"produk"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/ringgit-meningkat-dolar-as-lemah/ | Ringgit meningkat, dolar AS lemah | [
"SHAH ALAM, 25 JAN: Ringgit dijadualkan meningkat berbanding dolar AS semalam yang ditutup pada 3.911 iaitu paras terakhir dilihat, pada Mei 2016.",
"Ketua Perdagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata, ia terjadi kerana peniaga kini kurang minat terhadap dolar AS, sekali gus mendorong ringgit di bawah paras 3.92 dengan sokongan dalam jangka terdekat, pada 3.90.",
"“Dengan sentimen dolar AS dalam pasaran, kita perlu menolak paras ujian, terutama jika harga minyak global terus kukuh,” katanya lapor BERNAMA.",
"Berhubung Indeks Harga Pengguna yang meningkat kepada 3.5 peratus pada Disember 2017 dan 3.7 peratus bagi tahun penuh 2017, Innes menjangka, Bank Negara Malaysia akan menaikkan Kadar Dasar Semalamannya (OPR), hari ini.",
"“Susulan harga minyak yang kukuh akan membawa kepada inflasi yang tinggi, pada 2018. Kami menjangka kadar daripada bank pusat akan terus di hadapan keluk inflasi,” katanya.",
"Namun, Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.9803/9832 dari 2.9737/9771 pada 23 Januari lalu dan susut berbanding yen kepada 3.5658/5695 dari 3.5466/5499 semalam.",
"Ia berkurangan berbanding euro kepada 4.8242/8295 dari 4.8026/8079 dan turun berbanding pound British kepada 5.5110/5168 dari 5.4738/4788 pada 23 Januari lalu."
] | [
"ringgit"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/fesbuk18-tampilkan-adiwira/ | FESBUK’18 tampilkan adiwira | [
"FESTIVAL Buku dan Kanak-Kanak 2018 (FESBUK’18) anjuran PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) dijangka terus mendapat sambutan dan berlangsung meriah seperti tahun sebelumnya.",
"Memasuki tahun keempat, festival yang turut mendapat kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), SACC Mall dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan diadakan di SACC Mall, Shah Alam, pada 2 hingga 4 Februari ini.",
"Dengan pelbagai program menarik, FESBUK’18 mensasarkan penyertaan lebih 32,000 orang berbanding festival tahun sebelumnya yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat khususnya, dari Selangor.",
"Pengurus Komunikasi Korporat PREC, Noor Inarah Sidek berkata, FESBUK’18 adalah program berbentuk ilmiah yang dijayakan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak dan ibu bapa serta bersesuaian dengan kehendak senasa.",
"“Selain bagi memupuk minat membaca, program ini adalah salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) PREC bagi menyokong inisiatif berkaitan pendidikan.",
"“FESBUK’18 diadakan di SACC Mall dengan orang ramai tidak hanya mengunjunginya untuk membeli-belah tetapi juga boleh turut serta dan menyertai pelbagai program bersesuaian,” katanya.",
"Dengan sambutan menggalakkan daripada masyarakat, festival kali ini bertema ‘Adiwira Membaca’ diadakan dengan lebih meriah melalui pelbagai acara termasuk acara tumpuan iaitu Sesi Bersama Adiwira.",
"Sesi Bersama Adiwira akan menemukan kanak-kanak dengan ikon adiwira pujaan mereka yang disediakan penganjur antaranya Superman, Spiderman, Captain America, Hulk, Ironman dan Batman.",
"“Sesi Bersama Adiwira bersesuaian dengan tema festival dan ia relevan kerana kanak-kanak mempunyai adiwira pujaan mereka sendiri, sejak dahulu hingga kini.",
"“Ia bakal menjadi acara tarikan FESBUK’18 dan kita juga akan membawa sekumpulan adiwira serta mengadakan pertandingan berhubungnya demi memeriahkan acara,” kata Pembantu Pengurus Bangunan SACC Mall, Azmir Baharum.",
"Selain Sesi Bersama Adiwira, penganjur menyediakan lebih 15 acara dalam festival itu seperti pertunjukan Superhero Marvel, karnival jualan buku, pertunjukan fesyen kanak-kanak dan cabutan bertuah.",
"“FESBUK’18 adalah festival khusus untuk anak bermula daripada bayi sehingga 12 tahun dan disertai ibu bapa juga keluarga. Maka, kita adakan acara membaca selain hiburan keluarga bersesuaian bagi mewujudkan suasana menggembirakan semua,” kata Ketua Unit Gerakan Literasi PPAS, Norkhairul Nizam M Sadon.",
"Katanya, dalam tempoh empat tahun, festival itu semakin mendapat perhatian masyarakat dengan penyertaan meningkat saban tahun bermula dengan penyertaan lebih kurang 15,000 orang hingga kira-kira 32,000 hadirin, pada tahun lalu."
] | [
"fesbuk18"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/sultan-kedah-dikurnia-darjah-kerabat-selangor-yang-amat-dihormati/ | Sultan Kedah dikurnia Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati | [
"SHAH ALAM, 25 JAN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat (D.K.) Yang Amat Dihormati kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah dalam satu majlis penuh istiadat, di Balai Singgahsana, Istana Bukit Kayangan, di sini.",
"Turut berangkat Raja Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin; Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah dan KDYMM Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff dan Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abd Wahid.",
"Darjah Kebesaran itu dizahirkan pada tahun 1961 yang mengandungi seutas Kalung, Lencana Kalung, Bintang Darjah, Selepang dan Lencana Selepang yang dikurniakan kepada kaum Kerabat Diraja, di Malaysia.",
"Baginda diputerakan di Alor Setar pada 30 April 1942 dan adalah anakanda kesembilan Almarhum Sultan Badlishah iaitu Sultan Kedah hasil perkongsian hidup dengan Sultanah Asma Sultan Sulaiman yang juga puteri Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah."
] | [
"Darjah",
"sultan kedah"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/pengakuan-najib-bukan-pengakhiran-skandal-1mdb/ | Pengakuan Najib bukan pengakhiran skandal 1MDB | [
"23 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengejutkan kita dengan pengakuan beraninya bahawa ‘projek mega’ 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) gagal dan salah tadbir urus.",
"Ternyata dengan pengakuan tersebut, tiada sebab lagi untuk kerajaan menafikan segala kebobrokan yang telah berlaku di dalam 1MDB di mana syarikat tersebut telah merompak kekayaan negara sehingga rakyat terpaksa menanggung beban akibat daripada perbuatan tersebut.",
"Dalam pada masa yang sama, Najib jangan ingat dengan pengakuan tersebut akan memberi titik noktah kepada skandal terbesar negara dan seterusnya dapat membersihkan semua yang telah dilakukan di dalam 1MDB kerana ianya sudah terlambat.",
"Pengakuan tersebut bukanlah pengakhirannya, malah ia menimbulkan beberapa persoalan terhadap isu besar ini yang kononnya dahulu didakwa menjana keuntungan dan memberi kebaikan kepada negara sedangkan syarikat tersebut hanya memberi beban hutang sebanyak lebih RM50 bilion.",
"Apa yang menjadi kemusykilan rakyat, kenapa baru sekarang Najib mengakui kegagalan 1MDB ini? Adakah beliau ingin menunjukkan bahawa beliau tidak terlibat dan ingin meyakinkan rakyat mengenai perkara ini terutama PRU14 yang dijangka tidak lama lagi?",
"Adakah terdapat ‘udang di sebalik batu’ atau beliau telah mempunyai mangsa untuk ‘dikambing hitamkan’ bagi melepaskan diri beliau dalam skandal terbesar negara ini?",
"Sejak sekian lama, kerajaan sentiasa mengambil prinsip berdolak-dalik setiap kali isu mengenai 1MDB dibangkitkan. Lebih mengecewakan, Ahli Parlimen juga turut dilarang untuk menanyakan sebarang persoalan berhubung 1MDB di dalam Dewan Rakyat.",
"Sekiranya Najib serius dalam pengakuannya mengenai kegagalan 1MDB, sewajarnya laporan akhir pengauditan 1MDB yang kini masih dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), didedahkan kepada khayalak umum.",
"Dengan tindakan seperti itu, semestinya mereka yang bertanggungjawab terhadap kegagalan 1MDB akan dapat diheret ke muka pengadilan dengan pendedahan laporan audit itu. Najib tidak ada alasan lagi untuk takut mengeluarkan laporan itu daripada OSA kerana beliau sendiri telah mengakui kegagalan 1MDB.",
"Jika Najib tidak bertindak, saya menggesa untuk beliau meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri dengan kadar segera kerana syarikat 1MDB merupakan syarikat strategik milik penuh kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan. Malah, Najib juga merupakan bekas pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang mana sudah tentu beliau turut terlibat dengan salah tadbir urus yang diperkatakannya itu."
] | [
"1MDB",
"Najib"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/bomba-selangor-rekod-19046-panggilan-kecemasan-tahun-lalu/ | Bomba Selangor rekod 19,046 panggilan kecemasan tahun lalu | [
"“Daripada jumlah itu, sebanyak enam panggilan palsu turut direkodkan dalam tempoh terbabit. Ini membabitkan kerugian hartanah dan harta benda bernilai RM832.6 juta, manakala RM29.54 bilion berjaya diselamatkan.",
"“Berdasarkan nilai harta yang diselamatkan, ia dapat dikaitkan dengan kecekapan operasi pemadaman oleh anggota bomba yang berjaya mengawal kebakaran dengan cepat sebelum merebak,” katanya kepada SelangorKini.",
"“Statistik turut merekodkan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh menerima 1,356 panggilan kebakaran dan kecemasan tertinggi berbanding balai lain, dalam tempoh sama.",
"Beliau berkata, daripada kes kebakaran itu, tiga meninggal dunia dan satu cedera, manakala bagi kes menyelamat, seramai 13 cedera, enam selamat dan empat lagi meninggal dunia."
] | [
"Bomba",
"panggilan"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/pelabuhan-barat-dan-utara-klang-pemangkin-kepesatan-ekonomi-selangor/ | Pelabuhan Barat dan Utara Klang pemangkin kepesatan ekonomi Selangor | [
"SHAH ALAM, 25 JAN: Kerajaan Negeri yakin melalui pembangunan yang terancang dan berkualiti, Selangor dapat merancakkan aktiviti ekonomi yang ‘sustainable’ dan menyediakan kemudahan prasarana unggul bagi menarik perhatian pelabur asing juga tempatan berlabuh, di negeri itu.",
"Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pembangunan yang pesat di daerah Klang khususnya pembangunan kemudahan baru di Pelabuhan Barat (Westport) dan Pelabuhan Utara (Northport) menjadi pemangkin kepada kepesatan ekonomi Selangor dan negara.",
"Justeru, pelaksanaan projek Jambatan Ketiga Klang sepanjang 2.5 kilometer dengan kos projek bernilai RM250 juta mencerminkan kepedulian Kerajaan Negeri untuk berbelanja bagi pembangunan berkualiti demi menyuraikan kesesakan trafik dan mewujudkan jaringan jalan raya yang cepat, selamat dan mesra pengguna.",
"Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, Kerajaan Negeri sedang membuat perancangan sambungan projek itu yang akan menghubungkan beberapa jalan lain dan antara dalam kajian adalah Jalan Shahpadu, Jalan Kapar serta Persiaran Raja Muda Musa.",
"“Ia termasuk membabitkan pembesaran Jalan Sungai Bertek yang terlalu sempit. Cadangan ini sudah dimajukan kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia dan pihaknya sedang membuat proses permohonan peruntukan bagi fasa II projek berkenaan,” katanya kepada SelangorKini.",
"Pada November 2017, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menamakan jambatan ketiga Klang sebagai Jambatan Raja Muda Nala sempena nama putera Sultan Selangor yang pertama.",
"Jambatan itu menjadi penghubung kepada dua kawasan iaitu Teluk Pulai dan Sungai Bertek di sebelah Selatan dan Tanjung Syawal, di sebelah Utara.",
"Ia salah satu daripada projek pembangunan utama disempurnakan dan dibiayai sepenuhnya Kerajaan Negeri yang mula dibina pada Julai 2014 dan siap, pada Jun 2017.",
"Apabila Sultan Sallehuddin mangkat pada tahun 1778, putera baginda, Raja Ibrahim, dilantik menjadi Sultan Selangor bergelar Sultan Ibrahim Shah dan melantik adindanya, Raja Nala menjadi Raja Muda Selangor."
] | [
"Pelabuhan Klang",
"selangor"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/pcc-2018-bawa-tema-faith-in-huminity/ | PCC 2018 bawa tema ‘Faith In Huminity’ | [
"SHAH ALAM – Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan Putra Canselor Carnival (PCC) buat kali ketujuh pada 16 hingga 18 Mac ini bertempat di Kolej Canselor, dari jam 8 pagi hingga 11 malam.",
"Ketua Unit Media PCC, Athira Izyanie Abdul Rasid berkata, program bertaraf antarabangsa itu membabitkan pelbagai lapisan masyarakat terdiri daripada tingkat sosial ekonomi A hingga E.",
"“Pada tahun ini, PCC bertemakan ‘Faith In Humanity’ membawakan konsep ihsan selaras dengan visi Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris dalam Perutusan 100 Hari Naib Canselor.",
"“Visi itu menyatakan konsep ihsan yang merangkumi setiap amal perbuatan atau pekerjaan yang baik, dilaksanakan dengan betul, mahir, efisien dan cekap.",
"“Konsep ihsan ini juga dapat diterapkan secara perkongsian pelbagai aspek seperti kepemimpinan, kesukarelawanan, cabaran pendanaan dan kewangan universiti juga kesejahteraan warga kampus,” katanya dalam kenyataan.",
"‘Well Known Preacher’ iaitu aktiviti kerohanian pada waktu malam yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat berjiwa ihsan adalah acara utama karnival berkenaan.",
"Selain itu, antara program menarik lain menanti pengunjung adalah ‘Program Blood Donation: We Share, We Care’, ‘Program Charity Mission: Share with Love’, ceramah agama ‘Benarkah Hidup Kita Sudah Ditetapkan?’, ‘Battle Of The Band: Grooving Back In Time’ dan ‘Ultimate Futsal Challenge’.",
"Katanya, penganjur mensasarkan kehadiran 5,000 pengunjung selain pembabitan 760 peserta daripada pelbagai universiti berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, 50 alumni Kolej Canselor dan 280 pelajar sekolah, di kawasan Serdang."
] | [
"faith",
"UPM"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/noraini-fokus-tingkat-kualiti-komuniti-bandar/ | Noraini fokus tingkat kualiti komuniti bandar | [
"SUBANG JAYA, 24 JAN: Pembaharuan pengurusan bagi meningkatkan kualiti hidup komuniti bandar menjadi fokus utama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) baru, Noraini Roslan.",
"“Saya merangka untuk melakukan pengurangan pembaziran dari segenap aspek sama ada dalam bentuk masa, kakitangan dan kewangan supaya kita dapat lakukan penjimatan ke atas pembangunan, namun dapat meningkatkan kebajikan masyarakat.",
"“Selain itu, juga saya sedang melihat pengurusan sisa pepejal membabitkan pembuangan secara pukal yang masih lagi berlaku walaupun Subang Jaya adalah kawasan perbandaran,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat penuh MPSJ, pagi tadi.",
"Beliau berkata, MPSJ antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang cemerlang dalam Malaysia dan mendapat pengiktirafan lima bintang, justeru tidak banyak perubahan ketara perlu dilakukan.",
"“Selama tiga minggu saya berkhidmat di MPSJ, tidak banyak perubahan diperlukan dari segi sistem, cuma terdapat beberapa perkara perlu penambahbaikan yang membawa kepada kecekapan,” katanya.",
"Noraini merupakan wanita kedua menerajui PBT di bandar, pada 3 Januari lalu selepas Datin Paduka Alinah Ahmad ketika bergelar Datuk Bandar Petaling Jaya, pada 2013.",
"Noraini pernah menjawat jawatan sama ketika menerajui Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) hampir 11 tahun sebelum beliau menjadi Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ."
] | [
"MPSJ",
"YDP"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/mpsj-buka-permohonan-tapak-bazar-ramadan/ | MPSJ buka permohonan tapak bazar Ramadan | [
"SUBANG JAYA, 24 JAN: Permohonan tapak bazar Ramadan bagi kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), dibuka secara dalam talian, bermula 1 Februari ini.",
"Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, tarikh akhir permohonan adalah pada 18 Februari dan pemohon mempunyai tempoh kira-kira dua minggu untuk berbuat demikian.",
"“Hanya permohonan secara ‘online’ sahaja akan dipertimbangkan, justeru semua urusan termasuk mendaftar, memilih dan memuat naik dokumen sokongan serta proses pembayaran perlu dilakukan secara dalam talian.",
"“MPSJ turut menyediakan terminal komputer bersama bantuan pegawai, di ibu pejabat MPSJ jika terdapat kemusykilan berhubung permit berkenaan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Permohonan Bazar Ramadan Online MPSJ, di sini, hari ini.",
"Katanya, bagi memeriahkan Ramadan kali ini, MPSJ merencana pelbagai program antaranya cabutan undi petak bazar, Kempen Sayangi Bumi Kita (bebas plastik) dan pertandingan penjaja contoh.",
"Sementara itu, Pengarah Perlesenan MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, seramai 33 dari 63 penjaja dibatalkan permit untuk Ramadan kerana melanggar syarat perlesenan.",
"“Selebihnya masih boleh membuat permohonan, namun mereka diberi amaran untuk tidak melakukan kesalahan yang sama jika tidak mahu lesen dibatalkan,” katanya."
] | [
"bazar Ramadan",
"MPSJ"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/i-adu-aplikasi-aduan-kini-di-hujung-jari/ | i-ADU: Aplikasi aduan kini di hujung jari | [
"Katanya, aduan boleh dilaporkan secara 24 jam di dalam aplikasi i-ADU bertujuan memudahkan orang awam membuat aduan selain menyalurkannya melalui laman sesawang, talian bebas tol 1800-884477, secara bersemuka, surat, borang dan aduan di media sosial MBSA.",
"“Pelaksanaan aplikasi i-ADU juga selaras usaha MBSA menjayakan Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti digariskan Kerajaan Persekutuan untuk memperkasakan sistem pengurusan aduan lebih moden dan mudah diakses.",
"“Pengenalan aplikasi ini juga merupakan komitmen berterusan MBSA untuk mempertingkatkan serta memperbaiki sistem penyampaian (delivery system) MBSA demi kemudahan dan kesenangan masyarakat, khususnya warga Shah Alam,” menurut kenyataan itu.",
"MBSA berkata, setiap aduan diterima melalui aplikasi terbabit akan direkodkan ke dalam sistem aduan iResponz MBSA dan nombor rujukan akan diberi kepada pengadu dalam bentuk pesanan ringkas (SMS).",
"“Pengguna boleh memuat turun aplikasi berkenaan melalui Google Play Store dan membuat pendaftaran bagi mendapatkan kata laluan mengakses aplikasi ini,” katanya.",
"Sebarang pertanyaan berkenaan pelaksanaan sistem i-ADU, orang awam boleh menghubungi Unit Aduan, Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam di talian 03-5510 5133 sambungan 1569 dan 1606."
] | [
"i-ADU",
"MBSA"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/operasi-ktmb-tanpa-henti-sempena-thaipusam/ | Operasi KTMB tanpa henti sempena Thaipusam | [
"KUALA LUMPUR, 24 JAN: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui perkhidmatan komuter akan beroperasi selama tiga hari dua malam tanpa henti, sempena sambutan Thaipusam, bermula 30 Januari ini.",
"Pengurus Besar Operasi KTMB, S Mahendran berkata, perkhidmatan disediakan bermula dari 30 Januari hingga 1 Februari ini bagi memberi kemudahan pengangkutan kepada orang ramai khususnya penganut Hindu serta pelancong ke Batu Caves.",
"“Jumlah keseluruhan perkhidmatan tren yang disediakan untuk tempoh itu adalah 783 perkhidmatan. Seramai 400 kakitangan KTMB bersama anggota polis dan ambulans dijadual bertugas bagi memastikan kelancaran operasi dan keselamatan penumpang sepanjang tempoh itu,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.",
"Mahendran berkata, orang ramai yang ingin ke Batu Caves sepanjang tempoh berkenaan digalak menggunakan Stesen KTMB Sentul kerana perkhidmatan lebih kerap.",
"“Perkhidmatan pengangkutan e-hailing, GrabCar, turut bekerjasama menawarkan promosi sempena Thaipusam dengan kod promosi GRAB2KTMBC, diskaun RM5 untuk dua kali perjalanan,” katanya lapor Berita Harian.",
"Sementara itu, Pengurus Besar Keselamatan KTMB, Meyor Hamdan Meyor Mohamad berkata, lebih 100 anggota polis bantuan KTMB akan bertugas sepanjang tempoh berkenaan bagi melancarkan perjalanan dan perkhidmatan.",
"“Polis juga menyalurkan khidmat di stesen yang dijangka padat dengan orang ramai. Selain itu, kami akan menugaskan beberapa anggota polis bantuan di dalam tren bagi memantau keselamatan penumpang,” katanya.",
"Dalam perkembangan berkaitan, KTMB memaklumkan, orang ramai boleh mendapatkan kad Komuter Link secara percuma bagi urusan pembayaran tanpa tunai dengan tambah nilai minimum RM3."
] | [
"KTMB",
"Thaipusam"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/dun-selat-klang-anjur-larian-rakyat-merentas-kampung-2018/ | DUN Selat Klang anjur Larian Rakyat Merentas Kampung 2018 | [
"SHAH ALAM, 24 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang akan mengadakan Larian Rakyat Merentas Kampung, pada 28 Januari ini di Dataran Seri Perantau, Klang, bermula jam 7.30 pagi.",
"Pengarah Programnya, Muhammad Amin Ibrahim berkata, larian itu mempertandingkan empat kategori iaitu veteran 50 tahun ke atas, dewasa (18 hingga 49 tahun), remaja (13 hingga 17 tahun) dan kanak-kanak (12 tahun ke bawah)."
] | [
"DUN Selat Klang"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/inflasi-pengguna-meningkat-3-5-disember-2017/ | Inflasi Pengguna meningkat 3.5% Disember 2017 | [
"KUALA LUMPUR, 24 JAN: Indeks Harga Pengguna Malaysia (IHP) yang mengukur inflasi meningkat 3.5 peratus kepada 120.9 pada Disember 2017, berbanding 116.8 pada bulan sama 2016 terutama disebabkan indeks pengangkutan, makanan dan minuman.",
"Antara kumpulan utama yang merekodkan peningkatan ialah indeks pengangkutan (+11.5 peratus), makanan dan minuman bukan alkohol (+4.1 peratus), restoran dan hotel (+2.6 peratus), kata Jabatan Perangkaan hari ini.",
"Indeks bagi kumpulan pengangkutan menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 11.5 peratus tahun ke tahun pada Disember 2017, selepas meningkat 10.8 peratus pada November 2017, kata jabatan itu dalam satu kenyataan lapor BERNAMA.",
"Harga purata satu liter petrol RON95 ialah RM2.27 pada Disember 2017, berbanding RM1.90 pada Disember 2016. Bagi RON97, harga purata meningkat kepada RM2.55 pada Disember 2017 berbanding RM2.25 pada Disember 2016.",
"Antara lain, hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah meningkat 2.4 peratus, kesihatan (+2.3 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2.2 peratus).",
"Antara indeks barang makanan merekodkan peningkatan ketara pada Disember 2017 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya ialah kacang panjang (+19.3 peratus), sotong (+13.5 peratus) dan bayam (+10.2 peratus).",
"Selain itu, sawi (+7.9 peratus), ikan kembung (+7.6 peratus), ikan cencaru selayang (+6.1 peratus), udang (+4.7 peratus), ayam (+4.3 peratus) dan ikan tenggiri (+3.6 peratus)."
] | [
"Inflasi"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/rm88-3-juta-kompaun-tertunggak-di-mpsj/ | RM88.3 juta kompaun tertunggak di MPSJ | [
"SUBANG JAYA, 24 JAN: Lebih RM88.3 juta masih belum dijelaskan pemilik kenderaan atas pelbagai kesalahan jalan raya, di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).",
"Yang Dipertuanya, Noraini Roslan berkata, sepanjang tahun lalu, 567 kes trafik dibawa ke Mahkamah Majistret Munisipal MPSJ untuk tindakan pendakwaan, dengan 127 waran tangkap dikeluarkan terhadap Orang Kene Saman (OKS).",
"“Sehubungn itu, MPSJ melaksanakan kempen ‘Flat Rate’ dengan OKK boleh membuat penyelesaian di luar mahkamah dengan kadar lebih rendah selama tiga bulan.",
"“Pengurangan RM10 akan diberi bagi semua kod kesalahan, bermula 1 Februari hingga 30 April ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat MPSJ, pagi tadi.",
"Noraini berkata, ia terbuka kepada semua jenis kesalahan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan MPSJ 2007 kecuali kesalahan di bawah Perintah 2 Perintah Pengangkutan Jalan MPSJ 2012 dan kompaun yang dibawa ke mahkamah.",
"Katanya, orang ramai khususnya pesalah trafik sewajarnya mengambil kesempatan itu sebelum kes mereka dibawa ke mahkamah dan boleh dikenakan maksimum RM80 sebaik tempoh kempen tamat."
] | [
"kompaun",
"MPSJ"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/polis-panggil-pengendali-laman-sesawang-bantu-siasatan-data-bocor/ | Polis panggil pengendali laman sesawang bantu siasatan data bocor | [
"SHAH ALAM, 24 JAN: Pengendali sebuah laman sesawang akan dipanggil bagi membantu siasatan kebocoran data peribadi lebih 220,000 penderma organ di negara ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.",
"Beliau berkata, laman sesawang sama turut mendedahkan kebocoran data 56 juta pelanggan telefon mudah alih pada tahun lalu hasil siasatan yang dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).",
"“Yang hairannya, isu sama (pembocoran data peribadi) yang berlaku sebelum ini adalah daripada laman lowyat.net juga. Kita sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini.",
"Pada 23 Januari lalu, media melaporkan forum lowyat.net mendedahkan senarai lebih 220,000 pendaftar dengan hospital kerajaan dan pusat pemindahan organ yang dipercayai dicuri, pada September 2016."
] | [
"data bocor",
"polis"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/ide-sokongan-terhadap-mb-dan-kerajaan-negeri-meningkat-65/ | IDE: Sokongan terhadap MB dan Kerajaan Negeri meningkat 65% | [
"SHAH ALAM, 24 JAN: Sokongan rakyat Selangor terhadap Kerajaan Negeri diterajui Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, meningkat 65 peratus menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.",
"Hasil kajian Institut Darul Ehsan (IDE) pada awal Januari ini mendapati ia meningkat tiga peratus berbanding 62 pratus pada kajian dijalankan, pada Ogos tahun lalu.",
"Timbalan Pengerusinya, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, catatan peningkatan itu satu petanda positif kepada kepimpinan Dato’ Menteri Besar untuk memenangi PRU14.",
"“Peningkatan kepercayaan rakyat mencerminkan tawaran Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dikemukakan dalam tempoh pentadbirannya menunjukkan kesan positif dan efektif dalam membela isu rakyat.",
"Beliau berkata, IDE menjalankan kajian penerimaan rakyat Selangor terhadap kepimpinan Mohmed Azmin sejak 2015 iaitu dari awal memikul amanah sebagai Dato’ Menteri Besar.",
"Kajian terbaru IDE pada 5 hingga 7 Januari lalu, katanya, membabitkan 3,277 responden iaitu pengundi di Selangor merangkumi semua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) mendapati Mohamed Azmin selaku pemimpin mesra rakyat, turun padang dan mampu membawa kemajuan, di Selangor.",
"Responden adalah terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India serta terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan, tempat tinggal, taraf pendidikan dan lain-lain diprofil berdasarkan nisbah 2,247,3565 pengundi, di negeri itu.",
"“Hasil dapatan ini menunjukkan sokongan kepada gabungan Pakatan Harapan (PAKATAN) di bawah kepimpinan Dato’ Menteri Besar terus kukuh dan dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan kerajaan sedia ada walaupun berhadapan dengan isu seperti persempadanan baru pilihan raya dan pertandingan tiga penjuru.",
"“Pada masa sama, sokongan kepada Umno-Barisan Nasional (BN) didapati semakin merosot dan amat terserlah berhubung ketidakpuasan hati rakyat dalam isu berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kenaikan harga barang, penyelewengan, keyakinan kepimpinan dan rasuah,” katanya.",
"Beliau berkata, kaji selidik dijalankan merangkumi penyelidikan pelbagai isu semasa seperti jika berlaku pertandingan tiga penjuru, persepsi rakyat terhadap parti politik, kecenderungan pengundian, pandangan terhadap su semasa, prestasi perkhidmatan wakil rakyat di DUN dan pencapaian inisiatif Kerajaan Negeri.",
"Katanya, ia diperoleh daripada Survei Mood Rakyat Selangor 2018 menjelang PRU14 dijalankan IDE yang dilaksanakan secara sistematik membabitkan 50 penemuduga terlatih dan dilakukan secara bersemuka menggunakan inovasi terkini dan aplikasi IDE e-survey dibangunkan IDE."
] | [
"Azmin",
"IDE"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/tiada-rakyat-malaysia-jadi-korban-lebak/ | Tiada rakyat Malaysia jadi korban Lebak | [
"KUALA LUMPUR, 24 JAN: Tiada rakyat Malaysia yang cedera dalam tragedi gempa bumi di wilayah barat daya Lebak, Provinsi Banten, Indonesia, kira-kira 1.34 tengah hari, semalam.",
"Ia disahkan Kementerian Luar dalam kenyataan yang berkata, kedutaan Malaysia di Jakarta sudah berhubung dengan pelajar negera ini yang berada di sekitar Jakarta, Bandung serta Bogor bagi memastikan keselamatan mereka, lapor BERNAMA.",
"Antara kawasan yang dilaporkan menerima impak gegaran gempa bumi dengan kekuatan 6.1 pada skala richter itu ialah Jakarta, Bogor, Cianjur, Sukabumi dan Bandung di Jawa Barat serta beberapa wilayah, di Jawa Tengah.",
"“Rakyat Malaysia diminta sentiasa tenang dan mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Wsima Putra, hari ini.",
"Rakyat Malaysia di Indonesia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi e-mel [email protected] atau talian+62215224947 dan +6281380813036."
] | [
"Gempa Bumi",
"rakyat Malaysia"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/25-maut-serangan-demam-kuning/ | 25 maut serangan demam kuning | [
"BRAZIL, 24 JAN: Minas Gerais negeri kedua paling ramai penduduk di Brazil dilanda wabak demam kuning yang mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 25 orang ekoran penularan virus itu, sejak Disember lalu.",
"Agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Jabatan Kesihatan serantau turut melaporkan 22 lagi dijangkiti virus berkenaan di tenggara Minas Gerais membabitkan 87 kes berpotensi dipantau, manakala 12 kematian sedang dianalisis.",
"Sementara itu, separuh daripada kematian terbabit berlaku di kawasan metropolitan ibu negeri Belo Horizonte dan hampir semua mangsa adalah lelaki dan kebanyakannya tidak diberi vaksin bagi mencegah penyakit berkenaan.",
"Memetik BERNAMA, wabak itu juga menular ke Sao Paulo iaitu negeri yang mempunyai ramai penduduk dan turut terkesan adalah lokasi yang menjadi antara tumpuan pelancong di Brazil, Rio de Janeiro.",
"Pihak berkuasa turut menutup zoo, zoo safari dan taman botani selepas seekor monyet Howler yang dijangkiti virus itu ditemui mati, di Soa Paulo.",
"Wabak yang dibawa oleh primat melalui nyamuk itu meragut banyak nyawa dan mula menular, di Minas Gerais, pada hujung 2016 juga awal 2017."
] | [
"Brazil",
"demam kuning"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/pakatan-selesai-agih-kerusi-akhir-januari/ | PAKATAN selesai agih kerusi akhir Januari | [
"SHAH ALAM, 24 JAN: Pakatan Harapan (PAKATAN) menetapkan tempoh hingga akhir Januari ini untuk menyelesaikan isu calon dan pengagihan kerusi dalam kalangan parti gabungan itu juga parti pembangkang lain di Sabah.",
"Memetik Berita Harian Online, Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tempoh sama turut diberikan kepada PAKATAN, di negeri lain untuk menyelesaikan isu berkenaan.",
"Pada masa sama, Muhyiddin berkata, pihaknya terbuka untuk menjalin kerjasama dengan parti pembangkang lain, di Sabah yang berkongsi matlamat sama menumbangkan Barisan Nasional (BN)."
] | [
"Pakatan",
"PRU14"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/jangan-panik-nampak-paip-pecah/ | Jangan panik nampak paip pecah | [
"PETALING JAYA, 24 JAN: Penduduk di sekitar Seksyen 17, Petaling Jaya diminta bertenang jika menemui paip bocor, di jalan kawasan kediaman mereka kerana kerja menguji sambungan paip baru sedang dilakukan.",
"Ahli Dewan Negeri Bukit Gasing, R Rajiv berkata, kerja pemeriksaan paip baru menahan tekanan air sedang dilakukan kontraktor bertanggungjawab dalam tempoh tiga minggu bagi memastikan semua sambungan dilaksanakan dengan baik.",
"“Untuk ujian pertama, tekanan air diletakkan pada kadar 15 bar selama 10 minit bagi menyemak sama ada berlaku kebocoran, pada sambungan paip baru.",
"“Jika ada kebocoran, bacaan meter akan turun. Untuk ujian kedua, tekanan diletakkan pada 12 bar selama 24 jam,” katanya pada sesi lawatan tapak menguji paip baru, di Jalan 17/3, di sini.",
"Sebelum ini, berlaku salah faham dalam kalangan penduduk yang menyangka berlaku kebocoran terhadap paip baru, sedangkan ia belum disambung secara terus kepada sistem SYABAS.",
"Rajiv berkata, jika berlaku kebocoran, ia hanya membabitkan sambungan paip baru dan tidak mengganggu sumber air penduduk yang disalurkan mengikut paip lama.",
"“Fasa akhir nanti akan membabitkan sambungan dari paip utama bawah tanah ke meter setiap rumah dan ke sistem SYABAS. Kerja sambungan dijangka hanya membabitkan gangguan air selama enam jam sahaja."
] | [
"r rajiv",
"Syabas"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/apa-peranan-ahli-parlimen-jika-dihalang-semak-laporan-audit-1mdb/ | Apa peranan Ahli Parlimen jika dihalang semak laporan audit 1MDB? | [
"KUALA LUMPUR, 24 JAN: Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mempersoal halangan dikenakan terhadap Ahli Parlimen untuk membuat semakan sulit laporan Ketua Audit Negara membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).",
"Ahli Parlimen Gombak itu berkata, laporan berkenaan seharusnya ditukar klasifikasi bagi mendapatkan pendedahan sebenar terhadap skandal kewangan yang didakwa media antarabangsa membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.",
"“Namun, saya cukup terkejut apabila Ahli Parlimen tidak dibenarkan untuk mendapatkan akses bagi membuat semakan terhadap laporan itu,” katanya kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini.",
"Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi, Kamaludin Md Said dalam keputusannya menolak permohonan Mohamed Azmin mencabar status sulit laporan audit berkenaan atas sebab ‘locus standi’ terhadap dokumen berkenaan.",
"Mohamed Azmin sebelum ini menamakan Perdana Menteri dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sebagai responden dalam prosiding kes berkenaan.",
"Berdasarkan afidavit itu, beliau yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor menuntut Laporan Audit Negara berhubung 1MDB yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi menurut Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) ditukar status kepada ‘dokumen awam’.",
"“Saya akan berbincang dengan peguam saya jika wujud keperluan membawa kes ini ke peringkat selanjutnya seiring keperluan mempertahankan dan menjaga kepentingan rakyat,” katanya."
] | [
"1MDB",
"Dato' Seri Mohamed Azmin Ali"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/landasan-ketiga-klia-kembali-beroperasi/ | Landasan ketiga KLIA kembali beroperasi | [
"SHAH ALAM, 24 JAN: Landasan ketiga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kembali beroperasi seperti biasa apabila dibuka, pada jam 6 pagi, hari ini."
] | [
"KLIA",
"MAHB"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/momentum-bursa-malaysia-meningkat/ | Momentum Bursa Malaysia meningkat | [
"SHAH ALAM, 24 JAN: Saham di Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi dengan mendapat sokongan belian sederhana dan sejajar arah aliran serantau, kata peniaga.",
"Pada jam 9.02 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,838.09, naik 0.50 mata daripada 1,838.04 penutup Selasa.",
"Peniaga berkata, beliau menjangka Bursa Malaysia, bersama-sama pasaran Asia lain akan terus meningkat momentum, sementara mengambil petunjuk daripada keyakinan pasaran Amerika Syarkat (AS).",
"“Semalam FBM KLCI naik 4.89 mata (0.27 peratus) kepada 1,838.04 dan kami harap momentum positif ini berterusan. Sebarang kelemahan terdekat dijangka bersifat sementara,” katanya.",
"Dalam kalangan kaunter utama, Maybank naik satu sen kepada RM9.90, Tenaga naik dua sen kepada RM15.88, Public Bank susut dua sen kepada RM20.94, dan Petronas Chemicals susut satu sen pada RM8.02.",
"Dalam kalangan kaunter aktif, Sumatec Resources dan Sino Hua-An menambah setengah sen setiap satu masing-masing kepada 11 sen dan 61 sen."
] | [
"Bursa Malaysia"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/ringgit-kukuh-pagi-ini/ | Ringgit kukuh pagi ini | [] | [
"ringgit"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/honda-malaysia-kekal-ranking-nombor-satu/ | Honda Malaysia kekal ranking nombor satu | [
"SHAH ALAM, 24 JAN: Honda Malaysia Sdn Bhd mengekalkan kedudukan teratas bagi segmen kenderaan bukan nasional untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.",
"Honda Malaysia dalan kenyataan berkata, syarikat itu turut mengekalkan kedudukan di tangga kedua dalam keseluruhan jumlah jualan kenderaan (TIV) bagi tempoh dua tahun berturut-turut, dari 2016 hingga 2017.",
"Dalam tempoh 14 tahun, Honda Malaysia menjual lebih 730,000 unit kenderaan dan mencatat jualan tertinggi dengan 11,221 unit dijual, pada Disember 2017.",
"Tahun lalu menyaksikan Honda Malaysia melancarkan enam model baharu, iaitu BR-V, City, Jazz dan Jazz Hybrid, City Hybrid, CR-V dan Civic Type R serba baharu.",
"Honda City muncul model terlaris pada 2017, menyumbang 27 peratus daripada keseluruhan jualan, diikuti HR-V (17%), BR-V (16%) dan Civic (14%)."
] | [
"Honda Malaysia"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/beza-persempadanan-semula-sebelum-dan-selepas-2008/ | Beza persempadanan semula sebelum dan selepas 2008 | [
"SHAH ALAM, 24 JAN: Persempadanan semula kawasan pilihan raya, sebelum 2008 menyaksikan pengundi majoriti Melayu dipecahkan ekoran kecenderungan kaum itu memilih pembangkang, berbanding kaum lain.",
"Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, pendekatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagaimanapun berubah selepas itu dengan menyaksikan kawasan campuran pula dipecahkan dalam persempadanan semula.",
"Beliau berkata demikian pada Forum Demokrasi: “Persempadanan Kawasan Pilihan Raya Untuk Mengekalkan Kemenangan BN: Dimana Hak Pengundi”, di Auditorium IDE, semalam.",
"Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) itu berkata, pola sokongan pengundi sejak 2008 berubah dengan menyaksikan kemerosotan mendadak sokongan kepada BN, di kawasan campuran.",
"Katanya, kawasan majoriti Melayu yang sebelum ini berpontensi besar dimenangi pembangkang bertukar menjadi kawasan yang pengundinya cenderung memilih BN, selepas 2008.",
"“Beliau menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan majoriti 15,000 tetapi apabila berlaku persempadanan semula, kawasan yang paling ramai pengundi India hilang menyaksikan peningkatan pengundi Melayu pula sehingga 74 peratus,” katanya."
] | [
"IDE",
"persempadanan semula"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/manchester-city-mara-ke-final-piala-efl/ | Manchester City mara ke final Piala EFL | [
"Dalam aksi separuh akhir kedua awal pagi tadi, City berjaya bangkit melakar kemenangan 2-3, hasil jaringan minit akhir Kevin De Bruyne.",
"Masuk babak kedua, Sergio Aguero menggandakan jaringan kepada 0-2 sebelum Marlon Pack dan Aden Flint menjadikan kedudukan 2-2 buat Bristol City.",
"Ketika perlawanan seolah-olah akan berakhir dengan keputusan seri, De Bruyne muncul wira City dengan gol ketiga bagi memastikan kemaraan anak buah Pep Guardiola."
] | [
"Piala EFL"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/apa-nasib-malaysia-jika-bn-menang-dua-pertiga/ | Apa nasib Malaysia jika BN menang dua pertiga? | [
"SHAH ALAM, 24 JAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka melaksanakan persempadanan semula membabitkan pertambahan kerusi untuk meningkatkan penguasaan Umno-Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat, pada masa akan datang.",
"Ketua Penganalisis Politik dan Sosial Penang Institute, Dr Wong Chin Huat berkata, persempadanan yang dijangka bermula hujung tahun ini membolehkan Umno-BN akan terus kekal berkuasa dalam tempoh panjang.",
"“Kali ini mereka tidak dapat tambah kerusi kerana tiada dua pertiga tetapi jika pilihan raya akan datang kadar mengundi turun hingga 70 peratus dan BN dapat dua pertiga, Najib akan tambah kerusi Parlimen juga negeri.",
"“Maka, persempadanan (semula) pasti berlaku. Adakah kita akan mempunyai tenaga untuk lawan seperti sekarang? Jika kita tidak mengundi, kita bukan sahaja membantu SPR tetapi membuka pintu untuk persempadanan lebih teruk. Inilah bahaya paling besar yang ramai orang tidak tahu,” katanya.",
"Beliau berkata, persempadanan semula membabitkan pertambahan kerusi pasti berlaku jika BN menang dengan majoriti dua pertiga, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).",
"Chin Huat berkata, keputusan memboikot undi, pada PRU14 bukan sahaja membantu Umno-BN untuk berkuasa bagi tempoh lima tahun tetapi dalam satu tempoh panjang.",
"“Kali ini kita lawan hingga ke mahkamah dan berjaya menggagalkan sebahagian usaha SPR tetapi jika semuanya menjadi kosong-kosong semula tiada siapa mampu lawan,” katanya."
] | [
"BN",
"PRU14"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/bn-menang-dua-pertiga-jika-kurang-70-mengundi/ | BN menang dua pertiga jika kurang 70% mengundi | [
"SHAH ALAM, 24 JAN: Barisan Nasional (BN) memiliki peluang cerah memenangi dua pertiga kerusi, di Dewan Rakyat jika kadar keluar mengundi, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jatuh sehingga 70 peratus.",
"Ketua Penganalisis Politik dan Sosial Penang Institute, Dr Wong Chin Huat berkata, kajian menunjukkan peratusan keluar mengundi banyak bergantung kepada ‘mood’ rakyat terhadap kerajaan memerintah.",
"“Sama ada BN boleh dapat dua pertiga atau boleh ditumbangkan bergantung kepada kadar mengundi yang mana jika ia tinggi, lazimnya kerana wujud gerakan marah kepada kerajaan, sekali gus merugikan kerajaan dan menggagalkan ‘gerrymandering’.",
"“Jika kadar keluar mengundi jatuh sehingga 70 peratus, kemungkinan besar lebih daripada separuh BN akan dapat dua pertiga,” katanya pada Forum Demokrasi: “Persempadanan Kawasan Pilihan Raya Untuk Mengekalkan Kemenangan BN: Dimana Hak Pengundi”, di Auditorium Institut Darul Ehsan (IDE) di sini, semalam.",
"Beliau berkata, kajian itu berdasarkan keputusan PRU13 dengan BN, pada masa itu memperolehi 133 kerusi dengan kekurangan 15 kerusi bagi membentuk majoriti dua pertiga, di Dewan Rakyat.",
"Chin Huat berkata, rakyat disaran tidak melepaskan peluang untuk menggunakan sepenuhnya kuasa memilih yang diperuntukan dalam perlembagaan dengan bijak bagi menyatakan pilihan masing-masing.",
"“Pada masa ini, Pakatan Harapan (PAKATAN) masih berpeluang meningkatkan jumlah kerusi dimenangi atau menang PRU14 ekoran persempadanan semula yang cuba dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh membabitkan pertambahan kerusi,” katanya."
] | [
"BN",
"Dr Wong Chin Huat",
"Pakatan",
"PRU14"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/selangorkini-24-30-jan-2018/ | SelangorKini 24 – 30 Jan 2018 | [] | null |
https://selangorkini.my/2018/01/ringgit-kekal-kukuh/ | Ringgit kekal kukuh | [
"SHAH ALAM, 23 JAN: Ringgit meneruskan aliran meningkatnya untuk ditutup tinggi, berbanding dolar AS disokong kekukuhan harga minyak dan sentimen risiko yang bertambah baik.",
"“Langkah agresif pertama yang dilancarkan hari ini barangkali akan mencetuskan perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan Cina dan Korea Selatan dan kemungkinan negara lain di Asia.",
"“Pentadbiran AS mengenakan tarif ke atas import panel solar dan mesin basuh, langkah yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan antara beberapa ekonomi global,” kata Innes kepada BERNAMA.",
"Beliau juga menjangkakan ringgit bergerak dalam jajaran kecil menjelang mesyuarat Bank Pusat Eropah, pada Khamis dengan paras sokongan ringgit dilihat pada 3.92, manakala paras ketahanan pada 3.94 berbanding dolar AS.",
"Ringgit meningkat berbanding yen kepada 3.5466/5499 daripada 3.5522/5565 pada Isnin dan naik berbanding euro kepada 4.8026/8079 daripada 4.8179/8232.Bagaimanapun, ia turun berbanding pound British kepada 5.4738/4788 daripada 5.4653/4724 semalam. \\"
] | [
"ringgit"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/pru11-pak-lah-bukan-wow-factor-bn-menang-besar/ | PRU11: Pak Lah bukan ‘wow factor’ BN menang besar | [
"SHAH ALAM, 23 JAN: Kemenangan terbesar diraih Umno-Barisan Nasional (BN), pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11), pada 2004 bukan disebabkan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.",
"Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman sebaliknya berkata, hal itu ekoran kuasa persempadanan semula yang sentiasa memihak kepada parti berkenaan.",
"“Ramai yang kata kemenangan BN pada masa itu adalah faktor Pak Lah (Abdullah), namun sebenarnya ia kesan persempadanan semula yang dilaksanakan selepas PRU10,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada Forum Demokrasi: “Persempadanan Kawasan Pilihan Raya Untuk Mengekalkan Kemenangan BN: Dimana Hak Pengundi”, di Auditorium IDE, di sini, hari ini.",
"Katanya, persempadanan semula dilaksanakan apabila Umno-BN mendapati undi diperolehi, pada PRU10 merosot teruk ekoran kemarahan rakyat khususnya pengundi Melayu berhubung kes fitnah ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"Bagaimanapun, Dr Mohammad Redzuan berkata, pembangkang berjaya menafikan kemenangan dua pertiga Umno-BN, pada PRU-12 apabila wujud tsunami politik yang tidak diduga.",
"“Ia bergantung kepada sejauh mana persempadanan dapat dilaksana berdasarkan model dan reka bentuk dilakukan serta dinamik yang boleh menimbulkan pelbagai kesan,” katanya."
] | [
"IDE",
"PRU11"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/persempadanan-semula-potensi-wujudkan-pemerintahan-minoriti/ | Persempadanan semula potensi wujudkan pemerintahan minoriti | [
"SHAH ALAM, 23 JAN: Persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpotensi tinggi meninggalkan kesan buruk kepada masa depan negara apabila parti yang mendapat sokongan terbesar rakyat ditewaskan kelompok minoriti.",
"Ketua Penganalisis Politik dan Sosial, Penang Institute, Dr Wong Chin Huat berkata, kelompok terbabit akhirnya akan menubuhkan pemerintahan minoriti yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kuasa sedia ada.",
"“Sistem pilihan raya kita sangat bahaya, sebab itu saya cadangkan ia ditukar tetapi persempadanan semula lebih bahaya kerana menyebabkan wujudnya pemerintahan minoriti.",
"“Kerajaan minoriti jika ada keyakinan akan cuba memenangi pengundi tetapi jika merasa terancam, mereka akan memecah belahkan rakyat supaya boleh berkuasa lebih lama dan contoh paling ketara adalah Syria.",
"“Apabila hilang kuasa, ia menjadikannya lebih kejam dan zalim,” katanya pada Forum Demokrasi: “Persempadanan Kawasan Pilihan Raya Untuk Mengekalkan Kemenangan BN: Dimana Hak Pengundi”, di Auditorium Institut Darul Ehsan (IDE), di sini.",
"Chin Huat berkata, persempadanan semula yang mahu dilaksanakan SPR, pada masa ini jelas menguntungkan Barisan Nasional (BN) dengan memisahkan pengundi Melayu dan bukan Melayu.",
"“Persempadanan pilihan raya yang cuba dilaksanakan SPR hari ini juga menunjukkan seolah-olah BN merupakan perancang sebenar persempadanan yang dicadangkan itu,” katanya."
] | [
"Dr Wong Chin Huat",
"SPR"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/mdkl-turun-padang-selesai-isu-setempat/ | MDKL turun padang selesai isu setempat | [
"KUALA LANGAT, 23 JAN: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) akan melaksanakan program turun padang bertemu masyarakat untuk bersama menyelesaikan sebarang isu dihadapi, di daerah itu.",
"“Sesi dialog dianjurkan untuk mendengar masalah masyarakat, pada masa sama kita akan tanya keperluan mereka dan menjelaskan perancangan yang akan dilakukan.",
"“Hal ini untuk mengelakkan masyarakat yang sering menyalahkan pihak majlis dalam sesuatu isu walaupun ia bukan di bawah seliaan kami,” katanya selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Penuh MDKL Bil. 1 2018, di sini, hari ini.",
"Mohammad Zain berkata, program itu masih dalam perancangan sama ada MDKL akan turun padang di setiap kawasan, pada setiap bulan atau mengikut kesesuaian."
] | [
"MDKL",
"Mohammad Zain A Hamid"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/bantah-persempadanan-semula-selamatkan-pakatan/ | Bantah persempadanan semula selamatkan PAKATAN | [
"SHAH ALAM, 23 JAN: Pakatan Harapan (PAKATAN) wajar berterima kasih kepada Kerajaan Selangor ekoran keputusan Kerajaan Negeri mencabar persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyebabkan pembubaran Parlimen ditangguhkan.",
"Pengarah Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, penangguhan itu sekali gus memberi peluang kepada PAKATAN untuk mengatur strategi paling berkesan hingga saat akhir, sebelum melangkah ke gelanggang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).",
"“Jika tidak kerana Kerajaan Negeri membawa bantahan di mahkamah, hampir pasti Parlimen sudah dibubarkan tahun lalu dan memberi banyak kelebihan kepada Barisan Nasional (BN),” katanya.",
"Beliau berkata demikian dalam ucapan aluannya pada Forum Demokrasi: “Persempadanan Kawasan Pilihan Raya Untuk Mengekalkan Kemenangan BN: Dimana Hak Pengundi”, di Auditorium Institut Darul Ehsan (IDE), di sini, hari ini.",
"Pada masa sama, Dr Shaharuddin berkata, jika persempadanan semula yang dicadangkan SPR itu berjaya dilaksanakan, peluang PAKATAN untuk menumbangkan BN, pada PRU-14 semakin tipis.",
"Siri forum anjuran IDE menampilkan tokoh akademik tidak asing, iaitu Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) merangkap Timbalan Pengerusi IDE, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dan Ketua Analisis Politik dan Sosial di Penang Institute, Dr Wong Chin Huat."
] | [
"IDE",
"Pakatan",
"PRU14"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/jangan-guna-media-sosial-luah-perkara-tidak-betul/ | Jangan guna media sosial luah perkara tidak betul | [
"PETALING JAYA, 23 JAN: Tinggal di negara yang mengamalkan prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara bukan jaminan atau tiket kepada masyarakat untuk melemparkan kritikan melampau, di media sosial.",
"Penyanyi, Nabila Razali berkata, netizen harus menggunakan media sosial sebaik mungkin, tanpa perlu memuat naik status atau kecaman kepada selebriti atau individu tertentu.",
"“Ada orang (netizen) fikir mereka itu betul dan semudahnya menulis itu dan ini di laman sosial. Bagi saya, itu tidak betul.",
"“Orang awam tidak sepatutnya menggunakan media sosial sewenang-wenangnya untuk luahkan perasaan mereka tetapi fahami sesuatu isu dan barulah boleh menilai perkara yang terjadi, bukan buat dakwaan bersifat sesuka hati,” katanya kepada SelangorKini.",
"Beliau diminta mengulas kenyataan pengguna media sosial yang mengkritik persembahan penyanyi itu bersama pelakon kontroversi, Iqram Dinzly dalam satu majlis, baru-baru ini.",
"Pada persembahan itu, dilaporkan Iqram Dinzly didakwa memakai pakaian jubah ala ulama Islam dengan persembahan tarian melampau, yang akhirnya mengundang kecaman netizen.",
"Menurut netizen, Nabila turut didakwa seolah tidak sensitif dengan perilaku Iqram yang sebelum ini tular susulan beberapa video ‘pelik’ di Instagramnya.",
"“Saya hanya mula sedar kemunculan Iqram apabila penonton beralih pandangan kepada beliau dan atas sikap profesional, saya teruskan persembahan pada majlis itu.",
"Terdahulu, bekas bintang Akademi Fantasia itu ditemui pada Majlis Pelancaran Koleksi Tudung AliffbySha V Five Inspirer Woman, di Damansara, petang ini."
] | [
"Nabila Razali"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/romah-makan-terlajak-laris-empayar-baru-aliff-syukri/ | Romah Makan Terlajak Laris empayar baru Aliff Syukri | [
"PETALING JAYA, 23 JAN: Kerana terlalu cintakan dunia masakan, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman melebarkan jaringan perniagaannya menerusi pembukaan Restoran Romah Makan Terlajak Laris.",
"Optimis pembukaan restoran itu mampu menarik ramai pengunjung, Aliff berkata, 101 sajian makanan istimewa bakal ditawarkan kepada orang awam, pada kadar berpatutan.",
"Lebih menarik kata jutawan kosmetik itu, sempena pembukaan rasmi restoran berkenaan petang ini, minuman percuma diberikan kepada pengunjung sepanjang tempoh promosi dijalankan.",
"“Jadi dengan modal yang ada, restoran ini dibuka kepada umum dan sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat, saya menawarkan minuman percuma kepada pengunjung sepanjang tempoh promosi.",
"“Selain itu, tempoh promosi ini juga akan menawarkan harga RM1 sahaja bagi semua jenis bubur di restoran ini,” katanya pada sidang media Majlis Pembukaan Restoran Romah Makan Terlajak Laris, di Kota Damansara, petang ini.",
"“Sasaran saya, lima cawangan akan dibuka tahun hadapan dan saya berharap restoran ini dapat dikomersialkan seperti Old Town dan syarikat francais lain.",
"“Namun, pembukaan restoran ini sebenarnya dibuat bagi membuktikan kepada masyarakat bahawa saya bukan sahaja seorang usahawan kosmetik tetapi juga boleh berjaya dalam bidang keusahawanan fesyen dan makanan,” katanya.",
"“Koleksi AliffbySha V Five Inspired Woman bakal dipasarkan bermula 30 Januari ini hasil penjenamaan kempen kolaborasi bersama lima wanita yang dipilih khas oleh saya sendiri.",
"Sementara itu, koleksi tudung bawal Satin Silk dengan saiz 45” x 45” berkenaan dijual dengan harga RM99 dan boleh didapati melalui stokis dan agen seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura atau melalui laman sesawang, AliffbySha."
] | [
"Datuk Seri Aliff Syukri"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/jangan-boikot-pru14-undi-pakatan-untuk-perubahan/ | Jangan boikot PRU14, undi PAKATAN untuk perubahan | [
"SHAH ALAM, 23 JAN: Pakatan Harapan (PAKATAN) meminta rakyat tidak memboikot Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan mengundi gabungan itu untuk menggantikan Umno-Barisan Nasional (BN) demi kebaikan negara.",
"PAKATAN dalam kenyataan berkata, memilih selain gabungan itu, merosakkan atau tidak keluar mengundi hanya akan menguntungkan Datuk Seri Najib Razak dan kumpulan kleptokrat yang mahu terus bermaharajalela",
"Kenyataan itu dibuat Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyinddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.",
"“Walaupun PAKATAN menghormati pandangan mereka, tindakan ini hanya sesuai dalam keadaan demokrasi yang adil dan dalam keadaan Malaysia hari ini, jelas tindakan merosak undi atau memboikot pilihan raya hanya akan menghukum PAKATAN dan menguntungkan Umno-BN."
] | [
"Pakatan",
"PRU 14",
"Umno BN"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/dataran-banting-bakal-dibuka-semula-februari/ | Dataran Banting bakal dibuka semula Februari | [
"KUALA LANGAT, 23 JAN: Dataran Banting yang berwajah baru bakal dibuka kepada penduduk setempat, mulai awal Februari ini selepas kerja menaik taraf selesai sepenuhnya.",
"Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohammad Zain A Hamid berkata, kerja menaik taraf kawasan itu sudah di peringkat akhir, iaitu memperhalusi dan mencantikkan.",
"“Segala kerja naik taraf bakal berakhir hujung bulan ini, seterusnya penduduk boleh beriadah serta bakal merasai wajah baru dataran itu tidak lama lagi.",
"Mohammad Zain berkata, Dataran Banting yang dinaik taraf itu dilengkapi pelbagai elemen dan kemudahan, antaranya pembinaan pentas berbumbung, laluan trek joging dan pembinaan perparitan sepanjang 45 meter.",
"“MDKL sentiasa fokus mewujudkan pelbagai perancangan pembangunan bersempena tahun baru ini supaya berjaya mencapai taraf majlis perbandaran satu hari nanti,” katanya."
] | [
"dataran banting",
"MDKL"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/sitec-peneraju-latihan-teknologi-maklumat/ | SITEC peneraju latihan teknologi maklumat | [
"SHAH ALAM, 23 JAN: Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC) mencapai prestasi membanggakan dengan muncul institusi peneraju latihan teknologi maklumat di negara ini, sejak lebih tiga tahun lalu.",
"Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, dalam tempoh itu SITEC berperanan mengendalikan pelbagai program berkaitan bidang berkenaan untuk dikongsi bersama pihak berkaitan.",
"“SITEC menunjukkan prestasi luar biasa dalam tempoh tiga setangah tahun lalu dan muncul peneraju dalam bidang ini mengatasi pelbagai agensi lain, di Malaysia.",
"“Saya mengucapkan tahniah kepada semua tenaga kerja di SITEC atas pencapaian ini,” katanya ketika merasmikan Kelas E-Dagang 2018 (E-Commerce Class 2018), di pejabat SITEC di sini, hari ini.",
"Katanya, program “Online 100” diadakan kini mencatat kira-kira 300 peserta dalam tempoh Jun 2015 hingga Disember tahun lalu dan melepasi sasaran ditetapkan."
] | [
"SITEC"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/wabak-jangkitan-mers-cov-tamat/ | Wabak jangkitan MERS-CoV tamat | [
"SHAH ALAM, 23 JAN: Wabak jangkitan Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) membabitkan jemaah berusia 55 tahun dari Selangor, yang dilaporkan pada 1 Januari lalu, diisytiharkan tamat oleh Kementerian Kesihatan.",
"Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata, ia ekoran tiada kes baharu jangkitan MERS-CoV dikesan dari seluruh negara dan tiada kejadian kluster jangkitan MERS-CoV dilaporkan dalam kalangan kontak rapat jemaah terbabit.",
"“Pemantauan tempoh jangkitan MERS-CoV yang dijalankan kementerian selama dua tempoh inkubasi penyakit, iaitu 28 hari dari hari pertama kes (24 Disember 2017) menunjukkan gejala dan tempoh pemantauan wabak berakhir, pada 20 Januari lalu.",
"“Ia membabitkan 75 kontak kes yang berjaya dikesan iaitu ahli keluarga serumah, saudara-mara, sahabat handai dan ahli kumpulan pakej umrah disertai jemaah.",
"“Pengesanan juga membabitkan petugas kesihatan mengendalikan kes di klinik swasta dan hospital kerajaan termasuk penumpang yang duduk berhampiran jemaah berkenaan bagi perjalanan pulang ke Malaysia, pada 23 Disember 2017,” katanya.",
"Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 59 orang kontak rapat diletakkan di bawah pengawasan di rumah selama 14 hari bermula dari hari terakhir kontak bertemu dengan kes.",
"“Semua sampel diambil dalam kalangan kontak rapat kes diuji dan dilaporkan negatif jangkitan MERS-CoV, menjadikan hanya satu kes MERS-CoV dilaporkan di negara kita.",
"“Selain itu, agensi pelancongan khususnya yang menguruskan jemaah umrah dan haji diminta memaklumkan jangkitan MERS-CoV kepada jemaah mereka secara berterusan, terutama ketika berada di Tanah Suci,” katanya.",
"Katanya, agensi pelancongan diminta merujuk pekeliling terkini Kementerian Pelancongan membabitkan Pekeliling Pesuruhjaya Pelancongan Bil. 1/2018 – Larangan Menganjurkan Lawatan ke Ladang Ternakan Bagi mencegah Jangkitan Penyakit MERS-CoV dan nasihat kesihatan berkaitan MERS-CoV.",
"Noor Hisham berkata, belum ada penemuan vaksin khusus untuk memberi perlindungan kepada jangkitan MERS-CoV selain tiada ubat khusus merawat penyakit itu."
] | [
"Kementerian Kesihatan",
"MERS-CoV"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/keluarga-asnaf-pindah-rumah-sewa-baru/ | Keluarga asnaf pindah rumah sewa baru | [
"SHAH ALAM, 23 JAN: Keluarga asnaf fakir miskin, Yusaini Pungut, 39, yang diminta keluar dari rumah sewa lamanya, baru-baru ini selamat berpindah ke rumah sewa baru, pada Ahad lalu.",
"Yusaini dan isteri bersama enam anaknya berusia tiga hingga 11 tahun adalah asnaf fakir miskin berdaftar dan menerima bantuan daripada LZS.",
"Antara bantuan diterima adalah dalam bentuk sewa rumah (RM600 sebulan), kewangan bulanan (RM500 sebulan), makanan bulanan, pendidikan sekolah anak dan bantuan hari raya.",
"Sebelum ini, nasib keluarga Yusaini menjadi perhatian apabila mereka diminta keluar dari rumah sewa lama, di Pangsapuri Pandan Jaya, Ampang yang turut dibiayai LZS."
] | [
"LZS"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/nasib-town-park-pandan-indah-dibincang-26-januari/ | Nasib Town Park, Pandan Indah dibincang 26 Januari | [
"SHAH ALAM, 23 JAN: Satu mesyuarat bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan diadakan, pada 28 Januari ini bagi mencari penyelesaian baik pulih kemudahan di Town Park, Pandan Indah.",
"Ahli Dewan negeri Chempaka, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, beliau sudah melawat kawasan berkenaan, pada 18 Januari lalu dan melihat sendiri beberapa kerosakan kemudahan awam, termasuk kawasan pejalan kaki yang dibanjiri air.",
"“Town Park adalah antara kawasan riadah yang popular di Pandan Indah dan MPAJ mesti memastikan kemudahan di sana berada dalam keadaan sempurna,” katanya dalam kenyataan.",
"Berdasarkan beberapa keping foto dikongsikan, Iskandar turut mendapatkan maklumat daripada orang awam yang menggunakan kemudahan, di situ untuk dipanjangkan dalam mesyuarat akan datang."
] | [
"DatoÔÇÖ Iskandar Abdul Samad",
"Town Park"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/amk-saran-turunkan-umur-layak-mengundi/ | AMK saran turunkan umur layak mengundi | [
"SHAH ALAM, 23 JAN: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyarankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurunkan had umur daftar pengundi dari 21 kepada 18 tahun.",
"“SPR juga boleh mempercepatkan pewartaan daftar pemilih dan memperkenalkan polisi mewajibkan tanggungjawab mengundi seperti dilaksanakan di Belgium dan Australia,” katanya dalam kenyataan.",
"Afif berkata, SPR digesa untuk mempromosikan pendidikan politik secara meluas berkenaan kepentingan mengundi dan pembabitan dalam proses demokrasi supaya dapat menarik golongan muda mengundi.",
"AMK turut menyokong gesaan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) Shanghai supaya tarikh pilihan raya diumum dua bulan lebih awal bagi memudahkan pengundi mengatur jadual perjalanan pulang bagi melaksanakan tanggungjawab mereka."
] | [
"AMK",
"SPR"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/fam-anjur-seminar-tahunan-pelesenan-kelab/ | FAM anjur seminar tahunan pelesenan kelab | [
"SHAH ALAM, 23 JAN: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menganjurkan seminar tahunan pelesenan kelab untuk semua pasukan Liga Super dan Perdana Malaysia, di Hotel Acapella, di sini, bermula hari ini sehingga esok.",
"Selain pentadbiran pelesenan kelabnya, FAM berkata, speaker jemputan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu Ketua Pelesenan Kelab, Mahajan Nair dan Pengawal Kewangan, Kevin Ong turut tampil, pada seminar itu."
] | [
"FAM"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/mpsepang-kenal-pasti-27-aktiviti-berisiko-rasuah/ | MPSepang kenal pasti 27 aktiviti berisiko rasuah | [
"CYBERJAYA, 23 JAN: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sudah mengadakan perbincangan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyenaraikan 27 aktiviti yang berpotensi terbabit dengan gejala rasuah, di peringkat dalaman.",
"Yang Dipertua MPSepang, Dato’ Puasa MD Taib berkata, semua potensi itu sudah disenaraikan di bawah Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) yang diputuskan, pada Mac 2017.",
"“Antara perkara yang berpotensi terbabit dengan rasuah adalah aktiviti pengeluaran lesen kerana semua orang mahukan lesen segera. Kita keluarkan lesen biasa dalam masa sehari."
] | [
"MPSepang",
"rasuah"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/dari-selangor-ke-madrid-fokus-pelancongan-negeri/ | Dari Selangor ke Madrid, fokus pelancongan negeri | [
"SHAH ALAM, 23 JAN: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengetuai delegasi Tourism Selangor ke Persidangan Pelancongan Antarabangsa (FITUR 2018) di Madrid, pada 18 Januari lalu.",
"“Pada persidangan itu, delegasi turut mengadakan pertemuan bersama rakan industri pelancongan Sepanyol bagi mempromosi produk pelancongan dan tarikan yang ada di Selangor,” menurut kenyataan itu.",
"Lawatan kerja itu diadakan sempena kunjungan hormat Tourism Malaysia yang diketuai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, di Feria De Madrid."
] | [
"Dato' Seri Mohamed Azmin Ali",
"DatoÔÇÖ Menteri Besar",
"Tourism Selangor"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/bursa-malaysia-tinggi/ | Bursa Malaysia tinggi | [
"SHAH ALAM, 23 JAN: Saham di Bursa Malaysia lebih tinggi pada pembukaan pagi ini berikutan ia meraih sokongan belian, kata peniaga.",
"Pada jam 9.08 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,834.27, naik 1.12 mata, daripada 1,833.15 penutup Isnin."
] | [
"Bursa Malaysia"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/momentum-ringgit-menaik/ | Momentum ringgit menaik | [
"SHAH ALAM, 23 JAN: Ringgit meneruskan momentum menaik apabila dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, susulan sentimen positif yang menyokong pasaran, kata peniaga.",
"Ketua Dagangan Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes, berkata peningkatan sentimen risiko global selepas Senat AS menamatkan penutupan kerajaan, selain pengukuhan harga minyak, memberi kesan positif terhadap ringgit hari ini."
] | [
"ringgit"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/kekalkan-bn-boleh-bawa-kehancuran/ | Kekalkan BN boleh bawa kehancuran | [
"Pada mulanya, saya jangkakan ia akan surut setelah lebih seminggu selesainya Konvensyen Pakatan Harapan dan pengumuman Mufakat Pakatan Harapan, namun jelas ia masih menjadi buah mulut mereka.",
"Pada 19 Januari lalu di Pensiangan, Sabah, Dato’ Seri Najib Tun Razak memberi ucapan berapi-api memercikkan ugutan dengan penuh emosi agar rakyat di sana jangan menukar kerajaan kerana jika silap menukar kerajaan, negeri atau negara boleh hancur.",
"Beliau membawa kembali modal kestabilan politik dan keamanan sebagai modal kempen. Katanya, rakyat di negara ini tidak boleh leka atau ambil mudah terhadap kestabilan politik yang dikecapi selama ini di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN). Beliau turut menyindir pembangkang apabila menamakan seorang yang berumur 93 tahun sebagai perdana menteri.",
"Beberapa hari sebelum itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan mengugut guru dan pegawai kerajaan yang menyokong pihak pembangkang bahawa mereka akan dipecat daripada jawatan. Beliau memberi peringatan kepada guru di negara ini supaya berpada-pada dalam berpolitik agar tidak melanggar peraturan sebagai penjawat awam.",
"“Kita tidak benarkan mereka bekerja dalam agensi kerajaan ketika menjadi pembangkang atau memegang jawatan parti,” katanya. “Bagaimanapun, katanya, mereka yang menyertai dan memegang jawatan dalam parti pemerintah dibenarkan,” beliau dipetik sebagai berkata.",
"Lanjutan kecaman orang awam, Menteri berkenaan menafikan dakwaan amaran tersebut. Malah pasukan komunikasi Kementerian Pendidikan cuba ‘cover line’ dengan menyatakan bahawa Menteri hanya berniat memberi nasihat seperti seorang ‘bapa’.",
"Tetapi yang anehnya, pada 3 Oktober tahun lalu, Setiausaha Agung Umno dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berucap dengan penuh semangat di hadapan guru di Presint 14 Putrajaya, menjemput dan menyambut baik guru yang ingin aktif dalam politik, termasuk menjadi ketua bahagian, ketua cawangan atau bertanding dalam mana-mana jawatan dalam Umno.",
"Ucapan dan kenyataan mengelirukan begini tidak akan keluar melainkan apabila keadaan sudah terdesak. Amaran, ugutan dan ancaman kepada penjawat awam bukan perkara atau modal baru parti pemerintah. Apabila dekat musim pilihan raya maka penjawat awam akan selalu diingatkan tentang tanggungjawab dan siapa ‘boss’ mereka sama ada secara halus atau kasar.",
"Rakyat akan sentiasa diingatkan tentang kestabilan, keamanan dan pembangunan sebagai langkah meraih sokongan. Ancaman-ancaman seperti komunis, negara hancur dan huru-hara juga seringkali diungkitkan.",
"Seiring dengan itu, kekeliruan antara kerajaan dan parti pemerintah seringkali dimainkan. Dalam erti kata lain, kerajaan dan parti pemerintah dianggap sama. Ketaatan dan khidmat dalam kerajaan dianggap sama seperti ketaatan dan khidmat kepada parti pemerintah, apatah lagi di negara kita parti pemerintahnya sudah berkuasa bagi tempoh yang terlalu lama.",
"Sebenarnya, jika diteliti, penjawat awam termasuk guru-guru telah lama berganjak daripada pemikiran dan budaya lapuk bahawa parti pemerintah itu kerajaan dan kerajaan itu parti pemerintah. Itulah antara sebabnya pembangkang telah berjaya menafikan dua pertiga majoriti di Parlimen sejak Pilihan Raya Umum (PRU)-12 2008 dan memenangi beberapa negeri.",
"Tidak pula kedengaran kehancuran atau huru-hara di Negeri-negeri Selangor atau Pulau Pinang sehingga menyebabkan rakyat lari atau keluar dari negeri berkenaan. Tambah maju dan mesra rakyat lagi ada.",
"Hakikatnya, kehancuran negara bukan berlaku akibat pertukaran kerajaan, sebaliknya mengekalkan kerajaan parti pemerintah Umno BN yang boleh menyebabkan negara terjerumus ke gaung kehancuran.",
"Biarlah kita jelas bahawa dalam mana-mana sistem pemerintahan negara, meskipun pelantikan Perdana Menteri, Menteri kabinet dan sewaktu dengannya dianggap sebagai sebahagian daripada kerajaan parti pemerintah, namun perubahan pelantikan itu tidak sewajarnya menjejaskan perkhidmatan oleh penjawat awam.",
"Kerajaan dan penjawat awam tetap kekal walaupun berlaku peralihan parti pemerintah. Ini kerana antara peranan utama penjawat awam ialah untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.",
"Harus diingat, dalam sistem demokrasi dan pilihan raya negara, mana-mana warganegara Malaysia yang layak mengundi termasuk penjawat awam bebas untuk memilih wakil rakyat mereka daripada mana-mana parti yang bertanding.",
"Justeru, tidak salah untuk berbeza pandangan daripada parti pemerintah malah menjadi tanggungjawab mereka untuk membetulkan keadaan jika berlaku kesalahan, kesilapan atau kepincangan sama ada dari dalam atau dari luar. Pokok pangkalnya, suruhan amar makruf nahi mungkar atau berpesan-pesan dengan hak dan kesabaran dilakukan atas prinsip besar keadilan, kebenaran dan pertanggungjawaban.",
"Parti-parti politik merupakan entiti rakyat yang ingin meraih kuasa atas matlamat dan perjuangan tertentu. Kejayaan parti politik dalam pilihan raya ialah suara terbanyak rakyat berdasarkan prinsip, pegangan dan janji. Jika menang, maka tidak kira sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Harapan atau lain-lain gabungan, mereka wajib menggalas tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat dan negara.",
"Tidak ada sebuah parti politik pun yang boleh mendakwa kerajaan itu seolah-olah milik mereka walaupun parti itu memperolehi majoriti untuk menguasai kerajaan. Kerana parti politik bukanlah kerajaan. Parti politik hanya mampu menjadi parti yang memerintah dalam sesebuah kerajaan.",
"Justeru, meskipun parti pemerintah dan kerajaan saling berkait terutama dalam pelaksanaan dasar dan pertadbiran negara, namun menjadi tanggungjawab wajib bagi kerajaan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan awam untuk kesejahteraan masyarakat. Contohnya penyediaan prasarana seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik; penjagaan kesihatan asas, perumahan subsidi, pendidikan awam dan kemudahan awam yang lain.",
"Sesiapa pun yang menjadi kerajaan, selain menjaga ekonomi dan pembangunan negara, memang menjadi amanah dan tugas mereka untuk menyediakan setiap prasarana yang kondusif demi kesejahteraan rakyat.",
"Sebagai kerajaan parti pemerintah, mereka wajib menguruskan dan mentadbir negara dengan adil, saksama dan bertanggungjawab bersama-sama dengan penjawat awam. Parti pemerintah tidak boleh bertindak sesuka hati menyalahgunakan kuasa, kedudukan, wang, agensi kerajaan dan penjawat awam untuk kepentingan peribadi atau parti mereka.",
"Sekiranya parti pemerintah melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan baik, maka rakyat dan penjawat awam boleh menyokong malah membantu menjayakan agenda parti pemerintah.",
"Tetapi jika sebaliknya berlaku, yakni parti pemerintah melakukan rasuah, mencuri harta rakyat dan negara, mengamalkan kronisme, menipu rakyat dan membebankan kehidupan rakyat maka rakyat wajib menukar kerajaan tersebut malah penjawat awam wajar bertindak membetulkan keadaan kerana ‘tuan’ mereka bukan parti pemerintah tetapi rakyat. Negara ini milik kita bersama dan wajib dibina semula di atas asas yang betul."
] | [
"BN",
"PRU"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/gombak-hulu-selangor-alami-gangguan-bekalan-air-sementara/ | Gombak, Hulu Selangor alami gangguan bekalan air sementara | [
"SHAH ALAM, 23 JAN: Beberapa kawasan di Gombak dan Hulu Selangor dijadual mengalami gangguan bekalan air sementara, bermula Rabu hingga Jumaat ini.",
"“Segala usaha akan diambil bagi menyiapkan kerja berkenaan secepat mungkin untuk memastikan pemulihan bekalan air lebih awal ke kawasan terbabit,” katanya",
"SYABAS berkata, antara kawasan terbabit ialah Taman Ehsan, Taman Desa Jaya dan Kampung Kepong Ulu di Gombak; sebahagian Fasa 3, keseluruhan Fasa 4, 5,7, 8 dan 9 di Taman Sri Gombak serta Kampung Melayu Sri Gombak.",
"Katanya, kawasan lain yang terjejas ialah New Green Park, Taman Rawang Jaya, Kampung Lim Tan, keseluruhan Bukit Rawang Putra dan pekan Rawang, di Hulu Selangor."
] | [
"Syabas"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/mpsepang-lafaz-ikrar-bebas-rasuah/ | MPSepang lafaz Ikrar Bebas Rasuah | [
"CYBERJAYA, 23 JAN: Warga Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), hari ini melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai usaha memerangi gejala rasuah supaya tidak menular dalam kalangan penjawat awam.",
"Lafaz ikrar diketuai Yang Dipertua MPSepang, Dato’ Puasa Md Taib bersama penjawat awam itu disaksikan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Dato’ Alias Salim, pada perhimpunan pagi disusuli majlis menandatangani IBR.",
"Puasa dalam ucapannya berkata, pendekatan IBR adalah inisiatif membendung isu rasuah melalui perkongsian penerangan, di samping menyokong usaha memerangi gejalan negatif itu.",
"“Usaha memerangi rasuah adalah amanah dan tugas yang perlu dikongsi seluruh ahli masyarakat, khususnya dalam kalangan warga yang bekerja di agensi kerajaan bagi memastikan negara ini bebas rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.",
"Katanya, antara program dilaksanakan adalah ‘Breakfast Talk’ bertajuk Tugasan Penguatkuasaan: Antara Integriti dan Budi Bicara, ‘No Gift Policy’, ‘Whistle Blower’ dan Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) serta menjadikan November sebagai Bulan Integriti setiap tahun."
] | [
"IBR",
"MPSepang"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/tarikan-selangor-pikat-pelancong-sepanyol/ | Tarikan Selangor pikat pelancong Sepanyol | [
"Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, inisiatif itu dilaksanakan menerusi penyertaan Selangor, pada program Persidangan Pelancongan Antarabangsa (FITUR 2018) di Madrid, pada 18 Januari lalu.",
"“Tidak dilupakan negeri ini juga sebagai gerbang atau pintu masuk ke Malaysia melalui dua lapangan terbang di Sepang, iaitu KLIA dan KLIA 2 juga di Subang.",
"“Malah terdapat kemudahan pintu masuk melalui laut yang menjadi pangkalan kepada pengunjung atau pelabur dari Eropah yang menggunakan Pelabuhan Klang,” katanya.",
"Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan FITUR yang turut disertai delegasi kerja Tourism Malaysia dan Tourism Selangor, di Feria De Madrid.",
"Antara tumpuan pelancongan di Selangor ialah Sky Mirror Kuala Selangor, Firefilies Park Kampung Kuantan, Mah Meri Cultural Village dan Gombak Selangor Quartz Ridge.",
"“Selangor teruja dapat mengambil bahagian dalam FITUR 2018 dan optimis menjalin kerjasama dengan mana-mana organisasi pelancongan bagi merancakkan pembangunan pelancongan di negeri ini,” katanya."
] | [
"Dato' Seri Mohamed Azmin Ali",
"DatoÔÇÖ Menteri Besar",
"Tourism Selangor"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/saow-di-plaza-shah-alam-sabtu-ini/ | SAOW di Plaza Shah Alam Sabtu ini | [
"SHAH ALAM, 23 JAN: Pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheels’ (SAOW) akan beroperasi di Plaza Shah Alam, Seksyen 9, pada Sabtu ini.",
"Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, waktu operasi pejabat akan bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang.",
"“Perkhidmatan ini adalah landasan disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan, pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.",
"“Ia menyediakan kemudahan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan serta pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan juga jualan kupon parkir,” katanya."
] | [
"MBSA",
"Shah Alam on wheels"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/kiss-bantu-gst-miskinkan-rakyat/ | KISS bantu, GST miskinkan rakyat | [
"KUALA SELANGOR, 23 JAN: Pelaksanaan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) tepat pada masanya tatkala ekonomi semakin tenat, pada masa kini.",
"Ahli Dewan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, KISS mendapat sambutan luar jangkaan ekoran ramai dalam kalangan penerima skim berkenaan dibelenggu kos sara hidup tinggi.",
"Katanya, situasi itu berbeza dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan Kerajaan Persekutuan yang menyebabkan semakin ramai rakyat menjadi papa kedana.",
"“Semuanya berpunca daripada pelaksanaan GST menjadikan harga barangan semakin tinggi dan rakyat terhimpit dengan bebanan membeli barang keperluan,” katanya kepada SelangorKini.",
"Menyedari hakikat itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri tampil prihatin dengan nasib rakyat yang terhimpit menerusi pelaksanaan KISS tanpa mengenakan sebarang cukai mahupun potongan subsidi.",
"“Inilah beza seperti langit dan bumi antara Kerajaan Negeri yang dipimpin di bawah parti Pakatan Harapan (PAKATAN) dengan kerajaan yang dipimpin BN membantu rakyatnya,” katanya.",
"Pada masa sama, beliau turut menyarankan golongan wanita, di negeri ini terus menwar-warkan KISS supaya rakyat dapat menikmati hasil Kerajaan Negeri.",
"“Untuk keluarga di zon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan, RM200 sebulan untuk perbelanjaan membeli barangan dapur sudah cukup, malah dapat meringankan beban mereka,” katanya.",
"KISS dikhususkan kepada wanita berpendapatan isi rumah RM2,000 ke bawah yang melayakkan mereka mendapat bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak dan tepung juga pakaian sekolah di pasar raya serta kedai runcit terpilih."
] | [
"KISS",
"Ng Suee Lim"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/mawson-bikin-liverpool-gigit-jari/ | Mawson bikin Liverpool gigit jari | [
"LONDON, 23 JAN: Rentetan kemenangan 18 perlawanan tanpa kalah Liverpool dalam semua kejohanan berakhir, apabila tewas 1-0 kepada Swansea awal pagi tadi.",
"Jaringan tunggal Alfie Mawson, pada minit ke-40 sudah cukup untuk memastikan kemenangan pasukan yang kini berada di tangga terbawah Liga Perdana Inggeris.",
"Kekalahan itu merencatkan peluang Liverpool yang kini mengutip 47 mata dan menghuni tangga keempat liga untuk merapatkan jurang mata dengan tiga pasukan teratas walaupun berjaya menewaskan pendahulu, Manchester City 4-3, minggu lalu."
] | [
"Liverpool"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/mbappe-terlepas-aksi-ucl-menentang-real-madrid/ | Mbappe terlepas aksi UCL menentang Real Madrid | [
"PARIS, 23 JAN: Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe bakal terlepas aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Real Madrid, bulan hadapan apabila terpaksa berehat selama dua bulan ekoran kecederaan belakang.",
"Bintang muda Perancis berusia 19 tahun itu cedera selepas bertembung dengan penjaga gol Olympique Lyon, Anthony Lopes dalam aksi Ligue 1, hujung minggu lalu.",
"Mbappe sebelum ini menyatakan rasa teruja selepas PSG diundi menentang Real Madrid dalam peringkat suku akhir UCL dan bersedia untuk mempamerkan aksi terbaik menentang Cristiano Ronaldo."
] | [
"Kylian Mbappe"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/kiss-bukan-untuk-rokok-gincu-kiss-bukan-untuk-rokok-gincu/ | KISS bukan untuk rokok, gincu | [
"SHAH ALAM, 23 JAN: Pasar raya dan kedai berdaftar di bawah program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) tidak dibenarkan menjual peralatan kosmetik dan rokok kepada penerima skim berkenaan.",
"Mereka yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman sesawang www.kiss.com.my; atau mendaftar terus di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN)."
] | [
"Dato' Seri Mohamed Azmin Ali",
"DatoÔÇÖ Menteri Besar",
"KISS"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/ekonomi-kukuh-selangor-terus-dicemburu/ | Ekonomi kukuh, Selangor terus ‘dicemburui’ | [
"KUALA SELANGOR, 23 JAN: Walaupun difitnah pihak tertentu, pentadbiran Selangor terus kukuh memacu hala tuju kemajuan negeri dengan penuh konsisten dan berdaya saing.",
"Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dakwaan negatif terhadap Kerajaan Selangor dilempar ekoran perasaan cemburu pihak tertentu terhadap kejayaan dikecapi negeri itu.",
"“Setiap hari, setiap malam kita diserang. Tetapi saya cukup berasa bangga saya kerana saya masih boleh berdiri tegak untuk memaklumkan Selangor kekal negeri paling tinggi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.",
"“Sebab itu ramai yang cemburu. Kita diserang, tetapi dengan keyakinan yang ada pada pucuk pimpinan negeri, kita akan terus membangunkan Selangor dan memberi kemakmuran kepada rakyat,” katanya.",
"Terdahulu, Selangor menjadi negeri penyumbang terbesar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pada 2016 sebanyak 22.7 peratus menerusi laporan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia."
] | [
"Dato' Seri Mohamed Azmin Ali",
"DatoÔÇÖ Menteri Besar"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/khabar-gembira-buat-petani-selangor/ | Khabar gembira buat petani Selangor | [
"Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia bakal dilaksanakan menerusi sistem takaful sebagai inisiatif memastikan golongan petani negeri dibantu.",
"“Kerajaan Negeri akan melaksanakan skim pelindungan takaful kepada 10,000 pesawah untuk melindungi perjuangan hidup golongan ini yang membanting tulang menjamin bekalan hasil tani negeri terus mencukupi,” katanya.",
"Terdahulu, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM26 juta bagi tujuan pembiayaan industri pertanian negeri dengan RM12.94 juta diperuntukkan bagi tujuan peningkatan produk tani.",
"Pada masa sama, Kerajaan Negeri juga akan meneruskan pemberdayaan nelayan, petani, penternak dan pesawah melalui program latihan dan bantuan peralatan dengan peruntukan RM 7.1 juta setahun."
] | [
"Dato' Seri Mohamed Azmin Ali",
"DatoÔÇÖ Menteri Besar",
"Petani"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/mb-nafi-gagal-bayar-dana-pembangunan-dun/ | MB nafi gagal bayar dana pembangunan DUN | [
"KUALA SELANGOR, 22 JAN: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menafikan wujudnya kesilapan teknikal yang didakwa menjadi punca berlakunya pertikaian kelewatan pembayaran dana pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) tertentu.",
"Beliau menegaskan, sekiranya wujud sebarang pertikaian berhubung isu itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) disaran mengemukakannya kepada pentadbiran negeri secara telus, tanpa perlu mengheret isu terbabit ke Istana.",
"“Tidak perlulah sampai jumpa Tuanku (Sultan),” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Program Kasih Ibu Smart Selangor KISS di Padang Awam Kampung Permatang, petang ini.",
"Beliau diminta mengulas laporan media laporan media yang mendedahkan wujudnya gerakan tertentu yang akan menghadap Sultan Selangor, sekiranya masalah pembekuan peruntukan kawasan kepada wakil rakyat tidak diselesaikan dengan segera."
] | [
"Dato' Seri Mohamed Azmin Ali",
"DatoÔÇÖ Menteri Besar",
"Dewan Undangan Negeri (DUN)"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/rebut-peluang-mohon-kiss/ | Rebut peluang mohon KISS | [
"KUALA SELANGOR, 22 JAN: Pelaksanaan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) membuka peluang kepada seluruh wanita, khususnya golongan ibu, di negeri ini untuk memohon skim terbabit bagi meringankan beban.",
"Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, beliau berharap lebih ramai wanita mahupun golongan ibu memohon KISS, pada masa akan datang.",
"“Peluang emas begini tiada di mana-mana negeri mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan, jadi saya harap golongan wanita mulai sedar dan ambil peluang memohon KISS.",
"“Saya rasa terharu kerana Kerajaan Negeri mengiktiraf status dan sumbangan golongan wanita dan ibu, di Malaysia dengan mewujudkan program yang dapat membantu meringankan beban mereka,” katanya kepada SelangorKini.",
"Pada masa sama, Elizabeth berkata, beliau berasa terharu apabila melihat ramai di antara golongan wanita yang menerima kad KISS itu kelihatan ceria.",
"“Bagi saya, ini adalah program pertama Kerajaan Negeri yang memberi kuasa terhadap wanita menguasai ekonomi dan membuktikan golongan itu mampu menguruskan kewangan keluarga,” katanya.",
"Terdahulu, program KISS adalah inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk memberdaya golongan wanita dengan pemberian RM2,400 setahun atau RM200 sebulan untuk mereka membeli barang keperluan.",
"Peserta KISS akan mendapat bekalan makanan asas, peralatan juga pakaian sekolah untuk anak di lebih 500 pasar raya dan kedai runcit berdaftar seperti Giant Hypermarket, 99 Speedmart serta Pusat Pakaian Hari-Hari.",
"Mereka yang berminat boleh membuat permohonan dalam talian di laman sesawang www.kiss.com.my; atau mendaftar terus di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN)."
] | [
"KISS"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/football-selangor-26-liga-komuniti-jalin-kerjasama/ | Football Selangor: 26 liga komuniti jalin kerjasama | [
"SHAH ALAM, 22 JAN: Sebanyak 26 liga komuniti bersetuju bekerjasama dengan Football Selangor dalam memajukan liga amatur di negeri itu, seterusnya Selangor Champions League (SCL) 2018.",
"Football Selangor di bawah Komuniti Belia Selangor (SAY) diasaskan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang menganjurkan SCL2018.",
"Antara liga tersenarai ialah Klang Valley League, Setia Alam FL, Liga Komuniti Puchong, Prestige Cup, Kota Damansara PL, Selangor Social PL, DACS Social League."
] | [
"Football Selangor"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/daftar-di-unisel-segera-tawaran-yuran-percuma/ | Daftar di UNISEL segera, tawaran yuran percuma | [
"“Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) berkelayakan yang berminat digalakkan berdaftar segera ke UNISEL kerana pengambilan ini dibuka sehingga Februari."
] | [
"Universiti Selangor (Unisel)"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/kiss-sinar-baru-buat-ibu-selangor/ | KISS: Sinar baru buat ibu Selangor | [
"KUALA SELANGOR, 22 JAN: Pelaksanaan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) diyakini mampu membawa sinar baru kepada golongan ibu, di negeri ini.",
"Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, inisiatif berkenaan dilihat relevan ketika golongan itu terus terbeban dengan pelaksanaan dasar yang menekan rakyat, di peringkat Persekutuan.",
"“Jadi tidak hairanlah selepas KISS dibentangkan, tular di media sosial dengan jelas ada pihak yang cemburu dengan pelaksanaan berkebajikan, di Selangor.",
"“Hakikatnya, dasar ini dilihat mampu memberi sinar baru kepada golongan ibu, malahan ia juga sebagai pengiktirafan kepada ibu yang banyak berkorban dalam mengangkat institusi kekeluargaan di Selangor,” katanya.",
"Sebelumnya, Mohamed Azmin berkata, bantuan KISS dikhususkan kepada ibu berpendapatan isi rumah RM2,000 ke bawah atas penghargaan terhadap pengorbanan serta perit jerih dilakukan.",
"Katanya, setiap ibu yang layak akan menerima bantuan RM2,400 setahun atau RM200 setiap bulan yang akan memberi manfaat kepada 30,000 penerima.",
"“Melalui KISS, ibu di Selangor akan mendapat bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak dan tepung serta peralatan juga pakaian sekolah untuk anak di sekitar 500 pasar raya dan kedai runcit yang sudah dikenal pasti."
] | [
"KISS"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/kiss-inisiatif-rm72-juta-selangor-dahului-komitmen-bantu-wanita/ | KISS: Inisiatif RM72 juta, Selangor dahului komitmen bantu wanita | [
"KUALA SELANGOR, 22 JAN : RM72 juta diperuntukan Kerajaan Selangor bagi membantu meningkatkan martabat wanita dan golongan ibu menerusi pengenalan inisiatif berkebajikan, Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).",
"Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Selangor mendahului negeri lain dalam membantu merancakkan agenda pembangunan wanita di negara ini.",
"Beliau berkata, komitmen itu seiring matlamat yang digariskan dalam Dasar Wanita Selangor, bertujuan meningkatkan status sosio ekonomi dan autonomi wanita terpinggir.",
"“Peserta KISS mendapat bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak dan tepung serta peralatan dan pakaian sekolah untuk anak-anak di lebih 500 buah pasaraya dan kedai runcit berdaftar seperti Giant Hypermarket, 99 Speedmart dan Pusat Pakaian Hari-Hari,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program KISS di Padang Awam Kampung Permatang, Kuala Selangor, yang dihadiri lebih 1000 warga DUN Pematang, petang ini.",
"“Ini membuktikan bahawa dasar dan program Kerajaan Negeri menepati aspirasi rakyat dan berjaya mencapai matlamat memberdaya golongan ibu dan wanita,” katanya.",
"Mereka yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian di laman sesawang www.kiss.com.my; atau mendaftar terus di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN)."
] | [
"Dato' Seri Mohamed Azmin Ali",
"DatoÔÇÖ Menteri Besar",
"Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/insentif-pesara-satu-lagi-gula-gula-pru14/ | Insentif pesara, satu lagi gula-gula PRU14? | [
"Pertengahan bulan Januari baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan peruntukkan sebanyak RM3 juta kepada pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai menghargai perkhidmatan mereka untuk negara selama ini.",
"Selain itu, insentif lain turut diberikan antaranya adalah kuota khas untuk menunaikan haji bakal diberikan kepada golongan pesara polis, mengkhaskan kuota 10000 unit skim perumahan mampu milik Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) kepada pesara polis untuk mereka memiliki rumah.",
"1. Dalam isu ini, saya menyambut baik insentif Kerajaan Persekutuan yang ingin diberikan kepada pesara polis kerana perkhidmatan dan pengorbanan mereka kepada negara.",
"Kerajaan Persekutuan perlu menghargai golongan ini sebagai aset negara kerana golongan ini memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang amat luas dalam bidang keselamatan dan pencegahan jenayah.",
"2. Walaubagaimananapun, saya merasakan dalam trend ekonomi yang tidak menentu serta peningkatan kos sara hidup yang menekan rakyat keseluruhannya, intensif sebegini hanya menunjukkan kerajaan UMNO BN cuba menabur ‘gula-gula’ kepada pesara polis.",
"Bagi saya, usaha – usaha sebegini wajar dilakukan sejak dahulu lagi, memandangkan kebanyakan pesara polis ini berdepan dengan kesempitan kewangan yang amat teruk, wang pesaraan yang mereka dapat tidak mencukupi untuk perbelanjaaan harian mereka.",
"Menjelang musim pilihanraya ini, saya tidak terkejut dengan insentif-insentif yang agak menyegarkan mata pesara polis ini. Pelbagai insentif termasuk kewangan, kuota haji (walaupun belum dimuktamadkan berapa yang akan dapat) dan perumahan mampu milik, ini adalah sebahagian daripada tuntutan golongan pesara polis sekian lama.",
"Saya melihat intensif yang diumumkan untuk golongan pesara polis yang sedang merana dan hidup dalam serba kesempitan ini, hanya sebagai *gula – gula pilihanraya*. Ianya sekadar untuk mendapatkan undi pesara polis menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.",
"Pengumuman intensif ini tidak menjanjikan apa-apa perubahan. Golongan pesara polis memerlukan satu perubahan holistik, perubahan yang mampu memartabatkan mereka sebagai aset negara, menaikan imej dan integriti mereka sebagai pahlawan negara. Pengorbanan mereka perlu diutamakan, jasa mereka perlu dikenang.",
"Pengumuman intensif ini adalah sekadar untuk mendapatkan undi pesara polis yang semakin hari semakin merungut terhadap Kerajaan UMNO BN. Kerajaan UMNO BN takut akan kehilangan undi pesara polis, maka intensif sebegini ditaburkan. Amat menyedihkan untuk mengetahui bahawa, pesara polis yang merupakan wira – wira negara ini, dibiarkan hidup dalam kesempitan, dan diperdayakan dengan pelbagai intensif sebegini, hanya sekadar untuk menang pilihanraya.",
"Kesimpulannya, bukan kebajikan dan kehidupan pesara polis yang dibela oleh Kerajaan UMNO BN tetapi hanya undi golongan pesara polis ini dijaga.",
"3. Tambahan kepada itu, setiap kali menjelang pilihan raya janji-janji sebegini ditaburkan kepada anggota polis tetapi tidak ditunaikan. Golongan pesara polis, seolah-olah dipergunakan kerajaan UMNO BN.",
"Ini bukan janji pertama kali diberikan, sudah berulang kali janji-janji sebegini ditaburkan merata-rata, tetapi pelaksanaannya tiada. Itulah budaya UMNO BN yang masih dikekalkan daripada dahulu sehingga sekarang. Hanya pandai menabur janji kosong sahaja.",
"4. Saya ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kita perlu sedar bahawa janji demi janji yang diutarakan oleh kerajaan UMNO BN tidak akan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi rakyat, baik polis atau rakyat biasa.",
"Isu-isu ekonomi, isu kepimpinan, kejatuhan nilai matawang, skandal rasuah, ketirisan dan penyelewengan wang rakyat perlu diselesaikan terlebih dahulu. Itu yang dituntut oleh rakyat selama ini."
] | [
"Pesara",
"PRU14"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/masih-belum-terlambat-penghuni-pangsapuri-ubah-sikap/ | Masih belum terlambat penghuni pangsapuri ubah sikap | [
"SHAH ALAM, 22 JAN: Penghuni pangsapuri masih boleh mengubah sikap menjaga kebersihan dan mewujudkan keharmonian sekali gus mengelakkan kejadian tidak dingini berulang.",
"Dekan Fakulti Pendidikan dan Sosial Sains Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dr Mohd Zaidi Mohd Hajazi berkata, satu kumpulan penggerak yang baik diperlukan bagi menubuhkan sebuah Badan Pengurusan Bersama (JMB) supaya kesedaran di peringkat awal dapat diwujudkan.",
"“Kesedaran dalam kalangan penduduk pangsapuri penting khususnya untuk mendapatkan maklumat mengenai kebersihan dan menggalakkan cara hidup sihat bahkan ia perlu diberikan peringkat awal.",
"“Kemudahan terbaik juga perlu diberikan supaya mereka lebih menghargai. Apabila kemudahan dinaiktaraf, mereka akan lebih berasa tanggungjawab untuk menjaganya kerana ia memberikan faedah,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.",
"Mengulas mengenai langkah supaya kebersihan di peringkat pangsapuri dapat diwujudkan beliau berkata, sikap berterusan dalam memberikan kesedaran kepada semua penduduk perlu terus dilakukan.",
"Ini kerana tindakan mengubah sikap dan mentaliti penduduk pangsapuri supaya berubah serta menjaga kebersihan pastinya melibatkan satu tempoh masa yang panjang sebelum ia dapat dilakukan sepenuhnya.",
"Sebelum ini beberapa kemalangan berlaku di kawasan pangsapuri akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk yang suka membuang sampah dari tingkat kediaman hingga mengakibatkan kecederaan.",
"Terbaru kisah menyayat hati seorang remaja, Satiswaran, 15, yang meninggal dunia apabila ditimpa kerusi yang dipercayai dibaling dari tingkat 21, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai."
] | [
"Prof Dr Mohd Zaidi Mohd Hajazi",
"Universiti Selangor (Unisel)"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/malaysia-women-marathon-kembali-4-mac-ini/ | Malaysia Women Marathon kembali 4 Mac ini | [
"SHAH ALAM, 22 JAN: Malaysia Women Marathon (MWM) 2018 anjuran Tourism Selangor sekali lagi bakal menemui orang ramai, pada 4 Mac ini, di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.",
"Selain menyambut Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac setiap tahun, MWM 2018 juga bertujuan menghargai keupayaan wanita dan memastikan peranan golongan itu terus diperkasakan.",
"MWM 2018 siri keenam itu menawarkan hadiah keseluruhan RM43,000 membabitkan empat kategori. iaitu ‘Full Marathon’ dengan jarak 42 kilometer (km), ‘Half Marathon’ (21km), 10km dan 5km ‘fun run’.",
"Menariknya, MWM 2018 turut membuka penyertaan kepada peserta lelaki selain memberi peluang kepada kanak-kanak berusia lima tahun untuk menyertai ‘Fun Run’ 5km.",
"Mereka yang berminat masih boleh mendaftar di www.mwm.my sehingga 10 Februari ini atau layari Facebook Malaysia Women Marathon untuk maklumat lanjut."
] | [
"Malaysia Women Marathon"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/pru14-negara-lebih-baik-jika-bertukar-kerajaan/ | PRU14: Negara lebih baik jika bertukar Kerajaan | [
"SHAH ALAM, 22 JAN: Pertukaran kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) bakal menyaksikan negara melalui proses perubahan lebih baik kerana tidak terus dipimpin Umno-Barisan Nasional (BN) yang kleptokrasi.",
"Ahli Dewan Negeri (ADN) Balakong, Ng Tien Chee berkata, ia bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang menyatakan negara akan mengalami kehancuran.",
"“Kenyataan beliau mengingatkan rakyat tidak seharusnya bersikap mengambil mudah suasana negara aman serta politik stabil sehingga sewenang-wenang ingin menukar kerajaan, jelas menunjukkan ketidakyakinannya Umno-BN akan memenangi PRU14,” katanya."
] | [
"Ahli Dewan Negeri (ADN) Balakong",
"Ng Tien Chee",
"Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/bom-di-selatan-thailand-korban-3-nyawa/ | Bom di selatan Thailand korban 3 nyawa | [
"BANGKOK, 22 JAN: Letupan bom di sebuah pasar di wilayah Yala, selatan Thailand hari ini mengorbankan tiga nyawa dengan 18 lagi dilaporkan cedera.",
"Pusat Arahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) berkata, wilayah Narathiwat, Pattani dan Yala di selatan Thailand yang didiami majoriti penduduk Muslim, sekian lama menjadi lokasi pemberontakan etnik Muslim Melayu yang berjuang bagi mendapatkan kuasa autonomi."
] | [
"Bom",
"Thailand"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/bursa-malaysia-dibuka-lebih-tinggi-4/ | Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi | [
"KUALA LUMPUR, 22 JAN: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini, disokong pengukuhan ringgit, sementara menjejaki prestasi Wall Street yang menokok ke paras rekod tertinggi Jumaat.",
"Memetik BERNAMA, pada jam 9.07 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,832.55, naik 3.72 mata, daripada 1,828.83 penutup Jumaat."
] | [
"Bursa Malaysia"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/ringgit-turun-sedikit-berbanding-dolar-as/ | Ringgit turun sedikit berbanding dolar AS | [
"SHAH ALAM, 22 JAN: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), pagi ini ekoran permintaan berhati-hati terhadap mata wang tempatan dan menjelang mesyuarat dasar Bank Negara Malaysia Khamis ini, kata peniaga."
] | [
"ringgit"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/metmalaysia-umum-amaran-ribut-petir-di-3-negeri/ | MetMalaysia umum amaran ribut petir di 3 negeri | [
"SHAH ALAM, 22 JAN : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengumumkan amaran ribut petir dijangka berterusan sehingga pagi ini di perairan Pulau Pinang, Perak dan Selangor.",
"“Bagi seksyen B pula, amaran bagi aktiviti perkapalan dikeluarkan keadaan ribut petir berlaku di perairan Selat Melaka Utara dijangka berterusan sehingga pagi ini.",
"“Angin kencang sehingga mencecah 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter juga berbahaya kepada bot kecil,” katanya."
] | [
"MetMalaysia"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/inpens-terima-sumbangan-3-kereta-perodua/ | INPENS terima sumbangan 3 kereta Perodua | [
"SHAH ALAM, 22 JAN: Kolej Antarabangsa INPENS (INPENS) menerima sumbangan tiga kereta (test drive) jenis, Axia dan Bezza dan Myvi model baharu.",
"Eksekutif Komunikasi Korporat INPENS, Nur ‘Adnin Syamil Halik Bassah berkata, kereta itu disumbangkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) untuk pelajar dalam sektor teknologi automotif.",
"“Semoga dengan ini pelajar-pelajar INPENS di sektor automotif yang baharu mendaftar pada 9 Jan lalu akan menerima manfaatnya dan menjadi pelatih yang mahir,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.",
"“Kita berharap akan ada lebih banyak kerjasama industri bertaraf konglomerat dalam memberikan latihan praktikal kepada pelajar-pelajar jurusan automotif, sistem komputer, elektrik, elektronik dan penyamanan udara,” katanya."
] | [
"Kolej Antarabangsa Inpens (INPENS)",
"Perodua"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/guru-bebas-mengundi-dalam-pru14/ | Guru bebas mengundi dalam PRU14 | [
"SHAH ALAM, 22 JAN: Guru, pegawai dan penjawat awam mempunyai hak untuk mengundi mana-mana parti yang dirasakan terbaik untuk memimpin negara.",
"Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, guru adalah tulang belakang masyarakat yang bukan sahaja menjadi contoh, malahan membentuk generasi masa depan.",
"Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mengugut akan memecat guru dan pegawai yang menyokong pembangkang.",
"Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, ekoran kecaman orang awam, komunikasi Kementerian Pendidikan cuba berdalih dengan menyatakan menteri hanya berniat memberi nasihat seperti seorang ‘bapa’.",
"“Sebagai Menteri Pendidikan, Mahdzir sepatutnya cukup berpendidikan memahami ini adalah negara demokrasi dengan rakyat mempunyai hak menyatakan sokongan kepada mana-mana parti.",
"“Respon menteri selepas teruk dikecam masyarakat, yang cuba berselindung di sebalik satu persona kebapaan juga hanyalah cubaan untuk mencabar kebijaksanaan rakyat yang sudah muak mendengar ugutan seperti itu terutama menjelang pilihan raya,” katanya.",
"Katanya, Pakatan Harapan akan berusaha sebaiknya untuk memastikan pekerjaan dan kehidupan harian para penjawat awam dijaga baik tanpa mengira fahaman politik."
] | [
"guru",
"Nik Nazmi Nik Ahmad"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/keadilan-soal-mahdzir-betulkah-undi-itu-betul-betul-rahsia/ | KEADILAN soal Mahdzir, “betulkah undi itu betul-betul rahsia?” | [
"SHAH ALAM, 21 JAN: Amaran dakwaan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid kepada para guru supaya tidak mengundi pembangkang dalam pilihan raya menimbulkan persoalan terhadap tahap kerahsiaan undi yang dibuat pemilih.",
"Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fahmi Fadzil, berkata kenyataan Mahdzir itu membayangkan seolah-olah beliau memiliki akses untuk menyemak undian yang dibuat pemilih di kalangan warga pendidik.",
"“Bagi saya sendiri, semestinya undi itu cukup rahsia. Sekiranya semua berjalan seperti yang diberitahu kepada parti-parti politik oleh pihak SPR, maka tidak mungkin diketahui siapa mengundi parti mana.",
"“Bagaimanapun kenyataan Mahdzir menimbulkan tandatanya, apakah proses pengundian di kawasan parlimen beliau membenarkan beliau sendiri mengetahui siapa mengundi parti mana? Jika betul, ini melanggar semangat demokrasi dan kerahsiaan undi,” katanya ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.",
"Jelasnya, kecurangan Mahdzir ini memberi alasan kukuh untuk warga Padang Terap untuk menolak beliau dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.",
"“Kenyataan Mahdzir Khalid ini amat tidak membantu Barisan Nasional (BN) dan kita saksikan betapa netizen cukup marah bila terima ugutan seperti ini,” katanya."
] | [
"PRU 14"
] |
https://selangorkini.my/2018/01/aff23-vietnam-wakil-tunggal-asia-tenggara-layak-ke-separuh-akhir/ | AFF23: Vietnam wakil tunggal Asia Tenggara layak ke separuh akhir | [
"SHAH ALAM, 21 JAN: Pasukan bawah 23 tahun Vietnam mencipta kejutan terbaru apabila menjadi satu-satunya wakil Asia Tenggara yang pertama layak ke peringkat separuh akhir Kejuaraan AFC B23 selepas menewaskan gergasi bola sepak Asia, Iraq di Stadium Changshu, China malam tadi.",
"Kejayaan Vietnam itu diraih menerusi penentuan sepakan penalti dengan jaringan 5-3 selepas menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 90 minit permainan.",
"Gol pembukaan pasukan Vietnam dijaringkan oleh Cong Phuong Nguyen pada minit ke-12 sebelum disamakan Aymen Hussein di minit ke-29 dan keputusan itu kekal hingga ke masa penamat.",
"Aymen meletakkan Iraq di hadapan pada minit ke-94 sebelum Vietnam mengikat kembali kedudukan 2-2 menerusi jaringan Van Duc Phan pada minit ke-108.",
"Di saat Vietnam tampak berpeluang menewaskan Iraq tanpa memerlukan penentuan sepakan penalti, Alaa Ali Mhawi menyumbat gol ketiga Iraq pada minit ke-116 menjadikan kedudukan kembali terikat 3-3."
] | [
"AFF",
"Vietnam"
] |